peranan kerajaan, masyarakat dan ngo dalam membantu mengukuhkan hubungan etnik di malaysia

40
PERANAN KERAJAAN, MASYARAKAT SERTA NGO DALAM MEMBANTU MENGUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA NOR SHUHADA BINTI CHE OSMAN SITI NURBAITI BINTI HAMZAH

Upload: siti-nurbaiti-hamzah

Post on 09-Feb-2016

3.900 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

PERANAN KERAJAAN, MASYARAKAT SERTA NGO DALAM MEMBANTU

MENGUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

NOR SHUHADA BINTI CHE OSMAN

SITI NURBAITI BINTI HAMZAH

Page 2: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

PENGENALAN• Proses pemupukan perpaduan dan hubungan

etnik yang mantap dalam kalangan rakyat di Malaysia umunya bersifat top-down, iaitu usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta keamanan.

• Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dalam hal hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan pelbagai golongna etnik.

• Sebahagian besar kejayaan ini merupakan hasil usaha yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada sektor swasta, Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun rakyat itu sendiri.

Page 3: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

PERANAN KERAJAANPenubuhan Jabatan

Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Sekolah Wawasan

Program Latihan Khidmat Negara

Page 4: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Berikutan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23 Februari 1971.

Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara.

JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan intergrasi nasional, iaitu:-

Page 5: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Strategi politik: persefahaman Strategi ekonomi Strategi pendidikan Strategi penggunaan bahasa

kebangsaan

Strategi agama Strategi kebudayaan Strategi integrasi wilayah Strategi keselamatan

Strategi pembangunan kawasan

Strategi penggunaan tenaga manusia Strategi media massa Strategi kesukanan

Strategi pemasyarakatan perpaduan Strategi penubuhan sukarela Strategi penyelidikan dan

penerbitian bahan bacaanStrategi pemantauan isu-isu

semasa dan konflik

Strategi penubuhan panel penasihat perpaduan negara

(PANEL) dan jawatankuasa penasihat perpaduan

peringkat negeri (JKPPN)

Strategi program dan aktiviti perpaduan Strategi-strategi lain

Page 6: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Strategi pemasyarakatan

perpaduan

Strategi penubuhan

sukarela

Strategi penyelidikan dan

penerbitian bahan bacaan

Strategi pemantauan isu-isu semasa dan

konflik

Strategi penubuhan panel penasihat perpaduan negara (PANEL) dan

jawatankuasa penasihat perpaduan peringkat negeri

(JKPPN)

Strategi program dan aktiviti perpaduan

Strategi-strategi lain

Page 7: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Persetujuan yang termaktub dalam perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi asas dan kerangka bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan kaum dan keturunan serta intergrasi wilayah.Apabila kesedaran kewujudan satu bangsa Malaysia menjadi mantap, maka dengan sendirinya pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merentasi batasan-batasan kaum dan wilayah akan muncul.Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama dari kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian dan menggugat kestabilan negara.

Strategi Politik: Persefahaman

Page 8: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak.

Program untuk mengurang dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum.

Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.

Strategi Ekonomi

Page 9: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu bahasa perantaraan (BM), kurikulum dan kokurikulum yang seragam.

Penyediaan kemudahan P&P bahasa kaum utama di negara ini sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar.

Sekolah Jenis Kebangsaan, sekolah agama atau sekolah kebangsaan di kawasan yang penduduknya satu kaum sahaja perlu melakukan beberapa langkah tertentu seperti penyertaan acara sukan, acara sosial dll.

Strategi Pendidikan

Page 10: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah memberi tumpuan kepada mata pelajarn sejarah negara , budaya adat resam kaum di Malaysia dan unsur penting agama dan kepercayaan utama.

Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai.

Pendidikan sepanjang hayat, iaitu pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar pendidikab formal.

Page 11: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Penggunaan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu yang merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna.

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Page 12: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Rakyat Malaysia bebas untuk menganut agama kepercayaan masing-masing selaras dengan Perlembagaan dan Rukun Negara.

Tetapi, pengembanngan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama lain tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang.

Strategi Agama

Page 13: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

3 prinsip yang ditentukan di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan, iaitu:

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Strategi Kebudayaan

Page 14: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah dan Sarawak terutamanya, penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di kedua-dua negeri dan program lawatan pemimpin masyarakat.

penekanan tetap diberikan dari aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat kedua wilayah, pengetahuan mengenai adat resam dll.

Selain integrasi antara negeri, penumpuan turut diberikan kepada pengintegrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.

Strategi Integrasi Wilayah

Page 15: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi 2 aspek iaitu pencegahan dan pemulihan.

Pencegahan – usaha mencegah daripada berlakunya ancaman keselamatan negara ataupun ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan ataupun konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri.

Pemulihan - usaha menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik.

Strategi Keselamatan

Page 16: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan.

Sesuatu kawasan perumahan juga perlu mengandungi pembangunan bercampur sepert fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah.

Strategi Pembangunan Kawasan

Page 17: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Majikan sama ada dari pihak kerajaan atau swasta perlu memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor kaum, agama dan budaya.

Majikan juga perlu memainkan peranan dalam menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan.

Interaksi antara pekerja pelbagai kaum perlu digalakkan.

Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

Page 18: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Perkembangan media elektronik telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuk kawasan pendalaman, jadi syarikat swasta yang mengendalikan televisyen, akhbar dan majalah digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara.

Akta Cetak dan Mesin Cetak dan Akta Hasutan akan terus dipakai bagi memastikan kegiatan dan laporan media cetak tidak menjejas dan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Strategi Media Massa

Page 19: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan keturunan.

Acara sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga membantu menaikkan semangat patriotisme.

Strategi Kesukanan

Page 20: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 iaitu satu strategi kejaraan kearah menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan.

Proses penerapan nilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan semua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai.

Strategi Pemasyarakatan Perpaduan

Page 21: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Rukun Tetangga dan persatuan penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilai murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang.

Strategi Penubuhan Sukarela

Page 22: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional.

Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan dan dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan.

Pengesahan ini dapat diperkukuh dengan adanya penerbitan bahan bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat.

Strategi Penyelidikan Dan Penerbitian Bahan Bacaan

Page 23: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secar berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesahan awal.

Pengesanan perhubungan sosial perlu ditingkatkab lagi melalui sistem online kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain mengambil tindakan pencegahan awal.

Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa Dan Konflik

Page 24: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budayaMewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaanMenghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat malaysia.Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia.

Strategi-strategi Lain

Page 25: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Satu proses meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu termasuk kanak-kanak prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti.Sekolah – aktiviti yang dicadangkan berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasika dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum.Tempat kerja – aktiviti yang dicadangkan ialah menganai pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerjaKomuniti – aktiviti pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat.

Strategi Program Dan Aktiviti Perpaduan

Page 26: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Badan ini akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab untuk menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai apa-apa juga isu yang berkaitan.

Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (Panel) Dan Jawatankuasa

Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (Jkppn)

Page 27: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan SK sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran akan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010.

Page 28: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Semangat perpaduan bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga IPT. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah:

1. Tidak mengenepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil.

2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik.

3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik.

4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran interaksi dengan golongan etnik lain.

Page 29: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Sekolah Wawasan Diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergrasi nasional.

Melalui pembinaan 2 atau 3 jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas.

Sekolah ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul tanpa menjejaskan status dan perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada.

Page 30: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

• Dilaksanakan pada tahun 2004, kursus wajib selama 3 bulan dan untuk pelajar lepasan SPM.

• Dilaksanakn berteraskan Rukun Negara dan Mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi 4 modul iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti.

• Jabatan Latihan Khidmat Negara menyatakan PLKN bertujuan untuk:– Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi

muda.– Memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional– Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni– Menyemarakkan semangat kesukarelaan – Melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan penuh

keyakinan.

Program Latihan Khidmat Negara

Page 31: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

PERANAN MASYARAKAT

Program di IPT

Penerimaan Budaya

Rumah Terbuka

Rukun Tetangga

Page 32: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka.

Diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara.

Sekarang, ia diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Rukun Tetangga

Page 33: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Sehingga Mei 2006, 3228 kawasan rukun tetangga telah ditubuhkan

Jawatankuasa Rukun Tetangga telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka.

Januari hingga Mei 2006, mereka telah melaksanakan 36,029 aktiviti.

Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pebagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional)

Page 34: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.Setiap golongan etnik di Malaysia akan kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik.

Amalan ini membuktikan intergrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.

Rumah Terbuka

Etnik Cina Menyediakan makanan halal kepada etnik Melayu pada Tahun Baru Cina.

Etnik Melayu Tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India pada Raya aidilfitri.

Page 35: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

• Masyarakat bukan Melayu menerima budaya orang Melayu (pakaian dan makanan).

• Orang Melayu pula menerima masakan Cina dan India, serta pemberian duit raya menggunakan sampul atau angpau (Cina).

• Di taman perumahan, terdapat penempatan yang sama untuk semua etnik. Keadaan ini menggalakkan hubungan etnik melalui aktiviti setempat.

Penerimaan Budaya

Page 36: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

• Bahagian HEP melalui persatuan atau kelab hendaklah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa (aktiviti Pesta Tanglung dan MPP dianggotai oleh pelbagai kaum).

• Kandungan kursus di semua institut pendidikan harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.

• Mewujudkan kelab perpaduan atau kelab Rukun Negara di IPT.• Mengadakan aktiviti kokurikulum (sukan , kelab, persatuan,

ceramah dll)• Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat menggalakkan

penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum.• Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan

sikap perpaduan antara kaum yang positif.

Program di IPT

Page 37: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

PERANAN SWASTA (NGO)Terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia dll dapat mempercepat lagi proses hubungan etnik melalui peranan yang dimainkan oleh NGO.

Aspek kepimpinan pada peringkat negara atau persatuan, barisan pemimpin disertai oleh pemimpin pelbagai kaum.

Peranan sains dan teknologi juga amat diperlukan kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan bidang tersebut termasuklah sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi.

Page 38: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Peranan pihak swasta dan kerajaan diperlukan dalam menyumbangkan dana bagi meningkatkan penyelidikab dan pembangunan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. (Intensive Research Priority Areas (IRPA), MSC dan Akademi Sains Negara).

Apabila pembangunan ekonomi negara berkembag pesat di samping kestabilan politik, akan mampu menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negara. Hal ini, memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tanpa mengira golongan etnik.

Page 39: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

KESIMPULANMerujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, setiap golongan etnik itu mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masingKepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi.Usaha-usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu disusun dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik.Keharmonian ini akan mantap sekiranya setiap golongan etnik bersikap menghormati hak-hak yang menjadi jari diri etnik lain.

Page 40: Peranan Kerajaan, Masyarakat Dan Ngo Dalam Membantu Mengukuhkan Hubungan Etnik Di Malaysia

Terima kasih