penyata rasmi parlimen dewan rakyat(kertas dewan bil. 2 tahun 1995)-kuatkuasa usul: akta acara...

70
Bil. 30 Khamis 19 Oktober 1995 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

Bil. 30 Khamis 19 Oktober 1995

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN:

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA: Pindaan kepada Peraturan Mesyuarat

(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa

USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-

Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada

[Ruangan 1]

[Ruangan 1]

Ekuiti Dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad [Ruangan 21]

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Mahkamah Kehakiman

(Pindaan (No. 2) 1995

Diterbit oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI

PARLIMEN MALAYSIA

1999

[Ruangan 32]

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

------------

19 OKTOBER 1995

AHLI·AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Berharmat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MoHAMED ZAHIR BIN HAll ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N.

Yang Amat Berharmat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.l, D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., s.s.M.T., D.U.N.M., P.I.s. (Kubang Pasu).

Yang Amat Berharmat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM, D.U.P.N., S.S.A.P., S.S.S.A., D.G.S.M., s.P.N.s., s.P.D.K., D.M.P.N. (Permatang Pauh).

Yang Berharmat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR. LING LIONG SIK, D.G.S.M., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Labis).

,

,

Menteri Kerja Raya, DATO' SERI S. SAMY VELLU, s.P.M.P., s.P.M.J:, D.P.M.s., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput).

Menteri Perusahaan Utama, DATO' SERI DR. LIM KENG Y AIK, S.P.M.P., D.P.C.M. (Bruas).

Menteri Tenaga, Telekam dan Pas, DATUK LEo MaGGIE ANAK lROK, P.N.B.S. (Kanawit).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DATO' SERI RAFIDAH Aziz, s.P.M.P., D.P.M.s., A.M.N. (Kuala Kangsar).

Menteri Pertanian, DATUK SERI AMAR DR. HAJJ SULAIMAN BIN HAll DAUD, s.I.M.P., D.A., D.s.s.A., P.N.B.s., J.B.s. (Petra Jaya).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DATO' HAll ABU HASSAN BIN HAll 0MAR, S.P.M.S., D.P.M.S., S.M.S., s.M.T., P.I.s. (Kuala Selangar).

Menteri Pendidikan, Data' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Orang Kaya Indera Shahbandar), s.s.A.P., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., (Pekan).

Menteri Penerangan, DATO' MoHAMED BIN RAHMAT, s.P.M.J., S.I.M.P., S.S.S.A., S.S.I.J., D.P.M.J., D.P.M.S., P.N.B.S., K.M.N., P.I.S., B.S.!. (Pulai).

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, DATO' SABBARUDDIN CHIK, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., S.M.S. (Temerlah).

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

11 19 OKTOBER 1992

Yang Berhonnat Menteri Sumber Manusia, DATO' LIM AH LEK, S.I.M.P., D.S.A.P., S.M.T., J.P. (Bentong).

"

"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATO' ABANG ABu BAKAR BIN DATU BANDAR ABANG HAJJ MusTAPHA, D.S.A.P., P.N.B.s., D.P.T.J., J.M.N. (Kuala Rajang).

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, DATUK LAW HIENG DING, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATO' DR. TING CHEW PEH, D.P.M.P. (Gopeng).

Menteri Pertahanan, DATO' SYED HAMID BIN SYED JAAFAR ALBAR, D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi).

Menteri Pembangunan Luar Baridar, DATO' HAJJ ANNUAR BIN HAJJ MusA, s.I.M.P. (Peringat).

Menteri Luar Negeri, DATUK ABDULLAH BIN HAJJ AHMAD BADAWI, D.s.s.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas).

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, DATUK Osu BIN HAJJ SUKAM, P.G.D.K. (Papar).

Menteri Belia dan Sukan, TAN SRI DATO' HAJJ MuHYIDDIN BIN HAJJ MOHD. Y ASSIN, P.S.M., S.P.M.J., P.I.S., B.S.!. (Pagoh).

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, DATIN PADUKA HAJAH ZALEHA BINTI ISMAIL, D.P.M.S., S.M.S., K.M.N. (Gombak).

Menteri Kesihatan, TUAN CHUA JUI MENG, P.I.S. (Bakri).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATO' DR. HAJJ ABDUL HAMID BIN HAJJ OTHMAN, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T. (Sik).

Menteri Pembangunan Usahawan, DATO' MusTAPA BIN MoHAMED, D.P.M.s. (Jeli).

Timbalan Yang di-Pertua, TUAN 0NG TEE KEAT, S.M.S. (Ampang Jaya).

Timbalan Yang di-Pertua, TuAN HAJJ JuHAR BIN HAJJ MAHIRUDDIN (Kinabatangan).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, DATO' MEGAT JuNID BIN MEGAT AYOB, D.P.C.M., D.S.A.P., A.M.P., A.M.K. (Pasir Salak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATO' MoHD. TAJOL Rosu BIN MoHD. GHAZALI, D.P.M.P., A.M.P. (Gerik).

Timbalan Menteri Kesihatan, DATO' DR. Sm ZAHARAH BINTI HAJJ SULAIMAN, D.I.M.P. (Paya Besar).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, DATO' LOKE YuEN Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim).

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995 Ill

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, DATUK RAILEY BIN HAJI JAFFREY, P.G.D.K., J.M.N. (Silam).

"

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, RAJA DATo' ARIFFIN BIN RAJA SuLAIMAN, o.s.o.K., s.M.s. (Baling).

Timbalan Menteri Pendidikan, DATo' HAJJ MoHo. KHALID BIN MoHo. YuNus, o.s.N.s. (Jempol).

Timbalan Menteri Luar Negeri, DR. LEo MICHAEL ToYAD, J.B.S. (Mukah).

Timbalan Menteri Pertahanan, DATo' DR. ABDULLAH FADZIL BIN CHE WAN, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang).

Timbalan Menteri Penerangan, DATO' DRs. SuLEIMAN BIN MOHAMED, D.P.M.S. (Titiwangsa).

Timbalan Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, DATo' TENG GAIK KwAN, o.I.M.P., A.M.N., P.P.N. (Raub).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TuAN PETER CHIN FAH KVI, P.B.S., A.B.S. (Miri).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, DATo' ABDUL KADIR BIN HAJJ SHEIKH FADZIR, o.s.o.K., A.M.K .. (Kulim-Bandar Bharu).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, TUAN KERK CHOO TING (Taiping).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' HAJJ TENGKU MAHMUD BIN TENGKU MANSOR, D.P.M.T., K.M.N., P.J.C., J.P., P.J.K. (Setiu).

Timbalan Menteri Kewangan, DATo' WoNG SEE WAH, o.s.N.s. (Rasah).

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, DATUK PETER TINGGOM ANAK KAMARAU, P.N.B.S., J.B.S., K.M.N., P.B.S., A.M.N., P.P.C. (Saratok).

Timbalan Menteri Pendidikan, DATUK DR. FoNG CHAN ONN, D.M.S.M. (Selandar).

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATO' CHAN KoNG CHOY, o.s.A.P., o.P.M.s. (Selayang).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, TuAN ONG KA TING (Pontian).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, DATO' K. KUMARAN, D.P.M.P., K.M.N., J.S.M., P.M.P., P.P.T., J.P. (Tapah).

Timbalan Menteri Kewangan, DATO' DR. AFFIFUDIN BIN HAJJ 0MAR, o.s.o.K., J.S.M., K.M.N., B.c.K. (Padang Terap).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK DR. IBRAHIM BIN SAAD, D.M.S.M. (Tasek Gelugor).

Timbalan Menteri Sains, Teknolo .. 1 dan Alam Sekitar, DATO' ABU BAKAR BIN DAUD, D.S.M.T., D .. A.P., D.P.M.T., J.M.N., P.J.C., P.J.K. (Kuala Terengganu).

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

lV 19 OKTOBER 1992

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan, DATUK WIRA MoHD. Au BIN MoHD. RusTAM, D.c.s.M., D.M.S.M., o.s.M., P.B.M. (Batu Berendam).

"

"

"

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DATO' S. SuBRAMANIAM, o.s.N.s., D.P.M.J., s.M.J. (Segamat).

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, DR. GoH CHENG TEIK (Nibong Tebal).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK HAJJ MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh).

Timbalan Menteri Perusahaan Utama, CIK Sin ZAINAB ZAINABON BINTI ABU BAKAR (Tebrau).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, TUAN loRIS BIN JusoH. P.J.K. (Besut).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, DATO' M. MAHALINGAM, D.P.M.S., J.M.N., J.P. (Subang).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, DATo' MOHD. NoH BIN RAJAB, D.S.N.S. (Tampin).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, TUAN DouGLAS UGGAH EMBAS, A.B.s., P.B.s. (Betong).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, TuAN YoNG KHOON SENG (Padawan).

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, DATo' HAJJ FAUZI BIN HAJJ ABDUL RAHMAN, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N., (Kuantan).

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, DATo' HAJJ MOHAMAD BIN ABDULLAH, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran).

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, TUAN AzMI BIN KHALID, s.M.P., P.J.K. (Padang Besar).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, DR. HAJJ SHAFIE BIN MoHD. SALLEH, s.M.s., s.s.A., K.M.N. (Kuala Langat).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, TUAN CHOR CHEE HEUNG (Alar Setar).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, TUAN HISHAMUDDIN BIN TuN HussEIN (Tenggara).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, DATo' ABu BAKAR BIN TAIB, D.S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Langkawi).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, TUAN TAN CHAI Ho, K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak).

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995 v

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, DATUK MoHo.

"

"

"

"

SHAFIE BIN HAJJ APDAL, P.G.o.K, (Semporna).

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, PUAN SHAHRIZAT BINTI ABDUL JALIL (Lembah Pantai).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, TuAN G. PALANIVEL,P.J.K. (Hulu Selangor).

TUAN ABDOL MuLoK BIN HAJJ AwANG DAMIT (Labuan).

TuAN ABDUL Az1z BIN MoHo. Y ASSIN (Muar).

TuN ABDUL GHAFAR BIN BABA, s.s.M. (Jasin).

TuAN HAJJ ABDUL HAD! BIN HAJJ AwANG (Marang).

TuAN HAJJ ABDUL HAMID BIN ABDUL RAHMAN (Sungai Benut).

TuAN ABDUL RAHIN BIN DATo' MoHo SAID (KuALA NERus).

TUAN HAJJ ABDUL RAHMAN BIN HAJJ SULAIMAN, S.S.A., A.M.N., A.M.s., A.M.P., A.D.K. (Parit Buntar).

DATUK PATINGGI TAN SRI HAJJ ABDUL TAIB MAHMUD, D.P., o.A., s.P.M.J., P.G.D.K., s.s.A.P. (Kota Samarahan).

DATO' HAJJ ABU DAHARI BIN OSMAN, D.I.M.P., A.M.P., P.J.K. (Lipis).

DATUK ABu SEMAN BIN HAJJ YusoF, o.M.S.M., J.P., B.K.T. (Alor Gajah).

TuAN HAJJ ABu ZAHAR BIN DATo' NIKA UJANG, A.M.N., (Kuala Pilah).

TUAN AHMAD HUSNI BIN MOHO. HANADZLAH, P.P.T., A.M.P. (Tambun).

TUAN AHMAD KAMARUZAMAN BIN MOHAMED BARIA, P.J.K. (Jerantut).

DATUK AHMAD ZAHID BIN HAMIDI, o.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok).

PuAN AINON KHAIRIYAH BINTI DATO' MoHo. ABAS, P.M.P., A.M.P. (Parit).

TUAN AKBARKHAN BIN ABDUL RAHMAN (Libaran).

DATU AMIRKAHAR BIN TuN DATU HAJJ MusTAPHA (Marudu).

TUAN ASMAT NUNGKA (Beluran).

TUAN HAJJ BADRUDDIN BIN AMIRULDIN, B.K.M., P.J.K. (Yan).

TuAN HAn BAoRUL HISHAM BIN ABDUL Az1z (Hulu Langat).

TUAN BILLY ABIT Joo (Hulu Rajang).

TUAN HAJJ BUNIY AMIN BIN Y AAKOB (Bachok).

TUAN CHANG KoN You (Ipoh Timur).

CHE IBRAHIM BIN MusTAFA, P.J.K. (Sungai Petani).

TuAN CHIA KwANG CHYE (Bukit Bendera).

TUAN CHIEW CHIU SING (Bintulu).

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

vi 19 OKTOBER 1992

Yang Berhormat DATO' JosEPH CHONG CHEK AH, o.s.P.N. (Batu).

"

"

"

"

PuAN CHUA SooN BUI (Tawau).

TuN DAIM BIN HAn ZAINUDDIN, s.s.M., o.H.M.s., s.s.A.P. (MERBOK).

TUAN Fu AH Kww (Mentakab ).

TUAN HAMZAH BIN RAMLI (Sri Gading).

DATO' HAJJ HANAFI BIN RAMLI, D.S.D.K., S.M.S., K.M.N., A.M.K., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Jerlun).

TUAN HASHIM BIN !SMAIL, P.P.N., P.I.S. (Ledang).

TUAN HENRYNUS AMIN, A.D.K. (Kinabalu).

DATo' HEw SEE ToNG, D.P.M.P., J.P., P.M.P. (Kampar).

TUAN Ho CHEONG SING, A.M.N. (Ipoh Barat).

DATO' HaN CHooN KIM, o.s.N.s. (Seremban).

TUAN Hoo SEONG CHANG (Klu~ng).

TUAN HAJJ IBRAHIM BIN MAHMOOD (Kuala Krai).

TUAN IBRAHIM BIN PATEH MoHAMAD (Tanah Merah).

PUAN RAJAH lLANI BINTI DATo' HAJJ lsAHAK (Kota Bharu).

TUAN JAcOB DuNGAU SAGAN, P.P.B. (Baram).

DATO' DR. HAJJ JAMALUDDIN BIN DATO' MOHO. JARJJS, D.I.M.P., S.A.P. (Rompin).

TuAN JAMES JIMBUN ANAK PuNGGA, P.B.s. (Kapit).

TUAN JAWAH ANAK GERANG (Lubok Antu).

TUAN JIMMY LIM @ JIMMY DoNALD (Sri Aman).

TUAN JosEPH MAUH ANAK lKEH (Selangau).

DATUK JosEPH PAIRIN KITINGAN (Keningau).

DATO' DR. KAMAL BIN SALLEH, D.S.P.N., K.M.N., P.K.T., J.M.N .. (Wangsa Maju).

TUAN KAMARUDIN BIN Ahmad (Arau).

TUAN R. KARPAL SINGH (Jelutong).

DR. L. KRISHNAN, P.M.c., A.M.N. (Telok Kemang).

TUAN LAU NGAN SlEW, A.D.K. (Sandakan).

DR. LEE CHONG MENG (Bukit Bintang).

DR. G. LEELAVATHI, A.M.N. (Kapar).

TUAN LIEW AH KIM (Seputeh).

TUAN LIM GUAN ENG (Kota Melaka).

TuAN LIM HocK SENG (Bagan).

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995 Vll

Yang Berhormat TUAN LIM KIT SIANG (Tanjong).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN VINCENT LIM Kuo PHAU (Petaling Jaya Utara).

PuAN LIM LAY HooN, P.P.N., B.K.M. (Padang Serai).

TUAN LIM S1 CHENG, P.I.S. (Senai).

TuAN LIM SIANG CHAI (Petaling Jaya Selatan).

TuAN HAn MAHBUD BIN HAJI HASHIM , A.S.A., P.J.K. (Sabak Bernam).

TUAN MANSOR BIN MASIKON (Batu Pahat).

DR. MAXIMUS JoHNITY ONGKILI, A.s.o.K., J.P. (Bandau).

TuAN Mo IsA BIN SABU (Kangar).

TuAN MICHAEL LISA KAY A, B. B.s. (Bukit Mas).

TuAN HAJI MoHAMAD BIN SABU (Kubang Kerian).

TuAN HAJI MoHAMED BIN HAn ABDULLAH (Pasir Puteh).

TuAN MoHAMED KHALED BIN NoRDIN (Johor Bahru).

DATUK MoHO. SALLEH BIN TUN SAID, P.G.D.K. (Kota Belud).

DATo' HAn MoHo ZIHIN BIN HAn MoHo. HASSAN, D.I.M.P., P.M.P., A.M.P. (Larut).

TuAN MoKHTARUDDIN BIN WAN YusoF (Dungun).

TuAN HAn MusTAFA BIN MuoA, A.M.N., A.M.T., P.P.N., P.J.K., J.P. (Hulu Terengganu).

TuAN HAJI NIK MoHo. AMAR BIN HAn NIK ABDULLAH (Pengkalan Chepa).

TUAN NoH BIN 0MAR , P.J.K. (Tanjong Karang).

DR. NUNGSARI BIN AHMAD RADHI (Balik Pulau).

DATUK NURNIKMAN BIN ABDULLAH (Beaufort).

TuAN ONG TIN KIM (Teluk Intan).

TuAN OTHMAN BIN ABDUL, A.M.P., P.P.T. (Pendang).

DR. PATAU RUBIS, P.B.S. (Mas Gading).

TuAN PAUL NounN, A.D.K. (Penampang).

TuAN PHILIP YaNG CHEW LIP. A.D.K. (Gaya).

DATo' HAJI QAMARUZ ZAMAN BIN HAn IsMAIL, o.P.M.P., P.C.M., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Bagan Serai).

TUAN RADIN MALLEH (Tenom).

DR. RAMLI BIN T AIB (Kemaman).

Yang Berhormat MuuA TENGKU TAN SRI RAZALEIGH HAMZAH, o.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S .. (Gua Musang).

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

viii 19 OKTOBER 1992

Yang Berhormat TUAN RICHARD RIOT ANAK JAEM (Serian).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

TUAN RoBERT LAU HOI CHEW (Sibu).

PuAN RoHANI BINTI ABDUL KARIM, P.P.B. (Santubong).

TUAN RuHANIE BIN HAn AHMAD, P.I.s. (Parit Sulong).

TUAN SALAMON BIN SELAMAT s.s.A., A.M.s., P.J.K. (Shah Alam).

DR. SANUSI BIN DAENG MARIOK (Rantau Panjang).

PUAN SERIPAH Nou BINTI SYED HussrN (Sepang).

DATUK S'NG CHEE HuA, o.s.N.S., P.G.D.K. (Julau).

DATUK SoNG SwEE GuAN, P.G.D.K. (Bandar Kuching).

CIK SuKINAM DoMo (Batang Sadong).

DATO' HAn SuKRI BIN HAn MoHAMED, D.J.M.K., J.P. (Machang).

DR. TAN CHONG KENG (Bukit Mertajam).

DR. TAN KEE KwoNG (Segambut).

TUAN TAN KoK WAr (Cheras).

DR. TAN SENG GIAW (Kepong).

DR. TAN YEE KEW (Kelang).

TUAN TIONG THAI KING (Lanang).

TUAN TuE Sr @ CHANG SEE TEN, P.I.s. (Gelang Patah).

WAN HANAFIAH BIN WAN MAT SAMAN, B.K.M. (Pokok Sena).

WAN JuNAIDI BIN TUANKU JAAFAR, P.B.s. (Batang Lupar).

TuAN HAn WAN MoHo JAMIL BIN WAN MAHMOOD (Tumpat).

TUAN WoNG KAM HooNG, K.M.N. (Bayan Baru).

DATo' YAP PIAN HoN, D.M.P.s., A.M.N., P.J.K, (Serdang).

DR. YAP Yn THONG, A.M.P., A.M.N. (Lumut).

DR. YEE MoH CHAI (Tanjong Aru).

TUAN YEONG CHEE WAH (Batu Gajah).

TUAN YuNoF EDWARD MARINGKING (Tuaran).

TUAN YuNus BIN RAHMAT (Jelebu).

DR. HAJI YusoF BIN HAJI Y ACOB, A.D.K. (Sipitang).

TuAN ZAINAL ABIDIN BIN OsMAN (Mersing).

TUAN HAn ZAINUDDIN BIN HAJI MoHAMAD NoR, s.M.K. (Pasir Mas).

DATO' HAn ZAKARIA BIN MoHo. SAID, o.s.o.K., s.M.K., K.M.N., P.J.K. (Kuala Kedah).

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995 IX

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat

Ketua Penolong, Setiausaha

Pmk. Ketua Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha Kanan

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Ali, D.P.M.T., A.M.N., P.J.K., A.M.S., S.M.T., A.S.D.K.

Said bin Sidik.

Abdullah bin Abdul Wahab.

Zamani bin Haji Sulaiman.

CAWANGAN DOKUMENTASI

Pegawai Penerbitan

Pelapor Perbahasan Parlimen

Bentara Mesyuarat

Azhari bin Hamzah.

Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop. P.P.N.

Haji Suhor bin Husin

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop.

Hajah Supiah binti Dewak.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Hajah Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

CAWANGAN BENTARA

Lt Kol (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 19hb Oktober, 1995

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan M esyuarat)

PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA

Pindaan kepada Peraturan Mesyuarat (Kertas Dewan Bil. 2

Tahun 1995)-Kuatkuasa

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan-pindaan kepada Peraturan Mesyuarat telah diluluskan oleh Dewan kita pada petang semalam. Mengikut Artikel 62(1) Perlembagaan yang berbunyi seperti herikut:

"Tertakluk kepada per­untukan Perlembagaan ini dan Peruntukan undan~-undang

Persekutuan, tiap-tiap satu Majlis Parlimen hendaklah membuat peraturan-peraturan mengenai acaranya sendiri".

Ini bermakna keputusan Dewan ini tidak dikehendaki lagi mendapat pengesahan dari mana-mana pihak dan hendaklah berkuatkuasa selepas sahaja keputusan itu dibuat.

1

Saya membuat pengumuman ini untuk maklumat kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

KELAB GOLF DI WILA YAH PERSEKUTUAN-BILANGAN

1. Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapa banyakkah kelab golf yang terdapat di Wilayah Persekutuan; dan

(b) berapa luaskah tanah yang digunakan bagi mewujudkan kelab-kelab golf.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Dr. Ibrahim bin Saad): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Mengikut rekod di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terdapat 7 kelab golf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah siap dibina, 1 masih di peringkat pem­binaan dan 2 lagi di dalam peringkat cadangan.

(b) Keluasan setiap kelab golf tersebut adalah di antara 52 ekar hingga 400 ekar. Keluasan keseluruhan kelab golf kesemuanya adalah 1,649.81 ekar dan ini tidak termasuk 3 kelab golf di kawasan larangan iaitu Kelab Golf TUDM, Kelab Golf Tentera di Sungai Besi dan Kelab Golf PULAPOL.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

2

Tuan Ahmad Kamaruzaman bin Mohamed Baria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di dalam sesi Parlimen yang lalu saya telah bertanya berkenaan dengan jumlah padang permainan yang wujud di Wilayah Persekutuan dan sama ada kekurangan padang permainan merupakan faktor yang menyumbang kepada penyakit­penyakit sosial yang dihidapi oleh belia dan beliawanis. Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan kekurangan padang permainan merupakan salah satu daripada faktor-faktor penyumbang kepada perkara tersebut.

Soalan saya ialah yang pertama, Tuan Yang di-Pertua, apakah kita perlu begitu banyak padang golf yang menggunakan kawasan yang begitu luas?

Yang kedua, adakah kemungkinan sebahagian daripada padang-padang golf ini ditukar menjadi padang bola, padang hoki dan padang-padang permainan yang lain bagi penampung keperluan belia dan beliawanis yang bertambah pada masa tahun-tahun yang akan datang?

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya hari ini kalau kita lihat selain daripada 3 kelab golf yang di dalam kawasan larangan, 1 tidak boleh digunakan lagi iaitu di Sentul, 1 yang memang lama ada di situ-puluhan tahun, 1 untuk kelab golf perkhidmatan awam dan 1 di Bukit Kiara. J adi maknanya, sekarang ini hanya ada 3 sahaja yang terbuka kepada publik. Kalau dari segi angka itu kita bandingkan dengan di Wilayah

19 OKTOBER 1995

Persekutuan ini tidak banyak. Walau bagaimanapun, saya ingat pada ketika ini tidak ada cadangan untuk menukar kelab golf ini kepada padang permainan, tetapi yang kita harapkan dan kita boleh memberitahu kepada kelab-kelab golf ini supaya mem­perbanyakkan aktiviti-aktiviti untuk orang ramai atau pun untuk rekreasi­rekreasi dan riadah yang lain, selain daripada hanya bermain golf dan saya kira ini juga sedang dilakukan di banyak kelab-kelab golf.

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adalah dikenal pasti oleh umum bahawa bukan sahaja di negara ini tetapi di negara asing juga bahawa padang-padang golf ini adalah punca utama pencemaran alam sekitar kerana penggunaan kimia dan baja-baja yang melebihi untuk menjaga rumput­rumput yang kelihatan lawa begitu. Saya ingin bertanya apakah tindakan kementerian yang berkenaan untuk mengawasi masalah ini? Adakah kes­kes di mana tindakan perlu diambil kerana masalah yang mendesak dari segi pencemaran awam yang dilakukan oleh kelab-kelab golf ini?

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita belum dapat apa-apa aduan tentang penyerapan baja atau pun insecticide ke tempat-tempat takungan air. Selalunya kalau kelab-kelab golf ini dekat dengan tempat-tempat takungan air, maka timbul masalah "leach" di mana penyerapan itu berlaku. Tetapi saya kira kelab-kelab golf yang ada di sini tidak terlibat dengan kawasan­kawasan yang tersebut, jadi air penyerapan itu tidak sampai kepada kawasan-kawasan tadahan air dan sebagainya.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, apakah pengawasan yang dijalankan?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, pengawasan yang dijalankan, Yang Berhorrnat.

Datuk Dr. Ibrahim bin Saad: Tuan Yang di-Pertua, saya kira daripada segi pengawasan, ini terpulang kepada kelab-kelab golf itu sebab sehingga ini kita belum dapat apa-apa aduan atau kompelin daripada mana-mana pihak tentang masalah ini.

TEKSI/KERETA SEWA-KAJI SEMULA KADAR TAMBANG

2. Tuan Teo Si @ Chang See Ten minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan sama ada kementerian bercadang untuk mengkaji semula kadar bayaran meter minima basil teksi/kereta sewa memandangkan pendapatan pemandu/pemilik teksi/ kereta sewa yang tidak begitu lumayan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Tuan ldris bin Jusoh): Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini masih belum bercadang untuk mengkaj i sem ula kadar bayaran tambang minima bagi perkhidmatan teksi dan kereta sewa.

Sungguhpun demikian, kementerian sedang mengkaji kemungkinan menyelaraskan kadar tambang berdasarkan kepada masa dengan jarak ataupun dengan lain perkataan, menyelaraskan kadar tam bang distance rated dengan kadar tambang time rated, dengan izin.

Kajian ini perlu disebabkan perjalanan teksi di bandar-bandar besar

3

yang sering tergendala di waktu kesesakan jalan raya dan mendapati bahawa bayaran tambang mengikut kiraan masa tidak setimpal dengan bayaran mengikut jarak. Keadaan ini menyebabkan pemandu-pemandu teksi enggan mengambil penumpang di waktu-waktu sesak.

Tuan Md. lsa bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, sukacita mendapat penjelasan tambahan daripada Yang Berhorrnat Timbalan Menteri, adakah pihak Yang Berhorrnat sedar bahawa pendapatan pemandu-pemandu teksi dan kereta sewa menjadi tidak lumayan disebabkan oleh kegiatan teksi ataupun kereta sewa secara haram dan pengusaha-pengusaha ini sebenarnya juga ingin kepada lesen teksi dan kereta sewa dan permohonan yang dibuat memakan masa yang terlalu panjang dan kadang-kadang tidak terjawab langsung.

Tuan Idris bin Jusoh: Tuan Yang di­Pertua, kementerian sedar yang wujudnya teksi-teksi haram dan kerjasama dengan pihak JPJ telah diselaraskan dari masa ke semasa untuk mengatasi masalah ini.

Mengikut piagam yang telah ditetapkan oleh LPKP, kita mengambil masa tiga bulan untuk menjawab ataupun memproses semua per­mohonan-permohonan tetapi ada kalanya wujud perkara-perkara yang tidak dapat di atasi seperti borang tidak lengkap di mana pemprosesan tidak dapat dijawab, tidak dapat diproseskan dengan baik.

Ada kalanya alamat-alamat yang diberi, yang digunakan melalui orang tengah ataupun runner di mana jawapan-jawapan itu tidak sampai kepada pemohon-pemohon tersebut.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

4

Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Tuan Yang di-Pertua, soalan tarnbahan. Kita menyokong penuh untuk membela nasib pemandu-pemandu teksi, tetapi sebelum kadar tambang dinaikkan, apakah kerajaan telah pun membuat kajian ataupun bercadang membuat kajian mengenai dengan purata pendapatan pemandu-pemandu teksi di Kuala Lumpur ataupun di bandar-bandar lain. Jikalau didapati pendapatan pemandu-pemandu teksi rendah dan tidak mencukupi untuk menyara hidup, memang harus kadar sewa dinaikkan.

Yang kedua, sebelum kadar sewa dinaikkan, kita perhatikan bahawa kereta-kereta sewa yang ada di Kuala Lumpur ini begitu uzur, kadang-kadang kalau kita menaiki teksi, dawai-dawai ataupun wayar-wayar bersangkutan di bawah kaki, ini memberi gambaran yang tidak baik kepada negara terutama sekali kepada pelancong­pelancong dari luar negara. Apakah kerajaan bercadang untuk menghadkan umur kereta ini seperti negara-negara jiran, setelah tamat umur misalnya lima tahun ataupun tujuh tahun, kereta baru mesti digunakan. Itu yang kedua.

Yang ketiga, ...... .

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat.

Dr. Haji Yusofbin Haji Yacob: Satu lagi, mengenai dengan radio. Sistem radio.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, dua soalan sahaja, ya.

Tuan ldris bin Jusoh: Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya setelah kita membuat kajian, sebab itulah kita cuba menyelaraskan sebagaimana yang

19 OKTOBER 1995

telah saya jawabkan tadi, untuk menyelaraskan kadar tam bang distance rated dengan time rated, insya-Allah, dengan penyelarasan ini pemandu­pemandu teksi akan mendapat pendapatan yang lebih baik.

Dan keduanya, berkenaan dengan kereta yang telah uzur, sebenarnya kementerian sedang membuat kajian dan kita menghantar laporan ini kepada kementerian-kementerian yang lain untuk mendapat feedback, dengan izin, daripada mereka supaya kita dapat memperbaiki perkhidmatan kereta sewa. Dan untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormatjuga, had umur untuk kereta sewa ialah tujuh tahun, tetapi yang masih ada ini, yang akan di 'phase out', dengan izin.

CUKAI KORPORAT/CUKAI INDIVIDU/INSENTIF CUKAI UTAMA-PERBANDINGAN

3. Tuan Robert Lao Hoi Chew minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) perbandingan angka-angka di antara 'Corporation tax rate' kadar cukai individu dan insentif cukai utama bagi negara-negara A SEAN, Hong Kong dan Malaysia; dan

(b) langkah-langkah yang akan diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang sewajarnya di rantau dunia ini.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Perbandingan angka-angka di antara kadar cukai korporat,

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

kadar cukai korporat, kadar cukai individu dan insentif cukai utama bagi negara-negara ASEAN dan Hong Kong adalah seperti berikut:

(i) Cukai Korporat

Negara Kadar di atas pen­

dapatan bercukai

Indonesia 10% ke atas 25 juta

Rupiah (RM28,325)

yang pertama

Malaysia 30% kadar tetap

Thailand 30%

Filipina 35%

Singapura 27%

Brunei 30%

Hong Kong 16.5%

(ii) Cukai Individu

Negara-negara ASEAN dan Hong Kong me­ngenakan cukai pen­dapatan individu mengikut kadar progresif Brunei yang menetapkan kadar tetap 30% di dalam peruntukan undang­undangnya. Walau bagai­manapun, pada masa ini cukai pendapatan individu belum lagi diimplemen­tasikan di Brunei. Secara ringkasnya kadar cukai yang dikenakan di negara­negara ASEAN dan Hong Kong adalah seperti berikut:

Malaysia

Individu dikenakan cukai di antara 0% bagi pendapatan bercukai

5

RM1 hingga RM2,500 kepada 32% bagi pendapatan bercukai melebihi RM150,000. Maksudnya di Malaysia kalau individu itu mendapat pendapatan RM2,500 ke bawah, cukai yang layak untuk dicukai tidak dicukai langsung.

Thailand

Individu dikenakan cukai di antara 5% ke atas pendapatan bercukai Bht 100,000 (bersamaan RM10,000) yang pertama sehingga 37% bagi pendapatan bercukai yang melebihi Bht 4,000,000 (bersamaan RM401,000).

Indonesia

Individu dikenakan cukai di antara 10% ke atas pendapatan bercukai 25 juta Rupiah yang pertama sehingga 30% ke atas pendapatan ber­cukai yang melebihi 50 juta Rupiah.

Filip ina

Individu dikenakan cukai di antara 0% ke atas pendapatan bercukai 2,500 Peso ataupun RM240 yang pertama kepada 35% bagi pendapatan bercukai melebihi 500,000 Peso (bersamaan RM47,000).

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

6

Singapura

Individu dikenakan cukai di antara 2.5% ke atas pendapatan bercukai S$5,000 (bersamaan RM8,885) yang pertama sehingga 30% bagi pendapatan bercukai melebihi S$400,000 (ber­samaan RM710,000).

Hong Kong

Individu dikenakan cukai di antara 2% ke atas pendapatan bercukai HK$20,000 (bersamaan RM6,380) yang pertama sehingga 20% bagi pendapatan bercukai melebihi HK$80,000 (bersamaan RM25,000). Walau bagaimanapun, kadar cukai tetap 15% dikenakan bagi pen­dapatan bercukai yang melebihi HK892,000 (bersamaan RM284,000).

Untuk soalan ketiga, negara-negara Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei ada menyediakan beberapa galakan cukai yang khusus untuk menggalakkan pelaburan. Antara galakan utama yang diberi adalah dalam bentuk pengecualian cukai korporat dan pengecualian duti atau cukai import kepada kegiatan-kegiatan yang diberi keutamaan di negara­negara berkenaan. Di Singapura, syarikat perintis yang mengeluarkan keluaran berteknologi tinggi yang diluluskan atau menawarkan per­khidmatan yang layak atau men­jalankan perniagaan timbalbalas (countertrade) boleh memohon pengecualian cukai selama 5 atau 10

19 OKTOBER 1995

tahun. Selepas tamat tempoh pengecualian cukai berkenaan, permohonan boleh dibuat untuk membayar cukai pada kadar 10% bagi tempoh 10 tahun.

Di Thailand, galakan cukai utama yang disediakan adalah pengecualian cukai dan pengecualian Cukai Pegangan (Withholding Tax) ke atas dividen selama 3 tahun hingga 8 tahun yang boleh diberi kepada industri yang layak. Pengurangan atau pengecualian duti import ke atas mesin serta perlindungan tarif ke atas bahan mentah dan bahan utama juga boleh diberi. Aktiviti berorientasikan eksport yang ditempatkan di Zon Galakan Pelaburan boleh diberi tambahan galakan cukai.

Di Filipina pula, galakan cukai utama yang disediakan adalah pengecualian cukai pendapatan selama 6 tahun bagi syarikat perintis yang ditempatkan di luar Metro Manila. Di samping itu pengecualian duti dan cukai juga diberi ke atas pengimportan peralatan modal, breeding stock dan genetic materials. Bagi negara Indonesia, galakan utama yang disediakan adalah pengecualian duti kastam ke atas barangan modal yang disenaraikan di dalam senarai utama dan bahan mentah untuk tempoh 2 tahun pertama.

Di Malaysia galakan utama yang disediakan adalah pengecualian cukai taraf perintis selama 5 tahun dan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60% ke atas perbelanjaan modal bagi aktiviti yang digalakkan di bawah sektor pem­buatan, pertanian, pelancongan dan penanaman hutan. Bagi galakan taraf perintis, pengeculian cukai adalah

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

dihadkan ke atas 70% daripada pendapatan berkanun sementara bakinya 30% masih dikenakan cukai pendapatan pada kadar biasa, kecuali bagi industri berteknologi tinggi dan industri strategik yang diberi pengecualian ke atas keseluruhan pendapatan berkanun. Di samping itu industri strategik juga layak dipertimbangkan galakan taraf perintis untuk tempoh 10 tahun. Sektor pembuatan yang melabur semula pula layak dipertimbangkan Elaun Pelaburan Semula sebanyak 50% ke atas perbelanjaan modal.

Bagi pelaburan dalam sektor yang sama di kawasan "tertentu di koridor Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, galakan yang lebih menarik disediakan dalam bentuk taraf perintis dengan pengecualian cukai sebanyak 85% ke atas pendapatan berkanun atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 80%. Pengecualian duti import juga diberi ke atas mesin dan peralatan serta bahan mentah yang diperlukan oleh sektor pembuatan khususnya bagi keluaran untuk pasaran eksport.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan di rantau ini. Langkah utama adalah menyediakan insentif-insentif yang sesuai dan insentif-insentif cukai yang disediakan di Malaysia yang baru disebutkan tadi adalah merupakan langkah-langkah yang diambil.

Toan Robert Lao Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah kesannya kepada ekonomi Malaysia atas dasar pembukaan ekonomi di negara China, Vietnam dan India?

7

Kedua, apakah sistem yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh dan tenaga mahir di negara kita?

Dato' Dr. Affifodin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, minta diulangkan soalan yang kedua, saya lambat sedikit.

Toan Robert Lao Hoi Chew: Soalan kedua, apakah sistem yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh dan tenaga mahir di negara kita?

Dato' Dr. Affifodin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan ini mungkin tidak masuk dalam soalan asal, kerana soalan yang saya jawab dengan panjang tadi ialah mengenai cukai, tetapi biarlah saya cuba jawab untuk tidak menghampakan Yang Berhormat.

Kesan pembangunan ekonomi di China, India dan di Vietnam kepada ekonomi kita memanglah satu kesan yang positif kerana ianya membuka satu pasaran yang baru kepada kita, baik barangan komoditi utama mahupun barangan eksport yang lain. Pada pokoknya ialah pasaran untuk barangan negara kita diperluaskan dan kalau China, India dan Vietnam meningkatkan kebolehan membeli (purchasing power) maka m1

menentukan kesan yang positif kepada ekonomi negara.

Sistem yang hendak dipakai bagi mengatasi masalah perburuhan sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, dasar kerajaan sekarang ialah untuk mengalihkan industri kita kepada industri yang tidak akan bergantung banyak kepada peng­gunaan tenaga manusia. Kita tahu

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

8

bahawa satu daripada kekangan ekonomi di negara kita ialah masalah perburuhan sekarang yang mana kita terpaksa memasukkan buruh-buruh dari luar negara. Jadi, sistemnya tidak merupakan satu sistem tetapi dasar yang dibuat sekarang ini akan mengurangkan pergantungan kita kepada buruh-buruh luar negara.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak membawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat di atas pindaan yang kita buat kelmarin iaitu Peraturan 24(b )(2) yang mengatakan apa-apa pertanyaan tambahan tidaklah boleh terdiri daripada beberapa pertanyaan ataupun gabungan beberapa pertanyaan. Jadi, bermakna hanya satu pertanyaan tambahan boleh digunakan.

HARGA UBAT-UBATAN­LANGKAH KAWALAN

4. Tuan Abdul Rahman bin Haji Sulaiman minta Menteri Kesihatan menyatakan mengenai langkah-langkah yang akan diambil untuk menjamin harga ubat-ubatan khususnya ubat­ubatan dalam senarai terkawal tidak melambung naik dan membebankan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan sentiasa sensitif terhadap perlunya menentukan harga ubat­ubatan dikekalkan di tahap yang terkawal dan sebarang kenaikan harga tidak akan membebankan rakyat. Kementerian ini telah mengambil beberapa langkah bagi menentukan harga ubat-ubatan sentiasa stabil, di antaranya mengaturkan sesi dialog

19 OKTOBER 1995

dengan persatuan-persatuan pengilang dan peniaga pharmaceutist ubat-ubatan tempatan dan ubat import. Melalui forum sedemikian, kementerian dapat mengesan harga ubat-ubatan di pasaran dan mengambil tindakan pencegahan apabila perlu.

Kami berpendapatan dengan menggalakkan perdagangan dan perindustrian farmacitucal tempatan harga ubat-ubatan akan sendirinya terkawal dan stabil melalui persaingan yang sihat di dalam sektor pharmaceutical yang telah berkembang.

Mengenai ubat-ubatan terkawal seperti ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai dadah berbahaya, kementerian ini telah pun memberi kuasa kepada lebih daripada satu syarikat pengimport untuk membawa masuk ubat-ubatan tersebut dan ini akan menghalang daripada berlakunya monopoli dan dapat menentukan harga yang kompetitif.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan sambutan rakyat mutakhir ini terhadap ubat homoepathy dan herba yang harganya begitu melambung tinggi sekarang ini, misalnya ubat herba ada yang RM100,00 sehingga RM150.00, ginseng dan sebagainya, apakah pihak kementerian mengambillangkah untuk mengawal harga ubat tersebut memandangkan ianya mendapat sambutan dan harganya terlalu tinggi. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyatukan perubatan homoepathy dan perubatan herba yang mendapat sambutan daripada masyarakat sekarang.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, pihak

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

kementerian buat masa ini tidak mempunyai sebarang mekanisme untuk mengawal harga. Kategori ubat-ubatan dalam sektor perubatan pilihan (alternative) seperti ubatan herb a sekarang ini dalam proses pendaftaran dengan pihak kementerian dan dijangka ubat-ubatan yang diboleh guna pakai oleh orang ramai akan dimaklumkan pada awal tahun. Jadi, soal harga itu tidak termasuk dalam bidang kuasa atau budi bicara kementerian.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan saya, apakah usaha-usaha yang telah atau akan diambil kementerian untuk me­ningkatkan pembuatan dan pe­ngeluaran ubat-ubat di Malaysia untuk mencapai dua matlamat. Pertama, supaya mengurangkan pergantungan negara kita kepada ubat-ubatan import dan kedua mengurangkan harga ubat.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sekarang ini tidak membenarkan hanya seorang sahaja yang memonopoli dalam soal pengimportan ubat-ubatan terutamanya ubat-ubatan dalam kategori ubat-ubatan yang berbahaya. Jadi, dalam soal ini kerajaan atau kementerian telah pun membenarkan lebih dari satu pengimport iaitu 3 lagi pengimport untuk membenarkan mereka boleh membawa masuk ubat­ubatan atau dadah terkawal ini.

Selain daripada itu, kementerian juga membenarkan mereka di kalangan pembuatan tempatan melakukan usaha pembuatan dalam soal manufacturing, dengan izin, ubat ini iaitu sekarang ini di dalam negara kita ada sebanyak 35

9

pembuat atau manufacturer peng­ubatan d.engan tujuan untuk menjadikan persaingan di dalam pasaran itu lebih sihat dengan usaha untuk mencegah atau mengelak daripada harga ubat melambung tinggi.

TEMPOH W ARANTI BAGI RUMAH YANG DIBELI­

CADANGAN MELANJUTKAN

5. Tuan Tan Kok Wai minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan cadangan kementerian untuk melanjutkan tempoh waranti bagi pembelian rumah dan sejauh mana ia diterima oleh para pemaju tanpa menyebabkan mereka menaikkan harga jualan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan melanjut­kan tempoh liabiliti kecacatan bagi rumah yang dibina adalah masih lagi dalam pertimbangan kementerian. Tempoh 12 bulan adalah didapati munasabah bagi kecacatan yang biasa dikesan. Walau bagaimanapun, kementerian ini sedang mendapat pandangan dari pelbagai pihak termasuk para profesional sama ada wajar dipinda tempoh ini.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan saya ialah imej industri perumahan negara kita adalah kurang baik kerana kejadian bangunan runtuh semasa pembinaan atau selepasnya ataupun rumah terbenam ataupun keretakan­keretakan besar dan kecil di lantai, dinding dan bumbung ataupun kerosakan struktur kerap berlaku.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

10

Soalan senang sahaja, saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat sedar bahawa salah satu peranan penting kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah ialah memastikan pembeli rumah mendapat layanan adil seperti rumah yang dibeli oleh mereka itu adalah bermutu tinggi dan selamat diduduki tetapi memandangkan ....... .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, pertanyaannya ya?

Tuan Tan Kok Wai: Saya ingin enlightenkan Yang Berhormat Timbalan Menteri (Disampuk) memandangkan masa lalu pihak kementerian terpaksa tunduk kepada tekanan oleh pemaju-pamaju perumahan kerana mereka menjadi penderma-perderma besar kepada parti-parti BN. Ini satu kenyataan yang benar. (Disampuk)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Cheras, sila bertanya.

Tuan Tan Kok Wai: Maka, akibatnya penguatkuasaan ke atas pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab seperti Tuan Yang di-Pertua pun sedar, penangguhan pelaksanaan akaun pemaju perumahan dan juga jaminan oleh menteri sendiri apabila beliau ........ .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, jangan berucap.

Tuan Tan Kok Wai: Jaminan menteri bahawa CF akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu ini semua tidak jadi. Maka, apakah jaminan kerajaan boleh diterima pakai sekarang mengenai soal melanjutkan tempoh dari 1 ke 3 tahun jika terdapat

19 OKTOBER 1995

bantahan daripada persatuan pemaju perumahan? Apakah reaksi sekarang daripada persatuan pemaju perumahan mengenai cadangan kementerian untuk melanjutkan tempoh liabiliti kecacatan itu?

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, Yang Berhormat.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Cheras membangkitkan beberapa perkara tetapi saya ingin menegaskan di sini bahawa kementerian tidak pernah dan tidak akan tunduk kepada mana-mana juga pemaju perumahan mengenai isu perumahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, sebarang kecacatan atau lain-lain masalah mengenai bangunan berkenaan yang dikesan dalam masa 12 bulan selepas diserahkan rumah kepada pembeli dan selepas air dan api dimasukkan, sebarang masalah yang melibatkan cara, pembuatan a tau bahan yang tidak mengikut spesifikasi terpaksa dibaiki oleh pemaju dalam masa 30 hari selepas notis diberikan oleh pembeli dengan perbelanjaan ditanggung oleh pemaju ataupun vendor.

Sekiranya pemaju a tau vendor tidak membaiki dalam masa ini, pembeli boleh memberi maklum kepada pemaju ataupun vendor bahawa mereka ingin membaiki rumah ini sendiri dan berikan kos membaiki rumah ini kepada vendor untuk dibayar oleh vendor ataupun peguam yang memiliki atau ada deposit kepada peguam, wang pemaju dan sebagainya.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini pun, memang telah ada iaitu kalau ada apa-apa kecacatan dalam masa 12

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

bulan, pemaju terpaksa membaiki rumah ini dengan kos mereka sendiri tetapi oleh kerana Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan prihatin masalah yang dihadapi oleh pembeli, maka itulah sekarang ini kementerian bercadang, sedang mengkaji sama ada hendak dilanjutkan tempoh ini tetapi kalau kerosakan ini melibatkan structural, ini tidak ada tempoh. Highland Towers berbelas tahun tetapi pemaju masih lagi menghadapi masalah dan tekanan daripada kerajaan dan juga pembeli.

J adi, bermakna kalau structural, ia bukan setahun. Ia mungkin 10 tahun. Tetapi yang kita katakan setahun ini ialah keretakan-keretakan kecil, kerosakan-kerosakan kecil, mungkin pintu tidak boleh tutup oleh kerana kualiti pintu tidak baik dan sebagainya. Jadi, ini yang dikatakan setahun tetapi kalau structural. tidak ada tempoh.

BALAI POLIS DI KA WASAN PERUMAHAN BARU-SYARAT

ASAS PEMBINAAN

6. Dato' Yap Pian Hon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan syarat­syarat asas pendirian balai polis terutamanya di kawasan perumahan baru di samping menerangkan:

(a) apakah tindakan dan kajian yang telah diambil mengenai kekurangan pengawal keselamatan di kawasan perumahan yang baru. Bagi contohnya, dalam kawasan Serdang, tempa -tempat seperti batu 8 Jalan i'uchong. Batu 14 Puchong dan kawasan J alan Balakong. Beribu-ribu penduduk telah berpindah ke

11

kawasan tersebut yang tanpa kawalan keselamatan yang sempurna; dan

(b) adakah balai-balai polis di kawasan-kawasan yang disebutkan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di­Pertua,

(a) Untuk makluman Yang Berhormat, keperluan untuk membina pondok polis atau balai polis akan ditentukan berdasarkan kepada beberapa kriteria. Di antaranya ialah:

(i) bilangan penduduk bagi sesuatu kawasan;

(ii) keluasan dan keperluan sesuatu kawasan seperti peningkatan kadar jenayah, masalah lalu­lintas dan masalah perhubungan yang berkaitan dengan keselamatan;

(iii) lain-lain perkara seperti wujudnya aktiviti pe­nyeludupan senjata api dan dadah secara berleluasa.

(b) Pada masa ini, walaupun tidak ada pondok polis atau balai polis di kawasan Batu 8 J alan Puchong, Batu 14 Puchong dan kawasan Jalan Balakong, tetapi pihak polis sentiasa peka dengan masalah-masalah keselamatan yang ditimbulkan di mana rondaan keselamatan dan pencegahan jenayah dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

12

(c) Rancangan untuk membina pondok polis atau balai polis bagi kawasan tersebut akan dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia yang Ketujuh.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Satu ketika dahulu, kita dengar di mana diadakan Sistem Saleh. J adi, sistem ini nampak praktikal dan saya kira pada zaman yang begitu mencabar pada hari ini, adakah pihak Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan sistem itu kembali supaya rakyat akan dengan mudah mendekati pihak polis di dalam keadaan-keadaan yang tertentu. ltu yang pertama.

Yang keduanya, Tuan Yang di­Pertua ........

Tuan Yang di-Pertua: Cukup, Yang Berhormat. Satu sahaja soalan.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Satu sahaja? Oh, ini pindaan hari kelmarin, ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. (Ketawa) Yang Berhormat-Yang Berhormat telah luluskan kelmarin. (Ketawa) Bukan saya.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, memang sistem Salleh ini merupakan satu sistem yang baik yang boleh membantu terutamanya pihak Polis DiRaja Malaysia, tetapi sistem ini kita perlu sangat sokongan daripada pihak-pihak swasta seperti pemaju­pemaju perumahan dan pemilik­pemilik kompleks membeli-belah untuk membekalkan kemudahan seperti memberikan ruang atau memberikan pondok-pondok dan sebagainya serta kemudahan­kemudahan yang lain. Kalau sekiranya ada sokongan secara sukarela daripada pihak-pihak swasta, maka sistem ini akan menjadi lebih berkesan.

19 OKTOBER 1995

Puan Ainon Khariyah binti Dato' Mohd. Abas: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah dasar kementerian mengenai balai-balai polis yang tidak berfungsi lagi di kawasan­kawasan perumahan? Sebagai contoh, di Bota, dalam kawasan Parlimen Parit, ada balai polis yang sudah tidak berfungsi dan pihak MARA dengan orang tempatan telah memohon supaya tanah ini dapat dijadikan pusat tuition untuk anak-anak di kawasan itu, tetapi hingga sekarang ini tidak ada apa-apa jawapan yang diberi dan balai polis itu tidak diduduki, malahan rasa saya, bangunannya, dengan izin, sudah kondem.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di­Pertua, saya rasa maksud Yang Berhormat ialah bangunan-bangunan yang pernah digunakan sebagai balai, tetapi sekarang tidak digunakan. Tidak ada balai polis yang tidak berfungsi, semua balai memang berfungsi. (Ketawa) Bangunan-bangunan ataupun apa-apa yang berada di bawah kawalan atau hak milik polis, sekiranya ada pihak-pihak yang bercadang hendak menggunakan ataupun ianya lebih sesuai untuk kegunaan yang lain, pihak yang berkenaan itu boleh mengemuka­kan cadangan itu kepada Ketua Polis Negeri. Ketua Polis Negeri akan coordinate supaya kita dapat mencari satu cara pertukaran, iaitu apabila kita beri sesuatu, kita kena dapat balik sesuatu daripada tempat yang lain atau cara yang lain supaya pihak polis tidak rugi.

BELlA TANI-PROGRAM KERAJAAN

7. Tuan Noh bin Omar minta Menteri Pertanian menyatakan usaha-usaha yang sedang dan akan diambil untuk menarik minat belia-belia men-

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

ceburkan diri dalam sektor pertanian sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat nelayan dan petani moden.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor): Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menyediakan berbagai program untuk menarik belia-belia menceburkan diri dalam sektor pertanian. Program ini dilaksanakan dengan tujuan melahirkan belia tani yang akan mewarisi sektor pertanian dengan mempunyai sikap lebih bersedia menerima teknologi-teknologi terkini, tahan lasak, bermoral tinggi dan berwawasan.

Dengan itu, mereka boleh men­jalankan perusahan pertanian dan lain­lain aktiviti pertanian secara komersil. Program ini bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan penglibatan tenaga muda di sektor pertanian dan masalah pengangguran di kalangan belia.

Kerajaan juga telah mengubahsuai pendekatan program di mana teras program adakah untuk pembentukan Usahawan Pertanian Muda dan pembentukan Pengusaha Pertanian Komersial.

Di antara program yang disediakan meliputi latihan rasmi dan tidak rasmi. Sukatan-sukatan latihan meliputi aspek-aspek pengurusan pertanian (pengeluaran hingga pemerosesan) termasuk pembungkusan dan pe­masaran, kawalan kualiti keluaran, keperluan kesihatan dan sanitary. Latihan berkenaan akan juga meliputi latihan kader dalam kepimpinan, kemahiran pengurusan dan organisasi yang merupakan komponen penting bagi pembangunan sosial dan institusi.

13

Kerajaan juga mengadakan latihan dalam bidang-bidang pengeluaran bahan-bahan pertanian yang me­merlukan kemahiran yang tinggi seperti pengeluaran sayuran yang bernilai tinggi, buah-buahan, 'landscape architecture', nurseri pengeluaran benih dan mata tunas dan lapangan­lapangan kerjaya dalam aktiviti hiliran dan nilai tambah.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam industri agro-tourism atau pelancongan, kerajaan telah menyediakan kursus kepada belia-belia. Jenis-jenis kursus yang ditawarkan ialah dalam bidang berenang, scuba diving dan sport fishing. Kerajaan juga telah meng­galakkan belia-belia menceburkan diri dalam program Peladang Kelompok.

Satu langkah yang telah diambil ialah untuk mewujudkan Kumpulan Peladang Muda (KPM) dan Kumpulan Peladang Wanita (KPW) di Pertubuhan-pertubuhan Peladang Kawasan di seluruh negara. Kerajaan juga berusaha meningkatkan peng­libatan belia-belia dalam bidang pemasaran hasil-hasil pertanian melalui penyertaan mereka di pasar tani-pasar tani di seluruh negara. Belia-belia yang berminat akan diberi latihan dan bimbingan sebelum memulakan urusniaga di pasar tani.

Membantu diri, memperbaiki diri dan perubahan sikap merupakan asas penekanan dalam Dasar Pertanian Negara untuk membuka jalan bagi inovasi dan penyertaan aktif belia-belia petani, penternak dan nelayan dalam proses memodenkan pembangunan pertanian.

Usaha-usaha kerajaan seperti ini diharap akan dapat dimanfaatkan oleh belia-belia supaya negara dapat

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

14

melahirkan masyarakat petani, penternak dan nelayan yang moden dan berdaya saing.

Tuan Noh bin Omar: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Selain daripada latihan dan kemahiran serta membantu petani-petani dalam bidang pasaran, adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu peruntukan khas dengan memberi pinjaman-pinjaman kepada belia-belia ini supaya mereka dapat mem­praktikkan latihan yang telah mereka dapat dan mereka dapat menjalankan perniagaan ini secara lebih komersil dan lebih moden.

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah kementerian saya umumkan beberapa kali, bahawa pada masa ini, satu tabung makanan dikhaskan di bawah Kementerian Kewangan sebanyak RM600 juta untuk mengeluarkan bahan-bahan makanan termasuk marketing dan sebagainya.

Jadi, memang kementerian saya menerusi Bank Pertanian meng­galakkan belia-belia mengadakan projek kelompok dan menerusi projek kelompok yang diuruskan oleh J abatan-jabatan Pertanian dan pihak swasta yang berkemampuan, maka pinjaman-pinjaman boleh diatur menerusi Bank Pertanian.

Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah dibuat satu kajian yang menyeluruh tentang apakah yang menyebabkan wujudnya di kalangan belia, mereka yang tidak berminat dalam sektor pertanian?

19 OKTOBER 1995

Dato' Haji Tengku Mahmud bin Tengku Mansor: Tuan Yang di-Pertua, memang kajian telah diadakan. Salah satu sebab ialah kerana projek-projek yang dianjurkan oleh belia itu merupakan secara individu dan tidak berkelompok. Jadi, pengurusannya tidak dapat diatur dengan lebih berjaya. J adi, pada masa depan ini, kementerian saya telah mengambil perhatian bahawa tumpuan projek berkelompok adalah khusus kepada belia-belia dan juga kepada mereka yang lain akan diberi perhatian, terutama sekali untuk memastikan kejayaan projek-projek yang diberi pinjaman oleh Bank Pertanian tadi.

TEPUNG GANDUM­KEKURANGANBEKALAN

8. Tuan Ong Tin Kim minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah kementerian beliau sedar bahawa hari kebelakangan ini ada kekurangan bekalan tepung gandum di pasaran dan harganya naik melambung-lambung. Apakah langkah telah atau sedang diambil oleh kementerian beliau untuk memastikan bekalan yang cukup dan harganya tidak naik.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Tuan Tan Chai Ho ): Tuan Yang di-Pertua, tepung gandum kegunaan am adalah dikawal harganya oleh kementerian iaitu harga runcitnya sebanyak RM0.80 sen sekilogram.

Sehingga kini, kementerian tiada menerima sebarang aduan daripada pengguna mengenai kekurangan

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

bekalan ataupun sebarang kenaikan harga mengenainya. Di dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis tepung gandum lain yang tidak dikawal harganya oleh kementerian.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Tepung gandum yang digunakan untuk membuat kuih-muih dan pisang goreng itu adakah di dalam senarai terkawal? Jikalau tidak, itulah tepung yang saya maksudkan dalam soalan saya. (Ketawa) Jikalau tidak, apakah langkah yang telah dan sedang diambil oleh kementerian untuk mengawal tepung gandum yang digunakan untuk membuat kuih-muih dan pisang goreng kerana saya sangat minat makan pisang goreng, (Ketawa) tetapi sayangnya, di kantin itu, susah hendak dapat. Jual awal-awal, sekarang tepung pula naik harga, susah saya! (Ketawa) Jadi, apakah langkah yang boleh diambil oleh kementt:rian untuk menjaga pembekalan dan juga harganya tidak naik pada hari raya?

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, di pasaran negara kita biasanya ada dua jenis tepung gandum boleh didapati. Yang pertama, tepung gandum kegunaan am yang saya kata tadi, adalah tepung gandum serba guna iaitu general purpose yang digunakan oleh suri rumah.

Yang kedua, tepung gandum gred tinggi iaitu yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi, tepung ini adalah digunakan oleh kilang-kilang untuk membuat mi, biskut, kek dan lain-lain. Tepung gred tinggi ini tidak dikawal harganya oleh kementerian saya. Walau bagaimanapun, kajian telah

15

dibuat, kita akan memastikan harganya tidak dinaikkan dengan sewenang­wenangnya.

KETIDAKSEIMBANGAN DAGANGAN DAN INFLASI­

LANGKAH MENGATASI

9. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) peningkatan gaji pekerja, ketidakseimbangan dagangan dan kenaikan inflasi adalah faktor-faktor yang boleh menjadi tanda-tanda masalah kepanasan ekonomi (over­heating economy) dan ada tanda-tanda menunjukkan perkara ini telah berlaku. Apakah tindakan secara menyeluruh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah overheating ini dari berlaku;dan

(b) Kempen Inflasi Sifar telah diguna sebagai promosi jualan murah dan jualan murah berlaku dan pembelian jadi mendadak kerana peluang semakin banyak terbuka, adakah ini mendatangkan kesan negatif atau positif. Apakah tindakan kerajaan agar jualan murah dikurang­kan dan jualan murah itu betul-betul murah.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, berikutan per­tumbuhan pesat ekonomi negara pada Iapan tahun yang lepas mengakibatkan munculnya tekanan ke atas sumber­sember dalam negeri khususnya

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

16

permintaan agregat yang meningkat kecairan yang tinggi, pasaran buruh yang ketat serta defisit akaun semasa, imbangan pembayaran yang lebih besar.

Kesemua faktor-faktor ini telah mengakibatkan tekanan ke atas harga secara amnya. Kerajaan memberi tumpuan utama untuk menjamin pertumbuhan yang pesat ini berkekalan dengan kadar inflasi yang rendah dan terkawal. Kerajaan telah melaksanakan pakej dasar anti-inflasi yang menyeluruh iaitu merangkumi dasar fiskal, kewangan serta langkah-langkah pentadbiran.

Pakej ini memberi tumpuan kepada usaha-usaha menghapuskan kekangan pertumbuhan dan penawaran, me­nguruskan permintaan dalam negeri serta mempertingkatan daya saingan ekonomi. Ini termasuklah langkah­langkah untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran ekonomi, mengurangkan kekangan infrastruktur, membangunkan sumber-sumber manusia, mengurangkan lebihan kecairan serta kos menj alankan perniagaan.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat juga telah meningkatkan bilangan peluang pekerjaan melebihi bilangan pencari kerja baru yang memasuki pasaran buruh. Keadaan m1 mengakibatkan kekurangan buruh sama ada mahir dan tidak mahir yang semakin ketara. Selain daripada itu, persaingan untuk mendapatkan pekerja telah menyebabkan kenaikan upah. Jika kenaikan upah terus melebihi kenaikan produktiviti, kos pengeluaran akan menjadi lebih tinggi dan seterusnya daya saing Malaysia akan terjejas. Pada masa ini, pengambilan

19 OKTOBER 1995

pekerj a asing telah mem bantu mengurangkan tekanan kekurangan pekerja di sektor-sektor tertentu. W alau bagaimanapun, penggunaan mereka bukanlah satu penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi keadaan pasaran buruh yang ketat ketika ini. Oleh itu, kecekapan dan produktiviti buruh perlu ditingkatkan menerusi pembaikan teknologi, manakala kecekapan modal diperbaiki melalui peningkatan, penyelidikan dan pembangunan dan penggunaan sains dan teknologi.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan defisit akaun semasa imbangan pembayaran semakin ketara disebabkan oleh kemerosotan nilai lebihan akaun dagangan dan peningkatan defisit akaun per­khidmatan. Walau bagaimanapun, peningkatan import barangan modal dan perantaraan sebenarnya akan memperkukuhkan struktur dan ketahanan ekonomi dalam tempoh jangka panjang. Defisit akaun semasa ini dibiayai sepenuhnya oleh aliran masuk modal jangka panjang. Ini menggambarkan peningkatan keyakinan pelabur-pelabur asing ke atas ekonomi negara. Dalam pada itu, usaha-usaha sedang giat dilaksanakan untuk memperkukuhkan kedudukan imbangan pembayaran menerusi peningkatan keupayaan sektor perkhidmatan, pengurangan kandungan import, perkembangan rangkaian industri tempatan menerusi pengukuhan industri kecil dan sederhana serta mengutamakan keluaran dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk soalan (b), kemp en anti-inflasi yang bertemakan Inflasi Sifar Sasaran Kita

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

dilancarkan pacta 2hb. Jun 1995 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan matlamat untuk menurunkan harga barang-barang pengguna yang dikategorikan sebagai barang-barang keperluan asas. Dalam menjayakan kempen anti-inflasi, Hari Inflasi Sifar diwujudkan mulai 1hb. Julai 1995 dengan objektif utama untuk menurunkan kos sara hidup pada peringkat paling asas. Oleh itu, para peniaga adalah digalakkan untuk menyertai Hari Inflasi Sifar iaitu pada hari Sabtu pertama setiap bulan dengan menawarkan barang-barang keperluan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan. Dengan yang demikian, para pengguna akan dapat membeli barang-barang keperluan harian dengan harga yang lebih rendah yang mana dapat menjimatkan sebahagian daripada pendapatan mereka.

Oleh kerana kempen ini baru sahaja dilancarkan pada kira-kira empat bulan yang lalu, analisis dan kesimpulan mengenai keberkesanan kempen ini belum dapat dinyatakan dengan tepat. Wala bagaimanapun, daripada petunjuk-petunjuk awal yang diterima daripada peniaga dan pengguna, kesannya adalah memberangsangkan. Masyarakat peniaga yang menjadi tumpuan kepada kempen ini telah memberikan respon yang baik untuk menjayakan Hari Inflasi Sifar dengan mengadakan jualan murah pada hari berkenaan. Pihak yang mengadakan jualan murah pada Hari Inflasi Sifar adalah tertakluk kepada pengawasan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi memastikan harga yang ditawarkan adalah benar. Walau pun demikian, terdapat juga

17

segelintir peniaga yang cuba mengambil kesempatan ini untuk mengaut untung yang berlebihan. Dalam hubungan ini, pihak kerajaan sentiasa menjalankan pemeriksaan mengejut untuk membanteras aktiviti sedemikian. Kerajaan mengalu-alukan maklumat dari orang ramai bagi membantu mengesan peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah langkah yang lebih konkrit, yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah defisit akaun semasa yang semakin hari semakin meningkat? Kalau berbanding dengan tahun yang lepas, defisit ini sudah meningkat dengan banyak dan adakah Yang Berhormat sedar bahawa walaupun Kempen Inflasi Sifar ini­kita di dalam DAP tidak membantah, bukan sahaja tidak membantah, kita boleh bekerjasama.Tetapi nampaknya dengan kempen ini berjalan kuat... .. (Disampuk) kempen Inflasi Sifar. Itu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Mereka minta Yang Berhormat bertanya soalan, ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua, saya tanya soalan yang pertama itu "Apakah langkah yang konkrit?"

Tuan Yang di-Pertua: Satu sahaja Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Adakah dia sedar? Dua soalan sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Satu soalan sahaja Yang Berhormat. Satu sahaja.

Dr. Tan Seng Giaw: Yang kedua, adakah dia sedar?

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

18

Tuan Yang di-Pertua: Tidak Yang Berhormat, satu soalan sahaja yang dibenarkan oleh pindaan kelmarin. (Ketawa)

Dr. Tan Seng Giaw: Macam mana? (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Silalah. Cukuplah. "Adakah dia sedar, Yang Berhormat?"

Dr. Tan Seng Giaw: Kalau sedar, adakah dengan kempen ini begitu banyak harga barang meningkat. Mihun meningkat. Hampir 100% dan banyak lagi.

Tuan Yang di·Pertua: Cukuplah. Cukuplah Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Sudahlah Duduk! Duduk!

Dr. Tan Seng Giaw: Baru satu soalan sahaja. Teruklah. (Ketawa)

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat dari Kepong ini, dia selalu mengelirukan.

Tuan Yang di-Pertua: Dia Ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat itu.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Dia pun tidak faham. (Ketawa) Saya hendak tanya balik sahabat saya ini, dia tahu makna kata barang-barang itu meningkat, memang tiap-tiap tahun harga barang meningkat, sebab itu kita ada inflasi. Pada tahun ini sembilan bulan yang pertama 3.4%-maknanya ia meningkat. Ada peningkatannya.

Jadi, Kempen Inflasi Sifar itu hendak menurunkan peningkatan itu daripada 3.4% kepada 2% kepada 1% kepada 0%.

Dr. Tan Seng Giaw: (Bangun)

19 OKTOBER 1995

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tidak boleh berdialog Yang Berhormat. (Ketawa) Jadi, kita baru sahaja mengadakan kempen. Jadi, bila baru sahaj a nengadakan kempen, tiap­tiap tahun harga barang naik. Maksudnya harga barang naik tiap-tiap tahun. Bila ada inflasi sifar, ia dekat dengan sifar. Hendak mendapat sifar, kita bolehlah mendapatnya tetapi adalah syarat-syarat lain. Jadi, usaha kempen yang dibuat oleh kerajaan adalah usaha administrative yang saya sebut tadi.

Jadi, untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat, langkah-langkah konkrit yang telah diambil untuk mengurangkan defisit akaun semasa, kalau saya hendak sebut banyak tetapi biarlah saya sebut di sini satu jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini telah pun ditubuh yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri dan satu daripada usaha-usaha yang dibuat ialah untuk mewujudkan Tabung Perkapalan, tabung itu dan tabung ini khusus untuk menahan kebocoran ekonomi kita keluar.

Jadi, untuk saya menjawab secara detail tidak payahlah. Yang Berhormat sendiri pun faham.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di­Pertua, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menerangkan secara panjang lebar tentang usaha Kerajaan untuk membendung dan mengurang defisit akaun semasa. DAP tiada usaha, kerajaan yang berusaha. (Ketawa) Persoalan saya satu sahaja mengikut peraturan baru, bukan macam Kepong (Ketawa). Dalam persoalan ini ada dikaitkan dengan tenaga kerja.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Persoalan saya, banyak projek-projek besar sekarang ini diambil ramai pakar­pakar dari luar, pengurusan tinggi atas nama profesional, teknikal dan gaji mereka ini besar. Kadang-kadang lima, enam, tujuh, Iapan kali daripada profesional tempatan dan profesional tempatan juga tidak kurang daripada keupayaan mereka. Kadang-kadang ini menjadi satu olah sahaja oleh mereka ini membawa kawan-kawan datang ke negara kita memandangkan ekonomi negara kita amat baik. Persoalan saya, untuk mengurangkan defisit aliran luar ini adakah kerajaan bercadang mengawal kemasukan mereka ini sebab kita sudah sampai ke tahap kita boleh buat berdikari kita sendiri.

Dato' Dr. Aftifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memperbetulkan sedikit persepsi mengenai dengan kebocoran ataupun remittance yang dibuat oleh pekerja­pekerja luar termasuk konsultan luar. Dari satu segi kita tengok dari satu sudut, keluarnya kita kata misalannya RM2,000 juta. Tetapi kita mesti lihat juga apakah keluar RM2,000 juta itu apakah pembalikan kepada kita. Kita tengok dari segi perspective net bersih. Kalau RM2,000 juta dibayar kepada pekerja-pekerja luar tetapi pembalikan ataupun sumbangan pekerja-pekerja luar itu kepada pembangunan ekonomi melebihi, maka ianya tidak menjadi masalah. Kalau kita lihat dalam tahun ini, Bank Negara menganggarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 9.3% menunjukkan bahawa sumbangan buruh luar ini adalah tinggi. J adi, kalau kita hendak lihat perkara ini mestilah dari segi perspective net, jangan perspective absolute yang dari satu saliran sahaja.

19

Yang kedua, mengenai dengan consultancy ini. Ada bidang-bidang yang kita tidak mempunyai pakar­pakar tertentu yang terpaksa kita memasukkannya. Tetapi bidang-bidang yang kita mempunyai pakar, kita di dalam Kementerian Kewangan menekankan penggunaan sepenuhnya pakar-pakar itu khususnya bekas tenaga-tenaga pengajar universiti yang bersara pada umur 55 tahun. Mereka adalah aset negara. Tidak semestinya mereka berhenti bekerja. Mereka adalah pakar. J adi, ini disedari oleh pihak kerajaan dan sedang diambil tindakan-tindakan untuk menggunakan orang-orang ini sepenuh-penuhnya.

KOMPLEKSUDA-RUANG NIAGA UNTUK USAHAWAN

BUMIPUTERA

10. Tuan Zainal Abidin bin Osman minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan usaha yang dilakukan untuk menjamin para usahawan kecil dan sederhana tidak ketinggalan untuk menikmati kemudahan penyewaan di bawah kadar pasaran di ruang niaga dan kompleks milik UDA, memandangkan sering kedengaran lot ruang niaga yang strategik tidak mampu disewa oleh usahawan bumiputera.

Tuan ldris bin Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, usaha menyediakan peluang bagi usahawan kecil dan sederhana untuk menyewa ruang-ruang niaga sama ada di kompleks-kompleks perniagaan atau rumah-rumah kedai milik UDA adalah merupakan matlamat utama yang sentiasa diberi perhatian oleh UDA. Di antara usaha­usaha UDA ialah:

(1) Menyediakan ruang niaga kepada bumiputera. Pada

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

20

masa ini lebih dari 1 juta kaki persegi ruang niaga yang sedang disewakan oleh UDA. Daripada jumlah ini lebih daripada 76% adalah disewa­kan kepada bumiputera yang berjumlah 1,537 penyewa bumiputera keseluruhannya. Di antara kompleks per­niagaan strategik UDA ialah BB Plaza, Kompleks Pertama, Sinar Kota dan Hentian Puduraya.

(2) Membina kompleks-kompleks perniagaan baru. UDA sedang membina beberapa buah kompleks perniagaan baru yang menghasilkan hampir 1 juta kaki persegi. Antaranya ialah Plaza Angsana di Johor Bharu, Greentown Shopping Mall di Ipoh dan Kompleks Jalan Bandar Kuala Lumpur.

(3) Usaha mengwujudkan kadar sewa yang lebih murah dan kemudahan lain kepada usahawan bumiputera. UDA juga mengambil langkah­langkah berikut untuk membantu dan memberi kemudahan kepada usahawan­usahawan bumiputera iaitu:

(i) kadar sewa yang dikenakan ialah lebih rendah daripada kadar pasaran;

(ii) UDA memberi diskaun tambahan kepada usa haw an-usahawan bumiputera antara 10% hingga 15%;

(iii) UDA mengenakan deposit sewa satu bulan

19 OKTOBER 1995

bagi penyewa bumi­putera walaupun amalan pasaran deposit sewa ialah antara 3 hingga 6 bulan;

(iv) dalam kes-kes tertentu UDA juga mengamalkan kadar sewa yang lebih fleksibel iaitu kadar sewa berdasarkan kepada peratus jualan. Cara ini dapat menentukan di peringkat awal supaya kadar sewa tidak terlalu membebankan dan meningkat selaras dengan peningkatan jualan ataupun turnover.

(4) Usaha mengwujudkan pusat pertumbuhan baru. Pem­bangunan bandar-bandar baru dilaksanakan dengan mem­bangunkan kawasan strategik di pinggir bandar secara menyeluruh dan menjadikan­nya pusat pertumbuhan ekonomi. Di antaranya pusat­pusat pertumbuhan baru ialah Bandar Baru UDA di Johor Bharu, Bandar Tun Hussein Onn dan juga Bandar Baru Bertam. Di tempat-tempat ini di samping membina rumah­rumah kediaman, UDA juga telah membina rumah-rumah kedai yang sebahagian besarnya menempatkan pe­niaga-peniaga bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 11 hingga 30 akan dijilid dalam buku berasingan)

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

USUL

AKTA ACARA KEWANGAN 1957

Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada Ekuiti Dalam

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas Usul Menteri Kewangan:

Bahawa Dewan ini, selaras. dengan peruntukan Seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan melabur dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad sebanyak RM30,564,000.00 kepada ekuiti dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad. (18hb. Oktober 1995)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Kepong, sila sambung ucapan.

3.37 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw (Kepong): Tuan Yang di-Pertua, ketika senjakala semalam, saya telah membangkitkan beberapa perkara iaitu 62 set Electrical Multiple Unit (EMU), 22 dari Union Carriage and Wagon Company (UCW) dari Afrika Selatan dan 40 dari Marubeni Corporation Jepun. Liabiliti­liabiliti dan kos-kos infrastruktur yang telah diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan. Stesen-stesen kereta api utama yang dijadikan pusat-pusat bisnes dan KTMB telah pun mendapat

21

road hauliers licence untuk door-to­door hauliers service dengan pakej yang menarik dan pinjaman RM463.81 juta yang belum dibayar mengikut jadual KTMB dan KTMB meraih keuntungan RM14 juta tahun lepas. Dengan itu, Kementerian Kewangan masih cenderung untuk memberi dorongan, ekuiti dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya juga ada menyentuh vandalism ini tidak kena mengena dengan kementerian. Walau bagaimanapun, kalau kita hendak membeli koc-koc baru, EMU dan sebagainya, kita ada banyak vandalism, bukan sahaja vandalism untuk melontar batu ke atas koc-koc commuter service, bahkan juga vandalism untuk vending machine dan sebagainya. Ini memang merugikan KTMB. Saya berharap langkah­langkah yang berkesan dapat diambil bukan sahaja untuk pendidikan bahkan juga langkah-langkah yang lebih ketat termasuk mengkaji mengapa pihak yang tertentu membuat vandalism ini.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: (Ban gun)

Tuan Yang di-Pertua: Rompin bangun, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Rompin tetapi saya nampak dia ada membuat query ke atas RM463.81 juta yang dipinjam oleh KTMB tetapi tidak ada susulan, setakat ada publisiti sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Hendak beri jalan atau tidak?

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Hendak beri atau tidak beri ini?

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

22

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya bersetuju dengan 'Bandar Tun Razak', 'Kepong' gantung sahaja!

Saya tertarik dengan pandangan yang baik, itu kita puji. Pandangan Kepong mengenai 'vandalism'. Penjelasan! Adakah 'vandalism' ini bukan satu perkara permainan kanak­kanak yang tidak ada satu hasrat dan niat yang tertentu ataupun mungkin ada kumpulan atau masyarakat yang tertentu, mungkin yang tidak mahu melihat keberkesanan kereta api ini berjalan dengan baik? Sebab kita dengar mengenai kereta api yang baru iaitu kereta api elektrik ini amat maju sekali, mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat. Adakah ini bermakna ada kumpulan tertentu yang tidak mahu menjayakan atau menggagalkan kereta api ekspres yang baru ini ataupun mungkin ada cawangan DAP di belakangnya sebab 'Tol' pun begitu juga dahulu?

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua, teruklah macam itu. Nampaknya Yang Berhormat dari Rompin ini tidak begitu mengetahui apa yang terjadi dengan commuter service ini. Di Taman Kepong kita ada stesen, saya sentiasa mengambil perhatian mengenai apa yang terjadi dengan commuter ini, di Rompin tidak ada commuter service, sebab itulah beliau tidak begitu faham mengenai masalah yang dihadapi oleh para penduduk di Kuala Lumpur, cuma dia transit sahaja. Transit macam mana dia tahu! Kadang-kala dia bangkitkan masalah dan dia jawab sendiri, itulah masalahnya. Kalau kita ada masalah tetamu-tetamu dari luar negara masuk ke sini, kita mintalah Tuan Yang di­Pertua untuk mengumumkan, itu cara yang baik.

19 OKTOBER 1995

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila teruskan, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya beri dia pendidikan sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan dengan ucapan Yang Berhormat, ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Baiklah Jadi, saya berharap Yang Berhormat dari Rompin dan Yang Berhormat dari Yan dan Kepong kita bersama-sama membanteraskan aktiviti-aktiviti vandalism. ltu cara yang baik. Kita bersama-sama menentang aktiviti seperti ini.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Dia bangun pula. Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Dia bangun pula.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tuan Yang di­Pertua, penjelasan. Saya setuju dengan usaha yang perlu untuk kita membanteraskan perkara-perkara yang negatif tadi seperti vandalism. Tetapi saya hendak bertanya vandalism ini adakah ia terjadi sahaja ataupun ada usaha-usaha kumpulan tertentu, mungkin sabotaj daripada pengusaha­pengusaha pengangkutan yang lain, saya malas sebutlah, sengaja tidak mahu commuter service ini berjaya? Itu persoalan yang saya tanya. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat ......

Dr. Tan Seng Giaw: Baik-baik.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis: ..... bahasanya kurang baik, kena belajarlah balik.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua, masalah kita ini ialah macam mana, kerana yang pertama ini baru dua bulan sejak bulan Ogos kita ada commuter, tetapi vandalism ini sudah berlaku dan DAP tidak ada dekat dengan lintasan keretapi atau landasan keretapi yang ada tanah-tanah simpanan keretapi ataupun tanah kerajaan. Di situ ada banyak setinggan dan setinggan-setinggan ini tidak ada. setinggan DAP-tidak ada. Tetapi saya cuma tengok ada papan tanda yang ada lambang keris di situ dan dia kata ini 'UMNO' (Ketawa) itu saya tengok ban yak.

Seorang Ahli: Rocket!

Dr. Tan Seng Giaw: Rocket tidak ada. (Ketawa)

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar): (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Itu masalah.

Dato' Dr. Atlifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, .......

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Dr. Atlifudin bin Haji Omar: ........ saya hendak minta penjelasan daripada rakan saya dari Kepong, adakah vandalism yang berlaku baru­baru ini atas commuter train, berlaku dalam kawasan kepong iaitu kawasan Yang Berhormat sendiri?

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua. memang tidak ada. Kepong kita jaga dengan baik. (Ketawa) Ke-

23

betulannya tidak ramai orang di tepi lintasan keretapi cuma kawasan­kawasan kediaman, taman-taman, kerana dia taman, jadi dia kurang masalah ini. Tetapi di kawasan­kawasan yang lain dan di situ ........

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: (Bangun)

Dr. Tan Seng Giaw: ....... tunggu sekejap, saya hendak terangkan iaitu papan-papan tanda yang terdapat di seluruh tanah rizab ini, ada terdapat banyak setinggan dan sebahagian besar ditempatkan semula di Jinjang Utara, sebab kita bermurah hati, ada tanah lapang di Jinjang Utara dibina rumah­rumah panjang dan banyak yang terbabit dengan commuter service ini, dengan landasan kembar 101

ditempatkan di Jinjang juga. Jadi, kita di Kepong ini ada juga memberi pertolongan untuk menyelesaikan masalah ini supaya mereka ini dijauhkan daripada landasan.

Dato' Dr. Atlifudin bin Haji Omar: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, dia bangun pula, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Ini Jauh lebih baik daripada Rompin ataupun daripada Yan termasuk di Padang Terap juga ......

Tuan Yang di-Pertua: Ya .. ..

Dr. Tan Seng Giaw: ....... tidak ada masalah, tidak ada pertolongan seumpama ini.

Dato' Dr. Atlifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tadi memberi satu prinsip iaitu orang­orang yang tinggal di tanah setinggan itulah orang-orang yang melakukan vandalism.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

24

Dr. Tan Seng Giaw: (Ketawa) (Menyampuk)

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa Yang Berhormat mengatakan 'unwittingly' bahawa orang-orang 'proletariat', parti Yang Berhormat bela ini adalah orang yang melakukan vandalism?

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di Pertua, tidak kena-mengena dan itu 'madani' atau 'proletariat' itu tidak kena-mengena langsung. Cuma kita tengok di sepanjang jalan itu papan tanda ada lambang UMNO dan keris di situ. Itu kita tahu ........ .

Tuan Haji Badruddin bin Amimldin: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Yan, bangun,

Dr. Tan Seng Giaw: ..... saya pun tidak tahu sebab apa banyak papan tanda seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, bangun Yang Berhormat. Ya.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Pertama, Tuan Yang di­Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6)­sangkaan jahat terhadap UMNO dan saya mewakili UMNO dan Barisan Nasional amat terasa.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, inilah kewajipan UMNO, kita pertahankan orang-orang yang susah, walaupun susah mereka tinggal di bandar, kalau tanpa orang-orang ini siapa yang hendak menjadi pemandu, siapa yang hendak menjadi pencuci bandar, siapa yang hendak menjalankan kerja-kerja yang kecil dalam bandar ini?

Tuan Yang di-Pertua: Baik, sudah cukup, Yang Berhormat.

Tuan Haji Badruddin bin Amimldin: Jadi, sementara itu adakah Yang Behormat bersetuju vandalism ini

19 OKTOBER 1995

mungkin dilakukan oleh orang-orang DAP senpiri kerana DAP selalu menentang projek kerajaan. Dalam Dewan Rakyat ini yang menjadi vandalism 'DAP'lah. (Ketawa) Sebab rocket dia tidak duduk di bawah, Tuan Yang di-Pertua, dia duduk di atas, mana dia tahu keadaan di bawah, setujukah Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua, bukan sahaja tidak menentang kita memberi pertolongan sehingga di kawasan Kepong ada rumah-rumah panjang untuk menempatkan semula orang yang terbabit dengan projek ini, tetapi di Yan tidak ada langsung.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya pun tidak tahulah macam mana Yan boleh tolong macam ini?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat sila teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: Tolong bising bolehlah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: Saya pernah cakap dengan benda-benda yang lebih bernas (Ketawa).

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: (Menyampuk)

Dr. Tan Seng Giaw: (Ketawa) Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah kita bersama-sama pada pagi ini di dalam rancangan 'Malaysia Hari Ini' ada program juga untuk vandalism. Saya tidak tahulah sama ada berpunca dari Parlimen semalam ataupun tidak saya

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

tidak tahu. Tetapi ada panjang Iebar perbincangan mengenai cara-cara dan faktor-faktor yang wujud kerana vandalism ini.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di­Pertua, dengan commuter service ini ada masalah iaitu 'terlewat'. Terlewat ini adalah kerana pemasangan semboyan moden (modern signalling) yang dipasang dengan lewat dan juga sistem komunikasi. Kontrak ini diberi kepada Sapura dengan jumlah kosnya. RM1.5 bilion dan pemasangan ini ialah dilakukan oleh satu syarikat Italy Ansaldo Transport Spar. Tetapi kerana faktor-faktor yang tertentu, saya berharaplah Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat memberikan penjelasan apakah faktor-faktor ini yang menyebabkan kelewatan untuk memasang semboyan dan moden juga sistem komunikasi oleh Ansaldo ini dan sama ada pertikaian di antara Sapura dengan Ansaldo yang menyebabkan kelewatan dan juga adakah pertikaian ini berpunca daripada standard yang digunakan yang dahulunya standard aerobus digunakan tetapi pada akhir­akhir ini standard untuk alat-alat tersebut ditukarkan kepada standard British?

Kalau masalah projek ini mengenai kelewatan dan sebagainya tidak diselesaikan dengan cepat, maka akan timbul masalah dan kos akan meningkat dan kos ini bukan sahaja RM1.5 bilion, mungkin RM2 atau RM3 bilion. Apakah gunanya kita membeli ekuiti daripada KTMB dan kita tidak mengambil tindakan untuk memastikan projek-projek berjalan dengan baik, tidak ada kelewatan dan sebagainya?

Dato' Dr. Aftifudin bin Haji Omar: (Menyampuk)

25

Dr. Tan Seng Giaw: Ah! Dia hendak tunjukkan dia hendak jawab sekarang. Tuan Yang di-Pertua, saya banyak lagi masalah di sini, dia ingat sudah hendak habis pula.

Walau bagaimanapun, saya sudah membangkitkan banyak perkara dan saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat menjawab dan Yang Berhormat Jelutong pun sedia untuk mengambil bahagian di dalam rang undang-undang yang berikutnya. Sekian, terima kasih (Ketawa)

Tuan Yang di·Pertua: Yang Berhormat Bukit Bintang.

3.53 ptg.

Dr. Lee Chong Meng (Bukit Bintang): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun kerana saya berasa bahawa masa telah sampai untuk menyokong cadangan Kerajaan Persekutuan melabur dalam KTMB. Nampaknya semua Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat dari Kepong pun telah berasa puas hati prestasi KTMB telah untung sebanyak RM14 juta setahun, satu rekod yang baru. Jadi, sokongan dari kerajaan pada masa ini sangat penting dan sesuai kerana KTMB mestilah melabur lebih wang untuk membeli alat-alat kereta api yang moden dan canggih atau yang terkini seperti koc-koc yang dikatakan oleh Yang berhormat dari Kepong.

Semua rakyat Malaysia dari Perlis sampai ke Johor berharap KTMB selepas corporatisation bolehlah memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan ketibaan yang tidak lewat (punctual). Harga tiket pun mestilah murah kerana kereta api selalu digunakan oleh rakyat dari golongan

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

26

yang miskin. Sebagai satu syarikat KTMB mestilah menunjukkan bahawa pengangkutan melalui KTM adalah yang termurah sekali. KTM mestilah mencari balik keyakinan dan imej dari orang ramai dan mestilah bekerja lebih bersungguh -sungguh.

Selepas melaksanakan per-khidmatan electric train di Lembah Kelang, orang ramai pun telah berasa bahawa KTM pada masa ini adalah lebih baik tetapi mestilah menjamin tiada vandalism atau sabotaj. Sebagai Yang Berhormat yang baru saya merasa bahawa Yang Berhormat dari Kepong adalah seorang ahli dari pihak pembangkang yang boleh memberikan pandangan yang positif dan mempunyai sikap yang konstruktif.

Selain daripada Yang Berhormat dari Kepong pihak pembangkang khasnya DAP hanya criticise just for the sake of criticising, dengan izin. Jika negara hendak maju' pihak pembangkang mestilah mengubah sikap meraka dan mengikut contoh seperti Yang Berhormat dari kepong.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil peluang hari ini untuk membangkitkan satu masalah di kawasan Bukit Bintang.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat?

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Bukit Bintang. Saya nampak dalam hujah Yang Berhormat banyak menyentuh memuji Kepong. Soalan yang saya hendak bangkitkan: Seandainya Yang

19 OKTOBER 1995

Berhormat Kepong hendak masuk MCA, MCA boleh terima atau tidak? (Ketawa)

Dr. Lee Chong Meng: Bolehlah! Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengambil peluang pada masa ini untuk mendapatkan penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan berkenaan dengan satu projek KTM untuk membina satu pusat pentadbiran (headquarters) KTM di kawasan Kelab KTM di Brickfields, Kuala Lumpur. Padang Kelab KTM telah bersejarah lebih kurang 100 tahun. Tiap-tiap hari kita nampak ramai pemuda-pemudi selalu bermain bola sepak dan sukan­sukan lain di padang itu. Kelab KTM juga dipakai oleh senior citizens yang telah berkhidmat dengan KTM selama 30 tahun.

Saya difahamkan KTM mempunyai banyak tanah di kawasan lain seperti di Sentul, Bangsar dan lain-lain tempat di Wilayah Persekutuan. Oleh sebab itu, saya harap pihak KTM boleh menimbangkan sekali lagi untuk memindahkan projek ini daripada padang KTM Brickfields, the only green lungs in Kuala Lumpur, dengan izin, kepada tempat lain kerana kalau pusat pentadbiran KTMB dibina di padang itu, maka "population density" di kawasan itu akan bertambah daripada 50-200. Para pemuda tidak ada lagi padang yang baik untuk mereka bermain sukan. Projek ini akan menjejaskan Projek Rakan Muda dan akibatnya ramai pemuda dan pemudi akan menjadi "liability to the society," dengan izin, melalui dadah dan drug addict, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah menerima aduan daripada penduduk­penduduk dari Brickfields, kawasan

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Bukit Bin tang. Satu "Action Committee" telah ditubuhkan untuk mencari satu cara bagi menyelesaikan isu ini. Isu ini hanya boleh diselesaikan kalau mendapat kerjasama dari pihak majikan KTMB. Memorandum­memorandum pun telah dihantar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Peng­angkutan termasuk KTMB.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap permintaan penduduk-penduduk bolehlah ditimbangkan oleh pihak kerajaan atau kerajaan boleh "put some pressure on the management of KTMB." Jikalau KTMB telah ditadbirkan dengan keuntungan yang tinggi, pihak majikan KTMB mestilah ada "some social obligation."

Tuan Yang di-Pertua, KTM Berhad pun telah dikorporatisekan dan majikan KTM Berhad pun telah janji bahawa mereka akan mengatasi perkhidmatan mereka untuk menolong kerajaan mencapai sasaran kerajaan, iaitu to solve the KL traffic problems. Dengan prinsip-prinsip memobilisasi­kan orang ramai, saya menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di·Pertua: Yang Berhormat Menteri menjawab.

4.01 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan usul mengenai pelaburan kerajaan

27

melalui penukaran pinjaman kepada ekuiti di dala.m KTM Berhad. Mereka ialah Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka, Ahli Yang Berhormat dari Tambun, Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang dan rakan karib saya Ahli Yang Berhormat dari Kepong yang petah dan meleret-leret itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan menangani hujah-hujah Ahli-ahli Yang Berhormat mengikut isu-isu yang dibangkitkan. Isu pertama ialah mengenai rasional kerajaan me­nukarkan pinjaman kepada ekuiti. Persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat semua apakah KTM Berhad sedang menghadapi masalah besar maka kerajaan melakukan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, KTM Berhad melalui suatu exercise capital restructuring ataupun penyusunan semula struktur modalnya apabila ianya diswastakan pada 1hb. Ogos, 1992.

Seperti yang saya sebut di dalam ucapan saya semalam, penyusunan ini menghasilkan sebuah entiti korporat, iaitu KTM Berhad dan sebuah perbadanan, iaitu Perbadanan Aset Keretapi (P AK). J adi, dua bad an daripada capital restructuring ini dihasilkan. Sekarang ini KTM dikenali sebagai KTM Berhad, dan satu lagi iaitu perbadanan yang mana aset-aset yang lain dimasukkan.

Pelaburan ini bukanlah satu perkara yang aneh yang dilakukan, apa yang dikatakan dilakukan di Amerika Selatan. lanya merupakan suatu corporate exercise yang dibuat di mana-mana sahaja untuk memperbaiki kedudukan kewangan dan pengurusan sesebuah badan korporat yang

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

28

menghadapi masalah. Apabila KTM Berhad ditubuhkan sebagai sebuah entiti korporat, iaitu sebagai satu syarikat sendirian berhad yang didaftarkan di bawah ROC, kerajaan tidak menyuntik apa-apa modal tambahan. Selain daripada menyerah aset yang ada yang dinilaikan sebanyak RM95.9 juta. Justeru itu, Tuan Yang di-Pertua, KTM terpaksa bergantung kepada modal pinjaman untuk meneruskan usaha-usahanya di dalam bidang perniagaan.

Pacta tahun 1992 juga, kerajaan memberi pinjaman sebanyak RM34 juta untuk KTM beroperasi. Ini pinjaman. Pinjaman ini dikehendaki di bayar balik dalam tempoh lima tahun, termasuk satu tahun tempoh pertangguhan. Pinjaman ini diberi oleh pihak Kementerian Kewangan untuk memenuhi sebahagian daripada kehendak KTM. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, KTM meminta lebih daripada RM1 bilion untuk menjalankan usahanya di dalam perniagaan kereta api ini. Tetapi pihak kerajaan menimbang dan hanya memberi RM34 juta untuk koperasi.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, KTM telah menguruskan pinjaman ini dengan baik, iaitu membayar balik hutangnya pacta kadar yang dikehendaki di dalam masa yang ditentukan. Ada seorang Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka semalam berkata mungkin ia tidak menjalankan pembayaran dengan baik, tetapi di sebaliknya Ahli Yang Berhormat dari Kepong mengakui bahawa KTM menguruskan pinjaman ini dengan baik. KTM Berhad membayar balik RM5.475 juta pacta 4hb. Disember, 1994 yang terdiri daripada RM2.04 juta faedah dan RM3.43 juta pokoknya.

19 OKTOBER 1995

Dan pacta tahun pinjaman ini diberi, KTM Berhad telah menunjukkan satu prestasi yang baik dengan mencatat keuntungan operasi yang meningkat dari setahun ke setahun. Untuk tahun 1992, keuntungannya ialah RM5.0 juta, tahun 1993 keuntungannya adalah RM9.3 juta dan tahun 1994 RM14.2 juta. Dan nilai aset bersih KTM Berhad pada 31hb. Disember, 1994 ialah RM133.4 juta yang terdiri daripada dua komponen, iaitu RM95.9 juta bentuk ekuiti dan RM37.5 juta rizab.

Tuan Yang di-Pertua, cerita dan angka-angka lanjut mengenai prestasi KTM Berhad untuk tahun 1994 boleh di dapati di dalam laporan tahunan KTM Berhad tahun 1994. Ahli Yang Berhormat dari Kepong pasti telah membacanya, apabila beliau menyebut angka-angka yang betul semalam, terutama sekali dia sebut angka yang betul. jadi, dia membaca yang ini (sambil menunjukkan sebuah buku) dan dia telah membuat homework yang baik. Saya berpendapat tidaklah perlu saya menghabiskan masa Dewan ini dengan membaca secara terperinci segala butiran yang boleh didapati daripada laporan tahunan ini. Saya menjawab ini di atas saranan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka mengatakan mengapa tidak memberi secara terperinci mengenai pengurusan hutang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat sedia maklum, untuk membahaskan sesuatu dengan terperinci, bacalah yang ada ini. Walaupun tidak diedar kepada Ahli Dewan, kerana ianya adalah daripada syarikat, tetapi tidak adil untuk meminta seorang Timbalan Menteri

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

ataupun Menteri membaca semua apa yang KTM buat di sini. J adi, itulah yang kita lakukan semalam untuk men­jimatkan masa Dewan. Ahli-ahli dari pembangkang selalu mengatakan mereka bersiap sedia dengan butir­butirnya Inilah yang kita meng­harapkan.

Mengenai struktur ekuiti KTM Berhad, ingin saya nyatakan di sini bahawa keseluruhan saham KTM Berhad adalah dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Apabila baki pinjaman sebanyak RM30.564 juta ini diluluskan oleh Dewan ini pada hari ini untuk dijadikan ekuiti kerajaan, maka modal berbayar KTM akan meningkat pada angka RM126,494,992 yang dipunyai oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Tuan Yang di-Pertua, kita mesti menerima hakikat bahawa per­khidmatan kereta api dahulu, iaitu kereta api sebelum dikorporatise dan diswastakan adalah merupakan suatu perkhidmatan sosial, lebih daripada perkhidmatan komersil. Ini disebabkan oleh kekurangan saluran perhubungan awam pada masa itu. Dia kata apabila negara kita mencapai kemajuan dengan adanya lain-lain cara perhubungan dan pengangkutan, KTM terpaksa bersaing dengan lain-lain mode of communication, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, yang lebih canggih dan lebih besar modalnya, seperti penerbangan MAS dan dua tiga lagi lagi syarikat penerbangan, peng­angkutar. darat melalui highway dan jalan raya yang lebih canggih dan besar serta jalan-jalan laut, dan dengan adanya pelabuhan-pelabuhan yang baik.

29

Justeru itu, KTM mengalami kerugian disebabkan oleh saiz perdagangan yang menjadi kecut atau mengecil seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Tambun semalam. Untuk bersaing dengan cara­cara baru ini, Tuan Yang di-Pertua, KTM terpaksa dikorporatkan. Ini bererti KTM mesti beroperasi mengikut asas komersil yang tulen dan bersaing untuk memperbesarkan saiz perdagangannya. Itulah sebabnya KTM Berhad ditubuhkan dan penubuhan ini telah menunjukkan kejayaan yang membanggakan.

Seperti yang disarankan oleh Ahli Yang Berhormat dari Balik Pulau semalam, penyertaan kerajaan di dalam penambahan ekuiti ini bukan sahaja akan membaiki aliran tunai KTM dengan mengurangkan ratio gearingnya, malah ianya merupakan langkah perniagaan yang baik, yang mana kerajaan boleh mengaut keuntungan yang akan diagihkan kepada rakyat akhirnya.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat selanjutnya, kerajaan telah juga memberi pinjaman kepada KTM Berhad sebanyak RM183 juta untuk membeli Electric Multiple Unit bagi laluan landasan berkembar sepertimana yang disebut oleh Ahli dari Kepong iaitu double-tracking, dengan mt, dengan tujuan membesarkan saiz dagangan di dalam iklim persaingan pada masa ini.

Pinjaman ini dikenakan faedah pada kadar 8% setahun dalam tempoh 30 tahun termasuk tempoh pertangguhan 10 tahun. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat hendak tahu mengenai pembayaran balik kenalah tunggu

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

30

tahun 2000, itu pun kalau dipilih semula, apabila KTM Berhad mula bayar balik.

Kalau ini disifatkan sebagai soft­loan, memanglah ianya mempunyai kebenaran. Kerajaan mahu melihat KTM Berhad mendapat kejayaan di dalam perniagaannya. Justeru itu, tidaklah wajar hanya dengan mem­permodalkan asetnya sebagai roling stock sahaja. Dengan membanyakkan ekuiti kerajaan, maka kerajaan akan memperolehi keuntungan yang besar apabila KTM Berhad berjaya disenaraikan ke dalam Bursa Sa ham Kuala Lumpur nanti.

Mengenai apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kepong ke atas pinjaman sebanyak RM463.81 juta yang tidak dibayar mengikut jadual, ianya adalah tidak benar, Yang Berhormat. Wang RM463.81 juta ini bukanlah pinjaman, ianya adalah aset yang dipindahkan kepada perbadanan aset kereta api yang mana cara penyelesaiannya masih dalam per­timbangan Kementerian Kewangan. J adi, hanya aset yang ditransfer nilainya RM400 juta, lebih yang saya sebutkan tadi bukan kepada KTM Berhad tetapi kepada PAK. Jadi, cara penyelesaian­nya belum lagi diputuskan oleh Kementerian Kewangan.

Ahli Yang Berhormat dari Kepong mestilah menukar persepsinya mengenai KTM mulai dari sekarang. Persepsi baru ialah KTM Berhad adalah satu badan korporat baru dan P AK adalah satu entiti yang berasingan. J adi, bila Ahli Yang Berhormat dari Kepong bercakap KTM Berhad ia bukan KTM yang dahulu lagi, dia adalah satu entiti korporat yang berjalan di bawah prinsip-prinsip syarikat. Jadi, RM483 juta itu bukan tanggungan dia, tanggungan asing.

19 OKTOBER 1995

Tuan Yang di-Pertua, mengenai rasional KTM Berhad hendak mengadakan door-to-door Ahli Yang Berhormat bangkitkan tadi, Kontena Service, ingin saya nyatakan di sini bahawa KTM Berhad mempunyai road rail mix yang unik di mana KTM Berhad mempunyai anak syarikat yang mengendalikan kontena di jalan raya. Anak syarikat ialah Multimodel Freight Sendirian Berhad dan ianya men­jalankan apa yang Ahli Yang Berhormat sebutkan tadi dan apa yang ada kepada mereka sekarang ini adalah satu kedudukan yang unik, yang mana ianya dapat dijalankan dengan baik.

J adi, ianya adalah anak syarikat dan tidak melihat prestasinya apabila diberi peluang untuk beroperasi di tahun­tahun hadapan. Jadi, Ahli Yang Berhormat, jangan lupa tanya pada dua tahun lagi, jangan tanya sekarang, sebab dia baru mula. Okay.

Dr. Tan Seng Giaw: Okay.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kepong juga bertanya mengenai tender 44 set EMU dibahagi dua.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana bekalan ini besar, kerajaan telah membahagikan bekalan kepada dua syarikat yang berwibawa dan yang berpengalaman sepertimana yang Ahli Yang Berhormat sebut tadi, iaitu satu daripada Afrika Selatan, satu lagi kalau saya tidak silap Maroghini.

Walaupun peralatannya berlainan, KTM Berhad telah mengambil tindakan untuk standardise peralatan penting seperti phentograph, sliding door dan lain-lain lagi.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Dr. Tan Seng Giaw: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di­Pertua, masalah kelewatan projek elektrik untuk komuter ini di antara Sapura dengan Ansaldonya kerana standard salah satu faktornya. Mula­mulanya standard Eropah diterima, kemudian ditukar kepada standard British dan kita ada 62 sebenarnya, 22 kepada Afrika Selatan dan 40 kepada Jepun, ini memang ada perbezaan standard untuk peralatan dan macam mana kita dapat menyesuaikan kedua­dua syarikat, satu daripada yang utara, satu daripada selatan sekali untuk menyesuaikan semua standard peralatannya. Ini saya khuatir akan menimbulkan masalah termasuk kelewatan untuk melaksanakan projek.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak ada masalah pada masa ini kerana standardising ini adalah satu perkara yang biasa. Ahli Yang Berhormat sedia maklum bahawa alat ganti Toyota boleh dipakai di dalam kereta Ford sekarang, boleh dilakukan, kerana ada convention peralatan seluruh dunia.

Saya sebutkan tadi, KTM Berhad telah memberitahu kepada kami bahawa usaha menstandardised ini telah pun dilakukan. Dan mungkin apa Ahli Yang Berhormat katakan tadi betul iaitu kemungkinan perbezaaan standard ini menyum bangkan kepada kelambatan. Tetapi untuk jawapan seterusnya, mengapa Ahli Yang Berhormat bertanya kelewatan kontrak semboyan komunikasi yang dibuat oleh Sapura. Lkoran dari lawatan Perdana Menteri sebuah jawatankuasa task force diperingkat kern en terian

31

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha un:uk mempastikan kontraktor membina mengikut jadual itu pada 30.10.95 ini dan task force ini akan mempastikan hahawa jadual ini diikut. Jadi, saya tidak menolak kemungkinan standardization tadi menyumbangkan kepada yang dikatakan kelambatan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kepong juga bertanya mengenai dengan projek-projek di bawah pembangunan tanah KTM sebagai 'business centre'. In gin saya nyatakan bahawa setakat ini ada enam projek-projek ini yang saya hendak sebutkan, yang pertama projek Sentul Raya di Sentul iaitu:

(i) Projek perumahan, pejabat­pejabat dan kemudahan­kemudahan lain;

(ii) Pembangunan perumahan di BukitTunku;

(iii) Pembangunan kawasan Perai, Pulau Pinang yang melibatkan stesen baru, perumahan dan pusat membeli belah;

(iv) Pembangunan Brickfields, Lot 10 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang tadi iaitu pembinaan bangunan ibu pejabat baru KTMBerhad;

(v) Pembangunan yard Brickfields yang melibatkan pembinaan stesen pusat bersepadu yang baru serta pembangunan komersial seperti pejabat­pejabat perumahan.

(vi) Pembangunan tanah di Port Dickson yang melibatkan pembinaan marina, hotel dan pangsapuri.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

32

Jadi, enam inilah projek-projek yang besar-besaran untuk meng-capitalisekan aset-aset KTM.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bintang membangkitkan beberapa perkara tentang yang penting ialah pembinaan dari Lot 10 itu dan sekarang ini saya pun tidak tahu apakah ianya telah dimulakan, tetapi kalau Ahli dari Bukit Bintang ada jawatankuasa untuk merayu, sila hantar surat rayuan untuk dipertimbangkan oleh kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan.

Ahli Yang Berhormat dari Bukit Bin tang juga menyarankan supaya tiket komuter mestilah murah iaitu termurah sekali di semua peringkat. Ingin saya nyatakan bahawa harga tiket KTM komuter adalah kompetitif di antara tambang bas dan teksi yang ada sekarang ini.

Tarif tam bang ialah RM1 untuk 11.1 kilometer yang pertama. 0.9 sen untuk tiap-tiap kilometer selepas 11.1 kilometer sehingga 45 kilometer. Dan ditambah 0.6 sen untuk tiap-tiap kilometer selepas 45 kilometer, kalau dipandang dari segi ini masih lagi tiket tarif komuter yang dicaj oleh KTM adalah terendah sekali. J adi, Ahli Yang Berhormat jangan bimbanglah mengenai hal ini kerana KTM di bawah penswastaan akan menjadi satu syarikat yang mempunyai daya saing yang baik untuk mempastikan prestasinya yang saya sebut awal-awal tadi dipertahankan.

Tuan Yang di-Pertua, setakat itulah sahaja yang saya boleh jawab kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh empat orang Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara-perkara yang tidak saya sentuh bolehlah Ahli Yang Berhormat; berhubung dengan saya dan saya akan dapat berhubung dengan pihak KTM untuk mendapatkan

19 OKTOBER 1995

jawapan-jawapan yang lebih terperinci dan memuaskan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahanya ialah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat iaitu yang telah pun dibahaskan tadi hendaklah dipersetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan

Diputuskan,

Bahawa Dewan ini, selaras dengan peruntukan Seksyen 8(3)(a)(iv) Akta Acara Kewangan 1957, membuat ketetapan bersetuju supaya Kerajaan Persekutuan melabur dalam Keretapi Tanah Melayu Berhad melalui penukaran pinjaman Kerajaan Persekutuan dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad sebanyak RM30,564,000.00 kepada ekuiti dalam Keratapi Tanah Melayu Berhad.

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH KEHAKIMAN

(PINDAAN)(NO. 2) 1995

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.22 ptg.

Timbalan Menteri di J abatan Perdana Menteri (Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang­undang Mahkamah Kehakiman

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

(Pindaan) (No.2) 1995 untuk meminda Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dibacakan bagi kali kedua.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Datuk Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, tujuan Rang Undang-undang ini dibentangkan ialah untuk meminda beberapa peruntukan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 bagi menyelaras dan melicinkan lagi pen tadbiran Mahkamah-mahkamah Atasan selaras dengan penubuhan Mahkamah Rayuan pada tahun 1994. Pada tahun 1994 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk mewujudkan suatu Mahkamah Rayuan di dalam struktur Mahkamah Atasan bagi mem­peruntukan satu lagi peringkat rayuan. Dengan ini semua rayuan dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah­mahkamah Rendah yang lain hendaklah didengar terlebih dahulu oleh Mahkamah Rayuan sebelum rayuan selanjutnya boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Dalam hal ini, peruntukan Seksyen 8 yang sedia ada dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa susunan keutamaan di antara Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak adalah mengikut susunan keutamaan seperti yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Daiam hal ini, Yang di-Pertuan Agong telah menetapkan susunan keutamaan hakim-hakim berkenaan adalah seperti berikut:

(i) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya;

33

(ii) Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak ; dan

(iii) Presiden Mahkamah Rayuan.

Setelah ianya dilaksanakan, didapati susunan keutamaan tersebut adalah tidak selari dengan hiraki Mahkamah­mahkamah Atasan seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Mahkamah Rayuan merupakan mahkamah yang kedua tertinggi dalam hiraki struktur badan kehakiman iaitu selepas Mahkamah Persekutuan, namun demikian, kedudukan Presiden Mahkamah Rayuan diletakkan selepas Hakim­hakim Besar dalam susunan keutamaan hakim-hakim.

Di samping itu dalam konteks saraan hakim-hakim berasaskan Akta Saraan Hakim 1971, menunjukkan bahawa saraan Presiden Mahkamah Rayuan adalah melebihi saraan Hakim-hakim Besar.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal2, Rang Undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan meminda seksyen 8, Akta ibu untuk menyelaraskan susunan keutamaan di antara Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Besar supaya ianya adalah selaras dengan hiraki mahkamah-mahkamah seperti yang ditetapkan di bawah Perlembagaan Perscl~utuan serta saraan yang diperuntukkan di bawah Akta Saraan Hakim 1971.

Fasal '· Rang Undang-undang pula adalah •·· .rtujuan untuk meminda seksyen •. Akta ibu bagi mengadakan peruntukan terhadap perjalanan kuasa serta pelaksanaan tugas Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

34

dan kedua-dua Hakim Besar semasa ketiadaan mereka. Di samping itu, pindaan tersebut juga adalah untuk membolehkan Hakim Mahkamah Persekutuan ditetapkan bagi menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak semasa ketiadaan beliau atau sekiranya terdapat kekosongan dalam jawatan itu dan atas sifat itu juga untuk menjalankan fungsi-fungsi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. ·

Seksyen 9(1) Akta yang sedia ada telah memperuntukkan bahawa Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya diikuti oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak menanggung kerja jawatan Ketua Hakim Negara dalam keadaan di mana Ketua Hakim N egara tidak dapat menjalankan tugasnya, termasuk tugas­tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan, disabitkan kerana sakit, berada di luar negeri atau atas sebab­sebab yang lain. Dalam hubungan di atas, pindaan kepada seksyen 9 menerusi Fasal 3(a) adalah untuk menetapkan supaya Presiden Mahkamah Rayuan diikuti oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak diberi keutamaan dari segi kelayakan menanggung kerja jawatan Ketua Hakim Negara.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini hakim yang ditetapkan atau dilantik menjalankan tugas-tugas Presiden adalah ditentukan oleh Ketua Hakim Negara atau Presiden. Begitu juga dalam hal Hakim yang menjalankan tugas Hakim Besar di mana ditetapkan atau dilantik oleh Ketua Hakim Negara atau Hakim Besar yang berkenaan.

19 OKTOBER 1995

Kuasa yang diberikan kepada Ketua Hakim negara dan Presiden atau Hakim Besar ini kadang-kalanya menimbulkan masalah pertindihan kuasa yang membabitkan kelicinan pentadbiran Mahkamah Atasan. Oleh yang demikian, dalam Fasal 3(b) dan 3(c) seksyen 9(1A) dan Seksyen 9 (1B) di cadangkan dipinda supaya dalam hal penanggungan tugas Presiden atau Hakim Besar, Ketua Hakim Negaralah yang akan menetap hakim itu selepas berunding dengan Presiden atau Hakim Besar.

Subseksyen 9(2) yang sedia ada dalam Akta ibu, memperuntukkan bahawa hanya seorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh ditetapkan untuk menjalankan sementara tugas­tugas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak apabila beliau tiada atau tidak dapat menjalankan tugasnya. Mengikut peruntukan yang sedia ada, seorang Hakim Mahkamah Persekutuan tidak boleh menjalankan tugas-tugas Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak apabila Hakim Besar tersebut tidak dapat menjalankan tugasnya. Masalah ini adalah terhad kepada Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak sahaja, kerana dalam hal Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya hanya Hakim Mahkamah Persekutuan boleh ditetapkan untuk menjalankan tugas-tugas mereka semasa ketiadaan mereka atau tidak dapat menjalankan tugas.

Oleh yang demikian, subseksyen 9(2) ini dicadangkan dipinda dalam Fasal 3(b) Rang Undang-undang supaya Hakim Mahkamah Persekutuan juga boleh ditetapkan sedemikian. Perkara 131(a) Perlembagaan

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Persekutuan menyebut bahawa Undang-undang Persekutuan boleh digubal bagi perjalanan tugas dan kuasa Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar oleh hakim lain semasa hakim-hakim itu tidak berupaya untuk menjalankan tugas mereka atau semasa kekosongan jawatan itu. Walau bagaimanapun, seksyen 9 Akta ibu tidak memperuntukkan secara khusus mengenai keadaan kekosongan jawatan yang disebut dalam Perkara 131(a) itu. Dengan itu pindaan adalah· dicadangkan kepada seksyen 9, Akta ibu, dalam Fasal 3(e) Rang Undang­undang untuk memperuntukkan keadaan kekosongan jawatan ini secara khusus.

Dengan pindaan di atas, apabila berlakunya sesuatu kekosongan di dalam jawatan Presiden atau Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Ketua Hakim Negara boleh menugaskan seorang Hakim Per­sekutuan untuk menjalankan tugas dan kuasa-kuasa jawatan yang kosong itu. Dalam hal kekosongan jawatan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Ketua Hakim Negara juga boleh menugaskan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan ataupun seorang Hakim Mahkamah Tinggi tersebut untuk menjalankan tugas dan kuasa-kuasa Hakim Besar.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan seksyen 18 Akta Ibu melalui Fasal 4 adalah bertujuan untuk menangani masalah yang timbul apabila seseorang hakim yang mendengar sesuatu perbicaraan di Mahkamah Tinggi sama ada prosiding sivil ataupun jenayah tidak dapat menamatkan sesuatu perbicaraan itu disebabkan kematian, sakit atau sebab­sebab yang lain.

35

Berhubung dengan prosiding sivil, kaedah 35(11)-Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 mem­peruntukkan bahawa dalam keadaan sedemikian, seorang hakim lain boleh jika dipersetujui oleh kedua-dua pihak meneruskan perbicaraan tersebut. Bagi prosiding jenayah pula, seksyen 261 Kanun Acara J en ayah hanya membolehkan majistret untuk meneruskan perbicaraan yang tidak dapat ditamatkan itu. Ini bermakna di Mahkamah Tinggi, perbicaraan sedemikian perlu didengari semula. Semua ini sudah tentu akan melibatkan bukan sahaja soal kos dan pembaziran masa tetapi juga masalah mendapatkan saksi-saksi.

Cadangan pindaan ini bertujuan mengatasi masalah tersebut dengan membolehkan perbicaraan itu diteruskan oleh hakim lain di peringkat yang ditinggalkan oleh hakim yang terdahulu. Dalam sesuatu perbicaraan jenayah, tertuduh berhak meminta mahkamah untuk memanggil semula dan mendengar semula semua atau mana-mana saksi yang telah memberi keterangan di hadapan hakim yang terdahulu.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya pindaan-pindaan yang dicadangkan menerusi Rang Undang­undang ini adalah semata-mata bertujuan untuk melicin dan memperkemaskan pentadbiran mahkamah atasan serta mem­perjelaskan lagi hirarki susunan keutamaan hakim-hakim dan tugas­tugas mereka selaras dengan hasrat badan kehakiman untuk mewujudkan satu bentuk pentadbiran keadilan yang cekap, berkesan dan berwawasan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

36

Timbalan Ong Tee menyokong?

Yang di-Pertua (Tuan Keat): Siapa yang

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Tuan Idris bin Jusoh): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Kehakirnan 1994 dibacakan kali kedua dan terbuka untuk dibahas sekarang. Jelutong.

4.33 ptg.

Tuan R. Karpal Singh (Jelutong): Tuan Speaker, Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri tadi, walaupun apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri itu bagi tujuan Rang Undang-undang ini walaupun in not worse, apa yang jikalau dilihat di segi surface tidak banyak ada diperuntukkan di dalam Rang Undang-undang ini.

Tetapi jikalau, Tuan Speaker, perkara ini dilihat dengan mendalam dari segi kebebasan badan kehakiman dan itu penting oleh kerana dalam negara kita, apa yang ada bagi keadaan the administration of justice, satu jaminan diberi oleh Perlembagaan dan juga kerap kali oleh bukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang tetapi Perdana Menteri yang terlebih dahulu, dari yang pertama sehingga sekarang.

Apa yang dikatakan di sini, di dalam negara ini dan luar negara, di Malaysia kami mempunyai independence of the

19 OKTOBER 1995

judiciary. Pelabur-pelabur asing dijemput untuk datang ke negara ini untuk melabur tetapi adakah ini rhetoric yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin kita termasuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di forum-forum luar negeri dan juga di dalam negara kita ini?

Dalam fikiran saya, Tuan Speaker, ini retorik. Oleh kerana jikalau dilihat bagi substance dan contoh-contoh yang ada di mana keputusan yang diberi oleh mahkamah-mahkamah di dalam negara kita termasuk keputusan-keputusan oleh Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini Mahkamah Agung dan mahkamah-mahkamah lain di dalam negara kita.

Banyak contoh, Tuan Speaker. Saya kembali ke contoh-contoh itu tak berapa lama lagi. Baru-baru ini kes Air Malek. Satu kes di mana telah dibongkar beberapa kelemahan dalam sistem perundangan penghakiman dalam negara kita. Apa yang jadi dalam kes itu adalah umum dan tidak payah saya ulang lagi fakta-fakta yang berkait dengan kes itu. Bermula dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan selepas itu kepada Mahkamah Persekutuan di mana dalam fikiran saya apabila kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan, apa yang terj adi adalah melanggar Perlembagaan.

Oleh kerana komposisi Mahkamah Persekutuan itu tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan dan melanggar apa yang ada dalam peruntukan di dalam Perlembagaan itu. Dianggotai oleh Hakim Besar Negara. Lepas itu, seorang hakim daripada Mahkamah Rayuan, Yang Arif Zakaria Yatim dan selepas itu anggota yang ketiga, Yang Arif P.S. Gill dari Mahkamah Tinggi Ipoh.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

J elas komposisi ini tidak mengikut Perlembagaan tetapi sampai hari ini tidak diakui oleh kerajaan. Adakah Timbalan Menteri di dalam Dewan, dia pun lawyer, mengakui sekarang jikalau saya menanya dia soalan ini., adakah komposisi itu constitutional? Are you prepared to answer?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat.. ....

Tuan R. Karpal Singh: Senyap oleh kerana ......

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Kaet: Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak payah soal Timbalan Menteri sekarang, nanti dia akan jawab.

Tuan R. Karpal Singh: Saya ingat dengan sukarela dia akan berdiri, tetapi dia tidak. Oleh kerana dia tidak berani. Kenapa jikalau ada apa yang tidak teratur dan tidak mengikut Per­lembagaan, Perlembagaan jadi undang­undang terutama dalam negara ini?

Adakah Perkara 4(1), "The Constitution is the supreme law of the land and any law passed after merdeka which is inconsistent, the provisions of the Constitution shall to the extent of that inconsistency be void". Terus terang.

Jikalau kuorum ini tidak mengikut Perlembagaan, dalam satu kenyataan umum yang disiarkan ada memberi satu contoh di mana apa yang had gone wrong could be put right, dengan izin, walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan, oleh kerana Mahkamah Persekutuan menjadi the apex court, the highest tribunal, the judicial tribunal in the country, maka sebab itu tidak '' a kuasa untuk reveal atau untuk mcnyemak keputusan sendiri. Tetapi ada forum Parlimen di mana itu boleh dibuat.

37

Tuan Speaker, dalam tahun 1978, jikalau say.a tidak silap, pada 11 Disember 1978, dalam satu kes yang diputuskan oleh Majlis Privy. Teh Cheng Poh melawan Pendakwaraya Malaysia. Satu kes di mana keputusan, bukan bagi Teh Cheng Poh sahaja, tetapi keputusan bagi lebih kurang 30 orang adalah satu akibat yang berbahaya di mana semua ini ada disabitkan di bawah peruntukan seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana memiliki senjata api a tau peluru di mana ada hukuman maut mandatori.

Apabila Majlis Privy membenarkan keputusan itu boleh kerana perbicaraan bagi semua kes ini adalah dijalankan di bawah Peraturan-peraturan Perlu The Essential Security Cases Regulation, dengan izin, pada tahun 1975 yang ada dibuat oleh Yang di­Pertuan Agong.

Walaupun peruntukan dalam Perlembagaan bahawa Perkara 150 Pelembagaan kita di mana Yang di­Pertuan Agong tidak ada kuasa untuk membuat peraturan-peraturan perlu seperti itu selepas Parlimen bersidang. Dalam masa darurat, ya, selepas 13 Mei 1969, dia ada kuasa. Tetapi apabila Parlimen bersidang dalam bulan Februari 1971, jikalau saya tidak silap, tidak ada kuasa. Oleh itu Majlis Privy memutuskan peraturan-peraturan perlu ini tidak sah, tidak mengikut Perlembagaan dan oleh itu Teh Cheng Poh berjaya dalam kes itu.

Tetapi malangnya Majlis Privy membuat satu kesilapan dengan menghantar kes itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang. Adakah perlu untuk, dengan izin, order a retrial?" Itu adalah pada llhb. Disember 1978.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

38

Dalam bulan Januari 1979, very crude to act where the Government is involved adversely-persidangan tergempar Parlimen. Keraj a an membawa satu Rang Undang-undang di mana The Emergency Essential Powers Act 1979 untuk mengenepikan keputusan Majlis Privy untuk kembali ke keadaan yang tidak mengikut Perlembagaan, iaitu menghidupkan semula peraturan-peraturan yang diputuskan sebagai tidak mengikut Perl em bagaan.

Parlimen buat oleh kerana kerajaan, bukan pembangkang, kerajaan tidak boleh menerima keputusan. Semasa itu Majlis Privy menjadi the highest court in the land. Walaupun orang Putih, but that was the system. Kenapa tidak menghormati keputusan itu? No point all the time saying "we respect the decisions of the court". When it comes to the real respect for it, tidak ada.

Berapa kes di mana habeas corpus bagi pemohon-pemohon dan perayu­perayu berjaya mendapat habeas corpus atau rayuan dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan di mana saya ada terlibat sebagai peguam and I declare my percuniary interest before someone jumps up.

Tuan Noh bin Omar: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, Tanjong Karang bangun.

Tuan R. Karpal Singh: Tak payahlah, saya pun tidak mahu dikacau atas satu subject yang ....... .

Tuan Noh bin Omar: Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Jikalau tidak, Yang Berhormat sila teruskan.

19 OKTOBER 1995

Tuan Noh bin Omar: Berilah peluang!

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, di mahkamah juga, hakim membenarkan permohonan. Mah­kamah Rayuan membenarkan rayuan. Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan dan seorang dibebaskan. Baru­baru ini prinsip yang sesuai membawa orang yang terlibat ke mahkamah untuk dibebaskan.

Keadaan dahulu daripada itu, perintah itu dihantar ke Simpang Renggam, Muar atau tempat lain di mana ada watchers waiting outside­Special Branch dan sebagainya. Makhluk seperti itu ada, harzardous, untuk menangkap seorang yang dibebaskan. Tetapi sekarang lain. Walaupun lain, beberapa kali dalam Mahkamah Persekutuan, anggota­anggota dari Cawangan Khas menunggu di luar Mahkamah. Apabila seorang dilepaskan, dia ditangkap.

Bukan sahaja menangkap, tetapi menggunakan kekerasan dan bertindak sebagai binatang. Orang yang dilepaskan menjadi sasaran. Bukan di luar dari Mahkamah, walaupun di dalam Chamber, di dalam Mahkamah juga, tidak menghormati dan tidak peduli. Adakah itu menghormati apa yang harus dihormati iaitu keputusan­keputusan oleh Mahkamah-mahkamah dalam negara kita?

Unit Cawangan Khas sudah mengambil alih Mahkamah.

Tuan Noh bin Omar: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, Tanjung Karang bangun.

Tuan R. Karpal Singh: Tak payah ..... tak payah ....... saya tidak ada masa! Tak payah ..... tak payah!

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Teruskan.

Tuan Noh bin Omar: (Menyampuk)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, jangan tawar-menawar.

Tuan R. Karpal Singh: Tuan Speaker, jikalau ini adalah apa yang terjadi kepada orang ramai, adalah tidak baik oleh kerana orang ramai menjadi rakyat dan ada hak-hak di· bawah Perlembagaan dan undang­undang lain dalam negara kita. Tetapi sekarang bukan itu.

Baru-baru ini , saya mengumumkan di sini, anggota-anggota dari Cawangan Khas atau Special Branch Officers pergi ke Mahkamah untuk merekodkan kenyataan daripada hakim dan menakutkan hakim-hakim. Pergi ke Mahkamah, pergi ke Chamber hakim. Satu contoh, Hakim N.H. Chan. Kenyataannya ada direkodkan oleh Special Branch. Saya mahu dapat tahu apa kuasa yang digunakan oleh Special Branch untuk merekodkan kenyataan daripada hakim ini? Dan saya difahamkan hakim-hakim lain pun menjadi sasaran, menjadi mangsa kepada some two sets of Special Branch Police Officers. Saya bukan menyatakan hakim above the law. Jikalau seorang hakim membuat apa­apa kesalahan, ada undang-undang boleh diperkuatkuasakan ke atasnya. Atas Yang Di-Pertuan Agong pun boleh sekarang. Tetapi dalam hal ini, adakah laporan dibuat oleh sesiapa dalam kes Air Molek oleh kerana hakim itu ada terlibat di dalam Mahkamah Rayuan di mana beliau ada memberi satu keputusan? Saya pun hairan kenapa hakim-hakim ini mahu memberi kenyataan kepada pegawai

39

polis apabila pegawai polis pergi ke sana. Kadang-kadang saya pun ingat kenapa apabila menghakimi satu perbicaraan, berani. "Saya memerintahkan orang ini dibawa ke satu tempat di mana digantung". Oh, berani. Tetapi apabila dia jadi satu mangsa kepada taktik seperti ini­memberi kenyataan. Saya merayu kepada semua hakim-hakim jangan memberi kenyataan kepada sesiapa pegawai polis yang pergi ke mahkamah (chambers). Jikalau mahu apa-apa kenyataan, pergi ke rumah atau tempat lain. Jangan menakutkan. Saya ingat ini jadi taktik Barisan Nasional untuk menakutkan badan kehakiman. Ini bukan perkara yang baru timbul.

Dalam tahun 1988, Tuan Yang di­Pertua, jikalau saya tidak silap, saya ingat llhb. atau 12hb. Mac 1988. Saya menang kes habeas corpus case saya di Ipoh. Saya ditahan di bawah ISA. Lawan dalam mahkamah dan menang. Menang 9hb. Mac. Keputusan Yang Arif Peh Swee Chin membenarkan permohonan saya. Tetapi ditangkap balik. Tidak menghormati keputusan itu. Ini biasa, Tangkap balik itu, okay­tidak apa. Saya lawan lagi. Sampai sekarang pun lawan juga,tidak mati. Tidak apa, boleh buat ke atas kami. Tidak apa. We have the resilience. Tetapi dalam Dewan yang mulia ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menghentam hakim itu. Di san;· juga. Beliau menyatakan di sini: "Mana boleh hakim ini berani di antara yang bercakap, tindakan saya ada mala fide. Tujuan jahat. Mana boleh seorang hakim menyatakan seperti itu. Menunjukkan perkataan-perkataan itu kepada seorang Perdana Menteri". Dia

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

40

Tiger of Asia. Baru-baru ini dilaporkan di Peru. I don"t know who made him a tiger. Hentam hakim itu di sini.

Tuan Yang di-Pertua ada di sm1 barangkali masa itu. Menakutkan hakim itu. Ini keputusan yang dibuat oleh seorang hakim, dia ada kuasa. Jikalau tidak berpuashati, merayu kepada Mahkamah Agung masa itu. Tetapi kenapa hentam dia di sini? Dia buat kesilapan. Apabila membuat perintah satu pertuduhan adalah ini, bahawa pada 10hb. Oktober 1987, saya ada menghangatkan perasaan orang Cina dan orang Melayu di satu ceramah, semuanya bohong. Oleh kerana apabila saya menjawab afidavit itu, di mana dia sebut seperti itu, saya menyatakan saya tidak ada di sana. Apabila dia kata saya ada di sana dan membuat perkara itu, saya ada di depan Hakim Malaya, Tun Hamid Omar, ada kes di hadapan dia. Alibi, perfect alibi. Dia takut. Dia membuat satu afidavit. Oh sudah silap. Pertuduhan itu silap. "Oh, Mr. Karpal Singh tidak ada di sana". Macam itu habis. Hakim itu berani, Peh Swee Chin. Dia mengatakan oleh kerana satu pertuduhan didapati sebagai tidak benar, itu bermakna lima pertuduhan lain, campur dengan ini yang tidak sah menjadikan akibat keputusan Menteri itu tidak sah untuk menahan seseorang.

Tuan Yang di-Pertua, di sini apa yang jadi apabila Eksekutif men­dasarkan dengan the doctrine of separation of powers, the legislator, executive and the judiciary; jikalau satu campur dengan lain menakutkan dan sebagainya. ltu jadi satu tanda tidak baik bagi demokrasi dalam negara ini. Apa yang perlu dibetulkan ialah di mana ada ketidakadilan. Baru-baru ini

19 OKTOBER 1995

kes election petition ini yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat yang tidak sah, yang tidak malu, masuk dari pintu belakang, duduk di sini, berani untuk menanya soalan di sini, berucap. Ucapan, soalan dia semua tidak sah oleh kerana bukan dipilih oleh rakyat. Itulah di mana jikalau ada kelemahan, langkah-langkah diambil dalam Dewan yang mulia ini untuk membuat pindaan. Apa yang wujud sekarang, walaupun Ahli Yang Berhormat yang sah, Yang Berhormat Tuan Wee Choo Keong; dia pun Yang Berhormat juga sampai hari ini. Dia dipilih oleh lebih 20,000 undi. "Dr. A yam" itu 14,000 undi. Dari MCA juga tetapi tidak malukah Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, saya rasa Yang Berhormat tidak perlu heretkan Kerusi.

Tuan R. Karpal Singh: Ya, tidak perlu tetapi just a side comment.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, saya benarkan Yang Berhormat berhujah dan berucap tetapi jangan heretkan Kerusi. Itu bukan sesuatu yang .........

Tuan R. Karpal Singh: Allright, MCA tidak malu. Di mana ada keadaan seperti itu? Lawanlah dalam satu by-election jikalau be rani. J adi semacam di Bagan. Barangkali majoriti 22,000 kali ini. Tetapi itu bukan persoalannya. Just a side comment. Don't worry, I am not attacking you.

Apa yang perlu dibuat adalah pinda Perlembagaan, Tuan Yang di-Pertua. Perkara 118 yang ada sekarang berbunyi seperti ini, dengan izin:

"No election to the House of Representatives or to the Legislative Assembly of a State

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

shall be called in question except by an election petition presented to the High Court having jurisdiction where the election was held".

Ini yang perlu dipinda, Tuan Yang di-Pertua. Dengan perkataan after "where the election was held", "with a final right of appeal to the Federal Court". Untuk mengelakkan apa yang terjadi sekarang, Tuan Yang di-Pertua, di mana seorang yang ditendang oleh rakyat masuk ke Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua, kami dalam DAP lawan di dalam kawasan-kawasan, sampai mati tidak apa. Lawan di sana. Mati, mati. Bukan macam MCA, mati pun masuk juga.

So, ini apa yang perlu dibuat-don't laugh, Timbalan Menteri. Di India masa dulu keadaan seperti apa yang ada keadaan di sini. Tidak ada rayuan kepada mana-mana. Seorang hakim keputusan dia mencukupi.

Tuan Speaker, ini merbahaya. Jikalau seorang hakim dalam tangan dia diletakkan kuasa-kuasa yang luas seperti itu. Sampai sekarang tidak boleh diquestioned in any court.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini ada satu petisyen seperti itu di mana seorang pemohon yang tidak waras, Selvanathan, dia mahu mengesahkan semua pilihan raya umum tidak sah. Itu permintaan dia di mahkamah, Tuan Speaker. Jikalau hakim itu membenarkan itu, apa jadi?

Di sini juga, Tuan Speaker, bukan saya yang merayu kepada Dewan yang mulia ini untuk try some sense into the heads of the Barisan Nasional. Ini ada dinyatakan oleh Justice Mohd. Zahir pada 10hb. Disember, 1978. Dia

41

menyatakan seperti ini di dalam kes Zulkarnaini bin Mohd. Nor vs Syed Omar bin Mohamad. The other point is that the decision of an election judges is not appealable. I do not think election judges do not make mistake whereas other judges do. We are not all infallible. What can happens if an election judge commit an error? An election judge has powers to unseat a Prime Minister in an election petition. I'm sure he is hearing it in chamber now. It appears to me the agreed party has no remedies under the law. Perhaps this matter can also be considered so as to safeguard against errors made. Apa yang dinyatakan saya tadi untuk Tuan Speaker pinda Perkara 118. Ini ada dikatakan oleh Tuan Speaker dalam Dewan ini juga dalam tahun 1978. Dia menyatakan ini:

"Perhaps a quick reference of the judgement of the Federal Court within a short period of time be provided in the law is the answer."

Dalam tahun 1978 ada dinyatakan oleh hakim ini. Sekarang dia hakim besar dalam Dewan ini. But nobody cares, nobody cares! Apabila seorang bercakap apa yang baik, adil, asas, nobody cares, including him.

Di sini juga, Tuan Speaker, sistem penghakiman sekarang standard, mutu hakim-hakim. Dalam satu zaman tidak senang untuk seorang peguam atau seorang dalam judicial atau legal service untuk dilantik sebagai hakim. Boleh, tetapi susah. Mutu tinggi, penghakiman satu badan yang kuat.

Tuan Speaker, a weak judiciary is a subjugated judiciary. A frighten judiciary is a dangerous judiciary, Merbahaya kepada kepentingan negara ini. Oleh kerana jikalau tidak

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

42

ada, there is no confidence, tidak ada kepercayaan dalam satu badan yang mustahak seperti ini, bukan juga pelabur-pelabur asing yang terlibat tetapi orang ramai.

Sekarang, Tuan Speaker, Judicial Commissioners, Pesuruhjaya Ke­hakiman apa jadi mengenai perlantikan hakim-hakim. Walaupun ada peruntukan dan ini ada dicakapkan, dinyatakan oleh beberapa Menteri­menteri dalam Dewan yang mulia ini. Ada peruntukan untuk melantik Persuruhjaya Kehakiman, tetapi adakah sistem itu baik?

Seorang Pesuruhjaya Kehakiman ada dilantik bagi 2 tahun. Dia jadi sebagai Probationary Inspector. Siapa yang boleh confirmkan perlantikan itu adalah kerajaan. Bolehkah seorang Persuruhjaya Kehakiman menjadi independent apabila the sort of democalist ada di atas kepala dia. Di mana dia mahu mencari rezeki jikalau tidak diconfirmkan? Di mana dia mahu letak muka dia jikalau tidak diconfirmkan? Bolehkah orang seperti itu diterima, dianggap sebagai seorang yang boleh memberi keputusan without fear or favour?

Sekarang, Tuan Speaker, the standard of judiciary, the appointment, dengan izin, has become so low the public has lost confidence in the judiciary. Badan Peguam pun tidak ada kepercayaan dalam kebolehan judiciary, termasuk rakyat. Adakah ini baik untuk rakyat? Di mana seperti lantikan seorang hakim dan dalam hospital doktor-doktor mutu tertinggi, the highest, the most qualified ought to be appointed, irrespective of race. Oleh kerana di tangan dia seorang hakim dan juga seorang doktor adalah

19 OKTOBER 1995

nyawa seseorang. Jikalau dilantik seorang yang tidak tahu apa yang dia bercakap daripada apa yang dia buat, itu merbahaya.

Kerajaan, Tuan Speaker, is abetting barangkali even murder. Oleh kerana jikalau seseorang yang tidak layak sebagai hakim dilantik, jikalau beliau menghukumkan gantung seorang, itu jadi negligence of the part of the government apabila melantik seorang yang tidak layak dan itu menjadi criminal negligence pacta fikiran saya. These are the areas where the government must direct its attention. I'm not against special right for the Malays, let it not be, dengan izin, misunderstood. Tetapi what has to be said, has to be said. There are many among the bumiputeras, very interlligent people, tetapi tidak ada connection. Orang yang baik, orang yang layak tetapi tidak ada connection. Bagi promotion vote dalam Badan Kehakiman, hakim-hakim yang baik ada diketepikan.

Contohnya, Hakim K.C. Vohrah. Orang yang berprinsip, hakim yang baik, who acts without fear or favour. Itu apa yang jadi tanda seorang hakim yang baik. Tetapi tidak ada direcognised. Hakim seperti Datuk Wira Wan Yahya, Mohd.Azmi Kamaruddin dan beberapa hakim­hakim lain yang baik tetapi tidak dapat apa-apa yang harus beliau dapat.

Saya merayu kepada Hakim Besar Malaya untuk mengambil kira perkhidmatan hakim-hakim seperti ini iaitu hakim-hakim yang in the past had stood to the principle. Tidak baik untuk dalam kehakiman, Tuan Speaker, ada scan. Merayu kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Eusoff Chin untuk apabila satu perlantikan dibuat bagi

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

jawatan hakim, jangan mengenepikan Bar Council.

Saya juga merayu kepada Bar Council supaya jangan mengecilkan imej Ketua Hakim Negara. Jikalau ada apa-apa masalah boleh berunding bagi kepentingan negara, itu adalah satu langkah yang baik, itu adalah satu langkah yang harus ........ Tuan Speaker 'mengikut-ikut'.

Mengenai kes Air Malek saya merayu kepada kerajaan untuk membawa satu usul di sini, sepertimana ada dibuat dalam kes Teh Cheng Poh: an act invalidate-kes Air Malek.

Tuan Speaker, tidak baik, jikalau satu keputusan kes, walaupun oleh sesuatu mahkamah yang tertinggi dalam negara ini tidak sah untuk wujudkan dalam the Statute Book; lebih baik Parlimen dan lebih baik kerajaan terima apa yang ada dibuat silap, we are all human, we make mistake. Di sini, saya ingat Ketua Hakim Negara Tan Sri Eusoff Chin sendiri boleh mengaku apa yang ada tidak sah, jikalau ada pengakuan itu, itu pengakuan matang. Jikalau ada kesilapan, kami semua boleh membuat kesilapan. Apa yang perlu sekarang adalah untuk membetulkan apa yang with due respect "has gone wrong".

Tuan Speaker, apa yang ada di hadapan kami pada hari ini, saya baca apa yang ada dalam perenggan 2 Huraian:

"Fasal 2 bertujuan meminda seksyen 8 Akta untuk mem­peruntukkan bahawa Presiden Mahkamah Rayuan hendaklah diberi keutamaan daripada Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi

43

di Malaya hendaklah diberi keutamaan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak."

Saya mahu bertanya, kenapa pada masa dahulu tidak ingat apa yang dibuat di masa itu tidak baik, tidak beratur. Jikalau mengikut sistem perundangan Presiden Mahkamah Rayuan adalah nombor dua, kenapa dalam masa yang lampau dia keempat dan sekarang keempat lompat menjadi kedua? Adakah kelemahan dalam penasihat kepada kerajaan iaitu Peguam Negara tidak menyemak undang­undang dengan meneliti sebelum pindaan di bawa ke Dewan yang mulia ini?

Sekarang ini jikalau Presiden Mahkamah Rayuan menjadi kedua dalam hirarki, itu bermakna Tuan Speaker, Perlembagaan Persekutuan, Perkara 182(1) harus dipinda, oleh kerana ia sekarang berbunyi:

"182(1) There shall be a court which shall be known as the Special Court and shall consist of the Lord President or other Chief Justice of the Federal Court who shall be the chairman, the Chief Judges of the High Courts and two other persons who hold or held office of the Judge of the Supreme Court or a High Court appointed by the Conference of Rulers."

Ini bermakna Tuan Speaker, jikalau Presiden Mahkamah Rayuan nombor dua sekarang dia harus menjadi ahli Mahkamah Khas. Ini bermakna, Tuan Speaker Hakim Besar Sabah dan Sarawak diketepikan sekarang, oleh kerana 5 menjadi 3 daripada

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

44

kehakiman. Jikalau apa yang ada sekarang. Tuan Speaker di dalam susunan baru ini, ini bermakna perlembagaan harus dipinda. Adakah apa-apa tujuan bagi kerajaan untuk meminda ini? Sehingga hari ini tidak ada apa-apa atas meja untuk membuat satu pindaan kepada Perkara 182. Ini bermakna dalam the Attorney-General Chambers ada berapa orang peguam­peguam? Apabila kami law an dengan Peguam Negara, Tuan Speaker, one man army, tetapi mereka-berapa batalion? Tiada mutu, jikalau tidak tabu untuk meminda di sini, dua-tiga pindaan di sana harus dibuat-tidak tabu, balik semula ke sini dalam masa barangkali 6 bulan; Oh! silap-buat lagi. Tidak boleh ada keadaan seperti itu oleh kerana jikalau kerajaan mahu mendapat kepercayaan daripada rakyat, buat apa yang betul dan apa yang harus dibuat dalam masa yang baik, bukan slip shod as and when pointed out-itu bukan. Itu bukan satu keadaan, Tuan Speaker, yang baik.

Begitu juga dalam kes Air Molek, apa yang hendak dikatakan oleh Tan Sri Eusoff Chin sebagai Ketua Hakim Negara, dalam keputusan, beliau ada mengkritik apa yang telah dibuat oleh Hakim N.H. Chan, di mana beliau ada, Tuan Speaker, mengkritik seorang Hakim, mengkritik seorang peguam tanpa memberi peluang kepada kedua­dua pihak ini untuk memberi apa-apa penjelasan. Walaupun ini adalah dalam satu keputusan yang tidak sah, tetapi pendapat-pendapat seperti itu adalah baik. Apa yang saya nyatakan tadi, the standard of the judiciary is probably at its lowest ebb sekarang. Tuan Speaker, times has come to do something about it.

19 OKTOBER 1995

Pada masa dahulu, Tuan Speaker, tidak ada di mana-mana yang peguam atau orang lain menyatakan hakim ini; Oh! Keputusan dia tidak boleh diterima dan oleh itu sekarang ini ada Yang Arif K.C. Vohrah ada menyatakan dengan umum, Tuan Speaker, ada 'picky lawyers', picky lawyers' oleh kerana tidak ada kepercayaan dalam penghakiman. Jikalau semua hakim ada bermutu, tidak payah untuk pergi ke registry dan banyak lawyers ada berbuat demikian, they cannot be blamed, untuk mendapat nombor yang sesuai untuk memasukkan satu permohonan atau satu guaman.

Di masa dahulu tidak ada keadaan seperti itu, tetapi baru-baru ini ada didengar, walaupun khabar angin, tetapi dalam negara ini khabar angin tentu ada apa-apa kenyataan dalam khabar angin itu. 'Angin' is only the vehicle of conveyance. Sekarang ada dinyatakan dalam satu kes besar dalam negara ini, "a bag of cash was given to a judge". Saya tidak mahu menyatakan nama hakim itu oleh kerana tidak ada apa-apa bukti di sini. Tetapi ada, ada kenyataan-kenyataan seperti itu yang ada didengar sekarang. Tidak ada pada masa dahulu apabila dalam negera ini ada beberapa hakim bermutu seperti Tan Sri H.T. Ong, H.S. Ong, Justice Gill dan Tun Azmi. Kenapa pada masa dahulu tidak ada khabar angin seperti ini dan sekarang ada?

Saya merayu kepada kerajaan untuk menentukan apabila seorang hakim dilantik, satu siasatan mendalam hendaklah dibuat dan pendapat Bar Council diambil kira. Jangan lantik sesiapa sahaja. Dalam pengalaman saya ada beberapa hakim yang tidak ada

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

pengalaman ketika beliau bertindak sebagai peguam, atau dalam legal atau judicial service tidak pernah membawa apa-apa kes. Kes curi ayam pun tidak ada! Dan sekarang duduk di sana untuk membicarakan satu kes di mana hukuman mandatory-death, dan dia tidak ada clue. No clue as to what is going on.

Tuan Speaker looks very disturb and rightly so! And you are looking at me, very disturb! It is a good sign! Oleh. kerana itu sekarang we can't allow satu situasi seperti itu. Mengikut undang­undang sekarang di mana ada mandatory maut, seorang peguam harus dilantik. Tetapi di dalam kes-kes lain di mana tidak perlu untuk melantik seorang peguam-seorang berlawan bersendirian-di mana ada garis panduan untuk hakim ini? Dia buat apa yang, 'yes, anything goes, hope for the best". Ini bukan di dalam Mahkamah Tinggi sahaja, bahkan dalam subordinate courts pun sama juga.

Kelmarin seorang ahli PAS dari Tumpat ada mengatakan kenapa ada bahasa lnggeris dan Bahasa Malaysia. Satu cukup! Apabila dia bangkit, apa yang dia nyatakan adalah baik. Dia kata baik kalau ada bahasa Inggeris walaupun Bahasa Malaysia, the National Language diterima. Kami pun terima itu, tetapi bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.

Di mana-mana perpustakaan (library), di sini pun, majority perundan;: m dalam bahasa Inggeris. Sekarang .-..alau kita pergi ke sebuah subordinate court, mahkamah magistret, walaupun di Universiti Malaya, IIU dan sebagainya di mana degree ada di 'recognise', tetapi when it comes to English, terdapat beberapa

-----------

45

kelemahan. Perkara ini boleh didengar di mahkamah apabila seorang magistret menggunakan bahasa Inggeris, kadang­kadang ada terdengar seperti ini, "did you went.. .. " Tuan Speaker, ini malu­"did you went.. ... " ini ada! Lebih dahsyat daripada ini pun ada.

Ada satu kes yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen-kes rogol. Rayuan dibuat dan President Session Court itu mendapati tertuduh bersalah. Dia merayu ke Mahkamah Tinggi. Dalam nota-nota keterangan yang diberi oleh doktor, dan doktor adalah seorang saksi yang penting dalam kes rogol, nota-nota keterangan yang ada dicatat oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu­"semen". "S-e-m-e-n" itu betul semen. Apa yang ditulis ialah "cement". Apabila kes ini pergi, kalau tidak silap saya, ke depan Yang Arif Harun Hashim, apabila dia baca itu dia terperanjat dan dia menyatakan seperti ini. "Oh! I did not know this thing is already fine nowadays". (Ketawa) Ini terjadi, Tuan Speaker. Ini bukan satu rekaan. Ada keadaan seperti itu.

Saya merayu kepada Tuan Speaker, you are a lawyer, do something about it. Don't sit there mute looking at me. (Ketawa) Nampaknya apa yang perlu dibuat untuk kepentingan ramai, if you are careful you may be charge one of these days and you will go in and you won't know why. (Ketawa)

Tuan Speaker, bagi mengakhiri ucapan saya dengan apa yang ada merayu kerap kali tadi, do something to ensure that we have a system of justice which we can he proud of. Satu badan kehakiman yang boleh menarik pelabur-pelabur asing ke sini. ltu penting. Keadaan sekarang tidak mencukupi dan saya harap tindakan

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

46

yang baik diambil dan ambil dengan serta-merta. Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Keningau.

5.29 ptg.

Datuk Joseph Pairin Kitingan (Keningau): Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih di atas peluang untuk saya mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai dengan pindaan Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Tuan Yang di-Pertua, saya nampak bahawa tujuan untuk meminda Akta ini adalah untuk menentukan supaya susunan berkaitan dengan keutamaan kedudukan hakim-hakim yang berkenaan dapat disusun berasaskan apa yang adil dan patut dan tentu sekali tujuan ini memang baik. Saya hanya hairan sedikit kenapa perkara yang ada kaitan dengan Special Court of Appeal yang ada kaitan dengan kedudukan presiden ini agak lambat disusun berasaskan apa yang dimaksudkan. Nampaknya keutamaan ini adalah satu perkara yang mungkin tidak disedari ataupun tidak mengikut perkara­perkara yagng sepatutnya diambil kira.

Perubahan di mana kedudukan Presiden itu pada awalnya di peringkat keempat, sekarang 1m telah ditempatkan di peringkat kedua. Itu pun saya tidak begitu mengambil berat kerana susunan itu mungkin barangkali telah disedari di atas adanya Special Court of Appeal.

Tetapi apa yang saya ingin sentuh di sini, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkaitan dengan kedudukan the Chief Judge of the High Court of Malaya, dengan izin, dan juga the Chief Judge

19 OKTOBER 1995

of the High Court of Sabah and Sarawak. Mengikut Perlembagaan, kedua-dua kehakiman ini adalah selaras dalam statusnya. Kerana itu, saya rasa kalau kedua-dua kehakiman 1m adalah selaras, sepatutnya precedence di antara kedua-dua high court, the Chief Judge of High Court serupa dan equal, memandangkan bahawa kedua-dua kehakiman Malaya dan juga Sabah dan Sarawak adalah selaras dalam statusnya.

Dalam hal ini, apa yang barangkali perlu dan patut dibuat kalau betul­betul tujuan ini dalam susunan adalah berasaskan keadilan, boleh diambil kira peruntukan-peruntukan dalam seksyen 8(c), Cause of Judicature Act 1964, dan yang lain di mana keutamaan itu berasaskan the priority of the appointment. Jadi, kalau the Chief Judge of the High Court in Sabah and Sarawak adalah senior dalam peringkat perlantikan, sepatutnya keutamaan ataupun precedence adalah diberi kepadanya. Jadi, mungkin barangkali perkara ini perlu difikirkan supaya asas keadilan itu dapat ditetapkan dengan betul.

Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh adalah sama ada pemindahan ini telah pun dikemukakan kepada kerajaan negeri Sabah, kerana di mana pemindahan ada berkaitan dengan hak negeri Sabah berasaskan Per­lembagaan, perlu dikemukakan terlebih dahulu untuk dipersetujui ataupun dibuat komen sebelum ada apa-apa pindaan dibuat. Saya tidak tahulah sama ada perkara ini telah disampaikan untuk persetujuan ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal undang-undang tentu sekali kita

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

menuntut keadilan supaya perkara­perkara yang ada kaitan dengan kepentingan negara kita boleh diperolehi, seperti menarik pelabur­pelabur daripada luar negara dan juga untuk memberi kepercayaan kepada orang ramai serta juga untuk mempertahankan kepentingan demokrasi di dalam negara kita. Dalam hal ini, sepertimana yang telah dihuraikan oleh Yang Berhormat dari Jelutong, kita perlu untuk membawa ke perhatian kerajaan tentang perkara-· perkara yang dibawa ke dalam mahkamah mengenai dengan pilihan raya, perkara-perkara mengenai dengan keputusan pilihan raya, di mana orang ramai ataupun calon-calon yang berkenaan itu tidak berpuas hati.

Dalam hal ini, apabila rayuan itu disampaikan kepada mahkamah, keputusan itu adalah keputusan muktamad dan tidak boleh diubah suai. Biasanya dalam apa-apa hal pun yang kita bawa kepada mahkamah, tentu sekali apabila ada keputusan di peringkat bawah, peringkat pertama biasanya ada tempat rayuan, apabila keputusan itu tidak dapat diterima ataupun tidak membawa kepuasan kerana hal-hal berkaitan dengan undang-undang ataupun hal-hal berkaitan dengan keadilan.

Saya juga turut merayu kepada pihak kerajaan supaya perkara ini diberi perhatian yang berat dan untuk memberi keadilan kepada rakyat untuk membawa imej Malaysia lebih tinggi lagi dalam hal mengenai dengan demokrasi. Seharusnyalah satu Court of Appeal ataupun Election Review Court of Appeal, sama ada ianya diletakkan di Federal Court ataupun khusus diwujudkan supaya ada tempat bagi orang yang tidak puas hati untuk

47

membawa perkara-perkara keputusan mahkamah yang pertama itu diberi pertimbangan semula. Kalau ini dapat dibuat, tentu sekali ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia memang adil dalam hal untuk mempertimbang­kan rayuan-rayuan di atas keputusan pilihan raya.

Satu lagi perkara yang saya perlu dibawa perhatian Dewan yang mulia ini dan seterusnya kerajaan ialah juga berkaitan dengan pilihan raya. Perkara ini adalah perkara di mana buku daftar pemilih kita ini sudah begitu tercemar. Tercemar dengan banyak pengundi­pengundi hantu. Tercemar dengan pemindahan-pemindahan kawasan pengundi-pengundi itu tanpa pengundi­pengundi itu sendiri tahu ataupun meminta pindahan itu, dan kelemahan­kelemahan yang lain. Tentu sekali apa yang kita tekankan di sini ialah apabila seorang pengundi itu ingin memohon menjadi pengundi kerana ia sudah meningkat umur 21 tahun, ianya harus datang daripada seorang warganegara Malaysia.

Tetapi apa yang kita tahu dan sudah banyak bukti-bukti menunjukkan bahawa banyak orang yang bukan warganegara Malaysia yang telah dapat mendaftarkan nama sebagai pengundi­pengundi, yang datang daripada orang­orang asing, yang datang daripada orang-orang yang datang ke negara kita ini tanpa izin pun. Tetapi apabila mereka datang ke negara kita tanpa izin, mereka melalui sindiket-sindiket tertentu, sindiket-sindiket yang membuat ataupun mengeluarkan kad­kad pengenalan palsu hi. Dan ada pula sindiket-sindiket yan. mengeluarkan kad pengenalan yang betul, tetapi dengan menggunakan nombor orang­orang yang sudah mati ataupun

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

48

nombor kad pengenalan orang-orang tempatan, warganegara Malaysia dan sesudah itu mereka pula dapat mendaftarkan nama dan menjadi pengundi-pengundi.

Saya memang gembira dengan tindakan kerajaan yang dilakukan sekarang ini berkaitan dengan sindiket­sindiket yang mengeluarkan kad-kad pengenalan palsu, tangkapan­tangkapan orang-orang yang terlibat memang baik, tentu sekali saya mengeluarkan pertanyaan sama ada perkara yang dilakukan ini adalah diambil dengan serius ataupun hanya mengabui mata rakyat sahaja.

Nampaknya, tindakan-tindakan ini serius kerana sudah melibatkan lebih daripada seorang dalam tangkapan ISA sudah meningkat 28 dan ada kenyataan mengatakan bahawa banyak lagi akan ditangkap.

Tuan Yang di-Pertua, walau macam manapun, perkara ini perlu kita sentiasa membawa ke perhatian pihak­pihak tertentu kerana perkara ini begitu serius, kita perlu untuk membawa peringkatan berkali-kali, kerana kalau tidak dibuat dengan cara begitu tentu sekali perkara yang serius akan diketepikan sepertimana yang sebenar perkara ini sudah pun diketepikan dalam beberapa tahun yang sudah lalu kerana perkara mengenai dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu ini bukan perkara yang baru. Perkara ini adalah perkara yang sudah lama, tetapi tindakan sahaja yang baru. Walau macam manapun, kita mengucapkan terima kasih dan mudah-mudahan tindakan serius serupa ini juga dibuat terhadap undang-undang imigresen kita di mana kawalan yang lebih ketat lagi

19 OKTOBER 1995

perlu dibuat supaya orang asing tidak datang tanpa izin ataupun tidak dapat datang masuk ke negara kita ini terutama sekali di negeri Sabah tanpa izin, tanpa kebenaran kerana akibat sosial dan sebagainya yang timbul kalau mereka ini betul-betul dibiarkan sahaja masuk ke negara kita ini tanpa kawalan. Sudah pun ternyata begitu banyak orang asing di negara kita.

Jadi, saya berharaplah agar kawalan­kawalan yang lebih ketat dan juga tambahan-tambahan enforcement officers, dengan izin, boleh dapat dibuat supaya dapat membanteraskan orang-orang yang masuk tanpa izin ke negara kita ini.

Dalam hal ini, yang berkaitan dengan buku daftar pemilih kita yang sudah tercemar ini, saya juga mengharapkan agar cadangan untuk mewujudkan review court juga dapat dipertimbangkan. Mungkin review court ini adalah hanya satu court yang boleh mempertimbangkan semua petition yang ada kaitan dengan pilihan raya umum di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak, imej Malaysia yang selalu dikatakan adil dan demokratik ini akan terus tercemar. Di sinilah kita tekankan betapa pentingnya perubahan dibuat, pembersihan dibuat terhadap electro role kita, dengan izin, juga mewujudkan satu review court. Dalam hal menuntut keadilan juga dan menentukan supaya tafsiran kita di dalam undang-undang kita, Perlembagaan kita ini adalah tepat, saya ingin tahu sama ada dalam keadaan kita sekarang, di mana nampaknya kalau mengikut rekod ekonomi kita ini begitu baik sekali, berturut-turut lebih daripada 8% dalam tujuh tahun, keadaan di negara kita ini

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

adalah dalam keadaan yang aman damai, ataupun masih dalam emergency.

Saya katakan demikian kerana nampaknya masih banyak undang­undang yang wujud, yang masih digunakan yang telah diluluskan musim pemerintah emergency. Jadi, saya meminta penjelasan, penerangan daripada pihak kerajaan untuk memberitahu kepada Dewan yang mulia ini seterusnya kepada rakyat jelata sama ada kita ini masih dalam emergency rule ataupun tidak. Kalau tidak, tentu sekali perlu kita hapuskan semua undang-undang yang telah dikeluarkan di bawah emergency regulation.

Kalau ada undang-undang yang perlu diteruskan, peraturan-peraturan atau undang-undang itu harus dibawa masuk ke dalam Dewan yang mulia ini supaya dapat ketetapan bukan sehingga sekarang ini bergantung kepada emergency regulation rule.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya ingin sentuh di sini, untuk menuntut keadilan dan mem­pertahankan maruah negara Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang tulen ialah berkaitan dengan antihop law, dengan izin. Di mana, antihop law ini telah dimasukkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah tetapi Mahkamah Tinggi ataupun Supreme Court telah pun memutuskan bahawa ini adalah undang-undang yang null and void, bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Walaupun kita menekankan tujuan kita apabila kita memasukkan undang­undang antihop law dalam

49

Perlembagaan Negeri Sabah itu, adalah dengan tujuan untuk mempertahankan sistem demokrasi yang tulen, kepentingan rakyat dalam memutuskan kehendak mereka dalam pilihanraya­pilihanraya dan menentukan supaya kestabilan politik wujud di negara kita ini tetapi nampaknya pihak kehakiman tidak menerimanya daripada ber­asaskan tafsiran itu.

Jadi, nampaknya pada pendapat saya keputusan itu adalah berasaskan misunderstanding terhadap tujuan yang sebenar, yang baik untuk negara kita inidan khususnya untuk Negeri Sabah.

Jadi, kita merayu di sini, di dalam Dewan yang mulia ini supaya tujuan yang baik 'antihop law' sepertimana yang telah dikatakan tidak selaras dengan Perlembagaan negara kita ini difikirkan semula oleh semua Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan pihak kerajaan negara kita supaya mengambil satu pendekatan dan mengadakan satu kajian semua terhadap tujuan yang baik dalam 'antihop law' ini supaya 'antihop law' diterima semula, bukan sahaja diterima semula untuk negeri-negeri yang sudah pun memuatkan 'antihop law' ini dalam Perlembagaan mereka tetapi juga diperingkat Parlimen sendiri supaya boleh dimuatkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerana ini akan menentukan satu kestabilan politik di negara kita ini, bukan sahaja di negeri Sabah, bukan sahaja di negeri­negeri tetapi di negara kita. Ini diamalkan di Singapura dan diamalkan di India.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menuntut keadilan tentu sekali pihak rakyat mengharapkan perubahan selaras dengan kehendak demokrasi

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

50

yang tulen. Jadi, saya berharap agar apa yang saya sampaikan di sini dapat diterima dengan baik dan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Tanjong.

5.53 ptg.

Tuan Lim Kit Siang (Tanjong): Merujuk kepada Rang Undang-undang yang telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini, memberikan saya satu, dua preliminary reaction. Reaction preliminary pertama ialah satu Rang Undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah, Seksyen 8 yang mem­peruntukkan supaya Presiden Mahkamah Persekutuan hendaklah diberi keutamaan daripada Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya dan Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, ialah bahawa dalam proses penggubalan undang­undang kita tidak berjaga-jaga dan tidak am bil segala perkiraan yang perlu, kita ada satu sikap 'take for granted'-sikap "tidak apa-apa" attitude: Apa mahu buat boleh buatlah, kalau ada kesilapan kemudian boleh ubah. Saya rasa tidak apa-apa 'attitude' ini di peringkat kerajaan perlu dihapuskan kalau kita mahu pentadbiran yang cekap.

Kedua, preliminary reaction saya ialah bahawa kalau kita mahu ada satu pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman kita patut menangani isu­isu pokok, kontroversi-kontroversi semasa di negara kita mengenai sistem kehakiman. Seperti kes Air Malek, di mana isu pokok ialah sama ada seorang Hakim Mahkamah Tinggi 'two-jump'­lompat dua kali, melompat bukan

19 OKTOBER 1995

sahaja kepada Mahkamah Rayuan tetapi kepada Mahkamah Persekutuan dan menjadi ahli anggota kuorum Mahkamah Persekutuan-tentu tidak boleh, ini tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan. Dan oleh kerana peruntukan yang ada dalam Per­lembagaan iaitu Perkara 122 yang dipinda pacta tahun lalu yang berbunyi dengan izin:

"A judge of a Court of Appeal other than the President of the Court of Appeal may sit as a judge of the Federal Court, whether Chief Justice considers that the interest of justice so require, and the judge should be nominated for the purpose at occassioan requires by the Chief Justice".

A judge of a Court of Appeal other than the President of the Court of Appeal may sit as a judge of a Federal Court-tidak sebut a judge of the High Court boleh sit sebagai Federal Court Judge-tidak. Ini kontroversi besar dalam sistem kehakiman yang mencetuskan antara sebab-sebab yang lain krisis kepercayaan kepada sistem kehakiman kita.

Kalau kita mahu satu pindaan, kontroversi ini perlu ditangani selain daripada langkah-langkah yang perlu diambil seperti yang dicadangkan oleh kawan saya Yang Berhormat dari Jelutong untuk membetulkan apa yang berlaku dalam kes Air Molek-itu kes spesifik. Tetapi ini undang-undang yang kita mahu betulkan. Di sini saya mahu tanya, apakah pendirian kerajaan dalam perkara ini? Sarna ada seorang hakim Mahkamah Tinggi boleh lompat dua kali-double-jump, dan duduk sebagai seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, apakah pendirian

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

kerajaan? Ini mustahak dan kita mahu tabu. Kita mahu tabu apa pendirian kerajaan. Apakah kerajaan tidak ada pendirian atau adakah kerajaan tidak berani ada pendirian dalam perkara ini? Apa pun bolehlah! Kerajaan patut ada pendirian, dan kalau kerajaan tidak berani membuat satu pendirian, ini malu.

Saya harap dalam jawapan, Yang Berhormat Timbalan Menteri akan memberi pendirian kerajaan mengenai. isu ini sama ada seorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh double-jump dan duduk sebagai seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Kalau ada pendirian yang itu biasalah, common sense-ialah tidak boleh. Apa yang berlaku dalam kes Air Molek adalah unconstitutional dan perkara ini perlu dijelaskan oleh kerana kalau boleh bangkit hal semacam itu, undang­undang yang kita luluskan dalam Dewan ini adalah lakuna, ada kelemahan dan tanggungjawab kita ialah untuk menjelaskan kenapa timbul kekeliruan. Kalau kita tidak buat begitu, kita cuai, Parlimen cuai, kerajaan cuai, Yang Berhormat Timbalan Menteri pun cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Ini satu perkara yang serius, bukan satu perkara 'kepartian', parti politik. It should be serious supaya rakyat negara dunia hormat sistem undang­undang kita. Ini saya rasa sangat nyata unconstitutional dan tidak sah di mana seorang Hakim Mahkamah Tinggi boleh 'double-jump' kepada Mahkamah Persekutuan. Itu dua preliminary reaction.

Oleh kerana krisis kehakiman, krisis kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman ada beberapa

51

langkah yang diambil oleh kerajaan dan sistem kehakiman untuk kembalikan kepercayaan orang ramai dan antara langkah yang diambil ialah mengadakan rujukan satu Kod Etika Hakim, 1994 yang mengandungi 9 kod, dengan izin, antara lain ialah bahawa, a judge shall not inordinately and without reasonable explanation delay in the disposal of cases, the delivery of decisions and the writing of grounds of judgement. Itu ialah antra kod etika yang sudah diterima oleh semua hakim­hakim. Apa yang lebih mustahaknya, this code of ethics shall apply to a judge throughout the period of his service. The breach of any provision of this code of ethics may constitute a ground for the removal of a judge from office.

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Ogos, Hakim Besar, Tan Sri Eusoff Chin telah membuat satu pengumuman dalam Star, 26hb Ogos 1995 dan, dengan izin, by Sheela Koshi-now no more Starlah.

"Petaling J aya-The Chief Justice has directed that all judges and magistrates deliver judgement within two weeks at the end of the hearing. Tan Sri Eusoff Chin has also directed the grounds of a judgement which is to be appealed in a higher court must be prepared within six weeks.

The directives were contained in a recent circular by Federal Court Registrar, Zainon Ali on behalf of Eusoff to the judges. To ensure that reserved judgements are not delayed, the Chief Justice has directed that judges and magistrates who require time to study authority before delivering judgement must as soon as the hearing is over, fix a date

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

52

on which judgement must be delivered".

Tetapi, sungguhpun itu adalah arahan, arahan itu tidak dipatuhi sehingga menjejaskan hak-hak rakyat di Malaysia. Di sini saya mahu sebut kes Wee Chao Keong yang kita anggap sebagai masih lagi Ahli Parlimen yang sah untuk Bukit Bintang dan oleh kerana orang yang masuk dalam Dewan ini bukan sah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang, datang melalui pintu belakang. Sampai sekarang, mungkin lebih mustahak saya beri sedikit latar belakang supaya kita faham isu mengenai kod etika hakim.

Kita tahu bahawa Yang Berhormat Wee Chao Keong, semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang tahun 1993, telah membuat satu laporan polis terhadap Tan Sri Loy Hean Heong, Chief Excutive Officer, MBF Group of Companies pada 7hb. Februari 1993 dan laporan polis ini telah mendapat liputan yang luas dalam semua surat khabar.

Pada 9hb. Februari 1993, MBF ada fail satu action di Mahkamah Tinggi dan hari yang sama dapat satu exparte injunction untuk menahan Wee Chao Keong terus membongkar dan mendedahkan skandal-skandal kewangan mengenai Loy Hean Heong. Pada Disember 1994, Mahkamah Tinggi sudah membuat satu keputusan bahawa Wee Chao Keong adalah bersalah, contempt of court atas dua sebab.

Satu, bahawa beliau sudah melanggari ex parte injunction itu; dan kedua, bahawa dia elak service dan oleh kerana lagi satu charge contempt of court dan untuk setiap contempt of

19 OKTOBER 1995

court, dia dihukum dipenjarakan 2 tahun untuk setiap charge. Selepas itu, Wee Chao Keong telah membuat rayuan menentang bukan sahaja keputusan bahawa beliau ada salah contempt of court tetapi juga mengenai sentence kepada Mahkamah Persekutuan.

Pada 12hb. dan 13hb. Disember 1994, Wee Chao Keong ada membangkitkan di Parlimen mengenai hal keadaan kehakiman khasnya mengenai promotion hakim-hakim yang tidak mengikut seniority. Pada 14hb. Disember 1994, Mahkamah Persekutuan sudah tetapkan bahawa tarikh untuk perbicaraan appeal Wee Chao Keong adalah 16hb. Januari 1995 dan masa itu, perbicaraan rayuan itu dijalankan dan hearing itu habis pada 21hb. Januari 1995 dan apabila habis perbicaraan, Mahkamah Persekutuan mengumumkan bahawa reserved judgement untuk dua minggu. Reserved judgement untuk dua minggu ialah 21hb. Januari 1995 tetapi dua minggu datang dan pergi, tidak ada judgement.

Sehingga 14hb. April, iaitu sehari sebelum nomination day untuk Pilihan raya Umum 1995 di mana Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Yang ArifDato' Lamin bin Haji Mohd. Yunus, Yang Arif Data' Chong Siew Fai dan Yang Arif Data' Wan Adnan bin Ismail memberi keputusan:-

(i) bahawa dengan unanimous decision membenarkan rayuan Wee Chao Keong bahawa dia tidak melanggari ex parte injuction, iaitu dia menang; tetapi

(ii) melalui keputusan majontl 2:1, menolak rayaun Wee

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Choo Keong dan ber­pendapat bahawa beliau adalah mengelakkan service dan sebab itu ada melakukan contempt of court tetapi tukar sentence daripada 2 tahun penjara kepada denda RM7,000. RM7,000-itu keputusannya.

Pacta hari itu, iaitu 14hb. tidak ada written judgement tetapi ada diberitahu bahawa written judgement akan. diberikan. Pacta 25hb. April, Wee Choo Keong dipilih oleh pengundi-pengundi Bukit Bintang sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang yang sah dan mengalahkan calon MCA, yang sangat nyatanya sudah ditolak oleh majoriti pengundi-pengundi Bukit Bintang tetapi calon untuk MCA pun berjaya masuk ke Dewan ini. Inilah joke of the century!

Pacta 2hb. Ogos 1995, oleh kerana ada satu election petition terhadap Wee Choo Keong, Hakim Pilihanraya (Election Judge), Yang Ariff Dato' Ahmad Fairuz mengumumkan bahawa Wee Choo Keong tidak ada kelayakan untuk menjadi Ahli Parlimen oleh kerana denda RM7,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Persekutuan pacta 4hb. April, sehari sebelum nomination.

Kita perlu sedar bahawa sampai sekarang peguam-peguam Wee Choo Keong ada menulis empat kali kepada Mahkamah Persekutuan untuk mendapat written judgement tetapi sampai sekarang tidak dapat. Sampai sekarang tidak dapat written judgement itu, sungguhpun Tan Sri Mohd Eusoff Chin, Chief Justice ada mengumumkan bahawa 6 minggu untuk delivery of grounds of judgement. Sekarang bukan 6 minggu, sekarang sudah 6 bulan dan

53

kalau kita ambil kira perbicaraan yang habis pacta 21hb. Januari, sudah 10 bulan. 10 bulan sudah lepas sejak habis perbicaraan rayuan itu. Adakah ini adil?

Ini mustahak oleh kerana keputusan Mahkamah Persekutuan pacta 14hb. April menjadi asas di mana Wee Choo Keong diumumkan sudah hilang kelayakan di mana hak Perlembagaan Wee Choo Keong untuk menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang sudah dinafikan.

Kedua, oleh kerana ini menjadikan alasan di mana hak-hak pengundi­pengundi di Bukit Bintang sudah hilang hak demokratik dan constitutional mereka untuk memilih Ahli Parlimen yang mereka mahu. Sekarang mereka ada seorang Ahli Parlimen yang mereka tidak mahu dan tidak pilih. Kenapa? Oleh kerana keputusan Mahkamah Persekutuan pacta 14hb. April dan sampai sekarang tidak ada grounds of judgement.

Saya harap bahawa Mahkamah Persekutuan dan panel yang membuat keputusan itu boleh dengan segeranya memberi grounds of judgement mengenai keputusan mereka pacta 14hb. April, bukan sahaja untuk menunaikan janji dan araban Tan Sri Eusoff Chin bahawa grounds of judgement patut diberi dalam tempoh 6 minggu, tetapi supaya keadilan boleh dilakukan.

Sepatutnya, sebelum grounds of judgement diberi oleh Mahkamah Persekutuan, Election Judge tidak patut membuat keputusan untuk melucutkan hak kelayakan Wee Choo Keong sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang. Election Judge tidak patut

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

54

untuk melucutkan hak-hak pengundi­pengundi Bukit Bintang untuk memilih Ahli Parlimen yang mereka mahu.

Saya rasa semua orang bersetuju kalau Election Judge mahu membuat keputusan untuk melucutkan hak-hak Wee Chao Keong sebagai Ahli Parlimen untuk Bukit Bintang, sekurang-kurangnya membenarkan pengundi-pengundi di Bukit Bintang mengadakan satu pilihanraya kecil dan membenarkan pengundi-pengunqi Bukit Bintang memilih calon yang mereka mahu dan bukan mem­benarkan seorang yang sudah ditolak oleh pengundi-pengundi masuk ke Dewan ini melalui pintu belakang dan masih berani berdiri dan bercakap. Tak malu! Tak malu!

Saya harap dalam perkara ini pihak yang berkenaan, bahawa apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri men­jawab, mungkin hari Selasa, beliau boleh berdiri dan berkata bahawa grounds of judgement sudah delivered. Saya harap apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri sudah bangun untuk menjawab, Dewan yang mulia ini dan negara ini boleh mendapat suatu laporan bahawa Mahkamah Persekutuan sudah deliver grounds of judgement mengenai kes Wee Chao Keong yang dijatuhkan pada 14hb. April1995.

Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang sangat mustahak daripada kontroversi Ayer Malek, sangat-sangat penting iaitu kes kontroversi Ayer Malek sudah menimbulkan syak wasangka dan keraguan mengenai pentadbiran keadilan atau the administration of justice di Malaysia.

Di sini, saya mahu refer kepada INFOLINE. INFOLINE ini

19 OKTOBER 1995

dikeluarkan oleh Bar Council dan dengan spesifik menimbulkan soalan­soalan yang sangat penting mengenai prinsip kebebasan kehakiman dan kepercayaan orang ramai terhadap sistem kehakiman.

Dengan izin, inilah apa yang disebutkan dalam INFOLINE, Ogos, 1995;

"The Bar Council in issuing the statement (apa yang dikeluarkan mengenai isu kontroversi Ayer Malek) was gravely concerned over the judgement of the Court of Appeal which suggested gross improprieties and abuse of process in the administration of justice in the aforesaid case. (Gross impropriesties and abuse of process in the administration of justice!)

This concern became somewhat side-tracked when the Bar Council issued its second statement on the 29th of August, 1995 expressing the view the judgement of the Federal Court rebuking the Court of Appeal may be a nullity as the panel of judges that sat was not in conformity with Article 122(2) of the Federal Constitution.

The focus now seems to be over the displeasure of the Chief Justice on the action by the Bar Council in expressing its view through the media and much attention has now shifted to this issue overshadowing the main concern expressed earlier by the Bar Council.

Though the issue of the unconstitutional composition of the

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

Federal Court cannot be dismissed as unimportant, the more pertinent issue (itulah-the more pertinent issue) is the judgement of the Court of Appeal imputing as earlier said, gross improprieties and abuse of process in the administration of justice in the aforesaid case.

The judgement of the Court of Appeal do raise serious questions, some of which have been asked. before and which must be answered if public confidence in the judicial system is to be improved, let alone maintained."

Serious questions yang perlu jawapan dan sekarang dalam Parlimen kita minta jawapan kepada soalan­soalan yang pokok yang dibangkitkan oleh kontroversi Ayer Molek dan kita perlu faham kontroversi ini oleh kerana kalau sistem kebebasan kehakiman kita biarkan, tidak mahu menumpukan perhatian kita sebagai anggota Parlimen tidak menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya.

Untuk memahami latar balakang, kita mahu sentuh sedikit mengenai kontroversi Ayer Molek. Kes Ayer Molek melibatkan tiga parti-Insas Berhad, Megapolitan Nominee Sendirian Berhad dan Ayer Molek. Pacta 26hb Julai 1995, Mahkamah Rayuan dalam keputusannya, ada satu judgement yang diberikan oleh Yang Arif N. H. Chan dan Mahkamah itu, selain daripada Yang Arif N.H. Chan ialah Yang Arif Siti Norma Yaacob dan Yang Arif K.C. Vohrah. Ini bahagian yang penting dan perlu perhatian Parlimen ini.

55

Dengan izin, saya baca daripada judgement ini:

"This is a case about an injustice which has been perpetrated by a court of law. By a court of law. This is also a case about abuse of the process of High Court and, therefore, it concerns the inherent power which any court of justice must possess to prevent a misuse of its procedure and in which the court has a duty to exercise this salutary power.

Although the ex parate mandatory injunction should not have been granted in the circumstances of this case in the first place, that is not the injustice which is revealed in this case. The injustice is manifest; it is to seen in the form in which the order is framed, the terms of which pre-empt the defendants from exercising their right to apply to discharge an ex parte injunction obtained behind the backs of the defendants. Here, the plaintiffs through their legal advisers have abused the process of the High Court by instigating the injustice through misuse of the court's procedure by manipulating it in such a way that it becomes manifestly unfair to the defendants. By doing what they did, these unethical lawyers have brought the administration of justice into disrepute among right-thinking people. Dan kemudian:

"Order 29 Rule 1(2) provides for an ex parte injuction to be applied for only in a case of urgency. In the instant case, there was no urgency shown. As such, it was quite wrong to grant relief ex parte behind the backs of the defendants. They

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

56

should have applied inter partes in order to give the defendants a proper opportunity to be heard.

There is also another aspect of this case which warrants our comment. It is this. The respondent's general indorsed writ avers to a cause of action which is commercial in nature and that being the case, the proceedings should have, commenced in the Commercial Division of the High Court at Kuala Lumpur. The heading, however, states otherwise as it carries a registration number, R3/25/3/1995 issued by the Appellate and Special Powers Division. We are very much aware that a civil suit registered in one of the three Civil Divisions of the High Court at Kuala Lumpur can, for good reason, be transferred to another Division of High Court, but when that happens the registration numbers issued by the two Divisions concerned would appear on the heading, with one substituting for the other. In this instance, there was no likelihood of that happening as the only registration number, R3/25/3/1995 is unmistakably an Appelate and Special Powers Division number, thereby indicating that the respondents had filed their general indorsed writ in the Division and not in the Commercial Division as should have been the case.

The fact that the proceedings were filed in the wrong Division does not render the proceedings to be in any way invalid but may, coupled with other considerations in

19 OKTOBER 1995

the present case, give the impression to right-thinking people that litigants can choose the judge before whom they wish to appear for their case to be adjudicated upon. This, we consider, may lead to very unhealthy negative thinking and since justice must not only be done but must also be seen to be done, it is incumbent on the trial judge, upon perusal of pleadings, to have taken the initiative of transferring the proceedings to the right Division so as to dispel any notion that he is partial to any party. This is yet another reason for strengthening our conviction that it is right and proper that we exercise our inherent power to prevent and injustice being done by the issue of an interim injunction restraining the respondents from enjoying the fruits of the registration of the infarmous shares into their names. These ovservations are made so that people will not say, "Something is rotten in the state of Denmark." Quoting Shakespeare, Hamlet.

Dan apabila kes ini pergi ke Mahkamah Persekutuan, apa keputusan Mahkamah Persekutuan? Mahkamah Persekutuan kata bahawa:

"We scrutinised the record before us to see if there is any evidence which prompted the Court of Appeal Judges to make these derogatory and un-warranted remarks. We find that these remarks had been made so motto without any basis."

Apa soalan yang ditimbul daripada isu-isu ini? Dan soalan-soalan pokok

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

yang ditimbul ialah dalam Infoline, dengan izin:

(i) Why was the plaintiffs ex parte application in a commercial matter fixed and heard before a Judge of the Appellate and Special Division and not before the Commercial Division? Was there no judge of the Commercial Division available then?

(ii) The plaintiffs obtained the ex parte injunction on lOth April 1995. The order was served on the defendants on 11th April 1995. Defendants had no choice but to comply with the order on 12th April1995. Defendants applied to set aside order on 13th April 1995. The court adjourned the hearing of defendant's application to the 27th April 1995 and refused the defendant's application for stay till the hearing on the 27th April1995. The question being asked is, if the court can readily grant an ex parte injuction, why is it not so ready to hear and decide th-= application to set aside? why was the judge not preparec to grant the stay?

(iii) After the learned Judge refused stay, the defendants applied to the President of the Court of Appeal for stay. The learned President, it was understood, declined to intervene.

57

Again the question is being posed, why did the learned President declined to intervene?

The above are but a few of the searching question that have been asked. The suggestions and imputation in the judgment of the Court of Appeal over the conduct of the High Court judge, the counsel involved and the abuse of the process of the administration of justice are of grave concern not only the litigants, the legal profession and the judiciary, but also to the public and the nation.

If important matters such as the integrity and credibility of the judicial system are to be cloaked under the veil of secrecy rumours may be accepted as truth. The public has a right to know. It is their confidence or the lack of it.. ..

Tuan Noh bin Omar: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, Tanjong Karang bangun.

Tuan Lim Kit Siang: Tidak. This is perkara ......

Tuan Noh bin Omar: Tidak payah bacalah. Saya pun ada benda ini. Buang masa sahaja baca itu.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, dia tidak beri jalan Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang: Tidak beri jalan.

Tuan Noh bin Omar: Buang masa baca, masing-masing ada.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

58

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, itu terpulang kepada dia sama ada hendak beri jalan atau tidak.

Tuan Lim Kit Siang: The public has a right to know. Yang Berhormat Tanjong Karang tidak mahu tabu, tidak apa. It is their confidence or lack of it that determines the standing of the judiciary and our legal system. Mungkin dia tidak faham bahasa Inggeris, tidak apalah. Pergi belajar dululah.

Tuan Noh bin Omar: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Dia bangun lagi, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang: Saya tidak mahu beri jalan. Fahamlah!

Tuan Noh bin Omar: Berilah jalan.

Tuan Lim Kit Siang: Ini masa Visi 2020, kalau tidak faham bahasa Inggeris, balik belajar dululah.

Tuan Noh bin Omar: Saya pun ada, tidak payahlah baca lama-lama dalam Dewan. Buang masa.

Tuan Lim Kit Siang: Kalau begitu baliklah.

Tuan Noh bin Omar: Masing-masing ada.

Tuan Lim Kit Siang: The public has a right to know.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat Tanjong Karang, sila duduk.

Tuan Noh bin Omar: Bila sebut nama saya, saya mesti bangunlah.

Tuan Lim Kit Siang: The public has a right to know. It is their confidence

19 OKTOBER 1995

or the lack of it that determines the standing of the judiciary and our legal system. The media has a role to play, and that, to responsibly report the facts.

What has been said by the Court of Appeal are matters of grave concern to all of us and concerns the credibility of our judiciary and in turn our government. The judgment of the Court of Appeal... ..

Tuan Haji Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, ada yang bangun atas Peraturan Mesyuarat. nanti sekejap.

Tuan Lim Kit Siang: Peraturan Mesyuarat apa?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Itu saya akan soal, Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang: Okay. Okay.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang ke berapa Yang Berhormat?

Tuan Haji Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merujuk kepada 36(8).

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Ya, sebutkan.

Tuan Haji Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang: Nampaknya Yang Berhormat ini telah banyak melanggari kelakuan atau sifat yang mem­persoalkan hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah dan beliau ini nampak jelas sekali telah mempersoalkan kewibawaan hakim dan juga keberkesanan mahkamah dan

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT(Kertas Dewan Bil. 2 Tahun 1995)-Kuatkuasa USUL: AKTA ACARA KEWANGAN 1957-Penukaran Pinjaman Kerajaan Persekutuan Kepada [Ruangan 1] [Ruangan 1]

19 OKTOBER 1995

saya rasa dia telah jauh lari daripada apa yang sepatutnya kita bincang dan bahaskan daripada soal tajuk.

Saya minta Tuan Yang di-Pertua membuat satu keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Baik. Terima kasih. Yang Berhormat Tanjong diingatkan Yang Berhormat jangan sentuh tingkah laku seseorang hakim sepertimana yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat dan saya berharap Yang· Berhormat kalau hendak mem­pertikaikan sistem ataupun kecacatan jika ada, itu boleh diizinkan. Tetapi janganlah Yang Berhormat cuba hendak mempertikaikan tiRgkah laku seseorang hakim.

Tuan Lim Kit Siang: Saya tidak sebut nama-nama sesiapa. ltu sistem saya ada sebut.. ....

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee keat): Itu sebabnya Yang Berhormat, saya kena beritahu Yang Berhormat.

Tuan Lim Kit Siang: Saya setuju. Saya tabu. The Judgment of the Court

L-26243.

59

of Appeal seems to suggest that there are serious flaws and weaknessess in the judiciary and the administration of justice. Itulah sistem.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, masa sudah suntuk.

Tuan Lim Kit Siang: Ya, saya teruskan.

Timbalan Yang di·Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, masa sudah suntuk.

Tuan Lim Kit Siang: Okay, saya teruskan hari Selasa. Belum habis.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat diminta sambung hari Selasa depan.

Tuan Lim Kit Siang: Terima Kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Majlis Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang Selasa depan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.