peribahasa (perumpamaan)

46
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

Upload: rebecca-wagner

Post on 02-Dec-2015

464 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Tajuk peribahasa ini membincangkan tentang Perumpamaan dan maksudnya.Di petik daripada buku Peribahasa dan Simpulan Bahasa.Tulisan:Junaida Ibrahim,Nora Johnday,Nur Aida Sulaiman,Safia Najmi.Penerbit Ilmu Bakti Sdn.Bhd.

TRANSCRIPT

Page 1: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

BAHASA MELAYU

TAHUN ENAM

Page 2: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

PERIBAHASA

(PERUMPAMAAN)

Page 3: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai abu di atas tunggul

Maksudnya:

Kedudukan seseorang yang tidak tetap atau tidak terjamin.

Ayat :

Sejak menyedari keadaannya bagai abu di atas tunggul , Maliki telah membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Page 4: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai air di daun keladi.

Maksudnya

Tidak tetap penderian.

Ayat

“Jika kamu bersikap bagai air di daun

keladi adalah sukar bagi kamu untuk

mencapai matlamat hidup,” kata kaunselor

itu.

Page 5: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai anjing berebut tulang

Maksud:

Tamak dan ingin berebut harta.

Ayat:

Zali tidak sanggup melihat adik-beradiknya bagai anjing berebut tulang apabila mereka bertelagah kerana berebutkan harta yang tidak seberapa itu.

Page 6: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai aur dengan tebing

Maksud:

Saling membantu

Ayat:

Penduduk di kampung itu bagai aur dengan tebing kerana sentiasa hidup dengan aman dan saling membantu.

Page 7: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai ayam mengeram telur.

Maksud:

Merah muka seseorang.

Ayat:

Wajah lelaki itu bagai ayam mengeram telur apabila ditempelak oleh rakan sekerjanya.

Page 8: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai berumah ditepi pantai.

Maksud:

Selalu bimbang dan cemas.

Ayat:

“Keadaan kami sekrang ini bagai berumah di tepi pantai kerana sering diganggu oleh along,”kata Azura.

Page 9: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai berseru di padang pasir

Maksud:

Seruan yang tidak diambil peduli

Ayat

“Mengapakah nasihatku selama ini bagai berseru di padang pasir walaupun mereka sedar akan kebenarannya?”keluh Malik.

Page 10: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai bertepuk sebelah tangan

Maksud :

Sesuatu yang tidak menjadi kenyataan tanpa persetujuan pihak yang lain.

Ayat

Rais berasa kecewa apabila menyedari bahawa selama ini dia bagai bertepuk sebelah tangan kerana Seliza langsung tidak menyukainya.

Page 11: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai bulan dipagari bintangMaksudnya

Kecantikan seseorang akan menyerlah ketika dikelilingi oleh rupawan.

AyatRupa sepupu Suzie yang cantik bertambah cantik bagai bulan dipagari bintang ketika dikelilingi oleh adik-beradiknya yang cantik juga.

Page 12: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai bulan jatuh ke riba.

Maksud:

Mendapat sesuatu yang tidak diduga.

Ayat

Kekayaan yanng dimiliki oleh Pak Salleh itu bagai bulan jatuh ke riba apabila jutawan tersebut memberi ganjaran atau bantuan kepadanya.

Page 13: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai bulan purnama penuh

Maksud:

Gadis yang sangat cantik

Ayat:

Ada dara Encik Razak sungguh cantik bagai bulan purnama pebuh selain memiliki budi bahasa yang tinggi.

Page 14: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai buntal kembung

Maksud:

Bodoh dan sombong

Ayat

Sikap Zarul yang bodoh dan sombong bagai buntal kembung itu menyebabkan ramai orang tidak menyenanginya.

Page 15: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai bunyi cempedak jatuh

Maksud:

Bunyi jatuh yang sangat kuat

Ayat

Kami terkejut ketika budak gemuk itu terjatuh daripada kerusinya kerana bunyinya bagai bunyi cempedak jatuh.

Page 16: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai dakwat dengan kertas

Maksud:

Hubungan persahabatan yang sangat erat.

Ayat

Hubungan persahabatan antara Najwa dengan Khaleeda bagai dakwat dengan kertas.

Page 17: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai denai gajah berlalu

Maksud

Kerosakan yang besar hingga sukar disembunyikan.

Ayat

“Masalah yang menimpa kita sekarang ini bagai denai gajah berlalu dan harus diatasi dengan segera,”kata lelaki itu.

Page 18: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai di hiris dengan sembilu

Maksud:

Perasaan yang teramat sedih

Ayat

Hati Puan Ramlah bagai dihiris dengan sembilu apabila dimarahi oleh majikan.

Page 19: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai duri dalam daging

Maksud:

Sesuatu yang amat tidak menyenangkan.

Ayat

Kehadiran anak saudaranya yang pemarah itu bagai duri dalam daging dalam keluarga Puan Harnita.

Page 20: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Maksud:Tiada pemuafakatan dalam masyarakat,hanya berpegang pada pendapat sendiri serta melakukan perkerjaan masing-masing.

AyatPenduduk di Kampung Kuala bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing kerana semuanya mementingkan diri sendiri.

Page 21: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai geluk tinggal di air

Maksud:

Hidup dalam kedaifan dan hanya berharap pada bantuan.

Ayat

Sejak kebelakangan ini ,hidup mereka bagai geluk tinggal di air serta terpinggir sejak ayah mereka meninggal dunia.

Page 22: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai gembala diberi keris

Maksud:

Pemberian yang tidak membawa apa-apa makna.

Ayat

Pemberian komputer kepada keluarga itu bagai gembala diberi keris kerana rumah mereka tiada bekalan elektrik.

Page 23: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai harimau beranak muda

Maksud:

Sangat garang,bengis dan sombong

Ayat:

Murid-murid dalam kelas itu tidak berani berbuat bising apabila guru yang bagai harimau beranak muda itu mengajar.

Page 24: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai hempedu lekat di hati

Maksud:

Perhubungan yang sukar untuk dipisahkan.

Ayat

Persahabatan antara Fiza dengan Sarah bagai hempedu lekat di hati kerana mereka sukar dipisahkan.

Page 25: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai itik pulang petang

Maksud:

Jalan dengan lambat sambil melenggang.

Ayat

Budak itu sengaja menyakitkan hati Danish apabila berjalan bagai itik pulang petang ketika lalu di hadapannya.

Page 26: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kain tiga hasta

Maksud:

Hidup dalam kemiskinan.

Ayat

“Aku sudah tidak sanggup hidup bagai kain tiga hasta lagi,sentiasa susah dan serba kekuranngan,” kata Diana kepada kawannya.

Page 27: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kacang direbus satu

Maksud:

Melonjak-lonjak kegembiraan kerana mendapat keuntungan .

Ayat

Aidil bagai kacang rebus satu sebaik-baik sahaja menerima berita tentang kejayaannya itu.

Page 28: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kambing dalam biduk

Maksud:

Hidup dalam ketakutan.

Ayat

Semasa zaman Jepun ,orang ramai hidup bagai kambing dalam biduk kerana takut akan askar-askar Jepun.

Page 29: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kambing diseret ke air

Maksud:

Malas melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh.

Ayat:

Kami sudah tidak mahu bekerjasama dengan Rohana kerana dia bersikap bagai kambing diseret ke air apabila disuruh untuk melakukan sesuatu tugas.

Page 30: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kelip-kelip terbang malam

Maksud:

Rahsia yang telah terbongkar.

Ayat

Hanis tidak mahu keluar rumah kerana malu apabila rahsia yang disimpan selama ini telah terbongkar bagai kelip-kelip terbang malam.

Page 31: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kerakap tumbuh di batu.

Maksud:

Kehidupan yang miskin dan melarat.

Ayat

Abang Mat hidup bagai kerakap tumbuh di batu kerana semua hartanya digunakan untuk berjudi.

Page 32: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kucing kehilangan anak.

Maksud:

Hilang akal atau kebingungan.

Ayat

“Aku tengok dia bagai kucing kehilangan anak sejak buah hatinya berpindah ke bandar,”kata Anuar kepada Imran.

Page 33: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai kumbang putus tali

Maksud:

Sangat pantas berlari atau jalannya.

Ayat

Mereka lari bertempiaran bagai kumbang putus tali unuk menyelamatkan diri daripada orang yang mengamuk itu.

Page 34: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai limau masam sebelah

Maksud:

Pertimbangan yang tidak adil.

Ayat

Kamala berasa keputusan itu bagai limau masam sebelah kerana dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Page 35: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai lintah dipotong ekor.

Maksud:

Melakukan pekerjaan dengan pantas.

Ayat

“Jika kamu semua boleh bekerja bagai lintah dipotong ekor, kita tentu dapat menyiapkan semua tempahan itu dengan pantas,”kata Encik Deraman.

Page 36: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai melepaskan batuk di tangga

Maksud:

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.

Ayat

“Saya tidak mahu kamu melakukan kerja itu dengan sambil lewa bagai melepaskan batuk di tangga,” kata Puan Hasnah.

Page 37: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai melukut di tepi gantang

Maksud:

Tidak dipedulikan oleh masyarakat.

Ayat

“Aku berasa sedih kerana hidup bagai melukut di tepi gantang ,tiada sesiapa yang simpati,”keluhnya sendirian.

Page 38: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai menatang minyak yang penuh

Maksud:

Mendidik anak dengan penuh kasih sayang

Ayat

“Aku berjanji akan membalas jasa mereka yang telah membesarkan aku bagai menatang minyak yang penuh,” kata Marlia.

Page 39: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai mencari belalang di atas akar

Maksud

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.

Ayat

Perbuatan Lukman mencari guli yang terjatuh ke dalam paya itu tidak akan berhasil bagai mencari belalang di atas akar.

Page 40: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai mencencang air

Maksud:

Membuat sesuatu yang tidak berfaedah.

Ayat

Tindakan Roslan menampal tayar yang bocor itu adalah sia-sia tidak ubah bagai mencencang air.

Page 41: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai pinang dibelah dua

Maksud:

Pasangan yang sanngat sepadan.

Ayat

Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu sama cantik dan sama padan bagai pinang dibelah dua.

Page 42: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai puyuh laga

Maksud:

Percakapan yang tidak habis-habis.

Ayat

“Aku berasa terganggu tatkala duduk di sebelah Azwan yang bercakap bagai puyuh laga itu,” luah Sulaiman.

Page 43: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai rambut dibelah tujuh

Maksud:

Sesuatu yang terlalu sedikit atau kecil.

Ayat

Hartanya yang sedikit itu bagai rambut dibelah tujuh apabila dibahagi-bahagikan kepada anak-anaknya yang lima orang itu.

Page 44: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai tikus membaiki labu

Maksud:

Merosakkan lagi barang yang sedang dibaiki.

Ayat

Tindakan abang membaiki radio itu bagai tikus membaiki labu apabila radio itu bertambah kerosakannya.

Page 45: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

Bagai wau putus tali

Maksud:

Putus harapan dan berserah kepada takdir.

Ayat

Kehidupan Mak Lijah bagai wau putus tali apabila dia tidak dihiraukan oleh anak-anaknya.

Page 46: PERIBAHASA (PERUMPAMAAN)

SEKIAN

TERIMA KASIH.