mata wang malaysia

16
Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM Mata Wang Malaysia Program pendidikan pengguna oleh:

Upload: vandang

Post on 03-Feb-2017

376 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Mata Wang Malaysia

M A K L U M AT A M

Mata WangMalaysia

Program pendidikan pengguna oleh:

1 Pengenalan

2 Wang yang sah diperlakukan dengan nilai

3 Penyalinan atau pengeluaran semula mata wang Malaysia

Wang kertas & duit syiling di edaran

4 Ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia

6 Ciri-ciri keselamatan duit syiling

Wang kertas lusuh

7 Wang kertas yang terconteng

8 Wang kertas cacat

9 Mata wang palsu: apa tindakan anda?

10 Soalan yang sering ditanya

kan

du

ng

an

Penafian

Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja.Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumatlengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidakseharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihatguaman.

Tarikh: 21 Januari 2003

Pengenalan

Kadangkala wang kertas boleh bertukar rupa menjadi lusuh, cacat atau rosak sehingga menimbulkan masalah pula tentang apa yang harusdilakukan ke atasnya. Wang kertas Malaysia kini mengandungi beberapaciri-ciri keselamatan yang terbaru. Pengetahuan mengenai perkara inibegitu penting dan berguna supaya anda tahu apa yang perludiperhatikan jika terjumpa atau menerima wang kertas yang agakmeragukan.

Buku kecil ini bertujuan membantu anda membezakan antara wangkertas tulen dan wang palsu, serta tindakan yang perlu diambil apabilamenerima atau menjumpainya.

Buku kecil ini bertujuan membantu anda

membezakan antara

wang kertas tulen dan

wang palsu

Membuatpembayarandenganmenggunakan duit syiling ada hadnya

2

WANG YANG SAH DIPERLAKUKANDENGAN NILAI

Hanya wang kertas dan duit syiling yangdikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) sahaja yang sah diperlakukandengan nilai (iaitu, sah untuk digunakandi Malaysia). Wang kertas dan duit syilingtidak boleh diconteng atau dirosakkanpermukaannya untuk sah diperlakukandengan nilai. Bagi duit syiling, jumlahyang boleh digunakan untuk membuatpembayaran adalah terhad. (Jadual dibawah menunjukkan had yang bolehdiperlakukan untuk membuat pembayarandengan menggunakan duit syiling). Walau bagaimanapun, tiada haddikenakan bagi pembayaran denganmenggunakan wang kertas.

Denominasi

Duit syiling melebihi RM1

(contoh: Duit syiling kenang - kenangan)

Duit-duit syiling 50 sen dan RM1

Duit syiling kurang daripada 50 sen

Status Sah Diperlakukan

Sebarang jumlah mengikut

nilai muka

Sehingga RM10.00

Sehingga RM2.00

3

PENYALINAN ATAU PENGELUARANSEMULA MATA WANG MALAYSIA

Anda tidak dibenarkan untuk menyalinatau mengeluarkan semula mata wang Malaysia. Adalah juga menjadikesalahan menggunakan gambar foto,lukisan atau reka bentuk sebarang wangkertas atau duit syiling atau sebahagianwang kertas atau duit syiling walau apasaiz, skala atau warna sekalipun pada iklan atau barangan atau produk yang dikilang,dijual dan diedarkan atau diagihkankecuali dengan kebenaran BNM. Andamungkin didenda sehingga RM5,000 jikamenyalin atau mengeluarkan semula matawang Malaysia tanpa kebenaran BNM.

WANG KERTAS & DUIT SYILING DI EDARAN

Semenjak tahun 1967, BNM telahmengeluarkan tiga siri wang kertas dandua siri duit syiling untuk edaran.

Siri

Wang Kertas:

Siri Pertama

Siri Kedua

Siri Ketiga

Duit Syiling:

Siri Pertama

Siri Kedua

Denominasi

$1, $5, $10, $50,

$100 dan $1000

$1, $5, $10, $20,

$50, $100, $500

dan $1000

RM1, RM2, RM5,

RM10, RM50 dan

RM100

1 sen, 5 sen,

10 sen, 20 sen,

50 sen dan $1

1 sen, 5 sen,

10 sen, 20 sen,

50 sen dan RM1

Reka Bentuk / Tema

Corak Matematik

dan Geometri

Artifak

Kebudayaan

Wawasan 2020

Bangunan

Parlimen

Tradisi dan

Perwatakan

Malaysia

4

Siri yang diedarkan masa kini ialah siriketiga yang bertemakan “WAWASAN2020” yang mencerminkan pembangunanekonomi Malaysia. Siri ini mengandungi 6denominasi kesemuanya, iaitu, RM1, RM2,RM5, RM10, RM50 dan RM100. Siri tersebutmenerapkan beberapa ciri-ciri keselamatanyang baru sebagai tambahan kepada ciri-ciri keselamatan yang sedia ada untukmembendung kegiatan yang berkaitandengan wang palsu.

Duit syiling Malaysia yang berada di edaranmerangkumi duit 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20sen, 50 sen dan RM1. Pelbagai alat danperkakas yang digunakan dalampermainan kebudayaan tradisional kinidipaparkan pada permukaan di mana tiadaterdapat nilai muka duit syiling.

CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTASMALAYSIA

Untuk membantu anda mengenal pastiketulenan wang kertas, ciri-cirikeselamatan utama wang kertas Malaysia(siri ketiga) adalah seperti berikut:

• Kertas

Wang kertas Malaysia dihasilkan daripadakertas yang bermutu tinggi yang diperbuatdaripada kapas. Apabila disentuh, wangkertas terasa kesat sedikit dan apabiladiramas hasilnya ialah bunyi kerangupanyang unik.

• Potret Yang di-Pertuan Agong

Potret Yang di-Pertuan Agong Pertamayang terdapat di sebelah kanan wangkertas adalah satu ciri pencegah pemalsuanyang sukar untuk disalin atau dikeluarkansemula.

• Potret Tanda Bayang

Imej samar-samar Potret Yang di-PertuanAgong Pertama boleh dilihat pada petakkosong di sebelah kiri wang kertas,sekiranya ditatap pada cahaya. Imejdaripada cahaya ini bercorak 3 dimensidengan alunan warna gelap dan terangyang berbeza-beza dalam keadaan

1

Wang kertasMalaysia

dihasilkan daripadakertas yang bermutu

tinggi yang diperbuat daripada kapas

5

lembut dan berbayang, tanpa garisan luaryang nyata. Di bahagian bawah potrettanda bayang ini terdapat angka berkaitan.Sebagai contoh, angka 50 dipaparkanuntuk denominasi RM50.

• Benang Keselamatan

Benang keselamatan ini ditenun di permukaan sebelah belakang wangkertas. Apabila dilihat pada cahaya,benang ini kelihatan seperti satu garisan lurus yang kehitaman denganhuruf dan nombor yang berkaitan dicetakberulang kali. Sebagai contoh, “BNMRM50” dicetak berulang kali pada wangkertas denominasi RM50.

• Ciri-ciri LEAD

Di sebelah kanan wang kertas denominasi RM50 dan RM100, terdapatjalur hologram yang berkilau. Jalurhologram ini mengandungi 3 perkara,iaitu:

– Imej yang sama dengan yang terdapat di sebelah kanan potret Yang di-Pertuan Agong Pertama

3

2

1

5

5

5

5

5

2 1

5 63

4

Depan

BelakangSaiz sebenar: 145 x 69 mm

Ciri-ciri keselamatan utama wang kertas Malaysia (siri ketiga)

6

– Imej yang menunjukkan angka denominasi (contoh RM50)

– Imej huruf-huruf “BNM”

• Ciri-ciri PEAK

Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian tengah wang kertas. Apabila dilihat dari sudut yang berlainan pula, angka denominasiboleh dilihat di pertengahan kotak.Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untukwang kertas denominasi RM50.

•`Tanda Pandang Telus

Bunga raya di bahagian atas dan bawahwang kertas adalah serupa di kedua-duabelah permukaan (depan dan belakang)wang kertas.

• Cetakan Intaglio

Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama,nombor denominasi corak dan perkataan‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetakdengan beberapa lapisan dakwat halusuntuk menghasilkan kesan timbul.

6

5

4

CIRI-CIRI KESELAMATAN DUIT SYILING

Ciri-ciri keselamatan yang diterapkan padaduit syiling ialah terdapatnya ukiran timbulpada reka bentuk, kelilingnya yangbergerigi dengan nombor dan karektorpada muka hadapan dan belakang. Jikaduit syiling dijatuhkan pada permukaanyang keras, maka bunyi berdering akankedengaran. Anda juga boleh memeriksawarna duit syiling tersebut untukmemastikan warnanya sama dan serata.

WANG KERTAS LUSUH

Setelah agak lama di edaran, wang kertas boleh bertukar menjadi lusuh. Anda boleh menukar atau mendepositkanwang kertas lusuh di mana-manacawangan bank perdagangan. Adalahtidak wajar wang kertas lusuh diedarkansemula memandangkan ia tidak begitusesuai lagi untuk digunakan kerana ciri-cirikeselamatannya sudah tidak berkesan lagi seperti mana yang terdapat pada

wang kertas bersih. Di samping itu,keupayaan orang ramai mengenal pastiwang kertas yang tulen akan terjejas. Anda boleh memainkan peranan untukmemastikan wang kertas sempurna dan bersih sahaja berada di edaran dengan menukarkan wang kertas lusuhdengan wang kertas sempurna. Keadaan wang kertas yang sempurna dan bersih ini sebenarnya mencerminkan imej negara kita.

WANG KERTAS YANG TERCONTENG

Anda adalah dinasihatkan agar tidakmenconteng permukaan wang kertasdengan apa-apa perkataan, tanda, simbol,lukisan atau mesej yang tidak enak dibaca.Anda juga dinasihatkan agar tidakmenebuk lubang pada duit syiling. Jikaanda berbuat demikian, tiada nilai yangdapat diberikan ke atas wang kertas atauduit syiling tersebut apabila ditukar di bankperdagangan atau cawangan BNM.

Anda boleh menukar atau

mendepositkan

wang kertas lusuh

di mana-manacawangan bank

perdagangan

7

WANG KERTAS CACAT

Jika anda memiliki wang kertas cacat dantelah rosak, anda boleh menukarkannyadengan wang kertas baru di mana-manacawangan BNM. Wang kertas yangmengalami kecacatan atau kerosakan yangteruk akan menjalani pemeriksaan yangrapi sebelum nilainya dapat diberi. Faktorutama yang menyebabkan wang rosakialah apabila terbakar atau terkena air,bahan kimia dan bahan letupan. Selaindaripada itu, kerosakan boleh berlakuakibat haiwan dan serangga atau dalamkeadaan tertanam atau terurai. Keputusanuntuk memberi nilai adalah tertaklukkepada budi bicara BNM.

8

MATA WANG PALSU: APA TINDAKAN ANDA?

Berikut adalah beberapa langkah yang bolehdiambil jika anda mengesyaki seseorang telahmemberi wang palsu Malaysia kepada anda:

• Cuba lengahkan pemergian orang yang memberi wang palsu tersebut serta camkan orangnya dan temannya, jika ada, di samping nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan

• Jangan menconteng, memotong atau mengedar semula wang palsu tersebut

• Jika perlu menyentuh wang tersebut, pastikan sentuhan adalah yang palingminimum (anda boleh memasukkannya ke dalam sampul surat atau beg plastik).Catatkan butir-butir yang agak penting, seperti bagaimana anda mendapat wang tersebut, daripada siapa, di mana dan bila anda memperolehinya

• Bawalah wang palsu tersebut ke balai polisyang berhampiran dan serahkanlah ia kepada pihak polis sebaik sahaja laporan polis telah dibuat

Jika anda memiliki wangkertas cacat dan telah rosak,

anda bolehmenukarkannyadengan wang kertas baru dimana-mana cawangan BNM

9

S&JDi manakah BNM mencetakwang kertas?

Wang kertas Malaysia dicetak di luar negara oleh pencetak wang kertas yangberwibawa.

Mengapakah BNMmemperkenalkan semulawang kertas RM1?

Apakah tujuan mengeluarkanduit syiling dan wang kertaskenang-kenangan?

BNM mengeluarkan duit syiling dan wang kertas kenang-kenangan untukmemperingati peristiwa penting di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Ia juga dikeluarkan untuk menggalakkan hobi mengumpul wang kertas dan duit syiling.

Wang kertas RM1 siri terbaru diperkenalkan semula untuk edaran disebabkanoleh permintaan orang awam. Wang kertas RM1 juga didapati senang dibawake mana-mana berbanding duit syiling RM1 yang terasa berat dalam jumlahyang banyak dan mudah pudar pula.

Bolehkah peniaga menolakduit-duit 1 sen atau 5 sensebagai bayaran bagibarangan dan perkhidmatan?

Menurut Seksyen 24, Akta Bank Negara Malaysia 1958 duit syiling 1 sen, 5 sen,10 sen dan 20 sen boleh digunakan untuk membuat pembayaran sehinggajumlah RM2. Duit syiling RM1 dan 50 sen boleh digunakan untuk membuatpembayaran sehingga RM10.

SOALAN YANG SERING DITANYA

10

Bolehkah saya memperolehi wanggantian sekiranya saya menerimawang kertas palsu?

Tidak. Ini adalah kerana wang kertas palsu tidak mempunyai sebarang nilai.

Mengapakah BNM menarik balikwang kertas RM500 dan RM1000dari edaran?

Keputusan BNM menarik balik dari edaran dan status sah laku bagi wang kertasdenominasi RM500 dan RM1000 adalah untuk melengkapkan peraturan kawalanpertukaran wang yang diperkenalkan pada tahun 1998.

Bagaimanakah caranya untukmembezakan wang kertas tulen dan palsu?

Terdapat beberapa ciri-ciri keselamatan utama yang boleh dikenal pasti seperti berikut :

• Mutu KertasWang kertas Malaysia dihasilkan daripada kertas yang bermutu tinggi yang diperbuat daripada kapas. Apabila disentuh, wang kertas terasa kesat sedikit dan apabila diramas, hasilnya ialah bunyi kerangupan yang unik.

• Potret Tanda BayangTerdapat potret tanda bayang Yang di-Pertuan Agong Pertama yang bercorak 3 dimensi dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar yang nyata.

• Benang KeselamatanWang kertas tulen ditenun dengan benang keselamatan.

• Cetakan Intaglio / Rasa Kertas Imej yang tercetak mudah dikenali oleh orang awam. Ia memberikan kesan kerangupan yang unik, tidak liut, terasa lilin atau berkilau. Sesetengah huruf terasa kesat bila disentuh.

11

12

Ya. Wang kertas RM500 dan RM1000 masih lagi boleh ditukar kedenominasi yang lebih kecil di mana-mana cawangan BNM.

Bolehkah wang kertas RM500dan RM1000 ditukar kedenominasi yang lebih kecil?

Adakah denda akan dikenakankerana membuat penyalinan ataupengeluaran semula mata wangMalaysia tanpa kebenaran BNM?

Ya. Penyalinan atau pengeluaran semula mata wang kertas dan duit syilingMalaysia tanpa kebenaran BNM boleh dikenakan denda tidak melebihiRM5,000.

Di manakah wang kertas cacatboleh ditukarkan?

Mata wang Malaysia yang cacat boleh ditukar di enam cawangan BNM,iaitu, BNM Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu,Kota Kinabalu dan Kuching.

Bolehkah saya menukar wangkertas dan duit syiling baru dicawangan BNM?

BNM telah memberhentikan perkhidmatan penukaran wang kertas dan duitsyiling baru semenjak tahun 1997. Wang kertas dan duit syiling yang baruboleh ditukar di bank-bank perdagangan.

Bolehkah saya menukar wangkertas asing di BNM?

Tidak. Anda boleh menukar mata wang asing di mana-mana bankperdagangan atau pengurup mata wang berlesen.

Design Copyright © 2003 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

SILA LAYARI

www.bankinginfo.com.myATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

Edisi Pertama