membangunkan - ums libraryeprints.ums.edu.my/5762/1/nc0000002715.pdf · kepada guru-guru baru,...

1
Membangunkan profesionalisme guru dan staf 12 L., BAHAROM MOHAMAD Bersama Mohd Yusof Abdullah, Shukri 7ain, Abdul Said Ambotang Muhamad -. 'c.. kýtmi Taat dan Roslee Talin A' JYllu. i.. " . T_. __.... __. __ . _.. ý -- . ý_t_ PERKATAAN profesionalisme paling sering kita dengar hari- hari dan tidak asing bagi semua orang, apatah lagi bagi kalangan pendidik. Individu profesional ialah orang yang menawarkan jasa atau layanan sesuai dengan protokol dan peraturan dalam bidang yang dijalaninya dan menerima gaji sebagai upah atas jasanya. Setiap insan guru pastinya berharap menjadi orang profesional, walau kenyataannya menjadi profesional tidak semudahpengucapannya. Para pendidik digolongkan sebagai golongan profesional apabila dikaitkan dengan penguasaan bidang pedagogi yang menjadi satu-satunya elemen terpenting yang hanya dimiliki oleh mereka lantaran membentuk identiti serta entiti keguruan tersebut. Memang seorang pendidik dituntut menjadi profesional dan pastinya mengupayakan mereka untuk berada di posisi tersebut. Di sisi yang lain pula banyak kepentingan dan kegiatan lain yang perlu dilakukan di luar tugas utama mendidik. Dalam usaha untuk membangunkan profesionalisme guru, campm' tangan dan sentuhan tangan pengetua amat ditagih dandiperlukan. Dalam konteks ini pengetua dapat mengaplikasi amalan pengurusan berasaskan pasukan bagi tujuan tersebut. Melalui amalan pengurusan sebegini, pemimpin dan rakan sepasukan boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikanmasalah dan seterusnyameningkatkan perkembangan profesionalisme dan mutu pengajaran mereka. Pembangunan kompentensi dan kapasiti guru perlu dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana ia selari dengan konsep organisasi pembelajaran bagi memastikan setiap ahli organisasisentiasa belajar untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme dan seterusnyamelonjakkan prestasi organisasi (sekolah). Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang proses `coaching mentoring' perlu dilaksanakan terhadap semuapemimpiný pertengahan sekolah iaitu semua guru penolong kanan dan guru kanan. Prosestersebut wajar dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam buku log pengetua. Melalui proses tersebut pengetua dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar melalui perkongsian bersama pemimpin pertengahan berkaitan dengan bidang kerja masing-masing. Menerusi pendekatan ini pernahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku dan mekanismeyang terbaik untuk membantu mereka akan diperolehi. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai guru semasa mengikuti pelbagai mesyuarat, kursus, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya perlu dieksploitasi dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan bimbingan berkenaan. Proses tersebut perlu dibudayakan kepada semua peringkat kepimpinan. Natijahnya semuapersonel tersebut turut melaksanakan `coaching mentoring' kepada sumber di bawah kawalan mereka iaitu guru-guru atau kakitangan sokonganyang berkaitan. Melalui pendekatan tersebut guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik. Secara tidak langsung proses pemantauanakan berlaku di setiap peringkat. Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada penolong kanan dalam aspekpenyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), penolong kanan seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnyaprosessama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras-penyelaras tingkatan dan akhirnya guru-guru akademik. Ini membentuk satu rantaian dalam pengurusan organisasisekolah. Oleh kerana rantaian sangat penting dalam menjayakan aktiviti, program dan projek sekolah maka kesalingan interaksi amat dituntut daripada semuayang terlibat. Semua perlu akauntabel kepada tugas dan tanggungjawab serta mempamirkan integriti yang tinggi. Dalam usaha membangunkan kapasiti tersebut, perhatian yang serius juga perlu diberikan kepada program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran secara tidak formal, non formal mahupun secara formal denganterancang. Sebagai memenuhi tuntutan tersebut, maka, pelbagai program seperti kursus, bengkel, taklimat dan ceramah yang melibatkan pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah. Di samping merancang dan melaksanakanprogram pembangunan staf secara berkala berdasarkan analisis keperluan, pengetua juga perlu mengenal pasti kekuatan dan kepakaran yang sedia. Berdasarkan kepada situasi tersebut guru penolong kanan, guru kanan mata-pelajaran dan guru senior yang mempunyai kepakaran tertentu harus dilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dan kurang berpengalaman dalam pasukan masing- masing. Sehubungandenganbimbingan kepada guru-guru baru, pengetua boleh juga meminta guru pembimbing dan guru penasihat pelajaran yang samamemimpin dan membimbing guru pelatih dalam konteks membantu pembangunan kerjaya guru pelatih. Dalam aspek ini guru berkenaan bertanggungjawab memberi sokongan dan galakan kepada guru pelatih semasa ditempatkan di sekolah tersebut. Lazimnya guru pembimbing merupakan individu yang paling kerap berhubung dengan pelatih. Bagi guru pelatih, guru pembimbing merupakan sumber pertama bagi mereka mendapatkan nasihat dan tunjuk cara dalam menghadapi alam realti kehidupan insan guru. Justeru mereka ini perlu dibimbing dengan sebaiknya seperti membantu merancang, melaksana,mengawal dan memantau serta menilai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar para pelatih yang bernaung di bawah payung bimbingannya. Berdasarkan situasi tersebut, guru pembimbing bertanggungjawab: " Mengatur jadual mengajar guru pelatih dan menyusun kemahiran yang perlu bagimereka. " Memastikan guru pelatih mengikuti diskusi bagi menggalakkan mereka mengaitkan teori dan praktikal. " Membantu pelatih agarmahir menilai kebolehan sendiri. " Menghubungkan pelatih dengan guru lain yang perlu bekerja dengan mereka. " Memantau perkembaugan pelatih dari semasa ke semasa. " Berbincang dengan pelatih dan pengurus latihan bagi melengkapkan bahagian " Rumusan dalam borang penilaian. Sehubungandengan tanggungjawab tersebut, guru pembimbing perlu berkebolehan menasihat, menyokong dan dalam keadaan yang diperlukan boleh memberikan arahan kepada guru pelatih, memudahkan urusan membangunkan kerjaya pelatih serta menilai latihan yang dilalui. Mampu menilai kemajuan pelatih menurut senarai semakan kemahiran profesional secara formal. Selain daripada itu bagi mengintegrasikan budaya ilmu dalam kalangan pendidik dan kakitangan, mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacanailmu melalui pembentangan oleh guru dan kakitangan secarabergilir. Melalui wacana ini pelbagai input baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedahkan dan dikongsikan bersama serta ditangani secara satu pasukan. Di antara pengisian dalam wacana ilmu tersebut ialah ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat dalam pendekatan pembelajaran. Natijahnya, apabila seseorang pendidik berkenaan memilik kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan dapat membantu mendidik pelajar- pelajar dengan lebih berkesan. Di samping itu usaha memantapkan keilmuan guru seterusnyadiperluaskan kepada pelangganutama organisasi sekolah iaitu pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain sebagaimana yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya dalam mencungkil bakat dan potensi diri. * Penulis adalah Profesor Madya di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Upload: buiduong

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Membangunkan - UMS Libraryeprints.ums.edu.my/5762/1/nc0000002715.pdf · kepada guru-guru baru, pengetua ... guru pembimbing merupakan sumber pertama bagi mereka ... mesyuarat atau

Membangunkan profesionalisme guru dan staf 12 L.,

BAHAROM MOHAMAD

Bersama Mohd Yusof Abdullah, Shukri

7ain, Abdul Said Ambotang Muhamad -. 'c.. kýtmi Taat dan Roslee Talin A'

JYllu. i.. " . T_. __.... __. __ . _.. ý -- .

ý_t_

PERKATAAN profesionalisme paling sering kita dengar hari- hari dan tidak asing bagi semua orang, apatah lagi bagi kalangan pendidik. Individu profesional ialah

orang yang menawarkan jasa atau layanan sesuai dengan protokol dan peraturan dalam bidang yang dijalaninya dan menerima gaji sebagai upah atas jasanya. Setiap insan guru pastinya berharap menjadi orang profesional, walau kenyataannya menjadi profesional tidak semudah pengucapannya.

Para pendidik digolongkan

sebagai golongan profesional apabila dikaitkan dengan

penguasaan bidang pedagogi

yang menjadi satu-satunya elemen terpenting yang hanya

dimiliki oleh mereka lantaran

membentuk identiti serta entiti keguruan tersebut. Memang

seorang pendidik dituntut

menjadi profesional dan pastinya

mengupayakan mereka untuk berada di posisi tersebut. Di sisi

yang lain pula banyak kepentingan

dan kegiatan lain yang perlu dilakukan di luar tugas utama

mendidik. Dalam usaha untuk

membangunkan profesionalisme

guru, campm' tangan dan sentuhan

tangan pengetua amat ditagih

dan diperlukan. Dalam konteks

ini pengetua dapat mengaplikasi

amalan pengurusan berasaskan pasukan bagi tujuan tersebut. Melalui amalan pengurusan sebegini, pemimpin dan rakan sepasukan boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan masalah dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalisme dan mutu pengajaran mereka. Pembangunan kompentensi dan kapasiti guru perlu dilaksanakan secara sedar dan terancang kerana ia selari dengan konsep organisasi pembelajaran bagi memastikan setiap ahli organisasi sentiasa belajar untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme dan

seterusnya melonjakkan prestasi organisasi (sekolah).

Bagi memastikan guru dan kakitangan sokongan sentiasa dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang proses ̀ coaching mentoring' perlu dilaksanakan terhadap semua pemimpiný pertengahan sekolah iaitu semua guru penolong kanan dan guru kanan. Proses tersebut wajar dilakukan pada setiap minggu dan direkodkan dalam buku log

pengetua. Melalui proses tersebut pengetua dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar melalui perkongsian bersama pemimpin pertengahan berkaitan dengan bidang kerja masing-masing. Menerusi pendekatan ini pernahaman yang jelas tentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisme yang terbaik untuk membantu mereka akan diperolehi. Pengalaman pengetua dalam laluan kerjayanya sebagai guru semasa

mengikuti pelbagai mesyuarat, kursus, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya perlu dieksploitasi dan digunakan

sepenuhnya untuk tujuan bimbingan berkenaan.

Proses tersebut perlu dibudayakan kepada semua peringkat kepimpinan. Natijahnya

semua personel tersebut turut melaksanakan ̀coaching mentoring' kepada sumber di bawah kawalan

mereka iaitu guru-guru atau kakitangan sokongan yang berkaitan. Melalui pendekatan tersebut guru dan staf sokongan dapat dibimbing secara sistematik. Secara tidak langsung proses pemantauan akan berlaku di setiap peringkat. Contohnya, apabila pengetua membuat bimbingan kepada penolong kanan dalam aspek penyeliaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), penolong kanan seterusnya membuat bimbingan dan pemantauan kepada guru-guru kanan yang seterusnya proses sama berlaku kepada ketua-ketua panitia, penyelaras-penyelaras tingkatan dan akhirnya guru-guru akademik. Ini membentuk satu rantaian dalam pengurusan organisasi sekolah. Oleh kerana rantaian sangat penting dalam menjayakan aktiviti, program dan projek sekolah maka kesalingan interaksi amat dituntut daripada semua yang terlibat. Semua perlu akauntabel kepada

tugas dan tanggungjawab serta mempamirkan integriti yang tinggi.

Dalam usaha membangunkan kapasiti tersebut, perhatian yang serius juga perlu diberikan

kepada program pembangunan profesionalisme guru melalui pembelajaran secara tidak formal, non formal mahupun secara formal dengan terancang. Sebagai memenuhi tuntutan tersebut, maka, pelbagai program seperti kursus, bengkel, taklimat dan ceramah yang melibatkan pembangunan staf perlu dilaksanakan di sekolah. Di samping merancang dan melaksanakan program pembangunan staf secara berkala berdasarkan analisis keperluan, pengetua juga perlu mengenal pasti kekuatan dan kepakaran yang sedia. Berdasarkan kepada situasi tersebut guru penolong kanan, guru kanan mata-pelajaran dan guru senior yang mempunyai kepakaran tertentu harus dilibatkan untuk bertindak menjadi mentor bagi membimbing guru-guru yang baru dan kurang berpengalaman dalam pasukan masing- masing.

Sehubungan dengan bimbingan kepada guru-guru baru, pengetua boleh juga meminta guru pembimbing dan guru penasihat pelajaran yang sama memimpin dan membimbing guru pelatih dalam konteks membantu pembangunan kerjaya guru pelatih. Dalam aspek ini guru berkenaan bertanggungjawab memberi sokongan dan galakan kepada guru pelatih semasa ditempatkan di sekolah tersebut. Lazimnya guru pembimbing merupakan individu

yang paling kerap berhubung dengan pelatih. Bagi guru pelatih, guru pembimbing merupakan sumber pertama bagi mereka

mendapatkan nasihat dan tunjuk cara dalam menghadapi alam realti kehidupan insan guru. Justeru mereka ini perlu dibimbing dengan sebaiknya seperti membantu merancang, melaksana, mengawal dan memantau serta menilai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar para pelatih yang bernaung di bawah payung bimbingannya. Berdasarkan situasi tersebut, guru pembimbing bertanggungjawab: " Mengatur jadual mengajar guru pelatih dan menyusun kemahiran yang perlu bagimereka. " Memastikan guru pelatih mengikuti diskusi bagi menggalakkan mereka mengaitkan teori dan praktikal. " Membantu pelatih agar mahir menilai kebolehan sendiri. " Menghubungkan pelatih dengan guru lain yang perlu bekerja dengan mereka. " Memantau perkembaugan pelatih dari semasa ke semasa. " Berbincang dengan pelatih dan pengurus latihan bagi melengkapkan bahagian " Rumusan dalam borang penilaian.

Sehubungan dengan tanggungjawab tersebut, guru pembimbing perlu berkebolehan menasihat, menyokong dan dalam keadaan yang diperlukan boleh memberikan arahan kepada guru pelatih, memudahkan urusan membangunkan kerjaya pelatih serta menilai latihan yang dilalui. Mampu menilai kemajuan pelatih menurut senarai semakan kemahiran profesional secara formal.

Selain daripada itu bagi mengintegrasikan budaya ilmu dalam kalangan pendidik dan kakitangan, mesyuarat atau perjumpaan guru perlu diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui pembentangan oleh guru dan kakitangan secara bergilir. Melalui wacana ini pelbagai input baru berkaitan perkembangan mutakhir pendidikan dapat didedahkan dan dikongsikan bersama serta ditangani secara satu pasukan. Di antara pengisian dalam wacana ilmu tersebut ialah ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat dalam pendekatan pembelajaran. Natijahnya, apabila seseorang pendidik berkenaan memilik kekuatan ilmu yang tinggi dan penguasaan trend pendidikan kontemporari pastinya akan dapat membantu mendidik pelajar- pelajar dengan lebih berkesan.

Di samping itu usaha memantapkan keilmuan guru seterusnya diperluaskan kepada pelanggan utama organisasi sekolah iaitu pelajar dengan menerapkan budaya ilmu bagi memastikan setiap mereka bukan sahaja bijak dari segi keintelektualannya tetapi juga pintar dan berketrampilan dalam aspek-aspek yang lain sebagaimana yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, khususnya dalam mencungkil bakat dan potensi diri. * Penulis adalah Profesor Madya di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.