peranan malaysia dalam menangani isu global

Upload: psda

Post on 19-Oct-2015

577 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

PERANAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU GLOBAL

PERANAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU GLOBALISU ALAM SEKITARPENCEMARAN

Definisi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaranadalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam -perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .Jenis-jenis pencemarana. Pencemaran UdaraContohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yangterperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesanpembakaran secara terbuka dan sebagainya .

b . Pencemaran AirContohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia,haba, pembuangan sampah dan sebagainya .

c . Pencemaran TanahContohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan,pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .

Kesan-kesan PencemaranMengancam Kesihatan Manusia.Mengancam tumbuhan dan binatang.Kerosakan Harta Benda.

LANGKAH-LANGKAH BERSEPADUPENYELESAIAN ISU ALAM SEKITARPencemaran yang melibatkan beberapa negara seperti pencemaran perairan pantai danpencemaran udara yang disebabkan oleh jerebu memerlukan penglibatan yang aktif dari negara-negara yang terbabit untuk mendapatkan penyelesaian bersama .Pencemaran LautTerdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .

Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badanbadan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .

Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :

Rancangan Kontigen Lombok MakasarStandard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of SingaporeStandard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei DarussalamASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.Pencemaran Udarapenggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap.

Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.

minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan.

mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar.

kempen Masyarakat Penyayang sepatutnya diperluaskan bagi merangkumi hubungan manusia dengan alam sekitar agar masyarakat Malaysia lebih prihatin dan bertangungjawab terhadap persekitarannya.Pencemaran DaratLangkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan di buat oleh semua kerajaan negeri dengan mematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan . Tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak mematuhi peraturan undang-undang .

Di bawah garis panduan yang disediakan oleh Pertubuhan Antarabangsa Balak Tropika pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika di kalangan negara anggota . Ini termasuklah :

1. Menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke setahun 2. Membentuk plan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan .3.Mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan penggunaan kayu getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya .4. Menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses .

Di samping kerajaan persekutuan, Malaysia mempunyai 13 buah negeri yang mempunyai undang-undang yang tersendiri ke atas hutan dan pemeliharaan hutan masing-masing . Dalam konteks ini, sebarang peraturan yang diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilaksanakan serentak di semua negeri . Sementara itu, terdapat beberapa peruntukan dan kelonggaran yang diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan mereka . Semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini .PERANAN DAN INISIATIF MALAYSIA DALAM PENYELESAIAN ISU KEGANASAN ANTARABANGSAKepentingan Dasar luar negara .. Memelihara Kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Membangunkan Kemajuan ekonomi Mengekalkan kerjasam antarabangsa . Menjadi Global warga YangTanggungjawab Peka thdp isu2 memupuk kesejahteraan Dunia .Menjamin keselamatan Negara Dan negara . Hubungan bilateral ( hubungan yg melibatkan 2 pihak) / hubungan secara terus kepada negara2 tertentu . Cth .. Malaysia mengutamakan Hubungan dengan negara2 jiran . Hubungan Multilateral ( penyertaan banyak pihak / negara ) cth .. Pertubuhan ASEAN Komanwel OIC NAM 16Kepentingan Dasar luar negara .. Memelihara Kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan. Membangunkan Kemajuan ekonomi Mengekalkan kerjasam antarabangsa . Menjadi Global warga YangTanggungjawab Peka thdp isu2 memupuk kesejahteraan Dunia .Menjamin keselamatan Negara Dan negara . Hubungan bilateral ( hubungan yg melibatkan 2 pihak) / hubungan secara terus kepada negara2 tertentu . Cth .. Malaysia mengutamakan Hubungan dengan negara2 jiran . Hubungan Multilateral ( penyertaan banyak pihak / negara ) cth .. Pertubuhan ASEAN Komanwel OIC NAM Perkembangan Dasar Luar Malaysia bagi memastikan keamanan negara.Perkembangan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga tahapTahap pertama Tunku Badul Rahman ( 1957-1970 ) Tahap Kedua - Tun Abdul Razak ( 1972- 1976 ) & Tun Hussein 0nn ( 1976 1981Tahap Ketiga - Dato sri Mahathir Dr Mahathir Mohammad (1981-2003 ) Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa

Komanwel

Anggotanya- negara bekas tanah jajahan Britain yang merdeka. Keanggotaan- 54 negara maju dan negara sedang membangun. Sekretariat- beribu pejabat di London. Matlamat- membina semangat setiakawan dan kerjasama dalam segala bidang. Perjanjian pertahanan- bantuan kepada Malaysia jika diancam musuh. Mesyuarat CHOGM tempat petemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan kepentingan bersama. CHOGM di Malaysia 1989- Deklarasi Langkawi berhubung mengatasi masalah pencemaran. Sumbangan Malaysia- menentang Dasar Aparteid dan menganjurkan Sukan Komanwel 1998. Faedah atas Malaysia- cukai eksport rendah khasnya Britain (dihakis selepas Britian menyertai Kesatuan Eropah). Rancangan Colombo- menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa.

Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Latar Belakang: Ditubuhkan pada 1945, selepas PD2 apabila Liga Bangsa dibubarkan Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi berpindah ke New York (1946). Dianggotai oleh 51 buah negara (pada awalnya) 189 buah negara (2002). Malaysia menjadi ahli PBB tahun 1957 Negara anggota harus akur kepada Piagam PBB iaitu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.

Matlamat Piagam PBB i. Menjamin keamanan dunia. ii. Menggalakkan hubungan berbaik-baik negara anggota. iii. Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi. iv. Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakn negara-negara anggota.

Penglibatan MalaysiaPotilik : Menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo . Mewakili pasukan pengaman ke Namibia dan ke Bosnia Menghantar pasukanpemerhati di sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea. menentang Dasar Aparteid, memerangi dadah, menjadi ahli majlis keselamatan PBB dan mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin. Menyaran Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara.

Ekonomi Menjadi ahli Bank Dunia yang bermatlamat membantu negara-negara ahli yang sedang membangun dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangun ekonominya. Faedah Bank Dunia kepada Malaysia dapat menjayakan rancangan felda dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.

Sosial Memerangi penyalahgunaan dadah sehingga Perdana Menteri dilantik menjadi Yang Dipertua persidangan di Vienna 1987. Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi di bawab PBB contohnya FAO, WHO dan UNESCO. Wakil Malaysia dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesai konflik poliki di Myanmar. Mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) Latarbelakang: - Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 hasil daripada termenterainya Deklarasi Bangkok. - Antara negara anggota Malaysia, Thailand, Singpura, Indonesia dan Brunei.

Matlamat: - Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara - Bekerjasama dalam bidang ekonomi , sosial dan kebudayaan - Meningkatkan taraf hidup penduduk. - Mengadakan hubungan erat dengan persatuan atau pertubuhan sertantau dan antarabangsa .

Peranan dan Sumbangan Malaysia Politik: - Negara anggota menandatangani satu deklarasi bersama iaitu Deklarasi Kuala Lumpur bagi mengisytiharkan negara- negara ASEAN sebagai Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) dalam Mesyuarat Menteri Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur 1971. - Tujuan ZOPFAN adalah: i) untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau . ii) tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau Timur.

- Dalam mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN, telah memutuskan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear . Ini menunjukkan rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahannya pelabuhan untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

Ekonomi: - Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu dan Acheh. - Mewujudkan kerjasama melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA ).

- Mengemukakan idea memperluas skop kerjasama ekonomi dgn melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. - Kerjasama melalui konsep ASEAN + 3 yang merujuk kepada kerjasama antara ASEAN dengan negara-negara Timur iaitu China, Jepun dan Korea.

Sosial - Kerjasama dalam bidang pendidikan melalui tertubuhnya SEAMEO .

- Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN .

- Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian. - Pertukaran rancangan televisyen dan radio.

- Merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan .

- Mengadakan Tahun Melawat ASEAN bagi mewujudkan kerjasama dalam bidang pelancongan.

IMPAK ISU GLOBAL TERHADAP PELUANG PENDIDIKANGlobalisasi membawa jurang perbezaan yang mendalam dalam mendapatkan ilmu pendidikan global. Golongan yang mampu mendapatkan ilmu dan kemahiran adalah dari keluarga yang berpendidikan tinggi. Mereka mampu menyediakan infrastruktur ICT yang diperlukan oleh anak-anaknya. Maka golongan yang tidak mampu bersaing akan terus ketinggalan.KEMISKINANKemiskinan dan status kewangan sesebuah keluarga menyekat peluang pendidikan anak-anak.Taraf kehidupan yang berbeza menyebabkan golongan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah mengikut keupayaan mereka. Maka golongan pelajar dari taraf sosial yang tinggi akan menghantar ke sekolah elit dan sebaliknya. Golongan berpendapatan tinggiGolongan berpendapatan rendah-mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan sama ada luar atau dalam negara.-tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh untuk membiayai pendidikan anak mereka ke luar negara atau pendidikan swasta.- Berupaya memenuhi segala kehendak berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.- Bergantung pada peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan sahaja-mampu membeli komputer riba dan peralatan sekolah serta bahan bacaan tambahan untuk membantu pembelajaran anak mereka-tidak mampu menyediakan pelbagai jenis peralatan untuk pembelajaran dengan lengkap.- anak-anak dijaga dari segi kesihatan , seperti makanan berkhasiat -tidak dapat menikmati perolehan maklumat daripada akses internet kerana terbatasPEMAKANANPemakanan turut mempengaruhi peluang pendidikan untuk semua.Keperluan makanan berkhasiat adalah penting bagi memastikan keperluan murid untuk mengikuti pelajaran dalam sistem pendidikan.Bagi negara miskin seperti Afrika, peluang pendidikan adalah terhad kerana penduduk lebih tertekan dengan masalah kekurangan makanan.Masalah Kebuluran menjadi halangan besar bagi masyarakat untuk mengakses peluang pendidikan yang sedia ada.KESIHATANTahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.Masalah kesihatan yang wujud dalam sesebuah negara mengganggu pembangunan negara dan menyekat kemajuan pendidikan di negara tersebut.Kawalan penyakit juga menyebabkan kos perubatan yang tinggi diperlukan dan ini akan mempengaruhi keadaan ekonomi sesebuah negara. Hal ini akan mengakibatkan peluang pendidikan untuk semua adalah terhad.