peranan guru sebagai guru pembimbing dalam membantu murid

4
1.0Peranan guru sebagai guru pembimbing dalam membantu murid- murid bermasalah 1.1 Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial,emosi, akademik,perkembangan mental dan akhlak. Guru berperanan memainkan peranan dalam membina perkembangan emosi yang selamat bagi murid-murid. Pembinaan natural-gender murid-murid perlu dibina daripada aspek ialah keyakinan diri. Aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian tahap murid akan membina keyakinan diri murid. 1.2Menolong murid dalam pelajaran mereka dengan memperkenalkan sistem pendidikan, cara belajar, situasi persekitaran, peraturan sekolah dan kepentingan mata pelajaran. 1.3Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan, minat dan perkembangan masing-masing. Guru yang berpengalaman akan mengetahui betapa pentingnya proses pembelajaran. Minat boleh dianggap sebagai dorongan yang mengekalkan usaha dalam permainan, pelajaran dan lain lain hal. Cara paling mudah untuk guru mengenal minat murid ialah meminta murid menyatakan. Walaubagaimanapun, apa yang dinyatakan perlu diperhatikan dan disahkan. Minat yang dinyatakan itu mungkin berubah dari semasa ke semasa. Satu cara lain untuk guru mengenali minat seorang murid ialah meniliti rekod di sekolah. Contohnya, rekod yang menunjukkan murid tersebut minat bermain badminton. Segala aktiviti kelab, sukan, permainan dan unit berunifom akan membayangkan minat dan kecenderungan seorang murid itu. Perkembangan murid ialah perkara penting dalam memastkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran atau permainan. Tujuan utama seorang guru merancang aktiviti adalah untuk memastikan murid berusaha untuk menguasai kemahiran yang diajar. Maka, setiap aktiviti yang dipilih akan melihat perkembangan murid daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semua aspek yang dinyatakan perlu dinyatakan perlu diambil kira agar aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang untuk murid. 1.4 Menolong murid dalam proses dalam membuat keputusan yang rasional. Membuat keputusan yang rasional ditakrifkan sebagai satu

Upload: arname

Post on 08-Dec-2014

361 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

bimbingan dan kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru Sebagai Guru Pembimbing Dalam Membantu Murid

1.0Peranan guru sebagai guru pembimbing dalam membantu murid-murid

bermasalah

1.1 Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial,emosi,

akademik,perkembangan mental dan akhlak. Guru berperanan memainkan

peranan dalam membina perkembangan emosi yang selamat bagi murid-

murid. Pembinaan natural-gender murid-murid perlu dibina daripada aspek

ialah keyakinan diri. Aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian tahap murid

akan membina keyakinan diri murid.

1.2Menolong murid dalam pelajaran mereka dengan memperkenalkan sistem

pendidikan, cara belajar, situasi persekitaran, peraturan sekolah dan

kepentingan mata pelajaran.

1.3Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan, minat

dan perkembangan masing-masing. Guru yang berpengalaman akan

mengetahui betapa pentingnya proses pembelajaran. Minat boleh dianggap

sebagai dorongan yang mengekalkan usaha dalam permainan, pelajaran dan

lain –lain hal. Cara paling mudah untuk guru mengenal minat murid ialah

meminta murid menyatakan. Walaubagaimanapun, apa yang dinyatakan perlu

diperhatikan dan disahkan. Minat yang dinyatakan itu mungkin berubah dari

semasa ke semasa. Satu cara lain untuk guru mengenali minat seorang murid

ialah meniliti rekod di sekolah. Contohnya, rekod yang menunjukkan murid

tersebut minat bermain badminton. Segala aktiviti kelab, sukan, permainan

dan unit berunifom akan membayangkan minat dan kecenderungan seorang

murid itu. Perkembangan murid ialah perkara penting dalam memastkan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran atau permainan.

Tujuan utama seorang guru merancang aktiviti adalah untuk memastikan

murid berusaha untuk menguasai kemahiran yang diajar. Maka, setiap aktiviti

yang dipilih akan melihat perkembangan murid daripada aspek jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial. Semua aspek yang dinyatakan perlu

dinyatakan perlu diambil kira agar aktiviti yang bersesuaian boleh dirancang

untuk murid.

1.4 Menolong murid dalam proses dalam membuat keputusan yang rasional.

Membuat keputusan yang rasional ditakrifkan sebagai satu proses yang

Page 2: Peranan Guru Sebagai Guru Pembimbing Dalam Membantu Murid

sistematik dalam menyelesaikan masalah, menilai alternatif dan memilih

alternatif dalam membuat keputusan yang terbaik (Raihana,2010). Keputusan

yang dibuat secara bijaksana akan mendatangkan banyak faedah kepada

seorang individu. Contohnya, seorang pelajar mungkin ditawarkan tempat

pengajian di institut pengajian tinggi. Akan tetapi dia menolak kerana dia

mempunyai masalah kewangan. Ketika membuat keputusan untuk menolak,

dia tidak memikirkan alternatif lain bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi

pengajiannya. Dia tidak menyedari banyak bantuan dari kerajaan

negeri,biasiswa, pinjaman pelajaran bagi meneruskan pengajiannya. Selepas

keputusan dibuat barulah pelajar tersebut menyedari kepentingan

meneruskan pengajian. Berdasarkan contoh diatas, peri pentingnya

membuat keputusan yang dilakukan secara teliti dengan mengambil kira

beberapa faktor. Disinilah, peranan guru amat penting dalam membantu

murid agar membuat keputusan secara rasional. Guru boleh membantu

proses membuat keputusan dengan memberikan penjelasan, membekalkan

maklumat serta memikirkan alternatif –alternatif yang boleh diguna pakai.

Melalui cara ini, murid dapat membuat satu keputusan yang bijaksana

berlandaskan maklumat yang diperolehi dari pusat sumber, guru dan guru

kaunseling.

1.5 Berperanan untuk mengesan masalah akademik pelajar dan

bertanggungawab untuk menangani kelemahan dengan membuat beberapa

perancangan. Di negara-negara barat, ada banyak jenis ujian pencapaian

yang telah digunakan bagi menguji pemikiran kritikal, bacaan dan

pendengaran. Terdapat juga ujian dalam bidang –bidang seperti matematik,

fizik dan sejarah. Antara beberapa ujian pencapaian yang terkenal ialah

Metropolitan Achievement Test dan California Achievement Test. Di negara

kita, ujian-ujian tersebut hampir tidak digunakan. Ini kerana faktor –faktor

seperti niali, norma, adat resam dan tekanan dalam bidang-bidang tertentu

adalah berbeza.

Di sekolah-sekolah, ujian pencapaian seperti Ujian pencapaian Sekolah

Rendah (UPSR), SPM dan STPM. Ujian penggal, bulanan, akhir tahun dan

PBS( penilaian berasaskan sekolah merupakan ujian – ujian pencapaian yang

Page 3: Peranan Guru Sebagai Guru Pembimbing Dalam Membantu Murid

mengukur sejauh mana seorang murid dapat menguasai sesuatu bidang

pengetahuan dan kemahiran yang diajarkan.

Seorang guru dapat menggunakan maklumat daripada ujian-ujian ini untuk

mendapat gambaran mengenai penegasan dan kebolehan akademik seorang

murid. Selain itu, guru dapat memberi cadangan bagaimana hendak

menolong murid itu dari segi akademik dan sosioemosi. Ini kerana

pencapaian dari segi akademik seseorang individu yang rendah mungkin

akan menyebabkan keyakinan rendah seterusnya mengasingkan diri daripada

rakan-rakan sedarjah yang lain.

1.6 Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik, menghargai kerja dan

membina sifat-sifat personaliti yang sempurna. Peneguhan dan ganjaran

boleh digunakan sebagai hadiah atas hasil kerja yang dilakukan dengan baik.

Melalui peneguhan yang tetap, diberi setiap kali seorang murid menunjukkan

tingkah laku yang diingini, akan membantu membentuk tingkah laku yang

baharu. Guru perlu menganalasis tingkah laku murid-murid di dalam bilik

darjah terlebih dahulu dan guru –guru digalakkan memberi peneguhan positif

sekerap mungkin agar murid menunjukkan tabiat kerja yang baik dan

membina sifat-sifat personaliti yang sempurna.

1.7 Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan pelajar.

Untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan

pelajar,jangan ditunggu ketika memberi rekod kemajuan sahaja. Sebaliknya,

guru melaporkan perkembangan sahsiah dan akademik secara berkala

mampu mebantu pihak sekolah dalam meningkatkan kemajuan.

1.8 Guru mengumpulkan maklumat pelajar sekolah. Melalui kad 001 (rekod

persekolahan) dan kad 002 (rekod peribadi), guru –guru lain dapat

mengatahui maklumat murid serta rekod peribadi jika murid menghadapi

masalah. Selain itu, kad kumulatif juga dikenali sebagai kad himpunan. Ia

mengandungi maklumat yang dihimpun dari setahun ke setahun. Kesemua

kad ini membolehkan guru kaunseling atau guru biasa yang berminat

mengkaji murid berkenaan, memahami perkembangan seorang insan yang

harmoni dan sepadu.

Page 4: Peranan Guru Sebagai Guru Pembimbing Dalam Membantu Murid

1.9 Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam

mengendalikan program. Guru biasa membantu guru bimbingan dan kaseling

dalam memberi maklumat kerjaya, pendidikan dadah, latihan dan maklumat

semasa. Guru biasa juga membantu melaksanakan program dan aktiviti

sekolah yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling

1.10 Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah tentang

murid yang memerlukan pertolongan profesional. Guru membantu mengenal

murid-murid yang berisiko untuk intervensi kaunseling dan membantu murid

bermasalah melalui guru bimbingan dan kaunseling.

1.11 Mengenal pasti murid bermasalah dari segi disiplin. Tugas guru bukan

hanya mengajar tetapi juga mendidik murid. Dari aspek ini, peranan guru

adalah penting kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-

murid (Meng E.A, 2000). Oleh itu, peranan guru dalam melaksanakan disiplin

di sekolah dengan mengawasi tingkah laku murid di bilik darjah (Meng E.A,

2000). Melalui pengawasan dan pemerhatian di bilik darjah, guru dapat

mengesan dan mengenalpasti sikap murid yang cenderung melakukan

masalah disiplin sebelum dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling.