tatakelakuan - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar mengukuhkan kekuatan...

26
Menyampaikan TATAKELAKUAN TATAKELAKUAN

Upload: truongnhan

Post on 07-Aug-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Menyampaikan

T A T A K E L A K U A NT A T A K E L A K U A N

Page 2: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Visi KitaVisi kita ialah . . .

Untuk menjadi pembekal perkhidmatan insurans dan kewangan pilihan pertama dunia. Kita akan mewujudkan nilai yang tiada bandingan untuk pelanggan kami, rakan sekerja, rakan perniagaan dan pemegang saham dalam menyumbangkan kepada pertumbuhan komuniti yang berkekalan dan maju.

Nilai Kita

• Orang Membentuk pelbagai bakat. Memberi ganjaran untuk

kecemerlangan.

• Fokus Pelanggan Menjangkakan keutamaan mereka. Melebihi jangkaan

mereka.

• Prestasi Bertanggungjawab. Menguruskan risiko. Menyampaikan

kekuatan AIG.

• Integriti Bekerja dengan jujur. Meningkatkan reputasi AIG.

• Hormat Menghargai semua rakan sekerja. Bekerjasama dengan

satu sama lain.

• Keusahawanan Merebut peluang. Berinovasi untuk dan dengan pelanggan.

Mengukuhkan

Kekuatan FirmaNilai dan prinsip utama yang dinyatakan dalam Tatakelakuan kita adalah gambaran bakat dan kepakaran yang membezakan AIG dan adalah asas bagi perletakan nilai yang kita bawa kepada pelanggan kita, pekerja dan semua komuniti kita semasa kita berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan Kekuatan Firma, AIG mengharapkan setiap pekerja untuk bekerjasama dengan rakan sekerja dalam organisasi, menguruskan risiko, mematuhi semua peraturan yang digunakan dan mengoptimum keberkesanan operasi.

Page 3: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

1 T a t a k e l a k u a n

Mesej daripada

Anastasia D. Kelly

Pada tahun 1919, Cornelius Vander Starr yang berumur 27 tahun mengasaskan agensi insurans di Shanghai, China yang menubuhkan asas organisasi yang menjadikan AIG. Starr bukan seorang yang kaya. Dia menubuhkan syarikat dengan memberikan komitmen kepada pelanggan dan rakan perniagaan. Dia bertindak dengan menghormati pelanggan tempatan dan pekerjanya, kerja keras, semangat keusahawanan dan integriti tanpa tolak ansur.

Cara Starr merupakan cara yang betul untuk menubuhkan syarikat yang hebat. Tiada cara lain untuk menjalankan syarikat yang hebat sekarang.

Kita mempunyai warisan yang luar biasa. Warisan ini merupakan asas yang kuat untuk perniagaan kami hari ini dalam dunia yang kompleks dan penuh dengan kawalan di mana AIG beroperasi. Tatakelakuan ini adalah satu alat untuk membantu kita semua untuk menghayati Nilai korporat yang dikongsi dan komitmen yang memberi panduan kepada kita. Tatakelakuan ini bukan sumber komprehensif mahupun pengganti untuk pertimbangan yang wajar. Ia adalah ringkasan piawai yang bertujuan untuk memacu integriti di seluruh AIG.

Dalam 130 negara dan bidang kuasa yang mana AIG melakukan perniagaan, perkataan seperti integriti, kejujuran, keadilan dan kebertanggungjawaban diterapkan seperti biasa. Walaupun perkataan adalah penting, tindakan adalah lebih penting lagi. Kita perlu menggabungkan surat dan semangat prinsip ini ke dalam tindakan kita bagi pihak AIG. Kita perlu memberikan komitmen kepada satu sama lain, pelanggan, rakan perniagaan, pemegang saham dan komuniti di mana kita melakukan perniagaan.

AIG merupakan organisasi yang luar biasa, menyediakan perkhidmatan bernilai kepada pelanggan di seluruh dunia. Sila sertai saya dalam membentuk warisan kita yang hebat dan menunjukkan Nilai yang kami kongsi dalam apa jua yang

kita lakukan.

Anastasia D. Kelly

Naib Presiden Eksekutif, Ketua Peguam, dan Pegawai Pengawalaturan dan Pematuhan Kanan

tandread
Text Box
tandread
Text Box
Page 4: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

2

Apabila digunakan dalam Tatakelakuan ini, 'AIG' merujuk kepada American International Group, Inc. dan

subsidiarinya di seluruh dunia. Unit perniagaan dan bidang kuasa mungkin mempunyai Tatakelakuan lain yang

konsisten dengan atau yang lebih ketat lagi daripada Tatakelakuan ini. Tatakelakuan ini mungkin mengenakan

tanggungjawab tambahan kepada pekerja AIG dalam unit dan bidang kuasa perniagaan. Kebimbangan

berkenaan konfl ik yang mungkin berlaku di antara peruntukan Tatakelakuan ini dan undang-undang tempatan

harus dimaklumkan kepada pegawai pematuhan yang ditugaskan dengan perniagaan anda.

Page 5: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Jadual Kandungan

3 T a t a k e l a k u a n

Misi Kita, Nilai Kita ................Muka Hadapan di Dalam

Mesej daripada Anastasia D. Kelly ..............................1

Menyampaikan Komitmen Kita ....................................4Kepada Siapakah Tatakelakuan ini Digunakan?

Tanggungjawab Individu

Tanggungjawab Tambahan untuk Pengurus

Bertanya Soalan dan Mengemukakan Kebimbangan

Tidak Bertindak Balas

Disiplin

Penepian Tatakelakuan

Menyampaikan Komitmen Kita – S&J

Komitmen Kami Terhadap Satu Sama Lain ................6Kepelbagaian dan Peluang Global

Menghormati yang Lain-lain

Tempat Kerja yang Selamat, Sihat dan Terjamin

Penggunaan Alkohol dan Dadah

Privasi Pekerja

Komitmen Kita Terhadap Satu Sama Lain – S&J

Komitmen Kita dalam Pasaran ....................................8Privasi Pelanggan dan Keselamatan Data

Konfl ik Kepentingan

Peluang korporat.Hubungan PeribadiAktiviti di luar Hadiah dan Hiburan

Hubungan dengan Rakan Perniagaan Kita

Kepelbagaian Pembekal

Pengurusan yang Adil

Antitrust dan Persaingan yang Adil

Maklumat Berdaya saing

Komitmen Kita dalam Pasaran – S&J

Komitmen Kita untuk Pemegang Saham Kita ..........14Pelaporan Kewangan

Rekod Perniagaan yang Tepat

Penyimpanan Dokumen

Perlindungan Sumber AIG

Harta Fizikal Harta Intelektual Dana Sistem Teknologi MaklumatKomitmen Kita Terhadap Pemegang Saham Kita – S&J

Komitmen Kita sebagai Warga Korporat ..................17Kemapanan

Aktiviti Politik

Perdagangan dalam Sekuriti

Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Sekatan Ekonomik, Undang-undang Anti memboikot dan Undang-undang

Kawalan Eksport

Berkomunikasi dengan pihak Awam

Berkomunikasi dengan Pengawal Atur dan Pegawai Kerajaan Lain-lain

Perniagaan Kerajaan

Anti rasuah dan Sogokan

Komitmen Kita Sebagai Warga Korporat – S&J

tandread
Text Box
Page 6: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Menyampaikan komitmen kita adalah amat penting kepada

pekerja, pelanggan, pemegang saham dan komuniti di mana

kita tinggal dan lakukan perniagaan.

Kepada Siapakah Tatakelakuan ini Digunakan?Tatakelakuan AIG (“Tatakelakuan”) menyediakan panduan

etika untuk mengendalikan perniagaan bagi pihak syarikat

AIG. Tatakelakuan adalah sumber untuk semua pegawai dan

pekerja AIG. Tatakelakuan ini tidak boleh mengetengahkan

setiap isu yang kita mungkin hadapi tetapi ia menyediakan

panduan dan sumber membuat pilihan yang betul tidak

diselesaikan. Maklumat tambahan, termasuk peraturan dan

dasar relevan, boleh dijumpai dalam pautan melalui dokumen

ini dan juga melalui dasar korporat kita.

Rakan perniagaan AIG yang tertentu, seperti

agen, dan perunding mewakili AIG kepada

pihak awam, dan mereka dijangkakan

untuk berpegang teguh kepada semangat

Tatakelakuan, dan kepada sebarang

peruntukan kontrak yang digunakan, semasa

bekerja bagi pihak syarikat AIG.

AIG adalah sebuah organisasi yang besar,

akan tetapi kita bersatu dengan komitmen

untuk menyampaikan janji kita. Kita semua

bertanggungjawab untuk mendapatkan

kepercayaan yang diamanahkan kepada kita.

• Rakan sekerja kami mempercayai kami

untuk menilai dan menghormati mereka.

• Pelanggan dan rakan perniagaan kami mempercayai

integriti kami.

• Pemegang saham kami mempercayai pengawasan kami.

• Komuniti di seluruh dunia bergantung kepada kami untuk

menjadi warga korporat yang bertanggungjawab.

Tatakelakuan ini diatur berdasarkan kepada komitmen yang

kami sampaikan kepada setiap kumpulan individu ini.

Tanggungjawab IndividuMemenuhi tanggungjawab kami membolehkan perniagaan kami

berjaya dan berkembang, hari ini dan di masa hadapan.

Setiap dari kami dijangkakan untuk:

• Memahami dan bertindak mengikut Tatakelakuan ini dan

dasar AIG, undang-undang dan peraturan yang digunakan.

• Mendapatkan panduan daripada pihak pengurusan,

kakitangan pematuhan atau penasihat perundangan AIG

apabila anda mempunyai soalan.

• Segera melaporkan mengenai kemungkinan pelanggaran

Tatakelakuan atau undang-undang dan peraturan yang

digunakan kepada pengurusan atau kepada salah satu

sumber yang disenaraikan pada halaman seterusnya.

• Terlibat dalam latihan etika dan pematuhan untuk sentiasa

mendapat maklumat terkini berkenaan piawaian dan jangkaan

semasa.

Tiada alasan, termasuk kehendak untuk mencapai matlamat

perniagaan, boleh menjadi alasan untuk melanggar undang-

undang atau peraturan.

Tanggungjawab Tambahan untuk PengurusSetiap pengurus dijangka menunaikan tanggungjawab tambahan

berikut:

• Bertindak sebagai model peranan untuk piawaian etika

yang tertinggi dan membentuk serta mengekalkan budaya

kepercayaan, jujur, integriti dan hormat menghormati.

• Menjadi sumber kepada pekerja. Memastikan bahawa mereka

menyedari tentang, memahami, dan mengetahui bagaimana

untuk mengaplikasikan Tatakelakuan ini dan dasar AIG,

undang-undang dan peraturan yang digunakan adalah kerja

seharian mereka.

• Mendapatkan bantuan daripada pengurus lain atau penasihat

perundangan AIG, pegawai pematuhan atau ahli profesional

sumber manusia apabila tidak pasti dengan respons terbaik

bagi sebarang situasi yang diberikan.

• Menjadi seorang yang proaktif. Mengambil tindakan yang waras

untuk mengelak dan mengenal pasti salah laku. Melaporkan

situasi yang mungkin memberi kesan terhadap kebolehan

pekerja untuk bertindak mengikut etika bagi pihak AIG.

Menyampaikan

Komitmen KitaDi teras perniagaan AIG adalah suatu janji bahawa kita akan berdiri teguh di sebalik produk dan perkhidmatan kami. Integriti peribadi dan organisasi adalah kritikal dalam menyampaikan janji dan melindungi reputasi kita.

"Saya mengharapkan

agar anda

berlaku jujur dan

bekerja keras, dan

menganggap seolah-

olah Syarikat ini

adalah milik anda."

– C . V . S t a r r

4

Page 7: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Bertanya Soalan dan Mengemukakan KebimbanganKebanyakan kebimbangan yang selalunya dihadapi di tempat kerja boleh diselesaikan dengan bercakap dan berurusan dengan pihak pengurusan, Sumber Manusia atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda. Di samping itu, pekerja AIG boleh bertanya soalan, mengemukakan kebimbangan atau melaporkan kejadian tidak mematuhi Tatakelakuan, dasar AIG atau undang-undang dan peraturan yang digunakan dengan menghubungi salah satu yang berikut:

• Kumpulan Pematuhan Korporat AIG di 1-646-857-1877 ore-mel [email protected].

• Talian Bantuan Pematuhan AIG di 1-877-244-2210 atau melalui internet, di www.aigcompliancehelpline.com. Talian Bantuan Pematuhan terdiri daripada pihak ketiga bebas yang menyediakan laporan bertulis kepada Kumpulan Pematuhan Korporat AIG. Komunikasi kepada Talian Bantuan boleh dibuat tanpa nama, tertakluk kepada undang-undang tempatan. Laporan boleh dibuat dalam semua bahasa utama daripada semua tempat dalam dunia.

Untuk kebimbangan berkaitan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau urusan pengauditan, pekerja boleh menghubungi sama ada yang di atas (tanpa nama melalui talian bantuan) atau boleh membawa kebimbangan tersebut kepada perhatian Jawatankuasa Audit bagi Lembaga Pengarah AIG dengan menghantar e-mel di [email protected].

Tidak Bertindak BalasAIG melarang tindakan balas ke atas mana-mana pekerja yang membuat laporan yang berniat baik mengenai pelanggaran Tatakelakuan, undang-undang, peraturan atau dasar AIG yang disyaki.

DisiplinPelanggaran undang-undang, peraturan atau Tatakelakuan ini, atau menggalakkan orang lain untuk melakukan sedemikian, meletakkan reputasi AIG kepada risiko dan dengan itu boleh menyebabkan tindakan disiplin. Kegagalan untuk segera melaporkan pelanggaran yang dilakukan oleh orang lain juga satu pelanggaran Tatakelakuan ini. Tindakan disiplin mungkin termasuk penamatan perkhidmatan kerja dan kehilangan faedah berkaitan pekerjaan.

Penepian TatakelakuanDari masa ke semasa, AIG boleh mengubah atau mengenepikan peruntukan tertentu Tatakelakuan ini. Mana-mana pekerja yang percaya bahawa penepian mungkin sesuai perlu membincangkan urusan tersebut dengan pegawai pematuhan unit perniagaan. Hanya Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Pencalonan dan Pemerintahan Korporat boleh membenarkan penepian peruntukan tertentu bagi tatakelakuan untuk pegawai eksekutif AIG.

Menyampaikan

Komitmen

Kita S&JS&J

S: Unit Perniagaan saya menetapkan pelbagai

sasaran yang kita sepatutnya capai.

Kadangkala saya terasa tertekan untuk

melanggar Tatakelakuan ini untuk mencapai

sasaran tersebut. Adakah ini diterima?

J: Tidak. Walaupun perniagaan yang berjaya

sentiasa menetapkan sasaran yang tinggi

dan berusaha untuk mencapainya, anda tidak

seharusnya melanggar Tatakelakuan atau dasar

AIG lain untuk mencapai sasaran anda.

S: Pengurus kami biasanya tidak melakukan

apa-apa apabila kebimbangan mengenai

potensi salah laku disampaikan kepadanya.

Dia telah membuatkan perkara menjadi

sukar untuk rakan sekerja yang telah

mengemukakan isu. Sekarang saya mempunyai

masalah: seorang rakan sekerja sedang

melakukan sesuatu yang tidak betul. Apa

yang harus saya lakukan?

J: Bersuara. Tatakelakuan kita mengatakan bahawa

anda harus melaporkan salah laku dan anda

boleh berbuat demikian tanpa takut untuk

bertindak balas. Bermula dengan pengurus

terdekat anda sentiasa merupakan jalan terbaik

untuk menyuarakan kebimbangan, jika anda

tidak mempercayai bahawa ia adalah yang

sesuai atau pengurus anda akan membantu,

anda harus bercakap dengan ahli pengurusan

yang lain, ahli sumber manusia lain, atau

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada

perniagaan anda. Di samping itu, anda boleh

menghubungi Talian Bantuan Pematuhan AIG.

S: Bagaimanakah Talian Bantuan berfungsi?

J: Talian Bantuan adalah talian 24 jam AIG untuk

melaporkan isu dan kebimbangan yang mungkin

berlaku. Kakitangan Talian Bantuan adalah

ahli profesional bertindak bagi pihak AIG.

Penterjemahan Bahasa adalah tersedia. Tertakluk

kepada undang-undang tempatan, pemanggil

boleh memilih untuk kekal tanpa nama.

S: Jika saya rasa undang-undang tempatan

bercanggah dengan Tatakelakuan, apa yang

perlu saya lakukan?

J: Jika anda percaya undang-undang tempatan

bercanggah dengan Tatakelakuan, sila

bincangkan isu dengan pegawai pematuhan

untuk perniagaan anda.

5

tersebut

Ujian Tajuk BeritaUntuk membuat keputusan yang

lebih baik

• Adakah ia sah di sisi undang-undang?

• Adakah ia konsisten dengan Nilai dan Dasar AIG?

• Adakah ia Wajar dan Jujur?

• Bagaimana tindakan saya akan ditanggapi jika ia muncul dalam Akhbar?

Page 8: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

T a n d a - t a n d a

a m a r a n!

Gangguan Gerak isyarat atau sentuhan fi zikal yang

tidak diingini

Memaparkan gambar yang menjelikkan

atau bahan seksual lain yang sangat jelas

atau bahan-bahan lain.

Jenaka yang berunsurkan seksual atau

komen seksual atau yang menjelikkan

(sangat jelas atau melalui sindiran).

Kepelbagaian dan Peluang GlobalAIG berusaha untuk mengambil bekerja dan

menggalakkan bakat terbaik dengan menyediakan

persekitaran dinamik yang menghimpunkan pekerja

yang memiliki pelbagai kemahiran dan idea.

Tenaga kerja yang bersifat rangkuman dan pelbagai

menggalakkan inovasi dan meningkatkan kedudukan

kami sebagai peneraju pasaran global.

AIG bergantung kepada sumbangan orang tempatan

yang paling memahami budaya dalam negara dan

bidang kuasa yang mana kami melakukan perniagaan.

AIG sentiasa komited dalam pengambilan pakar

tempatan dan menyediakan bakat tempatan dengan

persekitaran perniagaan positif, peluang kepimpinan

dan pampasan yang adil.

AIG menyediakan pekerja peluang untuk belajar,

cemerlang dalam kerja mereka, peningkatan dengan

organisasi dan faedah dari segi kewangan.

Menghormati Orang LainMelayan orang lain dengan hormat bermakna kami

tidak mendiskriminasi dari segi bangsa, warna kulit,

Komitmen

Kita Terhadap

Satu Sama LainSyarikat AIG telah menjadi peneraju dunia dalam insurans untuk selama lebih daripada 85 tahun kerana kami sentiasa percaya dalam kuasa kepelbagaian, individu yang berbakat untuk menghasilkan nilai dan prestasi untuk pelanggan dan pemegang saham.

agama, jantina, asal negara, umur, ketidakupayaan,

perkhidmatan ketenteraan, status perkahwinan atau

orientasi seksual.

Hormat juga bermakna menghargai perbezaan antara

satu sama lain. Kami menghormati pendapat satu

sama lain dan tidak harus melayan individu lain dengan

kelakuan yang mengganggu atau mengancam.

Tempat Kerja yang Selamat, Sihat dan TerjaminAIG komited dalam mengendalikan perniagaan

dengan cara yang melindungi kesihatan, keselamatan

dan sekuriti pekerja dan pelanggan AIG semasa

mereka berada di premis AIG. Situasi yang

membahayakan kesihatan, keselamatan, sekuriti

Menyampaikan Komitmen Kita

Menghormati yang Lain-lain

• Menyediakan peluang kepada pekerja

berdasarkan kepada prestasi dan ciri-ciri yang

relevan kepada prestasi kerja.

• Mematuhi undang-undang buruh tempatan dan

pengambilan bekerja termasuk menyuarakan

diskriminasi dan gangguan.

• Menyediakan persekitaran kerja yang bebas

daripada gangguan yang tidak wajar.

• Menimbulkan kebimbangan yang mungkin

anda hadapi berkaitan persekitaran tempat

kerja anda kepada sumber manusia atau

pegawai pematuhan yang ditugaskan untuk

perniagaan anda.

6

Page 9: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

atau persekitaran mesti segera dilaporkan kepada

pihak pengurusan atau kakitangan sekuriti korporat

yang sesuai.

Mengelakkan pelanggaran sekuriti, ancaman,

kehilangan dan kecurian memerlukan setiap pekerja

untuk sentiasa berjaga-jaga di tempat kerja dan

semasa melakukan perniagaan AIG. Beritahu pihak

pengurusan atau Sekuriti Korporat bagi sebarang

isu yang boleh memberi kesan kepada keselamatan

AIG, kesediaan kecemasan, atau kebakaran dan

persediaan keselamatan nyawa.

Penggunaan Alkohol dan DadahMenggunakan, menjual, memiliki atau bekerja di

bawah pengaruh dadah yang haram di AIG adalah

dilarang. Penggunaan alkohol berlebihan atau yang

tidak sesuai semasa mengendalikan perniagaan

untuk AIG adalah juga dilarang.

Privasi PekerjaAIG menghormati maklumat peribadi dan harta pekerja. Akses kepada maklumat peribadi atau harta pekerja hanya dibenarkan untuk kakitangan yang sesuai dengan alasan yang sah untuk mengakses kepada maklumat atau harta tersebut. Namun, dari masa ke semasa, AIG boleh mengakses dan menyelia penggunaan internet dan komunikasi pekerja. Tertakluk kepada undang-undang tempatan, pekerja seharusnya tidak mempunyai jangkaan privasi berkenaan komunikasi di tempat kerja atau

menggunakan sumber teknologi maklumat AIG.

Komitmen Kita

Terhadap Satu

Sama Lain S&JS&J

S: Penyelia saya dan beberapa teman sekerja saya

membuat lawak dengan berciri seksual yang saya

dapati amat menjelikkan. Saya belum membuat

rungutan kerana saya tahu mereka akan mengatakan

kepada saya untuk tidak mencampuri urusan mereka

atau saya menimbulkan masalah bagi sesuatu yang

tiada apa-apa. Adakah mereka betul?

J: Tidak, mereka salah. Lawak menjelikkan yang bercirikan

seksual, walaupun dalam perbualan peribadi yang

mungkin terdengar oleh orang lain, boleh menjadi satu

bentuk gangguan. Pertama sekali, anda harus cuba

beritahu kepada penyelia dan teman sekerja anda. Jika

ini tidak berjaya, atau jika anda rasa dengan melakukan

sedemikian boleh menyebabkan tindak balas atau

masalah lain, berjumpa dengan ahli sumber manusia

atau hubungi pegawai pematuhan yang ditugaskan

kepada perniagaan anda.

S: Bukankah isu kepelbagaian hanya merupakan isu A.S?

Mengapa memasukkannya dalam Tatakelakuan untuk

perusahaan global seperti AIG?

J: Kepelbagaian adalah isu dunia. Kami sentiasa

bekerjasama untuk menggunakan bakat unik dan

perspektif tenaga kerja global kami yang meluas.

Kepelbagaian adalah satu kunci penyumbang kepada

kejayaan AIG. Untuk membuat keputusan yang baik

dan berkhidmat kepada pelanggan di seluruh dunia kita

perlukan spektrum bagi perspektif dan latar belakang

yang meluas.

S: Saya terdengar pengurus saya membincangkan

dengan rakannya tentang beberapa maklumat

peribadi yang terkandung dalam rekod perubatan

rakan sekerja. Apa yang perlu saya lakukan?

J: Maklumat perubatan adalah sangat sulit. Perkongsian

yang tidak wajar bagi maklumat seperti itu adalah

melanggar dasar AIG dan melanggar kepercayaan.

Anda harus kemukakan isu ini dengan kakitangan

pengurusan yang sesuai. Jika anda tidak selesa untuk

mengemukakan isu ini kepada pihak pengurusan,

laporkan hal tersebut kepada sumber manusia atau

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan

anda. Di samping itu, anda boleh menghubungi atau e-mel

Talian Bantuan Pematuhan AIG.

“Apakah perniagaan kita?

Ia tidak lebih

daripada satu jaminan,

sehelai kertas.

Apa yang menjadi perkara

utama

adalah individu.

Dan kami mengambil berat

individu-individu kami.”

– C . V . S t a r r

7 T a t a k e l a k u a n

Page 10: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Privasi Pelanggan dan Keselamatan DataPelanggan kami mengharapkan kami untuk

mengendalikan dan melindungi perniagaan dan

maklumat peribadi yang mereka kongsi bersama

kita dengan berhati-hati. Jangan merosakkan

kepercayaan pelanggan

dengan mendedahkan

maklumat peribadi untuk

selain untuk keperluan

perniagaan yang sah.

Klasifi kasi maklumat sebagai

maklumat peribadi atau

data perniagaan mungkin

berbeza bagi setiap negara.

Pekerja yang mengendalikan

maklumat pelanggan

bertanggungjawab untuk

mengetahui dan mematuhi

privasi maklumat dan

undang-undang keselamatan

maklumat yang digunakan.

Dalam semua kes, kita perlu

mengekalkan perlindungan

fi zikal, pentadbiran dan

teknikal bagi maklumat

peribadi dan data perniagaan.

Kita perlu terutama sekali

berjaga-jaga dalam mengikuti

undang-undang, peraturan

dan dasar semasa memindahkan maklumat peribadi

dan data perniagaan melalui sempadan negara. Jika

anda mempunyai sebarang soalan mengenai privasi

maklumat dan/atau keselamatan data, berunding

dengan pengurus, penasihat perundangan dan/

atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada

perniagaan anda.

Konfl ik KepentinganKedudukan anda di AIG tidak boleh digunakan untuk

faedah peribadi yang tidak sesuai atau sebagai kelebihan

kepada anda atau ahli keluarga anda. Sebarang

situasi yang menyebabkan, bahkan kelihatan seperti

mewujudkan, konfl ik kepentingan antara kepentingan

peribadi dan kepentingan AIG mesti dielakkan. Potensi

konfl ik kepentingan harus dilaporkan kepada pihak

pengurusan, iaitu orang yang akan berurusan dengan

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan

anda untuk menentukan bagaimanakah cara yang

terbaik untuk mengendalikan situasi ini.

Komitmen kami

di PasaranAIG memang dikenali dengan semangat keusahawanannya. Kami bersaing secara sihat untuk mewujudkan peluang baru bagi pelanggan kami dan kami sendiri. Kami mencari kelebihan hanya melalui amalan perniagaan yang mengikut undang-undang dan beretika.

Contoh maklumat peribadi termasuk:

• Maklumat peribadi: Maklumat mengenai seseorang individu termasuk nama, alamat, identiti kebangsaan atau nombor pasport.

• Data perniagaan: Maklumat berkaitan perancangan perniagaan, maklumat transaksi dan kewangan bagi pelanggan komersil, rakan perniagaan dan pihak lain .

Konfl ik Kepentingan

• Sentiasa membuat keputusan yang terbaik untuk

kepentingan AIG dan pelanggan kita - bukan

untuk kelebihan kepentingan peribadi.

• Sentiasa berwaspada mengenai cara aktiviti

peribadi boleh membawa kepada konfl ik

kepentingan yang mungkin belaku, seperti

mengambil kerja kedua atau membuat pelaburan

dengan pelanggan, vendor atau pesaing AIG.

• Berbincang dengan pengurus anda sebarang

situasi yang boleh menjadi sebagai konfl ik

kepentingan yang mungkin berlaku.

• Suarakan situasi yang boleh meletakkan

kepentingan anda atau ahli keluarga atau rakan anda

dalam konfl ik yang mungkin berlaku dengan AIG.

Menyampaikan Komitmen Kita

8

Page 11: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Integriti

9 T a t a k e l a k u a n

Peluang korporatPekerja AIG dilarang daripada mengambil peluang

untuk diri mereka sendiri atau mengarahkan

kepada peluang perniagaan pihak ketiga yang

dijumpai melalui penggunaan harta korporat

AIG, maklumat atau kedudukan, melainkan AIG

telah pun ditawarkan dan menolak peluang

tersebut. Pekerja AIG adalah dilarang daripada

menggunakan harta, maklumat, kedudukan

korporat untuk faedah peribadi untuk pengecualian

AIG dan bersaing dengan AIG.

Hubungan PeribadiAhli keluarga terdekat, ahli isi rumah anda, dan

individu yang mempunyai hubungan rapat dengan

anda hendaklah tidak sesekali mempengaruhi

keputusan perniagaan anda secara tidak wajar.

Aktiviti di luar Pada keadaan ini, aktiviti luar boleh mewujudkan

konfl ik kepentingan yang mungkin berlaku. Aktiviti

berikut boleh dianggap sebagai konfl ik dan harus

dilaporkan seperti yang yang di bawah:

• Perkhidmatan dengan perniagaan luar, sama

ada pekerja, ahli lembaga, pegawai, pemegang

amanah, rakan atau perunding, dan terutama

sekali sebarang perniagaan yang sedang

melakukan atau mencari peluang perniagaan

dengan AIG, atau bersaing atau mahu bersaing

dengan AIG; pengesahan bertulis yang daripada

pengurus anda diperlukan terlebih dahulu

sebelum terlibat dalam aktiviti luar seperti ini.

• Perkhidmatan dengan yayasan, organisasi

kebajikan atau tanpa keuntungan di mana

pekerja akan dibayar untuk perkhidmatannya;

pengesahan bertulis diperlukan terlebih dahulu

daripada pengurus anda sebelum terlibat dalam

aktiviti luar seperti ini.

• Perkhidmatan dengan yayasan, organisasi

kebajikan atau tanpa keuntungan yang

mempunyai hubungan dengan AIG. Tiada

pengesahan yang diperlukan untuk aktiviti

luar seperti ini, pekerja tidak akan dibayar

dan tiada konfl ik kepentingan sebenar, yang

mungkin berlaku atau dianggap sebagai konfl ik

kepentingan. Jika anda mempunyai soalan sama

ada terdapatnya konfl ik, berbincang dengan

pengurus anda atau pegawai pematuhan yang

ditugaskan kepada perniagaan anda.

• Pembentangan, ceramah, atau perkhidmatan

kepada panel yang mana anda ditawarkan

honorarium. Jika seorang pekerja diberi

pampasan untuk aktiviti jenis ini, dia mesti

memberitahu pengurusnya dengan menulis

sebarang yuran yang diterima dan yang mungkin

diperlukan untuk memulangkan bayaran yang

diterima kepada AIG.

• Berkhidmat dalam tugas rasmi awam atau

menjadi calon jawatan yang terpilih; pengesahan

bertulis perlu diperolehi terlebih dahulu daripada

Penasihat Umum AIG atau wakilnya untuk

berkhidmat dalam tugas rasmi atau menjadi

calon jawatan yang terpilih.

Untuk mengelakkan daripada gambaran seolah-

olah konfl ik dengan kepentingan AIG, pekerja yang

terlibat dalam usaha sokongan komuniti di luar

program yang ditaja oleh AIG harus menandakan

sebagai sokongan AIG bagi usaha tersebut.

Page 12: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

10

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

Konfl ik Kepentingan (Samb.)

Hadiah dan HiburanHadiah sederhana dan hiburan yang sesuai boleh

membantu menguatkan hubungan perniagaan, tetapi

ihsan perniagaan ini, sama ada diberi atau diterima

oleh pekerja AIG, mestilah tidak mempengaruhi

keputusan perniagaan secara tidak betul.

Jika anda ditawarkan dengan hadiah yang tidak

memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam bahagian

hadiah atau hiburang yang sesuai pada halaman ini,

tolaklah hadiah atau hiburan tersebut secara sopan.

Jika dengan menolak hadiah akan menyinggung

perasaan atau merosakkan hubungan perniagaan,

terima hadiah bagi pihak AIG dan serahkan laporan

hadiah bertulis kepada pengurus anda dalam masa

30 hari. Hadiah tersebut mesti dikirim semula

kepada pengurus anda yang akan bersama-sama

pegawai pematuhan akan menentukan penyelesaian

yang bersesuaian bagi hadiah tersebut. Pengurus

adalah bertanggungjawab untuk mengumpul laporan

hadiah dan mengisinya bersama-sama dengan

pegawai pematuhan.

Tunai atau yang bersamaan dengan tunai, termasuk

sijil hadiah, cek, cek pengembaraan atau pesanan

wang, sekuriti pelaburan, instrumen boleh runding,

pembayaran bagi caj kad kredit atau perkara yang

sama, tidak boleh diterima atau ditawarkan sebagai

hadiah tanpa mengambil kira jumlahnya.

Penjagaan yang khas hendaklah diberikan semasa

menyediakan hadiah dan hiburan kepada pegawai

rasmi dan pekerja kerajaan atau perusahaan

yang dimiliki atau dikawal oleh kerajaan. Sewaktu

menyediakan hadiah atau hiburan kepada mereka,

anda perlu mengikuti undang-undang tempatan

dan Dasar Anti-Rasuah AIG. Berundinglah dengan

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada

perniagaan anda jika anda mempunyai sebarang

soalan berkaitan hadiah atau hiburan yang diberikan

kepada pegawai rasmi kerajaan.

Unit perniagaan mungkin mengenakan sekatan

tambahan bagi hadiah dan hiburan tambahan dan

melaporkan keperluan laporan.

Menyampaikan Komitmen Kita

Hadiah atau hiburan yang sesuai, sama ada diberi atau diterima, haruslah:

• Mempunyai tujuan perniagaan tertentu.

• Dalam keadaan yang berpatutan dan tidak membazir atau berlebih-lebihan.

• Bukan boleh ditukar dengan sumber yang sama secara kerap.

• Dibenarkan oleh AIG dan dasar penerimaan organisasi.

• Berpada-pada, biasa, lazim dan mengikut undang-undang dalam negara atau rantau di mana ia ditukarkan.

• Bukan bertujuan untuk mempengaruhi keputusan perniagaan secara tidak wajar.

• Jika sebuah hadiah, mestilah bernilai tidak melebihi AS$150.

Hadiah dan Hiburan

• Jangan sesekali membenarkan hadiah dan hiburan

perniagaan, sama ada diberi atau diterima,

mempengaruhi keputusan perniagaan dengan cara

tidak wajar.

• Jika si pemberi tidak hadir, hiburan tersebut tertakluk

kepada dasar hadiah.

• Hormati orang tempatan dan peka terhadap budaya

semasa bertukar-tukar hadiah dan hiburan bagi

perniagaan.

• Jangan sesekali memberi atau menerima hadiah atau

hiburan yang mewah.

• Jangan tawarkan apa-apa yang boleh dikira sebagai

rasuah atau bayaran atau hadiah yang tidak wajar.

Semasa memberikan hadiah atau hiburan kepada

pegawai rasmi kerajaan, patuhi Dasar Anti-Rasuah AIG.

• Jangan meminta hadiah, pertolongan atau hiburan.

• Laporkan sebarang hadiah yang bernilai lebih

daripada US$150 kepada pengurus anda dan pegawai

pematuhan yang ditugaskan untuk perniagaan anda,

dan serahkannya kepada mereka untuk pelupusan.

• Kelulusan bertulis pengurus diperlukan terlebih dahulu

sebelum memberikan hadiah bernilai lebih daripada

AS$150.

Page 13: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

11 T a t a k e l a k u a n

Fokus Pelanggan

Hubungan dengan Rakan Perniagaan KitaRakan perniagaan kita berkhidmat sebagai lanjutan

kepada AIG. Semasa bekerja bagi pihak AIG, rakan

perniagaan diharap untuk berpegang teguh kepada

semangat Tatakelakuan, dan kepada sebarang

peruntukan kontrak yang berkaitan.

Rakan perniagaan mestilah tidak bertindak dengan

cara yang dilarang atau dikira sebagai tidak betul

untuk dilakukan oleh seseorang pekerja AIG. Kita

semua perlu memastikan pelanggan, pengeluar,

ejen dan pembekal tidak mengeksploitasi hubungan

mereka dengan AIG atau menggunakan nama AIG

dalam transaksi yang melibatkan penipuan, tidak

beretika atau tidak jujur.

Rakan perniagaan AIG diharapkan tidak

menyediakan insentif untuk pekerja AIG atau

individu lain yang melakukan perniagaan dengan

AIG untuk melanggar piawaian Tatakelakuan.

Kepelbagaian PembekalAIG mencari rakan kongsi pembekal dengan

pelbagai perniagaan. Kita teruatama sekali

menghargai pembekal terutama sekali yang

berkongsi tentang dedikasi dan komitmen AIG

kepada komitmen kepada kepelbagaian dan

tanggungjawab sosial.

Kita semua diharapkan untuk menyokong Program

Kepelbagaian Pembekal AIG dengan mempromosi

penggunaan pembekal yang memenuhi kelayakan

program.

Pengurusan yang AdilAIG hanya mencari kelebihan persaingan yang

mengikut undang-undang dan amalan perniagaan

beretika. Kita semua mestilah mengendalikan

perniagaan dengan adil kepada pelanggan,

pembekal perkhidmatan, pembekal dan pesaing.

Jangan memperkecilkan pesaing atau produk dan

perkhidmatan mereka. Mengambil kesempatan

secara tidak betul daripada sesiapa sahaja melalui

manipulasi, dengan niat memberi gambaran yang

salah bagi fakta atau amalan tidak adil yang lain

adalah tidak boleh diterima di AIG.

Menyampaikan Komitmen Kita

Hubungan dengan Rakan Perniagaan Kita

• Berjaga-jaga dengan amalan perniagaan

agen AIG dan wakil-wakil lain untuk

memastikan tujuan yang betul digunakan untuk

menyampaikan perkhidmatan kita.

• Menjalankan penyemakan teliti yang sesuai

berkenaan agen, perunding dan kontraktor

bebas yang berpotensi untuk mendapatkan

perkhidmatan mereka.

• Jangan berikan tekanan atau menggalakkan

pembekal atau agen AIG untuk terlibat dalam

aktiviti yang tidak elok.

• Layani pembekal, ejen, dan wakil lain dengan

rasa hormat dan bertimbang rasa.

Menyampaikan Komitmen Kita

Pengurusan yang Adil

• Mengendalikan perniagaan dengan pelanggan

dan pembekal dengan cara yang menunjukkan

komitmen kita kepada persaingan yang adil.

• Memberikan maklumat pemasaran yang betul

dan tepat.

• Mengumpul maklumat mengenai pesaing hanya

mengikut undang-undang dan cara yang betul dan

dengan cara yang meneguhkan keteguhan AIG.

• Jangan gunakan kaedah yang tidak betul atau

curiga untuk mengumpul maklumat mengenai

pesaing.

• Jangan memberi gambaran yang salah mengenai

diri sendiri atau tujuan interaksi perniagaan anda

dengan pelanggan AIG yang berpotensi atau sedia

ada atau rakan perniagaan.

Page 14: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Persaingan Antitrust dan Persaingan yang adilAIG bersaing secara sihat dan adil di seluruh dunia.

Kami mahu mengekalkan dan mengembangkan

perniagaan kami melalui produk dan perkhidmatan

yang berkualiti tinggi - bukan melalui amalan yang

tidak betul atau anti-persaingan. Kami berusaha

untuk memahami dan mematuhi persaingan global

dan undang-undang antitrust.

T a n d a - t a n d a

a m a r a n!

Persaingan Antitrust dan Persaingan yang AdilUndang-undang antitrust dan persaingan adalah

berbeza-beza antara negara dan negeri. Variasi ini

menyebabkan keputusan daripada tindakan tertentu

yang mungkin dibenarkan dalam shebahagian negara

atau negeri dan dilarang bagi yang lain. Jika anda

berhadapan dengan sebarang aktiviti seperti di bawah

dan tidak pasti sama ada aktiviti ini mengikut undang-

undang atau tidak, hubungi pegawai pematuhan yang

ditugaskan kepada perniagaan anda untuk mendapatkan

nasihat tentang bagaimana untuk meneruskannya:

Percubaan untuk menetapkan atau mengawal harga

jual semula pelanggan.

Melakukan jualan sebarang produk atau

perkhidmatan bersyarat dengan pembelian

pelanggan bagi produk lain.

Menawarkan harga atau terma pelanggan yang lebih

digemari daripada yang ditawarkan kepada pesaing

yang sama kepada pelanggan.

Melarang pelanggan atau pembekal daripada

berurusan dengan pesaing.

Menjual produk atau perkhidmatan di bawah kos

atau peletakan harga yang tidak adil atau amalan

promosi yang lain.

Undang-undang ini adalah kompleks. Pekerja yang

tidak pasti tentang amalan yang sesuai harus

berunding dengan pegawai pematuhan yang

ditugaskan kepada perniagaan mereka untuk

maklumat tambahan dan penjelasan.

Panduan berikut akan membantu memastikan

pengendalian perniagaan yang adil dan persaingan

yang sesuai.

Lakukan: • Persaingan secara sihat dan mengikut undang-

undang dalam setiap pasaran yang mana AIG

terlibat, membuat semua keputusan perniagaan

secara bebas dengan kepentingan AIG yang terbaik.

• Dapatkan maklumat sulit untuk bersaing tentang

pesaing AIG hanya daripada sumber yang sesuai

dan mengikut undang-undang.

• Memberi pandangan tentang pesaing atau produk

atau perkhidmatan mereka berdasarkan kepada

hanya maklumat fakta.

Jangan lakukan: • Bersetuju secara rasmi atau tidak rasmi dengan

pesaing untuk menetapkan harga atau terma

jualan yang lain; memanipulasikan bida; tetapkan

tahap penghasilan atau jualan; atau mengagih-

agihkan pelanggan, pasaran atau wilayah.

• Membincangkan mana-mana yang berikut

dengan pesaing: harga, bida, jualan pelanggan,

komisen, terma jualan, keuntungan, margin,

kos, penghasilan, inventori, bekalan, rancangan

pasaran, atau maklumat sulit untuk bersaing.

• Menghadiri mesyuarat dengan pesaing yang

mana maklumat sulit untuk bersaing, termasuk

subjek yang dinyatakan di atas kedua-dua titik

tumpu khas di atas, dibincangkan.

• Bersetuju dengan orang lain di luar AIG seperti

pembekal atau pelanggan yang mempunyai

urusan perniagaan.

• Membuat pembandingan tidak berasas atau

tidak benar kepada pesaing atau produk atau

perkhidmatan mereka.

• Memperoleh maklumat sulit untuk bersaing daripada

pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui mempunyai

kewajipan kerahsiaan bagi pesaing tersebut.

12

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

Keusahawanan

Page 15: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

T a n d a - t a n d a

a m a r a n!

Mendapatkan Kebijaksanaan yang Berdaya Saing

Mengekalkan dokumen atau rekod komputer

daripada majikan terdahulu.

Memberi tekanan atau menggalakkan pekerja

AIG yang baru untuk berbincang tentang

maklumat sulit daripada majikan terdahulu.

Mendapatkan maklumat melalui sebarang cara

yang boleh ditafsirkan sebagai "pengintipan”,

“merisik” atau yang mana anda tidak mahu

mendedahkan sepenuhnya.

Bergantung kepada tuntutan pihak ketiga tanpa

sebab membolehkan kebijaksanaan perniagaan

diperoleh dengan betul.

Maklumat Berdaya saingAIG melarang penggunaan sebarang cara yang

menyalahi undang-undang atau tidak beretika untuk

mendapatkan maklumat sulit pesaing atau pembekal,

termasuk rahsia perdagangan. Dapatkan maklumat

persaingan mengenai pesaing AIG hanya daripada

sumber yang mengikut undang-undang dan sesuai.

Jangan dapatkan maklumat sulit untuk bersaing

daripada pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui

mempunyai tugas sulit kepada pesaing.

Jangan dapatkan, dedahkan atau menggunakan

rahsia dagangan individu lain secara tidak betul tanpa

kebenaran yang sesuai. Tawaran maklumat sulit yang

mungkin diperolehi secara tidak betul mesti dilaporkan

secepat mungkin kepada pegawai pematuhan yang

ditugaskan kepada perniagaan anda.

Komitmen

kita di Pasaran S&JS&J

S: Adakah undang-undang privasi data hanya meliputi

data peribadi yang sensitif sahaja, seperti bangsa,

data perubatan, nombor kad kredit dan nombor akaun

pencen?

J: Tidak. Undang-undang privasi data berkemungkinan

digunakan kepada semua data mengenai individu. Alamat

e-mel, butiran hubungan, pemilihan, suara dan gambar

pelanggan adalah data peribadi yang dilindungi oleh

undang-undang privasi data apabila data seperti itu boleh

dikaitkan kepada individu yang boleh dikenal pasti.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan tujuan perniagaan

sah untuk menerima hadiah atau hiburan?

J: Pekerja AIG dibayar oleh AIG untuk bertindak dengan

cara kepentingan yang terbaik untuk AIG. Sebagai contoh

tujuan perniagaan yang sah untuk menerima hiburan

adalah makan tengah hari daripada rakan perniagaan untuk

membincangkan isu perniagaan dan membina hubungan

kerja yang lebih akrab.

Secara kontranya, menerima hadiah barangan peribadi

seperti barang kemas tidak boleh mengembangkan

kepentingan perniagaan AIG. Hadiah tersebut harus

ditolak kerana ia boleh mencurigai kesetiaan pekerja atau

membuatkan penerima terhutang budi.

S: Untuk membantu saya melakukan kerja yang lebih baik di

AIG, saya menyimpan beberapa dokumen daripada pekerja

terdahulu. Dokumen ini menghuraikan inisiatif pemasaran

yang digunakan oleh pekerja saya yang terdahulu.

Bolehkah saya menggunakan dokumen ini di AIG?

J: Jika dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit atau

pemilikan majikan anda yang terdahulu, maka anda tidak

boleh menggunakan atau berkongsi maklumat ini.

AIG mengharapkan semua pekerja menghormati sebarang

pendedahan atau sekatan penggunaan maklumat sulit yang

diperolehi daripada pekerja terdahulu atau pihak ketiga. Jika

anda tidak pasti sama ada maklumat pekerja terdahulu boleh

dikira sebagai sulit atau tertakluk kepada sekatan penggunaan,

anda seharusnya tidak menggunakan atau berkongsi

maklumat ini sehingga setelah berunding dengan pegawai

pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

13 T a t a k e l a k u a n

Page 16: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Laporan KewanganPemegang saham, rakan perniagaan, pengawal

atur dan orang awam bergantung kepada laporan

kewangan kita untuk membuat keputusan. Laporan

kewangan kita mestilah benar, lengkap, mengikut

masa, adil, tepat dan boleh difahami. Untuk

memastikan bahawa kita memenuhi piawaian ini

secara konsisten, hanya pekerja yang dibenarkan boleh

memberikan laporan kewangan kepada pihak luar.

Rekod Perniagaan yang Tepat Rekod perniagaan harus selalu disediakan secara

jujur dan tepat. Maklumat mengenai rekod

perniagaan tidak boleh menjadi salah atau diubah.

Kita mestilah jangan menjadi tidak jujur atau

mengelirukan dalam mengekalkan rekod AIG, atau

pun cuba untuk menipu pengurusan, juruaudit,

pengawal atur, atau pemegang saham AIG. Rekod

perniagaan termasuk maklumat dalam sebarang

bentuk, termasuk salinan keras, rekod elektronik,

e-mel, mesej segera, video dan pita sandaran.

Penyimpanan DokumenKita perlu sentiasa mematuhi semua dasar

pengurusan rekod yang digunakan. Dasar ini

berkaitan dengan maklumat dalam sebarang

bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada salinan

bercetak, rekod elektronik, e-mel, mesej segera,

video dan pita sandaran.

Kita perlu menjaga maklumat penting yang

digunakan untuk melaporkan, mengaudit dan lain-

lain tujuan kritikal dalam format boleh diperolehi

semula untuk tempoh pengekalan yang ditetapkan.

Maklumat dengan nilai sementara, yang tiada

kepentingan berterusan, atau tempoh pengekalannya

telah luput mengikut panduan pemusnahan dasar

pengurusan rekod yang digunakan harus dibuang.

AIG boleh menangguhkan pemusnahan dokumen,

rekod, atau data kerana litigasi yang mungkin atau

belum selesai, audit, siasatan atau permintaan

daripada pengawal aturan melalui notis pemuliharaan

dokumen yang dikeluarkan kepada pekerja AIG

yang dipercayai mempunyai, menyimpan atau

mengawal bahan yang relevan. Ia adalah tugas

setiap pekerja AIG untuk menyemak semula dengan

cepat semua notis pemuliharaan dokumen dan

mengikut arahannya dengan berhati-hati. Maklumat

yang tertakluk kepada notis pemuliharaan dokumen

yang dikeluarkan oleh AIG harus dikekalkan sehingga

diarahkan, tanpa mengambil kira jangka masa yang

ditetapkan dalam dasar pengekalan rekod yang

digunakan.

Sebarang soalan mengenai cara untuk mematuhi

notis pemuliharaan dokumen harus dikemukakan

secepat mungkin kepada individu yang dikenal pasti

berhubung dengan notis pemuliharaan. Kegagalan

untuk mengekalkan dokumen, rekod, atau data yang

diperlukan boleh menyebabkan tindakan disiplin

termasuk, penamatan khidmat kerja dan/atau liabiliti

sivil dan jenayah kepada AIG dan individu yang

bertanggungjawab.

Komitmen

Kita untuk

Pemegang

Saham KitaPemegang saham mengamanahkan aset mereka kepada kita. AIG melindungi aset ini dengan tindakan integriti dalam semua amalan perniagaan kita.

14

Page 17: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Perlindungan Sumber AIGUntuk berkhidmat dengan cemerlang kepada

pelanggan dan pemegang saham, ia adalah

penting bahawa kita menunjukkan penjagaan

dan penggunaan sumber kita dengan betul.

Harta FizikalHarta AIG, termasuk hartanah, peralatan dan

bekalan, mesti dilindungi daripada salah guna,

kerosakan, kecurian atau lain-lain pengendalian

yang tidak betul.

Secara umumnya, harta AIG adalah hanya untuk

perniagaan AIG, walaupun untuk penggunaan

peribadi sampingan, seperti panggilan telefon

tempatan, penggunaan peribadi yang dihadkan

secara bersesuaian, penggunaan e-mel,

penggunaan mesin fotostat atau komputer

dalam jumlah yang sedikit adalah dibenarkan.

Harta IntelektualHarta intelektual AIG termasuklah sebarang idea

perniagaan atau maklumat yang dimiliki AIG,

seperti produk dan kaedah unik. AIG melindungi

harta inteleknya melalui paten, tanda dagangan

dan hak cipta. Kita semua perlu melindungi

maklumat sulit dan rahsia dagangan yang

dimiliki AIG dan rakan perniagaannya.

DanaDana AIG hendaklah digunakan secara

bertanggungjawab dan hanya untuk perniagaan

AIG. Kad kredit korporat yang dikeluarkan

kepada pekerja untuk bayaran perbelanjaan

perniagaan tidak boleh digunakan untuk

perbelanjaan peribadi. Kita semua perlu

mempunyai sikap bertanggungjawab untuk

melindungi dana AIG daripada disalah guna

atau dicuri dan memastikan AIG menerima

nilai yang baik semasa membelanjakan dana

AIG. Kita seharusnya hanya mendapatkan

pembayaran balik untuk perbelanjaan

perniagaan sebenar, bersesuaian dan yang

dibenarkan.

Sistem Teknologi MaklumatSistem teknologi maklumat AIG termasuk

komputer, sumber rangkaian, sistem e-mel,

telefon, sistem suara dan maklumat pemprosesan

komputer lain. Kita semua hendaklah mempunyai

sikap bertanggungjawab untuk melindungi sistem

ini dan empunya data pada sistem ini, daripada

akses yang tidak betul, kerosakan atau kecurian.

Tertakluk kepada undang-undang tempatan

yang digunakan, AIG mungkin mempunyai hak

untuk menyemak semula semua mel elektronik

dan maklumat elektronik lain untuk menentukan

pematuhan dengan Tatakelakuan, undang-

undang, peraturan atau dasar AIG ini. Semua

maklumat elektronik, termasuk tanpa had e-mel,

mesej segera, dan mel suara yang dihantar atau

diterima daripada komputer AIG, Blackberry

atau stesen kerja yang mungkin tertakluk kepada

semakan semula.

15 T a t a k e l a k u a n

Menyampaikan Komitmen Kita

Harta Intelektual

• Jangan gunakan harta intelektual AIG dengan

cara yang salah.

• Jangan dedahkan harta intelektual bukan umum

tanpa kelulusan.

• Lindungi harta intelektual AIG dengan

mendapatkan, atau membantu yang lain

mendapatkan, paten, tanda dagangan atau

hak cipta seperti yang diperlukan.

• Jangan gunakan harta intelektual majikan

terdahulu tanpa kebenaran.

• Jangan gunakan atau menyalin perisian atau

dokumentasi, kecuali seperti yang ditentukan

dalam perjanjian perlesenan. AIG menghormati

had yang diletakkan pada perisian oleh pemaju

atau pengedar.

Prestasi

Page 18: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Komitmen Kita untuk

Pemegang Saham Kita S&JS&JS: Saya rasa saya menjumpai kesilapan dalam ringkasan

kewangan yang disediakan oleh juruaudit luar. Maklumat diserahkan untuk kemasukan dalam pendedahan umum. Bagaimana saya dapat mengemukakan kebimbangan saya?

J: Perkara ini kritikal agar diberitahu kepada seseorang yang mempunyai bidang kuasa dalam menyuarakan isu. Kesilapan tersebut berkemungkinan menjadi serius. Anda mempunyai tanggungjawab untuk mengemukakan kebimbangan kepada individu yang sesuai dengan segera. Jika anda tidak pasti, hubungi pengurus anda, pegawai pematuhan untuk perniagaan anda. Talian Bantuan Pematuhan di 1-877-244-2210 atau e-mel kepada Hotline Perakaunan di [email protected].

S: Penyelia saya menyuruh saya menyediakan pesanan pembelian untuk perkhidmatan yang bernilai $30,000. Bidang kuasa perbelanjaan beliau hanya $25,000. Bolehkah saya membahagikan pesanan kepada dua pesanan pembelian untuk mengelakkan daripada mendapatkan kelulusan tahap tertinggi?

J: Tidak, anda tidak perlu. Tidak mendapatkan kelulusan yang betul melanggar Dasar AIG, di mana untuk memastikan kawalan perakaunan dalaman yang secukupnya dikekalkan dan beroperasi secara efektif. Jika anda tidak selesa untuk memberitahu penyelia anda, beritahu pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

S: Saya menghadiri sebuah mesyuarat dengan beberapa pengurus AIG yang lain dalam sebuah bilik persidangan hotel. Sewaktu makan tengah hari, semua orang meninggalkan komputer riba mereka di dalam bilik. Saya tidak senang hati, tetapi saya melakukan yang sama. Adakah saya patut melakukan sesuatu yang lain?

J: Ya, situasi tersebut seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza. Komputer riba dan maklumat yang terdapat padanya adalah harta AIG dan kerap kali mengandungi data sulit atau sensitif. Anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peralatan dan maklumat dilindungi daripada kehilangan, kecurian atau pendedahan secara tidak sengaja. Anda dan rakan sekerja anda sepatutnya sama ada memastikan peralatan/bilik atau memilih seseorang untuk tinggal bersama peralatan tersebut.

S: Saya baru sahaja mengetahui bahawa pekerja vendor diberikan akses meluas kepada rangkaian kita. Saya tidak rasa mereka memerlukan jenis akses tersebut untuk melakukan kerja mereka. Bukankah ini meletakkan maklumat AIG dalam bahaya? Apa yang saya harus lakukan?

J: Anda mungkin betul, tetapi anda mungkin tidak mempunyai kesemua maklumat. Pertama sekali, anda harus berbincang tentang situasi tersebut dengan pengurus anda. Jika tindakan lanjut diperlukan, anda atau pengurus anda harus menghubungi pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

T a n d a - t a n d a

a m a r a n!

Melindungi Maklumat Sensitif Kita

Membincangkan tentang maklumat sulit

dengan kuat atau secara terbuka apabila

orang lain mungkin boleh terdengar.

Membincangkan tentang maklumat pemilikan

dengan pihak ketiga tanpa kebenaran dan

perjanjian yang tidak boleh didedahkan di

suatu tempat.

Perbincangan tentang maklumat pemilikan

AIG dengan pelanggan atau pembekal tanpa

kelulusan yang betul dan pengetahuan status

hubungan sebagai sulit atau tidak sulit.

Membuang draf dan nota sulit dengan cara

yang tidak betul.

Sistem mel elektronik adalah harta AIG dan adalah

untuk tujuan perniagaan. Penggunaan peribadi

sampingan terhadap sistem e-mel yang berpatutan

boleh dibenarkan jika penggunaannya tidak

melibatkan prestasi kerja pekerja, mempunyai

kesan tidak sepatutnya pada operasi sistem e-mel,

atau melanggar sebarang dasar, panduan, atau

piawai AIG.

Mesej e-mel dan komunikasi lain yang dihantar

atau diterima menggunakan sistem teknologi

maklumat AIG tidak boleh digunakan untuk

mewujudkan, menyimpan, atau menghantar

maklumat yang bercirikan permusuhan, berniat

jahat, tidak mengikut undang-undang, seksual

secara terang-terangan, diskriminasi, mengganggu,

mencerca kesucian, penderaan atau menghina.

Sistem ini juga bukan untuk digunakan untuk

mengakses laman Web yang mengandungi

perkara yang melanggar undang-undang,

seksual terang-terangan atau diskriminasi.

16

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

Individu

Page 19: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Komitmen Kita

sebagai Warga

Korporat Melalui produk, perkhidmatan dan amalan perniagaan kita yang bertanggungjawab, AIG berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup di setiap negara tempat kita menjalankan perniagaan. Menggalakkan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berguna kepada perniagaan kami adalah pada asas warga korporat.

PengekalanMelalui amalan kemapanan, kita semua boleh memainkan peranan masing-masing untuk membantu AIG melakukan sumbangan positif kepada rakyat dan alam sekitar. Operasi insurans alam sekitar kita mengarah membuka arah jalan yang menyediakan penyelesaian yang menggalakkan alam sekitar yang lebih bersih dan selamat. Perniagaan insurans kita mempunyai pengalaman yang panjang dalam membantu pelanggan kami pulih daripada bencana alam.

Sejak beberapa tahun yang lalu, syarikat AIG telah melabur dalam membangunkan "dana hijau" yang melabur dalam projek dan teknologi yang memberi faedah kepada alam sekitar. Melabur dalam negara-negara dalam dunia di mana kita melakukan perniagaan adalah strategi utama yang memberi faedah kepada ekonomi tempatan dan satu lagi

dengan tradisi jangka panjang di AIG.

Aktiviti PolitikIa adalah penting bahawa aktiviti atau kepentingan politik peribadi tidak bercanggah dengan tanggungjawab di AIG atau yang melibatkan sokongan AIG. Secara khususnya:

• Nama AIG tidak boleh digunakan oleh pekerja yang dicalonkan untuk politik pejabat, selain daripada untuk mengenal pasti AIG sebagai majikan mereka.

• Menganjurkan atau berkempen untuk politik pejabat oleh pekerja AIG mestilah tidak memberikan, atau menyebabkan, konfl ik kepentingan dengan tugas AIG.

• Dana AIG atau aset AIG lain tidak boleh digunakan untuk tujuan politik, termasuk sokongan politik ('melobi") tanpa berunding terlebih dahulu dengan Timbalan Presiden AIG-Hal Ehwal Korporat atau Pengarah Perhubungan

Negara bagi Jabatan Undang-undang AIG.

• Hanya wakil yang dibenarkan boleh membuat sumbangan korporat kepada calon politik untuk pejabat umum bagi pihak AIG.

Oleh kerana undang-undang dan peraturan yang mengawal aktiviti dan sumbangan korporat adalah rumit, Jabatan Hal Ehwal Korporat AIG atau Kumpulan Perhubungan Negara bagi Jabatan Undang-undang AIG perlu berunding berkenaan sumbangan untuk memastikan sumbangan dan aktiviti seperti itu dibenarkan dan konsisten dengan strategi perniagaan AIG untuk rantau

tersebut.

Perdagangan dalam SekuritiSemasa mengendalikan perniagaan AIG kerap kita sering mengetahui mengenai maklumat bukan umum yang penting mengenai AIG, pembekalnya dan syarikat lain. Kita berkewajipan untuk melindungi maklumat ini daripada disalah guna. Ia adalah bertentangan dengan dasar AIG, dan kebanyakan negara ia melanggar undang-undang untuk:

• Menjual beli sekuriti semasa memiliki maklumat penting bukan umum.

• Menyampaikan maklumat bukan umum yang penting kepada sesiapa yang boleh menjual beli sekuriti berdasarkan kepadanya atau memberikan cadangan untuk membeli atau menjual sekuriti

kepada yang lain.

Insurans

adalah

"keajaiban

biasa yang

sangat

berkesan

untuk

berjuta-

juta."

– S i r W i n s t o n

C h u r c h i l l

17 T a t a k e l a k u a n

Page 20: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Di samping itu, pekerja tidak boleh:

• Berhubungan dengan perdagangan spekulatif

dalam sekuriti AIG atau subsidiarinya.

• Berhubungan dengan transaksi lindung nilai

menggunakan sekuriti AIG.

• “Jualan singkat” sekuriti AIG.

• Meniagakan sekuriti terbitan, seperti opsyen "jual"

atau "beli", "swap" atau "collars" yang berkaitan

dengan sekuriti AIG.

Pekerja bagi bidang perniagaan tertentu mungkin

tertakluk kepada peralatan pra-kebenaran dengan

merujuk kepada aktiviti perdagangan peribadi mereka.

Pencegahan Pengubahan Wang Haram AIG komited untuk memenuhi tanggungjawab

bagi membantu mencegah pengubahan wang dan

pembiayaan keganasan. Tanggungjawab ini biasanya

termasuk mengenal pasti klien, mengawasi aktiviti

klien dan melaporkan kecurigaan atau aktiviti luar

biasa secara konsisten dengan undang-undang

yang digunakan. Pekerja perlu mematuhi program

anti pengubahan wang haram yang ditubuhkan oleh

AIG dan unit perniagaannya. Keperluan melaporkan

aktiviti yang mencurigakan adalah sensitif kepada

masa. Hubungi pengurus anda atau pegawai

pematuhan yang bertanggungjawab untuk mencegah

pengubahan wang haram sebaik sahaja anda

mempunyai kebimbangan bahawa sesuatu aktiviti

boleh menjadi luar biasa atau mencurigakan.

Persetujuan Ekonomik, Undang-undang Anti memboikot dan Undang-undang Kawalan EksportDalam mematuhi program A.S dan persetujuan

lain yang digunakan, pekerja AIG adalah dilarang

daripada mengendalikan perniagaan dengan atau

memperoleh faedah daripada kerajaan, individu dan

entiti tertentu (seperti pengganas dan pedagang

narkotik) yang disyaki serta individu dan entiti yang

ditempatkan dalam, mempunyai urusan tertentu

dengan atau adalah rakyat atau agen bagi negara

tertentu. Untuk menentukan sama ada sesebuah

kerajaan, individu atau entiti tertakluk kepada larangan

ini, berundinglah dengan pegawai pematuhan yang

bertanggungjawab untuk sekatan.

Pekerja AIG adalah dilarang daripada menyertai

memboikot melainkan mendapat persetujuan

Kerajaan A.S. Jika anda diminta untuk menyertai, atau

memberikan maklumat yang mungkin digunakan untuk

lanjutan memboikot, laporkan hal tersebut dengan

segera kepada pegawai pematuhan yang dilantik

untuk sekatan.

Pekerja AIG juga mesti mematuhi undang-undang

kawalan eksport yang digunakan. Untuk menentukan

jika eksport atau eksport semula adalah tertakluk

kepada kawalan atau larangan, berundinglah dengan

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada

perniagaan anda.

Sebagai organisasi global, pekerja AIG mungkin diminta

untuk mengikuti persetujuan ekonomi atau undang-

undang embargo. Memandangkan undang-undang

negara boleh bercanggah, dalam situasi seperti itu ia

adalah penting untuk menghubungi pegawai pematuhan

yang bertanggungjawab untuk sekatan.

Berkomunikasi dengan pihak AwamHanya mereka yang dibenarkan untuk melakukan

demikian harus bercakap bagi pihak AIG, dan

maklumat yang diberikan mestilah lengkap, adil,

tepat, mengikut masa dan boleh difahami. Semua

permintaan daripada pelabur, penganalisis dan media

harus dirujuk kepada Jabatan Komunikasi Korporat

AIG atau Perhubungan Pelabur.

Jangan berikan tanggapan yang anda bercakap bagi

pihak AIG dalam sebarang komunikasi peribadi, termasuk

forum pengguna, blog, bilik bual dan papan buletin.

Berkomunikasi dengan Pengawal Atur dan Pegawai Rasmi Kerajaan Lain-lain Pertanyaan daripada pengawal atur – di luar kursus

biasa hubungan pengawal atur AIG – mesti dilaporkan

dengan segera kepada pegawai pematuhan untuk

perniagaan anda atau wakil AIG yang dilantik sebelum

maklum balas dibuat. Pelaporan kewangan berkaitan

18

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

Hormat

Page 21: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Komitmen kita

sebagai Warga

Korporat S&JS&J

S: Saya terdengar daripada pengurus

saya bahawa pembekal baru digunakan

berkaitan dengan produk baru yang

dibangunkan yang akan diumumkan

kepada umum dalam masa empat minggu.

Melabur dalam pembekal tersebut

merupakan idea pelaburan yang hebat.

Bolehkah saya memberitahu yang lain?

J: Tidak. Maklumat seperti ini dianggap

sebagai maklumat penting bukan untuk

umum. Anda tidak boleh menjual belinya

semasa memilikinya, dan anda juga tidak

boleh berkongsinya dengan yang lain yang

mungkin akan menggunakan maklumat

tersebut.

S: Jika saya diminta untuk memberi komen

tentang gambaran kewangan AIG oleh

seorang ahli media, bolehkah saya

memberikan pandangan saya jika saya

menyatakannya?

J: Tidak. Anda tidak harus memberikan

sebarang komen, walaupun pendapat

peribadi, kepada akhbar tanpa kelulusan

daripada Komunikasi Korporat AIG

terlebih dahulu. Anda harus merujuk

semua permintaan media untuk maklumat

Komunikasi Korporat.

S: Seorang eksekutif daripada syarikat yang

dimiliki negara telah mencadangkan

bahawa jika kita memberi derma kepada

pertubuhan kebajikan tempatan, usaha

jualan kita dipercayai akan mudah

diterima di negaranya. Saya tidak selesa

dengan perkara ini. Apa yang harus saya

lakukan?

J: Tindakan anda untuk berasa tidak selesa

adalah betul. Bayaran tersebut mungkin

melanggar undang-undang anti-rasuah.

Bincangkan situasi tersebut dengan

pegawai pematuhan yang ditugaskan

kepada perniagaan anda.

pertanyaan mungkin diberi maklum balas oleh pengawal

yang diberi kuasa. Maklum balas kepada pengawal atur

mestilah mengandungi maklumat yang lengkap, berdasarkan

fakta dan tepat. Sewaktu penyeliaan atau pemeriksaan

pengawal atur, dokumen tidak boleh dirahsiakan,

dirosakkan atau diubah, dan tidak boleh menipu atau

membuat kenyataan yang mengelirukan kepada pengawal

atur. Permintaan daripada juruaudit adalah tertakluk kepada

piawaian yang sama.

Perniagaan KerajaanMelakukan perniagaan dengan kerajaan boleh mendatangkan

risiko berbeza daripada perniagaan dalam kawasan pasaran

komersial. Undang-undang berkaitan membuat kontrak

dengan agensi antarabangsa, persekutuan, negara dan

tempatan adalah lebih tegas dan rumit. Kendalian dan amalan

tertentu yang boleh diterima dalam tetapan komersial adalah

dilarang dalam sektor awam. Maka, anda harus berunding

dengan pihak pengurusan, atau pegawai pematuhan yang

ditugaskan kepada perniagaan anda sebelum membuat

sebarang keputusan tentang melakukan perniagaan dengan

entiti kerajaan.

Anti rasuah dan SogokanKita tidak boleh menggunakan tujuan yang tidak betul untuk

mempengaruhi pertimbangan perniagaan lain. Tiada pekerja,

agen, atau kontraktor bebas AIG boleh memberikan rasuah

atau faedah lain yang tidak wajar kepada orang lain untuk

mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan

yang tidak adil dalam sebarang interaksi perniagaan yang

melibatkan AIG, pelanggan atau pekerja kita.

Bayaran atau janji untuk membayar dalam nilai tertentu

untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau

sebaliknya memberi kelebihan yang tidak wajar tidak harus

dilakukan kepada pegawai rasmi atau pekerja kerajaan.

Pegawai rasmi kerajaan boleh merangkumi pengurusan

kanan perusahaan yang dikawal atau dimiliki dalam

keseluruhan atau dalam bahagian oleh kerajaan.

Undang-undang Anti rasuah juga melarang kewujudan buku

dan rekod yang tidak tepat atau palsu dan ia memerlukan

syarikat untuk membangun dan mengekalkan kawalan

secukupnya berkenaan aset dan perakaunan korporat.

Kesemua pekerja dan pegawai AIG perlu mematuhi Akta

Amalan Rasuah Luar Negara A.S.

Mana-mana pekerja yang mempunyai pengetahuan, atau

dengan kepercayaan suspek yang baik, pelanggaran

sebarang undang-undang, peraturan atau dasar ini mesti

digesa untuk melaporkannya kepada pegawai pematuhan

yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

19

Page 22: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin
Page 23: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Tatakelakuan AIG bukan kontrak pengambilan bekerja. Tiada apa di dalam Tatakelakuan tersebut yang harus

ditafsirkan sebagai sebarang janji atau sebagai mewujudkan kontrak berkenaan upahan atau keadaan kerja

lain. Pekerja AIG tidak mempunyai hak untuk menamatkan hubungan kerja pada bila-bila masa untuk apa jua

alasan, tertakluk kepada sebarang perjanjian pekerja bertulis. Begitu juga, tertakluk kepada sebarang undang-

undang yang digunakan dan sebarang perjanjian bekerja bertulis, AIG mempunyai hak untuk melepaskan atau

mengenakan tindakan disiplin kepada mana-mana pekerja dengan atau tanpa amaran.

Page 24: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin
Page 25: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

S: Semasa di luar negara saya diberikan sebuah

hadiah istiadat oleh seorang pembekal. Saya

tidak rasa saya boleh menolak. Apa patut saya

lakukan sekarang?

J: Hadiah boleh diterima jika: ia bernilai kurang

daripada AS$150; ia juga selaras dengan dasar

hadiah dan hiburan AIG dan unit perniagaan anda;

dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai terlampau

mempengaruhi keputusan perniagaan.

Jika enggan menerima ataupun memulangkan

hadiah bernilai lebih daripada AS$150 dianggap

menyinggung perasaan, memalukan, atau

merosakkan hubungan perniagaan, hadiah itu

boleh diterima bagi pihak AIG asalkan penerimaan

itu tidak melanggar sebarang undang-undang.

Dalam keadaan sebegini, beritahu pengurus anda

atau pegawai pematuhan anda, berikan hadiah

itu kepada pengurus anda serta merta, dan buat

laporan berkenaan penerimaan hadiah itu dengan

pengurus anda.

S: Saya seorang pembantu pentadbiran. Pengurus

saya sangat aktif dalam politik tempatan dan

dia sering meminta saya menyalin risalah dan

merancang acara politik yang dianjurkannya

pada masa peribadinya sendiri. Memandangkan

kerja politiknya selalu berkaitan dengan industri

kita dan isu yang mempunyai impak pada AIG,

dia telah meminta saya menghantar beberapa

perbelanjaannya untuk pembayaran balik.

Adakah ini boleh diterima?

J: Tidak, ia tidak boleh diterima. Perbelanjaan pengurus

anda adalah sumbangan peribadinya. Pembayaran

balik AIG untuk sumbangan politik peribadi adalah

dilarang oleh undang-undang. Pengurus anda juga

mungkin mencabuli Kod dan dasar kami jika dia

menyuruh anda menggunakan perkakas atau sumber

lain AIG, termasuk waktu kerja anda, untuk membuat

salinan dan membantunya dalam perancangan

aktiviti politik peribadinya.

S: Seorang rakan kongsi perniagaan menawarkan

saya tiket ke sebuah perlawanan bola sepak. Dia

tidak dapat menggunakannya dan dia memberitahu

saya dia akan membuangnya jika saya tidak

mengambilnya. Bolehkah saya mengambil tiket itu?

J: Sebarang hiburan perniagaan yang diberikan kepada

seorang kakitangan AIG perlu merangkumi seorang wakil

dari organisasi yang menyediakan hiburan itu. Jika tidak,

seperti di dalam kes ini, adab perniagaan itu akan

dianggap sebagai hadiah dan standard penerimaan

hadiah AIG diguna pakai.

S: Saya seorang kakitangan AIG dalam jawatan jualan.

Adakah dasar hadiah AIG diguna pakai kepada

anugerah pemasaran?

J: Tidak. Dasar hadiah tidak dikenakan pada anugerah

yang diberikan oleh AIG kepada pekerjanya berdasarkan

penghasilan jualan, dengan syarat anugerah tersebut

disokong oleh objektif jualan yang boleh dipamerkan

dan kriteria objektif pampasan.

S: Saya keliru dengan isu antitrust. Apa yang saya

benar-benar perlu tahu atau lakukan?

J: Di sini ada standard mudah dalam kawasan yang

rumit ini. Jika sesebuah perbualan atau situasi kelihatan

mengehadkan persaingan di dalam sebuah pasaran

antara pesaing, pembekal dan lain-lain, bincangkan

dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada

perniagaan anda.

S: Saya tinggal di A.S., dan saya merancang untuk

bertanding bagi majlis bandar raya. Adakah saya

perlu mendapatkan kebenaran daripada AIG?

J: Anda patut membincangkan rancangan anda dengan

pihak pengurusan untuk menentukan sama ada

sebarang konfl ik perniagaan AIG akan berbangkit jika

anda bertanding untuk jawatan dipilih atau dilantik ke

jawatan politik. Sebagai contoh, isu kompleks berkaitan

pembiayaan kempen dan konfl ik kepentingan yang

berpotensi mungkin perlu dikenalpasti berkaitan dengan

pertandingan merebut jawatan. Hubungi pegawai

pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda

sebelum mengumumkan pencalonan anda untuk jawatan

dipilih atau menerima jawatan yang dilantik.

Menyampaikan

Komitmen Kita S&JS&J

Page 26: TATAKELAKUAN - aigcorporate.com · berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan ... Sihat dan Terjamin

Tatakelakuan AIG

Pengakuan

Saya mengakui bahawa saya telah menerima Tatakelakuan AIG.

Saya mengakui bahawa sebagai salah seorang: (tanda satu)

b Pegawai AIG

b Pekerja AIG

Saya dikehendaki mematuhi dasar yang dinyatakan di dalam Tatakelakuan AIG, dan kegagalan

untuk melakukan sedemikian boleh menyebabkan saya tertakluk kepada tindakan tatatertib,

sehingga dan merangkumi pemberhentian (dan kehilangan faedah kakitangan) dan, jika

berkenaan, kepada prosiding jenayah atau sivil.

Saya memahami bahawa jika saya mempunyai kekhuatiran tentang pelanggaran Tatakelakuan

AIG, saya mesti segera melaporkan pelanggaran tersebut kepada pengurus saya dan/atau

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan saya.

Tandatangan:

Tarikh:

Nama:

Syarikat AIG:

Jabatan:

Alamat:

(sila cetak)