peranan ketua panitia mata pelajaran pendidikan moral(lates)

Upload: ac-mal-faezs

Post on 07-Oct-2015

90 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ELM

TRANSCRIPT

PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral bertujuan melahirkan insan yang bermoral dan mempunyai nilai-nilai murni. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru mata pelajaran Pendidikan Moral mengembelengkan tenaga menyelaraskan aktivit-iaktiviti dan tugas-tugas mengajar dengan baik dan tersusun. Guru-guru Pendidikan Moral juga harus bekerjasama, saling bantu-membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian guru-guru Pendidikan Moral berpeluang untuk menyelaraskan usaha dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya Panitia Pendidikan Moral guru-guru yang menganggotainya berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar-pelajar.

Struktur dan Organisasi

(i) Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral.

(ii) Badan ini dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dipilih dan dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.

(iii) Ketua Panitia Pendidikan Moral secara automatik akan menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan akan mewakili panitia di dalam jawatan kuasa tersebut sebagai penghubung diantara ahli panitia dengan Guru Besar.

(iv) Keputusan-keputusan yang diambil oleh panitia dalam perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar atau Penolong Kanan untuk mendapat penyelesaian atau untuk makluman.

Tujuan Panitia

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk Panitia Pendidikan Moral bagi pencapaian matlamatnya:

a. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

b. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

c. Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.

d. Mewujudkan semangat bekerja sama di antara Panitia Pendidikan Moral dengan persatuan-persatuan yang lain.

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

a. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini.b. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunanc. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran.d. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir sekolahe. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk AJK jadual waktu.f. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitia.g. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah.h. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini.i. Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas jawapanj. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak.k. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki.l. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.m. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh pihak sekolah.n. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan.o. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.p. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik.q. Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.r. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajaran s. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan awam.t. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.