penyataan profesionalisme (sblm)

Upload: zorangek

Post on 12-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ar

TRANSCRIPT

PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM

(Praktikum 1: 18 Mac 12 April 2012)_________________________________________________________NAMA: AIN ZUHAIRIAH BINTI DZULKIFLIKURSUS: PISMPOPSYEN: PENDIDIKAN ISLAMAMBILAN: JANUARI 2010

Saya seperti butiran di atas adalah sebagai pelatih guru yang akan menjalani praktikum Fasa 1, iaitu latihan mengajar kali pertama bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Lokasi latihan ialah di Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor (SKMB) yang terletak di Kodiang, Kedah di bawah bimbingan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) iaitu Encik Mohd Radzi bin Lebai Mat bagi mata pelajaran major (Pendidikan Islam).Tugasan bagi Praktikum Fasa 1 ini lebih menjurus kepada mata pelajaran major iaitu berkaitan dengan pendedahan kepada tugas-tugas sebagai seorang guru. Selain itu, latihan pada kali ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelatih guru untuk mengalami situasi sebenar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Fokus tugasan ialah menghendaki para pelatih untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah selain mengikuti segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti gerak kerja kokurikulum sekolah dan mengenali serta membina kemahiran komunikasi dan hubungan yang baik antara setisp komponen di dalam sekolah (pentadbir, guru, staf, murid, dan lain-lain) . Hal ini bagi memastikan para pelatih dapat membiasakan diri dengan keadaan dan situasi di sekolah sebelum melangkah ke alam kerjaya kelak.Secara holistiknya, selain fokus yang telah dinyatakan, adalah difahami bahawa latihan praktikum ini dilaksanakan atas beberapa tujuan tertentu. Tujuan-tujuan ini sebenarnya saling berkait dengan semua fokus yang telah dinyatakan tadi. Pelaksanaan sesi P&P adalah bertujuan untuk member pendedahan dan latihan mengajar yang sebenar di samping mengaplikasikan ilmu, pengetahuan, dan kemahiran pedagogi yang dipelajari di institut. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum pula bermatlamat untuk menyediakan pelatih guru yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek yang diperlukan agar dapat mendidik murid supaya mempunyai pelbagai kemahiran dan nilai tambah. Akhir sekali, pendedahan terhadap sekolah serta segala komponennya bertujuan melahirkan pelatih guru yang mampu bekerjasama dan menempatkan diri mereka dalam komuniti pendidik demi mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.Sebagai pelatih yang menjalani tugasan, beberapa strategi yang berkaitan telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan agar fasa latihan ini memperolah sesuatu yang bermakna untuk dijadikan panduan pada masa depan. Dari aspek pelaksanaan P&P, segala spek berkaitan teori dan praktikal pengajaran seperti dokumen-dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Bahan Bantu Mengajar (BBM), kaedah, teknik, strategi, dan pendekatan pengajaran serta lain-lain telah disemak dan dibuat beberapa kajian terhadapnya agar latihan praktikum ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya perkara ini telah dilakukan bersama pensyarah jabatan di kelas-kelas kuliah sama ada secara langsung atau tidak langsung sebelum latihan praktikum bermula. Bagi komponen kokurikulum pula, persediaan yang dilakukan adalah merujuk kembali kepada kemahiran-kemahiran praktikal serta ilmu-ilmu teori khusus bagi unit beruniform yang disertai iaitu Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), selain kemahiran-kemahiran asas permainan bagi kelab dan pengetahuan sedia ada bagi persatuan. Untuk aspek sekolah dan komuniti, sebuah portfolio praktikum telah disediakan bersama dengan struktur panduan berkaitan sekolah iaitu segala maklumat pentadbiran, latar belakang, kakitangan dan sebagainya akan dikumpul, disusun, dan direkodkan sebaik sahaja memulakan latihan praktikum nanti sebagai menepati amalan profesionalisme keguruan yang ditetapkan.Akhir sekali, diharapkan agar Praktikum Fasa 1 ini dapat dilaksanakan dengan lancer dan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman sebagai bekalan untuk latihan praktikum yang seterusnya secara khususnya dan sebagai persediaan awal sebelum ditugaskan sebagai guru sebenar kelak. Selain itu, adalah menjadi harapan agar pendedahan melalui latihan ini dapat membantu membeentuk sikap, sahsiah, kemahiran, ilmu, dan profesionalisme keguruan yang dituntut.

PENGESAHAN DAN SEMAKANPENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM

Pelajar PraktikumPensyarah/Guru Pembimbing

Nama: AIN ZUHAIRIAH BINTI DZULKIFLINama:Tarikh: 18 MAC 2012Tarikh:___________________________________________________________________________