peranan institusi kekeluargaan

37
1 TOKOH TAMADUN ISLAM 1.0 . PENDAHULUAN Secara umumnya pengertian tamadun islam mempunyai perkaitan daripada aspek Bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut Bahasa Arab, sudut epistemology Bahasa Inggeris dan Bahasa Latin. Dari sudut Bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan hadarah. Ibn Khaldun,seorang sarjana islam yang unggul dalam bidang ilmu kemasyarakatan islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan istilah umran. Umran digunakan dalam kajian tentang Bandar-bandar atau ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan, kedaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju. Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah satu daerah, kota, Bandar, kampong atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan Bahasa arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri hidup Bandar, dan kota-kota yang dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun. Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam Bahasa inggeris berhubung kait dengan kemajuan

Upload: syahirah-haris

Post on 13-Dec-2015

152 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

instutusi keluarga

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

1

TOKOH TAMADUN ISLAM

1.0 . PENDAHULUAN

Secara umumnya pengertian tamadun islam mempunyai perkaitan

daripada aspek Bahasa dan istilah. Pengertian tamadun atau peradaban

secara keseluruhannya dapat dilihat melalui sudut Bahasa Arab, sudut

epistemology Bahasa Inggeris dan Bahasa Latin.

Dari sudut Bahasa Arab, terdapat beberapa istilah yang dirujuk dalam

konteks tamadun. Antara istilah-istilah tersebut ialah madaniah,tamadun, dan

hadarah. Ibn Khaldun,seorang sarjana islam yang unggul dalam bidang ilmu

kemasyarakatan islam dalam karyanya Muqaddimmah telah menggunakan

istilah umran. Umran digunakan dalam kajian tentang Bandar-bandar atau

ibu kota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan,

kedaan tinggal menetap, berkembang subur dan maju.

Selain itu, Ibn Khaldun juga menggunakan istilah hadarah sebagai

berlawanan dengan istilah badi atau badiah. Hadarah ialah satu daerah,

kota, Bandar, kampong atau tanah yang diusahakan. Dalam penggunaan

Bahasa arab moden masa kini, perkataan tamadun bererti memiliki ciri-ciri

hidup Bandar, dan kota-kota yang dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri

tamadun.

Dari sudut epistemology, istilah civilization dalam Bahasa inggeris

berhubung kait dengan kemajuan dalam membangunkan kehidupan dalam

pelbagai peringkat terutamanya di peringkat negara.

Selain itu, terdapat dalam kalangan sarjana islam yang memberikan

definisi berhubung dengan tamadun islam. Antaranya ialah Syed

Muhammad Naquib Al-Attas. Beliau telah memberikan takrif tamadun islam

sebagai ‘keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai

taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh

masyarakatnya’.

Page 2: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

2

TOKOH TAMADUN ISLAM

2.0 . OBJEKTIF

1. Menerangkan tentang pengenalan tamadun, konsep tamadun dan latar

Page 3: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

3

TOKOH TAMADUN ISLAM

belakang tamadun islam.

2. Menerangkan latar belakang tokoh terulung iaitu Al-Khawarizmi dan Ibnu

Sina.

3. Menghuraikan tentang sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh.

4. Memahami karya-karya dan ketokohan Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina.

5. Mengetahui tentang sejarah ciptaan dan penyelidikan yang telah dibuat

oleh

Al-Khawarizmi dan Ibnu Sina.

3.0.TOKOH TAMADUN ISLAM DALAM PERANAN INSTITUSI

KEKELUARGAAN

IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial

manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi

persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu

sendiri.Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut

Page 4: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

4

TOKOH TAMADUN ISLAM

tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, diikuti tahap

peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran.

Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu diserapkan ke dalam

personaliti setiap individu. Proses ini dapat dilaksanakan oleh ejen ketiga iaitu

institusi keluarga.Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat perlu bagi

mewujudkan individu yang normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat.

Pandangan ini sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi

yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk

menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”

Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak

individu supaya sentiasa baik dan berada dalam landasan agama. Guru dan

golongan tua juga ejen yang membantu menerapkan nilai murni kepada

individu.Golongan tua terlebih dulu makan garam memandu golongan muda

berdasarkan pengalaman hidup yang sudah mereka tempuhi. Sementara guru

pula berkemampuan mengajarkan pelbagai ilmu kepada murid.

3.1. Abstrak

Artikel ini membincangkan tentang permasalahan sosial yang dihadapi oleh

masyarakat Melayu. Hal ini menjadi suatu keperluan untuk ditangani dalam

konteks negara kita sedang menuju ke era pembangunan dan mencapai status

negara maju. Justeru itu, peranan keluarga adalah komponen yang paling asas

dalam proses pembentukan masyarakat dan negara keseluruhannya. Artikel ini

mencadangkan agar pendidikan dijadikan perkara yang paling asas untuk

membangunkan umat dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan

negara. Tambahan pula, ajaran agama Islam yang terkandung dalam kitab al-

Qur’an dan hadith begitu banyak memuatkan tentang peranan ibu bapa,

kepentingan pendidikan dan pembangunan ummah.

3.2. Pendahuluan

Page 5: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

5

TOKOH TAMADUN ISLAM

Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan

masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan negara

tidak akan sempurna. Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi

pencorak masyarakat yang bakal dibina. Di dalam Islam tanggungjawab

kepimpinan keluarga pada asasnya terletak pada kaum lelaki. Walau

bagaimanapun dalam memastikan kejayaan institusi ini, kedua-dua belah pihak

iaitu ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan yang sama penting. Sebagai

suami peranan asas ialah menyediakan keperluan seperti makanan, tempat

tinggal dan pakaian. Bukan itu sahaja, sebagai seorang ayah, beliau juga

bertanggungjawab untuk memberi pendidikan akademik yang penting untuk

perkembangan minda dan pendidikan agama untuk kesejahteraan rohani dan

fizikal. Bagi ibu pula tanggungjawab utamanya ialah memastikan kelancaran

dalam sistem rumah tangga yang disulami perasaan kasih sayang dan hormat

menghormati. Mungkin perkara ini bagi setiap individu yang bergelar ibu dan

bapa sudah terlalu arif dan tidak perlu untuk dibahaskan lagi.

Malangnya kehidupan manusia pada hari ini semakin jauh daripada nilai-

nilai moral yang terkandung dalam al-Quran. Fenomena ini berbeza jika

dibandingkan dengan kehidupan para sahabat iaitu generasi pertama didikan

Rasulullah. Nilai-nilai moral yang ada hari ini agak berubah dan menyimpang.

Saban hari bilangan anak-anak Melayu yang terlibat dalam perkara-perkara yang

tidak diingini semakin meningkat. Peratusan anak Melayu yang terlibat dalam

gejala negatif amat membimbangkan kita. Ini kerana anak-anak hari ini

merupakan bakal pemimpin masa depan.

3.3. Permasalahan sosial

Permasalahan sosial kini menjadi suatu isu yang serius dalam negara. Satu

kenyataan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tentang jumlah anak-anak

Page 6: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

6

TOKOH TAMADUN ISLAM

Melayu yang paling banyak berada di pusat pemulihan akhlak (Utusan Malaysia,

21 April 2004). Sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam, apakah perasaan

kita bila mengetahui kedudukan seperti ini. Apakah Islam yang kita faham

sebagai agama penyelamat dan bersifat holistik (menyeluruh) yang merupakan

panduan hidup kita telah menghalakan kehidupan anak-anak kita ke arah

tersebut. Ataupun kita sebagai ibu dan bapa yang telah mengalami kemerosotan

integriti dalam sebuah institusi sosial yang paling penting iaitu keluarga? Dengan

perkataan mudah, adakah kita sebagai ibu dan bapa telah tidak melaksanakan

tanggungjawab keibubapaan dengan sebaik yang mungkin?

Dalam menangani kemelut anak-anak Melayu terutama dalam isu-isu moral,

perhatian awal dan dikira paling penting untuk diberi perhatian sewajarnya ialah

institusi keluarga. Sebagai bangsa Melayu yang sering disinonimkan dengan

Islam, kita harus sentiasa ingat bahawa tonggak atau kekuatan bangsa Melayu

terletak pada agama Islam itu sendiri. Risalah Islam yang didatangkan melalui

perutusan Rasulullah s.a.w merupakan satu garis panduan lengkap untuk

menjalani sebuah kehidupan. Pada masa yang sama, ia membina sebuah

kemajuan yang dapat membawa kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Islam merupakan satu risalah yang bertujuan untuk membentuk manusia yang

kuat, seimbang dan sempurna keperibadiannya untuk menjalani kehidupan di

dunia dan tidak melupai akhirat, mengumpulkan harta dan tidak melupakan hari

perhitungan, mengambil hak dan tidak melupakan kewajipan. Walau

bagaimanapun apa yang berlaku pada hari ini tidak seperti yang sepatutnya.

Mungkinkah ini terjadi kerana kekaburan tentang bagaimana memahami Islam

sebagai satu cara hidup yang menjamin keselamatan hidup manusia dan pada

masa yang sama dapat menghasilkan sebuah kemajuan di dunia dan juga

akhirat?

3.4. Matlamat dalam kehidupan

Kemajuan mungkin boleh ditafsirkan menurut tujuan tertentu yang hendak

dicapai oleh manusia. Selagi pergerakan itu ke arah hadapan dan bukan ke

belakang, semakin dekatlah dengan tujuan kemajuan. Begitu juga dengan

Page 7: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

7

TOKOH TAMADUN ISLAM

berhenti yang memberi peluang kepada orang lain untuk mendahului kita

sedangkan kita masih berada di tempat yang sama. Secara dasarnya setiap

manusia itu hidup dan bergerak serta gerakan itulah yang menjadi tanda bagi

satu kehidupan. Dari sini pula timbul satu persoalan apakah matlamat atau

objektif yang manusia perlu dicapai dalam kehidupan mereka agar menepati

kemajuan yang disasarkan.

Islam dengan jelas menjadikan hidup manusia di atas muka bumi ini dengan

tujuan yang asasi iaitu yang pertama untuk beribadah kepada Allah. Dalam

konteks kekeluargaan, sama ada ibu atau bapa harus memahami akan tujuan

asalnya iaitu untuk melakukan ibadah kepada Allah sebagaimana firman Allah

dalam Surah al-Zariyat: 56; “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia

melainkan untuk mereka menyembahKu”. Secara ringkas, apa yang

dimaksudkan dengan beribdat kepada Allah mengikut Ibnu Taimiyyah,

mencakupi setiap perkara yang dicintai dan diredhai Allah sama ada dalam

bentuk ucapan atau perbuatan (Yusuf, 1999:223). Tujuan yang kedua ialah untuk

menjadi Khalifah Allah bagi tujuan mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini.

Selain berperanan sebagai hamba Allah, pada masa yang sama juga manusia

merupakan khalifah dan pentadbir di muka bumi ini. Tugas ini hanya

dikhususkan kepada Nabi Adam dan zuriatnya.

Tugas sebagai pentadbir ini pernah diminta oleh malaikat tetapi Allah yang

lebih mengetahui segalanya menyerahkannya kepada manusia sebagaimana

firmannya dalam Surah al-Baqarah: 30-33; “Dan ingatlah ketika Tuhanmu

berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya aku hendak menjadikan

seorang khalifah di muka bumi”. Mereka bertanya kepada Allah “Adakah Engkau

(Allah) hendak menjadikan di bumi iu orang yang akan membuat kerosakan dan

menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih

dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku

mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui”. Dan Dia telah mengajar Nabi

Adam nama-nama (semua benda) kemudian Dia tunjukkan kepada malaikat lalu

Dia berfirman: “Sebutkanlah kepadaKu nama-nama benda ini semuanya, jika

Page 8: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

8

TOKOH TAMADUN ISLAM

kamu orang-orang yang benar!” Malaikat menjawab maha suci Engkau (Ya

Allah) Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan

kepada kami. Sesungguhnya Engkau jualah yang maha mengetahui, lagi maha

bijaksana”. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini

semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-

benda itu kepada mereka, Allah berfirman “Bukankah aku telah katakan kepada

kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia di langit dan bumi, dan aku

mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”

Dari maksud ayat di atas, dapatlah difahami bahawa Allah telah memberi

kepandaian dan pengetahuan kepada Adam dan tidak diberikan kepada

malaikat. Dengan kelebihan yang berupa kepandaian dan pengetahuan ini,

manusia mendapat tugas sebagai khalifah. Apakah yang dimaksudkan dengan

khalifah Allah di muka bumi ini? Ia bermaksud agar manusia melaksanakan

perintahnya dan menegakkan kebenaran dan keadilan, sebagaimana firman

Allah kepada Nabi Daud bermaksud “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah

menjadikan khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan

benar dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan

kamu dari jalan Allah” (Surah Shad: 26).

Setiap orang adalah pemimpin dalam lingkungan tertentu. Dalam institusi

rumah tangga, suami atau bapa merupakan pemimpin tertinggi yang diberi

tanggungjawab oleh Allah untuk mentadbirkannya di samping menegakkan

kebenaran dan keadilan dalam batas kekuasaannya. Apa yang dimaksudkan

dengan kebenaran ialah apa jua perintah Allah terhadap memastikan

pengurusan rumah tangga berjalan di atas landasanNya. Justeru sebagai

khalifah Allah seorang bapa dan ibu seharusnya bekerja keras dengan

bersungguh-sungguh untuk meningkatkan diri dengan menyerapkan

kesempurnaan sifat-sifat ilahiah rabbaniah yang tinggi dan menjadikan sifat-sifat

terpuji itu sebagai pertunjuk yang harus diserap dan diikuti. Dengan kata lain

tugas hakiki sebagai pentadbir rumah tangga ialah memakmurkan institusi atau

dalam konteks yang lebih luas ialah memakmurkan bumi. Firman Allah yang

Page 9: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

9

TOKOH TAMADUN ISLAM

bermaksud “Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan

kamu pemakmurnya” (Surah Hud: 61).

Tugas memakmurkan bumi ini secara jelas disebutkan supaya tidak timbul

anggapan di kalangan manusia bahawa agama hanya memberi perhatian

kepada aspek akhirat sematamata. Sebagai pemimpin rumah tangga, ibu dan

bapa perlu menggunakan kesempatan yang diberikan Allah untuk hidup di muka

bumi ini dengan menjalankan tugas keibubapaan dengan sebaik yang mungkin.

Di dalam menyempurnakan tanggungjawab tersebut, mereka tentunya akan

menghadapi pelbagai cabaran, ujian dan rintangan yang didatangkan di dalam

berbagai bentuk Untuk menghadapi segala cubaan dan ujian inilah sebagai

hamba Allah, kita dikehendaki menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.

Lebih jelas dari itu, Allah menjadikan tujuan penciptaan bumi dan

perhiasannya, penciptaan kematian dan kehidupan bagi alam seluruhnya adalah

untuk menguji manusia siapa di antara mereka yang paling baik amalannya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Kahfi, ayat 7 yang bermaksud

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai

perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka siapakah yang lebih

baik amalannya”. FirmanNya lagi yang bermaksud “Yang menjadikan kematian

dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik

amalannya” (Surah al-Mulk: 2).

Dari dua ayat di atas, dapatlah difahamkan bahawa cubaan dalam

kedudukan ini bukanlah bermatlamat menonjolkan siapa yang baik amalannya

berbanding dengan yang jahat amalannya, bahkan matlamatnya ialah

menonjolkan siapa yang melakukan amal yang lebih baik daripada orang

lainnya, lebih ideal dan lebih mantap, satu persaingan yang berkisar pada yang

lebih baik bukan pada sekadar yang baik. Justeru, dalam dunia hari ini yang

terlalu mencabar, kewibawaan diri sebagai muslim perlulah menggunakan

kesempatan yang dianugerahkan Allah dengan sebaik mungkin untuk menjadi

seorang ibu atau bapa yang berjaya.

Page 10: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

10

TOKOH TAMADUN ISLAM

Kedua-dua tujuan pokok penciptaan manusia ini saling lengkap melengkapi

antara satu sama lain. Ibadah kepada Allah adalah sebahagian dari tugas

khalifah dan memakmurkan bumi adalah sebahagian dari ibadah kepada Allah.

Justeru itu, mukmin yang berjaya dalam konteks kekeluargaan ini ialah seorang

bapa atau ibu yang dapat mengumpulkan kedua-dua tanggungjawabnya secara

seimbang dan sempurna. Pencapaian seorang mukmin dari tujuan pokok

kehidupannya di dunia ini, maka sebanyak itulah kemajuan dalam sesebuah

keluarga yang dapat diperolehinya. Sebaliknya sebanyak mana kegagalannya

dalam memimpin rumah tangganya, maka sebanyak itulah kemunduran yang

dialaminya.

Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang maju adalah bangsa yang

berilmu. Kemajuan tidak mungkin akan dicapai tanpa pencapaian ilmu yang

tinggi. Untuk tujuan ini ibu bapa perlu memastikan bahawa perasaan cinta

terhadap ilmu ini perlu dipupuk seawal mungkin. Bermula dari rumah tangga, ibu

bapa perlu menyediakan suasana yang kondusif yang boleh menggalakkan

minat anak-anak kepada pertumbuhan ilmu. Dalam hal ini ilmu tanpa nilai moral

boleh menyebabkan manusia akan hilang pertimbangan kemanusiaan. Richard

Livingston, Naib Canselor Universiti Oxford dalam bukunya berjudul “Al-Tarbiyah

li ‘Alam Haier” (Education for Confusing World):

Sekiranya kita mencari ungkapan kata-kata indah untuk melukiskan abad ini,

tentu akan terlintas dalam pemikiran kita berbagai ungkapan. Mungkin kita

menyebutnya sebagai zaman ilmu pengetahuan (sains) atau abad revolusi sosial

atau abad tanpa nilai akhlak. Tetapi ungkapan-ungkapan ini tidak akan dapat

menjelaskan hakikat abad ini secara sepenuhnya ataupun menyifatkannya

dengan adil. Barangkali ungkapan terakhir lebih sesuai daripada yang lain dalam

beberapa sudut untuk diletakkan di tempat perkiraan (Yusuf, 1999:36).

Generasi hari ini perlu diberi pendedahan tentang kepentingan sejarah

terhadap masa depan mereka. Apa yang dimaksudkan dengan sejarah di sini

bukanlah sekadar mengingati tarikh bila sesuatu peristiwa itu berlaku tetapi yang

penting ialah mempelajari kesilapan yang telah dilakukan agar kesilapan itu tidak

Page 11: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

11

TOKOH TAMADUN ISLAM

diulangi. Sejarah juga telah membuktikan bahawa walau semaju mana sesebuah

tamadun itu, kegagalan untuk belajar dari sejarah boleh meruntuhkan

ketamadunan yang telah dicapai. Justeru institusi keluarga hari ini yang

mewariskan generasi muda perlu sentiasa diberi peringatan agar mereka tidak

leka dengan kesenangan yang telah dicapai. Sebaliknya mereka hendaklah

sentiasa meningkatkan keupayaan diri sebagai persediaan menghadapi cabaran

hidup yang bakal ditempuhi. Sesungguhnya penggunaan undang-undang

semata-mata tidak mampu membendung gejala negatif. Hal ini disebabkan

secara lumrah manusia yang melanggar undang-undang beranggapan mereka

boleh mengelakkan dari ditangkap oleh pihak berkuasa.

3.5. Ibu bapa pendidik utama anak-anak

Kedudukan tinggi yang telah Islam berikan kepada golongan wanita tidak

akan bererti apa-apa sekiranya kewajipan-kewajipan yang tertentu terhadap

rumah tangga dan anggota masyarakat tidak ditunaikan. Kedudukan dan

kemuliaan wanita inilah menjadi faktor asas dalam melahirkan keluarga yang

bahagia. Keluarga bahagia ialah keluarga yang ahlinya sihat, hidup dalam

suasana gembira, bersikap saling hormat menghormati serta terpelihara dari

segala perkara negatif dalam aspek kehidupan. Pembentukan keluarga yang

bahagia sebenarnya memerlukan penyertaan dan kerjasama semua ahli rumah.

Bagaimanapun peranan wanita yang bertindak sebagai isteri dan ibu adalah

paling penting. Tanpa mereka, perkembangan insan akan terhenti, keindahan

hidup tidak akan dirasai, segala-galanya akan menjadi pincang.

Wanita hari ini sentiasa diberi peluang yang sama dengan golongan lelaki

terutama dalam bidang pendidikan. Wanita hari ini semakin cerdas dan pintar.

Apabila mereka semakin pandai, maka cita-cita mereka semakin tinggi dan

pastinya banyak cabaran yang terpaksa dihadapi. Semuanya itu hanya dapat

dicukupi oleh suami yang mampu, cerdas dan bercita-cita tinggi. Hasilnya

pemeliharaan dan pendidikan anak-anak akan lehih sempurna. Oleh yang

demikian, dalam dunia hari ini, bagi lelaki yang belum sanggup memelihara isteri

tidak sepatutnya berkahwin. Apa yang dimaksudkan dengan memelihara di sini

Page 12: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

12

TOKOH TAMADUN ISLAM

ialah bukan sekadar memelihara jasmani, tetapi memelihara hati dan jiwa wanita

tersebut. Ini kerana hanya wanita yang terpelihara zahir dan batinnya sahaja

yang dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan sempurna.

Bagi setiap ibu, memelihara dan mendidik anak dengan sebaik-baiknya

adalah kebaktian yang besar terhadap agama, nusa dan bangsa. Sebaliknya

mensia-siakan pendidikan dan pemeliharaan anak, bererti mereka telah

merosakkan negara. Ini kerana kerosakan batin manusia itulah yang menjadi

pokok pangkal kerosakan negara.

Allah telah menciptakan umat manusia dengan dua unsur yang memiliki dua

kecenderungan berbeza iaitu kecenderungan untuk melakukan kejahatan (nafsu)

dan kecenderungan melakukan kebaikan (roh). Di samping itu, Allah juga telah

menyediakan akal sebagai penilai yang menilai kehendak dan keperluan

berdasarkan kepada ajaran agama bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan

kepada Allah. Berdasarkan kepada unsur penciptaan manusia inilah, manusia

sentiasa berada dalam konflik kejiwaan dalam pelbagai bentuk kecelaruan

mental, emosi, tingkah laku, personaliti dan akhirnya dinyatakan dalam berbagai

gejala sosial yang menakutkan kecuali kepada mereka yang memiliki jiwa yang

sihat dan mampu memberikan ketenangan kepada individu di sekelilingnya.

Firman Allah yang bermaksud “Dan aku tidak membebaskan diriku dari

kesalahan kerana jiwa itu cenderung kepada kejahatan kecuali bila Tuhanku

memberi rahmat. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang” (Surah Yusof: 53).

Ayat tersebut menjelaskan kepada kita tentang kewujudan konflik dalam diri

manusia, satu pertembungan antara tuntutan dan kehendak mereka dengan

nilai-nilai dari ajaran agama dan norma-norma sosial. Ini berdasarkan kepada

hakikat penciptaan mereka dan kehidupan mereka di alam maya ini yang bersifat

sementara dan penuh dengan cubaan dan dugaan. Justeru, ibu dan bapa

seharusnya memahami hakikat ini agar strategi dapat diatur bagi memastikan

bahawa anak-anak memiliki kesihatan jasmani. Malahan yang lebih penting iaitu

Page 13: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

13

TOKOH TAMADUN ISLAM

mereka mempunyai kesihatan jiwa yang akan dizahirkan dalam perbuatan yang

mencakupi perkataan (tutur kata) dan pemikiran.

4.0.FAKTOR KERUNTUHAN DAN CARA PENYELESAIANNYA

Faktor yang pertama adalah disebabkan masalah yang timbul dalam

sesebuah keluarga itu sendiri. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat

penting pembentukan sahsiah anak-anak. Namun sekiranya tanggungjawab ibu

bapa ini diabaikan maka anak-anak akan menjadi mangsa. Cabaran hidup di era

globalisasi ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa sibuk dan taksub mengejar

harta duniawi sehinggakan mereka lupa dan alpa tentang tanggungjawab

mereka sebagai khalifah Allah untuk membimbing anak-anak mereka menuju ke

landasan kejayaan. Akibat terlalu sibuk dalam memenuhi tuntutan hidup, ibu

bapa tidak banyak meluangkan masa dengan keluarga. Implikasinya anak-anak

berasa dipinggirkan dan diketepikan. Secara tidak langsung anak-anak dengan

mudah akan terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, melepak

dan sebagainya. Mereka melakukan semua itu untuk melupakan masalah yang

berlaku dalam keluarga mereka sekali gus mendapat keseronokan dengan cara

mereka sendiri. Keluarga menjadi porak-peranda disebabkan sikap ibu bapa

yang lupa akan tanggungjawab mereka di dunia. Oleh itu, masalah dalam

keluarga boleh menyebabkan kepincangan rumahtangga berlaku.

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga

kamu api neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya

malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam

segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap

melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim : ayat 6

Faktor lain yang menyebabkan kepincangan dan kehancuran rumahtangga

berlaku dalam kalangan masyarakat Islam masa kini adalah keganasan rumah

tangga. Keganasan dalam rumah tangga boleh diertikan sebagai perbuatan

secara sengaja meletakkan ahli keluarga dalam ketakutan dan menyeksa

mangsa secara paksaan hingga boleh mnyebabkan kecederaan dari segi mental

Page 14: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

14

TOKOH TAMADUN ISLAM

dan fizikal. Kebiasaannya yang menjadi mangsa ialah isteri, anak-anak dan ibu

bapa. Ada juga kes yang melibatkan suami. Keganasan rumahtangga melibatkan

penderaan secara fizikal, mental, emosi, seksual dan spiritual. Bermula

perselisihan yang kecil hingga menyebabkan perselisihan faham yang besar

hingga boleh menyebabkan salah seorang menjadi hilang kawalan. Keganasan

rumahtangga boleh berlaku atas beberapa sebab antaranya tiada keharmonian

dan persefahaman dalam rumahtangga, latar belakanmg keluarga yang

berlainan, masalah ekonomi, cemburu melampau terhadap pasangan, masalah

mental dan yang penting kurangnya didikan agama. Ajaran dalam agama Islam

itu sendiri telah mengingati supaya menjaga ahli keluarga dengan sempurna.

Sesungguhnya institusi keluarga adalah satu institusi penting dalam keseluruhan

kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan

dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan

dijaga dengan baik. Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu

sendiri kerana daripada institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah

masyarakat.Oleh itu, keganasan rumahtangga merupakan antara penyebab

kepincangan berlaku dalam rumah tangga.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan kepincangan dalam rumah tangga

ialah masalah ekonomi yang dihadapi oleh ahli keluarga. Kebiasaannya suami

akan mencari nafkah untuk keluarga. Namun sekiranya nafkah yang dicari tidak

mencukupi untuk menanggung ahli keluarga, hal ini akan menyebabkan masalah

berlaku. Isteri yangt tidak memahami suami akan memberi tekanan kepada

suami. Sebagai contah, isteri meminta suami membelikan sesuatu barang yang

sangat mahal walaupun dia tahu suaminya tidak mampu disebabkan

pendapatannya rendah. Pelbagai keperluan penting lain yang perlu disediakan

oleh suami daripada memenuhi permintaan isterinya yang keterlaluan. Perkara

seperti ini boleh menyebabkan pasangan suami isteri bergaduh disebabkan isteri

tidak memahami keadaan suami. Lama-kelamaan pergaduhan menjadi semakin

teruk hingga boleh menyebabkan berlakunya perceraian. Anak-anak akan

menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Permasalahan lain juga boleh timbul

sekiranya kedua-dua suami isteri bekerja. Mereka akan sibuk dengan urusan

Page 15: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

15

TOKOH TAMADUN ISLAM

kerja mereka hingga kadang-kadang melupakan tanggungjawab dalam keluarga

mereka. Anak-anak akan menjadi mangsa disebabkan kelalaian ibu bapa.

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan hinggakan anak-anak yang

sepatutnya diasuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang terabai.

Permasalahan dalam institusi kekeluargaan menjadi semakin susah tuk

diselesaikan. Implikasi daripada perceraian, anak-anak memberontak dan tidak

akan menghormati ibu bapa sebagai mana dikehendaki dalam Islam.

“Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin

kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta,

mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka

atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama

adalah lebih baik.” (Diriwayatkan oleh Ibn Majah)

Setiap masalah yang berlaku mesti ada jalan penyelesaiannya terutamanya

dari sisi Islam. Permasalahan dalam institusi kekeluargaan masyarakat Islam

masa kini sememangnya membimbangkan. Namun begitu, setiap permasalahan

ada jalan penyelesaian. Bagi mengatasi masalah kepincangan dalam institusi

kekeluargaan adalah dengan menganjurkan satu program ilmiah tentang institusi

keluarga kepada bakal pasangan suami isteri sebelum mereka mendirikan

rumahtangga. Program ini mestilah diwajibkan untuk semua bakal pasangan

yang akan mendirikan rumahtangga. Program ini adalah untuk memberi satu

bimbingan kepada bakal pasangan untuk menghadapi alam rumahtangga.

Selain itu, program ini akan memberi penekanan kepada bakal pasangan

tentang kehidupan berkeluarga berlandaskan agama Islam. Dalam sesebuah

perkahwinan telah ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan

yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Sekiranya peraturan-peraturan ini tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau

sengaja mengingkarinya pasangan suami isteri sentiasa dilanda arus yang

menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Bagi memastikan kehidupan

keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam menggariskan dengan

terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli keluarga.Dengan

Page 16: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

16

TOKOH TAMADUN ISLAM

adanya program ini, bakal pasangan suami isteri akan lebih mengetahui tentang

tanggungjawab mereka dalam keluarga. Pasangan juga akan lebih bersedia

dengan alam perkahwinan. Secara tidak langsung, permasalahan dalam

sesebuah keluarga itu dapat dikurangkan disebabkan pasangan suami isteri

telah mengetahui tentang tanggungjawab mereka dalam keluarga.

“Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan

dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan

di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-

tanda bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum : ayat 21)

Untuk mengatasi masalah dalam sesebuah keluarga, pasangan ibu bapa itu

sendiri memainkan peranan yang penting dalan mengatasi permasalahan yang

berlaku dalam keluarga mereka. Kebahagiaan dalam keluarga berpunca

daripada kerkesanan pendidikan yang disalurkan oleh ibu bapa kepada anak-

anak. Jika ibu bapa memanfestasikan budi pekerti dan tata susila yang baik

kepada anak-anak, nescaya sesebuah keluarga itu akan bahagia kerana mereka

saling hormat menghormati dan saling sayang menyayangi antara satu sama

lain. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak. Secara fitrah

manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Jika para ibu bapa sibuk

bekerja untuk mencari wang, ini akan merenggangkan hubungan antara ibu bapa

dan anak-anak. Generasi muda pada zaman sekarang mejadi liar dan tidak tentu

arah kerana mereka dahagakan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.

Remaja suka memberontak dan ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu

menjadi porak peranda.

Cara ibu bapa mengasuh anak-anak mereka juga diambil kira. Ibu bapa

harus memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Kebanyakan anak

Melayu Islam kita tidak dihantar ke madrasah ataupun diberikan pendidikan

agama. Masyarakat kita masih memandang remeh terhadap hal ini. Pendidikan

agama merupakan satu mekanisme yang menangkis segala anasir-anasir yang

kurang sihat supaya anak-anak tidak terjebak ke dalam kancah kejahatan.

Justeru, pendidikan agama adalah amat penting sekali dalam menjamin

Page 17: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

17

TOKOH TAMADUN ISLAM

kebahagiaan sesebuah keluarga. Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak

kepada keberkesanan pendidikan yang diberikan ibu bapa kepada anak-anak.

Ibu bapa tidak boleh menggunakan wang untuk mencorak perwatakan anak dan

ini akan membuat anak-anak menjadi naif kepada kebendaan. Kasih sayang

yang tulus dan ikhlas yang datang dari lubuk hati para ibu bapa akan membuat

seseorang anak itu menjadi seseorang yang berdisiplin dan berpegang teguh

kepada prinsipnya.

Langkah lain yang boleh dipraktikkan untuk mengelak daripada berlakunya

masalah dalam institusi kekeluargaan adalah dengan berpegang teguh dengan

ajaran agama Islam. Islam telah membentuk satu panduan tentang kehidupan

dalam keluarga. Setiap pasngan suami isteri seharusnya memahami

tanggungjawab mereka dalam keluarga. Sebagai contoh, suami mempunyai

tanggungjawab untuk menjadi seorang ketua keluarga, pelindung kepada isteri

dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang

kecil , suami berkewajipan membimbing, berusaha mencari keperluan hidup

keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan

keluarganya. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan

belas kasihan dan memberi contoh yang baik. Tanggungjawab suami adalah

penting di dalam membina sesebuah institusi kekeluargaan.

Manakala, tanggungjawab seorang isteri pula menjadi pembantu kepada

suami apabila suami menjadi ketua keluarga. Isteri mempunyai tanggungjawab

dan tugas tertentu. Antaranya adalah mengendalikan kerja-kerja rumah. Selain

itu, isteri wajib berhias untuk suami. Dalam Islam, isteri hendaklah sentiasa

berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami

menjadi terhibur ketika berada disampingnya. Isteri juga perlu pandai memujuk

suami apabila suami berada dalam keadaan marah kerana pujik-memujuk itu

penting dalam kehidupan rumahtangga. Dan yang paling penting isteri hendaklah

taat kepada suami.

Isteri tidak boleh sekali-kali membelakangkan suami kerana dia ketua

rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami

Page 18: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

18

TOKOH TAMADUN ISLAM

terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di

luar. Isteri hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami.

Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai

wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih

isteri. Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan

pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan

suasana dalam kehidupan rumahtangga.

Kesimpulannya, pembentukan keluarga Islam pada abad ini dan abad yang

mendatang amat mencabar bagi setiap ibu-bapa. Dasar-dasar rumah tangga

yang lemah dan kepimpinan keluarga yang longgar sudah pasti akan tumpas

dalam menghadapi cabaran perubahan nilai global yang mengubah kehidupan

keluarga. Institusi keluarga merupakan satu institusi penting dalam keseluruhan

kerangka pembinaan dan kelangsungan ummah. Umat Islam akan berdepan

dengan satu masalah besar seandainya institusi penting ini tidak dikawal dan

dijaga dengan baik. Kehancuran institusi ini bermakna kehancuran ummah itu

sendiri kerana daripada institusi inilah munculnya kalangan ummah di tengah

masyarakat. Dalam usaha mengukuhkan institusi keluarga, kita sebagai

masyarakat Islam dan ibu bapa harus memberikan pendidikan yang sempurna

kepada anak-anak kita demi melihat generasi yang terbaik di masa hadapan.

5.0.LATAR BELAKANG AL-KHAWARIZMI

Page 19: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

19

TOKOH TAMADUN ISLAM

Nama sebenar al-khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa Al-

Khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad

Bin Ahmad Bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-

khawarizmi, al-cowarizmi, al-karismi, al-goritmi, al-gorismi dan beberapa

ejaan yang lain.

Beliau telah dilahirkan di Bukahara. Pada tahun 780-850M adalah

zaman kegemilangan al-khawarizmi. Al-khawarizmi telah wafat antara tahun

220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-khawarizmi hidup sekitar awal

pertengahan abad ke -9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism,

Usbekistan pada tahun 194H / 780M dan meninggal dunia pada tahun

266H / 850M di Baghdad.

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-khawarizmi ialah seorang

tokoh islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau

bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang falsafah, logic,

aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah islam dan kimia.

Alkhawarizmi sebagai guru aljabar di eropah. Beliau telah menciptakan

pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan

astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan

khalifah al-ma’mum, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-khawarizmi, al-

cowarizmi, al-karismi, al-gowarizmi atau al-gorism. Nama al-gorism telah

dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula Al-Gorism muncul

sebagai Augryam atau Angrism. Negara inggeris pula ia dikenali sebagai

Aurym atau Aurigm.

5.1. SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI MELALUI KARYA :

Page 20: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

20

TOKOH TAMADUN ISLAM

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah:

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah :

Beliau telah mencipta secans dan tangen dalam penyelidikan

trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-jabr wa al-muqabalah:

Beliau telah mengajukan contoh-contoh soalan matematik dan telah

mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya

merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam

bentuk dugaan telah dibuktikan kebenarannya oleh al-khawarizmi.

3. Sistem nombor:

Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam

sistem nombor pada zaman sekarang.

Ia adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam

penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua

masyarakat yang hidup di dunia ini.

5.2. HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI :

Secara umumnya, Al-khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agung

dalam bidang matematik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman

tamadun islam dan dikenali di barat. Antara hasil karya yang telah beliau

hasilkan ialah:

1. Sistem nombor:

Page 21: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

21

TOKOH TAMADUN ISLAM

Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin iaitu De Numero

Indorum.

2. Mufatih al-ulum:

Yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai

bidang.

3. Al-Jami wa al-tafsir bi hisab al-hind:

Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa latin oleh Prince

Boniopagri

4. Al-Mukhtasar fi Hisab al-jabr wa al-muqabalah:

Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.

5. Al-Amal bi’usturlab’

6. Al-Tarikh

7. Al-maqala Fi Hisab al-jabr wa al-Muqabila

5.3. KETOKOHAN AL-KHAWARIZMI :

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan

al-khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan

astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci

berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji. Dalam

bidang matematik, al-khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.

Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang mahsyur ketika zaman

tamadun islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-

ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan

pada zaman tamadun islam.

Page 22: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

22

TOKOH TAMADUN ISLAM

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.

Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian

persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira

luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah

pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.

Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-

khawarizmi sendiri.

Bidang Astronomi juga membuatkan al-khawarizmi dikenali pada zama

tamadun islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq

( pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang

kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan

dengan bintang).

Seawal kurun ketiga lagi, al-khawarizmi telah menghasilkan dua buah

yang salah satu daripadanya telah diterjemahkan ke Bahasa latin dan

memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orang Sepanyol. Pengunaan

matematik dalam astronomi sebelum tamadun islam amat sedikit dan

terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang

terhad kepada penggunaan aritmetik dan geometri sahaja.

5.4. CABANG MATEMATIK :

Antara cabang yang diperkenalkan oleh al-khawarizmi seperti geometri,

algebra, aritmetik dan lain-lain.

Page 23: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

23

TOKOH TAMADUN ISLAM

5.5. GEOMETRI

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang

dibincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan

rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat (The elements ) hasil

karya Euklid. Geometri dari segi Bahasa berasal daripada

perkataan yunani iaitu ‘Geo’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula

gemotri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan

magnitude dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak

zaman firaun. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri

Mesir kepada Grik sebagai satu sains deduksi dalam kurun ke

6SM. Seterusnya sarjana islam telah mengemaskini kaedah sains

deduksi ini terutamanya pada abad ke 9M.

5.6. ALGEBRA

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-khawarizmi telah

diterjemahkan oleh Gerhard OF Gremano dan Robert of Chaster

ke dalam Bahasa Eropah pada abad ke 12. Sebelum munculnya

karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al muqabalah’ yang ditulis

oleh al-khawarizmi pada tahun 820M. sebelum ini tidak ada istilah

aljabar.

6.0 LATAR BELAKANG IBNU SINA

Ibnu sina yang lebih dikenali dengan nama Avicenna mempunyai nama

lengkap Abu Ali al-Huseyn Bin Abdullah Bin Hassan Ali Bin Sina. Beliau

merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia

Page 24: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

24

TOKOH TAMADUN ISLAM

lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat Kota Kharmaitan Propinzi

Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah

Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula

belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu, sewaktu berumur 10 tahun,

beliau telah Berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat

18 tahun, Ibnu Sina telah menjadi ‘Doktor Di Raja’. Di samping itu, Ibnu

Sina juga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada

pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama

( Ushuluddin ). Tasawwuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru

berusia 10 tahun.

Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah

Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang

ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah,

kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik,

fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

6.1. ENSIKLOPEDIA KEDOKTORAN PERTAMA :

Pada usia 21 tahun, ketika berada di kawarazm, ia mula menulis

karyanya yang pertama yang berjudul ‘Al-Majmu’ yang

mengandungi berbagai ilmu pengaetahuan yang lengkap. Kemudian

ia melanjutkan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang

pernah dikarang Ibnu Sina termasuklah yang berbentuk risalah

Page 25: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

25

TOKOH TAMADUN ISLAM

ukuran keci, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang

berjudul ‘essai de Bibliographie Avicenna ‘ yang dihasilkan oleh

Pater Dominica di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku

tersebut ialah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-quran Fit-

Tibb.

6.2. SUMBANGAN IBNU SINA :

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan

dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu perubatan psikosomatics

‘pshychosomatic medicine’. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis

melalui denyutan jantung (pulse diagnosis ) untuk mengenal pasti dalam

masa beberpa detik sahaja ketidakseimbangan humor yang berkenaan.

Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para doctor-

doktor muslim di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu

perubatan Yunani. Seorang doctor tabii dari Amerika (1981) melaporkan

bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sangat

berkebolehan dalam denyutab jantung di tempat yang dirasai tetap

mutunya yang pelbagai.

Ini merangkumi:

Kuat atau denyutan yang lemah

Masa antara denyutan

Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-

lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang doctor mungkin

mengetaui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si

pesakit. Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dan pemulihan. Ibnu Sina

adalah doctor perubatan pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-

Page 26: PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

26

TOKOH TAMADUN ISLAM

paru adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit dan dia menceritakan

dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang

timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal

atau jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga hari

ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang ilmu perubatan.

Banyak karyanya ditulis dalam Bahasa arab dan Bahasa Parsi. ‘Qanun

Fitt Tibb’ adalah karyanya yang termahsyur, paling selalu dicetak di Eropah

pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di

university Eropah hingga ke abad 17M

Ibnu Sina telah meninggal dunia di Hamdan, dalam usia 58 tahun pada

bulan Ramadhan 428H / 1037M. ia dimakamkan di sana. Dalam rangka

memperingati 1000 tahun hari kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M

ia telah dinobatkan sebagai ‘father Of Doctor’ untuk selama-lamnya. Di

Tehran telah dibangunkan sebuah monument sejarah untuk itu. Makam

beliau di Hamdan telah dikelilingi oleh makam-makam doctor islam yang

lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah

kalau dimakamkan di tanah perkuburan ‘Zenith’ itu dimakamkan.