pend. agama islam tingkatan 4 - sirah: imam ahmad bin hanbal rahimahullah
DESCRIPTION
Pembentangan kami ! ;)TRANSCRIPT
Imam Ahmad bin Hanbal
Rahimahullah
Disediakan oleh:
Qhaiyum Ezzat Nadzri Abdullah Azam
Riwayat Hidup
Nama sebenar - Ahmad bin Muhammad bin Hanbal.
Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah dengan tahun 780
Masihi di Baghdad, yang mana ketika itu berkembang pesat
sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
Imam Ahmad adalah pengasas Mazhab Hanbali yang
merupakan satu daripada mazhab yang empat.
Beliau dinamakan Imam Hanbali bersempena nama
datuknya iaitu Hanbal bin Hilal As-Syaibani.
Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang ahli sunnah
yang terbesar, soleh, dan zuhud.
Sesetengah ulama menganggap beliau adalah ‘Mujaddid’
bagi abad ke-3 tahun Hijrah.
Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah
bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77
tahun.
Sifat PeribadiImam Ahmad bin Hanbal seorang yang taat pada perintah agama dan kuat beribadat.
Beliau mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam membaca Al-
Quran dalam masa tujuh hari.
Beliau tabah dalam menghadapi ujian hidup kerana pernah didera dan dipenjarakan.
Beliau sangat menghormati para gurunya dan tidak suka bercakap perkara-perkara yang
sia-sia melainkan perkara-perkara yang bermanfaat.
Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat sehingga dapat menghafaz lebih banyak hadis
berbanding orang lain yang sezaman dengannya.
Beliau bersifat ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara, dan tidak terpikat dengan pangkat
dan kemewahan. Beliau pernah menolak jawatan sebagai kadi semasa pemerintahan
Khalifah Harun Ar-Rasyid.
Beliau juga seorang yang pendiam, lemah-lembut, suka merendah diri, peramah, pemalu,
dan terlalu menjaga kehormatan diri dan agama.
Imam Ahmad seorang yang zuhud serta tidak mengejar pangkat dan darjat.
PendidikanImam Ahmad bin Hanbal dianugerahkan daya ingatan yang kuat dan berjaya menghafaz
Al-Quran keseluruhannya ketika berusia 14 tahun.
Dalam usia yang masih muda ini, beliau dapat menguasai bahasa Arab dan kesusasteraan
serta berkebolehan dalam bidang penulisan.
Semasa berumur 16 tahun, beliau telah bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman,
Basrah, dan lain-lain untuk mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang
mendalam terhadap ilmu tersebut.
Antara guru-guru Imam Ahmad termasuklah:
a) Imam As-Syafie Rahimahullah
b) Waqi’ bin Jarrah
c) Sufian bin Uyainah
d) Qadhi Abu Yusuf
e) Bashar bin Al-Mufadal
Dalam bidang ilmu, beliau lebih menunjukkan minat dalam bidang ilmu Al-Quran, hadis,
fikah, dan ilmu kalam. Namun begitu, beliau terkenal sebagai ahli fikah dan ahli hadis.
Beliau diberikan gelaran Al-Malik kerana kehebatannya menghafal lebih daripada 700,000
hadis.
Dalam bab fikah, Imam Ahmad mengutamakan Al-Quran dan Al-Hadis dalam menetapkan
sesuatu hukum sebagaimana yang dilakukan oleh guru-gurunya.
Ujian Yang Dihadapi
Imam Ahmad telah menolak pendapat Muktazilah
yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah
kalam Allah yang bersifat baharu.
Ini telah membangkitkan kemarahan khalifah
Abbasiyah pada masa itu iaitu Al-Makmun. Baginda
telah mengikut cadangan seorang ulama, Ahmad
bin Abi Daud supaya Imam Ahmad dipenjara dan dipukul dengan cemeti hingga berdarah
seluruh tubuhnya.
Walaupun diseksa dengan teruk, Imam Ahmad tetap mempertahankan pendapatnya dan
tidak mudah terpengaruh dengan pendapat Muktazilah. Baginya pendapat ini tidak
sesuai dengan pemikiran pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Setelah lama dipenjarakan, barulah Imam Ahmad dibebaskan iaitu pada masa
pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil.
SumbanganImam Ahmad memberikan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan perundangan
Islam kepada seluruh umat Islam.
Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan masalah halal
dan haram, sama ada dari segi isi atau sanadnya.
Segala peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan dalam Mazhab Hanbali sangat
ketat dan tegas dalam satu-satu masalah. Para Pegawai yang bersikap tegas menurut
undang-undang digelar ‘Hanbali’ oleh rakyat.
Beliau mengadakan pelbagai majlis ilmu di masjid-masjid. Hadirin yang mengikuti majlis
ilmu yang beliau adakan dianggarkan 5000 orang dalam satu sesi.
Dalam majlis ilmunya, beliau sentiasa membaca kitab-kitab yang ditulisnya sendiri. Kitab-
kitab tersebut meliputi berbagai-bagai cabang. Antara himpunan hadis-hadis karangannya
yang terkenal termasuklah Al-Musnad.
Kitab Al-Musnad mempunyai 28 000 hingga 29 000 hadis yang sahih dan 100 000 hadis
yang tidak sahih. Kitab tersebut merupakan sumber rujukan ulama hadis dan sebagai
pegangan apabila berlaku perselisihan.
Selain kitab Al-Musnad, Imam Ahmad juga menghasilkan beberapa buah kitab dalam
bidang lain, misalnya tafsir Al-Quran, ilmu fikah,
ilmu kalam, dan lain-lain.
Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Ahmad
termasuklah:
a) Tafsir Al-Quran
b) An-Nasakh wal Mansukh
c) Kitab At-Tarikh
d) Kitab Al-Ilah
e) Al-Munsad
Semasa hayatnya, beliau telah membuka kelas-kelas pengajian iaitu pengajian umum dan
khusus. Kelas-kelas tersebut diadakan di masjid-masjid dan mendapat sambutan yang
luar biasa daripada orang ramai. Bilangan yang mendengar syarahannya bagi setiap kelas
dianggarkan 5000 orang.
Al-Musnad, karya Imam Ahmad bin
Hanbal
Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Iraq, Mesir, Hijaz, Palestin, dan
Najd.
Sekian TerimaKasih!