17eprints.usm.my/38871/1/usm_news_portal_-_anjung_r&b_beri...menurut rosline, tema sambutan minggu...

4
untitleddfhdf KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan satu kemudahan baharu yang diberi nama Anjung R&B (Rest & Breastfeeding) untuk ibu-ibu bersalin berehat selepas menyusukan bayi mereka yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital USM. Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Rosline Hassan berkata, dengan adanya Anjung R&B ini, ibu-ibu lebih mudah untuk memerah susu, memberikan susu serta merawat bayi mereka yang sedang dirawat. “Anjung ini juga merupakan satu inisiatif untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu yang masih berpantang berehat sementara menunggu waktu untuk menyusukan bayi mereka kerana pelbagai kemudahan disediakan antaranya katil pesakit, tandas, bilik solat, pantri dan banyak lagi. (https://news.usm.my) Berita Mutakhir search... ANJUNG R&B BERI KEMUDAHAN UNTUK IBU BERSALIN BEREHAT DAN MENYUSUKAN BAYI 17 AUG

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • untitleddfhdf

    KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Ogos 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan satukemudahan baharu yang diberi nama Anjung R&B (Rest & Breastfeeding) untuk ibu-ibu bersalinberehat selepas menyusukan bayi mereka yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU),Hospital USM.

    Timbalan Dekan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Rosline Hassanberkata, dengan adanya Anjung R&B ini, ibu-ibu lebih mudah untuk memerah susu, memberikan sususerta merawat bayi mereka yang sedang dirawat.

    “Anjung ini juga merupakan satu inisiatif untuk memberi keselesaan kepada ibu-ibu yang masihberpantang berehat sementara menunggu waktu untuk menyusukan bayi mereka kerana pelbagaikemudahan disediakan antaranya katil pesakit, tandas, bilik solat, pantri dan banyak lagi.

    (https://news.usm.my)

    Berita Mutakhir

    search...

    ANJUNG R&B BERI KEMUDAHAN UNTUK IBU BERSALINBEREHAT DAN MENYUSUKAN BAYI17AUG

    https://news.usm.my/

  • “Seperti yang semua maklum, ibu-ibu yang baru bersalin masih lagi tidak sihat sepenuhnya, namunmereka perlu menyusukan bayi mereka yang dirawat di NICU. Dengan adanya Anjung R&B ini, merekaboleh berehat tidak kira berapa lama kerana ia dibuka setiap masa iaitu 24 jam sehari,” jelasnya.

    Tambah Rosline, hanya ibu-ibu yang anaknya dirawat di NICU sahaja boleh menggunakan anjungtersebut bagi mengelakkan ianya disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    “Ibu-ibu yang ingin berehat di Anjung R&B perlulah mendaftar dan mendapatkan kunci dari ketuajururawat yang bertugas di wad NICU terlebih dahulu,” ujarnya lagi.

    Terdahulu, Rosline merasmikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang merupakan acaratahunan yang disambut oleh Hospital USM bagi memberi pengiktirafan kepada usaha ibu-ibu untukmenyusui bayi mereka secara eksklusif dan sehingga umur anak sekurang-kurangnya dua tahun.

    Sambutan yang diadakan di Dataran Merah, PPSP USM itu dihadiri kira-kira 200 orang peserta terdiridaripada staf USM, kakitangan pusat kesihatan berhampiran, ibu-bapa dan kanak-kanak diisi denganpelbagai program antaranya pertandingan mewarna, bercerita, pertandingan keluarga anggunmenyusu dan banyak lagi.

    Menurut Rosline, tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini ialah‘Breastfeeding: A Key To Sustainable Development’ atau ‘Penyusuan Ibu: Kunci PerkembanganKelestarian’ sangat sinonim dengan moto USM iaitu ‘Memastikan Kelestarian Hari Esok’.

    “Tema pada tahun ini mengajak orang ramai menghargai kesejahteraan hidup sejak dari awalkehidupan, bagaimana untuk menghormati antara satu sama lain dan bersama menjaga dunia yangkita kongsi ini.

    “Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia ini disambut secara besar-besaran kerana penyusuanibu adalah cara yang paling berkesan untuk menjimatkan kos dan memperbaiki kehidupan kanak-kanak selain memberi banyak faedah kepada ibu dan bayi,” katanya lagi.

  • Rosline berkata, susu ibu penting untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat dan menyokongpenyusuan ibu merupakan salah satu pelaburan yang bijak, bukan saja memberi kebaikan padaindividu, malah juga kepada negara.

    Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Mohd Asrar Mohd Rokeman

    Share This

    Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre

    Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia

    Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : [email protected] (mailto:[email protected])

    Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia (http://www.usm.my)

    Client Feedback / Comments (http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp) | USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015

    http://del.icio.us/post?v=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20https://digg.com/submit?phase=2&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20https://www.facebook.com/dialog/share?app_id=925945534114813&display=popup&href=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&redirect_uri=https://news.usm.my/media/coalaweb/modules/generic/html/popup-close.htmlhttps://plus.google.com/share?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20https://www.stumbleupon.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20https://twitter.com/intent/tweet?text=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayihttps://www.linkedin.com/shareArticle?mini=true&url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20http://reddit.com/submit?url=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20https://www.newsvine.com/_tools/seed?popoff=0&u=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayi&title=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20mailto:?subject=USM%20News%20Portal%20-%20ANJUNG%20R%26B%20BERI%20KEMUDAHAN%20UNTUK%20IBU%20BERSALIN%20BEREHAT%20DAN%20MENYUSUKAN%20BAYI%20&body=https%3A%2F%2Fnews.usm.my%2Findex.php%2Fberita-mutakhir%2F4072-anjung-r-b-beri-kemudahan-untuk-ibu-bersalin-berehat-dan-menyusukan-bayimailto:[email protected]://www.usm.my/http://web.usm.my/smbp/maklumbalas.asp