perancangan organisasi

3
Perancangan Organisasi Definisi perancangan ialah satu proses yang menggabungkan kedua- dua idea matlamat dan rancangan. Perancangan adalah satu proses yang melibatkan penafsiran objektif ataupun matlamat organisasi, membentuk strategi secara menyeluruh untuk mencapai matlamat tersebut dan menubuhkan satu hieraki perancangan yang lengkap untuk menyatukan dan menyusun aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pencapaian matlamat tersebut. Tujuan perancangan adalah memberi panduan mengenai arah yang hendak dituju. Perancangan akan memberitahu setiap pekerja apakah yang harus mereka lakukan dan apakah sumbangan mereka untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, perancangan dapat mengurangkan impak perubahan menerusi perancangan pengurus akan memandang kehadapan dan akan cuba menjangkakan sebarang perubahan yang mungkin berlaku, mentafsir kesan perubahan tersebut dan cuba mencari tindakan yang berkesan untuk menanganinya. Di samping itu, perancangan dapat mengurangkan pembaziran dan pertindihan kerja. Selain daripada itu, perancangan dapat menentukan piawaian ataupun objektif dalam proses kawalan. Perancangan bertindak sebagai kriteria penilai prestasi organisasi dan ia berfungsi untuk menjadi piawai penilaian. Jenis-jenis pelan perancangan iaitu pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi. Dalam pelan strategik, pengurus peringkat atasan menyediakan pelan untuk menggariskan keputusan peruntukan sumber atau pengagihan sumber dan tindakan atau langkah yang sesuai bagi mencapai matlamat strategi organisasi. Manakala dalam pelan taktikal, pengurus peringkat atasan dan pertengahan bersama menyediakan pelan untuk mentafsirkan pelan strategik yang umum dan menukarkannya kepada pelan taktikal yang lebih terperinci dan lebih kecil skopnya bagi mencapai matlamat taktikal organisasi. Dalam pelan operasi pula, pengurus peringkat pertengahan dan bawahan bersama menyediakan pelan untuk menentukan tindakan- tindakan yang harus diambil untuk mencapai matlamat operasi dan menyokong pelan Taktikal.

Upload: atlasliu

Post on 01-Oct-2015

285 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

management

TRANSCRIPT

Perancangan OrganisasiDefinisi perancangan ialah satu proses yang menggabungkan kedua-dua idea matlamat dan rancangan. Perancangan adalah satu proses yang melibatkan penafsiran objektif ataupun matlamat organisasi, membentuk strategi secara menyeluruh untuk mencapai matlamat tersebut dan menubuhkan satu hieraki perancangan yang lengkap untuk menyatukan dan menyusun aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pencapaian matlamat tersebut.Tujuan perancangan adalah memberi panduan mengenai arah yang hendak dituju. Perancangan akan memberitahu setiap pekerja apakah yang harus mereka lakukan dan apakah sumbangan mereka untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, perancangan dapat mengurangkan impak perubahan menerusi perancangan pengurus akan memandang kehadapan dan akan cuba menjangkakan sebarang perubahan yang mungkin berlaku, mentafsir kesan perubahan tersebut dan cuba mencari tindakan yang berkesan untuk menanganinya. Di samping itu, perancangan dapat mengurangkan pembaziran dan pertindihan kerja. Selain daripada itu, perancangan dapat menentukan piawaian ataupun objektif dalam proses kawalan. Perancangan bertindak sebagai kriteria penilai prestasi organisasi dan ia berfungsi untuk menjadi piawai penilaian.Jenis-jenis pelan perancangan iaitu pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi. Dalam pelan strategik, pengurus peringkat atasan menyediakan pelan untuk menggariskan keputusan peruntukan sumber atau pengagihan sumber dan tindakan atau langkah yang sesuai bagi mencapai matlamat strategi organisasi. Manakala dalam pelan taktikal, pengurus peringkat atasan dan pertengahan bersama menyediakan pelan untuk mentafsirkan pelan strategik yang umum dan menukarkannya kepada pelan taktikal yang lebih terperinci dan lebih kecil skopnya bagi mencapai matlamat taktikal organisasi. Dalam pelan operasi pula, pengurus peringkat pertengahan dan bawahan bersama menyediakan pelan untuk menentukan tindakan- tindakan yang harus diambil untuk mencapai matlamat operasi dan menyokong pelan Taktikal.

Rajah Tingkat Pengurusan Dan Jenis Perancangan.Tempoh masa perancangan dibahagikan tiga, iaitu pelan jangka panjang, pelan jangka sederhana, dan pelan jangka pendek. Pelan jangka panjang merupakan pelan yang mengambil masa lima tahun atau lebih, contohnya pelan strategik. Manakala pelan jangka sederhana merupakan pelan yang mengambil masa satu hingga lima tahun, contohnya pelan taktikal. Pelan jangka pendek merupakan pelan yang mengambil masa satu tahun atau kurang, contohnya pelan operasi. Pelan ini mempunyai dua jenis iaitu, pelan tindakan dan pelan tindak balas. Pelan tindakan digunakan untuk mengendalikan pelan yang sedia ada. Manakala, pelan tindak balas digunakan untuk bertindak balas ke atas satu keadaan atau situasi yang tidak dapat dijangkakan.Pihak yang bertanggungjawab dalam perancangan ialah kakitangan perancangan, pasukan petugas perancangan, lembaga pengarah, ketua pengawai eksekutif, ahli jawantankuasa eksekutif, dan barisan pengurusan. Kakitangan perancangan bertugas mengumpul maklumat, menyelaras aktiviti-aktiviti perancangan. Pasukan petugas perancangan diwujudkan apabila situasi atau keadaan yang tidak dijangka berlaku, bertugas menyelesaikan masalah seperti ini. Lembaga pengarah menetapkan misi dan strategi korporat, terlibat dalam merancang perancangan. Ketua pegawai eksekutif sebagai pengerusi lembaga pengarah, mempunyai peranan utama dalam merancang dan melaksanakan perancangan. Ahli jawakuasa eksekutif terdiri daripada eksekutif tertinggi, bermesyuarat secara kerap dengan ketua pegawai eksekutif untuk mengkaji semula pelan strategik. Barisan pengurusan mempunyai kuasa dan tanggungjawab dalam pengurusan seluruh organisasi, membantu merangka strategi dengan menyediakan maklumat, dan bertanggungjawab untuk melaksanakan rancangan yang dirangka oleh pengurusan atasan.Proses perancangan asas merangkumi penetapan matlamat, analisa dan penilaian, mengenalpastikan dan menilai alternatif, pemilihan alternatif terbaik, melaksanakan rancangan, dan kawalan dan penilaian hasil. Penetapan matlamat mempunyai objektif yang ingin dicapai akan ditentukan, dan objektif ini akan cuba dicapai dalam satu tempoh, sama ada jangka pendej ataupun panjang. Analisa dan penilaian ialah persekitaran organisasi akan dianalisa dan dinilai untuk mengetahui kedudukan semasa organisasi tersebut. Mengenalpasti dan menilai alternatif apabila matlamat telah ditetapkan dan keadaan persekitaran telah dinilai, pengurus akan mengenal pasti apakah alternatif-alternatif tindakan yang boleh diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Pemilihan alternatif terbaik berdasarkan penilaian yang dibuat, alternative yang terbaik akan dipilih untuk dijadikan rancangan yang diambil untuk memastikan matlamat dapat dicapai. Melaksanakan rancangan ialah rancangan yang telah dipilh itu kemudiannya akan dilaksanakan. Kawalan dan penilaian hasil ialah langkah memastikan bahawa rancangan yang telah diambil akan berjalan seperti yang diharapkan dan dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Rancangan Kontigensi (Luar Jangka) adalah rancangan alternatif yang dibuat oleh pengurus untuk menghadapi sebarang situasi diluar jangkaan yang mungkin berlaku akibat perubahan persekitaran.Pengurusan Krisis adalah tatacara organisasi yang digunakan sekiranya berlaku bencana atau bencana lain yang tidak dijangka.

RujukanSabri Hj. Hussin, Raida Abu Bakar, Mohd. Radzuan B. Rahid, Ruhana Busu. (2004). Pengurusan. Singapore: Thomson Learning(a division of Thomson Asia Pte. Ltd.).Hellriegel ,D., Jackson, S.E., and Slocum, J.W.J.(2002). Management: A Competency-Based Approach,9 edition. Australia: South-Western.