senarai peribahasa

26
Senarai Peribahasa Untuk menengah 1 Dibuat oleh : -Amirah osman(2c)

Upload: marah-paul

Post on 30-Dec-2015

200 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Senarai Peribahasa. Untuk menengah 1. Dibuat oleh : - Amirah osman (2c). Air dicencang tiada putus. MAKNA: Perbalahan atau pergaduhan di antara saudara mara itu tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik – baik semula. Bagai harimau beranak muda. MAKNA: - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Peribahasa

Senarai Peribahasa

Untuk menengah 1Dibuat oleh :-Amirah osman(2c)

Page 2: Senarai Peribahasa

Air dicencang tiada putus

MAKNA:Perbalahan atau pergaduhan di antara saudara mara itu tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik –baik semula.

Page 3: Senarai Peribahasa

MAKNA:Keadaan seseorang yang sangat bengis.

Bagai harimau beranak muda

Page 4: Senarai Peribahasa

Bagai itik berebutkan tembolok

MAKNA:-Perbantahan kerana Sebab yang terlalu

kecil.- Perbantahan kerana

makanan atau keuntunhan yang sedikit.

Page 5: Senarai Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

• MAKNA:• Seseorang anak itu

akan menurut budi dan perangai ibu bapanya.

• Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.

Page 6: Senarai Peribahasa

Bagai Belanda minta tanah

MAKNA:Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya

Page 7: Senarai Peribahasa

Bagai kaduk naik junjung

• MAKNA:• Orang yang hina

apabila mendapat keistimewaan

(mendapat pangkat dll)akan menjadi mengada-ngada

Page 8: Senarai Peribahasa

Bagai ayam bertelur di padi

• MAKNA: • Hal seorang yang

senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa.

Page 9: Senarai Peribahasa

Bagai hujan jatuh ke pasir

• MAKNA:• Kebaikan (pertolongan

dll)yang sia-sia(tidak berbalas.

Page 10: Senarai Peribahasa

Bagai tikus membaiki labu

• MAKNA:• Seseorang yang

mencuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya,

akhirnya merosakkannya

Page 11: Senarai Peribahasa

Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

• MAKNA:• Seseorang yang

bodoh sekalipun.kalau diajar betul-betul pandai juga sudahnya.

Page 12: Senarai Peribahasa

Berhakim kepada beruk

• MAKNA:• Meminta pengadilan

kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan mengalami kerugian.

Page 13: Senarai Peribahasa

Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi

MAKNA:Diam seseorang yang

berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia sia sahaja.

Page 14: Senarai Peribahasa

Busut juga ditimbun oleh anai-anai

• MAKNA:• Orang kaya juga yang

bertambah kekayaannya.

• Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan.

Page 15: Senarai Peribahasa

Garam jatuh di air

• MAKNA:• Seseorang yang

sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu pengajaran atau nasihat yang di beri.

Page 16: Senarai Peribahasa

Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

• MAKNA:• Tidak guna

seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia.

Page 17: Senarai Peribahasa

Melepaskan anjing tersepit

• MAKNA:• Menolong orang

yang tiada tahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan jahat.

Page 18: Senarai Peribahasa

Melepaskan batuk di tangga

• MAKNA:• Membuat sesuatu

pekerjaan secara tidak bersungguh- sungguh

Page 19: Senarai Peribahasa

Ringan tulang,berat perut

• MAKNA:• Jika rajin dan tekun

berusaha melakukan sesuatu pekerjaan,maka akan murahlah rezeki.

Page 20: Senarai Peribahasa

Sebab buah dikenal pohonnya

• MAKNA:• Daripada tingkah

laku serta pertuturan seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang itu.

Page 21: Senarai Peribahasa

Seperti labah-labah cinta kepada telurnya

• Makna• Perihal kasih sayang

yang mendalam sekali dan sukar diceraikan .

Page 22: Senarai Peribahasa

Seperti pucuk yang layu disiram hujan

• Makna• Memperoleh barang

yang sangat diharapkan

Page 23: Senarai Peribahasa

Seperti tikus jatuh ke beras

• Makna• Seorang yang dapat

kedudukan yang mewah

• Seseorang yang telah beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain

Page 24: Senarai Peribahasa

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

• Makna• Orang yang bijaksana

tetapi menyembunyikan pengetahuan dan bebolehannya

Page 25: Senarai Peribahasa

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

• Makna• Tiada berguna

menasihati orang,kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatikan itu .

Page 26: Senarai Peribahasa

Dibuat oleh:Sakinah(2b2)Dewi(2b1)Amirah(2c)