penyelenggara abdul latiff abu bakar

262
Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris

Upload: vuhuong

Post on 10-Dec-2016

471 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

PenyelenggaraAbdul Latiff Abu Bakar

Siri Penyelidikan dan Penerbitan Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 2: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM • 2012

Sidang PengarangAbdul Latiff Abu Bakar (Penyelenggara)Mohd Yusof Hasan (Penilai Dalaman)

Wan Zaidah Wan Yusof (Penyunting Luar)Asiah Abdul Rahman (Penyunting Dalam)

Cetakan Pertama / First Printing, 2012© Universiti Pendidikan Sultan Idris

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan

ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama adadengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya

tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Peradaban Melayu terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced ortransmitted in any form or by any means, electronic or mechanical

including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Institute of Malay Civilization.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia byUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, MalaysiaTel: 05-4506000, Fax: 05-4583603

Laman Web / Website: www.upsi.edu.myEmel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia byThe Colors Solution

Grafik dan Susun Atur / Graphic & TypesettingYusof Hermanes

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkalatogan-dalam-Penerbitan

Page 3: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Isi Kandungan

Pengenalan v

Jati diri Dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar KerajaanAbdul Latiff Abu Bakar

1

Jati Diri Melayu dan Peradaban DuniaZainal Kling

35

Peradaban dan Jati Diri MelayuZainal Abidin Borhan

61

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kacamata IslamMuhammad Uthman El-Muhammady

81

Warisan Budaya dalam Konteks 1MalaysiaA. Aziz Deraman

109

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat CinaChew Fong Peng

133

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat IndiaRajantheran A/L Muniandy dan Manimaran Subramaniam

151

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni GlobalMohd. Yusof Hasan

173

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)Teo Kok Seong

199

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di MalaysiaAwang Sariyan

217

Gagasan 1MalaysiaSekretariat 1MalaysiaKementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

233

user
Highlight
user
Sticky Note
Page 4: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

iv

Page 5: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Buku ini adalah diterbitkan oleh Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan

Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak di bawah Siri Penyelidikan dan Penerbitan.

Bagi menghasilkan buku ini, IPM mendapat kerjasama dengan memberi idea dan

sokongan serta tajaan dari Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

Memandangkan pemahaman dan penghayatan mengenai jati diri dan patriotisme

dalam kalangan rakyat Malaysia tidak kukuh, GAPENA terpanggil mengadakan program

menghayati jati diri dan semangat patriotisme cinta kepada raja, pemimpin dan negara

dengan mengadakan pelbagai program seperti Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Pewaris

Budaya (di Melaka pada 16-19 Oktober 2012), Meja Bulat Penulis 1Malaysia: Sastera

Kebangsaan 1Malaysia (di Kuala Lumpur pada 20-21 Oktober 2012), Konvensyen

Memartabatkan Kesusasteraan Melayu (pada 9-10 November 2012), Perkampungan

Penulis GAPENA 1Malaysia (September-Oktober 2012), Sayembara dan Pertemuan

Juara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan (20 Oktober 2012) dan Kembara

Penulis dari GAPENA Kepulauan Pangkor pada 15-18 Disember 2012.

Pengenalan

Page 6: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

vi

Bagi memahami dan menghayati kekuatan jati diri dan semangat patriotisme

dalam memartabatkan peradaban Malaysia, GAPENA bekerjasama dengan IPM,

UPSI menjalankan penyelidikan dan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan

sebelas penulis dan penyelidik yang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan jati

diri dan patriotisme di Malaysia. Selaras dengan matlamat IPM, UPSI dan kerajaan

bagi melahirkan pewaris Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat

patriotisme berdasar Gagasan 1Malaysia, maka buku Jati Diri dan Patriotisme Teras

Peradaban Malaysia diterbitkan sebagai buku ilmiah di tanah air kita ini. Ini bersesuaian

dan menyokong usaha Gagasan 1Malaysia bagi mewujudkan perpaduan pelbagai

bangsa dan kaum di bawah satu bumbung dan menjadi teras dalam peradaban

Malaysia.

Buku ini berhasrat menjadi panduan mengenai konsep jati diri dan patriotisme di

Malaysia berdasarkan sejarah, perkembangan dan dasar kerajaan yang perlu dihayati

setiap warga Malaysia dalam usaha membina negara bangsa Malaysia yang kukuh dan

bersatu padu serta memartabatkan Peradaban Malaysia yang berteraskan Peradaban

Melayu.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah perjuangan kebangsaan

(nasionalisme), semangat patriotisme cintakan tanah air atau negara dan raja atau

ketua menjadi teras penting dan di tanamkan dalam jiwa setiap warga negara Malaysia.

Semangat patriotisme ini pula digandingkan dengan kekuatan jati diri kebangsaan

(Malaysia) bagi melahirkan warga negara yang cinta kepada negara dan bersama

membina Negara Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu. Ini selaras dengan

kehendak perlembagaan dan rukun negara.

Bagi memulakan buku ini, Abdul Latiff Abu Bakar melalui artikelnya bertajuk,

“Jati Diri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan dan Dasar Kerajaan”,

memberi penjelasan tentang patriotisme dan pengamalan gagasan jati diri di Malaysia

berdasarkan perlembagaan dan dilaksanakan melalui dasar dan gagasan kerajaan

yang memerintah di negara ini.

Seterusnya Zainal Kling pula menerangkan tentang konsep dan pengertian jati

diri Melayu dalam peradaban dunia melalui artikelnya bertajuk, “Jati diri Melayu dan

Peradaban Dunia”. Begitu juga Zainal Abidin Borhan menganalisis jati diri Melayu

Page 7: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Pengenalan

vii

mengikut warisan budaya Melayu. Memandangkan orang Melayu beragama Islam,

maka ajaran Islam menjadi teras kepada jati diri Melayu seperti dijelaskan oleh

Muhammad Uthman El-Muhammady dalam artikelnya bertajuk, “Jati Diri Melayu dan

Semangat Patriotisme Mengikut Kacamata Islam”.

Sebagai negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan suku bangsa, maka buku

ini turut memaparkan jati diri dalam kalangan orang bukan Melayu seperti orang Cina

yang ditulis oleh Chew Fong Peng dalam artikel bertajuk, “Jati Diri Mengikut Kacamata

Budaya Masyarakat Cina” dan “Budaya Masyarakat India” yang ditulis oleh Rajantheran

A/L Muniandy dan Manimaran Subramaniam bertajuk “Jati Diri Mengikut Kacamata

Budaya Masyarakat India.”

Dalam konteks masyarakat global, Mohd Yusof Hasan pula menulis artikel berjudul,

“Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global.” Bahasa Melayu sebagai bahasa

perpaduan mampu membina jati diri kebangsaan dijelaskan oleh Teo Kok Seong dalam

artikelnya bertajuk, “Penghayatan Bahasa Melayu dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan

(Nasional)”. Awang Sariyan pula menulis tentang, “Ceritera Kejayaan Perancangan

Bahasa Melayu di Malaysia”. Gagasan kerajaan bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang bersatu padu, berteraskan kekuatan jati diri rakyat Malaysia dipaparkan dalam

artikel gagasan 1Malaysia yang disediakan oleh Sekretariat 1Malaysia, Kementerian

Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Adalah menjadi harapan kita agar buku ini dijadikan panduan kepada semua pihak

yang ingin memahami dan menghayati konsep dan pengertian jati diri dan patriotisme

sebagai teras peradaban Malaysia, terutama kepada warganegara Malaysia berusaha

membina negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan penerbitan buku ini, terutama

penulis artikel, GAPENA, UPSI, Biro Tatanegara, Jabatan Penerangan Malaysia dan

Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri,

Malaysia yang menaja penerbitan buku ini.

Abdul Latiff Abu Bakar

Penyelenggara

Page 8: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

viii

Page 9: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati diri Dan Patriotisme

Berpaksikan Sejarah,Perlembagaan Dan

Dasar KerajaanAbdul Latiff Bin Abu Bakar*

Universiti Pendidikan Sultan Idris

* Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar adalah Pengarah, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap Ketua Satu GAPENA

Page 10: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

2

Nasionalisme dan Patriotisme

Perasaan patriotisme yang menunjukkan kesetiaan rakyat kepada negara dan Raja

atau pucuk pimpinan sesuatu negeri, negara dan wilayah menjadi unsur penting

dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme. Gerakan nasionalisme dalam bentuk

moden meresapi dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara di abad ke-20 menentang

Impralisme Barat terutama British di Burma, Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah,

Sarawak, Perancis di Indoncina, Sepanyol dan Amerika di Filipina, Belanda di Indonesia

(James P.Ongkili, “Perkembangan Nasionalisme, Jebat, bil.1971/72,hal. 24-41).

Menjelang abad ke-20, bersemaraknya semangat patriotisme mempertahankan

kedaulatan Raja dan negeri adalah melalui media seperti akhbar, majalah, buku serta

persatuan-persatuan Melayu yang berunsur politik. Semangat patriotisme dalam

kalangan orang Melayu ini lebih kuat dan bersatu di bawah gagasan mempertahankan

kepentingan orang Melayu dan menuntut kemerdekaan sebagai pewaris yang setia dan

mempunyai kekuatan jati diri bangsa.

Patriotisme yang menjadi teras nasionalisme merupakan perasaan dalam kalangan

penghuni sesuatu wilayah yang tertentu. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesuatu

wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu seperti sempadan dan ibu kota

bagi menentukan taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan,

bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan

dan lain-lain. Patriotisme pula merupakan perasaan kesetiaan kepada negara dan

menjadi unsur penting nasionalisme.

Secara nyata, nasionalisme adalah satu gerakan kesedaran yang menumpukan

perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai

kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada

tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan

tertinggal dalam lapangan ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Pada awal abad

ke-20, nasionalisme menjadi soal yang menonjol di Asia Tenggara. Pendidikan Barat

telah memberikan makna baru pada hak asasi manusia, persamaan, kebebasan dan

kemerdekaan.

Page 11: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

3

Di Tanah Melayu, orang-orang Melayu telah memainkan peranan penting dalam

memperjuangkan nasib bangsanya pada zaman penjajahan Inggeris. Pengertian

‘kebangsaan’ dihayati oleh orang-orang Melayu kerana ia dikaitkan dengan perjuangan

menegakkan maruah bangsa dan negara dalam menentang penjajah. (Lihat Abdul Latiff

Abu Bakar, Ishak Hj. Muhammad, Penerbit Universiti Malaya, 1977, hal. 37-41)

Pada umumnya, pengkaji-pengkaji sejarah membahagikan tahap perkembangan

gerakan kebangsaan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan kepada empat

peringkat:

(i) 1906-1941 - Gerakan Awal Zaman Inggeris

(ii) 1942-1945 - Gerakan Zaman Jepun

(iii) 1946-1957 - Gerakan Menjelang Kemerdekaan

(iv) 1957-2012 - Gerakan Pengisian Kemerdekaan

Pengkaji-pengkaji sejarah seperti Radin Soenarno dan William R. Roff meletakkan

1906 sebagai tahun bermulanya gerakan kebangsaan. Peringkat awal gerakan ini

adalah melalui pengaruh agama. Pengaruh dari Timur Tengah telah mendorong

kemunculan gerakan pembaharuan Islam di Tanah Melayu yang dipimpin oleh Syeikh

Tahir Jalaluddin, Haji Abas Muhammad Taha dan Syed Syeikh Ahmad Al-Hadi. Mereka

bergerak melalui majalah Al-Imam (1906), Tunas Melayu (1913), Al-Ikhwan (1926),

mengeluarkan risalah-risalah, syarahan-syarahan agama dan mewujudkan madrasah-

madrasah.

Sebelum Perang Dunia II, tanggapan orang Melayu terhadap politik berlainan

daripada apa yang muncul mulai 1945. Ogos Melayu waktu sebelum perang lebih

mengenali ‘watan’ daripada ‘negara’ dan ‘siasat/siasah’ daripada ‘politik’. Cita-cita politik

mereka seluruhnya agak terbatas – mereka mahu mengekalkan pemerintahan di bawah

naungan British dan taat setia yang diberikan kepada seorang raja lebih kuat daripada

perasaan ‘kebangsaan’ (dalam konteks yang lebih luas iaitu tertumpu kepada Tanah

Melayu sebagai satu entiti politik). Walaupun dalam tahun-tahun 1920-an dan 1930-

an telah muncul golongan yang bersikap radikal, iaitu menentang establishment dan

membayangkan kemungkinan bercantum dengan Indonesia, bilangan aktivis radikal ini

tidaklah besar.

Page 12: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

4

Dengan munculnya Kesatuan Melayu Singapura (KMS) pada 1926, orang Melayu

di Semenanjung Tanah Melayu turut menyokong penubuhannya dan bercita-cita

pula mewujudkan persatuan (persekutuan) yang berunsur politik. Setelah diwujudkan

persatuan-persatuan Melayu di beberapa negeri Melayu, mereka mencadangkan

supaya diadakan Kongres Melayu (diwakili oleh persatuan-persatuan negeri-negeri

Melayu) dan seterusnya mewujudkan Persekutuan Melayu iaitu gabungan persatuan-

persatuan negeri-negeri Melayu yang berpusat di Kuala Lumpur. Banyak juga persatuan

Melayu lahir di sekitar tahun 1937-1941. Walau bagaimanapun, mereka hanya berjaya

mengadakan Kongres Melayu yang pertama pada 6 Ogos 1938 di Kuala Lumpur dan

Kongres Melayu yang kedua pada 25 dan 26 Disember 1940 di Singapura.

Cita-cita mereka untuk mewujudkan gabungan persatuan-persatuan Melayu di

seluruh Semenanjung Tanah Melayu masih menemui jalan buntu. Pendek kata, orang

Melayu, sehingga tahun 1941, masih belum berjaya lagi mewujudkan satu persatuan

yang merangkumi semua persatuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu.

Pada tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) diasaskan. KMS ialah

pergerakan separuh politik Melayu yang pertama dan dipimpin oleh Mohd. Yunus

Abdullah. Antara tujuan penting KMS ialah menggalakkan ahli-ahlinya bergerak aktif

dalam urusan-urusan dan pentadbiran, memperjuangkan kemajuan dan kepentingan

orang Melayu dalam lapangan politik dan pelajaran, membuat permohonan kepada

pihak Inggeris berhubung dengan hak dan kebebasan orang Melayu dan mengambil

berat tentang pelajaran tinggi serta teknik dalam kalangan orang Melayu.

KMS yang aktif di Singapura itu telah mendapat perhatian penduduk-penduduk di

Tanah Melayu. Kewartawanan Melayu memainkan peranan penting dengan memberi

kesedaran kepada pembaca-pembaca tentang perlunya diwujudkan persatuan politik di

negeri-negeri Melayu seperti KMS. Wartawan dan penulis ini tidaklah bertujuan mencabar

pemerintahan Inggeris, mereka ingin menjadikan persatuan-persatuan tersebut sebagai

salah satu saluran bagi membela nasib orang Melayu dalam hubungan dengan pihak

Inggeris. Persatuan-persatuan tersebut hendaklah menyusun satu perlembagaan

mengikut undang-undang negeri serta mentaati kerajaan Inggeris dan raja-raja Melayu.

Pada tahun 1927, pentadbiran Inggeris telah melantik empat orang wakil

Melayu di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi mewakili orang Melayu di dalam

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Peluang yang diberikan oleh pihak Inggeris ini

Page 13: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

5

telah mendapat perhatian gologan wartawan dan cerdik pandai Melayu ketika itu bagi

memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menubuhkan persatuan-perasatuan yang

bercorak politik. Melalui persatuan Melayu yang dicadangkan ini, orang Melayu dapatlah

menyampaikan hasrat mereka kepada pihak Inggeris di samping saluran wakil-wakil

Melayu di dalam majlis Mesyuarat Persekutuan seperti Raja Chulan, Undang Rembau

dan lain-lain.

Kemasukan orang asing ke Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang

membangkitkan kesedaran orang Melayu tentang perlunya diwujudkan persatuan politik.

Bilangan orang asing yang bertambah ramai di Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri

Melayu Bersekutu telah menimbulkan kerisauan orang Melayu, lebih-lebih lagi orang

asing terutama Cina dan India, telah menguasai lapangan perniagaan serta bekerja di

lombong, ladang getah malah di pejabat-pejabat kerajaan. Wakil-wakil asing di dalam

Majlis Mesyuarat, terutama di Majlis Perundangan Negeri Selat, Majlis Mesyuarat

Persekutuan dan Majlis Mesyuarat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu sering membela

kepentingan orang asing di Tanah Melayu.

Jika dibandingkan dengan wakil-wakil Melayu (raja-raja dan pembesar-pembesar),

wakil orang asing ini lebih lantang bersuara. Antara wakil-wakil Cina yang aktif di dalam

Majlis Mesyuarat Persekutuan ialah Choo Kia Peng (1920-1927), Cheah Cheang

Lim (1927-1934), San Ah Wing (1931) dan Lai Tet Loke. Wakil India, iaitu Subbiah

Naidu Veerasamy buat pertama kalinya dilantik ke Majlis Mesyuarat Persekutuan bagi

mewakili orang India di Tanah Melayu pada bulan Februari 1928.

Di Negeri-negeri Selat, Tan Cheng lock dan Lim Ching Yan adalah di antara

wakil Cina yang aktif di dalam Majlis Perundangan pada tahun 1930-an. Di dalam

Majlis Mesyuarat Persekutuan, Choo Kia Peng pernah menentang perlaksanaan

dasar desentralisasi, menggesa pihak Inggeris mengambil berat tentang nasib buruh

Cina yang tidak bekerja, soal kerakyatan dan sebagainya. Pada tahun 1931, San Ah

Wing telah menggesa pihak Inggeris memberi tanah dan bantuan kepada buruh Cina

yang tidak berkerja supaya mereka dapat menjalankan pertanian secara kecil-kecilan.

Di dalam Majlis Perundangan, Tan Cheng Lock turut membuat pembelaan terhadap

kepentingan orang Cina dan beliau tidak bersetuju bahasa Melayu dijadikan bahasa

rasmi dan digunakan oleh penduduk-penduduk dari bangsa asing di Negeri-Negeri

Selat.

Page 14: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

6

Bagi mendapat sokongan daripada pihak Inggeris, biasanya wakil-wakil Cina

ini mengagung-agungkan sikap dan membesar-besarkan bangsa Cina yang turut

memajukan Tanah Melayu. Ketika pihak Inggeris hendak melaksanakan Alien Bill

(iaitu peraturan bagi mengawal orang asing datang ke Tanah Melayu), wakil Cina di

dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan iaitu, San Ah Wing telah mensifatkan Alien Bill

sebagai suatu peraturan diskriminasi terhadap orang Cina di Tanah Melayu. Bagi

beliau, pentadbiran Inggeris tidak patut berbuat demikian kerana orang Cina merupakan

tulang belakang yang membangunkan Tanah Melayu. Dasar desentralisasi (yang lebih

menguntungkan orang Melayu) telah mula dijalankan semasa Sir Lawrence Guillemard

menjadi Pesuruhjaya Tinggi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1920-1927).

Pada tahun 1924, pihak Inggeris telah mula melaksanakan dasar desentralisasi

(secara beransur-ansur) bagi menambahkan kuasa Majlis Mesyuarat Negeri.

Belanjawan di tiap-tiap negeri telah dikemukakan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri dan

tidak lagi di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan.

Pada tahun 1927, Raja Melayu tidak lagi menghadiri mesyuarat di dalam Majlis

Mesyuarat Persekutuan. Sebagai gantinya, empat wakil Melayu telah dilantik menjadi

wakil yang tidak rasmi di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, iaitu Datuk Setia Raja

Abdullah bin Haji Dahan (Undang Rembau) dan Raja Musa Udin bin Sultan Alaidin

Sulaiman Syah (Raja Muda Selangor), Raja Chulan (Raja di Hilir Perak) dan Tengku

Sulaiman (Tengku Besar Pahang). Di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, Undang

Rembau dan Raja Chulan sahaja yang selalu membuat pertanyaan dan mengemukakan

cadangan yang berhubung dengan kepentingan orang Melayu seperti pelajaran,

ekonomi, tanah simpanan, penglibatan orang Melayu dalam jentera pentadbiran dan

sebagainya.

Walau bagaimanapun, Raja-Raja Melayu menjadi simbol perpaduan bagi orang

Melayu di samping menjadi ketua hal ehwal adat resam Melayu dan agama Islam.

Ketaatan orang Melayu kepada raja-raja mereka tetap kekal. Para intelek Melayu sedar

akan hakikat bahawa pihak Inggeris adalah bertanggungjawab tentang pemerintahan

di Tanah Melayu – Raja-Raja Melayu hanya menjadi ‘lambang kekuasaan’ dan wakil

Melayu yang dilantik di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dijadikan sebagai ‘alat’

untuk mewakili suara orang Melayu. Memandangkan persatuan-persatuan Melayu

yang telah wujud bercorak kenegerian, Ibrahim Hj. Yaakob, (lepasan Maktab Perguruan

Page 15: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

7

Sultan Idris, Tanjung Malim) telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada

tahun 1938. KMM telah ditubuhkan secara ‘bawah tanah’ (berpusat di Kuala Lumpur)

dan memperjuangkan nasib orang-orang Melayu pada keseluruhannya. Pada tahun

1941, Ibrahim Hj. Yaakob telah memesatkan penubuhan KMM di peringkat negeri dan

membeli syarikat akhbar Warta Malay dengan mendapat bantuan kewangan daripada

Jepun. Umumnya, ahli-ahli KMM telah menggunakan akhbar sebagai pentas perjuangan

nasib bangsa Melayu.

Semasa pendudukan Jepun (1941 hingga 1945), semangat kebangsaan orang-

orang Melayu tetap bergerak tetapi dalam nada yang berbeza. Kesatuan Melayu Muda

(KMM) di bawah pimpinan Ibrahim Hj. Yaakob bergerak sehingga tahun 1942. KMM

telah memainkan peranan menyatukan orang-orang Melayu dan bekerjasama dengan

pemerintah Jepun dalam menghadapi cabaran-cabaran ketika itu. Pemimpin-pemimpin

KMM seperti Ibrahim Hj. Yaakob, Mustapa Husein, Hassan Manan dan Karim Rashid

mempunyai perhubungan yang rapat dan bekerja dengan Jepun. Kebanyakan daripada

mereka telah dilantik menjadi pegawai-pegawai kanan dalam angkatan Gui-Gun (tentera

pembela tanah air) pada tahun 1943.

Apabila Jepun mulai merasa tidak dapat bertahan lama di Tanah Melayu (1944),

pemerintah Jepun telah memberi kerjasama dan sokongan moral kepada pemimpin-

pemimpin KMM untuk bergerak cergas dalam politik Tanah Melayu. Pemerintah Jepun

memberi sokongan kepada Ibrahim Hj. Yaakob untuk mewujudkan kerjasama dengan

pemimpin-pemimpin kebangsaan Indonesia.

Pada bulan Julai 1945, Ibrahim Hj. Yaakob telah menubuhkan Kesatuan Rakyat

Indonesia Semenanjung (KRIS) bagi menggantikan KMM. Pertubuhan ini telah

mendorongkan satu pertemuan antara Sukarno-Hatta dengan Ibrahim Hj. Yaakob di

Taiping pada 12 Ogos 1945. Pertemuan ini telah menjanjikan satu persetujuan untuk

mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia bersama-sama Tanah Melayu.

Gerakan kebangsaan di zaman pendudukan Jepun tidak bergerak bebas.

Pemimpin-pemimpin KMM dan wartawan-wartawan, serta pegawai-pegawai Jepun

sentiasa diawasi, sebaliknya mereka dikehendaki patuh pada pemerintahan Jepun dan

menjalankan propaganda untuk kepentingan Jepun. Di antaranya ialah propaganda yang

berkaitan dengan pemerintahan Jepun yang sentiasa bertanggungjawab terhadap nasib

bangsa kaum bumiputera. Ini memberi peluang kepada pejuang-pejuang kebangsaan

Page 16: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

8

mengambil inisiatif menaikkan semangat rakyat Malaysia, terutama orang-orang

Melayu agar bekerja keras dan mempunyai semangat waja dalam menghadapi segala

cabaran. Pada masa inilah, pejuang-pejuang kebangsaan mengambil kesempatan

mengkritik penjajah Inggeris dengan lebih berterus terang. Namun, Indonesia telah

mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos 1945, tanpa Tanah Melayu. Pemimpin-

pemimpin KMM/KRIS iaitu Ibrahim Hj. Yaakob, Hassan Hj. Manan dan A.Karim Rashid

telah terbang ke Indonesia untuk meneruskan perjuangan mereka di sana.

Setelah Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, Parti Komunis Malaya (yang

kebanyakannya terdiri dari orang-orang Cina) telah menguasai Tanah Melayu selama

14 hari. Pemerintah Inggeris mula menguasai dan menduduki semula Tanah Melayu di

bawah pentadbiran ketenteraan British. Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha bagi Tanah

Jajahan telah membuat pengumuman tentang rancangan Inggeris untuk mewujudkan

pemerintahan Malayan Union yang bertaraf tanah jajahan.

Umumnya, masyarakat Melayu membantah rancangan Malayan Union kerana

meletakkan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan Inggeris dan Raja-Raja Melayu

tidak mempunyai kuasa seperti sebelum 1941. Walaupun Sir Harold Mac Michael

telah mendapat tandatangan daripada Raja-Raja Melayu secara paksa, orang-orang

Melayu tetap membantah keras perlaksanaan Malayan Union. Pada 18 Oktober 1945,

pejuang-pejuang kebangsaan yang anti penjajah Inggeris telah bersatu menubuhkan

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Moktaruddin Laso,

Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Dahari Ali, Ahmad Boestamam dan lain-lain. PKMM

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bergabung dengan Indonesia yang

membawa slogan “Indonesia-Malaya Satu”.

Walaupun PKMM merupakan parti politik Melayu yang pertama selepas penduduk

Jepun, tetapi ia tidak berjaya menyatupadukan masyarakat Melayu menentang penjajah

Inggeris. Sebaliknya, perjuangan PKMM yang inginkan kemerdekaan Tanah Melayu

telah tidak disokong dan disenangi oleh Inggeris. Pembentukan Malayan Union pada 1

April 1946 telah menyemarakkan lagi semangat orang-orang Melayu bersatu di bawah

satu payung perjuangan. Pada 11 Mei 1946, orang-orang Melayu telah membentuk

payung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), di bawah pimpinan Datuk

Onn Jaafar.

Page 17: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

9

Perjuangan UMNO adalah semata-mata menentang pentadbiran Malayan Union

yang merugikan kuasa politik dan masa depan orang-orang Melayu. Walaupun UMNO

wujud, Inggeris sanggup berunding dan bekerjasama dengan tuntutan-tuntutan yang

dibuat oleh UMNO. Ini berbeza sekali dengan penubuhan PKMM di mana Inggeris tidak

bekerjasama dan melayan permintaan parti ini yang menuntut kemerdekaan Tanah

Melayu. Ini mendorongkan PKMM membesarkan sayapnya, dengan mewujudkan

PUTERA (yang terdiri daripada API, AWAS dan PKMM) dan bergabung dengan

persatuan-persatuan politik bukan Melayu yang dikenali sebagai AMCJA.

Pada 1 Februari 1948, Inggeris telah melayan permintaan UMNO untuk membatalkan

pemerintahan Malayan Union dan digantikan kepada pemerintahan Persekutuan

Tanah Melayu. Mulai 1951, UMNO telah menjadi tulang belakang memperjuangkan

kemerdekaan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Kali ini UMNO

telah bergabung dengan MCA dan MIC mewujudkan PERIKATAN dan akhirnya berjaya

mencapai kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Dalam era pengisian

kemerdekaan (1957 hingga sekarang) Kerajaan Barisan Nasional (dahulunya

PERIKATAN) telah memainkan peranan penting mengisi kemerdekaan (bersama

Sabah dan Sarawak setelah menyertai Malaysia pada 1963) dengan melaksanakan

pembangunan negara Malaysia dengan pelbagai gagasan dan dasar bagi melahirkan

warganegara Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dalam membina negara

bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Kesetiaan Kepada Raja

Semangat patriotisme adalah semangat cinta dan taat setia rakyat kepada Raja atau

pemimpin negeri, agama dan bangsa di sesuatu wilayah atau negeri. Rakyat akan

mempertahankan kedaulatan dan taat setia Raja atau pemimpin dengan menentang

musuh atau pengaruh dari luar yang ingin mengancam dan menjajah negeri atau sesuatu

kawasan pentadbiran ketua mereka. Semangat patriotisme cintakan kedaulatan tanah

air dan mempertahankan kekuasaan Raja atau pemimpin telah lahir sejak kepimpinan

Raja-Raja Melayu seperti Raja Merong Mahawangsa (Kedah) dan diikuti zaman

Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Page 18: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

10

Pahlawan-pahlawan Melayu bangkit menentang pencerobohan orang asing atau

musuh demi mempertahankan kedaulatan di sesuatu negeri atau kawasan seperti

semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang

Tuah berjuang mempertahankan kepimpinan Raja atau pemimpin Melayu. Begitu juga

di abad ke-19 dan 20, penentangan orang Melayu seperti Dato’ Bahaman , Mat Kilau

(Pahang), Dato’ Maharajalela (Perak), Tok Janggut (Kelantan), Roslee Dobi (Sabah)

dalam gerakan patriotisme pahlawan Melayu menentang musuh dan Inggeris bagi

membela Raja atau pemimpin mereka demi mempertahankan kedaulatan negeri-negeri

dan Raja Melayu.

Setiap rakyat dan warganegara Malaysia wajib dan patuh kepada Perlembagaan

Persekutuan yang telah diwujudkan pada 1957 dan Akta-Akta serta undang-

undang yang diwujudkan sehingga sekarang. Ia menjadi panduan dan asas yang

kuat sebagai panduan rakyat dan warga Malaysia yang dikatakan sebagai bangsa

Malaysia atau Malaysian untuk menghayatinya; iaitu, memahami, melaksanakan dan

memperkembangkan selagi Perlembagaan Persekutuan sah dari segi undang-undang

dan menjadi rakyat dan warganegara Malaysia.

Konsep dan gagasan kebangsaan hendaklah dijiwai dan ditanamkan dalam

kalangan rakyat Malaysia. Semangat patriotisme yang menjadi teras kebangsaan

hendaklah dilihat dari segi semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kita berada di sebuah negara yang diiktiraf oleh dunia, khususnya Bangsa-Bangsa

Bersatu, mempunyai Ketua Negara dan negeri serta mengiktiraf Institusi Raja-Raja

Melayu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu

dan Kelantan. Sistem pemerintahan Demokrasi berdasarkan Raja Berpelembagaan

adalah teras pemerintahan dan pentadbiran negara dan negeri, di samping diwujudkan

Enakmen dan Undang-Undang Tubuh di setiap negeri di Malaysia. Sebagai sebuah

negara yang berdaulat pula, Malaysia mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan Agama Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan manakala bahasa,

agama dan kebudayaan bukan Melayu tetap diiktiraf dan bebas mengamalkannya.

Manakala orang Melayu dan Bumiputera pula diiktiraf dalam Perlembagaan

(Perkara 160) diberikan hak keistimewaan (Perkara 153) di samping rakyat Malaysia

juga diberi hak kebebasan beragama, berbudaya dan menjamin hak asasi setiap warga

negara Malaysia yang berdasarkan Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia.

Page 19: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

11

Semuanya ini wajib dihormati dan ia menjadi panduan dan asas kepada jati diri bangsa

dan suku bangsa serta jati diri kebangsaan Malaysia.

Malaysia sebagai sebuah negara terdiri dari gabungan dan kesatuan wilayah dari

Negeri-Negeri Melayu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu (Malaya),

Sabah dan Sarawak. Dalam Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan (Perkara 1)

meletakkan Malaysia adalah satu Persekutuan yang terdiri dari Johor, Kedah, Kelantan,

Melaka, Negeri Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Di samping itu diwujudkan

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (di bawah Akta Perlembagaan – Pindaan No.

2, 1973 – sebahagian dari Selangor) dan Wilayah Persekutuan Labuan (di bawah

Akta Perlembagaan – pindaan No. 2, 1984). Ini bermakna, Kuala Lumpur (termasuk

Putrajaya dan Labuan) menjadi sebagai sebuah negeri baru yang dikenali sebagai

Wilayah Persekutuan.

Perkara 2 pula memperuntukkan bahawa Parlimen dengan undang-undang

membolehkan (a) memasukkan negeri-negeri lain dalam Persekutuan (b) mengubah

sempadan mana-mana negeri. Perkara ini pula menetapkan bahawa sempadan negeri

tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan negeri itu dari Badan Perundangan

Negeri dan Majlis Raja-Raja (Perlembagaan Persekutuan, hal. 1)

Perlembagaan Persekutuan digubal berasaskan sejarah dan warisan Institusi Raja-

Raja Melayu yang wujud di Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka di abad

ke-15 dan kewujudan negeri-negeri Melayu selepas Kesultanan Melayu Melaka sejak

abad ke-17. Waris pemerintahan kerajaan Melayu yang berasaskan Institusi Raja-Raja

Melayu diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan institusi ini tetap memainkan

peranan penting dalam sistem pemerintahan negara Malaysia dan negeri-negeri

Melayu di Malaysia. Kita perlu melihat sistem pemerintahan demokrasi Malaysia bukan

berdasarkan konsep demokrasi ala barat yang umumnya menolak kepimpinan warisan

yang berdasarkan keturunan dalam memilih Ketua/Raja yang lebih dikenali sebagai

negara Republik seperti Indonesia dan China.

Sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berdaulat, Malaysia tetap kekal

dan mengiktiraf Raja Melayu sebagai Raja yang berdaulat dan menjadi Ketua Negara

Malaysia dan negeri-negeri Melayu. Ini berbeza dengan negara Indonesia, China,

Singapura dan India kekal sebagai Republik yang tidak menerima institusi raja dalam

sistem pemerintahannya. Walaupun pemerintahan asal mereka berdasarkan dan

Page 20: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

12

dipengaruhi kekuatan institusi raja, namun selepas merdeka, negara-negara tersebut

memperkenalkan sistem pemerintahan demokrasi yang bercorak Republik yang

memilih Ketua Negara dari kalangan rakyat biasa dan bukan dari institusi raja yang

pernah memainkan peranan penting sebelum mereka dijajah atau dipengaruhi oleh

kuasa penjajah atau barat.

Ini bermakna warisan kepimpinan institusi raja-raja yang wujud dan melambangkan

imej serta kebesaran kepimpinan tradisional telah di tolak. Namun institusi ini masih

wujud sekarang dan dikenali sebagai warisan negara dan bukan sebagai ‘raja’ yang

berdaulat.

Bagi melahirkan semangat jati diri kebangsaan kita wajar menghormati institusi

Raja yang mempunyai warisan budaya. Institusi diraja sebagai asas kekuatan jati diri

kita. Ini berbeza dengan negara yang tidak mendaulatkan institusi diraja. Walaupun

warisan ini masih wujud, namun ia “bukan sebagai Raja yang berdaulat” seperti di

Malaysia yang tetap meletakkan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai “Raja Yang

Berdaulat”. Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan mempunyai kekuatan jati diri

kebangsaan yang menjadi teras kepada warisan peradaban atau tamadun Melayu yang

wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu (sebelum itu

wujud di Kedah, Perak dan Singapura).

Sebagai warganegara yang setia, kita wajar menghormati peranan Institusi

Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan Malaysia. Ini bermakna dalam konteks

Peradaban Malaysia sekarang, setiap rakyat dan warganegara Malaysia wajib

menghormati dan menghayati warisan Institusi Raja Melayu sebagai kesinambungan

kepimpinan dan Negara.

Institusi Raja Melayu bukan hak untuk orang Melayu sahaja, tetapi ia adalah

hak setiap rakyat dan warganegara Malaysia yang setia dan cinta kepada negara

Malaysia. Institusi ini dianggap ‘feudal’ mengikut kacamata Barat, tetapi ia adalah

warisan kepimpinan yang wajar dihormati bagi melahirkan warganegara yang setia dan

berterima kasih kepada Malaysia yang masih mengekalkan Institusi Raja Melayu. Ia

menjadi kekuatan dan teras kepada rakyat dan warganegara Malaysia yang patriotik

dan kekuatan jati diri sebagai kesinambungan warisan peradaban Melayu yang menjadi

teras kepada Peradaban Malaysia. Institusi Raja-Raja Melayu ini diiktiraf dalam

Perlembagaan Persekutuan apabila Ketua Negara dan negeri-negeri serta menjadi

Page 21: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

13

Ketua Agama dan Adat Melayu di Malaysia adalah hak dari warisan dan Institusi Raja-

Raja Melayu berdasarkan Undang-Undang tubuh dan hak Institusi Raja-Raja Melayu

sebagai Raja yang berdaulat. Raja-Raja Melayu hendaklah mengikut perlembagaan

dan undang-undang yang ditetapkan di atas bidang kuasa dan hak yang diperuntukkan

agar baginda tidak bermaharajalela dan bebas bertindak. Baginda dan warisan Institusi

Raja-Raja Melayu sewajarnya menjaga dengan baik agar rakyat tetap sayang dan

hormat Ketua Negara dan negeri serta Institusi Raja-Raja Melayu sebagai Warisan

Negara yang wajib dihormati dan menjadi panduan kepada amalan dan kekuatan jati

diri rakyat Malaysia. Umpama tatacara dan kesopanan rakyat berpakaian dan bertemu

dengan Raja atau Sultan hendaklah mengikut peratusan adat Institusi Raja Melayu.

Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong

dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan

peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri

atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen

boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang

lain.

Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat iaitu;

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah

undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak

mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang Menteri yang bertindak

di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan

selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak,

atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan

Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-

undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak

mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang

di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

Page 22: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

14

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan

tugas-tugas yang berikut, iaitu –

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;

(c) meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-

mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-

Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam

mesyuarat itu,

dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki

Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain

daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang

atau kumpulan orang lain daripada Jemaah Menteri.

(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam

mana-mana Perkara lain.

(Buku Majlis Raja-Raja, hal.25-26)

Page 23: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

15

Jati Diri dan Dasar Kerajaan

Rakyat sesuatu bangsa di dunia ini pasti mempunyai warisan budaya, bahasa,

kesusasteraan dan sebagainya. Ini jelas apabila Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat

(Surah ke-49) bahawa ia menjadikan manusia berbangsa-bangsa, bersuku-suku dan

sudah pasti mempunyai warisan budaya dan bahasa yang berbeza

“Wahai manusia ! Sungguh, kami telah menciptakan kami dan seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kaum berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali….” (Al-Quran & Terjemahan, CV Penerbit Diponogoro – Departmen Agama Republik Indonesia, hal. 411-413).

Sebagai umat Allah s.w.t, kita hendaklah hormat-menghormati antara satu sama

lain dan saling mengenali antara satu sama lain. Berdasarkan hakikat ini, setiap bangsa

mempunyai warisan tersendiri dan setiap rakyat sudah pasti mengamalkan kehidupan

hariannya berdasarkan lingkungan keluarga dan kemasyarakatan. Suasana ini

menggambarkan citra sesuatu bangsa di sebuah negara atau tanah airnya. Manakala

orang-orang asing yang datang ke suatu tempat baru atau di luar wilayahnya, wajar

kenal mengenali serta menyesuaikan diri dan menghormati kemasyarakatan setempat.

Biasanya orang asing ini akan membawa bersama warisan bahasa dan budaya dan

mereka terpaksa menyesuaikan diri dan menghormati negeri baru ini serta menerima

hakikat di masa akan datang mereka akan duduk menetap dan menjadi warganegara.

Kehadiran orang asing ini (di sesuatu wilayah atau negeri baru ini) sudah pasti

mengekal dan mengamalkan warisan budayanya, di samping mereka menyesuaikan

diri menghormati dan warisan budaya setempat. Warisan dan keturunan golongan

asing tetap mempunyai kekuatan jati diri bangsa asalnya dan mula menghayati dan

menyesuaikan warisan dan budaya setempat bagi menjadi warganegara atau rakyat

yang mempunyai jati diri kebangsaan di negara baru. Proses asimilasi dan menyesuaikan

diri dengan warisan setempat penting bagi melahirkan satu bangsa, masyarakat dan

warganegara yang bersatu padu dan setia kepada Raja (melalui institusi Raja yang

Page 24: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

16

dipilih pemimpin melalui proses demokrasi) serta negara Malaysia. Apabila diiktiraf

sebagai warganegara, mereka tetap warganegara Malaysia yang wajar patuh kepada

Perlembagaan dan Undang-Undang Malaysia.

Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum

sewajarnya mempunyai warisan bahasa, agama dan kebudayaan dalam kehidupan

sendiri. Berdasarkan warisan ini setiap bangsa dan suku mempunyai harga diri yang

menggambarkan watak peribadi yang dikenali sebagai jati diri. Asas jati diri adalah

kekuatan dalaman (jiwa dan perasaan) ketekalan, ketabahan dan segala yang

membawa maksud teguh yang berpasak kukuh dalam diri sehingga tidak dapat diganggu

– gugat. (Abdul Latiff Abu Bakar, Menghayati Fungsi, Komunikasi Puisi Melayu Dalam

Pembinaan Jati Diri Warga Malaysia, hal.14).

Sehubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan

pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja berpelembagaan wajar mempunyai rakyat

yang menjadi warganegara yang setia kepada negara Malaysia dan menghormati

kepimpinan negara berlandaskan kebenaran sejarah, Perlembagaan, Akta, Enakmen,

Undang-undang, Rukun Negara dan dasar-dasar serta gagasan pemerintahan demi

kepentingan warganegara Malaysia.

Bagi melahirkan warganegara yang setia dan bersatu padu, kita perlulah mempunyai

warganegara yang mempunyai kekuatan Jati diri setiap bangsa dan suku kaum dan

jati diri Kebangsaan Malaysia. Ini selaras dengan Malaysia sebagai sebuah negara

yang mengamalkan permerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berperlembagaan

yang berdaulat dan mempunyai kekuatan jati diri yang diiktiraf oleh dunia dan Bangsa-

Bangsa Bersatu.

Bagi melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu-padu dan mempunyai

kekuatan jati diri, kerajaan telah mengwujudkan beberapa dasar berteraskan kepada

sejarah, Perlembagaan dan Rukun Negara dengan mengadakan pelbagai gerakan

dan gagasan seperti Dasar Bahasa Kebangsaan (berdasarkan Perlembagaan Perkara

152), Dasar Pendidikan Kebangsaan (berteraskan Akta Pendidikan 1996) serta Dasar

Kebudayaan Kebangsaan (1971), gagasan Budi Bahasa, Budaya Kita (2005) dan

Gagasan 1Malaysia (2009) berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan (1957).

Page 25: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

17

Jati diri Kebangsaan (Malaysia) ini wajib kepada setiap warganegara di samping

mereka menghayati dan mempunyai kekuatan jati diri bangsa atau suku masing-masing.

Warganegara Malaysia hendaklah bersungguh menghayati dan menghormati jati diri

kebangsaan dan merasa malu, sekiranya tidak memiliki warisan jati diri kebangsaan.

Bagi melahirkan warganegara yang mempunyai kekuatan jati diri kebangsaan yang

kukuh, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mestilah mempunyai

dasar kebangsaan yang mantap dan tegas melaksanakannya.

Dasar bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dasar pendidikan terjamin

dalam Perlembagaan dalam bentuk akta dan dasar kerajaan. Sewajarnyalah Dasar

Kebudayaan Kebangsaan (1971) dihayati oleh setiap warga Malaysia dan ia dijadikan

panduan dan asas penting bagi kita memartabatkan warisan seni budaya rumpun Melayu

dan menghormati warisan seni budaya rumpun Melayu dan menghormati warisan seni

budaya pelbagai etnik di Malaysia. Bagi saya, adalah perlu bagi kita memahami dan

menghayati prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1971, iaitu:

1. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berdasarkan kebudayaan asli

rakyat rantau ini;

2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi

unsur kebudayaan kebangsaan dan;

3. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1971 telah

memutuskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai penduduk

berbilang kaum wajib mempunyai kebudayaan kebangsaannya dengan dasarnya yang

tegas bagi mencapai matlamat-matlamat berikut:

1. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan;

2. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada

kebudayaan kebangsaan; dan

Page 26: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

18

3. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan

kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Ini bermakna setiap warga Malaysia sewajarnyalah mempunyai keperibadian

kebangsaan atau jati diri kebangsaan yang berpandukan kebudayaan kebangsaan. Salah

satu warisan seni yang boleh ditakrifkan sebagai elemen penting jati diri kebudayaan

Malaysia ialah Kesusasteraan Melayu. Bagi memantapkan jati diri kebangsaan (setiap

warga Malaysia), sewajarnya menghayati Kesusasteraan Melayu. Ini telah diajar di

dalam sistem pendidikan kita sejak sekolah rendah dan menengah.

Bagi merealisasikan dan melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai

kekuatan jati diri Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melancarkan program Budi Bahasa,

Budaya Kita pada tahun 2005 sebagai gagasan negara yang ingin melahirkan warga

Malaysia yang mempunyai budi pekerti yang mulia berdasarkan ajaran Islam, warisan

budaya Melayu dan nilai – nilai murni yang lain. (Budi Bahasa, Budaya Kita, Kementerian

Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, 2005)

Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib,

akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak

mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik

terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam

konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi

bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan

dan sebagainya. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh

masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap

suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau

kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

Kedua konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu

Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara

harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu

golongan lain. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang

tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.

Page 27: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

19

Umumnya nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang

merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai sejagat

yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara nilai-nilai

murni yang universal tersebut adalah seperti berikut:

Amanah

- Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan

sebaik-baiknya.

- Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan

tugas.

- Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa,

sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

Tanggungjawab- Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan

dan majikan.

- Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu

sentiasa waspada dan jujur.

- Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan.

- Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/awam dalam

menjalankan tugas.

- Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Ikhlas

- Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari

manusia.

- Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta

mencari keredhaannya.

- Mengikis sebarang unsur “kepentingan diri” dalam melaksanakan tugas sebagai

asas pengisian amanah.

Page 28: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

20

Benar

- Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab.

- Bercakap benar, menepati janji, bertindak berasaskan profesionalisme.

- Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan.

- Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan sanggup menerima teguran dan

nasihat.

Sederhana

- Menjamin keseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan serta bersederhana

dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku.

Tekun

- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan

kehidupan.

- Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk memperbaiki

taraf hidup.

- Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai

tahap cemerlang.

Bersih

- Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian.

- Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara

hidup.

- Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.

- Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan.

- Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran

dalam membuat keputusan.

Berdisiplin

- Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting.

- Menilai tinggi masa dan janji.

Page 29: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

21

- Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.

- Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama

- Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja.

- Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian

daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama.

- Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama

- Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi

mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi,

agama, bangsa dan negara.

Berperibadi Mulia

- Bermanis muka sepanjang masa, bertimbang rasa dan bertolak ansur.

- Menghormati sesama insan.

- Sentiasa memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong.

Bersyukur

- Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup

sebagai seorang anggota masyarakat.

- Berkhidmat sebagai ibadah dan tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat.

- Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.

Bermuafakat

- ‘Muafakat Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap rakyat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya amalan muafakat

sesama manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin.

Page 30: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

22

Bertoleransi

- Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan

kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

Bertimbang Rasa

- Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira

perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu Padu

- Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa

kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beretika

- Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai

budi pekerti yang tinggi.

Tidak Mementingkan Diri Sendiri

- Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai

murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.

Tiada Perasaan Curiga/ Syak Wasangka

- Perasaan curiga/syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu

yang mempunyai nilai-nilai murni.

Amalan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni

Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi,

ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat

dipraktikkan dalam:

Page 31: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

23

• Institusi Kekeluargaan

• Institusi Kemasyarakatan

• Institusi Pembelajaran

• Institusi Perkhidmatan

Institusi Kekeluargaan

Antara Ibu Bapa-Anak –Ibu BapaIbu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan

baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Antaranya:

• Patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka.

• Menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

• Beradap, bertingkah laku sopan dan tertib dalam semua keadaan.

• Menjaga kebersihan diri, pakaian dan persekitaran.

Antara Adik BeradikHubungan antara adik beradik adalah disusun oleh aturan kelahiran: dari sulung kepada

tengah dan bongsu. Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak

dan abang dengan memanggil secara baik gelaran atau pangkat yang lazimnya terdapat

dalam masyarakat. Antaranya ialah:

• Gelaran ‘abang long’, ‘abang ngah’, ‘kak cik’ atau sebagainya.

• Pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah dengan sopan dan santun.

• Rasa hormat dan menghormati setiakawan dan saling membantu.

Antara Saudara MaraHubungan darah dan perkahwinan dengan saudara mara sebelah ibu dan bapa, mertua

dan ipar dan sebagainya hendaklah berasaskan rasa hormat, sopan dan santun melalui

tegur sapa dan panggilan pangkat mereka.

• Komunikasi dan pergaulan antara saudara mara juga harus berasaskan rasa

hormat, sopan dan santun.

• Kunjung mengunjung antara saudara mara adalah amat baik dan dapat merapatkan

hubungan sillaturahim.

Page 32: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

24

Institusi Kemasyarakatan dan Masyarakat Umum

Hubungan antara yang tua dengan yang muda sentiasa berada dalam suasana hormat

menghormati, sayang menyayangi dan bertatasusila. Antaranya ialah:

• Mendahulukan yang tua.

• Bertegur sapa dengan panggilan ‘pakcik’ atau ‘makcik’; ‘abang’ atau ‘kakak’ atau

‘adik’ jika lebih muda.

• Bertutur, bercakap atau berbual dengan nada suara yang lembut, bersopan dan

rendah diri.

• Tidak berjenaka sesuka hati, memerli atau memandang rendah, membantah dan

bermegah-megah.

• Yang muda diberi peluang untuk member pendapat atau pandangan.

Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam

Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, perangai yang elok dan

berpekerti yang mulia. Antaranya ialah:

• Menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin.

• Menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa saja rancangan dan tindakan

untuk kebajikan bersama.

• Bekerja bersama-sama, bermuafakat dan berunding.

• Semangat gotong-royong.

• Pemimpin yang murah hati dan sikap sentiasa membimbing dan membantu.

Masyarakat Umum

Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan

serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam kelakuan

buruk yang tidak disetujui oleh masyarakat. Antara sifat terpuji ialah:

• Memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-

kanak.

• Sentiasa beratur di kaunter bayaran dan mendapatkan perkhidmatan atau menaiki

bas dan sebagainya.

Page 33: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

25

• Bertimbang rasa, sabar dan baik hati.

• Mengelak dari melakukan kekotoran dan membuang sampah.

Institusi Pembelajaran

Antara Guru – Pelajar – Guru

Guru mendidik murid-murid termasuklah budi bahasa dan akhlak untuk berkelakuan

baik, teratur dan sejahtera. Antaranya ialah:

• Berdisiplin.

• Bertegur sapa dengan penuh hormat dan bersopan santun. Membiasakan diri

mengucapkan “Selamat Pagi”, “Assalamualaikum”, “terima kasih” dan sebagainya.

• Berani mengakui kesalahan yang dilakukan serta sentiasa bersedia untuk memohon

maaf.

• Menggunakan bahasa (kata) yang sopan dan beradab.

• Mentaati jadual sekolah dengan mengikuti waktu persekolahan dan tidak ponteng.

• Menjaga kesihatan dan kebersihan.

Antara Pelajar – Pelajar – Rakan Sebaya

Saling menghormati sesama rakan. Antaranya ialah:

• Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat.

• Menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-

masing.

Institusi Perkhidmatan

Antara Ketua – Anggota Yang Dipimpin – Ketua

Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan

rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua

mencapai matlamat organisasi. Antaranya ialah:-

• Sikap murah hati, menunjuk ajar dan teladan yang baik.

• Berhemah dan member teguran secara tertib.

• Adil dan saksama.

Page 34: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

26

• Mematuhi undang-undang, prosedur, peraturan dan arahan.

• Sentiasa menepati masa.

Antara Rakan Sekerja

Sesama rakan sekerja perlulah menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang

halus serta bertimbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama

menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai

matlamat dan misi organisasi. Antaranya ialah:

• Saling hormat menghormati, setiakawan yang kukuh dan bersopan santun.

• Bantu membanti dan bermuafakat.

• Nasihat menasihati, member teguran dan tunjuk ajar.

• Mematuhi arahan, peraturan dan undang–undang.

Antara Organisasi dan Pelanggan

Anggota perkhidmatan yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan

perkhidmatan telefonis menjadi cerminan kepada keseluruhan organisasi yang

diwakilinya. Pelanggan akan merasa senang apabila menerima perkhidmatan seperti

berikut:

• Penuh beradap dengan tutur kata yang sopan, lembut, terang dan jelas, mesra dan

sentiasa ingin membantu.

• Adil dan saksama.

• Sentiasa memberi ucapan salam atau selamat dan berterima kasih serta memohon

maaf.

• Jangan membiarkan pelanggan menunggu lama, berbaris panjang dan tidak

menjawab panggilan telefon lebih daripada 30 saat.

• Bersedia membantu tanpa diminta.

Peranan Pelanggan

Seseorang pelanggan yang ingin berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan dengan

pihak kerajaan atau swasta hendaklah mempuntai etika dan adab seperti berikut:

Page 35: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

27

• Berpakaian kemas, menghormati peraturan dan tanda-tanda larangan.

• Memberi salam atau ucapan selamat sebelum menjalankan sebarang urusan.

• Bertutur dengan bahasa yang baik dan sopan santun.

Gagasan 1Malaysia

Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pula memperkenalkan

Gagasan 1Malaysia pada tahun 2009 sebagai satu gagasan bagi memupuk perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai

penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia sebagai kesinambungan

bagi melahirkan warga Malaysia yang mempunyai gagasan dan kekuatan jati diri

Kebangsaan. (1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan – Edisi ke-2).

Terbitan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Dua asas utama Gagasan 1Malaysia adalah untuk menyuburkan perpaduan

dan membina negara maju. 1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk perpaduan

dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai

penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu agenda

baru negara yang terpisah daripada agenda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini,

sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan sedia ada untuk

mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan

dan pembangunan yang lebih mampan bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain, 1Malaysia merupakan satu formula yang akan mempercepatkan

lagi proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepertimana yang

dihasratkan melalui Wawasan 2020.

Pengertian ini berdasarkan hujah bahawa untuk mencapai status negara maju

sepertimana yang disasarkan melalui Wawasan 2020, syarat yang paling utama

ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini akan hanya dapat dicapai apabila

rakyatnya bersatu padu.

Page 36: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

28

Perpaduan yang dikehendaki dalam Gagasan 1Malaysia amat berbeza daripada

konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, iaiu apabila identiti etnik

dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional yang sama.

Sebaliknya Gagasan 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip

Perlembagaan Persekutuan serta identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan

menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan.

1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum,

dengan satu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar semua rakyat

dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati dalam sebuah negara.

Asas perpaduan ialah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa

maksud nasib semua kaum akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan.

Dalam konteks ini, keadilan mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada

pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan

Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,

akan tetap dilaksanakan.

Gagasan 1Malaysia ialah penerusan agenda membina negara. Pra-syarat

untuk membina negara ialah perpaduan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan

pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Ertinya pendidikan dapat

dimajukan, ekonomi dapat dipacu, kebajikan rakyat dapat dipenuhi dan hasilnya

terciptalah sebuah negara yang kuat dan maju.

Tagline 1Malaysia“Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Ini ialah komitmen atau janji kerajaan kepada rakyat bahawa dalam pelaksanaan

program dan projek-projek di bawah Gagasan 1Malaysia, rakyat harus didahulukan.

Rakyat didahulukan bermakna suara mereka didengari, kebajikan mereka dititikberatkan,

rakyat mendapat khidmat terbaik serta diberi layanan mesra, dan natijahnya ialah rakyat

berasa mudah, selesa, dihargai, dihormati, terjamin, selamat, mendapat keadilan dan

seterusnya bangga serta bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Bagi memastikan kejayaan objektif tersebut, maka semua pihak harus bekerja kuat

berasaskan strategi pencapaian diutamakan.

Page 37: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

29

‘Pencapaian Diutamakan’ bermaksud perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan

dan semua pihak kepada rakyat hendaklah berada pada tahap kualiti yang optimum

dan terbaik. Oleh itu, agensi pelaksana hendaklah memastikan hasil kerja memberi

manfaat kepada rakyat, mengutamakan outcome berbanding output, sentiasa berfikir

yang terbaik untuk rakyat dan berfikir secara kreatif dan inovatif bagi memastikan rakyat

mendapat kepuasan.

Aspek-Aspek Utama 1Malaysia

Dua aspek utama yang akan menjayakan Gagasan 1Malaysia ialah:

• Aspek Pertama, Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia.

Teras perpaduan ini ialah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat

bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukungi

oleh empat nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

• Aspek Kedua, Pengalaman Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi

Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi yang digagaskan dalam Gagasan

1Malaysia ialah budaya dan nilai yang perlu ada dalam masyarakat progresif dan

dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. Budaya

progresif dan nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam usaha mewujudkan

tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global,

dan seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang

lebih kukuh dan mantap.

Budaya progresif yang dimaksudkan ialah Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya

Ketetapan, Budaya Inovasi dan Budaya Ilmu. Sementara nilai-nilai aspirasi yang

dimaksudkan ialah kebijaksanaan, kesetiaan, ketabahan dan integriti.

Page 38: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

30

Teras-Teras Perpaduan

1. Penerimaan

1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum,

dengan sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita

dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam

sebuah negara. Ia ialah peningkatan ketara daripada sikap toleransi semata-

mata.

2. Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan:

a. Perlembagaan Persekutuan

b. Rukun Negara

3. Keadilan Sosial

Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada pihak yang akan dipinggirkan.

Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada

tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan

perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang

memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

Pengalaman Nilai-Nilai yang Menyokong Teras Perpaduan

Ketiga-tiga teras perpaduan ini pula didukungi oleh nilai-nilai berikut:

• Hormat-menghormati: Hormat-menghormati antara kaum termasuk menghormati

adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini juga menuntut kita agar tidak

mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain dan juga tidak mempersoalkan

peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh sensitiviti kaum.

Page 39: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

31

• Rendah hati (tawaduk): Rasa rendah hati atau tawaduk ialah perasaan insaf bahawa

kita semua ialah rakyat dalam sebuah negara yang sama dan kita perlu hidup

bersama-sama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian bahawa setiap

kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, dan

seharusnya kita memanfaatkan kelebihan masing-masing demi memperkukuhkan

masyarakat dan negara.

• Kesederhanaan: Pendekatan sederhana dalam apa-apa jua isu yang berbangkit.

Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia, tindakan atau tutur kata

bersifat ekstrem tidak langsung boleh diterima kerana ia boleh menimbulkan

masalah ketidakstabilan sosial yang lebih parah.

• Berbudi bahasa: Budi bahasa ialah tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan

berpaksikan kesantunan dalam segala interaksi dengan pihak lain bagi menjana

kerjasama dan permuafakatan yang lebih erat.

Pengalaman Budaya Progresif dan Nilai-Nilai Aspirasi

1. Budaya Berprestasi Tinggi: Amalan memastikan setiap perkara dan tugas yang

dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Secara lebih khusus, ia bermaksud setiap

produk yang dihasilkan dan perkhidmatan yang diberikan mestilah bertaraf dunia

dan mempunyai nilai tambah. Sikap sambil lewa dan “acuh tak acuh” tidak boleh

wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

2. Budaya Ketepatan: Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status

negara maju, rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya ketepatan. Antara aspek

ketepatan yang perlu diberi perhatian ialah aspek ukuran, janji, masa dan membuat

keputusan.

3. Budaya Inovasi: Menjadi amalan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba

perkara baru dan berinovasi dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Rakyat

Malaysia perlu dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam

Page 40: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

32

bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari

penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi

perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

4. Budaya Ilmu: Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila

rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan

untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba

ilmu sepanjang hayat.

5. Kebijaksanaan: Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh

berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan

perasaan mana-mana pihak.

6. Kesetiaan: Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk

berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta.

7. Ketabahan: Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang

medatangkan. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mundah mengaku kalah,

sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang

kental dalam apa-apa jua bidang yang diceburi.

8. Integriti: rakyat Malaysia perlu memiliki integritI yang tinggi dalam melaksanakan

sebarang tigas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan

dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan

cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.

Adalah menjadi harapan kita agar setiap warga negara Malaysia mempunyai

perasaan cinta kepada negara dan taat kepada pemimpin serta menjadi warga Malaysia

yang mempunyai kekuatan Jati diri yang saling hormat menghormati, dinamik, amanah

mengikut ajaran Islam atau nilai-nilai murni. Raja dan pemimpin yang dipilih oleh rakyat

pula hendaklah menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat dan membina sebuah

negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu.

Page 41: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jatidiri dan Patriotisme Berpaksikan Sejarah, Perlembagaan Dan Dasar Kerajaan

33

Bibliografi

Abdul Latiff Abu Bakar, 1977. Penulis dan Ahli Politik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

_____________, 1977. Wartawan dan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________, 2003. Menghayati Fungsi Komunikasi Puisi Melayu Dalam Pembinaan Jati Diri

Warga Malaysia.

James P. Ongkili, Perkembangan Nasionalisme,’ JEBAT bil 1, 1971/72 hal. 24-41.

Perlembagaan Persekutuan. 1998. Terbitan MDC, Penerbit Pencetak Sdn. Bhd.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jabatan Penerangan Malaysia dan

Biro Tata Negara.

Bahasa Budaya Kita. 2005. Kementerian Penerangan, Komunikadi dan Kebudayaan Malaysia.

Al-Quran & Terjemahan, CV Penerbit Diponogoro, Department Agama Islam Republik Indonesia.

Page 42: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

34

Page 43: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri MelayuDan

Peradaban DuniaZainal Kling*

Universiti Pendidikan Sultan Idris

* Prof. Datuk Dr. Zainal Kling adalah profesor di Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, merangkap Ahli Jawatankuasa GAPENA

Page 44: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

36

Persoalan Semasa

Semenjak jatuhnya regim komunis-sosialis di Russia dan Eropah pada hujung tahun

1980-an telah muncul gagasan dan aliran fikiran yang disebut ‘pascamoden’. Aliran ini

dimulakan oleh Lyotard dalam laporannya yang terkenal sebagai Report on the Status

of Knowledge. Penegasan penting gerakan ini ialah menafikan segala bentuk keilmuan

yang mengongkong kebebasan individu atau kelompok kecil yang dinamakan sebagai

grand narratives kerana segala macam ilmu adalah berbentuk relatif atau nisbi serta

tidak mutlak dalam ruang masa dan tempat. Dengan demikian setiap individu atau

kelompok boleh membangun dan menentukan budaya serta identiti sendiri seperti yang

ditanggapinya secara subjektif. Gagasan itu bermakna juga budaya dan identiti setiap

individu atau kelompok adalah amat dinamik dan sentiasa berubah bergantung kepada

konteks dan suasana di mana mereka berada. Tidak ada yang essensi atau asasi kepada

kewujudan sesuatu tetapi segalanya adalah daya cipta manusia bagi memenuhi segala

macam keinginan. Dengan itu telah muncul pelbagai kajian yang meneliti gagasan dan

realiti sesuatu budaya serta identiti terutama dalam gerakan ilmu yang dikenali sebagai

cultural studies dalam kalangan ilmuwan kesusasteraan moden; yang kemudian

diterjemah ke dalam penelitian kebudayaan Melayu-Indonesia moden sebagai ‘jati diri’.

Gerakan ini amat berkait rapat dengan bidang ilmu kesusasteran moden yang terkenal

sebagai postcolonial studies sebagai gerakan menghurai dan mendedahkan pelbagai

motif yang terdapat di sebalik sekian banyak penulisan sasterawan kolonial dalam

karya-karya dan kritikan sastera di zaman kolonial itu.

Perhatian yang meluas dan mendalam telah berkembang bukan sekadar terhadap

motif dan gelagat sastera kolonial bahkan juga pelbagai bentuk sub-budaya yang

muncul di kalangan pelbagai kelompok manusia terutama golongan kecil yang disebut

sebagai ‘orang bawahan’ atau subaltern dan juga pop culture atau budaya popular

dalam penelitian culture studies. Maka penentuan terhadap kehadiran dan kekuasaan

golongan bawahan itu ditandakan oleh wujudnya sub-budaya mereka yang memberi

kesatuan serta identiti atau pengenalan kepada mereka sebagai kelompok yang wajar

diiktiraf serta berada di tengah masyarakat, dan yang mengucapkan kehendak serta

keinginan mereka sendiri tanpa tindasan dan pengaburan apalagi pembenaman ke

Page 45: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

37

dalam budaya dominan yang paling berkuasa di dalam masyarakat awam. Justeru itulah

penelitian identiti atau jati diri menjadi amat penting sebagai pengiktirafan terhadap hak

sesuatu kelompok untuk wujud dan bertindak seperlunya di mana saja mereka berada.

Perkembangan penelitian ini kemudiannya telah melahirkan pelbagai bidang ilmu

lain: sosial dan fizikal, serta pengertian dan kefahaman terhadap gagasan identiti

sehingga membawa kepada penerapan yang lebih luas dan besar meliputi kajian

peribadi individu dan juga kebudayaan dan masyarakat yang lebih luas. Demikian itu

penelitian ini diterapkan kepada kajian terhadap ciri kebudayaan yang dikenali sebagai

jati diri kebudayaan sesebuah masyarakat.

Apa yang mahu dilakukan dalam kertas ini ialah meneliti sedikit akan pengertian

‘identiti’ atau jati diri itu sebagai sebuah konsep dan meneliti pula fungsi serta peranan jati

diri Melayu dalam konteks yang lebih luas dalam peradaban dunia moden. Sebahagian

dari penelitian konsep itu telah dilakukan dalam sebuah makalah terawal bertajuk ‘Jati

diri Johor’ dan akan dikutip dengan agak meluas bagi memberi takrifan gagasan jati diri

yang terdapat dalam kertas ini.

Jati Diri dan ‘Identiti’ – Kekaburan Makna

Keseronokan menimang gagasan baru di tangan yang kurang mahir sering kali amat

mengaburkan maksud. Konsep ‘jati diri’ merupakan satu daripada gagasan baru yang

demikian indah dan megah untuk digarap dan digunakan dalam pelbagai perbincangan.

Pengucapan yang berlaku seakan melemaskan penggunanya sehingga tidak pasti apa

yang diwacanakan. Hal ini bukanlah satu kesalahan, lebih-lebih lagi bukan kekurangan

kerana pakar psikologi terulung yang menumpukan bahagian besar tenaga penelitiannya

terhadap ‘identiti’ yang kini sudah menjadi alih bahasa sebagai ‘jati diri’, yakni, Erik

Erikson pun terpaksa mengakui bahawa persoalan identiti ini, “as unfathomable as its

is all-pervasive. One can only explore it by establishing its indispensibility in various

contexts”. (dlm H.R. Isaacs, 1989:29)

Page 46: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

38

Terjemahan terkini gagasan ini kepada ‘jati diri’ kelihatan tidak memenuhi keperluan

ilmiah yang perlukan ketepatan konsep dan tidak terlalu banyak ketaksaan (ambiguiti)

yang boleh melenyapkan pengertian umum. Jika terdahulu ‘identiti’ itu difahami sebagai

‘pengenalan’ dan amat luas digunakan kepada ‘kad pengenalan’ (identity card) namun

konsep pengenalan juga kelihatan kurang menarik. Maka saranan penggunaan beralih

kepada jati diri dalam tempoh kira-kira satu dekad terakhir ini.

Terdapat dua masalah berhubung konsep ‘jati diri’. Pertama kosa kata ‘jati’ itu

membawa dua maksud yang amat berbeza ditinjau dari akar umbi maknanya. Pada

satu pihak ‘jati’ bermaksud ‘tulen’ atau ‘asli’ seperti dalam penggunaan ‘Melayu jati’,

atau ‘anak jati’. Pengertian ini merupakan bahagian terdekat kepada maksud identiti,

yakni sifat essensi kepada manusia. Yang asli, tulen dan jati kepada seseorang ialah

perilakunya, peribadinya yang terpancar melalui pandangan nilai dan norma dan juga

ciri-ciri pengenalan lain seperti warna kulit, nama serta pelbagai ciri budaya yang

dibawanya.

Satu lagi maksud ‘jati’ berasal dari akar umbi bahasa Sanskrit yang bermakna

‘kasta’ seseorang atau kumpulan kasta tertentu. Kasta dalam kalangan masyarakat

India amatlah banyak. Maka setiap satu kasta yang bernama itu adalah ‘jati’ kepada

pendokongnya. Justeru itu, jati bermakna kelompok kasta dalam kalangan masyarakat

beragama Hindu. Mungkin maksud ini tidak terlalu relevan untuk diperbincang dengan

luas maka cukup sekadar mengetahui akan adanya kerana mungkin boleh menimbulkan

kecelaruan maksud dan pengertian jika segolongan peneliti tidak membezakan konteks

penggunaan kosakata ini.

Kembali kepada makna jati sebagai intisari sifat dan ciri asli, maka kata gabungan

dengan ‘jati-diri’ mungkin membataskannya kepada corak keperibadian seseorang

individu. Peribadi itu mengenai sifat mental dan psike ‘seseorang’. Demikian itu ia

menjadi agak kurang selesa sebagai pencirian ‘keperibadian’ kelompok. Konsep ‘group

identity’ atau ‘jati diri kelompok’ adalah gabungan dari keperibadian perseorangan

hingga muncul ‘pribadi umum’ yang tidak lagi menggambarkan sifat dan bentuk psikologi

seseorang tetapi adalah suatu bentuk umum yang membayangkan ciri sebuah kelompok

besar sebagai gabungan kejiwaan keseluruhan tanpa kaitan khusus dengan seseorang.

Maka itu, mungkin ia lebih baik dinamakan jati-kelompok sebagai ciri pengelompokan.

Page 47: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

39

Namun kelihatan tidak menarik atau sesuai. Maka untuk sementara kita gunakan

juga konsep ‘jati diri kelompok’ sebagai gambaran kepada esensi dan sifat asli serta

tulen bagi sebuah kelompok seperti terpancar kepada bebarapa ciri kemasyarakatan

dan kebudayaan yang sejagat seperti bentuk fizikal, nama, bahasa, sejarah, agama/

kepercayaan dan bangsa.

Dengan fahaman umum sedemikian tentang adanya jati diri kelompok maka dapat

kita takrifkan identiti atau ‘jati diri’ kelompok mengikuti saranan Isaacs (1975:38).

To begin with, then, basic group identity consists of the ready-made set of endowments and identifications that every individual shares with others from the moment of birth by the chance of the family into which he is born at that given time in the given place.

Terdapat suatu ulasan yang harus diberikan kepada saranan Isaacs ini. Bahawa

“keluarga” di mana seseorang itu dilahirkan mungkin berbeza dari keluarga yang

menjadi lingkungan kehidupannya. Kemudian, melalui proses pertukaran keanggotaan

kelompok keluarga seperti ‘angkat’ ataupun ‘perkahwinan’ keluar dari keluarga

asalnya. Perpindahan ini akan mengubah jati dirinya yang asal kepada yang baru

seperti perubahan ‘nationaliti’ (bangsa), agama, bahasa ataupun nama ketika berlaku

perpindahan keanggotaan seseorang ke dalam kelompok ‘bangsa’ atau ‘kenegaraan’

yang lain. Segala perubahan ini akan sekali gus memberi jati diri baru kepadanya. Maka

keluarga tempat kelahirannya atau keluarga ‘orientation’ tidak menjadi sumber mutlak

kepada identiti seseorangn hingga akhir hayatnya. Demikian juga proses kerakyatan

dan kebangsaan dapat menukar keanggotaan seseorang hingga merubah jati diri

kelompok bangsanya.

Justeru demikian, jati diri mempunyai dua dimensi yang amat penting. Pertama ia

adalah segugusan ciri kelompok yang seakan asal dan kekal bagi setiap anggotanya di

sepanjang masa. Namun seringkali juga gugusan ciri itu mengalami perubahan kepada

bentuk dan ciri baru yang diperoleh melalui perkembangan sejarah, masa dan suasana

kehidupan terutama ketika berhubung dalam kelompok atau kebudayaan asing. Jati

diri kelompok itu dapat ditanggapi sebagai suatu gugusan ciri kelompok yang dinamik,

Page 48: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

40

berayun (oscillate) dari satu set kepada set yang lain melalui ruang masa dan sejarah

serta ruang tempat atau spatial. Pada suatu tahap amat mungkin satu gugusan ciri

kelompok itu menandai kewujudan kelompok itu, pada satu-satu zaman. Pada tahap

‘zaman’ yang kemudian, satu set atau gugusan ciri kelompok lain menandainya selaras

dengan desakan dan tuntutan masa dan lingkungan sosiobudayanya.

Kemungkinan perubahan ini membayangkan pula suatu lagi sifat jati diri manusia.

Bahawa jati diri itu bukan suatu ciri atau himpunan ciri yang mutlak, kekal dan tidak

berubah tetapi adalah sentiasa mengalami perubahan seperti nama, pengenalan

ataupun sejarah seringkali mengalami perubahan yang pesat hingga boleh menimbulkan

kekeliruan terhadap jati diri seseorang atau kelompok itu. Bahasa Melayu sebagai jati

diri Melayu sudah berubah kepada ‘bahasa Malaysia’ meskipun bahasa Melayu tetap

digunakan oleh kelompok-kelompok yang lebih luas. Namun di Malaysia jati diri asal itu

akan terpelihara melalui masa dengan penggunaan yang kekal. Demikian juga hal yang

berkait sejarah. Meskipun kita dapat bercakap tentang ‘sejarah Melayu’ atau sejarah orang

Melayu, namun fakta sejarah adalah sentiasa terbuka kepada tafsiran dan penambahan

baharu. Dengan demikian sejarah boleh berubah dan jati diri berlandaskan sejarah itu

turut berubah. Manusia Melayu yang disebut oleh golongan imperialis sebagai ‘lanun’

kini menjadi ‘pahlawan’ dalam tafsiran baru. Sebaliknya pelbagai golongan kolonialis

sudah menjadi ’pembelot’ atau ‘penyeleweng’ dalam sejarah Melayu moden.

Pentadbir serta sarjana kolonial seperti R.O. Winsteadt, misalnya apabila ditafsir

kembali semua tulisannya dan kegiatannya terhadap sastera dan pendidikan bangsa

Melayu, ternyata Winsteadt adalah seorang ‘colonialist’ yang amat buruk, semata-

mata menjadi penindas jahat kepada bangsa Melayu dengan membataskan pendidikan

Melayu hanya setakat darjah tiga rendah. Segala tulisannya mengenai sastera Melayu

semata-mata bermotifkan ‘penindasan’ dan penaklukan minda Melayu dan meyakinkan

orang bahawa bangsa dan tamadun Melayu amat kecil, terbatas, cetek dan tiruan

atau ambilan dari kebudayaan asing, tanpa sebarang kreativiti asli atau pencapaian

mendalam yang dapat dibanggakan.

Penilaian beliau terhadap sastera tradisional Melayu misalnya, dari ayat pertama

lagi, dalam preface (prakata) karya terkenal beliau, A History of Classical Malay

Literature (Suatu Sejarah Sastera Klasik Melayu) beliau sudah menggunakan banyak

superlative yang sengaja mengeji, menghina dan meremehkan bangsa Melayu:

Page 49: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

41

Anyone who surveys the field of Malay literature will be struck by the amazing abundance of its foreign flora and the rarity of indigenous growths. Malay folklore, even, is borrowed, most of it, from the vast store-house of Indian legend, an early crop garnered in the Hindu period, and later in the Islamic. (Dlm Y. A. Talib (e.d), 1996:ix)

(Sesiapa sahaja yang meninjau bidang kesusasteraan Melayu akan terpegun dengan kekayaan bungaan asing dan kejarangan amat akan tumbuhan tempatan. Sastera rakyat, sekalipun, adalah pinjaman, sebilangan besarnya, dari himpunan luas dongeng India, ambilan dari zaman Hindu dahulu, dan kemudian dari Islam.)

Perhatikan sikap Winsteadt menyorokkan kejian dan penghinaannya dengan

metafora bahasa yang amat kononnya halus namun amat kasar terhadap pencapaian

kesusasteraan bangsa Melayu dan sengaja menjatuhkan air muka serta ‘jati diri’ bangsa

Melayu. Inilah ‘anjing’ kolonialis yang disanjung sebagai pembela peradaban Melayu

tetapi tidak pernah disanggah untuk mendedahkan penghinaan serta penindasannya

terhadap bangsa Melayu. Malah ramai yang menyanjung tinggi, termasuk penerbitan

kembali semua karyanya untuk menegaskan kembali sikap dan penaklukan minda

Melayu di zaman pergolakan kebudayaan dan jati diri zaman kolonial itu. Winsteadt

yang hidup berlegar di kalangan raja serta bangsawan Melayu pada awal abad

ke-20 sudah pasti memandang hina akan mereka itu sehingga beliau menganggap

dirinya dengan jati diri panggilan ‘beta’ dalam tulisannya.

Penilaian kembali dalam suasana pasca-kolonial pasti saja merubah gagasan

jati diri yang muncul itu. Namun masih ada golongan yang tidak melihat essensi jati

diri akan mengalami perubahan. Golongan ini terkenal sebagai ‘essentialist’ yang

mempertahankan intisari jati diri sebagai kekal dan mutlak. Terdapat pula golongan

penentang yang bercanggah serta melihat jati diri sentiasa mengalami perubahan

mengikut konteks, suasana dan keadaan. Pada sebarang masa dan konteks, jati diri

akan sentiasa berinteraksi dengan sekitarannya untuk menyesuaikan diri pada bentuk

dan isi agar terus berfungsi dan releven di zamannya.

Page 50: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

42

Essensi dan Nisbi

Justeru demikian, penelitian terkini terhadap konsep dan tanggapan jati diri atau

identiti berlegar di sekitar dua pola atau paksi berlandaskan pegangan para pengkaji.

Sebilangan pengkaji memahami jati diri sebagai ‘essensi’ atau intisari dan teras kekal

serta mutlak tentang binaan dan tumbuhnya ciri-ciri peribadi dari sejak kelahiran

seorang individu dalam keluarga dan masyarakatnya. Bagi golongan essentialist jati

diri itu adalah percikan dan serpihan dari ciri-ciri masyarakat dan budaya yang menjadi

lingkungan pembinaan peribadi atau karektor diri seseorang individu sebagai anggota

masyarakat. Seorang anak yang lahir membawa bersamanya potensi untuk diwarnai

dan dibina peribadinya melalui pembelaan atau sosialisasi yang berlaku oleh pelbagai

agen pendewasaan itu – keluarga, rakan sebaya, komuniti setempat dan masyarakat

umum serta media massa yang kemudian mempengaruhinya. Ciri-ciri peribadi itu kekal

dan bakal diturunkan pula kepada keturunannya yang nanti akan diwariskan kepada

generasi mendatang. Maka satu ciri peribadi itu berlarutan menjadi ciri masyarakat

melalui interaksi antara anggota yang kemudian melahirkan ketulenan dari ciri itu

sebagai ciri umum dalam masyarakat. Inilah yang menjadi asas tribalism yang berakar

umbi dari reaksi manusia terhadap alam dan suasana kewujudan serta survivalnya dari

ancaman dan cabaran alam dan diturun serta diwariskan kepada masyarakat melalui

sosialisasinya.

Isaacs (1975:26) menulis, “... that his essential tribalism is so deeply rooted in

the condition of his existence that it will keep cropping out of whatever is laid over

it, like trees forcing their way through rocks on mountain sides a mile away”. Ikatan

dengan masyarakat inilah yang memberi makna kepada kehidupan dan kewujudan

seseorang. Dalam ‘kurungan’ ikatan masyarakat itu dia menemukan keselamatan dan

ketenteraman. Di situ dia menerima pelbagai titisan nilai, norma, perilaku yang membeku

sebagai ciri-ciri keperibadian diri dan masyarakatnya. Maka dia adalah pancaran jati diri

masyarakatnya. Inilah yang katakan oleh E. Shils dan C. Geertz (dlm Isaacs, 1975:35)

sebagai primordial affinities atau attachments. Geertz menjelaskan bahawa affinities

itu merupakan: ‘immediate continuity and kin connection, mainly, but beyond them the

Page 51: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

43

givenness that stems from being born into a particular religious community, speaking

a particular language, or even a dialect of a language, and following particular social

practices.” Dengan itu masyarakat membentuk dan menurunkan ‘basic group identity’

yang membina peribadi dan jati diri individu bersamaan antara keduanya.

Namun golongan ‘relativist’ – nisbiah - tidak menerima kemutlakan identiti atau jati

diri individu apa lagi kelompok yang mengandungi jutaan individu. Meskipun peribadi

individu itu terbentuk daripada proses sosialisasi keluarga dan pelbagai agen di

sekitarnya namun individu manusia tidak selamanya tunduk kepada ikatan dan tekanan

masyarakatnya. Individu manusia bertindak menurut keperluan dirinya pada masa

dan keadaan yang strategi. Dia adalah penentu kepada kewujudannya. Dia membina

strategi hidupnya demi kewujudan dan survivalnya. Dia adalah seorang ‘pembina’ –

constructivist – yang menentukan sekitarannya. Jadi, antara manusia dengan sekitaran

sosio-budaya serta fizikalnya, berlaku saling interaksi yang dinamik disebut oleh Giddens

sebagai proses ‘structuration’ – membina dan dibina antara keduanya. Dalam sekitaran

sosiobudayanya, manusia membina dan dibina peribadi individunya sebagai anggota

masyarakat oleh sistem kemasyarakatannya, dan sebaliknya, peribadi individu dewasa

manusia yang menjadi anggota masyarakatanya itu akan memberi pula sumbangan

serta membina pula peribadi masyarakatnya secara citra kolektif. Himpunan perilaku

sekumpulan anggota masyarakat akan memancarkan atau memberi citra kepada

perilaku masyarakatnya.

Masyarakatnya dikenali dan difahami berdasarkan corak perilaku kelompok

yang kelihatan. Proses antara kedua-dua pembinaan itu adalah ‘structuring’ dan

‘restructuring’ dalam ikatan yang bertimbal–balik. Maka terdapat bahagian peribadi

individu membayangkan masyarakatnya dan masyarakatnya pula membayangkan

kesan pengaruh peribadi individu anggotanya. Dalam interaksi inilah muncul pelbagai

struktur masyarakat yang memberi rupa dan ciri kepadanya lalu menjadi identiti atau jati

dirinya dalam pelbagai sudut pandangan. Segala itu menjadi pula semacam himpunan

simbol yang melambangkan masyarakat dan anggotanya. Lambang itu menjelma

sebagai emergent structures ‘struktur bermunculan’ sebagai petanda kehadiran

masyarakat. Maka melalui makna dan kepastian akan maksud pelbagai struktur

itu seperti yang diterima dan dilaksana oleh semua anggota, maka mereka bergaul

Page 52: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

44

sesama mereka dalam pelbagai suasana. Interaksi seperti inilah yang bukan sahaja

relatif kerana sentiasa berubah menurut strategi para pelaku bahkan menjadi simbolik

bagi seluruh proses pergaulan atau interaksi sesama anggota masyarakat. Maka tidak

berlaku simbol dan petanda mutlak yang menjadi ciri sepanjang masa. Setiap masa

simbol itu berubah sesuai dengan perubahan keadaan dan maknanya turut berubah

dalam pengertian yang muncul sesama keperluan dan strategi para pelaku.

Binaan Jati Diri – Homogen dan Heterogen

Anak adalah pendokong jati diri keluarganya. Badan dan perawakan tabienya adalah

refleksi daripada gene ibubapa. Dia adalah ingatan masa lampau keturunannya. Segala

corak dan bentuk warna kulit, wajah, tubuh badan, rambut adalah warisan dari sejarah

biologi pewarisnya yang telah lampau. Dia adalah juga bayangan bangsanya. Dia lahir di

tempat lahirnya, di kampung halaman dan komunitinya, di negaranya. Segala ini adalah

menjadi bahagian dari pengenalan dirinya; dikenali sebagai anak si-anu, di kampung

si-anu dengan wajah hitam manis, putih cerah atau rambut keriting, ikal atau lurus. Atau

dia menjadi anak ‘bangsa’ itu – Melayu, India, atau Cina – sebagai pengenalan dirinya.

Segala ini adalah himpunan endowments atau givens (warisan) yang dibawanya atau

diturunkan sejak lahir. Segala ini dinamakan oleh Erikson sebagai shared sameness

(persamaan bersama) dengan keluarga, komuniti dan bangsanya.

Nama adalah pengenalan yang paling jelas. Ia menjadi identitinya yang

berpanjangan. Sebagai lanjutan dari kelahiran itu, dia menerima pula segala layanan

dalam rangka adat istiadat dan obligasi sistem sosio budayanya. Segala macam upacara

dan adat istiadat akan dikenakan kepadanya, menyambut kelahirannya – dia diazan

atau diiqamatkan jika seorang Muslim. Dia dibedong, dibuai, diendoikan, dipotong

rambutnya kemudian, diaqiqahkan, dibacakan ‘riwayat’ nabinya dalam bentuk ‘berzanji’

dengan sebuah acara kenduri yang amat elaborate – panjang lebar. Segalanya menjadi

bahagian dari simbol pengenalan diri untuk menerimanya itu sebagai anggota baru

masyarakat. Dia masuk menjadi anggota baru masyarakatnya melalui upacara itu.

Page 53: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

45

Semakin dewasa semakin pula dia menerima ajaran adat dan istiadat komunitinya

dengan sentuhan nilai dan norma yang menjaga serta mengatur hidupnya. Dia dididik

dan ditegur dengan norma komunitinya lalu terbentuk semacam peribadi yang ‘baik’

atau ‘nakal’ atau ‘pemalu’, ‘penakut’ atau ‘berani’ atau sebagainya. Sebagai peribadi

unggul dalam komunitinya dia mesti diharap untuk menjadi ‘budak baik’, ‘berbudi

bahasa’, ‘berbudi pekerti’ dan ‘berkelakuan mulia’. Dia akan dikenali dengan perangai

dan tabiatnya dan dipanggil oleh ibubapa, rakan, jiran dan masyarakat dengan

pengenalan peribadi dan perilaku itu. Jadilah ia seorang yang ‘amat baik’, ‘amat nakal’,

‘amat pemalu’ atau sebagainya. Atau malah dia mendapat jolokan ‘gelaran’ yang

memancarkan secara ringkas akan ciri unggul dirinya, sebagai nama ‘timangan’ yang

sentiasa dipanggil: ‘bujang’, ‘manja’, ‘intan’ atau apa saja.

Dia akan dewasa dalam masyarakatnya. Satu masa dia keluar dan bergaul dengan

‘orang lain’ maka terpancar pula pada dirinya akan ciri dan nama bangsa, sejarah

bangsanya, bahasa dan pertuturan bangsanya, agama dan kepercayaan bangsa. Dia

seorang ‘Melayu’, atau ‘Muslim’, atau seorang berbahasa Melayu. Dia telah mendapat

seluruh jati diri atau pengenalan bangsanya di tengah-tengah kehadiran pelbagai

jenis manusia yang juga mewarisi pelbagai bentuk jati diri bangsa mereka. Maka dia

sudah berada dalam konteks kemasyarakatan dan menjadi bahagian dari kehidupan

yang amat pelbagai, plural, heterogen. Dia tidak lagi berada dalam suatu lingkungan

yang sama, homogen tetapi amat beragam. Apakah ia akan kekal seperti dahulu di

zaman berada dalam kalangan bangsanya yang seragam; ataukah akan berubah

sesuai dengan lingkungan baru yang amat beragam? Pengalaman hidup manusia yang

berubah kediaman dan perluasan pengalaman akan menerima kedua-dua proses: kekal

dengan jati diri asalnya sambil menerima ciri-ciri baru yang meluas dan memperkaya

pengalaman, akal dan mindanya. Dia akan membina strategi baru untuk hidup dan

suvival – menerima ciri sekitaran baru untuk kekal dengan kediaman baru sambil

memelihara pelbagai ciri asal jati dirinya. Namun identiti kelompoknya akan berubah.

Dia menjadi anggota kelompok baru maka dia mendokong jati diri kelompok baru.

Jadilah dia seorang ‘Cina Peranakan’ atau ‘India Peranakan’ kerana berada di tengah

sekitaran yang beragam dan asing di Malaysia. Dia tidak lagi semata-mata ‘Cina’ atau

‘India’ tetapi sudah mendapat tempekan gelaran atau affinity lain dan baru.

Page 54: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

46

Justeru itu, jika dia kekal dalam kelompok asalnya maka jati diri asalnya akan

mengawal hidupnya sambil memberi kesempatan kepadanya untuk membina komuniti

baru dangan ciri kehidupan baru pula. Dalam konteks berada dalam dua ‘alam’ atau

‘dunia’ inilah berlakunya dinamika jati diri kelompok yang ‘berayun’ atau oscillate antara

esensi asal dengan tempekan gelaran baru (affinity).

Bagaimana pula pergaulan atau interaksi dengan kelompok yang berdampingan?

Persoalan ‘ayunan’ jati diri dalam hubungah antara kelompok adalah ditentukan oleh

nisbi hubungan kuasa antara kelompok. Semakin berkuasa suatu kelompok maka

semakin muncul jati dirinya yang akan menakrif dan menentukan pula suasana

jati diri yang lain. Kekuasaan kelompok dalam banyak hal amat bergantung kepada

bilangan anggota atau pegangan kuasa politik. Jadi ukuran power atau powerlessness

– kemampuan dan ketidakmampuan - suatu kelompok akan menjadi penentu kepada

pegangan terhadap jati dirinya dalam suasana yang beragam dan majmuk. Persaingan

dan pergolakan antara kelompok dalam menentukan corak hubungan kuasa antara

mereka akan mempunyai natijah – konsekwensi - yang amat kuat terhadap kewujudan

dan kehadiran jati diri kelompok itu. Pergolakan inilah yang sedang diperhatikan dalam

suasana kebudayaan di Malaysia kini. Sejauh mana satu gugusan jati diri kelompok

dapat dipegang sebagai esensi diri atau terkesan oleh pengaruh gugusan ciri dari

kelompok lain. Kekuatan persaingan dan persoalan (contestation) antara kelompok itu

akan menentukan arah ayunan jati diri itu.

Pergolakan Jati Diri

Setiap satu ciri jati diri yang telah dibicarakan akan sentiasa bergolak dan dinamik,

dengan erti sering mengalami perubahan. Pergolakan itu akan amat bergantung juga

kepada ‘maruah’ atau ‘harga diri’ atau martabat dan juga kepada kesatuan atau ‘rasa

bersama’ – seiya sekata - antara anggota kelompok. Harga diri adalah cara seseorang

menghargai dirinya atau memandang dirinya (self-esteem) ataupun dipandang boleh

‘orang lain’. Kesatuan adalah keupayaan merasa menjadi anggota kelompok – merasa

bangga dan yakin akan keanggotaan itu. Ada individu amat bergantung kepada

Page 55: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

47

keanggotaan dengan bangsa atau komunitinya untuk mendapat ‘maruah’ atau harga diri.

Ada juga bangsa atau kelompok yang amat memerlukan individunya yang bermaruah

atau ‘tokoh’ untuk membangun kebanggaan dan harga diri kelompoknya. Jadi kedua

faktor ini saling berfungsi dalam membina kewibawaan dan sekali gus menegakkan jati

diri kelompok di tengah suasana majmuk atau plural. Keperluan untuk membina maruah

dan harga diri itulah yang menjadi landasan serta dorongan terkuat kepada pergolakan

politik dalam masyarakat majmuk dan sekali gus juga menentukan kelangsungan jati diri

dalam pergolakan dinamik antara kelompok. Dengan demikian terdapat suatu macam

daya saing dan daya tahan dalam diri kelompok untuk mempastikan survival dengan

mempertahan jati diri daripada tergelek dan luput oleh landaan kekuasaan kelompok

lain. Pertembungan jati diri antara kelompok tidak merupakan ‘durian’ dan ‘mentimun’,

tergelek luka, menggelek luka. Tetapi, keadaannya adalah lebih dinamik serta anjal

dengan daya hidup persistency yang amat kuat walaupun terpaksa tenggelam menjadi

‘tersirat’ dan latent. Demikian itu adalah sifat manusia yang dapat kekal survive – serta

menyesuaikan diri (adaptable) dalam pelbagai suasana serta keadaan.

Jati Diri Melayu dalam Sejarah

Berlandaskan takrif di atas kita dapat meneliti pelbagai aspek kehidupan bangsa Melayu

bukan sahaja sebagai ciri kebudayaan bahkan sebagai apa yang tadi difahami sebagai

jati diri, yakni ciri utama yang menjadi pengenalan kepada bangsa dan masyarakat

Melayu itu. Nama Melayu itu adalah ciri utama yang memberinya satu kesatuan dalam

pelbagai cirinya bahkan juga sebutan ringkas bagi segala bangsa lain yang bertembung

dengannya. Sejak zaman dulu lagi nama itu sudah digunakan sebagai pengenalan

diri dan bangsa Melayu. Sekurang-kurangnya sejak abad ke-7 nama Melayu telah

digunakan sebagai jati diri bangsa Melayu di zaman kerajaan Sriwijaya/Jambi.

Dengan demikian bukan sahaja ‘Melayu’ sebagai satu jenis bangsa bahkan semua

anggota masyarakatnya dalam erti yang terbatas dan juga Melayu dalam erti yang

meluas sebagai ‘Rumpun Melayu’ telah dikenali dengan nama ini sehingga seluruh

wilayah geopolitik di rantau ini terkenal di luar kawasannya sebagai ’Malaiyur’ (prasasti

Page 56: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

48

Tanjore) (Wikipedia: “Melayu Kingdom”; “Tamil and Sanskrit Inscription in the Malay

World”) ‘the Malay Archipelago’ atau Gugusan Kepulauan Melayu. Penggunaan nama

itu sudah pasti melekat juga kepada semua anggota masyarakat dan bangsa Melayu

dan mereka mengenal diri kita sebagai ‘Orang Melayu’. Maka nama itu sudah berfungsi

sebagai pengenalan yang mantap dan diiktiraf sebagai nama yang wajar digunakan

oleh sebuah bangsa Melayu yang wujud di dunia dengan segala kesatuan ciri budaya

dan bentuk peribadi yang telah muncul sejak berkurun lamanya.

Dari penelitian bahasa-bahasa oleh sarjana Eropah seperti Otto Dempwolff dan

Welhem Schmidt penggunaan nama Melayu sebagai pengenalan bahasa-bahasa

‘Malayo-Polinesia’ sebagai sub-kelompok dari bahasa-bahasa “Austronesisch”

(Austronesian) dan masyarakat di rantau alam Melayu telah meliputi kawasan yang

amat luas termasuk seluruh kepulauan yang sekarang menjadi negara-negara terpisah

seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Selatan

Vietnam, Selatan Kampuchea serta kepulauannya. Penjajahan kolonial telah memecah-

belahkan semua wilayah Melayu ini menjadi tanah jajahan pelbagai kuasa Eropah dan

Asia: Sepanyol, Portugis, Belanda, Inggeris dan Siam, hingga mereka tidak lagi dapat

memahami kedudukan mereka sebagai sebuah bangsa yang besar, mempunyai tanah

air yang luas dan kesatuan budaya yang masih berakar umbi pada bahasa dan ciri adat-

istiadat yang saling berkaitan. Dengan demikian bangsa itu sudah merasakan dirinya

kecil, sempit serta terasing antara satu sama lain.

Hanya penelitian sejarah serantau melalui ilmu bahasa perbandingan dan kini kajian

DNA umpamanya, akan dapat menyatupadukan gagasan serta tanggapan kesatuan

yang luas dan diajarkan kepada semua anak Melayu dan bangsa Malaysia untuk

memahami peranan dan misi sejarah bangsa yang sekian lama telah berlaku. Dengan

demikian amat perlu dikaji dan ditulis sejarah Melayu yang panjang sejak bertapaknya

bangsa itu di rantau Alam Melayu ini pada zaman pra-sejarah, proto-sejarah dan zaman

sejarah awal hingga kini. Sebuah sejarah nasional Melayu yang memakan tempoh

masa kira-kira 5000 tahun perlu dikaji dan dirakam untuk memahami akan keutamaan

bangsa Melayu itu di bumi dan tanah air yang didiami oleh pelbagai bangsa asli serta

pendatang dan membentuk pula pelbagai negara yang berasingan serta berdaulat.

Page 57: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

49

Keperluan ini agak mendesak kini kerana ternyata kefahaman terhadap sejarah

yang panjang itu serta keberfungsian sejarah sebagai fakta pengiktirafan akan status

Melayu sebagai bumiputera di rantau ini sering dipertikaikan dan tidak difahami oleh

pelbagai bangsa serta generasi muda Melayu. Malah terdapat usaha untuk ‘merebut’

kebumiputeraan oleh golongan luar yang melihat pelbagai pengaruh dari India sebagai

‘penaklukan’ dan ‘penempatan’ masyarakat India di rantau Alam Melayu. Kenapa

hal ini perlu ialah kerana pengiktirafan diri dan oleh golongan lain terhadap status itu

akan menerapkan suatu kenyataan fakta yang tegas dan ulung akan keutamaan diri

bangsa Melayu terhadap kewujudan mereka di rantau ini dan juga menanam pengertian

kasih dan taat yang mendalam tehadap wilayah yang kini menjadi negara dan para

penghuninya sebgaai warganegara dalam negara bangsa yang moden.

Malangnya sejarah yang diajarkan kepada anak-anak sekolah adalah terlalu

cetek dan ringkas sehingga soal yang mendasari pelbagai tuntutan Melayu dalam

perundangan Perlembagaan negara juga dalam pelbagai dasar awam yang sedang

dilaksanakan kini tidak difahami sebaiknya.

Ciri-ciri kebudayaan pelbagai bentuk terutama bahasa, seni tampak, seni

persembahan dan sistem sosial termasuk kekeluargaan, politik dan pentadbiran

tradisional dan juga himpunan ribuan hasil tulisan manuskrip Islami serta karya seni

sastera adalah pernyataan pelbagai ciri budaya yang memberi petanda tegas dan

bukti teguh akan keupayaan serta kreativiti bangsa Melayu menghuni dan berinteraksi

dengan alam sekitarnya sehingga bukan sekadar menjadi penghuni pasif dalam alam

itu bahkan mempengaruhi dan membangun peradaban atau tamadun dalam alam

fizikalnya sehingga membina pengenalan rantau ini sebagai ‘Melayu’.

Dari sejak awal tamadunnya di zaman ‘kepawangan’ (shamanism) kepada Hindu-

Buddha dan kemudian Islam dan Barat, bangsa Melayu itu telah merupakan kelompok

manusia yang aktif membina dan menggunakan segala sumber alam sejak ribuan

tahun hingga merubah wajah alam ini dan memberi nama kepadanya sebagai Alam

Melayu. Maka keupayaan menguasai dan mempengaruhi bentuk muka bumi dan alam

sekitar sehingga membina unit politik, pemerintahan dan kenegaraan sehingga ke tahap

empayar, di dalam kawasan geopolitik itu memberi bangsa Melayu suatu status atau

kedudukan sebagai satu-satunya kelompok yang diiktiraf sebagai bangsa asal bumiputera

yang membina negara dan empayar, sekali gus peradaban atau tamadun rantau ini.

Page 58: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

50

Walaupun pelbagai suku bangsa yang berkaitan dengan Melayu seperti ‘Mongolid

Selatan’ ataupun golongan ‘Orang Austronesia Barat’, dan juga ‘Austro-Asiatik’

dikatakan telah pernah terdahulu menempatkan diri di rantau Alam Melayu namun

mereka tidak membina negara apalagi memberi pengenalan atau identity sebagai

petanda keutamaan kuasa dan wibawa kelompok itu. Sebahagian suku Melayu itu tetap

merupakan golongan perantau yang berpindah-randah sehingga tidak wujud kesatuan

negara dan wilayah, kekuasaan serta kewibawaan sebuah negara. Kelompok ini tidak

membina dan pemerintahan dan tidak memberi identiti atau pengenalan kepada rantau

wilayah ini kecuali pelbagai penempatan terbatas di lembah sungai dan pesisiran

pantai. Hanya suku bangsa Melayu dan Jawa dalam Rumpun Melayu telah berupaya

meletakkan segala kewibawan dan kekuasaan ini dan membentuk kenegaraan dan

memberi nama kepada rantau ini sebagai Melayu atau Jawa.

Fakta kuasa dan wibawa ke atas wilayah ini amat penting disedari kerana sejarah

manusia sejak dahulu hingga kini hanya mengiktiraf dan memberi legitimacy terhadap

kewibawaan bangsa ke atas wilayah itu sebagai faktor penentu kepada identiti dan

kewujudan negara dan bangsa. Amerika, Australia, New Zealand atau Filipina,

Columbia, China, India dan sebagainya tidak wujud tanpa kewibawaan bangsa yang

mencipta pemerintahan ke atasnya meskipun telah ada kuasa atau penduduk lain lama

sebelum datang dan hadirnya bangsa yang dominan dan memerintah sebagai penguasa

kenegaraan. Justeru demikian sejarah akan memainkan peranan dan fungsi yang amat

utama dan penting dalam menjelaskan gagasan kenegaraan dan pemerintahan sebagai

landasan legitimacy suatu tuntutan dalam negara dan bangsa masa kini.

Pelbagai ciri kebudayaan termasuk bahasa, kesenian dan sistem kemasyarakatan

kekeluargaan, politik, ekonomi dan perundangan serta kepercayaan yang bertunjang

kepada alam sekitarnya adalah penentu kepada kesatuan dan keutuhan bangsa itu

sebagai sebuah kelompok manusia yang aktif dan berwibawa di wilayah kekuasaannya.

Kebudayaan dan peradaban adalah petanda kepada territorial imperatives atau

tuntutan kewilayahan manusia ke atas suatu kawasan bumi yang digagaskan oleh

bangsa Melayu, dalam pepatah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’. Itulah

yang difahami dan dimengerti mereka sebagai ikatan emosi dan kuasa di atas muka

bumi yang bernama ‘tanah air’. Daya cipta yang melahir dan menghasilkan pelbagai

Page 59: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

51

bentuk dan ciri kebudayaan itu adalah petanda kepada kreativiti serta dinamika bangsa,

dan wibawa kebudayaan serta peradabannya yang menyebabkan bangsa itu dapat

membina bukan sekadar peradaban tinggi, agung dan besar bahkan juga memberi

kesan dan pengaruh yang nyata dan jelas terhadap penggunaan serta kewujudan ciri

muka bumi dan pelbagai binaan fizikal di mana mereka telah meneroka dan berkuasa.

Inilah tuntutan Melayu yang sah dan legitimate terhadap negara ini sebagai hak

bumiputera dalam sejarah, tradisi dan jati dirinya kini.

Melayu Konteks Tamadun Dunia

Kesahihan tuntutan bangsa Melayu itu dari sudut geo-politik dunia menerima

pengiktirafan semua bangsa di dunia dan berlaku pada pengiktifaran kedaulatan negara

di mata dunia melalui PBB. Malaysia sudah diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat

(sovereign state) di persada antarabangsa atas nama Melayunya. ’Malaysia’ adalah

“Kepulalaun Melayu” seperti digagaskan asalnya oleh peneliti di Perancis terhadap

Kepulauan Alam Melayu:

“Following his 1826 expedition in Oceania, French navigator Jules Dumont d’Urville invented the terms Malaysia, Micronesia and Melanesia, distinguishing these Pacific cultures and island groups from the already existing term Polynesia. In 1831, he proposed these terms to The Société de Géographie. Dumont d’Urville described Malaysia as “an area commonly known as the East Indies”. In 1850, the English ethnologist George Samuel Windsor Earl, writing in the Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, proposed naming the islands of Southeast Asia as Melayunesia or Indunesia, favouring the former. (D’Urville dll, 1850)

Dalam fenomena yang serupa, tuntutan atas sebuah wilayah berstatus negara telah

memakan ribuan nyawa sebelum dapat membina sebuah wilayah sebagai negara bagi

bangsa yang berdaulat. Bangsa Palestin yang beribu tahun mendiami dan memberi

Page 60: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

52

identiti kepada Palestine direbut hak mereka oleh penjajahan sehingga saat ini masih

berjuang di mata semua penduduk dunia untuk sebuah negara. Perjuangan bangsa

Gypsy bagi mendapatkan sebuah negara bagi bangsa mereka untuk menghentikan

kehidupan berkelana, merana dan menderita penghinaan pelbagai bangsa Eropah

terhadap mereka akan berterusan selagi ada keinginan untuk mempertahankan

bangsa. Akan terus berlalu peperangan antara bangsa Kurdish dengan semua jirannya

di Turki, Iran dan Iraq sebelum mereka dapat membina sebuah negara Kurdistan

sebagai pengiktirafan akan jati diri mereka sebagai bangsa Kurdis di tanah air mereka.

Orang Ireland akan terus bersengketa sesama mereka atas nama jati diri Irish yang

dipecahkan oleh penjajahah Brtitish ke atas Ireland Utara yang kini menjadi negara

Katholik Ireland dan Northern Ireland yang Anglikan.

Segala itu adalah fungsi dan peranan wibawa jati diri bangsa dalam menuntut

kedaulatan mereka ke atas muka bumi yang dapat dinamakan sebagai tanah air dan

negara berdaulat. Para ilmuwan Islam dalam bidang menyebut ikatan manusia dengan

wilayah politiknya sebagai sebahagian dari iman: hubbul watan minal iman – kasihkan

watan sebahagian iman. Atas landasan keimanan ini maka kita yang sudah bernegara

wajib mempertahankannya sebagai negara Melayu, yang dikenali sebagai Persekutuan

Tanah Melayu dan kemudian menjadi Malaysia. Itulah keimanan yang dituntut sebagai

Muslim. Tidak ada negara lain di muka bumi yang bernama Melayu.

Pelbagai kesenian, bahasa dan sistem kemasyarakatan adalah landasan

keunggulan bangsa Melayu untuk menonjolkan ciri-ciri unggul kepada semua bangsa

di dunia akan keupayaannya di mata dunia. Segala ciri itu adalah bukti yang nyata

dan tegas bahawa ia sudah cukup kreatif dan dinamik untuk membentuk wilayah serta

corak kehidupan yang tersendiri dan bangga akan keupayaan itu. Ciri-ciri seni dan

sistem kemasyarakatan mereka bukan sekadar untuk menjadi saluran kehidupan harian

yang biasa bahkan adalah penunjuk dan petanda kepada kesanggupan dan keupayaan

bangsa Melayu mencipta dan membina corak hidup dalam acuan kepandaian serta

kebijaksanaan mereka sendiri tanpa bergantung kepada bangsa lain. Namun tidak ada

suatu pun bangsa yang tulen dan jati dengan daya cipta sendiri sahaja tanpa pinjaman

dan penyerapan dari budaya asing. Maka bangsa Melayu telah sedia menyerap segala

kebijaksanaan bangsa lain sesuai dengan gaya hidup serta sistem nilai budaya mereka.

Page 61: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

53

Keupayaan menyerap pelbagai ciri asing dan menyesuaikannya dengan sistem budaya

dan masyarakat sendiri menjadikan ‘Melayu’ atau ‘masuk Melayu’ adalah proses

dinamika Melayu. Hingga kini, pelbagai ciri asing telah diserap dan disesuaikan namun

jati diri dan nama Melayu tetap wujud, kekal dan unggul. Maka dalam hubungan dengan

pelbagai bangsa dan dalam konteks peradaban dunia, Melayu itu telah mengekalkan

jati dirinya di rantau Melayu dan menjadikan tradisi dan sejarah berlangsung dan dapat

dipertahankan. Kekuatan dinamika budaya Melayu untuk menerima serta menyerap

pelbagai unsur luaran dan menapis nilai baik untuk megkayaka kebudayaan bangsa

harus disedari dan dipelihara demi survival bangsa Malaysia.

Survival bangsa Malaysia amat bergantung kepada nilai budaya Melayu. Sejarah

lama dan moden amat jelas memberi iktibar bahawa bangsa Barat adalah bangsa

sentiasa bersedia untuk berperang dan menjajah bangsa lain seperti mana bangsa

Babarian yang terdahulu dari mereka di Eropah. Kini mereka mewarisi nilai Barbarian

itu atas nama peradaban bangsa moden. Mereka akan mengadakan sebab (pretext)

sebagai memberi ancaman terhadap keselamatan mereka walaupun berada jauh

bagi melakukan penyerangan, peperangan dan penaklukan. Di zaman moden yang

dikatakan amat bertamadun serta beradab, naluri liar ‘imperialisme’ telah menakluk Iraq

atau sebarang negara Asia Barat atau negara Islam tidak pernah mengancam Amerika

atau Eropah. Namun semua negara mereka bersedia untuk menakluk negara Islam

atas nama peradaban mereka itu.

Malaysia sebagai pengenalan konkrit dan sebuah unit geopolitik di muka bumi akan

kekal bersatu sebagai sebuah bangsa dan negara atas nilai budaya Melayu yang amat

altruistik yang meletakkan keperluan orang lain sebagai penting. Altruisme adalah nilai

asasi Melayu yang tidak ada tolok bandingnya. Sikap assertive dan ‘kurang ajar’ ataupun

‘kiasu’ asing yang kini disaran agar diterap ke dalam nilai Melayu dan Malaysia akan

membawa kepada padah pergaduhan serta sengketa yang tidak berputusan antara

warganegara dan antara negara. Justeru demikian, demi keutuhan bangsa dan negara

maka nilai ‘budi’ Melayu yang amat universal sebagai nilai peradaban tertinggi manusia

yang beradab itu harus dipertahankan dan dimajukan sebagai nilai kebangsaan dalam

negara dan dunia.

Page 62: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

54

Melayu dan Islam

Sejak abad ke-11 Masihi, Islam sudah menjadi intisari jati diri Melayu. Meskipun

Islam menyerap secara beransur-ansur ke dalam diri bangsa Melayu; dengan erti

penyerapannya berlaku dari penerimaan golongan atasan di istana ke lapisan bawahan

masyarakat dari kota ke desa pedalaman. Pelbagai anasir ‘animisme’ kekal berfungsi

di dalam masyarakat, namun Islam itu sudah menyatu beridentifikasi dengan seluruh

kehidupan Melayu. Islam berupaya membentuk jati diri Melayu dan menjadi penentu

(determinant) kepada setiap yang bernama Melayu. Pelbagai anasir dalaman dan

luaran yang telah lama terserap telah mendapat ‘saringan’ dan ketetapan Islami untuk

menjadikannya Melayu, termasuk pelbagai anasir yang dilihat sebagai ‘khurafat’ atau

‘bid’ah’ dari saringan hukum Islam. Intisari nilai yang dulu diterima dari sejarah Hindu-

Buddha kini telah tersaring di dalam tapisan Islam dengan kandungan spiritualisme

atau kerohanian Islam meskipun pada permukaannya dan bentuk gagasan itu masih

memperlihatkan warisan asalnya dari zaman pra-Islam.

Gagasan rukun Islam seperti ‘sembahyang’ atau ‘puasa’ dan hukum seperti ‘dosa’

dan ‘pahala’ ataupun alam semesta seperti ‘syurga’ dan ‘neraka’ adalah warisan

dari zaman pra-Islam itu yang telah dibersihkan intisari kerohanian asalnya dan kini

sepenuhnya difahami sebagai tulen Islami dengan ‘keesaan’ Tuhan sebagai asas

‘tauhid’ yang mendasari semua gagasan itu. Justeru demikian, Islam sebagai asas jati diri

Melayu tidak lagi menjadi persoalan meskipun masih terdapat keberfungsian pelbagai

anasir masyarakat dan kebudayaan Melayu yang memperlihatkan bentuk pra-Islaminya.

Anasir yang paling jauh dari kandungan Islam pun perlu mendapat kesahihannya dan

kemujarabannya (efficacy) berasaskan kerohanian Islam, seperti ‘jampi’, ‘serapah’,

‘mantera’ yang dari sudut Islam adalah merupakan doa. Setiap ucapan yang bernama

jampi atau serapah akan mengandungi ucapan asasi wibawa memohon kuasa Allah,

Rasul, Nabi dan pelbagai watak para sahabat Nabi untuk mempastikan kemujaraban

serapah itu. Ini bermakna, Islam dan seluruh sifatnya adalah bahagian dari personaliti

(sahsiah), sistem dan ciri kehidupan Melayu.

Hanya yang menjadi persoalan ialah betapa kognisi dan alam fikiran Melayu, daya

pengetahuan, masih kekal Melayu melalui bahasa Melayu. Bahasa Arab sebagai bahasa

Page 63: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

55

al-Quran menjadi kemahiran golongan ilmuwan dan sebahagian para pelajarnya yang

kekal melangsungkan keilmuan Islam dalam masyarakat Melayu. Justeru demikian,

ilmu Islam yang terserap ke dalam alam fikiran Melayu melalui bahasa Melayu

seringkali tidak mencapai kedalaman ilmu Islam dalam tradisi bahasa Arab meskipun

telah berlaku terjemahan dan saduran pelbagai pemikiran klasik Islam ke dalam

bahasa Melayu. Kelihatan berlaku semacam jurang pemahaman dan pengertian antara

golongan terdidik dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dari sudut pengertian Islami.

Hasilnya wujud lapisan pengertian yang berbeza dalam kalangan lapisan masyarakat

dan golongan ilmuwan Melayu terhadap Islam itu sebagai hukum, anasir kehidupan

dan kepakaran. Positifnya telah banyak usaha menerbitkan buku risalah Islam dalam

bahasa Melayu untuk merapatkan jurang pengertian dalam kalangan masyarakat awam

agar lebih substentif dan berisi.

Melayu-Islam dan Global

Kesan dari perkembangan semasa, kedalaman pengertian Islam dalam masyarakat

ialah kemunculan usaha dan saranan terkini untuk menegakkan nilai ‘wasatiyyah’

sebagai intisari nilai dalaman masyarakat Melayu dan diperluas pula ke seluruh dunia

yang bertunjangkan Islam dan ajaran al-Quran, sebagai petanda kepada peranan

dan keberfungsian jati diri Melayu dan kenegaraannya di mata dunia. Maka berlaku

suatu sentesis baru pada jati diri Melayu-Islam di persada global. Melayu sebagai

rupa bangsa terawal dan nama etnik yang hanya berfungsi dalam lingkungan negara,

telah bertukar kepada Islam dengan sistem kenegaraannya (Malaysia) menjadi identiti

global Melayu itu. Kita melihat suatu perkembangan linear, kaitan erat antara Melayu

dan Islam, sebagai gagasan jati diri itu untuk berfungsi pada tahap global. Sebahagian

dari fenomena ini pastilah kerana kemunculan Islam sebagai ‘nama’ penting dalam

sejarah dan peradaban dunia dan kini mendapat label atau jolokan yang kontroversi:

dari peradaban hingga kepada keganasan. Dan, Malaysia memberikan rupa dan wajah

‘moden’ serta ‘moderate’ kepada tanggapan global itu.

Page 64: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

56

Dalam konteks sedemikian maka amat wajar Malaysia sebagai sebuah negara

Melayu memainkan peranan yang besar dan bermakna untuk membentuk kembali

wajah dan esensi Islam pada tahap global kerana belum terdapat depiction atau

gambaran citra negatif terhadap wajah Melayu-Islam di mata dunia. Setakat ini wajah

Islam-Melayu yang tersebut dan tergambar adalah amat positif, aktif dan proaktif dalam

mencorakkan kehidupan global melalui pelbagai peranan di PBB serta serba macam

tindakannya dari segi ekonomi, pendidikan, sosial mahupun politik dan ketenteraan.

Dari sudut itu, Malaysia yang intisarinya adalah Melayu adalah citra terbaik dan terulung

bagi Islam pada tahap dunia dan global.

Perkembangan sedemikian mempunyai dua lapis makna serta fungsi yang amat

positif serta mendalam bagi perkembangan peradaban Melayu di Malaysia dan pada

tahap global. Pertama, anjakan jati diri Melayu sebagai wakil dan wajah Islam di

luar negara menegaskan sepenuhnya akan berfungsi Islam sebagai intisari Melayu

seluruhnya. Hal ini membawa kesan baik bagi identifikasi dalam negara: Malaysia

sebagai negara Islam untuk meneguhkan pembinaan bangsa serta pelbagai institusi

Islam. Kedua, Melayu sebagai wajah Islam global dan antarabangsa memberi alternatif

terhadap citra Islam yang lebih benar dan wajar berasaskan intisari nilai Islami yangn

hakiki – salam, selamat, aman, penyerahan - di mata dunia. Penonjolan ‘wasatiyyah’

sebagai citra baru Islam berlandaskan sahsiah, peribadi atau personality Melayu

adalah gerakan positif membentuk kognisi dan pengertian baru masyarakat dunia

terhadap Islam. Lebih utama lagi ialah penonjolan bahawa konsep ‘wasatiyyah’ itu

mengandungi bukan sekadar gagasan ‘moderate’ atau ‘pertengahan’ bahkan ‘keadilan’

dan ‘perimbangan’ sebagai hakikat dan esensi seluruh gagasan itu (al-Baqarah: 143).

Gerakan Melayu sebagai wajah Islam pada tahap global itu amat wajar dan

wajib dilakukan kerana ia dapat membina kembali atau rekonstruksi wajah yang

telah lama dihitamkan atau kini dikatakan demonised sejak zaman Perang Salib yang

mengejutkan tamadun Barat akan keliaran dan barbarism mereka. Islam merupakan

spiritualisme subversif bagi mereka yang mempersoal serta memberi tafsiran baru dan

lain dari gagasan iman mereka berasaskan trinity ataupun original sin. Sejak itu, Islam

adalah musuh dan mesti dihancurkan. Hingga kini sikap bermusuh terhadap Islam

kekal sebagai gerakan Barat, yang diperteguh dengan tindakan ganas segolongan

Page 65: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

57

masyarakat Islam yang melampaui batas hukum Islam sendiri sehingga membentuk

citra atau imej Islamophobia global dan eurobia di Eropah. Maka wajah dan sahsiah

Melayu, yang esensinya terbentuk dalam gagasan-gagasan Islami ‘berbudi bahasa’,

‘berbudi pekerti’ dan ‘berbudi bicara’ dengan kefahaman ‘bahasa’ sebagai esensi yang

bukan sahaja wajah itu baik bahkan berilmu serta bijaksana, adalah wajah yang amat

positif pada tahap global.

Wajah ‘aman’ dan ‘selamat’ dalam bentuk ‘budi’ itu harus kembali dinamik dengan

suntikan dinamika ‘jihad’ yang benar dan hakiki. Pada tahap ini, jihad sudah menjadi

esensi terburuk yang melahirkan ‘citra ganas’ bagi wajah Islam. Padahal, anasir

keganasan yang sama tetap berlaku dalam semua kuasa dan bangsa terutama Barat.

Semua kuasa besar kini memperteguh citra ‘perkasa’ mereka terutama Amerika untuk

mengingatkan semua bangsa lain akan ‘awe and shock’ layanan mereka terhadap

sebarang usikan terhadap dari luar. Citra ganas yang membunuh ratusan ribu manusia

asing itu adalah ‘kemanusiaan’ dan ‘keamanan’ bagi mereka. Jihad dan segala bentuk

penentangan terhadap keganasan mereka adalah terrorism yang mesti perangi.

Justeru itu, jihad sebagai dinamika membela, memelihara dan mengekalkan ‘salam’,

‘wasatiyyah’ serta Islam melalui ‘bela diri’ dan pertahanan yang sentiasa ‘siap siaga’

dari serangan manusia lain terhadap masyarakat Islam wajar ditanam ke dalam sahsiah

dan personaliti Islam-Melayu sebagai pancaran sahsiah dinamik untuk memastikan

tidak berlaku penindasan dan sekali gus menghancur dan menghapuskan umat Islam di

dunia.

Justeru demikian, sintesis Melayu-Islam adalah merupakan sinergi citra dan esensi

nilai yang amat positif untuk menjadi landasan baru keberfungsian jati diri Melayu-Islam

itu bahkan memberi sumbangan kepada citra Islam sejagat. Inilah misi jati diri Melayu-

Islam pada zaman ini.

Dinamika jihad dalam bentuk yang benar dan betul dapat mengelak dari berlakunya

sikap dan tindakan negatif yang telah lama tertanam dalam peribadi Melayu-Islam

di Alam Melayu. Lanjutan daripada nilai budi dari warisan lampau Buddha itu, telah

muncul pelbagai gagasan terbitannya dalam pelbagai bentuk terutama ‘tolak-ansur’

atau altruisme itu mempunyai akhiran atau terminal logis, seringkali menjadi kalah atau

menyerah. Dalam pada itu berlaku juga personaliti atau peribadi yang bertegas dan

Page 66: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

58

berkeras setelah terlalu banyak bertolak ansur, terlampau mengakomodasi kepentingan

dan keperluan orang lain. Justeru gagasan ‘beri betis hendakkan peha’ muncul, sebagai

peringatan dan membina sikap menentang permintaan yang terlampau melebih dari

yang patut, yang tidak wajar atau yang tidak adil. Pada tahap itu, nilai asasi keadilan,

berpatutan atau padan dengan keperluan akan beroperasi untuk mengimbangi altruisme

Melayu. Perubahan nilai dan norma dari mengalah serta menyerah kepada menentang

dan menuntut keadilan atau keberpadanan layanan dan sikap akan menyebabkan

muncul sikap yang lebih keras dan nekad seperti ‘menyeluk pekasam, biar sampai ke

pangkal lengan’, ‘alang-alang mandi biar basah’, ‘alang-alang berdakwat biar hitam’

atau lebih keras dan nekad ialah niat ‘amuk’.

Jika terlampau ditolak dan diansur hingga terdesak ke sudut tembok dan tidak

dapat lagi jalan keluar maka yang terakhir ialah pengorbanan diri yang tidak mengalah:

mengamuk. Ibarat kata, ‘rajanya mati, negerinya alah’. Rakyat Melayu sudah

mempertontonkan kesetiaan terhadap nilai budi dan amuk itu dalam jiwa keperwiraan

Melayu di mata dunia dengan jati dirinya. Keperwiraan itulah yang harus menjadi

panduan dalam menghadapi desakan dan cabaran dunia masa kini. Sementelahan pula

Melayu itu adalah Muslim, maka pengorbanan dijalan Tuhannya telah dijanjikan pahala

tertinggi, dan syurga. Keperwiraan itu adalah ‘jihad’ yang benar yakni perjuangan di

landasan yang diredhai membela yang tertindas dan terpinggir serta terdesak. Inilah

intisari kemelayuan di hati Melayu-Islam yang kini menjadi wajah ‘wasatiyyah’ untuk

tatapan dan keberfungsian di mata dunia yang sedang bertemu serta berhadapan

dengannya dalam kalangan warga Malaysia dan warga dunia di PBB.

Page 67: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Peradaban Dunia

59

Bibliografi

Bellwood, Peter, Fox, James, Tryon, Darrell, 1995. The Austronesians: Historical and Comparative Perspectives. Australian National University Department of Anthropology.

During, Simon, 2003. The Cultural Studies Reader. 2nd ed. London New York: Routledge.

D’Urville, Jules-Sébastien-César Dumont; Isabel Ollivier, Antoine de Biran, and Geoffrey

Clark. “On the Islands of the Great Ocean”. The Journal of Pacific History (Taylor &

Francis, Ltd.) 38 (2). JSTOR 25169637. ; Earl, George S. W. (1850). “On The Leading

Characteristics of the Papuan, Australian and Malay-Polynesian Nations”. Journal of

the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA): 119) – Wikipedia: Malaysia)

Isaacs, Harold Robert, 1975. Idols of the Tribe: Group Identity and Political Change. Harvard

University Press, 1975.

Lyotard, Jean-François, 1979. The Postmodern Condition: A Report on Knowledge. Trans.

Geoffrey Bennington and Brian Massumi. Minneapolis: University of Minnesota Press,

1984 [La Condition postmoderne: Rapport sur le savoir. Paris: Éditions de Minuit].

Malaysia: Wikipedia. the free encyclopedia.

Oppenheimer, Stephen, Journey Of Mankind - The Peopling of the World, http://www.

bradshawfoundation.com/journey/

Winstedt, R.O., 1996. A History of Classical Malay Literature, MBRAS, (Y. A. Talib).

Page 68: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

60

Page 69: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban DanJati Diri Melayu

Zainal Abidin Borhan*Yayasan Karyawan Malaysia

* Datuk Zainal Abidin Borhan adalah Pengarah Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia merangkap Ketua Dua GAPENA

Page 70: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

62

Pendahuluan

Artikel ini akan membincangkan tiga perkara pokok iaitu konsep peradaban, peradaban

Melayu dan jati diri Melayu. Konsep peradaban boleh disamakan dengan konsep

tamadun. Kata peradaban berakar kata adab yang berasal dari kata Arab yang

bermaksud kesusasteraan. Tetapi adab dalam bahasa Melayu bermaksud perilaku atau

pekerti yang baik, sopan, halus dan bertatasusila. Tamadun pula berasal dari kata Arab

maddana, satu kata-kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota

serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Dari kata kerja maddana, terdapat perkataan

madani yang merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan

perbandaran serta budi pekerti yang halus. Kata maddana dan madani berasal dari

kata deen yang bermaksud kehidupan beragama.

Kehidupan beragama dan daya keberagamaan bukan sekadar perilaku yang

ritualistik sahaja, tetapi menuntut interaksi yang amat mendalam antara makhluk dengan

Khalik. Suatu tuntutan yang habluminallah, yang menyatu antara yang ritualistik dengan

ketaqwaan dan keimanan, juga interaksi perilaku dan tutur kata yang habluminannas

sesama manusia.

Natijah dari pentakrifan ringkas di atas, peradaban ialah pencapaian tatasusila,

moral dan etika yang tinggi. Peradaban di dalam kerangka natijah berkenaan menuntut

manusia untuk melaksanakan nilai yang tauhidik dan manusiawi.

Manusia sebagai makhluk Allah diberikan fungsi yang amat besar iaitu untuk

menegakkan keadilan dan kebenaran Tuhan di muka bumi sebagai khalifat-ul-ardh

atau wakil Tuhan di muka bumi. Sebagai khalifah, manusia bukan sahaja tunduk

dan taat kepada perintah Allah S.W.T., melaksanakan fungsi memakmur dan

membawa kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Kemakmuran dan kesejahteraan

sewajibnya dengan memanfaatkan seluruh khazanah bumi yang dianugerah Allah

untuk kemanusiaan. Kemakmuran dan kesejahteraan juga dilaksanakan melalui

hukum peraturan dan perundangan untuk memastikan kemanusiaan di atas landasan

akhlak, susila, moral dan etika. Oleh sebab itu peradaban bukan sahaja persoalan

pencapaian kehidupan melalui kemajuan kota dan bandar yang penuh pencakar langit

atau kemajuan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi, tetapi apa yang lebih

Page 71: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

63

penting ialah kejayaan manusia memanusiakan dirinya pada masyarakatnya di dalam

kehidupan yang berakhlak, bertatasusila, bermoral, beretika dan beradab.

Seluruh natijah peradaban dan ketamadunan adalah suatu yang ideal yang telah

diungkapkan oleh para pemikir dan sarjana peradaban serta ketamadunan. Di Malaysia

secara khusus di universiti awam dan swasta terdapat kursus Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) dan terdapat juga buku teks khasnya yang diedit oleh Chandra

Muzaffar dan lain-lain pada tahun 2001 kemudian diulang cetak pada 2002. Buku ini

menjadi panduan kepada seluruh siswa pengajian tinggi di Malaysia.

Walau bagaimanapun persoalan peradaban atau ketamadunan digerakkan dan

dikembangkan oleh manusia melalui masyarakat dan kebudayaan. Secara evolusi

kebudayaan berkembang dari masyarakat sederhana (tribe) atau puak ke masyarakat

yang kompleks, dari budaya rendah ke budaya tinggi. Peradaban atau ketamadunan

dengan rancaknya berkembang di masyarakat yang kompleks dan berbudaya tinggi.

Di dalam kerangka tatasusila dan hukum peraturan, masyarakat sederhana

mempunyai tatasusila dan hukum peraturan yang mengutamakan permuafakatan dan

nilai-nilai kolektif serta egalitarian, walau pun terdapat puak yang memiliki sistem hierarki.

Masyarakat kompleks memiliki tatanan (struktur) sosial, ekonomi dan politik yang

kompleks; lazimnya berhieraki dan jauh lebih maju berbanding masyarakat sederhana.

Lazimnya masyarakat kompleks dan maju bermukim di kawasan bandar atau kota

manakala masyarakat sederhana di desa atau di luar bandar atau pendalaman.

Peradaban Melayu

Peradaban Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara. Peradaban ini telah

berkembang dari kebudayaan Melayu, dan orang Melayu merupakan di antara penduduk

asal rantau ini (Nik Hassan Suhaimi, 1993). Wilayah peradaban atau ketamadunan

tersebut dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu (Malay

Archipelago), Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang

mewarnai peradaban wilayah ini ialah bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan

agama Islam yang merupakan pelengkap pembentukan peradaban ini.

Page 72: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

64

Memperkatakan peradaban Melayu, merujuk kepada kemunculan masyarakat

yang mempunyai struktur sosial yang kompleks seperti masyarakat yang pernah wujud

di pusat-pusat kerajaan Melayu awal. Pusat-pusat berkenaan wujud di pelbagai negara-

kota (city-states) atau pusat bandar (urban-centres). Srivijaya, Pasai dan Melaka adalah

antara negara-kota Melayu pada zaman lalu.

Di Asia Tenggara manifestasi peradaban Melayu terawal berlaku semasa

pembentukan kerajaan Melayu awal (Ahmad Hakimi, 1998). Antara kerajaan Melayu

pra-Islam awal ialah Funan, Langkasuka, Kuala Selinsing (Perak) dan Lembah Bujang

(Kedah). Dengan sokongan sistem ekonomi yang kuat khasnya dalam penghasilan

sumber makanan mampu menampung keperluan penduduk kota atau bandar. Walaupun

terdapat peradaban di Asia Tenggara yang berasaskan pertanian atau masyarakat

agraris, namun sebahagian besar kerajaan Melayu awal merupakan kerajaan maritim.

Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud sekurang-kurangnya 2500 tahun lalu di

Malaysia seandainya berasaskan penemuan kesan-kesan arkeologi di Lembah Bujang

dan Kuala Selinsing (Ahmad Hakimi, 1998, Bellwood, 1997). Kedua-dua kerajaan awal

tersebut meninggalkan bukti arkeologi yang membuktikan terdapat pelabuhan yang

didirikan oleh mereka yang terlibat dalam perdagangan jarak jauh. Perdagangan jarak

jauh ini memerlukan rangkaian perhubungan yang besar dan petempatan yang agak

lama dan tetap serta sistem kepimpinan yang efektif, satu tanda wujudnya masyarakat

yang kompleks. Petempatan yang wujudnya di bahagian utara Sumatera dan di

Segenting Kera serta di Semenanjung Tanah Melayu mewujudkan jaringan masyarakat

dan komuniti yang disebut oleh Andaya (2008:14) sebagai the sea of Malayu.

Kebudayaan dan peradaban orang Melayu wujud dan muncul pada masa itu kerana

teknologi perkapalan Melayu pada masa itu mampu untuk menguasai perdagangan

jarak jauh yang melalui perairan yang dikuasai oleh kerajaan Melayu, khasnya Selat

Melaka. Empayar Funan dan Srivijaya menguasai laluan perdagangan di kawasan

mereka.

Salah satu cara pemikiran sosio-politik Melayu pada masa itu adalah pembentukan

kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar berdasarkan pengaruh. Konsep ini berbeza

dengan pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan

dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Oleh sebab masyarakat Melayu

Page 73: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

65

pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan, mereka

kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Seandainya ada

yang tidak setuju dengan mana-mana jua kekuasaan mereka boleh keluar dari sesuatu

tempat untuk menuju ke tempat lain. Penguasaan kawasan bukannya semata-mata

berdasarkan kepada penguasaan tanah, tetapi juga berteraskan kepada penguasaan

laluan air serta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat.

Sebelum kedatangan agama Islam, peradaban Melayu terawal dipengaruhi oleh

agama-agama Hindu dan Buddha. Sentiasa terdapat persaingan antara peradaban

Melayu yang beragama Hindu dengan peradaban Buddha untuk menguasai laluan

perdagangan, dengan kemunculan agama Islam telah mengubah bentuk-bentuk

peradaban Melayu dan dengan memeluk agama Islam membolehkan mereka

menguasai perdagangan di kawasan ini.

Selepas Funan, Srivijaya, Kutei, Langkasuka, dan Majapahit, telah muncul

kerajaan dan kesultanan Melayu seperti Pasai, Brunei, Melaka, Johor-Riau, Sambas,

Aceh, Manila, Pagarruyung, Palembang, Jambi, Bugis-Makassar, Buton, dan lain-

lain dari abad ke-14 hingga ke-18. Kesemua kesultanan ini telah berkembang dari

pelabuhan kecil di pelbagai terusan perdagangan sehingga menjadi pelabuhan yang

ternama yang kemudiannya pada abad ke-16 dikuasai oleh kuasa Eropah. Dari abad

ke-14 hingga ke-17 adalah abad yang penting kepada Ismail Hussien (1990:72) sebagai

zaman keemasan kesedaran Melayu. Pada zaman inilah yang disebut oleh Ried (1993)

sebagai zaman perdagangan yang hebat (the age of commerce).

Selain dari perdagangan, kesultanan ini juga berperanan sebagai pusat peradaban

Melayu khasnya dari segi persuratan. Hikayat Raja-Raja Pasai, Salalatus Salatin

(Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Sambas, Hikayat Aceh, Hikayat Siak,

Hikayat Banjar, Hikayat Patani, Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu (Perak)

dan lain-lain salasilah seperti Salasilah Melayu-Bugis atau syair seperti Syair Perang

Makasar dan Syair Awang Semaun (Brunei) adalah di antara hasil-hasil kesusasteraan

yang muncul dari abad ke-14 hingga ke-19, meriwayatkan pelbagai pensejarahan atau

historiografi Melayu yang meriwayatkan asal-usul kerajaan atau kesultanan berkenaan.

Hikayat, salasilah mahupun syair tersebut melengkapi kitab-kitab agama, naskhah

saduran dan pelbagai naskhah kepustakaan Melayu yang ditulis dan disalin dalam

Page 74: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

66

tulisan Jawi. Teuku Iskandar (1995) telah menyenaraikan sejumlah besar kitab-kitab

dan naskhah yang telah dihasilkan sama ada secara saduran dan ditulis oleh penulis

tempatan. Pada zaman transisi Hindu-Islam telah disesuaikan kitab Ramayana ke

Hikayat Sri Rama; kitab Mahabharata ke Hikayat Pendawa Jaya. Dengan masuknya

Islam dihasilkan Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Pada zaman

kesultanan Melaka disebut dalam Sulalatus Salatin, ada kitab yang datang dari Pasai

bernama Durr al-Mandhum. Di kurun ke-16, di Aceh disalin kitab Aqaid al-Nasafi, di

samping karya-karya Hamzah Fansuri seperti Asrar al-Ariffin, Syair Perahu dan lain-

lain. Seorang lagi ulama Aceh, Syamsuddin Pasai telah menulis di antaranya Mir’at-al-

Qulub; Nuruddin al-Raniri pula dengan Sirat al-Mustaqim, Bustan-al-Salatin dan lain-

lain lagi.

Di samping kitab-kitab agama terdapat juga naskhah-naskhah perundangan seperti

Undang-Undang Melaka (Hukum Kanun Melaka), yang kemudiannya menjadi asas

kepada Undang-Undang Johor, Undang-Undang Aceh, Undang-Undang Pahang dan

Undang-Undang Kedah. Terdapat juga kitab-kitab ketatanegaraan seperti Taj-ul-Salatin,

Thamarah al-Muhimmah dan Kitab Nasihat Raja-Raja. Kitab-kitab ini dikatakan disadur

dari Nasihat al-Mulk (karya al-Ghazali) dan lain-lain karya Parsi seperti Qabusnama

(Jelani Harun, 2003).

Seluruh kitab-kitab atau naskhah-naskhah yang dihasilkan di dalam tulisan Jawi

yang berkembang sebagai tulisan Melayu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa

bahasa Melayu berasal dari hulu sungai Kapuas di Kalimantan Barat (Adelaar, 1995;

Collins, 1995). Hipotesis ini berdasarkan andaian bahawa di Hulu Kapuas terdapat

lebih banyak variasi bahasa Melayu. Hipotesis ini mungkin benar namun belum ditolak

oleh para pengkaji bahasa dan linguistik Melayu. Bahasa Melayu menjadi lingua franca

lantaran terdapatnya peranan kesultanan Melayu yang mengembangluaskan bahasa

berkenaan melalui perdagangan serantau dan antarabangsa pada masa itu. Surat-surat

raja-raja dan sultan-sultan Melayu serta pembesar Melayu kepada pegawai-pegawai

British dan Belanda ditulis dalam bahasa Melayu (Gallop, 1994; Drakard, 1999).

Kitab-kitab dan naskhah-naskhah Melayu ditulis dengan aksara Jawi membantu

menyebarluaskan bahasa Melayu. Di Aceh, bahasa Melayu adalah bahasa istana,

malah Hikayat Aceh juga ditulis dalam bahasa Melayu (Braginsky, 2003).

Page 75: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

67

Kemunculan dan kehadiran Islam dalam peradaban Melayu tidak boleh dipisahkan

daripada Islamisasi yang lebih luas yang berlaku di Asia Tenggara, khususnya di

Nusantara atau alam Melayu. Berdasarkan fakta sejarah yang telah ada, dapat

dirumuskan bahawa lautan ini telah menerima pengaruh Islam dari pelbagai penjuru,

dari Tanah Arab, China, India dan Parsi yang dibawa oleh para pendakwah sama ada

peniaga, ahli sufi atau para mubaligh. Islam berkembang di pelbagai tempat, bukan di

satu tempat sahaja (Mohammad Abu Bakar, 2000: 23-24).

Islam telah membawa perubahan yang transformatif, dari mengamalkan

kepercayaan tradisi yang animistik kepada kepercayaan yang tauhid dan bertaqwa

kepada Tuhan yang esa. Walaupun Islam berkembang secara sinkretis namun secara

beransur-ansur transformasi tersebut berlaku secara menyeluruh, mensenyawakan

satu sintesis yang amat erat sehingga menjadi faktor yang mentakrif Melayu sama ada

dari segi kebudayaan dan konstitusi. Sintesis atau transformasi kebudayaan tidak akan

berlaku seandainya pengaruh yang datang itu tidak kuat, tidak praktikal berbanding

dengan kepercayaan yang sedia ada.

Penerimaan Islam oleh kesultanan Melayu, seperti Melaka sebagai contoh,

membuka lembaran baru dalam sejarah Islam umumnya dan sejarah masyarakat dan

budaya Melaka khasnya. Penerimaan Islam melalui istana maka rakyat turut sama

menerimanya seperti terakam di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Transformasi

terpenting ialah konsepsi dan pandangan dunia bahawa raja adalah bayangan Tuhan

di muka bumi telah ditukar kepada wakil Tuhan di muka bumi (khalifat-ul-ardh). Nilai

politik Islam diubahsuai seperti mana terkandung di dalam Hukum Kanun Melaka. Yang

menarik Adat Raja yang dibawa dari Palembang, atau ada yang menyebutnya sebagai

Adat Temenggung yang diwarisi oleh Melaka terus berfungsi dengan orientasi Islam.

Kedatangan Islam bukan sahaja telah membawa kebudayaan berpangkal kepada

ajaran Tauhid bahkan menukarkan kepercayaan tradisi dari Hindu-Buddha kepada

Islam. Jiwa kebudayaan Melayu dan Islam dapat dilihat dari cara pemakaian, minum,

pengembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan persuratan dan falsafah. Islam menjadi

jiwa dan roh Melayu dan kemelayuan, malah menjadi ideologi Melayu.

Page 76: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

68

Persoalan peradaban Melayu menjadi fokus Anthony Milner (2008) untuk

membicarakan persoalan kemelayuan. Terdapat empat perkara yang menjadi fokus

kemelayuan, iaitu raja atau sultan Melayu, agama Islam, bahasa dan kebudayaan atau

adat (Reid, 2004; Shamsul Amri, 2004).

Jati Diri Melayu

Sering terdengar dan terbaca bahawa apa itu Melayu. Di Persekutuan Malaysia seperti

yang termaktub di dalam Perkara 160 perlembagaannya menyatakan bahawa Melayu

itu “ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Melayu, menurut

adat istiadat Melayu”. Pentakrifan yang konstitusi ini juga digunakan secara kebudayaan

di alam Melayu, walaupun Melayu itu dikatakan satu etnik di Singapura dan Indonesia.

Pentakrifan ini membuktikan bagaimana sintesis antara Melayu dan Islam berlaku.

Islam menjadi faktor pentakrif Melayu. Ia juga boleh merupakan takrif kebudayaan

sehingga yang bukan Melayu, apabila memeluk Islam dan berkahwin dengan perempuan

atau lelaki Melayu dikatakan masuk Melayu dan akhirnya jadi Melayu. Ia bukan sekadar

penanda kultural tetapi juga ideologikal.

Dari takrifan berkenaan dapat dikesan tiga perkara pokok yang menentukan

Melayu, iaitu Islam, bahasa dan adat Melayu. Dari perbincangan di atas persoalan

kemelayuan yang diperkatakan di atas turut mengesahkan faktor yang sama. Selain

daripada raja atau sultan Melayu, yang masih kekal pada masa kini di Persekutuan

Malaysia, Islam turut berperanan mentakrif Melayu. Walaupun faktor raja dan sultan

tidak menjadi faktor di Singapura dan Indonesia serta juga daerah Melayu lain, namun

Islam, bahasa dan adat Melayu tetap menjadi teras kemelayuan.

Sembilan raja-raja Melayu yang sedia ada di Persekutuan Malaysia adalah lanjutan

dan kesinambungan masa lalu. Sultan Kedah dan kesultanannya adalah di antara yang

terawal dan tertua. Walaupun Kesultanan Melaka telah tiada dialahkan oleh Portugis

pada tahun 1511, namun disambung oleh Kesultanan Johor (1528) dan Kesultanan

Perak (1528). Kelang yang pada abad ke-15 merupakan Jajahan Melaka dan pada

abad ke-16 hingga 17 menjadi jajahan takluk Johor-Riau, namun pada tahun 1743 Raja

Page 77: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

69

Lumu menjadi Sultan Selangor pertama. Seandainya disemak dari Sulalat-al-Salatin

kerajaan dan Kesultanan Pahang Inderapura, Terengganu dan Kelantan sudah sedia

wujud sezaman dengan Melaka.

Sebagai pelajar bidang Pengajian Melayu, amat disedari bahawa bahasa dan

adat Melayu itu dinamik. Bahasa Melayu yang berkembang ribuan tahun lalu mungkin

berbeza dengan bahasa Melayu kini dari segi kosa-kata, tata-bahasa, pembangunan

dan perkembangannya. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia

seperti yang termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Persoalan yang bakal dikemukakan di antara kedinamikan bahasa Melayu ialah

persoalan kesantunannya yang menjiwai kemelayuan itu. Maka isu jati diri Melayu

sewajarnya juga dibincangkan bukan sahaja dari sudut jati diri lahiriah sahaja tetapi

juga dari sudut batiniah.

Dari sudut lahiriah Melayu itu lazimnya bersawo-matang warna kulitnya. Walau

pun ada orang Melayu yang putih kuning dan hitam manis; kadang kala ada juga yang

hitam legam mahupun putih melepak. Orang Melayu lazimnya tidak tinggi yang rata-rata

sekitar antara 1.5 meter hingga 1.6 meter. Ada yang tinggi lampai walaupun ada yang

rendah dan jarang pula katek. Ada yang langsing, berisi, gempal, gemuk dan agam.

Rambut mereka ikal mayang, kerinting dan halus.

Bahawa jati diri Melayu itu ada jiwa dan rohnya. Kemelayuan bukan sahaja dilihat

dari sudut siratan yang bertali kepada asal usul sejarah, bahasa, budaya, agama dan

wilayah. Penerokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman atau batiniah

Melayu. Aspek batiniah ini bukan sekadar rasa atau emosi, atau sekadar persoalan

cinta kasih sayang seperti yang dihadapi oleh remaja Melayu kini. Ada persoalan yang

besar dari rasa atau emosi. Apakah yang mendasari atau persoalan utama di dalam the

Malay mind itu, atau di dalam the Malay psyche itu(?).

Untuk meneroka persoalan ini, perlu disedari, terdapat khazanah kepustakaan

seperti mitologi, kesusasteraan lisan dan tulisan, perundangan dan adat, malah ideologi

dan falsafah yang terkandung di dalam pepatah, peribahasa gurindam, pantun dan

sebagainya boleh dikaji untuk memahami persoalan ini. Tenas Effendy (2004, 2007),

Harun Mat Piah (2001) di antaranya telah menghimpun dan mengkaji pemikiran Melayu

dari sumber-sumber berkenaan. Muhammad Haji Salleh (1991, 1999, 2000) sebagai

Page 78: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

70

contoh juga telah berusaha menyelongkar dari perut khazanah kesusasteraan Melayu

akan persoalan ini.

Di dalam naskhah Adat Raja-Raja Melayu yang dikarang oleh Datuk Zainuddin

pada 1779, terdapat satu fasal khusus “Asal Mulanya Nama Melayu”, yang di antaranya

tercatat:

“Fasal pada menyatakan, ada-nya erti Melayu ini ada-lah ia melayukan diri-nya, iaitu yang di-ibaratkan orang dahulu kala daripada erti Melayu, ada-lah sa-umpama puchok kayu yang melayukan diri-nya dan bukan layu-nya itu kerana kena panas atau api. Bahasa-nya dengan sahaja2 ini juga yang melayukan diri-nya, ya’ani ia merendahkan diri-nya dan tiada ia mahu membesarkan diri-nya, baik daripada adab-tertib-nya atau daripada bahasa peratoran-nya atau daripada adab makan minum-nya dan perjalanan-nya dan kedudukan-nya sama ada di-dalam majlis atau pada tempat yang lain. Maka daripada perkara itu, tiada di-perbuat-nya itu dengan mamang, melainkan ada-lah dengan perangai-nya yang lemah lembut, tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan itu-lah ada-nya. Hamba terima daripada Tuan Haji Abdul ‘Arif di-dalam Riau ada-nya. Entah al-kalam dari-pada sa-genap perkara-nya, itu-lah erti Melayu yang dibahagikan orang dahulu.

Shahadan maka lagi ada-lah yang di-kehendaki oleh isti’adat orang Melayu itu dan di-bilangkan anak yang majlis, ia itu apabila ada ia mengada ia atas sa-suatu kelakuan melainkan dengan pertengahan jua ada-nya, ya’ani daripada segala kelakuan dan perbuatan dan pakaian dan perkataan dan makanan dan perjalanan-nya sekalian itu tiada dengan berlebih-lebehan dan dengan kekurangan melainkan sekalian di-adakan-nya dengan keadaan yang sederhana juga ada-nya. Maka orang itu-lah yang di-bilangkan anak yang majlis; tambahan pula dengan adab pandai ia menyimpan diri-nya, maka berlebih2 lendib atau sidib ada-nya, seperti kata hukama: “Hendak-

Page 79: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

71

lah kamu hukum-kan kerongkongan kamu di-dalam majlis makan dan hukumkan mata-mu tatkala melihat perempuan dan teguhkan lidah-mu daripada banyak perkataan yang sia2 dan tulikan telinga-mu daripada perkataan yang keji2. “Maka apabila sampai-lah sa-orang kepada segala syarat ini, iaitu-lah orang yang majlis nama-anya dan demikian lagi perkataan segala orang yang ‘arif budiman kepada hamba yang daif ini.”

Apa yang telah dirakamkan bukanlah satu rakaman mengenai ciri-ciri fizikal atau

tempat asal usul tetapi lebih merupakan catatan mengenai adat, adab, perangai, tingkah

laku, peribadi, perlakuan dan pengucapan. Satu kenyataan yang menggambarkan

perwatakan atau karakter Melayu yang cukup khas. Beberapa perkara yang menarik

untuk direnungkan mengenai jati diri Melayu antaranya:

a) Melayukan diri – iaitu merendahkan diri, tiada mahu membesarkan diri, baik

dari segi adab tertib, bahasa pertuturan, adab makan minum, perjalanan dan

kedudukan.

b) Tidak mamang – iaitu lemah lembut (tidak kasar), tidak berlebih-lebihan, tidak

berkurangan.

c) Anak atau orang yang majlis – dengan pertengahan (sederhana) sama ada

perlakuan, perbuatan, perkataan, pakaian, makanan dan perjalanannya.

d) Adab pandai menyimpan diri – mengawal perasaan

Apa yang dikemukakan oleh fasal yang berkenaan merupakan ciri keunggulan

perwatakan kemelayuan. Frasa-frasa ‘melayukan diri’ dan ‘anak yang majlis’ adalah

penghuraian kepada keunggulan akhlak dan budi pekerti Melayu. Persepsi pengarang

terhadap watak unggul Melayu itu terpancar ke dalam maksud bahawa Melayu itu

beradab dan beradat, berakhlak dan beretika. Sesuai dengan persepsi tersebut,

terdapat satu konsep yang sudah sebati dengan Melayu dan kemelayuan iaitu budi.

Budi merupakan satu fakulti, alam jiwa, yang mengamal, mengatur akhlak atau pekerti,

etika, adab dan moral manusia. Sebagai fakulti ia adalah hikmah yang menerangkan,

Page 80: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

72

mengetahui dan mampu membuat pilihan. Lantaran itu budi adalah struktur batiniah

Melayu yang terpancar dari hikmah yang Maha Tinggi (Allah).

Dalam hal yang demikian ‘akal budi’, ‘hati budi’, ‘budi bicara’ adalah fakulti atau

alam fikiran yang menentukan kewarasan akal dan kejernihan perasaan (hati atau qalbu)

untuk membuat tindakan yang bijaksana. Lantaran itu akhlak atau budi pekerti atau

‘melayukan diri’ atau ‘anak yang majlis’ adalah satu keseluruhan kesan struktur lahiriah

dari pancaran struktur batiniah. Struktur lahiriah tersebut dapat dilihat dari pengucapan,

tatatertib, kesantunan, adab, adat, resam, sambaan cakap, perangai, tindakan dan

keputusan, atau keseluruhan perlakuan fizikal manusia yang berlaku di pelbagai tahap

interaksi sosial setiap insan.

Persepsi ‘melayukan diri’ dan ‘anak yang majlis’ adalah persepsi yang menjelaskan

watak manusia Melayu yang ‘budiman’. Penerapan nilai ‘budiman’ bertujuan untuk

melahirkan manusia Melayu yang bermoral, berakhlak, beretika, beradab, beradat,

berhati mulia, berakal, berilmu, bijaksana, tahu membalas budi, cukup ajar dan yang

paling penting ialah beriman dan bertakwa kepada Allah. Lantaran itu ‘melayukan diri’

dan ‘anak yang majlis’ atau ‘budi’ dan ‘budiman’ ialah teras kemanusiaan, moraliti dan

etika Melayu yang berpaksikan ketauhidan atau ketuhanan.

Kata kunci penting ialah budi dan segala gugusan berhubung dengannya iaitu akal

budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa, dan budi pekerti. Budi adalah suatu konsep

yang menyeluruh yang menyatakan persoalan tatasusila yang dibincangkan awal di

atas.

Namun kadangkala persoalan ini sering bertindih dengan satu lagi konsep tatasusila

Melayu iaitu adat. Walaupun berasal dari kosa-kata Arab iaitu addah namun perkataan

ini sudah sedia ada dalam masyarakat di Alam Melayu. Lantaran perkataan atau kosa

kata tersebut sudah menjadi kosa kata Melayu, tetapi makna asal kosa kata itu ialah

kebiasaan, namun ia merupakan salah satu daripada kategori dan tahap makna adat.

Secara generic atau secara umum adat merujuk kepada satu cara hidup atau

budaya. Orang Melayu di Alam Melayu sering menyebut mengenai sesuatu fenomena

budaya sebagai “ini adat kami” atau “ini cara kami”. Adat ialah satu konsepsi yang

menjelaskan satu keseluruhan cara hidup orang Melayu di Alam Melayu. Perlu disedari

sebelum kata budaya atau kebudayaan digunakan, orang Melayu menyebut adat untuk

maksud budaya tau kebudayaan.

Page 81: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

73

Adat juga bermaksud usaha atau cara manusia mengatur kehidupan. Setiap

masyarakat di dunia bermatlamat agar kehidupan mereka aman, rukun, teratur,

tersusun dan sejahtera, dan mereka berusaha menghindari hidup yang penuh kacau

bilau serta porak peranda. Masyarakat mengadakan pelbagai institusi seperti sosial,

ekonomi, politik, sistem nilai, sistem hukum dan sebagai untuk mengatur kehidupan

bermasyarakat. Masyarakat Melayu mengatur kehidupan dengan adat, seperti hukum

adat yang meliputi adat beraja, adat bernegeri, adat memerintah dan sebagainya.

Konsep adat dalam masyarakat Melayu di Alam Melayu memancarkan kesan

hubungan yang mendalam lagi bermakna antara sesama manusia, antara manusia

dengan alam sekeliling, termasuk alam tabie, alam sosial, dan alam ghaib. Setiap

hubungan diucapkan sebagai adat yang dapat dilihat dalam perlakuan, sikap, dan acara

atau upacara.

Seperti budi, adat merupakan struktur atau binaan asas yang menghubung

seluruh kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat atau ciri keperibadian

sesebuah masyarakat. Lantaran itu dalam masyarakat tradisi Melayu di Alam Melayu

adat mempunyai cerita asal-usulnya, ada legenda, ada watak asal-usul yang gagah,

bijaksana dan unggul. Cerita asal-usul ini memberi asas makna dan mengabsah setiap

perkara atau peristiwa yang berlaku dalam pusingan kehidupan manusia, kewujudan

setiap institusi dalam masyarakat.

Adat memancarkan kepada masyarakatnya tata-perlakuan yang betul dan halus,

suatu kehidupan yang bermatlamat kesejahteraan sosial, bukannya keporak-perandaan,

untuk mengekal kesejahteraan sosial, maka adat mewujudkan sistem hukum dan

peraturannya. Sistem hukum dan peraturan Melayu berlandaskan perbilangan “biar

mati anak jangan mati adat”, yang bermaksud menegakkan keadilan dan kebenaran

walau pun anak sendiri yang bersalah. Adat di dalam perbilangan tersebut bermaksud

hukum peraturan.

Adat bukan sahaja merupakan struktur terkuat masyarakat Melayu tetapi juga

memberi jati diri kepada mereka. Adat adalah jati diri yang menyatupadukan seluruh

anggota masyarakat. Adat adalah struktur atau binaan yang mengukuh keperibadian

setiap anggota masyarakat seperti seorang yang ‘beradat’, atau “tahu adat”. Adat

adalah satu kehalusan perlakuan, sikap, tindakan, yang dapat diterima sebagai betul

Page 82: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

74

dan wajar. Seorang yang beradat atau tahu adat ialah seorang yang bersahsiah tinggi,

berwatak, mempunyai karakter yang baik, bermoral, beretika, yang semuanya diperoleh

dari satu proses sosialisasi dan enkulturasi atau pembudayaan yang telah diatur dan

ditetapkan oleh adat.

Setiap anak Melayu akan menempuh pelbagai adat istiadat rites de passage seperti

cukur jambul, bersunat, mengaji, bertunang, kahwin dan mati. Istiadat ini bukan sekadar

satu upacara peningkatan tahap, dari tahap dalam perut ibu, ke tahap bayi, ke tahap

kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ia adalah lambang kepada peningkatan kemelayuan

yang berlaku di dalam pusingan kehidupan mereka. Dia dimelayukan melalui istiadat

atau upacara berkenaan.

Adat Melayu mengalami perubahan lantaran perubahan masyarakat, di samping

prinsip adat mengizinkan perubahan, “sekali air bah, sekali pandai berubah”. Adat yang

berubah disebut sebagai adat baru, seperti yang berlaku di dalam istiadat perkahwinan

Melayu. Di dalam adat perkahwinan Melayu setiap tetamu akan dibekalkan kuih-muih,

pulut dan telur. Sekarang ini diganti dengan buah-buahan, jeli, coklat dan gula-gula.

Telur dan bunga telur yang dibekalkan merupakan satu perlambangan tentang

kehidupan dan kesuburan. Telur di dalam masyarakat Melayu adalah lambang

kejantanan, keberanian di samping lambang kesuburan dan kehidupan; bunga telur

pula adalah pohon kesuburan atau kehidupan. Lantaran itu perkahwinan adalah usaha

meneruskan kehidupan dan membuktikan kesuburan. Apabila diganti dengan gula-

gula atau coklat, maka makna perlambangan itu sudah berbeza. Gula membawa erti

manis, ibarat manis tebu, atau ibarat manis di bibir. Manis tebu di pangkal tidak serupa

ke pucuk, sedangkan manis di bibir tidak kekal ia sementara. Perkahwinan bukannya

penyatuan kesementaraan dalam konteks orang Melayu, ia adalah hubungan antara

keturunan untuk mendapat zuriat.

Perkahwinan adalah di antara institusi yang melanjutkan kemelayuan. Melalui

hubungan perkahwinan orang Melayu menyusur-galurkan zuriat dan keturunan. Orang

Melayu tidak melihat semata-mata dari pihak ibu sahaja atau pihak bapa sahaja. Orang

Melayu menyusur-galurkan keturunan melalui kedua-dua pihak, iaitu pihak bapa dan

ibu. Sistem ini dinamakan sebagai sistem bilateral atau duasisi atau duanisab. Ada

juga orang Melayu yang melihat kerabatnya dari satu nisab, iaitu nisab ibu seperti orang

Minangkabau atau nisab bapa seperti orang Batak.

Page 83: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

75

Di atas tadi telah menyebut di antara psyche orang Melayu, dan cuba memberi

penjelasan dengan memetik fasal usul nama Melayu dari teks Adat Raja-Raja Melayu.

Kekuatan semangat, jiwa dan roh Melayu dan kemelayuan dimantapkan oleh Islam,

selain dari apa yang telah dihuraikan di atas.

Islam dan adat Melayu merupakan dua elemen yang saling melengkapi, terintegrasi

di dalam wadah kemelayuan. Kedua-dua bukan sahaja boleh wujud sendirian, bukan

sahaja dualistik, tetapi diintegrasi ke dalam wadah kemelayuan itu. Wadah yang

terintegrasi ini dapat dilihat secara luaran apabila kita melihat tafsiran Melayu dan

kemelayuan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160. Sedangkan

wadah batiniah atau dalamannya dapat dilihat di dalam seluruh akal budi, hati budi

Melayu itu.

Adat Melayu meletakkan keutamaan orang yang majlis, yang halus pekertinya,

santun bahasanya, berilmu, waras akalnya, adil dan saksama hati budi serta budi

bicaranya. Seluruh aspek akhlak dan moral Melayu itu terpancar daripada karektor

Melayu yang berkualiti tinggi. Kualiti atau nilai tertinggi yang perlu ada di dalam diri

seorang Melayu ialah nilai keilahian atau ketauhidan seperti yang dituntut oleh Islam.

Paling tidak kesempurnaan lahiriah ini membentuk seseorang menjadi manusia, menjadi

orang.

Di satu sisi, seorang yang beradat ialah seorang yang tahu mengatur tuntutan

fardhu ‘ainnya, dan sisi lain pula tahu tuntutan fardhu kifayahnya. Seorang Melayu yang

beradat tahu di dalam paksi vertikal kehidupannya, ia tidak memutuskan hubungan

sejati lagi abadi dirinya dengan Allah, dan sentiasa pasrah kepada Allah. Secara

horizontal tahu akan kewujudan orang lain. Melayu tahu apa yang dimaksudkan dengan

habluminallah dan habluminannas.

Pancaran Islam ke dalam diri Melayu, khasnya ketamadunan Melayu di Alam

Melayu cukup kuat dan mantap. Islam berkembang melalui bahasa Melayu dan

perdagangan maritim, di samping menjadi agama rasmi kesultanan Melayu. Islam

memancar cahayanya ke dalam tradisi keintelektualan Melayu seperti yang terkandung

di dalam korpus kesusasteraan Melayu. Islam memancarkan cahaya ketauhidan dan

ilmu kepada Melayu dan kemelayuan sehingga sukar untuk memisahkan Melayu dari

Islam, dan Islam jadi faktor denitif kemelayuan. Benarlah kata perbilangan adat Melayu

untuk membuktikan betapa terintegrasi Melayu dan Islam:

Page 84: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

76

Adat bersendikan hukumHukum bersendikan syara’Syara’ bersendikan kitabullah

Perbilangan atau ungkapan di atas membuktikan betapa sintesis Melayu Islam itu

berlaku di dalam sistem perundangan Melayu. Namun di dalam menghadapi cabaran

kehidupan moden sama ada Melayu di Malaysia atau di Singapura, terdapat ungkapan

menyebut

Agama dijunjungAdat dipangkuModen dikelek

Sebagai satu masyarakat dan budaya yang bijak menyesuaikan (adaptif) diri, mewarisi

unsur keterbukaan lantaran hidup di dalam suasana kepulauan, maka Melayu

tahu menghadapi kemodenan. Walaupun mereka kadangkala lemas di dalam arus

kemodenan, tetapi perlu dihadapi. Perubahan-perubahan yang berlaku secara reformatif

mahupun transformatif telah ditanggapi oleh para penggerak obor perubahan ialah

para intelektual mereka. Abdullah Munshi pada abad ke-19; Syed Sheikh al-Hadi dan

Sheikh Tahir Jalaluddin dan Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) telah turut mengemukakan

pandangan kepada persoalan transformasi pada awal abad ke-20; termasuk juga

buku Malay Dilemma (1970) karangan Mahathir Mohammad; Revolusi Mental (1970)

oleh Senu Abdul Rahman. Para intelektual yang terdiri daripada para pendidik (guru),

wartawan, sasterawan, agamawan malah ahli-ahli politik merupakan para pejuang

yang menyeru kepada kebijaksanaan Melayu mengekalkan jati diri yang sesuai untuk

menghadapi perubahan.

Di sebalik akan segala perubahan yang transformatif, budayawan agung Riau,

Tenas Effendy (2004) di dalam karya besarnya Tunjuk Ajar Melayu, telah menggariskan

tanda-tanda kejatian Melayu.

Page 85: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

77

Apa tanda Melayu jatidengan Islam ia bersebati

Apa tanya Melayu jatikepada ibu bapa ia berbakti

Apa tanda Melayu jatiadil dan benar pelita hati

Apa tanda Melayu jatibelajarnya tekun sampai mati

Apa tanda Melayu jatiorang berilmu ia dekati

Apa tanda Melayu jatiberkorban tidak mengharap ganti

Seandainya ditelusuri secara mendalam akan seluruh bingkai-bingkai ungkapan Tenas

Effendy akan ditemui nilai yang essential (pati atau sari) kepada jati diri kemelayuan,

khasnya yang mengisi aspek lahiriah dan batiniah Melayu.

Page 86: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

78

Kesimpulan

Nilai-nilai essential yang di antaranya dikemukakan sama ada tatasusila, akhlak, moral

dan etika yang dikemukakan di atas menggambarkan suatu kehalusan manusia Melayu

yang dicernakan melalui budi dan adat. Namun amat disedari bahawa jati diri adalah

suatu yang dinamik, boleh dikenal pasti dari pelbagai sudut serta dimensi dan secara

berterusan akan sering berubah dan akan ditakrif lagi sesuai dengan konteks zaman.

Kedinamikan tersebut amat bergantung pada perkembangan sosio-budaya yang

berlaku. Melayu sebagai satu konsep kebudayaan dan kemelayuan sebagai unsur

essential peradaban akan menghadapi cabaran perubahan. Adalah amat diharapkan

jati diri batiniah Melayu akan terus kekal. Namun seandainya bahasa Melayu atau dialek

Melayu ditarik keluar dari jiwa raga serta benak akal Melayu, akan mengurangkan salah

satu unsur kemelayuan. Begitu juga jika agama Islam ditolak keluar dari jiwa dan roh

Melayu, maka runtuhlah benteng utama kemelayuan. Jarang terdapat di dunia jati diri

seseorang itu ditakrif berdasarkan bahasa dan agama. Konsep etnisiti yang digunakan

di tempat lain tidak dijiwai oleh faktor bahasa dan agama.

Page 87: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Peradaban dan Jati Diri Melayu

79

Bibliografi

Adelaar, K.A, 1995. “Borneo as a Crossroad for Comparative Austronesian Linguistic”, dlm.

Belwood. P, Fox. J and Tryon. D, (ed.)s. The Austronesian. Canberra: Department of

Anthropology, PSPAS, ANU, hlm. 75-95.

Ahmad Hakimi Khairuddin, 1998. “Arkeologi Pra-Sejarah dan Pengajian Melayu”, dlm. Hashim

Awang, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin Borhan, (ed.). Pengajian Sastera dan Sosio-

Budaya Melayu: Memasuki Alaf Baru, Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.

Andaya, L.Y, 2008. Leaves of the Same Tree, Trade and Ethniaty in the Straits of Melaka.

Honolulu: Universiti of Hawaii Press.

Bellwood. P, 1997. Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. Honolulu: University of Hawaii

Press.

Braginsky. V.I, 2003. Satukan Hangat dan Dingin, Kehidupan Hamzah Fansuri: Pemikir dan Penyair Sufi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins. J.T, 1995. “Pulau Borneo Sebagai Titik Tolak Pengkajian Sejarah Bahasa Melayu” dlm.

Dewan Bahasa, 39 vol. hlm. 868-879.

Drakard, Jane, 1999. A Kingdom of Words: Language and Power ini Sumatera. Kuala Lumpur:

Oxford University Press.

Gallop, Annabel Teh, 1994. The Legacy of Malay Letters. London: The British Library,

Harun Mat Piah, 2001. Pantun Melayu, Bingkisan Permata. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Ismail Hussein, 1990, “Between Malay and National Culture”, dlm. Malay Literature 3, 2, vol.

54-74.

Jelani Harun, 2003, Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Pustaka.

Mahathir Mohammad, 1970. The Malay Dilemma. Singapore: Donald Moore

Milner, Anthony, 2008; The Malays; Wiley-Blackwell; United Kingdom.

Mohammad Abu Bakar, 2000. “Islam dalam Pembinaan Tamadun di Malaysia”, dlm. Mohd Taib

Osman dan A. Aziz Deraman, (ed), Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. hlm. 21-65.

Muhammad Haji Salleh, 1991. Yang Empunya Ceritera: Mind of The Malay Author. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

___________________, 1999. Menyeberang Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

____________________, 2000. Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 88: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

80

Nik Hassan Suhaimi, 1993. “Menyusuli Asal Usul Orang Melayu: Dari Perspektif Arkeologi

Semenanjung Malaysia”, dlm. Nik Hassan Suhaimi, Mohd. Samsuddin dan

Kamaruzzaman Yusoff, ed, Sejarah dan Proses Pemantapan Negara Bangsa,

Prosiding Kongres Sejarah Malaysia Kedua, Jilid II, Persatuan Sejarah Malaysia,

Kuala Lumpur.

Reid, Anthony, 1993. Southeast Asia in the Age of Commerce. New Haven: Yale University

Press.

___________, 2004. “Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities”,

dlm. Barnard, Timothy, (ed.). Contesting Malayness, Malay Identity Across Boundaries.

Singapore: Singapore University Press, National University of Singapore.

Senu Abdul Rahman, 1970. Revolusi Mental. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Shamsul, A.B, 2004. “A History of an Identity, an Identity of a History: The Idea and Practice

of Malayness Malaysia Reconsidered, dlm Barnard, Timothy (ed.). Contesting

Malayness, Malay Identity Across Boundaries. Singapore: Singapore University Press,

National University of Singapore.

Tenas Effendy, 2004. Tunjuk Ajar Melayu. Jogjakarta: Balai Kajian Pengembangan Budaya

Melayu dan Penerbit Adicipta.

____________, 2007. Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Selangor: Malindo

Printers, Shah Alam.

Zainal Kling, 1997a. “Adat Collective Self Image”, dlm. Hitchock and King, Victor, (ed.). Images of

Malay Indonesian Identity. Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm. 45-52.

___________, 1997b. “Adat: Dasar Budaya Melayu”, dlm. Parnikel, Boris, (ed.). Kebudayaan

Nusantara Kepelbagaian dalam Kesatuan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka hlm. 42-65.

Page 89: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu Dan Semangat Patriotisme

MengikutKacamata IslamShaykh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady*

ISTAC IIUM, IIM, Yayasan Karyawan

* Dr. Syeikh Muhammad ‘Uthman El-Muhammady adalah felo ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Yayasan Karyawan

Page 90: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

82

Pendahuluan

Bi’awnika ya Latif! Dalam ceramah ringkas ini saya menegaskan dan berhujah bahawa

jati diri Melayu-Islam itu adalah sesuatu hakikat yang ada dan ‘real’, bukan khayalan

dalam sejarah bangsa ini dan budayanya semenjak berlakunya penerimaan Islam di

rantau ini dan penerimaan faham alam (worldview) berdasarkan tauhid-Nya. Takrif

‘jati diri’ dalam Kamus Dewan (2007: 613) sangat jelas; ia ‘sifat atau ciri yang unik

dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dsb.) yang menjadi teras dan

lambing keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb., identiti’. Takrif ini

digunakan dalam artikel ini. Kemudian akan dibicarakan juga bagaimana jati diri

ini dan kemudiannya semangat kebangsaan atau patriotisme membawa kejayaan

kepada Malaysia dan ia serasi dengan ajaran Islam, bukan bercanggah dengannya.

Seterusnya tanpa menggunakan masa untuk melihat sejarah itu saya rasa lebih baik

saya terus pergi kepada konsep jati diri Melayu antaranya sebagaimana yang ada

dalam isi kandungan hikmah kebijaksanaannya.

Dalam kertas kerja penulis di Brunei tidak lama sebelum ini saya berbicara

berkenaan dengan isi kandungan kebijaksanaan Melayu. Dalam memperkatakan tajuk

itu antaranya, saya ulangi di sini, iaitu saya menyatakan bahawa maksud hikmah

kebijaksanaan Melayu itu ialah nilai-nilai, kata-kata dan tingkah laku serta perbuatan yang

menunjukkan kebenaran dan kebaikan yang tinggi dalam pemikiran, pegangan, sikap,

renungan dan perbuatan dalam kalangan orang Melayu. Ini adalah sebagaimana yang

terbayang dalam kata-kata terkenal: Hidup bersendikan adat, adat bersendikan syarak

dan syarak bersendikan kitabullah. Ia menggabungkan dalam satu kesepaduan antara

panduan wahyu dan nubuwwah, faedah daripada pengalaman manusia yang terjelma

dalam adat yang serasi dengannya serta percubaan dalam hidup yang dianggap terbaik

dan paling unggul dalam hidup mereka. Pada hemat penulis, ini sangat harmonis dan

selaras dengan pegangan dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi anutan

rantau ini.

Hikmah kebijaksanaan Melayu boleh didapati dalam pantun-pantun, kata-

kata pepatah, ungkapan-ungkapan tradisional dan sudah tentu dari segi agamanya ia

terkandung dalam teks-teks yang menerangkan Qura’n, hadith-hadith nabi, pegangan

Page 91: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

83

akidah, hukum-hakam, prinsip-prinsip akhlak, tatacara menyusun masyarakat dan

negeri serta penyuburan ilmu pengetahuan dengan kepelbagaian cawangan.

Dalam Qur’an diterangkan dalam ayat;

Dan antara ayat-ayat-Nya ialah (Ia) menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan pada pertuturan bahasa kamu dan warna kulit kamu (ar-Rum:22); dengan itu kita melihat kenyataan dari Allah Taala berkenaan dengan adanya ayat-ayat Tuhan pada bahasa-bahasa pertuturan dan juga warna kulit umat manusia.

Ini terbayang lagi dalam ayat Qur’an

Dan sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenal antara sesama kamu (atau saling pelajari ilmu pengetahuan antara sesama kamu) dan sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa (al-Hujurat:13).

Nampaknya yang boleh disimpulkan sebagai ‘hikmah kebijaksanaan Melayu’

ialah intisari pengajaran yang terkandung dalam ‘tunjuk ajar Melayu’ itu. Ini digunakan

oleh Pak Tenas Effendy antaranya dalam bukunya ‘Tunjuk Ajar Melayu’ (terbitan Dewan

Kesenian Riau, percetakan Yayasan KBMR Keluarga Besar Melayu Riau, 1994).

‘Tunjuk ajar Melayu’ itu ialah ‘segala jenis petuah, amanah, petunjuk, nasehat,

amanat, pengajaran, contoh tauladan, yang bermanfaat bagi kehidupan manusia

dalam arti luas’. (1994: 5). Ini diikuti dengan kenyataan bahawa pada orang tua-tua

Melayu ‘tunjuk ajar Melayu adalah segala petuah dan amanah, suri tauladan, nasihat

dan amanat, yang membawa manusia kejalan yang lurus dan diredhai Allah, yang

berkahnya menyelamatkan manusia dalam kehidupan di dunia dan di akhirat’.(1994:5).

Page 92: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

84

Berkenaan dengan ‘tunjuk ajar’ atau hikmah kebijaksanaan ini ia sedemikian

rupa sifatnya sehingga dikatakan tentangnya ‘Yang disebut tunjuk ajar tua:

Petunjuknya mengandung tuahPengajarannya berisi marwahPetuahnya berisa berkahAmanahnya berisi hikmahNasehatnya berisi manfaat

Pesannya berisi imanKajinya mengandung budiContohnya pada yang senonohTeladannya di jalan Tuhan’ (1994: 6)

Apakah kandungan tunjuk ajar itu? Tunjuk ajar itu mengandungi nilai-nilai unggul

(dari agama Islam), budaya dan nilai-nilai kemasyarakatan yang menjadi pegangan ahli

masyarakatnya. Dikatakan oleh orang tua-tua ‘di dalam tunjuk ajar agama memancar’

atau ‘di dalam tunjuk ajar Melayu tersembunyi berbagai ilmu’ (1994: 6-7). Tentang isi

kandungan tunjuk ajar itu diungkapkan:

Apalah isi tunjuk ajarilmu yang benarapalah isi tunjuk ajarsegala petunjuk ke jalan yang benarapa isi tunjuk ajar Melayukepalanya Syara’tubuhnya ilmu

apa isi tunjuk ajar Melayu:penyuci akalpenenang kalbuapa isi tunjuk ajar Melayupendinding aib

Page 93: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

85

penjaga maluapa isi tunjuk ajar Melayusari akidah patinya ilmumengekalkan tuah sejak dahulu (1994: 7)

Tentang kepentingan dan nilai tunjuk ajar (atau hikmah kebijaksanaan) itu jelas

daripada kata-kata bijaksana seperti di bawah:

Apa tanda Melayu jatiTunjuk ajarnya dipegang matiApa tanda Melayu amanatMemegang tunjuk ajar sampai ke lahatApa tanda Melayu berbudiTunjuk ajarnya dijunjung tinggiApa tanda melalu bertuahTerhadap tunjuk ajar tiada lengahApa tanda Melayu budimanTunjuk ajar dijadikan pakaian

Apa tanda Melayu berakalTunjuk ajar dijadikan bekalApa tandanya Melayu terpilihTunjuk ajarnya tiada beralih (1994: 7)

Demikianlah seterusnya untaian kata-kata yang menunjukkan hikmat bijaksana

dijadikan pegangan yang sebati dengan peribadi dan tidak berubah-ubah melainkan

elemen-elemen yang memerlukan sebenarnya kepada perubahan. Demi untuk

memastikan bahawa tunjuk ajar ini kekal dalam masyarakat sebagai tradisi yang

dipegangi dan dilaksanakan maka diajarkanlah untaian kata-kata:

Kalau duduk duduk berguruKalau tegak tegak bertanyaLalu pergi mencari ilmu (1994: 10)

Page 94: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

86

Sikap berpegang kepada ilmu dan pengalaman yang berharga dan teruji dalam

hidup terbayang dalam kata-kata berikut:

Bersua ulama minta petuahBersama guru meminta ilmuBersua raja meminta daulatBersua hulubalang minta kuatBersua orang tua minta nasehat (1994: 10)

Pewarisan dan kesinambungan tunjuk ajar itu dipastikan dengan berlakunya

amalan pada generasi yang terdahulu sebelum ia diturunkan ilmunya kepada generasi

yang berikutnya. Ini dapat difahami daripada untaian kata-kata yang penuh bermakna

seperti di bawah:

Sebelum mengajar, banyak belajarSebelum memberi contoh Bersifat senonohSebelum memberi teladanBetulkan badanSebelum menasehati orangNasehati diri sendiri (1994: 13)

Mudarat mengajarkan ilmu tanpa tauladan yang baik terlebih dahulu dijelaskan

dalam kata-kata:

Kalau contoh tidak senonohYang mencontohi akan bergaduh

atau:

Bila mengajar tidak benarYang diajar akan bertengkar (1994: 13)

Page 95: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

87

Pewarisan tunjuk ajar itu, demi memastikan kesinambungannya dalam peradaban,

dijadikan kemestian oleh adat, seperti berikut:

Petunjuk wajib ditunjukkanPengajaran wajib diajarkanYang petunjuk dipanjangkanYang pengajaran dibendangkan (asal tebal)dengan tunjuk ajar adat berakardengan tunjuk ajar imu mengakardengan tunjuk ajaryang kecil menjadi besardengan tunjuk ajaragama menjalarapa tanda orang berimantunjuk ajar ia turunkan (1994: 13)

Dalam pengertian yang senada dengan yang di atas dikatakan:

Tanda orang hidup beradatMewariskan tunjuk ajar ia ingatSupaya hidup selamatTunjuk ajar diingat-ingatDiturunkan bercepat-cepatDiwariskan ketika ingatDisampaikan di mana sempat (1994: 14)

Prinsip mementingkan contoh tauladan yang dilihat secara nyata adalah jelas diungkapkan:

Mencontoh kepada yang nampakMeniru kepada yang nyata (1994: 15)

Page 96: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

88

Prinsip ini menyebabkan orang-orang yang bicaranya baik-baik tetapi tauladan dan amalannya sebaliknya tidak diambil berat oleh orang dalam masyarakat Melayu tradisional. Dengan itu terkenal untaian kata-kata: Mulut bermadu perangai macam hantu, atau mulut manis, kelakuan macam iblis. Terkenal juga kata-kata berkenaan dengan orang ‘lidah bercabang’:

Bila bercakap lidah bercabangSeumur hidup tak dipercaya orang

Atau dikatakan:

Bila bercakap bercabang lidahPantang sekali memegang amanah

Menarik juga dalam prinsip kebijaksanan Melayu ini ialah konsep ‘tua’ dalam erti

intelektual dan budaya. Ini jelas ternyata dalam ungkapan berikut:

Kalau menjadi tua orangLangkahnya dilihat lidahnya dipegang

Kalau menjadi orang tuaSesuaikan langkah dengan bicara

Kalau sudah dituakan orangLahir batin jangan bercabang

Kalau menjadi tua orangPantang sekali berlaku sumbang (1994: 20)

Page 97: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

89

Gambaran tentang manusia berbahagia pula, disebut sebagai ‘manusia bertuah’

ialah:

Apa tanda manusia bertuahKecil menjadi tuah rumahBesar menjadi tuah negeriBertuah hidup bertuah mati (1994: 20)

Dan orang yang mendapat faedah yang paling banyak daripada ‘tunjuk ajar’ ialah

orang yang berakal yang cepat mendapat iktibar:

Untuk memahami tunjuk ajarBanyakkan faham serta iktibar

Untuk memahami tunjuk ajarTajamkan mata banyak mendengar

Untuk memahami tunjuk ajarTekunkan menyemak, kuat belajar

Untuk memahami tunjuk ajarBanyak ilmu perlu didengar

Dan ketepatan dalam faham sangat diutarakan seperti berikut:

Salah tangkapBadan mengidap

Salah maknaBadan celaka

Salah ertiRusak pekerti

Page 98: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

90

Salah pakaiKerja terbengkalai

Salah tafsirKerja membazir. (1994: 22)

Berkenaan dengan kandungan tunjuk ajar itu ia jelas seperti berikut:

Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullahAdat adalah syarak semataAdat semata Quran dan sunnahAdat sebenar adat ialah kitabullah dan sunnah NabiSyarak mengata adat memakaiYa kata syarak , benar kata adatAdat tumbuh dari syarak, syarak tumbuh dari kitabullahBerdiri adat kerana syarak…Apa tanda Melayu jatiBersama Islam hidup dan mati (1994: 25)

Dalam teks Pak Tenas Effendy, ini diikuti dengan beberapa hakikat dalam

kehidupan Melayu yang menunjukkan kesebatian hikmah kebijaksanaan yang meresap

dan sebati dalam hidup yang pada gambaran ini ia menjadi ‘malakah keagamaan’

(istilah ibn Khaldun dalam Muqaddimah) pada diri Melayu itu.

Antaranya bagaimana Islam ‘melekat dihati’nya, ‘dengan Islam ia bersebati’,

‘hidup taqwa kepada Allah’, ‘hidup mati bersama akidah (Ahli Sunnah Wal-Jamaah)’,

‘memeluk Islam ianya kekal’, ‘membela Islam tahan dipenggal’, ‘hidup matinya dalam

beriman’, ‘taat setia menyembah Tuhan’, ‘memeluk Islam tidak beralih’, ‘membela Islam

tahan sembelih’, ‘kepada Allah tercurah kasih’, ‘membela Islam tahan dipijak’, ‘di dalam

Islam beranak pinak’, ‘kepada Allah tempatnya ingat’, ‘syarak dipegang sunnah diingat’,

‘mengingat Allah tiada bertempat’, ‘membela Islam tahan dibakar’, ‘ajaran Islam ia

mengakar’, ‘kepada syarak ia menepat’ dan seterusnya (1994: 26-27).

Page 99: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

91

Tanda orang Melayu ialah ‘membela Islam tahan dicincang’, ‘mendirikan Islam

tiada bercabang’, …’dengan Islam ia menyatu’, ‘Islam menjadi kain dan baju’, ‘Islam

semata dalam kalbu’ (1994: 28).

Cara hidup Melayu mengikut hikmat kebijaksanaannya ialah: ‘yang kaji dihalusi,

yang amal diperkekal, yang syarak disimak, yang sunnah dimamah, yang iman

dipadatkan, yang hati disucikan, yang akal disempurnakan’ (1994: 29).

Butir-butir tunjuk ajar itu cukup untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa

yang mempunyai prinsip-prinsip kehidupan bagi menjaga hubungannya dengan

Tuhannya, dengan sesama manusianya, dengan alam sekitar dan sejarah, serta

dengan keabadiannya. Ia berupa panduan yang digabungkan daripada ajaran wahyu,

nubuwwah, pengamatan manusia dengan kelengkapan-kelengkapan dirinya serta

sejarah yang berlaku dan pengalaman manusiawinya.

Dalam teks Tunjuk Ajar Melayu itu terdapat bimbingan kebijaksanaan Melayu

tentang ketaqwaan kepada Tuhan, ketaatan kepada ibu bapa, ketaatan kepada

pemimpin, persatuan dan kesatuan dengan gotong-royongnya, tentang keadilan dan

kebenaran, kelebihan menuntut ilmu pengetahuan (bab-bab 1-6), berkenaan dengan

nilai-nilai pembentukan peribadi dan kalbu dengan sifat-sifat ikhlas dan rela berkorban,

sifat rajin dan tekun dalam pekerjaan, sikap mandiri, sikap berbudi, bertanggungjawab,

sifat malu bertempat, kasih sayang, (bab-bab 7-13), berkenaan dengan hak dan milik,

mesyuarat dan muafakat, keberanian dan kejujuran, sifat berhemat dan cermat, sifat

rendah hati, bersangka baik terhadap makhluk, sifat rajuk, tahu diri, keterbukaan, sifat

pemaaf dan pemurah, sifat amanah, sikap memanfaatkan waktu, berpandangan jauh

ke depan, mensyukuri ni’mat Ilahi, sikap hidup sederhana (tidak terpengaruh dengan

kepenggunaan untuk menunjuk-nunjuk – ‘conspicuous consumerism’) (bab 14-29).

Sifat-sifat serta sikap yang tersebut itu datang daripada bangsa Melayu yang sifat-sifat

unggulnya ditarbiah dengan kesempurnaan agama Islam. Melayu dan agama Islam

adalah kesebatian yang sukar digambarkan.

Dalam teks yang sama (1994: 397-610) terdapat prinsip-prinsip kebijaksanaan

Melayu berhubungan dengan amanah, yang sekarang banyak diperkatakan dalam hal

memantapkan budaya integriti: amanah guru kepada murid, amanah orang tua kepada

anaknya, amanah dalam hidup rumahtangga atau kekeluargaan, amanah yang am,

Page 100: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

92

amanah dalam mendidik dan membela anak-anak, amanah dalam kesetiakawanan,

amanah berhubungan dengan alam yang kekal abadi, pembinaan rumahtangga dan

keluarga yang bahagia, tentang kepimpinan, alam sekitar (bab 1-10).

Nampaknya sifat-sifat dan prinsip-prinsip inilah yang tergambar dalam ‘Sejarah

Melayu’, ‘Hikayat Hang Tuah’, ‘Tuhfatun Nafis’, ‘Gurindam Dua Belas’, ‘Taj al-Salatin’,

‘Sair al-Salikin’, ‘Turjuman al-Mustafid’, teks-teks seperti ‘as-Sirat al-Mustaqim’, ‘Kash

al-Litham’, ‘Furu’ al-Masa’il’, ‘Nihayah al-Zain’, ‘Asuhan Budi’ dan ‘Hadiqatul-Azhar’

dan beberapa naskhah lain termasuk hikayat-hikayat, yang berupa catitan abadi

tentang prinsip-prinsip dan nilai-nilai pegangan Melayu sepanjang zaman. Nilai-

nilai ini dalam sastera klasik ada pada Hang Tuah yang berupa lambang peribadi

terunggul dan prinsip-prinsip yang mengekalkan jati diri Melayu dan tamadunnya

adalah kesejatian dalam kesetiaan, amanah, kebenaran, keberanian, keteguhan azam,

kesungguhan dalam juang, kesetiakawanan, kemampuan komunikasi taraf tinggi dan

rendah, kelicinan usaha bertugas dengan tepat, kematangan rohani dan fikir, jiwa

mementingkan bangsa dan umat mengatasi kepentingan diri yang sempit, pandangan

yang jauh dan tajam. Sayangnya setengahnya menganggap ini nilai-nilai feudalisme

yang wajib digantikan dengan ‘nilai-nilai progresif’ tanpa menyedari ini adalah nilai

sarwajagat dan bukan ‘nilai-nilai feudal’. Ia bukan time-bound tetapi reality-bound dalam

pengertian fitrah yang universal itu’.

Apabila dan bila menyebut Hang Tuah – apapun juga kedudukannya dari

segi sejarah - ia melambangkan nilai-nilai universal yang menjamin keutuhan dan

kesinambungan hidup peribadi dan tamadun umat. Ia bukan nilai-nilai feudal; kesetiaan

Hang Tuah kepada raja adalah kesetiaan kepada institusi atau tonggak peradaban Islam

di kalangan bangsa Melayu yang tanpanya Melayu akan menjadi cultural barbarian -

meminjam kata rakan kita Haji Ghazali PK, ‘kaum biadab dalam budaya’. Ia dari institusi

yang disahkan oleh tradisi dalam ajaran dan sejarah Islam. Ia gabungan antara Islam

dan Melayu seutuhnya.

Kita memerlukan Hang Tuah abad ke-21 dalam kalangan kita; kita mesti mengelak

daripada peribadi Hang Jebat yang merupakan pemberontakan tanpa prinsip

(unprincipled rebellion). Dalam psikologi rohaniah tradisional ia melambangkan nafsu

ammarah bissu’, yang yang mengarah kepada kejahatan, manakala Hang Tuah adalah

Page 101: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

93

melambangkan nafsu al-mutma’innah yang teguh tenang serta aktif dalam kebaikan

yang berterusan. Kita memerlukan susuk peribadi seperti ini dalam suasana masa kini.

Ia seumpama angin puting beliung yang dilihat dari segi positif, dengan titik tengahnya

tenang tak bergerak, dengan tafakur dan zikir, tetap dengan bahagian luarnya bergelora

tangkas dengan kerjanya; kalbu Melayu tradisional tenang tetap dengan zikir dan fikir,

serta firasat, dalam keimanan, tawakal dan redha, badannya cergas ligat dalam bakti

yang berterusan.

Nilai-nilai ini saya bicarakan dalam memahami pandangan tradisional Melayu

berhubung ketaqwaan dan iman, budaya ilmu dan menjaga kehidupan yang baik

dan bermaruah, menjaga alam sekitar dan hubungan baik antara sesama manusia,

juga tugas menjaga negeri dengan baik dan berkesan. Ia gugusan prinsip-prinsip

dan nilai yang menjamin kejayaan hakiki dunia dan akhirat serta menjadi asas-asas

pembentukan peradaban yang dikehendaki bagi menjadikan ianya alam di mana kalam

Ilahi dan nama-Nya dimuliakan setinggi-tingginya.

Kalau konsep hikmah kebijaksanaan Melayu melukiskan jati dirinya dengan prinsip-

prinsip hidup dan nilai-nilainya, maka cintanya kepada tanah air memberi gambaran

tentang tautannya dengan peradaban dan bangsanya. Ia tidak boleh disamakan dengan

sifat rasis dan nasionalis sekular sebagaimana yang cuba diketengahkan oleh setengah

dalam kalangan mereka yang tidak begitu berhati-hati dalam memberi ungkapan tentang

idea-idea yang diketengahkan; akibatnya ia membawa kebencanaan.

Soal kebangsaan Melayu yang bukan ‘asabiyyah yang terlarang dan bukan

nasionalisme sekular ala Barat itu saya sudah kemukakan sebelum ini dalam ceramah

saya di UPSI tidak lama sebelum ini. Saya menyatakan bahawa nasionalisme Melayu

dan sifat kasih kepada bangsa atau patriotisme itu adalah prinsip yang selari dengan

ajaran Islam. Patriotisme Melayu membawa kepada munculnya gerakan kebangsaan

Melayu, yang akhirnya, dengan izin Tuhan, tercapailah kemerdekaan tanpa

pertumpahan darah. Patriotisme ini juga membawa kepada terselamatnya Malaysia,

dahulunya Malaya, daripada terbelenggu di bawah rancangan MacMichael; semangat

patriotisme ini juga membawa kepada berjayanya perjuangan menentang gerakan

Komunis; semangat ini juga, dengan dokongan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam

membawa kepada keamanan dan kemakmuran yang mengubah Malaysia daripada

ekonomi yang hampir seratus peratus pertanian, menjadi ekonomi sangat tinggi

Page 102: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

94

kadar pencapaian tahapnya kepada ekonomi berdasarkan pengetahuan dan industri.

Kejayaan itu berterusan hingga sekarang, dinikmati kesan baiknya oleh generasi

sekarang. Dan ini mewajibkan Muslimin bersyukur kepada Tuhan atas kejayaan ini

dan wajib juga bersyukur kepada para pejuang dan pemimpin yang menyebabkan ini

semua berlaku. Ini hasil daripada patriotisme yang ada dalam sejarah Malaysia. Dan

patriotisme ini bukan ‘secular nationalism’ sebagaimana yang cuba diketengahkan oleh

setengah pihak yang tidak setia kepada kebenaran ilmu dan sejarah serta perjuangan

Melayu dengan kerjasama mereka dari kaum-kaum lain yang setia dengan perjuangan

kemerdekaan dan seterusnya.

Kebangsaan Melayu bukan asabiyyah yang dilarang oleh Islam, saya menyatakan

antaranya bahawa apa yang dicapkan oleh setengah pihak sebagai ‘asabiyyah yang

dilarang oleh Islam, sehingga difahami dan dilabelkan oleh setengah pihak sebagai

‘asabiyyah yang dilarang oleh Nabi salla’Llahu alaihi wa sallam dalam hadith yang

selalu disebut-sebut;

Tidak termasuk di kalangan kami orang yang menyeru kepada faham kebangsaan (‘asabiyyah) itu tidak tepat mengikut hakikat yang sebenarnya.

Bagi melihat permasalahan ini elok diberikan perhatian kepada beberapa perkara

seperti di bawah ini. Pertamanya hadith tentang asabiyyah itu. Hadith itu ialah:

Hadith: Wahai Rasulullah apa itu ‘asabiyyah? Jawab baginda: [Asabiyyah yang dilarang itu] ialah engkau menolong kaum engkau dalam melakukan kezaliman [kepada orang lain atau kepada kaum lain.]

Page 103: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

95

Dalam syarah Sunan Abi Daud dinyatakan bahawa hadith ini dikeluarkan oleh

Abu Daud, Nasa’I, dan ibn Majah.Pengarang Sharah Abu Daud menyatakan tentang

‘menolong kaum engkau melakukan kezaliman’ ertinya seseorang itu taksub dengan

kaumnya walhal mereka itu zalim, maka jadilah ia membantu mereka [dalam kezaliman

seperti menindas kaum lain], termasuk juga orang yang membantu kaumnya atas

perkara yang bukan hak. Prinsip asalnya ialah orang yang terkena zalim itu hendak diberi

pertolongan dan bantuan, orang yang melakukan kezaliman itu hendak disekat daripada

melakukan kezaliman (melalui islamweb.net). Hadith yang bermaksud ‘Tidak termasuk

di kalangan kami orang yang menyeru kepada asabiyyah’ itu diulas agak panjang oleh

al-Munawi dalam al-Faid al-Qadir (islamweb.net jilid 5 hlm. 492) maksudnya tidak

terlepas daripada apa yang diterangkan itu.

Huraian yang panjang yang memberi penerangan yang nyata tentang aspek positif

asabiyyah ini boleh didapati dalam penerangan Mulla ‘Ali al-Qari berkenaan dengan

hadith itu dalam ‘Mirqat al-Fawatih syarah ‘Mishkat al-Masabih’ (almashkat.net, 14: 184-

185). Beliau menyatakan riwayat dari Wathilah bin al-Asqa’ rd katanya: Dari Wathilah

bin Al-Asqa’ rd katanya: “Aku berkata: Wahai Rasulullah apakah itu ‘asabiyyah, yakni

asabiyyah Jahiliyyah?” Sabda baginda: “Bahawa anda menolong kaum anda /sanak

saudara anda atas perkara yang zalim, yakni wajib atas anda mengikut yang hak

tanpa melihat kepada ‘mulahazah al-hak’”; kerana itu maka kata Ali mengikut apa yang

dirawayatkan oleh Darimi dan ibn ‘Asakir dari Jabir, marfu’, ‘hendaklah anda menolong

saudara anda baik ia zalim atau terkena zalim, kalau ia zalim maka tolak ia dari

perbuatan zalimnya, kalau ia terkena zalim maka tolonglah ia [untuk menyelesaikan

kezaliman atas dirinya itu]; Diriwayatkan oleh Abu Daud dan demikian pula [oleh] ibn

Majah dari Suraqah bin Malik.

Page 104: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

96

Baginda Rasulullah berkhutbah kepada kami sabda baginda ‘Orang yang baik sekali di kalangan kamu ialah orang yang mempertahankan keluarga-yakni keluarga yang dekat yang ia hidup bersama dengan mereka selama mana ia tidak melakukan perbuatan zalim atas pihak yang ditolak kezalimannya itu (daripada keluarganya); maka dengan itu ia menghimpunkan (dua perbuatan baik) antara menolong pihak yang terkena zalim dan menghubungkan hubungan kekerabatan. Kemudian ketahuilah bahawa kalau ia berupaya untuk menolak pihak yang melakukan kezaliman itu daripada kaumnya dengan percakapan (atau perkataan, kalau sekarang mungkin dengan tulisan atau emel) maka tidak harus ia memukul (orang yang melakukan kezaliman itu), kalau ia mampu memukul tidak harus membunuh , kerana (perbuatan ini) termasuk daripada bab amar ma’ruf dan nahi munkar; maka wajib ia menjaga tertib [dalam perbuatan ini] (diikuti dengan ayat 125, surah al-Nakhl berkenaan dengan hikmah dalam seruan manusia kepada jalan agama, kemudian dengan nasihat yang baik, kemudian dengan perbahasan yang cantik, sampai kepada ayat yang bermaksud ‘kalau mereka melakukan perbuatan buruk, maka balaslah seperti apa yang dilakukan atas kamu itu); kemudian Abu Daud meriwayat hadith dari Jubair bin Mut’aim yang bermaksud : bahawa Rasulullah salla’Llahu alaihi wa sallam bersabda: (maksudnya): Tidak termasuk dalam kalangan kami, yakni perjalananan agama kami atau sahabat yang mengikut perjalanan kami, orang yang menyeru manusia kepada asabiyyah yakni kepada berhimpun dalam asabiyyah dalam menolong orang yang melakukan perbuatan zalim (jilid 14 hlm.185)

Dan seterusnya…

Page 105: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

97

Ada riwayat dari ‘Ubadah bin Kathir al-Shami …Tentang Abu Fasilah bertanya kepada nabi salla’Llahu alaihi wa sallam: Wahai Rasulullah adakah termasuk ke dalam asabiyyah (yang tuan hamba larang itu) sifat seseorang lelaki itu sayang amat sangat kepada kaumnya, sabda baginda: Tidak; tetapi asabiyyah [yang aku larang itu] ialah seseorang itu menolong kaumnya atas kezaliman, atau atas kezaliman mereka, atau secara kezaliman )

Diriwayat oleh Ahmad dan Ibn Majah.

Tambahan lagi kita boleh sebut lagi sokongan Sa’id Nursi terhadap konsep asabiyyah

yang positif ini. Ini terkandung dalam huraian-huraiannya tentang hal ini.

Dalam kalangan orang Melayu soal identiti antara bangsa dan agama merupakan

sesuatu yang tidak dapat dipisahkan; dan ini faktor kekuatan yang sangat besar

nilainya. Ini membawa kepada renungan tentang kedudukan masyarakat Timur seperti

Melayu-Islam dengan masyarakat barat. Pada Melayu asas identitinya berada pada

agamanya. Dengan itu kebangsaannya tidak berpisah dengan agamanya. Ini nyata

daripada pengarang-pengarang yang menulis dalam memperjuangkan kemerdekaan,

yang mereka sebutkan demi alif, ba, ta, yakni demi agama, bangsa dan tanah air.

Tok Kenali di Kelantan pun menggunakan kata-kata itu dalam menulis dalam majalah

Pengasuh yang hingga sekarang masih diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan.

Page 106: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

98

Berkenaan dengan pentingnya identiti yang tidak terpisah antara kebangsaan dan

agama, Sa’id Nursi menyatakan:

The unity between religion and nationality necessitates the Islamic identity having the highest position in the identity hierarchy. This is also the most significant difference between Western societies, which have as their basis a nationalist identity, and Eastern societies, whose religion and nationalities form an inseparable whole. The reply of the Old Said to a question about religious zeal and national zeal asked him during Sultan Reshad’s Rumelia tour, summarizes very succinctly his attitude to the matter:

“Pada kita Muslimin agama dan kebangsaan (nationhood) menjadi bersatu, walaupun ada terdapat perbezaan dari segi teori yang kelihatan pada lahiriah dan bersifat berkebetulan antara keduanya. Sesungguhnya agama adalah hayat dan roh bagi bangsa.Bila keduanya dilihat berlainan dan berpisah satu dari yang satu lagi itu, semangat keagamaan merangkumi orang awam dan dan orang kelas atasannya, manakala semangat kebangsaan dirasai oleh seorang dalam seratus orang, yakni, orang yang bersedia untuk mengorbankan kepentingan-kepentingan dirinya demi untuk bangsanya. Maka bila demikian halnya, semangat keagamaan mesti menjadi asas berhubungan dengan hak-hak semua orang, manakala semangat kebangsaan menjadi pihak yang memberi khidmat kepadanya dan menjadi benteng baginya.”

Menurut Said Nursi:

“Ini terutamanya kerana kita orang Timur ini tidak seperti mereka di Barat: hati kita dipandu oleh kesedaran kita tentang agama. Hakikatnya di Asia lah takdir Ilahi menentukan yang kebanyakan para rasul diutus di sana, dan itu menandakan bahawa hanya

Page 107: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

99

kesedaran agama yang boleh membangkitkan orang Timur dan memberangsangkannya ke arah kemajuan. Satu hujah yang meyakinkan untuk ini ialah bahawa zaman nabi Muhammad salla’Llahu alaihi wa sallam dan mereka yang mengikut semangat Baginda. Semangat keagamaan dan semangat kebangsaan menjadi bercantum di kalangan Orang Turki dan Orang Arab, dan sekarang tidak mungkin berpisah. Semangat Islam berupa seperti rantai yang bercahaya gemilang dan teguh yang bukan datang dari alam dunia ini.Ia berupa dokongan yang teguh dan tentu, serta tidak akan gagal. Ia kota teguh yang tidak boleh dirobohkan.

Kemudian kita boleh perhatikan lagi pandangannya tentang kebangsaan itu yang

disebutnya sebagai positif dan negatif. Katanya:

“Tambahan lagi, dalam semangat kebangsaan (nationalisme) terdapat satu perasaan dan semangat gembira dalam jiwa, satu kesukaan yang sangat kuat, satu kuasa yang ada unsur tidak baiknya. Kerana itu mereka yang terlibat dalam kehidupan kemasyarakatan zaman ini tidak boleh disuruh supaya meninggalkan konsep kebangsaan ini. Bagaimanapun semangat kebangsaan ada dua jenis. Satu yang negatif, tidak baik, dan berbahaya; ia menjadi semarak dengan menelan pihak lain, ia kekal melalui perseteruan dengan pihak lain, dan ia tahu apa yang sedang dilakukannya. Nasionalisme yang positif timbul daripada keperluan dalaman dalam hidup kemasyarakatan dan ia menjadi

Sebab bagi berlakunya sikap tolong menolong dan persatuan; ia memastikan adanya kekuatan yang mendatangkan faedah; ia adalah alat untuk menguatkan lagi persaudaraan Islam. Konsep tentang nasionalisme yang positif ini mesti berkhidmat untuk Islam, ia mesti menjadi kota perlindungannya dan perisai baginya; ia mesti tidak mengambil tempat Islam itu sendiri”.

Page 108: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

100

“This distinction, which Bediuzzaman expressed in the tongue of the Old Said in later periods, is also to be seen in the political approach and practice of the Old Said:

“The awakening of nationalism is either positive, in which case it is aroused through compassion for one’s fellow men, and is the cause of mutual recognition and assistance; or it is negative, in which case, being aroused by racialist ambitions, it is the cause of antipathy and mutual hostility. And this Islam rejects.”

Kenyataan tentang dua jenis nasionalisme itu disebut lagi olehnya demikian:

“Kesedaran dan bangkitnya nasionalisme itu sama ada positif, dalam hal ini ia bangun melalui rasa kasih sayang kepada kaum bangsa seseorang, dan ia sebab bagi kenal mengenali antara satu dengan lain serta perbuatan tolong-menolong antara sesama mereka; atau ia negatif, bila ia ditimbulkan oleh semangat rasis, dan menjadi sebab kebencian dan permusuhan antara satu dengan lain. Dan ini ditolak oleh Islam. (Mektûbat, 308-9 / Letters, 380, 381-2. 1. Sünûhat, 13. Dinukil dalam ibid).

Kita tidak boleh meninggalkan tajuk ini dengan melupakan Ibn Khaldun. Beliaulah

yang memberi huraian yang memberi keabsahan bagi asabiyyah yang positif itu, yang

dipanggil oleh Said Nursi sebagai nasionalisme yang positif. Ibn Khaldun meletakkan

asas kejayaan dengan kenyataan yang dibuatnya iaitu bahawa bila semangat

keagamaan yang sebenar bergabung dengan asabiyyah, itu akan menjadi kekuatan

yang tidak boleh dialahkan. Dan beliau mendasarkan huraian ini berdasarkan hadith;

Page 109: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

101

ertinya:

Tuhan tidak membangkitkan nabi melainkan ia berada dalam dokongan kekuatan kaumnya. Katanya kalaulah nabi yang ada mukjizat itu dibangkit oleh Tuhan dalam jagaan kaumnya, maka apa lagi kita orang biasa yang tidak ada mukjizat ini lebih-lebih lagi memerlukan dokongan kekuatan kaum kita (dalam erti positif sebagaimana yang disebut dalam syarah hadith di atas tadi).(al-Muqaddimah: 1960 I:280).

Beliau menyatakan bahawa syarat khalifah itu ia berketurunan Quraisy maksudnya

ialah kerana Quraisy paling baik asabiyyahnya yang membawa kepada kejayaan

kepemimpinan; maka dengan itu pada zaman bila ada golongan lain yang bagus

asabiyyahnya, maka ia boleh menjadi pemimpin (katakan zaman Othmaniah Turki).

Dan kalau dipasangkan ini kepada suasana kita maka sepatutnya asabiyyah positif kita

di sinilah yang layak mendapat tugas kepemimpinan itu.

Dalam negara ini jelas bahawa perjuangan kebangsaan dan semangat kebangsaan

membawa kepada kemerdekaan, perpaduan, dan kemajuan, walaupun banyak lagi

ruang-ruang yang perlu dipenuhkan untuk menyempurnakan lagi keadaan dari segi

ajaran agama dan kemajuan duniawi yang baik. Ertinya tidak timbul keperluan untuk

menolak asabiyyah yang sedemikian; perbuatan menolak asabiyyah yang positif adalah

menyalahi perjalanan para rasul alaihimussalatu wassalam

Sebagai kesimpulan jelas boleh dilihat bahawa jati diri Melayu itu sesuatu yang

real yang paling bermakna, bahkan ia jati diri yang paling tinggi kedudukannya dari

segi penelitian tentang atau paras jati diri umat manusia; juga jelas bahawa gerakan

kebangsaan atau patriotisme yang berlaku itu yang menimbulkan gerakan membawa

kepada kemerdekaan dan yang memajukan negara ini hingga ia menjadi sebutan di

kalangan negara-negara OIC. Nilai kebangsaan yang positif perlu dipertahankan

keabsahannya dari segi Islam. Ia juga bukan bersifat sekular atau membawa kepada

Page 110: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

102

sekularisasi Islam sebagaimana yang dituduh oleh setengah pihak yang tidak cermat

dalam ulasan ilmunya. Ia juga bukan bersifat rasis, bahkan ia terlalu toleran hingga

haknya sendiri banyak yang terhakis sebagaimana yang biasa dibicarakan. Tentang

pihak lain menyuarakan tidak puas hati itu adalah kerana pihak orang Melayu tidak

bersatu dan menunjukkan sifat-sifat positif dalam asabiyyah yang baik antara sesama

mereka untuk menjadi contoh keunggulan yang diharap-harapkan. Perpecahan di

kalangan mereka nampaknya kerana kekeliruan satu pihak untuk memahami hakikat

yang sebenar berhubungan dengan sekularisme dan nasionalisme, yang selalu disebut-

sebut dan di satu pihak lagi tidak begitu kelihatan atau muncul huraian-huraian yang

meyakinkan pihak yang lain, dan ditambah dengan faktor-faktor pihak yang menangguk

di air keruh, dan konflik kepartaian yang diwarnai dengan semangat dan psikologi

massa, itu semua memainkan peranan dalam memecah-belahkan umat.

Penyakit itu ada ubatntya kecuali pihak yang berkenaan memilih untuk menjemput

maut datang kepadanya. Jalan ke hadapan kita ialah jalan memupuk dan menguatkan

jati diri ini dengan semangat Islam dan ketaatan kepadanya serta patriotisme yang

kental, dalam rangka persaudaraan yang luas, disertai dengan memahami dengan

serius ‘tanda-tanda zaman’ dan respon kepadanya secara positif dan tepat, dalam

perpaduan.Insya’ Allah kita teruskan kejayaan kita dan memperbaikkan lagi ketaatan

kita kepada agama dan tugas kita dalam Ahli Sunnah wal-Jamaah, seperti ’Hang Tuah

abad ke-21’ sesuai dengan keadaan dan budaya sekarang. Kejayaan kita secara nisbi,

seperti ‘Andalusia in the making’, kita bersyukur, jangan kufur nikmat, jangan berpecah,

itu jalan penuh berkat.

Bagi membuktikan bahawa nasionalisme di Malaysia, yang membawa kepada

kemerdekaan dan seterusnya, berlainan daripada Turki dengan falsafah Kemalismenya

diperturunkan di bawah ini lampiran tentang falsafah di negara itu yang terbina atas

enam prinsip.

Page 111: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

103

RepublicanismThe Kemalist reforms represent a political revolution; a change from the multinational Ottoman Empire to the establishment of the nation state of Turkey and the realisation of national identity of modern Turkey. Kemalism only recognises a Republican regime for Turkey. Kemalism believes that it is only the republican regime which can best represent the wishes of the people.

PopulismThe Kemalist revolution was also a social revolution in term of its content and goals. This was a revolution led by an elite with an orientation towards the people in general. The Kemalist reforms brought about a revolutionary change in the status of women through the adoption of Western codes of law in Turkey, in particular the Swiss Civil Code. Moreover, women received the right to vote in 1934. Atatürk stated on a number of occasions that the true rulers of Turkey were the peasants. This was actually a goal rather than a reality in Turkey. In fact, in the official explanation given to the principle of populism it was stated that Kemalism was against class privileges and class distinctions and it recognized no individual, no family, no class and no organization as being above others. Kemalist ideology was, in fact, based on supreme value of Turkish citizenship. A sense of pride associated with this citizenship would give the needed psychological spur to the people to make them work harder and to achieve a sense of unity and national identity.

Page 112: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

104

SecularismKemalist secularism did not merely mean separation of state and religion, but also the separation of religion from educational, cultural and legal affairs. It meant independence of thought and independence of institutions from the dominance of religious thinking and religious institutions. Thus, the Kemalist revolution was also a secularist revolution. Many Kemalist reforms were made to bring about secularism, and others were realised because secularism had been achieved.

The Kemalist principle of secularism did not advocate atheism. It was not an anti-God principle. It was a rationalist, anti-clerical secularism. The Kemalist principle of secularism was not against an enlightened Islam, but against an Islam which was opposed to modernisation.

\

Reformism:One of the most important principles that Atatürk formulated was the principle of reformism or revolutionism. This principle meant that Turkey made reforms and that the country replaced traditional institutions with modern institutions. It meant that traditional concepts were eliminated and modern concepts were adopted. The principle of reformism went beyond the recognition of the reforms which were made.

NationalismThe Kemalist revolution was also a nationalist revolution. Kemalist nationalism was not racist. It was meant to preserve the independence of the Republic of Turkey and also to help the Republic’s political development. It was a nationalism which respected the right to independence of all other nations. It was a nationalism with a social content. It was not only anti-imperialist, but it was also against the rule of a dynasty or of any particular social class over Turkish society. Kemalist nationalism believes in the principle that the Turkish state is an indivisible whole comprising its territory and people.

Page 113: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

105

StatismKemal Atatürk made clear in his statements and policies that Turkey’s complete modernisation was very much dependent on economic and technological development. The principle of statism was interpreted to mean that the state was to regulate the country’s general economic activity and the state was to engage in areas where private enterprise was not willing to do so, or where private enterprise had proved to be inadequate, or if national interest required it. In the application of the principle of statism, however, the state emerged not only as the principle source of economic activity but also as the owner of the major industries of the country.

Di sini Lebai Nusantara bermadah:

Rakan, aku lebai nusantara di siniIngin mengajak rakan melihat kembaliSejarah dan adat sejati bangsa dan pertiwiDalam suluhan hati nurani murniTanpa keladak khayalan palsu masa kini

Rakan, mari kita ingatkan Pasai dan MelakaKemudian Aceh, Inderagiri, Brunei, Petani pesakaBerterusan dengan pegangan Melayu jati nyataNilai dan asas kehidupan puas bahagiaDengan kebenaran keadilan kesetiakawanan bangsa

Rakan kita semarakkan nilai tradisi kitaHidup bersendikan adat adat bersendikan syarak nyataSyarak bersendikan firman dan sabdaMembina peribadi penuh sejati setiaDengan kebenaran agama dan tradisi bangsa

Rakan kita membina kesetiakawanan sejatiBersama mereka hidup kita sampai sebatiMempertahankan kedaulatan bangsa raja mandiriLembaga bangsa menguatkan agama dan diriKita bangsa dan watan teguh selamat terdiri

Page 114: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

106

Kita pegangkan iman dan taqwa yang teguhKeyakinan dengan ajaran dan nilai sungguhBermuafakat teguh berpecah kita robohMendepani suasana budaya keruh dan riuhZaman ancaman memastikan kita berteguh

Kita perteguhkan hidup Melayu Islam berajaNilai Melayu sejati bersama Islam muliaLembaga beraja adat teguh tersedia dahulu kalaKesebatian tunjuk ajar membawa kita berjayaTepiskan ajaran nilai menyanggah maruah bangsa

Quran mengajarkan Yahud Nasara tidak tenangBila teguh kita dalam pegangan menangMereka mahu kita tersilap kemuliaan melayangNilai kaedah hidup habis terkena serangPemikiran menjadi nisbi semua dasar terbang

Kita menjadi hamba baru persejagatanKononnya demi kejayaan dan kebahagiaanEkonomi kuat selesa jaya dalam kehidupanSebenarnya menjadi papa tanpa kebebasanKaya bunyi hakikat sebenar khayalan

Kita bangsa agama menjadi melaratTamadun sengsara umat mencapai sakratTidak ada lagi yang mulia boleh dibuatKepada Allah kita mesti memohon rahmatAgar tidak ditipu mereka yang sesat barat

Page 115: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Melayu dan Semangat Patriotisme Mengikut Kaca Mata Islam

107

Bibliografi

Abu Bakar Hamzah. 1981. Al-Imam Its Role in Malay Society 1906-1908.

Ahmad Davudoglu, ‘Badiuzzaman and the Politics of the Islamic World of the Twentieth Century’, dlm. http://www.nur.org./en/islam/nurlibrary/. Akses 12-12-11.

Shams al-Haqq al-‘Azim Abadi, Abu Tayyib. Aunul-Ma’bud Sharah Hadith Abu Daud. Beirut: Dar

al-Kutub al-Ilmiyyah.

“Catholic Encyclopedia on line, ‘secularism’” dlm. http://www.newadvent.org/cathen/13676a.htm.

Akses 20-12-11.

Cheah Boon Kheng, 2002. Malaysis: The Making of a Nation. Singapore: Institute of Southeast

Asian Studies.

“Fathul Bari sharah al-Bukhari” dlm. raqamiya.org. Akses 23-12-11.

George Jacob Holyoake; 1871. The Principles of Secularism (Edisi Ketiga). London: Book Store.

Leo Suryadinata. (ed.). Nationalism and Globalization; Singapore: Institute of Southeast Asian

Studies.

Mulla Ali al-Qari. “Mirqatul Fawatih Sharah Mishkat al-Masabih”. Jilid 14 dlm. almeshkat.com.

Akses 23-12-11.

2003, New Catholic Encyclopedia, Vol.12, 2nd Edition. Washington: Catholic University of

America.

1970, Oxford Dictionary of the English Language. Jilid IX c.p.. London: OUP.

Ozay Mehmet; 1990. Islamic Identity and Development-Studies of the Islamic Periphery. London-

New York: Routledge.

Perlembagaan UMNO Dipersetujui Dalam Perhimpunan Khas 1991.

Perlembagaan PAS (Pindaan 1993).

Sukran Vahide; 1996. The Damascus Sermon. Terj. Sukran Vahide.

Tenas Effendy; 1994. Tunjuk Ajar Melayu, Riau, Indonesia: Dewan Kesenian Riau, Percetakan

Yayasan KBMR.

Terence Chong; 2009. “Nationalism in Southeast Asia: Revisiting Kahin, Roff, and Anderson”:

SOJOURN dlm Journal of Social Issues in Southeast Asia. Volume: 24. Issue: 1,

Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS).

Abdul Basir Alias; 2002. Ancaman Nasionalis Sekular Ekstremi di Malaysia Satu Kajian Ilmiah;

Selangor: Asy-Syabab Media, Bandar Baru Bangi.

Page 116: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

108

Page 117: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan BudayaDalam Konteks

1MalaysiaA. AZIZ DERAMAN*

Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)

*A. Aziz Deraman ialah mantan Ketua Pengarah DBP, mantan Ketua Pengarah Kebudayaan dan Profesor Adjung Universiti Utara Malaysia serta AJK GAPENA.

Page 118: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

110

Pendahuluan

Kebijakan dan kebijaksanaan (hikmah) budaya merupakan wahana dan wacana

suatu perbendaharaan pemikiran dan falsafah yang halus sekali. Warisan budaya itu

berkaitan dengan keilmuan budaya yang terhasil serta boleh dianggap sebagai suatu

perbendaharaan atau khazanah yang besar, luas dan mendalam. Status sesuatu

perbendaharaan itu sebagaimana Hamzah Fansuri sebut dalam Asrar al-Ariffin yang

berbunyi:

“Adapun misal perbendaharaan itu seperti pohon kayu, sepohon dalam bijinya. Biji itu perbendaharaan, pohon kayu yang di dalamnya itu isi perbendaharaan, tersembunyi dengan lengkapnya; akarnya dan batangnya, dengan cabangnya, dengan dahannya, dengan rantingnya, dengan daunnya, dengan bunganya, dengan buahnya – sekalian lengkap di dalam biji sebiji itu”.

Analogi sepohon dalam bijinya itu ada pada peradaban Melayu. Salah satunya

adalah warisan budaya Melayu dan sudut paling besar dari warisan budaya bangsa

serumpunnya. Corak geografi Malaysia yang dipisahkan Laut China Selatan

membentuk tiga wilayah penting berasaskan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak dengan demografinya yang unik. Kepelbagaian warisan budayanya lahir dari

etnik dan suku bangsa yang berbeza. Suku bangsa di bawah kategori keserumpunan

rakyat asalnya itu terdiri dari puluhan jenis, mewarisi asas-asas budaya keserumpunan,

manakala rakyat Malaysia keturunan Cina dan India masih mewarisi sifat-sifat asal

budaya mereka sejak zaman kolonial. Perubahan mungkin ada tetapi tidak terbentuk

suatu citra pola tempatan yang lengkap. Kepelbagaian di Malaysia itu juga dapat

dilihat dalam perbezaan agama, kesenian, bahasa, dialek, adat resam dan nilai hidup.

Sungguhpun begitu Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang digubal pada tahun

1971 telah memberikan konsep dan prinsip-prinsip pembentukan sebuah budaya bangsa

dengan panduan yang jelas antara citra kebudayaan kebangsaan dengan kebudayaan

kesukuan. Dasar ini telah digubal hasil perakuan Kongres Kebudayaan Kebangsaan

1971. Konsepnya amat jelas disimpulkan oleh Allahyarham Tun Abd. Razak Hussein,

Page 119: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

111

Perdana Menteri Malaysia Kedua, sewaktu merasmikan Kongres tersebut dengan

menyebut bahawa:

“... nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mutunya. Maka, sudah sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan itu hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil unsur kebudayaan yang datang ke rantau ini dan membawa pengaruh ke atasnya sejak beberapa lama supaya pengaruh yang bermanfaat dapat menyegarkan dan menentukan corak kebudayaan Malaysia bagi masa hadapan. Namun, haruslah diingat, dalam mencari bentuk dan menentukan corak kebudayaan, kita tidak melupakan hakikat masyarakat yang berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk sebuah negara dengan rakyatnya daripada berbagai-bagai kaum dan golongan dijalin dalam satu ikatan yang padu. Saya percaya selagi kita sedar dan insaf akan hakikat ini, kita tidak akan melencong daripada matlamat untuk mendirikan bangsa yang bersatu”.

Dalam hal yang demikian tidak timbul lagi persoalan bahawa jati diri Malaysia boleh

dilakukan secara caca marba, berasaskan kepada kesamarataan semua bidang,

termasuk ke arah kewujudan budaya bangsanya, tetapi sebaliknya akan mendukung

matlamat ke arah menegakkan perpaduan dan kesatuan bangsa, membina keperibadian

dan memupuk kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dalam konteks

pembangunan negara. Keunikan situasi ini jarang kedapatan di negara-negara lain

[A. Aziz Deraman:2005] .

Page 120: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

112

Latar Belakang Persepsi

Di Malaysia isu dan masalah kebudayaan timbul lazimnya disebabkan persepsi dan

perspektifnya yang diletakkan dalam kerangka yang begitu sempit dan terhad. Tafsiran

luasnya tidak dirujuk dan ada kedangkalan faham sehingga disamakan dengan seni

semata-mata, hatta istilah kesenian yang sudah luas cakupan bidangnya pun digunakan

sebagai merujuk kepada seni tari, seni muzik, seni teater atau persembahan seni.

Kedangkalan ilmu sedemikian mungkin sahaja terjadi merentasi generasi disebabkan

tidak ada celik budaya dan buta sejarah. Jadi dalam persepsi umum persoalan wawasan,

gagasan, dasar dan program negara gagal dihayati kenapa kesemuanya dibangun

dan dibina berpedomankan laluan sejarah, realiti semasa dan jaminan masa depan

kemakmuran negara demi perpaduan bangsa, keharmonian dan keamanan negara.

Bak seruan Allahyarham Tun Abd. Razak “Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada

cita-cita membentuk sebuah negara dengan rakyatnya daripada berbagai-bagai kaum

dan golongan dijalin dalam satu ikatan yang padu”. Dalam hal yang demikian, konsep

Gagasan 1Malaysia itu dicetuskan demi ‘kesatuan’ dan bukan tendensi yang difahami

sebagai kesamarataan yang menolak hak dan keadilan, menolak faktor sejarah tanpa

suatu kesinambungan silam yang mendukung tujuan kelahiran bangsa Malaysia dan

menolak prinsip-prinsip tertentu.

Apabila istilah kebudayaan digunakan dalam kekeliruan konsep dan bertindih

maknanya, maka jarang benar dapat kita lihat pembinaan aspek-aspek nilai warisan

budaya dihubungkaitkan dengan pembinaan bangsa secara menyeluruh. Warisan

budaya bolehlah diumpamakan sebagai harta atau pusaka kehidupan masyarakat

dan bangsa yang diwarisi turun-menurun dalam bentuk kebendaan (material culture)

atau bukan kebendaaan (non-material culture). Kadangkala dalam persepsi biasa,

peninggalan bangsa itu pun dipersempitkan atau dikekalkan kepada warisan seni

sahaja dalam konteks seni etnik atau seni klasik yang berbentuk muzik, tari dan teater

seperti Mak Yong dan Wayang Kulit di Kelantan, Ketoprak dan Kuda Kepang di Johor,

Talempong dan Randai di Negeri Sembilan, Sumazau di Sabah, Ngajat di Sarawak,

seni Opera Cina, Tarian Singa, Bharata Natyam atau seni persembahan yang lain. Di

kalangan masyarakat Malaysia ada terdapat kesenian rakyat yang bersifat penyertaan

Page 121: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

113

(participatory) dirujuk kepada Tarian Inang, Joget dan Zapin atau seni mempertahankan

diri seperti silat, kungfu, kalampayat atau unsur seni baharu yang dipelajari dari warisan

budaya Korea, Jepun dan China seperti Tae Kwando, Judo, Karate, Kungfu, Wushu.

Warisan budaya dalam bentuk kesenian di Malaysia terdapat dalam pelbagai jenisnya,

misalnya seni silat yang kian kurang mendapat tempat untuk berkembang maju di

institusi pendidikan dari peringkat persekolahan rendah hingga ke pusat-pusat pengajian

tinggi. Kalau ada pun mungkin sedikit pilihan secara berkelompok, berbanding dengan

seni asing seperti Tae Kwando dan Judo tadi yang mudah mendapat tempat sejak

kanak-kanak memasuki tadika. Sikap dan tabiat orang Malaysia kelihatan lebih senang

memilih begitu, pengaruh penjajahan minda ‘sesuatu yang asing lebih baik dari milik

sendiri’.

Sesuai dengan istilah keluasan takrifnya, masyarakat tidak melihat kebudayaan

itu dengan makna hakikinya atau menggunakan istilahnya kepada suatu keseluruhan

cara hidup yang meliputi segala aspek sama ada berbentuk kebendaan atau bukan

kebendaan, benda budaya dan budaya spiritual. Kedua-keduanya memang ada

dalam warisan budaya sesuatu bangsa, masyarakat atau etnik. Di Malaysia masih ada

tendensi mengekalkan pengertian sempitnya itu termasuk di kalangan institusi dan para

perancang pembangunan kebudayaan, walhal apa yang kelihatan di mata itu, tidak lebih

dari cebisan warisan yang maha luas. Pengamal atau penggerak budaya menjadi lebih

tidak beretika lagi apabila kata ‘kebudayaan’ itu digunakan untuk menamakan sesuatu

seni persembahan (performing arts) atas nama ‘Persembahan Kebudayaan’, sedangkan

ia merujuk kepada hanya satu kegiatan memperagakan fesyen atau persembahan

nyanyian. Maka warisan budaya itu pun diaplikasikan kepada seni pentas dan apa-apa

benda budaya yang berkaitan dengannya termasuk alat muzik, busana atau peralatan

lain. Masyarakat kita masih gagal melihat keluasan isi empat bidang utamanya yakni

falsafah dan pemikiran, kebendaan, kesenian dan aspek nilai dan norma yang boleh

dipecahkan lagi jenisnya.

Sesungguhnya kalau persepsi dan perspektif ‘kebudayaan’ dimengertikan, maka

Malaysia memiliki kekayaan warisan budaya yang sangat hebat. Hasil-hasilnya tercerna

dari kekuatan pemikiran kepada penciptaan dan pemilikan yang luar biasa, dari warisan

berbentuk pemikiran melalui bahasa dan sastera kepada warisan fizikal berbentuk

Page 122: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

114

bangunan dan peralatan hidup yang lain. Itulah maknanya takrif ilmu kebudayaan yang

merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusia yang meliputi minda (akal budi atau

fikiran) serta daya ciptaan bagi memenuhi kehendak biologi, kemasyarakatan, serta

alam sekeliling yang sesuai dengan keperluan jasmani dan rohani. Tetapi apakah

kemajuannya telah tercerna dalam sistem kehidupan bangsa Malaysia? Hal demikian,

membolehkan kita bertanya apakah warisan budaya itu sudah dapat dilihat dalam sifat

kebudayaannya daripada segala hasil pemikiran atau sesuatu yang berbentuk bukan

kebendaan atau rohaniah (spiritual) dan segala hasil ciptaan manusia atau perkara

yang berbentuk kebendaan (fizikal). Jika bidang kebudayaan itu dilihat melalui aspek

falsafah dan fikiran atau idea akan termasuk ke dalamnya ilmu pengetahuan, bahasa,

falsafah, persuratan, mitos, lagenda, kesusasteraan, kepercayaan, dan tradisi atau

cerita lisan; kebendaan akan merujuk kepada seni bina, bangunan, peralatan, pakaian,

makanan, ubat-ubatan, dan perabot]; kesenian boleh dilihat dari dua bidang kemahiran,

iaitu seni lakon (tarian, teater, muzik, dan nyanyian) dan seni tampak (ukiran, lukisan,

seni pahat, tenunan, tekatan, dan anyaman); dan aspek nilai dan norma yang meliputi

hal-hal seperti peraturan, undang-undang, budi bahasa, adat resam, gaya, perlakuan,

pantang larang, upacara dan nilai keagamaan.

Keempat-empat aspek bidang kebudayaan itu diperturunkan masyarakatnya dari

satu ke satu generasi sebagai warisan budaya. Warisan budaya itu bukan sahaja

memperlihatkan hasil yang berasaskan sesuatu yang abstrak atau tidak kelihatan,

tetapi juga yang bercorak kebendaan dalam hubungan spiritual dan fizikalnya. Misalnya,

pertalian antara apa yang difikir dengan apa yang dilakukan dan apa yang dimiliki,

dapat digambarkan melalui ketinggian mutu seni ukir yang lahir daripada pemikiran

dan falsafah yang tinggi, dijelmakan daripada perbuatan mengukir dan akhirnya ukiran

menjadi hasil warisan budaya. Di sisinya ada ungkapan falsafah yang sangat mendalam

maknanya:

Tumbuh berpuncaPunca penuh rahsiaTumbuh tidak menunjak kawanTumbuh tidak memaut lawanTetapi melengkar penuh mesra.

Page 123: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

115

Segala kerja seni atau warisan budaya memiliki potensinya tersendiri, boleh

dibangunkan sebagai industri budaya (cultural industries), misalnya pembikinan perahu,

kapal layar, songket, batik, emas, perak, ukiran kayu, jika diupayakan kreativiti dan

inovasinya akan mengembangkan perusahaan berasaskan warisan budaya. Sumber

kepakaran atau keahlian dan kemahiran tempatan yang sedia ada dibangunkan dan

tenaga pelapis generasi muda akan lahir sebagai usahawan di pelbagai lokasi wilayah

budaya di Malaysia, di wilayah timur Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak.

Warisan budaya itu berkait dengan penciptaan atau proses kreatif dan inovatif manusia

pendukungnya yang menggambarkan ketinggian akal budi (minda) dan keupayaan

modal insannya.

Di dalam kebudayaan, banyak yang boleh dipelajari dari tradisi falsafah, kesenian

dan aspek-aspek kebendaannya. Misalnya seperti yang dibayangkan tadi, sebuah seni

ukir Melayu mendukung falsafahnya tersendiri, kerja-kerja pertukangan, pembikinan

perahu atau kapal layar, tukang rumah, pandai emas, perak dan besi, songket dan

batik, kerajinan tangan seperti kehalusan ciptaan kelarai dan tekatan, permainan tradisi

dengan wau, gasing dan congkak, seni mempertahankan diri seperti silat; semuanya

membawa mesej dan nilai-nilai pembangunan modal insan yang khusus. Kita jarang

melihat potensi budaya dalam pengukuhan sumber daya manusia atau modal insan.

Ada banyak himpunan aspek nilai dan norma seperti terpancar melalui bahasa dan

sastera yang boleh membangunkan jiwa politik dan kepemimpinan, patriotisme, budi

bahasa, kesetiaan, kerajinan, kesedaran, ketekunan, kesabaran dan banyak nilai-nilai

terpuji yang terselit, tetapi selagi kita tidak tahu memberikan makna dan menghayatinya

secara mendalam, maka manfaatnya tidak digunakan bagi membangunkan seseorang

insan itu lebih cemerlang. Malahan di dalam bahasa dan kesusasteraan itu sebagai

salah satu bidang warisan budaya, ada amat banyak unsur-unsur pendidikan dan nilai

pembangunan modal insan cemerlang. Cuba kaji ungkapan Melayu tentang pemimpin.

Kaji juga karangan berangkap berbentuk pantun, syair, bait, nazam, gurindam, seloka

dan sajak serta dalam peribahasa, bahasa kiasan dan berbagai ragaman bahasa lagi

(Za’ba:1934, 2002). Rahsia kecemerlangan pembangunan sumber daya manusia

melalui warisan budaya dan sastera itu menuntut suatu macam transformasi khusus.

Page 124: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

116

Gagasan 1Malaysia dan Pembinaan Negara Bangsa

Pembinaan negara bangsa (nation state) Malaysia dipercayai akan menjadi lebih kukuh

apabila diperkenalkan konsep dan gagasan 1Malaysia, dengan syarat prinsip-prinsip

dan ciri-ciri khususnya serta nilai-nilai budayanya dihayati dan diamalkan. Gagasan Satu

Malaysia atau 1Malaysia dicetuskan ideanya sebagai satu gagasan baru, diperkenalkan

oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib, Perdana Menteri (PM) ke-6 sewaktu mengangkat

sumpah jawatan pada 3 April 2009. Beliau menganggapkannya sebagai aspirasi demi

satu transformasi besar buat negara dengan semangat slogan ‘Satu Malaysia – Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Hasrat beliau untuk berkhidmat kepada rakyat

dan negara disebutkannya sebagai “lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri

teladan” ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak, PM Ke-2. Dalam beberapa

hal dijangka mungkin beliau akan mengambil pendekatan dan strategi baru dalam

menegakkan perpaduan dan kesatuan bangsa.

Formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-

teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Teras-Teras Perpaduan:

• Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia.

• Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Negara.

• Keadilan sosial.

Nilai-Nilai Aspirasi Merangkumi:

• Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.

• Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.

• Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.

• Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya

berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

Page 125: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

117

• Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

• Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan

dan transaksi.

Ciri-ciri khusus 1Malaysia itu jika mahu diperhatikan sememangnya menuntut

penerimaan terhadap kepelbagaian dan realiti kemajmukan rakyat sebagai sumber

kekuatan. Jika realiti difahami, dan nilai aspirasinya yang diterima, maka laluan masa

hadapan Malaysia akan lebih cerah. Rakyat hanya perlu memahami bahawa ada

perbezaan antara tuntutan negara sebagai hak kenegaraan dengan tuntutan kaum

sebagai hak-hak kaum yang sudah dijelaskan konsep dan falsafahnya. Tanggapan dan

penerimaan tidak menjadi mudah, jika rakyat menolak hakikat sejarah dan kesejarahan.

Malaysia itu terbentuk oleh suatu proses sejarah yang panjang, paling kurang sudah

lebih 2,000 yakni sejak awal Masihi yang boleh diukur dari tamatnya zaman prasejarah.

Pengalaman-pengalaman sejarah, warisan budaya dalam sistem pemerintahan

tradisional, kegiatan ekonomi dan struktur sosialnya banyak menentukan sifat-sifat

yang kita miliki pada hari ini. Jadi penerimaan kita tidak boleh lari dari undang-undang

tertinggi negara yakni Perlembagaan Persekutuan.

Keutuhan sesebuah negara bangsa ditunjangi ikatan-ikatan persamaan yang

dikongsi secara sedar dan insaf misalnya perkongsian nilai-nilai utama 1Malaysia tadi.

Aspek nilai lahir dari warisan budaya atau nilai-nilai baru. Warganegara mempunyai hak

dan tanggungjawab, tidak terlalu taksub terhadap tuntutan hak sehingga melupakan

tanggungjawab sebagai warganegara. Seluruh lapisan rakyat mesti memahami

tonggak-tonggak kenegaraan dan penghayatan yang mendalam terhadap aspirasi

Perlembagaan. Rakyat hendaklah sedar dan insaf dengan memahami maksud

penerimaan tentang kepelbagaian yang ada dan matlamat kesatuan dalam konteks

ikatan kenegaraan tadi yang merupakan warisan budaya yang utama. Perkara-perkara

pokok seperti Institusi Yang Di Pertuan Agong dan institusi kesultanan atau Raja-

Raja Melayu (konsep ketua negara atau ketua negeri), Islam sebagai agama negara,

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yakni

bahasa negara, kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera serta kebebasan asasi.

Negara akan bertambah mantap jika falsafah Rukun Negara, dasar-dasar nasional di

Page 126: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

118

bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan, sosial dan sebagainya itu didukung bersama

dan tidak dijadikan agenda politik perkauman atau kepentingan kepartian puak semata-

mata.

Konsep 1Malaysia itu tetap sama, yakni untuk rakyat dan negara; suatu penerusan

matlamat ke arah mencapai perpaduan negara dan melahirkan bangsa Malaysia

yang teguh bersatu padu. Perlembagaan Persekutuan itu merupakan Perlembagaan

kemerdekaan yang mengkanunkan tonggak-tonggak pokok kenegaraan dan

sebahagiannya merupakan warisan budaya yang utama. Faktor sejarah dan kebudayaan

menjadi induk yang mengikat falsafah federalisme atau konsep persekutuan, selain

dari pembahagian kuasa legislative, judiciary dan executive. Manakala Rukun Negara

atas sifatnya mendukung idealogi negara meletakkan lima prinsip utamanya selain

Kepercayaan Kepada Tuhan adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran

Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, serta Kesopanan dan Kesusilaan. Kelima-

lima prinsip tersebut adalah suatu rumusan daripada laluan sejarah dan budaya Malaysia

zaman berzaman. Masyarakat Malaysia sejak mula sudah ada sistem kepercayaan dan

kehidupan beragama, ada sistem pemerintahan berasaskan hukum dan peraturan,

mewarisi tradisi kesultanan dan sistem beraja, dan berpegang kepada nilai-nilai budaya

positif. Rukun Negara menjadi suatu imbangan dan pembetulan dalam kaedah baharu

persepsi rakyatnya. Jadi jelas bahawa 1Malaysia tidak sama dengan konsep ‘Malaysian

Malaysia’, suatu gagasan kepentingan politik perkauman. Kini kita sendiri tahu betapa

tohornya fahaman rakyat akibat Rukun Negara diabaikan begitu lama. Orang sudah

lama lupa akan Rukun Negara. Kerap pula prinsip-prinsip itu hanya dihafal tetapi tidak

difahami konsep dan falsafahnya, sebab musabab diadakannya dan tidak diberikan

latar belakang yang tepat. Sepatutnya mana-mana parti politik atau kumpulan etnik dan

kaum sekalipun berpegang kepada Perlembagaan dan Rukun Negara.

Orang yang meneliti aspirasi Perlembagaan akan mendapati bahawa tonggak-

tonggak kenegaraan yang disepakati dalam ‘kontrak sosial’ itu sebenar-benar

dijelmakan dari warisan budaya negara dan warisan serantau. Perlembagaan tidak

memisahkan hak-hak kaum dalam batas-batas tertentu, maknanya ada kebebasan

dan hak asasi. Kedudukan institusi Raja-Raja Melayu telah mewariskan kita ‘demokrasi

berparlimen dan raja berperlembagaan’. Kedudukan bahasa Melayu sebagai status

Page 127: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

119

bahasa negara, terhasil dari sebab akibat ribuan tahun perkembangannya di rantau

dunia Melayu ini yang berjaya menjadi bahasa pemersatu serantau. Dalam konteks kini

sebagai bahasa ilmu, bahasa lingua franca lebih dari 500 tahun dan bahasa perpaduan

Malaysia. Bangsa Malaysia tidak akan mungkin mencapai perpaduan melalui bahasa

asing disebabkan perbezaan geografi dan geobudaya dunia. Demikian juga status Islam

sebagai agama negara, ada natijah dari kekuatannya dalam budaya umat, panduan nilai

kehidupan berbangsa dan bernegara kerana itulah agama yang dominan asal bertapak

di Semenanjung dan tersebar ke wilayah-wilayah kesultanan di Sabah dan Sarawak di

Borneo serta ke serata Kepulauan Melayu.

Pembangunan ekonomi dan apa juga dasar atau program negara akan melihat

kepada prinsip keadilan sosial tanpa mengira kaum demi kesejahteraan untuk semua.

Apabila kedudukan istimewa ditentukan untuk Melayu dan Bumiputera dikanunkan,

sebenarnya tiada konsep warganegara kelas kedua dan setiap anak Malaysia

adalah potensi modal insan. Peruntukan itu bertujuan membetulkan keadaan secara

adil dan saksama kerana kolonial tidak pernah memberi ruang dan peluang bagi

kemajuan pribumi. Kolonial memerintah kira-kira 500 tahun dan hak-hak Melayu dan

bumiputera dinafikan, maka pembangunan semula bukan dapat dilakukan dalam

tempoh yang pendek. Malahan kemakmuran Malaysia semenjak merdeka pun, tidak

perlu dipertikaikan banyak sekali dinikmati bukan bumiputera, termasuk semasa

tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990. Rakyat pribumi terus tertinggal dan

berada dalam kedaifan dalam hampir semua bidang terutama ekonomi, kerjaya dan

pendidikan. Untuk itu program transformasi dalam gagasan 1Malaysia menjadi sangat

penting. Jika kita memahami bahawa penekanan pembangunan bukan semata-mata

bermaksud kepada pembangunan ekonomi bagi tujuan kesejahteraan hidup (material

dan fizikal sebagai aspek luaran kehidupan manusia), maka pembinaan negara bangsa

akan lebih banyak melibatkan pemupukan nilai spiritual yakni budaya.

Faktor nilai sangat penting diberi penekanan ke arah membina jiwa dan semangat

yang tidak kosong, termasuk semangat kenegaraan, kesatuan, patriotisme dsb; maka

pembangunan kebudayaan itu adalah untuk mengisi kekosongan jiwa dengan memenuhi

keperluan pembinaan negara (nation building) dengan penyuburan nilai budaya positif.

Ada banyak nilai-nilai warisan budaya yang akan mendorongkan Gagasan 1Malaysia

Page 128: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

120

melangkah ke hadapan. Perkongsian nilai yang sama dalam kehidupan berbangsa

seperti lapan nilai yang diharap dapat dijadikan amalan rakyat Malaysia dengan fikiran

dan tindakan bagi merealisasikan 1Malaysia, seumpama budaya kecemerlangan,

ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti;

sesungguhnya ada puluhan nilai-nilai postif yang lain lagi yang boleh diketengahkan

sebagai perkongsian tambahan. Itulah yang merupakan sebahagian nilai dari warisan

budaya atau berasal dari nilai universal Islam yang menjadi nilai budaya yang akan

mengimbangi pembangunan ekonomi dari sudut kemanusiaan dan kebanggaan akan

perpaduan dan kesatuan kehidupan sosial bangsa Malaysia. Teras-teras perpaduan

seperti yang dinyatakan dalam 1Malaysia adalah penerimaan antara semua kaum dan

rakyat Malaysia akan kepelbagaian kita, prinsip-prisnsip kenegaraan yang berteraskan

Perlembagaan dan Rukun Negara dan keadilan sosial.

Warisan budaya memiliki banyak faktor yang berupaya melahirkan modal insan

cemerlang, selain daripada sistem dan dasar pendidikan moden, tujuan pendidikan

sepanjang hayat (life long education), formal dan tidak formal. Pembangunan modal

insan sebenarnya boleh ikut dicapai sekalipun melalui bidang kesenian yang tercerna

dalam bermacam bentuknya seperti kesenian etnik atau klasik, kesenian rakyat atau

tradisional dan kesenian sezaman termasuk seni bina, muzik, teater, seni lukis, seni

kraftangan, kegiatan bahasa, sastera, bengkel keilmuan dan sebagainya. Jadi peranan

kebudayaan dan warisan budaya dalam pembinaan negara bangsa sangat penting.

Peranan itulah yang dijadikan amalan negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan

beberapa negara Barat seperti Rusia, Jerman, Perancis dan Itali. Konsep negara

bangsa (nation-state) bermakna “A single nation in a single state”, tetapi pengisiannya

mungkin berbeza dengan Barat. Kepelbagaian di Malaysia menuntut ‘Kesatuan Dalam

Kepelbagaian’, ada hak-hak yang teras seperti tuntutan Perlembagaan yang mesti

direalisasikan dan ada hak-hak kaum yang boleh diamalkan atau diraikan dalam

konteks tertentu, ada tafsiran sesuatu yang rasmi dengan bukan rasmi misalnya status

Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi. Pengisian konsep negara bangsa itu akan menyentuh banyak perkara.

Sesebuah negara tidak boleh terlepas bebas daripada aspek pembangunan

kebudayaan yang di dalamnya terangkum aneka macam warisan seperti bahasa,

sastera atau persuratan, pemikiran, falsafah, kesenian, aspek kebendaan, nilai dan

Page 129: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

121

norma yang menjadi unsur-unsur penting dalam usaha membina peradaban. Sebarang

pembaharuan atau transformasi tidak akan bermakna sekiranya diwujudkan dasar

berat sebelah kepada pembangunan ekonomi tanpa kesepaduan dengan budaya

dalam kehidupan bernegara dan berbangsa. Di Malaysia, ikatan kenegaraan dan

kebangsaan telah dikanunkan di dalam Perlembagaan sebagai tonggak-tonggak

bangsa. Sebagaimana disebut di atas tadi ada kedaulatan institusi kesultanan dan raja-

Raja Melayu dengan konsep ketua negara atau ketua negeri, Islam sebagai agama

negara, bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa rasmi negara, kedudukan

istimewa orang Melayu dan bumiputera, kewarganegaraan, hak asasi, dan dasar-dasar

nasional dalam sistem pendidikan, kebudayaan, sosial.

Warisan Budaya Dalam Pembinaan Bangsa

Konsep ‘satu bangsa satu negara’ adalah merujuk kepada kelahiran sebuah negara

bangsa, walaupun rakyat negara itu terdiri dari pelbagai etnik, suku bangsa, masyarakat

dan komuniti. Bangsa itu pula diikat oleh suatu ikatan perpaduan yang kukuh ditandai

dengan adanya tonggak-tonggak negara yang dijunjungi bersama. Jadi ‘kesatuan

dalam kepelbagaian’ menjadi matlamat utama dan perpaduan bangsanya akan dicapai

atau kekal bertahan melalui program yang bukan dibuat-buat. Perhimpunan kelompok

manusia sekali-sekala berkumpul atau dikumpulkan tidak akan ke mana. Acara-acara

begitu mungkin sesuai untuk kenal biasa tetapi tiada ketahanan berbanding dengan

penghayatan terhadap nilai yang ditanam subur melalui pendidikan. Kumpulan ekstremis

atau mana-mana golongan yang ingin merosakkan keharmonian hidup rakyat tidak

akan berjaya melakukannya jika wujudnya perpaduan yang kukuh. Untuk itu anak-anak

Malaysia seharusnya diberi pengetahuan tentang kenegaraan khususnya ilmu sejarah,

ilmu bahasa sastera, hubungan kaum, mengenali sosio budaya, latar belakang kaum

dan suku kaum, adat resam, raja dan kerajaan, hak-hak negara berbanding dengan

hak-hak kaum dan sebagainya semasa mereka berusia muda lagi.

Page 130: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

122

Kehidupan berbangsa dan bernegara itu ditunjuki sifat-sifat persamaan lambang,

institusi nasional, perundangan; keperibadian bangsa dan kejati dirian negara; nilai

kebangsaan yang dikongsi bersama; kesetiaan politik (political loyalty); rasa keyakinan

diri sebagai satu bangsa; nilai akhlak, moral, etika yang kukuh; demokratis; liberal

bertoleransi dalam konteks penerimaan; adil dan saksama yang bermakna tidak

semesti kesamarataan; progresif dan makmur; serta daya saing, daya tahan, tangkas,

dinamis (psikologikal). Ikatan persamaan dalam konteks geopolitik itu sudah diikat ke

dalam Perlembagaan Negara yang keluhurannya menjadi undang-undang teringgi

negara. Maka sebab itulah secara langsung 1Malaysia itu dikatakan bersandarkan

Perlembagaan dan Rukun Negara. Jadi aspek nilai dan norma dalam konteks warisan

budaya akan memancarkan amalan prinsip kebersamaan (togetherness) dan kekitaan

(sense of belonging) sebagai keluarga besar dalam konteks realiti kemajmukan kaum

dan agama di Malaysia yang kesemuanya itu menjadi warisan budaya dalam zaman

baru, tetapi kekal kesinambungannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri sewaktu merasmikan

Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1988 menegaskan;

bahawa;

“Masyarakat yang mempunyai satu negara, satu bahasa yang sama atau ‘common language’, dan satu kebudayaan tidak dapat tidak akan mempunyai identiti yang sama yang akan diiktirafkan sebagai satu bangsa. Di mana juga kita pergi, pengiktirafan ini akan menjadi nyata. Kita tidak akan dikelirukan dengan bangsa-bangsa lain, khususnya bangsa daripada negara asal kita. Jika kita pula berbangga dengan pengiktirafan ini, maka ketika itu wujudlah bangsa Malaysia yang sebenar”.

Selain bahasa ada banyak aspek lain warisan budaya yang akan mengikat kita

sebagai satu bangsa. Dalam upacara istiadat dan acara rasmi negara umpamanya

unsur kebangsaan Malaysia sahaja yang seharusnya diketengahkan seperti pakaian

kebangsaan, hidangan atau jamuan yang tidak bertentangan dengan nilai kebudayaan

kebangsaan dan persembahan kesenian yang bercorak kebangsaan. Nilai positif yang

Page 131: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

123

diwarisi bersama (common shared values system) semua lapisan rakyat Malaysia harus

dipupuk dan dibina bagi pembangunan negara, misalnya, budaya ketepatan, disiplin,

etika kerja yang baik, bersih, cekap, amanah, budaya kerja, budaya ilmu, berdikari,

budi bahasa, hormat-menghormati, gotong-royong, kerjasama, muafakat, budaya

penyayang, dan sebagainya. Penerapan nilai-nilai universal ini termasuk nilai-nilai Islam

yang boleh dikongsi bersama seharusnya diteruskan berdasarkan progam kempen dan

gerakan sejak awal 1980-an dahulu oleh Kerajaan sendiri.

Sejarah memperlihatkan bahawa kekuatan sesuatu peradaban terletak pada

keupayaan bahasa peradaban tersebut. Demikian kekuatan sejarah kebudayaan

Malaysia terpancar pada perkembangan bahasa Melayu melalui perkembangan

ilmu, penggarapannya idea dan hasil pemikiran bangsa dalam kesusasteraan dan

persuratannya. Sesudah kemerdekaan Malaysia, bahasa Melayu kini menjadi salah

satu bahasa moden dunia dalam tempoh relatifnya singkat berbanding dengan bahasa-

bahasa lain termasuk bahasa Inggeris. Kedudukannya sudah setanding dengan

bahasa-bahasa dunia yang lain. Bahasa Melayu sudah berjaya diangkatkan menjadi

bahasa ilmu dan bahasa komunikasi rakyat sebagai alat pemersatu bangsa di Malaysia,

Indonesia dan Brunei Darussalam atau satu bahasa penting di Asia Tenggara bahkan

menjadi warisan budaya yang paling penting lagi utama (A. Aziz Deraman: 2000).

Di Malaysia, kaum keturunan Cina dan India mempunyai ciri kebudayaan masing-

masing. Sebahagian unsur warisan budaya mereka telah diterima dan diserapkan

sebagai kebudayaan nasional yang tidak lagi membawa identiti negara asing misalnya

di bidang bahasa, pakaian, perhiasan, makanan dan kesenian. Di luar konteks itu

apa yang diamalkan secara kaum dan sukuan, tetap ada pada peringkat masing-

masing yang suatu waktu dalam prosesnya akan mengambil tempat baharu apabila

timbulnya penyesuaian. Katakan seni persembahan ghazal, ada antara alat muziknya

seperti tabla dan akordian adalah warisan budaya luar, bukan milik asal kebudayaan

Melayu, tetapi diadun dalam irama dan lagu dengan pantun sebagai liriknya tidak lagi

berwajah Arab atau Asia Tengah. Ghazal sudah menjadi seni muzik kebangsaan. Hal

ini bermakna warisan budaya itu sudah bersifat kebangsaan dan supra, merentasi kaum

dan suku. Sifat supra itu penting bagi menempatkan lambang kebangsaan yang dapat

menimbulkan emosi dan rasa sepunya seperti simbol negara, melalui bendera negara

Jalur Gemilang, bahasa Kebangsaan, lagu Negaraku, dan sebagainya.

Page 132: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

124

Warisan budaya etnik dan kaum dalam konteks ‘kebudayaan kesukuan’ masih tetap

diamalkan masing-masing etnik dan kaum, tetapi mana-mana unsur yang yang sesuai

dan wajar daripada kebudayaan kaum atau suku itu, atau unsur asing, akan mengalir

masuk dalam aliran arus perdana kebudayaan kebangsaan. Katakan seni persembahan

muzik sape atau tenunan ‘pua kumbu’ di Sarawak secara automatik merupakan warisan

seni budaya bangsa Malaysia yang bersumberkan seni warisan rakyat asal Malaysia

atau rantau ini. Beberapa alat muzik Cina dan India yang digabungkan adunannya

sewaktu sambutan perayaan Hari Kebangsaan beberapa tahun yang lalu adalah

suatu proses eksperimentasi dan kreatif yang baik, sebab jati diri Malaysia melalui

persembahan lagu-lagunya tidak rosak di situ. Pendekatan begini sesuai dan dapat

mengisi kepada konsep 1Malaysia, berbanding dengan sesuatu persembahan totok

yang membawa citra kebangsaan selain dari Malaysia. Dalam hal sedemikian sifatnya

akan kekal sebagai warisan budaya kaum dan etnik. Ibarat sebatang sungai besar akan

ada pertemuan alirannya (confluence of rivers), beza anak sungai dengan sungai induk

yang arusnya sehingga ke muara. Di situ analogi konsep 1Malaysia dengan sistem

pemerintahan yang satu dan dipayungi Perlembagaan yang satu.

Budaya konsumerisme telah meledakkan budaya baharu kepada generasi muda,

mengubah cara hidup baru ala Barat. Kecenderungan generasi muda terhadap

menerima pakai apa-apa sahaja produk Barat kian ketara. Pendek kata “segalanya

bermula dari Barat” mulai jelas dan nyata di minda mereka. Imperialisme budaya

bentuk baharu datang melalui kemajuan teknologi informasi dan komunikasi (ICT)

membawa pengaruh budaya yang bukan sedikit. Kita bimbang suatu waktu generasi

muda boleh meminggirkan warisan budaya sendiri, mengagung-agungkan produk Barat

dengan kebanggaan yang berlebihan terhadap jenama Barat. Mereka akan jelik dengan

pakaian kebangsaan sendiri sebagai warisan budaya. Begitu juga halnya, dengan gaya

pemakanan anak muda dengan membanjiri restoran makanan segera dan kelab-kelab

hiburan. Pengaruh ini tidak semestinya ditolak sepenuhnya, tetapi kesedaran perlu

dipupuk melalui pendidikan budaya, agar mereka tahu mengimbangi keperluan.

Imperialisme budaya bentuk baru ini sudah pun menjalar ke bidang seni. Ada

gejolak nafsu berhibur, berseronok, dan bergembira sebanyak mungkin menerusi

pelbagai program kesenian popular atau disebut juga kebudayaan rendah ‘low culture’.

Page 133: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

125

Hidangan seni Barat itu, terutamanya dari Amerika dan sekutunya sifat hedonisme atau

keseronokan, sehingga hasil kesenian kita boleh kehilangan khalayak dan tempat dalam

media elektronik. Justeru, kita wajar menyaring pengaruh asing terutamanya Barat yang

tidak terkawal dan tidak sesuai yang mungkin membawa unsur imperialisme budaya

khususnya seni ini. Jika difikirkan munasabah, maka dasar tertentu patut digubal, ada

peraturan tambahan baharu penapisan, peraturan penayangan atau kemasukan filem

asing di kaca televisyen dan pawagam atau penyebaran bahan dalam media cetak.

Begitu juga halnya pengaruh internet dan blog. Sekiranya pengaruh imperialisme ini

tidak dibendung, kita akan melihat kejayaan besar penjajahan bentuk baharu Barat dan

warisan budaya sendiri akan lupus. Natijahnya, kesenian kita tidak lagi menjadi warisan

budaya bangsa sendiri, tetapi generasi muda akan leka dengan hiburan hedonisme

yang tidak bertunjangkan pemikiran dan jati diri bangsa.

Perancangan Kebudayaan dan Program Strategik

Pembangunan kebudayaan dan perancangan program strategiknya menjadi sangat

penting bagi sesebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, seperti

Malaysia. Malaysia memerlukan sebuah citra budaya bangsa selaras dengan konsep

bangsa Malaysia. Perancangan kebudayaan juga akan menentukan sifat yang terbaik,

mulia dan menjadi tapak bagi pembinaan bangsa. Sebuah negara-bangsa hanya

muncul dan tegak atas landasan kebudayaan kebangsaan masing-masing. Perpaduan

negara melalui kebudayaan dalam perspektifnya yang luas sememangnya memerlukan

pelaksanaan rancangan yang “integrated” oleh semua agensi sesuai dengan bidangnya

yang meliputi segala aspek. Perpaduan akan lebih dirasakan apabila keharmonian

hidup rakyat terjalin melalui ikatan kejiwaan kebangsaan, kesayangan kepada negara,

ketaatsetiaan dan sebagainya. Warisan budaya dalam aspek nilai perlu dimasukkan

dalam perancangan sebagaimana dilakukan melalui Kempen Budi Bahasa dan

kegiatan-kegiatan yang serupa bagi mengembangkan nilai-nilai umum budaya seperti

pelbagai nilai yang disebut dalam Gagasan 1Malaysia itu. Jadi garis panduan dalam

Page 134: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

126

membina budaya dan mewujudkan satu bangsa (nation) atau nusa yang bersatu padu

itu perlu ada. Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE)

dan transformasi ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dinaungi

Gagasan 1Malaysia itu akan menjadi sempurna dengan keseimbangan pembangunan

fizikal dengan spiritual. Faktor nilai menjadi sangat penting bagi mengekalkan identiti

negara, meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang dikongsi

bersama merentasi kaum dan mendukung persamaan bukannya perbezaan. Cita-cita

ini juga disebut dalam salah satu cabaran strategik Wawasan 2020 negara.

Warisan budaya boleh dilihat dalam pelbagai bidang. Tinggal lagi apakah dan

bagaimanakah pendekatan boleh dicari bagi mengembang dan meningkatkan

penghayatannya. Lihat sahaja bidang-bidang non-material seperti filsafat (estetika,

etika, logika, metafizik, epistemologi atau filsafat khusus mengenai hukum, sejarah

dan sebagainya), ilmu pengetahuan (sains sosial, ilmu kemanusiaan dan sebagainya),

kesenian (seni muzik, seni tari, seni drama, teater, sastera dan sebagainya), adat

istiadat (kaedah yang berhubung dengan budaya seperti kesusilaan, kebiasaan

masyarakat, istiadat, upacara negara dan sebagainya), bahasa (termasuk lisan

dan tulisan), kepercayaan (termasuk ideologi), teknologi, kegiatan ekonomi, politik,

dan pendidikan (baik formal atau informal). Dalam kebudayaan material, antaranya

warisan peralatan hidup (pakaian, perumahan, peralatan rumah tangga, senjata dan

sebagainya), alat perhubungan, alatan muzik dan sebagainya yang perlu di pelihara.

Semuanya ini terdapat dan diwarisi masyarakat dan suku kaum peribumi di negara

kita seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Murut, Bajau, Kadazan, Dusun, Melanau dan dalam

kalangan kaum Cina dan India. Perancangan program strategik perlu diterjemahkan

ke dalam tindakan bagi menumbuhkan nilai-nilai umum yang nyata dan ketara dalam

kepelbagaian bidang itu serta dinamik dalam konteks masa dan ruangnya. Antara usaha

pemupukan dan pengembangannya boleh dilakukan melalui latihan, memperbanyakkan

bahan kebudayaan dan usaha-usaha kretaif dan inovatif secara eksperimentasi bagi

meninggikan mutunya.

Strategi pembangunan dan penterjemahan kegiatan kebudayaan boleh sahaja

dilakukan menerusi galakan dan latihan tetapi memerlukan suatu penelitian terhadap

bidang-bidang yang lahir dari warisan budaya yang mendukung sifat etnik atau

tradisional, sifat kebudayaan rakyat (folk culture) dan pengutaraan yang berbentuk

Page 135: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

127

sifat sezaman (contemporary). Pembahagian ketiga-tiga bidang ini mungkin dapat

diperincikan lagi dalam suatu perancangan strategik supaya sesuai dengan kehendak

pentadbiran. Dalam pada itu, usaha-usaha perlu diserentakkan ke arah memelihara

kekayaan warisan kesenian wilayah yang banyak terdapat di seluruh negara. Di sinilah

peranan konsep pengwilayahan budaya itu dibuat. Kalau diperhatikan di Malaysia,

wilayah budayanya boleh dilihat berasaskan utara, selatan dan timur di Semenanjung

serta wilayah Sabah dan Sarawak. Masing-masingnya mempunyai tradisi kebudayaan

dan kesenian tersendiri berkongsi sifat-sifat komuniti, bahasa dan dialek, warisan seni,

pengalaman sejarah yang sama dan sebagainya. Program kebudayaan secara vertikal

mungkin sahaja dapat dilaksanakan di peringkat wilayah mahupun negeri berdasarkan

aspek-aspek pemulihan, pemeliharaan, galakan, dan proses pembudayaan. Banyak

caranya perkembangan kesenian wilayah itu boleh dilakukan termasuklah kerja-kerja

kajian dan mengetengahkan hasil-hasil kajian itu bagi kepentingan umum. Perancangan

program dan kegiatan ini dapat dilihat dari atas ke bawah atau sebaliknya atau berlaku

pada peringkat masing-masing yakni di peringkat yang menjelmakannya.

Jika kita mengambil contoh kesenian (kerana ia boleh nyata dari segi perancangan

dan pentadbiran) kita mempunyai kesenian etnik dan tradisional seperti makyung,

wayang kulit (sudah ada versi baru wayang kulit DBP di Kelantan sebagai alternatif

kepada wayang epik Ramayana), randai, bangsawan atau kesenian rakyat yang dapat

kita golongkan dalam bentuk dikir, bermukun, boria, ghazal, tarian rakyat, permainan

tradisional (wau, gasing) dan sebagainya, malahan pula usaha-usaha dapat ditumpukan

ke arah perkembangan kesenian sezaman melalui percubaan-percubaan yang dapat

dilakukan oleh badan-badan tertentu bagi memupuk kegiatan drama (seni teater) dan

tarian kanak-kanak, seni tampak atau sebagainya. Kegiatan juga dapat dilakukan

dalam bentuk khidmat sosiobudaya terutamanya bidang-bidang keilmuan, wacana dan

pemikiran kebudayaan, penggunaan prasarana seperti dewan, auditorium dan Taman

Seni Budaya atau memanfaatkan kehadiran tokoh-tokoh dan pertubuhan atau badan-

badan budaya yang dapat disatukan bagi tujuan ini (A. Aziz Deraman: 2010).

Selama ini terjadi penglibatan kaum yang tidak seimbang dalam suatu bidang

tertentu, umpamanya kesenian sezaman akan memungkinkan penglibatan yang lebih

berbanding dengan kesenian tradisional atau kesenian rakyat. Meskipun begitu, hal ini

bukanlah bermakna bahawa kita mesti mendapatkan setiap golongan mempraktikkan

Page 136: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

128

kesenian tradisional itu. Ada pada tempatnya beberapa kesenian itu akan hanya

menjadi penghayatan (apresiasi manifestasi) budaya atau sekurang-kurangnya menjadi

identiti kepada warisan budaya negara. Bagaimanapun, proses-proses perancangan

akan memungkinkan penerimaan yang lebih baik melalui galakan yang dilakukan. Dua

faktor yang berhubung dengan perkembangan kebudayaan dalam masyarakat ialah

hubungan dan sikap anggota masyarakat terhadap kegiatan dan pengaruh komunikasi

dari segi pendedahan pelbagai bidang budaya tadi terutamanya peranan media massa,

media cetak atau media elektronik seperti pengaruh televisyen dan filem.

Satu masalah besar perpaduan dalam bidang kebudayaan ialah kekurangan

“response” dalam kalangan bukan bumiputera terhadap kebudayaan atau kesenian

kebangsaan. Ini menunjukkan masih adanya batas budaya dalam hubungan perbezaan

budaya tadi. Rakyat masih terikat dan mempunyai nilai-nilai dan norma yang berbeza,

lebih-lebih lagi corak demografi (kependudukan) yang sedemikian rupa. Polarisasi

budaya berasaskan kaum atau suku bangsa jelas wujud. Masyarakat Melayu dan

suku bangsa peribumi lain di kawasan luar bandar mengamalkan tradisi kebudayaan

induk bangsa, berbeza dengan keturunan Cina dengan budaya kotanya dan kesibukan

perdagangan, kaum India di estet-estet yang meregangkan lagi jalinan antara kaum.

Dasar penyusunan semula masyarakat akan memungkinkan hubungan baru yang lebih

terbuka, jika benar-benar dijayakan bersama. Kesefahaman dan perasaan yang sama

dapat dirasai oleh semua kaum, manakala nilai-nilai umum kejiwaan dapat membuktikan

hasrat perpaduan antara kaum itu dijalin.

Sesiapa sahaja rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, digalakkan melahirkan

kesusasteraan kebangsaan, iaitu sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu. Sastera

yang dihasilkan dalam bahasa lain selain bahasa Melayu, sekalipun berlatar kehidupan

Malaysia, jelas tidak dapat diterima sebagai kesusasteraan kebangsaan Malaysia,

cuma mungkin bersifat sastera Malaysia. Hal ini demikian sifatnya kalau kita sentiasa

berpegang kepada Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kesusasteraan kebangsaan itu tidak harus terus

dibiarkan berada dalam kepompong Malaysia sahaja tanpa digerakkan perancangan

untuk memperkenalkan karya besar dan sasterawan tanah air ke peringkat dunia

melalui usaha penterjemahan dan program promosi sastera kebangsaan Malaysia itu

ke peringkat antarabangsa.

Page 137: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

129

Penglibatan boleh diperoleh secara meletakkan khalayak mengikut bidang

kecenderungan kelompok masing-masing, misalnya tradisi keilmuan, persuratan,

kegiatan bahasa dan sastera atau seni tampak dalam mana setiap warga negara

mempunyai kepentingan yang sama. Dalam perancangan, mungkin bidang kesenian

sezaman dan khidmat khas sosiobudaya boleh menarik dan melibatkan warganegara

dengan lebih berkesan. Rasa perpaduan dapat disuburkan dan masalah monopoli oleh

sesuatu kaum tidak akan timbul apabila sasaran dan penglibatan dirancang dengan

sempurna.

Dengan sifat fleksibel dan dinamik, kita perlu mengisi prinsip “unsur-unsur

kebudayaan lain yang sesuai dan wajar” selagi mana tidak bertentangan dengan nilai-

nilai kebangsaan, misalnya, tidak menghilangkan identiti atau menukar pandangan

keluar yakni daripada keperibadian Malaysia kepada keperibadian asing. Gabungan

unsur kesenian masyarakat Cina atau India di Malaysia dan peribumi harus didasarkan

pada pencapaian mutu yang tinggi dan bukan semata-mata mencampuradukkan dengan

tidak mungkin memberikan sebarang identiti. Kita juga perlu berusaha mengubahsuai

dan melakukan eksperimen ke atas unsur-unsur kebudayaan yang ada dengan teliti.

Misalnya pembaharuan, penggunaan kemahiran pertukangan (emas, perak, kayu)

dalam konteks baru dan sebagainya atau usaha mengidentifikasikan unsur-unsur

lain untuk diserapkan dan diubah suai melalui pergabungan dalam muzik dan tarian

(gendang Keling, tarian selendang China), nilai-nilai sosioekonomi yang umum melalui

kajian dan perbandingan dan bidang eksperimen terhadap pengutaraan sezaman

(contemporary expression) dalam masyarakat yang sedang berubah itu.

Usaha menganjurkan persembahan Dikir Seribu (2001) atau Gendang Seribu

(2002) oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan di Kota Bharu tidak lama

dahulu memberi keyakinan, kesenian teras dapat membina sebuah orkestra bercitra

nasional, sehingga beberapa kali dijadikan contoh acara sambutan Hari Kebangsaan.

Rentak irama dan lagunya bercirikan kebangsaan Malaysia, meskipun peralatan dan

penyertaannya daripada keturunan yang berbeza. Tidak siapa menyangka puluhan

ribu orang datang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Ia merupakan satu eksperimentasi seni budaya yang sangat berjaya. Berbanding

dengan usaha ini, memiliki sebuah Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) pun tidak

akan memberi apa-apa erti sekiranya sumber tempatan tidak dirujuk dan dicari warisan

Page 138: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

130

budaya sendiri untuk diketengahkan. Di samping menonton kehebatan persembahan

hasil karya Mozart dan Beethoven, kita juga mahu mendengar kemerduan lagu-lagu P.

Ramlee dan warisan muzik etnik atau tradisional yang digubah ke orkestra simfoni.

Warisan budaya akan mendapat tempat di semua peringkat masyarakat apabila

beberapa pertimbangan dapat diberikan. Antaranya dengan usaha memperbanyak

dan mempromosikan bahan-bahan warisan budaya melalui kajian, penyelidikan serta

penyebaran berkesan ke tengah-tengah masyarakat. Berbagai-bagai maklumat dalam

warisan sejarah, sastera, ilmu agama, seni dan sebagainya perlu dipaparkan dengan

baik, tersusun dan menarik. Pengembangan, pendidikan dan pengkajian akan menjadi

lebih bermakna apabila eksperimentasi dan penyesuaian terhadap sesuatu yang baru

dan wajar dilakukan secara kreatif dan inovatif. Kebetulan sekarang bidang komunikasi

negara dan kebudayaan digabungkan di bawah satu kementerian, maka alat sebaran

am patut digunapakai sebagai saluran penting penyampaian, pendedahan dan susul

balas perkembangan budaya. Susul balas program akan memberikan gambaran

ukuran sebenar pencapaian dan penerimaan rancangan yang dijalankan. Dengan

itu penglibatan masyarakat dapat diukur dari sudut ‘rakyat didahulukan’ dalam usaha

mewujudkan komunikasi dan penyebaran maklumat yang berkesan. Di sana sini sudah

tersedia kemudahan infrastruktur misalnya Taman Budaya Negeri dan sebagainya

yang boleh digunakan bagi khidmat khas sosio budaya misalnya diadakan wacana

intelektual, syarahan, penerbitan, pementasan, pesta, pameran dan sebagainya.

Faedah besar akan dapat diperoleh apabila sesuatu perancangan ikut menimbangkan

peringkat penyertaan dan latar belakang kecenderungan khalayak itu sendiri.

Malaysia memerlukan pembangunan modal insan secara holistik dari segi ilmu

pengetahuan, kemahiran, modal intelek, keusahawanan, pengetahuan sains dan

teknologi. Pendidikan dalam erti formal dan tidak formal patut digandingkan sehingga

pendidikan seumur hidup atau sepanjang hayat terus menjadi amalan. Persepsi rakyat

dan generasi muda terkeliru disebabkan pendidikan lebih menekankan pencapaian

akademik dan keperluan industri semata-mata. Mereka cetek kefahaman sejarah,

budaya, bahasa, sastera agama, ketatanegaraan, nilai-nilai positif sebagaimana

terpancar dari aspek-aspek penting warisan budaya atau sebagainya. Maka kurikulum

dan kokurikulum pendidikan formal dan tidak formal patut menangani isu ini. Jika dalam

pembangunan negara bagi mencapai matlamat kemakmuran, kemajuan ekonomi dan

Page 139: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Warisan Budaya Dalam Konteks 1Malaysia

131

kesejahteraan sosial dengan ciri khususnya yang memastikan tiada rakyat Malaysia

terpinggir, maka hal yang sama patut dilakukan terhadap warisan budaya yang

memerlukan kesaksamaan perhatian kerajaan.

Kesimpulan

Kebudayaan ada peranannya sendiri dalam proses mengukuhkan perpaduan bangsa.

Pendidikan kebudayaan berupaya membentuk suatu tradisi Malaysia melalui tindak

kerja asuhan, pendidikan, sebaran am dan produksi seni bermutu tinggi. Proses

pemasyarakatan dan pembudayaan terhadap warisan budaya sendiri hanya boleh

berlaku dalam keadaan kita sedar akan keperluannya, disamping bertindak menyaringi

kemasukan unsur luar yang negatif. Budaya bangsa Malaysia hendaklah dipupuk

dan usaha berkesan dilakukan bagi membatasi unsur-unsur imperialisme budaya.

Pendidikan kebudayaan bukan bermakna ‘mendidik’ dan ‘memasyarakatkan’ atau

menimbulkan penghayatan terhadap seni semata-mata, tetapi ialah pendidikan jiwa

rohani bagi kecintaan negara, patriotisme dan semangat kebangsaan Malaysia di

semua peringkat dan lapisan warga yang akhirnya akan juga menjadi warisan budaya

yang penting.

Rakyat dapat bersatu-padu apabila berlakuknya perkongsian nilai yang sama,

berganding bahu mempragakan jati diri negara sendiri dan mengangkat warisan budaya

bangsa sebagai lambang kemegahan bersama. Secara psikologi warisan budaya

itu tersirat rasa kekitaan dan kebersamaan yang dapat membangkitkan emosi, rasa

kepunyaan, kesedaran kebangsaan, jiwa kenegaraan, serta rasa bangga dan cintakan

negara, bukannya kebanggaan terhadap kaum sendiri sahaja. Apa yang perlu bahawa

setiap etnik dan kaum memahami beza antara kebudayaan kesukuan yang terus

dipelihara tetapi warisan budaya bangsa Malaysia jauh diberikan lebih keutamaan,

menuntut usaha bersama, sama seperti kita memartabatkan hak negara dengan hak

kaum. Sesuai dengan Gagasan 1Malaysia, kita hanya ada satu negara, maka citra

negara sepatutnya akan memberikan kita kekuatan jati diri kenegaraan sendiri yang

akhirnya negara kita itu boleh ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ bersaing dengan

negara bangsa yang sebagai suatu budaya.

Page 140: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

132

Bibliografi

A.Aziz Deraman, 1975. Edisi Baru 2005. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur:

DBP.

A.Aziz Deraman, 2010. Wacana Peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.

A.Aziz Deraman, 2009. “Kebudayaan: Suatu Perspektif Ke Arah Melahirkan Modal Insan

Cemerlang”, Kertas Bicara Eksekutif anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan

Kesenian Negara Negeri Pahang dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, pada 2

Julai 2009, di Auditorium Taman Budaya, Kuantan.

Hassan Ahmad 1997. “Dasar kebudayaan kebangsaan Menghadapi Cabaran Baru”. dlm Dewan Budaya, Januari: Kuala Lumpur: DBP. hlm. 20-21.

Mohd. Affandi Hassan (ed); 1973. Asas Kebudayaan Kebangsaan. Kuala Lumpur: Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Mohd Najib Tun Abd Razak, Dato’ Sri, 2009. Ucapan di Dewan Rakyat 15 Jun 2009.

Shamsuddin Moner El-Askary, Dr., 2009. Satu Malaysia: Transformasi 40 Hari Pertama PM, Dato’ Sri Najib Razak. Bangi: Al Hadhari Training Consultants.

1MALAYSIA: “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, (booklet), 2009. Kuala Lumpur:

Jabatan Penerangan Malaysia.

S. Othman Kelantan; 1998. “Cabaran Pembangunan Kebudayaan Abad ke-21”. dlm Dewan Budaya, Kuala Lumpur: DBP. Mac: hlm.6-8.

Za’ba, 1934. 2002 (Ed. Kedua). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

http://www.1malaysia.com.my

http://www.penerangan.gov.my

Page 141: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

Chew Fong Peng*Universiti Malaya

* Dr. Chow Fong Peng adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, merangkap Setiausaha PERPEKTIF

Page 142: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

134

Pendahuluan

Di Semenanjung Malaysia, rekod dalam catatan sejarah China menunjukkan bahawa

terdapat pedagang Cina dan rombongan diplomatik datang melawat Empayar Melaka

pada awal abad ke-15, namun tiada catatan yang menunjukkan wujudnya penempatan

orang Cina di sini (Liang Liji, 1996). Semasa penjajahan Portugis (1511-1641) di

Melaka, barulah ditemui rekod tentang pemastautinan komuniti Cina. Selepas itu,

perkembangan penempatan orang Cina Semenanjung Malaysia adalah lambat

sehingga selepas penjajahan British di Tanah Melayu, kemasukan orang Cina mula

berkembang dengan pesat.

Orang-orang Cina zaman itu adalah pekerja yang diimpot oleh British untuk bekerja

di lombong-lombong bijih timah, dan majoritinya berasal dari bahagian selatan China,

terutama wilayah Fujian, Guangzhou dan Pulau Hainan ke Lautan Selatan secara

besar-besaran pada abad ke-18 (Yen Ching-Hwang, 2000). Majoriti orang Cina yang

datang pada peringkat awal merupakan golongan bawahan dan miskin, terdiri daripada

buruh kasar dan petani yang tidak berpendidikan tinggi. Pada waktu itu, tafsiran mereka

tentang Tanah Melayu sebagai tempat persinggahan sementara, menyebabkan mereka

berpegang kuat kepada lambang yang penting untuk mengekalkan ciri kecinaan mereka,

terutamanya dari segi identiti kebudayaan. (Lee Yok Fee, 2004:167). Oleh itu, mereka

menubuhkan persatuan sosial, seperti persatuan persaudaraan, persatuan dialek,

persatuan mengikut tempat asal China, atau kongsi gelap untuk menyediakan asas

yang kukuh untuk mengekalkan kebudayaan mereka (Yen Ching-Hwang, 2000:10).

Seterusnya orang Cina menubuhkan sekolah-sekolah dan memulakan percetakan

surat khabar Cina untuk mengembangkan kebudayaan mereka.

Page 143: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

135

Jati Diri dan Identiti Masyarakat Cina Malaysia

Apa maksud jati diri? Kamus Dewan (2005) memberi pentaksiran sebagai sifat atau

ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama. Jati diri menjadi

teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa. Jati diri itu

akan menunjukkan citra identiti sesebuah bangsa.

Keperluan utama dalam mendefinisikan sesebuah bangsa ialah ciri yang sama yang

dikongsi bersama. Ciri yang sama inilah yang menyebabkan wujudnya keseragaman

atau kehomogenan. Sebahagian ciri ini hendaklah pula dapat membezakan bangsa

berkenaan daripada bangsa-bangsa lain yang berdekatan. Antara ciri-ciri yang bersatu

dalam bangsa ialah mempunyai leluhur yang sama, menuturkan bahasa yang sama,

mengamalkan kebudayaan yang sama, berpegang kepada agama yang satu, dan

bermastautin di daerah geografi yang sama (Abdullah Hassan, 2009:63-65).

Perbincangan ini menumpukan perihal jati diri orang Cina Malaysia dengan

memfokus kepada aspek identiti. Untuk memahami jati diri dan identiti orang Cina

Malaysia, maka aspek kebudayaan mereka perlu diterokai terlebih dahulu untuk

mendapat gambaran menyeluruh tentang pemikiran orang Cina Malaysia.

Kebudayaan Masyarakat Cina

Jumlah penduduk Cina di Malaysia membentuk sebanyak 24.6% daripada 28.3 juta

penduduk Malaysia (Berita Harian, 15.09.2012). Orang Cina Malaysia boleh dibahagikan

mengikut kumpulan dialek (fangyanqun), seperti Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew,

Hainan, Hokchiu, Kwongsi dan Henghua (Lee Kam Hing & Tan Chee Beng, 2000).

Bilangan penduduk mengikut pecahan sub-etnik itu ialah orang Hokkien sebanyak

1,848,211 orang (34.66%), Hakka sejumlah 1,679,027 orang (23.47%), Kantonis

sebanyak 1,355,541 orang (18.27%), Teochew sejumlah 974,573 orang (11.31%),

Hainan 380,781 orang (3.65%), Foochew sebanyak 249,413 orang (4.93%), Kwangxi

(1.5%), Henghua (0.57%), Hokchia (0.21%) dan lain-lain (1.44%) (Jabatan Statistik,

Page 144: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

136

2011). Ini bererti sub-etnik Hokkien adalah kumpulan yang terbesar, diikuti dengan

Hakka, Kantonis, Teochew dan lain-lain yang merupakan identifikasi sub-etnik. Dalam

amalan, orang Cina Malaysia adalah kategori meta-etnik yang digunakan sebagai

prinsip yang menggerakkan kepentingan Cina berhubung dengan kumpulan etnik yang

lain. Sehingga kini, tidak ada persaingan antara kumpulan dialek, yang sebenarnya

merupakan kategori pengenalan subethnik (Tan Chee Beng, 2000:44).

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang

tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit). Konsep tian sebagai

makhluk unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang, juga membawa

maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta prinsip tertinggi dalam alam semula

jadi, serta dalam konteks etika Konfusianisme. Dalam kitab Taoisme, iaitu Daodejing,

tian disamakan dengan Tao. Konsep Tao bermaksud jalan (the way). Tao diibaratkan

sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat selain menjadi primordial

(bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir

hayat mereka.

Konsep Ying dan Yang yang ditemui dari kitab Yijing (The Book of Change) juga

mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua unsur tersebut penting untuk

mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua

kuasa dwikutub itu menghasilkan lima unsur yang menjadi asas kewujudan semua

benda. Manifestasi kuasa Ying dan Yang serta lima unsur tersebut berpusing tanpa

hujungnya, lalu membentuk pergerakan Tao (Soo Khin Wah, 2001:306).

Menyebut agama dan kepercayaan orang Cina Malaysia, Tan Chee Beng

(2000:42) menggunakan istilah “Chinese Religion” untuk merujuk kepada satu set

kepercayaan dan amalan yang kompleks yang diwarisi daripada tradisi keagamaan di

China, bercampur dengan inovasi tempatan dan kepercayaan serta praktis keagamaan

tempatan dalam sistem keagamaannya. Istilah ini sesuai kerana orang Cina Malaysia

telah menggunakan agama orang Cina (huaren zongjiao) sebagai suatu kontras kepada

tradisi keagamaan lain. Selain itu, agama orang Cina di Malaysia menggabungkan

agama rakyat dengan elemen tradisi Tao dan Buddha, serta etika Konfusianisme.

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek-

aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius

Page 145: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

137

(551SM-479SM). Ajaran Konfusius menjadi arus perdana pemikiran dalam kebudayaan

Cina. Dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan

nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu,

manusia berpotensi untuk mencapai tiga jenis sifat yang baik iaitu:

i. Perikemanusiaan (ren)

ii. Kewajaran (yi)

iii. Kesusilaan (li)

Konsep ren (perikemanusiaan) merujuk kepada sikap penyayang terhadap

manusia lain atau kemurahan hati. Maksud ini meliputi perasaan simpati dan kasihan

terhadap orang yang menderita, yang kemudiannya diperkembangkan dalam tabiat

kita sehingga membentuk sikap penyayang atau berperikemanusiaan. Dalam konteks

luas, ren bermaksud kebaikan (Waley, 1989: 27), dan kebaikan akan meliputi sifat-sifat

seperti sikap penyayang, sikap altruisme, kesediaan membuat kebajikan, dan lain-lain.

Konsep yi (kewajaran) ditakrifkan sebagai kewajaran atau keadilan. Sesuatu

perbuatan itu hanya bersifat yi jika ia dilakukan hanya untuk nilainya. Perbuatan yang

bersifat yi ini mesti dilakukan hanya untuk nilai intrinsiknya. Jika kita melakukan sesuatu

perbuatan itu untuk keuntungan diri sendiri, atau untuk keuntungan seorang yang lain,

atau untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu, maka perbuatan kita bukan perbuatan

yang bersifat yi. Sesuatu perbuatan moral, sama ada ren atau yi, tidak mempunyai

syarat, dan tidak mempunyai sasaran mencapai tujuan tertentu, terutamanya tujuan

untuk mencapai keuntungan (Lok Chong Hoe, 2000:41).

Konsep li (kesusilaan) menunjukkan semua perbuatan yang mengikut adat, dan

semua perbuatan yang melibatkan tingkah laku yang berbudi bahasa, terutamanya

peraturan-peraturan yang diperkenalkan untuk mengatur atau mengawal tingkah laku

pemerintah dan ahli-ahli istana (Creel, 1975:30). Oleh demikian, konsep li selalunya

merujuk kepada pelaksanaan upacara secara betul, kesopanan, dan semua tingkah

laku mengikut adat. Hal ini melibatkan kegiatan-kegiatan seperti menjalankan upacara

penyembahan dan penghormatan kepada nenek moyang yang sudah meninggal dunia,

mengucapkan kata-kata hormat dengan cara yang betul, menyambut ketibaan tetamu

Page 146: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

138

dengan cara yang betul, menunjukkan penghormatan kepada orang lain dan semua

perbuatan lain yang selaras dengan adat istiadat.

Selain daripada itu, ketaatan kepada ibu bapa (xiao) juga dititikberatkan oleh ajaran

Konfusius. Hal ini melibatkan kegiatan menunjukkan hormat kepada ibu bapa yang

sudah meninggal dunia (seperti menjalankan upacara penyembahan nenek moyang

dan ibu bapa yang sudah meninggal dunia); dan ia juga melibatkan mematuhi serta

menghormati keinginan ibu bapa yang masih hidup (seperti memberi wang pencarian

kepada ibu bapa) (Matthews, 2000:120). Selain cara fizikal, setiap orang harus

menunjukkan xiao dari segi kejiwaan. Seorang anak mesti menunjukkan bahawa dia

masih mengingati dan menghormati orang tua melalui penyembahan nenek moyang

dan ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Penyembahan itu berfungsi sebagai tanda

penghormatan kepada nenek moyang yang sudah meninggal dunia dan tidak berkaitan

dengan kepercayaan tentang roh dan hantu (Lok Chong Hoe, 2000:31).

Di samping itu, ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali

sebagai wulun, iaitu:

i. Raja dengan menteri

ii. Ayah dengan anak

iii. Suami dengan isteri

iv. Abang dengan adik

iv. Kawan dengan kawan

Tekanan ajaran Konfusius adalah terhadap pembinaan suatu masyarakat yang

aman dan harmoni. Jikalau setiap orang mematuhi ibu bapa dan abang, maka sebuah

keluarga yang harmoni akan terbina; dan jikalau setiap ahli masyarakat mematuhi

pemerintahnya, maka suasana harmoni akan lahir dalam sesuatu negara.

Konsep di atas jelas menunjukkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni

yang membentuk masyarakat agar hidup bantu-membantu dan bekerjasama tanpa

mengira bangsa. Ajaran Buddhisme pula mementingkan kesederhanaan di mana asas

pengajarannya adalah penderitaan berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan

Page 147: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

139

akar kepada pelbagai masalah manusia. Penderitaan itu dapat dihindarkan mengikuti

lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan

diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan. Justeru

keluarga dan masyarakat Cina amat mengambil berat tentang hubungan sesama

manusia.

Daripada ajaran tersebut, maka lahirlah masyarakat Cina Malaysia yang

mementingkan nilai kemanusiaan di mana mereka menganggap manusia mempunyai

kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Nilai-

nilai itu dapat dilihat hasil daripada humanisme antaranya ialah (Soo Khin Wah, 2001:

310-311):

i. Moral sebagai ideologi

ii. Hubungan manusia dengan alam semesta.

iii. Mementingkan institusi keluarga

iv. Pendidikan diberi keutamaan.

v. Keharmoniaan merupakan nilai utama.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular, iaitu memisahkan

urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina

tidak mempunyai perasaan takut akan kuasa yang Maha Agung atau Tian.

Walaupun orang Cina menganggap bahawa prinsip-prinsip moral serta nilai-nilai

murni (Tao) berasal daripada Maha Agung (Tian), tetapi manusia sendiri mampu

menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesucian,

iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar setiap individu yang dikenali sebagai

transendensi dalaman (Soo Khin Wah, 2001:311).

Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri

untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak.

Dalam proses pembinaan diri ini, antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah

disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai

batin atau dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Maka apa yang mencirikan minda

orang Cina Malaysia ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau

individualisme yang agresif.

Page 148: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

140

Sistem etika Konfusianisme berasaskan keluarga merupakan institusi sosial

yang terulung dalam tamadun China. Negara merupakan lanjutan daripada keluarga.

Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga. Akibat

pengaruh sistem kekeluargaan Konfusianisme, maka lahirlah ciri-ciri masyarakat Cina

di Malaysia bahawa waris sebelah bapa dan pemerintah yang berpusatkan bapa, kuasa

suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan

anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum

kerabat keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan

nama dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan

mengagung-agungkan zaman silam (Soo Khin Wah, 2001:310).

Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh terhadap humanisme, personalisme

dan moralisme, maka pendidikan yang bertradisi panjang diberi penghargaan yang

tinggi. Masyarakat Cina di Malaysia kuat berpegang kepada ajaran Konfusius bahawa

“kita tidak patut membahagikan manusia kepada kelas-kelas berlainan”; setiap manusia

boleh dan patut mendapat pendidikan atau ajaran yang bermoral tinggi, dan yang

bertindak secara moral. Hal ini bererti prinsip moral mempunyai dimensi sejagat; setiap

manusia harus mendapat latihan dan ajaran moral, dan oleh itu, setiap manusia harus

mematuhi dan mengaplikasi prinsip-prinsip moral (Lok Chong Hoe, 2000:20).

Pendidikan merupakan parameter yang menyediakan laluan kepada pekerjaan,

kemasyhuran dan kekayaan; tiada usaha lain menyediakan harapan, aspirasi dan

peluang. Justeru orang Cina mempunyai rasa penghormatan yang tinggi kepada

golongan sarjana. Kepentingan pendidikan dalam jiwa masyarakat Cina adalah tersangat

tinggi. Adalah lazim bagi ibu bapa untuk menjual atau harta benda, meminjam daripada

sahabat atau saudara mara, untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka.

Keadaan ini sangat ketara untuk melanjutkan pengajian tinggi khususnya pendidikan

di luar negara. Kini, pendidikan masih menjadi laluan untuk mobiliti sosial, khususnya

untuk masyarakat imigrasi di negara baru yang beranggapan bahawa pendidikan yang

relevan menyediakan akses kepada dan penerimaan oleh masyarakat tempatan (Yow

Yit Seng, 2006:230).

Secara umumnya, masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan

yang boleh memberikan kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.

Page 149: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

141

Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral

dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri

lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi

masyarakat Cina, kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka

bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh

memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi itu tidak bercanggah dengan

adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep

yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam

dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk

dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan

mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat

(Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail, 2006).

Identiti dan Etnik

Menyebut tentang identiti masyarakat Cina di Malaysia, sarjana tersohor yang

mempelopori kajian berkenaan ialah Wang Gungwu. Bagi Wang Gungwu (1988),

konsep identiti orang Cina adalah konstruksi akademik dalam wacana ahli sains

sosial yang mengkaji komuniti Cina. Padanya, orang Cina dalam kehidupan seharian

tidak memperkatakan isu identiti mereka seperti apa yang dilakukan ahli akademik,

kendatipun mereka jarang menyebut perkataan identiti dalam hidup seharian. Mereka

lebih menyedari dan menekankan “being Chinese” dan “becoming un-Chinese” atau

apa yang disebut Wang sebagai kecinaan. Tahap kecinaan itu berbeza dari individu ke

individu yang lain, kerana ada sesetengah orang Cina boleh dianggap “lebih Chinese”,

tetapi yang lain pula “kurang Chinese”. Wang menambah, konsep identiti orang Cina itu

sudah dihasilkan dalam wacana ahli akademik, kemudian dipopularkan ahli sains sosial

yang mengkaji komuniti Cina sejak tahun 1950. Dalam konteks ini, kecinaan adalah

konsep yang lebih merujuk kepada bagaimana orang Cina memandang diri mereka dan

berkait rapat dengan pengetahuan mereka tentang budaya, geopolitik dan sejarah (Tu

Wei-Ming, 1994).

Page 150: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

142

Dalam kajian sejarah tentang kehidupan orang Cina di Malaysia sebelum Perang

Dunia Kedua, Wang Gungwu (1988) mengklasifikasikan orang Cina kepada tiga kategori:

A, B dan C bergantung kepada sikap mereka terhadap negara China dan Malaysia.

Kategori A adalah mereka yang berorentasikan negara China dan menjadi warganegara

sama ada tanah besar China atau Taiwan. Kategori B adalah Cina yang rendah profail

dan terlibat dalam politik secara tidak langsung menerusi persatuan perdagangan dan

perkauman; umumnya mereka masih setia kepada negara asal mereka, dan kurang

komitmen terhadap cita-cita dan aspirasi negara baru. Kategori C adalah gabungan ahli

kumpulan Cina yang mengalami “pemodenan” dengan “tulen” termasuklah golongan

Baba, Cina Negeri-negeri Selat zaman British dan golongan nasionalis Tanah Melayu

dan “lazimnya lebih berkomited dan setia akan Tanah Melayu”. Jikalau golongan

Cina di Malaysia sebelum kemerdekaan dikelompokkan mengikut klasifikasi ini, maka

kebanyakan orang kategori A dan B terdiri daripada mereka yang berpendidikan Cina

dan mereka yang tidak mendapat pendidikan formal, manakala kebanyakan kategori C

ialah golongan berpendidikan Inggeris.

Klasifikasi Wang Gungwu (1988) amat bermanfaat untuk menganalisis orang Cina

dan politik di Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan sehingga selepas era rusuhan

1969. Selepas dekad 1970, tiga pembahagian yang dibuat oleh Tan Chee Beng (1988)

didapati sesuai diaplikasi untuk menganalisis identiti Cina Malaysia sehingga mutakhir.

Tiga kategori Cina itu merupakan golongan berpendidikan Cina, berpendidikan Melayu

dan penutur bahasa Inggeris. Golongan berpendidikan Cina membentuk kelompok jenis

1 dan jenis 3. Golongan berpendidikan Cina terdiri daripada mereka yang menerima

pendidikan Cina sekolah rendah sahaja, atau pendidikan sekolah rendah dan menengah

persendirian Cina serta melanjutkan pendidikan tinggi di Taiwan. Kelompok 2 golongan

berpendidikan Cina dan golongan berpendidikan Inggeris beransur-ansur akan hilang

akibat sekolah aliran Inggeris yang beralih bahasa pengantar kepada bahasa Melayu.

Bagaimanapun, mereka akan terus menjadi kategori “penutur bahasa Inggeris” yang

membesar di dalam keluarga yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Kategori golongan

berpendidikan Melayu akan menjadi semakin penting. Bagaimanapun, berlawanan

dengan golongan berpendidikan Cina, golongan berpendidikan Melayu berkongsi ciri-

ciri perwatakan yang sama dengan golongan berpendidikan Inggeris dengan memiliki

sedikit pendedahan kepada tradisi besar (great tradition) Cina sahaja (Tan, 1988:152).

Page 151: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

143

Dalam buku Nation Building and Being Chinese in a Southeast Asian State:

Malaysia, Tan Chee Beng (1988) cuba mengaitkan pembentukan identiti orang Cina

dengan pembinaan bangsa (nation building) kerajaan Malaysia. Hubungan antara

identiti orang Cina dengan pembinaan bangsa dilihat daripada tiga isu besar: bahasa

dalam pendidikan, polisi sosioekonomi dan budaya kebangsaan. Dalam kajian itu, Tan

mencadangkan tiga komponen utama identiti etnik: label, identifikasi objektif (seperti

bahasa dan adat resam) dan identifikasi subjektif. Baginya, komponen yang terakhir

itu meliputi persepsi atas diri dan juga makna menjadi orang Cina dari segi sosial dan

psikologi.

Terdapat juga sarjana lain yang telah mengkaji identiti orang Cina dalam konteks

politik. Loh Kok Wah (2000), misalnya telah menjalankan kajian lapangan di Kinta,

Perak dari 1977 hingga 1978 selain menjalankan kajian kes di kampong baru Cina.

Beliau mengaitkan kesedaran politik orang Cina kampung baru dengan keperluan

sosioekonomi tempatan dan pengalihan sokongannya daripada seorang pemimpin parti

politik kepada seorang pemimpin yang lain. Identiti politik orang Cina beralih daripada

menyokong Malaysian Chinese Association (MCA) kepada parti pembangkang seperti

People Progressive Party (PPP) waktu itu. Proses interaksi penduduk dengan parti

politik turut membangkitkan kesedaran mereka dan membentuk identiti lain seperti

kesedaran kelas dan identiti etnik. Di sini, kesedaran kelas boleh dibangkitkan melalui

sosialisasi dalam kempen politik parti, umpamanya PPP cuba menyemai ideologi haluan

kiri melalui program kebajian sosialnya pada tahun 1960-an. Penglibatan penduduk Cina

dalam aktiviti politik juga membuka peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan

lebih kerap dengan bukan Cina, seterusnya meningkatkan kesedaran etnik Cina.

Chui Kwei-chiang (1990) telah membincangkan perubahan identiti orang Cina

Semenanjung Malaysia dan Singapura dalam tempoh 15 tahun selepas Perang Dunia

II dengan melihat perubahan identiti nasional sebagai reaksi institusi politik. Institusi

politik, terutamanya persatuan politik diandaikan oleh Chui sebagai wakil orang

Cina di Tanah Melayu masa itu. Beliau menyimpulkan orang Cina di Singapura dan

Semenanjung Malaysia dalam jangka masa 1945-1959 itu boleh dibahagikan kepada

dua kumpulan: imigran dari China (termasuk keturunan mereka) dan juga orang Cina

Negeri-negeri Selat (Straits Chinese) atau Cina peranakan. Kedua-dua kumpulan itu

Page 152: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

144

mempunyai perbezaan ketara dari aspek latar belakang pendidikan, kepercayaan dan

sistem agama, identiti nasional dan sistem nilai sosial. Dalam konteks politik, sama ada

identiti orang Cina kekal atau berubah adalah bergantung kepada keperluan semasa

orang Cina, aktiviti parti politik tempatan dan perubahan sikap taat setia setelah orang

Cina membuat keputusan untuk memilih Tanah Melayu sebagai kampung halaman

mereka yang baru.

Sarjana Malaysia yang juga mengkaji pembentukan identiti orang Cina di Malaysia

adalah Hou Kok Chong (2002). Beliau melihat identiti dan budaya orang Cina di Malaysia

sebagai realiti sosial yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut keadaan dalam

interaksi etnik dan perkembangan politik semasa di Malaysia. Secara epistemologi,

Hou menetapkan beberapa fasa untuk melihat hubungan antara identiti dengan

pemboleh ubah seperti budaya, pendidikan dan politik. Dari segi metodologi, Hou telah

menjalankan penyelidikan berpandukan andaiannya bahawa identiti orang Cina adalah

hasil perubahan pemboleh ubah dalam bentuk struktur dan institusi sosial. Seperti yang

disimpulkannya (Hou, 2002:242), identiti dan budaya orang Cina di Malaysia adalah

hasil perubahan politik perkauman dan orang Cina sebagai pelaku sosial tidak mampu

menentukan jenis identiti yang dikehendaki.

Kajian Ku Hung-ting (2003) dijalankan tentang pembentukan identiti orang Cina

dalam konteks pendidikan sekolah menengah Cina di Malaysia. Beliau mendapati

budaya Cina hanya boleh dikekalkan dan dikembangkan dengan bahasa Cina

memandangkan orang Cina di Tanah Melayu, bukan sahaja terpisah dari China, tetapi

juga rakyat dalam kerajaan British dan juga kerajaan Malaysia yang didominasi orang

Melayu. Sehubungan itu, sekolah Cina perlu kekal agar orang Cina dapat mempelajari

bahasa dan budaya Cina untuk terus mengekalkan identiti mereka. Ku juga mendapati

perkembangan pendidikan orang Cina adalah selari dengan dasar pemerintah yang

ada. Pendidikan Cina memainkan peranan penting dalam menyalurkan nilai tradisional

Cina kepada generasi baharu, sambil menyuntik semangat kebangsaan dan kesedaran

politik kepada mereka.

Untuk memahami pembentukan identiti harian orang Cina Malaysia, Lee Yok Fee

(2011) lebih memfokuskan ‘orang Cina biasa’ yang merujuk kepada rakyat biasa atau

yang tidak menyandang jawatan penting atau autoriti dalam politik dan akademik. Dua

Page 153: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

145

belas orang subjek kajian dalam jaringan sosial telah dicari melalui metode snow-balling dalam kajian Lee. Dua belas orang subjek Cina yang dipilih itu berasal dari

latar belakang yang berlainan dari segi jantina, umur (dari umur dua puluh dua hingga

tujuh puluh sembilan tahun), peringkat pendidikan (daripada yang tidak berpendidikan

kepada pemegang ijazah sarjana), pekerjaan (pelajar, suri rumahtangga, kolar putih

dan biru) dan bahasa (berbahasa Inggeris dan bukan-Inggeris) telah ditemu bual. Hasil

temubual menunjukkan orang Cina bersifat ‘rajin’ mencari nafkah hidup sejak zaman

nenek moyang lagi. Selain itu, mereka juga telah membangunkan ciri lain, termasuk

pasif, pendiam, bersabar dan fleksibel kerana keadaan ekonomi dan politik negara ini.

Terdapat subjek kajian menganggap diri sebagai rakyat “kelas dua”. Perkara ini sensitif

kerana melibatkan layanan dan hak istimewa kaum Bumiputera yang tidak dinikmati oleh

orang Cina, menyebabkan mereka berpendapat kaum sendiri dianaktirikan. Bagaimana

subjek mendefinisikan identiti Cinanya juga telah dipengaruhi konteks yang bersifat

umum dan khusus. Konteks umum itu merujuk kepada norma sosial yang dikongsi

bersama oleh semua informan. Sementara itu, informan juga mungkin mempunyai

pandangan yang berlainan disebabkan perbezaan nilai kerana berada dalam institusi

yang berlainan dan latar belakang kebudayaan yang berbeza-beza, seperti pendidikan,

agama, famili, peringkat kehidupan dan keupayaan linguistik. Perbezaan itu merupakan

konteks khusus yang dihadapi oleh subjek kajian.

Maka, pengetahuan tentang identiti dan jati diri orang Cina dan pembentukannya

masih cenderung kepada pemikiran structuralist dan essentialist di Malaysia. Ini

bermakna identiti orang Cina dan pembentukannya adalah berdasarkan skop kajian

penyelidik, lebih-lebih lagi interpretasi mereka terhadap bahan pilihan (Lee Yok Fee,

2009:181-182).

Dalam pada itu, jati diri bangsa tidak dapat dipisahkan daripada jati diri individu.

Oleh sebab itu, kedua-duanya perlu dibicarakan serentak. Aspek yang dilihat kelakuan

individu bagi menentukan jati dirinya, dan jati diri individu kemudian membentuk jati diri

masyarakatnya. Dengan melihat jati diri individu, kita dapat memahami jati diri masyarakat

dan dengan melihat jati diri masyarakat, kita dapat memahami jati diri individu (Abdullah

Hassan, 2009:61). Justeru kajian Lee Yok Fee (2011) telah membekalkan kita dengan

infomasi yang bernilai tentang jati diri individu Cina yang seterusnya membentuk jati diri

masyarakat Cina secara keseluruhannya dengan lebih mendalam dan terperinci.

Page 154: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

146

Justeru di Malaysia, pengenalan etnik Cina adalah subjektif sifatnya; misalnya,

selagi kaum Baba menganggap dirinya sebagai orang Cina, maka dia merupakan orang

Cina. Menjadi orang Cina tidak boleh secara objektif ditakrifkan semata-mata dari

segi ciri-ciri statik budaya tertentu. Sebaik sahaja etnisiti dikenalpasti, ciri-ciri budaya

menjadi relevan untuk menerangkan jenis identiti tertentu seseorang itu, seperti sama

ada seseorang adalah orang Baba atau tidak. Memang terdapat kategori yang berbeza

untuk kecinaan yang akan menekankan ciri-ciri budaya yang berbeza sebagai ciri-ciri

penting bagi identiti etnik Cina. Kaum ‘Cina tulen’ contohnya menentukan kecinaan

dalam jangka literasi dalam bahasa Cina, dan kaum Cina yang tidak boleh bertutur

bahasa Mandarin dianggap tidak cukup (atau tidak sebenarnya) sebagai seorang Cina

di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis identiti kaum Cina, tetapi kesemua mereka adalah

orang Cina dan orang Malaysia pada masa yang sama, malah kaum Cina di Malaysia

adalah rakyat Malaysia. Pengalaman menjadi orang Cina dan menjadi rakyat Malaysia

adalah saling berkaitan (Tan Chee Beng, 2000: 66).

Kaum Cina Malaysia secara umumnya, akan terus menjadi etnik Cina, tetapi identiti

mereka akan berubah mengikut peredaran masa. Identiti mereka sebagai orang Cina

dan rakyat Malaysia adalah terikat dan terbatas (bounded and unbounded). Identiti

mereka terbatas sebagai orang Cina (Huaren) adalah bukti yang paling kukuh dalam

konteks transnasional atau apabila mereka migrasi untuk bermastautin di negara lain.

Namun sebagai rakyat Malaysia, mereka mengemukakan identiti batasan sempadan

(territorially bounded) menerusi penglibatan mereka sebagai warganegara dan

identifikasi dengan negara Malaysia (Tan Chee Beng, 2004:110).

Daripada konsep identiti Cina Malaysia tersebut, maka boleh dikatakan bahawa

identiti Cina Malaysia adalah rumit, kompleks, sentiasa berubah mengikut perubahan

sejarah dan politik, serta kebudayaan masyarakat Cina. Selain itu, identiti individu

berbeza daripada identiti bangsa mengikut pengalaman hidup dan latar belakang sosial

masing-masing, menjadikan jati diri bangsa Cina semakin sukar dikenal pasti dengan

tepat dan jelas dalam bentuk satu identiti yang umum seperti kaum Melayu yang

termaktub dalam Perlembagaan bahawa mesti beragama Islam dan mengamalkan

kebudayaan serta adat resam Melayu.

Page 155: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

147

Memandangkan identiti orang Cina itu adalah rumit dan tertakluk kepada keadaan

yang tidak homogen, maka adalah penting bagi penggubal dasar negara mengambil

kira realiti itu dalam proses dan usaha pembinaan Bangsa Malaysia. Kepelbagaian

wajah dan ciri-ciri yang terdapat pada orang Cina Malaysia adalah keunikan mereka

yang tidak terdapat di mana-mana negara lain termasuk China, Taiwan, mahupun

Hong Kong. Lantaran itulah, jati diri Cina Malaysia yang istimewa itu haruslah diterima

dengan baik dan diterap dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang berdedikasi,

berinovasi dan berwawasan untuk menghadapi era globalisasi ini.

Bidang politik Malaysia mementingkan integrasi nasional dan ideal demokrasi

keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Maka kebudayaan

Cina Malaysia yang berasaskan humanisme dan moralisme didapati memenuhi ciri-

ciri tersebut, sesuai diterapkan dalam pembentukan wajah politik Malaysia yang

bersepadu. Dalam bidang sosial, apa yang diidamkan oleh orang Cina ialah sebuah

masyarakat bermoral, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi,

mengutamakan kebaika hati serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti

(individu, kelompok, alam). Maka cita-cita ini memberi sumbangan kepada pemupukan

kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan

bebas dari segi agama dan budaya. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi

Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, bukannya untuk dunia

semata-mata. Bentuk-bentuk pemikiran sedemikian adalah relevan sebagai pedoman

untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi masyarakat

Malaysia yang sihat (Cheng Gek Nai, 2001:353-354).

Dalam bidang ekonomi, nilai-nilai moral yang ditekankan oleh masyarakat Cina

termasuklah keadilan dan sikap berpatutan selain sifat kerajinan, berjimat-cermat,

tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan pertubuhan

perniagaan secara langsung; nilai positif sebagai keharmonian, kesetiaan, kesopanan,

kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin diri, semangat bekerjasama dan

sebagainya memberi implikasi yang positif kepada pengurusan dan perkembangan

perniagaan di Malaysia.

Page 156: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

148

Dalam bidang pendidikan, terdapat beberapa warisan Cina Malaysia yang boleh

diintegrasikan ke dalam pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, antaranya

termasuklah kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai

kecemerlangan individu atau kelompok, pendidikan sentiasa diutamakan, kepercayaan

bahawa setiap individu harus dan boleh dididik, pembentukan keperibadian atau ajaran

moral diberi keutamaan, dan guru diberi penghormatan yang tinggi. Kesemua warisan

ini adalah berasal daripada humanisme, persoanalisme, intelektualisem dan moralisme

dalam kebudayaan Cina yang unik dan boleh menyumbang kepada pembentukan

bangsa Malaysia yang berdedikasi, berdisiplin dan berwawasan.

Kesimpulan

Masyarakat kaum Cina Malaysia didapati tidak mempunyai satu identiti yang tetap atau

bersifat umum. Bagaimana orang Cina memandang diri mereka berkait rapat dengan

pengetahuan mereka tentang budaya, geopolitik dan sejarah. Walau bagaimanapun,

mereka disatukan oleh pengaruh agama orang Cina (Chinese religion) yang bersifat

sinkretisme antara Konfusianisme, Taoisme dan Buddha meskipun ada antara mereka

yang menganut agama lain. Pengamalan kebudayaan tradisi oleh masyarakat kaum Cina

Malaysia akan diteruskan dan dipupuk bagi mengekalkan kesinambungan kehidupan

orang Cina selain membentuk jati diri individu dan jati diri masyarakat kaum Cina. Oleh

sebab itu, kaum Cina Malaysia berusaha untuk menghayati nilai-nilai positif di dalam

agama orang Cina masing-masing dalam usaha menjamin kesinambungan kehidupan

mereka sebagai kaum Cina Malaysia. Justeru kerajaan Malaysia perlu mengambil kira

keunikan jati diri kaum Cina dalam pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu.

Page 157: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat Cina

149

Bibliografi

Abdullah Hassan, 2009. Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan Rempuhan

Globalisasi dalam Kemanusiaan, Vol 16. hlm. 59-81.

Cheng Gek Nai, 2001. “Tamadun Cina: Interaksi dengan Tamadun Lain dan Relevansinya

di Malaysia dan Dunia.” dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya. hlm. 333-3356

Chui Kwei-chiang, 1990. Perubahan Identiti Orang Cina Singapura dan Malaya 1945-1959.

Singapore: Nanyang Xuehui.

Creel, H.G., 1975. Chinese Thought from Confucius to Mao Tse-tung. Chicago: University of

Chicago Press.

Fatimi Hanafi & Mohd. Zamani Ismail, 2006. “Penghayatan Nilai-nilai Murni dalam Masyarakat

Berbilang Kaum di Malaysia.” Kertas Kerja Seminar Pengajian Umum, dibentangkan

pada 13-14 Jun, Universiti Teknologi Malaysia.

Hou Kok Chung, 2002. Malaysian Chinese: Identity, Culture and Ethnic Conflict. Kuala Lumpur:

Centre for Malaysian Chinese Study.

Kamus Dewan. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ku Hung Ting, 2003. 1945-2000. Education and Identity: a Study on Chinese Secondary Education in Malaysia: 1945-2000. Xiamen: Xiamen University Press.

Lee Kam Hing & Tan Chee Beng (pgng), 2000. The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford

University Press.

Lee Yok Fee, 2004. “Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia.” dalam Sari, 22. Hlm. 167-181.

Lee Yok Fee, 2007. “Kajian tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari segi Epistemologi:

Ulasan.” Sari, 27. Hlm. 167-183.

Lee Yok Fee, 2008. “Perubahan Sosial dan Kebudayaan Cina Malaysia”, dlm. Sarjit S. Gill &

Lee Yok Fee (pngr.). Masyarakat dan Kepelbagaian Sosial di Malaysia. Serdang:

Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hlm 79-95.

Lee Yok Fee, 2011. Identiti Harian dalam Subjektiviti Cina Malaysia. Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu, 2. Hlm. 68-87.

Liang Liji, 1996. Lembaran Sejarah Gemilang: Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Loh Kok Wah, Francis, 2000. Chinese New Villages: Ethnic Identity and Politics. In Lee, Kam Hing

& Tan, Chee-Beng (ed.). The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University

Press.

Page 158: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

150

Lok Chong Hoe, 2000. Tamadun Cina: Corak Pemikiran, Sains dan Kesusasteraan. Pulau

Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Matthews, B.M., 2000. “The Chinese Value Survey: An Interpretation of Value Scales and

Consideration of Some Preliminary Results”, International Education Journal, Vol 1(2).

Hlm. 117-126.

“Penduduk Malaysia kini 28.3 juta,” dlm Berita Harian. 15 September, 2012.

Soo Khin Wah. 2001. “Tamadun Cina: Asal-Usul, Unsur-unsur Asas dan Orientasi Sistem Nilai,”

Dlm. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hlm 301-312.

Tan Chee Beng, 1988. “Nation-building and being Chinese in a Southeast Asian state: Malaysia.”

dlm. Cushman, J. W. & Wang Gungwu (pnyt.). Changing identities of the Southeast Asian Chinese since World War II. Hong Kong: Hong Kong Unviersity Press. Hlm.

139-164

Tan Chee Beng, 2000. “Socio-cultural Diversities and Identities,” dlm Lee Kam Heng & Tan

Chee Beng (pngr.). The Chinese in Malaysia. Shah Alam: Oxford University Press.

Hlm 37-70.

Tan Chee Beng, 2004. Chinese Oversea: Comperative Cultural Issues. Hong Kong: Hong Kong

University Press.

Tu Wei-Ming (pngr.), 1994. The Living Tree: the Changing Meaning of Being Chinese Today. Stanford: Standford University Press.

Waley, A, 1989. The Analects of Confucius: Translated and Annoted. New York: Vintage Books.

Wang Gungwu. 1988. “The Study of Chinese Identities in Southeast Asia,” dlm. Cushman,

Jennifer W. & Gungwu, Wang (pngr.). Changing Identities of the Southeast Asian Chinese Since World War IL. Hong Kong: Hong Kong University Press.

Yam Kah Kean, 2010. “Filial Piety in Chinese Tradition,” dlm Suzalie Mohamad (pngr.). Multi-cultural Understanding of Filial Piety. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM. Hlm 11-24.

Yen Ching-Hwang, 2000. “Historical Background,” dlm. Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng (pnyt.).

The Chinese in Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Hlm 1-36.

Yow Yit Seng, 2006. Chinese Dimensions: Their Roots, Mindset and Psyche. Subang Jaya:

Pelanduk Publications.

Page 159: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

M. Rajantheran*Manimaran Subramaniam*

Universiti Malaya

* Profesor Dr. M. Rajantheran adalah Profesor di Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya dan Dr. Manimaran Subramaniam di fakulti yang sama

Page 160: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

152

Pengenalan

Perkataan jati diri terbentuk daripada gabungan dua perkataan iaitu ‘jati’ dan ‘diri’.

Perkataan ‘jati’ berasal daripada bahasa Sanskrit. Jati juga dikenali dengan perkataan

kulam dalam bahasa Tamil. Tamil Lexicon mendefinisikan Jati sebagai keluarga, kaum,

kumpulan, kasta, kelahiran, sifat umum sesuatu kelas, ciri-ciri tersendiri yang tinggi.

Seorang sarjana bernama J. Gonda dalam bukunya berjudul, Sanskrit in Indonesia

menerangkan maksud kata jati dari sudut pandangan perkataan sejati yang bermaksud

asli, murni, tulen, tidak bercampuran, benar dan bersifat tinggi. Beliau juga mengertikan

jati sebagai ‘nature’ iaitu menandakan sifat asas ataupun sifat semulajadi.

Sebagai rumusannya boleh dikatakan bahawa perkataan jati menandakan sesuatu

yang mempunyai nilai keaslian, ketulenan, kemurnian dan tiada campuran serta

memiliki sifat-sifat semulajadi, memiliki ciri-ciri yang berkualiti tinggi. Perbincangan turut

menunjukkan bahawa perkataan jati juga digunakan untuk menandakan sistem kasta.

Dalam konteks artikel ini perkataan jati digunakan untuk menandakan nilai-nilai yang

tersenarai di atas dan bukannya kasta. Diri pula menandakan orang perseorangan.

Oleh itu istilah jati diri boleh didefinasikan sebagai, menandakan ketulenan, keaslian,

kemurnian, sifat-sifat semulajadi, ciri-ciri yang berkualiti tinggi yang diwarisi turun-

temurun yang wujud dalam diri seseorang, kumpulan masyarakat, komuniti, kaum

ataupun bangsa.

Warisan jati diri sesuatu masyarakat itulah menjadi teras kepada nilai-nilai murni,

iaitu ciri-ciri terpuji pada diri seperti sifat kasih sayang, kedermawanan, baik hati,

kejujuran, kesopanan dan kesederhanaan dan sebagainya. Orang yang menjiwai serta

menghayati nilai-nilai ini dikatakan sebagai manusia yang bermoral, berperibadi mulia,

beretika dan sebagainya. Nilai-nilai ini harus memiliki tahap pencapaian moral yang

tinggi dan bertindak sebagai alat yang bertenaga yang dapat menghasilkan hubungan

matang sesama manusia, kumpulan masyarakat, komuniti, kaum dan bangsa.

Perbincangan jati diri ini turut membawa kepada dua aliran fikiran; pertamanya

jati diri dipersepsikan sebagai peraturan yang kekal abadi serta bersifat kerohanian;

keduanya pula menegaskan bahawa peraturan-peraturan tadi adalah dicipta oleh

manusia dan bersifat dinamik. Apabila diteliti nilai-nilai jati diri orang India, aspek

Page 161: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

153

kerohanian tidak dapat dielakkan. Pada masa yang sama proses dinamik itu tetap

berlaku.

Penulisan artikel ini melibatkan kaedah kajian lapangan bersifat soal selidik

tidak berstruktur. Metod ini membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat tentang

nilai-nilai jati diri yang masih dipegang oleh masyarakat India Malaysia. Metod kajian

perpustakaan pula digunakan untuk pembuktian nilai-nilai tadi sebagai nilai jati diri yang

dipercayai serta diwarisi turun temurun. Hanya nilai-nilai jati diri yang utama dan masih

ketara dibicarakan dalam tulisan ini.

Jati Diri Masyarakat Malaysia

Nilai-nilai jati diri yang menjadi alat hubungan yang matang ini amat relevan dihayati

dalam konteks meneguhkan lagi perpaduan masyarakat Malaysia yang sedia terjalin

selama ini. Kepelbagaian kumpulan etnik, keturunan, budaya dan agama bukan

hanya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai suatu masyarakat yang unik, tetapi

agak mencabarkan apabila soal kesinambungan perpaduan kaum diperhatikan. Hal

sedemIkian ini kerana warisan jati diri kaum masing-masing begitu kuat mempengaruhi

diri mereka dan dipertahankan sebagai identiti yang ingin dikekalkan selama-lamanya.

Dalam konteks ini, Malaysia boleh disifatkan sebagai telah berjaya membina

perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Ini dapat dilakukan kerana adanya

usaha dari pelbagai pihak yang sentiasa mempastikan adanya ruang untuk kaum

yang pelbagai ini mengenali satu sama lain. Penghayatan jati diri kaum-kaum lain,

sebenarnya adalah sesuatu yang amat penting kerana ianya akan mendedahkan

seseorang kepada fakta bahawa kebanyakan nilai yang ada pada kaum lain. Cuma

cara nilai itu dipraktikkan ataupun diamalkan itu (mungkin) berbeza. Oleh itu, nilai-nilai

jati diri yang dikongsi bersama perlu dipupuk sebagai asas ataupun landasan bagi

menjaminkan keharmonian dan keutuhan perpaduan masyarakat Malaysia.

Page 162: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

154

Jati Diri Dari Perspektif Masyarakat India Malaysia

Barangkali ada baiknya jika dikupaskan sedikit akan konsep ‘masyarakat India

Malaysia’. Kupasan ini dapat memberikan gambaran fokus serta skop perbincangan

yang sebenar. Hal ini kerana masyarakat India Malaysia itu terdiri daripada beberapa

kumpulan etnik yang berlainan.

Nenek moyang masyarakat India Malaysia adalah berasal dari India. Mereka ini

telah dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pihak British pada akhir abad ke-19 dan

awal abad ke-20, untuk menampung tenaga kerja di Tanah Melayu. Tetapi hubungan

kebudayaan di antara India dan Tanah Melayu mempunyai sejarah yang panjang terjalin

sekurang-kurangnya sejak awal abad-abad masihi lagi.

Masyarakat India Malaysia dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu, masyarakat

India Selatan yang tergolong dalam rumpun bangsa Dravida. Rumpun ini terdiri daripada

orang Tamil, Telugu dan Malayalam. Dalam pada ini orang Tamil menjadi kumpulan sub-

etnik yang paling besar. Mereka ini membentuk lebih kurang 80% daripada keseluruhan

masyarakat India Malaysia. Kategori kedua ialah masyarakat India Utara yang tergolong

dalam rumpun bangsa Indo-Arya. Rumpun ini pula merangkumi orang Punjabi, Gujarati,

Sindhi, Gurka, Benggoli dan sebagainya.

Tulisan ini member tumpuan kepada kumpulan etnik majoriti dalam masyarakat

India Malaysia iaitu orang Tamil. Kebanyakan nilai-nilai jati diri orang Tamil, Telugu dan

Malayalam yang berasal dari rumpun bangsa Dravida, memiliki nilai-nilai jati diri yang

hampir sama.

Penghormatan Kepada Kaum Wanita (IBU)

Tradisi masyarakat Tamil meletakkan penghormatan yang tertinggi terhadap kaum

wanita, sehinggakan tuhan dikatakan bersifat keibuan. Itulah sebabnya wujud konsep

‘Dewi Ibu’ (Mother Goddes) yang dikenali sebagai amman dalam sistem kepercayaan

masyarakat Tamil. Kata dasar bagi perkataan ini adalah ammaa bererti emak/ibu. Oleh

Page 163: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

155

itu orang Tamil sentiasa menegaskan kepada anak-anak mereka akan kepentingan

menghormati ibu masing-masing. Anak yang tidak menghormati ibu serta menyakitkan

hati ibu dikatakan tidak akan berjaya dalam hidup kebendaan mahupun kerohanian.

Restu ibubapa dianggap sebagai tonggak yang dapat membawa kejayaan

dan kebesaran kepada seseorang. Itulah sebabnya dalam tradisi India, anak-anak

dikehendaki sujud pada kaki ibubapa untuk mendapatkan restu. Sekurang-kurangnya

pada hari-hari kebesaran dan perayaan amalan ini masih dipertahankan oleh orang

India Malaysia. Mendapatkan restu ibubapa merupakan suatu upacara yang penting,

masih diamalkan oleh orang India Malaysia dalam perkahwinan orang Tamil. Kaki kanan

kedua ibubapa akan dibersihkan oleh anak mereka yang akan berkahwin. Air dan susu

dicurahkan pada kaki mereka dan kemudiannya ditaburkan bunga sebagai menghargai

jasa mereka serta mendapatkan restu mereka sebelum upacara perkahwinan yang

seterusnya dijalankan.

Tradisi Tamil turut berpegang kepada konsep (annaiyum tantaiyum munnari

teivam) ibubapa adalah umpama tuhan yang diketahui ada bersama kita secara

fizikal. Itulah asas mengapa orang Tamil berpendapat bahawa walau sekuat mana

seseorang itu sembahyang, sekiranya orang itu tidak menghormati ibubapanya, maka

sembahyangnya tidak akan membawa sebarang makna.

Hormat dan Harga Diri Kaum Wanita

Salah satu nilai jati diri yang penting bagi kaum wanita India ialah menjaga harga diri

dan maruah mereka serta keluarga. Ini dicapai melalui dua konsep yang ada pada

orang Tamil. Yang pertamanya ialah konsep ‘kannittanmai’ (menjaga kedaraan virginity

seseorang anak gadis dan keduanya ialan konsep ‘karppu’ kesetiaan terhadap suami).

Kannittanmai ataupun kedaraan seseorang gadis menjadi seperkara yang amat

penting dalam sesuatu keluarga. Sekiranya anak perempuan mereka kehilangan

daranya sebelum perkahwinan, maka itu dianggap sebagai satu penghinaan yang tragis

terhadap keluarga tersebut. Oleh itu ibubapa dan ahli keluarga turut bertanggungjawab

terhadap kedaraan seseorang gadis.

Page 164: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

156

Karpu pula merujuk kepada kesetiaan terhadap suaminya. Orang Tamil turut

menegaskan bahawa suami adalah tuhan di atas bumi bagi seseorang isteri (kanavane

kan kanda teivam). Oleh itu isteri yang terpuji dalam tradisi Tamil ialah isteri yang setia

kepada suaminya. Besar sanjungan orang Tamil terhadap isteri yang setia sehinggakan

ianya menjadi satu nilai yang amat dipentingkan sehingga sekarang. Watak Sita dalam

karya Ramayana dan watak Kannagi dalam karya Silappadhikaram kerapkali dinyatakan

sebagai isteri ideal untuk dicontohi oleh wanita-wanita Tamil.

Kaum Wanita Harus Dilindungi

Kaum wanita sentiasa diumpamakan kepada bunga dalam tradisi Tamil. Ini bukan

sahaja kerana kecantikan mereka malahan nilai keibuan yang suci serta kelembutan

yang ada pada mereka. Seseorang anak perempuan harus dilindungi oleh bapanya,

apabila berkahwin suami harus mengambil tanggungjawab itu, sewaktu usia tua, wanita

itu harus dilindungi dan dikasihi oleh anak-anaknya. Ini bukannya bererti kaum wanita itu

lemah dan oleh itu mereka harus dilindungi sepanjang hayat, tetapi ini merupakan salah

satu cara kaum lelaki menunjukkan penghargaan mereka terhadap kaum wanita. Kajian

lapangan membuktikan bahawa majoriti orang Tamil Malaysia tetap menghormati nilai

jati diri ini walau pelbagai perubahan kemodenan sudah melanda hidup mereka.

Pantang Meminati Suami Orang

Meminati suami orang adalah satu nilai buruk yang dianggap amat berat. Pada zaman

awal wanita yang meminati suami orang dikenakan hukuman dikerat hidung. Watak

Shurpanakha dalam karya Ramayana digambarkan sebagai hidungnya dikerat kerana

menaruh minat terhadap Sri Rama, iaitu suami Sita. Hukuman ini amat berat kerana

wanita itu terpaksa hidup menaggung penghinaan tersebut sehingga akhir hayatnya.

Hukuman yang sebegitu berat dikenakan kerana masih ada orang yang berani

melanggar nilai dan peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Nilai jati diri ini masih

Page 165: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

157

menjadi pegangan orang Tamil Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa masyarakat

Tamil Malaysia memberikan tekanan yang amat besar terhadap nilai ini kerana ianya

dapat elakkan pelbagai masalah yang berkaitan.

Berkahwin Sekali Sahaja

Sebutan, Oruvanukku Orutti membawa maksud perkahwinan hanyalah sekali bagi

seseorang itu. Majoriti orang Tamil Malaysia tetap berpegang teguh kepada nilai ini

sehingga ke hari ini. Nilai ini dipertahankan berdasarkan kepada keadilan kepada kaum

wanita. Apabila berkahwin seseorang wanita kehilangan dara (viginity) yang menjadi

simbol kesucian diri yang dipertahankan selama itu. Oleh itu si suami dikehendaki

menghargai pengorbanan isterinya itu dan bertanggungjawab terhadap isterinya itu

sehingga akhir hayat. Amalan berkahwin sekali turut menunjukkan penghargaan serta

hormat kaum lelaki terhadap nilai kewanitaan.

Salah satu perkara yang penting dalam perkahwinan orang Tamil dan orang India

secara keseluruhannya ialah nilai kedaraan bakal pengantin perempuan. Sekiranya

bakal pengantin perempuan diketahui tidak dara, kemungkinan besar perkahwinan itu

akan dibatalkan. Ini merupakan satu nilai yang amat sensitif dalam masyarakat India.

Oleh itu perempuan yang sudah berkahwin boleh dikatakan hilang kelayakan untuk

berkahwin semula. Kajian menunjukkan bahawa bagi masyarakat Tamil Malaysia

berkahwin dua adalah suatu penganiayaan terhadap kaum wanita. Mereka juga

berpandangan bahawa lelaki yang berkahwin lebih daripada satu adalah orang yang

menghina nilai kewanitaan dan nilai keibuan.

Dalam tradisi orang Tamil, orang yang berkahwin dua atau lebih, dianggap sudah

tidak mempunyai harga diri. Orang seperti itu dianggap lebih mementingkan nafsu diri

berbanding dengan nilai kewanitaan. Lebih-lebih lagi jika orang tua berkahwin semula,

maka orang itu dianggap tidak mencapai sebarang kesedaran dan kematangan dalam

hidupnya. Orang seperti itu kerapkali disifatkan sebagai sampah masyarakat. Kajian

menunjukkan, bahawa masyarakat Tamil Malaysia tetap berpendirian sedemikian.

Page 166: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

158

Bagi orang Tamil, manusia hendaklah membebaskan diri dari nafsu dan ikatan

duniawi sedikit demi sedikit mengikut aliran usia dan menambahkan kesedaran

kerohanian, menjadi manusia yang arif lagi bijaksana. Orang tua diharapkan menjadi

orang yang lebih terhormat dan menjaga nilai-nilai hidup yang terpuji dan menjadi warga

emas yang mempertahankan nilai-nilai jati diri. Inilah antara apa yang diperkatakan

oleh ungkapan Melayu yang berbunyi, ‘sepadan tua dengan kerenah’. Perkembangan

peribadi sedemikian beserta denga sembahyang dan amalan agama yang betul

dikatakan akan menjaminkan suatu kedudukan terpuji bagi seseorang manusia.

Keperwiraan

Kaum lelaki pula diharapkan dapat mempastikan beberapa nilai diri yang diwarisi

turun-temurun dipertahankan untuk menjaga maruah kaum lelaki. Dalam pada itu

nilai keperwiraan amat dipentingkan. Kaum lelaki diharapkan tampil kehadapan

secara sukarela untuk mempertahankan tanah air. Jika dalam usaha ini seseorang

itu terkorban maka orang itu dipuji lagi dihormati sebagai wira yang harus dijadikan

contoh teladan. Keluarga perwira yang mempertahankan egara sentiasa mendapat

penghargaan dan sanjungan masyarakat Tamil. Pengorbanan mereka sebenarnya

menjadi asas kehidupan yang aman damai lagi bahagia keseluruhan rakyat. Sejarah

orang Tamil menunjukkan bahawa beberapa dewa minor yang turut dihormati dalam

pemujaan sebenarnya adalah watak-watak sebenar yang telah terkorban ataupun

berjaya mempertahankan maruah kaum, agama, bangsa dan bahasa.

Para ibu Tamil dikatakan akan berbangga jika anak mereka turut terlibat dalam

usaha mempertahankan martabat dan kemerdekaan negara, bangsa, bahasa dan

agama. Lagu dodoi Tamil turut menegaskan nilai mempertahankan martabat negara.

Catatan kesusasteraan Tamil Klasik (Kesusasteraan Sangam) menunjukkan bahawa

seorang ibu tua telah berasa bahagia kerana anak lelakinya terkorban di medan

peperangan sebagai seorang perwira yang berani. Sifat takut dan pengecut dianggap

sebagai satu penghinaan kepada seseorang lelaki. Raja-raja Tamil sejak zaman

sebelum masihi lagi berasa cukup bangga dengan parut-parut cedera di dada mereka

akibat peperangan yang diketuai mereka dalam mempertahankan negara.

Page 167: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

159

Walaupun penglibatan masyarakat Tamil Malaysia dalam tentera mahupun polis

adalah terhad. Tetapi kajian menunjukkan bahawa nilai-nilai jati diri di atas tetap

dipersetujui mulia oleh mereka. Menurut sebahagian besar responden, jasa kepada

negara boleh disumbangkan dalam pelbagai cara yang lain. Setiap sumbangan positif

seseorang perlu dilihat sebagai satu perbuatan keperwiraan.

Tanggungjawab Suami

Dalam sistem masyarakat India hal-ehwal dalaman keluarga lebih dijaga oleh isteri

manakala suami bertanggungjawab mencari nafkah dan menjaga keselamatan keluarga

serta lain-lain aspek luaran keluarga. Oleh itu lelaki yang tidak mampu untuk menyara

bakal isteri dan anak-anaknya adalah dianggap tidak layak untuk berkahwin. Sebagai

membuktikan kehebatannya sebagai seorang lelaki, hendaklah dia melangsungkan

perkahwinan dengan wang ringgit hasil usahanya sendiri (halal).

Orang lelaki yang tidak dapat menjaga kebajikan, kebahagiaan dan ketenteraman

keluarga dianggap sebagai orang yang tidak lagi layak dipanggil lelaki. Mendidik anak

dan mencari serta mengusahakan dan menyediakan peluang pendidikan terbaik kepada

anak-anak merupakan sifat terpuji kaum lelaki.

Dari segi kepimpinan, orang lelaki yang gagal menjaga keluarga dianggap tidak

sesuai untuk dijadikan pemimpin rakyat pada sebarang tahap kepimpinan, orang Tamil

pegang kepada nilai bahawa kepimpinan itu bermula dari keluarga. Kajian menunjukkan

nilai ini dipersetujui oleh masyarakat Tamil Malaysia. Tetapi adalah menjadi pengetahuan

umum bahawa bebanan keluarga pada zaman moden ini dikongsi bersama suami

dan isteri. Tetapi bagi masyarakat Tamil Malaysia, suami hendaklah tetap menerajui

keluarga.

Pantang Meminati Isteri Orang

Tidak meminati isteri orang merupakan satu nilai yang cukup penting dalam sistem nilai

utama masyarakat Tamil. Dalam tradisi orang Tamil, lelaki yang meminati isteri orang

Page 168: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

160

dianggap sebagai kurang nilai kelelakiannya. Nilai jati diri ini begitu penting sehinggakan

sebuah karya agung India iaitu Ramayana diabdikan antara lain untuk menyampaikan

ajaran: pantang orang India meminati isteri orang.

Orang Tamil turut percaya bahawa orang yang meminati isteri orang akan dilanda

bala walau besar mana kedudukan dan kekuatan diri orang itu. Ini jelas digambarkan

dengan watak Ravana dalam karya Ramayana. Kajian lapangan membuktikan bahawa

masyarakat Tamil Malaysia tetap berpegang pada nilai tidak meminati isteri orang.

Kajian juga menunjukkan bahawa kaum lelaki Tamil Malaysia, merasakan perbuatan

meminati isteri orang adalah perbuatan yang amat tidak bermoral dan memalukan.

Setia

Nilai setia terhadap suami, isteri, negara, bangsa dan bahasa dan sebagainya

dihormati oleh orang Tamil. Persahabatan yang setia mendapat perhatian orang Tamil.

Persahabatan yang sebenar banyak dibincangkan dalam karya agung Tamil, berjudul

Thirukkural. Seseorang harus berfikir semasak mungkin sebelum memilih kawan.

Setelah pilih jangan lagi disangsikan kesetiaan rakan tersebut. Rakan pula hendaklah

orang yang dapat memahami serta tampil membantu secara sukarela.

Nilai kesetiaan terhadap orang yang pernah membantu adalah suatu nilai amat

dipentingkan oleh masyarakat Tamil. Kesetiaan terhadap majikan juga ditekankan

kerana tanpa pendapatan yang halal keluarga tidak dapat disara. Kesetiaan juga

merupakan salah satu nilai yang harus diutamakan dalam politik dan sebarang

organisasi sosial mahupun agama. Orang yang melanggar nilai ini dikatakan akan tetap

menerima padah dan perbuatan ini dipandang amat berat dari segi agama Hindu. Kajian

lapangan menunjukkan bahawa hampir setiap responden yang ditemubual bersetuju

dengan konsep ini. Tetapi mereka tetap menyuarakan kebimbangan bahawa nilai-nilai

ini sedang menghadapi cabaran yang agak besar daripada perkembangan nilai yang

secara keterlaluan mementingkan kebendaan.

Page 169: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

161

Kesabaran

Nilai kesabaran serta bertenang menghadapi karenah manusia adalah satu nilai terpuji

yang dihormati orang Tamil. Ini kerana perbuatan tidak sabar akan membuatkan kita

tergopoh-gapah dan mengkaburkan minda. Pepatah Tamil, poruttar bumi alvaar, ponggiyavar kaadalval menjadi pegangan masyarakat Tamil. Pepatah ini membawa

maksud, kesabaran akan membolehkan kehidupan yang bahagia manakala

ketidaksabaran akan membuatkan seseorang berehat dalam liang lahat di tanah

perkuburan. Selain itu, orang Tamil juga berpandangan bahawa kerja yang dilaksanakan

secara sabar (tidak bergegas) tidak akan membawa kegagalan.

Nilai ini amat dipentingkan oleh orang Tamil kerana ianya dilihat sebagai salah satu

alat yang dapat menghasilkan kematangan hubungan sesama manusia. Masyarakat

Tamil turut percaya dan yakin bahawa tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan

melalui perbincangan. Nilai ini juga dikatakan dapat mengelakkan pertelingkahan dan

pergaduhan yang boleh memudaratkan perpaduan sesama kaum dan juga dengan

kaum lain. Nilai kesabaran ini amat perlu bagi mereka yang sedang memikul tugas

sebarang bidang kerana ianya akan menjaminkan keharmonian sesuatu masyarakat.

Mengelakkan Nilai-Nilai Negatif Dalam Pelbagai Keadaan

Poi sonna vaaikkup bojanam kidaikaatu, ertinya rezeki pembohong akan terputus. Ini

merupakan satu perkara yang sentiasa diingatkan oleh ibubapa Tamil kepada anak-

anak mereka. Pembohongan adalah satu perkara yang boleh membawa kesan negatif

kepada pihak-pihak yang tidak bersalah atau berdosa. Dengan ini orang yang berbohong

dianggap tidak berlaku adil.

Fitnah merupakan suatu lagi perkara yang amat ditakuti oleh orang Tamil. Fitnah ini

akan menidakkan kebenaran. Kebenaran (righteousness) adalah satu unsur yang amat

dipentingkan dalam masyarakat Tamil. Kebenaran disifatkan sebagai satu kuasa suci

yang akan membawa padah pada orang yang tidak menurutinya. Karya epik Tamil yang

amat disanjungi, Silappathikaram antara lain mendokong nilai jati diri ini.

Page 170: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

162

Penn paavam pollaatathu, perbuatan dosa terhadap kaum wanita adalah amat

berbahaya. Orang yang membuat perbuatan dosa terhadap kaum wanita khususnya

memikat serta menipu kaum wanita, membuat fitnah terhadap mereka, melibatkan

mereka dalam perbuatan terkutuk, menghina kaum wanita dan sebagainya akan

menanggung dosa yang besar. Dosa ini akan turut ditanggung oleh orang yang

bersubahat menjahati kaum wanita. Oleh itu orang Tamil tetap menasihatkan supaya

jangan sama sekali menjahati kaum wanita.

Bersuhabat merupakan suatu lagi nilai negatif yang ditegur keras dalam tradisi

orang Tamil. Ada pepatah yang berbunyi, thushdanaik kandaal thora vilagu, maksudnya

jauhilah penjahat. Seseorang itu tidak seharusnya mempunyai sebarang jenis hubungan

peribadi dengan orang jahat, jika tidak berdaya menentang kejahatan, tidak besar

salahnya daripada menyokong aktiviti orang jahat.

Menurut kepercayaan orang Tamil, kemarahan bukan sahaja akan membawa

padah pada diri malah kepada mereka yang ada bersama kita. Kemarahan akan

melumpuhkan nilai waras dan rasional yang ada pada manusia, dengan itu manusia

yang dilanda kemarahan berpotensi untuk melakukan perbuatan yang amat berbahaya

pada diri dan orang lain. Itulah sebabnya orang Tamil menyatakan bahawa, aattirak

kaaranukkup butti maddu bermaksud akal pemarah adalah pendek.

Menaruh minat terhadap harta benda orang lain merupakan satu lagi nilai negatif

yang harus dielakkan. Sikap ini jika menebal maka orang yang terlibat akan melakukan

perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan nilai kebaikan malah pada ekstremnya

mungkin juga akan merompak dan membunuh demi memiliki kekayaan orang. Orang

Tamil berpandangan bahawa adalah lebih baik hidup bersedekah daripada merompak

dan mencuri.

Pelacuran serta orang yang menjadi alku (pimp) adalah disifatkan sebagai

sampah masyarakat. Orang yang menjadi alku dilihat sebagai manusia yang paling

terkutuk. Pendapatan daripada pelacuran adalah haram. Pelanggan yang mendapatkan

perkhidmatan pelacur juga disifatkan sebagai manusia yang tidak bermaruah dan tidak

mempunyai harga diri. Mereka ini dikatakan berdosa kerana menjadi sebab utama

bagi aktiviti tersebut berterusan. Tiada wanita yang secara sukarela ingin menjadi

pelacur, tetapi selalunya mereka ditipu, dikhianati serta dipaksa. Oleh itu tradisi Tamil

Page 171: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

163

berpendirian bahawa orang yang terlibat dalam perbuatan terkutuk ini dikategorikan

sebagai berdosa terhadap kaum wanita dan kesannya adalah amat berat.

Pantang melarang atau menghalang kerja kebajikan. Menurut nilai orang Tamil,

kerja kebajikan serta membantu orang miskin, berbesar hati menderma adalah amalan

terpuji. Jika tidak mampu atau keberatan melakukannya pun tidak mengapa asalkan

jangan menghalang orang daripada berbuat kebajikan. Ini disifatkan sebagai salah satu

dosa besar (perumpaavam) oleh orang Tamil.

Mengelakkan Nilai-Nilai Negatif (Pantang Derhaka)

Perbuatan derhaka kepada egara adalah suatu nilai yang amat dibenci oleh masyarakat

Tamil. Konsep di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung memang terdapat dalam

kalangan masyarakat Tamil. Orang yang derhaka kepada negara tidak boleh dimaafkan

dan dosanya tidak dapat ditebus. Sehingga ke hari ini watak-watak penderhaka negara

dan bangsa seringkali diingati dengan perasaan yang cukup benci dan ahli keluarga

dinasihatkan supaya jangan sama sekali terlibat dalam sebarang kegiatan yang

menjurus kepada penderhakaan kepada negara, bangsa, agama dan bahasa. Misalnya

watak Ettappan yang telah menderhaka Wira Kattabomman melalui kerjasamanya

dengan pihak British sewaktu pemerintahan British di India, diingati oleh orang Tamil

sehingga ke hari ini sebagai satu contoh penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan.

Derhaka kepada suami adalah juga disifatkan salah sebuah perbuatan dosa yang

tidak dapat dimaafkan. Wanita seperti ini dikatakan menjadi racun dalam keluarga

dan masyarakat. Perbuatan ini turut mencerminkan martabat keluarga wanita terlibat.

Ibubapa kepada wanita seperti itu akan dipersalahkan dan ada kalanya dihina.

Mereka terpaksa menanggung penghinaan seperti itu kerana mereka dikatakan gagal

menyampaikan nilai-nilai terpuji yang harus dimiliki kaum wanita.

Derhaka kepada guru sama ada guru yang menyampaikan pendidikan ataupun

guru kerohanian dan mana-mana orang yang memainkan peranan sebagai pendidik

dalam pelbagai aspek kehidupan, adalah salah satu perbuatan yang dikategorikan

Page 172: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

164

sebagai perbuatan yang terkutuk dan tidak boleh dimaafkan. Guru dalam istilah bahasa

Sanskrit dan aasiriyar mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Tamil, bererti

orang yang dapat menghapuskan kejahilan. Oleh itu jasa guru adalah besar terhadap

kita. Ada sebutan dalam bahasa Tamil yang berbunyi, maatha, pitha, guru, teivam bererti

ibu, bapa, guru dan tuhan. Dengan itu ilmu yang diperolehi daripada guru akhirnya

hendaklah membolehkan seseorang itu memperolehi kesedaran kerohanian. Menurut

kepercayaan orang Tamil, ilmu orang yang menderhaka pada guru, akan menjadi tidak

berguna sewaktu ianya sangat-sangat diperlukan (dalam bahasa Tamil disebutkan

sebagai kattra kalvi uttra kaalattil utavaathu).

Selain daripada itu, ada kategori orang derhaka terhadap agama, bahasa dan

bangsa. Kategori ini juga dianggap sebagai manusia terkutuk. Menderhaka orang yang

menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap kita juga dianggap sebagai perbuatan

terkutuk. Derhaka kepada keluarga di mana seseorang pernah member makan dan

minum juga disamakan dengan konsep derhaka seperti di atas.

Kajian lapangan menunjukkan bahawa masyarakat Tamil Malaysia menganggap

perkara di atas adalah penting dan masih perlu diberi perhatian yang serius supaya

yang buruk itu dijadikan sempadan.

Kerjasama dan Saling Membantu

Hidup bersatu padu merupakan suatu lagi nilai orang Tamil. Setiap insan dinasihatkan

supaya bekerjasama dalam kumpulan manusia di persekitarannya. Urodu otthu

vaal, pepatah Tamil ini menasihatkan supaya hidup bekerjasama dengan orang di

persekitaran kita, orang kampung, negeri dan negara. Selain itu orang Tamil turut

menyatakan kepenting hidup bersama ini dengan suatu lagi pepatah yang berbunyi,

kuudi vaalnthal kodi nanmai, bermaksud besar manfaat jika hidup bersatu padu.

Orang Tamil dinasihatkan supaya tidak berpecah belah kerana ini akan

membolehkan orang lain mengambil kesempatan terhadap mereka. Ada sebutan

Tamil yang menyatakan perkara di atas seperti berikut: Uru irandu patta, kuutthadikkuk

kondattam (jika kampung berpecah dua, akan menguntungkan kumpulan seni

Page 173: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

165

persembahan). Maksudnya orang kampung terpaksa menganjurkan seni pementasan

sebanyak dua kali untuk penduduk yang sama kerana mereka tidak dapat bersama.

Pepatah tersebut juga mengingatkan orang Tamil bahawa jika tidak bersatu padu,

bukan sahaja orang luar akan mengambil kesempatan malah mereka akan membawa

keburukan yang lebih besar.

Hidup saling membantu serta menjalankan kerja-kerja kebajikan adalah amalan

yang terpuji. Hidup mementingkan diri dan keluarganya disifatkan hidup yang hina

manakala hidup demi negara dan bangsa disifatkan sebagai hidup mulia. Oleh itu nilai

berjasa kepada umat manusia diberikan kepentingan. Malah agama Hindu menegaskan

bahawa khidmat kepada manusia adalah khidmat kepada tuhan (makkal tonde Mahesan

tondu).

Mengenang Budi

Mengenang budi orang merupakan suatu nilai yang dihormati dan dipuji oleh masyarakat

Tamil. Melupakan budi adalah perbuatan terkutuk, tetapi melupakan (memaafkan)

kejahatan orang adalah perbuatan mulia. Orang Tamil sentiasa berwaspada supaya diri

mereka tidak digolongkan dalam golongan manusia yang melupakan budi orang. Malah

hidup orang yang melupakan budi disifatkan sebagai hidup yang tidak bererti. Pemikir

agung dalam tradisi Tamil, Thiruvalluvar dalam karyanya Thirukkural menegaskan nilai

ini lalu berkata orang yang tahu menghargai budi orang akan menjunjung budi orang

walau nilainya sekecil mana.

Orang Tamil amat mementingkan aspek mengenang budi dalam konteks makan

minum. Uppittavarai ullalavum ninai, maksudnya budi serta jasa baik orang yang

memberikan makan harus diingati dan hargai sehingga akhir hayat. Selain itu orang

Tamil juga diingatkan supaya jangan sama sekali derhaka atau buat jahat kepada

keluarga yang pernah memberi makan kepada kita. Oleh itu sistem nilai jati diri

tradisional masyarakat Tamil sama sekali melarang perbuatan melupakan budi orang

yang pernah beri makan.

Page 174: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

166

Kebersihan

Nilai kebersihan meliputi kebersihan dalaman dan luaran. Setiap kali seseorang

itu membersihkan badannya, hendaklah dia mengingati akan perlu jiwanya turut

dibersihkan. Pepatah Tamil menyebut, ‘kanthal aanaalum kasakkik kaddu’, bermaksud,

walaupun pakaian itu lama dan tidak elok, ianya hendaklah bersih (dicuci). Yang

pentingnya ialah kebersihan dan bukannya kualiti kain atau pakaian tersebut.

Amalan makan makanan vegetarian dikaitkan dengan etika tidak mengakibatkan

penyeksaan kepada sebarang kehidupan. Masyarakat Tamil Malaysia, mengamalkan

amalan ini sekurang-kurangnya dalam upacara-upacara keagamaan. Makanan daging

dan kehidupan laut dianggap tidak bersih. Nilai kebersihan ini (vegetarianism) dipandang

tinggi dan orang yang mengamalkan nilai ini turut dihormati.

Hidup Bermaruah dan Kenal Malu

Hidup bermaruah adalah salah satu nilai yang asas dalam kehidupan masyarakat Tamil.

Bagi mereka kematian akan menjadi pilihan yang terhormat daripada hidup tercemar

maruah. Nilai ini turut ditegaskan dalam karya agung Tamil, Thirukkural.

Perlunya menjaga harga diri dan maruah sering diajarkan serta bersebati dalam

diri masyarakat Tamil. Derhaka kepada negara dan bangsa serta bahasa, derhaka

kepada agama dan kepercayaan, berlaku tidak adil, berbohong sehingga kepentingan

dan kebajikan orang terjejas, menerima pendapatan yang tidak halal (rasuah),

menyalahgunakan harta awam, terlibat dalam perbuatan-perbuatan keji dan terkutuk

adalah antara beberapa perkara yang boleh dikaitkan dengan nilai ini.

Orang Tamil berpandangan bahawa lebih baik hidup bersedekah daripada

hidup mewah hasil pendapatan hina, juga ditegaskan bahawa seluruh keturunan

orang yang salah gunakan harta kuil akan rosak binasa. Setiap individu dikehendaki

mempertahankan maruah diri dengan menyara hidupnya sendiri dan tidak menampung

hidup pada kekayaan ataupun wang ringgit orang lain.

Page 175: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

167

Berlaku Adil

Berlaku tidak adil adalah salah satu nilai jati diri buruk yang dibenci oleh masyarakat Tamil.

Ia bertentangan dengan sifat dan fitrah alam semulajadi serta hidup bermasyarakat.

Cahaya matahari dan bulan, angin badai, hujan dan elemen alam semulajadi yang lain

tidak pernah pilih kasih terhadap sebarang manusia. Walau berapa besar atau tinggi

martabat seseorang, air hujan tetap akan membasahkannya, cahaya matahari tidak

pernah merendahkan keterikkan panasnya terhadap orang tertentu. Inilah iktibar yang

diambil oleh orang Tamil daripada alam semulajadi.

Bagi orang Tamil antara sifat terpuji tuhan adalah Yang Maha Adil. Pemerintah

pula dilihat sebagai pembayang tuhan di atas bumi dan oleh itu pemerintah adalah

bertanggungjawab untuk menegakkan keadilan. Orang Tamil berpegang teguh nilai

adil; jika diabaikan tuhan akan menjadi murka dan ketidakadilan itu akan tetap diatasi

akhirnya. Oleh itu nilai keadilan itu dianggap suci, jika kesucian itu dicemari maka orang

yang terlibat akan menerima padahnya.

Hormat Menghormati

Saling menghormati antara satu sama lain merupakan satu lagi nilai yang penting.

Hormat kepada ibubapa dan sanak-saudara menurut pertalian masing-masing sentiasa

dijaga. Dalam pada ini hormat pada orang tua adalah penting. Pada asalnya cara untuk

menghormati ialah sujud pada kaki mereka untuk mendapatkan restu. Ini kerana restu

orang tua dikatakan akan membawa kebaikan kepada orang muda. Tetapi amalan ini

di Malaysia sudah berkurangan. Kini hanya orang suci seperti guru agama dan orang-

orang yang terhormat dalam masyarakat sahaja mendapat penghormatan seperti ini

selain ibubapa.

Orang muda harus menanti orang tua duduk sebelum dirinya duduk. Duduk

menyilang kaki (cross one’s legs) di hadapan orang yang lebih tua adalah tidak

dibenarkan, ini termasuklah ibubapa, orang tua (tidak kira sama ada dikenali atau

tidak) guru dan lain-lain. Apabila makan bersama juga orang tua harus diutamakan.

Page 176: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

168

Dalam upacara sembahyang dan upacara-upacara yang lain juga orang muda harus

mendahulukan orang tua, sama ada dalam susunan tempat duduk ataupun mengambil

bahagian dalam upacara tersebut.

Kaum lelaki sama ada tua ataupun muda dikehendaki menggunakan bahasa yang

sesuai sewaktu berbicara dengan sebarang orang, khususnya kepada kaum wanita.

Penggunaan sebarang kata-kata yang bersifat kurang sopan harus dielakkan sama

sekali.

Berbudi Bahasa

Dalam keluarga cakap orang tua harus dihormati. Orang muda tidak dibenarkan menegur

kesilapan orang tua di khalayak ramai. Orang muda juga tidak sepatutnya meninggikan

suara kepada orang tua. Sekiranya bapa membicarakan sesuatu dengan orang luar,

anak tidak dibenarkan mencelah perbualan mereka secara tiba-tiba. Sekiranya ada

perkara penting yang harus disampaikan maka ianya hendaklah dibisik kepada bapa

atau membawanya masuk seketika untuk maklumkan perkara tersebut. Ini merupakan

nilai hormat yang diberikan kepada bapa selaku ketua keluarga.

Amalan meminum minuman keras, merokok, berjudi dan sebagainya adalah

perbuatan larangan (haram) bagi orang Tamil. Namun demikian masih ada yang tanpa

rasa malu melakukannya secara sembunyi atau terang-terangan. Dalam masyarakat

Tamil, amalan buruk ini ditegah daripada dilakukan di hadapan orang tua.

Orang muda sama sekali tidak dibenarkan memanggil orang tua dengan menggunakan

nama mereka. Ini dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Perlu diambil perhatian

bahawa orang Tamil menegaskan bahawa seseorang harus memiliki budi pekerti tinggi dan

menghormati semua tidak kira muda atau tua.

Page 177: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

169

Mengunjung Rumah Orang

Membawa buah tangan adalah salah satu adab mengunjung yang diwajibkan dalam

tradisi orang Tamil. Buah tangan menandakan kasih serta kesudian kita berkongsi

kegembiraan dengan tuan rumah. Buah tangan ini tidak semestinya sesuatu yang

mahal.

Melangkah masuk kaki kanan merupakan suatu lagi adab yang penting. Apabila

masuk ke dalam rumah, kaki kanan harus didahulukan. Amalan ini lebih dipentingkan

sewaktu perkahwinan dan perayaan-perayaan utama. Kaki kanan menandakan

kekuatan serta kejayaan, dan juga menandakan keakuran serta hormat kita kepada

nilai-nilai asas manusia atau tuan rumah yang dilawati.

Ucapan vanakkam adalah penting. Perkataan vanakkam bukan sahaja digunakan

bagi menggantikan ucapan selamat pagi, petang dan sebagainya. Lebih daripada itu

vanakkam bagi orang Tamil membawa erti berikut, “saya menghormati sifat ketuhanan

yang ada pada tuan/puan”. Menurut falsafah kepercayaan orang Tamil (Saiva Sidthanta)

tuhan berada di dalam, bersama dan di luar seseorang. Ini bersesuaian dengan

pegangan asas orang Hindu, tuhan berada di mana-mana sahaja.

Seseorang itu diwajibkan rasa makanan di rumah yang dikunjungi. Ini menandakan

kesediaan kita untuk menerima layanan mereka serta menandakan kepercayaan

kita terhadap mereka. Jika tolak makanan, maka ianya akan dianggap sebagai suatu

penghinaan kepada tuan rumah. Oleh itu sekurang-kurangnya seseorang tetamu

diharapkan dapat minum air biasa yang diberikan oleh tuan rumah. Sebagai tanda

menamatkan kunjungan, tetamu hendaklah mohon diri diikuti dengan persetujuan tuan

rumah.

Melayan Tetamu

Tetamu hendaklah dilayan dengan penuh mesra. Apabila dihidangkan makanan tetamu

diberikan keutamaan. Jika menggunakan daun pisang untuk menghidang makanan,

adalah lebih baik tetamu diberikan talai vaalai Ilai iaitu bahagian hujung daun pisang.

Page 178: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

170

Bahagian hujung daun pisang secara simbolik menandakan keutamaan. Ini merupakan

usaha murni tuan rumah untuk menjaga hati tetamu. Setelah makan, daun pisang harus

dilipat ke arah kita. Ini secara simbolik menandakan kita terima dan suka akan makanan

yang dihidangkan.

Walau musuh, sekiranya datang ke rumah, adalah menjadi kewajipan tuan rumah

untuk menjemputnya masuk lalu memberikan layanan yang baik. Amalan ini perlu

untuk membuka jalan bagi pihak yang bertentangan mencari penyelesaian. Sekiranya

musuh datang ke rumah, maksudnya ialah orang itu datang dengan misi menamatkan

permusuhan. Jika musuh itu sudi makan di rumah kita maka selesailah permusuhan itu.

Mencari Kekayaan

Orang Tamil selalunya dikatakan tidak mementingkan kehidupan duniawi dan lebih

mementingkan hal-hal kerohanian. Ada yang berpendapat bahawa mengumpulkan

harta benda adalah bertentangan dengan nilai hidup masyarakat Tamil. Tetapi tradisi

Tamil tidak pernah melarang pencarian serta pengumpulan harta, asalkan cara mencari

harta itu adalah halal dan harta yang dikumpulkan itu digunakan untuk kebaikan diri,

keluarga, agama, bangsa dan negara. Itulah sebabnya tradisi Tamil menyeru manusia

mencari harta walau terpaksa merentangi lautan bergelora yang luas terbentang (tirai kadal odiyum tiraviyam tedu).

Kesimpulan

“Kalau tak kenal maka cinta tidak berputik”, begitulah rupanya nilai saling hormat

menghormati antara kaum tidak akan terjalin secara berkesan, tanpa mengenali jati

diri kaum lain yang hidup bersama. Apabila nilai agama, budaya, moral dan estetika

kaum lain diperjelaskan oleh mereka sendiri, pelbagai tafsiran dan salah tanggapan

dapat diatasi. Hal ini akan membolehkan seseorang itu memahami jati diri masyarakat

yang lain. Pemahaman ini akan membuka ruang persahabatan antara kaum yang lebih

matang lagi bermakna. Pemahaman dan persahabatan ini akan menjadi salah suatu

asas perpaduan yang bertenaga bagi masyarakat Malaysia buat selama-lamanya.

Page 179: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Mengikut Kacamata Budaya Masyarakat India

171

Bibliografi

Andre Beteille, 1969. Social Inequality: Selected Readings. Baltimore: Penguin Books.

Arasaratnam, S., 1969. Indian Festivals in Malaya. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian India,

Universiti Malaya.

Bailey, Kenneth, P.,1984. Kaedah Penyelidikan Sosial. Diterjemah oleh Hasim Awang. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Basham,A.L, 2002. The Wonder that was India: A Survey of the History and Culture of the Indian Sub-continent Before the Coming of the Muslims. New Delhi: Rupa & Co., Edisi ke-38.

Baskaran Suppiah, 1991. Pola Perkahwinan di Kalangan Masyarakat India Beragama Hindu,

Satu Kajian Perbandingan di antara Kawasan Luar Bandar dan Bandar. Latihan ilmiah,

Jab. Antropologi dan Sosiologi U.K.M.

Gonda, J. (Jan), 1973. Sanskrit in Indonesia. New Delhi: International Academy of Indian Culture,

Edisi ke-2.

Kalai Kalanciyam, 1956. Madras: Tamil Valarccik Kalakam, Jilid 4.

Kamus Dewan, Edisi ke-4 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kiruttinan, A., 2000. Tamil Culture: (Religion, Culture and Literature). Delhi: Bharatiya Kala

Prakashan.

“Languages by number of speakers according to 1991 census”. Central Institute of Indian

Languages. http://www.ciil.org/Main/Languages/map4.htm. Rujuk pada 24.03.2009

Lee, Raymond, 1987. Sanskritization and Tamilzation: Competing Paradigms in Malaysian Hindu Identity. Kuala Lumpur.

Loganathan, K.,1986 Hindu View of National Culture. Kertas Kerja Seminar on National Culture

pada 22 hingga 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur.

Mardzelah binti Makhsin, 2006. Sains Pemikiran dan Etika. Kuala Lumpur: PTS Professional

Publication.

Parrinder,Geoffrey, 1961. Worship in the World’s Religions. London: Faber and Faber Ltd.

Rabindra, Daniel, J, 1992. Indian Christians in Peninsula Malaysia. Kuala Lumpur: Tamil Annual

Conference (TAC), Methodist Church, Malaysia.

Radhakrishnan, S. dan Charles A. Moore (ed.), 1957. A Source Book in Indian Philosophy.

Princeton: Princeton University Press.

Radhakrishnan, S., 1966. Religion and Society. London: G. Allen and Unwin.

Radhakrishnan, S., 1977. Indian Philosophy. Jilid 2. London: George Allen & Unwin Ltd., Edisi

ke-10 yang disemak.

Page 180: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

172

Rajakrisnan, R. dan Rajantheran, M., 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti.

Rajantheran .M dan Manimaran. S., 2006. “The Indian: Clasification, Origin and Social

Organization.” The Encyclopedia of Malaysia: Peoples and Tradiditions. Singapore:

Editions Didier Millet.

Rajantheran, M., 1994. Kepercayaan Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Bhd.

Rajantheran, M.& Manimaran, S., 1994. Adat dan Pantang Larang Orang India. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Bhd.

Rajantheran, M.& Manimaran, S., Perayaan Orang India, Fajar Bakti Bhd.,Kuala Lumpur, 1994.

Rajoo, R., 1975. “Urbanization and Hinduism in Malaysia”. Kertas Kerja Forum Kali ke-2 pada

November 1992.

Rajoo, R., 1975. Patterns of Hindu Religious Beliefs and Practices Among the People of Tamil Origin in West Malaysia. Disertasi Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur.

Rajoo, R., “Tamil sub-ethnicity and culture in West Malaysia,”. Kertas kerja 6th International

Conference Seminar of Tamil Studies pada 15 hingga 19 November 1987 di Kuala

Lumpur

Sandhu,K., 1969. Indian in Malaya: Some Aspects of their Immigration and Settlement (1780-1957). London: Cambridge University Press.

Satguru Sivaya Subramuniyaswami, 1993. Dancing with Siva: Hinduism’s Contemporary Catechism. Concord: Himalayan Academy. Edisi ke-4.

Singaravelu. S., 1966. Sosial Life of the Tamils: The Classical Period. Kuala Lumpur: Department

of India Studies, University of Malaya.

Sohbana a/p M.K. Nambiar, 1990. Ritus Perkahwinan di Kalangan Orang-Orang Tamil dan Malayalee. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Srinivas, M.N., 1965. Religion and Society Among the Coorgs of South India. New Delhi: Asia

Publishing House.

Srinivasa Iyengar, P. T., 1995. Pre-Aryan Tamil Culture. New Delhi: Asian Educational Services.

1982. Tamil Lexicon. Madras: University of Madras.

Thani Nayagam, Xavier S. (Xavier Sranilas), 1997. Tamil Culture and Civilization; Readings: The Classical Period. Chennai: International Institute of Tamil Studies.

Walker, Benjamin, 1968. Hindu World: An Encyclopedic Survey of Hinduism. London: George

Allen & Unwin Ltd. Jilid 1.

Page 181: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri Dan Patriotisme

Berdasarkan Nilai-Nilai

Murni GlobalMohd Yusof Hasan*

Universiti Pendidikan Sultan Idris

* Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Hasan adalah felo Penyelidik, Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Page 182: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

174

Pengenalan

Dalam dunia globalisasi yang hebat membangun dengan kemajuan sains serta teknologi

dan unsur-unsur kebendaan yang melanda kehidupan manusia, ternyata unsur-unsur

nilai-nilai murni yang membentuk jati diri dan patriotisme manusia semakin terhakis. Nilai-

nilai murni yang terdapat pada aspek etika, moral dan akhlak perlu disedari, difahami,

dimiliki, dihayati dan diamalkan secara global supaya manusia tidak terjerumus dalam

kancah kemunduran dan kehinaan dalam menghadapi era gelombang globalisasi.

Tun Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dalam ucapannya bertajuk “Globalisation and its Impact on Developing Economics” pada 10th World economic Development Congress di Kuala Lumpur pada 27 Jun 2011 menganggap globalisasi sebagai satu

“new economic religion” – agama ekonomi baru. Katanya:

“The sacred truths of the new economic religion called “globalisation” or the “market system” or “neoliberalism” are very simple and completely clear. The penalty for any developing-country leader who does not get up every morning to declaim these sacred truths, are altogether well known”.

Secara sinisnya, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa ia tidak bertaksub dengan “agama baru” ini:

“I am not a wide-eyed believer in this new religion – a religion which so insistently demands complete, unquestioning belief and complete, unquestioning obedience – especially from the poor and the weak, especially when they are in great and urgent need of money”.

Bagi menghadapi gelombang globalisasi ini, Tun Dr. Mahathir menjelaskan lima

cabaran yang perlu ditangani iaitu: cabaran pemikiran, cabaran kebenaran, cabaran

kesaksamaan dan keadilan, cabaran keuntungan bersama, dan cabaran mewujudkan

dunia yang lebih prihatin dan penyayang – iaitu “a world where the winner does not take all and the loser not lose all, where much success must go to the strong and competitions, without the weak and the uncompetitive having to desced to the depths

Page 183: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

175

of hell”. Ia menjelaskan bahawa terdapat dua prinsip globalisasi iaitu keberkesanan

ekonomi dan pesaingan ekonomi.

Bagi menangani gejala globalisasi ini, Tun Dr. Mahathir menggariskan lima prinsip

strategi: “the principle of rationality”, “the principle of readiness”, “the principle of representation”, “the principle of responsibility”, and “the principle of self-determination”. Tun Dr. Mahathir juga menganggap globalisasi sebagai “Penjajah besar zaman

kedua” – “the Second Great Age of Colonialism” yang melanda hidup kita. Untuk kita di

Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyatakan cukuplah sudah penjajahan selama 450 tahun.

“Malaysia must be free. We must be free to decide our future for ourselves”.

Globalisasi juga mempunyai hubungkait dengan keadaan “dunia tanpa sempadan”

dan “dunia sebagai kampung kabilah”. Bila dunia tanpa sempadan dan dunia menjadi

kecil, kuasa-kuasa besar dapat bermaharajalela. Mereka mampu membeli negara kecil

dan mampu membeli ahli-ahli politiknya. Katanya:

“Certainly they can buy our politicians…. They are truly powerful and very influential. Their governments have to do their bidding and so must other governments. Reducing investments, currencies, pressuring governments to change and to legislate in their favour and a host of other things can be done by these giants which will be good for the country in which they operate or in a world at large”.

Globalisasi kata Mahathir menyebabkan negara-negara maju menakluki negara-

negara yang mundur:

“A globalised, borderless, deregulated world is what the advocates of globalization are pushing for. How would we know when we are invaded if we have no borders? Invasion need not take the form of armies marching into our countries. We can be invaded by businessmen, by banks, by corporations, by ideas and values and moral codes which are alien to us. The effect is the same as a military invasion. In fact, it is worse than that. Every aspect of our lives will be invaded. Our minds will be invaded. Even our religion will be invaded”.

Page 184: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

176

Dalam buku Globalisation and the New Realities (2002), Tun Dr. Mahathir Mohamad

membicarakan banyak tentang isu-isu globalisasi, cabaran, impaknya terhadap negara-

negara dan strategi menghadapi globalisasi. Sebagai pemimpin sebuah negara yang

sedang membangun seperti Malaysia, Tun Dr. Mahathir banyak bercakap tentang

kebimbangannya terhadap masalah-masalah yang dibawa oleh gelombang globalisasi.

Beliau amat bimbang tentang pengaruh-pengaruh negatif terhadap kebudayaan,

ekonomi, kuasa militari, proses demokrasi dan penjajahan semula di negara-negara

kecil. Misalnya, pengaruh media dan teknologi yang datang bersama globalisasi

terhadap para belia. Katanya:

“Today’s youth already wear the same uniforms the jeans. They keep their hair long and as untidy as possible. They only care for the pleasures of life. They have little regard for traditional values, for age and the family and institution such as marriage and family”.

Tun Dr. Mahathir banyak bercakap tentang “New World Order”, “Planet Earth”,

“Information Age”, “Big Brother” dan “Utopia” bagi menghadapi gelombang globalisasi

yang melanda masyarakat dunia. Tun Dr. Mahathir, dalam dua nada: pesimes dan

optimis berkata:

“Of course, globalisation may bring about Utopia, a paradise on earth, a world of plenty in which everyone can have everything. But nothing that has happened so far seems to justify this Utopia dream. Just as the ending of the Cold War has brought about death unrestricted. In return, or rather by right the rich will have access to the markets of the poor.

This sounds absolutely fair. The playing field will be level, not titled to favour anyone. It will be a borderless world. It will be just one world. The whole planet Earth will be as one nation, and everyone will be earthlings, not subjects of countries or nations. Only then will globalizations be achieved”.

Page 185: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

177

Tun Dr. Mahathir juga berbicara tentang nilai-nilai “ethics and morality”, “caring and

compassionate” dan “kinder dan gentler” yang amat kurang dalam proses globalisasi

yang dirancangkan oleh kuasa-kuasa besar dunia, terutama sekali pihak Barat. Walau

bagaimanapun kita tidak boleh mengelak daripada gelombang globalisasi. Katanya;

“The fact that globalization has come does not mean we should just sit and watch as the predators destroy us”.

Dengan keadaan demikian, Tun Dr. Mahathir menyeru kepada rakyat Malaysia dan

umat Islam agar tidak berpeluk tubuh tetapi bersiap sedia menghadapi dan menangani

globalisasi dengan seruannya yang amat jelas sekali. Katanya:

“We the moderates and the rational must try to understand globalization, the technology that is driving it and the inevitability of globalization in some form or another. Understanding this we must prepare ourselves not only to fend off the developed countries in both information technology and industrial capacity. We must not miss this opportunity if we want it preserve our independence and the essence of our religion and values. Whether the impact of globalization on us will be beneficial or not depends upon us. Blaming others will get us nowhere. Remember the Quranic injunction that Allah will not change the fate of those who do not try to improve their fate themselves. Remember also that all that is bad is due to our own doing, all that is good comes from Allah”.

Begitulah kemelut yang dibawa oleh badai globalisasi yang penuh pancaroba kepada

umat manusia. Ternyata konsep baru ciptaan kuasa besar dunia ini mencampakkan

diri kita dalam kekalutan dan krisis yang berpanjangan. Ciri-ciri globalisasi seperti

berunsur materialisme dalam ekonomi, keuntungan dalam pemasaran, pengeksploitan

dalam teknologi, kurang keperikemanusiaan, lemah dalam spiritual, “siapa kuat siapa

selamat”, penindasan, ketidakadilan, penjajahan semula dan ketidak terbukaan dalam

kalangan negara kaya dan negara miskin membawa kepada kemudaratan jati diri dan

patriotisme manusia.

Page 186: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

178

Jati diri dalam istilah Inggerisnya ialah identity. Mengikut Dictionary of Contemporary

English, Fifth Edition (2009): Identity bermaksud - the qualities and attitudes that a

person or group of people have , that make them different from other people, - national/

cultural/social etc identity (=a strong feeling of belonging to a particular group,race etc),

identity crisis/ crisis identity (= a feeling of uncertainty about who you really are and

what your purpose is).” Perkataan patriotisme pula bermaksud satu fahaman apabila

“someone who loves their country and is willing to defend it – used to show a approval;

patriotic having or expressing a great love of your country.

Jati diri atau identity yang bermaksud sifat dan sikap peribadi dan patriotisme yang

bermaksud cinta dan kasihkan tanah air itu boleh dipupuk melalui nilai-nilai global yang

terdiri daripada akhlak addinul Islam, prinsip-prinsip kenegaraan Malaysia, kepercayaan

dan keagamaan, etika sekular Barat, hak asasi manusia, nilai-nilai etika pengurusan

dan karya-karya tentang nilai-nilai murni antarabangsa.

Akhlak Addinul Islam

Addinul Islam mempunyai tiga aspek utama yang jelas iaitu: akidah, syariah dan akhlak.

Akidah ialah aspek ketauhidan dan keimanan yang berteraskan kepada enam Rukun

Iman. Syariah ialah perjalanan ibadah dan amalan kehidupan seharian yang merangkumi

aspek-aspek lima Rukun Islam, muamalat, munakahat dan jenayat iaitu meliputi aspek-

aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi dan sebagainya.

Aspek akhlak ialah merupakan nilai-nilai murni yang terdapat pada empat prinsip

hubungan manusia iaitu: manusia dengan Khaliqnya, manusia dengan dirinya, manusia

dengan manusia lain dan manusia dengan alam sekitarnya. Bagi membincangkan

tentang akhlak manusia, kita rujuk kepada buku yang bertajuk: The Ideal Muslim: The

True Islamic Personality as Defined in the Quran and Sunnah (1997) oleh Muhamad Ali

al-Hashimi. Buku tersebut terbahagi kepada sembilan bab yang menerangkan sifat-sifat

manusia dalam hubungan sebagai hamba Allah dan khalifah sesama manusia.

Bab 1: The Muslim and his Lord menjelaskan bagaimana seseorang Muslim

berhubung dengan Tuhannya dengan mentaati suruhan-Nya dan menerima kudrat

Page 187: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

179

iradat daripada Allah, serta mencari keredaan Allah. Bab 2: The Muslim and his own

self menjelaskan bahawa seorang Muslim perlu menitikberatkan aspek-aspek jasmani,

minda dan rohaninya. Bab 3: The Muslim and his Parents iaitu hubungan kasih sayang

dengan kedua ibu bapanya. Bab 4 ialah perbincangan tentang perhubungannya dengan

isterinya dan Bab 5 hubungan dengan anak-anaknya. Bab 6 adalah The Muslim and his

Relatives iaitu dengan adik-beradiknya dan bab 7 ialah tentang hubungannya dengan

jiran tetangganya. Bab 8 adalah tentang The Muslim and his friends and brothers in

faith. Bab 9 yang agak panjang menerangkan peranan The Muslim and his Community/

Society – dalam masyarakatnya.

Buku ini mengandungi bab-bab tentang akhlak manusia dalam hubungannya

dengan manusia di sekelilingnya sebagai khalifah sesama manusia dan gerak laku

manusia dalam hubungannya dengan Allah SWT iaitu masing-masing sebagai khalifah

dan hamba. Dalam bahagian etika, kita membicarakan tentang konsep gerak laku

dalam Islam. Etika dalam sistem masyarakat sekular Barat mementingkan kebaikan

dan kesejahteraan hidup. Akhlak Islam ini amat penting dalam pengurusan kehidupan

dalam pembinaan paradigma pemikiran bangsa Malaysia dan global.

Nilai-Nilai Murni Kerajaan Malaysia

Kerajaan Malaysia sangat mementingkan nilai murni untuk disedari, difahami, dihayati

dan diamalkan oleh rakyatnya. Aspek ini terdapat prinsip-prinsip Rukun Negara,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Tonggak 12 Jabatan Perkhidmatan Awam dan

Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara yang menjadi amalan rakyat Malaysia

iaitu:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-Undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Page 188: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

180

Pada tahun 1998, pihak kerajaan mengadakan Falsafah Pendidikan Negara sebagai teras dasar pendidikan dan pada tahun 1996. Falsafah berkenaan diubah dan diganti dengan memasukkan unsur-unsur keluarga, masyarakat dan negara seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Pihak Jabatan Perkhidmatan Negara (JPA) Malaysia juga amat sangat-sangat mementingkan etika dalam perkhidmatan kerajaan untuk menambahkan produktiviti dan bersikap bersih, cekap dan amanah. Etika yang dikenali sebagai “Tonggak 12” ini adalah untuk kepentingan rakyat dalam pembangunan negara. Etika ini juga adalah bertujuan memperbaiki hubungan antara kerajaan dengan rakyat dan hubungan kementerian dan jabatan kerajaan. “Tonggak 12” – itu merangkumi aspek-aspek berikut:

1. Menghargai Masa 2. Ketekunan Membawa Kejayaan 3. Keseronokan Bekerja 4. Kemuliaan Kesederhanaan 5. Ketinggian Peribadi 6. Kekuatan Sifat Baik Hati 7. Pengaruh Teladan 8. Kewajipan Menjalankan Tugas 9. Kebijaksanaan Berhemat 10. Keutamaan Kesabaran 11. Peningkatan Bakat

12. Nikmat Mencipta

Page 189: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

181

Kedua-dua belas tonggak itu menjadi faktor unsur-unsur kemanusiaan dalam

pengurusan dan pentadbiran awam.

Dalam Wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran:

1. Mewujudkan bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi

bersama.

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan

keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai

serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,

mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia

berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara

membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum

bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-

masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada

satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan

tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi

masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem

sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak

akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem

keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik, giat dan kental.

Page 190: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

182

Nilai Kepercayaan dan Keagamaan Global.

Dalam bahagian ini, dibincangkan beberapa nilai yang universal sebagai hanya satu

pemahaman dan satu bandingan sahaja kepada usaha-usaha pembinaan paradigma

pemikiran Melayu. Nilai-nilai universal itu diambil dari kepercayaan agama Hinduisme,

kepercayaan Buddhisme, agama Kristianiti dan falsafah Konfucionisme, hak-hak asasi

manusia dan ciri-ciri etika dan falsafah Barat. Pemikiran universal atau sejagat ini sesuai

dengan perkembangan dunia hari ini dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Pembinaan paradigma pemikiran tamadun atau peradaban Melayu yang terangkum

dalam pemikiran luhur, lahir, logik, lateral secara bersepadu itu dapat dibanding dengan

nilai-nilai universal. Perbandingan ini dapat memperkukuhkan dan memantapkan

paradigma pemikiran Melayu yang menuju ke arah satu pembinaan tamadun atau

paradigma yang sejagat di peringkat antarabangsa.

Nilai-nilai sejagat yang diambil dari beberapa kepercayaan yang berikut ini meliputi

perkara-perkara yang disuruh dan dilarang dalam konteks individu, keluarga dan

masyarakat.

Untuk menjamin keselamatan individu, kepercayaan agama melarang seseorang

itu dari meminum arak, kegiatan berjudi, berzina dan bersifat zalim. Kesemua ajaran

Hinduisme, Buddhisme dan Kristianiti melarang perbuatan-perbuatan tersebut.

Perbuatan berjudi merosakkan ekonomi rumahtangga, perbuatan minuman arak yang

memabukkan boleh merosakkan pemikiran, perbuatan berzina merosakkan zuriat

dan hubungan kekeluargaan, dan perbuatan zalim boleh menyebabkan kerosakan

kemanusiaan dan tali sillaturrahim.

Dalam ajaran Hinduisme, terdapat ajaran yang dipanggil “Yamas” yang

mengandungi lima konsep “satya” tidak menipu dan amanah; “ahimasa”- sikap terpuji

dan pemikiran yang baik, “aparigraha”- tidak tamak dan haloba, “bramacharia” sikap

terpuji dari segi fizikal dan rohani; dan “asteya”- tidak mencuri dan menghasut.

Satu lagi konsep ialah “Niyamas” yang mengandungi lima prinsip, iaitu: “saucha”-

suci gerak laku; “tepaha”- sabar dan bantu-membantu orang lain; “santhosa”- kepuasan

hati dan menghormati orang lain; “saudhaya”- disiplin dan meluaskan ilmu; dan

Page 191: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

183

“iswariaparanidha”- memberi derma tanpa harapan balasan. Kedua-dua prinsip itu

ternyata memperlihatkan peranan individu dan hubungannya dengan orang lain.

Dalam kepercayaan Buddhisme terdapat konsep-konsep dan nilai-nilai baik

dalam peraturan-peraturan Pancasila, Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Mulia Lapan

Berlapis. Dalam Pancasila terdapat lima larangan iaitu menghindari diri dari mengambil

barang yang tidak diberikan, menghindari diri dari perbuatan zina, menghindari diri dari

berdusta dan menghindari diri dari minuman keras yang dapat melemahkan kesedaran.

Kepercayaan Buddhisme berteraskan empat kebenaran mulia iaitu: kebenaran

tentang dukkha atau kesengsaraan, kebenaran tentang sebab musabab kesengsaraan,

kebenaran tentang penghapusan kesengsaraan dan kebenaran tentang cara

menghapuskan kesengsaraan. “Jalan mulia lapan lapis” adalah mencerapkan cara-

cara menghapuskan kesengsaraan iaitu: pandangan yang betul, pemikiran yang betul,

pertuturan yang betul, perbuatan yang betul, pekerjaan yang betul, kesedaran yang

betul, tumpuan yang betul dan pemahaman dan usaha yang betul.

Selain dari itu, kepercayaan Buddhisme menitikberatkan hubungan di antara

seseorang dengan seorang yang lain yang dipanggil mengikut enam arah: iaitu

hubungan suami isteri, hubungan ibu bapa dan anak, hubungan majikan dan pekerja,

hubungan guru dan murid, hubungan sami dan pengikut serta hubungan pemimpin

dengan yang dipimpin. Dengan cara-cara itu, ajaran Buddhisme meletakkan empat

prinsip kepercayaan iaitu: melakukan kebaikan, mencari kebenaran, menyucikan

pemikiran dan mengelakkan kejahatan.

Bagi kepercayaan Kristianiti pula, terdapat unsur kesejahteraan kehidupan dan

kasih sayang melalui kepentingan etika, pengajaran, harapan dan kasih sayang.

Di antara rukun-rukun kehidupan individu dan keluarga yang terdapat suruhan dan

larangan dalam Ten Commandments ialah: hormatilah kedua ibu bapa, jangan

membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan berdusta dan jangan mengingini

hak jiran tetangga. Terdapat lagi anjuran kebaikan seperti sifat dan sikap rajin berusaha,

berbuat baik, mengawal nafsu, tekun bekerja, memberi kemaafan dan pemikiran yang

baik.

Dalam New Testament terdapat ajaran-ajaran mementingkan etika, menghormati

orang lain, tidak menipu, bersifat rendah diri, mengasihi jiran tetangga, tidak tamak,

Page 192: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

184

bercakap benar, tidak sombong, tidak berbohong, tidak membunuh, tidak merancang

maksiat dan kejahatan, tidak mengingini perbuatan jahat, tidak mengadakan saksi palsu

dan tidak mencambahkan kebencian sesama manusia.

Pengajaran Confucianisme yang diasaskan oleh ahli falsafah China, Confucius

mementingkan nilai-nilai baik dalam diri individu dan hubungannya dengan manusia

lain. Ajaran ini berteraskan kepada dua sistem iaitu lima kebaikan dan lima hubungan.

Lima kebaikan ialah untuk individu dan lima hubungan ialah sifat-sifat hubungan dengan

manusia lain.

Lima kebaikan ialah dipanggil melalui konsep-konsep ren, li, yi zhi dan sin. Dalam

konsep ren itu sendiri merangkumi sifat-sifat individu iaitu bersopan santun, hati terbuka,

kebolehpercayaan, rajin berusaha dan bersifat lemah lembut. Sifat-sifat individu

dalam ren menjadi asas kemanusiaan yang membawa kebaikan kepada masyarakat,

negara dan dunia sejagat. Ren merangkumi nilai seperti berani, bitara, cemerlang,

berperikemanusiaan dan bermoral tinggi.

Terdapat lagi sifat-sifat dalam prinsip li yang merangkumi prinsip hidup, politik,

peraturan, upacara, norma sosial dan sebagainya. Dalam prinsip yi, terdapat sifat-

sifat yang mempunyai kaitan dengan hati dan perasaan yang tercetus dari dalam diri

manusia itu sendiri tanpa dipaksa-paksa. Prinsip zhi ada terangkum dalam sifat-sifat

kebijaksanaan dan kualiti diri manusia yang boleh menjadi pemimpin kepada orang

lain. Prinsip sin adalah merangkumi sifat-sifat bijaksana dan berhemah tinggi dalam

hubungan dengan orang lain. Selain dari itu, pengikut aliran ini juga dikehendaki

mempunyai sifat-sifat zhong dan shu yang bermaksud dedikasi, kasih sayang, toleransi

dan sifat simpati kepada orang lain, manakala xiao pula adalah sifat menghormati dan

mematuhi kedua-dua ibu bapa. Sifat-sifat yang disebut ini menjadi manusia itu penuh

dengan budiman dan berhati mulia.

Selain dari lima kebaikan dan tambahan-tambahannya itu terdapat pula lima

hubungan dalam etika sosial masyarakat yang dianjurkan oleh Konfucius; iaitu

hubungan pemerintah dengan menteri pemerintahan negara; hubungan bapa dengan

anak dalam keluarga; serta hubungan abang dengan adik; hubungan suami dengan

isteri dan hubungan di antara kawan-kawan. Hubungan yang harmoni di antara pihak-

pihak tersebut menjamin kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya.

Page 193: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

185

Demikian kita melihat betapa terdapat pemikiran universal yang dicetuskan dari

ajaran agama Hinduisme dan Kristianiti dan kepercayaan Buddhisme dan Konfucianisme.

Ternyata keempat-empat pengajaran itu mementingkan sifat-sifat individu menjadi asas

pemikiran yang membawa kesejahteraan ummah seluruhnya. Di bahagian-bahagian

berikut ini pula, dibincangkan sifat-sifat dan ciri-ciri yang terdapat dalam Hak-hak asasi

manusia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan etika sekular

Barat yang dianjurkan oleh ahli-ahli falsafah Barat yang mementingkan nilai murni

dalam sistem moralitinya.

Etika Sekular Barat

Fahaman sekular Barat ini menganggap etika sebagai sesuatu perbuatan yang baik,

sebagai tugas dan tanggungjawab yang menuju ke arah keadilan sosial dan kebahagiaan

hidup. Fahaman ini lebih bersifat duniawi semata-mata. Matlamat etika jenis ini ialah

untuk dua aspek sahaja iaitu sama ada perbuatan itu baik atau jahat, memberi manfaat

atau mudarat yang membawa kepada pain atau pleasure seseorang manusia. Terdapat

kaedah-kaedah besar bagi menentukan etika manusia. Kaedah ini juga boleh dianggap

sebagai pendekatan atau teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh etika sekular Barat.

Josephson Institute for the Advancement of Ethics adalah sebuah institut

yang memperhebatkan kualiti etika dalam perilaku golongan profesional dengan

kepercayaan bahawa tidak terdapat satu jawapan yang pasti dalam etika Barat. Institut

ini mempunyai tiga kaedah iaitu: Behavioural Psychology yang merangkumi sistem

nilai yang berterusan dan seruan kepada pemimpin masyarakat. Teori pendidikan pula

merangkumi ubah sikap dan sifat, pengajaran, perbincangan, dan kurikulum bersepadu,

manakala falsafah moral merangkumi nilai-nilai murni sejagat, prinsip-prinsip moral, dan

keutamaan dalam kehidupan.

Dalam etika sekular Barat terdapat dua kaedah iaitu Deontologikal dan Teleologikal.

Thomas White dalam bukunya Right and Wrong: A Brief Guide to Understanding Ethics

telah menulis secara terperinci kaedah-kaedah tersebut. Pada awalnya, ia memberi

definisi bahawa etika adalah satu kayu ukur untuk menilai perbuatan dan gerak laku

Page 194: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

186

manusia. Etika adalah sesuatu yang tidak boleh dipegang, tetapi boleh diukur dan

ditimbang melalui tingkah laku manusia melalui perbincangan secara intelektual dan

rasional.

Berdasarkan hakikat bahawa etika boleh ditimbang dan diukur, maka lahirlah dua

pendekatan untuk mengambil keputusan etika sama ada baik atau jahat. Kaedah itu

dipanggil kaedah Deontologikal yang mengukur perbuatan manusia semasa kejadian

dan kaedah Teleologikal yang menimbang gerak laku manusia selepas sesuatu

peristiwa. Kaedah Deontologikal mementingkan tindakan semasa dan bukan selepas

akibatnya. Hal ini dipanggil “act-oriented” atau “non-consequentiallist”. Kaedah

Teleologikal mementingkan keputusan atau kesan akibat perbuatan yang masing-

masing dipanggil “result-oriented” atau “consequenlialist”. Thomas Write menjelaskan

bahawa:-

Deontological: An ethical approach which evaluates actions according to their intrinsic value, without reference to their results; act-oriented; from “dentos”, the Greek word for “duty”. Teleologikal: An ethical approach which evaluates actions according to their consequences or how much good or harm results; results-oriented; from “telos”, the Greek word for “end”.

Tokoh-tokoh etika yang mempelopori kaedah Deontologikal ialah seperti Immanuel

Kant, Lawrence Kohlberg, Carol Gilligan dan Abraham Maslow. Kant membawa konsep

“categorical imperative” yang mementingkan kebebasan dan pilihan gerak laku manusia,

moraliti dan kebijaksanaan, penaakulan dan prinsip hidup, dan keadilan, simpati, kasih

sayang dan naluri cinta sesama manusia. Kohlberg mementingkan ethics of justice-

etika keadilan dan morality of rights - moraliti hak manusia. Ia membahagikan tiga

peringkat penaakulan etika iaitu: pre-conventional, conventional dan post-convensional.

Gilingan pula, mementingkan ethics of care – etika penyayang dan morality

of responsibility – moraliti penanggungjawaban. Ia juga mementingkan tiga aspek

etika iaitu: sayang pada diri sendiri, penyayang dan prinsip etika yang mengutuk

eksploitasi. Maslow yang sangat dikenali dengan Heirarchy of Needs membentangkan

lima peringkat kehidupan manusia iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang,

Page 195: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

187

harga diri dan penonjolan diri. Pada peringkat yang akhir itu, terdapat unsur moraliti

dan kepentingan sahsiah manusia sebagai kaedah Deontologikal. Di peringkat ini,

manusia menjadi bebas, sihat, bersepadu, berwibawa, selesa, taat, pemikiran luas dan

penuh kemanusiaan. Ia mempunyai sifat-sifat unggul dan mantap, memahami masalah

kehidupan, terlibat dalam kerja-kerja sosial dan lebih kreatif dalam tindak tanduknya.

Tokoh-tokoh kaedah Teleologikal pula adalah terdiri dari Jeremy Bentham dan

John Stuart Mill. Bentham mempercayai bahawa gerak laku manusia mengakibatkan

manfaat dan mudarat. Ia memperkenalkan teori Utilitarianisme - teori kemanfaatan yang

mementingkan kebahagiaan, kesejahteraan dan kegembiraan. Kata Bentham: “Nature

has placed mankid under the governance of two sovereign master; pain and pleasure.”

Dengan itu, ia membentuk kaedah pengukuran etika yang dipanggil sebagai hedonistic

calculus yang cuba menghurai dan mengukur manfaat dan mudarat melalui skala 1

hingga 10 terhadap tujuh ciri perasaan manusia iaitu: intensity, duration, certainty,

propinquity, fecundity, purity dan extent. Mill juga mementingkan kesejahteraan

manusia. Ia membuat pengukuran etika sama ada tinggi atau rendah, baik atau buruk,

objektif atau subjektif, dan baru atau lama. Kata Mill,

You need to use your imagination to figure out all of the possible consequences of an action. If you have a variety of option, you have to speculate about what pleasures and pains will follow from each action.

Hak Asasi Manusia

Untuk mencapai kehidupan yang bahagia, manusia sejagat mementingkan kebebasan

dan hak asasinya. Dengan itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan

Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (Universal Declaration of Human Rights) pada

10 Disember 1948.

Tujuan diadakan deklarasi tersebut ialah untuk mempertahankan maruah dan

martabat manusia; tanpa hak-hak tersebut, kezaliman akan berleluasa di kalangan

manusia, tanpa hak-hak untuk melindungi hak-hak manusia; dan deklarasi adalah untuk

Page 196: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

188

diperkembangkan dan promosi supaya manusia sedar tanggungjawab mempertahankan

haknya. Hak asasi manusia adalah untuk kemajuan sosial dan peningkatan taraf

hidup manusia itu sendiri. Hak asasi manusia adalah sebagai satu penghormatan dan

pemahaman tentang digniti manusia sejagat.

Terdapat 30 artikel yang jelas tentang hak-hak dan kepentingan manusia dalam

Deklarasi Universal Hak Manusia seperti berikut:

1. Right to Freedom and Equality−hak kebebasan dan kesamaan

2. Freedom from Discrimination−bebas dari diskriminasi

3. Basic Rights−hak-hak asas

4. Freedom from Slavery−bebas dari perhambaan

5. Freedom from Degrading Treatment−bebas dari layanan menghina

6. Right of the Individual−hak individu

7. Right to Equal Consideration−hak mendapat pertimbangan yang sama

8. Right to Legal Remedy−hak mendapat bantuan guaman

9. Detention of Persons−penahanan manusia

10. Right to a Fair Trial−hak mendapat perbicaraan adil

11. Innocent Until proven guilty−tidak bersalah hingga didapati bersalah

12. Right to Privacy−hak kerahsiaan peribadi

13. Personal Movement−pergerakan peribadi

14. Right to Asylum−hak mendapat perlindungan

15. Nationality−kebangsaan

16. Marriage and family−perkahwinan dan keluarga

17. Personal Property−hak milik peribadi

18. Freedom of Belief and Religion−hak kepercayaan dan agama

19. Opinion and Expressions−pendapat dan ekspresi

20. Peaceful Assembly−perhimpunan aman

21. Government and Public Service−kerajaan dan perkhidmatan awam

22. Right to Social Security−hak keselamatan sosial

23. Right to Work and Fair Pay−hak bekerja dan gaji yang adil

24. Rest and Relaxation−rehat dan santaian

Page 197: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

189

25. Adequate Standard of Living−taraf kehidupan yang secukupnya

26. Education−pendidikan

27. Cultural Life−kehidupan budaya

28. Social Order for Human Rights−peraturan sosial untuk hak-hak manusia

29. Responsibility to the Community−tanggungjawab kepada komuniti

30. Freedom from Inteference−bebas dari campurtangan

Falsafah Barat

Falsafah Barat adalah bidang ilmu yang mengandungi unsur-unsur kebijaksanaan yang

memperlihatkan kecintaan kepada keilmuan dan kemanusiaan. Dalam usaha-usaha

pembinaan jati diri dan patriotisme, kita perlu juga merujuk kepada bidang-bidang

falsafah dari Barat.

Dalam buku Philosophy: Theory and Practice, pengarang Jacques Thiroux

menjelaskan bahawa falsafah adalah ilmu segala ilmu, ilmu kebijaksanaan, ilmu

menyelesaikan masalah manusia dan mementingkan sifat-sifat timbang rasa dan

toleransi.

Ilmu-ilmu yang terangkum dalam falsafah ialah seperti metafizik, logik, epistemologi,

etika dan lain-lain lagi. Ilmu metafizik ialah yang melepasi alam semulajadi iaitu beyond

nature yang membincangkan hal-hal ghaib. Ilmu logik ialah tentang ilmu kepastian, ilmu

estetika adalah tentang seni dan keindahan manakala ilmu epistemologi adalah “ilmu

tentang ilmu”. Ilmu etika adalah tentang gerak laku manusia, tentang “moral behaviour”,

“value judgement”, dan “knowledge and wisdom”. Ilmu falsafah mempunyai peranan

berfikir tentang kesejahteraan hidup manusia, bertimbang rasa, berprihatin dan bersifat

penyayang, bersifat bijaksana dan berhemah tinggi, bermatlamat agar kehidupan

manusia menjadi aman tenteram dan konsisten, dan berusaha menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan dalam kehidupan manusia.

Pembahagian ilmu falsafah Barat adalah Metaphysics (Metafizik) iaitu tentang

kebendaan, idealisme, keghaiban, dan ketuhanan. Manakala Ethics (Etika) ialah tentang

ilmu tentang moraliti, kelakuan/gerak laku/tindak tanduk, kebaikan dan keburukan,

kesejahteraan dan kebaikan dan betul atau salah. Ilmu epistemology (Epistemologi)

Page 198: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

190

merangkumi teori-teori ilmu, sumber ilmu, tujuan ilmu, tokoh-tokoh ilmu, dan matlamat ilmu kebenaran dan kebatilan. Ilmu Philosophy of Religion (Falsafah Agama) adalah tentang ketuhanan, dan sumber-sumber kepercayaan. Lain-lain ilmu ialah sains, sastera, perubatan, IT, ekonomi, pengurusan dan lain-lain lagi.

Pengurusan Beretika

Dalam era globalisasi ini, bidang pengurusan (management) menjadi disiplin atau bidang ilmu yang penting. Ciri atau teras yang penting dalam pengurusan ialah etika. Kenneth Blanchard dan Norman Vincent Peele menghasilkan buku yang membicarakan kuasa dalam pengurusan yang beretika bertajuk The Power of Ethical Management. Terdapat lima aspek dalam pengurusan yang beretika iaitu: purpose−tujuan, perspective−perspektif, persistence- kemantapan, pride−kebanggaan, dan patience−kesabaran. Kelima-lima aspek itu pula hendaklah diamalkan oleh individu-individu dan organisasi-organisasi itu sendiri. Etika juga amat penting dalam bidang bisnes, perniagaan, perdagangan dan sebagainya. William Shaw telah menulis buku berjudul Business Ethics yang membicarakan beberapa aspek moral dalam bidang bisnes seperti: falsafah moral dan perniagaan, aspek-aspek moraliti, teori-teori normatif dalam etika, organisasi dan manusia di dalamnya, tempat kerja, pilihan-pilihan etika dalam kalangan pekerja, para pengguna dan alam sekitar dalam pengurusan awam, pengurusan organisasi dan pengurusan bisnes. Pengurusan perniagaan yang melibatkan anasir-anasir jual beli, kepentingan wang dan untung rugi, perlulah juga mementingkan unsur-unsur kemanusiaan. Dalam era globalisasi ini, bidang pengurusan menjadi faktor utama dalam pembinaan sesuatu tamadun. Terdapat banyak perkara yang berhubungkait dengan pengurusan ini seperti teori-teori pengurusan dan sifat-sifat serta sikap-sikap seseorang pengurus. Teori-teori pengurusan ialah pengurusan klasikal, pengurusan saintifik, pengurusan kerja dan pembahagian tenaga dan pengurusan pentadbiran. Terdapat beberapa ciri dalam teori pengurusan tingkah laku seperti kajian hubungan manusia, teori X dan teori Y, teori Z, teori pengurusan sains iaitu pengurusan kuantitatif, pengurusan operasi dan pengurusan TQM, teori organisasi persekitaran merangkumi,

sistem terbuka, teori kontigensi, struktur mekanistik,dan struktur organik.

Page 199: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

191

Bagi membicarakan tajuk ini, buku-buku tentang pengurusan seperti: Management: A Total Quality Perspective (1995) oleh Gregory M. Bounds, et.al, Management (1996)

oleh Don Hellrigel dan John W. Slocum, dan Management: Leading People and Organisation in the 21st Century (1998) oleh Gary Dessler adalah dirujuk. Bagi bidang

gelagat organisasi pula, dirujuk kepada buku-buku seperti: Organizational Behavior: Managing People and Organisations (1995) oleh Gregory Moorhead dan Ricky W.

Griffin, Organizational Behavior: Concepts, Controversies, Applications (1996) oleh

Stephen P. Robbins, dan Contemporary Management (1998) oleh Gareth R.Jones et.al. Fungsi-fungsi pengurus yang baik dan beretika merupakan pemangkin yang

menjanakan pengurusan yang cekap, yang meliputi daya menggerakkan organisasi,

dan menentukan kecekapan penggunaan sumber. Sebenarnya, pengurusan adalah

merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal penggunaan sumber.

Cabaran pengurus iaitu menggerakkan organisasi ke satu arah dan matlamat,

bekerja melalui orang lain, sebagai saluran komunikasi, bertanggungjawab dan

dipertanggungjawabkan, menentukan keutamaan, menyerahkan tugas kepada orang

lain yang sesuai, berfikir secara analitik dan konseptual dan sebagai orang tengah, ahli

politik, diplomat, simbol, pembuat keputusan dan penyelesaian masalah dan lain-lain

lagi.

Terdapat sepuluh kualiti pengurusan mengikut kajian Harbridge House iaitu:

mempunyai hala tuju yang jelas, menggalakkan komunikasi terbuka, memberi tunjuk

ajar dan sokongan kepada pekerja, mengadakan pengiktirafan objektif, membentuk

kawalan berterusan, memilih pekerja yang betul sebagai staf organisasi, memahami

implikasi kewangan terhadap keputusan, menggalakkan inovasi dan idea baru,

memberi keputusan dan arahan yang jelas, dan menunjukkan integriti yang tinggi

secara konsisten.

Untuk pengurusan yang berkesan, pengurus mestilah mempunyai tiga kemahiran

penting iaitu kemahiran teknikal, kemahiran manusia dan kemahiran konseptual.

Terdapat juga peranan pengurus sebagai ketua dan pemimpin dalam hubungan

kemanusiaan; penyebar maklumat sebagai pemantau, penyebar dan jurucakap; dan

pembuat keputusan.

Bagi pengurus sumber manusia pula, ia berusaha untuk menarik, membentuk

dan mengekalkan sumber manusia bagi mencapai matlamat organisasi. Di antara

Page 200: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

192

peranan pengurus sumber manusia ialah perancangan sumber manusia, pengekrutan

dan pemilihan, orientasi, latihan dan pembangunan, pengurusan pampasan dan

faedah, penilaian prestasi, pertukaran dan pemberhentian, perhubungan industri, dan

keselamatan dan kesihatan pekerja; Aspek-aspek pengurusan yang lain iaitu gelagat

organisasi, pengurusan sistem dan teknologi maklumat, pengurusan global dan

antarabangsa, dan pengurusan dan komunikasi.

Bagi melicinkan pengurusan organisasi, terdapat pula aspek komunikasi

pengurusan yang merangkumi aspek-aspek komunikasi lisan, persuratan, visual dan

isyarat. Komunikasi dapat diterapkan melalui penuturan dan penulisan yang baik di

sebelah pihak. Di sebelah pihak yang lain perlu kepada pandangan dan pembacaan yang

baik. Terdapat pula aspek komunikasi yang bukan lisan, non-verbal atau komunikasi

perutusan tersirat yang meliputi penampilan fizikal, perawakan dan pergerakan badan,

wajah dan gerak hati, ruang dan wilayah, sentuhan persekitaran fizikal, masa dan rupa

paras dan hiasan diri. Bidang komunikasi ini juga melibatkan aspek-aspek moden

seperti teknologi maklumat terkini dan multimedia.

Prinsip-Prinsip Pengurusan

Seorang tokoh terkenal dalam bidang pengurusan, Henri Fayol, telah mengenalpasti 14

prinsip ke arah peningkatan kecekapan proses pengurusan. Walaupun prinsip-prinsip

itu diasaskan pada awal abad ke-20 yang lalu, tetapi ianya masih relevan dengan

pengurusan moden abad ke-21 ini. Empat belas prinsip yang dibentangkannya ialah

seperti: pembahagian tenaga, autoriti dan tanggungjawab, kesatuan arahan, susunan

autoriti, pemusatan, kesamaan hala tuju, ekuiti, susunan, inisiatif, disiplin, ganjaran

personal, jaminan perkhidmatan personal, fokus kepada kepentingan bersama, dan

semangat kekitaan.

Aspek-aspek penting dalam buku Management: Leading People and Organisation

in the 21st Century (1998) oleh Gary Desseler ialah seperti pengurusan dalam suasana

global, pengurusan etika, perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan

dan pengurusan perubahan dalam era teknologi maklumat.

Page 201: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

193

Bagi melicinkan dan memantapkan pengurusan, maka terdapat ilmu gelagat

organisasi dalam era globalisasi dan berbilang budaya, peranan individu dalam

organisasi, peranan kumpulan dalam organisasi, sistem organisasi dan dinamika

organisasi dalam perubahan dan perkembangan pengurusan.

Sistem Kualiti MS ISO 9001-2000

Bagi menjamin kualiti dan etika kerja dalam sesuatu pengurusan dan pentadbiran, telah

diadakan satu sistem yang selaras seluruh dunia yang dikenali sebagai sistem MS ISO

9001 dengan mengikut siri-sirinya yang tertentu.

Misalnya, sesebuah fakulti di universiti yang berhasrat mendapatkan taraf ISO

ini, diperlukan memenuhi beberapa syarat yang tertentu untuk diteliti oleh Audit Kualiti

Dalaman dan pegawai dari SIRIM.

Skop audit meliputi tiga perkara:

1. Pengurusan akademik iaitu perancangan proses pengajaran, pembelajaran,

penilaian pelajar dan pengurusan akademik yang meliputi penawaran kursus

fakulti, rancangan instruksional, persiapan kuliah awal semester, pengambilan

staf, pengkuliahan dan penyediaan kertas soalan dan peperiksaan akhir.

2. Pengurusan akademik iaitu selepas proses pengajaran, pembelajaran dan

penilaian pelajar yang termasuk penilaian kerja kursus, pengurusan praktikum,

pemprosesan dan perakuan markah.

3. Sistem pengurusan kualiti yang meliputi perkara-perkara kawalan dokumen,

kawalan rekod, audit dalaman, kawalan produk tidak memenuhi spesifikasi,

tindakan pembetulan dan tindakan pencegahan.

Oleh itu, fakulti berkenaan perlu mempunyai perkara-perkara berikut: dasar

kualiti fakulti, misi, dan visi fakulti, matlamat fakulti dan nilai kualiti fakulti.

Page 202: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

194

Kesimpulan

Demikianlah satu perbincangan bagaimana jati diri dan patriotisme mampu dimantap

dan digemilangkan berteraskan nilai-nilai murni, etika dan akhlak sejagat atau sejagat

universal bagi menghadapi globalisasi.

Surah-surah dalam Al-Qur’an banyak membicarakan tentang cara hidup beretika.

Dalam Surah al-Fatihah (1) terdapat ayat-ayat memuji kebesaran Allah, pengakuan

kekuasaan Allah, penyembahan kepada Allah dan permohonan pertolongan daripada

Allah, petunjuk jalan yang lurus daripada Allah, perbandingan dengan manusia lalu

yang sesat dan dimurkai, dan permohonan limpahan pemakbulan doa.

Surah pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W−Surah Iqra

(96) menitikberatkan kepada ilmu pengetahuan iaitu dengan seruan membaca dan

manifestasi kejadian manusia daripada segumpal darah secara empirikal dan saintifik.

Selanjutnya Allah menyeru supaya manusia berkomunikasi dengan qalam dan hari ini

manusia berjaya dalam teknologi maklumat yang serba canggih. Surah al-Tiin (95),

Surah al-Falaq (113), Surah al-Ma’un (107) dan Surah al-Quraisy (106) membicarakan

tentang kejadian manusia dan sifat-sifatnya. Surah al-Lahab (111) dan Surah Fiil (105)

membicarakan tentang sifat-sifat kejahatan manusia. Surah Al-Asr’ (103) jelas mengajak

manusia supaya menjaga atau menguruskan masa (time-management) dengan

bijaksana. Kalau tidak, manusia mengalami kerugian yang besar dalam hidupnya.

Dalam Surah Alam Nasyrah (94), Allah menjelaskan kepada manusia bahawa di dalam

sesuatu kesusahan itu ada penyelesaiannya-“When there is a problem, there is always

a solution.” Surah ini amat baik menjadi panduan manusia dalam bidang pengurusan

problem-solving, decision-making dan art of negotiation.

Terdapat ramai penulis dan pemikiran Barat dan Timur memperkatakan tentang

pemupukan jati diri dan patriotisme dalam bidang pendidikan dan pemikiran bagi diri,

negara dan dunia amnya. Dalam bahagian kemahiran pemikiran lahir ini, dimulakan

dengan memahami teori-teori tentang akal dan minda. Mengikut Roger Sperry, iaitu

seorang pengkaji sains neuro iaitu sains otak, otak kita terbahagi kepada dua hemisfera:

hemisfera otak kanan atau hoka dan hemisfera otak kiri atau hoki. Howard Gardner juga

bersetuju dengan teori Sperry yang mengemukakan sembilan jenis kemahiran manusia

Page 203: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

195

iaitu melalui teori multiple-intelligences. Edward de Bono yang membawa teori Enam

Topi Pemikiran iaitu enam stail atau kebolehan pemikiran manusia. Ternyata dari teori-

teori ini terdapat persamaan di antara ketiga-tiga pengkaji pemikiran, Roger Sperry,

Howard Gardner dan Edward de Bono bahawa otak atau pemikiran manusia terbahagi

dua kemahiran−sains atau sastera atau kedua-duanya sekali.

Tokoh seperti Dorothy Low Notle membawa teori bahawa anak-anak boleh menjadi

positif atau negatif melalui alam dan suasana di rumah dengan pendapatnya; Children

learn what they live. Gale Maleskey, seorang tokoh pendidikan percaya bahawa kita

boleh menjadikan anak-anak kita bestari dengan 15 cara−15 ways to make your

child smarter. Jane Walmsley dan Jonathan Margolis percaya bahawa manusia boleh

dibentuk seperti seolah-olah kita menanam tomato dalam rumah panas. Mereka berdua

menulis buku bertajuk: Hot House People: Can We Create Super Human Beings?

Jawabnya pasti boleh!

Keluarga Covey mementingkan tabiat dan habit yang paling efektif. Stephen Covey

menulis dua buah buku: The 7 Habits of Highly Effective People dan The 7 Habits of

Highly Effective Families dan anak remajanya Sean Covey menulis: The 7 Habits of

Highly Effectives Teens.

Selain itu, hari ini kita berdepan dengan satu ilmu baru iaitu futuristik atau ilmu

wawasan. Ilmu ini mempunyai teori, kaedah dan penyelidikan untuk meramalkan masa

depan yang berlaku kepada dunia, manusia dan alamnya. Banyak buku yang dihasilkan

untuk ramalan dan wawasan masa depan. Buku-buku tersebut ialah seperti Future

Shock, Power Shift dan The Third Wave oleh Alvin Toffler; The End of History oleh

Francis Fukuyama; Head to Head; The Coming Economic Battle Among Japan, Europe

and America oleh Lester Thurow; Megatrends, Global Paradox, Megatrend Asia dan

High Tech High Touch oleh John Nasbitt, Islam and Challenge of the 21st Century oleh

Seyyed Hossien Nasr; The Closing of the American Mind oleh Bloom, dan The Japan

That Can Say No oleh Shintaro Ishihara.

Dengan kehebatan Malaysia hari ini yang dipenuhi dengan projek MSC, Putrajaya,

Cyberjaya, KLCC, KLIA, dengan sains dan teknologi tinggi tercanggih dan terkini

dengan e-mail, e-commerce, e-access, kita meramalkan bahawa satu hari nanti akan

lahir sebuah negara Malaysia dengan formula Malaysia sebagai sebuah citra antara

Page 204: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

196

warisan dan wawasan. Hari ini bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Tun Dr. Mahathir

Mohamad menulis buku ilmu futuristiknya bertajuk A New Deal for Asia. Dengan buku

satu gagasan besar ini, ia menjadi bukti bahawa kita adalah bangsa besar dan bangsa

gagah yang tidak bisa tunduk kepada sebarang kuasa luar yang boleh diberi gelaran

yang gah. “The Malaysia That Will Never Say ‘Yes!’ “sebarangan!

Page 205: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Berdasarkan Nilai-Nilai Murni Global

197

Bibliografi

A. Samad Ahmad (peny.), 2010. Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah et al. (ed), 1992. History of Modern Malay Literature, 2 vols. Kuala

Lumpur: Dewa Bahasa Pustaka.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia

Islam Malaysia.

Al-Faruqi, Ismail Raji, 1988. Pemikiran Islam Al-Faruqi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1996. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

A. Rahim Abdullah, 1995. Pemikiran Sasterawan Nusantara: Satu Kajian Perbandingan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bannard, Timothy P. (ed.), 2004. Contesting Malayness. Singapore: Singapore University Press.

Eaglestone, Robert, 2000. Doing English: Al Guide for Literature Students. London: Routledge.

Gaskell, Philip, 1999. Landmarks in English Literature. Chicago: Fitzroy Dearborn Publishers.

Ghazali Darusalam, 1998. Dakwah Islam dan Ideologi Barat: Ancaman Post Modernisme Terhadap Umat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harris, Raymond, 1994. Best Selling Chapters: Middle Level. Illionis: Jamestown Publishers.

Hooker, Virginia Matheson, 2000. Writing A New Society: Social Change Through the Novel in Malay. St. Leornards; NSW.

Hamzah Hamdani (ed.), 1982, Novel-Novel Malaysia dalam Kritikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Pustaka.

Hashim Awang, 1998. Penciptaan dan Kemanusiaan Dalam Cerpen dan Novel. Shah Alam:

Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hashim Awang A.R. et.al (ed.), 1990. Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Johns. A.H., 1979. Cultural Options and the Role of Tradition. Canberra: ANU Press.

Maulana Abdullah Yusuf Ali dan Abu Salah Muhammad Uthman El-Muhammady (terj.). 1993.

Al-Quranu’l – Karim: Terjemahan dan Huraian Maksud. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

_____________, 1989. Novels of the Troubled Years. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Page 206: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

198

_____________, 1990. Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

_____________, 1995. Koleksi Terpilih Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

_____________, 2000. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________, 2004, Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

_____________, 2006. Teori Pendidikan Pemikiran Global. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

_____________, 2007. Islam Hadhari Menangani Gelombang Globalisasi. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

_____________, 2008. Pemikiran Mahathir Mohamad: Kesinambungan Gelombang Keintelektualisme Melayu Global dari Munshi Abdullah dan Za’ba. Shah Alam:

Universiti Teknologi Mara.

_____________, 2009. Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

_____________, 2010. Wacana Akademik. Tanjong Malim: Diterbitkan oleh Pusat Pendidikan

Global Aminuddin Baki. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

_____________, 2011. Iktibar dari Dubai. Tanjong Malim: Penerbitan HEPA, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

_____________, et. al. 2010. Wajah Insan Bitara. Tanjong Malim: Penerbitan HEPA, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

_____________, 2011. Kemasyhuran Kg. Tebing dan Ketokohan Nai Sin di Peringkat Global Awal Abad ke 20. Tanjong Malim: Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki. Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

_____________. et. al, 2012. Minda Melayu Global. Tanjong Malim: Penerbit, Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

_____________, dan Siti Khairiah Mohd Zubir, 2012. Pemikiran Global 11 Sasterawan Negara Malaysia. Penerbit, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shahnon Ahmad, 1981. Kesusasteraan dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Shahnon Ahmad, 1988. Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tunku Abdul Rahman, 1969. May 13 Before and After. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Press.

Page 207: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan

Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

Teo Kok Seong*Universiti Kebangsaan Malaysia

* Profesor Dr. Teo Kok Seong adalah Felow Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 208: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

200

Secara umumnya, bab ini membincangkan satu tema penting dalam bidang sosiolinguistik/

sosiologi bahasa, iaitu bahasa dan nasionalisme. Secara rincinya, ia dibincangkan

dalam kerangka teoritis bahawa bahasa mempunyai kuasa untuk membentuk jati

diri nasional. Dalam hal ini, beberapa persoalan tentang kekitaan (sebagai rakyat

dalam sesebuah negara) dan kesetiaan (terhadap tanah air) diteliti di beberapa buah

negara Asia, termasuklah Malaysia, untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang

tema ini. Ini dilakukan dalam konteks perbincangan tentang masalah dan cadangan

penyelesaiannya dengan meninjau kerelevanan bahasa untuk pemupukan perasaan

nasional, sama ada secara positif, iaitu bahasa didapati membantu membentuk jati diri

nasional, atau sebaliknya, yakni ia dilihat sebagai penghalang.

Pendahuluan

Penelitian tentang nasionalisme selalunya mendapati bahasa, khususnya yang dimiliki

bersama, adalah komponen asas lagi utama, untuk membentuk satu populasi sebagai

satu bangsa. Sebagai penanda simbolik dan bukti nyata jati diri/identiti seseorang atau

kumpulan, bahasa mempunyai potensi untuk berfungsi sebagai alat pemersatu melalui

perasaan yang dikongsi bersama tentang jati diri serta perasaan tentang kepentingan

kelompok (Smith, 2001).

Nasion (nation) yang merupakan konsep teras kepada ideologi nasionalisme,

merujuk kepada satu populasi yakni sekelompok manusia yang secara unggulnya (i)

terdiri daripada satu kumpulan etnik yang memiliki salasilah dan sejarah yang sama,

(ii) kini mengamalkan satu budaya yang dimiliki bersama (termasuklah bertutur dalam

satu bahasa), (iii) berada dalam satu wilayah yang jelas sempadannya, (iv) kebajikan

mereka diuruskan oleh satu pentadbiran pusat/wilayah, dan (v) menikmati manfaat

sebagai rakyat. Selain semua ini, satu kualiti penting tentang nasion ialah kelompok

manusia ini wajib memiliki perasaan sayang serta taat terhadap kelompok manusia

yang mereka anggotai itu (Simpson, 2007).

Sehubungan ini, tugas bagi merangsang kesedaran untuk bersatu dalam kalangan

rakyat dalam sesebuah negara yang berdaulat, dan untuk menggalakkan perasaan

Page 209: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

201

kekitaan serta kesetiaan terhadap negara yang merupakan tanah air/ibu pertiwi, bukan

sahaja dilakukan dengan memberi perhatian kepada usaha pembinaan jati diri nasional,

tetapi yang lebih penting lagi ialah ia ikut memberi perhatian kepada usaha pemupukan

keinsafan dalam kalangan rakyat, tentang peri pentingnya pembentukan satu populasi

yang memiliki pelbagai ciri nasional yang dikongsi bersama, selain daripada membentuk

satu arah tuju yang dimiliki bersama (Birch, 1989).

Dalam pembinaan jati diri nasional, bahasa tidak dapat dinafikan mempunyai

peranan penting. Pada satu pihak, pengetahuan dan penguasaan satu bahasa yang

dikongsi bersama dalam sesebuah negara, didapati baik untuk menyatupadukan

rakyatnya, selain mempamerkan jati diri nasional yang dikongsi bersama. Tetapi pada

satu pihak lain, penggunaan pelbagai bahasa lain, khususnya dalam domain rasmi

dalam negara berkenaan, didapati boleh menjadi penghalang kepada usaha penyatuan

itu, dan lebih penting kepada usaha pembinaan jati diri nasional.

Dalam usaha pembinaan jati diri nasional ini, banyak aspek bahasa yang berkaitan

dengan ideologi nasionalisme dari Barat, dipinjam oleh negara-negara Asia semasa

mencapai kemerdekaan, mengharungi pembangunan serta memburu kemodenan.

Antaranya termasuklah penganjuran satu bahasa yang perlu digunakan dalam semua

domain di seluruh pelosok negara, walaupun dalam populasi yang berbilang etnik di

sesetengah negara Asia.

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri

Bahagian ini meneliti pelbagai interaksi antara bahasa dan jati diri nasional (serta

pelbagai bentuk jati diri lain) yang berlaku di beberapa negara Asia. Ini dilakukan dengan

meninjau sejauh mana bahasa boleh menyatupadukan rakyat dalam sesebuah negara

itu, ataupun sebaliknya, iaitu memisahkan mereka. Sehubungan ini, pelbagai keadaan

etnolinguistik, politik dan sejarah ikut dibincangkan (secara ringkas) untuk meninjau

faktor-faktor pendorong dan penghalang.

Persoalan-persoalan tentang bahasa dan nasionalisme berikut juga memperlihat

pelbagai pendekatan yang diterima pakai, selain pelbagai reaksi dan kesan yang timbul

Page 210: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

202

ekoran daripada langkah dan keputusan yang diambil oleh sesetengah negara Asia.

Reaksi dan kesan ini berbentuk konflik (yang kadangkalanya ganas), selain pemisahan/

pengasingan, sehinggalah membawa kepada sikap pasif tidak peduli/minat (selaku

masalah yang dibincangkan), dan beberapa kes kejayaan untuk membina jati diri

nasional (sebagai cadangan penyelesaian yang dibincangkan).

Pendorong dan Penghalang PembinaanJati Diri Nasional

Beberapa keadaan dan elemen didapati boleh, sama ada menjadi pendorong dan

penghalang dalam pembinaan jati diri nasional. Berikut ada sesetengah keadaan dan

elemen itu.

Jenis Populasi

Dasar perancangan bahasa di sesetengah negara Asia didapati didorong oleh faktor

jenis populasi yang terdapat dalam sesebuah negara itu. Usaha pembentukan negara

bangsa (rakyat) dan negara itu sendiri didapati senang, jika populasinya rata-rata

terdiri satu kelompok etnik sahaja. Dengan ini, populasi homogen di Jepun dan Korea

misalnya, tidak dapat dinafikan merupakan sebab penting dalam usaha pembinaan jati

diri nasional, yang didapati tidak merupakan masalah langsung.

Walau bagaimanapun, banyak negara Asia tidak memiliki populasi homogen.

Dengan ini, terdapat pelbagai kelainan dalam komposisi populasi nasional di beberapa

negara. Ini antaranya disebabkan oleh faktor sejarah, iaitu negara-negara ini dijajah.

Faktor migrasi dalaman juga didapati menyebabkan kemasukan melalui penghijrahan

pelbagai kumpulan etnik ke dalam wilayah, yang dahulunya dikawal/dihuni oleh satu

kumpulan etnik sahaja.

Dalam kedua-dua hal ini, Malaysia adalah satu contoh yang baik. Pada zaman

moden, penjajah British membawa masuk buruh asing dari China dan India dalam

Page 211: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

203

bilangan yang besar, sehingga merubah demografinya dari sebuah negara monoetnik

kepada sebuah negara majmuk. Beberapa dahulu, beberapa kelompok etnik peribumi

Nusantara juga berpindah untuk bermastautin di sini, sebuah wilayah Melayu atau

Nusantara lain. Antaranya adalah kelompok etnik Jawa.

Untuk negara-negara yang mempunyai populasi tidak homogen pula, terdapat dua

jenis populasi bercampur ini. Jenis pertama ialah negara-negara di mana terdapat satu

kelompok majoriti yang besar saiznya dalam populasi nasional, dan yang selebihnya

terdiri daripada banyak kelompok minoriti yang setiap satunya bersaiz kecil sahaja.

Keadaan begini terdapat di Thailand, Laos dan Myanmar.

Jenis kedua pula terdiri daripada negara-negara di mana walaupun sesuatu

kelompok etnik itu merupakan majoriti dalam populasi nasional, ia sebetulnya masih

merupakan kelompok minoriti apabila dibandingkan dengan kelompok-kelompok etnik

lain yang didapati lebih dominan di dalamnya. Keadaan ini boleh ditemui di Malaysia

yang memperlihat kelompok etnik Cina adalah minoriti penting, walaupun etnik Melayu

itu merupakan kelompok majoriti. Hal yang sama juga ditemui di Sri Lanka di mana

kelompok etnik Tamil yang merupakan minoriti penting di Sri Lanka, walaupun etnik

Sinhala itu adalah kelompok majoriti.

Sehubungan ini, usaha pembinaan jati diri nasional di negara-negara yang

populasinya tidak homogen, didapati tidak semudah dan selancar yang berlaku di

negara-negara yang terdiri/dihuni rata-ratanya oleh oleh satu kelompok etnik sahaja.

Hal ini tidak terkecuali di Malaysia.

Sempadan Negara

Bilangan besar sesuatu kelompok etnik yang dipisahkan oleh sempadan antarabangsa

dan diasingkan pula ke dalam dua politi yang berbeza, mempunyai kesan ke atas usaha

pembinaan jati diri nasional. Hal begini berlaku kepada kelompok etnik Lao. Mereka

boleh didapati dengan ramainya di dua negara yang bersempadan, iaitu Laos dan

Thailand. Sebetulnya jumlah kelompok etnik Lao ini lebih ramai di Thailand daripada

di Lao.

Page 212: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

204

Sehubungan ini, jati diri nasional kelompok etnik Lao di Laos tidak sama dengan

jati diri nasional kelompok etnik Lao di Thailand. Hal yang demikian ini disebabkan oleh

aspirasi nasional masing-masing yang didukung oleh Laos dan Thailand.

Hal yang sama juga berlaku dengan bilangan kelompok etnik Tamil di Sri Lanka

yang agak besar. Mereka ini didapati menerus dan mengekalkan hubungan dengan

kelompok etnik Tamil di Selatan India. Dengan ini, mereka didapati lebih menonjolkan

jati diri nasional India daripada jati diri nasional Sri Lanka.

Contoh paling ketara dalam persoalan sempadan negara ialah kelompok etnik

Korea yang kini dibahagikan kepada dua entiti politik yang amat berbeza di antara

satu sama lain. Walaupun terdiri daripada populasi homogen dan merupakan penghuni

Semenanjung Korea, oleh sebab soal sempadan negara, kelompok etnik Korea melalui

pembinaan jati diri nasional yang tidak sama di antara populasi Korea Utara dan populasi

Korea Selatan.

Dasar Bahasa Negara

Terdapat dua jenis dasar bahasa yang dijalankan pada peringkat nasional di kebanyakan

negara Asia. Yang pertama ialah pendekatan ekabahasa, yakni satu bahasa sahaja

yang digunakan sepenuhnya. Ini dilakukan dengan memilih hanya satu bahasa yang

diangkat menjadi bahasa negara, yang dimandatkan untuk digunakan dalam semua

domain rasmi/formal. Jenis kedua pula adalah sistem yang menganjurkan penggunaan

pelbagai bahasa, yakni memilih lebih daripada satu bahasa untuk digunakan dalam

majlis rasmi/formal negara.

Dasar ekabahasa untuk bahasa negara didapati diamalkan di negara-negara

yang mempunyai populasi homogen. Antaranya adalah di Jepun dan Korea. Walau

bagaimanapun, beberapa negara yang populasinya tidak homogen, yakni terdiri

daripada pelbagai etnik, didapati ikut mengamalkan dasar ekabahasa ini. Ini termasuk

Malaysia. Walaupun demikian, bahasa-bahasa etnik lain terus dibenarkan diajar dalam

sistem pendidikan negara dan digunakan melalui status sebagai bahasa sukuan. Semua

ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 152 yang membicarakan

Page 213: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

205

status bahasa Melayu selaku bahasa negara, yakni sebagai bahasa kebangsaan dan

juga bahasa rasmi.

Untuk kumpulan negara ini, tujuan pemilihan dasar ini ialah untuk membentuk

negara bangsa (rakyat) yang bersatu padu daripada satu populasi yang terdiri daripada

pelbagai kelompok etnik, untuk membangun dan memajukan negara itu sendiri.

Sehubungan ini, rakyat diharap dapat bersatu padu untuk memajukan negara, melalui

ilmu pengetahuan yang diungkap dan disebarkan dalam satu bahasa sahaja.

Untuk ini, hanya satu bahasa dipilih dan dipromosikan sebagai bahasa negara.

Meskipun demikian, pelaksanaan dasar ekabahasa ini dipengaruhi oleh dinamik

populasi di negara-negara tertentu. Oleh itu, kadar kejayaannya didapati berbeza-beza

di antara satu sama lain.

Sekurang-kurangnya tiga jenis model wujud ekoran daripada dinamik populasi

ini (Abdullah Hassan, 1994). Yang pertama ialah di Thailand dan Myanmar, di mana

kelompok etnik majoriti wujud bersama-sama dengan banyak kelompok etnik lain, tetapi

bilangan mereka ini tidak besar, dan bahasa kelompok etnik majoriti dipilih sebagai

bahasa negara. Model kedua pula melibatkan Malaysia dan Sri Lanka, di mana

kelompok etnik minoriti penting wujud bersama-sama dengan kelompok etnik majoriti,

dan bahasa kelompok etnik majoriti dijadikan bahasa negara. Model ketiga wujud dalam

bentuk bahasa negara yang dipilih itu tidak pun merupakan bahasa kelompok etnik

majoriti yang merupakan sekurang-kurangnya 50% daripada populasi di sesebuah

negara itu. Ini berlaku di Indonesia dan Filipina.

Bertentangan dengan dasar ekabahasa ini, beberapa negara mengamalkan dasar

multibahasa, yang memperlihat penggunaan lebih daripada satu bahasa untuk bahasa

negara. Ia dilakukan antaranya untuk memberi representasi linguistik secara formal

kepada sebilangan kelompok etnik penting dalam populasi sesebuah negara itu. India

dan Singapura didapati mengamalkan dasar multibahasa ini.

Sehubungan ini, India mengiktiraf sekitar 20 bahasa sebagai bahasa negara di

benua kecil itu. Ini bermakna India membenarkan penggunaan 20 bahasa ini secara

berleluasa dalam bidang pendidikan dan pentadbiran di beberapa wilayah di benua

kecil itu, untuk tujuan kenegaraan, khususnya dalam kapasiti sebagai bahasa rasmi.

Page 214: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

206

Dasar multibahasa ini juga merupakan sebahagian daripada dasar kemajmukan

etnik dan kepelbagaian budaya, yang diamalkan di sesetengah negara Asia. Ini dapat

diteliti pada Dasar Bahasa Negara di Singapura. Untuk ini, republik Singapura ini memilih

empat bahasa, yakni Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil, sebagai bahasa negara yang

sama tinggi martabatnya dalam konteks sebagai bahasa rasmi. Sehubungan pemilihan

sedemikian, Singapura ingin membentuk negara bangsa (rakyat) dan membangunkan

republik itu, sebagai negara yang bercitra multietnik dan multibudaya yang mendukung

sistem nilai Asia, dan bukan berdasarkan jati diri mana-mana kelompok etnik utama

dalam populasinya, sama ada Cina, Melayu atau India.

Seperkara penting yang perlu diutarakan di sini ialah terdapat pelbagai kadar

penggunaan yang sebenar pada bahasa (bahasa-bahasa) yang dipilih sebagai bahasa

negara, dalam bidang pendidikan dan pentadbiran, serta domain-domain rasmi/formal

lain untuk tujuan kenegaraan, khususnya sebagai bahasa rasmi. Dalam hal ini, terdapat

beberapa buah negara di Asia ini yang melengkapi penggunaan hanya satu bahasa

sebagai bahasa negara itu, dengan bahasa (bahasa-bahasa lain), misalnya bahasa

Inggeris.

Gangguan daripada bahasa penjajah, misalnya bahasa Inggeris dalam

pengembangan bahasa negara di banyak negara di Asia ini, dalam sistem perundangan,

birokrasi pemerintah dan pendidikan, adalah antara cabaran penting dalam usaha

pembangunan dan pengembangannya secara penuh. Ini adalah kerana ia tidak boleh

berfungsi sebagai satu-satunya bahasa negara tanpa berkongsi peranan ini dengan

bahasa penjajah dan/atau bahasa antarabangsa/dunia yang lain, untuk memperlihat

potensi penuhnya.

Isu Pemilihan Bahasa Negara

Pemilihan sesebuah bahasa itu untuk dijadikan bahasa negara, lebih-lebih lagi dalam

populasi tidak homogen, sering kali menimbul pelbagai isu yang dikaitkan dengan

pewajaran pemilihan berkenaan. Ini dapat dilihat di India sewaktu benua kecil itu

mencapai kemerdekaannya pada 1947. Bahasa Hindi yang dipilih sebagai bahasa

Page 215: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

207

negara itu adalah bahasa yang rata-ratanya dituturkan di utara India. Justeru ia tidak

dapat diterima oleh kelompok etnik Tamil yang merupakan majoriti di selatan India.

Tambahan lagi, pemilihan bahasa Hindi ini tidak dapat dinafikan memberi kelebihan

sosioekonomi kepada kelompok etnik Hindi. Ini dilihat sebagai tidak adil oleh yang lain-

lain, khususnya etnik Tamil yang agak besar bilangannya.

Isu pewajaran pemilihan bahasa Hindi ini tidak dapat dinafikan mempunyai kesan

ke atas usaha pembinaan jati diri nasional di India. Ia akhirnya dapat diselesaikan pada

1967 apabila India memperkenal semula penggunaan bahasa Inggeris sebuah bahasa

neutral etnik dalam hal ini sebagai bahasa rasmi, selepas 20 tahun cuba dan gagal

mempromosi hanya satu bahasa negara, iaitu bahasa Hindi dalam kapasitinya sebagai

bahasa rasmi.

Hal yang sama juga berlaku di Filipina, sebuah negara yang berpopulasi multietnik

yang tidak mempunyai kelompok etnik yang merupakan majoriti yang jelas. Dalam

keadaan dinamik populasi begini, pemilihan satu bahasa sahaja sebagai bahasa

negara, daripada kalangan beberapa bahasa di negara itu, boleh mencetuskan reaksi

negatif daripada kelompok-kelompok etnik yang bahasa mereka tidak dipilih. Dalam hal

ini, apabila bahasa Tagalog, yakni bahasa yang dikatakan dituturkan oleh sebilangan

besar populasi Filipina dan dipilih menjadi bahasa negara, ramai pihak khususnya yang

bukan daripada kelompok etnik Tagalog membantah dengan mengatakan pemilihan ini

menguntungkan para penutur bahasa Tagalog sahaja, yang dilihat sebagai mempunyai

kelebihan sosioekonomi ekoran daripada penguasaan bahasa itu.

Penamaan semula yang simbolik sifatnya daripada bahasa Tagalog kepada bahasa

Filipino, yakni bahasa kepunyaan rakyat Filipina, didapati tidak banyak membantu. Ini

adalah kerana populasi Filipina tidak dapat diyakini bahawa bahasa Filipino adalah tidak

sama dengan bahasa Tagalog. Bagi mereka, bahasa Filipino (atau nama lamanya

Tagalog) adalah bahasa yang dipaksakan ke atas majoriti rakyat Filipina, yang rata-

ratanya bukan daripada kelompok etnik Tagalog.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pada 1987, Filipina memperkenal semula

penggunaan bahasa Inggeris untuk berfungsi bersama-sama dengan bahasa Filipino

sebagai bahasa negara, khususnya sebagai bahasa rasmi negara itu. Perkembangan

linguistik begini sudah tentu mempunyai kesan negatif ke atas usaha pembinaan jati diri

nasional di Filipina.

Page 216: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

208

Hal sebaliknya yang positif sifatnya berlaku di Indonesia yang juga mempunyai

populasi multietnik. Bahasa negara yang dipilih itu diterima baik oleh seluruh rakyat

republik itu (Collins, 1998). Kelompok etnik Jawa yang merupakan majoriti yang jelas

tidak membantah langsung apabila bahasa Melayu, sebuah lingua franca perdagangan

yang digunakan dengan popularnya di republik itu, dipilih sebagai bahasa negara.

Sehubungan ini, bahasa Melayu kemudiannya diberi nama bahasa Indonesia

dipelajari dengan bangganya, selain digunakan dengan setianya dan dengan penuh

prestij dan cinta pula oleh semua lapisan rakyat Republik Indonesia. Sikap positif ini

bukan sahaja diperlihat untuk komunikasi kebangsaan sebagai wahana neutral etnik.

Tetapi yang lebih penting lagi ia juga diamalkan untuk komunikasi antarabangsa (yang

kemudian menterjemahkannya ke dalam bahasa antarabangsa lain, seperti bahasa

Inggeris dalam majlis antarabangsa di luar republik itu, antaranya di Perhimpuan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dalam usaha pembinaan jati diri Indonesia yang

kuat.

Isu Pengembangan

Pemilihan sesebuah bahasa sebagai bahasa negara ikut membabitkan pelbagai proses

pengembangan dan pembakuan, yang sering kali boleh mencetus pelbagai isu. Salah

satu proses ini ialah pengembangan kosa kata agar bahasa peribumi yang baharu

dipilih sebagai bahasa negara itu, dapat digunakan dengan berkesan dalam semua

domain kehidupan, baik yang domestik mahupun nasional.

Isu penting di sini ialah bagaimana kosa kata itu dibentuk. Kaedah kata/istilah

itu dibentuk adalah penting kerana ia mempunyai kesan ke atas persepsi terhadap

martabat kenegaraan pada bahasa negara itu. Salah satu kaedahnya ialah pencarian/

penggubalan kata-kata asli sepenuhnya untuk mengungkapkan segala macam hal

dalam bahasa berkenaan pada zaman moden ini. Ini dapat dilakukan melalui pelbagai

strategi linguistik (Kaplan & Baldauf, Jr., 1997).

Kaedah lain yang popular melibatkan penggubalan kata/istilah melalui penggunaan

sumber bahasa kedua atau bahasa asing. Kaedah ini berlaku pada beberapa bahasa

Page 217: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

209

moden di Asia dengan menggunakan sumber daripada bahasa-bahasa klasik/lama,

misalnya Sanskrit, Persia dan Arab. Penggunaan sumber begini tidak dianggap

sebagai tindakan yang boleh menjejaskan sifat nasional atau jati diri nasional pada

bahasa negara berkenaan. Ini adalah kerana kata/istilah yang digubal daripada sumber

bahasa-bahasa klasik/lama ini, rata-ratanya dipersepsikan secara positif. Persepsi

begini wujud kerana bahasa-bahasa klasik/lama ini amat dihormati kerana berprestij

tinggi ekoran daripada nilainya yang menjulang, selain gaya persuratannya yang juga

luhur.

Walau bagaimanapun, kata/istilah yang digubal daripada sumber bahasa Inggeris,

sebuah bahasa moden, sama ada untuk unsur budaya kontempori dan/atau sains dan

teknologi, tidak selalunya dipersepsikan secara positif. Ini antaranya adalah kerana

pengambilan kata/istilah sebegitu boleh menyebabkan kehadiran elemen asing dalam

bahasa negara berkenaan. Ini dilihat sebagai boleh menjejaskan martabat kudusnya

sebagai sistem linguistik asli yang merupakan simbol yang mewakili rakyat negara

berkenaan.

Sehubungan ini, isu kemurnian bahasa negara selalu dan banyak diperbahas

sewaktu semangat nasionalisme membara kuat/tinggi, dan ini diikuti pula dengan

seruan untuk menolak peminjaman/penyerapan unsur asing, selain anjuran untuk

“menyucikan” bahasa negara berkenaan.

Sebagai contoh, tindakan mengeluarkan elemen asing, yakni kata atau istilah

Cina dan Jepun berlaku di Korea Utara semasa negara berkenaan berusaha mencipta

“bahasa natifnya yang berbudaya sendiri” pada tahun 1950-an dan 1960-an. Hal yang

sama juga berlaku di Sri Lanka pada tahun 1940-an apabila berlaku tindakan untuk

mengeluarkan kata/istilah daripada sumber bahasa Sanskrit dan lain-lain, daripada

bahasa Sinhala. Tujuannya adalah untuk mengembalikan bahasa Sinhala kepada

bentuknya yang asli, sesuai dengan peranannya selaku wahana budaya kelompok etnik

Sinhala. Kesannya, bahasa Sinhala ingin ditonjolkan sebagai bahasa hebat lagi unik,

yang tidak pun diperturun daripada mana-mana bahasa lain, apatah lagi “dinodai” oleh

bahasa-bahasa lain.

Page 218: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

210

Promosi dan Penindasan

Promosi meluas dan penyebarannya ke seluruh populasi boleh menjamin penggunaan

berkesan sesuatu bahasa negara itu. Ini lazimnya tercapai dengan penggunaan bahasa

negara berkenaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara, lebih-

lebih lagi sebagai satu-satunya bahasa pengantar dalam kurikulum pembelajaran

pelajar.

Literasi umum, khususnya yang meliputi kebolehan membaca dan menulis dalam

bahasa negara berkenaan, perlu juga diusahakan dalam kalangan golongan dewasa.

Ini antaranya dapat dilakukan melalui penggunaan pelbagai jenis media, untuk

menyampaikan pendidikan sosial tentang bahasa negara berkenaan. Antara media itu

termasuklah program radio dan televisyen, surat khabar dan bahan-bahan bacaan yang

lain.

Di Thailand pada tahun 1930-an, siaran radio digunakan secara khusus untuk

menghebahkan mesej nasionalisme yang berkenaan dengan peri pentingnya bahasa

‘Thai Standard’. Kepentingan bahasa Thai yang baku sifatnya itu ditegaskan sebagai

alat penyatuan negara bangsa (rakyat) Thai untuk membangun dan memajukan negara

Thailand. Promosi ini didapati bukan sahaja berkesan dan berjaya menyatupadukan

rakyat Thai di seluruh Thailand, melalui penggunaan satu ragam bahasa Thai yang

dikongsi bersama, tetapi yang penting lagi ialah ia dapat membina jati diri nasional

dalam kalangan rakyat Thailand yang menghubungkaitkan bahasa ‘Thai Standard’

dengan nasionalisme Thailand.

Natijah yang ingin disampaikan di sini ialah progam promosi ke seluruh pelosok

negara, yang menyebarkan gagasan tentang peri pentingnya bahasa negara, sebetulnya

bukan sahaja sekadar membina jati diri nasional, tetapi yang kuat pula.

Sehubungan ini, pada masa promosi terhadap bahasa negara giat dijalankan, hal

yang sebaliknya boleh juga berlaku, iaitu penindasan terhadap bahasa (bahasa-bahasa)

lain. Sering kali, ikut berlaku bersama-sama dengan penindasan ini ialah usaha untuk

mengasimilasikan kelompok-kelompok etnik yang berbagai-bagai, ke dalam satu jati diri

nasional yang disasarkan. Hal ini didapati berlaku di Thailand dan Indonesia di mana

sekolah-sekolah Cina ditutup secara beransur-ansur pada abad ke-20.

Page 219: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

211

Penerimaan, Prestij Serta Nilai PragmatikBahasa Negara (Peribumi) dan

Bahasa Inggeris (Asing)

Bagi bahasa negara diterima untuk digunakan oleh populasi dalam sesebuah negara, ia

perlu mempunyai nilai positif yang boleh dihubungkaitkan dengan kemajuan, kemodenan,

kejayaan, pendidikan dan status sosial yang tinggi. Dengan memiliki kesemua nilai

positif ini, bahasa negara berkenaan dapat merangsangkan penyebarannya dan

menyerlahkan kepentingannya dalam kehidupan harian.

Selain prestij nilai umum yang ada pada bahasa negara berkenaan, potensi

kegunaan pragmatiknya, yakni kecekapan di dalamnya adalah faktor besar yang boleh

membantu dalam penyebarannya agar lebih berleluasa dalam populasi di negara

berkenaan. Sehubungan ini, pergerakan ke arah penguasaannya akan kelihatan lebih

jelas lagi, khususnya dalam kalangan generasi muda, apabila terdapat keuntungan

ekonomi kalau seseorang itu cekap dalam bahasa negara berkenaan.

Di beberapa buah negara Asia, kecekapan dalam bahasa negara pada tahap

tertentu, dijadikan syarat untuk menyandang jawatan dalam sektor awam atau kerajaan.

Perkhidmatan awam di beberapa buah negara di Asia yang merupakan sumber

pekerjaan yang paling besar lagi penting, menyebabkan dorongan yang tinggi untuk

rakyatnya menguasai bahasa negara berkenaan dengan baik.

Dengan perkembangan ekonomi nasional yang baik, sektor swasta dan kuasa

pasaran di sesetengah negara Asia menggalakkan pengetahuan yang baik dalam

bahasa negara tertentu, dalam kalangan pekerjanya. Ini adalah kerana kepentingan

urusan pada peringkat domestik, khususnya untuk kegunaan industri perkhidmatan

selain untuk kegunaan domestik, memerlukan penggunaan bahasa negara berkenaan.

Nilai pragmatik bahasa Inggeris di Asia, seperti di kebanyakan tempat dalam dunia,

adalah senantiasa tinggi. Ini antaranya adalah kerana kepentingan dan kekuasaan

bahasa Inggeris sebagai lingua franca dunia (Crystal, 2003).

Walaupun negara-negara yang pernah dijajah oleh British (misalnya Malaysia) dan

oleh Amerika (misalnya Filipina) telah lama merdeka, pengekalan bahasa penjajah,

yakni bahasa Inggeris sebagai wahana untuk majlis rasmi, termasuk pendidikan, masih

Page 220: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

212

diteruskan; atau diperkenal semula setelah diberhentikan penggunaannya dalam

bentuk rasmi semenjak beberapa tempoh yang lalu. Ini bermakna penyingkiran penuh

terhadap, khususnya kekuasaan bahasa penjajah, tidak pernah berlaku. Ia masih wujud

dalam pelbagai bentuk, kerana kewujudannya sebagai alternatif kepada bahasa negara

dalam situasi rasmi.

Pada 2003, Malaysia telah memperkenal semula bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar untuk dua mata pelajaran, yakni Sains dan Matematik dalam kurikulum

pendidikan nasional, setelah berjaya menggunakan bahasa Melayu yang merupakan

bahasa negara, untuk beberapa dekad lamanya.

Hal yang sebaliknya berlaku di Filipina pada 1987. Bahasa Inggeris diperkenal

semula setelah Filipina gagal mencuba penggunaan bahasa Filipino untuk satu tempoh,

sesudah bahasa itu dipromosi sebagai bahasa negara yang satu-satunya. Kini bahasa

Filipino masih merupakan bahasa negara di Filipina, tetapi sebagai bahasa kebangsaan

sahaja. Manakala fungsi bahasa rasmi pada bahasa Filipino itu didukung oleh bahasa

Inggeris. Melaui peranan sebagai bahasa rasmi ini, bahasa Inggeris mengekalkan

kebanyakan kekuasaan dan kepentingannya, dalam semua domain rasmi di Filipina,

seperti yang berlaku sebelum negara itu memperoleh kemerdekaan.

Antara sebab mengapa bahasa Inggeris diperkenal semula adalah respons

daripada rakyat dan tuntutan pengguna untuk integrasi yang lebih banyak dengan

pasaran antarabangsa, selain pemaksaan dari atas, yakni oleh pihak pemerintah.

Contoh respons daripada rakyat dapat dilihat di Singapura. Negara itu yang menawarkan

pendidikan kepada rakyatnya dalam empat bahasa pengantar (seiringan dengan

empat bahasa rasminya) sebaik sahaja memperoleh kemerdekaan, akhirnya terpaksa

menukar sekolah-sekolah aliran Melayu, Cina dan Tamil kepada sekolah aliran Inggeris

disebabkan oleh kekurangan pelajar di sekolah-sekolah itu.

Contoh pemaksaan dari atas boleh dilihat pada Malaysia apabila pihak pemerintah

mengenakan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris (PPSMI) pada 2003, secara tiba-tiba tanpa apa-apa perbincangan yang bernas,

apatah lagi persediaan yang rapi setelah diumumkan pada pertengahan 2002. Walau

bagaimanapun, dasar ini dimansuhkan pada Julai 2008 dan berkuasa pada 2012,

setelah perbincangan meja bulat diadakan beberapa kali dalam kalangan pelbagai

pihak yang berkepentingan (Teo Kok Seong, 2010 & 2011).

Page 221: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

213

Peningkatan penggunaan bahasa Inggeris dalam domain rasmi sesebuah negara

perlu dilihat sebagai isu serius, bukan sahaja dari segi kesan yang timbul terhadap jati diri

nasional rakyat (Teo Kok Seong, 2007). Tetapi juga dari segi cabaran yang ditimbulkan

oleh bahasa Inggeris terhadap bahasa negara, khususnya dalam mendukung peranan

memajukan negara bangsa (rakyat) dan negara itu sendiri, selain dalam melaksanakan

tugas penyatupaduan populasi di dalam negara berkenaan.

Impak peningkatan ini didapati berbagai-bagai. Pada satu ekstrem yang positif

sifatnya, rakyat Jepun didapati tidak banyak teruja dengan kekuasaan bahasa Inggeris

apabila mempelajarinya. Mereka didapati mempelajari bahasa itu kerana ia penting

dalam domain-domain tertentu kepada mereka.

Pada ekstrem yang lain yang negatif sifatnya, terdapat ramai golongan elit di banyak

negara, baik di Asia mahupun di mana-mana negara lain, yang didapati hanya boleh

berfungsi sepenuhnya jika mereka menggunakan bahasa Inggeris (Edwards, 1985).

Ini adalah kerana mereka tidak fasih, tidak boleh dan/atau tidak bangga menggunakan

bahasa negara mereka. Yang lebih memudaratkan lagi ialah ada dalam kalangan

mereka ini yang menjadi pemimpin tertinggi negara. Ini didapati berlaku pada ucapan

sesetengah pemimpin yang perlu diterjemahkan ke dalam bahasa negara tertentu,

daripada teks asalnya dalam bahasa Inggeris.

Tekanan dan Kehebatan

Dalam membina jati diri nasional, khususnya melalui promosi bahasa negara, penegasan

yang dirancangkan khas untuk memperlihat kehebatan bahasa negara berkenaan, lebih-

lebih lagi dari segi prestijnya, perlu bukan sahaja diadakan pada setiap masa, malah

dipertingkat dari semasa ke semasa. Ini adalah penting untuk menjamin penerimaan dan

penghayatan bahasa negara berkenaan oleh rakyat.

Lebih penting lagi ialah penegasan begini tentang ciri dan sifat positif bahasa

negara berkenaan, boleh membawa kepada wujudnya nasionalisme bahasa/linguistik,

yang antaranya menganjurkan gagasan bahawa bahasa rasmi sesebuah negara itu,

sebetulnya adalah hebat, malah jauh lebih hebat daripada bahasa (bahasa-bahasa) lain.

Page 222: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

214

Sikap positif terhadap bahasa negara yang dipromosikan oleh pihak pemerintah,

didapati boleh menegaskan kehebatan segala macam ciri dan sifat yang dimiliki oleh

bahasa negara berkenaan. Ini antaranya boleh dilakukan dalam ucapan para pemimpin

negara, lebih-lebih lagi yang tertinggi kedudukan mereka, yang selalu merujuk kepada

peri hebatnya bahasa negara, sebagai tema yang sengaja diulang-ulang tanpa jemu-

jemu.

Sehubungan ini, keghairahan nasionalisme bahasa ini tentang kehebatan bahasa

negara dalam ucapan para pemimpin, perlu diselaraskan dengan kelakuan bahasa

mereka. Ini adalah penting agar mereka tidak kelihatan terpisah daripada sentimen

kebahasaan negara bangsa (rakyat) yang diwakili mereka, dan lebih penting lagi

nasionalisme bahasa negara yang perlu dipertahan.

Kesimpulan

Untuk mengakhiri perbincangan tentang peranan bahasa negara dalam pembinaan

jati diri nasional, perlu dinyatakan dan diperingat di sini tentang kecenderungan dan

cabaran semasa yang boleh menjejaskan usaha murni ini. Antara yang terbesar ialah

kesan globalisasi ke atas pola penggunaan bahasa, warisan dan budaya tradisional dan

semestinya jati diri nasional (Maurais & Morris, 2003). Tidak dapat dinafikan peningkatan

dalam perdagangan dan komunikasi antarabangsa ikut memperlihat peningkatan dalam

penggunaan bahasa Inggeris, yang mempunyai pelbagai kesan. Antara yang dahsyat

ialah penurunan prestij tinggi yang dianugerahkan bahasa negara serta kehilangan

warisan budaya bangsa sesetengah kelompok etnik.

Walau bagaimanapun, reaksi daripada rakyat jelata, dalam bentuk perbincangan

ilmiah yang tinggi mutunya dan keprihatinan tulen daripada pihak pemerintah tentang

ancaman bahasa dan budaya Inggeris (barat), adalah petanda baik yang boleh

menjamin persekitaran yang kondusif untuk kita terus membina dan mempertahan jati

diri nasional masing-masing.

Page 223: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Penghayatan Bahasa dan Pembinaan Jati Diri Kebangsaan (Nasional)

215

Bibliografi

Abdullah Hassan (Penyusun), 1994. Language Planning in Southeast Asia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brich, Anthony H, 1989. Nationalism and National Integration. London: Unwin Hyman.

Collins, James T, 1998. Malay, World Language: A Short History. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Crystal, David, 2003. English as a Global Language. Second Edition. Cambridge: Cambridge

University Press.

Edwards, John, 1985. Language, Society and Identity. Oxford: Basil Blackwell.

Kaplan, Robert & Baldauf, Jr, 1997. Language Planning: From Practice to Theory. Clevedon

(UK): Multilingual Matters Ltd.

Maurais, Jacques & Morris, Michael A. (Editor), 2003. Languages in a Globalising World. Cambridge: Cambridge University Press.

Simpson, Andrew. (Editor), 2007. Language and National Identity in Asia. Oxford: Oxford

University Press.

Smith, Anthony D, 2001. Nationalism: Theory, Ideology, History. Cambridge: Polity.

Teo Kok Seong, 2007. Bahasa Melayu dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia: Aset atau

Liabiliti? Jurnal Persatuan Linguistik (Malaysia), Jilid 8, 2007. Halaman 173-189.

Teo Kok Seong, 2010. “Pemansuhan PPSMI pada Tahun 2012: Memartabatkan Bahasa Melayu

di Institusi Pendidikan”. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Kebangsaan Memartabatkan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan, anjuran Sekolah Pendidikan

dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), pada 11 - 12 Mei 2010,

di UMS.

Teo Kok Seong, 2011. “Sinar Baharu Bahasa Kebangsaan”. dlm. Pelita Bahasa, Januari 2011. Halaman 9-11.

Page 224: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

216

Page 225: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan

Bahasa Melayudi Malaysia

Awang Sariyan*Dewan Bahasa dan Pustaka

* Profesor Dr. Awang Sariyan adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Page 226: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

218

Pendahuluan

Bagi orang yang mengagungkan dan mengutamakan bahasa Inggeris dalam ranah

kehidupan penting di negara ini, salah satu senjata yang digunakan ialah membesar-

besarkan kekurangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu dikatakan miskin ilmu, bahasa

Melayu bahasa setempat dan bukan bahasa antarabangsa, bahasa Melayu bahasa

estetik dan bukan bahasa dinamik, bahasa Melayu kekurangan istilah, dan bahasa

Melayu kekurangan itu dan ini. Orang yang membesar-besarkan kekurangan bahasa

Melayu (malangnya sebilangannya orang Melayu sendiri) sama ada tidak sedar atau

tidak pernah berusaha mengambil tahu akan perkembangan bahasa Melayu sejak

bahasa itu dirancang secara rasmi menjelang dan sesudah kemerdekaan negara ini.

Jika sekalipun benar ada kekurangannya, bukankah tanggungjawab semua orang

yang memiliki kad pengenalan Malaysia, lebih-lebih lagi golongan pemimpin dan

cendekiawan, memajukan bahasa kita itu? Adakah bahasa Melayu akan maju dengan

sendirinya tanpa usaha, iltizam, dan kesungguhan kita sendiri? Adakah bahasa-bahasa

maju yang lain, hatta bahasa Inggeris yang asalnya bahasa masyarakat petani itu maju

dengan sendirinya tanpa usaha cendekiawannya?

Dalam makalah ini, saya mengajak semua warganegara Malaysia menjejaki

ceritera kejayaan tentang bahasa Melayu sejak dirancang secara rasmi, khususnya

sejak setahun sebelum kemerdekaan, apabila Jawatankuasa Pelajaran Razak

(1956) menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem

pendidikan di negara ini. Pada tahun itu juga kerajaan telah menubuhkan Dewan Bahasa

dan Pustaka sebagai persiapan menjadikan bahasa Melayu wahana komunikasi yang

berkesan dalam pelaksanaan jentera pentadbiran negara (bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi), dalam perundang-undangan dan kehakiman, dalam pendidikan dan

dalam pelbagai sektor kehidupan yang lain. Selain itu, ditubuhkan juga oleh kerajaan

Institut Bahasa (kini Institut Bahasa Melayu Malaysia) sebagai langkah mempersiapkan

tenaga pengajar bahasa Melayu untuk mendidik generasi muda di negara ini.

Page 227: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

219

Perancangan Bahasa

Perancangan bahasa merujuk kepada proses pembinaan dan pengembangan sesuatu

bahasa untuk tujuan tertentu. Dalam konteks di Malaysia, perancangan bahasa

melibatkan bahasa Melayu yang dirancang untuk menjadi bahasa kebangsaan, bahasa

rasmi, bahasa ilmu dan bahasa bagi segala aspek tamadun negara. Perancangan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu diasaskan

pada Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dalam bentuk

undang-undangnya, perancangan bahasa Melayu diasaskan pada Perlembagaan

Persekutuan (Perkara 152), Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan.

Pembinaan bahasa merujuk kepada usaha melengkapkan bahasa daripada sudut

korpus bahasanya, iaitu kosa kata umum, istilah, tatabahasa, ejaan, sebutan, dan laras

bahasa agar dapat bahasa itu memainkan peranan sebagai wahana komunikasi yang

cekap dan berkesan dalam konteks pembangunan bangsa dan negara. Pengembangan

bahasa pula berkaitan dengan usaha memasyarakatkan bahasa yang dibina korpusnya

itu kepada para penggunanya dalam sektor perkhidmatan awam, sektor pendidikan,

sektor swasta dan sektor antarabangsa.

Perancangan bahasa di Malaysia, sebagaimana yang telah saya sentuh lebih awal,

secara rasmi telah bermula satu tahun sebelum kemerdekaan apabila Jawatankuasa

Pelajaran Razak (1956) merumuskan usul-usul ke arah pembentukan dasar dan sistem

pendidikan kebangsaan, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Usul

Jawatankuasa Razak berserta usul penegasan Jawatankuasa Rahman Talib (1960)

telah dijadikan asas Akta Pelajaran 1961 yang selama puluhan tahun menjadi asas

pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan di negara ini; malah Akta Pendidikan 1996

yang menggantikan Akta Pelajaran 1961 pun mengekalkan semangat yang diusulkan

oleh Penyata Razak. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Bahasa pada

tahun itu juga merupakan usaha perancangan bahasa yang dilakukan oleh Kerajaan

untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi bagi pembinaan negara.

Sehingga kini, sudah lebih setengah abad negara ini membangun dengan

berasaskan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi utamanya, terutama dalam

bidang pentadbiran dan pendidikan, dan secara beransur-ansur dalam bidang

perundang-undangan dan kehakiman serta swasta. Apabila dalam Wawasan 2020

Page 228: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

220

diungkapkan gagasan pembinaan negara maju dengan berteraskan acuan sendiri,

maka peranan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi pembangunan merupakan

salah satu pemenuhan gagasan itu kerana bahasa Melayu merupakan acuan falsafah,

pemikiran, sistem nilai, kreativiti, inovasi dan kegiatan kehidupan rakyat Malaysia.

Kejayaan Dalam Pembinaan Bahasa Melayu

Pembinaan bahasa Melayu sebagai bahasa moden untuk mengisi keperluan

pembangunan negara telah dilakukan secara terancang apabila Dewan Bahasa dan

Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956, mula-mula sebagai jabatan kerajaan dan

kemudian dengan lulusnya Akta DBP 1959, bertukar tarafnya menjadi badan berkanun

di bawah Kementerian Pendidikan. Pembinaan bahasa yang dikenal juga dengan nama

perancangan korpus bahasa dilakukan dalam bidang ejaan, peristilahan, kosa kata

umum, tatabahasa, sebutan, dan laras bahasa.

1. Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Ejaan: Usaha pengemaskinian sistem

ejaan dilakukan untuk mengatasi masalah tidak selarasnya beberapa sistem ejaan

Rumi yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Sistem Ejaan Rumi yang

sedia ada sejak tahun 1940-an ialah sistem ejaan Za’ba, tetapi kemudian ada pula

sistem ejaan Universiti Malaya, sistem ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan

versi lain yang digunakan oleh pelbagai pihak lain. Sesuai pula dengan semangat

penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia untuk memenuhi kerjasama dan

persefahaman serantau, sistem ejaan Rumi baharu yang dirasmikan ialah sistem

ejaan yang diselaraskan bersama antara Kerajaan Malaysia (melalui Jawatankuasa

Tetap Bahasa Melayu) dengan Pemerintah Indonesia (yang diwakili oleh Panitia

Kerjasama Kebahasaan), melalui badan rasmi kerjasama kebahasaan antara

negara, iaitu Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MABIM) yang ditubuhkan pada

tahun 1972. Pengisytiharan Sistem Ejaan Rumi Baru (di Indonesia disebut sebagai

Sistem Ejaan Yang Disempurnakan) berlangsung secara serentak di Kuala Lumpur

dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, majlis pengisytiharan itu

disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul

Razak bin Hussein.

Page 229: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

221

Dengan adanya sistem ejaan Rumi yang dikemaskinikan itu, segala dokumen

pentadbiran, bahan pengajaran dan pemelajaran serta bahan untuk segala bentuk

komunikasi tertulis diasaskan pada satu sistem yang relatif seragam dan hal ini

membantu berlangsungnya komunikasi yang cekap dan berkesan, khususnya dalam

pelaksanaan pentadbiran negara dan sistem pendidikan negara. Sebagai pedoman

kepada masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan sejumlah buku

dan risalah, antaranya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (1975), Daftar Ejaan

Rumi Bahasa Malaysia (1981), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi

(2001).

Dalam konteks persefahaman dan kerjasama serantau dan antarabangsa, sistem

ejaan Rumi itu, selain dirasmikan di Malaysia dan di Indonesia, telah diterima sebagai

sistem ejaan yang rasmi di Brunei Darussalam dan di Singapura, dan diterima sebagai

ejaan yang baku di Thailand Selatan dan di Kemboja serta di kira-kita 30 buah negara

sedunia yang mempunyai pusat pengajian Melayu/Indonesia yang sejak tahun 2000

menjadi anggota Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), dengan Dewan Bahasa

dan Pustaka Malaysia sebagai Urus Setianya.

Selain usaha menyempurnakan sistem ejaan Rumi yang menjadi ejaan rasmi,

usaha dilakukan juga untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi dan meluaskan

penggunaannya dalam bidang-bidang tertentu, khususnya dalam bidang pendidikan

dan di tempat awam. Pada tahun 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan

Konvensyen Tulisan Jawi dan bertitik tolak daripada konvensyen itu telah diusahakan

pengemaskinian sistem ejaan Jawi hingga dapat diterbitkan Pedoman Ejaan Jawi yang

Disempurnakan (1986) dan daftar kata lengkapnya dalam Daftar Kata: Rumi - Sebutan

- Jawi (2001) dan edisi keduanya terbit pada tahun 2008 dengan tambahan 8200 entri

baru. Daftar Kata: Rumi-Sebutan-Jawi untuk Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan

Daftar Kependekan (Singkatan dan Akronim) juga sedang giat diusahakan dan dijangka

terbit pada tahun 2013.

Untuk kegunaan yang lebih berkesan dan praktis, Dewan Bahasa dan Pustaka

dengan usaha sama pihak swasta telah menerbitkan perisian komputer Dewan Eja dan

Dewan Eja Pro yang merupakan penyemak ejaan Rumi bahasa Melayu yang sudah

mantap penggunaannya.

Page 230: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

222

2. Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Peristilahan: Usaha menggubal istilah

dalam bahasa Melayu untuk mengisi peranannya sebagai bahasa Kebangsaan,

bahasa rasmi, dan bahasa ilmu di negara ini telah bermula pada tahun 1957,

dengan dua bidang terawalnya Istilah Kerajaan dan Istilah Ilmu Sains dan Teknik.

Sehingga kini, istilah yang terhasil dalam bahasa Melayu hampir mencecah

jumlah 1 juta dan meliputi ratusan bidang ilmu dan profesional (Bidang istilah yang

sedang diupayakan di peringkat Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia -

Malaysia berjumlah 250 bidang. Jumlah buku istilah dalam bahasa Melayu yang

telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja ialah 288 judul. Seluruh

peringkat dalam sistem pendidikan negara telah pun memanfaatkan penggunaan

istilah yang digubal untuk penyampaian dan pengembangan ilmu kepada pelajar

semua peringkat itu.

Daripada hampir seluruh bidang moden yang digubal istilahnya itu, baik

dalam bidang ilmu sains sosial mahupun ilmu sains tabii, terdapat bidang baharu

yang berkaitan dengan kemajuan negara yang mutakhir, iaitu aeroangkasa,

kejuruteraan kapal terbang, dan kejuruteraan automotif. Pengerusi Jawatankuasa

Istilah Aeroangkasa, Dr. Ahmad Sabirin merupakan pakar yang mereka bentuk,

melancarkan, dan mengoperasi mikro satelit pertama Malaysia, iaitu TiungSAT-1.

Keperluan terhadap istilah-istilah baharu dalam bidang tertentu dan keperluan

terhadap istilah bidang ilmu dan profesional yang baharu terus-menerus ditangani

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama pakar-pakar ilmu yang

sebilangan besarnya terdidik dalam sistem pendidikan Kebangsaan, sekurang-

kurangnya di peringkat sekolah.

Dalam usaha memperkaya istilah dalam bahasa Melayu untuk menjadikannya

berupaya menjadi bahasa ilmu moden, ribuan pakar dalam ratusan bidang, yang

kesemuanya merupakan aset negara telah dan sedang terlibat secara intensif

melakukan penggubalan istilah, menyusun glosari dan kamus istilah, serta

mengembangkannya dalam kuliah mereka di institusi pengajian tinggi dan juga

dalam pengurusan institusi profesional masing-masing. Dalam usaha memperluas

sumbangan kepakaran mereka untuk memperkaya bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu, Dewan Bahasa dan Pustaka sudah pun merancang dan memulakan gerak

Page 231: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

223

langkah melibatkan pakar-pakar ilmu dan profesional dalam penghasilan karya

ilmiah dalam bentuk buku dan kamus ensiklopedik dalam bidang masing-masing,

iaitu sebagai peningkatan dan peluasan daripada kerja penggubalan istilah selama

ini. Dijangka bahawa dengan strategi bersepadu dan terancang itu, penghasilan

karya ilmu dalam bahasa Melayu akan menjadi cukup pesat dan diharapkan dapat

memenuhi keperluan mengilmukan generasi pembina negara.

3. Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Kosa Kata: Usaha merakamkan

kekayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu secara

terancang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bermula sejak awal tahun 1960-an.

Namun lama sebelum itu kekayaan kosa kata bahasa Melayu telah dirakamkan

oleh para sarjana asing sejak beberapa abad silam dalam bentuk daftar dan

kamus, misalnya Daftar Kata Melayu - Cina (abad ke-15), Kamus Melayu - Itali

oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16, Kamus Melayu - Inggeris

oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18, A Dictionary of the Malay Language

oleh Marsden pada tahun 1821, dan beberapa buah kamus lain oleh R.J. Wilkinson

(1901, 1908, 1932), W.G. Shellabear (1902, 1916) dan R.O. Winstedt (1913).

Usaha ini dilanjutkan lagi dengan terbitnya Tesaurus Umum Bahasa Melayu DBP-

USM (1990), Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998) dan Tesaurus Bahasa

Melayu Dewan Edisi Baharu (2008).

Usaha pertama Dewan Bahasa dan Pustaka yang bermula pada tahun 1964

terhasil pada tahun 1970 dengan terbitnya Kamus Dewan, iaitu kamus ekabahasa

bahasa Melayu yang dianggap berwibawa sebagai rujukan. Kamus yang entrinya

berjumlah kira-kira 30,000 patah itu kemudian diterbitkan dalam edisi baharu

pada tahun 1984 dan 1989 (masing-masing dengan tambahan 900 entri dan

2,000 entri), edisi ketiganya pada tahun 1994 (dengan tambahan 6,000 entri) dan

edisi keempatnya pada tahun 2005 (dengan tambahan 5,843 entri). Untuk pelajar

sekolah menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka menyusun dan menerbitkan

Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pada tahun 1975, sementara pada tahun

1989 dan pada tahun 2003 ini dijangka terbit edisi baharunya dengan judul Kamus

KBSR Dewan. Kamus ekabahasa bahasa Melayu yang dirancang memuatkan

Page 232: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

224

67,000 entri, iaitu Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan sedang disusun dan

dirancang terbit pada tahun 2014.

Untuk keperluan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan masyarakat, Dewan

Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris

- Bahasa Malaysia (1979, edisi kedua 2002), Kamus Inggeris - Melayu Dewan i

(1991), dan Kamus Inggeris - Melayu Dewan Edisi Ringkas (1995) dan Kamus

Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris (2012).

Kamus dwibahasa lain yang telah terbit ialah Kamus Perancis - Melayu (1996)

dan kini sedang diusahakan edisi keduanya. yang sedang disusun ialah Kamus

Bahasa Mandarin - Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Tamil - Bahasa Melayu, Kamus

Bahasa Thai - Bahasa Melayu, dan Kamus Bahasa Khmer - Bahasa Melayu.

Kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka pula telah menjangkau jumlah 72 judul setakat ini dan banyak lagi

yang dalam proses penerbitan dan penyusunan.

Menurut kajian yang telah dibuat tentang keputusan kamus Melayu di Malaysia,

setakat ini tidak kurang daripada 552 judul kamus telah diterbitkan oleh pelbagai

penerbit di negara ini.

Untuk memastikan pengembangan bahasa Melayu yang lebih berkesan,

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama swasta telah menerbitkan kamus

elektronik, iaitu Kamus Telapak BESTA DBP-1 (1998), Kamus Pena Quicktionary

(2000) dan Kamus Pro versi 1.1 hingga 1.5 (2007-2011).

4. Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Tatabahasa: Tatabahasa Melayu

sebagai asas sistem bahasa Melayu yang berkaitan dengan proses pembinaan

kata dan ayat telah menjadi perhatian dan kajian sarjana Eropah, iaitu Belanda

dan Inggeris sejak abad ke-17. Usaha penyusunan tatabahasa Melayu yang

meninggalkan kesan dan pengaruh yang cukup besar ialah yang dilakukan oleh

Pendeta Za’ba. Karyanya yang berjudul Pelita Bahasa Melayu sebanyak tiga

jilid telah membantu memantapkan perkembangan bahasa Melayu apabila buku

tersebut menjadi rujukan utama dalam sistem pendidikan di negara ini selama

puluhan tahun sejak 1940-an. Pada tahun 2000, buku itu diterbitkan semula oleh

Page 233: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

225

Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ejaan Rumi baharu sebagai buku edisi mewah.

Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha mengemaskinikan tatabahasa Melayu

dengan menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 (1986), Tatabahasa Dewan Jilid

11 (1989), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993) dan Tatabahasa Dewan Edisi

Ketiga (2008). Selain itu, banyak buku dan risalah tatabahasa lain yang diterbitkan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit lain. Dewan Bahasa dan Pustaka

juga melaksanakan kajian Tatabahasa Praktis Bahasa Melayu berdasarkan korpus

melalui kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan hasilnya

buku Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu (2008) diterbitkan oleh UKM, untuk menjadi

rujukan masyarakat umum. Sesuai dengan keperluan semasa, Dewan Bahasa dan

Pustaka bersama-sama dengan Universiti Multimedia telah menerbitkan CD-ROM

Tatabahasa Melayu yang interaktif sifatnya dan telah dilancarkan oleh Canselor

Universiti Multimedia pada bulan Julai 2002.

5. Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Sebutan: Usaha membakukan sebutan

bahasa Melayu telah mula dibincangkan dan dirumuskan dalam Kongres Bahasa

dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956. Dewan Bahasa dan Pustaka

dengan kerjasama Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1984 telah mula

mengerakkan perumusan sebutan baku yang berasaskan rumusan Kongres dan

bersempena dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu di sekolah pada tahun

1988, sebutan baku yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah

diintegrasikan dalam sukatan pelajaran baharu mata pelajaran Bahasa Melayu.

Bahan terbitan yang telah dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka antaranya

termasuklah Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu, Sebutan Baku Bahasa

Melayu (berserta kaset), dan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan -Jawi.

6. Pembinaan Bahasa Melayu dalam Bidang Laras Bahasa: Laras bahasa berkaitan

dengan pelbagai bentuk penggunaan bahasa menurut bidang-bidang khusus,

misalnya bahasa dalam bidang undang-undang, bahasa dalam bidang sains,

bahasa dalam bidang kewartawanan, bahasa dalam bidang pentadbiran, dan

Page 234: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

226

sebagainya. Pengayaan laras bahasa Melayu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa

dan Pustaka melalui penerbitan karya ilmu dalam pelbagai bidang untuk pelbagai

peringkat dan juga penerbitan karya kreatif. Dari permulaan pembabitan Dewan

Bahasa dan Pustaka dalam penerbitan, hampir 10,000 judul buku telah berhasil

diterbitkan. Daripada koleksi Perpustakaan Negara Malaysia (1966-2012),

sejumlah 251,233 judul direkodkan sebagai buku yang didaftarkan di bawah Akta

Pemeliharaan Buku-Buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966.

Walaupun jumlah lebih seratus ribu judul itu turut merangkum buku dalam bahasa

lain, namun jumlah yang paling besar adalah terbitan dalam bahasa Melayu dengan

136,664 judul.

Kejayaan Dalam PengembanganBahasa Melayu

Pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi,

dan bahasa ilmu dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui program

pengembangan di sektor awam, pengembangan di sektor swasta, dan pengembangan

di sektor antarabangsa.

Pengembangan Bahasa di enam sektor berimpak tinggi, iaitu sektor pendidikan,

perkhidmatan kewangan, penyiaran dan komunikasi, tempat awam, kewangan dan

insurans dan, perdagangan dan kepenggunaan. Program Audit Bahasa juga sudah

dimulakan dengan sesi audit dalam DBP sendiri sebagai program rintis. Jabatan

Perkhidmatan Awam merupakan jabatan kerajaan yang pertama akan diaudit pada

tahun 2013.

1. Pengembangan Bahasa Melayu di Sektor Awam: Pengembangan dalam sektor

ini meliputi usaha mengadakan kursus, ceramah, forum, dan seminar bahasa

Kebangsaan, pembentukan pegawai bahasa di setiap kementerian, jabatan,

dan agensi kerajaan, program Munsyi Dewan (Pengembangan bahasa daripada

Page 235: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

227

kalangan guru di seluruh negara), khidmat nasihat bahasa, penghargaan dan

pengiktirafan (seperti anugerah dan hadiah kepada tokoh ilmuwan dan sebagainya),

pemantauan penggunaan bahasa di tempat awam, kementerian, jabatan dan

agensi kerajaan. Usaha pengembangan bahasa Melayu di sektor awam meliputi

kerajaan pusat, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa awam. Daripada penilaian

yang dibuat, terdapat kemajuan yang nyata tentang darjah kelulusan penggunaan

bahasa Melayu sebagai alat komunikasi jentera pentadbiran kerajaan dan juga

tentang mutu bahasa yang digunakan tetapi masih perlu terus ditingkatkan usaha

pemantapannya.

2. Pengembangan Bahasa Melayu di Sektor Swasta: Usaha dalam sektor ini dimulakan

oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1996 melalui Gerakan Bahasa

Kebangsaan Sektor Swasta. Empat bidang utama diberi tumpuan perhatian, iaitu

Perdagangan Dalam Negeri, Industri Khusus, Industri Perkhidmatan Kewangan,

dan Media Massa. Dalam setiap bidang utama itu, terdapat beberapa subbidang

hingga akhirnya terdapat lebih 10 bidang yang ditangani untuk mengembangkan

bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta.

Di bawah Perdagangan Dalam Negeri, terdapat subbidang Kompleks Beli-

Belah, Perniagaan Francais, Produk Makanan dan Minuman, dan Telekomunikasi,

Elektrik dan Elektronik. Di bawah Industri Khusus, terdapat subbidang Perhotelan

dan Penginapan, Pengiklanan, dan Pengangkutan Awam. Di Industri Perkhidmatan

Kewangan terdapat subbidang Perbankan, Syarikat Kewangan dan Insurans. Di

bawah Media Massa, terdapat Media Elektronik Kerajaan, Media Elektronik Swasta

dan Pengeluaran Filem, Video dan Muzik.

Antara program yang dihasilkan termasuklah kempen penggunaan bahasa

Kebangsaan, pemantauan penggunaan bahasa Kebangsaan di sektor swasta,

khidmat nasihat bahasa, anugerah dan penghargaan, peraduan, khidmat

pengeditan dan penerjemahan dokumen perniagaan dan kursus bahasa. Sejak

digerakkan pada tahun 1996, secara beransur-ansur telah tampak kepekaan pihak

swasta tertentu untuk ikut serta melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai

bahasa Kebangsaan. Usaha yang berterusan dan intensif sedang diperhebat.

Page 236: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

228

3. Pengembangan Bahasa Melayu di Sektor Antarabangsa: Kegiatan bermula

dengan kerjasama antara negara Malaysia dengan Indonesia apabila termeterai

Pernyataan Bersama Pemerintah Indonesia dan Kerajaan Malaysia pada 23

Mei 1972 dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia dan Menteri

Pelajaran Malaysia sebagai wakil kedua-dua buah negara. Pernyataan Bersama

itulah yang menjadi asas terbentuknya Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia

(MABIM) pada tahun yang sama untuk melaksanakan penyelarasan sistem ejaan

Rumi dan peristilahan antara kedua-dua buah negara. Pada tahun 1985, majlis

tersebut diperluas keanggotaannya dengan masuknya Brunei Darussalam dan

namanya berubah menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia

(MABBIM). Republik Singapura menjadi anggota pemerhati sejak tahun 1983.

Dengan tertubuhnya MABBIM, kekuatan bahasa Melayu di peringkat serantau

semakin menyerlah kerana perkongsian kepakaran di peringkat supranasional

dapat dilakukan, khususnya dalam bidang ilmu. Sejak tahun 1999, MABBIM telah

merancang peluasan skop kerjanya daripada kerjasama ejaan dan peristilahan

kepada penelitian dan penyusunan serta penerbitan karya ilmiah.

Dalam meningkatkan citra bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, Dewan

Bahasa dan Pustaka dalam Sasaran Kerja Utama 1996 - 2000 telah memasukkan

program pengantarabangsaan bahasa Melayu sebagai salah satu tumpuan.

Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu

(MABM) dalam tahun 1997 dan pada tahun 2000 telah dilancarkan penubuhan

majlis tersebut dengan dihadiri oleh wakil dari 21 buah negara di seluruh dunia.

MABM telah menggariskan empat bidang utama gerak kerjanya, iaitu Kegiatan,

Penelitian dan Penerbitan, Hak Ehwal Pengajaran, dan Anugerah dan Pengiktirafan.

Bidang Kegiatan antara lain meliputi Program Pertukaran Tenaga Pengajar

dan Pelajar, Pelbagai Pertandingan/Peraduan, Khemah Bahasa, Program Lawatan

Sambil Belajar, Promosi Bahasa dan Persuratan Melalui Pameran dan Minggu

Bahasa Melayu. Bidang Penelitian dan Penerbitan antara lain meliputi Penyelarasan

Penyelidikan tentang Pelbagai Aspek Linguistik dan Persuratan Melayu di Semua

Pusat Pengajian Melayu Sedunia dan Penerbitan Jurnal, Monograf, Buku dan

Page 237: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

229

Bahan Terbitan Elektronik tentang Bahasa dan Persuratan Melayu. Bidang Hal

Ehwal Pengajaran antara lain meliputi Penyediaan Sukatan Kursus Bahasa Melayu

untuk Penutur Asing Pelbagai Peringkat, Penyediaan Bahan Ajar, Penyediaan

Ujian Setara, dan Penyediaan Pengujian dan Penilaian. Akhirnya, bidang Anugerah

dan Pengiktirafan meliputi Penghargaan kepada Tokoh Pengembangan Bahasa

Melayu di Peringkat Antarabangsa, Penghargaan kepada Pelajar Terbaik Bidang

Pengajian Melayu di Luar Negara, Penghargaan, kepada Institusi Pengembangan

Bahasa Melayu di Luar Negara, dan Biasiswa serta Geran.

Program Pengkomputeran Bahasa Melayu dan Pemanfaatan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi

Perancangan bahasa Melayu sebagai bahasa moden diseiringkan juga dengan

pemanfaatan teknologi canggih, melalui program pengkomputeran. Ada juga bentuk

program yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang pertama ialah

pembinaan prasarana atau sistem untuk penyelidikan bahasa Melayu, sementara yang

kedua ialah penyelidikan dalam bidang linguistik korpus dan linguistik komputeran.

Setakat ini koleksi korpus bahasa Melayu digital (Korpus DBP) dengan saiz 105 juta

patah kata daripada pelbagai teks (akhbar, buku, novel, majalah, dan lainnya) telah

dibina dan diletakkan pada http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp untuk kegunaan

penyelidikan bahasa di dalam dan di luar negara.

Di peringkat kerjasama serantau, melalui MABBIM, dilakukan pembinaan Gerbang

Bahasa Melayu/Indonesia pada www. Gerbang atau portal telah direalisasikan

menerusi www.dbp.gov.my/mabbim dan menjadi wadah bagi segala kemudahan untuk

pengajaran, pemelajaran, penyebaran, dan penelitian bahasa Melayu. Selain itu, laman

Bahasa Melayu untuk Semua (BMUS) juga telah diwujudkan dalam usaha menyediakan

pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara dalam

talian.

Page 238: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

230

Di peringkat antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mula menyertai

projek Universal Networking Language Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Projek

ini tertumpu pada usaha mentakrifkan suatu bahasa interlingua yang dapat digunakan

untuk mengekodkan teks dalam sesuatu bahasa supaya teks tersebut dapat dibaca

dalam pelbagai bahasa di Internet. Dijangka bahawa projek ini dapat meluaskan

penyebaran bahasa Melayu di mata dunia.

Pemanfaatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah dimulakan juga dengan

Projek Karya Net (yang menjadi wadah sarjana dan penulis berkarya di medan Internet),

penerbitan pelbagai karya ilmu, pedoman bahasa dan karya kreatif dalam bentuk digital

dan pengajaran bahasa dan persuratan Melayu melalui talian (Internet). Dewan Bahasa

dan Pustaka dengan kerjasama pelbagai pihak sedang memperbanyak perisian

komputer dan karya dalam bentuk digital dan elektronik dalam bahasa Melayu untuk

membantu pencapaian misi negara dalam mengejar kemajuan pada era globalisasi.

Program tersebut yang sementara waktu ini tidak aktif akan diolah dan dilaksanakan

semula.

Semua bahan rujukan yang telah diterbitkan oleh DBP sudah diletakkan pada

www.prpm.dbp.gov.my untuk memudahkan masyarakat menggunakannya. Sistem

Pengesahan Bahasa DBP pula diwujudkan untuk meneliti, menilai dan meluluskan

permohonan iklan secara dalam talian. Aduan Pengguna Bahasa dan Pantau Tegur

dalam Talian dalam memudahkan masyarakat mengemukakan sebarang aduan dan

pandangan dalam aspek penggunaan bahasa di negara ini. Pakej Khidmat Nasihat

DBP (KNDBP) yang meliputi aspek bahasa, sastera dan penerbitan juga dikemas kini

dari semasa ke semasa.

Page 239: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia

231

Penutup

Huraian di atas memperlihatkan keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu sebagai

wahana tamadun moden bagi bangsa dan negara, khususnya dalam konteks

pencapaian kemajuan dengan berasaskan acuan sendiri. Bukanlah semua kejayaan itu

sudah cukup memuaskan dan bukan pula tiada kekurangan dan masalahnya. Namun,

segala kekurangan yang masih ada menjadi tanggungan kita mengatasinya dan dengan

kepercayaan bahawa ikhtiar mesti dijalankan terus, yakinlah kita bahawa kekurangan

di sana sini itu tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk mengurangkan, apatah

lagi meminggirkan peranan bahasa Melayu dalam proses pembinaan negara. Proses

pembinaan negara dengan berasaskan dasar-dasar negara, seperti Dasar Bahasa

Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, di samping Dasar Ekonomi Baharu,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Perkongsian Kuasa Politik, dan yang lainnya

sejak kemerdekaan ternyata telah berjaya meletakkan negara pada tahap yang cukup

membanggakan. Dasar-dasar tersebut, termasuk Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan akan tetap relevan dan ampuh untuk kelangsungan tamadun

bangsa dan negara ini selanjutnya dan menjadi kesilapan besar apa-apa percubaan

untuk melemahkan apatah lagi merobohkannya. Usahlah dilupakan sejumlah lebih 5

juta lepasan tingkatan lima (1975 - 2001) yang terhasil daripada Dasar dan Sistem

Pendidikan Kebangsaan itulah yang menjadi tenaga pembina dan pembangunan

negara ini. Kita barangkali memerlukan waktu puluhan tahun, malah mungkin lebih,

untuk membina semula kekuatan bangsa dan negara yang telah utuh itu andai kata

dasar-dasar kenegaraan yang terbukti berkesan itu diabaikan.

Page 240: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

232

Page 241: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

GAGASAN 1Malaysia

SEKRETARIAT 1MALAYSIA*Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia

* Sekteriat 1Malaysia berpusat di Jabatan Penerangan Malaysia

Page 242: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

234

Pendahuluan

Pemimpin terdahulu seperti Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul

Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah

mengasaskan perpaduan dalam kalangan berbilang kaum dan keturunan.

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah mengambil alih pentadbiran

negara dan meneruskan tradisi menyatupadukan rakyat melalui pendekatan Gagasan

1Malaysia.

APAKAH 1MALAYSIA?

• Gagasan untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai

semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun

Negara, mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat,

berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

“Tidak kira perbezaan pegangan politik, kita seharusnya bersatu dibawah panji-panji bendera tanah air 1Malaysia”

- Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim

KENAPA?

• Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,

berteraskan nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat

Malaysia.

“Komposisi kaum di negara ini merupakan kekuatan kerana setiap kaum saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama lain”.

- Tun V.T. Sambanthan

Page 243: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

235

• Untuk membentuk Negara maju dengan mengambil kira keperluan rakyat tanpa

mengira kaum.

WAWASAN 2020…..

10 tahun lagi Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri.

“Bangsa Malaysia pada tahun 2020 akan mempunyai identitinya sendiri, tidak bercorak negara asal mana-mana kaum. Kita akan mempunyai budaya dan seni yang khusus berbentuk Malaysia. ‘Confidence’ semua warga Negara akan kebolehan mereka adalah sama dalam semua bidang. Pencapaian juga tidak lagi dikaitkan dengan kaum”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Konvokesyen Kolej Tunku Abdul Rahman, 5 Oktober 1991.)

Sumber: Madah Perdana Penggerak Bangsa – Jabatan Penerangan Malaysia

• Persediaan menghadapi sebarang cabaran terhadap rakyat dan negara daripada

anasir yang boleh memecah-belah dan menghancurkan negara.

KONSEP

“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia (one people), kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita, kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik disamping tidak mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan”

- Datuk Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak Perdana Menteri Malaysia

Page 244: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

236

HURAIAN KONSEP

• Mengutamakan rakyat merentasi seluruh lapisan masyarakat.

• Memastikan perkongisan nikmat secara bersama tanpa dipinggir.

• Tidak mengetepikan dasar pembangunan Bumiputera.

• Rakyat dan negara mencapai tahap kejayaan yang diiktiraf.

• Perlembagaan Negara dan Prinsip Rukun Negara menjadi teras serta menerima

kemajmukan masyarakat sebagai suatu reality.

• Rakyat mempunyai hak dan bertanggungjawab kepada Negara (togetherness and

sense of belonging).

TUJUAN

• Mengukuhkan perpaduan rakyat (Perpaduan Nasional) serta meningkatkan nilai

dalam kesejahteraan kehidupan rakyat.

• Membina Negara bangsa yang mantap jati diri dengan semangat patriotism

berlandaskan Rukun Negara dan Perlembangaan Persekutuan.

STRATEGI

1. Rakyat Didahulukan

(Meletakkan kepentingan rakyat di hadapan)

2. Pencapaian Diutamakan

Mencapai sasaran dan impak/outcome yang cemerlang yang berbalik faedahnya

kepada rakyat seluruhnya tanpa seorang pun tercicir daripada arus pembangunan

negara.

Page 245: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

237

ASPEK-ASPEK UTAMA

Aspek PertamaPenerapan Teras-Teras

Perpaduan

Aspek KeduaPenerapan Nilai-Nilai

Aspirasi

Aspek Pertama

Penerapan Teras-Teras Perpaduan

• Penerimaan

• Keadilan Sosial

• Kenegaraan

Penerapan Nilai-Nilai Murni

• Berbudi Bahasa

• Hormat menghormati

• Kesederhanaan

• Rendah hati (Tawadhuk)

Aspek Kedua

Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Lapan Nilai Aspirasi 1Malaysia

• Budaya Inovasi

• Budaya Berprestasi Tinggi

• Budaya Ketepatan

• Budaya Ilmu

• Integriti

• Ketabahan

• Kesetiaan

• Kebijaksanaan

Page 246: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

238

HALANGAN

• Lanskap budaya masyarakat berubah akibat perbandaran, modenisasi dan juga

perindustrian kerana keterhakisan jati diri.

• Perubahan lanskap Budaya digunakan untuk menggugat perpaduan rakyat dan

kestabilan negara dengan apabila unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam

Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan

PERANAN KITA

• Mengutamakan perpaduan

• Membesarkan persamaan nilai-nilai yang wujud & mengecilkan perbezaan

• Semangat Patriotik telah terbukti sejak Negara mencapai kemerdekaan apabila

ibubapa mengabdikan nama-nama anak mereka sempena kemerdekaan Negara

seperti:

- Wang Merdeka

- Sarah Merdeka

- Merdeka Nadeson

- Sarakup Malaysia anak Samak

“Our future depends on how well many different kinds of people can live and work together”.

- Tun Abdul Razak

• Berusaha mencapai matlamat dengan meningkatkan keupayaan

“Kekuatan sesebuah Negara yang memiliki komposisi rakyat pelbagai agama, kaum dan kebudayaan bergantung kepada kefahaman dan sikap saling menghormati di antara satu sama lain.”

- Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Page 247: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

239

KESIMPULAN

Gagasan 1Malaysia dapat membina kekuatan bangsa Malaysia untuk menghadapi

ancaman dari luar dan dalam Negara.

Tujuan, konsep, prinsip dan nilainya memerlukan dokongan semua lapisan masyarakat

sama ada pemimpin atau pun rakyatnya.

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh”“Ondru Pattal Undu Vaalve”“Tuan Ceh Ciu Zhe Lee Liang”

RAKYAT (NKRA)

1. Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan

2. Mengurangkan kadar jenayah

3. Memerangi rasuah

4. Taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ditingkatkan

5. Prasarana luar bandar dan pendalaman diperkasakan

6. Menambahbaik pengangkutan awam

1. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

• Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira

ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.

• Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada

pendidikan prasekolah.

2. Mengurangkan kadar jenayah

• Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010.

Page 248: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

240

3. Memerangi Rasuah

• Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad.

• Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency

International.

4. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah

• Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan.

• Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000 melalui AIM

menjelang 2012.

5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman

• Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan

Sarawak akan ditambah.

• Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina

atau dibaik pulih menjelang 2012.

6. Menambahbaik pengangkutan awam

• Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan

pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding 16% sekarang.

• Menjelang 2012 – 35 set 4 – car train akan beroperasi untuk laluan Kelana

Jaya.

PENERIMAAN

• Penerimaan dan toleransi mempunyai perbezaan yang ketara.

• Penerimaan bererti menerima sesuatu secara positif dan penuh kerelaan.

• Rakyat perlu beralih dari konsep toleransi semata-mata kepada penerimaan.

• Nilai penerimaan boleh mengikis dari dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu

yang negatif dan mahu pula melihat kemampuan terbaik yang boleh diberikan.

Menerima legasi terdahulu………

Kontrak sosial asas kesejahteraan negara

Page 249: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

241

MERDEKA…..

Merdeka dengan semangat tolak ansur antara kaum. Buktinya

• Kerakyatan UMNO bersetuju dimasukkan prinsip Jus soli di dalam perlembagaan

persekutuan.

• MCA & MIC menerima peruntukan tentang ‘kedudukan Istimewa orang-orang

Melayu’ dalam perlembagaan.

SURUhANJAYA REID

• Pandangan dari rakyat

• Menguruskan 131 referandum

• 188 pertemuan (4 bulan) Jun hingga Oktober 1956

• Februari 1957 kemukakan syor (15 Bahagian dan 183 Perkara)

• Jun 1957 Diperkenan Majlis Raja-Raja

• Syorkan Perlembagaan

MERDEKA DENGAN KONTRAK SOSIAL

• Struktur Kerajaan;

4 ciri utama

i. Ketua Negara – Yang Dipertuan Agong

ii. Ketua Kerajaan – Perdana Menteri

iii. Badan Perundangan – Dewan Rakyat & Dewan Negara

iv. Ketua Perlembagaan peringkat Negeri – Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri

• Kewarganegaraan

Pemberian taraf kewarganegaraan berasaskan Jus soli.

i. Telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum merdeka.

ii. Dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka.

iii. Berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar persekutuan, tetapi telah

bermastautin selama 8 daripada 12 tahun boleh memohon dengan syarat

boleh bertutur Bahasa Melayu.

iv. Pemilik dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali memiliki kerakyatan komanwel

Page 250: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

242

• Bahasa

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, penggunaan bahasa lain secara

umum tidak dilarang.

• Peruntukan-Peruntukan Lain

i. Agama Islam dijadikan agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas

ii. Kedudukan Istimewa orang-orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu

berhubung dengan pemberian tanah di kawasan simpanan, kouta 4/5 dalam

perkhidmatan awam serta 3/5 dalam perkhidmatan lain, keutamaan dalam

pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain bantuan kerajaan.

“Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang Negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka dimana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain”

- Tun Tan Siew Sin, 30 April 1969

PENERIMAAN

• Masyarakat Melayu adalah masyarakat peribumi.

• Masyarakat Cina & India adalah warganegara.

• Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan mesti diterima oleh semua rakyat.

• Panduan adalah teras kesejahteraan negara.

• Keseimbangan adalah faktor penting dalam membina kekuatan negara.

Page 251: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

243

• Rakyat yang tertinggal mesti dibantu.

• Perlembagaan adalah Undang-Undang Tertinggi yang mengariskan hak-hak

Rakyat.

• Malaysia sebuah negara yang memiliki Masyarakat Majmuk.

JUS SOLI

Jus Soli (Undang-undang tempat lahir)

Orang yang dilahirkan antara hari merdeka dengan bulan September 1962 terus menjadi

warganegara dengan tidak mengambil kira kewarganegaraan ibu atau bapanya.

Selepas bulan September 1965, orang itu hanyalah menjadi warganegara sekiranya

salah satu daripada syarat di bawah dipenuhi.

• Ketika kelahirannya salah seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara.

• Ketika kelahirannya salah seorang daripada ibu bapanya adalah orang yang tinggal

kekal bermastautin di negara ini.

• Ketika kelahirannya dia tidak mempunyai kewarganegaraan mana-mana negara.

Ini bermakna bahawa Jus Soli di negara kita disyaratkan dengan Jus Sanguinis.

Jus Sanguinis (Undang-undang keturunan darah)

Jus Sanguinis juga dipakai dalam Perlembagaan Malaysia sebagai salah satu faktor

yang mustahak untuk menghubungkan seseorang dengan Malaysia.

Mengikut undang-undang, Jus Sanguinis, seseorang yang berketurunan

warganegara akan tetap menjadi warganegara, walaupun dia diperanakkan di luar

negara kerana kewarganegaraan bapanya dipusakai olehnya.

Seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia hanyalah boleh menjadi warganegara.

Jika bapanya warganegara dan salah satu daripada syarat berikut ini dipenuhi:

• Bapa sendiri diperanakkan di Malaysia.

• Bapanya memegang jawatan dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan atau negeri.

• Kelahirannya didaftarkan di Pejabat Konsul Malaysia ataupun dengan kerajaan

Malaysia dalam tempoh satu tahun selepas kelahirannya, ataupun dalam tempuh

yang lebih lanjut sekiranya mendapat kebenaran kerajaan.

Page 252: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

244

KENEGARAAN

• Prinsip-prinsip kenegaraan 1Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan

Rukun Negara.

• Kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 152, 153 dan

Bahagian 3 dan 4 yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara

3(1) yang menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama persekutuan, tetapi

agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana

bahagian persekutuan.

Perkara 152(1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah

Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang

diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen.

Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara

153 Fasal 1 “Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong memelihara

kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri Borneo dan

kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”.

Bahagian 3 – Kewarganegaraan

Bahagian 4 – Ketua Utama Negara

KEADILAN SOSIAL

Dalam Sejarah Melayu, golongan pemerintah diwakili Sang Sapurba, manakala

golongan rakyat diwakili Demang Lebar Daun. Antara mereka tentang kontrak social

yang bermula dengan persetujuan dengan maksud seperti yang dibayangkan dalam

petikan dialog antara mereka:

Maka sembah Demang Lebar Daun

“adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang diPertuan, hendaklah diperbaiki oleh anak cucu Duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar

Page 253: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

245

dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.” Maka titah Sang Sapurba: “Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah, tetapi hamba pinta satu janji pada bapa hamba.” Maka sembah Demang Lebar Daun: “Janji yang mana satu itu Tuanku?” Maka titah Sang Sapurba: “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.” Maka sembah Demang Lebar Daun: “Baiklah, Tuanku. Tetapi, jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.” Maka titah Sang Sapurba: “Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu”

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYUWasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan

persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos

1957 itu ialah:

• PERTAMA = Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan

langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali

dengan nama Malaysia).

• KEDUA = Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu

isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan

simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya

kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

• KETIGA = Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta

milik kamu, kami tubuhkan REJIMAN ASKAR MELAYU selain untuk membanters

kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar negara.

• KEEMPAT = Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA

MELAYU memerintah negara ini.

• KELIMA = Kami isytiharkan ISLAM adalah agama Persekutuan.

• KEENAM= Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

• KETUJUh= Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-

raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU

DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan

istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

Page 254: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

246

7 Wasiat Yang Diterjemahkan Dalam Perlembagaan Persekutuan – Secara Ringkas

1. Malaysia – Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-Wilayah Persekutuan)

Nama asal Malaysia ialah Malaya iaitu singkatan Persekutuan Tanah Melayu.

Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri

Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan

Terengganu. Persekutuan dinamakan Malaysia sebelum sahaja Hari Malaysia-16

September 1963.

2. Tanah Simpanan Melayu – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

Mana-mana tanah disesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu

sebelum merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh

terus-menerus menjadi rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga

selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3. Rejimen Askar Melayu – Seksyen16 (1) Akta Angkatan Bersenjata 1972.

Seksyen tersebut menyatakan “Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam

angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk

ke dalam Askar Melayu Diraja”. Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902

dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan

pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2

batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera

Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia

Kedua.

Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara,darat dan laut

yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen

dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman

dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan

keselamatan negara.

4. Raja-Raja Melayu- Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan

Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang Di-pertuan Agong yang

mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja

Page 255: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

247

Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam

Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama

tempoh jawatan lima tahun.

5. Islam – Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan)

Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di

setiap negeri iaitu Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri

yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama

Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya.

6. Bahasa Melayu – Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia

ialah bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan,

dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis

Raja-Raja.

7. Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain – Perkara

153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagai Untuk Orang

Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggngjawab kepada yang di-Pertuan

Agong memelihara kedudukan istimewa orangb Melayu dan Bumiputera mana-

mana negeri di Berneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan

bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen

perniagaan.

Page 256: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

248

KEADILAN SOSIAL

• Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.

• Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada

tahap yang berbeza.

• Dasar-dasar kerajaan dan peruntukan–peruntukan Perlembagaan yang memberi

pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

• Jadi keadilan sosial ini bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat

tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

Hormat-Menghormati

• Adat resam serta budaya kaum lain.

• Tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang kaum lain.

• Tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan undang-undang yang menyentuh

sensitiviti kaum.

“Memberi penghormatan kepada bangsa sendiri, memberi keyakinan kepada bangsa sendiri, memberi kesanggupan bagi berdikari adalah mutlak bagi tiap-tiap bangsa di sudut dunia dan di bawah langit mana pun”

- Soekarno

Rendah Hati

1. Sifat yang dihargai oleh masyarakat dan agama Islam.

2. Berkelakuan yang boleh masyarakat selesa menerima kita.

3. Jangan memandang rendah atau bersikap hina kepada orang lain.

4. Rendah hati adakalanya disifatkan lemah, amalkan secara bijaksana.

Ular yang menyusur akar, takkan hilang bisanya – Peribahasa

Page 257: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

249

Kesederhanaan

• Menghadapi apa jua isu yang berbangkit dengan pendekatan sederhana.

• Menjauhi tindakan atau tutur kata bersifat ekstrem.

• Sifat sederhana boleh membawa kepada kemantapan dan kestabilan sosial.

Kesederhanaan adalah dasar dari segala moral dan kebajikan. Tanpa kesederhanaan, manusia tidak ada bezanya dari binatang buas

- Napoleon Bonaparte

Budi Bahasa

• Tutur kata dan tingkah laku yang tertib dan berpaksikan kesantunan semasa

berinteraksi.

• Dapat menjana kerjasama dan permaufakatan yang lebih erat.

• Didiklah budi pekerti anak-anakmu, mereka berlainan dari zamanmu sekarang,

kerana mereka diciptakan Tuhan bagi zamannya sendiri, dan bukan bagi zamanmu

– Umar bin Khattab

Budaya Prestasi Tinggi

− Pencapaian tahap terbaik

− Tiada sikap sambil lewa

− Tiada sikap “acuh tak acuh”

− Ada matlamat khusus

− Prestasi boleh diukur

Budaya Ketepatan

− Pengurusan Masa

− Kualiti

− Keyakinan

− Kecekapan

− Jadual Penyampaian

Page 258: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

250

Masyarakat 1Malaysia

− Menggayakan kehidupan melalui usaha mendapatkan & menggunakan

pengetahuan secara positif.

− Memberi tumpuan kepada Pendidikan & Pengetahuan yang holistic & bersepadu

dengan nilai.

− Menempatkan pendidikan di mercu segala yang lain.

Menjamin Kewujudan Malaysia

Kengkangan

1. Aliran pendidikan yang berbeza dalam Negara

2. Kita tidak mempunyai aliran kebangsaan

3. Kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama

melalui saluran pendidikan dari segi fizikal.

Peluang

1. Kurikulum dan menekan kepada nilai yang sama.

Harapan

1. Bertemu di satu titik yang sama dari segi fizikalnya

2. Kita akan menghargai antara satu sama lain

• Berani berubah untuk kebaikan

• Berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah

• Sentiasa bersedia untuk menjadi printis dalam setiap bidang yang diterokai

INTEGRITI

Janji ditepati Prinsip didukung

Asas Kepercayaan yang kukuh

Page 259: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Gagasan 1Malaysia

251

“Bangsa yang tertib dan berpasukan kukuh, bangsa yang tidak berebut-rebut ketika mendaki dan semasa di puncak, bangsa yang mulia budayanya, akan menjadi bangsa yang agong, bertamadun tinggi, dihormati dan disengani.”

- Tun Dr. Mahathir Mohamad

“Sifat tamak boleh membutakan kita dari kebenaran dan juga hak orang lain.”

- Tun Tan Cheng Lock (2 Mei 1957)

Mendapat Asas Kepercayaan yang kukuh

Janji ditepati

Berlaku Jujur

Bercakap Benar

Tepati Janji

Berani menyatakan kebenaran

Berusaha membetulkan kesilapan

Sentiasa dekat dengan rakyat

Tidak memandang rendah kepada rakyat

Dihargai

Dipercayai

Diyakini

Page 260: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Jati Diri dan Patriotisme Teras Peradaban Malaysia

252

Ketabahan

1. Menerima kehidupan sebagai satu siri naik turun.

2. Berupaya mengharungi rintangan dan meletakkan diri dipangkal jalan.

3. Menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi.

Ketabahan hati dapat menenangkan segala-galanya

Kebahagian tidak mungkin wujud tanpa dukungan ketabahan - Fornier Alain

Kesetiaan

• Asas kepada pembinaan kepercayaan.

• Kesetiaan jangan keterlaluan ia menjurus kepada ketaksuban.

• Kesetiaan tidak bermaksud tidak boleh mengkritik tetapi mengkritik biarlah secara

berhemah.

• Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan.

Kebijasanaan

• Menghadapi masalah dengan penuh berhemah dan teliti.

• Menyelesaikan masalah dengan tidak menyinggung hati dan perasaan orang lain.

“Kebijaksanaan lambang maruah insan yang mempunyai akal fikiran. Tanpa kebijaksanaan dunia ketandusan ilmuan”

- Adimurni

Budaya Inovasi

• Kesediaan untuk mencuba benda-benda baru

• Dikenali sebagai individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-

masing

• Berani berubah untuk kebaikan.

• Berani mencari penyelesaian baru dan menangani masalah.

• Sentiasa bersedia untuk menjadi printis dalam setiap bidang yang diterokai.

Page 261: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar
Page 262: Penyelenggara Abdul Latiff Abu Bakar

Pohon Malaysia

Rukun Negara

KedaulatanUndang-Undang

Kesopanan dan Kesusilaan Kepercayaan kepada

Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

BAJA: Akal Sihat Sejahtera Bangsa

AIR: Kesederhanaan Beragama (Wasatiyyah)

Kebijaksanaan

Budaya Ilmu

Penerimaan

Keadilan Sosial

Perlembagaan Persekutuan

Hormat-Menghormati

Rendah Hati

Budaya Inovasi

Budaya Berprestasi Tinggi

Budaya Ketepatan

Integriti

Ketabahan

Kesetiaan

Berbudi Bahasa

Kesederhanaan