“analisa ekplorasi komoditi ribawi menurut …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang...

27
“ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM” NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI Accounting and Finance Department Universiti Tenaga Nasional [email protected]

Upload: vuminh

Post on 05-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

“ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT PERSPEKTIF

EKONOMI ISLAM”

NURADLI RIDZWAN SHAH BIN MOHD DALI

Accounting and Finance Department

Universiti Tenaga Nasional

[email protected]

Page 2: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

1

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN………………………………………………………………...2

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

1.4 SKOP KAJIAN

BAB 2 LATAR BELAKANG KAJIAN…………………………………………………7

2.1 PENDAHULUAN

2.2 SISTEM EKONOMI ISLAM

2.3 PERBEZAAN SIS. KONVENSIONAL DAN SIS. EKONOMI ISLAM

2.4 DINAR EMAS SATU ALTERNATIF KEPADA WANG FIAT

2.5 SIMPANAN KOMODITI DAN KESTABILAN MONETARI

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN…………………………………………………. ……16

3.1 TEORI DAN PEMBENTUKAN MODEL

3.2 DEFINISI PEMBOLEH UBAH

3.3 SUMBER DATA

BAB 4 KEPUTUSAN DAN IMPLIKASI…………………………… ………………...20

4.1 ANALISA HUBUNGAN KORELASI DIANTARA HARGA EMAS DAN

KOMODITI YANG DIKAJI.

4.2 ANALISA REGRESSI

4.2.1 UJIAN HETEROSKIDATISITI WHITE

4.2.2 UJIAN AUTOKORELASI

4.2.3 UJIAN MULTI KOLINEARITI

Page 3: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

2

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN …………………………………………. 23

Rujukan ......................................................................................................................... 24

Lampiran ....................................................................................................................... 27

BAB 1

PENDAHULUAN1

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

Krisis kewangan yang melanda negara pada tahun 1997 banyak memberi kesan kepada

ekonomi negara dan negara-negara serantau. Permasalahan yang bukan sahaja dirasai

oleh Malaysia sahaja malah juga menimpa Indonesia, Thailand, Koera Selatan, dan

Kesatuan Soviet Rusia. Ianya membuka mata para ahli ekonomi sedunia untuk mengkaji

semula peranan mata wang kertas yang menjadi agen pertukaran. Bekas Perdana Menteri

Malaysia, Tun Dato Seri Seri Mahathir menuding jari kepada penyangak matawang

sebagai punca kepada krisis matawang yang melanda negara serantau Asia.

Mata wang fiat yang digunakan oleh hampir keseluruhan penduduk dunia mula

dipertikaikan tentang fungsinya. Secara amnya mata wang fiat tidak mempunyai apa-apa

nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kejayaannya

bergantung kepada sepenuhnya kepada penerimaan penggunaannya yang tertakluk

kepada kepercayaan pengguna terhadap nilai yang telah ditetapkan tersebut. Tanpa

kepercayaan tersebut, nilai wang fiat itu, tidak lebih dari kertas-kertas lain yang

mempunyai gambar-gambar bangunan bersejarah, huruf dan nombor.

1 Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengulas diatas sumbangan mereka keatas kertas kerja ini terutamanya Puan Hanifah Abdul Hamid (Uniten), Puan Rahana Abd Rahman (Uniten),

Page 4: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

3

Justeru dari kelemahan mata wang fiat yang boleh di manipulasi oleh penyangka mata

wang asing dan kegagalannya untuk mempertahankan salah satu fungsinya utamanya

iaitu sebagai penyimpan nilai, para cendiakiawan mula berbincang kembali tentang

keberkesanan mata wang fiat di dalam menjamin kestabilan sesebuah ekonomi negara.

Cendiakawan dari timur dan barat bertemu di dalam seminar kebangsaan dan

antarabangsa demi mencari jalan penyelesaian bagi kemelut krisis kewangan yang

melanda. Walaupun dengan menggunakan kawalan modal yang sangat ortodoks di

pandangan sebahagian pengkritik barat berbanding dengan kaedah pemulihan negara-

negara serantau yang lain, Malaysia telah berjaya mengharungi kemelut krisis kewangan

dengan jayanya.

Malah Malaysia mendapat pengiktirafan bahawa kaedah yang digunakan adalah yang

terbaik berbanding kaedah perskripsi IMF yang menjerat dan menjerut negara yang

memerlukan bantuan kewangan. Walaubagaiamanapun, para cendiakiawan dan para

ekonomian serantauan tidak merasai senang hati dengan kejayaan tersebut. Fokus

seterusnya adalah untuk mengatasi masalah sebenar atau punca sebenar kepada krisis

kewangan tersebut. Selepas di kaji dengan teliti, punca masalah itu dapat dikesan berada

di dalam sistem ekonomi yang kita dukung selama ini. Punca masalah tersebut adalah

penggunaan wang kertas. Penggunaan wang kertas, walaupun mudah untuk dibawa

tetapi ianya boleh dimanipulasi, boleh dicipta dengan sesuka hati dan boleh dicipta dari

proses penciptaan kredit yang menyebabkan inflasi dan seterusnya mengurangkan kuasa

beli mata wang fiat tersebut.

Page 5: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

4

Disamping itu penggunaan wang fiat ini mendukung sistem riba yang jelas haram

pengambilan, penggunaannya dari segi perspektif Islam. Berbalik kepada penyelesaian

yang dicari, penggunaan mata wang dinar emas dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri

Malaysia, di Qatar 2000 semasa persidangan OIC sedang berlanjutan. Malah semasa

persidangan OIC di Malaysia pada tahun 2003 juga, penggunaan dinar emas disarankan

sebagai matawang pembayaran perdagangan antarabangsa diantara negara-negara OIC

untuk mengukuhkan ekonomi negara dan mengurang pergantungan terhadap Dollar

Amerika. Satu mekanisma telah di cadangkan oleh Bank Negara Malaysia, dimana

pembayaran menggunakan dinar emas ini akan digunapakai di dalam pejanjian

perdagangan dua hala (BPA) dan seterusnya akan di tingkat kepada perjanjian pelbagai

hala (MPA) diantara negara-negara OIC. Penggunaan dinar ini bukan sahaja mendapat

perhatian kerajaan, malah syarikat-syarikat tempatan juga telah mula menceburkan dalam

perniagaan menempa wang dinar emas untuk kegunaan orang awam walaupun ianya

tidak diwartakan sebagai wang rasmi. Penggunaannya tidak terbatas untuk perdagangan

sahaja malah ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pembayaran zakat, mas kahwin

dan sebagai simpanan.

Penggunaan Dinar Emas ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ianya telah digunakan

di dalam sejarah bizantium dimana ianya telah diguna pakai semasa kedaulatan kerajaan

Parsi. Malah perkataan dinar itu dikatakan berasal dari perkataan Parsi “denarius” dan

perkataan dirham iaitu wang perak datangnya dari perkataan drachma. Dan di zaman

empayar Islam, Nabi Muhammad saw. telah mengguna pakai wang dinar emas Parsi.

Page 6: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

5

Hanya pada zaman pemerintahan khalifah Malik Al Marwan, sejarah penempaan dinar

emas berciri Islam telah dilakukan.

Selain dari emas, Nabi Muhammad saw. di dalam hadisnya telah menyatakan beberapa

komoditi yang lain yang dikategorikan sebagai komoditi ribawiah. Komoditi-komoditi

tersebut secara amnya pernah digunakan sebagai alat pertukaran jual beli dan perlu

menurut beberapa peraturan jika hendak ditukar dengan komoditi sejenisnya. Contoh

komoditi yang juga dikenali sebagai mata wang sunnah adalah emas, perak, gandum,

barli, garam dan kurma. Kesemua komoditi ini jika hendak ditukar sesama jenisnya perlu

sama timbangan dan tunai tanpa tertangguh waktu. Disini ciri persamaan yang ketara

adalah komoditi tersebut dinilai berdasarkan kepada timbangannya. Oleh kerana

komoditi-komoditi ini di sebut secara spesifik di dalam hadis dan kesungguhan Malaysia

dalam mereliasasikan penggunaan dinar emas, maka adalah praktikal satu kajian terhadap

komoditi-komoditi tersebut juga dijalankan. Justeru itu, saya ingin menggunakan

kesempatan ini untuk menjalankan kajian yang dapat menerangkan aspek-aspek berkaitan

tentang hubungan diantara komoditi-komoditi tersebut.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisa bentuk hubungan diantara harga

emas dan komoditi-komoditi yang pernah digunakan sebagai matawang di dalam sejarah

manusia. Komoditi-komoditi seperti emas, perak, garam, gandum, kurma dan barli

diklasifikasi sebagai barang ribawiah seperti yang dinyatakan didalam Hadis Nabi saw.

Kajian ini akan menganalisa samada harga komoditi-komoditi tersebut boleh menjadi

Page 7: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

6

kepada penentu atau penggangar kepada harga emas yang baik. Walaubagaimanapun

objektifnya boleh dikembangkan kepada untuk tujuan membuat polisi dan peramalan

pada masa akan datang.

Page 8: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

7

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian adalah untuk membuktikan bahawa keenam-enam komoditi ribawi ini

adalah mempunyai hubungan diantara satu sama lain dan adakah ianya boleh menjadi

satu model yang baik sebagai penentu harga emas.

Harga Emas = ƒ(Harga Perak, Harga Beras, Harga Gandum, Harga Barli, Harga Garam)

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian adalah berdasarkan kepada harga purata tahunan komoditi barangan yang

dikaji selama 63 tahun dari tahun 1930 hingga 1992. Kajian ini akan menganalisa 6 harga

komiditi yang diklasifikasikan sebagai barang ribawi dengan menggunakan data yang

dari pelbagai sumber. Data-data yang digunakan adalah data yang dikumpul dari Amerika

Syarikat dan di nilai menurut US dollar.

Jangka masa 63 tahun ini digunakan memandangkan data yang sedia ada hanya dapat

diperolehi dan dipadankan untuk jangka waktu 63 tahun tersebut sahaja.

Page 9: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

8

BAB 2

LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1 PENDAHULUAN

Latar belakang kajian didalam subjek ini adalah terlalu minima kerana kesemua komoditi

yang dikaji tidak lagi digunakan sebagai matawang. Sebagai contohnya matawang emas

dan perak tidak lagi digunakan sejak 1875, dan selepas itu wang fiat yang disandarkan

kepada emas seperti piawai emas antarabangsa dan sistem Breton Wood juga tumbang

pada tahun 1945 dan 1974. Walaubagaimanapun, komoditi-komoditi ini perlu dikaji

kerana telah di sebut di dalam beberapa hadis dibawah peraturan Riba al Fadl, yang

menyatakan bahawa jika berlaku pertukaran di anatara emas dengan emas, perak dengan

perak, garam dengan garam, gandum dengan gandum, barli dengan barli dan kurma

dengan kurma mestilah sama timbangannya dan tidak tertangguh masa (hadis riwayat

Abu Bakrah).

Akademi Fiqh OIC di dalam resolusinya didalam Jurnal Antarabangsa Sistem Kewangan

Islam menerangkan aspek pertukaran didalam matawang dan menyatakan enam jenis

barang yang diklasifikasikan sebagai barang ribawiah. Hadis yang berkaitan adalah hadis

riwayat Ibn Shihab.

Memandangkan emas dan perak dan komoditi ribawi yang diklasifikasikan sebagai

matawang, maka ianya akan di kawal dibawah peraturan “Bay al Sarf”. Bay al sarf adalah

kontrak pertukaran matawang untuk matawang. Kontrak ini di awasi dengan ketat oleh

Page 10: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

9

Shariah kerana ianya mudah dimanipulasi dengan tujuan untuk menghasilkan pinjaman

berfaedah, yang dilarang oleh Islam (Islamic Finance 2003)

2.2 EKONOMI ISLAM.

Setiap sistem, yang bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat, mestilah direka bentuk

di dalam keadaan yang realistik. Justeru itu, jika, sesuatu sistem itu dilaksanakan dengan

bertujuan untuk memenuhi kehendak manusia terutamanya di dalam jangka panjang,

ianya hendaklah memenuhi matlamat manusia dan hendaklah tidak bertentangan

malah selari dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Ini adalah mustahil untuk

dilakukan jika pengubal sesuatu sistem tidak menguasai keatas ilmu dan pengetahuan

yang secukupnya untuk memahami sosial dan aspek individu manusia. Selain itu,

pengubal sistem itu hendaklah mempunyai kefahaman yang mendalam tentang hubungan

sebenar diantara dua aspek iaitu manusia dan fitrah manusia itu sendiri. Tambahan dari

keperluan yang disebut tadi, penggubal juga hendaklah memahami trend sejarah ke atas

hubungan tersebut, keperluan untuk membangunkan hubungan tersebut dan cara untuk

mencapai keperluan tersebut demi untuk merealisasikan sebuah evolusi, pendekatan

manusia kepada matlamat dan tujuan manusia diciptakan.

[51.56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka

menyembah dan beribadat kepadaKu.

Page 11: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

10

Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri merupakan kajian

tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan sumber-sumber alam ciptaan

Allah. Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah digunakan dengan adil dan cekap

sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua sumber-sumber alam ini digunakan untuk

kebaikan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah.

Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Perlu

diketahui bahawa matlamat utama sistem ekonomi islam ialah untuk mencapai

kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat ataupun yang dikenali sebagai al-Falah (Mohd

Dali at el, 2004). Agama Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai ibadah

yang perlu ada bagi kegunaan manusia. Dalam konteks ini, kegiatan ekonomi dalam

sistem ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi tanggungjawab manusia

dengan Allah sebagai pencipta dan juga hubungan manusia sesama manusia.

Kesimpulannya, dapatlah dikatakan yang seluruh insan bertanggungjawab terhadap

amanah yang telah ditetapkan oleh Allah.

Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran dan juga al-

Hadis. Ini memberi makna yang al-Quran dan al-Hadis akan menjadi pedoman manusia

semasa menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi.

Page 12: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

11

2.3 PERBEZAAN UTAMA EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI

KONVESIONAL

Perbezaan utama diantara system ekonomi Islam dan ekonomi konvensional adalah

bergantung kepada larangan terhadap transaksi riba atau faedah, gharar2, maisir3 dan

larangan menjual barangan yang dilarang oleh syariah seperti arak dan khinzir.

Pengharaman Riba adalah menjadi intipati kepada perbezaan utama diantara system

ekonomi Islam dan konvensional ini adalah kerana sistem konvensional bergantung besar

kepada riba didalam transaksi seharian. Disini perlu dijelaskan dengan lebih lanjut

tentang pengharaman riba dari perspektif Islam.

[2.275] Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul

melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang

kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan:

"Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah

menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang

telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari

mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)

adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di

dalamnya.

2 Gharar adalah sesuatu yang tidak pasti seperti insuran nyawa, futures dan menjual barangan yang tidak

dapat ditentukan nilainya.

3 Maisir adalah aktiviti yang melibatkan perjudian

Page 13: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

12

[2.276] Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia

pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya.

Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu

melakukan dosa.

[2.278] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan

tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang

berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

[2.279] Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu),

maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya

kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang

sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku

zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

[2.280] Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka

berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan

hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya

yang besar yang kamu akan dapati kelak).

Page 14: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

13

2.4 DINAR EMAS SATU ALTERNATIF KEPADA WANG FIAT

Sejurus dari krisis kewangan yang melanda serantau Asia Tenggara, Malaysia telah

bercadang untuk menggunakan Dinar emas sebagai suatu alternatif kepada matawang

didalam perdagangan antarabangsa. Dinar emas mendapat sambutan menggalakan

daripada rakyat Malaysia dan antarabangsa dan tidak sedikit juga yang menentang

cadangan Malaysia untuk menggunakan Dinar. Wang fiat bersifat inflasi kerana kerajaan

boleh mencetak matawang sesuka hati berbanding dengan dinar emas penawarannya

adalah bergantung kepada penemuan lombong emas baru kerana emas tidak boleh cetak

seperti wang fiat. Cadangan Bank Negara Malaysia untuk menggunakan BPA didalam

merealisasikan penggunaan Dinar mendapat sambutan dari negara-negara OIC. Enam

negara telah menyatakan persetujuan untuk menggunakan BPA sebagai penyelaras

perdagangan dua hala dan negara-negara tersebut adalah Libya, Bahrain, Turki, Sudan,

Iran dan Maghribi (Mohd Dali at el, 2003). Didalam pembentangan kertas kerja tersebut,

penulis telah mengemukakan bahawa sistem BPA adalah lebih sesuai berbanding

daripada menggunakan pembayaran elektronik seperti E-Dinar ltd. Ini adalah kerana

BPA4 memudahkan para pengimport dan pengeksport untuk berdagang manakala

pembayaran dinar melalui sistem pembayaran elektronik lebih bersifat mikro (Mohd Dali

at el, 2003).

Walaubagaimanapun pelbagai persoalan timbul seperti adakah penawaran emas dapat

menampung permintaan emas untuk dijadikan matawang dan apakah hubungan emas

dengan komoditi-komoditi lain yang pernah digunakan sebagai matawang seperti perak,

gandum, barli, garam, kurma, garam dan lain-lain lagi.

Page 15: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

14

2.5 SIMPANAN KOMODITI DAN KESTABILAN MONETARI

Kajian tentang komoditi dan kestabilan monetari telah bermula sejak dari kurun yang ke

19 lagi semasa sistem monetari dunia adalah berasaskan kepada piawaian emas iaitu

wang fiat yang berasaskan kepada jumlah simpanan emas. Sebelum kepada sistem

piawaian emas, sistem monetari adalah berdasarkan kepada sistem “bimetallic” iaitu

sistem kewangan yang berasaskan kepada wang emas dan perak. Malah sebelum kita

menggunakan wang emas dan perak, sistem kewangan adalah berdasarkan kepada wang

komoditi iaitu wang yang disandarkan kepada komoditi. Sejarah penggunaan wang

komoditi, bimetallic, dan fiat ini bermula dari proses pertukaran barter demi untuk

memenuhi kehendak manusia. Ianya bermula dari transaksi ekonomi dua individu dan

berkembang kepada masyarakat, perdagangan antarabangsa dan sebagainya. Disebabkan

pertukaran barter mempunyai banyak masalah terutama dalam menentukan kadar

pertukaran, maka manusia beralih kepada pertukaran dan perdagangan yang lebih effisien

dengan menggunakan wang sebagai medium pertukaran dan lahirlah wang komoditi,

bimetallic, simetalic, dan wang fiat.

Pendokong teori Bimetalic mempertahankan bahawa matawang sepatutnya mesti di

sandarkan kepada emas atau perak manakala pendokong Simetalic pula berpendapat

bahawa matawang boleh di tukarkan atau disandarkan kepada “basket of metals” seperti

campuran emas dan perak didalam nisbah tetap diantara satu sama lain (Walras, 1874).

William Stanley Jevons meneruskan kajian yang dijalankan oleh Walras pada tahun 1975

4 Sila rujuk kepada carta aliran operasi BPA (Mohd Dali at el 2003) di lampiran 1.

Page 16: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

15

dengan menamakannya sebagai “commodity-basket backed currency” (Jevons, 1875).

Alfred Marshall meneruskan kajian pada tahun 1987 dengan mencadangkan untuk

menggunakan teori simmetalic asal iaitu pertukaran nisbah tetap emas dan perak

berbanding pertukaran kepada emas atau perak seperti pendokong bimetalic. Alfred

mencadangkan agar wang disandarkan kepada nisbah tetap gabungan emas dan perak

berbanding kepada sandaran emas atau perak (Marshall, 1887, 1923). Seterusnya kajian

dilakukan tentang kestabilan harga dijalankan oleh Lewis (1925) dan Robertson (1926).

Lewis membentangkan suatu perancangan bagaimana untuk mestabilkan harga (Lewis,

1925). Manakala Roberston membincangkan tentang polisi perbankan dan juga tahap

harga (Robertson, 1926). Goudriaan (1932) mencetuskan idea terawal untuk menjadi

simpanan rezab komiditi sebagai penentu kepada kestabilan harga (Goudriaan, 1932).

Clark pada tahun 1933, telah menulis tentang suatu cadangan untuk mengadakan suatu

komposit indek untuk komoditi (Clark, 1933).

Page 17: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

16

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 TEORI DAN PEMBENTUKAN MODEL

Teori dan pembentukan model adalah didasarkan dari sumber asas ekonomi Islam iaitu

Al Quran dan Al-Hadis dimana ada disebut secara spesifik tentang dinar dan dirham

didalam surah At Taubah yang melarang dari menyimpan emas dan perak tanpa

mengeluarkan zakat, hukum kisas, dan hadis sahih riwayat Muslim yang menerangkan

tentang transaksi pertukaran antara emas dengan emas, perak dengan perak, gandum

dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan kurma dengan kurma

mestilah sama timbangan dan tidak tertangguh masa.

Secara spesifiknya harga emas dan harga perak dengan US Dollar mempunyai korelasi

negatif yang hampir sepurna kepada 100 (Kitco.com (a), 2003). Kajian diantara

hubungan “spread” kadar faedah jangka panjang dan kadar faedah jangka pendek dengan

harga emas menunjukkan pergerakan positif iaitu harga emas akan akan neningkat jika

kadar faedah jangka panjang meningkat berbanding kadar faedah jangka pendek

(Kitco.com (b), 2003). Walaubagaimanapun tiada kajian yang dilakukan untuk

mengenalpasti hubungan emas dan komoditi-komoditi yang disenaraikan sebagai

komoditi ribawi yang pernah digunakan sebagai medium pertukaran pada zaman dahulu.

Medium pertukaran didalam era khalifah Islam adalah emas dan perak dan juga komoditi

lain seperti garam, kurma, gandum, dan barli. Didalam model ini, harga kurma terpaksa

Page 18: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

17

ditukar dengan harga beras kerana data harga kurma tidak dapat diperolehi. Untuk

mencari penjelasan kepada peraturan yang dijelaskan didalam hadis tersebut maka model

diebentuk seperti berikut;

Harga Emas = ƒ(Harga Perak, Harga Beras, Harga Gandum, Harga Barli, Harga Garam)

Bentuk hubungan diantara harga emas dengan komoditi-komoditi adalah tidak linear. Ini

dapat dibukti setelah melakarkan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji diatas

gambarajah seperti lampiran 2.

.

Pembentukan model mestilah berdasarkan tiga ciri utama di dalam pembentukan model

iaitu ciri ekonomi, ciri statistik dan ciri ekonometrik.

Setelah mengkaji lebih kurang 20 model linear dan non-linear, model non linear dipilih

kerana ianya menepati ciri ekonomi dan statistik. Menurut ciri ekonomi, hubungan

diantara harga emas dan komoditi akan mempunyai korelasi positif manakala mempunyai

korelasi negatif dengan kadar pertukaran wang asing dan ini selari dengan model non-

linear dan R square bagi model ini adalah 90.43 yang menerangkan bahawa

pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar dapat menerangkan pembolehubah

bersandar sebanyak 90.43 peratus.

Page 19: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

18

Model yang dipilih adalah seperti berikut:

Log Y = Log �0 + Log (�1X1) + Log (�2X2) + Log (�3X3) + Log (�4X4) + Log

(�5X5) + Log �

ANDAIAN MODEL

E(u) = 0

E (UX) = 0

U N (0, � n^2)

N > k�

E(Ui Uj) =�����^2 I=j

E(Ui Uj) =���� ^2 I tidak sama j

E (Xt Xs) = 0 t =s�

3.2 DEFINISI PEMBOLEH UBAH

Definisi pemboleh-pemboleh ubah adalah seperti berikut:

Log Y = Log Harga Emas

Log X1 = Log Harga Perak

Log X2 = Log Harga Beras

Log X3 = Log Harga Gandum

Log X4 = Log Harga Barli

Log X5 = Log Harga Garam

Log � = Log Ralat

�0 = konstant

�1 = Penggangar parameter Harga Perak

�2 = Penggangar parameter Harga Beras

�3 = Penggangar parameter Harga Gandum

�4 = Penggangar parameter Harga Barli

�5 = Penggangar parameter Harga Garam

Page 20: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

19

3.3 SUMBER DATA

Data harga emas dan perak diperolehi dari Kitco.com dari laman web www.kitco.com

Data harga beras, harga gandum dan barli didapati dari USDA dari laman web USDA.

Data harga garam diperolehi dengan kerjasama Dennis S. Kostick dari Salt Institute.

Beliau boleh dihubungi melalui email [email protected] atau dari

http://www.saltinstitute.org/33.html

Page 21: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

20

BAB 4

KEPUTUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

��������

4.1 ANALISA HUBUNGAN KORELASI DIANTARA HARGA EMAS DAN KOMODITI YANG DIKAJI.

Analisa korelasi Pearson tidak dapat dijalankan kerana harga emas dan komoditi-

komoditi yang dikaji tidak mempunyai hubungan yang linear. Ini adalah kerana analisa

korelasi Pearson hanya boleh dilakukan jika pembolehubah-pembolehubah mempunyai

hubungan linear.

4.2 ANALISA REGRESSI BERBILANG

Log Y = Log(4.203667) + c Log X1 –1.087987 LogX2 + 0.921111 LogX3 + 0.021076

LogX4 + 0.463192 LogX5

� = 15983.32 x1 ^ (0.67) x2 ^ (–1.09) x3 ^ (0.92) x4 ^ (0.02) x5 ^ (0.46)

(0.08)* (0.14)* (018)* (0.13)** (0.11)*

R Square = 0.9043

F = 226.74

DW = 0.603

* Aras Keyakinan 99.99 peratus

** Aras Keyakinan 13.03 peratus

Page 22: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

21

Berdasarkan model yang dipilih kesemua komoditi mempunyai hubungan positif

bersamaan dengan keputusan kajian Kitco.com pada tahun 2004. Cuma untuk harga beras

ianya mempunyai hubungan negatif. Ini mungkin disebabkan beras bukanlah satu

makanan ruji untuk penduduk Amerika Syarikat. Kemungkinan juga kerana komoditi

beras sebenarnya bukannya komoditi yang seperti disebutkan didalam hadis. Didalam

kajian ini harga beras adalah sebagai komoditi pengganti kepada harga komoditi kurma

yang tidak dapat diperolehi.

Model ini juga memenuhi teori statistik kerana mempunyai R square yang tinggi. Ini

menunjukkan bahawa pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar dapat menerangkan

pembolehubah bersandar sebanyak 90.43 peratus.

Page 23: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

22

4.2.1 UJIAN HETEROSKIDATISITI (WHITE) Ho = Tiada heteroskidastisiti H1 = Ada heteroskidastisiti Di dalam ujian heteroskidatisiti, ujian white “cross term” digunakan. White Heteroskedasticity Test: F-statistic 11.10177 Probability 0 Obs*R-squared 39.17883 Probability 0.000005 Test Equation: Dependent Variable: RESID^2 Method: Least Squares Date: 02/25/04 Time: 21:01 Sample: 1930 1992 Included observations: 63 Variable Coefficient Std. Error t-Statistic Prob. C -4669.988 4423.422 -1.055741 0.2958 X1 -349.8781 1255.017 -0.278783 0.7815 X1^2 140.2261 53.65626 2.613416 0.0116 X2 -717.4521 2526.512 -0.283969 0.7775 X2^2 23.3143 161.7129 0.144171 0.8859 X3 3780.495 10000.08 0.378046 0.7069 X3^2 -750.5835 1978.168 -0.379434 0.7059 X4 7931.851 11831.99 0.670374 0.5055 X4^2 -1632.336 3177.233 -0.51376 0.6095 R-squared 0.621886 Mean dependent var 5021.706 Adjusted R-squared 0.565869 S.D. dependent var 11431.96 S.E. of regression 7532.357 Akaike info criterion 20.82337 Sum squared resid 3.06E+09 Schwarz criterion 21.12953 Log likelihood -646.9361 F-statistic 11.10177 Durbin-Watson stat 1.531208 Prob(F-statistic) 0 Daripada ujian diatas, nR square adalah lebih besar dari nilai kritikal X^2 pada aras

keyakinan 95. Maka disini kita boleh menolak Ho kerana model mempunyai masalah

Page 24: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

23

heteroskidatisiti. Dan kemungkinan kesalahan dalam menolak Ho adalah 0.000005.

Disini ternyata model ini mempunyai masalah heteroskidatisiti.

4.2.2 UJIAN AUTOKORELASI Durbin-Watson D 0.603

(For Number of Obs.) 126

1st Order Autocorrelation 0.697

Ujian autokorelasi Durbin Watson menunjukkan bahawa pekali durbin Watson bukan

kosong iaitu mempunyai autokorelasi negatif. Walaubagaimanapun, kewujudan

autokorelasi tidak menjejaskan proses analisa atau untuk membuat polisi berdasarkan

model sedia ada. Masalah yang akan timbul hanya apabila hendak membuat peramalan.

4.2.3 UJIAN MULTI KOLINEARITI Ujian multi kolineariti menunjukkan bahawa terdapat hubungan diantara pemboleh-

pembolehubah bebas yang terdapat di dalam model (Sila rujuk Lampiran 3). Faktor yang

menyebabkan berlakunya multi kolineraiti ini adalah disebabkan kencenderungan

pembolehubah bebas bergerak serentak mengikut masa. Multi kolineariti masih lagi

boleh diterima jika korelasi pemboleh-pembolehubah tidak bersandar lebih kecil dari R

square. Di dalam model ini, masalah multi kolineariti yang serius dikesan kerana

korelasi pembolehubah harga garam dan harga perak, harga beras dan gandum dan harga

gandum dan barli adalah lebih besar dari R square model.

Page 25: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

24

BAB 5

5.1 KESIMPULAN DAN SARANAN

Harga emas dan harga komoditi seperti perak, garam, gandum dan barli mempunyai

hubungan yang positif berlawanan dengan hubungan harga emas dengan kadar

pertukaran wang asing yang bersifat hampir kepada hubungan sempurna negatif. Disini

terbukti apabila bukan permintaan terhadap emas sahaja yang mempengaruhi

peningkatan harga emas malah harga komoditi juga boleh menyebabkan harga emas

meningkat. Didalam matlamat Malaysia ingin menjadikan Dinar Emas sebagai suatu

matawang perdagangan antarabangsa, harga-harga komoditi ini juga perlu di teliti selain

daripada harga emas itu sendiri.

Walaubagaimanapun ini adalah kajian awal, kajian-kajian yang lebih mendalam perlu

ditekankan untuk mendapat hasil keputusan yang lebih tepat dan jitu seterusnya boleh

dijadikan hasilnya sebagai penentuan polisi seperti untuk menyelesaikan masalah

heteroskidasiti, auto korelasi dan multi kolineariti yang serius. Saranan kepada pengkaji-

pengkaji adalah untuk menggunakan data harga-harga komoditi di Malaysia untuk

mendapatkan analisa yang lebih bermakna.

Page 26: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

25

Rujukan

Al Quranul Karim

Alfred Marshall (1887) "Remedies for Fluctuations of General Prices", Contemporary

Review, March. Reprinted in A.C. Pigou, 1925, editor, Memorials of Alfred

Marshall. London: Macmillan.

Alfred Marshall (1923) Money, Credit and Commerce. 1965 edition, New York:

Augustus M. Kelley.

Al-Hadis Hadith number in Sahih Muslim [Arabic only]: 2977

Dennis H. Robertson (1926) Banking Policy and the Price Level.

Gilbert N. Lewis (1925) "A Plan for Stabilising Prices", Economic Journal

Jan Goudriaan (1932) How to Stop Deflation. London.

John Maurice Clark (1933) "The Proposal for a Composite Commodity Currency", in

Economic Essays in Honor of Gustav Cassel. London.

Kitco.com (a) Gold And Silver Review 8/12/2003. Available online at

www.kitco.com/reports/alta vest_dec292003.html

Kitco.com (b) Gold Stocks, Interset Rates and The US Stock Market. Available online at

www.kitco.com/ind/Saville/aug112003.html

Kostick, D.S., 2003, Salt, accessed October 29, 2003, at URL

http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/salt/saltmyb02.pdf.

Leon Walras (1874) Elements of Pure Economics: or the theory of social wealth. 1954

trans., Homewood, Ill: Richard D. Irwin. p.339.

Page 27: “ANALISA EKPLORASI KOMODITI RIBAWI MENURUT …nuradli.com/no25a.pdf · semula peranan mata wang kertas ... nilai dalaman selain dari nilai yang telah ditetapkan oleh kerajaan

26

Mohd Dali at el. (2003) Gold Dinar. Using Bilateral Payment Arrangement System or

Electronic Payment System. Proceeding of Student Conference on Research and

Development. Universiti Tenaga Nasional.

Mohd Dali at el. The Implementation of Gold Dinar. Is It The End of Speculative

Measures? Journal of Economic Cooperation SESTRCIC, Ankara Turkey. July

2002.

Mohd Dali at el. The Mechanism of Gold Dinar. AS Nordeen 2004. Mohd Dali at el. Islamic E-Commerce. Its Theoretical Framework and challenges For

Islamic Buisness. Proceeding of Knolewdge Management of International

Conference & Exhibition (KMICE) 14-15 February 2004. Evergreen Laurel

Hotel, Penang & Covention Center, UUM Malaysia.

U.S. Bureau of Mines, 1927–34, Mineral Resources of the United States, 1924–31.

U.S. Bureau of Mines, 1933–96, Minerals Yearbook, 1932–94.

U.S. Bureau of Mines, 1962–77, Commodity Data Summaries, 1962–77.

U.S. Bureau of Mines, 1978–95, Mineral Commodity Summaries, 1978–95.

U.S. Geological Survey and U.S. Bureau of Mines, 1996, Mineral Commodity

Summaries, 1996.

U.S. Geological Survey, 1901–27, Mineral Resources of the United States, 1900–23.

U.S. Geological Survey, 1997–2003, Mineral Commodity Summaries, 1997–2003.

U.S. Geological Survey, 1997–2003, Minerals Yearbook, v. I, 1995–2001.

What Shariah Experts Say. Currency Exchange. International Journal of Islamic Financial

Services Vol. 2 No.2

William Stanley Jevons (1875) Money and the Mechanism of Exchange.