peranan guru

3
http://mizan-edu3108-drzaims.blogspot.com/2012/09/kuliah-8-peranan-guru-sekolah- rendah.html 1. GURU DAN ALAM PENDIDIKAN 2. • profesion yang paling mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. • tahun 1999 sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang manakala jumlah pelajar pula ialah 2,897,927 orang. • tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di negara kita 3. Guru sebagai pengamal ilmu • Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara terletak di atas pundak kaum guru. • Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak. • Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing. 4. • Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki, et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab sosial iaitu: (c)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (d)penyampai ilmu pengetahuan; (e)pembentuk akhlak; (f) pembimbing; (g)contoh teladan atau model. 5. • Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan berterusan: (c)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (d)berusaha membersihkan diri dari segi sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (e)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (f) melaksanakan tugas keguruan dengan sebaiknya; (g)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan bermasyarakat; (h)menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat pendidikan anggota masyarakat. 6. • Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. • Mengikut Jujun S. Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti. 7. Guru sebagai pengamal kemahiran • Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran, bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan. 8. (a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan masalah. (b) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain- lain. (c) Kemahiran pemudah cara - fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.

Upload: shima-kamarul

Post on 23-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

artikel

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Guru

http://mizan-edu3108-drzaims.blogspot.com/2012/09/kuliah-8-peranan-guru-sekolah-rendah.html

1. GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

2. • profesion yang paling mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. • tahun 1999

sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang manakala jumlah

pelajar pula ialah 2,897,927 orang. • tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di negara

kita

3. Guru sebagai pengamal ilmu • Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai

peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara

terletak di atas pundak kaum guru. • Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika

dunia kini menjadi sebuah ‘global village’, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin

mendadak. • Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta

mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.

4. • Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari

atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki,

et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab

sosial iaitu: (c)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (d)penyampai ilmu pengetahuan;

(e)pembentuk akhlak; (f) pembimbing; (g)contoh teladan atau model.

5. • Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan

berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan

berterusan: (c)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (d)berusaha membersihkan diri dari segi

sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (e)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan

diri dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (f) melaksanakan tugas keguruan

dengan sebaiknya; (g)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan

bermasyarakat; (h)menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat

pendidikan anggota masyarakat.

6. • Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap

profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. • Mengikut Jujun S.

Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai

tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan

langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan

neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.

7. Guru sebagai pengamal kemahiran • Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai

sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran

profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran,

bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan.

8. (a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat

yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan

masalah. (b) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses

pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain. (c) Kemahiran pemudah cara -

fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.

9. (d) Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan

berkesan. (e) Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran,

memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih

dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan

aktiviti pengajaran.

Page 2: Peranan Guru

10. (f) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis. (g) Kemahiran mengurus -

mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. (h)

Kemahiran menilai - mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. (I) Kemahiran ICT - menggunakan teknologi maklumat.

11. Guru sebagai pembentuk nilai • Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan dalam

kehidupan. • Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul. •

Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang

mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. • Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu

menjadi rote model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.

12. Guru sebagai pendidik Tugas guru adalah mendidik iaitu: (b)Memberi ilmu – mengajar,

menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. (c)Mendedahkan

pengalaman – guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pengalaman- pengalaman tertentu

seperti pengembara, mengelola majlis. (d)Mendidik murid berakhlak mulia – mendidik termasuk

dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral.

13. Guru sebagai agen sosialisasi • Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang

sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. • Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan

masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli

masyarakat.

14. Guru sebagai agen perubahan • Mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan

yang bersifat autokratik kepada demokratik. • Perlu berasaskan perkara-perkara berikut: -

Mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid. - Mengamalkan sifat

penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. - Bersikap terbuka

secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

15. Guru sebagai pembina negara Insan guru dapat membantu pembentukan masyarakat

dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara. Guru harus berakhlak mulia, mempunyai

semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,

masyarakat serta negara. Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu

menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia yang

berakhlak mulia.

16. Guru sebagai penyebar ilmu • Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan

kemahiran kepada murid. • Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid

mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. •

Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Melahirkan generasi yang mencintai ilmu

pengetahuan.

17. Guru sebagai penyayang • Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan

memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan

murid-muridnya. • Menyukai dan menyayangi kanak-kanak. • Berminat mengajar, berdedikasi dan

melaksanakan • aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh. • Dapat melahirkan murid yang

mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat.

18. Guru sebagai pakar rujuk • Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu

pengetahuan. • Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala. •

Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti

pengajaran mereka.

19. Guru sebagai mentor • Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid

dengan cepat dan berkesan. • Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu

Page 3: Peranan Guru

memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. • Juga perlu mempunyai sifat dan

kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur,

semangat berbakti, prihatin dan sebagainya.

20. Guru sebagai pengurus • Mengurus rutin bilik darjah. • Mengurus murid-murid supaya

menjalankan tugasan harian. • Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah. •

Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. • Mengurus aktiviti kumpulan.

21. Guru sebagai penyelidik • Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid. •

Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid. • Sentiasa membuat

dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P.

22. Guru sebagai pengamal reflektif • Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang

mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran. • Supaya murid-murid memperolehi

kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

23. Kesimpulan • Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah Negara. •

kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru.