peranan latihan mengajar terhadap diri … · instrument to collect data. ... 4.1 bilangan borang...

27
PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI GURU-GURU PELATIH 4SPG DAN 4SPN PARIMALAH A/P LOGANATHAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: dokhanh

Post on 29-May-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI GURU-GURU PELATIH 4SPG DAN 4SPN

PARIMALAH A/P LOGANATHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Page 2: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI GURU-GURU PELATIH 4SPG DAN 4SPN

SESI PENGAJIAN : 2003/04 - II

Saya : PARIMALAH A/P LOGANATHAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO.9,JLN 4, TMN BUKIT BADONG,

45600 BATANG BERJUNTAI, SELANGOR.

Tarikh : 10.03.2004 Tarikh : 10.03.2004 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 3: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI GURU-GURU PELATIH 4SPG DAN 4SPN

PARIMALAH A/P LOGANATHAN

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS

SERTA PENDIDIKAN (BIOLOGI)

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 4: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

ii

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

Page 5: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..........................................

Nama Penulis : PARIMALAH A/P LOGANATHAN

Tarikh : 10.3.2004

Page 6: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

iv

Khas buat yang disanjungi.........

Ibu dan ayah tersayang...

Mr Loganathan dan Mrs Dalip Kaur....

Pengorbanan kalian takkan kulupa selama-lamanya...

Buat kakak...Kohilah...

Adik-adik.. Loges dan Jagates....

Terima kasih atas sokongan kalian..

Tidak kulupa terhadap teman-teman..TRAPS..

Kenangan kita bersama bersemadi dalam jiwa..

Kepada rakan dan taulan ..

Yang tidak jemu membantu...

TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA!!

Page 7: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

v

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan, di atas limpah kurniaNYA, dapatlah saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Ucapan penghargaan khas ditujukan kepada penyelia saya, En. Lokman Bin

Tahir di atas segala tunjuk ajar, sumbangan idea, bimbingan dan kerjasama beliau di

sepanjang tempoh penyiapan projek ini.

Peluang ini juga diambil untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

kedua ibubapa dan ahli keluarga yang memberikan sokongan padu sepanjang masa.

Tidak lupa juga kepada teman-teman dan sesiapa sahaja yang telah membantu saya

secara langsung atau tidak langsung untuk menyiapkan projek ini.

Semoga laporan projek ini dapat dimanfaatkan dan akhir kata, ampun dan

maaf dipohon ke atas sebarang kesalahan atau kesilapan.

Page 8: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

vi

ABSTRAK

Latihan mengajar merupakan komponen terpenting yang wajib dilalui oleh

setiap guru pelatih dalam sesuatu kursus perguruan. Secara amnya, ia adalah

berdasarkan kepada konsep bimbingan dan latihan. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji peranan latihan mengajar terhadap diri guru-guru pelatih 4 SPG dan 4

SPN yang telah selesai menjalani latihan mengajar pertama pada sesi kedua tahun

ketiga. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Seramai 62 orang

responden telah terlibat dalam kajian ini sebagai sampel. Borang soal selidik telah

digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data. Data yang diperolehi telah

dianalisis secara menual dan menggunakan perisian komputer Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Melalui kajian yang telah dijalankan, pengkaji

mendapati bahawa latihan mengajar telah dapat memainkan peranan yang positif

terhadap diri kebanyakan guru pelatih. Tetapi, kelemahan-kelemahan yang telah

dikenalpasti melalui kajian ini perlulah dipertimbangkan dan diperbaiki supaya

program latihan mengajar dapat memainkan peranan yang lebih efektif serta mantap

pada masa akan datang.

Page 9: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

vii

ABSTRACT

Teaching practicum is the most vital component in any teacher training

course, which is compulsory for every trainee teacher. Generally, it is based on

support and training concept. The purpose of this study is to identify the role of

teaching practicum towards 4 SPG and 4 SPN teacher trainees who have completed

their first practicum on the second session of third year. This study is of descriptive

form. The sample is comprised of 62 students. Questionnaires were used as

instrument to collect data. Data obtained were analyzed manually and using

computer software Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 11.5. The

result of this study shows that teaching practicum had played a positive role among

majority of the respondent. However, the weaknesses identified via this study has to

be taken in consideration and overcome, for this programme to be more effective in

future.

Page 10: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

ii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

TAJUK

PENGESAHAN PENYELIA

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

DAFTAR

SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xii

xiv

xv

xvi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop kajian 9

1.8 Definisi Operasi 10

1.9 Penutup 12

Page 11: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

iii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Latihan Mengajar 13

2.2.1 Objektif Latihan Mengajar 15

2.3 Penyeliaan Latihan Mengajar 17

2.3.1 Objektif Penyeliaan Latihan 18

Mengajar

2.3.2 Kaedah Penyeliaan Klinikal 19

2.4 Peranan Guru Pembimbing 21

2.5 Konsep Pengajaran Mikro 24

2.5.1 Faedah Pengajaran Mikro 28

2.6 Penutup 29

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 30

3.3 Persampelan 31

3.4 Instrumentasi Kajian 31

3.4.1 Kandungan Instrumen Kajian 32

3.5 Kajian Rintis 33

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 34

3.7.1 Pengumpulan Data Primer 34

3.7.2 Pengumpulan Data Sekunder 37

3.8 Analisis Data 37

3.9 Kesimpulan 38

Page 12: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

iv

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Latarbelakang Responden 40

4.2.1 Jantina 41

4.2.2 Kursus 41

4.2.3 Subjek Yang Diajar Semasa 42

Menjalani Latihan Mengajar

4.2.4 Golongan Yang Diajar 43

4.2.5 Minat Terhadap Bidang Perguruan 44

4.3 Analisis Persoalan Kajian 45

4.3.1 Analisis Persoalan Pertama 45

4.3.2 Analisis Persoalan Kedua 47

4.3.3 Analisis Persoalan Ketiga 49

4.4 Kesimpulan 51

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan dan Kesimpulan 54

5.2.1 Persoalan Kajian 54

5.2.1.1 Persoalan Pertama 54

5.2.1.2 Persoalan Kedua 55

5.2.1.3 Persoalan Ketiga 56

5.3 Rumusan 57

5.4 Cadangan 58

5.4.1 Cadangan Kepada Pihak 58

Jawatankuasa Latihan Mengajar

Fakulti Pendidikan

5.4.2 Cadangan Untuk Penyelidikan Akan Datang 59

5.5 Penutup 60

Page 13: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

v

RUJUKAN 61

LAMPIRAN 65

Page 14: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

vi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai petunjuk skala Likert 33

3.2 Bahagian soalan dalam borang soal selidik 35

3.3 Taburan soalan dalam borang soal selidik 36

3.4 Taburan min skor 38

4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40

dikembalikan mengikut kursus

4.2 Taburan responden mengikut jantina 41

4.3 Taburan responden mengikut kursus 42

4.4 Subjek yang diajar oleh responden semasa 43

menjalani latihan mengajar

4.5 Golongan yang diajar oleh responden semasa 44

menjalani latihan mengajar

4.6 Minat responden terhadap bidang perguruan 44

4.7 Frekuensi, peratus dan min bagi item persoalan 46

sama ada latihan mengajar dapat memberi

pendedahan kepada bakal guru tentang

profesion perguruan serta tanggungjawabnya.

4.8 Frekuensi, peratus dan min bagi item persoalan 48

sama ada pendekatan dan teknik

penyampaian yang dipelajari dalam ‘pengajaran

mikro’ dapat diaplikasikan oleh guru-guru

pelatih dalam situasi bilik darjah semasa

menjalani latihan mengajar.

4.9 Frekuensi, peratus dan min bagi item persoalan 49

Page 15: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

vii

pandangan guru-guru pelatih yang telah menjalani

latihan mengajar pertama tentang bimbingan

guru pembimbing terhadap pengajaran mereka.

pelatih dalam situasi bilik darjah semasa

menjalani latihan mengajar.

4.10 Perbandingan nilai min antara persoalan pertama, 52

kedua dan ketiga.

Page 16: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

viii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model rangka sistem pengajaran mikro 27

Page 17: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

ix

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

IUFM - Institut Universitare de Foemation des Maitres

SPG - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Biologi)

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

GPA - Grade Point Average

CPA - Cumulative Point Average

Page 18: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 65

Page 19: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan dilihat sebagai suatu komponen utama dalam program-program

pembangunan negara (Arfah dan Mohd Rusli, 1991). Masyarakat yang berpendidikan

bukan sahaja dapat memiliki kualiti hidup yang lebih baik, bahkan mereka dapat

mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa melalui keintelektualan yang

tinggi. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menumpukan perhatian terhadap

peningkatan kualiti sistem pendidikan negara pada semua peringkat bermula dari tahap

pra-sekolah sehinggalah ke menara gading.

Sistem pendidikan negara telah memberikan fokus terhadap melahirkan

masyarakat berilmu yang produktif, berdaya saing dan berketrampilan tinggi. Pelbagai

pengubahsuaian yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan bagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

Page 20: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara"

Secara dasarnya, tanggungjawab untuk merealisasikan prinsip Falsafah

Pendidikan Negara adalah terletak di bahu guru-guru memandangkan akauntabiliti

mereka dalam membina atau membentuk generasi muda yang berilmu serta berakhlak

sememangngnya tidak dapat dipertikaikan. Peranan guru atau lebih sesuai dipanggil

sebagai pendidik bukan sahaja terhad sebagai penyampai ilmu, malah ianya adalah lebih

kompleks. Tugas guru termasuklah membimbing, mendidik, membentuk akhlak dan

sebagainya.

Walaupun seseorang guru mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang

subjek masing-masing, tetapi ia tidak mencukupi untuk menjadikan mereka sebagai

seorang guru yang berkesan. Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran yang

memberikan kesan kepada pelajar-pelajar dan perkara-perkara ini perlu diberikan

perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikian,

latihan perguruan seharusnya melatih guru-guru pelatih agar peka terhadap cabaran-

cabaran dalam bidang perguruan dan menunjukkan cara terbaik bagi mengatasi sebarang

masalah yang bakal timbul. (Bonnet, 1996 dalam Foster, 2000).

Menyedari kepentingan guru dalam memastikan keberkesanan sistem pendidikan

negara, kerajaan telah memperkenalkan program latihan mengajar sebagai salah satu

elemen penting dalam program perguruan. Secara umumnya, tujuan utama latihan

mengajar adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal guru dengan amalan profesion

pendidikan, dalam suasana sebenar di sekolah. Melalui latihan mengajar, bakal guru

berpeluang membiasakan diri mereka dengan situasi dan persekitaran persekolahan di

Page 21: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

samping berpeluang memperolehi kemahiran asas perguruan. (Abu Hassan dan Meor

Ibrahim, 1997).

1.2 Latar belakang masalah

Kerjaya dalam bidang yang profesional adalah sesuatu yang agak kompleks.

Seseorang yang bekerja dalam bidang profesional mempunyai akauntabiliti-akauntabiliti

tertentu terhadap bidang yang diceburi, masyarakat dan negara. Kegagalan dalam

mengamalkan sikap profesional ini akan memberikan kesan yang ketara kepada semua

pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, idea yang menyarankan agar para profesional

perlu mempunyai penyelia atau ‘mentor’ untuk membimbing mereka bagi meningkatkan

kemahiran serta menguruskan stres dalam kerjaya mereka telahpun diterima ramai.

(Hargreaves dan Fullan, 2000).

Dalam profesion perguruan pula, teori-teori dan teknik-teknik pengajaran yang

dipelajari sepanjang tempoh pengajian perguruan tidak memadai bagi seorang bakal guru.

Malah, mereka perlu dibimbing dan dilatih dalam situasi sebenar untuk mengaplikasikan

segala ilmu yang telah dipelajari. Ia adalah seperti yang dinyatakan oleh Fatimah Hamid

Don (1991) ,

All the courses that the trainee has undergone sociology, psychology,

pedagogy, linguistics, philosophy, English language, the humanities and the arts,

sciences, etc.. represent the potential power to the trainee as a teacher. A student

may hane acquired an A in English or Psychology, but she/he has not yet

acquired the power to teach them well. He needs to recognize, relate, assimilate,

make decissions, set targets to achieve and to apply principles to tyr to achieve

his objectives. In short, he needs to go through the process called induction, in

other word, teaching practice…

Page 22: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

Program latihan mengajar merupakan komponen terpenting yang mesti dijalani

oleh bakal guru dalam kursus perguruan. Melalui program latihan mengajar, guru pelatih

berpeluang menimba pengetahuan dan kemahiran baru dalam bidang perguruan. Semasa

latihan mengajar, guru pelatih berpeluang memperdalami segala ilmu dan kemahiran

yang berkaitan dengan bidang perguruan dalam suasana bilik darjah yang sebenar. (Meor

Ibrahim Kamaruddin, 1997).

Walaupun tujuan utama latihan mengajar adalah hampir sama di pelbagai negara,

tetapi sistem dan cara perlaksanaannya adalah berbeza mengikut sistem pendidikan

negara masing-masing. Di Perancis misalnya, kursus perguruan pada tahun kedua

program terbahagi kepada dua iaitu program berdasarkan institusi perguruan dan

berdasarkan pengalaman di sekolah. Bagi program berdasarkan pengalaman di sekolah,

guru-guru pelatih dikehendaki mengajar selama 6 jam dalam seminggu. Mereka memikul

tanggungjawab sepenuhnya terhadap pengajaran, termasuklah merancang, menyediakan

alat bantu mengajar, dan penilaian. Mereka akan diperhati atau diselia oleh guru

pembimbing di sekolah dari semasa ke semasa dan juga oleh pensyarah pembimbing dari

institusi perguruan iaitu IUFM (Institut Universitare de Foemation des Maitres) sekali

dalam tempoh setahun tersebut. (Foster, 2000).

Di Jerman, guru pelatih akan diberikan tanggungjawab sepenuhnya terhadap kelas

yang diajar dengan waktu pengajaran dikurangkan. Di sepanjang tempoh latihan, mereka

akan dibimbing oleh guru pembimbing dan pensyarah bagi membantu meningkatkan

keprofesionalan mereka. Mereka dikehendaki mengajar di sekolah hanya selama empat

hari persekolahan dan perlu menghadiri seminar pada hari kelima bagi memberikan

maklumbalas tentang pengalaman mereka, bertukar-tukar pendapat dan membantu satu

sama lain secara amnya. (Jones,2000).

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula, guru-guru pelatih yang mengikuti

kursus perguruan bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Fakulti Pendidikan diwajibkan

untuk menjalani latihan mengajar selama 12 minggu. Tempoh 12 minggu ini dibahagikan

kepada 2 bahagian iaitu bahagian pertama adalah selepas semester kedua tahun tiga dan

Page 23: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

bahagian kedua pula selepas semester kedua tahun empat. Matlamat utamanya ialah

untuk melahirkan guru yang berkualiti, berketrampilan dan beriltizam serta mempunyai

ketahanan diri, bersikap positif, mempunyai nilai-nilai dan budi pekerti yang mulia;

selaras dengan falsafah pendidikan guru. (Meor Ibrahim, Panduan latihan Mengajar).

Penekanan utama yang perlu diberi dalam program latihan mengajar khususnya d UTM

ialah aspek latihan dan bimbingan. Prestasi seorang guru pelatih akan dinilai

menggunakan pendekatan analitik, merangkum 4 aspek iaitu penulisan rancangan

mengajar (persediaan), perlaksanaan pengajaran, keperibadian dan ikhtisas serta refleksi

kendiri.

1.3 Pernyataan Masalah

Program pendidikan perguruan telah mula diwujudkan dengan meluasnya di

institusi-institusi pengajian tinggi bertujuan untuk memberikan latihan dan bimbingan

secukupnya kepada bakal-bakal guru tentang bidang perguruan. Pengumuman oleh

Menteri Pendidikan Malaysia bahawa semua guru sekolah menengah di Malaysia perlu

memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam pendidikan memperlihatkan

betapa pentingnya latihan dan pendidikan perguruan bagi melahirkan guru-guru yang

efektif.

Menurut Hargreaves dan Fullan (2000), sebagaimana bidang-budang profesional

yang lain, perguruan juga memerlukan bimbingan dan latihan supaya dapat memberikan

pendedahan dan pengalaman secukupnya kepada guru-guru tentang profesion perguruan

serta cabarannya. Penguasaan yang mendalam tentang bidang ilmu yang diajar di sekolah

sahaja tidak dapat melahirkan seorang guru yang efektif.

Menurut pendapat Shaw (1992), elemen praktikal telah diterapkan di dalam latihan

mengajar dimana para guru pelatih adalah diharapkan supaya dapat memindahkan

latarbelakang berunsurkan teori ke dalam kemahiran bilik darjah yang sebenar dengan

bantuan penyelia dan guru pembimbing.Terdapat perbezaan yang agak ketara di antara

teori yang dipelajari dan aplikasinya atau lebih dikenali sebagai praktikal. Sepanjang

Page 24: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

menjalani program pendidikan perguruan, guru-guru pelatih akan mempelajari pelbagai

teori yang membolehkan mereka mendalami dunia pendidikan merangkumi Falsafah

Pendidikan, Psikologi pendidikan, Pedagogi, Amalan Profesionalisme, Kemahiran

Saintifik dan sebagainya.

Tetapi seseorang yang cemerlang pencapaiannya dalam teori tidak semestinya

dapat mengaplikasikannya dalam situasi yang sebenar. Tahap kefahaman dan

penghayatan guru-guru pelatih terhadap ilmu yang dipelajari secara teori adalah sesuatu

yang sangat abstrak dan sukar untuk diukur. Sepertimana yang kita sedia maklum,

manusia lebih mudah mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukannya. Ini

adalah sejajar dengan pendapat Weasmer dan Woods (2003), merujuk kepada pendapat

Dewey (1933), yang telah mengenalpasti bahawa wujudnya keperluan bagi guru-guru

untuk reflek terhadap tindakan mereka supaya dapat bertindak dengan lebih berhati-hati

dan teliti daripada bertindak secara spontan dan rutin.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Osterman dan Kottkamp (1993), sesuatu

pembelajaran akan menjadi paling efektif dan menuju ke arah perubahan tingkahlaku ,

jikalau ianya dimulakan dengan pengalaman, secara spesifiknya pengalaman yang

mendedahkan individu terhadap masalah yang perlu dihadapi. Daripada pengalaman dan

kajian, pembelajaran atau latihan akan menjadi lebih berkesan apabila individu

melibatkan diri secara terus dalam proses pembelajaran.Misalnya, guru-guru pelatih

mempelajari pelbagai teori tentang profesion perguruan serta tanggungjawabnya semasa

mengikuti kursus perguruan. Tetapi, tanpa adanya latihan atau pendedahan kepada situasi

sebenar, pengetahuan dan pengahayatan mereka tentang konsep keprofesionalan adalah

agak kabur. Mereka hanya dapat memahami konsep tersebut dengan jelas dan

mengaplikasikan prinsip-prinsip asasnya setelah mendapat pengalaman manjadi seorang

guru di sekolah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan.

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Appleton dan kindt (2002), menunjukkan

bahawa keyakinan diri untuk mengajar Sains dan pengetahuan Sains yang telah dipelajari

di sekolah atau universiti sahaja tidak mencukupi bagi para guru pelatih untuk menjadi

Page 25: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

seorang guru Sains. Walaupun faktor-faktor personal ini mempengaruhi persembahan

guru di dalam bilik darjah, pengajaran Sains juga dipengaruhi oleh perkembangan diri

mereka sendiri sebagai guru Sains. Ia merupakan suatu proses yang kompleks dimana,

pengalaman secara personal dalam Sains, penilaian terhadap diri sendiri sebagai seorang

guru Sains, polisi, kurikulum sekolah, pengurusan sumber dan kerjasama dari pelbagai

pihak memainkan peranan yang agak kompleks.

Begitu juga dengan matapelajaran ‘pengajaran mikro’ yang dipelajari mereka.

Para guru pelatih diwajibkan untuk lulus dalam matapelajaran tersebut sebelum menjalani

latihan mengajar. Mereka mempelajari pelbagai teknik dan kaedah pengajaran termasuk

penulisan perancangan pengajaran, penggunaan alat bantu mengajar, teknik penggunaan

soalan dan sebagainya. Walaupun mereka mendapat pengalaman mengajar dan dinilai

oleh pensyarah semasa sesi pengajaran mikro, ia adalah amat berbeza dengan

pengalaman yang diperolehi semasa mengajar di bilik darjah. Semasa pengajaran mikro,

guru-guru pelatih akan lebih yakin dan bersedia kerana mereka hanya dikehendaki

mengajar di hadapan rakan-rakan sekelas dan pensyarah yang sudah lama mereka kenali.

Keadaan adalah agak berbeza pada situasi sebenar kerana mereka terpaksa mengajar

pelajar-pelajar yang mereka tidak kenali dan bilangannya lebih ramai berbanding

pengajaran mikro.

Maka, elemen kedua dalam program pendidikan perguruan iaitu praktikal atau

latihan mengajar dianggap penting bagi menggilap kemampuan guru-guru pelatih untuk

mempraktikkan segala teori, kaedah, strategi dan pengetahuan yang telah dipelajari di

bilik kuliah. Ia wajib dilalui oleh setiap guru pelatih sebagai syarat untuk memperoleh

ijazah dimana konsep utamanya ialah memberikan bimbingan dan latihan kepada para

guru pelatih.

Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan latihan

mengajar terhadap guru-guru pelatih. kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada

latihan mengajar dapat memberi pendedahan kepada bakal guru tentang profesion

perguruan serta tanggungjawabnya. Perkara kedua yang akan dikaji adalah sama ada

Page 26: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

pendekatan dan teknik penyampaian yang dipelajari dalam ‘pengajaran mikro’ dapat

diaplikasikan dalam situasi bilik darjah. Di samping itu, penyelidik juga akan mengkaji

pandangan guru-guru pelatih tahun empat yang telah menjalani latihan mengajar pertama

tentang bimbingan guru pembimbing terhadap pengajaran mereka.

1.4 Objektif kajian

1. Mengenalpasti sama ada latihan mengajar dapat memberi pendedahan kepada

bakal guru tentang profesion perguruan serta tanggungjawabnya sebagai seorang

pendidik.

2. Mengenalpasti sama ada pendekatan dan teknik penyampaian pelajaran yang

dipelajari dalam ‘pengajaran mikro’ dapat diaplikasikan oleh guru-guru pelatih

dalam situasi bilik darjah semasa menjalani latihan mengajar.

3. Mengkaji pandangan guru-guru pelatih yang telah menjalani latihan mengajar

pertama tentang peranan serta bimbingan guru pembimbing terhadap kemajuan

pengajaran mereka.

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah latihan mengajar dapat memberi pendedahan kepada bakal guru tentang

profesion perguruan serta tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik?

2. Adakah pendekatan dan teknik penyampaian pelajaran yang dipelajari dalam

‘pengajaran mikro’ dapat diaplikasikan oleh guru-guru pelatih dalam situasi bilik

darjah semasa menjalani latihan mengajar?

Page 27: PERANAN LATIHAN MENGAJAR TERHADAP DIRI … · instrument to collect data. ... 4.1 Bilangan borang soal selidik yang telah 40 ... Mereka perlu peka terhadap pelbagai faktor luaran

3. Apakah pandangan guru-guru pelatih yang telah menjalani latihan mengajar

pertama tentang peranan serta bimbingan guru pembimbing terhadap kemajuan

pengajaran mereka?