permodelan ruangan penyalahgunaan dadah dan jenayah harta … ruangan... · 2020. 7. 13. ·...

24
Lampiran 3 Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: Kajian Kes Daerah Timur Laut Pulau Pinang Mohd Norarshad Nordin Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak 2020 Mohd Norarshad Nordin Doktor Falsafah 2020

Upload: others

Post on 26-Feb-2021

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

Lampiran 3

Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta

Benda: Kajian Kes Daerah Timur Laut Pulau Pinang

Mohd Norarshad Nordin

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sarawak

2020

Mohd

No

rarshad

No

rdin

D

okto

r Falsafah

2020

Page 2: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda:

Kajian Kes Daerah Timur Laut Pulau Pinang

Mohd Norarshad Nordin

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2020

Tesis ini dikemukakan

Bagi memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah

(Sistem Maklumat Geografi)

Page 3: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

i

PERAKUAN

Saya, seperti yang bernama dibawah dengan ini mengaku bahawa tesis yang bertajuk

“Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: Kajian Kes

Daerah Timur Laut Pulau Pinang” adalah hasil asli saya. Saya tidak meniru mana-mana

hasil kerja pelajar lain atau dari mana-mana sumber lain kecuali sebagai rujukan atau

pengakuan dibuat secara jelas dalam teks, dan tidak ada mana-mana bahagian telah ditulis

untuk saya oleh orang lain. Tesis ini tidak pernah diterima untuk sebarang ijazah dan tidak

dikemukakan secara serentak bagi pencalonan ijazah lain.

……………………………

Tandatangan

Nama: Mohd Norarshad Nordin

No Matrik.: 15010233

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Malaysia Sarawak

Tarikh :

Page 4: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

ii

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad

S.A.W. Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kajian ini.

Pertama kali, jutaan terima kasih kepada ibu dan ahli keluarga yang sentiasa

menyokong dan membantu saya sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Saya ingin

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr. Tarmiji

Masron yang telah banyak membantu saya dari segi idea, usaha, masa dan tenaga dalam

menjayakan penyelidikan ini serta bertindak sebagai penyelia penyelidikan ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Bahagian

Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Timur Laut, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang

serta pihak Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Bukit Aman yang memberi kebenaran mendapatkan

data berkaitan kajian di daerah Timur Laut, Pulau Pinang dan pihak Agensi Anti Dadah

Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur yang memberi data statistik penyalahgunaan dadah.

Terima kasih kepada Assistant Superintendent of Police (ASP) Tuan Mazlan Bin Sulaiman,

Assistant Superintendent of Police (ASP) Ahmad Dahuri Bin Mohamaed Isa dan Sarjan Arif

yang membantu penyediaan data yang diperlukan untuk kajian ini. Terima kasih juga kepada

Encik Mohd Azizul Hafiz Jamian yang membantu dalam penyiapan kajian ini.

Terima kasih juga kepada Dekan dan para pensyarah Fakulti Sains Sosial dan

Kemanusian serta rakan- rakan yang membantu dan memberi sokongan sepanjang kajian

dijalankan. Kajian ini juga sebahagian daripada hasil penyelidikan dibawah Special Top

Down Grant (SpTDG) F06/SpTDG/173/2018, Spatial Distribution and Pattern of Drug

Addict and Crime: Case Study in Kuching and Penang, Universiti Malaysia Sarawak.

Page 5: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

iii

ABSTRAK

Integrasi Sistem Maklumat Geografi dalam pemetaan jenayah dan masalah sosial

terutamanya berkaitan penyalahgunaan dadah masih kurang dilakukan. Kajian ini mengkaji

tentang penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dan kes pecah rumah di daerah Timur

Laut Pulau Pinang pada tahun 2013 sehingga tahun 2015. Tiga objektif khusus dalam kajian

ini iaitu mengenalpasti corak ruangan kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda;

menganalisis kawasan hot spot kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda, serta

menganalisis korelasi ruangan kes penyalahgunaan dadah dan jenayah harta benda. Kaedah

digunakan iaitu Average Nearest Neighbor (ANN), Getis Ord*, Regresi Ordinary Least

Square (OLS) dan Moran’s I. Hasil kajian menunjukkan corak ruangan kes penyalahgunaan

dadah dan kes pecah rumah pada 2013 hingga 2015 adalah berkelompok. Berdasarkan nilai

z-skor < -2.58 dan p-value iaitu p<0.001 menunjukkan nilai signifikan yang tinggi. Kawasan

hot spot kes dadah dalam kalangan belia bagi tiga tahun tempoh kajian melibatkan kawasan

Balai Polis Jelutong, Jalan Patani dan Ayer Itam. Kawasan hot spot kes pecah rumah pula

melibatkan kawasan Balai Polis Jelutong, Sungai Nibong, Dato Keramat, Bandar Baru dan

Tanjung Tokong. Hasil dapatan kajian juga mendapati korelasi ruangan yang positif antara

kes penyalahgunaan dadah dan kes pecah rumah bagi tiga tahun tempoh kajian dijalankan

dan nilai indeks Moran’s I adalah I>1. Kawasan hot spot penyalahgunaan dadah dalam

kalangan belia berlaku di kawasan yang tinggi populasi belia. Kawasan hot spot kes

penyalahgunaan dadah dan kes pecah rumah dikenalpasti di kawasan pusat bandar dan

berhampiran pusat bandar serta kawasan kepadatan penduduk tinggi.

Kata kunci: Penyalahgunaan dadah, pecah rumah, ruangan, GIS, buffer, ANN, Moran’s I,

Getis Ord, Hot spot, autokorelasi, indeks, sektor, balai polis

Page 6: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

iv

Spatial Modelling in Drug Abuse and Property Crime: Case Studies Northeast

District’s Pulau Pinang

ABSTRACT

The Integration of Geographic Information Sistem in criminal mapping and social issues

especially regarding drug abuse is still lacking. This study examines the misuse of drugs

among youths and home-breaking cases in the Northeast District of Penang in 2013 until

2015. The three specific objectives of this study are to identify the pattern of drug abuse

cases and property crime; analyzing hot spot areas of drug abuse and property crime cases,

and analyzing the correlations of drug cases and property crime cases. Methods used are

Average Nearest Neighbor (ANN), Getis Ord, Ordinary Least Square Regression (OLS) and

Moran’s I. The findings show that the pattern of drug abuse and home-breaking cases in

2013 to 2015 is fully clustered. Based on the z-score value <-2.58 and p-value, p <0.001

shows a high significant value. The hot spot area of drug cases among youths for the three

years of the study included the area of Jelutong Police Station, Jalan Patani and Ayer Itam.

The hot spot area of the home-breaking case involves Jelutong Police Station, Sungai

Nibong, Dato Keramat, Bandar Baru and Tanjung Tokong. The findings also found that

positive column correlations between drug abuse cases and home break cases for the three

years of the study were conducted and the Moran’s I index value was I> 1. The area of drug

abuse hotspots among youth takes place in a high proportion of youth population. The

hotspot areas of drug abuse cases and home-breaking cases are identified in the downtown

area and near the city center as well as high population areas

Keywords: Drug abuse, resident burglary, spatial, GIS, buffer, ANN, Moran’s I, Getis Ord,

Hot spots, autocorrelation, index, sector, police station.

Page 7: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

v

ISI KANDUNGAN

Mukasurat

PERAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

ISI KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB 1 : PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Isu dan Permasalah Kajian 6

1.3 Persoalan Kajian 19

1.4 Objektif Kajian 20

1.5 Kepentingan Kajian 20

1.6 Skop dan Limitasi Kajian 22

1.7 Organisasi Penulisan Kajian 23

BAB 2 : SOROTAN KEPUSTAKAAN 24

2.1 Pengenalan 24

2.2 Jenis dan Ciri- ciri Dadah 24

2.3 Belia 28

2.4 Penyalahgunaan Dadah 31

2.5 Faktor Penyalahgunaan Dadah 33

Page 8: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

vi

2.6 Kesan Penyalahgunaan Dadah 35

2.6.1 Kesan kepada Kesihatan 35

2.6.2 Kesan Kepada Fungsi Sosial dan Ekonomi 38

2.6.3 Kesan Kepada Keselamatan dan Ketenteraman Awam 39

2.7 Jenayah dan Ruangan Lingkup 40

2.7.1 Faktor Jenayah 45

2.7.2 Kesan dan Bahaya Jenayah 48

2.8 Teori Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah 52

2.9 Sistem Maklumat Geografi, Dadah dan Jenayah 57

2.10 Kesimpulan 78

2.11 Hipotesis Kajian 80

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 81

3.1 Pengenalan 81

3.2 Kawasan Kajian 81

3.3 Populasi Kajian 83

3.4 Kerangka Konseptual Kajian 84

3.5 Kaedah Kajian 87

i) Purata Kejiranan Terdekat / Average Nearest Neighbor (ANN) 90

ii) Hot spot / Getis Ord Gi* 91

iii) Regressi Ordinary Least Squares (OLS) dan

Spatial Autokorelasi (Moran’s I) 91

3.5 Kesimpulan 94

BAB 4 : ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 96

4.1 Pengenalan 96

Page 9: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

vii

4.2 Statistik Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Belia 96

4.2.1 Kes Penyalahgunaan Dadah Berdasarkan Tahun 96

4.2.2 Kes Penyalahgunaan Dadah Berdasarkan Balai Polis dan Jantina 98

4.2.3 Kes Penyalahgunaan Dadah Berdasarkan Golongan Umur 104

4.2.4 Kes Penyalahgunaan Dadah Berdasarkan Bangsa dan Jantina 106

4.3 Statistik Jenayah Harta Benda: Kes Pecah rumah 108

4.3.1 Kes Pecah Rumah Berdasarkan Bulan dan Tahun 108

4.3.2 Kes Pecah Rumah Berdasarkan Waktu Kejadian 111

4.3.3 Kes Pecah Rumah Berdasarkan Kediaman 118

4.4 Corak Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dan

Kes Pecah Rumah 119

4.4.1 Corak Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah 119

4.4.2 Corak Ruangan Kes Pecah Rumah 128

4.5 Hot Spot Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah 135

4.5.1 Hot Spot Kes Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Belia 135

4.5.2 Hot Spot Kes Pecah Rumah 141

4.6 Regresi Ordinary Least Square (OLS) 148

4.6.1 Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Belia 148

4.6.2 Regresi OLS Kes Pecah Rumah dalam Kalangan Belia 157

4.6.3 Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah 165

4.7 Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dan

Jenayah Harta Benda 173

4.7.1 Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dalam

Kalangan Belia 173

Page 10: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

viii

4.7.2 Autokorelasi Ruangan Kes Pecah Rumah Berdasarkan

Populasi Kalangan Belia 177

4.7.3 Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dalam

Kalangan Belia dan Kes Pecah Rumah 181

4.8 Kesimpulan 185

BAB 5 : PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 187

5.1 Pengenalan 187

5.2 Perbincangan 187

5.3 Kesimpulan 195

5.4 Cadangan 197

5.5 Sumbangan Kajian 199

RUJUKAN 202

Page 11: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

ix

SENARAI JADUAL

Mukasurat

Jadual 1.1 Kes Penagihan Dadah di Malaysia Tahun 2010 hingga 2017 ....................... 7

Jadual 1.2 Jumlah Penagih Mengikut Negeri Tahun 2010 hingga 2017 ........................ 8

Jadual 1.3 Jumlah Penagih Terkumpul Tahun 1988 hingga 2014 .................................. 9

Jadual 1.4 Jumlah Penagih Mengikut Umur di Malaysia,

Tahun 2010 hingga 2017 ........................................................................... 11

Jadual 1.5 Jumlah Penagih Mengikut Kategori Umur di Malaysia,

2010 hingga 2017 ...................................................................................... 12

Jadual 1.6 Kesalahan Mengikut Jantina Positif Dadah di

Amerika Syarikat, Tahun 1991 .................................................................. 14

Jadual 1.7 Jumlah Jenayah pada Tahun 2011 hingga 2016. ........................................ 15

Jadual 1.8 Jumlah Jenayah Harta Benda Megikut Negeri pada

Tahun 2011 hingga 2014 ........................................................................... 16

Jadual 1.9 Jumlah Jenayah Harta Benda di Malaysia, 2011 hingga 2014 .................... 17

Jadual 1.10 Jenis Jenayah Pulau Pinang pada Tahun 2011 hingga 2014 ....................... 18

Jadual 2.1 Jumlah Populasi Penduduk Daerah Timur Laut Megikut Mukim ............... 30

Jadual 2.2 Penagih Mengikut Umur pada Tahun 2012 sehingga 2014

di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang .......................................................... 31

Jadual 2.3 Faktor Pengambilan Dadah di Malaysia pada Tahun

2010 hingga 2015. ..................................................................................... 35

Jadual 2.4 Faktor Jangkitan HIV dan AIDS ................................................................ 37

Jadual 2.5 Jenis Jenayah Harta Benda di Pulau Pinang pada

Tahun 2011 hingga 2016 ........................................................................... 44

Page 12: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

x

Jadual 2.6 Jenis Jenayah Kekerasan di Pulau Pinang pada

Tahun 2011 hingga 2014. .......................................................................... 45

Jadual 2.7 Inisiatif NKRA Mengurangkan Jenayah .................................................... 56

Jadual 2.8 Formula Statistik Analisis ANN ................................................................. 72

Jadual 2.9 Formula Statistik Analisis Getis Ord Gi* ................................................... 74

Jadual 2.10 Rumus Statistik Analisis Moran’s I ........................................................... 77

Jadual 4.1 Jumlah Kes Penyalahgunaan Dadah bagi Tahun

2013 hingga 2015 ...................................................................................... 97

Jadual 4.2 Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Bulan pada

Tahun 2013 hingga 2015 ........................................................................... 98

Jadual 4.3 Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Balai Polis,

Tahun 2013 hingga 2015 ........................................................................... 99

Jadual 4.4 Penagih Mengikut Jantina pada Tahun 2013 sehingga 2015..................... 100

Jadual 4.5 Jumlah Terkumpul Kes Penyalahgunaan Dadah

Mengikut Umur pada 2013 hingga 2015 .................................................. 105

Jadual 4.6 Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Bangsa pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 107

Jadual 4.7 Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Jantina pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 108

Jadual 4.8 Jumlah Kes Pecah Rumah Mengikut Bulan Pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 109

Jadual 4.9 Kes Pecah Rumah Mengikut Balai Polis dan

Waktu Kejadian pada Tahun 2013 ........................................................... 112

Jadual 4.10 Kes Pecah Rumah Mengikut Balai dan

Page 13: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

xi

Waktu Kejadian pada Tahun 2014 ........................................................... 114

Jadual 4.11 Kes Pecah Rumah Mengikut Balai dan

Waktu Kejadian pada Tahun 2015 ........................................................... 116

Jadual 4.12 Kes Pecah Rumah Mengikut Jenis Kediaman pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 118

Jadual 4.13 Hasil ANN Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 120

Jadual 4.14 Hasil ANN Kes Pecah Rumah pada Tahun

2013 hingga 2015 .................................................................................... 128

Jadual 4.15 Hot Spot Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun

2013 Hingga 2015 ................................................................................... 136

Jadual 4.16 Hot Spot Kes Pecah Rumah pada Tahun

2013 Hingga 2015 ................................................................................... 143

Jadual 4.17 Hasil Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 148

Jadual 4.18 Hasil Regresi OLS Kes Pecah Rumah pada Tahun

2013 hingga 2015 .................................................................................... 158

Jadual 4.19 Hasil Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dan

Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 hingga 2015 .................................... 165

Jadual 4.20 Hasil Moran’s I Kes Penyalahgunaan Dadah

dalam Kalangan Belia pada Tahun 2013 Hingga 2015 ............................. 173

Jadual 4.21 Hasil Moran’s I Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 Hingga 2015 ......... 178

Jadual 4.22 Hasil Moran’s I Kes Penyalahgunaan Dadah dan

Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 Hingga 2015 ................................... 181

Page 14: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

xii

SENARAI RAJAH

Mukasurat

Rajah 2.1 Model “Strain Theory” .............................................................................. 53

Rajah 2.2 Balai Polis dan Aktiviti Jenayah di Kawasan Kajian. ................................. 65

Rajah 2.3 Hasil LQ Jenayah harta benda di Ireland pada tahun 2012 ......................... 70

Rajah 2.4 Corak ruangan ANN .................................................................................. 71

Rajah 2.5 Strategi Mengargegatkan Data................................................................... 73

Rajah 2.6 Garis Lurus OLS ....................................................................................... 75

Rajah 2.7 Hasil Analisis OLS .................................................................................... 75

Rajah 2.8 Corak Autokorelasi Ruangan ..................................................................... 78

Daerah Timur Laut, Pulau Pinang ............................................................. 82

Kerangka Konseptual ................................................................................ 86

Metodologi Kajian .................................................................................... 93

Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Jantina pada

Tahun 2013 ............................................................................................. 101

Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Jantina pada

Tahun 2014 ............................................................................................. 102

Kes Penyalahgunaan Dadah Mengikut Jantina pada

Tahun 2015 ............................................................................................. 103

Kes Pecah Rumah Daerah Timur Laut Pulau Pinang,

2013 hingga 2015 .................................................................................... 110

Kes Pecah Rumah Mengikut Waktu Kejadian pada

Tahun 2013 hingga 2015 ......................................................................... 111

Kes Pecah Rumah Berdasarkan Waktu Kejadian pada

Page 15: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

xiii

Tahun 2013 ............................................................................................. 113

Kes Pecah Rumah Berdasarkan Waktu Kejadian pada

Tahun 2014 ............................................................................................. 115

Kes Pecah Rumah Berdasarkan Waktu Kejadian pada

Tahun 2015 ............................................................................................. 117

Corak Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2013 ............................................................................................. 121

Corak Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2014 ............................................................................................. 122

Corak Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2015 ............................................................................................. 123

Taburan Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2013 ........................... 125

Taburan Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2014 ........................... 126

Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2015 ......................................... 127

Indek ANN Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 ..................................... 129

Indek ANN Kes Pecah Rumah pada Tahun 2014 ..................................... 130

Indek ANN Kes Pecah Rumah pada Tahun 2015 ..................................... 131

Taburan Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 .......................................... 132

Taburan Kes Pecah Rumah pada Tahun 2014 .......................................... 133

Taburan Kes Pecah Rumah pada Tahun 2015 .......................................... 134

Hot Spot Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2013 .......................... 138

Hot Spot Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2014 .......................... 139

Hot Spot Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2015 .......................... 140

Hot Spot Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 ......................................... 145

Page 16: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

xiv

Hot Spot Kes Pecah Rumah pada Tahun 2014 ......................................... 146

Hot Spot Kes Pecah Rumah pada Tahun 2015 ......................................... 147

Regresi OLS Penyalahgunaan Dadah dan Populasi Belia

pada Tahun 2013 ..................................................................................... 150

Regresi OLS Penyalahgunaan Dadah dan Populasi Belia

pada Tahun 2014 ..................................................................................... 151

Regresi OLS Penyalahgunaan Dadah dan Populasi Belia

pada Tahun 2015 ..................................................................................... 152

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2013 .................... 154

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2014 .................... 155

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah pada Tahun 2015 .................... 156

Regresi Kes Pecah Rumah dan Populasi Belia pada

Tahun 2013 ............................................................................................. 158

Regresi Kes Pecah Rumah dan Populasi Belia pada

Tahun 2014 ............................................................................................. 159

Regresi OLS Kes Pecah Rumah dan Populasi Belia pada

Tahun 2015 ............................................................................................. 160

Regresi OLS Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 ................................... 162

Regresi OLS Kes Pecah Rumah pada Tahun 2014 ................................... 163

Regresi OLS Kes Pecah Rumah pada Tahun 2015 ................................... 164

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah

pada Tahun 2013 ..................................................................................... 166

Regresi Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah

pada Tahun 2014 ..................................................................................... 168

Page 17: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

xv

Regresi Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah

pada Tahun 2015 ..................................................................................... 169

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah

pada Tahun 2013 ..................................................................................... 170

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah

pada Tahun 2014 ..................................................................................... 171

Regresi OLS Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes Pecah Rumah

pada Tahun 2015 ..................................................................................... 172

Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2013 ............................................................................................. 174

Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2014 ............................................................................................. 175

Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah pada

Tahun 2015 ............................................................................................. 177

Autokorelasi Ruangan Kes Pecah Rumah pada Tahun 2013 .................... 178

Autokorelasi Ruangan Kes Pecah Rumah pada Tahun 2014 .................... 179

Autokorelasi Ruangan Kes Pecah Rumah pada Tahun 2015 .................... 180

Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes

Pecah Rumah pada Tahun 2013 ............................................................... 182

Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes

Pecah Rumah pada Tahun 2014 ............................................................... 183

Autokorelasi Ruangan Kes Penyalahgunaan Dadah dan Kes

Pecah Rumah pada Tahun 2015 ............................................................... 185

Page 18: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

xvi

SENARAI SINGKATAN

AADK Agensi Antidadah Kebangsaan

ANN Purata Kejiranan Terdekat

BJSJ Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah

BSJN Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik

BP Balai Polis

FSSH Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

GIS Sistem Maklumat Geografi

GPS Sistem Kedudukan Global

IPD Ibu Pejabat Daerah

IPKPP Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JSJN Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik

JUPEM Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia

NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara

PBB Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu

PBT Pihak Berkuasa Tempatan

PDRM Polis Diraja Malaysia

PPR Projek Perumahan Rakyat

TDPI Taman Desa Permai Indah

UNODC Lembaga Pengawalan Nakotik

UPU Unit Pencegah Penyeludupan

Page 19: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Masalah jenayah dan penyalahgunaan dadah seringkali diperkatakan, namun

masalah ini masih lagi berterusan dari dahulu sehingga kini. Pelbagai usaha dan strategi

dilakukan untuk membanteras dan mengurangkan masalah salahguna dadah dan indek

jenayah daripada berterusan. Usaha berterusan pihak berkuasa terutamanya PDRM bagi

mengurangkan indeks jenayah dalam negara menunjukkan pencapaian memberangsangkan

menerusi penurunan jenayah sehingga 53 peratus dari 2010 hingga 2017 (Yaacob, 2018).

Selain itu, kes penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan adalah antara faktor

yang menyumbang kepada berlakunya pelbagai kes jenayah. Menurut Pengarah Agensi

Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohd Nazir Mustafa (2016) menyatakan penagih

dadah khususnya yang mengambil syabu menjadi lebih agresif dan bertindak di luar kawalan

akibat halusinasi yang tinggi (Sinar Harian, 2016).

Akibat daripada penyalahgunaan dadah, jumlah kematian semakin meningkatkan

seiring dengan kemunculan dadah sintetik yang semakin banyak di pasaran serta mudah

diperolehi. Ia telah menyebabkan kematian seramai 187,000 orang di dunia sehingga tahun

2015. Jumlah penagih yang terlibat sehingga tahun 2015 mengikut golongan umur antara 16

sehingga 54 tahun adalah sebanyak 21.46 juta orang yang mana penyumbang utama adalah

dalam kalangan negara Asia iaitu seramai 6.11 juta berbanding negara lain. Dalam kalangan

negara-negara benua Asia, negara Asia Timur dan Asia Tenggara paling ramai pengguna

dadah serta penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 4.3 juta orang. Jumlah sebenar pengguna

dadah telah meningkat kepada 6 juta orang iaitu 27 juta orang di dunia yang mana jumlahnya

hampir menyamai populasi penduduk Malaysia (UNODC, 2015).

Page 20: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

2

Di peringkat antarabangsa, jumlah keseluruhan penggunaan dadah merupakan

penggunaan ganja iaitu hampir separuh daripada keseluruhan penggunaan dadah lain seperti

opiate, kokain, opioid, amphetamines dan estasy iaitu sebanyak 232,070 pengguna daripada

jumlah keseluruhan iaitu 722,080 orang (UNODC, 2015). Jumlah pengguna dadah yang

paling ramai adalah pengguna opiat iaitu 60.48% daripada jumlah keseluruhan pengguna

dadah pada tahun 2015 iaitu 16,616 orang (AADK, 2015).

Masalah pengedaran dadah antarabangsa di antara negara pengeluar dadah dan

negara pengguna semakin serius. Menurut Laporan Lembaga Pengawalan Nakotik

Antrabangsa (UNODC), pada paras semasa, penggunaan heroin dunia (340 tan) dan

rampasan yang mewakili aliran tahunan sebanyak 430-450 tan heroin ke pasaran global

heroin. Daripada jumlah itu, candu dari Myanmar dan Laos menghasilkan kira-kira 50 tan,

manakala selebihnya, lebih kurang 380 tan heroin dan morfin, dihasilkan secara eksklusif

dari candu Afghanistan. Laluan Balkan adalah koridor utama pengedaran heroin

menghubungkan Afghanistan untuk pasaran besar Persekutuan Rusia dan Eropah Barat.

Menurut UNODC (2010), kokain digunakan oleh 16-17 juta orang di seluruh dunia,

menyamai bilangan pengguna candu global.

Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia mempunyai sejarah yang berkait- rapat

dengan pembangunan awal ekonomi negara ini. Lombong-lombong bijih, ladang-ladang

getah dan lada hitam yang mula diusahakan pada awal abad ke-19 memerlukan tenaga kerja

asing dari negeri Cina dan India. Tabiat menghisap ganja dan opium oleh pekerja- pekerja

ke Tanah Melayu dan pada masa itu juga tidak menjadi kesalahan disisi undang- undang

yang wujud ketika itu. Oleh yang demikian, jumlah penghisap dan pengedar telah bertambah

dan keadaan semakin meruncing (Laporan Dadah, 1998). Penagihan candu dalam kalangan

Page 21: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

3

buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah

Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu

pada tahun 1910. Bagi tujuan tersebut kerajaan British memastikan kedai- kedai yang

menjual candu dan rumah- rumah menghisap candu perlu mendaftarkan dan

memperlesenkan aktiviti berkaitan candu (Othman, 1988).

Pada tahun 1925, langkah terbaru yang diambil dan keputusan telah dibuat di

“Konvesyen Geneva Mengenai Candu” bagi mengatasi masalah ketagihan candu yang mana

penjual candu hanya boleh menjual kepada penghisap candu yang berdaftar sahaja dan juga

penjualan candu hanya dibenarkan kepda pengamal- pengamal perubatan sahaja. Pada 1945,

penjualan candu telah diharamkan dan pada masa yang sama juga golongan belia telah

tergolong dalam kalangan penagih- penagih yang pada awalnya kebanyakannya melibatkan

golongan tua. Pengaruh mofin dan heroin di Malaysia oleh golongan belia terutamanya di

Pulau Pinang pula dibawa oleh tentera Amerika Syarikat yang datang melancong selepas

perang Vietnam pada tahun 1970 (A. Rahim dan Mohamed, 2008).

Walaupun setelah sekian lama, masalah dadah masih tetap sama walaupun pelbagai

langkah telah dilaksanakan dan keadaan bertambah serius dengan pertambahan bilangan

penagihan yang bukan hanya melibatkan golongan belia namun juga golongan remaja dan

pelajar. Oleh yang demikian, dadah telah disytiharkan sebagai musuh nombor satu negara

pada 19 Februari 1983 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika melancarkan “Kempen

Antidadah” peringkat kebangsaan. Kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah

dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kes yang dibawa ke mahkamah dan tidak boleh

dibawa ke mahkamah. Kes yang boleh dibawa ke mahkamah adalah ditadbir di bawah Akta

Dadah Berbahaya 1952, manakala kes yang tidak boleh dibawa ke mahkamah ditadbir oleh

Page 22: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

4

Akta Dadah Berbahaya (Langkah- langkah Pencegahan Khas), Ordinan Darurat (Kawalan

dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 (Yusof dan Che

Mat, 1996).

Penyalahgunaan dadah juga membuatkan seseorang hilang kawalan diri dan penagih

dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar,

membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, wujud

keinginan yang melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa

cara sekali pun. Ini mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat

sekeliling (Oon, 2012).

Akibat daripada kesan dadah, seseorang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah

akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepada dadah. Penyalahgunaan dadah

memberikan beberapa kesan kepada individu seperti kemudaratan kepada kesihatan dan

tingkah laku penagih menjadi agresif dan kemurungan. Penyalahgunaan dadah memberi

kesan kepada keluarga penagih seperti maruah dan nama baik tercemar dalam kalangan

masyarakat serta beban kepada ahli keluarga yang lain. Kesan terhadap masyarakat pula

menyebabkan persekitaran sekeliling tidak tenteram ekoran kejadian jenayah yang kerap

berlaku dan keselamatan akan tergugat. Sebanyak 40% banduan yang dipenjarakan terlibat

dengan dadah (Hj. Ahmad, 2010).

Selain itu juga, penyalahgunaan dadah dan jenayah begitu relatif dan mempunyai

perkaitaan antara satu sama lain serta hubungan yang rapat antara masalah penyalahgunaan

dengan peningkatan jenayah seperti kecurian, rompakan, pecah rumah dan sebagainya.

Penyalahgunaan dadah menyumbang hampir 50% kes jenayah yang berlaku di negara ini

Page 23: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

5

dan secara jelasnya terdapat perkaitan antara perlakuan jenayah dan penyalahgunaan dadah

(Abdullah, 2016).

Menurut UK’s Prime Minister of Strategy Unit (2003), sebanyak 56% jenayah yang

berlaku adalah disebabkan oleh penyalahgunaan dadah dengan 85% melibatkan kes kecurian

kedai, 70% pula melibatkan kes pecah rumah manakala kes rompakan pula sebanyak 54%.

Ini menunjukkan bahawa penyalahgunaan dadah menyumbang kepada aktiviti jenayah

jalanan (UK Strategy Unit Drugs Report , 2003). Jumlah pengguna dadah melibatkan hampir

200 juta orang, kebanyakan penggunaan dadah adalah untuk kegunaan jenayah semata- mata

(Costa, 2008).

Dalam pencegahan jenayah, penggunaan teknologi bagi mempermudahkan pihak

berkuasa berkaitan dalam menganalisis dan membuat keputusan berkaitan jenayah. Aplikasi

GIS dalam pemetaan jenayah digunakan bagi memudahkan pihak berkuasa memahami

fenomena kejadian jenayah dan membuat keputusan dalam mengatur strategi serta langkah

pencegahan jenayah. Pemetaan jenayah digunakan oleh penganalisis dan penguatkuasaan

undang-undang dalam memetakan, memvisualisasikan, dan menganalisis corak kejadian

jenayah. Ia merupakan komponen utama analisis jenayah. Pemetaan Jenayah yang

menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS), membolehkan penganalisis jenayah

mengenal pasti tempat jenayah yang panas, bersama dengan trend dan corak lain (ESRI,

2018).

Penyelidikan berdasarkan pemetaan jenayah secara berkomputer bermula pada tahun

1986. Institut Keadilan Negara (NIJ) telah membiayai projek di Jabatan Polis Chicago untuk

meneroka pemetaan jenayah sebagai kaedah alternatif kepada polis komuniti. Projek yang

dijalankan oleh CompStat Police Department (CPD) bersempena dengan Chicago Alliance

Page 24: Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta … Ruangan... · 2020. 7. 13. · Permodelan Ruangan Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah Harta Benda: ... ANALISIS DAN DAPATAN

6

untuk Keselamatan Kejiranan, University of Illinois di Chicago, dan Northwestern

University, Pemetaan Jenayah dalam Penempatan Komuniti: Analisis Fenomena Geografi.

Kejayaan projek ini mendorong NIJ untuk memulakan Program Analisis Pasaran Dadah

(dengan akronim D-MAP yang sesuai) di lima bandaraya, dan teknik-teknik yang dilakukan

oleh usaha ini telah membawa kepada penyebaran pemetaan jenayah di seluruh AS dan di

tempat lain, termasuk CompStat Police Department New York City. Peta adalah peranti

komunikasi yang lebih baik daripada data statistik jenayah dan instrumen untuk

mengkomunikasikan ciri-ciri jenayah sebuah komuniti atau kawasan, kerana satu gambar

memberi seribu perkataan atau maksud (Maltz et al., 2000).

1.2 Isu dan Permasalah Kajian

Peningkatan kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia semakin serius dan

membimbangkan banyak pihak terutamanya pihak berkuasa serta badan- badan berkuasa

yang berkaitan. Berdasarkan statistik 2018, sebanyak 18,967 kes penagihan dadah

membabitkan anak muda berbanding hanya 6,300 kes bagi golongan dewasa (Adnan, 2019).

Golongan umur yang paling ramai yang terlibat dalam gejala dadah adalah mereka yang

berumur antara 20 hingga 39 tahun iaitu seramai 93,044 orang daripada keseluruhan statistik

manakala golongan adalah mereka yang berumur 40 tahun ke atas iaitu seramai 29,355 orang

dan selebihnya adalah golongan yang berumur 19 tahun dan ke bawah iaitu seramai 87,322

(Mohd. Amin, 2016).

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan

(NADI) (2004) dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 1988 hingga 1999 sahaja seramai

162,750 orang penduduk di negara ini telah disahkan terjebak dengan penyalahgunaan

dadah. Kes penagihan dadah dalam tempoh 5 tahun sejak 2009 sehingga 2013 menunjukkan

pola meningkat dan menurun, namun begitu perbezaan jumlah penagih agak ketara.