penyebaran islam pada zaman kerajaan abbasiyah | sirah dan tamadun islam | pendidikan islam...

19
PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH Oleh: Nur Nashwa Alia binti Khairudin Nur Izzah Qistina binti Ahmad Jamaludin 5 Inovatif Guru: Puan Zainon binti Yahya 2017

Upload: nur-nashwa-alia-binti-khairudin

Post on 16-Apr-2017

222 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

Oleh:Nur Nashwa Alia binti Khairudin

Nur Izzah Qistina binti Ahmad Jamaludin5 Inovatif

Guru: Puan Zainon binti Yahya

2017

Page 2: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Pengenalan• Tamadun Islam telah bermula sejak negara Islam pertama

dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah. Keagungan tamadun ini diteruskan oleh generasi seterusnya pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, kerajaan Bani Umaiyah dan Abbasiyah.

• Pada zaman kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam berada di mercu keagungannya berikutan pencapaian umat Islam dalam pelbagai aspek perkembangan dan seperti penyebaran Islam, pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi dan ketenteraan.

• Tahap perkembangan dan pencapaian yang tinggi menyebabkan sejarawan kerajaan Abbasiyah menggelar zaman ini sebagai “zaman keemasan tamadun Islam”.

Page 3: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Peta menunjukkan keluasan empayar Abbasiyah(kawasan yang berwarna ungu)

Page 4: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah

• Diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu “al-Abbas”.

• Untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang menganggap tampuk pemerintahan Islam layak disandang oleh keturunan mereka sahaja.

• Memerintah lebih daripada 5 kurun iaitu:132 H – 650 H atau 750 M – 1258 M.

Page 5: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Struktur Kerajaan Abbasiyah

• Mewarisi sistem khalifah secara warisan (Walayatul al-Ahd).

• Dipimpin oleh 37 orang khalifah.• Sistem pemerintahan banyak ditiru daripada

sistem pemerintahan kerajaan Farsi kerana ramai orang Farsi memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam kerajaan Abbasiyah. Contoh: istilah ‘Al-Wazir’

Page 6: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Struktur Kerajaan Abbasiyah

• Al-Khalifah- Ketua negara - pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam.

• Al-Wazir - Perdana menteri - ketua pentadbir, dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan-jabatan kerajaan.

• Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan - di bawah penguasaan al-Kuttab (setiausaha) - wujud ikut keperluan pada masa itu.

Page 7: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

• Contoh jabatan kerajaan:1. Jabatan eksais2. Jabatan audit3. Jabatan polis dan pertahanan4. Jabatan perhubungan5. Jabatan parit dan tali air6. Jabatan kebajikan

Page 8: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Khalifah yang TerkenalKhalifah Sumbangan

Abu Al-’Abbas ‘Abdullah As-safah• Khalifah pertama.• 4 tahun 9 bulan.• 132 H – 136H / 750 M –

754 M.

1. Pengasas Kerajaan Abbasiyah.

2. Menghapuskan pemberontakan Bani Umaiyah.

Abu Jaafar al-Mansur• Saudara Abu Abdullah As-

safah.• 22 tahun.• 136 H – 158H / 754 M –

775 M.

1. Membangunkan Baghdad dan jadikannya ibu kota.

2. Perbaiki sistem cukai.3. Buat saliran-saliran.4. Sediakan pasar-pasar di

tempat strategik.

Page 9: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Khalifah Sumbangan

Harun al-Rasyid• Khalifah paling

warak dan terkenal.• 23 tahun dan 1 ½

bulan.• 170 H – 192 H / 785

M – 809 M.

1. Mengarahkan Qadi Abu Yusuf menulis kitab tentang percukaian (kitab Al-Kharaj).

2. Mewujudkan jawatan ketua hakim (Qadhi al-Qudhat).

3. Membina Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

4. Menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan, ilmu dan kebudayaan terkemuka.

5. Membina prasarana seperti rumah sakit, farmasi, pusat pengajian.

Al-Makmun• Nama sebenar ialah

Abdullah Abu al-Abbas al-Makmun.

• Putera Harun al-Rasyid.• 20 tahun.• 198 H – 218 H / 813M –

833 M.

1. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

2. Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

Page 10: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Faktor Penyebaran Islam pada Zaman

Kerajaan Abbasiyah

4 faktor dalaman

4 faktor luaran

Page 11: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Faktor Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

FAKTOR DALAMAN1. Penduduk setempat tertarik dengan Islam.2. Galakan khalifah sediakan peruntukan khas

dari Baitul Mal untuk ulama’ dan pendakwah.3. Dasar kerajaan menyamakan kedudukan

bangsa Arab dan bukan Arab.4. Kedudukan Baghdad menjadi tumpuan

dalam bidang keilmuan dan perdagangan antarabangsa. --- Harun al-Rasyid

Page 12: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

FAKTOR LUARAN1. Pembukaan wilayah-wilayah baru.2. Penggunaan bahasa Arab yang meluas

mendorong kepada pemahaman Al-Quran dan hadis.

3. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyah dengan negara-negara luar.

4. Pedagang Islam berdakwah menerusi aktiviti perdagangan.

Page 13: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Kesan Positif Penyebaran

Islam

Aspek aqidah

Aspek ilmu pengetahuan

Aspek kebudayaan

Aspek kemasyarakatan

Page 14: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

ASPEK AQIDAH• Aqidah masyarakat berubah daripada kepercayaan

menyembah berhala kepada kepercayaan mengesakan Allah. Contoh kepercayaan yang menyembah berhala: Majusi sembah api dan Sobiah sembah sapi.

• Masyarakat tertarik dengan Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia.

• Masjid dibina sebagai pusat dakwah untuk menyampaikan ilmu dan memantapkan aqidah seperti Masjid Jamek Al-Mansur dan Masjid Basrah.

• Sarjana-sarjana Islam berjuang untuk memurnikan aqidah masyarakat daripada ideologi-ideologi yang menyeleweng seperti muktazilah dan falsafah Yunani kuno. Contoh: Imam Al-Ghazali hasilkan 2 buah kitab- tolak ideologi- terang aqidah Islam yang sebenar. –Nahafutul Falasifah dan Munqiz Minad-Dalal.

Page 15: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

ASPEK ILMU PENGETAHUAN• Perkembangan pemikiran manusia.• Islam mewajibkan umatnya supaya menuntut ilmu

fardhu ‘ain dan fardhu kifayah dan menjadikannya sebagai jihad.

• Kerajaan Abbasiyah menyediakan prasarana-prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah.

• Ilmu – Al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, perubatan, falak, fizik, falsafah.

• Umat Islam pakar dalam pelbagai bidang.• Disegani dan dipandang tinggi oleh umat-umat lain.

Page 16: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

ASPEK KEBUDAYAAN• Umat Islam yang terdiri daripada pelbagai

bangsa dan budaya menghayati ajaran Islam yang bersifat sejagat.

• Umat Islam bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

• Budaya ini banyak mempengaruhi umat Islam pada masa itu.

Page 17: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

ASPEK KEMASYARAKATAN• Menghapuskan perhambaan dan penindasan.• Islam menyediakan konsep keadilan.• Khalifah al-Mahdi menubuhkan Diwan al-

Mazalin (mahkamah tinggi rayuan).• Memberi peluang kepada orang bukan Arab

untuk memegang jawatan utama dalam negara.• Bebas mengamalkan kepercayaan masing-

masing.

Page 18: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

Semangat Jihad pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

• Keanggunan kerajaan Abbasiyah menjadi kajian para sejarawan dan kebanggaan umat Islam.

• Umat Islam pada zaman Abbasiyah bersungguh-sungguh dan tidak memperkecilkan skop jihad.

• Umat Islam pada waktu itu menerokai pelbagai bidang ilmu.

• Tempoh kekuasaan empayar Islam selama 13 kurun yang keluasannya meliputi dua pertiga dunia membuktikan keagungan umat Islam.

Page 19: Penyebaran Islam pada Zaman Kerajaan Abbasiyah | Sirah dan Tamadun Islam | Pendidikan Islam Tingkatan 5

TAMAT