per i bahasa

Upload: cwnorani

Post on 02-Mar-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PeriBahasa

TRANSCRIPT

Hasil PembelajaranPada akhir pelajaran, murid-murid dapat1. Mengenal pasti dan menyatakan jenis-jenis peribahasa.2. Menyatakan maksud peribahasa yang diberikan.3. Menyusun kata hikmat dengan betul.4. Mengisi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.5. Memilih jawapan yang betul bagi soalan peribahasa yang diberikan.

Menurut Md. Ishak A. Rahman (2005:43), peribahasa dalam pembentukan frasa boleh dikelompokkan sebagai golongan kata atau frasa yang terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif serta frasa sendi nama dan kata Bantu. Seperti binaan ayat dasar yang lain,peribahasa jenis frasa nama sahaja yang boleh menjadi subjek dalam ayat(Md. Ishak A. Rahman, 2005:43). Peribahasa frasa nama boleh juga menjadi predikat ayat. Sementarafrasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama hanya boleh berada sebagai predikat atau penerang ayat(Md. Ishak A. Rahman, 2005:43)Frasa NamaFrasa KerjaFrasa AdjektifFrasa Sendi Nama

Bumimana tidak ditimpa hujanBertepuk sebelah tangantak akan berbunyiIndahkhabar dari rupaDimana ada kemahuan,disitu ada jalan

Pelandukdua serupaMencurahkangaram ke lautBulathatiDimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Harimaumati meninggalkan belang,manusiamati meninggalkan namaMenanamtebu di bibir mulutJauhhati

Lembupunya susu,sapidapat namaUkurbaju di badan sendiriKeraskepala

Membacaitu jambatan ilmuLembuthati

Putih mata

Tawarhati

Frasa kerja, frasa adjektifdanfrasa sendi namasebagaipredikatataupenerang ayat.Contoh ayat seperti berikut:1. Setelah sekian lama merantau di negeri orang, dia pulang ke tanah airnya, bak kata pepatah setinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga.2. Dia pandaimenanam tebu di bibir muluttetapi niat di sebaliknya.3. Mira seorang yanglembut hati.Simpulan BahasaSimpulan BahasaMaksud Simpulan Bahasa

1. Ada hatiKeinginan, kemahuan, hajat

2. Air mukaWajah

3. Ambil beratMengambil tahu sesuatu hal

4. Angkat kakiBeredar dari sesuatu tempat

5. Ayam tambatanOrang harapan dalam pasukan

6. Bekas tangankraftangan

7. Berat tulangmalas

8. Beri jalanMemberi pendapat untuk menyelesaikan masalah

9. Bermuka-mukaBerpura-pura berbuat baik

10. Buah fikiranPendapat

11. Buka mataSedar akan hal yang berlaku

12. Bulat hatiKeputusan muktamad

13. Buta hatiLambat mempelajari sesuatu

14. Diam ubiOrang yang sentiasa berusaha dalam senyap

15. Harga matiHarga tetap

16. Harga pokokHarga asal

17. Hati batuDegil

18. Hitung buah kerayungMembuat kerja yang tidak berfaedah

19. Isi hatiPerasaan seseorang

20. Jauh hatiRasa tersinggung dengan perbuatan orang lain

21. Keramat hidupOrang yang lurus

22. Langkah kananBernasib baik

23. Langkah kiriTidak bernasib baik

24. Lipas kudungOrang yang membuat kerja dengan cepat

25. Mandi peluhKerja dengan sepenuh tenaga

26. Otak cairCerdas dan pandai

27. Pasang telingaDengar dengan teliti

28. Putih mataKecewa kerana tidak mendapat apa yang diingini

29. Telinga lintahOrang yang baik pendengaran

PerumpamaanPerumpamaanMaksud Perumpamaan

1. Bagai melukut ditepi gantangOrang yang tidak dipedulikan

2. Bagai menatang minyak yang penuhMemelihara anak dengan penuh kasih sayang

3. Bagai mencurah air ke daun keladiTidak bergua memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar

4. Bagai tikus jatuh ke berasSeseorang mendapat kesenangan atau kemewahan

5. Seperti anak ayam kehilangan ibuOrang yang hilang tempat bergantungan

6. Seperti aur dengan tebingOrang yang suka tolong-menolong

7. Seperti embun di hujung rumputKesetiaan yang tidak kekal

8. Seperti hujan jatuh ke pasirSia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi

9. Seperti ikan pulang ke lubukOrang merantau balik ke tempat asal

10. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betulMenasihati orang berbuat baik tetapi diri tidak berbuat demikian

11. Seperti pahat dengan pemukulOrang yang membuat pekerjaan apabila disuruh

12. Seperti tanduk diberkasSangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat

13. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lenganMembuat sesuatu, biarlah sampai habis

14. Belakang parang diasah lagikan tajamKalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai

15. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masakMembuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap

16. Genggam bara api, biar sampai jadiarangMembuat sesuatu sehingga berjaya

17. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaBersusah-payah mendapat hasil yang baik

18. Lain padang lain belalangAdat resam sesuatu tempat berbeza

Bidalan- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.BidalanMaksud Bidalan

1.Alah membeli menang memakaiBeli barang bernilai kerana mutunya tinggi

2.Diam ubi berisi, diam penggali berkaratOrang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa.

3. Hati hendak semua jadiJika ingin melakukan pasti boleh berjaya

4.Hendak seribu daya, tak hendak seribudalihJika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu melakukan kerja mesti mempunyai pelbagai alasan

5.Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasaLama hidup meuaskan pengalaman dan pengetahuan

6.Nak kaya berdikit-dikitKalau hendak kaya harus berjimat cermat

7.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukitMelakukan perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya

PepatahPepatahMaksud Pepatah

1.Alah bisa tegal biasaKalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan

2.Kata itu kotaJanji mesti ditunaikan

3.Ketengah boleh, ke tepi pun bolehOrang yang sesuai di bawa ke mana sahaja

4.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasaTuhan berkuasa ke atas segala hamba-Nya

5.Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasaKita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak

6.Hilang bahasa lenyap bangsaKalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsanya lagi