pengajian am format baru 2013

12
PENGAJIAN AM SEMESTER 1 900/1 4 Soalan Struktur 3 Soalan Esei (perlu jawab 2 sahaja) 15 Soalan Objektif aneka pilihan

Upload: faizurrin-junaidi

Post on 14-Jun-2015

5.084 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian am format baru 2013

PENGAJIAN AM SEMESTER 1 900/1

4 Soalan Struktur

3 Soalan Esei (perlu jawab 2 sahaja)

15 Soalan Objektif aneka pilihan

Page 2: Pengajian am format baru 2013

PENGAJIAN AM FORMAT BARU

Bagi setiap penggal terdapat wajaran markah peperiksaan tertentu.

i. Penggal 1 – Wajaran (29%) dan markah 80.ii. Penggal 2 – Wajaran (22%) dan markah 80.iii. Penggal 3 – Wajaran (29%) dan markah 80.iv. PBS / Kerja Kursus – Wajaran (20%) dan

markah 55.

Mulai Jun 2012. P&P dan Peperiksaan dipecahkan kepada

3 penggal. Peperiksaan Penggal 1-900/1,

Penggal 2-900/2, Penggal 3-900/3. PBS / Kerja Kursus P.Am diadakan pada

penggal 2 dengan kod 900/4.

Page 3: Pengajian am format baru 2013

SUKATAN PELAJARAN PENGGAL 1

Negara Berdaulat Konsep.Ciri – ciri.Pembentukan.

Perlembagaan Persekutuan Pembentukan Sistem dan struktur pemerintahan

a. Suruhanjaya, Kabinet, Ketua Audit Negara dan lain-lain.

PBT , Urus Tadbir yang baik.

Page 4: Pengajian am format baru 2013

Kepentingan dan Cabaran Tadbir Urus. (Globalisasi dan Daya saing) :

Sistem Penyampaian. Integriti. Pembangunan Modal Insan. Pengaruh teknologi maklumat.

Cabaran, Punca dan Penyelesaian.

Pertahanan. Sosial/ Budaya. Ekonomi. Politik. Sains & Teknologi. Integrasi & Perpaduan.

Page 5: Pengajian am format baru 2013

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1

Terdapat 3 bahagian soalan iaitu A, B dan C. Bahagian A – Mengandungi 15 soalan

objektif aneka pilihan. Satu soalan mewakili 1 markah. Soalan merangkumi semua topik di bawah

tajuk Malaysia Kekal Berdaulat.

Page 6: Pengajian am format baru 2013

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 - 900/1

Bahagian B – Mengandungi 4 soalan struktur. Pelajar perlu jawab semua soalan. Pada setiap soalan diperuntukkan markah tertentu. Jumlah markah bagi bahagian ini adalah 15. Soalan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu:

a. LOTS (Lower Of Thingking Skills) – Kemahiran Berfikir Aras Rendah.

b. HOTS (Higher Of Thingking Skills) – Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.

Soalan bentuk LOTS lebih mudah berbanding soalan HOTS .

Page 7: Pengajian am format baru 2013

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 - 900/1

Soalan LOTS biasanya menggunakan frasa ‘cadangkan’, ‘nyatakan’ dan ‘berikan’ pada awal soalan.

Bagi setiap soalan LOTS, Jumlah jawapan yang diminta biasanya sama dengan jumlah markah yang diperuntukkan.

Contoh ; Nyatakan empat usaha kerajaan …………. (4M) ; Nyatakan tiga elemen pilihanraya ………… (3M)

Nyatakan 4 usaha kerajaan diberi 4 markah. Nyatakn 3 elemen pilihanraya diberi 3 markah. Bagi soalan LOTS, pelajar hanya perlu nyatakan

idea/jawapan ringkas dan tidak perlu membuat huraian.

Page 8: Pengajian am format baru 2013

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1

Soalan HOTS biasanya menggunakan frasa ‘huraikan’ dan ‘terangkan’ pada awal soalan .

Bagi soalan HOTS – Jumlah markah yang diperuntukkan adalah 2 kali ganda jumlah jawapan yang diminta .

Contoh - Huraikan dua cara bagaimana. . . . . (4 markah ) - Terangkan dua keadaan pihak. . . . . . . (4 markah ) Jawapan diperlukan 2 , markah diperuntukkan 4 .

Setiap jawapan perlu dibuat huraian lanjut .

Tanpa huraian , pelajar tidak akan mendapat markah penuh .

Page 9: Pengajian am format baru 2013

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1

• Bagi soalan struktur Bahagian B ini terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi .• Bagi setiap soalan , pelajar hanya perlu menjawab mengikut arahan soalan . - Contoh ; Jika soalan minta 2 jawapan , tetapi pelajar memberikan 4 jawapan , hanya jawapan yang teratas sahaja diambil kira. Jawapan ketiga dan keempat akan diabaikan . Tiada markah akan diberikan untuk jawapan ke-3 dan ke-4 .

• Soalan bahagian ini perlu dijawab dengan sangat berhati-hati. Ini adalah kerana penggunaan kata kerja/frasa yang salah di depan jawapan akan menyebabkan pelajar tidak mendapat sebarang markah walaupun ayat seterusnya betul.

Page 10: Pengajian am format baru 2013

Contoh : Terangkan empat peranan MAMPU . . . . . . (4M)

Pelajar memulakan jawapan dengan perkataan ‘memodenkan‘ maka jawapan adalah salah .

Jawapan sebenar adalah penggerak / penasihat / peneraju . Maka pelajar akan mendapat 0 markah.

Jawapan bahagian struktur menggunakan Terarinologi bagi nama

organisasi seperti ASEAN , APEC , K-EKONOMI , e-

dagang adalah diterima dan tidak perlu dihuraikan

maksudnya .

Soalan HOTS adalah lebih sukar berbanding

LOTS . Soalan LOTS , jawapannya adalah Idea

sahaja manakala bagi soalan HOTS , jawapan

yang diberi perlu dihuraikan .

Page 11: Pengajian am format baru 2013

PEPERIKSAAN PENGGAL 1 – 900/1

Soalan Struktur Contoh – contoh soalan HOTS . • Majlis Penasihat Ekonomi Negara ( NEAC ) telah menggariskan lapan inisiatif Pembaharuan strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru Ekonomi ( MBE ) . Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut . . . . ( 4M ) .• Huraikan dua cara bagaimana seseorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah . . . ( 4M ) .

Contoh – contoh soalan LOTS .• Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihanraya di Malaysia . . . . ( 3M ) . • Nyatakan empat usaha kerajaan bagi mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 . . . . ( 4M ) .• Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke sepuluh (RMK 10) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju . . . ( 4M ) .

Page 12: Pengajian am format baru 2013

SEKIAN TERIMA KASIH!^_^

Semoga para pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang….