peraturan teater komsas

Upload: muhammad-amzar

Post on 12-Jul-2015

371 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERATURAN PERTANDINGAN TEATER KOMSAS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN1. TAKRIF 1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Masyarakat, Badan Pencegah Rasuah Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah seluruh tanahair mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS. 1.2 Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat PelajaranDaerah. 1.3 Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. 1.4 Johan setiap negeri akan mewaikili negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah Malaysia. 2. JENIS Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 6. 3. TEMA Peningkatan Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan. 4. PENYERTAAN 4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 6 sekolah-sekolah kerajaan ( termasuk sekolah agama negeri dan Maktab Rendah Sains Mara kecuali Sekolah Seni Negara ).

3

4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 10 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew. 4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masingmasing sebelum dikemukakan untuk pertandingan. 4.4 Guru pembimbing hendaklah dilantik daripada kalangan guru. 4.5 Setiap pasukan dibenar menghantar tiga ( 03 ) orang guru berdasarkan kapasiti berikut : 4.7.1 Ketua Kontinjen 4.7.2 Guru Pembimbing ... ... 1 orang 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan amat digalakkan. 5. SKRIP 5.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 15 skrip drama sahaja. 5.2 Skrip tidak boleh dipinda tetapi improvisasi daripada skrip asal dibenarkan. 6. DISIPLIN PENTAS 6.1 Ruang lakon hanyalah DIBATASKAN kepada pentas yang disediakan sahaja. 6.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja. 6.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.

4

6.4 Penggunaan alatan multi media seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN. 6.5 Kumpulan teater TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsurunsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan. 6.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia / haiwan serta perkaraperkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan. 6.7 Mana-mana kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop / set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan. 7. MASA PERSEMBAHAN 7.1 Persembahan tidak melebihi 60 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang dietatpkan akan dipotong markah. 7.2 Masa untuk persiapan dan menggosongkan pentas dihadkan selama 10 minit sahaja. 7.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog. 8. PEMARKAHAN 8.1 Persembahan ( 25 markah ) 8.1.1 Memperlihatkan sebuah persembahan yang meyakinkan. 8.1.2 Memperlihatkan sebuah persembahan yang menarik.

5

8.1.3 Memperlihatkan sebuah persembahan yang kreatif. 8.1.4 Memperlihatkan sebuah persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.

8.1.5 Memperlihatkan sebuah persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas. 8.2 Lakonan ( 25 markah ) 8.2.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik. 8.2.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik. 8.2.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

8.2.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( sebagai satu ensembel ) dengan baik. 8.2.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.

8.3 Sinografi ( 25 markah ) 8.3.1 Rekaan set dimanfaatkan. yang menarik, berfungsi dan

8.3.2 Rekaan / pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan. 8.3.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna. 8.3.4 Tatarias yang perwatakan. memperkuatkan watak dan

8.3.5 Rekaan / pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

6

8.3.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan, sekiranya ada.

8.4 Pengarahan ( 25 markah ) 8.4.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip. 8.4.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama. 8.4.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal ensembel lakonan dengan baik.

9. PENGHAKIMAN/PENILAIAN 9.1 Peringkat Daerah dinilai oleh 3 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 9.2 Peringkat Negeri dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 9.3 Peringkat Kebangsan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim. 9.4 Setiap hakim akan menilai secara keseluruhan. 9.5 Keputusan rasmi akan dibuat secara persidangan hakimhakim. 9.6 Keputusan Jemaah Hakim/Penilai adalah MUKTAMAD.

10.

DISIPLIN PESERTA 10.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini 7

berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah. 10.2 Pengunaan selipar, berseluar pendek, baju t tanpa kolar serta pakaian mencolok mata adalah DILARANG sema sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlansung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah. Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur / pengelola bagi memastikan kelancaran program.

10.3

11. TINDAKAN 11.1 Pihak penganjur berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam buku peraturan ini. 12. PINDAAN PERATURAN 12.1 Pihak penganjur BERHAK meminda mana-mana peraturan yang telah dietapkan dalam buku peraturan ini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.

8