peranan hadis (2)

20
PERANAN HADIS DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ABIRAH BT AZMEE NABILAH FARHANAH BT NOH

Upload: fana91

Post on 23-Jun-2015

1.236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN HADIS (2)

PERANAN HADIS

DISEDIAKAN OLEH:SITI NUR ABIRAH BT AZMEE

NABILAH FARHANAH BT NOH

Page 2: PERANAN HADIS (2)

Hadis sebagai pentafsir Al-Quran

• Hadis yang bertindak mentafsirkan serta menjelaskan nas al-Quran adalah selaras dengan perutusan Baginda sebagai pesuruh Allah.

• Ini disebabkan Rasulullah sahaja yang lebih mengetahui maksud sebenar ayat-ayat tersebut.

• Keadaan hadis yang mentafsirkan al-Quran dapat dibahagikan 3 keadaan lain pula,iaitu:

Page 3: PERANAN HADIS (2)

a) Hadis berperanan untuk menjelaskan nas-nas al-Quran yang berbentuk mujmal.

- Hadis menjelaskan nas al-Quran yang masih berbentuk umum

• Konsep mujmal menurut pengertian yang dijelaskan oleh al-Amidi di dalam kitabnya:Al-Ihkam Fi Usul Ahkam:iaitu nas yang tidak boleh ditangguhkan terhadap salah satu daripada dua maksud dan nas yang tidak jelas mana satukah yang dimaksudkan.

• Lantaran itu,nas mujmal merupakan nas yang ringkas sekaligus memerlukan penjelasan

Page 4: PERANAN HADIS (2)

Antara contohnya ialah sebagaimana berikut:

i. Ayat serta nas-nas al-Quran yang diturunkan oleh Allah berkaitan dengan suruhan atau perintah kewajiban mendirikan sembahnyang lima waktu.Sebagaimana Firman Allah:

Page 5: PERANAN HADIS (2)

• Kalau dilihat,ayat tersebut berbentuk mujmal,iaitu tidak diterangkan cara,bentuk,syarat dan masa untuk menunaikannya secara khusus.

• Oleh sebab itu,apa-apa sahaja keadaan yang berkenaan dengan cara mengerjakan sembahyang akan ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW melalui sunnah ‘Amaliah atau praktikal baginda.

Page 6: PERANAN HADIS (2)

• Antara contohnya sebagaimana sabda baginda kepada salah seorang sahabat lelaki yang tidak tahu cara mendirikan sembahyang dengan cara sempurna dan betul melalui hadis baginda s.a.w daripada Abu Hurairah:

Maksudnya:Apabila kamu berdiri betul,maka takbirlah,kemudian bacalah mana-mana ayat al-

Quran yang mudah bagi kamu,kemudian rukuklah hingga tetap rukuk kamu,kemudian angkat kepala hingga kamu berdiri dengan betul,kemudan kamu

sujud hingga tetap sujud kamu.Kemudian kamu angkat kepala kamu hingga duduk tetap.Lakukanlah

demikian dalam semua sembahyang kamu.

Page 7: PERANAN HADIS (2)

ii) Begitu juga dengan firman Allah tentang kewajipan atau tuntutan mengeluarkan zakat,sebagaimana firman-Nya:

Terjemahan; Ambillah sebahagian dari harta mereka sebagai zakat…”(Surah Al-Taubah:103)

• Ayat tersebut tidak dijelaskan secara berkaitan jenis harta yang dikenakan zakat serta kadarnya.Oleh itu,Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada umatnya antara harta yang diwajibkan berzakat ialah:Binatang ternakan seperti:Unta,lembu,Tanaman seperti :Buah tamar, dan gandum.

�ه�م� ” م�و�ال� أ م�ن� خ ذ�

” .....ص�د�ق�ة�

Page 8: PERANAN HADIS (2)

• Sebagai contoh untuk penjelasannya ialah hadis Rasulullah s.a.w mengenai perbezaan di antara zakat tanaman yang tumbuh melalui siraman air hujan dengan tanaman yang disirami dengan menggunakan tenaga manusia

• Ia dinyatakan sebagaimana sabda Baginda daripada Ibnu Umar:

Maksudnya:Tanaman yang disirami oleh air hujan atau mata air atau menyerap air sendiri melalui akarnya,zakatnya 1/10,manakala tanaman yang

tumbuh dengan disirami menggunakan tenaga(kos)zakatnya 1/20

Page 9: PERANAN HADIS (2)

iii)Terdapat nas al-Quran yang masih tidak jelas atau kesamaran pengertiannya

• Oleh itu,hadis bertindak menafsir dan menjelaskan nas kesamaran tentang maksud sebenarnya disebabkan ia sukar untuk difahami oleh akal pemikiran manusia.

• Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah:

م�ن� ...“ �ض �ي �ب األ �ط �خ�ي ال م �ك ل �ن� �ي �ب �ت ي �ى ت ح� � وا ب ر� و�اش� � وا ل و�ك�ف�ج�ر ال م�ن� و�د� س�

� األ �ط� �خ�ي *� ....الTerjemahan:Makan dan minumlah sehingga nyata kepada kamu

garis putih daripada garis hitam pada waktu fajar.)Surah al-Baqarah:187)

Page 10: PERANAN HADIS (2)

• Yang dimaksudkan dengan perkataan :Benang putih serta benang hitam sebagaimana termaktub dalam ayat tersebut adalah berbentuk samar-samar.

• Untuk itu,tentu sekali melalui pemikiran dan akal manusia yang terbatas amat sukar sekali untuk memahami nas yang samar itu.

• Oleh itu,Rasulullah bertindak menjelaskan segala kesamaran tersebut,sebagaimana riwayat ‘Adi bin Hatim,sabda baginda s.a.w

النهار وبياض الليل سواد ذلك انماMaksudnya:Sesungguhnya itu ialah kegelapan waktu

malam dan cerah waktu siang.

Page 11: PERANAN HADIS (2)

• Lantaran itu,hadis tersebut telah mentafsirkan mksud sebenar perkataan:Benang putih ialah dengan membawa maksud :Siang ,manakala

perkataan benang hitam pula membawa maksud:malam

Page 12: PERANAN HADIS (2)

b) Hadis mengkhususkan nas al-Quran yang berbentuk umum.

• Dalam al-Quran,terdapat banyak nas yang disebut secara umum.Justeru itu,hadislah yang mengkhususkan segala keumuman nas tersebut.

• Hasil dan maksud sebenar yang dikehendaki oleh nas al-Quran bukanlah dalam bentuk keumumannya itu,tetapi hukum yang telah dikhususkan oleh hadis Baginda.

Page 13: PERANAN HADIS (2)

• Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah yang berkaitan dengan wasiat:

�ن� �ي �ي نث األ ح�ظ5 �ل م�ث �ر� �لذ�ك ل م� �د�ك و�ال

� أ ف�ي ;ه الل م وص�يك .....يTerjemahan :Allah perintahkan kamu mengenai

(pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.(Surah Al-Nisa’:11)

• Ketetapan hukum dalam ayat tersebut berbentuk umum,dimana ia menjelaskan secara umum tentang anak yang berhak mewarisi harta pusaka dengan merangkumi semua anak,sama ada pembunuh kepada pewaris atau tidak,anak para nabi atau sebaliknya.

• Lantaran itu,hadis telah bertindak mengkhususkan segala nas yang berbentuk umum tersebut,antaranya ialah:

Page 14: PERANAN HADIS (2)

i. Menerusi hadis telah menjelaskan bahawa anak-anak Nabi tidak mewarisi harta pusaka.Semua itu dijelaskan dalam sabda Baginda yang diriwayatkan daripada Abu Bakar:

صدقة تركنا ما النورثMaksudnya:Kami(Para nabi),tidak dipusakai,apa yang kami

tinggalkan menjadi sedekah.ii. Selain itu,hadis juga telah mengkhususkan ayat atay nas

yang berbentuk umum tersebut.Di mana pembunuh tidak dapat mempusakai harta peninggalan si mati.Hal itu dinyatakan sebagaimana sabda Baginda daripada Abu Hurairah:

يورث ال القاتلMaksudnya:Pembunuh tidak dapat mewarisi.

Page 15: PERANAN HADIS (2)

iii. Hadis membataskan nas yang berbentuk mutlak.Dalam kata lain,hadis yang bertindak sebagai muqayyad atau membataskan terhadap hukum dan nas Al-Quran yang berbentuk mutlak.

Antara contohnya ialah sebagaimana firman Allah s.w.t:�ه م�ا �د�ي ي� أ � ف�اق�ط�ع وا ار�ق�ة و�الس� ار�ق و�الس�

Terjemahan:Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah

tangan mereka .• Ayat tersebut berbentuk mutlak.Ia tidak menjelaskan

kedudukan yang berkaitan dengan pencuri yang dikenakan hukum potong tangan.

• Ketetapan tentang nilai atau kadar barang yang dicuri terdapat hadis yang membataskan kadarnya.

Page 16: PERANAN HADIS (2)

• Hal itu dinyatakan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w daripada A’isyah:

فصاعدا دينار ربع في السارق يد تقطعMaksudnya:Dipotong tangan pencuri terhadap

barang curian bernilai ¼ dinar dan lebih

Page 17: PERANAN HADIS (2)

Hadis Sebagai Nasikh Hukum• Hadis bertindak memainkan peranan penting

untuk menetapkannya serta bertindak sebagai dalil untuk mensabitkan sudut nasikh dan mansukh terhadap nas al-Quran.

• Jumhur ulama’ menyatakan bahwa hadis itu kadangkala bertindak serta harus dan menasakh dan mengganti hukum yang ditetapkan atau thabit melalui al-Quran kecuali Imam Syafi’I yang berpendapat sebaliknya.

Page 18: PERANAN HADIS (2)

• Menurut pendapat Imam Syafi’I,nas al-Quran hanyalah boleh dibatalkan dengan al-Quran atau nas al-Quran hanya bertindak membatalkan hukum sahaja,bukan melauli hadis.

• Faktornya ialah kedudukan al-Quran adalah lebih tinggi berbanding hadis.

• Walaubagaimanapun,pendapat sebahagian daripada kalangan mazhab Syafi’I,seperti al-Baydawi dan al-Asnawi

-Hadis bukan sahaja dapat bertindak sebagai dalil dan bukti yang menetapkan konsep nasikh dan mansukh dalam al-Quran.

Page 19: PERANAN HADIS (2)

• Namun,hadis juga boleh bertindak untuk membatalkan al-Quran.Menurut mereka,hal ini telah terbukti dan telah berlaku berdasarkan firman Allah:

�ة �و�ص�ي ال ا �ر� ي خ� ك� �ر� ت �ن إ �م�و�ت ال م ح�د�ك� أ ح�ض�ر� �ذ�ا إ م� �ك �ي ع�ل �ب� ت ك

�ق�ين� �م ت ال ع�ل�ى ح�قLا وف� �م�ع�ر �ال ب �ين� ب و�األق�ر� �ن� �د�ي �و�ال �ل ل Terjemahan:Diwajibkan ke atas kamu berwasiat dengan cara

terbaik kepada ibubapa dan keluarga yang hampir apabila seseorang kamu hampir mati dan sekiranya ada meninggalkan harta. Itu adalah kewajipan orang yang bertaqwa. (Surah Al-

Baqarah:180)• Ayat Al-Quran telah dinasakahkan oleh hadis Rasulullah s.a.w

sebagaimana sabda Baginda daripada ‘Amru bin Kharijah’:لوارث الوصية

Maksudnya:Tiada wasiat bagi ahli waris (penerima pusaka).

Page 20: PERANAN HADIS (2)

• Keadaan tersebut telah membuktikan bahawa Hadis boleh bertindak memansukhkan al-Quran .

• Hukum yang mewajibkan berwasiat daripada harta peninggalan kepada ibu bapa,ahli waris dan kaum kerabat telah dibatalkan oleh hadis.

• Seseorang itu tidak boleh berwasiat untuk memberikan hartanya kepada ibu bapa dan ahli warisnya yang sememangnya berhak menerima pusaka.