urus wang anda

26
8/9/2019 Urus Wang Anda http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 1/26 Urus Wang Anda: Analisis manfaat kos bantu kawal perbelanjaan Oleh Prof Madya Ir Sodri Ariffin, Pensyarah di Medec, UiTM WANG sukar diperoleh dan adalah sumber terhad bagi semua orang tetapi mudah untuk dibelanja atau dihabiskan. Justeru, bagaimanakah seseorang harus berbelanja supaya mendapat nilai maksimum daripada setiap sen yang dibelanjakan. Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert McNamara pernah memperkenalkan kaedah analisis manfaat kos bagi perbelanjaan negara itu dan kaedah yang sama boleh diguna pakai oleh pengguna. Pada asasnya setiap perbelanjaan mestilah berasaskan matlamat yang jelas dan seseorang perlulah sedar apakah matlamat utama beliau. Kesedaran sedemikian akan membantu beliau membuat pilihan berdasarkan keutamaan dan perbelanjaan mana yang tidak penting boleh disisih atau dikemudiankan. Strategi demikian dapat memastikan bajet yang terhad mencukupi untuk diagihkan perkara penting. Anda perlu senaraikan apakah agenda dan matlamat penting untuk keluarga anda. Apabila keutamaan sudah jelas, maka seseorang perlu mengkaji pilihan yang ada untuk mencapai matlamat yang dikenal pasti itu. Biasanya, ada pelbagai pilihan iaitu kos dan keberkesanannya berbeza. Perbandingan antara kos dan manfaat antara setiap pilihan perlu dibuat supaya pilihan dibuat paling baik. Kos boleh diperincikan dalam jumlah nilai ringgit sementara manfaat atau kebaikan diperoleh daripada perbelanjaan perlu disenaraikan. Analisis manfaat boleh dibuat secara subjektif dan kuantitatif. Analisis subjektif memerlukan senaraikan kriteria dalam menilai produk atau perkhidmatan yang hendak dibeli. Terdapat kriteria tertentu yang lebih penting daripada yang lain. Kadangkala, pendapat pakar atau mereka yang berpengalaman boleh menjadi

Upload: khairi-arahman

Post on 30-May-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 1/26

Urus Wang Anda: Analisis manfaat kos bantu kawal perbelanjaan

Oleh Prof Madya Ir Sodri Ariffin, Pensyarah di Medec, UiTM

WANG sukar diperoleh dan adalah sumber terhad bagi semua orang tetapi

mudah untuk dibelanja atau dihabiskan.

Justeru, bagaimanakah seseorang harus berbelanja supaya mendapat nilaimaksimum daripada setiap sen yang dibelanjakan.

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Robert McNamara pernahmemperkenalkan kaedah analisis manfaat kos bagi perbelanjaan negara itu dankaedah yang sama boleh diguna pakai oleh pengguna.

Pada asasnya setiap perbelanjaan mestilah berasaskan matlamat yang jelas danseseorang perlulah sedar apakah matlamat utama beliau.

Kesedaran sedemikian akan membantu beliau membuat pilihan berdasarkankeutamaan dan perbelanjaan mana yang tidak penting boleh disisih ataudikemudiankan.

Strategi demikian dapat memastikan bajet yang terhad mencukupi untukdiagihkan perkara penting.

Anda perlu senaraikan apakah agenda dan matlamat penting untuk keluargaanda.

Apabila keutamaan sudah jelas, maka seseorang perlu mengkaji pilihan yangada untuk mencapai matlamat yang dikenal pasti itu.

Biasanya, ada pelbagai pilihan iaitu kos dan keberkesanannya berbeza.

Perbandingan antara kos dan manfaat antara setiap pilihan perlu dibuat supayapilihan dibuat paling baik.

Kos boleh diperincikan dalam jumlah nilai ringgit sementara manfaat ataukebaikan diperoleh daripada perbelanjaan perlu disenaraikan.

Analisis manfaat boleh dibuat secara subjektif dan kuantitatif.

Analisis subjektif memerlukan senaraikan kriteria dalam menilai produk atauperkhidmatan yang hendak dibeli.

Terdapat kriteria tertentu yang lebih penting daripada yang lain.

Kadangkala, pendapat pakar atau mereka yang berpengalaman boleh menjadi

Page 2: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 2/26

sumber rujukan bernilai untuk membantu kita membuat keputusan yang baik.

Jika analisis dibuat bagi semua perbelanjaan secara disiplin dan istiqamahmaka sudah tentu keputusan pembelian menjadi lebih baik.

Jumlah RM1,000 sama nilainya untuk semua orang tetapi nilai yang diperolehdaripadanya berbeza dan bergantung kebijaksanaan kita berbelanja.

Nota Niaga: Melayu kena yakin kebolehan usahawan sebangsa

Oleh Datuk Mohd Nasir Ahmad

APABILA Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau Gabem dilancarkan lebih duabulan lalu, slogan ‘Melayu tolong Melayu’ telah dilaungkan. Gabem sebagaibadan bukan kerajaan diharap membantu memantau dan menyelaras kemajuan

ekonomi Melayu melalui perundingan dan permuafakatan dikalangan pelbagaikomuniti ekonomi Melayu.

Hakikat bahawa slogan ‘Melayu tolong Melayu’ dalam konteks pembangunanekonomi Melayu perlu disuarakan 36 tahun selepas pengenalan Dasar EkonomiBaru (DEB) jelas mencerminkan kegagalan orang Melayu bermuafakatsepenuhnya membantu sesama sendiri.

Laungan supaya ‘Melayu tolong Melayu’ timbul kerana dalam tiga dekadsetengah usaha memajukan ekonomi orang Melayu, didapati orang Melayu

sendiri masih sukar memberi sokongan kepada usahawan dan peniaga Melayu.

Berdasarkan sejarah dan budaya, orang Melayu sebenarnya sudah lama hidupdalam suasana bekerjasama. Budaya gotong royong adalah cara hidup orangMelayu terutama apabila menjayakan urusan seperti kenduri kahwin danmengurus kematian. Budaya ini masih subur hingga sekarang, terutama di luarbandar.

Namun entah mengapa, sikap bantu membantu di kalangan orang Melayunampak sukar dicapai dalam kegiatan ekonomi berkaitan perniagaan dankeusahawanan. Orang Melayu kelihatan kurang selesa membantu bangsa sendiri

mencari kejayaan dalam bidang perniagaan.

Sikap orang Melayu ini mungkin disebabkan sistem penjajahan Inggeris selamalebih 400 tahun yang mana bidang kerja di kalangan masyarakat dijuruskanberasaskan kaum. Cara penjajah ini menyebabkan orang Melayu lebih ramaimenjadi petugas kerajaan atau petani dan tidak terfikir untuk menjadi peniagaatau pedagang.

Page 3: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 3/26

Kesan daripada cara pemerintahan penjajah ini melahirkan kepercayaanbahawa perniagaan dan perdagangan bukan bidang kepakaran orang Melayu.Untuk sekian lama orang Melayu selesa dengan kedudukan dan peranan merekadalam masyarakat seperti ditentukan oleh penjajah Inggeris.

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu memangsudah jauh tertinggal dalam penguasaan kekayaan ekonomi negara. OrangMelayu mencapai tahap mereka sendiri tidak percaya mereka mampu menjadipeniaga atau pedagang.

Kepincangan dalam agihan kekayaan ekonomi negara berdasarkan kaum sudahtentu memerlukan pembetulan untuk kestabilan dan kesejahteraan negara.Kesedaran dan keperluan ini memuncak pada 1969 dan melahirkan DEB pada1970. DEB menjadi kaedah untuk mula melahirkan masyarakat perniagaanMelayu.

Namun, jelas usaha mengikis pandangan bahawa Melayu bukan masyarakatperniagaan bukannya kerja mudah. Usaha ini jelas belum berjaya keranapelbagai statistik menunjukkan pencapaian masih di bawah sasaran. Kita perluakui 36 tahun tentu tidak cukup mengubah budaya dan pemikiran yang terbinadalam tempoh lebih 400 tahun.

Kita sudah pasti tidak dapat menunggu 400 tahun lagi untuk mengubahkedudukan orang Melayu dalam ekonomi negara. Dengan adanya wawasanuntuk menjadi negara maju menjelang 2020, mungkin sehingga itu saja tempohbagi orang Melayu berbuat sesuatu.

Banyak persepsi negatif diluahkan mengenai usahawan Melayu. UsahawanMelayu sebenarnya menghadapi krisis reputasi dan imej. Antara lain usahawanMelayu dilihat mempunyai masalah sikap, tidak pandai mengurus perniagaan,tiada budaya perniagaan, terlalu bergantung kepada kerajaan dan tidak mampubersaing.

Kita tahu masyarakat bukan Melayu umumnya memandang rendah kemampuanusahawan Melayu berniaga. Ini berlaku walaupun sudah ada usahawan Melayumembuktikan kemampuan mereka hingga ke peringkat antarabangsa.

Lebih malang ialah masih ramai orang Melayu sendiri meragui kemampuan

bangsanya bergiat sebagai ahli perniagaan. Masyarakat Melayu sendiri kelihatankurang yakin dengan kemampuan usahawan Melayu khususnya dalam bidangtertentu.

Bidang peruncitan umpamanya masih kekurangan usahawan Melayu berbandingkedudukan sebagai kumpulan majoriti rakyat. Menyedari kekurangan ini,beberapa program diperkenalkan kerajaan untuk membangun usahawan Melayudalam bidang ini khususnya Projek Usahawan Bumiputera dalam Bidang

Page 4: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 4/26

Peruncitan atau Prosper oleh PUNB.

Dalam perniagaan apa sekalipun, pasaran akan menentukan kejayaanperniagaan itu atau sebaliknya. Pasaran negara kita sudah tentu majoritinyaorang Melayu. Berdasarkan hakikat ini seharusnya usahawan peruncitan Melayu

mempunyai peluang besar untuk berjaya.

Usahawan Melayu pula perlu berusaha memperbaiki cara pengurusanperniagaan mereka untuk menarik keyakinan pelanggan. Pelanggan bukanMelayu biasanya mempunyai pilihan lain kerana banyak perniagaan bukanMelayu untuk dipilih. Dengan sendirinya usahawan Melayu terpaksa berusahamenarik pelanggan Melayu sebagai pasaran utama.

Diakui kebanyakan peniaga Melayu dalam bidang peruncitan dapat bertahanatas sokongan pasaran Melayu. Tetapi kejayaan lebih besar dan cepat akandicapai jika mendapat sokongan lebih besar daripada pengguna Melayu

khususnya.

Malangnya masih ada pengguna Melayu meragui kebolehan usahawan Melayudalam bidang tertentu, umpamanya bengkel kereta atau kedai cermin mata.Pengguna Melayu seolah-olah kurang yakin dengan kemampuan mekanik Melayuberbanding bukan Melayu, walaupun biasanya mekanik bukan Melayu itu hanyaseorang perantis dalam latihan.

Satu lagi alasan tidak melanggani kedai Melayu ialah boleh mendapat hargalebih murah di kedai bukan Melayu. Ini mungkin benar dalam banyak keadaan.Tetapi jika kita ingin membantu usahawan Melayu berjaya, pengguna Melayu

perlu membuat pengorbanan menyokong kedai orang Melayu walaupun mahalsedikit.

Dalam suasana usahawan Melayu masih kecil bilangannya, mereka tidak dapatmembina jaringan luas sesama sendiri dan skala ekonomi mengurangkan kos. Inimenyebabkan kebanyakan kedai Melayu mempunyai kos jualan lebih tinggidaripada kedai bukan Melayu.

Kedai Melayu akan gulung tikar jika tiada sokongan. Pengguna Melayu perluterus menyokong kedai Melayu supaya mereka dapat meningkatkan volumjualan. Ini memberi peluang mengurangkan kos unit, sekali gus menjadi lebih

bersaing dalam jangka panjang.

Negara akan menyambut ulang tahun ke-49 kemerdekaan tidak lama lagi.Hakikatnya, kita masih belum berjaya mengikis peninggalan penjajah bahawakononnya orang Melayu tidak mampu menjadi masyarakat perniagaan.

Masyarakat Melayu keseluruhannya perlu berfikir bagaimana dapat membantusebahagian daripada kita bergiat sebagai usahawan dengan lebih berjaya.

Page 5: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 5/26

Setiap orang Melayu ada ruang membantu membina masyarakat perniagaanMelayu berdaya maju dan berdaya tahan.

Projek kerepek ‘menjadi’

Oleh Hanisah Selamat

Bermula dengan perniagaan kecil, Mahmuddin kini miliki syarikat janapulangan lumayan dengan pengeluran 25 tan sebulan

MERCU TANDA: Kerepek House menjadi lambangkejayaan perniagaan kerepek Mahmuddin.

BANTING: Siapa sangka, perusahaan kerepek yang dimulakan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga akhirnya membawa pulanganlumayan, dan inilah yang berlaku kepada Mahmuddin Abas, 51.

Bapa kepada lapan cahaya mata itu kini boleh tersenyum puas apabila hasiltitik peluhnya ‘menjadi’ malah perolehan syarikatnya, Fazz Enterprises (M) SdnBhd tahun lalu mencecah angka yang amat memberangsangkan.

Kejayaan tidak datang bergolek, jatuh bangun yang dilalui tatkala mulabertapak lebih dua dekad lalu dianggap pengalaman paling berharga. Hasilnya,daripada perniagaan di dapur keluarga, ia semakin berkembang hingga mampumembina sebuah bangunan kilang yang mampu menghasilkan 25 tan kerepek

Page 6: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 6/26

setiap bulan.

Mahmuddin juga membina pusat jualan yang dinamakan Kerepek House, diKanchong Darat, Banting bersebelahan kediaman dan kilangnya.

“Saya memulakan bisnes ini pada 1983 dengan mengedarkannya di sekolahkerana ketika itu saya dapati kebanyakan makanan ringan yang dijualmenggunakan bahan pengawet.

“Dari sekolah, pasaran diperluaskan ke kedai runcit hingga ke luar daerah.Melihatkan sambutan, saya memperbesar lagi skil produksi menerusi pembinaankilang. Kebanyakan pelanggan mendapatkan stok secara pukal.

“Boleh dikatakan promosi produk Fazz Enterprises tersebar dari mulut kemulut. Bagi meningkatkan pengeluaran, saya melengkapkan kilang denganjentera rekaan sendiri seperti mesin pemotong ubi dan pisang. Kaedah ini

mempercepatkan proses penyediaan bahan sekali gus memastikan hanya bahanmentah segar digunakan,” kata bekas juruteknik di sebuah kilang itu.

Kemahiran berkaitan jentera digunakan sepenuhnya, malah tugasanpenyelidikan dan pembangunan (R&D) turut membantu meningkatkan produksi.Di kilangnya ada tiga jentera pemotong dan lima unit dapur goreng. Begitupun,buat masa ini kerja pembungkusan masih dijalankan secara konvensional.

Mesin pemotong yang dipasang terus pada kuali dan mesin menyaring minyakdapat menjimatkan masa kerana ia boleh diselenggarakan dua orang pekerjasaja, malah keunikan mesin berkenaan mendorong sebuah agensi kerajaan

mempelajari teknik ciptaannya. Faktor tarikan lain sudah tentu tawaranharganya yang lebih murah.

Dedahnya lagi, tidak mudahmenghasilkan kerepek bermutu keranabahan mentah perlu dipastikan segarterutama ubi kaya. Lokasi penanamanbahan mentah tidak boleh melebihi 20kilometer dari kilang. Selepas ubidicabut ia perlu dibawa segera kekilang, dikupas, dibersihkan dan

digoreng untuk mengelakkannyalebam.

“Disebabkan mahu menjaga kualiti,kami sendiri mencabut bahan mentahdi kebun. Bahan mentah pula hanya disekitar kawasan ini. Selain mengawalmutu, secara tidak langsung kita

Page 7: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 7/26

memberi peluang perniagaan kepada petani di sini. Kerepek biasanya mampubertahan selama 12 minggu jika kaedah penghasilan dan pembungkusandilakukan dengan sempurna,” katanya.

TEKUN: Petugas menyelenggarakan kerja pembungkusan kerepek.

Disebabkan penjagaan kualiti juga, Mahmuddin terpaksa menghentikan operasieksport yang dimulakan pada 1988. Kos penyelenggaraan atau pemulangansemula stok yang rosak disebabkan faktor logistik membuatkannya berfikir duakali untuk meneruskannya. Hasil perbincangan, operasi eksport setakatbertahan untuk sembilan tahun.

“Melihat prospek kerepek tempatan, saya mengedarkannya hingga ke UnitedKingdom, Dubai, Australia, Brunei dan Hong Kong. Walaupun prosespengilangan dan pembungkusan dilakukan secara teliti, ketika dalam kontenakita tidak mampu mengawal keadaan. Pengimport hanya mahu barang sampai

dalam keadaan sempurna.

“Apabila produk hancur ketika dalam perjalanan, ia perlu dihantar semula kekilang. Ada lagi masalah sampingan yang menyebabkan operasi ini dibekukan.Oleh itu, buat masa ini tumpuan kami hanya kepada pengeluaran tempatan.Selain ubi dan pisang, Kerepek House turut mengedarkan makanan ringan lainyang diperoleh daripada pembekal lain bagi mewujudkan kepelbagaian,”katanya.

Biarpun jalan yang diambil mungkin merugikan di mata kasar orang lain,Mahmuddin menganggap ia kaedah terbaik untuk mengurangkan kerugian.

Tumpuannya semakin terarah kepada variasi produk jualan.

Dari kerepek ubi dan pisang biasa, ia diperluas ke pelbagai rasa seperti manisdan pedas. Malah di atas permintaan, Fazz Enterprises menjual 65 jenismakanan ringan termasuk rempeyek, baulu, maruku, emping, opak dan jejariudang. Selain Banting, Mahmuddin membuka satu cawangan di Pulau Pinangyang dikendalikan anak sulungnya, Faizul, 29.

Menyentuh permintaan menjelang hari raya, beliau kini sibuk menyediakantempahan pelanggan malah dianggarkan sebahagian besar pendapatandiperoleh pada musim perayaan ini. Beliau dan 28 pekerjanya pasti tidak

menang tangan kerana permintaan meningkat lebih dua kali ganda berbandinghari biasa.

Melihat kejayaan yang dikecapi usahawan gigih itu, semakin ramai mengikutjejaknya apabila di sekitar kampung terbabit dianggarkan kira-kira sembilankilang kerepek dibina, sekali gus mengangkat nama daerah Kuala Langatsebagai lokasi IKS yang boleh dicontohi.

Page 8: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 8/26

Fakta Nombor: Syarikat Fazz Enterprises65 - Jenis makanan ringan dipasarkan

28 - Pekerja Fazz Enterprises

DEWAN MASYARAKATIrfan Khairi Jutawan Muda

Keluaran January 2006

Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usiamuda menjadi impian setiap insan . Pierre Omidyar , pengasas laman lelonganmenerusi internet yang lebih dikenali sebagai eBay menjadi jutawan pada usia

yang belum pun mencecah 30 tahun .

Berikutan kejayaan Omidyar , mendorong anak muda tempatan lulusan ijazahSarjana Muda Reka Cipta Multimedia dari Universiti Staffordshire , UnitedKingdom [UK] , Irfan Khairi , 28 tahun , menceburi perniagaan sendiri diInternet .

Pemuda kelahiran Perak , tetapi dibesarkan di Selangor dan sekarang menetapdi Seremban ini mengaplikasikan sepenuhnya pengetahuan Internet danMultimedia yang dipelajarinya untuk menjadi jutawan muda seawal umur 25tahun . Tidak ada siapa yang menduga , anak muda yang agak pemalu dan

sentiasa merendah diri ketika di bangku sekolah itu berjaya duduk sama rendahdan berdiri sama tinggi dengan tokoh jutawan Internet yang lain .

Menyoroti sejarah sebelum memegang status itu , Irfan setelah habis pengajianijazah pertamanya menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikatteknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham iaitu Netmedia [UK] Ltd .

Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet , beliaubertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid . Sekarang lebih daripada5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut .

Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang Internet danperniagaan , beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan Internetsecara sambilan pada 1999 . Selepas mendapati pendapatan daripadaperniagaan Internet miliknya itu bertambah berlipat kali ganda , beliaumengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuhperhatian kepada perniagaan tersebut .

Page 9: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 9/26

Semenjak itu , Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanyamenggunakan komputer riba dan Internet . Dalam masa tiga tahun beroperasi ,salah satu perniagaannya memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM 1 jutatanpa pekerja dan peralatan komputer canggih . Modal permulaannya hanyaRM500.

Ditanya sejak bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalam bidangperniagaan seperti ini , Irfan dengan senyum yang tidak pernah lekang daribibirnya menjawab , 'Ketika berusia 18 tahun '

'Selepas Sijil Pelajaran Malaysia , saya mula memikirkan masa depanperniagaan ini . Saya berminat menceburinya setelah mendapat banyak sumberinspirasi melalui buku tentang kejayaan orang lain yang saya baca ,' Katanya .

Kejayaan yang dimilikinya itu , menurut bapa kepada dua anak ini ,memerlukan usaha yang bersungguh dan terancang . 'Saya bukan bergelar

jutawan dalam sekelip mata , tetapi mengambil masa tujuh tahun untuksampai ke tahap ini ,'Katanya .

Menurut Irfan , semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalamikejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu . 'Saya dapati merekaberjaya kerana melakukan perkara yang disukaai,'katanya .

Meminati Bill Gates yang dianggap sebagai idolanya , beliau menyatakankekagumannya terhadap manusia paling kaya di dunia itu . 'Saya kagum denganidea , konsep yang diketengahkan oleh beliau . Bill Gates juga seorang ayahyang baik . Walaupun beliau orang yang terkaya di dunia , tetapi masih tetap

merendah diri .Kalau boleh saya ingin menjadi seperti beliau .'

'Dari awal hingga menjadi kaya , beliau buat perkara yang diminatinya iaitupengaturcaraan [programming] , Beliau menjadi kaya sebab buat perkara yangdiminatinya . Saya juga selalu sarankan kepada peserta bengkel kendalian sayasupaya buat perkara yang mereka minat , jangan terikut-ikut dengan industriyang kita sendiri tidak tahu keadaannya . Kalau hendak mencapai kejayaansebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling panting , kita minat ,'jelas beliau .

Ditanya tentang kelebihan perniagaan Internet , Irfan berkata , 'Kemudahan

Internet sebenarnya memberikan potensi cukup luas dalam memperluasperniagaan dan kita boleh berniaga apa-apa sahaja di luar sana . Jenisperniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan .'

Menurut Irfan lagi perniagaan itu sesuai diceburi oleh siswazah menganggurkerana mereka mempunyaai pelbagai kepakaran bidang yang boleh diniagakanmenerusi internet, asalkan mereka celik IT , mempunyaai peralatan komputer ,dan kemudahan Internet .

Page 10: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 10/26

'Perkara yang penting ialah kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri untukmenjadi yang terbaik dan peluang menjadi jutawan sebenarnya terbuka luasuntuk semua orang , ' tambah beliau .

Perniagaan Internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble , sehingga

sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dariserata dunia . Kebanyakannya dari Amerika Syarikat , UK ,negara-negaraEropah , Timur Tengah , Jepun dan Australia .

Antara perniagaannya yang berjaya termasuk mereka cipta E-book , merekacipta laman web dan grafik , perkhidmatan SEO [Searca Engine Optimization ] ,Menjual peta , penempahan hotel , perunding multimedia , E-Niaga , dan e-pembelajaran .

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaannya malah menulis buku berjudul ,Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar , kepada orang ramai yang

berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaanInternet . Dalam buku tersebut , beliau mencadangkan supaya pembaca yangingin menjalankan perniagaan Internet hanya menjual satu produk atauperkhidmatan sahaja untuk setiap laman web yang dibangunkan kerana inimemudahkan mereka mencapai kejayaan .

Tidak ketinggalan beliau juga memberikan beberapa panduan bagaimanapembaca boleh membangunkan laman web mereka sendiri . Buku setebal 158halaman terbitan Truewealth Sendirian Berhad ini berguna untuk mereka yangmerancang untuk menjalankan perniagaan Internet .

Sehingga sekarang , Irfan mesih bekerja sepenuh masa di rumah dengan penuhselesa menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan bersama-sama isteridan sepasang cahaya mata . Katanya , hidup mesti diteruskan walaupun sudahbergelar jutawan .'Walaupun harta akan ditinggalkan setelah mati , tetapiberfikirlah bahawa pekerjaan yang kita lakukan hari ini adalah untukkesenangan 1000 tahun lagi . Maka , wajib bekerja dan bekerja '

Mingguan Malaysia"Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Jutawan"

Page 11: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 11/26

Mukadimah

BEKERJA dari rumah dan memperoleh pendapatan RM1 juta! Bunyinya mungkinpelik tetapi itu yang telah dibuktikan oleh anak muda bernama Irfan Khairi, 28.

Lebih membanggakan, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda RekabentukMultimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom (UK) ini mula

memegang status jutawan muda sejak tiga tahun lalu.

Ketika rakan-rakan sebayanya sibuk membina keyakinan diri menerusi bidangpekerjaan yang diceburi, Irfan anak kelahiran Perak tetapi dibesarkan diSelangor dan kini menetap di Seremban, telah mampu memiliki apa sahaja yangdiingini.

Kejayaan yang dimilikinya itu, walaupun nampak mudah, namun menurut bapakepada dua anak ini, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh danterancang.

``Saya bukan bergelar jutawan dalam sekelip mata, tetapi mengambil masatujuh tahun untuk sampai ke tahap ini,'' katanya kepada wartawan SITI MARIAMMD. ZAIN dan jurugambar RASHID MAHFOF ketika ditemui di Kelana Jaya baru-baru ini.

Menurut Irfan, semuanya bermula apabila beliau mula berminat mendalamikejayaan orang lain dalam bidang-bidang tertentu.

``Saya dapati mereka berjaya kerana melakukan apa yang disukai. Dan ini yangsaya lakukan untuk diri saya,'' katanya.

Menarik tentang Irfan ialah beliau juga bertanggungjawab mereka cipta sistempembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK, dinamakan Learning Grid.

Pernah mengikuti kursus Ekonomi di Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Irfanmengakui ketiadaan minat menyebabkan beliau beralih arah ke bidangmultimedia.

Page 12: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 12/26

Berbekalkan semangat, kreativiti dan komputer ribanya, anak muda pemaludan suka merendah diri ini akhirnya menemui impian yang dicari-cari - duduksebaris dengan tokoh jutawan Internet yang lain.

Dengan kepakaran yang ada, Irfan kini mendedahkan segala rahsianya menerusi

buku bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar yang ditulis sendiri,selain sibuk menganjurkan seminar-seminar tentang kejayaannya.

Irfan berasal daripada keluarga yang menjalankan perniagaan?

Dalam keluarga, saya orang yang pertama menceburi bidang perniagaan.

Bila mula terfikir untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaanseperti ini?

Semasa kecil saya minat melukis dan mereka bentuk. Minat dalam perniagaan

bermula semasa remaja, setelah saya membaca buku-buku tentang perniagaan.Ketika berumur 18 tahun saya mula terfikirkan masa depan dalam bidangperniagaan ini.

Bila mula serius dengan komputer?

Semasa saya melanjutkan pelajaran dalam bidang multimedia design di UK.

Siapa yang banyak mendorong minat ini?

Diri sendiri. Selain saya mendapat banyak sumber inspirasi melalui buku-buku

tentang kejayaan orang lain yang saya baca.

Orang yang paling dikagumi?

Bill Gates.

Kenapa?

Antara sebab ialah dia merupakan manusia yang paling kaya di dunia. Sayakagum dengan idea, konsep yang diketengahkan. Bill Gates juga seorang ayahyang baik. Walaupun dia orang yang terkaya di dunia tetapi masih tetap

merendah diri. Kalau boleh saya ingin menjadi seperti dia.

Apa yang Irfan belajar tentang Bill Gates?

Dari awal sehingga menjadi kaya, dia buat perkara yang dia minat -pengaturcaraan (programming). Dia jadi kaya sebab buat apa yang dia minat.Saya juga selalu sarankan kepada peserta-peserta bengkel supaya buat apayang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri lain yang kita sendiri

Page 13: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 13/26

tidak tahu keadaannya. Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industriapa pun boleh tetapi yang paling penting, kita minat.

Perkara yang tidak disukai?

Saya suka kalau tidak berfikir negatif tentang orang lain. Memang Bill Gatespun ada perkara-perkara negatif tetapi saya lebih suka mengambil yang positifsahaja.

Apa makna kekayaan bagi Irfan?

Wang bagi saya bukanlah keutamaan. Apa yang paling saya pentingkan ialahkeluarga. Ramai yang tanya kalau perniagaan baik kenapa tidak mahu bukapejabat, ada pekerja sendiri. Tetapi bagi saya, kalau sudah ada wang cukup,saya lebih suka duduk rumah bersama keluarga. Memanglah kita perlu duit,tetapi yang lebih penting ialah membina sebuah keluarga bahagia.

Bagaimana keadaan bekerja di rumah?

Saya ada satu bilik khas yang dijadikan pejabat. Apabila saya buat kerja sayaakan tumpu sepenuh perhatian kepada kerja. Saya bekerja waktu malamsampai subuh. Selepas (solat) subuh, baru saya tidur.

Kenapa tidak buka pejabat sendiri?

Saya suka menghabiskan masa bersama keluarga. Kalau boleh saya mahu terusbegini. Saya selesa dengan cara ini.

Irfan tidak gemar bersosial?

Saya tidak menafikan kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain, merekalebih gemar menghabiskan masa dengan bermain futsal, tengok wayang dansebagainya. Tetapi bagi saya, sejak dulu lagi sudah fokus untuk kerja, menjanapendapatan, minat saya di situ. Saya tidak berapa suka keluar dengan kawan-kawan begitu (ketawa).

Lagipun pilihan ini terpulang kepada individu. Saya jadi begini mungkin sebabbanyak membaca. Adik saya tidak macam saya, abang saya pun begitu. Mungkin

juga faktor pergaulan dengan rakan-rakan semasa kecil banyak mempengaruhisikap saya sekarang. Dulu, kawan-kawan saya kebanyakannya bukan daripadakeluarga berada. Saya pun daripada keluarga sederhana, bila tengok rakan-rakan kaya, kami segan nak bercampur, tidak selesa bila bersama mereka.Sekarang saya telah buktikan walaupun kita hidup sederhana, peluang untukkita mencipta kekayaan tetap terbuka. Ini juga salah satu daripada matlamathidup saya.

Page 14: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 14/26

Bila Irfan menetapkan sasaran untuk bergelar jutawan?

Semasa berumur 18 tahun, saya sudah menetapkan matlamat hendak jadijutawan sebelum berumur 30 tahun. Saya tulis di atas kertas dan simpan dalamdompet. Saya baca apa yang saya tulis itu setiap hari. Saya percaya apa yang

dibaca jika selalu diulang-ulang, akhirnya akan termakbul. Sampai hari ini punsetiap perancangan saya yang akan datang, saya akan baca tiap-tiap hari.

Apa perancangan akan datang Irfan?

Saya hendak cuba memperkenalkan diri di seluruh negara sebagai motivatorpula, terutama kepada anak-anak muda kita.

Bagaimana perasaan Irfan bila berjaya mencapai matlamat sebelum masayang ditetapkan?

Semestinya saya seronok. Tetapi apa yang lebih penting ialah saya rasa lebihyakin dengan kemampuan diri sendiri.

Irfan terlalu merendah diri, kenapa?

Macam saya kata tadi, mungkin dari segi pergaulan dengan kawan-kawan sayaterbawa-bawa sikap ini. Kawan-kawan saya memang begitu, tambahan puladari tingkatan satu sampai tingkatan lima kami dalam satu kumpulan. Persepsikami semasa itu ialah orang kaya ini biasanya sombong dan suka berlagaktetapi sekarang saya sedar mereka pun sama macam kita sahaja.

Semasa sekolah pernah kena buli?

Memang pernah, biasalah kena buli sebab saya ini lemah sedikit (ketawa).Antara kejadian yang saya masih ingat ialah semasa saya menyertai kelas taekwan do. Ada seorang budak yang sedang buat latihan secara tidak semena-mena terajang saya. Sikap saya pula ialah tidak suka melawan. Sebenarnyasaya memang diajar begitu, sentiasa menghormati orang lebih dewasa.

Sekarang Irfan sudah berjaya, adakah masih berasa rendah diri lagi?

Saya suka begini. Kalau tidak merendah diri saya akan rasa tidak selesa

(ketawa).

Mungkin sebagai motivator, sikap rendah diri begini tidak begitu sesuai?

Saya rasa itu bergantung kepada cara pembawaan kita. Bagi saya, yang pentingialah keikhlasan. Saya biasanya akan mengadakan seminar (bengkel) setiapsekali atau dua kali sebulan cara bagaimana untuk menjadi jutawan, tetapi

Page 15: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 15/26

cara saya berpakaian misalnya, jelas dapat dilihat yang para peserta lagi segakbergaya daripada saya.

Bagaimanapun saya rasa masyarakat sudah mula menerima gaya penyampaianbegini (berpakaian ringkas). Sebelum ini bila kata jutawan, orang itu mesti

pakai kot, tali leher, bawa kereta mewah dan sebagainya. Tetapi di AmerikaSyarikat seperti Bill Gates sendiri, dia beri ceramah pakai baju T biasa sahaja.Yang penting kejayaan dia. Saya kalau boleh hendak menjadi seperti resmi padi- semakin berisi semakin tunduk.

Pertama kali bertindak sebagai motivator, apa pengalaman yang dialami?

Kelam-kabut kerana saya lupa banyak fakta dan saya buat banyak kesilapan.Saya cakap tergagap-gagap. Tetapi ini memang saya jangka dari awal. Disekolah saya tidak pernah buat pengucapan awam. Itu kali pertama seumurhidup saya berucap depan 20 hingga 30 orang.

Sampai sekarang saya masih gementar. Tetapi biasanya ia berlaku dalam 10minit pertama kemudian semua berjalan lancar.

Orang kata kalau terlalu merendah diri, pihak lain mudah mengambilkesempatan?

Ada betulnya juga, tetapi itu mungkin berlaku dalam dunia korporat atauperniagaan yang banyak persaingan. Macam saya kerja di rumah danmengadakan bengkel mungkin keadaan itu tidak terasa sangat.

Sebelum terlibat dalam bidang multimedia, Irfan mengambil jurusanekonomi di UiTM. Mengapa beralih bidang?

Semasa itu saya sendiri tidak tahu hendak pilih jurusan atau bidang apa yangpatut saya ceburi. Jadi ibu banyak mendorong saya supaya mengambil jurusanitu.

Persepsi orang tua, untuk berjaya kena jadi ahli ekonomi, doktor atau peguam,itu sahaja. Walaupun saya telah ada minat melukis, mereka bentuk tetapiketika itu saya tidak nampak boleh mengembangkan bakat yang ada.Sehinggalah selepas UiTM, kerajaan mula memperkenalkan MSC. Saya lihat

inilah peluang saya. Dan pada masa sama, saya memohon di JabatanPerkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidangmultimedia. Alhamdulillah saya diterima. Saya merupakan pelajar pertamayang JPA hantar untuk buat jurusan multimedia di luar negara. Untuk ini sayaberterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadyang telah mencetuskan idea ini.

Apa pendapat Irfan tentang Tun?

Page 16: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 16/26

Beliau banyak memberi galakan kepada orang Melayu untuk berjaya. Sayasensitif bercakap fasal Tun (sebak).

Kenapa Irfan sebak?

Saya kagum dan hormat pada beliau. Saya sukar menerima kritikan negatiforang lain terhadap beliau. Bagi saya, manusia memang tidak terlepas daripadamelakukan kesilapan tetapi Tun telah melakukan banyak perkara baik untukorang Melayu.

Kalau diberi peluang berjumpa Tun?

Sebenarnya saya memang teringin sangat untuk berjumpa dengan Tun.

Tiga perkara yang Irfan suka lakukan?

Saya suka bermain dengan anak-anak, melayan isteri dan keluarga, melukisselain menonton cakera padat digital (DVD).

Tiga perkara yang tidak suka dilakukan?

Saya tidak suka bersukan (ketawa), membuang masa dan kalau saya tidak adakerja untuk dilakukan (menambah pendapatan).

Semasa kecil pernah berlaku perkara yang Irfan tidak boleh lupakan sehinggamembentuk sikap Irfan hari ini?

Tidak ada perkara luar biasa yang berlaku dalam hidup saya. Sebenarnya hidupsaya agak bosan juga (ketawa). Yang banyak mempengaruhi diri saya ialahmungkin minat membaca. Boleh dikatakan waktu dulu, buku adalah teman baiksaya.

Semasa remaja, saya suka tengok dan membaca kisah kehidupan bintang-bintang terkenal dunia seperti penyanyi Kylie Minogue, Micheal Jackson danlain-lain lagi. Bila saya tengok mereka, mereka seronok bekerja (menyanyi atauberlakon) kerana mereka dapat buat apa yang mereka suka. Bila kaji kehidupanmereka, rumah mereka besar-besar kerana berjaya dalam hidup. Dari situ, sayatanam cita-cita untuk jadi seperti mereka. Disebabkan saya tidak pandai

menyanyi, maka saya perlu mencari jalan lain untuk mencapai kejayaan.

Siapa pelakon yang diminati?

Tom Cruise, Tom Hanks dan Nicole Kidman.

Apa kelemahan Irfan?

Page 17: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 17/26

Saya mudah lupa terutama membabitkan nombor. Semasa sekolah dulu, sayatidak minat dengan subjek Matematik dan subjek-subjek lain yang berkaitandengan nombor. Semasa sekolah dulu, saya selalu tidak lulus subjek Matematikdan Perakaunan.

Apa falsafah hidup Irfan?

Kejayaan tidak akan datang bergolek. Kita perlu sentiasa bekerja keras untukmencapai matlamat. Masalahnya sekarang, ramai yang suka mengambil jalansingkat.

Tetapi Irfan sendiri membuktikan kejayaan boleh dicapai dengan jalansingkat?

Tidak, saya tidak mendapatkan kekayaan ini dengan jalan singkat. Saya mulamenetapkan sasaran saya pada umur 18 tahun. Hari-hari saya mengulangi

hasrat saya, hari-hari juga saya membaca buku ke arah merealisasikan hasratsaya. Setiap satu atau dua minggu, saya akan menghabiskan sebuah buku. Kalaubukan bersungguh-sungguh, orang lain tidak akan melakukan apa yang sayalakukan. Usaha ini berterusan sehingga tujuh tahun. Tujuh tahun bukanlah satujangka masa yang singkat. Saya berjaya semasa berumur 25 tahun.

Apa perasaan menjadi jutawan pada usia muda?

Saya rasa ada ramai lagi jutawan muda di luar sana. Mungkin kejayaan merekatidak dihebahkan. Saya pula lebih suka berkongsi pengetahuan yang ada denganorang lain.

Sukarkah untuk menjadi kaya?

Tidak susah kalau kita tahu jalannya. Paling penting kita mesti buat apa yangkita minat. Kalau kita minat, kita kerja dari pagi ke malam, tidak akan rasa iasebagai beban.

Apa makna wang pada Irfan?

Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernahada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan

boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kitaboleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih bergunakerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakanamal jariah berterusan kita.

Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri?

Page 18: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 18/26

Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsepyang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan.

Bagaimana Irfan membelanjakan wang?

Saya banyak belanja kepada perkara yang berkaitan dengan perniagaan saya.Saya bukan seorang yang boros sebaliknya lebih suka melabur semula wang kedalam bidang yang memberi pulangan misalnya hartanah.

Apa aktiviti tahunan yang sering dilakukan bersama keluarga?

Setiap tahun saya akan membawa keluarga melancong ke luar negara. Dalamnegara pula dalam dua atau tiga kali setahun.

Percutian bagaimana yang disukai?

Yang ada permainan atau tempat hiburan seperti Disneyland dan Under WaterWorld (ketawa). Selain bawa anak-anak, saya dan isteri memang suka tempat-tempat begini. Satu lagi yang kami tidak akan ketinggalan ialah melihat rumahmereka yang berjaya kerana ini akan lebih merangsang diri saya.

Tempat yang menjadi impian Irfan dan keluarga untuk dilawati?

Kami ingin melawat Sepanyol. Di sana ada Under Water World terbesar didunia.

Bagaimana Irfan fikir orang lain melihat Irfan?

Penampilan saya atau cara saya membawa diri saya mahu orang senang dengansaya. Saya lebih suka kalau masyarakat melihat saya sebagai seorang yangboleh memberi inspirasi dan meningkatkan keyakinan untuk mencapai kejayaandaripada melihat saya sebagai seorang jutawan.

Apa yang Irfan banggakan tentang diri Irfan?

Saya dapat menggembirakan keluarga dan dapat melakukan kerja yang sayasuka.

Apa yang selalu diimpikan?

Saya mahu semakin maju dan berjaya dalam hidup. Kalau boleh saya hendakmembantu orang lain mencapai kejayaan.

Bila masa paling menggembirakan Irfan?

Sewaktu saya mendapat anak.

Page 19: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 19/26

Apa yang Irfan rasa sekarang?

Pernah juga saya terfikir dulu saya tidak minat subjek Ekonomi, Matematik dansubjek-subjek nombor yang lain tetapi sekarang saya terlibat secara langsung(ketawa).

Malah sekarang bila jumpa kawan-kawan, mereka pelik, macam mana dulu taksuka kira-kira duit, sekarang boleh membuat duit. Jawapan saya ialah, sayabuat apa yang saya minat dan bekerja keras, duit akan datang dengan sendiriselepas itu.

Siapa yang banyak mempengaruhi hidup Irfan?

Untuk berjaya dalam bidang yang saya ceburi sekarang kebanyakannya diri sayasendiri. Emak dan ayah memang ada memberi dorongan tetapi daripada jauh.Selepas tamat pengajian di UK, saya banyak menghabiskan masa dengan

membaca buku-buku tentang kejayaan orang lain.

Irfan anggap diri terkenal sekarang?

Belum lagi rasa-rasanya (ketawa). Kalau ikutkan saya, saya lagi ramai kenalwartawan yang interviu daripada kawan-kawan. Dunia luar memang sayakurang tahu.

Suka dengar muzik?

Saya minat rock tetapi rock Barat. Kalau di Malaysia, saya suka KRU. Saya pilih

KRU kerana mereka business minded. Bila tengok muzik, saya tidak tengokmuzik sahaja tetapi tengok siapa orangnya - apa kejayaan-kejayaan yang telahmereka capai.

Harapan Irfan?

Mahu membina keluarga yang bahagia dan berjaya. Saya juga harap dapatmeneruskan kerja dengan lebih cemerlang lagi.

Apa yang Irfan kesalkan?

Ada pihak-pihak tertentu menyalahgunakan nama saya. Mereka kaitkan sayadengan skim piramid online. Saya bimbang orang ramai akan fikir cara itu betulpadahal kejayaan saya tiada kaitan langsung dengan skim piramid yangdimaksudkan. (maklumat lanjut mengenai skim-skim Internet yangmempergunakan nama Irfan Khairi)

Page 20: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 20/26

Irfan jadi jutawan muda berniaga guna InternetSiswazah menganggur boleh ceburi perniagaan berasaskan ICT

Memperoleh keuntungan lumayan hingga mampu bergelar jutawan pada usiamuda menjadi impian setiap insan .

Jika anda mengenali pengasas laman lelongan menerusi imternet yang dikenaliEbay , Pierre Omidyar yang menjadi jutawan dalam usia belum pun mencecah

30 tahun .

Berikutan kejayaan Omidyar jugalah mendorong anak muda tempatan lulusansarjana muda reka cipta multimedia dari universiti Staffordshire , UnitedKingdom , Irfan Khairi , 28 , menceburi perniagaan sendiri di internet .

Pengalaman luas sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet disalah sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] di Netmedia [UK] Ltd ,Birmingham , Irfan memanfaatkan peluang itu dengan memulakan jaringanperniagaan di internet .

'Pada asalnya , saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 danlama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusanuntuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini .

'Bermodalkan hanya RM500 , laptop dan akses internet , saya menubuhkanperniagaan laman web Idea Bubble'.

'Selepas tiga tahun , saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyakRM1 juta tanpa pekerja dan peralatan Komputer Canggih .' Katanya kepadaBerita Harian di Kuala Lumpur , baru-baru ini .

Irfan berkata kesungguhan dan yakin terhadap potensi diri menjadi kuncikejayaan beliau yang turut disokong keluarga .

Sehingga kini , Irfan telah memberi perkhidmatan kepada lebih 3,000 pelanggandi seluruh negara .

Ditanya mengenaai perniagaan internet , Irfan berkata konsepnya lebih luaskerana memperoleh pelanggan dari seluruh negara .

Page 21: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 21/26

'Kemudahan internet sebenarnya memberi potensi cukup luas dalammemperluaskan perniagaan dan kita boleh berniaga apa sahaja di luar sana .

'Jenis perniagaan itu pula bebas asalkan mendapat permintaan pelanggan ,Sayamemilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web , grafik , e-BOOK ,

perunding multimedia , e-Niaga , pembelajaran dan terbaru menceburi bidangpelancongan ,' Katanya .

Katanya , perniagaan itu sesuai diceburi golongan siswazah menganggur keranamereka mempunyaai pelbagai kepakaran dalam bidang yang boleh diniagakanmenerusi internet , asalkan mereka celik IT , mempunyaai peralatan komputerdan kemudahan internet .

Irfan juga tidak lokek berkongsi kejayaan malah menulis buku bertajuk RahsiaJutawan-Jutawan Internet Terbongkar kepada oreng ramai yang berminatmempelajari teknik berkesan untuk membina perniagaan internet .

Kisah Jutawan Muda

Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28tahun,sudah pun bergelar jutawan.

MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemejaT lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkanbahawa dia adalah seorang jutawan .

Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliaumerupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernahbekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar diBirmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.

Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfanbertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggilLearning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.

Page 22: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 22/26

Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskanminatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, diamemulakan ‘perusahannya’ sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yangmembawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.

‘Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar diUniversiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaituekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepashabis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidangmultimedia,’Katanya.

Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wangdaripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, diatidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambilkeputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .

Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk bukueletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization],menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga danpembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.

‘Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula darisitu [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperolehRM1 juta yang pertama,’ jelas Irfan secara jujur.

Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari seratadunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur

Tengah, Jepun dan Australia.

Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkanmatlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanyabermula sejak berusia 18 tahun lagi.

‘Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajartentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahunjugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir iasesuatu yang cepat.’katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasionalkeluaran Perodua.

Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan.Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih keranamahu melihat sejauh mana potensi dirinya.

Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri,sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkanilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.

Page 23: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 23/26

‘Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalamindustri yang ingin kita ceburi. Kita sering melihat industri orang lain lebihberjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihatindustri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,’ ujarIrfan yang gemar menonton TV .

Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi diMalaysia.

‘Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti HomeImprovement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnyarancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik. DiMalaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akanberjaya,’ katanya.

Jadi Jutawan Sebelum Usia 30 Tahun

Matlamat Irfan Khairi Tercapai

 Antara kaedah pembelajaran yang digunakanTermasuk menghadiri beberapa kursus pendek,Menceduk pelbagai tip menerusi internet, sertaMenjadikan beberapa orang pakar dalam bidang

Pemasaran internet sebagai contoh.

Latar belakang hidup Irfan Khairi yang kini cukup sinonom dengan gelaran'jutawan internet' tidak banyak berbeza dengan individu lain. Gayanya yang

ringkas dan bersahaja langsung tidak mengambarkan kedudukannya sebagaiseorang jutawan.

Menurut Irfan, penampilannya banyak dipengaruhi oleh suasana pekerjaan yangdilakukan, berniaga menerusi internet. Pejabatnya di rumah, dan kerjayanyatidak memerlukan dia berurusan dengan pelanggan secara fizikal. Sebab itupenampilannya begitu ringkas.

Jika melihat penampilan Irfan , pasti ramai yang ingin mengikut jejaklangkahnya. Bekerja di rumah, tanpa dikongkong oleh pelbagai masalah,seperti yang dihadapi oleh mereka yang menjalankan perniagaan yang lain,

atau mereka yang bekerja makan gaji.

Akan tetapi, bagaimana Irfan mampu berada pada kedudukan ini, sedangkanterdapat ramai lagi individu yang turut bertungkus-lumus membangunkanperniagaan mereka di internet.

'Semua ini bukan datang dengan sendiri, sebaliknya saya berusaha keras untukmencapainya,' jelas Irfan Khairi bersungguh-sungguh.

Page 24: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 24/26

Di sebalik kisah kejayaan yang banyak dikongsikan bersama menerusipenampilannya dalam media massa dan eletronik tempatan hari ini, tidakramai yang tahu pengalaman yang pernah dilalui untuk mencapai kejayaan yangdikecap sekarang.

Menurutnya, matlamat untuk menjadi jutawan sebelum mencapai umur 30tahun berjaya dicapai setelah melalui pelbagai kesukaran.

Menceritakan pengelamannya ketika bekerja di Netmedia, sebuah syarikatMultimedia di Birmingham, selepas tamat pengajian dalam bidang Reka BentukMultimedia di Universiti Staffordshire, United Kingdom, Irfan tidakmenyembunyikan fakta bahawa dia pernah gagal dalam menjalankanperniagaan di internet secara sambilan.

Penglibatannya dalam perniagaan menerusi internet bermula pada tahun 1999,dengan menawarkan perkhidmatan mereka bentuk laman web, brosur, kulit

buku dan sebagainya.

Banyak masa, tenaga dan wang ringgit telah dihabiskan untuk membangunkanperniagaan tersebut, tetapi hasilnya tidak kelihatan

'Selama setahun saya menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan,menyebabkan perniagaan yang dijalankan menghadapi kegagalan,' jelas Irfanberterus-terang.

Antara faktor yang dikenal pasti menjadi penyebab kegagalan perniagaan yangdijalankan ialah kelemahan daripada aspek promosi.

'Ketika itu , cara promosi yang dilakukan tidak betul, cara pemilihan produkyang salah, dan sasaran pasaran yang tidak tepat, telah menyebabkanperniagaan yang dijalankan menghadapi kegagalan,' jelas Irfan sambilmenceritakan pengalaman awalnya dalam menjalankan perniagaan menerusiinternet.

Kegagalan yang dialami menyebabkan Irfan mula belajar tentang selok-belokperniagaan di internet. Hasil penelitiannya, Irfan mendapati bahawa terdapatdua kelemahan utama yang menyebabkan dia gagal. Pertama kaedah promosiyang tidak tepat,. Kedua tidak ada fokus.

'Ramai yang menganggap apabila kita ada laman web dan ada produk,pelanggan akan dating. Namun hakikatnya , jika laman web berkenaan tidakdipromosikan , maka tidak ada siapa yang tahu kewujudannya ,' jelas Irfan .

Minat yang mendalam terhadap perniagaan menerusi internet telah mendorongIrfan mempelajari pelbagai perkara tentang pemasaran menerusi internet.Antara kaedah pembelajaran yang digunakan termasuk menghdiri beberapa

Page 25: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 25/26

kursus pendek, menceduk pelbagai tip menerusi internet, serta menjadikanbeberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh. Salahseorang tokoh pemasaran internet yang dijadikan contoh ialah Corey Rudl.

Corey Rudl merupakan presidan dan Ketua Pegawai Eksekutif Internet

Marketing Centre, yang memberi pendedahan kepada orang ramai tentangkaedah untuk menarik kumpulan sasaran kepada laman web yang dibina dancara untuk menukar aliran pengunjung laman web kepada jualan dan profit.

Irfan menjelaskan, faktor minat, diikuti usaha yang gigih adalah resipikejayaannya. Pada masa yang sama, pengetahuan tentang selok belokperniagaan yang dijalankan tidak patut diabaikan.

Berbekalkan ilmu dan pengelaman yang dipelajarinya sebelum ini , Irfan telahmenyusun semula perniagaannya, dengan hanya bermodalkan kurang daripadaRM500 . Dalam percubaan yang kedua ini , Irfan lebih bijak memilih kaedah

promosi yang lebih sesuai dengan produk yang diketengahkan. Misalnya , Irfantelah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual petaMalaysia , apabila mendapati produk tersebut mempunyaai permintaan yangtinggi di sana .

Irfan akhirnya berjaya membawa perniagaannya ke landasan yang betul ,apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipatberkali ganda daripada pendapatan yang diperolehi daripada pekerjaantetapnya . Hal ini telah mendorong Irfan menjadikan perniagaan internetsebagai kerjaya sepenuh masa . Akhirnya , selepas tiga tahun menjalankanperniagaan , Irfan telah berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1

juta .

Walau bagaimanapun , Irfan tidak menafikan bahawa permintaan daripadapengguna tempatan masih amat rendah , ekoran kurangnya keyakinanmasyarakat tempatan pembelian menerusi internet .

Ketika ini 90 peratus daripada pelanggannya terdiri daripada pasaran Eropahdan Amerika Syarikat , sementara lebih kurang 10 peratus lagi datang darinegara-negara lain termasuk Malaysia .

'Masyarakat Malaysia masih menganggap transaksi menerusi internet masih

tidak selamat , menyebabkan mereka kurang berminat untuk membeli menerusiinternet,' jelas Irfan . Walau bagaimanapun Irfan yakin keadaan tersebut akanberubah dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi .

Sehubungan itu , Irfan yakin individu yang sudah memiliki perniagaan diinternet hari ini akan mendapat manfaatnya kelak .

Page 26: Urus Wang Anda

8/9/2019 Urus Wang Anda

http://slidepdf.com/reader/full/urus-wang-anda 26/26

Bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini , Irfan mengingatkan merekatidak perlu memulakan perniagaan dengan kos yang tinggi . Irfan mendakwabanyak perniagaan menerusi internet mengalami kegagalan kerana dimulakanperniagaan dengan kos yang besar .

'Kos sewa premis perniagaan melibatkan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan .Begitu juga kos pembelian produk yang tinggi , sedangkan permintaan terhadapproduk berkenaan masih belum dapat dipastikan . Semua ini menyebabkanpeniaga sering menghadapi masalah kekurangan modal pusingan ,' tegas Irfan .