penyusuan susu ibu menurut perspektif islam

Upload: aisyah-nazifah

Post on 31-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

hikmah susu ibu

TRANSCRIPT

PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah swt sebagai khalifah di muka bumi ini. Kitadijadikan sebagai insan yang lemah ketika dilahirkan, dan berupaya untuk berdikari apabila meningkatdewasa. Kita amat bergantung kepada kasih sayang ibu dan bapa yang melahirkan dan membesarkankita. Kasih sayang yang dicurahkan melalui penyusuan susu ibu, menjadi pengikat kasih yang kuatantara kita dengan ibubapa. Penyusuan susu ibu mengandungi banyak kelebihan yang tersurat danjuga yang tersirat.Penyusuan susu ibu merupakan salah satu komponen utama dalam pendidikan awal seorang anak.Peranan mendidik anak melalui penyusuan ini, hanyalah dianugerahkan kepada kaum wanita sahaja.Allah swt telah memilih kaum wanita kerana sifat keibuan yang kuat dalam diri mereka.Setiap bayi yang baru lahir, dikurniakan naluri untuk menyusu pada payudara ibunya. Penyusuansusu ibu mampu melengkapi segala keperluan rohani dan jasmani yang diperlukan oleh seseorangbayi. Oleh itu, penyusuan susu ibu telah dijadikan Allah swt, sebagai suatu perkara yang wajibdilaksanakan oleh setiap ibu yang melahirkan anak. Ketetapan tentang kewajipan ini telah di sebutoleh Allah swt melalui firmannya di dalam surah Al Baqarah, ayat ke 233. 233. Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya. tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan Yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu Dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) Yang kamu mahu beri itu Dengan cara Yang patut. dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua Yang kamu lakukan.

Menurut sejarah Islam, para nabi dan rasul juga disusui oleh ibu-ibu mereka, sama ada ibu yangmelahirkan, ataupun ibu susuan. Nabi Muhammad saw juga disusui oleh ibunya Siti Aminah dankemudiannya disusui oleh ibu susuannya Halimah As-Sadiyyah. Begitu juga Nabi Musa a.s yangdihanyutkan ke Sungai Nil setelah disusui oleh ibunya, dan kemudiannya ditemukan semula olehAllah swt dengan ibunya. Setelah keluarga Firaun mencari ibu susuan untuk nabi Musa a.s di seluruhpelusuk negeri, akhirnya bertemu dengan ibu baginda sendiri, tanpa diketahui oleh keluarga Firaun.Kisah ini telah diceritakan di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Qasaas. Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa : susukan ia dan apabila kamu khuatir terhadapnya, makajatuhkan ia kedalam sungai (Nil) janganlah kamu khuatir dan janganlah pula kamu bersedih hatikerana sesungguhnya kami akan mengembalikan nya kepadamu dan menjadikannya ( salah seorang )daripada para Rasul. (al-Qasas:7)PENEMUAN SAINTIFIK MENGENAI SUSU IBU BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya.manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabad yang lalu.Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuanImam Syafie berkata, Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuanKelebihan dan fadhilat menyusukan anak1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah