usulan penyelidikan (baru)

21
USULAN PENYELIDIKAN SESARAN TUMBUHAN SEKUNDER DI HUTAN SIMPAN KEKAL UKM, BANGI, SELANGOR MOHD HAFIZUL AKMAL BIN JALI (A141306)

Upload: mohd-hafizul-akmal-jali

Post on 24-Apr-2015

221 views

Category:

Science


0 download

DESCRIPTION

Research presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Usulan Penyelidikan (Baru)

USULAN PENYELIDIKAN

SESARAN TUMBUHAN SEKUNDER DI HUTAN SIMPAN KEKAL UKM, BANGI, SELANGOR

MOHD HAFIZUL AKMAL BIN JALI (A141306)

Page 2: Usulan Penyelidikan (Baru)

PENGENALAN

Bumi dikenali sebagai planet biru kerana kandungan air yang banyak di permukaannya.

Air merupakan sumber terpenting bagi semua kehidupan termasuk tumbuhan. Kerana, air merupakan 1/3 daripada keperluan utama tumbuhan.

Litupan tumbuhan di seluruh dunia adalah dalam bentuk hutan dan tanaman yang diurus oleh manusia.

Tumbuhan terawal yang wujud pada 4,000 juta tahun dahulu tumbuhan berbentuk multi sel dan seterusnya adalah liken dan alga.

Tumbuhan semula jadi yang masih wujud di permukaan bumi terlalu sedikit sekitar 5 peratus sahaja.

Seperti kawasan Hutan Khatulistiwa di Lembah Amazon, Hutan Konifer di Kanada dan kawasan Tundra di Sub-artik.

Hutan yang terdapat di Malaysia adalah hutan jenis dipterokarpa yang memiliki keistimewaan pada negara.

Page 3: Usulan Penyelidikan (Baru)

UKM ditubuhkan pada tahun 1970 dan pada tahun 1972 mula bertapak di Bangi.

Hutan Simpan Kekal UKM (HSKUKM) adalah kawasan berhutan yang masih ada di dalam kampus utama UKM di Bangi, yang merupakan kawasan yang dimajukan di atas hutan yang dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bangi.

HSKUKM dikelaskan sebagai hutan yang telah ditebang yang sedang pulih.

HSKUKM telah diwartakan pada tahun 1993 untuk menghalang pembangunan kawasan hijau di bawah pengawasan UKM.

Hutan Simpan Bangi dahulunya adalah merupakan sebahagian dari kawasan berhutan Lembangan Langat yang telah terserpih.

Kedudukan hutan ini yang hampir dengan kampus UKM dan Agensi Nuklear Negara.

Oleh itu, terdapat banyak perubahan yang telah berlaku pada HSKUKM akibat pembangunan UKM dan Agensi Nuklear Negara.

Namun menurut Prof Wickneswari dan beberapa ahli sains lain yang telah menjalankan penyelidikan berterusan selama 15 tahun mendapati hutan tempatan berkebolehan untuk tumbuh semula sebagai hutan belantara selagi pihak berkuasa persekutuan dan negeri mematuhi perjanjian yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Bumi pada 1992 dan 2012.

Page 4: Usulan Penyelidikan (Baru)

PERMASALAHAN KAJIAN

Biogeografi merupakan satu bidang yang menerangkan tentang sebaran tumbuhan dan haiwan pada masa lampau dan kini. Sehubungan itu, biogeografi penting dalam menerangkan pola dan taburan tumbuhan pada sesuatu kawasan.

Pola dan taburan tumbuhan sekunder adalah proses menerangkan sesaran tumbuhan sekunder di sesuatu kawasan hutan sekunder. Kepentingannya adalah mampu menerangkan peranan mikro sesuatu tumbuhan dalam persekitaran setempat.

Sudah ramai mengkaji pola dan taburan tumbuhan terutama di HSKUKM namun kajian tumbuhan di sekitar perumahan Bukit Puteri tiada setakat ini.

Selepas wujudnya perumahan Bukit Puteri, hutan sekitar perumahan masih dijadikan sebagai habitat hidupan haiwan di kawasan tersebut. Sehubungan itu, haiwan merupakan agen bagi proses sesaran tumbuhan maka amat penting bagi mengetahui taburan tumbuhan sekunder.

Page 5: Usulan Penyelidikan (Baru)

Setakat pencarian saya berkaitan tajuk ini, tidak terdapat satu pun kajian di kawasan kajian saya. Walaupun kajian keseluruhan telah wujud iaitu kajian berkaitan Hutan Simpan Kekal UKM namun ia tidak menggambarkan isu sebenar di kawasan kajian saya.

Selain itu, kajian-kajian lepas juga tidak menggambarkan isu semasa yang mana jarak masa lebih kurang tiga tahun.

Kajian ini menumpukan pada taburan tumbuhan sekunder kesan aktiviti perumahan itu. Seterusnya mampu menjelaskan sama ada tumbuhan sekunder berperanan terhadap persekitaran setempat atau sebaliknya.

Kajian itu mempunyai kaitan berkenaan kaedah dapatan kajian sahaja iaitu menggunakan kaedah mengumpul data floristik dan limpahan tumbuhan. Namun dari segi kaitan teori, terdapat kaitan secara tidak langsung kerana kajian ini menilai peranan persekitaran dan tumbuhan dalam mencorak tumbuhan sekunder dan sesaran tumbuhan itu terhadap hutan sekunder.

Page 6: Usulan Penyelidikan (Baru)

OBJEKTIF KAJIAN

Mendokumentari sesaran tumbuhan terhadap kawasan perumahan Bukit

Puteri.

Menganalisis peranan tumbuhan sekunder terhadap persekitaran dan

sebaliknya.

Mengenal pasti sama ada tumbuhan sekunder berubah akibat agen-agen

tertentu atau tumbuhan sekunder itu sendiri yang mengubah untuk

persekitarannya.

Page 7: Usulan Penyelidikan (Baru)

DEFINISI KONSEP

Wooldridge dan East (1951). The Spirit & Purpose of Geography, London: Huttechinson.

Membincangkan bidang biogeografi sebagai:

Bidang biogeografi sebagai fakta penyebaran tumbuhan dan haiwan dan kepupusan pelbagai komuniti.

Dalam erti kata yang paling luas, yang berbeza daripada geografi fizikal, biogeografi mesti termasuk.

Tumbuhan Ismail Ahmad (1989), tumbuhan boleh diaplikasikan kepada bentuk organisma hidup

yang mempunyai klorofil serta boleh melakukan proses fotosintesis.

Tumbuhan boleh terdiri daripada organisma hijau yang mempunyai saiz dari sekecil jenis hidupan unisel ringkas (ekasel).

Page 8: Usulan Penyelidikan (Baru)

Tumbuhan Sekunder

Sudah dikacau ganggu oleh manusia seperti pembalakan dan pertanian.

Tanda-tanda tumbuhan sekunder seperti kawasan belukar dan pokok renek.

Nampak seperti hutan primer tetapi tidak semestinya sama dari segi ekologi dan aspek fungsian komponen ekosistem hutan berbanding hutan primer.

Komuniti Tumbuhan

Taburan tumbuhan yang berbeza-beza (pokok renek, pokok herba, pokok besar) di sesuatu kawasan.

Dalam satu-satu kawasan, tumbuhan boleh terdiri daripada sekumpulan pokok dari berbagai jenis spesies yang telah menjadi spesies dominan sebelum kehadiran pokok-pokok lain.

Tumbuhan biasanya akan hidup bersama tanpa wujud persaingan.

Page 9: Usulan Penyelidikan (Baru)

Taburan Tumbuhan

Tidak seragam di seluruh kawasan walaupun bukan dikacau.

Tumbuhan air tidak sesuai di daratan dan sebaliknya. Maka taburan tumbuhan itu nampak jelas.

Taburan bergantung pada spesies tumbuhan itu juga kerana spesies tumbuhan memerlukan keadaan yang tersendiri untuk membolehkan ia hidup.

Sesaran Tumbuhan

Terbahagi kepada dua iaitu sesaran tumbuhan primer dan sesaran tumbuhan sekunder.

Melalui Prinsip Taburan Tumbuhan oleh Ronald Good (1956). Taburan tumbuhan terbahagi kepada empat cabang utama iaitu prinsip berkaitan dengan persekitaran tumbuhan, tindak balas tumbuhan, migrasi flora dan prinsip pengekalan semula jadi dan evolusi flora.

Menurut Good lagi, toleransi tumbuhan sekunder dikawal oleh faktor edafik dan iklim menerusi Hukum Evolusi.

Page 10: Usulan Penyelidikan (Baru)

KONSEP KAJIAN Konsep kajian ini boleh dirumuskan bahawa tumbuhan sekunder memiliki

fungsi yang berbeza berbanding tumbuhan primer.

Taburan tumbuhan sekunder merupakan salah satu petunjuk bagi menentukan sesaran tumbuhan sekunder di hutan sekunder. Seperti komuniti tumbuhan di kawasan hutan sekunder.

Tumbuhan sekunder boleh dibuktikan dengan wujudnya komuniti tumbuhan yang terdiri daripada tumbuhan renek dan kawasan belukar.

Oleh itu, sesaran tumbuhan sekunder dipengaruhi secara langsung dan tidak langsung.

Secara langsung disebabkan oleh faktor edafik dan iklim.

Secara tidak langsung disebabkan oleh faktor biotik dan abiotik.

Page 11: Usulan Penyelidikan (Baru)

ULASAN KAJIAN

A. Latiff (1981) dianggarkan lebih 100 spesies tumbuhan perhiasan dan tumbuhan naungan yang mampu dikomersialkan. Selain itu, terdapat tumbuhan perubatan seperti tongkat ali.

Brown dan Gibson (1983) amplitud menentukan jenis-jenis tumbuhan, kekerapan dan sifat adaptasi terhadap cahaya, tindakan tumbuhan terhadap sifat tanah (habitat), kemampuannya menghadapi gangguan dan interaksi-khusus antara tumbuhan dengan tumbuhan atau tumbuhan dengan haiwan

Jamili (1988) dan Syed Muzni (1991), terdapat 20 famili tumbuhan yang mewakili satu genus dan 16 genera yang diwakili sebagai satu spesies di HSKUKM.

Shakirah (1994) peranan tumbuhan dalam menyederhanakan suhu bandar, pokok rimbun lebih baik daripada pokok renek.

Page 12: Usulan Penyelidikan (Baru)

Mat Salleh (1997) menganggarkan bahawa nilai stumpage (SV) bagi HSKUKM adalah RM 17,000 per ha dan sekitar 80 peratus nilainya daripada dipterokarpa.

Alis Ijon (1998) pembukaan tanah pertanian di kawasan alluvium mampu mengurangkan kandungan nutrien tanih dan perubahan fizikal tanih.

Menurut Kamarudin Mat Saller (1999), HSKUKM telah menjadi contoh dan sekarang mempunyai koleksi di antara terbaik bagi germplasma tumbuhan perhiasan dan teduhan terutama palma dan paku pakis. Hutan ini penting kerana ia merupakan sinki hijau karbon di Lembangan Langat serta ianya digunakan sebagai makmal biologi dan kelas terbuka bagi pelajar di UKM.

HSKUKM ini adalah takungan karbon yang besar dengan anggaran 44,000 tan metrik untuk keseluruhan kawasan itu. Kandungan biomass yang tinggi dalam hutan ini membolehkannya melaksanakan fungsi biasa ekosistem sebagai sokongan sistem kehidupan, seperti banjir, cuaca dan hakisan.

Wan Juliana Wan Ahmad (2011) menemui pokok Botryophora geniculata (famili Euphorbiaceae atau pokok putat miang) dan beberapa pohon Ternstroemia magnifica (famili Theaceae) yang hanya wujud di Borneo.

Page 13: Usulan Penyelidikan (Baru)

Farah Shafawati (2011) menyarankan keperluan masa untuk pertumbuhan semula dan pemulihan unggas dan fauna ekoran pembukaan kawasan untuk perladangan dan perumahan berhampiran Hutan Pendidikan Alam (HPA) berhampiran HSKUKM.

Rendika Ferri Kurniawan (2011) menyatakan bahawa pola taburan tumbuhan boleh secara luas atau secara terbatas pada wilayah tertentu. Ia berdasarkan terdapat atau tidak terdapat jenis-jenis tumbuhan di suatu wilayah, dikenal 3 kelompok taksa tumbuhan, iaitu tumbuhan yang tersebar luas, tumbuhan endemik dan tumbuhan tidak meneruskan.

B. Douaihy, K. Sobierajska, A. K. Jasin´ska, K. Boratyn´ska, T. Ok, A. Romo, N. Machon, Y. Didukh, M. B. Dagher-Kharrat dan A. Boratyn´ski (2012) menekankan bahawa populasi tumbuhan dengan tahap morfologi kepelbagaian adalah kunci untuk mewujudkan strategi yang mencukupi perlindungan biodiversiti dan penting untuk pemuliharaan di kawasan Mediterranean.

Page 14: Usulan Penyelidikan (Baru)

Wickneswari (2012) telah menjalankan penyelidikan berterusan selama 15 tahun mendapati hutan tempatan berkebolehan untuk tumbuh semula sebagai hutan belantara selagi pihak berkuasa persekutuan dan negeri mematuhi perjanjian yang dicapai dalam Sidang Kemuncak Bumi pada 1992 dan 2012.

Beliau menjelaskan pemulihan hutan selepas pembalakan boleh dipertingkatkan dengan pemulihan penyebaran biji benih oleh haiwan.

C. D. James (2012) tumbuhan dengan ketumpatan kayu yang rendah akan mengalami kemarau berkadar lebih besar yang dikaitankan dengan kematian tumbuhan. Selain itu, sesaran semakin terhad apabila hutan menjadi ladang pertanian dan penternakan.

M. Adib (2013) peranan manusia seperti penebangan pokok menyebabkan kemerosotan nutrien tanih dan berlaku hakisan.

Mason & Stout (1954), menyarankan wujud dua prinsip mengenai migrasi flora.

Page 15: Usulan Penyelidikan (Baru)

RUMUSAN ULASAN

Berdasarkan beberapa ulasan karya yang dinyatakan dapat disimpulkan bahawa sesuatu tumbuhan sekunder mampu melakukan proses sesaran sekunder selagi ia tidak dikacau ganggu manusia.

Sekiranya tumbuhan itu diganggu seperti penebangan atau penerokaan maka kandungan nutrien dalam tanah akan merosot seterusnya boleh berlaku penyusutan sesaran tumbuhan terutama tumbuhan sekunder.

Selain itu, sesaran tumbuhan juga boleh dipengaruhi oleh haiwan yang boleh membawa benih dari kawasan yang tidak dikacau ganggu supaya proses pemulihan tumbuhan boleh berlaku.

Perkara ini berkait dengan kajian saya yang menunjukkan peranan haiwan seperti monyet, babi, burung dan serangga yang ada di HSKUKM mampu memulihkan taburan tumbuhan seterusnya boleh meneruskan proses sesaran tumbuhan.

Sesungguhnya HSKUKM ini mampu mendatangkan keuntungan kepada pihak UKM dari segi nilai komersialnya.

Page 16: Usulan Penyelidikan (Baru)

Keluasan Hutan Simpan Kekal UKM lebih kurang 138 hektar. Hutan ini

dikelilingi oleh kampus UKM dan Agensi Nuklear Negara. HSKUKM

menyediakan kemudahan riadah dan merupakan tempat melakukan kajian.

Tumpuan kawasan kajian adalah di Taman Bukit Puteri. Keluasan Taman

Bukit Puteri dalam hutan simpan berikut kira-kira 15 hektar.

Dari segi cuaca setempat, kawasan ini memiliki purata suhu siang 34 darjah

Celsius, dan malam 25 darjah Celsius, anggaran purata hujan harian 9.9

milimeter dan tiupan angin dengan kelajuan 4 km/jam dari arah timur laut.

Dari segi guna tanah, lebih kurang 27 peratus perumahan, 40 peratus

perladangan, 27 peratus hutan, 6 peratus jalan raya.

KAWASAN KAJIAN

Page 17: Usulan Penyelidikan (Baru)

Rajah 1: Peta Universiti Kebangsaan Malaysia dan kawasan kajian

Ke K

uala

Lum

pur

Ke P

utra

jaya

Ke K

ajan

g

Sg. Langat

Kom

ute

r R

aw

ang -

Sere

mban

German Malaysia InstituteKPTM Bangi

Taman Wawasan

Pekan Bangi

Agensi Nuklear Negara

Page 18: Usulan Penyelidikan (Baru)

Rajah 2: Kawasan kajian tempat mendapatkan data di Taman Bukit Puteri

Kom

ute

r Raw

ang - S

ere

mban

UKM

Kolej Keris Mas

Page 19: Usulan Penyelidikan (Baru)

KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang akan digunakan bagi mendapatkan data adalah turun

kelapangan dengan mengambil sampel tanih, mencerap suhu persekitaran

dan mencatat floristik tumbuhan renek.

Pengumpulan data di lapangan

Pengambilan 5 sampel secara transet terdiri daripada belakang bukit, puncak

bukit, bahu bukit, tengah bukit, lutut bukit dan kaki bukit.

Mencerap ciri-ciri tanih, suhu persekitaran dan mendapatkan sampel tumbuhan.

Pemerhatian bagi melihat interaksi antara taman, hutan sekunder, haiwan dan

perladangan.

Page 20: Usulan Penyelidikan (Baru)

Manakala, analisis data akan dilakukan di makmal Biogeografi dan makmal Hidrogeomorfologi dengan mendapatkan peratusan jenis tanih, nilai kandungan mikro nutrien tanih dan famili tumbuhan.

Analisis data di makmal

Menghantar sampel tumbuhan ke Unit Herbarium bagi mengenal pasti famili tumbuhan.

Mengayak sampel tanih untuk mendapat peratusan jenis tanih dengan menggunakan mesin pengayak.

Melakukan ujian makro nutrien tanih bagi empat parameter piawai iaitu Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Sodium/Natrium (Na) dan Potassium/ Kalium (K).

Page 21: Usulan Penyelidikan (Baru)

KESIMPULAN USULAN

Kesimpulannya, selepas penerangan secara terperinci tentang usulan penyelidikan ini diharap kajian ini dapat dijalankan dan dapat membentuk satu teori baru berkaitan sesaran tumbuhan sekunder di kawasan kajian.

Kajian ini amat berguna bagi mengenal pasti proses sesaran tumbuhan sekunder pada masa kini terutama di kawasan Hutan Simpan Kekal UKM (HSKUKM).

Kajian ini akan menilai sama ada faktor persekitaran dan tumbuhan itu sendiri yang menyebabkan berlakunya sesaran tumbuhan sekunder.

Sehubungan itu, kajian ini akan menentukan faktor yang paling berperanan dalam proses sesaran tumbuhan sekunder di HSKUKM.