ngo malaysia

21
BADAN BUKAN KERAJAAN Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris : non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan . Ada NGO yang dibiaya oleh kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihak kerajaan. Tidak seperti istilah Pertubuhan antara kerajaan , "pertubuhan bukan kerajaan" merupakan suatu istilah bagi kegunaan umum tetapi ia bukan suatu definasi yang sah di sisi undang-undang. Di dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah "pertubuhan masyarakat awam" atau dirujukkan dengan nama-nama yang lain. Sesetengah pihak menganggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak 40,000. [1] Bilangan pertubuhan tempatan adalah lebih tinggi lagi: Russia mempunyai 277,000 NGO. [2] India dianggarkan mempunyai di antara 1 juta dan 2 juta NGO. [ BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN 1.1 PENGENALAN Salah satu kesan globalisasi ekonomi ialah kemunculan multinational corporation (MNCs) yang secara perlahan-lahan mengambil peranan sebagai pembuat keputusan dan penentu tahap pembangunan sesebuah negara daripada institusi politik iaitu kerajaan. Hal ini berlaku atas desakan luar iaitu pengantarabangsaan ekonomi dan desakan dalaman iaitu keperluan pembangunan ekonomi domestik. Kewujudan pelbagai MNCs yang bertapak di dalam negara ini telah mengakibatkan kerajaan sebagai autoriti pusat telah terhakis kuasanya. Pelaburan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh MNCs kepada rakyat di sesebuah negara menyebabkan ia memiliki daya untuk mempengaruhi kerajaan dalam membuat sebarang keputusan politik yang melibatkan soal ekonomi. Kerajaan boleh dikatakan sebagai satu autoriti yang mengalami dilema apabila sebarang keputusan politik terpaksa dibuat sama ada memberi lebih peluang kepada MNCs dari luar negara atau peluang kepada peniaga, buruh, pengguna mahupun etnik

Upload: irwan82

Post on 25-Jun-2015

6.223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ngo Malaysia

BADAN BUKAN KERAJAAN

Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris: non-government organisation atau NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihak kerajaan.

Tidak seperti istilah Pertubuhan antara kerajaan, "pertubuhan bukan kerajaan" merupakan suatu istilah bagi kegunaan umum tetapi ia bukan suatu definasi yang sah di sisi undang-undang. Di dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah "pertubuhan masyarakat awam" atau dirujukkan dengan nama-nama yang lain.

Sesetengah pihak menganggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak 40,000.[1] Bilangan pertubuhan tempatan adalah lebih tinggi lagi: Russia mempunyai 277,000 NGO.[2] India dianggarkan mempunyai di antara 1 juta dan 2 juta NGO.[

BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN

1.1 PENGENALAN

Salah satu kesan globalisasi ekonomi ialah kemunculan multinational corporation (MNCs) yang secara perlahan-lahan mengambil peranan sebagai pembuat keputusan dan penentu tahap pembangunan sesebuah negara daripada institusi politik iaitu kerajaan. Hal ini berlaku atas desakan luar iaitu pengantarabangsaan ekonomi dan desakan dalaman iaitu keperluan pembangunan ekonomi domestik. Kewujudan pelbagai MNCs yang bertapak di dalam negara ini telah mengakibatkan kerajaan sebagai autoriti pusat telah terhakis kuasanya. Pelaburan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh MNCs kepada rakyat di sesebuah negara menyebabkan ia memiliki daya untuk mempengaruhi kerajaan dalam membuat sebarang keputusan politik yang melibatkan soal ekonomi. Kerajaan boleh dikatakan sebagai satu autoriti yang mengalami dilema apabila sebarang keputusan politik terpaksa dibuat sama ada memberi lebih peluang kepada MNCs dari luar negara atau peluang kepada peniaga, buruh, pengguna mahupun etnik majoriti. Peluang bagi MNCs ialah memperluas pelaburan dan perniagaan mereka di negara ini manakala peluang di peringkat peniaga, buruh, pengguna dan etnik majoriti ialah ruang untuk mereka memperolehi keperluan asas dan kehendak diri dengan pemilikan ekonomi yang dimiliki. Isu pembangunan timbul apabila MNCs dalam negara mengejar keuntungan semata-mata tetapi mengambil buruh dari luar negara atau negara periferi, meningkatkan pengeluaran tetapi mengabaikan aspek kualiti dan menjadi pesaing hebat bagi syarikat-syarikat anak tempatan. Oleh itu, kerajaan tidak lagi boleh diharapkan sepenuhnya untuk membela nasib golongan miskin, buruh dan pengguna di Malaysia kerana perkiraan politik kerajaan harus juga mengambil kepentingan MNCs di Malaysia. Maka, wujud badan bukan kerajaan yang dirujuk sebagai masyarakat sivil untuk memperjuangkan isu pembangunan dalam ruang lingkup mereka. Badan-badan bukan kerajaan ini telah memainkan peranan penting dalam isu-isu pembangunan. Esei ini akan membincangkan peranan badan bukan kerajaan.

Page 2: Ngo Malaysia

Bahagian pertama akan menjelaskan takrif dan konsep badan bukan kerajaan. Bahagian kedua akan menghuraikan faktor kewujudan badan bukan kerajaan dengan melihat desakan luar dan desakan dalam negara. Bahagian ketiga, badan bukan kerajaan akan dikelaskan ke dalam beberapa jenis dengan mencirikan ia kepada golongan yang diwakili dan peranannya. Bahagian keempat pula akan mengandungi contoh-contoh badan bukan kerajaan seperti Malaysian Trade Union Congress (MTUC), (FOMCA), Consumer Association of Penang (CAP) dan Dewan Perniagaan Ekonomi Melayu. Bahagian kelima merupakan rumusan seluruh bahagian seterusnya kesimpulan.2.1 BADAN BUKAN KERAJAAN2.2 Takrif dan KonsepBadan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental organization (NGO). Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskan kepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dan tidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan dalam sistem politik negara. Tambahannya, kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang serta menyuburkan amalan demokrasi.Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan tujuannya berdasarkan teori pluralisme iaitu satu keadaan yang mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu arena politik. Seterusnya, kumpulan-kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan kepentingan masing-masing dan ia mempengaruhi pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Baradat (1979), bahawa proses pembuatan keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat pelbagai kumpulan pendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan dasar kerajaan yang merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap tuntutan kumpulan-kumpulan tersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti bersifat bebas agar dasar yang dibentuk tidak bersifat bias.Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik perhatian pembuat-pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik melobi, demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan umum dan promosi kepada orang awam. Maka, kaedah-kaedah ini akan dapat merealisasikan hasrat badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing dalam isu pembangunan.2.2 Teori Pluralisme: Kewujudan Badan Bukan Kerajaan di MalaysiaBahagian ini akan menjelaskan kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan dalam teori pluralisme yang mengiktiraf kepelbagaian kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sistem politik. Penghuraian ini penting kerana ia dapat membantu untuk memahami bagaimana badan bukan kerajaan mendapat keabsahan, autoriti dan kesignifikanannya dalam mempengaruhi isu pembangunan di Malaysia.2.2.1 Keabsahan dan AutoritiBadan-badan bukan kerajaan diabsahkan kewujudannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10. Kebebasan untuk bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan. Walaubagaimanapun, badan bukan kerajaan harus mendaftarkan kumpulan melalui Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (JPPM) berdasarkan kehendak Akta Persatuan 1966. Setelah itu, badan bukan kerajaan akan diiktiraf sebagai sebuah badan yang berautoriti.2.2.2 Ciri-ciri PluralismeTerdapat beberapa ciri dalam teori pluralisme. Pertama, tiada kumpulan mendominasi kumpulan lain. Dalam hal ini kumpulan tersebut merujuk kepada badan bukan kerajaan. Kedua, kerajaan bersifat bebas atau ‘neutral’. Ketiga, peranan negara adalah untuk

Page 3: Ngo Malaysia

mengawal dan memantau konflik antara kumpulan bukan untuk mendominasi. Keempat, negara akan membuat dasar-dasar hasil interaksi pelbagai kumpulan ini.2.2.3 Kelebihan PluralismePluralisme juga memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri. Antara kelebiahannya ialah setiap kumpulan berpeluang dan berkebolehan untuk mempengaruhi kerajaan dalam pembuatan dasar. Hal ini mustahak kerana ia akan memberi peluang kepada semua kumpulan untuk menyuarakan pandangan dalam isu pembangunan. Tambahannya, kerajaan juga memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan terlibat. Perhatian sebegini sangat penting untuk memastikan setiap isu berbangkit akan disertai tindakan oleh pihak berwajib.

2.2.4 Kelemahan PluralismeTerdapat juga kelemahan-kelemahan dalam pluralisme ini. Pertama, peluang untuk membentuk kumpulan mungkin akan terbatas jika terdapat masalah kekurangan sumber kewangan dan kumpulan yang wujud tidak efisien. Buruh-buruh yang berpendapatan rendah contohnya tidak dapat menubuhkan kesatuan sekerja yang efisien dalam mempengaruhi kerajaan terhadap isu-isu mereka jika dibandingkan dengan kesatuan sekerja yang mempunyai sumber kewangan dan tenaga yang lengkap seperti Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Selain itu, kerajaan adakalanya bersifat tidak ‘neutral’ kerana berpihak kepada badan bukan kerajaan tertentu. Hal ini akan mengganggu prinsip dalam pluralisme itu sendiri iaitu kerajaan harus bersikap bebas.Jadi, teori pluralisme ini harus difahami dengan memahami ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan kerana ia akan dapat membantu badan bukan kerajaan menjalankan peranannya dengan cekap dan berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan di Malaysia.3.1 FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNANPembangunan merupakan proses maka ia berterusan. Jika dilihat dalam konteks Malaysia, pembangunan telah mula dijalankan sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ia telah diteruskan setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Pembangunan secara holistik telah dijalankan dengan berpandukan rangka rancangan lima tahun. Selain itu, terdapat juga dasar-dasar ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru(DEB), Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan yang terbaru Model Baru Ekonomi (MBE). Kesemuanya merupakan dasar dan rancangan Malaysia ke arah pembangunan negara.Walaubagaimanapun, pembangunan yang harus merangkumi prinsip kesaksamaan, kelestarian, produktiviti dan pemberdayaan masih lagi tidak dapat diselesaikan berpandukan dasar-dasar ekonomi ini atau lebih tepat lagi. Peranan kerajaan masih tidak dapat menangani isu-isu pembangunan yang timbul di pelbagai peringkat kumpulan masyarakat. Oleh itu, wujud badan-badan bukan kerajaan sebagai entiti politik yang berperanan dalam isu pembangunan. Kerajaan juga tidak harus dipersalahkan seratus-peratus dalam isu pembangunan kerana ia juga berkaitan dengan faktor luaran iaitu tuntutan pasaran global yang kian mendesak.Antara isu pembangunan yang sering timbul dalam konteks Malaysia ialah hak dan kebajikan pekerja atau buruh, isu pengguna dan isu taraf ekonomi Bumiputera. Isu-isu seperti ini timbul akibat pembangunan yang tidak setara, ekonomi bercirikan kapitalisme yang bermotifkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan soal kebajikan pekerja serta kepuasan pengguna. Maka, beberapa faktor akan dijelaskan merangkumi faktor luaran dan faktor dalaman seterusnya membawa kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan.3.2 Faktor Luaran: Pasaran Global dan Persaingan Multinational Corporation (MNCs)Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana tuntutan pasaran global dan persaingan antara multinational corporations (MNCs) telah membawa kepada kemunculan badan bukan kerajaan di Malaysia. Globalisasi yang merupakan proses pemampatan masa dan ruang serta dibantu kemajuan teknologi mempunyai beberapa cabang. Salah satu daripada cabang globalisasi ialah pengantarabangsaan ekonomi (internationalization of economy). Menurut Petrella (1996), proses pengantarabangsaan ekonomi ialah satu himpunan aliran

Page 4: Ngo Malaysia

pertukaran bahan mentah, barangan separuh siap dan barangan siap serta perkhidmatan. Ia juga boleh meliputi kewangan dan buruh antara dua atau lebih negara. Pendefinisian pengantarabangsaan ekonomi oleh Petrella ini secocok dengan Teori Sistem Dunia oleh sarjana Immanuel Wallerstein yang melihat kesalingan hubungan pergantungan antara negara pusat atau ‘core’ dengan negara ‘semi-periphery’ dan negara ‘periphery’.3.2.1 Teori Sistem Dunia WallersteinTeori sistem dunia diperkenalkan oleh Immanuel Wallerstein. Ia merujuk kepada hubungan antara pusat (core), separa pinggir (semi-periphery) dan pinggir (periphery). Ketiga-tiga pembahagian ini didasarkan kepada fungsi ekonominya. Pertama, negara-negara pusat berperanan sebagai pemilik utama modal dan melabur dalam ekonomi negara separa pinggir. Kedua, negara separa pinggir pula menjalankan fungsi ekonomi sebagai pengeluar produk separa siap dan siap. Ketiga, negara-negara pinggir berperanan sebagai pembekal bahan mentah dan buruh yang murah untuk proses penghasilan produk. Ketiga-tiga segmen dalam teori sistem dunia ini bergantungan antara satu sama lain. Teori ini akan menerangkan bagaimana ekonomi sesebuah negara dibuka kepada pasaran luar seterusnya didominasi oleh MNCs.Dalam keadaan pergantungan antara satu sama lain, ekonomi sesebuah negara bukan lagi bersifat tertutup bagi keperluan domestik sahaja sebagaimana negara Korea Utara yang mengamalkan sistem ekonomi sosialisme dan fahaman politik komunisme berdasarkan Juche Idea. Ekonomi sesebuah negara dalam konteks teori sistem dunia bersifat terbuka untuk pasaran antarabangsa. Ia berjalan dalam sistem ekonomi bercirikan kapitalisme iaitu bermotifkan keuntungan yang maksima. MNCs yang wujud perlu bersaing antara satu sama lain dalam sebuah pasaran bebas (laissez-faire). Dalam hal ini, wujud kegiatan import dan eksport antara MNCs dan negara. Di Malaysia, MNCs yang wujud adalah seperti produk makanan iaitu McDonalds, Coca Cola dan Kentucky Fried Chicken. MNCs ini mengembangkan pasaran untuk melipatgandakan keuntungan. Selain itu, wujud juga MNCs dalam pengeluaran barangan elektronik seperti Sony, Panasonic dan Philips. MNCs yang datang daripada negara-negara pusat seperti ini akan menyediakan peluang pekerjaan di negara-negara ‘semi-periphery’ dalam bentuk pengeluaran barangan separuh siap dan siap. Pekerja-pekerja pula didatangkan daripada negara-negara pinggir seperti Bangladesh, Myanmar dan Nepal.3.2.2 Teori GlobalisasiTeori globalisasi menerangkan satu bentuk pergantungan negara-negara pasca kolonial seperti Malaysia. Pergantungan ini wujud hasil sistem ekonomi semasa penjajahan dahulu seperti bekalan buruh, pemindahan teknologi dan pasaran untuk produk serta perkhidmatan. Selain itu, ciri dalam teori globalisasi juga ialah kuasa modal asing atau ‘foreign direct investment’ (FDI). Malaysia sendiri telah meliberalisasikan ekonomi untuk pelaburan luar. Tambahannya, kekuatan MNCs juga turut melebihi kuasa negara. Maka, teori globalisasi ini akan dapat menjelaskan keadaan ekonomi di Malaysia sehingga ia telah menghakis kuasa negara dan memulakan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan ekonomi.Kewujudan pelbagai MNCs dalam ekonomi negara ini menyebabkan isu-isu pekerja menjadi lebih kompleks seperti soal upah, masa kerja, perlindungan pekerja dan jaminan pekerjaan. Isu buruh di negara ini juga bertambah rumit apabila ia melibatkan buruh-buruh asing. Isu ekonomi bukan lagi eksklusif kepada konteksnya sahaja tetapi melibatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara-negara pembekal tenaga buruh seperti Indonesia. Isu buruh luar ini melibatkan isu-isu seperti layanan berat sebelah, ketiadaan permit dan isu jenayah oleh buruh yang bekerja di Malaysia. Jadi, kesan-kesan negatif terhadap proses pembangunan ini membuktikan bahawa kewujudan MNCs telah menghakis kuasa dan peranan negara dalam urusan pembangunan maka badan bukan kerajaan dalam bentuk kesatuan sekerja, persatuan pengguna dan persatuan peniaga telah beransur-ansur memainkan peranan untuk memperjuangkan isu-isu yang telah dinyatakan di atas. Kenyataan ini secocok dengan pendapat Sity (2002), pemerintah tidak lagi dianggap sebagai sumber kuasa yang unggul sebaliknya banyak lagi institusi sosial nasional dan antarabangsa yang lain seperti persatuan peniaga, persatuan pengguna dan kesatuan

Page 5: Ngo Malaysia

sekerja yang turut menentukan arah dan matlamat pembangunan sesebuah negara pada hari ini.Oleh itu, jelas bahawa faktor luaran yang dijelaskan dengan Teori Sistem Dunia Wallerstein dan Teori Globalisasi telah meningkatkan kebergantungan ekonomi negara dan peranan MNCs seterusnya mencambahkan pelbagai isu pembangunan. Isu-isu pembangunan ini pula telah mendesak kepada kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai kumpulan yang mempengaruhi dasar-dasar dan menyediakan fungsi semak imbang.3.3 Faktor Dalaman: Ciri-ciri ‘Liberalisation, Deregulation and Privatisation’ dalam Ekonomi MalaysiaPembangunan ekonomi di Malaysia melibatkan ciri-ciri ‘liberalisation, deregulation and privatization’ hasil dasar-dasar yang diperkenalkan pihak kerajaan. Walaupun dasar-dasar yang melibatkan ciri-ciri ini adalah untuk tujuan pembangunan ia hanya dilihat sebagai berjaya menunjukkan kesan positif jika dinilai daripada segi makroekonomi. Namun, jika dilihat daripada segi mikroekonomi, ia telah menimbulkan ketidakadilan. Hal ini dapat diungkap dalam kata-kata seperti ‘free trade is not a fair trade’ dan ‘one man’s freedom, another man’s infringement’.3.3.1 Liberalisasi (Liberalisation)Usaha liberalisasi ekonomi Malaysia telah dijalankan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Usaha liberalisasi ini telah diumumkan pada tahun 2009 sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa dan memanfaatkan aset atau lebihan dalam negara kepada pelaburan asing. Walaubagaimanapun, usaha liberalisasi ekonomi ia dilihat sebagai penghakisan hak-hak istimewa Bumiputera dalam pemilikan ekonomi dan anak tempatan lain. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir sendiri menyifatkan liberalisasi ekonomi sebagai mengambil hak-hak Bumiputera. Dalam kaca mata politik dan ekonomi Malaysia, isu taraf ekonomi Bumiputera sememangnya sesuatu yang dominan dan signifikan kerana ia melibatkan soal perlembagaan iaitu Perkara 153. Perlembagaan Persekutuan dan sokongan politik etnik majoriti di Malaysia. Tambahannya, syarikat-syarikat sedia ada perlu bersaing dengan syarikat-syarikat luar. Oleh itu, isu pemilikan ekonomi Bumiputera ini telah mewujudkan dan memperkukuhkan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Bumiputera dan peniaga-peniaga tempatan.3.3.2 Peloggaran Undang-undang dan Peraturan (Deregulation)Usaha ‘deregulation’ merupakan salah satu pakej yang harus ada dalam usaha liberalisasi ekonomi. Pelonggaran undang-undang seperti pengurangan tarif dan bukan tarif, penyediaan infrastruktur, penyediaan tapak perindustrian dan pengecualian cukai untuk tempoh tertentu amat perlu untuk menarik pelabur-pelabur asing. Malaysia sendiri contohnya telah melonggarkan peraturan dengan membenarkan pelabur dan syarikat asing untuk melakukan pembelian sehingga 30 peratus nilai saham dan ekuiti dalam badan korporat pada awal tahun 1990-an. Galakan kepada pelaburan asing ini telah menimbulkan isu pemilikan ekonomi Bumiputera dalam sektor korporat. Kerisauan ini berpunca daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bersifat pembela kepada Bumiputera tetapi dilihat tidak efektif untuk menangani masalah tersebut. Keadaan sedia ada dikhuatiri akan bertambah buruk hasil ciri ‘deregulation’ dalam ekonomi. Oleh itu, ia telah menggalakkan lagi kewujudan badan bukan kerajaan yang bergerak atas kapasiti pembela ekonomi Bumiputera.3.3.3 Penswastaan (Privatisation)Dasar ini bertentangan dengan konsep pemiliknegaraan yang memusatkan kuasa urusan ekonomi kepada kerajaan. Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan penswastaan melalui Dasar Persyarikatan yang memiliki ciri ‘privatisation’ pada tahun 1983. Penswastaan bermotifkan kebaikan seperti kecekapan, kualiti barangan atau perkhidmatan dan pengurangan beban kerajaan. Walaubagaimanapun, penswastaan di Malaysia tidak berjalan dengan pengurusan yang baik sebagaimana di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Masih lagi timbul soal produktiviti, kebajikan pekerja dan perkhidmatan yang melibatkan kos yang amat tinggi seterusnya membebankan pelanggan. Secara tidak langsung, ia telah memencarkan kuasa kerajaan kepada badan bukan kerajaan terutamanya dalam isu

Page 6: Ngo Malaysia

kelemahan pelaksanaan dasar penswastaan di Malaysia seperti produktiviti dan kebajikan pekerja.

4.1 JENIS-JENIS BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNANTerdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalam pembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau kepentingan tersendiri sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori pluralisme. Pelbagai badan bukan kerajaan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mempengaruhi kerajaan yang bersifat ‘neutral’ dalam membentuk sesuatu dasar.

4.1.1 Kesatuan SekerjaKesatuan sekerja memiliki fokus tersendiri dalam isu kebajikan pekerja, dasar-dasar yang melindungi pekerja, isu upah, masa kerja, faedah saraan dan perlindungan di tempat kerja. Badan bukan kerajaan seperti ini wujud hasil penindasan dan pengabaian terhadap isu dan tuntutan para pekerja. Di Malaysia, terdapat dua contoh kesatuan sekerja yang berpengaruh iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). MTUC merupakan kesatuan sekerja yang melibatkan keahlian yang lebih umum berbanding CUEPACS yang hanya mengkhususkan keahlian kepada penjawat-penjawat awam.4.1.2 Persatuan PenggunaIsu-isu pengguna seperti kualiti produk, soal harga barangan, jaminan halal bagi muslim dan soal kesedaran terhadap hak pengguna menjadi fokus kepada persatuan pengguna. Usaha persatuan pengguna ini melibatkan kempen, pengedaran risalah dan penyebaran maklumat melalui laman web. Setiap negeri di Malaysia mempunyai persatuan pengguna tersendiri. Consumer Association of Penang (CAP) merupakan sebuah persatuan pengguna paling aktif dan berpengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Selain itu, terdapat persatuan pengguna yang merupakan himpunan semua persatuan pengguna di Malaysia iaitu Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA). Gabungan seperti ini akan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan.4.1.3 Persatuan Peniaga Melayu atau BumiputeraSebagaimana yang telah dihuraikan dalam bahagian faktor kewujudan badan bukan kerajaan iaitu isu pemilikan dan taraf ekonomi Bumiputera telah mewujudkan persatuan peniaga yang mewakili kepentingan ekonomi Bumiputera. Kewujudan badan bukan kerajaan seperti ini lahir bukan sahaja daripada kesedaran terhadap keadaan ekonomi mereka tetapi juga adalah kerana tindak balas mereka terhadap jaminan keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang dilihat masih tidak efektif dalam membela taraf ekonomi mereka selain kegagalan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih belum mampu untuk membasmi kemiskinan dan kemelaratan hidup penduduk terutamanya di kawasan luar bandar. Antara persatuan peniaga yang terdapat di Malaysia ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).5.1 BADAN BUKAN KERAJAAN / NON-GOVERNMENTAL ORGANIZATION (NGO) DI MALAYSIA DAN PERANANNYA DALAM ISU PEMBANGUNAN5.1.1 Malaysian Trade Union Congress (Kesatuan Sekerja)Malaysian Trade Union Congress (MTUC) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia merupakan gabungan kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja seluruh Malaysia dengan 500, 000 keahlian. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966 yang mana pada awal penubuhannya dikenali sebagai National Trade Union Organisation. Kesatuan sekerja ini penting untuk menunjukkan kesatuan berdasarkan prinsipnya iaitu ‘Unity is Strength’. Antara pemimpin MTUC ialah P. Narayanan dan Zainal Rampak.MTUC berperanan dalam banyak perkara yang melibatkan isu pembangunan dalam kumpulan pekerja di Malaysia. Pertama, MTUC menuntut agar kadar upah minimum yang setimpal ditetapkan oleh kerajaan dan dijadikan dasar ekonomi negara. Kedua, MTUC juga berperanan dalam menyediakan pusat-pusat latihan untuk para pekerja sebagai nilai tambah kepada kemahiran, menyediakan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam

Page 7: Ngo Malaysia

bidang akademik, teknikal dan professional. Ketiga, MTUC berperanan untuk menjaga kebajikan para pekerja dengan melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan, faedah saran, kemalangan dan keselamatan sosial para pekerja. Contohnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk menjalankan fungsi pengurusan kebajikan para pekerja dan ahli keluarga pekerja. Keempat, MTUC juga menuntut agar waktu bekerja dihadkan kepada lima hari kerana para pekerja perlu untuk diberi waktu bersama keluarga dan urusan peribadi. Kelima, MTUC juga lantang mendesak agar pindaan dilakukan terhadap beberapa akta yang dilihat tidak mesra pekerja iaitu Emplyment Act, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.5.1.2 Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam/ CUEPACS (Kesatuan Sekerja)Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (CUEPACS) merupakan gabungan kesatuan-kesatuan sekerja dalam sektor awam di seluruh Malaysia termasuk badan-badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan pada 23 Oktober 1957 di bawah Enakmen Kesatuan Sekerja dan terus unggul sebagai kesatuan sekerja kepada sektor awam di Malaysia. Sebagai sebuah kesatuan sekerja terulung di negara ini, CUEPACS mengekalkan misinya sebagai organisasi yang mampu memperjuangkan kepentingan pekerja sektor awam dan menjadi pusat rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin berlandaskan kepimpinan berpengalaman atau knowledge leadership (k-leadership). Keahlian CUEPACS dibuka kepada semua kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yang berdaftar di bahagian Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.CUEPACS juga berperanan dalam menjaga kebajikan para pekerja tetapi terhad kepada kepentingan dan kumpulan sasarannya iaitu pekerja-pekerja sektor awam di Malaysia. Ia juga berperanan untuk membantu mana-mana kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya dalam bentuk kewangan. Seterusnya, CUEPACS bertanggungjawab dalam kebajikan material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya dengan apa sahaja kaedah yang sah dan berpatutan mengikut pendirian Konvensyen Kongres atau Majlis Kongres. Sebagai sebuah gabungan kesatuan sekerja yang besar, CUEPACS turut berperanan untuk menyelia dan memberi khidmat nasihat perundangan kepada kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya berdasarkan perbekalan-perbekalan dalam undang-undang kesatuan sekerja yang berkuatkuasa. Terakhir, CUEPACS juga menjalankan fungsi untuk menubuhkan jentera yang dipersetujui majikan bagi menjalankan peranan untuk merunding dan membincangkan segala perkara mengenai kesatuan sekerja dan anggota-anggotanya.

5.1.3 Federation of Malaysian Consumers Associations (Persatuan Pengguna)Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) merupakan sebuah persatuan pengguna yang menggabungkan persatuan-persatuan pengguna lain di seluruh Malaysia. Kumpulan sasaran dan kepentingan bagi persatuan ini ialah golongan pengguna. Hal ini kerana terdapat pengguna yang dinafikan hak seperti tanda harga, barangan sudah mencapai tarikh luput, barangan tidak berkualiti dan tidak mencapai piawaian. Ia telah ditubuhkan secara sukarela, tidak bermotifkan keuntungan, bukan bersifat politik dan merupakan sebuah pertubuhan sivik. Demi menjalankan peranannya, FOMCA telah bekerjasama dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk menyebarkan maklumat, memberi pendidikan dan melindungi pengguna. Misi FOMCA bukan hanya terhad untuk nilai kewangan pengguna tetapi untuk nilai kemanusiaan seperti soal keselamatan dan kesihatan.FOMCA berperanan untuk menambah kuasa beli pengguna dan memastikan pembangunan berasaskan keperluan demi menjamin keadilan sosioekonomi dan alam sekitar. Hal ini adalah untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. Sebagai sebuah persatuan pengguna, FOMCA berperanan terhadap beberapa aspek kebajikan terhadap pengguna-pengguna di Malaysia. Pertama, FOMCA bertindak memberi dan menyebarkan maklumat mengenai hak-hak pengguna, senarai harga barang kawalan dan kualiti produk melalui laman web, risalah dan kempen. Kedua, FOMCA berperanan untuk memberi pendidikan secara percuma kepada semua pengguna. Penumpuan sering diberikan kepada

Page 8: Ngo Malaysia

ahli komuniti masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah. Ketiga, ia merupakan badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna. Kelima, FOMCA bertanggungjawab dalam menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperoleh maklumat yang benar sebelum disampaikan kepada para pengguna.5.1.4 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (NGO Melayu dan Bumiputera)Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merupakan sebuah persatuan peniaga dan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Isu pembangunan di Malaysia seperti yang telah dinyatakan mempunyai kaitan rapat dengan isu pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera kerana terdapatnya dasar-dasar yang mencakupi kepentingan mereka iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang mewakili Bumiputera, DPMM bermatlamatkan suatu masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera yang bernilai, mantap, berjaya menguasai ekonomi dan kejayaan setiap negeri-negeri di Malaysia. DPMM beribu pejabat di Kuala Lumpur dan memiliki 14 cawangan lain di setiap negeri seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali negeri Sarawak. Umumnya, DPMM berperanan untuk memastikan kelangsungan ekonomi Bumiputera di Malaysia melalui aktiviti perniagaan.Dalam isu pembangunan, DPMM berperanan dalam beberapa hal yang melibatkan kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Pertama, DPMM berperanan untuk mewujudkan sebuah pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan di setiap negeri untuk kepentingan dan faedah kaum Melayu dalam lapangan perniagaan dan ikhtisas. Kedua, DPMM berperanan dalam usaha untuk menyatukan seluruh peniaga Melayu demi keperntingan dan faedah bersama dalam perniagaan. Ketiga, dengan adanya pertubuhan ini diharapkan agar ia dapat mempengaruhi pembentukan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan perniagaan agar ia tidak mengabaikan kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Keempat, DPMM berperanan juga dalam kegiatan penyelidikan masalah-masalah perniagaan agar ia dapat dijadikan panduan dalam memajukan dan menyediakan arah terhadap kaedah-kaedah tindakan. Hal ini adalah untuk mengukuhkan strategi dan pemilikan sedia ada dalam lapangan ekonomi. Kelima, DPMM turut memelihara kebajikan para ahli dewan perniagaan dengan menubuhkan yayasan untuk kebajikan, pelajaran, latihan, pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan.5.2 Perbandingan Peranan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dan Negara Maju dalam Isu PembangunanUmumnya terdapat banyak persamaan peranan dan tanggungjawab badan bukan kerajaan di Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan. Walaubagaimanapun, terdapat juga perbezaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan di negara-negara maju. Perbezaan ini terletak pada isu atau tuntutan yang diperjuangkan oleh golongan pekerja. Tujuan bahagian ini adalah untuk membandingkan Malaysia yang diklasifikasikan sebagai negara membangun dan negara-negara yang telah mencapai status maju.Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara-negara maju. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dalam sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan pembentukan dasar dan matlamat ekonomi sesebuah kerajaan. Badan bukan kerajaan juga berperanan untuk menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan hak sivil. Peranan ini selalunya dimainkan oleh persatuan pengguna. Tambahannya, persatuan pengguna berperanan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang bersifat mesra pengguna. Akhir sekali, badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau di negara-negara maju memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja, pengguna dan kumpulan sasaran tertentu.Perbezaan isu pembangunan antara Malaysia dan negara-negara maju ialah isu gaji minimum dan isu gaji maksimum. Isu gaji minimum diperjuangkan di Malaysia oleh kesatuan sekerja seperti MTUC manakala negara-negara maju memperjuangkan isu gaji maksimum. Dalam konteks Malaysia, isu gaji minimum adalah untuk menetapkan gaji paling rendah boleh dibayar kepada para pekerja. Tujuannya untuk membela nasib pekerja dan membasmi

Page 9: Ngo Malaysia

kemiskinan melalui kuatkuasa undang-undang. Isu gaji maksimum pula diperjuangkan kerana ia diyakini dapat mengelakkan akumulasi wang ringgit dalam segelintir pemilik. Akumulasi wang ringgit ini tidak sihat untuk ekonomi kerana wang harus sentiasa dijual beli dan mengalir dalam pasaran.6.1 RUMUSANEsei ini telah menjelaskan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan. Dalam bahagian pengenalan, inti pati kepada keseluruhan esei telah diberikan untuk menerangkan objektif utama isi esei ini dan bahagian-bahagian lain secara umum. Dalam bahagian takrif dan konsep badan bukan kerajaan, pengertian kepada badan bukan kerajaan telah dijelaskan dengan menerangkan ciri-ciri badan bukan kerajaan, kaedah-kaedah yang digunakan badan bukan kerajaan dan pendapat sarjana iaitu Baradat mengenai pluralisme agar ia dapat memberi kefahaman mengenai apa yang dimaksudkan sebagai badan bukan kerajaan. Dalam bahagian seterusnya, penerangan ditumpukan kepada teori pluralisme, ciri-ciri pluralisme, kelebihan pluralisme dan kelemahan pluralisme supaya ia dapat menunjukkan kesignifikanan badan bukan kerajaan dalam menanggapi isu-isu pembangunan di Malaysia. Selain itu, perhatian juga turut diberikan terhadap keabsahan dan autoriti badan bukan kerajaan melalui Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan dan pendaftaran dalam Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia. Ia bertujuan untuk memperlihatkan pengiktirafan terhadap kewujudan badan bukan kerajaan sebagai salah satu entiti politik. Bahagian faktor-faktor kewujudan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan pula telah merangkumi penjelasan dan penghuraian terhadap punca kemunculan badan-badan bukan kerajaan mengikut kepentingan tersendiri. Faktor-faktor ini telah dibahagikan kepada dua iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran telah menjelaskan bagaimana pasaran global dan persaingan MNCs menyebabkan isu-isu pembangunan di Malaysia menjadi bertambah kompleks selain percambahan masalah-masalah baharu. Untuk menjelaskan lagi kefahaman dan mengukuhkan hujah, Teori Sistem Dunia Wallerstein dan Teori Globalisasi telah digunakan untuk menerangkan perkaitannya dengan pengantarabngsaan ekonomi dan penghakisan kuasa negara akibat kemunculan MNCs dalam ekonomi sesebuah negara. Faktor-faktor dalaman pula telah diterangkan dengan memperlihatkan ciri-ciri dasar ‘liberalisation, deregulation and privatization’dalam memberi kesan terhadap golongan pekerja, pengguna dan etnik Melayu Bumiputera. Ketiga-tiga faktor dalaman ini merupakan hasil peranan kerajaan maka ia telah mewujudkan pertentangan dengan badan bukan kerajaan sebagai alat semak dan imbang terhadap kerajaan. Dalam bahagian seterusnya, jenis-jenis badan bukan kerajaan telah dikemukakan hasil daripada faktor luaran dan faktor dalaman. Antara jenis badan bukan kerajaan ialah kesatuan sekerja, persatuan pengguna dan persatuan peniaga Melayu Bumiputera. Kesatuan sekerja mewakili kepentingan golongan pekerja iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Persatuan pengguna pula ditubuhkan untuk mewakili kepentingan para pengguna seperti Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) dan Consumers Association of Penang (CAP). Persatuan peniaga Melayu dan Bumiputera pula mewakili kepentingan ekonomi etnik Melayu dan Bumiputera seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Bahagian badan bukan kerajaan dan peranannya dalam isu pembangunan menerangkan secara ringkas sejarah, organisasi dan maklumat berkaitan beberapa badan bukan kerajaan iaitu MTUC, CUEPACS, FOMCA dan DPMM. Setiap badan bukan kerajaan ini telah dihuraikan peranannya dalam isu-isu pembangunan di Malaysia. Bahagian terakhir ialah perbandingan peranan badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara maju dalam isu pembangunan. Perbandingan ini adalah untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan antara Malaysia iaitu negara membangun dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Oleh itu, jelas bahawa badan bukan kerajaan sememangnya berperanan besar dalam isu pembangunan kerana ia mewakili kelompok masyarakat yang nyata terpinggir atau terlepas pandang dalam arus ekonomi yang kian dipengaruhi pasaran global dan kewujudan MNCs. Kesimpulannya, badan bukan kerajaan harus menjalankan peranan sebagai wakil kumpulan pekerja, pengguna dan etnik Melayu Bumiputera dengan lebih berkesan agar ia dapat

Page 10: Ngo Malaysia

memberi impak yang berterusan dalam pembangunan di Malaysia yang dihimpit proses pengantarabangsaan ekonomi.

CONTOH NGO

1) ABIM

Sejarah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasas ketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah (almarhum) Ustaz Abdul Wahab Abdullah dan sdr Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato’) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah (badan bukan kerajaan) NGO Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos 1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi (sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala sdr Anwar Ibrahim (sekarang Dato’ Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 sdr Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato’ Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982.

Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah. Dalam era 1970-an, semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan sdr Anwar Ibrahim, ABIM mengambil pendekatan confrontationaldan dengan demikian, ABIM menjadi vocal terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengan tuntutan dan keperluan era itu.

Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatan ABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagai rakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

Page 11: Ngo Malaysia

Di alaf baru, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatan dengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hak dan keselamatan mereka.

 Aktiviti Nasional & Antarabangsa

ABIM mempunyai wawasan untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bermaruah yang mampu mendepani cabaran zaman. Untuk ini ABIM amat prihatin terhadap pelbagai isu sosial, ekonomi dan politik negara. ABIM sedia mendokong dan memperjuangkan usaha-usaha

(a) mewujudkan perpaduan ummah,

(b) memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi nasional,

(c) membina rupa budaya bangsa yang sihat,

(d) meningkatkan kualiti alam sekitar,

(e) memperjuangkan keadilan,

(f) membanteraskan kemiskinan, dan

(g) membudayakan amalan politik yang bersih.

Perpaduan Ummah

ABIM sentiasa konsisten dalam usahanya membina kesatuan ummah. Usaha ABIM mempertemukan dua pemimpin parti terbesar negara telah terakam dalam sejarah melalui Syarahan Perdana Palestin anjuran bersama ABIM dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 8 Mei 2002. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Dr. Seri Mahathir Mohamad yang juga merupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan almarhum Dato’ Fadzil Nor (Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen ketika itu) di Balai Tun Syed Nasir, DBP. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad

Page 12: Ngo Malaysia

Badawi dan Timbalan Presiden PAS ketika itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ini disaksikan di secara langsung di seluruh negara.

 

Rakan Dalam Pembangunan Belia

ABIM juga telah diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjadi rakan pembangunan belia. Dengan mandat ini, ABIM bertanggungjawab memberi pengkhususan kepada program pembinaan insan melalui penganjuran aktiviti keagamaan dan kerohanian di seluruh negara. Bengkel Penghayatan Ramadhan merupakan salah satu produk dakwah yang dirangka oleh ABIM untuk memenuhi matlamat tersebut. Sebanyak 555 buah masjid, 111 buah daerah seluruh negara terlibat serta seramai 25,000 orang remaja dan belia seluruh negara telah mendapat manfaat dari pengisian bengkel tersebut yang berupa pendedahan teori dan praktikal amalan murni di bulan Ramadhan, pengendalian aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di masjid dan kawasan setempat.

Pembangunan Komuniti

Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan di peringkat daerah dan mukim merupakan aktiviti lapangan ABIM yang menawarkan peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan pelbagai manfaat melalui penglibatan agensi kerajaan, penguasa tempatan, sektor swasta, dan pertubuhan bukan kerajaan. Pelbagai pertandingan menarik untuk kanak-kanak, para ibu, remaja, belia, dan keluarga seperti sukaneka, pertandingan melukis, mewarna dan gubahan kraftangan, pameran dan khidmat nasihat oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan swasta, aneka jualan gerai amal, pemeriksaan dan ceramah kesihatan secara percuma, kaunter menderma darah serta persembahan hiburan dan kesenian Islam.

 

Page 13: Ngo Malaysia

 

Jaringan Dakwah Antarabangsa

ABIM adalah sebuah organisasi belia berorientasi dakwah yang aktif dalam pelbagai gabungan induk badan Islam sedunia seperti World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Regional Islamic Southeast Asia and the Pacific (RISEAP), dan World Council of Muslim Inter-Faith Relations (WCMIR). Di samping itu, ABIM juga menjalin hubungan yang akrab dengan badan belia lain di peringkat serantau dan antarabangsa. Antaranya ialah Asean Youth Council (AYC), Council of ASEAN Youth Coordination (CAYC), ASEAN Muslim Secretariat (AMSEC), Dewan Dakwah Islamiah, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama (Indonesia), Young Muslim Association of Thailand (YMAT), Darul Arqam Singapura, Rabitah Islami (Arab Saudi), International Institute of Islamic Thought (IIIT), Jamaat-e Islami (Pakistan), Islami Chhatra Shibir (Bangladesh), Australian Federation of Islamic Council (AFIC), dan The Islamic Foundation (England).

Bantuan Kemanusiaan

Projek kemanusiaan ABIM adalah bersifat jangka masa panjang melibatkan mangsa-mangsa peperangan seperti membekalkan makanan dan ubat-ubatan, bekalan air bersih, pembangunan prasana dan kemudahan pendidikan serta kesihatan. ABIM memimpin gabungan 76 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Misi Keamanan Sejagat (Global

Peace Mission) dan penaja kepada Malaysian Relief Agency – Sarajevo (MRA), Malaysian Relief International (MRI) selain aktif sebagai badan gabungan dalam Perikatan Keamanan Rakyat Malaysia (AMAN).

Kerjasama dan persefahaman erat dengan badan kemanusiaan antarabangsa seperti Islamic Relief Agency (ISRA), Hashimite Charity (Jordan) dan United Nations on Human Committee Relief (UNHCR) telah membolehkan ABIM melaksanakan projek bantuan kemanusiaan dan menjalin kerjasama dengan agensi bantuan tempatan di pelbagai pelusuk dunia. ABIM terlibat secara langsung dalam misi kemanusiaan di peringkat antarabangsa seperti di Bosnia, Kosovo, Uzbekistan, Peshawar (sempadan Pakistan-Afghanistan), Kabul (Afghanistan), Kashmir (sempadan India-Pakistan), Qasr-e-Shirin (sempadan Iran-Iraq), Baghdad dan Najaf di Iraq serta Amman di Jordan.

Page 14: Ngo Malaysia

2) MERCY

Sejarah

Perang Kosovo pada 1999 yang melibatkan pembersihan etnik oleh puak Serb terhadap penduduk Kosovo telah memberi ilham kepada Datuk Dr Jemilah Mahmood , seorang doktor obstektik- genekologi untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada mereka. Malangnya sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan , kewangan , pengangkutan dan tenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa sedia ada. Lantaran itu, beliau dan beberapa rakan sejiwa dengannya telah menubuhkan Persatuan Perubatan Malaysia pada Jun 1999.

Misi pertama mereka ialah ke Kosovo diketuai oleh Dr Jemilah Mahmood dan 4 sukarelawan yang lain.

[sunting] Organisasi Penaung : Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Perak. Presiden:Datuk Dr. Jemilah Mahmood.

Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh

Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman

Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah

Penolong Setiausaha : Prof. Dr P Shanmuhasuntharam

Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam

Ahli jawatan kuasa :Dr. Heng Aik Cheng , Dr Ahmad Faizal Perdaus ,Encik Azman Zainon Abidin

[sunting] Tatacara bantuan

Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan Mercy telah menggunapakai beberapa kaedah seperti Sphere Standard .Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta tempat tinggal. 60 agensi kemanusiaan telah menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu. Piawai penilaian juga dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta badan-badan bukan kerajaan. [1]

[sunting] Misi di Aceh

Apabila bencana tsunami 2004 berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan pertama tiba di sana. Mercy berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18.5 juta.

Page 15: Ngo Malaysia

Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti Syiah Kuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd. (Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.

Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.

Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu raya; rumah penempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.

Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatim Babun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.

Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat Jabatan Kesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan Masyarakat Meuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.

Mercy mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR) Indonesia dan penduduk tempatan. Majlis penyerahan Gedung Petronas turut disertai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mohktar; Yang Dipertua Petronita, Datin Sri Noraini Mohd. Yusoff ; Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dan Rektor Unisyiah, Dr. Darni M. Daud.

Seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah terkorban pada 26 Disember 2004 akibat tsunami.

[sunting] Banjir di Johor

Mercy turut memberi bantuan ketika banjir melanda Johor, Pahang, Melaka pada 19 Disember 2006 - Januari 2007. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan Salam, Kelab Lion Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Medic Asia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

[sunting] Misi di Bam,Iran

Gempa bumi di Bam, provinsi Kerman , Iran pada 26 Disember 2003 memusnahkan bandar purba tanah liat berusia 2500 tahun.

Mercy Malaysia telah bertugas di hospital medan bersama pasukan Itali di Baravat, 13 km dari bandar Bam . Mercy beroperasi di sana hingga April 2004 , merawat 175 pesakit setiap hari dan membantu 18,000 mangsa. Seramai 9 misi Mercy telah dihantar ke sana.[2]

[sunting] Gaza, Palestin

Israel melancarkan perang terhadap Hamas di Gaza , Palestin sejak 27 Disember 2008 hingga 20 Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack

Page 16: Ngo Malaysia

Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009. Pelbagai kemusnahan akibat bom digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milik PBB.

Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 ke Semenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk. Bekalan perubatan dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar. Orang ramai boleh menderma melalui Tabung Bantuan Palestin melalui Mercy Malaysia melalui akaun Maybank 5621-7950-4126 atau melayari web www.mercy.org.my .[3]

[sunting] Rujukan1. ↑ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?

y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive2. ↑ http://www.mercy.org.my/country.php

3. ↑ Mercy Hantar Pasukan Ketujuh Ke Gaza

3)