peranan pendengaran

3
PERANAN PENDENGARAN Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan memahami maksud serta membuat tafsiran daripada yang didengar. Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai. Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh penutur. Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu memberikan makna tertentu. Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi. Oleh itu, peranan pendengaran bagi setiap individu adalah untuk menerima maklumat, memahami pertuturan, memudahkan proses komunikasi, mendengar bunyi-bunyi penting, mendengar perkongsian ataupun luahan perasaan dan juga untuk mendengar bunyi-bunyi muzik.

Upload: siti-norhazeah

Post on 12-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peranan pendengaran dalam kehidupan

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN  PENDENGARAN

PERANAN PENDENGARAN

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia

berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai

kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa

sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan memahami maksud serta membuat tafsiran

daripada yang didengar.

Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan menilai.

Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang disampaikan oleh

penutur. Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah kita dengari dan

memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami

perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu

memberikan makna tertentu.

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat

pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan

makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Mendengar juga

merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga,

memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.

Oleh itu, peranan pendengaran bagi setiap individu adalah untuk menerima

maklumat, memahami pertuturan, memudahkan proses komunikasi, mendengar bunyi-bunyi

penting, mendengar perkongsian ataupun luahan perasaan dan juga untuk mendengar

bunyi-bunyi muzik.

Peranan yang pertama iaitu pendengaran adalah untuk menerima maklumat.

Penerimaan maklumat boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti melalui pembacaan,

penglihatan, pengalaman dan sebagainya. Aktiviti mendengar merupakan salah satu cara

untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas. Kita mendengar terus daripada individu

yang memberikan maklumat. Selain itu, kita juga boleh bertanya terus kepada individu

yang memberikan maklumat. Contohnya ialah mendengar ceramah, menonton televisyen,

mendengar radio dan juga sebagainya.

Page 2: PERANAN  PENDENGARAN

Peranan yang seterusnya ialah untuk memudahkan seseorang individu memahami

pertuturan. Mendengar sendiri lebih membantu seseorang individu untuk memahami apa

yang disampaikan berbanding melihat isyarat kerana tidak semua perkataan yang disebut

akan diisyaratkan. Oleh itu, mendengar membantu seseorang untuk memahami apa yang

ingin disampaikan oleh penyampai.

Seterusnya ialah pendengaran berperanan untuk memudahkan proses komunikasi.

Mendengar terus daripada penutur adalah lebih cepat dan lancar tanpa perlu

menggunakan orang ketiga untuk menjelaskan topik penceritaan. Individu boleh

mendengar sendiri dan menilai berkaitan topik yang dibincangkan.

Pendengaran juga berperanan untuk mendengar bunyi-bunyi yang penting

contohnya bunyi siren bomba, polis atau ambulans. Ini adalah supaya seseorang individu

boleh bertindak dengan cepat apa yang harus dilakukan seterusnya selepas mendengar

bunyi siren tersebut.

Pendengaran juga berfungsi untuk mendengar perkongsian perasaan ataupun

luahan dari kawan-kawan dan orang sekeliling. Akhir sekali ialah untuk mendengar bunyi-

bunyi buatan manusia seperti permainan alat muzik dan juga bunyi alam sekitar

contohnya bunyi ombak. Bunyi tersebut boleh membantu seseorang individu menjadi lebih

tenang dan membantu menghilangkan perasaan bosan, sedih dan kecewa.