format pantun baru

50
PESTA PANTUN . 1.0 PENDAHULUAN Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenal pertandingan ini pada tahun 1989. Secara tidak langsung, para pelajar dapat menghayati dan berfikiran kritis dalam hal ini.

Upload: animah-assih

Post on 27-Jun-2015

2.980 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Format Pantun Baru
Page 2: Format Pantun Baru

PESTA PANTUN

. 1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenal pertandingan ini pada tahun 1989. Secara tidak langsung, para pelajar dapat menghayati dan berfikiran kritisdalam hal ini. 2.0 OBJEKTIF

2.1 Pelajar dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin

2.2 Pelajar dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa dalam menjawab pantun.

2.3 Pelajar membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia dan JPN

4.0 JENIS PERTANDINGAN Kalah mati

5.0 PENYERTAAN/ PENDAFTARAN

5.1 Pendaftaran peserta- 5 orang5.2 Bilangan guru - 2 guru pengiring

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN.

6.1 Syarat-Syarat Pertandingan

Page 3: Format Pantun Baru

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun

empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “abab”.

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun,tiga pemantun mengambil bahagian dan dua orang pemantun simpanan.

6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Walau bagaimanapun ketua hakim berhak berbincang dalam kalangan hakim untuk menentukan pemenang berdasarkan sistem juri sekiranya terdapat pemberian markah antara hakim tidak seimbang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang.

6.1.6. Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa diambil kira.

6.1.7 Masa menjual dan membeli pantun dikira berdasarkan arahan jurupantun.

6.1.8 Masa dikira mulai daripada pengerusi mengarahkan penjualan pantun ialah 15 saat untuk pusingan pertama. Manakala dalam pusingan kedua masa untuk mereka cipta dan menjual pantun bagi tema spontan ialah 60 saat.

6.1.9 .Masa untuk membeli pantun ialah 60 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat masa untuk jualan bagi pusingan pertama dan ketiga. Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan membeli tiga rangkap pantun.

6.2 FORMAT PERTANDINGAN

6.2.1 Pertandingan Pusingan Pertama – Tema diberi awal

A 1 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

1 A MENJUAL 15 SAAT

MEMBELI 60 SAAT

B 2 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

Page 4: Format Pantun Baru

2 B MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

C 3 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

6.2.3 Format Pusingan Kedua- (SPONTAN- Tema diundi )

A 2 MENJUAL 60 SAAT2 A MEMBELI 60 SAAT

B 3 MENJUAL 60 SAAT

3 B MEMBELI 60 SAAT

C 1 MENJUAL 60 SAAT 1 1 C MEMBELI 60 SAAT

6.2.4 Format Pusingan Ketiga (SPONTAN- TEMA DISEDIAKAN OLEH PENJUAL PANTUN)

A 3 (MENJUAL- 15 SAAT)3 A (MEMBELI 60 SAAT)

B 1 (MENJUAL – 15 SAAT) 1 B (MEMBELI – 60 SAAT)

C 3 (MENJUAL – 15 SAAT)3 C (MEMBELI – 60 SAAT)

Nota: TEMA PANTUN:

a. Tema pantun disediakan oleh pemantun untuk dijual kepada pasukan lawan.b. Pantun yang dijual mestilah mempunyai nilai murni dan bermesej positif. c. Pemantun tidak boleh menjual pantun yang berbentuk kuiz / teka - tekid. Tema pantun dalam pusingan ketiga ini mestilah tidak menyentuh perkara – perkara yang sensitif seperti agama, fahaman politik, kaum dan menyentuh peribadi individu.

Page 5: Format Pantun Baru

e. Dalam pusingan ketiga, penjual pantun hendaklah menyebut tema pantunnya.

6.3 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Isi - 20 markah Bahasa - 20 markah Persembahan - 10 markah

Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima oranghakim

Bahagian isi - 2 orang hakim Bahagian Bahasa - 2 orang hakim Bah. Persembahan - 1 orang hakim

Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan. Sekiranya berlaku perbincangan,sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan perlu dipotong.

Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak mengganggu pihak lawan.

Keputusan hakim adalah muktamad

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

(Menghakimi Isi - Ketepatan soalan/belian/jawapan - Jelas dan sesuai dengan tema (10/20) ISI - JUMLAH MARKAH (10/20)

i. Ketepatan soalan/jawapan - jelas dan sesuai dengan tema

ii. Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas

iii. Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

iv Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan berbentuk soalan, markah tidak akan diberikan.

v. Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang markah.

vi. Pantun yang berupa pelarian , yakni yang tidak menjawab soalan tidak diberikan markah.

Page 6: Format Pantun Baru

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

(Menghakimi isi- Padat & jitu serta bernilai susila – 10/20 markah)

ISI - Jumlah Markah (10/20 )

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i. Padat dan jitu - 5 markah ii. Mempunyai nilai susila - 5 markah

Padat dan jitu bermaksud: Pemilihan kosa kata yang indah Tanpa kesalahan bahasa Susunan kosa kata yang betul

Mempunyai nilai susila:-

Pantun sarat dengan nilai-nilai murni dan dapat dijadikan panduan/pedoman dalam kehidupan seharian

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM KETIGA

Menghakimi Bahasa - Pola Rima & Suku kata (10/ 20 )

1. Pola Rima `abab’

Rima di hujung baris - 3 markah Rima di tengah - 2 markah

2. Suku kata dalam baris

8 hingga 12 suku kata - 5 markah

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM 4 :

Menghakimi bahasa – pembayang dan maksud serta tautannya ( 10 / 20 )

Pembayang maksud- ( 6 markah )

a) Terdapat tautan / kesinambungan dengan baris pertama dengan baris kedua.

Pembayang maksud mestilah berkaitan dengan keindahan alam semesta atau unsur semula jadi atau kerenah manusia.

Page 7: Format Pantun Baru

Pembayang maksud mestilah mempunyai cerita yang jelas dan berkaitan.

Pembayang maksud tidak mengandungi maksud kiasan seperti metafora, personifikasi, simile dan seumpamanya.

Tautan pembayang dengan maksud- ( 4 markah )

( Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud ).

6.8 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM 5 :

Menghakimi persembahan – gerak fizikal, intonasi, jeda, kelancaran dan sebutan baku. (10 markah)

a) Gerak-geri yang seimbang dengan pantun ( 3 markah )

( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi yang berlebihan, tiada markah yang diberikan ).

b) Intonasi dan jeda ( 3 markah )

( Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris ).

Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

c) Kelancaran ( 2 markah )

( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan ).

d) Sebutan baku dan jelas ( 2 markah )

Page 8: Format Pantun Baru

BORANG PEMARKAHAN HAKIM PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAHPERINGKAT KEBANGSAAN 2008

NAMA HAKIM

1 2 3 4 5 ……………………………………………………(Nama hakim)

NEGERI :____________________________________

NAMA PEMANTUN: PusinganJumlah

1 2 3

1.

2.

3.

Jumlah

Page 9: Format Pantun Baru

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PESTA PANTUNPERINGKAT KEBANGSAAN 2008

NEGERI:…………………………………………………………………..

HAKIM 1 2

3

4

5 JUMLAH

PESERTA A

PESERTA B

PESERTA C

JUMLAH

KEPUTUSAN PERTANDINGANPESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

2008 NEGERI:……………………………………………………………….

HAKIM 1 2 4 4 5JUMLAH

Page 10: Format Pantun Baru

PESERTA

1 PESERTA

2PESERTA 3

JUMLAH

PANDUAN UNTUK HAKIM

BIL JENIS KESALAHAN HURAIAN DAN MARKAH DITOLAK

1Bukan pantun jual / pantun pernyataan Cuma intonasi dinaikkan pada baris keempat atau cara berpantun seolah - olah bertanya

Tolak semua markah isi : Hakim 1 dan Hakim 2 ( 0 markah ) Contoh:Burung merbuk riang bersenda, Bersenda riang di pohon turi;sayang remaja wawasan tiada ibunda tercinta menghilang diri ?

2 Dua soalan dalam satu pantunTolak markah isiHakim 1 : tolak 10 markahHakim 2 : tolak 10 markahContoh:Ilmu dituai buahnya di mana?Pabila dituai murnikah hasilnya?

3 Lari tidak menepati temaTolak 20 markah isiHakim 1 dan hakim 2

4 Tidak baku Tolak 2 markah persembahan.( Hakim 5 )

5 Pantun jual berbentuk kuizTolak 20 markah isiHakim 1 dan hakim 2Contoh:Angin teknologi menghembus maju Pusat cyber dibina bila

6 Perbincangan sesama sendiri/ memberi notasemasa menjual dan menjawab

Tolak 40 markah ( markah isi dan bahasa )Hakim 1, hakim 2 ( isi )Hakim 3 dan Hakim 4 ( bahasa )

7 Tergagap / tersekat-sekat Tolak 2 markah persembahan Hakim 5 : hakim persembahan sahajaTergagap / tersekat sekali : 1 markahTergagap / tersekat 2 kali & lebih : 2 markah

Page 11: Format Pantun Baru

8Pantun ciplak ( pantun jual atau pantun beli ) sama ada: Pantun lama atau Diambil daripada pihak lawan- sebaris atau dua

baris penuh. Mengulang pantunnya sendiri atau pantun

pasukannya- sebaris atau dua baris penuh. Peribahasa

Ciplak sebaris - tolak 5 markah ( Hakim 4 )Ciplak dua baris – tolak 10 markah ( Hakim 4)Contoh:Buah cempedak di luar pagarBunga melur cantik di taman cantik di rimba cantik di tanjung

9 Pantun tercemar / tidak bermoral Tolak 20 markah bahasa : Hakim 3 dan Hakim 4Contoh:sayang puteri termenung di pangkin, budak kecil bermain di taman;gejala dadah kian menular, mengapa renaja tampak keliru.

10

Pantun jawapan pelarianTidak menjawab soalan yang diberi. Pemantun mesti memahami soalan dan mengambil sebahagian soalan yang dijual sebagai asas jawapan.

Tolak 20 markah isi : Hakim 1 dan Hakim2Contoh: jawapan disedia berasaskan tema 1. Budaya ilmu amalan mulia darjat insan kan kekal berzaman2. manfaat ilmu bersinar indah insan kreatif memimpin pertiwi3. manfaat ilmu bersinar indah kukuhkan iman hadapi dugaan

11Pihak lawan mesti membeli pantun berasaskan tema walaupun pantun jual gagal dilafazkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakim 1( isi ) : memberi 5 markahHakim 2 ( isi ): memberi 5 markahHakim 3 ( bahasa ) : memberi markah per 10Hakim 4 ( bahasa ) : memberi markah per 10Hakim 5 ( persembahan ): markah per 10

RAGAM BAHASA DALAM PANTUN

JENIS HURAIAN DAN CONTOH

METAFORA

Perbandingan secara langsung bahtera merdeka berlayar sudah gedung ilmu warga emas memimpin waktu Contoh maksud pantun

Bunga ilmu mekar mewangi, bagaimana harumnya majukan bangsa?Contoh maksud pantun

Lautan ilmu diharung sudah, mengapa lemas di jagat raya?

SIMILE

Perbandingan secara tidak langsung( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll ) gigih pak tua bak semarak api laksana helang di angkasa rayaContoh pantun

Rangkaian satelit bak cendawan tumbuh,

Page 12: Format Pantun Baru

Nilaian kudus dirakam bagaimana.Contoh pantun

Andai masa bak mata pedang, mengapa dibiar menikam diri?

PERSONIFIKASI

Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda – benda bukan manusia Tampak rembulan tersenyum padaku alam terbakar menangis hiba hembusan sang bayu menyapa puteri

INVERSI

Pembalikan susunan kata – kata jiwa pak tua teguhnya masih remaja kini ditegur jangan ilmu dituai buahnya di mana? kasih beralih dibelai bagaimana?

HIPERBOLA

Kiasan yang melampau dan berlebih – lebihan gerak remaja memukau ummah hilang duniaku sekelip mata penjara rumah berabad sudah kasih ibu melaut saujanaContoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja ) Gunung terbeban dipikul remaja kenapa bimbang dipikul gelombang?

REPETISI

Pengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epiforaContoh pantun Orang di Jawa menanam kapas, Orang di Eropah menanam anggur; Jangan tertawa pelepah di atas, melihat pelepah di bawah yang gugur.

ASONANSI Perulangan huruf vocalALITERASI Perulangan huruf konsonan

Page 13: Format Pantun Baru

PROFESIONAL HAKIM PANTUN

CONTOH PANTUN JUAL

Juntai cendana sisian keledang,kelapa berjajar luas terperi;

andai masa bak mata pedang,mengapa dibiar menikam diri.

HAKIM BIDANG TUGAS MARKAH DINILAIHakim 1 10 markahMenilai soalan baris 3 dan 4Menilai jawapan baris 3 dan 4

Menilai soalan baris 3 dan 4

Andai masa bak mata pedangMengapa dibiar menikam diri

Jelas dan Tepat

10 MARKAH

Hakim 210 markahPemilihan kata dan nilai susila

juntai cendana sisian keledang, kelapa berjajar luas terperi;andai masa bak mata pedang, mengapa dibiar menikam diri.

Pemilihan kata di baris pembayang tidak tepatNilai susila kurang menarik

PEMILIHAN DIKSI – 3NILAI SUSILA - 3

Hakim 310 markahMenilai pola rima dan suku kata

Menilai pola rima dan suku kataJuntai cendana sisian keledang, kelapa berjajar luas terperi;andai masa bak mata pedang, mengapa dibiar menikam diri.

Rima tengah : 2Rima hujung : 3Suku kata : 5

JUMLAH : 10 MARKAH

Hakim 410 markahPembayang maksud dan maksud serta tautannya

Hubungan baris 1 & 2Juntai cendana sisian keledang Kelapa berjajar luas terperi( 2 markah )Ada ceritaTIADA tautanTiada kiasan juntai cendana sisian keledang – b 1andai masa bak mata pedang - b3kelapa berjajar luas terperi - b2mengapa dibiar menikam diri - b4 ( 2 markah )PEMBAYANG KURANG MENGGAMBARKAN MAKSUD

4 markah

Hakim 510 markahGerak fizikal : 3Intonasi : 3Kelancaran : 2Sebutan baku: 2

Gerak fizikal : 3Intonasi : 3Kelancaran : 2Sebutan baku : 2

Berasaskan pemerhatian atau ketelitian hakim

Page 14: Format Pantun Baru

HAKIM 1MENILAI SOALAN BERASASKAN TEMA

10 MARKAH

Fokus Hakim 1 ( hakim isi ): pantun soal baris ketiga dan keempat. peserta yang sama atau peserta dalam pasukan tidak mengulang / meniru soalan

yang sama atau hampir sama ( peserta kurang kreatif ). Markah tidak lebih daripada 3 markah

peserta tidak meniru jawapan pasukan lawan pantun yang dijual mesti berasaskan tema. 0 markah tidak berasaskan tema. Hakim dan peserta prihatin ‘bentuk dan aras soalan’

Contoh – contoh soalan pantun

Redup nyaman di kala senja, undan di sawah terbang ke hilir;

hidup setaman tidak bersapa,sahutan muhibah mengapa dipinggir? ( Tema : Amalan kejiranan )

9-10SOALAN YANG JELAS

Hidup setaman tiada bersapa,Sahutan muhibah mengapa dipinggir ?

7-8SOALAN YANG

MASIH BAIK

Hidup setaman tiada bersapa,Dijurang sengketa mengapa terjadi?

( tiada bersapa seolah – olah ada sengketa )

5-6SOALAN SEDERHANA

Hidup setaman tiada bersapa,Tika bertemu mengapa membisu?

( tidak bersapa = membisu )

3-4SOALANLEMAH

Hidup setaman tiada bersapa,Bolehkah jiran usahakan damai?

Soalan : menunjukkan sudah ada jawapan

1-2SOALAN SANGAT

LEMAH

Hidup setaman tiada bersapa,Mengapakah sukan menjadi lesu.

0DUA SOALAN

Mengapa setaman tiada bersapa ?,Tercuitkah hati ingin berdamai?

Page 15: Format Pantun Baru

0SOALAN PERNYATAAN

Hidup setaman tiada bersapa,Tika bertemu juga bermesra?

0PANTUN KUIZ

Budaya ilmu digarap indah,Siapa ilmuan paling tersohor?

HAKIM 1MENILAI JAWAPAN BERASASKAN TEMA

10 MARKAH Fokus Hakim 1( Hakim Isi ): pantun soal Menilai baris ketiga dan baris keempat. Jawapan dalam bahagian maksud pantun beli / pantun jawapan boleh mengandungi kata / frasa yang

terdapat dalam bahagian maksud (soalan) pantun jual. Peserta yang sama atau peserta dalam pasukan tidak mengulang / meniru jawapan yang sama

( peserta kurang kreatif ). Markah diberi tidak lebih daripada 2 markah Peserta menjawab soalan yang dijual sahaja. Hakim berhak memberikan markah antara 3-4 markah sahaja sekiranya jawapan nafi diberikan

dengan alasan ( Contohnya, “takkan” ). Hakim berhak memberikan markah 0 sekiranya jawapan nafi diberikan tanpa alasan (Contohnya,

“takkan”). 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian. Hakim dan peserta prihatin ‘bentuk dan aras soalan’ 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa.

Contoh – contoh pantun jawapan

Duduk di dapur membakar bahulu,untuk dibuat hidangan kenduri; Pantun jual

kawan ketawa ramai selalu, ( Tema: amalan kejiranan )bila susah mengapa sendiri?

Berjaja meriah di pekan sari,sirih dijual, serapah dibaca; Pantun beli

tika susah pasti sendiri, ( Tema: amalan kejiranan )rakan ketawa tak sanggup berkorban.

9-10BAIK

Jelas

Tika susah pasti sendiri, Boleh mengenal intan dan kaca.

( simbol / metafora / simile / yang jelas )

7-8masih baik

Tika susah pasti sendiri, Barulah kenal budi sahabat.

5-6sederhana

Tidak dapat membuat perbandingan

Tika susah pasti sendiri, Sahabat sejati dicari masih.

( baru hendak mencari rakan )

3-4lemah Tika susah pasti sendiri,

Usah dikenang rakan ketawa.

Page 16: Format Pantun Baru

1-2sangat lemah

Tika susah pasti sendiri, ibu menangis duduk di rumah.

0 ( PELARIAN ) Tidak menjawab soalan Jawapan pelarian Jawapan sudah sedia

berasaskan tema

Adat dunia begitu lumrahnya,Jangan kecewa kuatkan semangat

ATAUKetawa dan tangis seiring masa,tautan kasih hanya di jiwa.

PANTUN JAWAPAN PELARIAN

CONTOH – CONTOH PANTUN PENJELASAN JAWAPAN PANTUN

Sirih gaharu dijaga cermat, dibungkus rapi kain berwarna;berjerih guru menyemai maklumat, ilmu dituai, buahnya di mana.

serindit berkidung di pohon sena, di ranting tinggi tiadakan gayat;berbuah ilmu serata buana, menjadi panduan sepanjang hayat.

ATAUilmu dituai, ada tempatnya berbuah ilmu, serata buana

1. sebaris soalan diambil dijadikan jawapan2. jawapan pengukuh Hakim 1 : boleh memberi 9 @ 10 markah

Pantun jual yang sama ilmu dituai, buahnya di mana?

Contoh jawapan pelarian:jawapan tuan bicaranya mudah, kiranya kita ada pertemuan

pelarian yang jelas kerana tidak menjawab soalan

Hakim 1 (isi) memberi 0 markah Hakim 2 (isi) memberi 0 markah

Pantun jual yang sama ilmu dituai, buahnya di mana?

Contoh jawapan pelarian:soalan tuan tidak kugundah, yakinkan diri kuatkan iman

pelarian yang jelas kerana tidak menjawab soalan

Hakim 1 (isi) memberi 0 markah Hakim 2 (isi) memberi 0 markah

Tema : kecemerlangan ilmu

Pantun jual yang sama ilmu dituai, buahnya di mana?

Tema : kecemerlangan ilmu

Contoh jawapan pelarian:budaya ilmu kian bercambah, ilmuan tersohor daulatkan nusa

pelarian yang jelas kerana tidak menjawab soalan

jawapan disediakan lebih awal berasaskan tema

Hakim 1 (isi) memberi 0 markah

Page 17: Format Pantun Baru

Hakim 2 (isi) memberi 0 markah

Tema : kecemerlangan ilmu

Pantun ijualAkhlak remaja muramnya sudah mampukah remaja mengharung zaman

Contoh jawapanTakkan remaja akhlaknya suram bimbingan agama tersemat di kalbu

Dianggap tidak menjawab soalan Soalan bertanya mampu atau tidak

HAKIM 2 : 10 markahPemilihan kata / Diksi dan Nilai Susila

Padat dan jitu : 5 markah mempunyai nilai susila : 5 markah

Fokus Hakim 2 ( hakim isi ): Menilai pemilihan kata/frasa dan nilai susila pada

keseluruhan baris. Pemilihan kata yang betul, tepat, indah dan berfungsi. Pemilihan kata yang tidak berulang - ulang Peserta tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris

pembayang atau baris maksud. Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan

ketara dan memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2 markah sahaja bagi markah padat dan jitu.

CONTOH PEMBERIAN MARKAH

CONTOH - CONTOH PANTUN PADAT & JITU5 markah

NILAI SUSILA5 markah

jangan diusik kerbau jalang jika digesel rebah juga;kalau nasib memang malang, sudah jatuh ditimpa tangga.

Kata / frasa yang digunakan tepat

4 – 5 MARKAH

Mempunyai nilai,yang menggambarkanmood pantun

4 – 5 MARKAH

jangan dihalau kerbau jalang, jika ditanduk jatuhlah juga;kalau nasib sudahlah malang, walaupun jatuh masih berbangga

Kata / frasa yang berulang. Kata tidak tepat

3 MARKAH

Nilai estetika yang agak longgar

3 MARKAH

jangan dibaling kerbau jalang, ke hujung tanjung mengutip pegagakalau nasib sudahlah malang, walaupun jatuh bangunlah juga

Kata / frasa yang tidak tepat dengan mood pantun

2 MARKAH

Tidak mempunyai nilai estetika

2 MARKAHjangan dibaling kerbau jalang di pagi hari, dinginlah juga;kalau nasib sudahlah malang duduk di anjung makanlah juga

Kata yang tidak tepatKata/frasa yang dianggap tidak logik

Tidak mempunyai nilai estetikaTiada kaitan antara baris –

Page 18: Format Pantun Baru

1 MARKAH 1 MARKAH

CONTOH PEMBERIAN MARKAHBAGI PANTUN PEMBAYANG CIPLAK

CONTOH PEMANTUN YANG SAMA MENCIPLAK PEMBAYANG SENDIRIDI PUSINGAN 2 DAN KE- 3

PUSINGAN 1Peserta 1

PUSINGAN 2Peserta 1

PUSINGAN 3Peserta 1

bunga melur indah di lamandipetik dara, di kala pagi

Hakim 4: menilai seperti biasa ( hubungan baris 1 dan 2 )

bunga melur di tepi perigidaunnya gugur sepah merata

Hakim 4 : memberi 2 markah( markah padat dan jitu )

di tepi perigi merimbun melurtempat pipit bermain riang

Hakim 4:memberi 2 markah ( markah padat dan jitu)

CONTOH PEMANTUN DALAM KUMPULAN MENCIPLAK PEMBAYANG RAKAN SEPASUKAN DALAM MANA – MANA PUSINGAN

PUSINGAN 1Peserta 1

PUSINGAN 2Peserta 2

PUSINGAN 3Peserta 3

bunga seroja indah di lamantempat puteri berhibur hati

Hakim 4: menilai seperti biasa

( markah padat dan jitu )

bunga seroja indah di lamandaunnya gugur sepah merata

Hakim 4 : memberi 2 markah( markah padat dan jitu )

bunga seroja indah di lamantempat pipit bermain riang

Hakim 4 : memberi 2 markah( markah padat dan jitu )

Page 19: Format Pantun Baru

HAKIM 3 : 10 markahPOLA RIMA DAN SUKU KATA

Rima tengah : 2 markahRima hujung : 3 markahSuku kata : 5 markah

( 8 suku kata hingga 12 suku kata )

FOKUS HAKIM 3: 10 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah ) Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi Rima hujung berasaskan suku kata. Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata ) Lebih daripada 12 suku kata :3 markah sahaja Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

Contoh – contoh pantun

Pulau karang jauh berjajar, buih membusa di tepi – tepinya; rima tengah : 2 markah

kalau kurang menaruh sabar, rima akhir : 1 markah boleh binasa semua jadinya. suku kata : 5 markah Jumlah markah : 8

Bayu berlalu di teluk tena ng ,

Menerpa lembay ung mengorak tingk ah ; rima tengah : 2 markahIlmu baru setampuk pina ng , rima akhir : 3 markah

Kenapa gun ung hendak dilangk ah ? suku kata : 5 markah Jumlah markah : 10

Burung kedidi hinggap di dah an , Turun ke tanahdi pinggir kota; rima tengah : 2 markah

Rosakkah budi runtunan kemajuan, rima akhir : 2 markahMusnahkah maruah kerana harta? suku kata : 5 markah Jumlah markah : 9

Pulau di balik Pulau Goso ng , Pandang di Jawa diranggungkan; rima tengah : 1 markah

Jangan kata terdorong – doro ng , rima akhir : 2 markahBadan dan nyawa menanggungkan. suku kata : 5 markah Jumlah markah : 8

Laksana teruna putera di Johor,

Bijak membilang ayam betina; rima tengah : 0 markahJasad menangis di pintu kub u r, rima akhir : 1 markah

Hendak kembali ke alam dunia. suku kata : 5 markah Jumlah markah : 6

Page 20: Format Pantun Baru

Contoh pemberian markah rima tengah dan rima akhir

SKALAMarkah

PANGKALBunyi

TENGAHBunyi

AKHIRBunyi

Terbaik : 55 markah rima Tidak diambil kira

rangsa

rangsa

2 markah

lar,nya;lar,nya.

3 markah

Baik :33 markah rima Tidak diambil kira

lubung

rubung

1 markah

lang,sah;lang,mah.

2 markahSederhana 22 markah rima Tidak diambil kira

dimah

gilah

1 markah

rang,ti;

yang,li.

1 markah

Suku kata : antara 8-12 suku kata : layak mendapat 5 markahSekiranya, pemantun mengungkapkan rima syair ( rima akhir), Hakim 3 TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG MARKAH UNTUK RIMA

Page 21: Format Pantun Baru

HAKIM 4 : ( 10 markah )PEMBAYANG MAKSUD ( 6 MARKAH )

KESESUAIAN DENGAN MAKSUD ( 4 MARKAH )

FOKUS HAKIM 4: 10 markah sahaja. Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6 markah Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah Menilai keserasian antara pembayang dengan maksud : 3 markah Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 – 6 markah Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 – 4 markah Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah Ada cerita< TIADA tautan, ADA kiasan : 1 – 2 markah TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah

1. HUBUNGAN BARIS 1 dan BARIS 2 ( ada cerita , bertautan dan tiada kiasan : 6 MARKAH

Baik(5 – 6 markah)

Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan

Pergi menebang si pohon sena, buat pangkin di rumpun rendang;

Sederhana(3 – 4 markah )

Ada cerita,masih ada tautan dan tiada kiasan

1. Pergi menebang si pohon sena, jangan lupa membawa parang 2 Pergi menebang si pohon sena,

si pohon sena di hujung kampung (mengulang frasa : si pohon sena)

Lemah( 2 markah)Ada cerita,

tiada tautan, tiada kiasan

Pergi menebang si pohon sena, sayang petani pergi ke bendang;

Lemah(1 – 2 markah)

Ada cerita,tiada tautan,ada kiasan

Pergi menebang si pohon sena, bayu menyapa di waktu petang;

Amat lemah1 markah

Tiada cerita,’Tiada tautan,

Mentari pagi menyapa sena, bayu berlalu membelai kalbu

Page 22: Format Pantun Baru

Ada kiasan

CONTOH PEMBERIAN MARKAHBAGI PANTUN PEMBAYANG CIPLAK

CONTOH PEMANTUN YANG SAMA MENCIPLAK PEMBAYANG SENDIRIDI PUSINGAN 2 DAN KE- 3

PUSINGAN 1Peserta 1

PUSINGAN 2Peserta 1

PUSINGAN 3Peserta 1

bunga melur indah di lamandipetik dara, di kala pagi

Hakim 4: menilai seperti biasa ( hubungan baris 1 dan 2 )

bunga melur di tepi perigidaunnya gugur sepah merata

Hakim 4 : memberi 2 markah( markah padat dan jitu )

di tepi perigi merimbun melurtempat pipit bermain riang

Hakim 4:memberi 2 markah ( markah padat dan jitu)

CONTOH PEMANTUN DALAM KUMPULAN MENCIPLAK PEMBAYANG RAKAN SEPASUKAN DALAM MANA – MANA PUSINGAN

PUSINGAN 1Peserta 1

PUSINGAN 2Peserta 2

PUSINGAN 3Peserta 3

bunga seroja indah di lamantempat puteri berhibur hati

Hakim 4: menilai seperti biasa

( markah padat dan jitu )

bunga seroja indah di lamandaunnya gugur sepah merata

Hakim 4 : memberi 2 markah( markah padat dan jitu )

bunga seroja indah di lamantempat pipit bermain riang

Hakim 4 : memberi 2 markah( markah padat dan jitu )

Page 23: Format Pantun Baru

2.Hubungan PEMBAYANG MAKSUD dan kaitannya dengan MAKSUD ( 4 MARKAH)

Melati berserak tiada berguna,bunga hiasan tiada pengganti;

pasti terjebak dadah durjana,takwa dan iman tiada di hati.

4baik

*ada kaitan

berserak tiada berguna – baris 1 terjebak dadah durjana – baris 3 hiasan tiada pengganti - baris 2 iman tiada di hati - baris 4

3masih baik*ada kaitan

dihias serasi – baris 1 mengganti tradisi - baris 3 lelawang madah terakhir – baris 2 pawang di era mutakhir - baris 4

2sederhana

kurang berkait

kenyalang sayup riang – baris 1 ( berasa gembira ) hidup dirintang reba - baris 3 ( berasa hiba ) tampak berwarna kelabu – baris 2 Akhlak memikat kalbu - baris 4

1lemah

terbilang melenggok seroja – baris 1 dijulang wawasan dipuja - baris 3 temu diruah redah - baris 2 tercetuskah sudah - baris 4

1lemah

sayang puteri duduk termenung – baris 1 kalau ilmu penuh setanjung - baris 3 selepas puas tertidur lena - baris 2 kalah dek petua lama - baris 4

Pantun dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian

Jangan diusik kerbau jalang,Jika digesel rebah juga; contoh pantun Johor dan Melaka

kalau nasib memang malang, jalang menggambarkan malangkalau jatuh ditimpa tangga. rebah menggambarkan jatuh

hilir berderap mudik berderap,patah galah di dalam perahu; dinilai sangat beruntung, tetapi tiada berguna

sungguh laksana bunga dedap,cantik merah tiada berbau patah galah dalam perahu

menggambarkan keadaan yangtidak menguntungkan =

Page 24: Format Pantun Baru

cantik merah tiada berbau

HAKIM 5 : 10 MARKAH

GERAK FIZIKAL ( 3 markah ), INTONASI ( 3 markah ) KELANCARAN ( 2 markah ), BAKU ( 2 markah )

FOKUS HAKIM 5:

10 markah sahaja. Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah Intonasi : 3 markah Kelancaran : 2 markah Sebutan baku : 2 markah Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan ‘mood’ diksi dalam pantun Berkeyakinan / kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris / sekata.

SKALA GERAK – GERI3 markah

INTONASI / JEDA3 markah

KELANCARAN2 markah

BAKU – 2 markah

BAIK3 markah

Menghayati pantun yang diucap

Gerak geri tangan yang seimbang

Jelingan dan senyuman yang sesuai dengan diksi.

Berkeyakinan

Jeda yang sesuai setiap baris/sekata

Intonasi berasaskan ‘mood’ diksi pantun

Berkeyakinan

SEDERHANA2 markah

gerak- geri tangan yang dibuat – buat

jelingan yang berlebihan / menghala setempat

senyuman yang seakan – akan dibuat – buat

intonasi suara yang melandai / sama

hentian jeda agak perlahan atau agak cepat

ada yang tersekat – sekat. Tidak yakin

LEMAH Gerak – geri tangan

berlebihan / kelihatan kaku. Tidak bijak mengawal intonasi Hentian jeda yang tidak kena

Page 25: Format Pantun Baru

1 markah Tampak agak tertekan. Kurang yakin

pada tempatnya Tersekat – sekat dan tergagap –

gagap. Suara: antara dengar dengan

tidak.

BORANG PENGHAKIMAN ( HAKIM PERTAMA – ISI : 10 MARKAH )

PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1

Pemantun 2

Pemantun 3JUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

VSSEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun CJUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3:

Page 26: Format Pantun Baru

JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan : ____________________

FOKUS HAKIM 1:

10 MARKAH sahaja. Menilai baris ketiga dan keempat. Pemantun yang sama atau pemantun dalam pasukan atau pasukan lawan tidak

mengulang / meniru jawapan yang sama (peserta kurang kreatif) Markah diberi tidak lebih daripada 2 markah.

Pemantun MESTI fokus pantun yang dijual dan menjawab soalan yang dijual sahaja. 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian. Pemantun prihatin ‘bentuk dan aras soalan’. 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa. Pantun jawapan berbentuk nafi dengan alasan : 3 – 4 markah Pantunjawapan berbentuk nafi tanpa alasan : 0 markah

BORANG PENGHAKIMAN ( HAKIM KEDUA – ISI : 10 MARKAH )

PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3JUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

LWNSEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

Page 27: Format Pantun Baru

JUMLAH

SESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan : ____________________

FOKUS HAKIM 2:

10 MARKAH ( padat dan jitu : 5 markah, nilai susila : 5 markah ) Menilai pemilihan kata/frasa serta nilai susila pada keseluruhan baris Pemantun tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau baris

maksud. Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara dan

memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2 markah sahaja bagi markah padat dan jitu.

BORANG PENGHAKIMAN ( HAKIM KETIGA – BAHASA : 10 MARKAH )

PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1

Pemantun 2

Pemantun 3 JUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

VSSEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

Page 28: Format Pantun Baru

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun CJUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan : ____________________

FOKUS HAKIM 3: 10 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah ) Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi Rima hujung berasaskan suku kata. Suku kata : 5 markah ( 8 – 12 suku kata ) Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja. Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

BORANG PENGHAKIMAN ( HAKIM KEEMPAT – KEINDAHAN BAHASA : 10 MARKAH )

PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1

Pemantun 2

Pemantun 3 JUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

Page 29: Format Pantun Baru

VSSEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun CJUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan : ____________________

FOKUS HAKIM 4: 10 markah sahaja. Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6 markah Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah Menilai keserasian antara pembayang dengan maksud : 3 markah Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 – 6 markah Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 – 4 markah Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah Ada cerita< TIADA tautan, ADA kiasan : 1 – 2 markah TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah

BORANG PENGHAKIMAN ( HAKIM KEEMPAT – PERSEMBAHAN : 10 MARKAH )

PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

TARIKH : __________________ TEMPAT : ________________________

SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3JUMLA

HSESI MENILAI JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

Page 30: Format Pantun Baru

PEMANTUN

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

VSSEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun CJUMLA

HSESI MENILAI PEMANTUN

JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI

P1:P2:P3: JUMLAH BESAR

Nama hakim : ______________________________________________ Tandatangan : ____________________

FOKUS HAKIM 5:

10 markah sahaja. Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah Intonasi : 3 markah Kelancaran : 2 markah Sebutan baku : 2 markah Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan ‘mood’ diksi dalam pantun Berkeyakinan / kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris / sekata.

TEKS PENGERUSI PANTUN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berbahagia …………………………. [ nama dan jawatan ]Yang Berusaha ……………………………. [ nama dan jawatan ]Yang Dihormati…………………………… [ nama dan jawatan ]Yang dihormati dif – dif jemputan,irinYang dihormati para hakim, guru – guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi lagi dimuliakan.

Page 31: Format Pantun Baru

Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kerana hari ini kita sama – sama dapat bersapa mesra dalam Pesta Pantun Peringkat ………………………. sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.

Daerah …………… nama diberi,menyimpan sejarah sepanjang masa;

meraut seni menyulam tradisi,tersimpul ikatan jalinan mesra.

Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari …………………………………....... dan pasukan dari ……………………mengambil tempat masing – masing.

Saya mempersilakan barinsan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil tempat mengikut prosedur masing – masing. Pihak majlis mempersilakan.

Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan saya ialah pasukan pantun dari ………………………………. dengan membariskan:

Pemantun pertamaPemantun keduaPemantun ketigaPemantun simpanan

Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari ……………………………. dengan membariskan:

Pemantun pertamaPemantun keduaPemantun ketigaPemantun simpanan

Hakim – hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

Hakim 1 ( Isi ) K. HakimHakim 2 ( Isi )Hakim 3 ( Bahasa )Hakim 4 ( Bahasa )Hakim 5 ( Persembahan )

Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa yang telah ditetapkan iaitu ………………………………………………………………

Page 32: Format Pantun Baru

Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta. Sehubungan itu, saya bacakan peraturan – peraturan pertandingan pantun:

1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris pembayang dan dua baris maksud.

2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:2.1 Masa menjual pantun 15 saat.2.2 Masa untuk membeli pantun 60 saat.2.3 Untuk pusingan kedua, masa menjual dan membeli pantun ialah 60

saat kerana pantun dikehendaki dicipta dalam tempoh masa yang diberikan.

2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

(A) JUAL PANTUNLoceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun menjualkan

pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa menjual iaitu tamatnya 15 saat, ( pusingan ketiga 60 saat ) dan pemantun tersebut tidak dibenarkan menjual pantun.

(B) BELIAN PANTUNLoceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun membeli pantun

dan loceng dibunyikan dua kali setelah tamat masa membeli atau tamatnya masa 60 saat dan pantun yang dibeli / dijawab selepas itu tidak akan diberi sebarang markah.

3. Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan tidak mendapat sebarang markah sebaliknya pembeli pantun tersebut dikehendaki membeli pantun berasaskan tema yang sepatutnya dijual oleh pihak lawan.

4. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan oleh penjual pantun kecuali atas permintaan pengerusi pantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim.

5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema yang ditetapkan dan membeli rangkap pantun.

6. Pertandingan pantun dijalankan dalam tiga pusingan.

7. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. Pasukan yang memungut markah terbanyak dikira sebagai pemenang dalam pertandingan ini.

8. Jika berlaku seri, pasukan mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya berlaku seri, markah dalam bahasa akan dikira.

9. PEMBAHAGIAN MARKAHIsi : 20 markahBahasa : 20 markahPersembahan : 10 markah

Page 33: Format Pantun Baru

10. PERTANDINGAN INI DIHAKIM OLEH LIMA HAKIMIsi : 2 hakimBahasa : 2 hakimPersembahan : 1 hakim

11. Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara kumpulan. Sekiranya berlaku perbincangan, markah akan dipotong sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan.

12. Pada pusingan ketiga semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebas pada tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun sendiri. Prosedurnya, selepas sahaja selesai pusingan kedua, para pemantun hendaklah menyerahkan semua kertas / nota / buku / bahan kepada urus setia. Maksudnya, tidak ada apa – apa bahan bersama – sama pemantun. Pemantun akan diberi kertas kosong, mencabut undian tema, diberikan 60 saat untuk menjual dan membeli pantun berdasarkan tema tersebut secara spontan.

[ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ]

Indah cuaca senja menjelang,lebat rimbun pohon mengkudu;

Bismillah kata pembuka gelanggang,silat pantun anak Melayu.

ATAU

Mekar budaya bangsa tersohor,falsafah bangsa pengukir zaman;

Pesta pantun hidup subur,agar terpelihara budaya berzaman.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

1 A

2 B

3 C

Page 34: Format Pantun Baru

KE PUSINGAN PERTAMA(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Ke Tanjung Arus memburu rusa,tiadakan sunyi bertemu jiran;

gelanggang pantun menggamit rasa,pusingan pertama menguji fikiran.

ATAU

2 Di kala senja dingin terasa,nyaman suasana indah terperi;

pusingan pertama debaran terasa,……(rujuk tema) tema diberi.

ATAU

3 Tampak pemuda setia menanti,asuhan tok guru jadi panduan;

pusingan pertama debaran menanti,hati terusik jelingan rakan.

ATAU

4 Hajat si miskin menumpang si kaya,berbincang mesra tersemat di hati;

hajat hati biarlah berjaya,pusingan pertama ujian menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini ialah ……. (bacakan tema – ulang tema dua kali)

Nota : Pengerusi pantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.

Baiklah, dipersilakan pemantun pertama dari ………. menjualkan pantun kepada pemantun pertama dari…………….

Arahan pengerusi pantun:

Page 35: Format Pantun Baru

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.ATAU

3 Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan baik kepada pemantun.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

1 A

2 B

3 C

PUSINGAN KEDUA

(Pilih dan baca salah satu rangkap pantun sahaja)

1 Sayang pauh patahnya dahan,Tempat merbuk berkidung mesra;

Banyak tajuk jadi pilihan,Undian dibuat menguji minda.

ATAU

2 Pandan podak di celah batu,Rumpun cempa kembang berseri;

Pusingan kedua Undian tajuk syarat diberi.

Page 36: Format Pantun Baru

ATAU

3 Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,Berpisah keluarga ke tengah lautan;

Pusingan pertama berlalu pergi,Pusingan kedua semaraknya cabaran.

ATAU

4 Tampak pemuda jiwa semarak,Kepada penggawa memohon restu;

Debaran berpesta kian memuncak,Pusingan kedua

ATAU

5 Sidara jelita bersendaloka,Bersimpuh manja terhibur hati;

Pusingan kedua gelanggang terbuka,Minda diuji debaran menanti.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan kedua, tema-tema pilihan dibuat melalui undian. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun yang berasaskan _______ . Para peserta diberi masa selama 1 minit ATAU 60 saat untuk mencipta pantun secara spontan. Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang nota/merujuk kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun.

Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.

Contoh Arahan :

Peserta pertama daripada pasukan………. sila ke meja Pengerusi Pantun untuk mencabut undi.

Setelah pemantun duduk.

Anda telah mendapat tema ……….. Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang.

Setelah pantun dijual.

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab 60 saat dari sekarang.

ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Page 37: Format Pantun Baru

ATAU

3 Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

4 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersedia atau tidak)

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan baik kepada peserta.

FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

1 A

2 B

3 C

KE PUSINGAN KETIGA

(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

1 Terasa mesra tersusun madah,Dara jelita baru bersua;

Pusingan kedua berakhir sudah,Cabaran menanti di pusingan ketiga.

ATAU

2 Awan nan biru tampaknya indah,Di laman anggerik cantik berseri;

Ke pusingan ketiga hati tak gundah,………(bacakan tema) tema diberi.

Page 38: Format Pantun Baru

ATAU

3 Rumpun serai padat berbaris,Bunga mawar indah mencelah;

Budaya berpantun penyeri majlis,Pusingan ketiga bertambah meriah.

ATAU

4 Di laman mawar tampaknya bersih,Sayang sekali ditimpa hujan;

Pusingan ketiga tema dipilih,………(bacakan tema) menjadi sebutan.

ATAU

5 Pinggiran rimba tumbuhnya palas,Tumbuh mencelah pohonan pala;

Di pusingan ketiga pantun berbalas,Hati yang tenang penawar segala.

Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga ini ialah …………. ( bacakan tema – ulang dua kali)

Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.

Contohnya: Di pusingan kedua ini, pemantun pertama dari …………… akan menjualkan pantun kepada pemantun kedua dari ……………….

Arahan Pengerusi Pantun

1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

ATAU

3 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersedia

Page 39: Format Pantun Baru

atau tidak}

2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan baik kepada pemantun.

Hadirin-hadirat yang dirahmati,

Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan ……….. dengan pasukan pantun dari ………………… Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.

Kenari bersenda di dahan ara,tiadakan sunyi bersama kawan;

budaya berpantun bersambut mesra,biarlah abadi sepanjang zaman.

Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton untuk menjualkan pantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di kanan saya ini. Dipersilakan……

Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam pertandingan ini. Sebelum itu,

Tiada kata seindah madah,dicipta lagu tersentuh rasa;

jika terdapat silap dan salah,maaf dipinta setiap masa.

Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal, kecewa bukan penawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi penawar berharga untuk mencipta kejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

Mekar mewangi bunga cempaka,daun semalu dikirai jangan;

Page 40: Format Pantun Baru

akar budi santun bahasa,pantun Melayu kekal berzaman.

Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika mengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak. Sekian, assalamualaikum………..