aktiviti kemasyarakatan

5
LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN GOTONG ROYONG

Upload: muhd-alif-bin-md-isa

Post on 10-Jan-2017

270 views

Category:

Lifestyle


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti kemasyarakatan

LAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATANGOTONG ROYONG

Page 2: Aktiviti kemasyarakatan

Aktiviti Gotong Royong ini dianjurkan Oleh Alif Sdn Bhd Happy Holidays Sdn Bhd dan pihak Lembaga Pembangunan langkawi (LADA) dengan penduduk kampung Kuala Cenang pada 10 julai 2013 .

Ia disertai kira-kira 30 penduduk setempat termasuk golongan muda. program gotong-royong itu mendapat sambutan menggalakkan daripada daripada penduduk sekitar dan memberi pelbagai manfaat kepada mereka.yang lebih prihatin dan ikhlas melalui aktiviti gotong-royong secara sukarela dalam usaha mengindahkan dan membersihkan kawasan yang tidak terpelihara seperti pusat pelancongan, kawasan perumahan, taman rekreasi dan sebagainya.

Page 3: Aktiviti kemasyarakatan

Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.

Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.

Page 4: Aktiviti kemasyarakatan

Gambar yang diambil semasa melakukan aktiviti gotong royong

Page 5: Aktiviti kemasyarakatan

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .

Program seumpama ini mampu mewujudkan kerjasama erat sesama penduduk tanpa mengira bangsa atau fahaman Sehubungan itu, beliau berharap supaya aktiviti ini dapat diteruskan oleh masyarakat di masa akan datang.

Disediakan Oleh(MOHD ALIF BIN MD ISA)Penyelia program Aktiviti Gotong-RoyongSyarikat ALIF Sdn Bhd.