peranan wang

14
S T P M > E k o n o m i Bahan Arkib 2004 Peranan Wang Dalam Ekonomi Nota Pengenalan Pada minggu ini, kita akan menyambung semula perbincangan mengenai “Wang dan Institusi Kewangan”. Di dalam tajuk ini, perbincangan akan ditumpukan kepada perkara-perkara berikut:- a. Penawaran/bekalan wang – M1 dan M2 b. Institusi kewangan c. Bank pusat – ciri dan fungsi d. Penawaran/bekalan wang Penawaran atau bekalan wang boleh didefinisikan sebagai jumlah bekalan wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam sesebuah negara dan semua jenis deposit. Bekalan wang di Malaysia boleh dibezakan kepada dua iaitu M1 dan M2. M1 adalah bekalan wang mengikut definisi yang sempit, iaitu

Upload: fatin-hafizah-mohammad-sukri

Post on 10-Jun-2015

1.969 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: peranan wang

  STPM > Ekonomi

Bahan Arkib 2004

Peranan Wang Dalam Ekonomi 

Nota 

PengenalanPada minggu ini, kita akan menyambung semula perbincangan mengenai “Wang dan Institusi Kewangan”. Di dalam tajuk ini, perbincangan akan ditumpukan kepada perkara-perkara berikut:- 

a.      Penawaran/bekalan wang – M1 dan M2

b.      Institusi kewangan

c.      Bank pusat – ciri dan fungsi 

d.      Penawaran/bekalan wang 

Penawaran atau bekalan wang boleh didefinisikan sebagai jumlah bekalan wang yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat dalam sesebuah negara dan semua jenis deposit. 

Bekalan wang di Malaysia boleh dibezakan kepada dua iaitu M1 dan M2. M1 adalah bekalan wang mengikut definisi yang sempit, iaitu

 

M1 = wang kertas + duit syiling + deposit semasa

 

Wang kertas dan duit syiling adalah wang dalam edaran iaitu jumlah wang yang

Page 2: peranan wang

dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Pusat. 

Deposit semasa adalah tabungan dalam akaun semasa di bank perdagangan dan penyimpan boleh menggunakan cek untuk mengeluarkan wang. 

M2 adalah bekalan wang mengikut definisi yang luas, iaitu

 

M2 = M1 + simpanan tetap + simpanan tabungan di           bank perdagangan dan sijil boleh niaga serta           sijil Bank Negara Malaysia

  Kepentingan wang dalam edaran semakin merosot apabila ekonomi semakin berkembang maju kerana penggunaan cek yang semakin meluas dalam ekonomi.

 1. Institusi kewangan

Institusi kewangan adalah syarikat-syarikat kewangan yang kegiatan utamanya adalah mengumpulkan wang dari masyarakat dan perusahaan dan meminjamkan semula wang tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukannya. Wang yang disimpan oleh masyarakat dan perusahaan ini akan dibayar faedah atas tabungan yang dilakukan. 

Terdapat beberapa jenis institusi kewangan utama di Malaysia, iaitu 

 a. Bank pusat

Bank pusat Malaysia adalah Bank Negara Malaysia. Ia merupakan bank milik kerajaan. Salah satu fungsinya adalah mengawal kegiatan institusi kewangan yang lain. Kawalan ini dijalankan dengan menentukan kadar rizab bank-bank perdagangan, syarat penubuhan syarikat kewangan, mempengaruhi kadar bunga dan sebagainya.

 b. Bank perdagangan

Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang terpenting dalam ekonomi. Kebanyakan bank perdagangan menerima deposit semasa dari masyarakat dan perusahaan. Bank tidak akan membayar bunga ke atas deposit ini tetapi pelanggan boleh mengeluarkan wangnya dengan menggunakan cek. Selain dari itu bank perdagangan juga menerima deposit tetap iaitu simpanan yang dibuat untuk suatu jangka masa tertentu. Wang boleh dikeluarkan dari bank apabila cukup tempohnya dan pelanggan akan dibayar dengan faedahnya sekali. Simpanan lain yang diterima oleh bank perdagangan adalah deposit tabungan. Pelanggan akan menerima faedah dari bank dan wang boleh dikeluarkan pada bila-

Page 3: peranan wang

bila masa.

 c. Bank simpanan

Bank ini hanya menerima deposit tetap dan deposit tabungan sahaja. Contohnya Bank Simpanan Nasional, Bank Pertanian dan Bank Rakyat.

 d. Syarikat kewangan

Syarikat kewangan juga hanya menerima deposit tetap dan deposit tabungan sahaja. Terdapat juga syarikat kewangan milik bank perdagangan, misalnya Public Finance milik Public Bank.

 

e. Bank saudagarBank ini tidak menerima deposit dari orang ramai. Ia hanya menerima deposit dari bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat awam yang besar. Bank ini juga hanya memberi pinjaman kepada perusahaan-perusahaan yang besar sahaja. Contohnya Arab Malaysian Merchant Bank.

 f. Syarikat insuran

Syarikat insuran mengumpulkan wang melalui pembelian insuran yang dibuat oleh pelanggan. Misalnya insuran nyawa, insuran kecurian, kemalangan dan sebagainya. Syarikat ini berjanji akan membayar ganti rugi kepada pelanggan sekiranya berlaku sesuatu ke atas pelanggan. Oleh itu pelanggan perlu membayar premium ke atas insuran yang mereka ambil.

 g. Institusi kewangan lain

Terdapat institusi kewangan lain di mana peranannya hanya mengkhusus kepada kegiatan tertentu. Contohnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Koperasi Tabung Haji dan sebagainya. 

 2. Bank Pusat   

Bank pusat merupakan sebuah institusi kewangan milik kerajaan yang mentadbir urusan kewangan kerajaan dan mengawal keseluruhan sistem kewangan negara. Ia ditubuhkan pada 26 Jan 1959 dan dinamakan Bank Negara Malaysia.

Page 4: peranan wang

Fungsi bank pusata. Pengeluar mata wang negara   

Bank Negara Malaysia telah diberi kuasa oleh kerajaan untuk mencetak wang kertas dan mengeluarkan duit syiling bagi melicinkan kegiatan perdagangan dan pengeluaran. Banyaknya mata wang yang perlu diedarkan adalah bergantung kepada permintaan dalam ekonomi. Bank Negara tidak boleh mengeluarkan wang yang berlebihan kerana tindakan itu boleh menimbulkan inflasi. Jika berlaku kekurangan pengeluaran wang pula akan melambatkan pertumbuhan ekonomi.

 b. Penasihat kewangan dan jurubank kepada kerajaan

i. Menguruskan akaun kerajaanBank Negara Malaysia akan menerima semua hasil cukai dan bukan cukai yang dibayar oleh masyarakat kepada kerajaan. Di samping itu Bank Negara juga akan mengeluarkan wang dari akaun kerajaan untuk tujuan perbelanjaan kerajaan.

 ii. Menguruskan hutang negaraBank Negara Malaysia juga bertanggung jawab mendapatkan pinjaman dari dalam dan luar negara bagi pihak kerajaan. Pinjaman diperolehi melalui penjualan bil perbendaharaan, bon kerajaan dan sebagainya di pasaran kewangan tempatan dan luar negara. Selain dari itu Bank Negara juga membayar balik pinjaman serta faedah bagi pihak kerajaan Malaysia.

 iii. Sumber dana kepada kerajaanBank Negara Malaysia juga ada menyediakan pinjaman sementara

Page 5: peranan wang

kepada kerajaan apabila perbelanjaan kerajaan melebihi dari hasil yang diterima. Pinjaman ini akan dibayar semula dalam jangka masa pendek.

 iv. Mengawal dan menguruskan pertukaran asingBank Negara Malaysia sentiasa menjaga nilai ringgit berbanding dengan mata wang negara asing supaya sentiasa stabil. Oleh itu Bank Negara perlu menyimpan rizab pertukaran asing dan emas bagi pihak kerajaan. Jika nilai ringgit merosot, Bank Negara akan menjual mata wang asing tersebut untuk menaikkan nilai ringgit. Jika Bank Negara menghadapi masalah kekurangan rizab pertukaran asing dan gagal menaikkan nilai ringgit, Bank Negara boleh menetapkan kadar pertukaran asing antara ringgit dengan mata wang asing, misalnya AS$1 = RM3.80 untuk stabilkan kadar pertukaran asing Malaysia. 

Bank Negara harus memastikan kestabilan imbangan perdagangan antara nilai eksport dengan nilai import kerana ia boleh mempengaruhi kadar pertukaran asing.  Jika nilai eksport melebihi nilai import, imbangan perdagangan dari luar negara dapat menambahkan rizab mata wang asing. Dengan ini kadar pertukaran antara ringgit dengan mata wang asing akan meningkat dan sebaliknya. Oleh itu kerajaan perlu mengurangkan import yang terlalu banyak melalui bank pusat dengan mengubah kadar bunga dan mengadakan sekatan terhadap import.

 c. Juru bank kepada bank perdagangan

i. Mengawal rizab dan penyelesaian hutang antara bankBank pusat akan mengawal keperluan rizab berkanun dan rizab mudah tunai yang perlu disediakan oleh bank perdagangan. Rizab berkanun adalah simpanan wajib bank perdagangan di Bank Negara Malaysia. Rizab berkanun dihitung berdasarkan peratus tertentu daripada jumlah tanggungan bank perdagangan iaitu:

 

 Manakala rizab mudah tunai pula adalah simpanan tunai yang disimpan dalam bank perdagangan sendiri. Ia bertujuan supaya bank perdagangan

Page 6: peranan wang

mempunyai harta mudah tunai yang mencukupi dan mampu menunaikan semua cek yang dikeluarkan oleh pelanggan. Keperluan rizab tunai ini dihitung dengan menggunakan rumus berikut;

 

 

Bank Negara boleh menggunakan kedua-dua nisbah rizab ini sebagai satu alat dasar kewangan untuk mempengaruhi keupayaan mencipta kredit bank perdagangan dan seterusnya mengatasi masalah inflasi dan kemelesetan ekonomi.  

Bank Negara juga ada menyediakan “gedung penjelasan” yang memberi kemudahan kepada bank perdagangan menyelesaikan urusan pembayaran terhadap cek-cek yang dikeluarkan oleh bank perdagangan yang lain. Hutang di antara bank-bank perdagangan dapat diselesaikan melalui akaun penjelasan setiap bank perdagangan di Bank Negara.

 ii. Sumber pinjaman terakhir   Bank Negara juga ada menyediakan kemudahan pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan pelanggan.  

Bentuk pinjaman yang disediakan oleh Bank Negara adalah mendiskaunkan semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan dan pinjaman terus dengan cagaran. Pinjaman ini diberikan kepada bank perdagangan supaya orang ramai dapat mengekalkan keyakinan terhadap kekukuhan sistem kewangan dalam negara.

 a.  Mempengaruhi keadaan kredit negara selaras dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan negara menerusi perlaksanaan dasar kewangan.   Bank Negara akan memastikan penciptaan kredit oleh bank perdagangan adalah selaras dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan negara. Penciptaan kredit dapat dilakukan oleh bank perdagangan dengan memberikan pinjaman kepada orang ramai. Penciptaan kredit yang

Page 7: peranan wang

berlebihan akan menimbulkan  masalah inflasi dan sebaliknya keadaan kredit yang berkurangan akan menyebabkan kemelesetan ekonomi. Oleh itu Bank Negara perlu mengawal perkembangan penciptaan kredit dengan menggunakan dasar kewangan.

Peranan Wang Dalam Ekonomi 

1.

PengenalanPada minggu ini, kita akan membincangkan pula tajuk yang baru iaitu ‘Peranan Wang Dalam Ekonomi.’ Sebagai permulaan, kita akan membincangkan subtajuk ‘Wang’. Di dalam subtajuk ini, kita akan membincangkan beberapa perkara, iaitu

  a. Definisi wang   b. Ciri – ciri wang   c. Nilai wang dan kuasa beli wang   d. Kelemahan sistem barter   e. Fungsi wang2.

Definisi wangWang boleh didefinisikan sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain. Misalnya, wang kertas dan duit syiling telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai alat perantaraan dalam melakukan jual beli atau tukar menukar.

3.

Ciri-ciri wang

Suatu barang yang dipersetujui untuk digunakan sebagai wang haruslah

mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

  a. Nilainya stabil dari masa ke masa.   b. Mudah untuk dibawa, dipindahkan dan disimpan.   c. Tahan lama dan tidak ubah bentuk atau kualitinya dalam jangka masa

panjang.   d. Penawarannya terhad dan tidak mudah ditambah dalam jangka

panjang.   e. Sukar ditiru.

Page 8: peranan wang

  f. Mudah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil.4.

Nilai wang dan kuasa beli wangNilai wang boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kuasa beli wang tertentu untuk membeli barang dan perkhidmatan. Apabila seunit mata wang dapat membeli lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan seunit mata wang yang lain, maka nilai mata wang tersebut adalah lebih tinggi dari nilai mata wang yang lain. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa perubahan tingkat harga akan mengubah nilai mata wang . 

Nilai wang atau kuasa beli wang mempunyai hubungan songsang dengan tingkat harga. Apabila tingkat harga umum meningkat, nilai wang akan turun. Ini adalah kerana dengan sejumlah wang tertentu, jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli akan berkurangan apabila tingkat harga umum meningkat dan sebaliknya. 

Perubahan nilai wang dapat diukur dengan menggunakan indeks harga pengguna seperti berikut,

Page 9: peranan wang

 

5.

Kelemahan sistem barterSistem barter boleh didefinisikan sebagai suatu sistem ekonomi di mana jual beli barang dilakukan secara pertukaran barang dengan barang. Wang tidak digunakan sebagai alat perantaraan sebaliknya setiap individu saling bertukar barang antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan masing-masing. Namun begitu, sistem barter ini mempunyai beberapa kelemahan, antaranya:

  a. Memerlukan penemuan dua kehendak serentakUntuk menjalankan urusniaga secara sistem barter, ia memerlukan penemuan dua pihak yang masing-masing mempunyai dua barang yang saling inginkan barang tersebut. Misalnya, individu A inginkan barang milik individu B dan individu B inginkan barang milik individu A. Keperluan penemuan dua kehendak serentak ini adalah sukar kerana kehendak individu adalah adalah berbeza dan berbagai. Oleh itu jika kehendak kedua-dua individu adalah berbeza, maka sistem barter tidak dapat dijalankan.

  b. Masalah penentuan nilai pertukaranDalam sistem barter, pertukaran barang dengan barang adalah mengikut nilai pertukaran yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak. Misalnya, nilai seekor ayam sama dengan nilai lima ekor ikan yang sederhana besarnya. Oleh kerana sesuatu barang juga boleh ditukar dengan barang yang lain, maka nilai pertukaran lain pula harus ditetapkan. Dengan ini tiada suatu penentuan nilai pertukaran yang seragam terdapat dalam sistem barter.

  c. Membatasi pilihan pembeli

Page 10: peranan wang

Dalam sistem barter, pertukaran barang hanya berlaku antara dua barang yang dimiliki oleh individu masing-masing. Oleh itu setiap individu tiada pilihan barang yang lain yang boleh mereka perolehi untuk memenuhi kehendak mereka. Untuk memperolehi barang lain, individu perlu mencari individu lain yang mempunyai dua kehendak serentak.

  d. Bayaran tertunda sukar dilakukanDalam urusniaga kredit yang menggunakan wang sebagai alat pertukaran, sesuatu pembayaran akan dilakukan pada suatu tarikh tertentu selepas penjualan barang. Dalam sistem barter, bayaran tertunda ini sukar dilakukan kerana sifat barang itu sendiri yang tidak tahan lama dan mudah rosak.

  e. Kesukaran membahagi barang ke unit yang lebih kecilUrusniaga yang dijalankan melalui sistem barter akan dilakukan mengikut nilai pertukaran yang telah ditetapkan. Misalnya, lima unit beras sama dengan satu unit kambing. Oleh itu pemilik kambing terpaksa menukarkan kambingnya untuk mendapatkan lima unit beras walaupun ia hanya memerlukan dua unit beras sahaja.

  f. Kesukaran menyimpan kekayaan dengan barang

Untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk barang memerlukan

tempat dan kos untuk menyimpannya. Ini akan membebankan pemilik

barang untuk menyediakannya. Selain dari itu barang yang akan

disimpan ini tidak tahan lama dan cepat rosak.

6.

Fungsi wang

Dalam ekonomi moden, masyarakat menggunakan wang sebagai alat

pertukaran untuk memiliki sesuatu barang. Berikut adalah fungsi wang yang

digunakan dalam urusniaga, iaitu:

  a. Alat perantaraan pertukaran

Dengan menggunakan wang, individu yang inginkan sesuatu barang

tidak lagi memerlukan dua kehendak serentak. Ia hanya perlu

membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang

berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk

mendapatkan barang yan diperlukannya.

  b. Alat satuan nilai

Page 11: peranan wang

Dengan menggunakan wang, individu akan menilai sesuatu barang

dalam unit wang iaitu ringgit dan sen. Misalnya, barang X bernilai

RM10 dan barang Y bernilai RM50. Dengan ini pembeli boleh

membandingkan nilai suatu barang dengan barang yang lain dalam

unit ukuran yang sama.

Pembeli tidak perlu lagi mengingatkan nilai pertukaran yang pelbagai

untuk sesuatu barang yang diinginkan.

  c. Menyelesaikan bayaran tertunda

Wang boleh digunakan dalam urusniaga kredit kerana nilainya yang

stabil. Dalam ekonomi yang stabil tanpa inflasi, peniaga sanggup

menjual barang secara kredit kerana nilai benar wang semasa

penerimaan adalah sama dengan nilai benar wang semasa penjualan

barang. Oleh itu masalah untuk memikirkan sesuatu barang yang

diperlukan untuk menyelesaikan bayaran tertunda dapat diatasi.

  d. Alat penyimpan nilai

Wang boleh dijadikan sebagai alat penyimpanan nilai yang baik

kerana nilainya yang stabil dan sifatnya yang tahan lama. Dalam

ekonomi yang stabil, masyarakat cenderung menyimpan kekayaan

dalam bentuk wang di institusi kewangan untuk memenuhi

perbelanjaan pada masa akan datang. Dengan menyimpan kekayaan

dalam bentuk wang, maka penabung akan dibayar faedah atas

tabungan yang mereka lakukan.