peraturan asas penggunaan makmal ict sekolah

2
Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah 1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada guru. 2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan. 3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal. 4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman. 5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk. 6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi. 7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal. 8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan. 9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum, dan negara. 10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen. 11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan. 12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

Upload: teachernizz

Post on 05-Sep-2015

273 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah

TRANSCRIPT

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah

1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada guru.2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk.6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat, kaum, dan negara.10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.14. Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.16. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.17. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.