peraturan ping pong mss

Upload: serchingmax

Post on 30-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Peraturan Ping Pong MSS

    1/3

  • 8/14/2019 Peraturan Ping Pong MSS

    2/3

    5. SISTEM PERTANDINGAN

    5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

    5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.

    5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah,

    tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima

    permainan sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh

    Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh

    perlawanan.5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah,

    tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima

    permainan.

    5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga

    kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.

    6. KELEWATAN

    6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit

    sebelum perlawanan dimulakan.

    6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat,

    selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0,

    11-0, 11-0.

    7. PAKAIAN

    7.1 Sila rujuk undang-undang ITTF.

  • 8/14/2019 Peraturan Ping Pong MSS

    3/3

    7.2 Pakaian (Kemeja-T dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping

    pong.

    8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN

    8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan

    dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan

    oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.

    8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak

    dibenarkan bertanding.

    8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.8.4Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen

    pengesanan had umur.

    8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satu

    salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru

    Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.

    9. ALATAN PERTANDINGAN

    9.1 Meja bagi L/P 18,15 dan 12: 2.74m x 1.525m x 0.76m

    9.2 Hanya bola berwarna putih atau jingga boleh digunakan.

    10. BANTAHAN

    10.1 Sila lihat Peraturan Am MSS Negeri .

    11. JURI RAYUAN

    11.1 Sila lihat Peraturan Am MSS Negeri