perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

11
E-Proceeding of the 2 nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 673 PERBANDINGAN ANTARA ASPEK KEMASYARAKATAN DALAM PERIBAHASA ARAB DAN PERIBAHASA MELAYU Nik Radhiah Nik Ali dan Kamarul Shukri Mat Teh Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin [email protected], [email protected] ABSTRAK Peribahasa menonjolkan identiti sesebuah masyarakat. Melalui peribahasa Arab dan peribahasa Melayu, kita dapat memahami sikap dan akhlak sesebuah masyarakat. Objektif kajian ini adalah mengkaji persamaan dan perbezaan yang wujud antara peribahasa Arab dan peribahasa Melayu dari aspek kemasyarakatan. Kepentingan kajian ini adalah dapat menambah pengetahuan tentang akhlak masyarakat Arab dan Melayu tradisional serta mengambil unsur nasihat yang diketengahkan dalam peribahasa tersebut. Antara persamaan yang wujud dalam peribahasa Arab dan Melayu ialah seruan ke arah akhlak mulia seperti menjaga lidah, menghormati jiran, menunaikan janji dan sebagainya. Perbezaan pula ialah jenis kiasan yang digunakan. Proverb highlights the identity of a community. Through Arab and Malay proverbs, we can understand the attitudes and behavior of society. The objective of this study was to investigate the similarities and differences between arab and Malay proverbs of community aspects. The importance of this study is to increase knowledge about the morals of the Arab and Malay community and take the advice featured in these proverbs. Among the similarities between Arab and Malay proverbs is the call to moral behavior such as keeping the togue, respect neighbours, keeping promises and so on. The difference is the kind of metaphor that is used Kata Kunci: masyarakat, peribahasa Arab, peribahasa Melayu Keyword: society, Arabic proverbs, Malay proverbs. 1. Pendahuluan Peribahasa merupakan salah satu unsur kekayaan sesuatu bahasa dan bangsa dalam konteks warisan budaya dan keterampilan penggunaan bahasa. Ini kerana ungkapan peribahasa mengandungi makna tersirat yang cukup mendalam. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk- bentuk peribahasa sendiri yang mencerminkan watak bangsa tersebut. Peribahasa mengandungi makna yang halus dan tepat. Peribahasa berupaya mencerminkan ketinggian darjat sesuatu bangsa. Didapati peribahasa Arab dan peribahasa Melayu memaparkan unsur masyarakat dalam peribahasa mereka. Ini adalah kerana peribahasa merupakan cermin identiti sesebuah masyarakat atau bangsa.

Upload: ngoque

Post on 12-Jan-2017

235 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 673

PERBANDINGAN ANTARA ASPEK KEMASYARAKATAN DALAM PERIBAHASA ARAB DAN PERIBAHASA MELAYU

Nik Radhiah Nik Ali dan Kamarul Shukri Mat Teh Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Peribahasa menonjolkan identiti sesebuah masyarakat. Melalui peribahasa Arab dan peribahasa Melayu, kita dapat memahami sikap dan akhlak sesebuah masyarakat. Objektif kajian ini adalah mengkaji persamaan dan perbezaan yang wujud antara peribahasa Arab dan peribahasa Melayu dari aspek kemasyarakatan. Kepentingan kajian ini adalah dapat menambah pengetahuan tentang akhlak masyarakat Arab dan Melayu tradisional serta mengambil unsur nasihat yang diketengahkan dalam peribahasa tersebut. Antara persamaan yang wujud dalam peribahasa Arab dan Melayu ialah seruan ke arah akhlak mulia seperti menjaga lidah, menghormati jiran, menunaikan janji dan sebagainya. Perbezaan pula ialah jenis kiasan yang digunakan. Proverb highlights the identity of a community. Through Arab and Malay proverbs, we can understand the attitudes and behavior of society. The objective of this study was to investigate the similarities and differences between arab and Malay proverbs of community aspects. The importance of this study is to increase knowledge about the morals of the Arab and Malay community and take the advice featured in these proverbs. Among the similarities between Arab and Malay proverbs is the call to moral behavior such as keeping the togue, respect neighbours, keeping promises and so on. The difference is the kind of metaphor that is used Kata Kunci: masyarakat, peribahasa Arab, peribahasa Melayu Keyword: society, Arabic proverbs, Malay proverbs. 1. Pendahuluan Peribahasa merupakan salah satu unsur kekayaan sesuatu bahasa dan bangsa dalam konteks warisan budaya dan keterampilan penggunaan bahasa. Ini kerana ungkapan peribahasa mengandungi makna tersirat yang cukup mendalam. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasa sendiri yang mencerminkan watak bangsa tersebut.

Peribahasa mengandungi makna yang halus dan tepat. Peribahasa berupaya mencerminkan ketinggian darjat sesuatu bangsa. Didapati peribahasa Arab dan peribahasa Melayu memaparkan unsur masyarakat dalam peribahasa mereka. Ini adalah kerana peribahasa merupakan cermin identiti sesebuah masyarakat atau bangsa.

Page 2: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 674

2. Perbandingan antara Aspek Kemasyarakatan dalam Peribahasa Arab dan Melayu Peribahasa menggambarkan masyarakat ataupun bangsa yang mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta nilai masyarakat Arab dan Melayu

Peribahasa memaparkan peristiwa atau fenomena yang berlaku dalam masyarakat.

Sebahagian besar daripada peristiwa yang terkandung dalam peribahasa ialah gambaran sebenar tentang peribadi bangsa Arab dan Melayu. Peribahasa Arab dan Melayu mengandungi unsur peringatan dan nasihat. Peribahasa berperanan membimbing masyarakat ke arah akhlak mulia dan kehidupan harmonis. Peribahasa yang menekankan akhlak mulia adalah yang paling banyak terdapat dalam peribahasa Arab.

Antara sifat mulia yang disarankan dalam peribahasa Arab dan Melayu adalah sebagaimana

berikut: a) Berbuat Baik kepada Kerabat dan Sahabat.

Orang Arab pada zaman Jahiliyah amat mementingkan sikap mulia atau disebut al-Karam. Antara sikap masyarakat Arab yang dicungkil daripada peribahasa adalah berbuat baik terhadap kaum keluarga, kerabat, dan sahabat. Walaupun keluarga kita berbuat kejahatan, kita hendaklah membalas kejahatan tersebut dengan kebaikan sebagaimana mathal Arab إرا عض أخن ف “Apabila saudara kamu berkasar denganmu maka berlemah lembutlah” (al-Maydaniy, t.t: 2/ 311). Saudara yang baik ialah mereka yang sentiasa menasihati kawannya ke arah kebaikan. Contohnya mathal Arab berbunyi أخن صذله اصحح “Saudaramu ialah seseorang yang menasihatimu dengan jujur” (al-Maydaniy, t.t: 1/ 32). Anjuran nasihat yang terdapat dalam mathal ini bukan sekadar nasihat tentang perkara duniawi semata-mata, bahkan meliputi hal berkaitan dunia dan akhirat. Apabila melihat kawannya melakukan kejahatan, saudara yang baik akan memberi nasihat dan menegurnya. Orang Arab digalakkan menjaga kaum kerabat dan hidup berdekatan dengan mereka sebagaimana mathal تعذ اذاس وثعذ اسة “Jauh rumah seperti jauh pertalian” (al-Maydaniy: t.t: 1/ 55). Apabila saudaramu hidup berjauhan, maka kamu tidak akan beroleh manfaat dan seolah-olah kamu tiada apa-apa pertalian dengannya.

Di samping itu, berhati-hatilah dengan kerabat yang menikam kamu dari belakang, sebagaimana mathal تغش ااء غصصد “Sekiranya selain air kamu tercekik” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 220). Mathal ini menggambarkan sekiranya seseorang tercekik sesuatu selain daripada air, dia mampu menghilangkannya dengan air tetapi sekiranya dia tercekik disebabkan air, tiada jalan penyelesaiannya lagi. Maksud mathal ini adalah sekiranya seseorang disakiti oleh bukan kerabatnya, dia mampu meminta pertolongan daripada saudaranya tetapi sekiranya kaum kerabatnya sendiri yang menyakitinya, maka tiada yang mampu dibuat olehnya. Hubungan antara kaum keluarga tidak akan putus walaupun seorang daripada mereka melakukan kejahatan sebagaimana mathal ه أفه

-maksudnya, “Hidungmu adalah sebahagian daripada kamu walaupun terpotong” (al ا وا أجذع Maydaniy: 2004: 2/ 352).

Selain kaum kerabat, mathal Arab turut menyentuh tentang kawan yang baik. Sebagaimana

mathal إ أخا اعضاء سعى عه, “Sesungguhnya kawan yang baik adalah sanggup bersusah payah dengan kamu” (al-Maydaniy, t.t: 1/ 55). Seorang kawan yang baik tidak akan meninggalkan kawannya yang berada dalam kesusahan.

Page 3: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 675

Peribahasa Melayu tidak terkecuali daripada menggambarkan hubungan antara ahli keluarga dan kaum kerabat. Hubungan antara ahli keluarga amatlah rapat. Sekiranya salah seorang ahli keluarga mendapat kesusahan, kesemua ahli turut merasa kesukaran yang sama sebagaimana peribahasa “Cubit paha kanan, paha kiri merasa juga” (Abdullah, 1982: 56).

Peribahasa Melayu juga menggalakkan kaum keluarga hidup berdekatan agar mudah membantu antara satu sama lain. Namun, terdapat ahli keluarga yang hidup berjauhan seperti peribahasa, “Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak” iaitu menunjukkan keluarga yang sudah terpisah jauh (Abdullah, 1982: 44).

Terdapat juga sebahagian ahli keluarga yang melakukan kejahatan terhadap kerabatnya sendiri seperti peribahasa “Pagar makan padi” (A.Aida, 2009: 409). Walaupun salah seorang ahli keluarga melakukan kejahatan dia tetap menjadi sebahagian daripada mereka seperti kata peribahasa Melayu “Sebusuk-busuk telunjuk, telunjuk juga pencolek tahi mata” bermaksud sejahat-jahat kaum keluarga, kalau salah seorang dihinakan, maka semuanya akan ikut membela (Abdullah, 1982: 172).

Peribahasa Melayu turut menggambarkan hubungan yang baik antara kawan seperti

peribahasa “Bagai aur dengan tebing” menggambarkan hubungan yang rapat antara dua sahabat (Abdullah, 1982: 16).

Persamaan antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu ialah gambaran mengenai

hubungan antara ahli keluarga dengan sahabat serta kiasan yang digunakan. Contoh persamaan kiasan ialah hubungan yang rapat antara ahli keluarga. Sekiranya salah seorang ahli keluarga melakukan kejahatan dia tetap sebahagian daripada keluarganya. Begitu juga seruan supaya berhati-hati dengan kerabat yang mengkhianati keluarganya sendiri dan galakan hidup berdekatan dengan ahli keluarga. b) Menuntut Ilmu

Ilmu adalah sesuatu yang amatdititik beratkan oleh orang Arab. Jadi tidak hairanlah wujudnya mathal yang berkaitan ilmu seperti mathalعذ اشج حم, صذم عم “Musuh seorang lelaki ialah kebodohannya dan temannya ialah akalnya” iaitu pentingnya ilmu pengetahuan dan menggunakan akal fikiran (al-Maydaniy, 2004: 2/ 28).

Mereka menghormati golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan seperti mathal لر أسظا

Orang yang berilmu telah membunuh bumi” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 131), iaitu orang yang“ عااberilmu arif tentang keburukan yang berlaku di bumi dan beliau mampu mengatasinya dengan ilmu. Mathal ini menunjukkan ketinggian orang berilmu.

Orang Arab sangat mementingkan ilmu pengetahuan sehingga menganggap ilmu sama penting dengan keturunan sebagaimana mathal:أسة أ عشفح “Adakah keturunan atau ilmu pengetahuan”, iaitu menunjukkan keturunan dan ilmu pengetahuan kedua-duanya dapat memberi manfaat (al-Maydaniy, 2004: 2/ 401). Mereka mengatakan halangan ilmu adalah lupa seperti mathal .Penghalang ilmu ialah penyakit lupa” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 39)“عمشج اع اسا

Masyarakat Melayu sememangnya menyedari kepentingan ilmu pengetahuan.Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian, dan sebagainya. Orang

Page 4: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 676

yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup. Sementara mereka yang tidak berilmu pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta. Antaranya: “Kurang wang ringgit boleh dicari, kurang akal fikiran habis bicara” (Abdullah, 1982:93) dan peribahasa: “Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi” (Abdullah, 1982: 37). Peribahasa “Mutiara tiada dimuntahkan oleh laut” pula menunjukkan ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman bersusah payah (Abdullah, 1982: 149). Kiasan ilmusebagai mutiara menunjukkan ketinggian kedudukan ilmu di sisi orang Melayu.

Peribahasa “Menyisip keris tak bersarung di pinggang” kiasan kepada anak yang dipelihara tanpa diberi ilmu pengetahuan akan menyusahkan ibubapanya (Abdullah, 1982: 144). Setiap anak wajib dibekalkan ilmu pengetahuan bagi kemudahan mereka dan ibu bapa. ”Patah disambung hilang berganti, patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelankan, patah sayap bertongkat paruh”. Peribahasa ini pula melambangkan seseorang yang berakal dan berilmu tidak mudah putus asa. Mereka cekal dalam sesuatu pekerjaan yang di buat dan akan beriktiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang dilakukan.

Persamaan antara mathal Arab dan peribahasa Melayu ialah seruan menuntut ilmu dan

ketinggian kedudukan orang yang berilmu. Perbezaan pula wujud pada kiasan yang digunakan. Orang Arab mengiaskan ilmu sebagai teman rapat seseorang dan peribahasa Melayu menggambarkan orang berilmu bersifat cekal dan bijak dalam menangani sesuatu perkara. c) Menjauhi Sifat Kedekut

Orang Arab menyeru masyarakatnya supaya menjauhi sifat bakhil dan kedekut seperti mathal عصث عصة اسح “Hubungannya hubungan akasia (pokok)”, kiasan orang yang kedekut sukar untuk mengeluarkan hartanya dan melakukannya dalam keadaan benci (al-Maydaniy, 2004: 2/ 22). Gambaran orang yang kedekut terdapat dalam mathal لذ ذخشج اخش اع“Telah mengeluarkan arak daripada orang-orang yang kedekut” iaitu kiasan kepada sikap orang yang bakhil ketika mendermakan sesuatu benda miliknya (al-Maydaniy, 2004: 2/ 147). Orang Arab mengiaskan orang yang kedekut seperti api al-Hubahib seperti mathal اس احثاحة وأا “Ia seolah-olah api al-Hubahib”. Al-Hubahib ialah seorang lelaki bakhil yang hidup pada zaman Jahiliyah. Bukti yang menunjukkan sifat kedekutnya: Suatu hari,seorang lelaki telah meminta api daripada unggun api yang dinyalakan oleh al-Hubahib tetapi beliau telah memadamkan api tesebut kerana sikap kedekutnya (al-Maydaniy, 2004: 2/ 178).

Mathal ا عذ ا ذي اشظفح“Tiada kebaikan apa-apa dibuat oleh batu”. Al-Radfah ialah batu

yang dilempar ke dalam periuk masakan yang tidak mendatangkan sebarang faedah pun. Ia seumpama orang bakhil yang tidak mengeluarkan apa-apa pun dari miliknya (al-Maydaniy, 2004: 2/ 325).

Orang Melayu menyamakan orang yang kedekut dengan kikir besi sebagaimana peribahasa “Macam kikir besi” menunjukkan orang kaya yang kedekut (Abdullah, 1982: 122). Sifat pemurah dan dermawan dalam mengagihkan rezeki yang diperoleh merupakan suatu nilai yang disanjung tinggi yang dirakamkan oleh peribahasa Melayu. Antaranya “Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” (Abdullah, 1982: 77) dan peribahasa: “Besar kayu besar dahannya” (Abdullah, 1982: 45).

Persamaan antara mathal Arab dan peribahasa Melayu ialah penggunaan huruf tashbih dalam menggambarkan sikap kedekut. Contohnya mathal Arab menggunakan huruf “kaf” dan peribahasa Melayu menggunakan perkataan “seperti”. Perbezaan pula ialah orang Arab

Page 5: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 677

menyamakan orang yang kedekut dengan api al-Hubahib. Orang Melayu pula menyamakan orang yang kedekut dengan kikir besi.

d) Menjaga Lidah

Menjaga percakapan merupakan salah satu akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, kepentingan menjaga lidah turut disebut dalam peribahasa Arab dan Melayu. Mathal Arab menyebut عثشج امذ أس عثشج اسا “Tergelincir kaki lebih selamat dari tergelincir lidah” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 39). Kegelinciran kaki adalah lebih ringan berbanding kesilapan dan kesalahan lidah. Sesiapa yang pandai menjaga lidahnya, akan menyelamatkannya daripada akibat yang buruk seperti mathal عط عى شثذع أ اثا “Siapa yang menggigit mulutnya selamat dari dosa” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 371). Menjaga lidah amatlah penting sehinggakan mathal Arab menyebut عش

/Seseorang itu hidup dengan dua benda, iaitu hati dan lidah” (al-Maydaniy, 2004: 2“اشء تأصغش498). Tikaman lidah adalah seumpama tikaman anak panah kerana tusukannya jauh ke dalam hati. Tetapi tusukan pisau hanya terkena kulit dan daging seperti mathal غع اسا وخض اسا “Tikaman lidah seperti tusukan anak panah” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 542).

Sebagaimana orang Arab, masyarakat Melayu juga mementingkan penjagaan lidah seperti

peribahasa “Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia” iaitu lidah itu lebih tajam dari senjata (Abdullah, 1982: 34). Masyarakat disarankan supaya berhati-hati dalam mengucapkan perkataan, maka terbitlah peribahasa “Biar salah kain, jangan salah mulut” (Abdullah, 1982: 47). Sekiranya percakapan dapat mengguris perasaan, maka diam adalah lebih baik seperti peribahasa “Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan menjadi sekam” iaitu diam lebih baik dan berharga dari berkata-kata (Abdullah, 1982: 62). Perkataan diumpamakan seperti senjata yang tajam seperti peribahasa “Keris pedang tiada tajam lebih tajam mulut manusia” (Abdullah, 1982: 107) dan “Tajam lidah manusia melebihi tuntung keris” (Abdullah, 1982: 107). Menjaga lidah sangat penting sehingga dikatakan tutur bicara seseorang dapat menggambarkan ketinggian ilmunya seperti peribahasa “Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya” (Abdullah, 1982: 171). Mathal ini menunjukkan tinggi atau rendah tahap ilmu seseorang bergantung kepada tutur katanya. Orang yang tidak menjaga lidahnya, akan menyesal tetapi tidak mampu berbuat apa-apa seperti peribahasa “Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik” (Abdullah, 1982: 210).

Persamaan antara peribahasa Arab dengan Melayu ialah gambaran lidah sebagai sesuatu

yang tajam dan mampu menikam manusia. Perbezaan pula terletak pada pengunaan kiasan bagi lidah. Mathal Arab menyamakan lidah dengan anak panah, peribahasa Melayu pula mengiaskan lidah dengan keris. Perbezaan ini mungkin disebabkan orang Arab berperang dengan menggunakan busur dan panah. Orang Melayu pula menggunakan keris dalam peperangan. Perbezaan kedua, mathal Arab mengatakan tergelincir kaki lebih baik dari tergelincir lidah, peribahasa Melayu pula mengatakan tersalah kain lebih baik daripada tersalah lidah. e) Menjauhi Sifat Zalim

Terdapat banyak mathal yang menyeru masyarakat menjauhi sifat zalim. Antaranya mathal Arab عش سوعر أ “Keldai dilarikan ibunya” menunjukkan seseorang yang dizalimi oleh penolongnya (al-Maydaniy, 2004: 2/ 17). Mathal عاد اس إى اضعح “Kembali anak panah kepada pemanahnya” pula menggambarkan kesan atau akibat kezaliman akan kembali kepada orang yang berbuat zalim itu sendiri (al-Maydaniy, 2004: 2/ 23). Oleh itu, sekiranya seseorang melihat saudaranya dizalimi hendaklah ia berusaha menghalangnya. Sesetengah orang tidak mempedulikan kezaliman yang berlaku seperti mathal غشش غشى اشجش “Banjir menutupi pokok” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 67). Terdapat juga mathal yang menceritakan seseorang yang melarikan diri dari dizalimi oleh kaumnya seperti mathal ف حس س أتصش أ أش ىس “Pada perasaanku, aku melihat sesungguhnya urusannya sesuatu yang zalim” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 94).

Page 6: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 678

Peribahasa Melayu juga tidak menggalakkan sifat zalim. Namun, seruan dalam peribahasa Melayu tidak meluas berbanding peribahasa Arab. Antara peribahasa yang menentang sifat zalim seperti “Bersandar di batang rengas, gatallah badan”, iaitu orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya dia sendiri mendapat kesusahan (Abdullah, 1982: 41).

Persamaan yang wujud antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu ialahseruan menjauhi sifat zalim dan penggunaan tashbih. Perbezaan pula ialah peribahasa berkaitan sifat zalim dalam mathal Arab lebih meluas dan banyak berbanding peribahasa Melayu. Perbezaan kedua terletak pada penggunaan kiasan. Mathal Arab mengiaskan orang yang melakukan kezaliman seperti anak panah. Peribahasa Melayu pula mengiaskan orang yang dizalimi seumpama terkena kegatalan. f) Berani dan Menjauhi Sifat Penakut

Mathal Arab mencerca golongan yang penakut seperti mathal عصا اجثا أغي “Tongkat penakut lebih panjang” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 23). Orang penakut mudah melarikan diri dan takut menghadapi sesuatu seperti mathal أفد حصاص “Melarikan diri dan berlindung di sebalik tumbuhan”. Mengikut al-Maydaniy, al-Husas ialah sejenis tumbuhan (al-Maydaniy, 2004: 2/ 86). Mathal الشعشخ ازائة “Terketar-ketar bulu serigala”, iaitu memperihalkan sifat takut kerana bulu serigala tidak terketar-ketar melainkan ketika takut yang amat sangat (al-Maydaniy, 2004: 2/ 130). Mathal ini adalah kiasan kepada sifat penakut. Selain menggunakan serigala, orang Arab juga merumpamakan keadaan unta yang berbulu banyak dengan sifat penakut. Unta yang mempunyai bulu yang banyak mudah melarikan diri kerana bulunya akan dipukul oleh angin. Sifat penakut sangatlah rendah mertabatnya seperti keadaan unta tersebut (al-Maydaniy, 2004: 2/ 160).

Peribahasa Melayu juga menentang sikap penakut. Ini dapat dilihat dalam peribahasa

“Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati” iaitu siapa yang berani akhirnya akan menang juga (Abdullah, 1982: 33). Orang yang berani untuk menghadapi kehilangan dan kematian akan berjaya. Peribahasa “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian” iaitu seruan berani menghadapi cabaran yang akan membawa kegembiraan pada akhirnya (Abdullah, 1982: 33).

Persamaan antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu ialah kecaman terhadap sifat penakut. Perbezaan pula ialah bilangan mathal Arab tentang keberanian adalah lebih banyak berbanding peribahasa Melayu. Ini mungkin disebabkan keadaan persekitaran orang Arab dan budaya mereka yang gemar berperang. Perbezaan kedua ialah penggunaan kiasan yang berbeza. Mathal Arab menggambarkan orang yang penakut tidak berani menghadapi cabaran. Peribahasa Melayu pula menggambarkan orang yang berani akan mendapat kejayaan. g) Berhati-hati

Peribahasa Arab turut menyentuh sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti mathal: اذاء تعذ اجاء “Seruan selepas kelepasan” iaitu kiasan supaya berhati-hati agar tidak menyesal kerana seruan selepas berlakunya sesuatu tidak berguna lagi (al-Maydaniy, 2004: 2/ 404). Mathal أه ا “Ingat kemusnahanmu dan malam”, iaitu ingat tentang kemusnahan dan kegelapan malam. Ini menggambarkan seruan supaya bersikap berhati-hati supaya tidak terjerumus ke arah kegelapan dan kemusnahan (al-Maydaniy, 2004: 1/ 86). Mathal Arab menyatakan ال سع اء

Tidak digigit orang mukmin dari lubang yang sama sebanyak dua kali” menunjukkan sikap“ جحش شذhati-hati untuk kali kedua (al-Maydaniy, 2004: 2/ 254).

Dalam melakukan sesuatu tindakan, seseorang itu hendaklah mengamalkan sikap yang sentiasa berhati-hati seperti peribahasa: “Salah gelogok hulu malang, pandai bertenggang hulu balik

Page 7: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 679

(Abdullah, 1982: 166). Sekiranya seseorang itu terlanjur melakukan kesalahan sebagai suatu nilai yang negatif, maka dia haruslah segera memperbaikinya sebelum terlanjur seperti peribahasa: “Sesatdi hujung jalan, balik ke pangkal jalan” (Abdullah, 1982: 191) dan peribahasa: “Salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali “(Abdullah, 1982: 166). Peribahasa “Pisang tidak berbuah dua kali” (Abdullah, 1982) mempamerkan sikap berhati-hati seseorang apabila telah melaluinya pertama kali.

Terdapat persamaan antara mathal Arab dan peribahasa Melayu dalam merungkaikan sikap berhati-hati. Kedua-duanya menunjukkan seseorang yang melakukan kesalahan pada kali pertama tidak akan mengulanginya pada kali yang kedua. Beliau akan lebih berhati-hati agar kesalahan yang sama tidak berulang.

h) Sifat Sabar

Sabar merupakan sifat yang dituntut oleh masyarakat Arab. Mathal Arab berbunyi: افس

Diri yang sabar” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 393), iaitu apabila ditimpa kesukaran hendaklah“ عشفbersabar. Hidup di padang pasir banyak rintangan dan kesukaran yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti mathal: صثشا ا وا لرشا “Sabar walaupun kehidupan amat sukar” (al-Maydaniy, 2004: 1/ 505). Begitu juga mathal: اهلل ال عرم مذ تذ “Demi Allah jika kamu tidak sabar maka gagal” (al-Maydaniy, 2004: 1/ 172), iaitu bersabar di atas kesusahan dan kesukaran. Sikap sabar membawa kegembiraan pada akhirnya kerana kesusahan itu akan berlalu mengikut peredaran masa seperti mathal غشاخ ث ج “Kesukaran kemudian akan berlalu” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 69). Orang yang sabar tidak mudah terkesan dengan musibah yang menimpanya sebagaimana mathal واد لشج ف

-Lubang dalam batu” iaitu janganlah hidup seperti batu yang terkesan dengan lubang (al“ حجشMaydaniy, 2004: 2/ 157).

Dalam menghadapi kehidupan, setiap orang harus menghadapi berbagai-bagai masalah. Dengan yang demikian, dia harus bersabar mencari penyelesaian secara beransur-ansur kerana setiap yang rumit itu dapat diselesaikan dengan sifat sabar: “Tidak ada kusut yang tak selesai” (Abdullah, 1982: 214) “Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat” (Abdullah, 1982: 166). Peribahasa: “Genggam bara api biar sampai jadi arang” pula menunjukkan sesuatu pekerjaan yang susah hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan (Abdullah, 1982: 73). Peribahasa Melayu mengatakan: “Genggam bara api biar sampai jadi arang” (Abdullah, 1982: 73), iaitu membuat sesuatu pekerjaan yang susah mestilah dibuat dengan sabar sehingga mencapai kejayaan. Sesuatu pekerjaan mestilah dibuat dengan sabar dan tekun tanpa berdolak dalik seperti peribahasa “Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh” (Abdullah, 1982: 89). Pekerjaaan yang disertai dengan sikap sabar akan membuahkan hasil seperti peribahasa “Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit” (Abdullah, 1982: 173).

Persamaan antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu ialah galakan supaya bersabar dengan kesusahan yang menimpa kerana kesukaran itu pasti akan berakhir jua. Persamaan kedua, mathal Arab dan peribahasa Melayu menggambarkan kesabaran mengundang kebahagiaan dan kejayaan. i) Menjauhi Sikap Tamak

Mathal Arab غش تشدان خذاف“Aku mencemburui pakaianmu dari khadafil” iaitu menunjukkan seseorang yang membuang hartanya kerana tamakkan harta orang lain (al-Maydaniy, 2004: 2/ 70). Sikap tamak merupakan akhlak yang hina sebagaimana mathal ف اطع ازح شلاب “Ketamakan itu ialah kehinaan bagi kerabat” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 95). Mathal خا لاذ فس “Pembunuh jiwa ialah was-was terhadap yang dianugerahkan”, iaitu ragu-ragu kerana memikirkan hak orang lain dan perasaan tamak (al-Maydaniy, 2004: 2/ 129). Mathal واخراض عى عشض اسشاب

Page 8: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 680

“Seperti membuat kolam dalam tanah fatamorgana”, iaitu tamakkan sesuatu yang mustahil (al-Maydaniy, 2004: 2/ 188). Mathal أوثش صاسع اعمي ذحد تشق اطع “Kebanyakan kecelaruan fikiran ialah sifat tamak” menggambarkan sifat tamak menyebabkan fikiran tidak tenang kerana selalu memikirkan tentang hak orang lain (al-Maydaniy, 2004: 2/ 192). Sikap tamak merupakan sifat tercela di sisi masyarakat Melayu. Jadi tidak hairanlah sifat ini ditonjolkan dalam peribahasa Melayu. Contohnya “Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan” (Abdullah, 1982: 76) dan peribahasa “Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan” (Abdullah, 1982: 76). Kedua–dua peribahasa di atas menggambarkan sikap tamak yang mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Akhirnya yang ada dalam genggaman dilepaskan. Peribahasa “Mendengarkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan” (Abdullah, 1982: 136) dan “Seperti anjing berebutkan tulang” (Abdullah, 1982: 178).

Persamaan antara mathal Arab dan peribahasa Melayu ialah gambaran sifat tamak sebagai suatu sikap yang hina dan keji. Perbezaan pula terdapat pada penggunaan kiasan. Mathal Arab menggambarkan hati orang yang tamak sentiasa keluh kesah dan tidak tenang kerana memikirkan hak orang lain. Mereka juga mempunyai kecelaruan fikiran sehingga kadang-kadang menginginkan sesuatu yang mustahil. Peribahasa Melayu pula menggambarkan orang yang tamak akan mengalami kerugian.

j) Bercakap Benar Mathal Arab عذ فال وزب ل “Seseorang itu sedikit pembohongannya”. Maksud mathal ini

ialah lelaki tersebut tidak bercakap bohong (al-Maydaniy, 2004: 2/ 45). Mathalامي ا لاد حزا “Perkataan ialah apa-apa yang dikatakan dengan benar” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 128), iaitu galakan bercakap benar.

Orang Melayu juga sangat menitik beratkan nilai kebenaran. Peribahasa Melayu ada memperkatakan mengenai nilai kebenaran dalam masyarakat Melayu: “Berani kerana benar, takut kerana salah” (Abdullah, 1974: 34) dan “Air bersalurkan bambu, manusia bersalurkan kebenaran” (Abdullah, 1974: 5).

Persamaan antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu ialah galakan bercakap benar dan merupakan satu sifat yang di pandang mulia. Perbezaan yang ketara ialah mathal Arab hanya berbentuk seruan supaya bercakap benar. Peribahasa Melayu pula menggambarkan nilai kebenaran dalam kalangan orang Melayu. k)Tekun dan Rajin

Mathal Arab memuji sifat rajin, maka terbitlah mathal فششي لذ ششخ ع سالا “Sesungguhnya pemandu telah berusaha menghadapi kesukaran maka berusahalah”, iaitu galakan berusaha pada melakukan sesuatu perkara dan menghalangi kesusahan yang mendatang (al-Maydaniy, 2004: 2/ 113). Rajin berusaha dalam pekerjaan akan mendapat balasan setimpal seperti mathal وا ذضسع ذحصذ “Sebagaimana kamu tanam begitulah hasilnya” (al-Maydaniy, 2004: 2/ 193).

Ketekunan dan kerajinan merupakan suatu nilai positif. Oleh kerana kejayaan tidak mudah dicapai, maka seseorang itu haruslah berusaha dengan rajin dan tekun: “Sedikit-sedikit tekun, lama-lama jadi bukit” (Abdullah, 1982: 173) dan peribahasa: “Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain” (Abdullah, 1982: 174) dan peribahasa: “Nak kaya berdikit-dikit, nak besar bertabur urai” (Abdullah, 1982: 149).

Page 9: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 681

Kepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan, dan pendapatan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam seperti dalam contoh berikut: “Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain (Abdullah, 1982: 174). Begitu juga peribahasa: “Sediakan payung sebelum hujan (Abdullah, 1947: 172), iaitu sikap berjaga-jaga dan sentiasa bersedia. “Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlangsung” (Abdullah, 1982: 174). “Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar” (Abdullah, 1982: 174).

Daripada peribahasa “Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya” (Abdullah, 1982: 79) menggambarkan nilai kerajinan yang menunjukkan pemikiran Melayu yang bersifat dedikasi, iaitu berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah. Pemikiran Melayu menitikberatkan sifat dedikasi dalam setiap perkara yang dilakukan supaya sifat dedikasi akan menjamin sesuatu perkara itu dapat dilakukan secara berterusan tanpa ada rasa jemu dan berkerja separuh jalan.

Peribahasa “Genggam bara api sampai jadi arang” (Abdullah, 1982: 73) pula merupakan

seruanagar berusaha dan bertanggungjawab melakukan sesuatu pekerjaan yang diamanah atau ditugaskan dengan bersungguh-sungguh sehingga pekerjaan itu selesai. Frasa “genggam bara api” merujuk kepada usaha. Genggam dalam Kamus Dewan (2008) bermaksud cengkaman tangan untuk memegang. Genggam dalam peribahasa ini adalah tersurat kerana merujuk kepada perbuatan menggenggam bara api, tetapi secara tersiratnya genggam yang dimaksudkan ialah perihal pegangan kepada sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan secara komited dan bersungguh-sungguh. Frasa biar sampai jadi arang juga mengandungi makna yang tersirat iaitu merujuk kepada sesuatu pekerjaan yang dilakukan atau diamanahkan mestilah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai.

Terdapat persamaan antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu dalam mengutarakan sikap rajin. Kedua-duanya menggambarkan sikap rajin dan gigih akan membawa kejayaan.

l) Tolong-menolong.

Sikap tolong menolong antara ahli masyarakat adalah sesuatu yang disarankan oleh orang Arab. Hubungan yang rapatdapat membentuk ummah yang kuat. Mathal Arab berbunyi: دأاؤ ال مطع

Rakit tidak akan dapat dimusnahkan oleh laut” (al-Maydaniy, t.t: 1/ 270). Anggota“ ,تاألساز masyarakat yang bersatu padu umpama kayu-kayu yang diikat bersama. Kayu-kayu tersebut amatlah kuat sehingga tidak termampu dimusnahkan oleh laut. Begitu juga mathal: إرا ود ف ل فاحة ف إائ, “Apabila kamu berada dalam satu kaum maka minum susu sama bekas dengan mereka”, iaitu menunjukkan permuafakatan antara mereka dan mewujudkan hubungan yang baik (al-Maydaniy, 2004: 1/ 96) dan mathal: جة اىد إى ئح, ”Bermuafakat golongan lelaki dan perempuan” iaitu menunjukkan persepakatan pendapat antara dua golongan (al-Maydaniy, 2004: 1/ 222). Mathal: اذ Jika berdarah berdarah, jika binasa binasa” pula menunjukkan semangat bersatu padu“ ,اذ اذ اذdan bermuafakat (al-Maydaniy, 2004: 1/ 339).

Di samping itu, bermesyuarat sesama anggota masyarakat amatlah perlu bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan. Setiap anggota masyarakat mengutarakan pendapat dan fikiran masing-masing tanpa ada sekatan. Oleh itu, terbitlah mathal yang menggalakkan bermusyawarah: ا Tidak akan musnah seseorang selagi ia bermusyawarah” (al-Maydaniy, t.t: 2/ 289)“ه اشء ع شسجdan mathal: أي احض اشسج “Perkara pertama adalah bermusyawarah” (al-Maydaniy, t.t: 1/ 52). Kedua-dua mathal di atas menunjukkan galakan melaksanakan musyawarah dalam sesuatu perkara.

Page 10: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 682

Antara sikap positif dalam masyarakat Melayu ialah sifat tolong menolong seperti yang biasa diamalkan oleh penduduk kampung. Peribahasa Melayu ada menyebut nilai ini: “Beratsama dipikul, ringan sama dijinjing” (Abdullah, 1982: 34), “Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi” (Abdullah, 1982: 102), “Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni” (Abdullah, 1982: 112) dan peribahasa: “Sama lebur, sama binasa” (Abdullah, 1982: 167).

Dalam melakukan sesuatu kerja itu, sifat bekerja secara muafakat amatlah dituntut. Nilai muafakat terutamanya dalam kalangan penduduk kampung dianggap suatu nilai yang positif. Peribahasa Melayu menyentuh nilai ini: “Bulat air oleh pembuluh, bulat kata kerana muafakat (Abdullah, 1982: 51), “Tuah pada sekata, berani pada seiya, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah” (Abdullah, 1982: 218). Perumpamaan yang menekankan perlunya perpaduan dalam masyarakat Melayu adalah seperti berikut: “Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga” (Abdullah, 1982: 56) dan peribahasa: “Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” (Abdullah, 1982: 174).

Terdapat perbezaan antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu dalam mengutarakan

kiasan terhadap sikap tolong menolong. Mathal Arab mengatakan muafakat dan tolong menolong menjadikan masyarakat kuat dan sukar dimusnahkan. Peribahasa Melayu pula menterjemahkan sikap tolong menolong sebagai melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama dan hubungan antara ahli amatlah rapat. m) Berbuat Baik kepada Jiran.

Masyarakat Arab diseru agar menghormati dan berbuat baik kepada jiran. Jiran merupakan orang yang paling dekat dan harus dihormati. Dalam sesuatu situasi, kita memerlukan bantuan mereka. Oleh itu, sikap suka bermusuhan dan bermasam muka dengan jiran dicerca masyarakat Arab. Mathal Arab berbunyi: تعد جاسي أتع داسي “Aku membeli jiran, bukannya aku membeli rumah” (al-Maydaniy, t.t: 1/ 104). Mathal ini menyatakan sebelum seseorang ingin membeli rumah, seharusnya dia mengenali dan melihat jirannya terlebih dahulu. Seolah-olah dia membeli jiran bukannya rumah. Kita juga perlu memilih jiran yang dapat mengembirakan hati kita pada waktu kesusahan sebagaimana kata cAliy bin Abi Talib: اجاس لث اذاس اشفك لث اطشك “Jiran sebelum rumah dan kawan sebelum berjalan” (al-Maydaniy, 2004: 1/ 228). Memilih jiran terlebih dahulu sebelum memilih rumah dan memilih kawan tatkala ingin bermusafir. Didapati peribahasa Melayu kurang menceritakan hal kejiranan berbanding peribahasa Arab. Antara contoh peribahasa Melayu berkaitan jiran seperti “Jiran sepakat membawa berkat”.

Perbezaan yang wujud antara mathal Arab dengan peribahasa Melayu ialah jumlah bilangan mathal Arab berkaitan dengan kejiranan lebih banyak berbanding peribahasa Melayu. Perbezaan kedua, mathal Arab menggambarkan galakan memilih jiran sebelum ingin membeli rumah. Peribahasa Melayu pula menekankan sikap muafakat dan tolong menolong sesama jiran. n) Menunaikan Janji. Masyarakat Arab menyeru ahlinya berpegang pada janji dan mencela mereka yang suka memungkiri janji seperti mathal: د اعذ عالش اإلجاص maksudnya, “Melahirkan janji sukar menunaikannya” menunjukkan orang yang banyak berjanji tetapi sukar menunaikannya (al-Maydaniy, 2004: 2/ 437) dan mathal: افاء هللا تىا “Menunaikan janji mempunyai tempat di sisi Allah” menunjukkan bahawa orang yang menunaikan janji mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah (al-Maydaniy, 2004: 2/ 437). Contoh mathal yang menunjukkan keadaan orang yang memungkiri janji adalah seperti: عذ عذج اثشا تامش “Janjinya seperti pertemuan bintang Thurayya dan

Page 11: perbandingan antara aspek kemasyarakatan dalam peribahasa

E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 683

bulan”. Bintang Thurayya dan bulan hanya bertemu sekali dalam satu bulan. Justeru, peribahasa tersebut menggambarkan janji yang lambat atau sukar dipenuhi (al-Maydaniy, 2004: 2/ 376).

Memegang janji ataupun setia dianggap suatu nilai yang positif dalam masyarakat Melayu, peribahasa Melayu menyatakan: “Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya” (Abdullah, 1982: 107). Orang Melayu amat menitik berat tentang sikap menunaikan janji maka terbitlah peribahasa: “Kata biarlah kota”, iaitu janji hendaklah ditepati (A.Aida, 2009: 253). Orang yang mungkir janji mempunyai kedudukan yang hina di sisi masyarakat seperti: “Kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya”, iaitu orang yang suka mungkir janji (A.Aida, 2009: 253). Masyarakat tidak akan mempercayai dan menaruh harapan terhadap golongan yang pandai berjanji tetapi sukar melaksanakannya. Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya.

Persamaan antara mathal Arab dan peribahasa Melayu ialah seruan menunaikan janji dan memandang tinggi orang yang menunaikan janji. Perbezaan pula, mathal Arab menggunakan kiasan yang cantik bagi menggambarkan individu yang sukar menunaikan janji, iaitu umpama pertemuan bintang Thurayya dan bulan. Peribahasa Melayu menyatakan seseorang tidak akan menaruh harapan tinggi terhadap mereka yang sukar menunaikan janji.

Kesimpulannya, masyarakat Arab dan Melayu menggunakan perantaraan peribahasa bagi menyeru ke arah pembentukan akhlak mulia. Apa-apa yang berlaku dalam masyarakat dirakamkan dalam bentuk peribahasa dan perkara yang tidak elok dalam masyarakat ditegur dengan berhemah, iaitu dengan perantaraan peribahasa. Persamaan antara peribahasa Arab dan Melayu dari aspek kemasyarakatan ialah seruan ke arah akhlak mulia dan perbezaan pula ialah jenis kiasan yang digunakan.

Rujukan A. Aida dan Siti Nursakinah. 1997. Kamus Perdana Peribahasa. cetakan 1. Kuala Lumpur: Al-

Hidayah. Abdullah Hussain. 1982. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. cetakan 3. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka. al-Maydaniy, Abu: al-Fadl Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim. 1972. Majmac al-Amthal. ed:

Muhammad Muhyidin cAbdul Hamid. Kaherah: Percetakan Dar al-Fikr. al-Maydaniy, Abu: al-Fadl Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim. 1977. Majmac al-Amthal. ed: Nacim

Hussin Zurzur. Beirut: Percetakan Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Maydaniy, Abu: al-Fadl Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim. 1988. Majmac al-Amthal. ed: Nacim

Hussin Zurzur. Beirut: Percetakan Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Maydaniy, Abu: al-Fadl Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim. 2004. Majmac al-Amthal. ed: Nacim

Hussin Zurzur. Beirut: Percetakan Dar al-Kutub al-cIlmiyyah. al-Maydaniy, Abu: al-Fadl Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim.. t.th. Majmac al-Amthal. ed:

Muhammad Muhyidin cAbdul Hamid. Beirut: Dar al-Macrifah.