buku wang saya

19
BUKU WANG SAYA

Upload: haliem

Post on 28-Jan-2017

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Wang Saya

Buku WangSAYA

Page 2: Buku Wang Saya

MenyiMpan Wang dan

Merancang perBelanjaan dengan Bijak

MelaBur dengan Bijak

MeMBuat perancangan

untuk hari-hari tua anda kesiMpulan

pengenalan

Mengurus hutang anda dengan Bijak

MeMBuat persediaan

jika terpaksa Menghadapi

caBaran hidup

tiptip

Berbelanja mengikut kemampuan, dan

jangan menanggung terlalu banyak hutang. Selalu pastikan bahawa anda dapat membayar hutang anda sekalipun

kadar faedah meningkat atau pendapatan anda

berkurangan.

Lee Hsien Loong, Perdana Menteri

Melabur dengan cermat. Jika anda tidak memahami sesuatu pelan pelaburan,

jangan laburkan wang anda. Dan ingatlah, pelaburan yang menjanjikan pulangan yang

lumayan biasanya mempunyai risiko kerugian yang tinggi.

Biar sederhana dan melabur untuk tempoh jangka masa

panjang.

Tharman Shanmugaratnam, Timbalan Perdana Menteri

merangkap Menteri Kewangan dan Pengerusi,

Penguasa Kewangan Singapura

Kita semua mempunyai rancangan untuk masa depan kita – untuk mencapai

impian dan matlamat kita, demi memenuhi tanggungjawab kita. Buku Wang Saya adalah

untuk anda. Di dalamnya terdapat tip-tip yang berguna untuk semua lapisan masyarakat.

Tip-tip ini boleh membantu anda memenuhi keperluan anda hari ini dan juga untuk

merancang masa hadapan anda.

Beberapa tip dalam buku ini dikumpul daripada Kempen

Facebook MoneySENSE. Like laman Facebook MoneySENSE kami untuk

tip-tip yang lebih hebat!

kandungan

Page 3: Buku Wang Saya

2 — 3MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

inflasi Boleh Menjejaskan nilai siMpanan anda

Nilai wang kertas $5 yang ada dalam dompet anda hari ini mungkin tidak sama nilainya di masa hadapan. Hari ini, wang kertas $5 itu cukup untuk membeli sepinggan nasi ayam yang berharga $3.50. Akan tetapi dalam masa 25 tahun, nasi ayam yang serupa akan berharga $5.74, dengan andaian kadar inflasi tahunan ialah 2%!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memiliki $1,500 bagi perbelanjaan bulanan apabila anda bersara pada umur 62 tahun dan jika kadar inflasi tahunan adalah 2%, $1,500 anda hari ini akan bernilai hanya $1,231 dalam masa 10 tahun dan $1,009 dalam masa 20 tahun.

tahun

$1,231$1,500

10Hari ini

$1,009

20$3.50

$5.7425 tahun

Risau kerana perlu mengikat perut dan mengorbankan perkara-perkara yang anda suka? Tidak perlu jadi begini jika anda bertindak dengan betul. Semuanya bergantung kepada cara anda berbelanja dan menyimpan wang supaya anda mempunyai wang yang secukupnya untuk perkara-perkara penting dalam kehidupan.

Apa jua matlamat anda, anda perlu membuat perancangan untuk mencapainya. Di sini ada beberapa tip yang mungkin dapat membantu anda.

untuk membeli rumah impian?

untuk melangsaikan pinjaman pendidikan?

untuk membiayai pendidikan anak?

untuk bersara dengan selesa?

MenyiMpan Wang dan Merancang perBelanjaan dengan Bijak

Page 4: Buku Wang Saya

4 — 5MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Menyimpan Wang dan Merancang Perbelanjaan Dengan Bijak

Pelan perbelanjaan membantu

menetapkan garis panduan untuk anda berbelanja mengikut

kemampuan dan dapat mengurangkan

kemungkinan keregangan kewangan

anda.

Seah Seng Choon, Pengarah Eksekutif,

Persatuan Pengguna-Pengguna Singapura

tip#03

Teknik menyimpan wang adalah dengan memantau perbelanjaan seharian. Jika anda adalah seorang

perokok, dengan mengurangkan satu setengah batang rokok setiap hari akan membawa kepada 2 kotak setiap bulan. Bergantung kepada jenama, penjimatan antara

$15 hingga $24 sebulan boleh dicapai. Ramai suka minum kopi atau minuman lain ketika waktu makan tengah hari. Dengan purata 22 hari kerja, kos purata

mungkin sebanyak $30. Mengurangkan perbelanjaan sebegini juga dapat menambahkan simpanan anda.

Gerard Ee, Bekas Pengerusi, Council for Third Age (C3A)

tip#04

Anda pasti tidak dapat menyimpan wang

menggunakan formula ini:Gaji – Perbelanjaan =

SimpananSebaliknya, gunakan ini:

Gaji – Simpanan = Perbelanjaan

Fleurdelis Orlanes,31, Koordinator Teknikal

tip#02

tip Berguna untuk anda

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

tahukah anda?

Jika anda hendak memiliki $50,000 dalam masa 20

tahun, anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya $187.50 sebulan di dalam simpanan

atau pelaburan yang memberi pulangan pada

kadar 1% setahun. Jika anda hanya mula menyimpan

10 tahun kemudian, anda perlu menyimpan sekurang-

kurangnya $395 sebulan untuk mencapai jumlah yang sama!

Jika anda mulakan simpanan lebih awal, anda

memperuntukkan lebih masa kepada wang anda untuk

meraih keuntungan.

tip#01

Menyimpan wang adalah penting. Untuk mendapat simpanan

yang lebih, sesetengah orang memerlukan

pendapatan yang lebih sementara yang lain pula

perlu mengurangkan perbelanjaan. Semua

terpulang pada anda....

Muhammad Al-Hafez,23, Jurulatih

Page 5: Buku Wang Saya

6 — 7MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Menyimpan Wang dan Merancang Perbelanjaan Dengan Bijak

like laman facebook Moneysense

kami untuk tip-tip lebih hebat!

tip Berguna untuk anda

Sentiasa laksanakan tanggungjawab anda dahulu – bayaran cukai, penyaraan

ibu bapa, zakat, dsb.

Soh Wai Wah, Director of Prisons

tip#05

Guna sehingga habis. Pakai hingga rosak. Guna apa yang ada sahaja. Jangan membeli

barang-barang yang anda tidak perlukan.

Spring Sun, 34, Suri Rumah

tip#06

1. Beli barangan yang anda perlukan dan bukan barangan

yang anda inginkan.

2. Elakkan daripada menggunakan kad kredit

kecuali jika anda pasti anda akan membuat bayaran penuh

sebelum tarikh tempoh.

3. Apabila mendapat bonus pada hujung tahun, pastikan kita

ketepikan perbelanjaan untuk keperluan sekolah contohnya buku-buku teks, baju seragam

dan kasut sekolah.

4. Ketepikan sedikit wang untuk pelaburan jangka masa panjang.

Junainah Kasnan, 58,Eksekutif Perkhidmatan

Pelanggan

tip#08

Menubuhkan dana kecemasan. Ia mungkin bernilai 3-6 bulan wang gaji atau perbelanjaan.

Sebagai permulaan, buat jadual untuk menyimpan

secara tetap ke dalam akaun simpanan anda dan

ikutlah jadual tersebut. Mulakan dengan jumlah

yang kecil, contohnya $10 seminggu, kemudiannya

$20 seminggu. Seterusnya, anda mungkin menyimpan

beratus-ratus sebulan!

Rasyidah,24, Guru

tip#07 Jangan hanya bergantung pada CPF sebagai

simpanan. Sebaliknya, buka akaun bank yang

berbeza daripada akaun bank yang anda biasa gunakan untuk

perbelanjaan seharian. Saya sendiri memiliki 3 akaun bank dari 3

bank yang berbeza, satu untuk pembelajaran masa hadapan saya,

satu lagi untuk kegunaan kecemasan dan yang

akhir sekali untuk kegunaan seharian.

Ryan Lim,19, Pelajar

tip#09

Bukan semua barang yang baik mahal harganya. Jangan

membeli hanya kerana jenama. Pengetahuan tentang produk lebih

penting dan dapat menjimatkan wang anda.Moliah Hashim, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif,

Yayasan MENDAKI

tip#10

Kebebasan kewangan boleh dicapai dengan memastikan supaya

perbelanjaan tahunan kurang daripada

pendapatan tahunan.Jeyaraman

Parasuraman, Penceramah Veteran

MoneySENSE

tip#12

Mulakan Dari Usia Muda. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Mulakan Dari

Sekarang.

Mulakan Dari Usia yang Muda; Apabila kanak-kanak

mula menyimpan wang pada usia yang muda, ia

akan menjadi satu tabiat. Mulakan Dengan Jumlah

yang Kecil; Setiap sen diambil kira dan beransur-

ansur menambahkan jumlah simpanan. Mulakan dari sekarang. Jika anda tidak

mulakan sekarang, bila lagi?Joseph Loh Kai Wen,

18, Pelajar

tip#11

Page 6: Buku Wang Saya

8 — 9MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Menguruskan hutang anda dengan BijakSebelum anda berhutang, penting bagi anda fahami bahawa berhutang adalah tanggungjawab utama. Terlalu banyak berhutang akan menyusahkan kita.

jangan benarkan bayaran hutang mengambil sebahagian besar daripada gaji anda.

ketahui Berapa Banyak itu terlalu Banyak

Sebelum anda meminjam, sila jawab kuiz ini:

Betulkah saya memerlukannya?

Mungkin terdapat cara lain yang lebih menjimatkan untuk membuat bayaran?

Saya masih perlu menanggung perbelanjaan bulanan yang lain. Mampukah saya?

Berapa banyak yang mampu saya pinjam?

Berapa banyakkah yang perlu saya bayar setiap bulan?

Apakah tempoh masa yang ditetapkan untuk melangsaikan pinjaman ini?

perBelanjaan Bulanan perBelanjaan Sebenar ($)

perBelanjaan yang diSaSarkan ($)

siMpanan

peMBayaran Balik gadai janji (tunai) / bayaran Sewa

insurans

cukai pendapatan

elaun untuk iBu bapa/anak

koS ulang-alik perjalanan

utiliti dan perBelanjaan isi ruMah

Makanan dan keperluan

untuk Beriadah

juMlah

rancangan perBelanjaan anda

Gunakan rancangan perbelanjaan untuk mengawal perbelanjaan anda dan untuk menyimpan wang bagi keperluan masa hadapan anda. Untuk mulakan perancangan, sila rujuk ke laman web

www.moneysense.gov.sg

Contoh bajet:

Menyimpan Wang dan Merancang Perbelanjaan Dengan Bijak

pendapatan Bulanan:• Pendapatan bersih

bulanan secara purata• Lain-lain pendapatan

Page 7: Buku Wang Saya

10 — 11MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Menguruskan Hutang Anda Dengan Bijak

Memantapkan dan Berjimat

Anda mempunyai masalah untuk membayar pinjaman-pinjaman yang ada? Berbincanglah dengan peminjam untuk bantuan bagi menyusun semula hutang anda. Untuk hutang kad kredit, pertimbangkan pemindahan baki jika ini dapat membantu anda menjimatkan bayaran faedah. Jangan lupa untuk menyemak yuran, bayaran tambahan dan lain terma dan syarat yang mungkin menambahkan kos anda.

turuti rancangan jangka panjang anda

Gunakan lembaran kerja untuk memantau pinjaman anda dan kadar faedahnya. Utamakan bayaran pinjaman dengan kadar faedah yang paling tinggi. Namun, selalu semak jika terdapat bayaran tambahan untuk menjelaskan hutang lebih awal.

Rujuk halaman 14 untuk lembaran kerja Gambaran Menyeluruh bagi memantau kesemua pinjaman dan mengambil langkah pertama dalam menguruskan hutang anda dengan lebih bijak.

jangan meminjam untuk membayar hutang

Meminjam wang untuk membayar hutang adalah tanda pertama bahawa anda sedang mengalami masalah dalam menguruskan hutang anda.

jangan mengambil pinjaman yang anda tidak mampu

Hutang kian meningkat; wang simpanan kian mengurang. Sebelum anda mengambil pinjaman, guna “Kalkulator Hutang” di

www.moneysense.gov.sguntuk mengira tempoh masa yang anda perlukan bagi menjelaskan hutang tersebut dan sama ada anda dapat membuat bayaran ansuran bulanan dengan selesa.

ambil tahu tentang kadar faedah

Tahukah anda perbezaan antara kadar faedah “terbayar” dan “yang diiklankan”? Ketahuilah tentang bayaran-bayaran tersurat. Layarilah www.moneysense.gov.sg untuk maklumat lanjut tentang perbezaan jenis kadar faedah dan bagaimana bayaran faedah dikira.

baca segala-galanya sebelum menurunkan tandatangan

Jangan menandatangani apa-apa dokumen sehingga anda telah membaca dan memahami hak dan tanggungjawab anda dengan jelas. Apabila anda sudah menurunkan tandatangan, anda terikat kepada syarat-syarat kontrak dari segi undang-undang.

BagaiMana hendak Menyekat hutang daripada BertaMBah

Page 8: Buku Wang Saya

12 — 13MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Menguruskan Hutang Anda Dengan Bijak

Jangan menganggap kad kredit sebagai wang percuma. Untuk mereka yang telah mempunyai baki yang banyak pada kad mereka, berhenti

menggunakan kad kredit dan ingatkan diri anda untuk membayar

sebanyak yang mungkin setiap bulan. Di sinilah

anda perlu mengorbankan terapi runcit anda atau

membeli barangan mewah.

Jasmine Ye,29, Pengurus Kewangan

Hentikan semua aktiviti yang menghasilkan hutang.

Ubah gaya hidup anda untuk mengumpul simpanan yang lebih bagi membayar hutang anda. Jika perlu, cairkan aset anda untuk mengurangkan

jumlah hutang yang tertunggak. Berbincang

dengan institusi kewangan untuk lakarkan skim bayaran

pinjaman. Akhirnya, beri tumpuan kepada penjanaan

pendapatan yang lebih. Terus lakukan yang di atas

sehingga semua hutang anda langsai sebelum membuat

perancangan lain.Fong Tian Lih,37, Jurutera

Berbelanja mengikut kemampuan anda, membeli

semua barang dengan membayar tunai, jangan

gunakan kad kredit secara membuta tuli untuk semua perbelanjaan anda. Anda

akan menyesal jika anda tidak membuat bayaran penuh.

Michael Goh,62, Bersara

Gunakan kad debit berbanding kad kredit. Ia

mengelakkan risiko berbelanja melebihi kemampuan anda.

Dan, banyak kad debit menawarkan diskaun dan

mata yang sama seperti kad kredit.Howie,

28, Profesional Perkhidmatan

Ketahui kebolehan kewangan anda. Pinjam paling minimum demi memiliki fikiran yang

tenang. Sentiasa bersedia kerana anda mungkin perlu mengeluarkan

wang tunai apabila anda kehilangan pendapatan bergaji atau pendapatan

sampingan untuk membiayai hutang. Selalu bersedia dan anda tidak

akan menyesal.Lee Yan Kheng,54, Kewangan

Hutang boleh diuruskan dengan ketetapan minda

dan disiplin yang kuat. Jangan membeli lebih

daripada apa yang anda mampu. Jangan tergoda

oleh barangan yang anda “inginkan”. Jika

anda mesti memilikinya, simpanlah secara

beransur-ansur untuk mendapatkannya.

Jocelyn Toh, 23, Pendidik

tip#01tip#02

tip#03

Sedar bahawa kad kredit hanya digunakan untuk memudahkan bayaran dan bukan sebagai cara meminjam wang. Bayar

keseluruhan bil kad kredit setiap bulan untuk mengelakkan perangkap

hutang.Kuo How Nam, Presiden

Credit Counselling Singapore

semak kewangan anda terdahulu sebelum mengambil pinjaman. guna kalkulator kewangan di

www.moneysense.gov.sg untuk membantu anda menilai kemampuan anda dari segi jumlah pinjaman dan bayaran bulanan.

Mendapat tempoh pinjaman gadai janji yang maksima tidak semestinya

bermaksud kita perlu mengambil tempoh

yang sepanjang mungkin untuk membayar semula. Kita harus sentiasa cuba membuat bayaran pokok lebih awal supaya dapat

menjimatkan perbelanjaan faedah dan menambah CPF

untuk persaraan.Lim Cai Yun,

26, Kewangan

tip Berguna untuk anda

tip#04

tip#05

tip#06

tip#07

tip#08

Page 9: Buku Wang Saya

14 — 15MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

MeMBuat persediaan jika terpaksa Menghadapi caBaran hidupKita semua pernah menghadapi lumrah kehidupan. Walaupun kita tidak dapat menghalang perkara buruk daripada berlaku, kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kesan mereka terhadap kehidupan kita dan juga orang-orang yang kita sayangi.

Anda perlu mempunyai simpanan kecemasan untuk bergantung harapan. Ini akan membantu anda mengharungi peristiwa buruk seperti kehilangan kerja atau perbelanjaan besar yang tidak diduga. Selain itu, insurans juga boleh melindungi anda daripada pelbagai risiko kewangan. Layarilah

www.moneysense.gov.sg untuk pelbagai jenis risiko yang boleh diinsuranskan. Walaupun anda mungkin tidak menghadapi semua risiko yang tersenarai, namun mungkin ada beberapa jenis insurans yang patut anda pertimbangkan, seperti insurans hayat dan kesihatan.

Menguruskan Hutang Anda Dengan Bijak

pinjaman anda – gambaran keSeluruhan

peMinjaM

pinjaMan ini untuk apa?(Contohnya pinjaman

kereta atau perumahan)juMlah hutang keSeluruhan ($)

juMlah Bayaran Bulanan ($)

tarikh teMpoh peMBayaran

tarikh peMBayaran yang terakhir

kadar faedah (%)

tarikh taMat teMpoh untuk tempoh terkunCi /

teMpoh terikat atau kadar proMosi yang leBih rendah

v

keutaMaan Bayaran^^

^^Jika tindakan guaman

diambil, berikan keutamaan untuk

menjelaskan hutang ini.

Page 10: Buku Wang Saya

16 — 17MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Berapa banyak yang anda perlukan bergantung pada:

Berapakah umur anak anda dan bila mereka akan mula bekerja

Umur tanggungan anda yang lain Jika anda merancang untuk membayar pendidikan tinggi

anak-anak Jika anda mempunyai pinjaman tertunggak untuk

dilangsaikan Jika anda mempunyai sumber lain untuk bergantung Berapakah perbelanjaan bulanan rumah tangga anda

Anda boleh layari laman web www.cpf.gov.sg dan gunakan Kalkulator Anggaran Insurans CPF untuk menilai apa yang anda perlukan bagi melindungi keluarga anda.

Membuat Persediaan Jika Terpaksa Menghadapi Cabaran Hidup

Insurans hayat adalah untuk memastikan keperluan asas keluarga dipenuhi, walaupun anda tiada di sisi. Sebagai permulaan, anda mungkin perlu pastikan bahawa anda diinsuranskan di bawah Skim Perlindungan Tanggungan, polisi insurans hayat bertempoh oleh Central Provident Fund Board (CPF).

Ada beberapa produk insurans yang membenarkan anda menambahkan simpanan, namun ianya mungkin lebih mahal. Sekiranya anda berminat, pastikan anda jelas tentang:

insurans hayat

Dapatkan maklumat mengenai ciri-ciri produk, lindungan, pulangan, risiko dan kos. Pastikan produk yang ditawarkan kepada anda dapat memenuhi keperluan anda, dan bersesuaian dengan keadaan peribadi anda.

• Objektif pelaburan anda – berapa banyakkah yang anda perlu simpan?

• Bila anda perlu gunakan wang simpanan anda

• Berapa banyak risiko yang anda sanggup ambil – berapa banyak yang anda mampu rugi

• Berapa banyak yang anda mampu melabur

Keliru tentang yang mana sesuai dibeli?

Pastikan anda mampu membayar premium kerana ia adalah komitmen jangka masa panjang.

Bandingkan produk berlainan yang tersedia.

Cari penasihat kewangan yang fahami keperluan anda dan dapat menjelaskan bagaimana pelbagai produk insurans dan pelaburan bertindak.

jika anda inginkan lindungan insurans hayat asas

• Bertempoh – memberikan perlindungan insurans sahaja.

• Membenarkan anda memilih berapa lama anda hendak dilindungi.

• Lebih murah kerana tiada penambahan simpanan – anda tidak menerima apa-apa nilai tunai jika anda tamatkan polisi awal atau hidup lebih lama daripada polisi.

jika anda inginkan insurans berserta pelaburan dalam satu produk

• Mungkin lebih sesuai untuk mereka yang tidak biasa dengan produk pelaburan dan inginkan lindungan insurans berserta simpanan atau pelaburan dalam satu produk.

• Contohnya: sepanjang hayat, endowmen, pelan berkaitan pelaburan.

• Lebih mahal berbanding insurans bertempoh kerana anda mengumpul simpanan selain daripada pembelian perlindungan.

• Ketahui bahawa semua pelaburan mempunyai risiko.

jika anda inginkan produk berasingan untuk perlindungan insurans hayat dan pelaburan

• Bertempoh – memberikan perlindungan insurans sahaja.

• Contoh pelaburan: saham, bon, amanah saham dan deposit berstruktur.

• Ketahui bahawa semua pelaburan mempunyai risiko.

Page 11: Buku Wang Saya

18 — 19MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Dapatkan perlindungan untuk kos penjagaan kesihatan anda. Dapatkan maklumat bagaimana Medisave, MediShield^ dan Medifund dapat membekalkan untuk anda sekiranya anda perlukan perlindungan untuk perbelanjaan perubatan anda. Jika anda inginkan wad kelas lebih tinggi, anda boleh pertimbangkan Pelan Pelindungan Bersepadu.

jika anda mahu... anda patut pertimbangkan...

Perbelanjaan hospital dan pembedahan (perubatan) dibiayai.

Insurans perbelanjaan perubatan contohnya pelan MediShield dan Integrated Shield

Menerima jumlah tunai tetap apabila anda berada di hospital. Insurans tunai hospital

Menerima bayaran sekali gus untuk membantu anda dengan perbelanjaan apabila anda didiagnosis dengan penyakit berat seperti kanser.

Insurans penyakit kritikal

Pastikan bahawa anda masih mempunyai sedikit pendapatan apabila anda tidak dapat bekerja disebabkan kehilangan upaya.

Insurans pendapatan kehilangan upaya

Membantu perbelanjaan seharian anda apabila kehilangan upaya yang teruk atau terlalu lemah untuk menjaga diri anda sendiri.

Insurans penjagaan jangka masa panjang contohnya. ElderShield dan ElderShield Supplements

Sesetengah polisi insurans kesihatan tidak diperbaharui secara automatik. Untuk polisi insurans kesihatan yang disediakan oleh majikan, ketahui bahawa anda mungkin tidak dapat membawanya bersama apabila anda bertukar pekerjaan. Semak semua butiran dengan teliti sebelum menyatakan kesanggupan terhadap sesuatu polisi.

pastikan tanggungan anda

tahu di mana polisi anda disimpan. pastikan juga

pasangan atau ahli keluarga terdekat anda dilindungi

dengan secukupnya juga.

Perbelanjaan perubatan datang dengan cara yang tidak dijangka. Beli insurans

perubatan seawal yang mungkin ketika anda masih muda. Jika anda membeli

insurans apabila usia anda menjangkau tua premium akan menjadi lebih mahal.

Kebanyakan skim insurans perubatan tidak akan memberi perlindungan selepas umur tertentu. Dan tiada syarikat insurans yang

akan menjual anda polisi tatkala anda sudah mengidap penyakit berat.

Koh Yong Guan, bekas Pengerusi Lembaga CPF, Pengerusi semasa SMRT Corporation

tip#02

Walaupun langganan insurans merupakan suatu langkah yang bijak, adalah penting untuk pastikan agar anda tidak terlebih

insurans, terutamanya jika premium yang lebih tinggi akan menjejas aliran tunai atau simpanan bulanan anda. Pertimbangkan kebaikan dan keburukan pelbagai pilihan insurans sebelum membuat keputusan. Contohnya, jika kita membeli insurans

bertempoh, kita harus merancang tarikh matangnya menurut umur kita atau

keperluan khusus. Jika kita tidak berniat untuk tinggal di wad hospital yang lebih mahal, kita tidak patut membeli pelan

perlindungan bersepadu yang lebih mahal. Kita juga patut menyemak semula perlindungan insurans kita secara berkala

untuk menilai jika perlindungan adalah mencukupi.

Wong Chong Oi,67, Bersara

tip#01

Membuat Persediaan Jika Terpaksa Menghadapi Cabaran Hidup

insurans kesihatan

tip Berguna untuk anda

^MediShield akan digantikan oleh MediShield Hayat dari hujung-2015.

Page 12: Buku Wang Saya

20 — 21MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Membuat Persediaan Jika Terpaksa Menghadapi Cabaran Hidup

Insurans merupakan suatu perlindungan daripada

peristiwa yang tidak dijangkakan. Berundinglah

dengan beberapa penasihat insurans dan dengar

penjelasan mereka. Dapatkan maklumat mengenai

premium insurans dan sejauh mana perlindungan

yang diberikan. Jangan hanya membeli kerana

premiumnya rendah. Periksa apakah perlindungan pelan insurans tersebut. Membeli insurans diperingkat awal akan memberikan anda

ketenangan fikiran dan ia semestinya menjadi penimbal

untuk membantu anda melalui masa kecemasan! Hidup sejahtera dan tetap

gembira!

Yoke Lin,52, Juruteknik Kanan

tip#06

Kira berapa banyak yang anda perlu

menginsuranskan berdasarkan keperluan

anda. Kematian = jumlah yang diperlukan

oleh keluarga untuk menjelaskan hutang,

upacara pengebumian, dll. Hilang Upaya Kekal

& Menyeluruh = jumlah untuk membiayai perbelanjaan dan

tanggungjawab anda.

Tan Wee Kiong,34, Jurutera Sistem

tip#07

Terdapat tempoh percubaan percuma 14 hari di mana anda boleh pertimbangkan semula keputusan anda selepas membeli polisi insurans tersebut. Pastikan anda

bertindak tepat pada masanya!

Lena Goh,21, Pakar Digital

tip#05Jangan bergantung sepenuhnya pada polisi

penjagaan kesihatan syarikat anda. Anda tidak akan dilindungi insurans

syarikat anda apabila anda berhenti kerja atau tukar syarikat/majikan. Maka wajarlah untuk

menjadikannya sebagai tanggungjawab peribadi!

Teo Sheng Ee,32, Bekerja Sendiri

tip#03

pantau perkembangan polisi insurans anda

Lembaran kerja boleh memberi anda pandangan keseluruhan semua polisi insurans anda. Gunakan lembaran kerja di halaman yang berikut untuk membantu anda:

• Memantau komitmen premium bulanan/tahunan insurans anda

• Ambil perhatian mengenai tarikh matang polisi anda

• Kenal pasti jika perlindungan insurans anda mencukupi ataupun tidak

• Memantau polisi insurans anda dan perlindungan untuk orang-orang tersayang

kaedah Berguna:

Orang yang bekerja keras patut tahu bahawa memiliki insurans adalah sangat penting! Sebaiknya dapatkanlah maklumat terperinci tentang jenis-jenis insurans yang

lain dari laman web seperti www.moneysense.gov.sg Ketahui risiko anda yang sewajarnya dan menilai keperluan

anda supaya anda dapat pertimbangkan perlindungan insurans yang sesuai. Akhir sekali, harus diingati agar tidak

menambah premium insurans yang tidak perlu yang mungkin menjadi beban kewangan!

Ong Zhang Quan,20, Pelajar

tip#04

tip Berguna untuk anda

Page 13: Buku Wang Saya

inSu

ran

S an

da

– ga

mba

ran

keSeluru

ha

n

jenis po

lisisya

rikat in

sur

an

sn

aM

a d

an

n

oM

Bo

r polisi

jum

lah

perlin

du

ng

an

($)

juM

lah

preM

iuM

b

ula

na

n/

tah

un

an

($)

tar

ikh

ha

Bis

teMpo

h

bayar

an

/g

iro

tar

ikh

Mata

ng

keMatia

nh

ilan

g u

paya

kekal &

M

enyelu

ruh

penya

kit kr

itikal

perlind

un

ga

n

peruBata

n

poliSi in

Sur

an

S hayat Saya

(Con

toh

: inSu

ra

nS b

ertempo

h, Sepa

nja

ng

hayat, en

do

wm

en ata

u b

erSerta-pela

bu

ra

n)

sertaka

n Bu

tiran

pelan

n

o. 1 a

nd

a d

i sini:

sertaka

n B

utir

an

pela

n n

o. 2 a

nd

a d

i sini:

pelan

no

. 3:

pelan

no

. 4:

pelan

no

. 5:

juM

lah

kecil polisi in

sur

an

s hayat saya

:

poliSi kem

ala

ng

an

da

n keSih

atan

Saya (Co

nto

hn

ya: kem

ala

ng

an

peribad

i, penya

kit kritikal, perbela

nja

an

perubata

n ata

u baya

ran

tun

ai h

oSpita

l)

sertaka

n B

utir

an

pela

n n

o. 1 a

nd

a d

i sini:

sertaka

n B

utir

an

pela

n n

o. 2 a

nd

a d

i sini:

pelan

no

. 3:

pelan

no

. 4:

pelan

no

. 5:

juM

lah

kecil polisi in

sur

an

s keMa

lan

ga

n d

an

kesihata

n saya

:

juM

lah

Besa

r seMu

a po

lisi insu

ra

ns saya

:

Page 14: Buku Wang Saya

24 — 25MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

MelaBur dengan BijakPelaburan boleh membawa kita selangkah lebih dekat dengan matlamat kewangan kita. Tetapi semua pelaburan ada risiko. Walaupun sesetengah pelaburan menjanjikan pulangan yang lebih tinggi berbanding yang lain, namun risiko kegagalan pelaburan tersebut mungkin juga lebih tinggi.

Oleh sebab terdapat banyak jenis produk pelaburan di pasaran, adalah penting untuk meluangkan masa bagi memahami produk-produk tersebut dan pilih produk yang sesuai untuk anda.

yang patut dan tidak patut dilakukan untuk pelaBuran

Pelaburan adalah mengenai mengimbangi risiko dan pulangan. Anda tidak boleh harapkan keuntungan jika anda tidak bersedia untuk menerima kerugian.

Pantau pelaburan anda dan semak semula objektif pelaburan anda dengan kerap.

Sentiasa lakukan perincian anda dan pemeriksaan latar belakang. Sila ke laman web www.mas.gov.sg untuk pastikan jika syarikat yang anda berurusan dengan, dikawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Jangan lupa untuk rujuk kepada Senarai Pengawasan Pelabur di www.moneysense.gov.sg untuk memeriksa senarai syarikat pelaburan yang tidak dikawal tetapi mungkin disalah anggap sebagai mempunyai lesen atau dibenarkan oleh MAS.

Kenal pasti objektif pelaburan anda dan tempoh masa yang anda ingin melabur.

Mempertimbangkan daya ketahanan risiko anda. Tanya diri anda berapa banyak yang anda mampu rugi.

Pastikan anda faham bagaimana produk ini sesuai untuk diri anda sebelum melabur.

Jangan menaruh semua harapan anda pada satu kemungkinan. Pelbagaikan portfolio anda dan melabur dalam produk-produk dan industri yang luas untuk mengawal risiko anda.

Dapatkan maklumat mengenai kos transaksi – mereka boleh mengurangkan pulangan anda.

yang patut dilakukan

Page 15: Buku Wang Saya

26 — 27MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Melabur Dengan Bijak

Menandatangani borang kosong atau tidak sempurna.

Tertarik dengan janji-janji pulangan yang tinggi. Menegaskan agar semua perkara dicatat sebelum anda bersetuju.

Malas menyemak keadaan prestasi pelaburan anda. Jangan menganggap semua perkara OK dan tiada tindakan lanjut diperlukan.

Bertindak pada tip ‘panas’ atau mengikut kebanyakan orang.

Melabur kerana anda tertarik kepada pulangan sahaja, tanpa memahami sepenuhnya potensi risiko, tempoh pelaburan minimum dan bayaran-bayaran penalti.

Bersetuju melanggan apabila anda tidak memahami produk yang ditawarkan. Ianya OK untuk menyatakan “tidak” kepada taktik jualan yang mendesak.

yang tidak patut dilakukan

pelaBuran: yang patut dan tidak patut dilakukan

Lakukan penyelidikan yang secukupnya sebelum melabur

dalam apa-apa produk dan ketahui risikonya

sebelum melabur. Jangan meletakkan kesemua wang

anda pada satu produk. Pelbagaikan portfolio anda

untuk mengawal risiko anda.

David Gerald, Presiden, Persatuan Pelabur Sekuriti

Singapura, (SIAS)

tip#02Ketahui bahawa beberapa pelaburan seperti saham

mempunyai risiko. Mereka mungkin mengalami

kerugian terutamanya dalam jangka masa

pendek. Dengan demikian, jangan membahayakan

simpanan yang anda tidak mampu kehilangan. Jangan meminjam wang

untuk membuat pelaburan berisiko.

Ng Kok Song, Penasihat & Pengerusi Pelaburan

Global, GIC

tip#01

Melabur menurut selera risiko anda agar diri anda dapat menanggungnya. Satu lagi perkara untuk

diambil perhatian: Jika anda tidak dapat

menyimpan wang terlebih dahulu, anda tidak harus

melabur. Menyimpan sekurang-kurangnya

15% daripada gaji kasar bulanan anda dan miliki

wang perbelanjaan untuk 6 bulan dalam tunai.

Christopher Tan, Penceramah Veteran

MoneySENSE

tip#03 Ilmu pengetahuan itu adalah suatu kuasa. Ilmu pengetahuan melengkapkan dan memberi kita kuasa

untuk membuat pilihan yang lebih bijak. Meneliti dengan tekun sebelum

melabur. Pelaburan tanpa pemahaman adalah

perjudian.

Nanz Chong Komo, Usahawan, Pengarang

Perniagaan dan Penceramah Motivasi, Pengasas Bekas Kedai

One.99.

tip#04

tip Berguna untuk anda

Page 16: Buku Wang Saya

28 — 29MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Melabur Dengan Bijak

Jangan melabur dalam produk yang tidak biasa hanya kerana hasilnya

kelihatan menarik. Lakukan penyelidikan

teliti tentang latar belakang dan prestasi

kewangan syarikat. Buat pertimbangan antara

risiko kerugian yang anda mampu tanggung dengan

produk yang anda ingin melabur ke dalam.

Li Ting,25, Pelajar

tip#06Apabila mencari pelaburan yang sesuai, beri perhatian kepada setiap butiran dan telitilah semua yuran yang akan dikenakan, contohnya

yuran pengurusan. Ini akan menjejaskan pulangan bersih anda.

Jangan terpedaya dengan pelaburan yang kelihatan

terlalu bagus. Jika anda tidak memahami

sesuatu produk dan bagaimana wang anda

akan dilaburkan, jangan membeli.

Norvin Chandra,30, Penaja Jamin

tip#05

Kesilapan yang biasa dilakukan adalah mereka

membandingkan diri mereka dengan orang yang mempunyai lebih wang daripada mereka

dan membuat kesimpulan bahawa mereka patut

mengikut jejak orang lain.

Ini adalah punca tingkah laku kumpulan yang

biasanya menyusahkan diri mereka sendiri. Sebagai manusia, kita tertakluk

kepada pengaruh-pengaruh ini tetapi kita

tidak boleh tunduk.

Seo Zheng Hao,33, Pengurus Perniagaan

tip#09

Walaupun melabur itu baik, pelaksanaan pelan pelaburan yang

lemah mungkin membawa bencana. Langkah yang paling penting tetapi selalu tidak diendahkan oleh ramai

adalah menilai profil risiko pelaburan & risiko yang anda boleh tanggung, contohnya risiko kerugian. Lakukan

penilaian kadar risiko yang anda sanggup ambil berdasarkan situasi kewangan anda. Pelan & portfolio

pelaburan anda patut diatur menurut profil risiko anda. Jika anda tidak suka ambil risiko, ini akan membolehkan

anda tidur nyenyak kerana tidak diganggu oleh naik turun harga yang teruk dalam nilai portfolio

semalaman.

Chia Pei Chwen,37, Bekerja Sendiri

tip#10

Peraturan 72 boleh membantu anda menilai jumlah masa yang anda perlu untuk mencapai matlamat pelaburan anda.

Bahagi 72 dengan kadar faedah dan anda akan mendapat anggaran tahun yang diperlukan untuk menggandakan wang anda.Contohnya, jika anda melabur $1,000 pada kadar faedah tahunan 3%:

72/3=24Ia akan meningkat dua kali ganda menjadi $2,000 dalam masa 24 tahun.

tahukah anda?

Peraturan asas untuk pelaburan saya: Saiz pelaburan saya patut

dikira berdasarkan berapa rendah baki bank yang mampu saya biarkan.

BUKAN berapa besar had kredit saya!

Irene Ang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif,

Fly Entertainment

tip#07

Ambil pandangan jangka masa panjang berbanding

perspektif menjual beli untuk keuntungan cepat. Jika anda sukakan sesuatu produk atau perkhidmatan yang diminati ramai, beli

stok tersebut.

Koh Boon Hwee, Pengerusi, Credence

Partners

tip#08

tip Berguna untuk anda

Page 17: Buku Wang Saya

30 — 31MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

MeMBuat perancangan untuk hari-hari tua anda

Beberapa perkara untuk diambil perhatian:

Anda juga patut pertimbangkan untuk diinsuranskan lebih awal...

Apabila usia kita meningkat, kita lebih senang mengidap penyakit atau mengalami kecederaan. Kita perlukan penimbal supaya anda tidak perlu menggunakan simpanan masa tua untuk menanggung perbelanjaan ini.

Belilah insurans kesihatan seawal yang mungkin. Untuk nilai perlindungan yang sama, seorang yang lebih tua biasanya perlu membayar premium yang lebih tinggi.

Apabila anda merancang ke hadapan untuk persaraan anda...

Elakkan daripada mengambil pinjaman perumahan yang melampaui tahun-tahun kerja aktif anda. Buat sasaran untuk melunaskan bayaran perumahan anda sebelum anda bersara.

Elakkan daripada meregangkan simpanan CPF anda untuk membayar pinjaman perumahan, jika ia mengakibatkan baki simpanan persaraan anda menjadi sedikit. Sebaliknya, bersedia menggunakan lebihan wang tunai untuk membayar pinjaman anda.

Simpanan CPF hanya untuk keperluan asas persaraan. Bergantung kepada gaya hidup yang anda ingini, anda mungkin perlu menyimpan lebih lagi. Guna penganggar Persaraan CPF di

www.cpf.gov.sg untuk mengira jumlah simpanan sekali gus yang anda perlukan untuk persaraan anda.

Semua yang anda perlu masukkan adalah:

Merancang dari aWal untuk MenikMati persaraan

Kita tidak dapat membuat ramalan masa hadapan namun ia tidak bermaksud kita tidak perlu merancang untuknya. Apa yang pasti adalah hayat kerja aktif kita akan tamat atau semakin berkurangan. Pendapatan lazim daripada kerja akan kehabisan atau berkurangan dengan sewajarnya. Merancang untuk menjaminkan kesenangan kewangan anda apabila bersara memerlukan perhatian anda.

Mr Koh Yong Guan

tip

Kemudian klik “Kira” untuk ketahui berapa banyak simpanan anda perlu untuk gaya hidup yang anda ingini apabila anda bersara.

• Umur semasa• Pendapatan persaraan bulanan yang diingini• Berapa lama pendapatan persaraan anda

patut bertahan• Pendapatan bulanan semasa

Page 18: Buku Wang Saya

32 — 33MoneySenSe – Program Pendidikan Kewangan Kebangsaan

Membuat Perancangan Untuk Hari-hari Tua Anda

Meskipun anda dapat peningkatan gaji anda,

kekalkan gaya hidup yang sederhana dan selesa yang

anda mampu walaupun selepas anda bersara.

Susana Harding,45, Pengarah

tip#05

Mulakan semasa usia muda! Lebih awal anda mula, lebih banyak anda mengumpul. Ia adalah kuasa memajmukkan.

Anda membenarkan kadar faedah berkhidmat untuk

anda melalui pemajmukan. Gaya hidup yang berlainan

memerlukan jumlah simpanan yang berbeza

sama sekali. Pertimbangkan inflasi apabila merancang

untuk persaraan. Akhir kata, jalani gaya hidup yang gembira dan sihat sekarang supaya anda mengurangkan risiko

penyakit yang memerlukan banyak perbelanjaan

yang akan menyebabkan wang persaraan anda

berkurangan!

Tan Wan Ling, 25, Pengajar

tip#04

Aset terbaik anda selepas persaraan adalah memiliki

kesihatan yang baik. Jadi, jagalah pemakanan, kesihatan dan kekal aktif dalam masyarakat anda.

Dr Mary Ann Tsao,Pengerusi, Tsao

Foundation

tip#01Menyimpan wang

mesti bermula pada usia yang muda untuk

perancangan yang lebih baik buat persaraan

anda. Kurangkan liabiliti seperti pinjaman kereta untuk membantu anda tingkatkan simpanan

untuk persaraan. Jika anda tidak suka

menanggung risiko besar, pertimbangkan pelaburan

yang berisiko rendah.

Serene Toh,40, Suri Rumah

tip#02

CPF membenarkan anda menambah akaun Khas (Special Account) dan Medisave, dan Jumlah

Minimum anda jika anda sudah 55 tahun atau ke atas. Jangan ketepikan

kelebihan skim ini. Tidak mudah untuk memperoleh

kadar yang lebih baik daripada kadar yang

dijamin sehingga 5% oleh CPF.

Koh Yong Guan, bekas Pengerusi Lembaga CPF, Pengerusi semasa SMRT

Corporation

tip#03

tip Berguna untuk anda

jangan lupa!

Awasi berapa banyak yang anda pinjam – kadar faedah boleh meningkat dan anda mungkin perlu membayar lebih banyak lagi.

Awasi apa yang anda melabur – jika pulangan adalah tinggi, risiko kehilangan wang anda juga tinggi.

Awasi berapa banyak yang anda keluarkan daripada CPF kerana ia memberikan pulangan yang baik, selamat dan dikhususkan untuk hari tua anda.

Ravi Menon,Pengarah Urusan,Penguasa Kewangan Singapura

dapatkan lebih tip kewangan dan idea daripada laman

Moneysense kami di www.moneysense.gov.sg

dan laman facebook kami di www.facebook.com/moneySenSe

Dan akhir sekali....

Page 19: Buku Wang Saya