pengajaran dan pembelajaran abad 21

33
Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014 1 1.0 PENDAHULUAN Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan penghayatan identiti nasional yang kukuh. Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat. Rajah 1 : Standard Kemahiran Abad Ke-21

Upload: wan-fadh

Post on 26-Dec-2015

1.386 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

21st century classroom

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

1

1.0 PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad meningkatkan kualiti kemenjadian murid selaras dengan aspirasi meletakkan sistem pendidikan

Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas di dunia. Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendekatan pendidikan tertumpu

kepada pembangunan murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, rohani, emosi, dan fizikal, seiring dengan

penghayatan identiti nasional yang kukuh. Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi memastikan

murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya, seiring

dengan semangat pembelajaran sepanjang hayat.

Rajah 1 : Standard Kemahiran Abad Ke-21

Page 2: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

2

Dalam melakukan penambahbaikan ini, perhatian khusus diberikan kepada kumpulan murid yang keperluannya berbeza supaya

mereka berpeluang mengembangkan potensi diri. Menyedari hakikat bahawa sekolah merupakan pusat pembelajaran, maka keupayaan

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diperkasakan bagi memastikan hasrat murni dasar dapat diterjemahkan secara tekal dan realistik,

dalam konteks pengalaman bertaraf dunia di sekolah dan di dalam bilik darjah.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan secara luas yang dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengkhusus kepada tiga objektif, iaitu:

i. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan,

meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta

mengoptimumkan kecekapan sistem;

ii. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan

datang; dan

iii. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi

memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Pelbagai perspektif daripada kalangan pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem

pendidikan Malaysia. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikannya sejajar dengan dasar awam

berkaitan pendidikan. Tambahan lagi, inilah kali pertama Kementerian melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang

tempoh setahun, lebih 55,000 pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid, dan orang awam di seluruh negara telah

menyertai sesi temu bual, kumpulan fokus, kaji selidik, Dialog Nasional Pendidikan Negara, hari terbuka, dan perbincangan meja bulat.

Lebih 200 memorandum telah diterima oleh Kementerian dan lebih 3000 artikel termasuk daripada blog telah ditulis tentang isu berkaitan

dengan pelan ini.

Page 3: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

3

Rajah 2 : 5 Aspirasi Sistem, 6 Ciri Murid dan 11 Anjakan bagi Transformasi Sistem bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Page 4: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

4

Rajah 5: Perubahan yang Perlu

2.2 Membentuk dan Mengaplikasi Pembelajaran Abad Ke-21

Kurikulum yang direka bentuk menuntut kita untuk membuat pilihan tentang elemen penting pada masa kini bagi membantu murid untuk

masa depan mereka.

Rajah 3: Kemahiran Abad Ke-21 Rajah 4: Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan keberhasilan dan

kemenjadian murid berlaku secara aktif agar tercapai 6 aspirasi abad ke-21 iaitu

berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran

dwibahasa, memiliki etika dan kerohanian serta mempunyai identiti nasional yang

diperlukan oleh murid untuk bersaing di peringkat global. Keberkesanan pelaksanaan

pembelajaran abad ke-21 berkait rapat dengan kefahaman guru terhadap ciri-ciri

pembelajaran abad ke-21, reka bentuk bilik dan kesediaan guru sebagai orang yang

akan memimpin proses pembelajaran. Buku panduan ini menerangkan ciri-ciri

pembelajaran abad ke-21, reka bentuk dan susunan bilik darjah abad ke-21 dan

kesediaan guru bagi membolehkan guru membuat refleksi dan membuat persiapan untuk merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21

dengan jaya.

Page 5: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

5

3.0 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Rajah 6: Pembelajaran Abad Ke-20 Rajah 7: Pembelajaran Abad Ke-21

Rajah 6 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-20 dan rajah 7 menunjukkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Transformasi dalam

pendekatan dan pedagogi pembelajaran diperlukan untuk menghasilkan generasi yang menguasai pelbagai kemahiran dalam menghadapi

cabaran abad ke-21.

Page 6: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

6

3.1 Huraian Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21

Bil Elemen Definisi/ penerangan Perincian/ Contoh/ Situasi/ Aktiviti 1

Pembelajaran berasaskan murid

Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya pembelajaran mengambil kira keperluan dan kepelbagaian murid (Draves & Julie, 2011). Murid haruslah belajar melalui pelbagai aktiviti, kaedah pembelajaran, berdasarkan kecenderungan dan minat yang bersesuaian dengan murid itu sendiri. Murid aktif belajar dan guru sebagai pembimbing pembelajaran.

Sebelum pelaksanaan pembelajaran guru perlu mengenali diri murid, iaitu: i. Tahap kecerdasan (tinggi, sederhana dan rendah) ii. Tahap kematangan murid iii. Kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) iv. Gaya pembelajaran murid (visual, fizikal, audiotori, verbal, logikal, sosial dan

individual). Aktiviti pembelajaran haruslah bersesuaian dengan tahap kecerdasan, tahap kematangan murid, kecenderungan, kecerdasan pelbagai dan gaya pembelajaran murid. Contoh:

i. Murid yang cenderung pada visual, guru perlu menyediakan bahan pembelajaran berbentuk grafik yang menyokong pembelajaran.

ii. Murid yang cenderung pada aktiviti fizikal, perlu dilibatkan dalam aktiviti seperti aktiviti hands-on dan eksperimen

Murid belajar menggunakan bahan visual mengembangkan kreativiti

Aktiviti pembelajaran disesuaikan dengan tahap kematangan murid

Murid belajar melalui aktiviti hands -on sesuai dengan kecenderungan mereka

Murid menjalankan aktiviti penerokaan

Page 7: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

7

2 Pembelajaran kolaboratif Pembelajaran

kolaboratif adalah situasi dua atau lebih manusia belajar bersama-sama (Bruffee, 1993).

Kolaboratif melibatkan perkongsian maklumat kemahiran dan idea untuk kemajuan bersama (Dillenbourgh, 1999).

Dalam bilik darjah kolaboratif boleh berlaku dalam dua keadaan

i. Kolaboratif berlaku antara murid dengan guru: Guru dan murid berkongsi pendapat, menentukan aktiviti dan membuat keputusan yang akan dilaksanakan.

ii. Kolaboratif antara murid: Murid belajar bersama-sama secara aktif, saling membantu untuk mencapai objektif pembelajaran

Kolaboratif juga boleh berlaku di luar bilik darjah dalam pelbagai bentuk. Contohnya sekolah atau murid yang mempunyai kemudahan ICT yang baik di rumah boleh melibatkan diri dalam kolaborasi secara dalam talian.

Kolaboratif guru dengan murid dalam pembelajaran

Kolaboratif murid dengan murid dalam pembelajaran

Kolaboratif dengan murid di tempat lain atau dengan orang lain seperti perbincangan, berkongsi maklumat atau meminta bantuan kepakaran secara dalam talian

Page 8: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

8

3

Kemahiran Pembelajaran yang

berkesan membolehkan murid menguasai kemahiran yang dipelajari dan mengaplikasikannya dengan efisien (Colin, Brown & Newman, 1989).

Kemahiran boleh ditunjukkan oleh hasil kerja murid yang boleh diukur atau diperhatikan.

Contoh:

i. Murid yang mempelajari teknik menulis akan dapat menulis dengan tulisan yang kemas dan bentuk yang tepat

ii. Murid yang mempelajari langkah-langkah menjalankan eksperimen akan dapat menjalankan eksperimen dengan betul dan selamat.

iii. Murid mempelajari teknik melukis graf akan dapat melukis graf yang betul dan kemas. iv. Murid mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat menulis serta bertutur dengan tata

bahasa yang betul

Contoh aplikasi kemahiran dengan efisien

Menulis dengan kemas Berucap dengan tatabahasa yang betul

Menggunakan radas dengan betul Cekap menyelesaikan masalah matematik

Page 9: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

9

4

Pembelajaran adalah proses

Pembelajaran adalah proses adaptasi antara pengetahuan diperolehi melalui transformasi pengalaman seseorang (Kolb,1984). Pengalaman dan aktiviti yang dilakukan oleh murid adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Semasa belajar: i. Murid melakukan pelbagai aktiviti konstruktif seperti berbincang, mengumpul

maklumat, menganalisis dan membuat kesimpulan di bawah bimbingan guru. ii. Guru dan murid membuat refleksi terhadap proses pembelajaran.

Refleksi membolehkan guru dan murid menilai hasil pembelajaran mereka dan menerangkan pelbagai kemahiran lain yang di pelajari semasa melakukan aktiviti pembelajaran.

5

Pemikiran aras tinggi

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013).

.

Rajah 3 menunjukkan Kemahiran aras tinggi dan rendah dalam Taksonomi Bloom. Pemikiran aras tinggi melibatkan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom.

Rajah 8: Taksonomi Bloom

Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

Kemahiran aras tinggi

Kemahiran aras rendah

Aktiviti pembelajaran Pembentangan hasil Refleksi pembelajaran

Page 10: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

10

Pemikiran aras tinggi berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis yang perlu dikuasai oleh murid dalam pendidikan abad ke-21. Pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis boleh dilakukan dalam beberapa kaedah. Antaranya:

i. Penyelesaian masalah ii. Penyoalan yang melibatkan pemikiran aras tinggi iii. Pelaksanaan projek iv. Integrasi i-think dalam proses pembelajaran

Contoh pengintegrasian KBAT, pemikiran kreatif dan kritis

Penyelesaian masalah

Projek Sains

Penyoalan

Page 11: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

11

6

Praktikal

Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya teori yang berbentuk abstrak boleh dipelajari oleh murid secara praktikal dan kontekstual (Abell & Lederman, 2007).

Guru harus membimbing murid supaya dapat:

i. Mengaitkan teori dengan amali ii. Belajar melalui pelbagai aktiviti konstruktif iii. Mengaplikasi teori secara praktikal iv. Menjalani pembelajaran secara kontekstual

Antara strategi pembelajaran yang boleh dijalankan ialah:

• Inkuiri penemuan • Projek • Penyelesaian masalah • Kerja lapangan • Eksperimen • Simulasi • Main peranan • Aktiviti hands- on

Contoh aktiviti pembelajaran praktikal dan kontekstual

Inkuiri penemuan Projek Sains

Page 12: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

12

Contoh aktiviti pembelajaran praktikal dan kontekstual (sambungan)

Penyelesaian masalah Kerja lapangan Eksperimen

Simulasi tawaf Main peranan Aktiviti hands-on

Page 13: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

13

7

Kemahiran untuk kehidupan

Pembelajaran tidak terbatas kepada penguasaaan isi kandungan kurikulum sahaja tetapi melibatkan penguasaan pelbagai kemahiran untuk kehidupan (Draves & Coates, 2011).

Kemahiran yang dipelajari di sekolah seharusnya meningkatkan kemahiran murid menjalani dan menguruskan kehidupan mereka dengan lebih berkesan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran haruslah:

i. sentiasa releven dengan perkembangan terkini. ii. melibatkan integrasi kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). iii. membolehkan kemahiran yang dipelajari boleh diaplikasikan dalam kehidupan

murid. iv. menggunakan maklumat, sumber pembelajaran, peralatan dan teknologi terkini.

Pendidikan berkualiti menghasilkan murid yang kreatif, kritis, inovatif dan dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

Page 14: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

14

8

Berkumpulan Pembelajaran

berkumpulan melibatkan sekumpulan murid-murid belajar dan menyelesaikan tugasan bersama-sama (Muijs & Reynolds, 2011).

Pembelajaran berkumpulan memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal, berkomunikasi penyelesaian masalah, kemahiran berfikir dan menilai kekuatan serta kelemahan mereka (Amstrong, 2012; O’Donnell, 2006).

Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran berkumpulan yang boleh diaplikasikan. Antaranya termasuklah pembelajaran koperatif. Terdapat beberapa teknik pembelajaran koperatif yang boleh dijalankan. Antaranya ialah: Jigsaw, Think-Pair-Share, Round Robin, Numbered Heads dan sebagainya.

Contoh Pembelajaran Koperatif

Jigsaw Think Pair Share

Round Robin Numbered Heads

Page 15: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

15

9

Komuniti

Sekolah adalah satu komuniti kecil tempat murid belajar pelbagai pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi murid dengan rakan, guru dan warga sekolah.

Seterusnya sekolah perlu membina jaringan kerjasama dengan komuniti setempat, sektor awam dan sektor swasta dalam pembelajaran murid.

Sekolah sebagai komuniti

Terdapat beberapa bentuk kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Untuk meningkatkan kualiti pendidikan, antaranya:

i. Sumbangan kepakaran golongan profesional dalam masyarakat setempat kepada sekolah

ii. Program sekolah angkat atau kerjasama sektor awam,sektor swasta dan persatuan bukan kerajaan

iii.

Ceramah kerjaya - doktor Murid melawat kilang Kerjasama dengan pasukan

pakaian seragam

Komuniti sekolah melibatkan murid, guru dan kakitangan

Contoh kerjasama sekolah dengan komuniti

Page 16: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

16

10

Pentaksiran formatif

Pentaksiran formatif adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapat maklumat pencapaian murid, pengetahuan dan kemahiran, Maklumat yang diperoleh digunakan untuk memberi maklum balas kepada murid, membuat pemulihan dan menambah baik pembelajaran (Muijs & Reynolds, 2011).

Ciri-ciri pentaksiran formatif:

i. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. ii. Dijalankan sepanjang pembelajaran berlangsung. iii. Contoh instrumen: Latihan, sesi soal jawab, kuiz, hasil kerja murid, pembentangan dan

pentaksiran berasaskan sekolah (PBS).

Beberapa contoh penilaian formatif:

Latihan Murid Ujian ringkas

Laporan projek

Pembentangan murid

Buku skrap

Kuiz

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)

Page 17: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

17

11

Belajar untuk kehidupan

Pendidikan di Malaysia adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan membangunkan insan secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk menjadi manusia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Pembelajaran seharusnya tidak difokuskan hanya kepada pencapaian akademik tetapi merupakan proses pembangunan insan secara menyeluruh. Pembelajaran di sekolah harus menyediakan murid untuk:

i. kerjaya dan masa depan mereka ii. generasi bagi kemajuan negara.

Aktiviti pembelajaran perlu berteraskan falsafah pendidikan negara dan mengintegrasikan elemen-elemen kemahiran abad ke-21 (kreatif, kritis, komunikasi dan kolaboratif).

Page 18: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

18

4.0 Bilik Darjah Pembelajaran Abad Ke-21

4.1 Konsep Bilik Darjah

Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Konsep bilik darjah yang ideal mestilah

berubah mengikut perkembangan pendidikan semasa. Dalam era globalisasi serta zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi,

kesedaran dalam menyediakan ruang belajar yang kondusif semakin meningkat. Kewujudan bilik darjah dalam usaha merealisasikan

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sangat berkait rapat dengan kesediaan guru mengurus ruang pembelajaran tersebut

secara optimum.

Richards (1990), mentafsirkan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru pada tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid

semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Guy (1999), sesuatu konsep yang

komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahcarakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah, merangkumi tindakan disiplin, rutin harian, penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran.

Oleh itu, konsep bilik darjah dapat ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikalnya. Bilik darjah boleh berupa

sebuah bilik, padang, makmal sains, dewan, atau makmal komputer tetapi keberkesanan fungsinya sangat bergantung kepada

pengurusannya.

Page 19: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

19

4.2 Ciri-Ciri Bilik Darjah Abad ke-21 Struktur dan prasarana sekolah

Bil Elemen Definisi dan Penerangan Perincian / Contoh / Situasi / Aktiviti

1 Bilik Khas Bilik mengikut keperluan seperti • Makmal Sains, • Bilik Kemahiran Hidup, • Bilik Media, • Bilik Tayang

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras atau kritikal . (Subject based Classroom –SBC)

• Kerusi meja disusun mengikut kumpulan. • Pelbagai peralatan yang berkaitan dengan mata pelajaran . • Bahan Bantu Mengajar (BBM)

2 Bilik Khas Mata Pelajaran

Bilik mengikut mata pelajaran seperti • Bahasa Melayu, • Bahasa Inggeris, • Matematik

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran teras. (Subject based Classroom –SBC)

• Kerusi meja disusun mengikut model kumpulan. • Bahan Bantu Mengajar (BBM) • Media cetak seperti buku, kamus, majalah untuk bahan bantu

mengajar dan bahan bantu belajar. • Jadual penggunaan bilik disediakan • Bilik khas untuk guru mata pelajaran berkenaan

Contoh Bilik Darjah Berdasarkan Mata Pelajaran – Bilik Matematik

Page 20: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

20

4.3 Susun Atur Meja dan Kerusi Murid

Bil Elemen Definisi dan Penerangan Perincian / Contoh / Situasi / Aktiviti

1. Meja dan kerusi Kerusi dan meja murid disusun secara berkumpulan

• Disusun mengikut kumpulan antara 4 hingga 5 orang mengikut kebolehan masing-masing atau pelbagai kebolehan dan menjalankan aktiviti berkumpulan secara kolaboratif .

• Guru sebagai pemudahcara.

2 Komputer Sebuah komputer untuk setiap kumpulan murid

• Mengakses maklumat atau pembelajaran secara dalam talian. • Melaksanakan tugasan kumpulan atau digunakan untuk

pembelajaran melalui proses komunikasi, kolaboratif dan persaingan sihat antara kumpulan.

Page 21: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

21

4.4. Peralatan Tambahan

Bil Elemen Definisi dan Penerangan Perincian /Contoh /Situasi /Aktiviti

1 Komputer Komputer untuk kegunaan guru Untuk proses pengajaran dan pembelajaran:

• mengakses maklumat; • menyempurnakan tugasan; • pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian melalui

komunikasi secara maya.

2 IQ-Board, Smart Board

Papan interaktif • Layar paparan interaktif menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

• Proses pengajaran dan pembelajaran bersifat interaktif antara guru dengan murid, dan murid dengan murid

Page 22: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

22

3 Papan putih Papan kenyataan

• Papan putih di hadapan bilik darjah dan

• Papan kenyataan di sekeliling bilik darjah

• Papan putih lebih praktikal • Papan kenyataan untuk menampal hasil-hasil kerja ,

perbincangan dan bahan bantu mengajar.

Page 23: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

23

4.5 Model Bilik Darjah Abad Ke-21 Rajah 9: Model 1 Rajah 10: Model 2

Page 24: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

24

Rajah 11: Model 3 Rajah 12: Model 4

Page 25: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

25

Rajah 9: Model 2

Rajah 13: Model 5 Rajah 14: Model 6

LOKAR BUKU

Page 26: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

26

4.6 Contoh Bilik Darjah Abad Ke-21

Contoh 1 Contoh 2

Contoh 4 Contoh 3

Page 27: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

27

Contoh 8

Contoh 5 Contoh 6

Contoh 7

Page 28: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

28

5.0 Kesediaan Guru

Guru ialah sumber kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluruhan peribadi. Hal ini merupakan kriteria peribadi pendidik yang boleh menjadi contoh yang berkesan. Sesungguhnya, peranan guru dapat dianggap sebagai elemen terpenting dalam usaha sesebuah negara mencapai kecemerlangan pendidikannya.

5.1 Lima Minda Pendidik Abad Ke-21 :

Rajah 15: Lima Minda Pendidik

Bil Elemen Keterangan

1. Minda Berorientasikan Disiplin Ilmu ( The Disciplined Mind)

• Menguasai subjek kepakaran dan mempunyai pengetahuan tentang subjek lain. • Mempraktikkan cara berfikir yang berbeza dalam menyampaikan ilmu.

2. Minda Mensintesis (The Synthesizing Mind)

• Mempunyai kebolehan untuk menggunakan ilmu dan maklumat sedia ada untuk menjanakan idea baharu.

3. Minda Mencipta (The Creating Mind) • Berfikir di luar kotak bagi meneroka idea dan membina kefahaman baharu.

4. Minda Menghormati (The Respectful Mind)

• Memahami, menghormati dan menerima perbezaan individu serta bertoleransi dalam membina perhubungan.

5. Minda Beretika (The Ethical Mind) • Peranan individu dan warganegara yang menjadi teladan melalui penghayatan nilai-nilai serta amalan terbaik dalam masyarakat.

Page 29: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

29

5.2 Ciri-ciri Pendidik Abad ke-21

Rajah 16: Ciri-Ciri Pendidik Abad Ke-21

Page 30: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

30

Bil Elemen Keterangan

1. Menyesuaikan Diri • Pemudahcara yang menyampaikan pengajaran dengan penuh kreativiti dan kebebasan

• Menyesuaikan segala perisian dan perkakasan.

• Mengupayakan pengajaran yang dinamik

• Menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

2. Pembelajaran Sepanjang Hayat • Mengamalkan prinsip Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai misi dan objektif pembelajaran.

• Kesediaan untuk berubah dan mempelajari sesuatu yang baharu ke arah

pembelajaran abad ke-21.

3. Berkomunikasi • Mahir berkomunikasi dan berkolaboratif menggunakan TMK.

• Menjadi pengguna, pemudahcara, pengantara dan pengurus yang baik.

4. Mempunyai Visi • Mempunyai imaginasi, kreativiti serta berwawasan dalam menyediakan murid menghadapi dunia sebenar.

• Mengadaptasi , menghubung kait dan menggabung jalin sumber.

5. Kepimpinan • Pemimpin yang berketrampilan sebagai peneraju perubahan.

6. Model Teladan • Model teladan kepada murid melalui amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian secara realiti dan maya.

7. Berkolaboratif • Pemudahcara berkolaboratif, berkongsi, memberi sumbangan, mengadaptasi dan mereka cipta melalui pelbagai media elektronik untuk meningkatkan kualiti dan jaringan pembelajaran.

8. Mengambil Risiko • Berani menghadapi cabaran dan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.

• Meletak kepercayaan yang tinggi kepada keupayaan murid.

Page 31: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

31

5.3 Kemahiran Abad Ke- 21

Rajah 17: Kemahiran Abad Ke-21

Bil Elemen Keterangan

1. Cara Berfikir

• Kreativiti dan Inovasi – berfikir secara kreatif, bekerja secara kreatif dengan rakan sekerja dan melaksanakan inovasi.

• Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan membuat keputusan – menyatakan sebab secara berkesan dalam penilaian keputusan. Menyelesaikan masalah dan menyatakan dapatan secara efektif.

• Belajar untuk belajar dan metakognitif – motivasi kendiri, berpandangan positif dan kemampuan untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan.

2. Alat Berfikir

• Literasi Maklumat – mempunyai akses dan menilai maklumat. Menggunakan teknologi secara berkesan. • Literasi TMK – berfikiran terbuka kepada idea baharu, informasi dan cara berfikir. Menggunakan TMK

secara betul, kreatif, dan beretika. Mengetahui dan memahami perbezaan budaya dan sosial. 3. Cara

Bekerja • Komunikasi – Kemahiran lisan dan bertulis. Berfikiran terbuka dan kesediaan untuk mendengar. Sensitif

terhadap perbezaan budaya ketika berkomunikasi. • Kolaboratif dan Kerja Sepasukan – berkomunikasi dengan efektif dengan rakan. Bekerja dengan kumpulan

yang pelbagai. Dapat menyatakan kepentingan, rancangan dan mengurus projek. 4. Nilai • Jatidiri – peka dan faham tuntutan dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia.

Menghormati nilai dan hak orang lain. • Tanggungjawab peribadi dan sosial – membina hubungan komunikasi merentas situasi sosial berbeza.

Memahami pandangan dan perspektif berbeza. • Kehidupan dan Kerjaya – Dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan. Dapat mengurus masa

dan matlamat. Menjadi seorang individu yang mempunyai arah serta dapat berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.

Page 32: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

32

5.4 Cabaran

Rajah 18: Model F.R.E.S.H

Bil Elemen Keterangan

1. Flexible (Luwes)

• Menyesuaikan diri dengan perubahan ( Adapt To Change ) • Menerima perubahan dengan hati yang terbuka ( Embrace Change )

2. Resourceful (Bermaklumat)

• Memiliki dan meluaskan jaringan maklumat berkaitan sumber dan kaedah pengajaran. • Sentiasa peka pada perkembangan terkini dalam dunia pendidikan.

3. Enthusiastic (Bersemangat)

• Bersemangat untuk melaksanakan transformasi pendidikan. • Bersikap positif dan terbuka menerima perubahan. • Model kepada pelajar.

4. Supportive (Sokongan)

• Khidmat sokongan kepada rakan sejawat menelusuri transisi pendidikan abad ke-21. • Berkongsi pengetahuan dan kemahiran. • Mewujudkan persekitaran yang positif.

5. Harmonious (Harmoni)

• Kerja sepasukan melangkaui sempadan sekolah. • Mewujudkan kumpulan guru yang sudi berkongsi dan belajar bersama-sama. • Mewujudkan kesamarataan dalam komunikasi.

Page 33: Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21

Garis Panduan Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 PPD MUAR 2014

33

5.5 Kesimpulan

Pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan guru untuk menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaboratif Sehubungan dengan itu, guru perlu melengkapkan diri dengan minda serta ciri-ciri pendidik abad ke-21 di samping bersedia untuk menghadapi cabaran dalam sistem pendidikan.

Rujukan

Abell,K.A. & Lederman,N.G. (2007). Handbook of research on science. New York: Lawrence Erlbaum Associates.

Armstrong, J.S. (2012). Natural learning in higher education. Encyclopedia of the Sciences of Learning

Bruffee, K. (1993). Collaborative learning. Baltimore: The Johns Hopkins University Press.

Collins, A., Brown, J.S., & Newman, S.E. (1989). Cognitive apprenticeship: Teaching the craft of reading, Writing and mathematics! In L.B. Resnick (ed.) Knowing, learning, and instruction: Essa in Honor of Robert Glaser Hillsdale, NJ: Erlbaum

Dillenbourg, P. (1999). Collaborativel learning: Cognitive and computational approaches. Advances in Learning and instruction Series. New York, NY: Elsevier Science, Inc

Draves, W.A. & Coates, J. (2011).The pedagogy of the 21st century. Wisconsin: LERN

Gardner, H. (2006). Five minds for the future. Boston: Harvard Business School Press.

Guy,R.L.(1999). Psychology for teaching. California: Wadsworth/Thomson Learning.

Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and development. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

O’Donnell, A.M. (2006). The role of peers and group learning . In P. Alexander and P. Winnie(eds). Handbookof educational psychology (2nd ed.). Mahwah, NJ:Lawrence Erlbaum.

Richards, J.C. (1990). Conversationally speaking: approaches to the teaching of conversation. New York: Cambridge University Press.