peranan institusi keluarga dalam menangani masalah sosial

6
Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial Peranan Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar. Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan? Tampaknya, masalah gengsterisme, vandalisme, samseng jalanan, pembuangan bayi, remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Peredaran masa dari setahun ke setahun memberi peluang kepada golongan remaja menjadi cepat matang. Perkembangan teknologi maklumat, kemudahan pendidikan dan kewujudan era globalisasi telah mempercepatkan penerimaan budaya dan nilai luar ke atas masyarakat muda di negara kita. Golongan yang mudah terpengaruh dengan nilai-nilai ini tentulah golongan remaja yang akhirnya dikaitkan dengan setiap masalah sosial. Antara tiga kegiatan tersebut, penyalahgunaan dadah merupakan ancaman terbesar dan serius kepada negara kerana kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM5.17 juta setahun untuk memeranginya. Jika diperhati anak-anak remaja kita di pusat membeli-belah, perhentian bas dan di dataran, sebahagian besar pengunjungnya adalah pelepak. Mereka boleh diibaratkan ”sambil menyelam minum air” kerana di samping melepak, mereka juga akan mengacau dan mengurat http://prauniversiti6.blogspot.com

Upload: muhammad-farhan

Post on 10-Aug-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Peranan Institusi Keluarga

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Peranan

Pada alaf globalisasi dan modenisasi ini, gejala sosial sentiasa menghiasi lembaran akhbar.  Gejala sosial yang semakin meruncing telah menggusarkan masyarakat. Fenomena  ini diibaratkan duri dalam daging dalam sosial kita. Kenapa pembangunan mentaliti rakyat kita tidak selaras dengan pembangunan fizikal kita sehingga penyakit sosial sentiasa menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan?  Tampaknya, masalah gengsterisme,  vandalisme, samseng jalanan,  pembuangan bayi,  remaja lari dari rumah sering berkait rapat dengan kebejatan institusi keluarga. Walhal, peranan keluarga amat signifikan untuk  mengekang sindrom sosial terutamanya masalah remaja. Peredaran masa dari setahun ke setahun memberi peluang kepada golongan remaja menjadi cepat matang. Perkembangan teknologi maklumat, kemudahan pendidikan dan kewujudan era globalisasi telah mempercepatkan penerimaan budaya dan nilai luar ke atas masyarakat muda di negara kita. Golongan yang mudah terpengaruh dengan nilai-nilai ini tentulah golongan remaja yang akhirnya dikaitkan dengan setiap masalah sosial. Antara tiga kegiatan tersebut, penyalahgunaan dadah merupakan ancaman terbesar dan serius kepada negara kerana kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM5.17 juta setahun untuk memeranginya. Jika diperhati anak-anak remaja kita di pusat membeli-belah, perhentian bas dan di dataran, sebahagian besar pengunjungnya adalah pelepak. Mereka boleh diibaratkan ”sambil menyelam minum air” kerana di samping melepak, mereka juga akan mengacau dan mengurat gadis dan wanita yang lalu lalang. Di pekan-pekan besar, tempat popular lebih terserlah lalu ada yang berani minum arak dan sekali sekala mencuba dadah. Tarikan remaja dan pelajar untuk lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah memang kita maklumi kerana mereka kini terdedah dengan pengaruh media seperti televisyen, filem, majalah, internet dan wireless communication.

Isi – Isi

Salah satu peranan institusi keluarga adalah ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral kepada anak mereka sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Didikan agama dan moral bagaikan perisai yang berupaya menghalang segala godaan maksiat . Senario ini dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.  Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.  Ketua keluarga

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 2: Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

perlu membimbing anggota keluarga untuk menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab.  Sehubungan dengan itu, anak-anak dapat membezakan antara kaca dengan permata kerana mempunyai jati diri yang kukuh sebagai pedoman hidupnya.

Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab  untuk mengawasi pergerakan anak-anak. Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah. Hal ini  terjadi demikian kerana  banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya akan menghasut jiwa remaja yang bertelinga nipis dan pantang dicabar.  Jika rakan sebaya mereka tidak berperibadi mulia,  remaja yang setahun jagung dan darah setampuk pinang pasti akan mengikut jejak langkah rakan mereka, seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya.  Lantarannya, pergaulan anak tidak boleh dipandang enteng oleh ibu bapa. Dengan kata lain , ibu bapa perlu mewujudkan keluarga yang bahagia demi membentuk personaliti anak-anak  yang mulia sehingga berjaya.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan  teladan yang baik kepada anak-anak. Suri teladan ibu bapa mampu membentuk sahsiah  anak-anak. Tambahan pula, sikap anak-anak yang suka meniru apa-apa sahaja yang dilihatnya. Bak kata peribahasa, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”.  Ibu bapa perlu menjauhi kegiatan yang negatif seperti merokok, minum alkohol, mengakses laman web lucah dan lain-lain lagi.   Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang perlu dihayati oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa yang ego, individualistik, materialistik, dan bongkak  akan mencanai generasi  muda yang berakhlak biadab dan berbudaya sumbang.

Dalam pada itu, kasih sayang yang sempurna  dan kamil amat diperlukan oleh anak-anak. Ekoran daripada itu , ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Kejadian  ini berlaku  kerana anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh oleh  gejala sosial. Ibu bapa perlu sentiasa melayani anak mereka bagai  menatang minyak yang penuh. Sebagai contoh, ibu bapa sewajarnya membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka. Sementelahan, ibu bapa perlu memberikan pujian yang ikhlas ketika anak mereka mencapai sesuatu kejayaan atau melakukan perkara yang betul. Dengan itu, anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. Mereka pun sanggup meluahkan isi hati ketika mengalami kemusykilan kerana ibu bapa mereka bersedia mendengar rintihan jiwa mereka. Ternyata keluarga yang harmoni  berdominan untuk  membanteras kegiatan negatif.

Di samping itu , setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa berkongsi masalah. Ibu bapa harus  sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.  Seterusnya, ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, ibu bapa boleh meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak. Sebaliknya anak-anak perlu memahami tanggungjawab dan bebanan ibu bapa mereka. Anak-anak perlu sentiasa membantu ibu bapa membuat kerja rumah tangga untuk meringankan tekanan mereka. Dengan itu,  setiap anggota keluarga akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain. Aktiviti keluarga seperti gotong-royong dan hari keluarga patut diadakan dari semasa ke semasa supaya mengeratkan silaturahim sekeluarga.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 3: Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Pendidikan agama sejak kecil dan dimulakan di rumah seharusnya menjadi elemen yang penting dalam membentuk moral dan mengatasi masalah sosial ini. Ramai bertanya kenapakah pendidikan agama di sekolah kurang berkesan untuk membentuk peribadi pelajar seperti yang diharap-harapkan. Adalah sesuatu yang janggal apabila sistem pendidikan agama di sekolah aliran agama gagal membentuk akhlak dan moral pelajar. Pengkajian haruslah dilakukan bagi menjadikan pendidikan agama sebagai satu saluran penting bagi mendidik generasi pelajar walaupun terpaksa menukarkan seluruh kakitangan sekolah seperti yang berlaku di sebuah sekolah agama di Pahang sedikit masa lalu. Barangkali pendidikan agama selama ini telah agak tersasar dari tujuan asasnya untuk memberi pengetahuan yang secukupnya kepada para pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran termasuk cabaran sosial dan moral. Mereka tidak mendapat ilmu agama bagi menyuluh perjalanan hidup di dunia juga tidak memahami cabaran kehidupan moden dan global dalam konteks agama dan moral. Faktor agama memainkan peranan yang dominan bagi membentuk sikap dan nilai yang betul terhadap kehidupan. Pendidikan agama wajar dikaji semula mekanisme dan teknik pengajaran supaya dapat diwujudkan satu budaya baru pelajar yang berorientasikan kemodenan, pertumbuhan ekonomi dan tahap toleransi yang memuaskan.

Dalam menangani kemelut anak-anak Melayu terutama dalam isu-isu moral, perhatian awal dan dikira paling penting untuk diberi perhatian sewajarnya ialah institusi keluarga. Sebagai bangsa Melayu yang sering disinonimkan dengan Islam, kita harus sentiasa ingat bahawa tonggak atau kekuatan bangsa Melayu terletak pada agama Islam itu sendiri. Risalah Islam yang didatangkan melalui perutusan Rasulullah s.a.w merupakan satu garis panduan lengkap untuk menjalani sebuah kehidupan. Pada masa yang sama, ia membina sebuah kemajuan yang dapat membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Islam merupakan satu risalah yang bertujuan untuk membentuk manusia yang kuat, seimbang dan sempurna keperibadiannya untuk menjalani kehidupan di dunia dan tidak melupai akhirat, mengumpulkan harta dan tidakmelupakan hari perhitungan, mengambil hak dan tidak melupakan kewajipan. Walau bagaimanapun apa yang berlaku pada hari ini tidak seperti yang sepatutnya.Sebagai asasnya, ibu bapa sebagai pendidik perlulah menggembleng sepenuh tenaganya dan cuba sentiasa memfokuskan perhatian terhadap melaksanakan segala perintah yang diturunkan Allah. Keyakinan beragama perlulah dipupuk sehingga menjadi darah daging dalam kehidupan. Sudah pasti anak akan membesar di atas dasar iman dan taqwa dan akan bertapak padanya akhlak dan budi pekerti yang mulia.Perlulah diingatkan bahawa sebagai ibu atau bapa kita terlebih dahulu perlu memiliki akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang dapat dicontohi, ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak.Namun sekiranya ibu bapa sendiri yang ketandusan akhlak mulia seperti pengasih,penyanyang, bersopan santun, berbudi pekerti mulia bagaimana untuk mereka ‘mengeksport’ kemuliaan itu kepada orang lain khususnya kepada anak-anak.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Page 4: Peranan Institusi Keluarga Dalam Menangani Masalah Sosial

Penutup

Secara tuntasnya, segala langkah di atas tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada semua ahli keluarga seperti ibu bapa, abang dan kakak. Pendidikan yang dipelajari di sekolah bukan sekadar ”kena belajar” malah merupakan alat untuk perubahan. Pengkayaan nilai dan sikap bagi membentuk peribadi mulia dan terpuji lebih berkesan jika dibuat melalui pendidikan yang bersistematik dan berterusan. Di sinilah letaknya kepentingan kesedaran terhadap keutuhan keluarga supaya sokongan dan perhatian serta kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak terus subur sepanjang masa.Slogan “Keluargaku, syurgaku”, dan “Semakin hari semakin sayang” patut dihayati oleh seisi komuniti kita supaya melahirkan masyarakat madani dan sakinat. Kemakmuran yang pada asasnya bermula dari dalam diri individu akan berkembang untuk mewujudkan kesejahteraan dalam keluarga. Melalui tiga kaedah pendidikan asas iaitu pendidikan melalui teladan, pendidikan yang menekankan aspek kerohanian dan pendidikan tentang kedudukan dan kelangsungan bangsa, ibu bapa mampu menyumbang ke arah pembentukan sebuah tamadun bangsa.Integriti merupakan suatu pakej nilai-nilai murni yang mulia yang terhasil dari kredibiliti dan kemuliaan kedua ibu bapa untuk menjamin kekuatan sesebuah institusi keluarga. Institusi keluarga yang dipimpin oleh ibu bapa mempunyai integriti yang tinggi sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Masyarakat yang memiliki dan menguasai ilmu pengetahuan dan akhlak yang mulia merupakan eleman penting untuk membentuk sebuah tamadun bangsa.

http://prauniversiti6.blogspot.com