penyelidikan format baru

46
TUGASAN SEPTEMBER 2015 SEMESTER KOD KURSUS EPP 442 NAMA KURSUS PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR PUAN ROSNAH BINTI RAMLI NO. MATRIK E30209120608 NAMA FASILITATOR AKADEMIK DR MIOR AHMAD TERMIZI BIN MIOR IDRIS PUSAT PEMBELAJARAN IPOH, PERAK 1

Upload: casd989

Post on 14-Jul-2016

53 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelidikan Format Baru

TUGASAN

SEPTEMBER 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EPP 442

NAMA KURSUS PENYELIDIKAN DALAM BILIK DARJAH 2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR PUAN ROSNAH BINTI RAMLI

NO. MATRIK E30209120608

NAMA FASILITATOR AKADEMIK DR MIOR AHMAD TERMIZI BIN MIOR IDRIS

PUSAT PEMBELAJARAN IPOH, PERAK

1

Page 2: Penyelidikan Format Baru

PERMAINAN PETIKLAH SAYANG MENINGKATKAN PENGUASAAN GAYA BAHASA SIMILE DAN SINKOP BAGI PELAJAR BERMASALAH

PEMBELAJARAN SASTERA

OLEH

ROSNAH BTE RAMLI

CADANGAN PENYELIDIKAN

2

Page 3: Penyelidikan Format Baru

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 4

1.1 Latar Belakang Kajian 4

1.2 Permasalahan Kajian 4-5

1.3 Objektif Kajian 6-7

1.4 Persoalan Kajian 7-8

1.5 Limitasi Kajian 9

2.0 Tinjauan Literatur Berkaitan 10-17

3.0 Metodologi 17-18

4.0 Analisis Data 18

4.1 Profil Sampel Kajian 18-21

5.0 Perbincangan 21-23

6.0 Rujukan 24-25

7.0 Lampiran 26-33

3

Page 4: Penyelidikan Format Baru

1.0 PENGENALAN

1.1 Latar belakang Kajian

Sistem pendidikan kini sedang mengalami perkembangan yang sangat pesat . Teknik pengajaran

mengalami perubahan dalam semua mata pelajaran. Teknik menggunakan kapur tulis bertukar

kepada penggunaan komputer. Metodologi pengajaran Bahasa Melayu turut dilanda arus

perubahan. Langkah tertentu telah diambil untuk memantapkan lagi pengetahuan, di samping

tidak ketinggalan pemantapan sahsiah pelajar.Aspirasi dan falsafah pendidikan negara bukan

hanya memberi penekanan kepada aspek kognitif semata-mata, malah aspek perkembangan

emosi yang stabil turut diberi perhatian.Langkah untuk merealisasikan hasrat tersebut dapat

dicapai dengan melaksanakan pengajaran komponen sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Di samping mengajar tatabahasa, karangan, guru juga dikehendaki mengajar sajak,

pantun,cerpen, prosa klasik dan novel. Komsas ialah merupakan komponen penting dalam subjek

Bahasa Melayu. Menurut Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) Tingkatan 1 hingga V Pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu

dalam seminggu untuk pengajaran komsas.Pihak Kementerian Pendidikan juga telah membuat

pemilihan teks sastera yang menepati kesemua aspek untuk digunakan dalam pengajaran

tersebut.

1.2 Permasalahan Kajian

Berdasarkan pemerhatian saya setelah mengajar Bahasa Melayu selama dua puluh tahun,

didapati terdapat suatu fenomena di mana pelajar bukan Melayu kurang menguasai pengajaran

komsas yang dijalankan di dalam kelas. Mereka sering mengalami masalah untuk menjawab

soalan pemahaman dan gagal untuk menjawab dengan baik dalam ujian serta peperiksaan.

Setelah mengajar selama 6 bulan pada tahun 2015, saya mendapati masih terdapat pelajar gagal

menguasai kemahiran-kemahiran dalam sastera. Aspek yang ketara dihadapi adalah dalam aspek

gaya Bahasa berbanding aspek-aspek yang lain. Selepas penerangan demi penerangan

disampaikan, didapati pelajar masih gagal menguasai sepenuhnya. Situasi ini jelas apabila setiap

4

Page 5: Penyelidikan Format Baru

kali soalan mengenai gaya bahasa diajukan mereka mengambil tindakan mendiamkan diri. Ini

menunjukkan suspek gagal menguasai aspek gaya bahasa .

Elemen-elemen yang banyak dalam sasatera turut menyumbang kepada kegagalan tersebut.

Pelajar terpaksa memahami tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, teknik penceritaan, nilai,

gaya bahasa dan pengajaran . Selain daripada itu terdapat pecahan, contohnya bagi aspek

perwatakan. Didalamnya mengandungi watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak

hitam, watak dinamik dan lain-lain. Manakala aspek gaya bahasa sendiri mengandungi

asonansi, aliterasi, simile, personifikasi, repetisi, anafora, metafora dan lain-lain. Ruang lingkup

yang terlalu luas menjadi penyebab pelajar gagal menguasai keseluruhan aspek tersebut. Saya

telah memilih satu aspek dalam komsas untuk kajian, iaitu aspek gaya bahasa. Oleh kerana gaya

bahasa dalam komsas terlalu banyak, saya memilih dua gaya bahasa yang penting, iaitu simile

dan sinkope dalam kajian yang telah saya lakukan.

Menyedari situasi di mana kebanyakan pelajar bukan Melayu tidak dapat menguasai pengajaran

komsas, saya merasa terpanggil untuk menjalankan suatu penyelidikan. Di samping menjalankan

penyelidikan, saya turut memperkenalkan suatu kaedah pengajaran yang diharapkan dapat

merungkai permasalahan tersebut.

Penyelidikan yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan

menyebut jenis gaya bahasa simile dan sinkop dalam pengajaran sastera. Pelajar bermasalah

pembelajaran didapati menghadapi masalah untuk menguasai aspek gaya bahasa. Manakala

kaedah yang digunakan adalah aktiviti permainan ‘ Petiklah Sayang ‘. Permainan ini

diharapkan dapat membantu pelajar untuk lebih mudah memahami dan menguasai aspek gaya

bahasa dalam pengajaran sastera.

5

Page 6: Penyelidikan Format Baru

1.3 Objektif Kajian

1. Pelajar dapat mengecam jenis gaya bahasa simile dan sinkop dengan betul dalam sajak

melalui aktiviti Permainan Petiklah Sayang.

2. Pelajar dapat menyebut jenis gaya bahasa simile dan sinkop dengan betul melalui aktiviti

permainan Permainan Petiklah Sayang.

3. Pelajar dapat memberi contoh gaya bahasa simile dan sinkop dengan betul dalam sajak.

Sebagai lanjutan daripada cadangan aktiviti yang akan dijalankan, diharapkan pelajar dapat

menguasai beberapa kemahiran . Diantaranya ialah pelajar dapat mengenal pasti jenis gaya

bahasa dalam sajak. Saya memilih sajak kerana sajak merupakan hasil penulisan yang lebih

ringkas, tetapi sarat dengan pesanan, kiasan dan luahan perasaan. Pelajar dapat menemui lebih

dari satu gaya bahasa dalam sajak. Apabila pelajar dapat mengecam jenis gaya bahasa didalam

sajak, diharapkan agar pelajar dapat mengenali gaya bahasa dalam cerpen, drama, pantun dan

karya sastera yang lain.Berikut merupakan maklumat mengenai gaya bahasa yang dipilih, iaitu

simile dan sinkop. Terdapat lima komponen gaya bahasa dalam sastera termasuklah Gaya

Bahasa Perbandingan, Gaya Bahasa Pertentangan, Gaya Bahasa Pengulangan, Gaya Bahasa

Pertautan dan Gaya Bahasa Penyirnaan. Saya telah memilih simile dari Gaya Bahasa

Perbandingan dan sinkop dari gaya Bahasa Penyirnaan sebagai bahan kajian.

Simile, iaitu perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan atau sesuatu

yang dianggap sama dengan menggunakan kata seperti "bak", "laksana", "seperti'', "umpama",

"penaka", "ibarat", "macam", "bagai", dan "serupa". Yang berikut adalah antara contoh gaya

bahasa simile yang terdapat dalam teks komsas

a. Seperti kebun berpagar duri. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003, 7)

b. la menjernih bagai jerebu diterpa titik hujan. (Othman Puteh, 2001: 26)

c. Macam membawa duit tak laku (Anak Laut, 2002: 8)

d. Umpama lebah membuang sengatnya (Seuntai Kata Untuk Dirasa, 2003: 13) G

6

Page 7: Penyelidikan Format Baru

i. Sinkop, iaitu pengguguran huruf sisipan atau suku kata sisip bagi perkataan a tau dengan

menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi perkataan. Contohnya:

Andikara -- Adikara

Baharu -- baru

Dahulu -- dulu

Nenekanda -- nenenda

Sahaja -- saja

Saha ya -- saya

Semenjak – sejak

Senantiasa -- sentiasa

Tidak -- tak

Tahu – tau

Juga – Jua

Kamu – muAku - kuEngkau - kau UJANG: Tak jua, aku cuma menduga saja. (Sehijau Warna Daun, 2002: 150)

1.4 Persoalan kajian

1. Adakah aktiviti permainan ‘ Petiklah Sayang’ dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk

mengecam jenis gaya bahasa simile dan sinkop dalam sajak dengan betul?

2. Adakah aktiviti permainan ‘petiklah sayang’ dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk

menyebut jenis gaya bahasa simile dan sinkop dalam sajak dengan betul?

3. Adakah aktiviti permainan ‘petiklah sayang’ dapat meningkatkan kemahiran pelajar untuk

memberi contoh gaya bahasa simile dan sinkop dalam sajak dengan betul?

Dalam konteks ini persoalan yang berlegar di fikiran saya adakah aktiviti yang akan dijalankan

dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam menguasai aspek gaya bahasa.

7

Page 8: Penyelidikan Format Baru

Walaubagaimanapun saya telah mencuba dengan sebaik-baiknya untuk memastikan penyelidikan

ini akan dapat mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Bagi menjawab segala persoalan

tersebut saya telah menjalankan permainan tersebut untuk melihat sejauh mana

keberkesanannya.Penyelidikan yang dijalankan telah melibatkan beberapa kaedah, iaitu Ujian

Diagnostik, Ujian Pra, Ujian Post serta Borang Soal Selidik. Data-data yang dikumpul diaplikasi

dalam bentuk jadual dan graf. Seterusnya laporan dibuat berdasarkan jadual dan graf

tersebut.Akhirnya rumusan diperoleh dengan meneliti segala maklumat yang dikumpulkan.

Karya sastera yang dimuatkan dalam penyelidikan ini sarat dengan pengajaran dan keindahan

yang dapat dijadikan santapan rohani pembaca untuk memahami dan menghayati nilai serta

memperkaya rasa kecintaan terhadap alam sekitar.

Seterusnya penghasilan penyelidikan ini diharap dapat membantu dan memperkembang potensi

pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini juga diharap dapat menyokong

dan memenuhi Aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2015 untuk

melonjakkan keberhasilan teras pendidikan negara.

Daripada penerangan diatas jelaslah bahawa pengajaran komponen sastera memainkan peranan

yang penting untuk merealisasikan Aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Bertitik tolak daripada

kenyataan diatas, saya merasa terpanggil untuk mengusahakan satu projek yang melibatkan

kemahiran gaya bahasa dalam sastera. Walaupun gaya bahasa merupakan satu elemen dalam

sastera , namun elemen ini dapat mempengaruhi pelajar untuk memahami keseluruhan aspek

kesasteraan. Kejayaan dalam perlaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu pelajar

untuk menguasai kesusasteraan dengan lebih berkesan. Juga dapat menyerlah keunikan dan

keindahan dalam karya sastera. Selain daripada itu diharapkan juga pelajar dapat menghasilkan

karya sendiri setelah mereka menguasai kemahiran gaya bahasa tersebut.

8

Page 9: Penyelidikan Format Baru

1.5 Limitasi Penyelidikan

Pada pandangan saya, pengajaran gaya bahasa khususnya dapat memberi manfaat yang bukan

sedikit dalam pengajaran sastera. Namun dalam perlaksanaan aktiviti ini saya menghadapi

beberapa masalah yang sedikit sebanyak dapat mengganggu tumpuan untuk menyelesaikan

tugasan tersebut. Penyelidikan yang dilakukan adalah melibatkan pelajar bukan melayu. Saya

menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan sampel. Kemahiran bertutur, menulis dan

membaca adalah terhad. Selain daripada itu kosa kata mereka adalah agak sedikit. Justeru

menimbulkan kesulitan untuk melahirkan idea dan menjawab soalan. Kelemahan ini

mempengaruhi penulisan ayat kerana ayat yang ditulis terlalu ringkas. Mereka juga gagal untuk

berkomunikasi dengan berkesan. Oleh itu pelajar gagal untuk memberi penjelasan secara

spontan terhadap sesuatu isu dengan baik.

Selain itu, pada masa ini juga saya turut menghadapi masalah yang lain. Peralatan computer

yang saya gunakan mengalami kerosakan. Saya tidak dapat menggunakan peralatan tersebut

untuk menyiapkan penyelidikan. Alternatif lain terpaksa dilakukan sehingga akhirnya kajian

saya dapat disiapkan.

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan diatas, penyelidikan yang saya lakukan adalah

bertujuan untuk meningkatkan martabat kesusasteraan Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.

Generasi muda patut diberikan kesedaran bahawa mereka seharusnya mengambil langkah

tertentu agar warisan ini tidak pupus di telan zaman. Sekiranya golongan muda tidak mahu

memikul tanggungjawab ini, khazanah kebangsaan negara ini akhirnya terkubur begitu sahaja.

Semua pihak perlu melaksanakan langkah tertentu agar kesusasteraan dapat diletakkan pada

kedudukannya yang tertinggi sebagai warisan yang tidak ternilai harganya.

9

Page 10: Penyelidikan Format Baru

2.0 Tinjauan Literatur

Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini kita dapat menyaksikan kemerosotan akhlak berlaku

di kalangan pelajar. Saban hari kita diasak dengan berita keruntuhan sosial, jenayah yang

melibatkan remaja yang masih bersekolah. Gelaja ini perlu ditangani dengan pelbagai kaedah

oleh semua pihak. Salah satunya ialah sumbangan karya penulisan daripada golongan

cendekiawan. Golongan cerdik pandai perlu memperbanyakkan penulisan untuk menjadi tatapan

umum. Semoga dengan penulisan tersebut akan membuka minda pelajar untuk menghindari

gejala kurang sihat yang membawa keburukan. Oleh itu gejala ini dapat dibendung daripada

berleluasa.

Berbanding dengan penghasilan jurnal, esei dan sebagainya, proses kajian atau penyelidikan

jurnal tersebut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Proses penyelidikan jurnal

atau penulisan membolehkan orang ramai memahami dengan lebih mudah jurnal yang telah

dihasilkan. Pemahaman ini pentinguntuk menjamin wujudnya interaksi antara golongan cerdik

pandai yang menghasilkan karya, golongan penyelidikan dan seterusnya masyarakat. Golongan

masyarakat perlu memahami hasrat yang terkandung untuk merealisasikan harapan tersebut.

Akhirnya tindakan ibubapa perlu untuk mengubah senario yang tidak menyenangkan ini. Pada

hemat saya perlu ada tinjauan literature berkaitan isu kesusasteraan yang telah dibuar kajian.

Berikut merupakan perbandingan saya telah jalankan ke atas beberapa jurnal yang saya telah

pilih.

Rujukan penyelidikan adalah mengenai kesusasteran sebagai Wahana Mengajar Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi. Kertas kerja ini dihasilkan oleh N. S. Rajendran daripada Kementerian

Pendidikan Malaysia. Kertas kerja menjelaskan bahawa pengajaran sastera boleh dijadikan

sebagai mata pelajaran yang dapat merealisasikan kemahiran berfikir aras tinggi khususnya

potensi komponen kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi.

Dalam kertas kerja ini juga, Stemberg dan Martin (1988) mendapati hanya sebahagian kecil

aktiviti dalam kelas membantu pelajar secara langsung menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.

Kajian menunjukkan guru tidak menyediakan peluang bagi pelajar untuk mengaplikasi

kemahiran tersebut. Selain daripada itu guru sering menghadapi masalah untuk menentukan aras

10

Page 11: Penyelidikan Format Baru

sesuatu soalan dan hasil pembelajaran. Pengkaji turut mendapati guru kerap mengemukakan

soalan aras rendah. Oleh itu kajian ini turut memberi panduan untuk menghasilkan soalan,

teknik menyoal pada aras lebih tinggi.

Tujuan kertas kerja ini dihasikan adalah untuk mengkaji kemungkinan menggunakan komponen

kesusasteraan sebagai wahana mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Rentetan daripada itu

turut dicadangkan srategi dan teknik yang boleh digunakan. Disamping itu taksonomi yang

bersesuaian turut dicadangkan. Tidak syak lagi komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai

peluang kepada guru untuk menwujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan,

membuat inferens, mencadang idea baru dan menilai tindakan.

Memang tidak dapat dinafikan guru yang mengajar kesusasteraan perlu sentiasa menentukan

aktiviti pembelajaran menarik, mencabar dan berkesan. Guru mesti peka terhadap objektif,

pengetahuan sedia ada, minat , kemudahan dan kemahiran. Kaedah yang disarankan adalah

seperti berikut. Sebagai contohnya adalah Soalan Terbuka. Kaedah ini memberi peluang kepada

pelajar menggunakan pengetahuan dan pengalaman sedia untuk penyelesaian masalah. Selain

daripada itu teknik Penyoalan juga boleh digunakan. Penyoalan boleh dilaraskan sama ada untuk

aras rendah atau aras tinggi. Sebagai melengkapkan teknik perbincangan juga boleh digunakan

untuk memberi peluang untuk merungkai pelbagai isu, serta mencari penyelesaian. Teknik

pengurusan grafik dan penyelesaian masalah turut disyorkan.

Saranan yang diberikan oleh penyelidikan agar guru peka dengan keperluan mengajar kemahiran

berfikir aras tinggi. Manakala pendekatan yang digunakan perlulah memastikan terdapat

penglibatan pelajar. Akhirnya guru mata pelajaran kesusasteraan mempunyai iltizam yang tinggi

untuk menggunakan kesusasteraan sebagai wahana untuk mengajar kesusateraan sebagai wahana

untuk kemahiran berfikir aras tinggi.

Berkaitan dengan penguasaan kesusasteraan yang lebih berkesan kajian yang dikemukakan,

jurnalseterusnya adalah Persepsi Guru Mengenai Penggunaan Aplikasi Multimedia dalam

Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal ini dihasilkan oleh Zamri Mahamod

dan Nur Aisyah Mohamad Noor.Hal ini memang sejajar dengan tujuan pengajaran untuk

mendapatkan penguasaan maksimun, pelbagai langkah perlu dilaksanakan. Penggunaan aplikasi

11

Page 12: Penyelidikan Format Baru

multimedia mempunyai matlamat yang sama iaitu pengajaran yang berkesan dan menepati

objektif pengajaran.

Hakikatnya guru menghadapi pelbagai masalah dalam pengajaran komsas. Sebagai contohnya

sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru terpaksa menjalankan pengajaran

dalam keadaan tergesa-gesa. Pemilihan tajuk yang penting terpaksa dilakukan untuk

menghabiskan silibus. Topik yang bank dan elemen yang pelbagai membataskan kaedah yang

dapat digunkan. Guru tidak mempunyai pilihan lain untuk menjalankan pengajar menggunakan

kaedah tradisional. Pengajaran berpusatkan guru terpaksa digunakan untuk menjimatkan masa.

Terdapat dikalangan pentadbir tidak memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan

keberkesanan pengajar komsas. Contohnya terdapat sekolah yang tidak menghantar wakil untuk

membangunkan perisian komputer.

Sehubungan dengan itu perlu ada jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah diatas.

Sebahagian daripada kaedah untuk meleraikan masalah adalah penggunaan aplikasi multimedia.

Penggunaan komputer dilihat dapat menyelesaikan banyak masalah kerana pendekatan ini

memberikan banyak kelebihan.

Bertentangan dengan kaedah tradisional, penggunaan PPBK mempunyai banyak kelebihan.

Diantaranya pembelajaran menggunakan perisian membantu pelajar menguasai pembelajaran

dua hala. Menggunakan bantuan media, pelajar mampu belajar secara aktif kendiri dan anjal.

Pelajar turut terlibat secara aktif melalui hubungan dua hala dengan perisian. Strategi

pembelajaran kendiri juga membolehkan pelajar belajar secara bersendirian tanpa kehadiran

guru. Pembelajaran juga dapat dijalankan mengikut kehendak sendiri tanpa menunggu

pembelajaran dalam bilik darjah.

Sebagai lanjutan daripada kenyataan diatas, menggunakan maklumat dalam jadual, dapatan

tersebut diperoleh. Dapatan menunjukkan teori pembelajaran yang diterap dalam perisian dapat

membantu pelajar menguasai pembelajaran secara efektif. Penggunaan perisian turut membantu

pelajar membina pengetahuan baru dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada. Seterusnya

pembelajaran ini juga menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Disingkapkan

penggunaan perisian ini dapat membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam

pengajaran Bahasa Melayu khususnya komsas.

12

Page 13: Penyelidikan Format Baru

Kajian diteruskan dengan mengulas jurnal. Kewajaran Pengajian Komsas dalam Bahasa

melayu oleh Nik Hassan Nik Abdul Kadir. Komsas merupakan komponen penting dalam

subjek Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSM menetapkan

peruntukan masa dua waktu seminggu untuk komsas Jurnal ini diterbitkan untuk merungkai

permasalahan dalam pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu.

Bersangkutan dengan isu di atas, terdapat beberapa permasalahan dan kekeliruan yang dihadapi

oleh guru. Didapati terdapat guru yang kurang memahami falsafah pengajaran komsas dalam

Bahasa Melayu. Kekeliruan tentang matlamat, objektif pengajaran, penilaian menyebabkan

guru mengajar komsas sama seperti mengajar subjek Kesusasteraan Melayu tulen. Selain

daripada itu guru juga kurang cekap dan yakin untuk melaksanakan pengajaran komsas.

Berkaitan permasalahan tersebut pengkaji telah memberi beberapa saranan untuk meningkatkan

pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu. Diantaranya termasuklah guru mesti mempunyai

pengetahuan yang mendalam dan membuat perancangan yang betul agar pengajaran mencapai

objektif. Tanggungjawab mengajar komsas tidak boleh dipandang ringan. Guru Bahasa mesti

peka, dedikasi, prihatin dan memiliki ketrerampilan untuk menjalankan pengajaran dengan

berkesan.

Oleh hal yang demikian pemilihan teks sastera adalah sangat penting. Karya yang dipilih

mestilah mempunyai kriteria tertentu. Bahan komsas sepatutnya dapat membangkitkan minat

dan kesedaran pelajar tentang kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur ayat. Selain

daripada itu, teks sastera mesti mempunyai keindahan, kreatif, rasional, intelek itu adalah unik

dan gaya Bahasa yang menghibur. Nilai moral dan etika juga perlu dimasukkan dalam teks

sastera. Aspek yang juga penting termasuk fonologi, marfologi, sintaksis, semantik dan

pragmetik.

Sebagai lanjutan daripada penjelasan tersebut, perlu dihuraikan persoalan mengapa perlunya

komsas dalam pengajaran Bahasa Melayu. Komsas dikatakan mempunyai pengajaran banyak

kelebihan. Dalam hal ini komsas memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana

13

Page 14: Penyelidikan Format Baru

melalui karya yang menyentuh hati pelajar akan sedar perasaan sendiri semasa mereka

memikirkan perasaan orang lain. Unsur-unsur dalam teks sastera dapat membentuk pelajar

menghormati orang lain, membina salsiah, yang elok dan bersikap toleransi. Pembacaan bahan

komsas juga dapat memberi juga dapat memberi motivasi, pemikiran positif, kreatif dan selain

daripada itu semangat cinta akan tanah air dapat disemat melalui unsur patriotik, perpaduan

negara dan kebudayaan kebangsaan.

Berkaitan dengan isu yang dibincangkan, saya turut mengemukakan jurnal bertajuk Gaya

Bahasa Dalam Bahasa Melayu.Jurnal ini turut menampilkan pengarang yang sama iaitu Nik

Husin Basri B Nik Abdul Kadir.Penjelasan jurnal ini menyentuh pengajaran gaya bahasa dalam

subjek Bahasa Melayu, khususnya dalam bidang penulisan kreatif.. Pengarang menekankan peri

pentingnya pengajaran gaya bahasa dalam penulisan kreatif kerana gaya bahasa memainkan

peranan penting dan dianggap nadi dalam menghidupkan karya kreatif. Karya penulisan kreatif

merujuk karya kesusasteraan yang mempunyai unsure keindahan dan istimewa.

Karya tersebut dicatat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah Tingkatan satu hingga Tingkatan lima. Penjelasan diterukan dengan penerangan

mengenai gaya bahasa. 5 kelompok gaya bahasa, iaitu merujuk Gaya Bahasa Perbandingan,

Gaya Bahasa Pertautan, Gaya Bahasa Pertentangan, Gaya Bahasa Penyirnaan dan Gaya Bahasa

Pengulangan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah

ditetapkan gaya bahasa yang perlu diajar bagi setiap tingkatan.Gaya Bahasa Perbandingan

digunakan untuk menambah kesan dengan membanding sesuatu perkara dengan perkara yang

lain. Di dalamnya terkandung metafora, personifikasi, simile dan imejan. Gaya Bahasa

Pertentangan pula mengemukakan makna yang berlawanan dengan maksud sebenar. Di

dalamnya terkandung gaya bahasa hiperbola dan paradoks. Gaya Bahasa Perulangan

merujukpengulangan bunyi, suku kata, frasa untuk memberi kesan tindakan. Contohnya aliterasi,

anafora, asonansi, epifora dan rima. Manakala Gaya Bahasa Penyirnaan pula merujuk kepada

sinkop.Sinkop merupakan pengguguran huruf sisipan atau suku kata, sisipan perkataan dengan

menghilangkan huruf tengah atau suku kata tengah bagi sesuatu perkataan. Pembelajaran gaya

bahasa bagi setiap tingkatan telah dirancang dengan teliti.Semasa pengajaran sastera dalam

Tingkatan 5 diharapkan semua pelajar telah dapat menguasai semua gaya bahasa tersebut. Selain

daripada gaya bahasa, pelajar juga perlu menguasai aspek laras bahasa mata pelajaran yang

14

Page 15: Penyelidikan Format Baru

berlainan. Contohnya laras bahasa sains. Guru juga perlu memastikan pelajar menguasai

kepelbagaian laras bahasa tersebut. Pengarang juga turut menjelaskan mengenai pemilihan

pendekatan pengajaran yang boleh dipilih oleh guru semasa menjalankan pengajaran.

Pendekatan tersebut termasuklah Deduktif, Induktif, Eklektif dan Komunikatif. Setiap kaedah

mempunyai keunikan dan kelebihan masing-masing semasa diamalkan.

Jurnal seterusnya adalah menekankan aspek perpaduan, iaitu Pendidikan Sastera Perpaduan

Menerusi Komsas Tingkatan 4. Pengarangnya ialah Chew Fong Peng.Tujuan jurnal ditulis

adalah untuk menilai pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan dan kesannya. Dapatan kajian

menunjukkan buku teks KOMSAS tidak mencerminkan realiti masyarakat berbilang kaum.

Guru-guru pula jarang menerapkan elemen perpaduan di dalam atau di luar kelas. Oleh itu Biro

Buku Teks, guru dan pelajar seharusnya mengamalkan sikap positif dan komitmen yang tinggi

untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu. Kajian oleh Chew (2003) menunjukkan

sastera Melayu adalah menjadi mekanisma yang boleh digunakan untuk memupuk semangat

muhibbah yang melahirkan konsep sastera perpaduan.Pengajaran Komsas diajar secara

berperingkat-peringkat dari segi penguasaan gaya bahasa. Antara nilai murni dan pengajaran

penting adalah perpaduan yang menjadi matlamat dan objektif pengajaran Komsas. Tujuan

kajian dijalankan adalah untuk meninjau pendidikan perpaduan menerusi Komsas ke arah

memberi sumbangan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu. Caroll (1989)

mengenalpasti 5 elemen pelajar yang mendorong kecemerlangan. Iaitu kemampuan pelajar,

kebolehan memahami arahan, ketekunan, peluang belajar dan pengajaran yang berkualiti. Selain

daripada itu dalam usaha membina perpaduan, pengkaji menggabung jalin konsep kesesuaian

buku teks dan faktor pembelajaran guru dan pelajar.Hubungan kesemua elemen ini akan

mewujudkan perpaduan dalam masyarakat.

Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik.Sampel yang digunakan terdiri daripada pelajar

Tingkatan Empat yang berlainan aliran. Mereka sedang belajar di salah sebuah sekolah

menengah kebangsaan di Petaling Jaya. Setelah dibuat penelitian didapati empat item yang

menunjukkan kesan positif pendidikan sastera perpaduan terhadap pelajar. Item tersebut

termasuklah pelajar dapat mengaplikasi nilai murni dalam sastera dalam kehidupan

seharian,mempelajari komsas dapat memupuk akhlak mulia, berbangga menjadi warganegara

Malaysia berbilang kaum dan perpaduan penting untuk memupuk integrasi nasional.

15

Page 16: Penyelidikan Format Baru

Akhir sekali rumusan yang diperoleh idealisme integrasi nasional menerusi pendidikan sastera

perpaduan adalah signifikan dari segi mengeratkan hubungan antara kaum. Walaubagaimanapun

masih terdapat kelemahan dari segi pemilihan buku teks, peranan guru dan kesungguhan pelajar.

Oleh itu semua pihak yang terlibat perlu mengembleng tenaga untuk melahirkan bangsa

Malaysia yang berjiwa kental mengikut acuan sendiri.

Kajian masih lagi mengenai sastera, iaitu Penggunaan Gaya Bahasa Dalam Penulisan

Karangan Naratif Pelajar PraUniversiti di Brunei Darussalam.Jurnal ini dihasilkan untuk

menyingkap penggunaan gaya bahasa dalam penulisan karangan naratif. Pelajar yang terlibat

ialah pelajar prauniversiti. Tumpuan diberikan kepada gaya bahasa perbandingan yang kurang

diberikan perhatian oleh pelajar. Sikap ini memberikan kesan kepada kualiti penulisan daripada

segi estetika yang kurang memuaskan. Kajian yang ditulis oleh Yahya Othman menjelaskan gaya

bahasa merupakan ungkapan kata yang melibatkan pengolahan idea. Penghasilan karangan

naratif yang baik memerlukan gabungan elemen berikut, iaitu olahan cerita dan ayat-ayat yang

berupa ungkapan yang mengandungi gaya bahasa yang menarik. Penulisan kreatif memerlukan

kreativiti untuk menghasilkan karangan yang mempunyai nilai estetika dan gaya bahasa yang

tersendiri. Gaya bahasa yang diselitkan dapat menghasilkan ungkapan yang segar seperti

perumpamaan dan hiperbola dalam penulisan.

Penggunaan gaya bahasa sangat penting dalam karangan imaginatif untuk memberi daya tarikan

kepada pembaca. Oleh kerana pelajar kurang mahir dalam penggunaan gaya bahasa

menyebabkan penulisan mereka kurang nilai estetika dan keragaman bahasa. Pada asasnya kajian

ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan gaya bahasa dalam

penulisan karangan naratif pelajar prauniversiti.Penekanan diberikan untuk menghasilkan

penulisan yang lebih berkesan adalah dengan menggabung imej dengan makna kata. Adalah

penting untuk meletak sesuatu kata yang mampu menggambarkan dengan tepat sesuatu idea

yang telah dirancang. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan penggunaan gaya bahasa adalah

pada tahap yang sangat kurang memuaskan. Sampel didapati masih belum menguasai kemahiran

tersebut. Hanya 13% sampel menggunakan gaya bahasa perumpamaan dan hiperbola sahaja

dalam karangan. Walaubagaimanapun dalam novel remaja hasil nukilan Khairudin Ayip

mengandungi ciri-ciri keindahan universal. Terdapat kesempurnaan dari aspek gaya bahasa, nilai

intelek dan nilai etika. Penulis didapati berjaya mengeksploitasi sepenuhnya gaya bahasa untuk

16

Page 17: Penyelidikan Format Baru

menyampaikan pemikiran dan gagasan ke arah membina dan menyatukan golongan remaja.Reka

bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan melibatkan sampel seramai 40

orang pelajar prauniversiti di Brunei. Sampel dikehendaki menyiapkan karangan naratif dengan

memasukkan unsur gaya bahasa di dalamnya.Statistik berbentuk peratus digunakan untuk

menyatakan kekerapan penggunaan unsur gaya bahasa dalam penulisan karangan.

Berpandukan kajian yang telah dijalankan mendapati penggunaan terbanyak gaya bahasa adalah

gaya bahasa metafora. Selain daripada itu gaya bahasa simile turut menjadi pilihan. Kedua-dua

gaya bahasa ini banyak digunakan dalam peribahasa dan perumpamaan. Pelajar perempuan

didapati lebih banyak menggunakan gaya bahasa berbanding pelajar lelaki. Mereka juga lebih

meminati penulisan karangan naratif. Dapatan juga menunjukkan mereka lebih berhati-hati

dalam penulisan agar bahasa yang digunakan menjadi lebih halus dengan ungkapan yang

lembut.Kesimpulannya sampel kajian didapati belum mahir menggunakan gaya bahasa yang

melambangkan nilai estetika dalam penulisan karangan. Situasi ini tidak sepatutnya berlaku di

kalangan pelajar prauniversiti.Dari itu guru perlu memberi penekanan kepada penguasaan

penulisan karangan naratif. Guru juga perlu mementapkan penguasaan gaya bahasa dalam

pengajaran dengan mengikuti latihan dalaman. Manakala pelajar pula perlu didedahkan dengan

cara penulisan karangan naratif melalui latihan secara sistematik dan model penulisan yang

sesuai.

3.0 Metodologi

Pengumpulan data adalah menggunakan kaedah Kaji Selidik. Sampel yang dipilh dikehendaki

menjawab tujuh soalan kajian yang dibina. Instrumen kajian yang dibina menggunakan soal

selidik ini terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama merujuk mengenai taburan

demografi sampel. Sampel terdiri daripada 4 orang pelajar yang sedang belajar di salah sebuah

sekolah di Taiping. Kesemua sampel merupakan pelajar perempuan yang berbangsa Cina dan

India. Kategori kedua adalah soalan-soalan yang ada kaitan dengan gaya bahasa simile dan

sinkop. Soalan yang dikemukakan adalah untuk mengukur tahap pengetahuan sastera merujuk

gaya bahasa simile dan sinkop dalam minda pelajar. Penyelidik menggunakan kaedah peratus

untuk menentukan tahap pengetahuan mengenai gaya bahasa pelajar.Data yang diperoleh

17

Page 18: Penyelidikan Format Baru

diproses menggunakan min (purata) untuk menunjukkan peringkat penguasaan pelajar. Melalui

pengetahuan tahap tersebut penyelidik dapat merancang aktiviti bersesuaian untuk membantu

sampel mengatasi masalah tersebut.

4.0 Analisa Data

4.1 Profil Sampel Kajian

Keseluruhan sampel kajian terdiri daripada pelajar bukan Melayu yang sedang belajar dalam

Tingkatan 1. Strategi pemilihan sampel adalah berpandukan pemerhatian guru dan markah yang

diperolehi pelajar dalam ujian dan peperiksaan.Pemerhatian juga dibuat dengan merujuk buku-

buku latihan dan lembaran kerja yang telah dijawab. Setelah meneliti langkah-langkah di atas

penyelidik mendapati pemilihan mereka sebagai sampel adalah sangat bertepatan.Taburan

sampel mengikut jantina adalah seperti berikut.

Jadual 1: Taburan Sampel Mengikut Jantina, Kaum dan Pencapaian Markah Soal Selidik

SAMPEL JANTINA BANGSA PENCAPAIAN MARKAH

A P CHINA 90%

B P INDIA 55%

C P INDIA 44%

D P INDIA 55%

Berpandukan Jadual 1 sampel adalah terdiri daripada semua pelajar perempuan. Sampel ini

dipilih kerana mereka menghadapi masalah pembelajaran komponen sastera. Kebanyakan pelajar

bukan Melayu kurang menguasai kesusasteraan Melayu akibat pengaruh persekitaran. Rentetan

daripada fenomena tersebut pelajar-pelajar ini turut mengalami masalah kerana kurang

menguasai aspek gaya bahasa.Hanya seorang pelajar berbangsa Cina yang dilihat dapat

menguasai aspek gaya bahasa ini dengan lebih baik. Purata markah yang diperoleh hanyalah

61%. Merujuk kepada data soal selidik yang diperolah, didapati sebahagian besar sampel

merupakan pelajar yang terdiri daripada keluarga yang sederhana. Ini berdasarkan kepada alamat

tempat tinggal serta pekerjaan yang dilakukan oleh bapa pelajar. Persekitaran ini mempengaruhi

18

Page 19: Penyelidikan Format Baru

tahap pendidikan pelajar,seterusnya pengetahuan dalam kesusasteraan. Mereka lebih terpengaruh

dengan kesusasteraan dari Barat. Contohnya Snow White, Robin Hood dan Cinderella.

Jadual 2: Taburan Pemarkahan Ujian Pra dan Ujian Post.

SAMPLE UJIAN PRA UJIAN POST PERBEZAAN MARKAH

A 96% 90% - 6

B 56% 58% + 2

C 48% 56% +6

D 45% 54% +9

MIN 61% 65% +4

Penyelidikan ini menunjukkan pencapaian pelajat Tingkatan 1 dalam Ujian Pra dan Post yang

telah dijalankan. Sampel A menunjukkan pencapaian yang agak baik, iaitu 96%. Manakala

Sampel B didapati kurang berpengetahuan dalam kesusasteraan, terutama dalam gaya bahasa

simile dan sinkop. Pelajar tersebut hanya mendapat markah sebanyak 56%. Seterusnya Sampel C

juga mendapat markah yang kurang memuaskan, iaitu 48%. Sampel D turut mencatatkan markah

yang rendah, iaitu sebanyak 45%. Catatan markah menunjukkan pelajar-pelajar tersebut

mengalami masalah untuk menguasai komsas. Keadaan ini akan menjejaskan pencapaian pelajar

dalam subjek Bahasa Melayu keseluruhannya. Sampel ini perlu diberi bantuan secara kumpulan

yang lebih kecil agar masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

Setelah aktiviti ‘Petiklah Sayang’ dijalankan, penyelidik mengadakan pula Ujian Post. Selepas

penandaan dilakukan, catatan markah diperoleh. Berpandukan jadual di atas, terlihat perbezaan

catatan markah antara kedua-dua ujian tersebut. Secara terperinci Subjek A mendapat 90 %,

terdapat penurunan markah. Keadaan yang berbeza berlaku kepada sampel B, C dan D. Kesemua

pelajar tersebut mendapat markah yang lebih baik selepas aktiviti permainan tersebut

dijalankan.Peningkatan markah sebanyak 2% diperoleh oleh subjek B, 6% diperoleh oleh subjek

C dan 9% peningkatan markah dicapai oleh subjek D.Keseluruhannya terdapat peningkatan

markah bagi sebahagian besar pelajar. Begitu juga dengan purata bagi Ujian Post adalah 65%

menunjukkan peningkatan sebanyak 4%.

19

Page 20: Penyelidikan Format Baru

SAMPLE A SAMPLE B SAMPLE C SAMPLE D0

20

40

60

80

100

120

96

5648 45

90

58 56 54

UJIAN 1

UJIAN 2

Graf Pemarkahan Ujian 1 dan Ujian 2

Markah

Sampel

Graf di atas menunjukkan pencapaian markah bagi setiap sampel dalam Ujian 1 dan Ujian 2.

Sampel A menunjukkan berlaku penurunan markah berbanding kedua-dua ujian tersebut.

Penurunan markah berlaku ke atas Subjek A kerana Subjek A menghadapi masalah kesihatan

pada hari Ujian 2 dijalankan.Terdapat situasi yang berbeza berlaku kepada Subjek B di mana

Subjek B mendapat peningkatan markah ,iaitu penambahan 2% dalam Ujian 2. Markah asal yang

diperoleh sebanyak 56% meningkat kepada 58%.Keadaan yang sama berlaku kepada Subjek C,

markah yang dicatatkan turut mengalami perubahan.Peningkatan markah yang diperoleh adalah

lebih banyak daripada Subjek B, iaitu sebanyak 6%. Berlaku peningkatan markah yang lebih

banyak. Fenomena yang sama turut ditunjukkan oleh Subjek C , markah yang diperoleh adalah

dalam Ujian 2 adalah lebih tinggi, iaitu 56% berbanding 48%. Peningkatan bagi Subjek D

adalah lebih ketara,iaitu daripada 45% kepada 54%. Catatan ini menunjukkan kenaikan markah

tertinggi sebanyak 9%. Setelah pengiraan dilakukan, didapati purata bagi pencapaian Ujian 1

20

Page 21: Penyelidikan Format Baru

adalah 61% dan markah purata bagi Ujian 2 adalah 65%. Purata bagi kedua-dua ujian juga

menunjukkan berlaku kenaikan.

Kedua-dua ujian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada seuntai sajak yang telah dipilih.

Sajak tersebut bertajuk’Indahnya Alam Negeri Ini’. Penyajak yang mengarang sajak ini ialah

Ronny Maharianto. Penyelidik telah memilih sajak ini kerana sajak ini sarat dengan gaya bahasa

yang menarik, ringkas dan mudah difahami oleh pelajar Tingkatan 1. Sajak ini mempunyai nilai

estetika yang tinggi, di samping menggarap tema yang amat penting dalam kehidupan manusia,

iaitu tema alam sekitar. Pemilihan diksi adalah mudah difahami. Selain daripada itu di dalam

sajak ini turut mengandungi banyak gaya bahasa terutama gaya bahasa simile dan sinkop. Ciri-

ciri sajak ini membolehkan penyelidik membina soalan-soalan yang berkaitan untuk menguji

pemahaman dan pengetahuan pelajar dalam kedua-dua gaya bahasa.

5.0 Perbincangan

Dapatan kajian yang diperoleh daripada empat orang pelajar yang menjadi sampel telah memberi

gambaran bahawa kepelbagaian kaedah mengajar komsas dapat meningkatkan pengetahuan

komsas. Buktinya markah yang mereka peroleh telah mengalami peningkatan. Sukatan Mata

pelajaran Bahasa Melayu kini mengandungi beberapa elemen di dalamnya. Aspek yang perlu

diajar oleh guru termasuklah tatabahasa, ulasan, karangan dan komsas. Ini menunjukkan komsas

adalah sebahagian daripada aspek yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kegagalan untuk menguasai

komsas menyebabkan pelajar tidak dapat mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Teks sastera yang digunakan oleh pelajar Tingkatan satu terdiri daripada 2 buah buku. Buku

antologi bertajuk ‘Kuingin Berterima Kasih’ mengandungi pantun, syair, sajak, prosa klasik,

cerpen dan drama.Manakala buku novel bertajuk ‘Pelari Muda’ mmengisahkan perjalanan

perjuangan seorang ahli sukan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sukan.Elemen-elemen

yang perlu dikuasai adalah seperti tema, persoalan, perwatakan, nilai dan pengajaran. Secara

keseluruhannya soalan komsas dalam peperiksaan merangkumi puisi sebanyak 10%, soalan

prosa meliputi 10 % dan seterusnya novel turut melibatkan pemarkahan sebanyak 10%. Bolehlah

dikatakan pemarkahan bagi komsas merangkumi hampir satu pertiga daripada markah

21

Page 22: Penyelidikan Format Baru

keseluruhan peperiksaan. Kegagalan penguasaan komsas akan menjejaskan pencapaian

keseluruhan pemarkahan peperiksaan. Di samping itu dari aspek kerohanian, kegagalan

penguasaan komsas akan mengakibatkan pelajar turut gagal dalam mempraktikkan nilai-nilai

murni dalam komsas dalam kehidupan seharian. Pengajaran komsas adalah berdasarkan

serampang dua mata, iaitu mempertingkatkan kemahiran penulisan imaginatif dengan

mempelajari karya sastera yang penuh dengan nilai estetika.Objektif yang ingin dicapai dengan

pengajaran komsas adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai emosi yang seimbang.

Pelajar yang mempunyai emosi yang seimbang sahajalah dapat menikmati keindahan alam

sekitar, mempunyai pemikiran yang positif dan memiliki jati diri dalam menempuhi cabaran

dalam kehidupan seharian.

Kegagalan dalam penguasaan penguasaan komsas memberi impak yang sangat besar bukan

sahaja dalam pencapaian markah peperiksaan, malah yang lebih penting lagi pembentukan

peribadi pelajar turut terjejas. Keperibadian pelajar tidak akan mencapai tahap yang sepatutnya

di mana pelajar akan menghadapi pelbagai masalah dalam hidup. Di antaranya mereka akan

menghadapi masalah dari segi perkembangan emosi, pembentukan sahsiah dan gagal untuk

membina jati diri yang baik.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar gagal menguasai komsas. Salah satu faktor

utama adalah kaedah pengajaran yang tidak bersesuaian dan ketinggalan zaman. Kaedah

mengajar yang kurang sesuai akan menimbulkan kebosanan dan tidak dapat menarikminat

pelajar. Akibatnya pengajaran tidak akan mencapai objektif yang telah dirancang. Selain

daripada itu terdapat cerita yang berkait dengan alam imaginasi dan abstark yang sukar difahami.

Cerita sebegini sukar untuk difahami oleh pelajar.Penyelesaian kepada masalah tersebut adalah

bergantung kepada kebijaksanaan guru memilih kaedah yang sesuai dengan dengan situasi

pelajar di kelas masing-masing.

Penyelidik memilih pendekatan Deduktif untuk menjalankan pengajaran komsas. Penerangan

mengenai hukum atau prinsip dinyatakan terlebih dahulu sebelum murid menggunakan prinsip

berkenaan. Kaedah ini menjadi pilihan kerana pendekatan ini lebih cepat dan menjimatkan masa

kerana rumus disediakan dan dihurai secara terus oleh guru. Pemilihan kaedah ini dilakukan

22

Page 23: Penyelidikan Format Baru

adalah kerana sukatan pelajaran untuk Tingkatan Satu adalah luas dan banyak fakta yang perlu

disampaikan dalam waktu yang singkat. Di samping itu guru juga perlu memberikan penerangan

mengenai format soalan peperiksaan untuk komsas. Kekurangan pengetahuan asas dalam

kalangan pelajar mengenai elemen-elemen dalam sastera juga menyebabkan guru terpaksa

memilih pendekatan Deduktif untuk mengajar sastera.

6.0 Rumusan

Kesimpulannya pengajaran komsas memberikan banyak manfaat untuk pelajar. Pengajaran yang

bersesuaian akan dapat menjamin pelajar menguasai hokum dan prinsip dalam sastera.

Pemahaman yang mendalam akan dapat membantu pelajar dalam menyiapkan latihan harian dan

memimpin pelajar untuk mencapai markah yang cemerlang dalam peperiksaan. Bukan itu sahaja

aspek kerohanian pelajar turut diberikan perhatian yang serius. Intipati Falsafah Pendidikan

Negara yang berhasrat untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segala aspek akan dapat

dicapai dengan perlaksanaan pengajaran komsas. Pelajar yang mempunyai kesempurnaan ini

akhirnya dapat memberikan kemakmuran dan menyumbangkan khidmat untuk kesejahteraan

negara secara menyeluruh.

23

Page 24: Penyelidikan Format Baru

Bibliografi

Abdullah Yusof Ali, 1983. The Holy Quran, Text Translation and Commentaries. Lahore: Sy. Muhammad Ashraf.

A. Aziz Deraman, 2006. “Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam Menghadapi Wawasan 2020” dlm. Sastera Kebangsan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 2006. “Persuratan dan Peradaban Nasional Abad Ke-21: Gagasan dan Krangka Strategi Untuk Peradaban Melayu”dlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 2006. “Penerapan Tata Bahasa Dalam Karya Kreatif” dlm. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamzah Hamdani, 2006. Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Haji Othman, 2006. “Persuratan dan Peradaban Nasional Penjana Sains dan Teknologi” dlm.Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsudin Othman, 2006. “Hala Tuju Bahasa dan Kesusasteraan Melayu” dlm. Persuratan dan Peradaban Nasional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar (2006). Panduan wacana akademik: Teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chong Ah Fok(1997). Gaya aliran: Cerpen-cerpen di majalah Bahana Januari-April 1993. Bahana, 1, 12-18. Gorys Keraf (1981). Diksi dan gaya bahasa. Jakarta: Nusa Indah. Ismail Ahmad (1992). Keterampilan menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Ahmad (2002).Penulisan saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Linguistik (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keris Mas (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kridalaksana, Harimurti (1984). Kamus linguistik (Edisi kedua). Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Kamsiah H. Abdullah (1993). Karangan naratif dan laporan-satu kajian tentang matlamat fungsional dan prestasi murid-murid sekolah menengah di Singapura. Jurnal Dewan Bahasa.37(6),484-493.

Maniyamin Haji Ibrahim (2006). Gaya bahasa kiasan penggunaan dan keberkesanan-nya dalam sajak. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Azhar Su (2005). Gaya bahasa dalam novel remaja Khairuddin Ayip. Tesis Masters, Universiti Putra Malaysia.

24

Page 25: Penyelidikan Format Baru

Abu Bakar Hamid. 1992. Bingkisan Budi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Asmiaty Amat. 2000. Hubungan Kaum dalam Novel Melayu Pascamerdeka 1957-1969. Monograf. Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Chew Fong Peng. 2003. Peranan sastera kebangsaan dan persepsi dalam pembentukan perpaduan nasional: satu kajian di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chew Fong Peng. 2007. Masyarakat Berbilang Kaum dalam Sastera Kebangsaan di Malaysia: Kajian Deskriptif dan Empirikal. Bandung: Penerbit Universitas Pendidikan Indonesia.

Caroll, J.B. 1989. The Caroll Model: A 25 year retrospective and prospective view. Educational Researcher 18(1):

Hashim Awang. 1980. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Is mail Hussein. 1974. Sastera dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Lukman Z. Mohamad. 2001. Transformasi bentuk bangsa Malaysia dan identiti nasional. Kertas Kerja. Third International Malaysian Studies Conference. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 6-8 Ogos.

Malaysia. 2000. Huraian dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Omar Mamat. 1999. Teks dan sahsiah. Kertas kerja Kolokium Pendidikan Kesusasteraan Melayu 1999. Dewan Bahasa & Pustaka dan IBBM, Kuala Lumpur, 13-14. Julai.

Othman Puteh. 1983. Cerpen-cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Suatu Kajian Dari Segi Tema dan Struktur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Othman Puteh. 2002. Penglibatan penulis pelbagai kaum dalam kesusasteraan kebangsaan. Kertas kerja Simposium Penulis Pelbagai Kaum. Dewan Bahasa & Pustaka & GAPENA, Kangar, 22 Ogos.

25

Page 26: Penyelidikan Format Baru

7.0 Lampiran

26

Page 27: Penyelidikan Format Baru

27

Page 28: Penyelidikan Format Baru

28

Page 29: Penyelidikan Format Baru

29

Page 30: Penyelidikan Format Baru

30

Page 31: Penyelidikan Format Baru

31

Page 32: Penyelidikan Format Baru

32

Page 33: Penyelidikan Format Baru

33