per i bahasa

27
Topik : Peribahasa ............................................. Bagai kacang melupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya Andrian bagai kacang melupakan kulit kerana tidak menghiraukan ibu bapa angkatnya di kampung sejak dia bekerja di Kuala Lumpur Bagai melepaskan anjing tersepit Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi Pertolongan yang pernah diberikan oleh Pak Sudin kepada Imran bagai melepaskan anjing tersepit kerana setelah senang, Imran tidak mahu membayar tanah yang digadai oleh Pak Sudin itu. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Menrendah diri “Apabila berada di rumah Pak Long Leman, baiklah membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang,” pesan Pak Long Lokman kepada anaknya. Berkata peliharakan lidah Hati-hati dengan setiap pertuturan Ibu sentiasa berpesan kepada kami supaya berkata periharakan lidah agar tidak dibenci oleh teman-teman. Harimau mati meningkatkan belang, manusia mati meningkatkan nama © Copyright Reserved Tema Budi Bahasa

Upload: noif

Post on 15-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

peribahasa

TRANSCRIPT

Topik : Peribahasa

.............................................Bagai kacang melupakan kulit

Orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya

Andrian bagai kacang melupakan kulit kerana tidak menghiraukan ibu bapa angkatnya di kampung sejak dia bekerja di Kuala Lumpur

Bagai melepaskan anjing tersepit

Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi

Pertolongan yang pernah diberikan oleh Pak Sudin kepada Imran bagai melepaskan anjing tersepit kerana setelah senang, Imran tidak mahu membayar tanah yang digadai oleh Pak Sudin itu.

Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

Menrendah diri

Apabila berada di rumah Pak Long Leman, baiklah membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang, pesan Pak Long Lokman kepada anaknya.

Berkata peliharakan lidah

Hati-hati dengan setiap pertuturan

Ibu sentiasa berpesan kepada kami supaya berkata periharakan lidah agar tidak dibenci oleh teman-teman.

Harimau mati meningkatkan belang, manusia mati meningkatkan nama

Setiap manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup

Walaupun Tun Abdul Razak telah lama meninggal dunia, namun jasa beliau terhadap negara dan rakyat tetap dikenang. Begitulah kalau harimau mati meningkatkan belang, manusia meningkatkan nama.

Hidung tinggi

Sombong

Sikapnya yang hidup tinggi itu dibenci oleh teman-temannya.

Hutung emas dapat dibayar, hutung budi dibawa mati

Budi yang diterima tidak dapat dibalas seumur hidup

Segala bantuan jirn-jirannya semasa kejadian tanah runtuh itu amat dihargai oleh Pak Cik Idris. Bagainya hutung emas dapat dibayar, hutung budi dibawa mati.

Kata biar dikota

Janji atau kata-kata diucapkan hendaklah ditunaikan

Kamil tetap berjumpa dengan Alif meskipun hujan lebat. Baginya kata biar dikota.

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

Sangat berbesar hati menerima nasihat atau pernolongan orang lain

Bantuan ini saya terima dengan senanh hati, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

Orang yang elok dan cantik tetapi berbudi bahasa

Anak gadis Mak Milah itu laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

...................................................................

Air dicencang tidak akan putus

Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan

Meskipun anak-anak Mak Cik Esah selalu bergaduh, tetapi pergaduhan ini tidak akan berpanjangan kerana air dicencang tidak akan putus.

Anak di pangkuan dilepaskan, kera di riba disusui

Melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri

Sikap Encik Jalil yang melebihkan rakan-rakannya daropada keluarga sendiri menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Bak pepatuh, anak di pangkaun dilepaskan, kera di riba disusui.

Bagai isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas / bagai beliung dengan asahan

Hubungan yang sangat rapat

Hubungan Hafizi dengan Khairul sangat rapat bagai isi dengan kuku.

Bagai menatang minyak yang penuh

Melayan seseorang dengan baik

Puan Janet dan suaminya menjaga anak mereka bagai menatang minyak yang penuh.

Baik sangka

Rasa muhibah

Puan Nethu baik sangka terhadap semua orang. Oleh sebab itu, dia mudah bergaul dengan masyarakat di sekelilingan.

Bau-bau bacang

Pertalian keluarga yang jauh

Walaupun Iman dengan saya hanya bau-bau bacang, tetapi hubungan kami amat rapat.

Bersatu teguh, bercerai roboh Jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat, tetapi jika kita berpecah belah, kita akan lemah Rakyat Malaysia diseru agar sentiasa bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Bukit sama didaki, luruh sama dituruni

Perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan

Sebagai suami isteri seharusya kesusahan dan kesenangan diharungi bersama, bak kata orang, bukit sama didaki, luruh sama dituruni.

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua

Berselisih faham sesama keluarga akhirnya berbaik semula

Setelah beberapa bulan bermasam muka, akhirnya Aimi dan Amirul berbaik semula. Benarlah kata orang, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua.

Gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga

Perselisihan faham kadangkala berlaku antara suami isteri dan sanak saudara

Walaupun mereka dikatakan pasangan paling ideal, namun suami isteri itu tidak menafikan bahawa kadangkala mereka bertengkar juga tentang sesuatu perkara. Bak pepatah, gigi dengan lidah adakalanya tergigt juga.

Hilang di mata, di hati jangan

Walaupun berjauhan, tetap ingat di hati

Sungguhpun Aina dan suaminya berjauhan, namun mereka sering berhubung melalui telefon kerana bagi mereka hilang di mata, di hati jangan.

Kera sumbung

Orang yang tidak suka bergual dengan orang lain

Wani tidak dikenali oleh jiran tetangganya kerana dia bersikap kera sunbung.

Laksana kunyit dengan kapur

Mudah mesra

Walaupun baru berkenalan, tetapi Delitha dengan Aleeya laksana kunyit dengan kapur.

Macam belangkas

Tidak boleh dipisahkan

Deliah dengan Azian macam belangkas kerana ke mana-mana mereka pergi pasti berdua.

Seperti anjing dengan kucing

Selalu bertengkar

Halim dan Helmi seperti anjing dengan kucing kerana sering bergaduh.

Seperti cincin dengan permata

Jodoh amat yang sesuai

Pasangan pengantin baru itu seperti cincin dengan permata.

.........................................................

Ada sampan hendak berenang

Senjaga menyusuhkan diri sendiri

Janganlah berbuat sesuatu yang mudah dengan cara yang susah. Inilah yang dikatakan orang sudah ada sampan hendak berenang.

Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti dimiliki

Zaki berhenti bekerja kerana menyangka permohonannya untuk memasuki universiti akan diterima, namun sebaliknya berlaku. Tindakan Zaki umpama harapan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Kalah jadi abu menang jadi arang

Dua pihak yang berkelahisama-sama menanggung kerugian

Peperangan yang sering terjadi dalam kalangan negera Islam hanya merugikan raykat negara yang terlibat kerana kalah jadi abu menang jadi arang.

Kutu embun

Orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam

Abang dimarahi oleh ayah dan ibu kerana bercampur dengan kutu-kutu embun di simpang jalan itu.

Mencurahkan garam ke laut

Melakukan pekerjaan yang sia-sia

Saya umpama mencurahkan garam ke laut kerana segala nasihat yang diberikan langsung tidak dipedulikannya.

Mengajar itik berenang

Mengajar seseorang yang sudah pandai

Tidak perlulah kita menunjukkan cara untuk membuat kek itu kepada Puan Lina kerana dialah tuan punya kedai kek yang terkenal di bandar itu. Jangan sampai kita dikatakan mengajar itik berenang.

Yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat

Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh malah keuntungan yang dimiliki turut habis hilang

Ibu menasihati ayah supaya tidak bersikap tamak dalam perniagaan kerana bimbang yang dikendang berciciran yang dikejar tak dapat.

...........................................................................................

Bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa

Bahasa menjadi lambang dan identiti sesuatu bangsa

Kita haruslah bertutur dalam bahasa Malaysia dengan betul kerana bahasa menunjukkan bangsa.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki

Warganegara asing yang datang ke Malaysia mestilah mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Hilang bahasa, lenyaplah bangsa

Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap

Kekuatan sesuatu bangsa terletak pada kekuatan bahasanya. Jika hilang bahasa, lenyaplah bangsa.

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

Sebaik-baik negara orang tidak sebaik negara sendiri

Walaupun Hasri kagum akan kemajuan negara Jepun, namun dia tetap merindui negara asalnya kerana hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kadang kerbau menguak

Pandai menyesuaikan diri di tempat yang diduduki

Pandai-pandailah kamu menyesuaikan diri apabila tinggal di asrama nanti. Bersikaplah seperti masuk ke kadang kambing mengembek, masuk ke kadang kerbau menguak.pesan ayah kepada kakak.

Pemuda tonggok negara, pemudi harapan bangsa

Golongan belia ialah agen pembagunan negara yang utama

Golongan belia hendaklah bekerjasama membangunkan negara kerana pemuda tonggok negara, pemudi harapan bangsa.

Seperti belut pulang ke lumpur / seperti ikan pulang ke lubuk / setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

Orang yang merantau telah pulang ke tempat asalnya dan payah untuk merantau lagi

Doktor Sanusi seperti belut pulang ke lumpur kerana pulang ke tanah air setelah 20 tahun meletap di luas negara.

Seperti burung gagak pulang ke benua

Seseorang yang tidak berubah keadaannya meskipun telah lama merantau

Meskipun Wen Siang sudah lama bekerja di Perth, Australia namun sikapnya masih tidak berubah semasa saya berjumpa dengannya. Dia seperti burung gagak pulang ke benua.

......................................

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Buang yang jahat dan ambil yang baik

Mereka saling bermaafan untuk menyelesaikan perselihan faham, bak kata orang, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Nasi sudah menjadi bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi

Lai Wien menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh semasa bersekolah dahulu kerana kini dia terpaksa bekerja sebagai buruh binaan. Penyesalannya sudah tiada maknanya lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

Putih mata

Kecewa

Serina putih mata apabila beg tangan yang diidamkannya telah dibeli orang.

Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

Sekali tertipu, kali dua sudah tahuSharil tidak mempercayai rakannya itu lagi kerana dia pernah ditipu oleh rakannya itu; sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Berfikir sebelum melakukan sesuatu supaya tidak menyesal

Setelah ditangkap polis, Sudir menyesali perbuatannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan, eloklah insaf dengan segara

Saya menyeru kepada murid-murid yang terlibat dengan dadah supaya segaralah bertaubat dan berusaha untuk menjauhi diri daripada dadah. Bak kata orang, kalau sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sudak terhantuk, baru tengadah

Setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-hati

Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana deman denggi, barulah Encik Rajes membersihkan persekitaran rumahnya. Sikap Encik Rajesh bertepatan dengan peribahasa sudah terhantuk, baru tengadah.

Takut akan bayang-bayang sendiri

Rasa takut kerana bersalah

Oleh sebab takut akan bayang-bayang sendiri, akhirnya Mamat mengaku bersalah.

..................................................................

Alah bisa tegal biasa Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan

Setelah sebelum di kampung, kedinginan air perigi dan gigitan nyamuk tidak lagi menjadi masalah kepada Farid kerana alah bisa tegal biasa.

Alang-alang berdakwat biarlah hitam

Jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan

Ibu menegur kakak kerana tidak memcuci semua pakaian kotor itu. Bagi itu, alang-alang berdakwat biarlah hitam.

Alang-alang berminyak biar licin

melakukan sesuatu kerja biarlah sampai sempurna

Cikgu Aliff sering menasihati kami supaya menyiapkan latihan yang diberinya dengan sempurna seperti bidalam alang-alang berminyak biar licin.

Bekas tangan

Hasil kerja tangan seseorang

Bakul-bakul rotan ini bekas tangan nenek saya.

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

Jika berusaha dengan gigih, orang yang bodoh akan berjaya juga

Semakin ama semakin cekap dia bermain piano, bak kata orang, belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

Orang yang rajin

Danish disukai oleh majikannya kerana belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Menghadapi kesusahan dahulu untuk mendapat kesenangan pada hari kemudian

Jutawan itu menceritakan kesusahan yang dihadapinya dahulu sebelum memperoleh kesenangan kini. Baginya, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan

Jika ada keinginan atau cita-cita pasti ada cara untuk mencapainya

Jika kamu benar-benar mahu mencapai impian kamu, pasti ada jalannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kata Cikgu Sabri kepada Nathan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Jika dikehendaki pelbagai usaha boleh dilakukan tetapi jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan Usahlah kamu memberikan pelbagai alasan lagi tentang sebab kamu tidak menyiapkan kerja yang diarahkan kerana jika kamu mahu sudah pasti kamu boleh meakukannya, bak peribahasa Melayu, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ,leter Puan Jamilah kepada George.

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Kejayaan tidak akan dicapai jika tidak disertakan usaha

Setiap pelajar yang mahu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan perlulah berusaha bersungguh-sungguh kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Kais paga makan pagi, kais petang makan petang

Orang miskin yang harus bekerja tanpa mengira masa untuk menyara hidup

Walaupun hidup keluarganya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, namun mereka bahagia.

Lembu punnya susu, sapi dapat nama

Orang lain yang berusaha, orang lain pula yang menerima sanjungan

Kamilah yang bertungkus-tungkus untuk menjayakan majlis itu, tetapi Hayati pula yang mendapat pujian. Begitulah kata orang, lembu punnya susu, sapi dapat nama.

Malas berdayung, perahu hanyut

Kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas berusaha

Jika kamu malas belajar, kamu tidak akan berjaya kerana malas berdayung perahu hanyut, nasihat ibu kepada Suria.

Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut Jika tidak mahu berusaha, kejayaan pasti tidak dapat dicapai

Yusni rajin bertanya kepada gurunya jika dia tidak memahami sesuatu perkara kerana baginya malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.\

Mandi peluh Bekerja dengan bersungguh-sungguh

Setiap hari, Pak Ali mandi peluh di bendang untuk mencari rezeki.

Ringan tulang Rajin bekerja

Pembantu rumah Puan Nora sering dipuji kerana ringan tulang.Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

Kerja yang dilakukan dengan sabar, akhirnya mencapai kejayaan

Wang di dalam tabung itu sudah penuh kerana dia rajin menabung. Itulah kata orang, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Sesuatu pekerjaan akan selesai akhirnya jika dilakukan dengan tekun dan sabar

Mahani dapat menyiapkan semua tempahan kuih pelanggan sebelum menjelang hari raya kerana sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Tulang empat kerat

Menggunakan tenaga sendiri untuk melakukan sesuatu pekerjaan

Pak Hamdan menggunakan tulang empat keratnya semasa mengusahakan tanah kebun seluas dua ekar itu.

Ulat buku

Orang yang suka membaca

Qistuna sering menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan kerana dia ulat buku.

Usaha tangga kejayaan

Hanya dengan usaha yang bersungguh-sungguh kejayaan dapat dikecap

Jika ingin mencapai kejayaan dan mengejar cita-cita, kita perlulah sentiasa berusaha dengan gigih kerana usaha tangga kejayaan.

....................................

Berani kerana benar, takut kerana salah

Berani kerana berada di pihak yang benar

Iskandar tidak gentar apabila dibawa berjumpa denga guru besar kerana baginya berani kerana benar, takut kerana salah.

Bergadai nyawa

Mempertahankan nyawa, meletakkan diri dalam keadaan yang dapat menyebabkan maut

Ketika perahu penambung itu terbalik, Zamir bergadai nyawa untuk menyelamatkan seorang wanita yang hampir lemas.

Berkata benarlah walaupun pahit

Berterus teranglah demi kebenaran walaupun mungkin akan menyakiti perasaan orang lain Berkata benarlah walaupun pahit, kata Rita kepada Syikin ketika memujuknya agar menceritakan masalahnya setelah melihat Syikin menangis.

Biar putih tulang, jangan putih mata

Leih baik mati daripada menanggung malu

Para pejuang kemerdekaan negara sanggup berkorban nyawa kerana bagi meraka biar putih tulang, jangan putih mata.

Cacing yang hendak menjadi naga

Orang kecil yang hendak menyamai orang besar

Pemandu kereta kepada pengarah syarikat itu diberhentikan kerja kerana didapati menyamar sebagai pengarah untuk menipu orang ramai. Perbuatannya itu seperti cacing yang hendak menjadi naga.

Hidup ini suatu perlumbaan

Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan sering berlumba dalam mencapai kejayaan

Kita haruslah bertindak secara bijaksana apabila menghadapi dugaan kerana hidup ini suatu perlumbaan.

Membujur lalu melintang patah

Tidak menghiraukan halangan atau masalah

Apa-apa sahaja yang hendak kita lakukan, hendaklah membujur lalu melintang patah. Jika tidak sukar untuk kita beroleh kejayaan,pesan ayah kepada abang.

Pantang berundur sebelum berjuang

Tidak berputus asa sebelum berjaya

Walaupun pelbagai halangan yang menimpa, namun kami tetap akan teruskan pendakian ini kerana bagi kami pantang berundur sebelum berjuang. kata ketua pasukan pendaki gunung itu.

Pantang mati sebelum ajal

Tidak akan tewas; berundur sebelum masanya

Walaupun pasukan kami sudah ketinggalan tiga jaringan, namun kami tetap akan bermain berhabis-habisan kerana kami memegang konsep pantang mati sebelum ajal, kata ketua pasukan bola sepak itu.

............................................................................

Bagai aur dengan tebing

Saling membantu dan bekerjasama

Masyarakat Kampung Permai bagai aur dengan tebing kerana sentiasa bekerjasama dalam segala urusan.

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

Memetingkan diri sendiri

Masalah kita tidak akan selesai jika masing-masing bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, kata ketua pasukan itu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Betapa susah kita melihat penderitaan seseorang, lebih susah bagi orang itu menghadapi penderitaannya

Kami berasa terharu akan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir itu, apatah lagi mereka yang melaluinya kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Kerja yang berat atau yang susah akan menjadi senang dan mudah sekiranya dilakukan bersama-sama

Majlis perkahwanan Kak Milah berjalan dengan lancar kerana keluarga kami mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Bersatu teguh, bercerai roboh

Bersatu padu menyebabkan masyarakat menjadi kuat, perpecahan pula akan melemahkan masyarakat

Masalah kita sama-sama berusaha untuk menbanteras gejala penagihan dadah dalam kalangan anak muda kampung ini. Kata orang, bersatu teguh, bercerai roboh, kata ketua kampung itu.

Bersekutu bertambah mutu

Perpaduan dalam kalangan rakyat menjamin kesejahteraan hidup

Sebagai pekerja di restoran ini, kamu semua seharusnya bantu-membantu bagi mengurus restoran ini kerana bersekutu bertambah mutu , kata pengurus restoran yang baru dibuka itu.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Mencapai kata sepakat dengan mesyuarat

Urusan pentadbiran persatuan itu berjalan dengan lancar kerana semua tindakan yang dilaksanakan telah pun disepakati dalam mesyuarat. Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Bulat kata

Sepakat ; sehati

Penduduk kampung ini bulat kata untuk membantu Pak Kassim membaiki rumahnya.

Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama diceceh

Pengagihan yang sama banyak

Azhar dan Zaki dapat bertahan sebagai rakan kongsi selama lebih 20 tahun kerana jatuh bangun dan untung rugi syarikat dikongsi bersama. Bak pepatuh, hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama diceceh.

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

Orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya

Mereka berjanji akan sentiasa memberikan kerjasama demi kemajuan syarikat kerana mereka sedar bahawa mereka ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.

Muafakat itu berkat

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan bersama-sama pasti mendatangkan hasil yang baik

Penduduk Taman Jati berpakat untuk menubuhkan rukun tetangga bagi menjaga keselamatan mereka. Bagi mereka muafakat itu berkat.

....................................................................................

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya

Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Lihatlah murid itu, nampaknya sahaja pendiam,tetapi sebenarnya murid cemerlang,kata Cikgu Tan.

Alah membeli, menang memakai

Biarlah barang yang dibeli mahal asalkan tahan lama

Perabot ini mahal harganya, namun begitu tahan lama. Bak kata orang, alah membeli, menang memakai.

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

Berhati-hati ketika hendak menceritakan sesuatu rahsia

Kak Siti diingatkan agar berhati-hati apabila mencecritakan perkara yang dianggap rahsia kerana bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

Berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah

Melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati

Semasa berada di rumah Pak Long, pandai-pandailah membawa diri. Bak kata orang, berjaln pelihara kaki, bercakap pelihara lidah, pesan ibu kepada kakak.

Biar lambat asalkan selamat

Melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna

Ayah memandu kereta dengan berhati-hati kerana baginya biar lambat asalkan selamat.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Selalu berwaspada dan berhati-hati

Ibu sering menasihati kami supaya mengamalkan sikap suka menabung kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

Memasang telinga

Mendengar dengan teliti

Para peserta kursus itu memasang telinga ketika penceramah itu berucap.

Menarik rambut di dalam tepung

Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah

Dalam mesyuarat itu, Encik Dahlam bersikap menarik rambut di dalam tepung kerana tidak mahu ada ahli pengarah yang berkecil hati.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

Sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal

Anak-anak perlu diberikan didkan agama supaya mereka dapat mengelakkan diri daripada gejala yang tidak bermoral. Jika sudah terjebak, memang sukar untuk membetulkan keadaan. Oleh itu, mencegah adalah lebih baik

daripada mengubati .

Mengukur baju di badan sendiri

Berbelaja mengikut kemampuan sendiri

Sebelum membeli kereta mewah itu, ukurlah baju di badan sendiri supaya kamu tidak akan susah nanti, kata ayah kepada abang.

Pandu cermat jiwa selamat

Memandu kenderaan dengan berhati-hati

Ayah berpesan kepada abang agar berhemah semasa memandu kereta kerana pandu cermat jiwa selamat.

Rosak badan kerana mulut

Seseorang akan menerima akibat buruk jika tidak pandai mengawal tutur kata

Hasyim dipukul oleh Pak Samad anaknya kerana menuduh anak Pak Samad mencuri motosikalnya tanpa menyelidik hal yang sebenar. Nasib Hasyim boleh diibaratkan seperti peribahasa rosak badan kerana mulut.

Sediakan payung sebelum hujan

Berjaga-jaga sebelum ditimpa bencana

Ayah memeriksa keadaan keretanya sebelum bertolak ke kampung. Baginya lebih baik, sediakan payung sebelum hujan.

Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu Sekali tertipu tertu akan berhati-hati pada masa akan datang

Saya tidak akan meminjamkan wang kepadanya lagi kerana hutangnya yang lalu belum dibayarnya lagi. Bak kata orang, seklai jalan terkena, dua kali jalan tahu.

Tepuk dada tanya selera

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan hendaklah difikirkan baik-baik

Saya hanya memberikan cadangan, keputusannya di tangan kamu. Tepuk dada tanya selera,kata Amir kepada rakannya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain

Apabila bercakap dengan seseorang, kita hendaklah memikirkan kesan pertuturan kita kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

..........................................................................

Ada kemenyan sebesar lutut jika dibakar tak akan berbau

Orang yang banyak mempunyai ilmu tetapi tidak menggunakannya maka tiada faedah yang diperoleh

Walaupun Halim berkelulusan dalam bidang agama dari luar negara, namun sikapnya yang ada kemenyan sebesar lutut jika dibakar tak akan berbau amat mengewaskan ibu bapanya.

Alah bisa tegal biasa

Pekerjaan yang susah jika selalu dilakukan akan menjadi senang

Pada mulanya agak susah baginya untuk menenun kain songket, akhirnya dia mahir kerana alah bisa tegal biasa.

Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut / bingung tiada dapat diajar, cerdik tiada dapat diikut

Orang yang bodoh berlagak pandai dan tidak mahu mendengar nasihat atau tunjuk ajar orang

Semua pelajar di kelas Lia tidak suka akan sikapnya yang terlagak pandai dan tidak mahu mendengar tunjuk ajar orang seperti kata orang bodoh tiada dapat diajar, cerdik tiada dapat diikut.

Buta huruf

Tidak pandai membaca

Orang tua itu menyuruh Yani menmbacakan surat yang diterimanya kerana dia buta huruf.

Diam penggail berkarat

Ilmu yang tidak diamalkan akan hilang

Ilmu jika tidak diamalkan, maka akan hilang seperti kata orang, diam penggail berkarat.

Hanya jauhari mengenal manikam

Hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat penilaian tentang perkara tertentu

Masalah hukum-hukum agama hendaklah merujuk kepada ahli ulama kerana hanya jauhari mengenal manikan.

Hendak belajar berenang dapatlah itik, hendak belajar memanjat dapatlah tupai

Hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut

Kalau kamu ingin belajar cara membuat kek, pergilah belajar dengan Puan Diana kerana kalau hendak belajar berenang dapatlah itik, hendak belajar memanjat dapatlah tupai,jelas Siti kepada Manisa.

Ilmu pelita hati

Ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup

Kita selalu diingatkan supaya menuntut ilmu kerana ilmu pelita hati.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Mendidikan anak-anak mestilah semasa mereka masih kecil

Ibu bapa hendaklah mengajar anak supaya menabung wang sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Membaca jambatan ilmu

Dengan membaca, banyak ilmu pengetahuan diperoleh

Pengetahuan seseorang akan bertambah jika rajin membaca pelbagai bahan bacaan kerana membaca jambatan ilmu.

Memeras otak

Berfikir atau belajar dengan gigh

Kakak memeras otak untuk memperoleh ijazah kejuruteraan yang diimpikannya.

Seperti ayam mematuk anak

Ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan membetulkan kelakuan mereka

Encik Aziz akan mendenda anaknya yang melakukan kesalahan dengan tujuan untuk menyedarkan anak-anaknya seperti ayam mematuk anak.

Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

Ibu bapa yang cuba membetulkan kesalahan anak tetapi mereka juga melakukan kesalahan

Sikap Encik Johari seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana cuba melarang anaknya merokok sedangkan pada masa yang sama, dia merokok di hadapan anaknya.

.................................

Bagai bulan dipagari bintang / emas baru disepuh

Cantik

Anak Mak Besah yang bongsu itu sangat jelita bagai bulan dipagari bintang.

Bagai cincin dengan permata

Sama-sama cantik

Perkahwinan anak gadis Puan Neetha yang cantik itu dengan seorang pramugara yang kacak bagai cincin dengan permata.

Bagai pinang dibelah dua / bagai kunyit dengan kapur

Sepadan ; secocok

Pasangan pengantin itu sangat secocok bagai pinang dibelah dua.

Rumah buruk disapu cat

Perempuan tua yang suka bersolek

Mak Cik Leha seperti rumah buruk disapu cat kerana suka bersolek walaupun sudah berusia setengah abad.

......................................

Antan patah lesung halang / sudah jatuh ditimpa tangga

Kemalangan yang dialami bertimpa-timpa

Pada minggu lepas, anaknya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya dan hari ini, suaminya pula meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung. Begitulah kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga.

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu

Keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat

Setelah ibu dan ayah meninggal dunia, abanglah yang menyara hidup kami lima beradik dengan pendapatannya yang tidak seberapa. Keadaan hidup kami bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.

Bagai layang-layang putus tali

Sudah putus harapan ( bergantung pada nasib )

Setelah tidak berjaya mendapat tempat di insitusi pengajian tinggi, dia berasakan dirinya bagai layang-layang putus tali.

Malang tidak berbau

Kejadian buruk yang akan menimpa tidak dapat dijangka

Kita hendaklah sentiasa berhati-hati semasa memandu kederaan kerana malang tidak berbau.

Tanam padi tunbuhnya lalang

Orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil sebagaimana yang diharapkan

Sudah pelbagai perniagaan yang diceburi olah Jamil, namun satu pun tidak menjadi. Begitulah nasib Jamil yang dikatakan orang, tanam padi tumbuhnya lalang.

Terlepas mulut buaya masuk ke mulut harimau

Baru terlepas daripada kemalangan atau bahaya yang kecil terkena pula kemalangan atau bahaya yang lebih besar

Setelah tentera Jepun menyerah kalah, penduduk tanah Melayu dianiaya pula oleh pihak kominis. Begitulah nasib penduduk Tanah Melayu yang dikatakan terlepas mulut buaya masuk ke mulut harimau.

Tiada beban batu digalas

Tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah

Tindakan Mahadi yang campur tangan dalam pertengkaran jirannya dengan kumpulan samseng itu menyebabkan Mahadi turut cedera dipukul oleh kumpulan disebut. Sikap Mahadi itu ibarat tiada beban batu digalas.

Untung batu

Nasib yang tidak baik

Untung batu saya hari ini kerana pagi-pagi lagi beg saya diragut,kata Misya kepada rakannya.

Untung sepanjang jalan , malang sekelip mata

Kemalangan datang secara tiba-tiba

Keuntngan yang diperoleh oleh Latifa dalam perniagaan yang telah dijalankannya beberapa tahun yang lalu, hilang begitu sahaja setelah dia melabur semua simpanannya itu dalam satu pelaburan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Begitulah nasib Latifa yang dikatakan untung sepanjang jalan , malang sekelip mata.

Budi Bahasa

Tema

Kasih Sayang / Perhubungan

Tema

Perbuatan yang sia-sia

Tema

Tema .......

Semangat Patriotisme / Cinta akan Negara

Tema .......

Penyesalan

Tema .......

Daya usaha / Kesungguhan

Keberanian

Tema .......

Tema .......

Pemuafakatan / Bekerjasama

Berhati-hati / Teliti / Berjimat cermat

Tema .......

Kepentingan Ilmu / Pendidikan

Tema .......

Tema .......

Kecantikan

Nasib Malang

Tema .......

Copyright Reserved