konsep pengubatan

Upload: man-ana-man-anta

Post on 14-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

KONSEP PENGUBATAN DALAM MANUSKRIP MELAYU

KONSEP PENGUBATAN DALAM MANUSKRIP MELAYU

KONSEP PENGUBATAN DALAM MANUSKRIP MELAYU

Oleh : Syed Haashim P78833

PERMASALAHAN KAJIAN

PERMASALAHAN KAJIANKepentingan mengkaji tradisi masyarakat dan manuskrip Melayu yang menjadi warisan sejak zaman berzaman kaya dengan ilmu perubatan yang mengandungi kebijaksanaan, sejarah, budaya, pengalaman hidup dan pandangan dunia dalam Alam Melayu telah dilupakan.

Falsafah perubatan alam Melayu khususnya jarang disentuh dan dikaji. OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF KAJIANMeneliti dan menganalisis metodologi dan falsafah perubatan yang terdapat di alam dan manuskrip Melayu.

METODOLOGI KAJIAN

METODOLOGI KAJIANKajian ini dijalankan berasaskan kepada kajian dokumentasi yang lepas .

Menganalisis beberapa Manuskrip asal. HASIL KAJIAN

Sumbangan dan peninggalan disebar luaskan oleh orang terdahulu dalam kaedah perawatan dan pengubatan adalah satu nilai yang tinggi mengandungi kebijaksanaan dan pengabungan antara fizikal dan spiritual.

Penilaian kepada kaedah dalam penggunaan bahan dan ruqyah dapat dijadikan panduan kepada orang ramai dalam penggunaan herba, pengetahuan punca penyakit dan amalan ruqyah tidak bertentangan dengan ajaran Islam. HASIL KAJIANPENDAHULUAN

PENDAHULUANPerubatan tradisional pada umumnya merupakan salah satu iktiar manusia dalam usaha mereka untuk mengatasi dan merawat penyakit dan menambahkan kesihatan tubuh-badan.

Kaedah dan tradisi ini adalah tradisi yang menjadi warisan sejak turun-menurun. Kaedah perubatan ini juga, dianggap oleh sebahagian cendiakawan wujud seiring dengan tamadun manusia .

Dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara, khususnya masyarakat Melayu, sistem kepercayaan tradisional yang berpandukan kepada unsur spiritual, magis, adat, dan agama masih dominan dalam sistem perawatan tradisional mereka.

Kaedah dan cara perawatan dalam pengamalan tradisional ini seringkali menggunakan ramuan semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan, galian, sebahagian dari haiwan dan menggunakan kaedah spiritual (ruqyah) .

Di samping itu, penggunaan ramuan semula jadi ini, sangat sebati dengan masyarakat Melayu terutamanya. Sebahagian daripadanya digunakan sebagai ulam-ulaman dan dicampurkan di dalam masakan. KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU

KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYUOrang-orang Melayu sudah mengenali benar alam sekitar mereka. Dengan itu, mereka tinggal dipesisiran pantai akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat laut dalam kehidupan mereka.

Sementara mereka yang tinggal di pinggiran hutan pula akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat hutan .

Seperti manusia yang lain juga, masyarakat Melayu tidak terlepas dari serangan penyakit. Mereka diserang penyakit sehingga membawa keapda kematian. Dalam usaha mencari penawar dan kaedah rawatan inilah lahirnya berbagai-bagai cara pengubatan dan pemeliharaan diri daripada penyakit.Kaedah yang rawatan yang diamalkan oleh mereka amat berkait dengan pegangan agama yang mereka anuti. Maka dari sinilah lahirnya, ritual-ritual dan amalan tertentu untuk merawat penyakit seperti jampi, mantra dan tangkal .

Terdapat dua falsafah utama dalam sistem perubatan Melayu = Pertama: Menyentuh bidang kesihatan Kedua : Tentang penyakit.

Kedua-duanya saling berhubungan dan melengkapi antara satu dengan yang lain.

Falsafah pertama menyatakan Pencegahan Lebih Utama Daripada Mengubati Penyakit.

Falsafah kedua dinyatakan sebagai Bagi Setiap Penyakit Pasti Ada Ubatnya.

Jenis penyakit yang tidak dapat diubati melalui rawatan moden seperti terkena santau, sihir dan sebaginya.

Masalah perbelanjaan menjadi aspek utama dalam masyarakat melayu.

Kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat adalah tradisi turun-menurun oleh masyrakat melayu. Pemakanan sayur-sayuran dan penggunaan herba tertentu menjamin kesihatan .

Herba dan sayur-sayuran adalah ubat semula jadi yang tidak mempunyai kesan sampingan. Oleh itu tahap kesihatan akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.Faktor-Faktor Penerusan Kaedah Rawatan Tradisional

Pembentukan dan kejadian manusia terdiri daripada elemen jasmani iaitu tubuh badan dan juga elemen spiritual iaitu roh, akal dan jiwa.

Dalam pembentukan kejadian manusia, penelitian dan pengkajian terhadap elemen dan unsur kejadian ini adalah kunci utama dan aspek terpenting dalam penentuan keadaan dan kondisi seseorang itu. Unsur Kejadian Manusia dan Asal PenyakitUNSUR KEJADIAN MANUSIA

BUMI; Sifatnya adalah dingin serta kering. Maka insan itu adalah sawida ertinya hitam, iaitu di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur.

API; Perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadianya daripada perangai api, yang di dalam tubuhnya tempatnya adalah hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. UNSUR KEJADIAN MANUSIA

AIR; Perangainya dingin serta basah, maka adalah pada insan itu balgham (dahak, kahak), iaitu dingin serta basah. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Maka adalah perangai balgham itu banyak dingin dan basah dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya, kerana perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua.

ANGIN; Perangai basah serta panas. Maka adalah pada insan itu darwani, iaitu darah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin yang di dalam tubuh manusia, tempatnya adalah pada hati. Bahawa tubuh orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas seta basah, dan kurang dalamnya angin dan kering. Maka orang itu tiada tambun, kurang dagingnya, banyak darahnya, pekertinya sederhana. UNSUR KEJADIAN MANUSIA

Ruqyah Dan JampiRuqyah dan jampi adalah satu kaedah yang telah lama diamalkan. Di Tanah Melayu ia sudah banyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur kepercayaan seperti animisme, Hindu-Buddha dan akhir sekali Islam . Tambahan dari itu juga, perubatan melayu didasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan para bomoh kepada agama Islam dan rukun Iman. Rukun pertama dalam rukun iman, iaitu percaya kepada Allah, menjadi tunjang kepada pendekatan dalam kehidupan bomoh dan amalan perubatan. Sesuai dengan kepercayaan ini, maka bomoh Melayu sebagai orang mukmin di dapati menggunakan al-Quran dan menyatakan bahawa segala bentuk penyakit dan kesembuhan itu datangnya dari Allah. KAEDAH RAWATAN PENYAKITRUQYAH

WAFA

Herba Dan Bahan Semula Jadi

Herba Dan Bahan Semula Jadi

Penggunaan herba bagi penduduk Tanah Melayu merupakan satu tradisi yang diwariskan sejak turun menurun. Terdapat juga, herba ini sering digunakan atau dicampurkan di dalam masakkan atau dijadikan ulaman. Rawatan dan pengubatan dengan menggunakan bahan semula jadi ini juga, adalah yang di dapati sekeliling kita. Bab ini ubat cacing ambil ambuk lanas hijau dan jintan hitam dan bawang merah, engkau giling lumat-lumat pupuk pada kepalanya itu, afiat..

Fasal ini pada menyatakan ubat pitam pening, ambil limau nipis, maka bubuh syugar maka minum ketika pagi-pagi sebelum makan nasi supaya muntah, apabila muntah.. Penyakit itu dan jangan makan makanan yang pedas insyaAllah afiat..

Petua Dan Pantang Larang

Kaedah berpantang adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mencegah daripada terkena penyakit dan mengekalkan kesihatan badan.

Misalnya lelaki ataupun perempuan dilarang meneguk air semasa makan. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan diri dari diserang penyakit dengan mudah. Tambahan daripada itu juga, kaedah ini turut digunakan sebagai memelihara keberkesanan jenis ubat yang digunakan.

Petua Dan Pantang Larang

Memelihara Tubuh Kita Menjadi Kuat:Afiun berat seEmas, Pucuk Sirih yang kuning lima emas, Ganja berat SeEmas, Bunga Pala berat seEmas, jintan Hitam berat seEmas, Biji Kaju yang hitam berat Se Emas, Garam Hurmuz berat sekupang, maka sekalian ubat itu, pipis lumat-lumat maka berbuat makjun, air madu di timbang dengan rampah-rempah itu Ketika hendak di makan, ketika pagi beratnya sekupang, pada waktu asar beratnya seemas sampai dua hari atau tiga hari.

Ubat khasiat untuk tubuh badan : Buah Pala, setimbang dan Ganja setimbang dan Daun Telinga Kerbau setimbang, Akar Kecubung Hitam setimbang dan Air Madu, maka perbuat makjun.

KESIMPULAN Kaedah rawatan dan pengubatan adalah warisan yang harus dipelihara.

Kajian dan analisa terhadap manuskrip dan pengamalan tradisi harus diteruskan , dianalisis dan dikembangkan.

RUJUKANA.Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Amran Kasimin. T,t. Sakit Mantel Menurut Perubatan Melayu Tradisional. Laporan Akhir Kajian 27/88, Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azahari Ibrahim. T,t. Ubat-Ubatan Tradisional Melayu, Doa-Doa Penawar Penyakit, Rahsia Kebaikan Surah al-Fatihah. Kota Bharu. Pustaka Reka.Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Haron Din. T.t. Konsep Perubatan Islam. Bangi. Penerbit Darussyifa. Liu. Willow J.H. 2011. Traditiional Herbal Medicine Research Methodes: Identification, Analysis, Bioassay, And Pharmaceutical And Clinical Studies. Canada. John Wiley And Sons, Inc. Muhammad Sani Harun. T,t. Petua Dan Perubatan Tradisional Melayu Amalan Turun Menurun. Selangor. Pusat Tradisional Darul Syafaat.Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa. Djakarta. Penerbit Bulan Bintang. Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

MANUSKRIPMSS 4543 (N) : Kejadian Tubuh Manusia

MSS 3290 : Kitab Tibb

MSS 2990: Kitab Tibb

MSS 2995: Petua, Azimat, Kitab Tibb