hadis ghulam dakwah

43
Ghulam Dakwah & Pengajaran Dari Sudut Dakwah Pembentangan oleh: Muhammad Farid Nazmi Md Lazim

Upload: muhammad-lazim

Post on 07-Jul-2015

872 views

Category:

Education


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hadis ghulam dakwah

Ghulam Dakwah& Pengajaran Dari Sudut Dakwah

Pembentangan oleh: Muhammad Farid Nazmi Md Lazim

Page 2: Hadis ghulam dakwah

Bahan Rujukan

Al-Quran (Ashab ul-Ukhdud dalam surah al-Buruj dan beberapa surah2 lain sebagai dalil hujah)

Hadith Nabi S.A.W (Hadith Ghulam riwayat Imam Muslim, Imam Tirmizi dan Imam Ahmad)

“Iman dan Harakah” karya Hisham Saqr ( Terjemahan oleh Ust Mohd Asri Hashim)

Page 3: Hadis ghulam dakwah

Penulis Buku Ghulam Dakwah

Hisham Saqr

Page 4: Hadis ghulam dakwah

Kisah bermula…

“Di zaman sebelum kamu ada seorang raja yang mempunyai seorang ahli sihir”

Page 5: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Tidak disebutkan nama individu, masa & tempat – supaya kita memikirkan tentang pengajaran.

“…sebelum kamu…” – penting menghubungkan realiti dan pengalaman lalu (esp. dalam dakwah)

Sistem pemerintahan yang rosak.

Page 6: Hadis ghulam dakwah

“ Apabila ahli sihir tersebut telah tua, dia berkata kepada raja: Usiaku telah lanjut.

Berikanlah kepadaku seorang budak untukku ajarkan kepadanya sihir. Maka diberikan

kepadanya seorang budak untuk diajarkannya ilmu sihir.”

Page 7: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Musuh sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan punyai perancangan yang rapi dalam menjayakan agenda batil mereka.

Rujuk surah as-Soff ayat 10-14

Peranan generasi muda dalam memikul risalah dakwah dan perubahan adalah besar kerana

- ada kemampuan untuk menerima, belajar dan ditarbiyah.

- mudah mengubah tradisi, adat dan kefahaman lama - kemampuan tenaga dan semangat tinggi.

Page 8: Hadis ghulam dakwah

Kata2 Hasan al-Banna

Sesungguhnya fikrah akan berjaya apabila keyakinan kepadanya kuat, keikhlasan dalam membawanya sempurna, semangat dalam memperjuangkannya meningkat dan adanya kesediaan untuk berkorban dan bekerja demi merealisasikannya. Keempat-empat rukun ini iaitu keyakinan, keikhlasan, semangat dan bekerja hampir-hampir menjadi ciri-ciri pemuda. Ini kerana asas keyakinan ialah akal yang cepat memahami, asas ikhlas ialah hati yang bersih, asas semangat ialah kuat kehendak, asas bekerja ialah muda keazaman. Kesemua ini tidak dimiliki kecuali pemuda.

Page 9: Hadis ghulam dakwah

“Di perjalanannya menuju kepada ahli sihir, terdapat seorang rahib. Maka budak itu

singgah dan mendengar ajarannya.”

Page 10: Hadis ghulam dakwah

Analisa

Bagaimana hubungan antara ghulam & rahib terjalin?

Beberapa kemungkinan ;

- dakwah fardhiyah- strategi yang diatur oleh rahib- keinginan ghulam sendiri.

Page 11: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Kita wajib berakhlak mulia. Jika tidak, orang akan menjauhi & menentang dakwah.

Kita perlu kreatif & menggunakan peluang2 yang ada untuk menyampaikan kebaikan.

Kita perlu pandai pilih mad’u yg terbaik & tarbiyah mereka bersungguh-sungguh.

Kita tidak perlu bersusah hati dengan tohmahan & cacian yang dilemparkan. Itu adalah sunnah dakwah!

Page 12: Hadis ghulam dakwah

“Setiap kali ghulam mendatangi ahli sihir, dia akan melalui rahib dan bertemu dengannya. Apabila dia mendatangi ahli

sihir maka dia dipukul. Lalu dia mengadu perkara tersebut kepada rahib. Rahib menjawab: Apabila kamu takut

kepada ahli sihir, maka katakanlah: Keluargaku menyebabkan aku terlewat. Apabila kamu takut kepada keluargamu, maka jawablah: Ahli sihir menyebabkan

aku pulang lewat.”

Page 13: Hadis ghulam dakwah

Kefahaman Bersabar, bersungguh2 , bersusah payah untuk belajar mengenali

dakwah.

Ambil berat soal tarbiyah hingga ghulam dipukul kerana kelewatannya.

Ujian adalah sebahagian drpd bentuk persediaan. Nilai dakwah adalah terlalu mahal.

Bijak memberikan keuzuran kepada yang berhak.

Sekali dipukul, ghulam tidak mendedahkan hubungannya dengan rahib; menunjukkan dakwah yg mantap!

Kita mesti menyelesaikan masalah2 tanpa menggadaikan aktiviti yang telah disusun.

Page 14: Hadis ghulam dakwah

Istisyar (Menceritakan keadaan/masalah kepada naqib)

Jika tidak istisyar :

- Ghulam tidak sanggup menanggung maka hubungan terputus.

- Ghulam akan bertindak sendiri yg mungkin berbahaya.

Page 15: Hadis ghulam dakwah

“ Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia bertembung dengan seekor binatang besar yang menghalang perjalanan orang ramai. Ketika itu, ghulam tersebut berkata: Pada hari ini aku akan mengetahui adakah ahli sihir yang lebih afdal ataupun rahib yang lebih afdal. Maka dia mengambil seketul batu lalu berdoa: Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih kamu sukai daripada urusan ahli sihir, maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu lalang. Dia pun melontarnya, binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.”

Page 16: Hadis ghulam dakwah

Kefahaman

Doa ghulam hanyalah untuk membulatkan keyakinan sepertimana permintaan Nabi Ibrahim (al-Baqarah:260) Buktinya:

1. Dia tetap meneruskan hubungan walaupun tahu risikonya.2. Berdoa dengan menyebut “Ya Allah”, bukannya nama raja atau ahli sihir.3. Keramat yang diminta hanya mampu diberikan oleh Allah.4. Dia mendahulukan sebutan “..urusan rahib lebih kamu

sukai..” bukan “..urusan ahli sihir..”

Page 17: Hadis ghulam dakwah

Ambil anak batu: Ambil “asbab” adalah penting dan wajib! Contoh kisah Maryam dalam surah Maryam: 25

Prihatin terhadap masalah2 yang dihadapi oleh masyarakat dan cuba menyelesaikannya.

Rujuk surah al-Hajj: 77

Page 18: Hadis ghulam dakwah

“Lalu dia menceritakan peristiwa tersebut kepada rahib. Maka rahib berkata: Wahai

anakku, kamu pada hari ini adalah lebih baik daripadaku. Sesungguhnya aku melihat

bahawa urusanmu telah sampai pada satu peringkat.”

Page 19: Hadis ghulam dakwah

Kefahaman

Sekali lagi perihal istisyar. Ini menunjukkan pentingnya ukhuwwah, thiqah, ambil berat, berkata benar, terus-terang dan telus antara naqib & anak usrah.

“Wahai anakku…” menunjukkan nilai kasih sayang.

“Kamu.. lebih baik…” tidak akan dituturkan melainkan orang yang ikhlas, faham, mampu menilai sesuatu dengan tepat. Kadang2 orang yg dididik lebih mampu

untuk menyampaikan dakwah.

Page 20: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Bahaya penyakit hati:

“Seseorang tidak suka menjadi ketua melainkan dia suka menyebut kekurangan dan keaiban orang lain untuk menjadikan dia sahaja yang sempurna dan dia benci

orang lain menyebutkan kepadanya kebaikan seseorang. Sesiapa yang terlalu ingin menjadi ketua,

maka kebaikannya telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya” - Fudhail

Page 21: Hadis ghulam dakwah

Antara penyakit hati yang hampir serupa dengan penyakit suka menjadi ketua ;

ujub, sukakan pujian, puji diri sendiri, mencela diri sendiri di hadapan orang

lain, menyebut keaiban kawannya.

Page 22: Hadis ghulam dakwah

“ Dan kamu akan diuji.”

Page 23: Hadis ghulam dakwah

Kefahaman

Ujian adalah sebahagian daripada tabiat jalan dakwah.

Apa kamu menyangka bahwa kamu akan memasuki syurga padahal belum nyata kepada Allah orang2 yang berjihad di

antara kamu dan orang2 yang sabar? (Ali Imran: 142)

Ujian terbahagi kepada 2 : - Fardhi (bukan berhadapan kuasa batil)- Jamaie (berhadapan kuasa batil)

Page 24: Hadis ghulam dakwah

“ Sekiranya kamu diuji, maka janganlah kamu menceritakan tentang aku.”

Page 25: Hadis ghulam dakwah

Kefahaman

Daie perlu dijaga kerana mereka adalah modal dan pendokong dakwah. Menjaga rahsia dan hazar (hati-hati) adalah aspek penting untuk menjaga dakwah.

Musuh menggunakan cara kerja rahsia walaupun mereka berkuasa.

Kisah Hatib bin Abi Baltaah

Merahsiakan bukan bermakna penakut.

Page 26: Hadis ghulam dakwah

“Ghulam mempunyai kebolehan untuk mengubati penyakit buta sejak lahir, sopak dan juga mengubati berbagai-bagai lagi penyakit. Seorang pembesar raja yang telah buta telah mendengar berita ini. Maka pembesar itu telah mendatangi ghulam dengan hadiah yang banyak lalu berkata: Apa yang ada di sini adalah kepunyaanmu jika kamu dapat menyembuhkan butaku. Ghulam menjawab: Aku tidak boleh menymbuhkan sesiapapun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah. Jika kamu beriman, aku akan berdoa kepadaNya. Maka pembesar itu beriman, lalu Allah menyembuhkan penyakitnya.”

Page 27: Hadis ghulam dakwah

“Kemudian pembesar itu mendatangi raja. Raja pun berkata: Siapakan yang telah mengembalikan

penglihatanmu? Jawabnya: Tuhanku. Raja bertanya: Kamu ada tuhan selainku? Dia

menjawab: Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.

Beliau terus menerus diseksa sehinggalah beliau menceritakan tentang ghulam. Maka ghulam pun

dibawa menghadap. Maka raja berkata: Wahai anakku, Sesungguhnya sihir kamu telah sampai ke

peringkat dapat menyembuhkan penyakit buta, sopak dan berbagai lagi yang kamu lakukan.”

Page 28: Hadis ghulam dakwah

“Ghulam menjawab: Aku tidak boleh menyembuhkan sesiapapun. Yang menyembuhkan

hanyalah Allah. Maka diapun diazab. Dia terus menerus diazab sehinggalah dia menceritakan

tentang rahib.”

“Maka rahib dipanggil lau dikatakan kepadanya: Tinggalkan agamamu. Rahib enggan berbuat

demikian lalu dibawa gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya

terbelah dua.”

Page 29: Hadis ghulam dakwah

“ Kemudian dibawa pembesar diraja dan dikatakan kepadanya: Tinggalkan agamamu! Dia enggan lalu

diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya sehinggalah tubuhnya terbelah dua.”

Page 30: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Kita perlu menggunakan kurniaan Allah untuk menyelesaikan masalah orang ramai – bina pengaruh & thiqah.

Menceburi bidang dakwah tidak mencuaikan bidang yang lain ie akademik

Penting untuk kita mentarbiyah golongan berkebolehan dalam pembinaan saf dakwah yang kuat.

Page 31: Hadis ghulam dakwah

Kehebatan tidak menjadikan ghulam terfitnah.

“ Aku tidak boleh menyembuhkan seseorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah”

Pembesar – Dapat tarbiyah tapi tidak mengundurkan diri daripada posisi dalam masyarakat kerana dia di pihak yang benar.

Page 32: Hadis ghulam dakwah

Fahami hakikat toghut – bongkak , takkabbur, beri dan hukuman tanpa bicara.

Page 33: Hadis ghulam dakwah

“Selepas itu ghulam dipanggil dan dikatakan kepadanya:

Tinggalkan agamamu!

Dia enggan lalu dia diserahkan kepada sekumpulan tentera. Raja berkata: Pergilah kamu semua membawanya ke bukit yang

bernama sekian-sekian. Dakilah ia. Apabila kamu sampai ke puncaknya, jika

dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakannya), jika tidak, maka campaklah ia. Mereka pun pergi

membawanya mendaki bukit tersebut.”

Page 34: Hadis ghulam dakwah

“Maka ghulam pun berdoa: Ya Allah! Selamatkanlah aku dengan apa cara yang Kamu suka. Maka bukit pun bergoncang dan mereka

semua jatuh dari bukit (kecuali ghulam). Setelah itu, ghulam pulang menemui raja. Raja

bertanya kepadanya: Apa yang telah dilakukan oleh kawan-kawanmu?. Dia menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.”

Page 35: Hadis ghulam dakwah

“Lalu dia dihantar kepada sekumpulan tentera yang lain. Raja berkata: Pergi kamu semua membawanya menaiki

sampan ke tengah lautan. Jika dia meninggalkan agamanya (maka jangan apa-apakannya), jika tidak campakkannya ke laut. Maka ghulam pun di bawa pergi dan dia berdoa: Ya

Allah! Selamatkanlah aku dengan apa cara yang kamu sukai. Maka sampan terbalik dan mereka semua tenggelam

(kecuali ghulam). Setelah itu, ghulam pulang menemui raja. Raja bertanya kepadanya: Apa yang telah dilakukan oleh

kawan-kawanmu?. Dia menjawab: Allah telah menyelamatkan aku daripada mereka.”

Page 36: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Senjata daie ketika ujian sebegitu adalah menyerahkan segalanya kepada Allah, zikir dan doa.

Terus menerus berdakwah selepas ujian demi ujian – Ujian tidak memberhentikan dakwah.

Page 37: Hadis ghulam dakwah

“Kemudian dia berkata kepada raja: Sesungguhnya kamu tidak boleh membunuh aku sehingga kamu melakukan apa

yang aku suruh. Raja bertanya: Apakah dia? Ghulam menjawab: Kamu kumpulkan orang ramai di suatu kawasan

lapang dan kamu salibkan aku pada sebatang pokok. Kemudian kamu ambil anak panahku daripada bekasnya, dan letakkan pada busarnya. Selepas itu sebutlah: Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam, dan panahlah aku. Sekiranya kamu melakukan sedemikian, kamu boleh membunuhku.

Maka raja pun mengumpulkan orang ramai di suatu kawasan lapang, menyalibnya pada sebatang pokok,

kemudian mengambil anak panah kepunyaan ghulam daripada bekasnya dan meletakkan pada busarnya.”

Page 38: Hadis ghulam dakwah

“Selepas itu raja berkata: Dengan Nama Allah, Tuhan ghulam, sambil melepaskan anak panah menuju sasarannya.

Anak panah tersebut kena pada bahagian di antara mata dan telinga ghulam lalu dia meletakkan tangannya pada

tempat panahan dan meninggal.”

Orang ramai pun berkata:

Kami beriman dengan Tuhan ghulam!

Kami beriman dengan Tuhan ghulam!

Kami beriman dengan Tuhan ghulam!

Page 39: Hadis ghulam dakwah

Maka raja pun datang dan dikatakan kepadanya: Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku

takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya

beriman. Lalu raja memerintahkan supaya digali parit dan dinyalakan api. Raja berkata: Sesiapa

yang tidak kembali kepada agama asalnya, maka humbankan dia ke dalamnya.

Page 40: Hadis ghulam dakwah

Mereka pun melaksanakan perintahnya sehingga datang giliran seorang perempuan dengan membawa bayinya. Dia berhenti kerana takut untuk terjun ke

dalam api. Lalu bayinya berkata:

Wahai ibu, bersabarlah! sesungguhnya ibu

berada di atas kebenaran.

Page 41: Hadis ghulam dakwah

Pengajaran

Raja mengikut arahan ghulam – Apabila Allah mengkehendaki, Ia akan mengembalikan tipudaya musuh ke tengkuk mereka sendiri.

Sehebat mana pun kebatilan itu, mereka akan lemah ketika mereka buntu.

Memahami kemajuan dakwah diukur dengan berimannya orang ramai.

Page 42: Hadis ghulam dakwah

Ghulam meninggal tanpa melihat hasil usaha dan pengorbanannya.

Page 43: Hadis ghulam dakwah

Siapa hero?