peranan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Upload: umar-qayyum

Post on 03-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    1/2

    Peranan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Menurut Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education "Teknologi pendidikan ialah

    gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi

    kesan baik kepada pendidikan". Manakala menurut Uhwin Derek (1976): Applying

    Educational Technology, teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran danteknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan

    menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran. Dengan

    itu, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,

    organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam

    pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

    Antara peranan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah

    melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi

    penting kepada topik yang akan disampaikan. Guru tidak lari dari fokus utama

    pembelajaran kerana teknologi telah diprogramkan mengikut spesifikasi yang

    dikehendaki. Contohnya, penggunaan perisian pembelajaran banyak membantu guru

    dalam menguruskan masa pengajaran di dalam kelas.

    Selain itu, penggunaan teknologi juga dapat mengelakkan rasa bosan pelajar

    seterusnya mengekalkan minat pelajar di dalam kelas. Ia juga boleh menghiburkan

    pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, penggunaan program-

    program pembelajaran menyediakan permainan interaktif untuk menjadikan

    pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat mengalih tumpuan murid terhadap

    pembelajaran.

    Di samping itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

    merangsang pelbagai deria pelajar. Ini dapat menjadikan pelajar lebih mudah menerima

    pembelajaran kerana terdapat kepelbagaian murid di dalam sesebuah kelas.

    Contohnya, penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan

    dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan ingatan

    pelajar.

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam

    bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa

  • 7/28/2019 Peranan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

    2/2

    dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003).

    Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa

    membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus

    mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh

    digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah.

    Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi

    dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu pencapaian

    objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh

    seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap

    membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan

    digunakan.

    Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat memperkayakan

    pengalaman murid. Sebagai contoh, media bergerak boleh memperkayakan

    pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat

    mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seolah-olah mereka

    mengalaminya. Dengan adanya perisian komputer yang ada pada masa kini, banyak

    perkara dapat ditunjukkan kepada murid seperti animasi tumbesaran haiwan dan

    tumbuhan yang tidak mungkin dapat disaksikan oleh murid melainkan dengan bantuan

    teknologi.

    Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran masa kini banyak dibantu oleh

    penggunaan teknologi. Penggunaan teknologi jelas banyak memberi manfaat dalam

    pembangunan pendidikan di negara kita dengan penyediaan bahan-bahan yang banyak

    membantu dan dapat menunjukkan sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan kepada

    murid-murid.

    Umar Qayyum bin Mohd Luai

    Mohd Azmir bin Wandy

    Rexly Fredy