peranan masyarakat dalam menangani gejala

14
#SKOR At # KONSEP K.R.E.A.T.I.F.

Upload: hishamhana583

Post on 20-Jun-2015

161 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

#SKOR At #

KONSEP K.R.E.A.T.I.F.

Page 2: Peranan masyarakat dalam menangani gejala
Page 3: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

K - kepantasan dalam bertindak apabila terjadi gejala…

R - rancang pelbagai program, aktiviti atau ceramah yang melibatkan masyarakat setempat.

E - elakkan diri daripada mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.

A - ambil peduli dengan persekitaran tempat tinggal.

T - teguran yang baik terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

I - interaksi dalam kalangan masyarakat yang beridentiti berbilang kaum.

F - fakta yang menarik dan berkesan.

Page 4: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

W - Antara peranan masyarakat dalam mengatasi gejala… ialah I - kepantasan masyarakat dalam bertindak apabila terjadi

gejala… H1 - Pada zaman yang dihimpit arus pemodenan ini, masyarakat

perlu bertindak dengan pantas serta cekap untuk menangani gejala yang menjadi racun yang serba sedikit dapat menjejaskan

pembangunan negara. H2 - Hal ini supaya segala gejala negatif dan tidak sihat serta

perkara yang tidak diingini berlaku dapat diatasi dengan segera.

C - Tamsilannya, masyarakat yang melihat gejala … yang berlaku hendaklah segera membuat laporan kepada pihak berkuasa. Hal ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengurangan gejala…

KK - Konklusinya, ‘condong diumpil, lemah dianduh’ masyarakat perlu memikirkan langkah untuk menangani gejala… dan mengambil langkah seterusnya supaya masalah tersebut dapat dibanteras.

KM - Generalisasinya, masyarakat perlu lebih peka terhadap perkara dan aktiviti yang terjadi di sekeliling kawasan komuniti masyarakat mereka.

Page 5: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

• W - Selain itu, masyarakat berperanan dalam• I - merancang pelbagai program, aktiviti atau ceramah yang

melibatkan masyarakat setempat.• H1 - Hal ini berikutan aktiviti seperti ini dapat memberi kesan

positif serta memberi impak yang besar kepada mereka yang menyertainya.

• H2 - Oleh itu, program seperti ini hendaklah diuarkan dan dimaklumkan kepada masyarakat agar program

itu mendapat sambutan.

• C - Misalnya, program yang dijalankan haruslah berunsurkan kerohanian, keagamaan serta mativasi. Selain itu,

aktiviti pameran atau ceramah tentang isu semasa juga sesuai dilakukan.

• KK - Aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada masyarakat tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat.

• KM - Jadi, kita perlulah prihatin terhadap perancangan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh masyarakat supaya gejala-gejala negatif dapat dibendung.

Page 6: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

W - Lanjutan daripada huraian yang dinyatakan di atas, masyarakat juga boleh memainkan peranan dengan

I - mengelakkan diri daripada mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.

H1 - Dalam hal ini, masyarakat tidak seharusnya bersikap nafsi yang mana hanya mementingkan diri dan tidak mengendahkan keadaan sekeliling, malahan mereka seharusnya mengamalkan sikap seperti ‘adat bernegeri memagar negeri,adat berkampung memagar kampung’.

H2 - masyarakat tidak seharusnya mengambil berat akan keadaan semasa dengan mengamalkan sikap menjaga tepi kain orang lain.

C - Tamsilannya, masyarakat di sekeliling merupakan mata dan telinga yang dapat membantu dengan melaporkan hal ini kepada ahli keluarga mereka dan menasihati individu yang terbabit

KK - Selain dapat melahirkan kehidupan masyarakat yang sejahtera, ia juga dapat membanteras unsur-unsur sosial yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

KM - Oleh itu, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat, kita haruslah bersama-sama mengembeleng tenaga dan bersinergi tinggi agar nilai keinsanan yang syumul dapat ditanam dalam diri.

Page 7: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

W - Tambahan lagi, masyarakat berperanan dalam I - mengambil peduli dengan persekitaran tempat

tinggal. H1 - masyarakat harus peka dengan aktiviti jiran H2 - Selain itu, masyarakat harus mengenali jiran

dengan lebih mendalam. C - Tamsilannya, masyarakat harus bercampur gaul

dengan masyarakat sekeliling dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti masyarakat.

KK - Apabila masyarakat lebih prihatin, masalah… dapat dibendung.

KM - Justeru, masyarakat haruslah bersikap lebih bertanggungjawab dalam menjalankan obligasi

masing- masing dan mengelakkan bersikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’

Page 8: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

W - Dari perspektif yang lain, antara peranan masyarakat ialah

I - memberi teguran dan nasihat yang baik terhadap mereka yang melakukan kesalahan secara sengaja mahupun tidak sengaja.

H1 - Pihak masyarakat seharusnya menolong dan menasihati mereka yang terlibat ke arah kebaikan supaya mereka tidak terus melakukan perkara atau gejala negatif tersebut.

H2 - Bantuan dan bimbingan pihak masyarakat ini sedikit sebanyak boleh membantu mengubah sahsiah diri mereka ke arah yang lebih positif.

C - Misalnya, dengan adanya khidmat nasihat yang jitu daripada masyarakat, maka akan terlahirlah insan bermodal insaniah yang cemerlang deri segi duniawi dan akhrawinya.

KK - Kesannya, remaja akan lebih tertarik untuk berubah menjadi yang lebih baik jika ditegur dengan cara yang berhemah dan lembut.

KM - Tuntasnya, pihak masyarakat perlu sentiasa memberi teguran yang baik dan tidak memandang enteng terhadap masalah ini. Menurut Professor Hamka ‘semiskin-miskin manusia adalah manusia yang miskin budi pekertinya’.

Page 9: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

W - Seterusnya, peranan masyarakat untuk mengatasi gejala… ialah I - Interaksi dalam kalangan masyarakat yang beridentiti berbilang kaum

perlu diimplimentasikan dalam kehidupan seharian setiap anggota masyarakat.

H1 - Hal ini berikutan perhubungan yang aktif menyebabkan mereka mengetahui polimik tentang gejala ini lebih terperinci

sekaligus memberi kesedaran kepada mereka bahawa gejala… H2 - Hal ini dapat kita lihat bahawa, mereka mudah bermuafakat dan tidak

berasa kekok untuk berbincang kerana mereka sering kali berkomunikasi ketika menghadapi masalah

seperti gejala ini yang semakin bermaharajalela di negara kita bak kata pepatah ‘seumpama telur sesangkak, pecah satu, pecah semuanya’.

C - Tamsilannya, ketua masyarakat seperti ketua kampung mengadakan satu sesi perbincangan antara masyarakat setempat untuk duduk berbincang mengatasi gejala…

KK - Sesungguhnya, jelaslah kita lihat bahawa rundingan adalah penting untuk menangani masalah yang timbul di negara kita, kerana ‘buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat’. Malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat serta memupuk semangat perpaduan yang ingin dikecapi oleh setiap rakyat di negara kita.

KM - Justeru, masyarakat haruslah bersikap lebih cakna terhadap masalah ini dengan membuang sikap individualistik untuk menentukan cerah atau gelapnya masa depan negara serta perlu memupuk semangat kerjasama dalam diri setiap anggota masyarakat.

Page 10: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

W - Sehubungan dengan itu, masyarakat harus memikirkan

I - fakta yang menarik dan berkesan. H1 - Gejala… boleh merosakkan institusi kemasyakatan

justeru konflik ini harus dibendung bagi mencapai perpaduan sejagat.

H2 - Fakta mengenai gejala… perlu didedahkan kepada masyarakat agar masyarakat sedar akan baik

buruk sesuatu perkara. C - Tamsilannya, masyarakat perlulah bersinergi untuk

mengadakan pelbagai kempen kemasyarakatan bagi memupuk perpaduan antara kaum.

KK - Masyarakat perlulah mengamalkan bidalan Melayu yang berbunyi ‘kerja baik segerakan, jangan ditimpa kerja

buruk’ agar usaha menangani gejala ini dapat dibendung dengan segera.

KM - Oleh itu, masyarakat perlulah prihatin dengan keadaan sekeliling seterusnya mewujudkan masyarakat penyayang.

Page 11: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

Usia remaja / pelajar masih muda dan belum banyak pengalaman dalam rencah kehidupan hari ini. Akibat tiada pengalaman, mereka perlulah sentiasa dibimbing atau dipantau setiap tindakan dan gerak geri mereka. Pelajar hari ini didibaratkan darah baru setampuk pinang, ibu bapa dan masyarakat perlu membimbing pelajar-pelajar ini kearah pembinaan jati diri yang gemilang.

Makna – Masih terlalu muda, belum banyak pengalaman

Page 12: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

Pepatah orang tua-tua ada menyebut yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. Peribahasa ini membawa makna kejayaan bukan mudah dicapai tanpa usaha yang gigih. Setiap remaja / pelajar perlulah menunjukkan komitmen dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tegasnya, bukan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan seandainya kita hanya berpeluk tubuh dan berserah kepada takdir semata-mata.

Makna – Kejayaan bukan mudah dicapai tanpa usaha yang gigih

Page 13: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

Dalam membuat sesuatu kejayaan terutamanya yang berkaitan dengan masalah sosial hari ini, masyarakat perlu berhati-hati apabila menangani isu sosial supaya tidak mendatangkan impak yang negatif kepada mana-mana pihak. Situasi ‘menang-menang’ perlu diambil kira untuk menangani sesuatu masalah umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

Makna – Bijaksana dalam menyelesaikan masalah.

Page 14: Peranan masyarakat dalam menangani gejala

Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak.

Patah kepala bertongkatkan paruh, patah paruh bertelekan.

Yang condong diumpil, yang lemah dianduh.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Selembab-lembab puntung di dapur, ditiup menyala juga.