kajian tindakan penukaran unit 2015

Upload: ikhwan5405

Post on 05-Jan-2016

245 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

1.0PENDAHULUAN

Matematik merupakan subjek yang sering dianggap oleh murid sukar kerana murid beranggapan terlalu banyak konsep, rumus dan formula yang perlu diingati ( Hafiz, 2013) . Bahkan juga, rata-rata murid yang berfikiran sebegitu sudah pasti tidak menunjukkan peningkatan pencapaian. Hal ini mungkin disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang membosankan dan tidak merangsang pemikiran murid untuk kefahaman sesuatu konsep Matematik. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Azizah dan Shaharom (1999), Matematik dianggap sukar kerana ianya melibatkan fakta dan suatu yang abstrak bagi murid.Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Subjek ini menggunakan kebolehan untuk berfikir secara logik bagi menyelesaikan masalah, melihat pola dan membuat ramalan. Teknik tentang operasi asas pengiraan yang betul akan membantu murid untuk menyelesaikan permasalahan dalam subjek matematik sekolah rendah dengan betul, cepat dan tepat. Selain itu, guru perlu bersungguh-sungguh ketika menerangkan sesuatu konsep matematik agar asas mereka dalam sesuatu topik adalah kukuh dan ini sekaligus akan memudahkan dan menambahkan minat murid untuk belajar matematik. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2006) telah menggariskan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajari oleh murid ialah nombor bulat, pecahan, perpuluhan, pengukuran, wang dan peratus. Kefahaman yang kukuh dalam skop ini sangat penting bagi membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan serta menjadi asas kepada aspek pembelajaran murid di peringkat yang lebih tinggi. Justeru, permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah rendah perlulah diatasi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran asas matematik. Topik pertukaran unit panjang merupakan suatu topik yang sangat penting. Kajian ini melibatkan pertukaran unit milimeter, sentimeter dan meter dan lebih memfokuskan murid-murid tahun empat. Menurut Mok Soon Sang (2004), dengan melakukan pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik atau pengkaji untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Oleh yang demikian, unit-unit spesifik perlu dinyatakan dan ditentukan sebelum sesuatu kajian dilakukan. Dalam proses menukar unit panjang, biasanya murid akan melibatkan proses pendaraban dan pembahagian. Oleh yang demikian, penggunaan Kaedah Petak 1+3 akan dapat membantu murid bagi meningkatkan kemahiran menukar unit panjang kilometer kepada meter dan meter kepada meter.

1.1REFLEKSI PENGAJARAN YANG LEPAS

Proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang efektif dapat dilaksanakan sekiranya seseorang guru bijak merancang sesuatu kaedah atau teknik sesuai dengan tahap kemamuan mereka. Hal ini juga boleh menarik minat mereka untuk mengikuti sesi pdp di dalam bilik darjah. Berdasarkan pengalaman mengajar menjalankan proses pdp tajuk panjang kepada murid-murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau Dungun, pengkaji mendapati murid mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menukar unit khususnya dari kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Murid Tahun 5 Bestari merupakan murid yang mempunyai aras pengetahuan dan kebolehan yang agak sederhana dalam menguasai pembelajaran semasa proses pdp dijalankan di dalam kelas. Kelas ini merupakan kelas kedua antara dua kelas yang terdapat di sekolah ini. Segelintir daripada mereka ini agak perlahan dalam menerima sebarang pengajaran yang disampaikan oleh guru. Keputusan pencapaian mereka juga agak lemah iaitu sekitar 30% hingga 40% sahaja terutamanya bagi matapelajaran matematik. Hanya sebahagian kecil murid sahaja yang menunjukkan minat dan potensi untuk maju dalam pelajaran matematik. Justeru, pengkaji bercadang untuk menjalankan satu kajian tindakan ke atas beberapa orang murid berkenaan bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk melakukan penukaran unit bagi topik panjang.Tanggal 21 Julai 2014 yang lepas, satu pdp berkenaan kemahiran menukar unit panjang dari kilometer kepada meter telah dijalankan kepada murid Tahun 5 Bestari. Murid-murid telah diberi sehelai lembaran kerja yang mempunyai garis nombor. Pada mulanya, murid-murid diajar untuk mengkaji hubungan antara unit meter dengan menggunakan garis nombor yang mempunyai skala 100m sehingga 1000m. Setelah mengkaji perkaitan antara kedua-dua unit pada garis nombor tersebut murid akan mendapati bahawa 1km bersamaan dengan 1000m. Seterusnya, murid diajar pula cara untuk menukar unit menggunakan operasi darab dan bahagi dengan seribu. Sekiranya soalan tersebut memerlukan penukaran unit daripada kilometer kepada meter murid-murid akan meletakkan tanda darab seribu ( x 1000 ) dan jika murid ingin melakukan penukaran unit daripada meter kepada kilometer maka murid akan meletakkan tanda bahagi seribu ( 1000 ) pada atas garis nombor tersebut. Kemudian, murid-murid telah diajar kemahiran menukar unit daripada kilometer kepada meter dan daripada meter kepada meter menggerakkan titik perpuluhan. Sekiranya soalan tersebut memerlukan penukaran unit daripada kilometer kepada meter murid-murid akan menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan manakala jika murid ingin melakukan penukaran unit daripada meter kepada kilometer maka murid akan menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kiri. Walaubagaimanapun, setelah pengkaji menyemak buku latihan murid terdapat segelintir tidak boleh melakukan kemahiran menukar unit dari kilometer kepada meter dan daripada kilometer kepada meter . Antara kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah salah menggerakkan titik perpuluhan. Ini kerana terdapat segelintir murid yang keliru untuk menggerakkan titik perpuluhan sama ada ke kiri atau ke kanan. Selain itu, terdapat juga murid yang hanya menggerakkan titik perpuluhan dua tempat sahaja samaada ke kiri ataupun ke kanan. Jelaslah disini bahawa murid tidak dapat menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan betul.

Rajah 1 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menggerakkan titik perpuluhan

Oleh kerana murid tidak boleh melakukan kemahiran penukaran unit dengan betul maka pengkaji mendapat mereka mempunyai masalah untuk menjawab soalan penambahan dan penolakkan dua unit yang berbeza. Hal ini kerana, murid perlu menukar unit terlebih dahulu sebelum melakukan operasi tersebut. Dalam hal ini, murid dapat melakukan operasi penambahan dengan betul tetapi mereka tidak boleh menukar unit meter kepada kilometer. Ini dapat dilihat, apabila murid terus menambah kedua-dua nombor yang diberi tanpa menukar nombor unit meter kepada kilometer terlebih dahulu. Justeru, jawapan yang dihasilkan oleh murid adalah salah. Oleh kerana soalan tersebut memerlukan jawapan di dalam unit kilometer, maka sepatutnya murid menukar nombor pada unit meter kepada kilometer terlebih dahulu. Selepas itu, barulah murid dapat melakukan operasi tambah untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Rajah 2 : Murid tidak menukar unit terlebih dahulu semasa melakukanoperasi penambahan dua unit berbeza bagi tajuk panjang

Oleh yang demikian, pengkaji telah mencipta satu kaedah yang diberi nama Kaedah Petak 1+3 untuk membantu murid-murid lemah untuk melakukan kemahiran unit dari kilometer kepada meter dan daripada meter kepada kilometer dengan betul. Kaedah ini memerlukan algoritma yang mudah dan senang difahami oleh murid. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam PdP matematik kelak untuk meningkatkan keberkesanan murid dalam kemahiran penukaran unit panjang. Pengkaji juga akan memilih Model Stephen Kemmis dan McTaggart sebagai model dalam melaksakan kajian ini. Rosinah (2011) menyatakan bahawa memilih Model Stephen Kemmis dan McTaggart melibatkan gelung spiral yang bermula dari empat peringkat iaitu proses mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Kesemua peringkat ini dibuat secara berulangkali sehingga masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sepenuhnya.

1.2SOROTAN LITERATUR

Bahagian ini mengandungi huraian tentang konsep penukaran unit panjang dari kilometer kepada meter dan dari meter kepada kilometer serta kajian lepas berkaitan penukaran unit panjang tersebut.KBSR bermatlamat untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor dan kemahiran asas dalam pengiraan yang boleh digunakan dalam kehidupan harian secara efektif dan bertanggungjawab untuk mengekalkan aspirasi sebuah masyarakat dan negara yang maju, dan dalam masa yang sama dapat menggunakan pengetahuan itu untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010).Kurikulum Matematik di peringkat sekolah rendah (KBSR) menekankan tentang penguasaan konsep asas dan kemahiran. Kandungannya dikategorikan kepada empat bidang yang saling berkaitan iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang serta Statistik. Berdasarkan empat bidang utama mata pelajaran Matematik, bidang ukuran panjang merupakan salah satu bidang khususnya bagi subtopik Hubungkait Antara Unit-Unit Ukuran Panjang.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan Penukaran bermaksud menggantikan sesuatu manakala Unit pula membawa maksud kuantiti tertentu yang dijadikan sebagai piawai sesuatu ukuran. Justeru, Penukaran Unit membawa maksud menggantikan kuantiti dalam sesuatu ukuran. Dalam konsep Penukaran Unit Panjang dari kilometer kepada meter bolehlah didefinisikan sebagai menukar unit piawai bagi ukuran panjang tetapi kedua-dua unit piawai tersebut mempunyai ukuran panjang yang sama.

Kemmis dan Mctaggart (1988) menjelaskan bahawa terdapat 4 tahap atau proses untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik dengan berkesan. Proses-proses tersebut ialah mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Keempat-empat langkah ini membentuk satu gelungan atau aliran yang berulang dan diulang berkali-kali sehingga masalah yang timbul dalam kalangan responden terbabit dapat diselesaikan dengan jayanya. Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses kajian tindakan ini bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas masalah pembelajaran yang ingin diatasi. Kemudian pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan, pengkaji harus memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Kitaran Pertama. Jika masalah tidak dapat diatasi, pengkaji bolehlah memulakan Kitaran Kedua.Leonard M.S et al., (1996) pula menjelaskan bahawa guru perlu kreatif semasa di dalam bilik darjah supaya dapat mewujudkan suasana yang menarik semasa sesi pengajaran berlangsung. Jika murid menghadapi masalah dengan kaedah pembelajaran yang sedia ada, maka wajarlah satu kaedah baru diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Justeru, pengenalan kaedah baru kepada murid seperti Petak 1 + 3 diharapkan dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru dengan mudah.Murid perlu diperkenalkan dengan kaedah yang sesuai bagi membantu mereka untuk melakukan operasi dengan cepat dan betul. Teknik tunjuk cara yang melibatkan penerangan yang jelas disertai dengan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran serta penglihatan dan melibatkan percubaan murid dapat membantu murid menyelesaikan soalan (Mok Soon Sang, 2000). Justeru, penerangan yang baik oleh guru tentang cara untuk menggunakan Kaedah Petak 1+3 dapat membantu murid menggunakan kaedah ini dengan betul.Masalah penukaran unit bagi topik ukuran khususnya ukuran panjang haruslah dikuasai oleh semua murid. Jika murid gagal menguasai kemahiran ini, mereka akan menghadapi masalah terutama untuk masalah penambahan dan penolakan nilai yang mempunyai unit yang berbeza (Zaqwan, 2013). Hal ini kerana, murid perlu melakukan operasi penukaran unit terlebih dahulu sebelum melakukan operasi penambahan dan penolakkan tersebut. Oleh itu, guru tidak seharusnya memandang mudah kepada permasalahan ini dan perlu memastikan murid betul-betul dapat memahami konsep penukaran unit, khususnya dalam topik panjang.Menurut Hapsiah (2012) dalam kajiannya telah menyenaraikan lima kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid-murid dalam mempelajari tajuk-tajuk tertentu bagi bidang asas ukuran. Miskonsepsi yang kerap berlaku dalam tajuk ukuran panjang adalah yang melibatkan penukaran unit kilometer (km) kepada meter (m), meter (m) kepada sentimeter (cm) dan sentimeter (cm) kepada milimeter (mm). Hal ini kerana dalam topik ini unit yang diperkenalkan terlalu banyak dan murid tidak mengingati formula penukaran unit. Formula penukaran unit dalam kaedah Petak 1+3 mudah difahami oleh murid dan pengkaji berharap melalui penggunaan kaedah ini dapat memberi ingatan jangka masa yang panjang kepada responden untuk menyelesaikan masalah penukaran unit khususnya dalam topik panjang.Kaedah Petak 1+3 yang akan didedahkan kepada murid yang berpencapaian rendah ini, diharapkan dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah penukaran unit dengan lebih mudah. Pengkaji juga berharap teknik ini akan digunakan sebagai pilihan utama dalam menyelesaikan masalah penukaran unit selain cara lama yang sering diajar. Nadia Fasha (2010), menyatakan dalam kajiannya bahawa pengaplikasian teknik atau algoritma yang mudah dibantu bahan yang sesuai akan dapat menarik minat murid untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Dalam proses menukar unit panjang, biasanya murid akan melibatkan proses pendaraban dan pembahagian. Murid perlu mengingati sifir bagi membolehkan mereka menukar unit dengan cepat dan betul. Menurut Azri Aziz (1994) tahap pemahaman seseorang amat dipengaruhi oleh kebolehan seseorang individu itu untuk mengingat fakta-fakta yang dipelajari. Oleh kerana murid sukar untuk mengingat fakta-fakta yang telah diajar oleh guru, maka pengkaji telah memperkenalkan kaedah Petak 1+3 bagi memudahkan murid memahami konsep penukaran unit panjang dengan mudah. Ini kerana kaedah ini tidak memerlukan murid untuk mengingat banyak fakta tetapi hanya perlu menghafal beberapa langkah mudah bagi menukar unit khususnya bagi tajuk panjang.Menurut Ee Ah Meng (1997), menyatakan di dalam sesebuah bilik darjah setiap murid mempunyai kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, guru harus mencipta kaedah yang sesuai dan mudah difahami oleh murid mengikut aras kefahaman mereka bagi membolehkannya memahami tajuk yang diajar dengan baik. Dalam kajian ini, pengkaji yakin bahawa kaedah Petak 1+3 ini mudah difahami dan boleh membantu murid menyelesaikan proses penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan betul. Kesimpulannya, pengunaan Kaedah Petak 1+3 dilihat mampu untuk meningkatkan meningkatkan kemahiran murid berpencapaian rendah dalam menukarkan unit dalam ukuran panjang. Pengkaji berpendapat bahawa prestasi murid boleh dipertingkatkan sekiranya kaedah yang digunakan oleh guru sesuai dengan tahap kemampuan murid.

1.0 FOKUS KAJIAN

Azizah dan Shaharom (1999), menyatakan bahawa Matematik dianggap sukar kerana ianya melibatkan fakta dan suatu yang abstrak bagi murid. Ini kerana murid beranggapan terlalu banyak konsep, rumus dan formula yang perlu diingati dalam matapelajaran matematik. Dalam konteks fokus kajian, isu keprihatinan perlu diutamakan bagi mematikan psoses pdp yang dilaksanakan dapat dengan jayanya. Fokus ini termauklah tinjauan masalah tehadap kefahaman murid-murid Tahun 5 Bestari dalam mempelajari kemahiran menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer bagi tajuk Ukuran Panjang. Seterusnya, tinjauan masalah tersebut dianalisis bagi mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh murid dan punca sebenar yang menghalang murid bagi menguasai tajuk tersebut. Pengkaji telah mengenalpasti masalah murid secara berperingkat iaitu bermula daripada proses pemerhatian tidak berstruktur kepada murid semasa pdp di dalam kelas. Seterusnya pengkaji telah membuat analisis terhadap Ujian OTI 1 disamping menyemak buku latihan murid berkaitan tajuk penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Semua proses tersebut akan diikuti dengan Ujian Diagnostik bagi memilih murid yang bermasalah dalam kemahiran yang difokus pengkaji.

2.1 Tinjauan Awal masalah

Pengkaji telah meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Bestari melalui empat kaedah utama. Kaedah-kaedah yang dilakukan ialah melalui pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid cara penyelesaian menjawab soalan penukaran unit dari kilometer kepada meter dan dari meter kepada kilometer di papan hitam, analisis dokumen melalui semakan buku latihan murid, analisis dokumen melalui pemeriksaan kertas jawapan Ujian OTI 1 2014 dan Ujian Diagnostik.Pengkaji telah membuat pemerhatian tidak berstruktur (Lampiran A) terhadap cara penyelesaian murid menjawab soalan penukaran unit dari kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer di papan hitam. Tingkahlaku murid-murid semasa proses pdp turut diperhatikan oleh pengkaji. Murid-murid kurang memberi respon kepada soalan yang diajukan dan berasa tidak yakin untuk memberikan jawapan serta takut untuk mencuba. Apabila mereka diarahkan untuk membuat penyelesaian di papan hitam, kelihatan mereka mengambil masa yang lama untuk keluara ke hadapan kelas.Tambahan pula, mereka sering menoleh ke belakang untuk bertanyakan kepada rakan-rakan bagaiamanakah untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Mereka teragak-agak untuk menunjukkan cara kerja di papan hitam. Hal yang sama berlaku apabila guru meminta murid membuat latihan di dalam buku latihan dimana ada segelintir murid akan menoleh rakan sebelah agar dapat meniru cara kerja rakan mereka. Masa yang diambil oleh murid-murid untuk menyelesaikan setiap soalan agak lama. Kadang kala mereka juga tidak sempat menjawab kesemua soalan dalam masa yang ditetapkan.Pengkaji meminta murid untuk membuat latihan matematik mengenai menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer sebaik tamat sesi pdp (Lampiran B). Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kefahaman murid mengenai tajuk berikut. Namun, setelah memeriksa hasil kerja tersebut, pengkaji merasa kecewa kerana terdapat murid menjawab soalan tersebut sambil lewa melalui tulisan buruk yang ditunjukkan. Murid-murid juga sering melakukan kecuaian semasa melakukan kemahiran menukar unit bagi tajuk panjang.Selain itu, pengkaji juga mendapati sebahagian besar murid menjawab semua soalan dengan salah. Murid-murid menyelesaikan soalan yang diberikan seolah-olah tidak pernah belajar kemahiran menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Ini terbukti apabila masih terdapat tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan dengan betul walaupun telah banyak kali diajar tentang cara menggerakkan titik perpuluhan tersebut dengan betul. Setelah menyemak buku latihan murid, pengkaji mendapati terdapat murid yang tidak tahu samaada mengerakkan titik perpuluhan tersebut ke kanan atau ke kiri bagi melakukan operasi penukaran unit kilometer kepada meter. Jelaslah disini bahawa, murid tidak dapat menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter. Disamping itu, terdapat juga segelintir murid yang tidak boleh melakukan algoritma dengan betul semasa menukar unit meter kepada kilometer. Ini terbukti apabila terdapat murid yang melakukan operasi bahagi dengan seratus bagi mendapatkan jawapan penukaran meter kepada kilometer. Ini menunjukkan bahawa murid telah melakukan kesilapan dalam algoritma tersebut. Bagi menukar unit meter kepada kilometer, sepatutnya murid perlu melakukan operasi bahagi dengan seribu. Hal ini mungkin disebabkan murid keliru dengan penukaran unit meter kepada sentimeter. Perkara yang lebih mengecewakan pengkaji ialah ada juga murid yang tidak menghantar buku latihan mereka untuk disemak.pelbagai alasan yang diberikan apabila ditanya oleh pengkaji.Markah keputusan Operation Target Increment (OTI )1 yang ditunjukkan oleh murid-murid Tahun 5 Bestari amat mengecewakan. Analisa tesebut menunjukkan hanya 6 orang murid yang lulus mata pelajaran Matematik daripada 19 orang murid dalam kelas itu. Keputusan tersebut cukup menyedihkan pengkaji kerana pelbagai usaha yang telah dilaksakan sebelum menghadapi ujian tersebut termasuklah ulangkaji. Terdapat 3 soalan yang melibatkan kemahiran penukaran unit ada di dalam soalan matematik kertas 2 dalam OTI 1 (Lampiran C). Ketiga-tiga soalan ini membawa skor markah 4. Apabila pengkaji menganalisis skor markah yang telah dicapai oleh murid Tahun 5 Bestari, keputusannya sungguh mengecewakan. Hampir 80% murid mendapat skor 0-2 sahaja. Tiada seorang murid pun menjawab kesemua soalan dengan betul. Setelah diperhatikan dengan teliti, pengkaji mendapati antara kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan dengan betul dan tidak menukar unit terlebih dahulu untuk menjawab soalan penolakan dua unit yang berbeza. Ini bermaksud, murid tidak memahami konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menyebabkan mereka tidak boleh menjawab soalan tersebut dengan betul. Pengkaji telah menyediakan satu set ujian diagnostik yang mengandungi 10 sebanyak sepuluh soalan (Lampiran D). Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman murid dalam menyelesaikan masalah kemahiran penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer . Selain itu, ujian ini juga mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.Ujian Diagnostik tersebut telah diadakan kepada pada 5 Ogos 2014. Seramai 19 orang murid Tahun 5 Bestari telah menduduki ujian tersebut dalam masa 20 minit. Sepanjang ujian ini berlangsung, pengkaji mendapati ada murid yang tidak fokus semasa menjawab soalan yang diberikan. Mereka kelihatan gelisah dan tidak senang sepanjang 20 minit Ujian Diagnostik dijalankan.

2.2Analisis Tinjauan Masalah

Setiap kaedah tinjauan masalah yang dijalankan oleh pengkaji telah dianalisis secara terperinci dan sistematik seperti berikut.Berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur pengkaji, murid-murid yang lemah ini tidak berminat untuk belajar matematik. Malah, mereka kerap ponteng sekolah kerana tiada minat untuk belajar. Setiap hari, pasti ada murid yang tidak hadir ke sekolah kerana malas. Purata kehadiran murid tahun 5 Bestari setiap hari dalam seminggu ialah 13 orang daripada 19 orang murid. Sikap malas hadir ke sekolah menyebabkan mereka selalu tercicir dalam proses pdp serta tidak dapat menguasai asas matematik. Selain itu, murid-murid ini juga tiada keyakinan semasa menjawab soalan matematik dengan baik.Tahap kesungguhan mereka untuk belajar juga adalah rendah apabila melihat keadaan mereka menjawab soalan sambil lewa. Perasaan tidak yakin, ragu-ragu dan kurang motivasi untuk belajar begitu jelas melanda murid-murid yang berpencapaian rendah ini. Sebahagian besar murid menjawab soalan di papan hitam dengan salah kerana mereka tidak menguasai konsep penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang (Lampiran A). Mereka tidak boleh menukar unit menggunakan operasi mendarab dan membahagi nombor dengan 1000. Murid juga tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan untuk melakukan kemahiran penukaran unit tersebut. Kesimpulannya, penguasaan murid dalam konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer berada pada tahap yang lemah.Setelah menyemak jawapan di dalam buku latihan murid, pengkaji mendapati murid-murid cenderung melakukan kesilapan semasa membuat penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang. Kesilapan yang dilakukan oleh murid berpunca daripada kecuaian serta menggunakan kaedah yang tidak betul. Pengkaji mendapati ada murid yang melakukan kecuaian kerana tidak membahagi nombor bulat tersebut kepada seribu seratus bagi menukar unit meter kepada kilometer. Sebaliknya murid hanya melakukan operasi bahagi dengan seratus sahaja. Hal ini kerana murid keliru dengan penukaran unit sentimeter kepada meter yang memerlukan operasi bahagi dengan seratus.Di samping itu, melalui analisis buku latihan murid pengkaji juga berjaya mengesan terdapat murid juga tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan atau kiri dengan betul. Terdapat segelintir murid hanya menggerakkan titik perpuluhan kepada dua tempat sahaja. Justeru, jawapan yang diberikan oleh murid adalah salah. Ini kerana, murid mestilah menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan atau ke kiri bagi menjawab soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Hal ini jelas menunjukkan masih ada murid Tahun 5 Bestari yang tidak memahami konsep penukaran unit menggunakan kaedah gerak titik perpuluhan dengan betul khususnya bagi tajuk panjang.Selain itu, tulisan buruk yang ditunjukkan oleh murid dalam buku latihan mencerminkan mereka kurang berminat dan tiada kesungguhan untuk belajar matematik. Kegagalan untuk menyiapkan kerja rumah yang melibatkan soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer jelas menunjukkan mereka tidak berupaya menguasai konsep penukaran unit tersebut dengan baik sekaligus membuatkan mereka tidak tahu cara untuk mendapatkan jawapan yang betul. lantas mereka mengambil jalan mudah untuk duduk bersahaja dan bergoyang kaki di rumah daripada menghabiskan masa untuk menjawab soalan yang diberikan. Sebaik pengkaji meminta mereka menghantar buku latihan, pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka.Berdasarkan kertas jawapan Ujian OTI 1 yang diperiksa oleh pengkaji, nampaknya murid-murid sememangnya tidak menguasai dan memahami konsep penukaran unit di dalam tajuk panjang. Terdapat 3 soalan yang memerlukan murid melakukan operasi penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer di dalam kertas 2 (Lampiran C). Kesemua soalan itu membawa skor markah 4. Hal ini dibuktikan apabila hanya seorang murid sahaja yang berjaya mendapat skor markah 3. Tiada seorang murid yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan rata-rata murid hanya mendapat skor 0-2 sahaja. Apa yang menyedihkan, terdapat juga murid mendapat skor 0.

Jadual 1: Kekerapan Skor di dalam Ujian OTI 1

SKORKEKERAPAN

40

30

25

19

05

JUMLAH 19

Jadual 1 menunjukkan terdapat 5 orang murid mendapat skor 2, 9 orang murid mendapat skor 1 dan terdapat 5 orang murid menjawab semua soalan tersebut dengan salah. Hampir 74% (14 orang murid) yang mendapat skor 1-2 dan lebih kurang 26% (5 orang murid) yang mendapat skor 0. Kelima-lima orang murid yang mendapat skor 0 merupakan murid yang lemah pencapaiannya terutama bagi mata pelajaran matematik.Keputusan yang ditunjukkan dalam ujian diagnostik cukup untuk membuktikan bahawa sebilangan besar daripada murid-murid Tahun 5 Bestari mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Jelas kelihatan mereka tidak memahami konsep penukaran unit bagi tajuk panjang dengan mantap.Berdasarkan semakan ujian tersebut, pengkaji mendapati semua murid tidak mendapat markah penuh. Berikut merupakan skor Ujian Diagnostik yang diperoleh murid-murid Tahun 5 Bestari.

Jadual 2:Skor Ujian Diagnostik

Bilangan MuridMarkah

4100 %

090 %

280 %

070 %

160 %

250 %

340 %

230 %

220 %

110 %

20 %

JUMLAH : 19

Berdasarkan jadual 2, pengkaji merumuskan bahawa 10 orang murid Tahun 5 Bestari telah mendapat skor 0-40 %. Ini menunjukkan murid kurang memahami konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan baik. Namun begitu, murid yang mendapat markah 30-40 % boleh dikategorikan sebagai sederhana lemah sahaja dan boleh memahami konsep penukaran unit tersebut dengan baik apabila banyak membuat latihan berkaitan penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang. Pengkaji juga telah mengkategorikan murid yang mendapat markah 0-20 % adalah agak lemah dan gagal untuk memahami konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Murid tersebut perlu diberi bimbingan dan bantuan yang sewajarnya bagi memahami konsep penukaran unit dengan betul. Berdasarkan jadual 2, terdapat dua orang murid yang mendapat markah 0 %, seorang murid mendapat markah 10 % dan dua orang murid mendapat skor 20 %. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih seramai lima orang murid tersebut untuk dijadikan sebagai peserta kajian.

3.0OBJEKTIF KAJIAN

3.1Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menukar unit tajuk Panjang Tahun 5 menggunakan Kaedah Petak 1+33.1.1 Objektif khusus kajian ini adalah supaya dapat:

i. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 Bestari dalam penukaran unit dalam panjang daripada unit kilometer kepada unit meter dan daripada unit meter kepada unit kilometer menggunakan Kaedah Petak 1 + 3.

3.2Persoalan Kajian :

3.2.1 Bagaimanakah kaedah Petak 1 + 3 dapat membantu murid Tahun 5 Bestari meningkatkan kemahiran penukaran unit dalam panjang daripada kilometer kepada meter dan daripada meter kepada kilometer ?

3.3Kepentingan Kajian :

Kajian ini bertujuan membantu dalam member sumbangan kepada komuniti setempat sama ada kepada murid, guru mahupun sekolah.Penggunaan Kaedah 1+3 dapat membantu murid-murid 5 Bestari untuk meningkatkan kemahiran menukar unit panjang daripada kilometer kepada meter dan daripada meter kepada kilometer. Kaedah ini dapat memudahkan murid untuk melakukan kemahiran penukaran unit kerana ia senang untuk digunakan. Justeru, Murid dapat melakukan penukaran unit dalam panjang daripada kilometer kepada meter dan daripada kilometer kepada meter dengan betul. Selain itu, penggunaan Kaedah 1+3 membina kefahaman serta memberi ingatan jangka panjang kepada murid untuk melakukan kemahiran penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang. Penggunaan Kaedah 1+3 juga dapat menarik minat mereka untuk belajar. Hal ini dapat memotivasikan murid untuk terus belajar bersungguh-sungguh kerana dengan adanya kemahuan dan kesungguhan dalam diri mereka, mereka pasti akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang selain meningkatkan minat mereka untuk terus belajar subjek matematik yang sering dianggap sukar oleh murid. Kajian ini turut memberi manfaat kepada guru kerana Kaedah 1+3 dapat dijadikan sebagai satu alternatif bagi mengganttikan kaedah menggerakkan titik perpuluhan. Malah, guru juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. Hal ini dapat menarik minat murid untuk belajar kerana mereka mempelajari sesuatu yang baru. Pengkaji juga berharap teknik yang akan pengkaji gunakan ini akan memberikan manfaat kepada guru sekolah ini dalam membantu murid menyelesaikan masalah penukaran unit. Jika semua guru boleh memanfaatkan teknik yang digunakan ini, pengkaji yakin semua murid akan lebih memahami topik ini. Ini kerana teknik ini tidak memerlukan pengiraan yang kompleks. Oleh itu, murid berpencapaian rendah juga sudah pasti dapat memahami teknik ini. Di samping itu, kaedah ini juga memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam mengajar kemahiran penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang. Jika penggunaan Kaedah 1+3 terbukti mampu membantu murid menguasai kemahiran tersebut, maka kaedah tersebut bolehlah dikongsi bersama-sama guru di sekolah lain. Kesimpulannya, kajian ini dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran menjadi lebih baik.Kajian ini turut mempunyai kepentingan kepada pihak sekolah iaitu dari segi mempertingkat kualiti amalan warga sekolah. Proses penambahbaikan akan dilakukan secara berterusan agar dapat melahirkan murid yang berpencapaian tinggi dalam matapelajaran Matematik. Selain itu, pengkaji juga berharap agar teknik ini akan dapat memanfaatkan sekolah dari segi pencapaian murid. Jika dilihat pencapaian sekolah sebelum ini, murid kelas belakang sering memberikan masalah dari segi prestasi. Oleh itu, dengan pengapliksian teknik ini kepada semua murid, diharapkan agar akan ada perubahan dari segi prestasi murid sekaligus memperbaiki prestasi sekolah untuk lebih berdaya saing dengan sekolah lain.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau, Dungun yang melibatkan lima orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kelima-lima orang murid tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Semua murid ini dipilih berdasarkan ujian OTI dan ujian diagnostik yang dijalankan di dalam kelas mereka. Berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 yang telah disemak oleh pengkaji kelima-lima orang murid ini hanya mendapat skor 0-2 markah sahaja. Murid ini juga hanya mendapat markah 0-20 % dalam Ujian Operation Target Increment (OTI 1). Selain itu, mereka ini juga banyak melakukan kesilapan semasa menjawab lembaran kerja yang diberi setelah selesai proses pdp tajuk penukaran unit panjang.Bagi kajian ini, pengkaji akan lebih tertumpu untuk memberi bimbingan terhadap lima orang murid tersebut kerana berdasarkan keputusan pencapaian Ujian OTI 1 dan Ujian Diagnostik mereka, pengkaji mendapati bahawa murid ini agak lemah dan perlu dibantu untuk memahami konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Dengan ini, pengkaji dapat menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Petak 1+3 apabila Ujian Pasca dilaksanakan. Keseluruhan peserta kajian bagi kajian ini berbangsa Melayu dan beragama Islam. Peserta kajian ini juga merupakan anak peneroka di Felda Jerangau ini. Setelah dianalisis latar belakang murid yang dipilih, rata-rata mereka berasal daripada keluarga dalam golongan sederhana dan miskin iaitu berpendapatan RM 1500 sebulan. Walaubagaimanapun, kesemua peserta kajian adalah sihat dari segi mental dan fizikal. Peserta kajian mempunyai purata markah D dan E iaitu berstatus gagal dalam matapelajaran Matematik dan mempunyai pemahaman yang rendah bagi penukaran unit topik pengukuran Panjang.5.0CADANGAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Bagi menguatkan lagi kajian ini, Model Kemmis dan Mctaggart (1988) telah dipilih. Model ini mempunyai 4 tahap atau proses yang perlu dilakukan iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Keempat-empat langkah ini membentuk satu gelungan atau aliran yang berulang dan diulang berkali-kali sehingga masalah yang timbul dalam kalangan Peserta Kajian terbabit dapat diselesaikan dengan jayanya. Rajah 3 dibawah menunjukkan bagaimana model Stephen Kemmis dan McTaggart berfungsi bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh peserta kajian.

Rajah 3 : Lingkaran Penyelidikan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses kajian tindakan ini bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas masalah pembelajaran yang ingin diatasi. Kemudian pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai untuk untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan, pengkaji harus memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Kitaran Pertama. Jika masalah tidak dapat diatasi, pengkaji bolehlah memulakan Kitaran Kedua.

5.1.1Mereflek

Berpandukan model Kemmis dan Mctaggart, pengkaji telah membuat satu refleksi tentang apa yang hendak dikaji. Kajian dimulakan dengan menganalisis buku latihan dan lembaran kerja murid murid Tahun 5 Bestari dalam topik penukaran unit ukuran panjang. Setelah dianalisis, pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak masalah yang dapat dilihat dari masalah yang kecil seperti kecuaian sehinggalah masalah pemahaman konsep. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah merancang satu pelan tindakan dalam menjalankan kajian ini. Tujuan pelan tindakan ini dibina adalah untuk mencari maklumat dan data untuk dianalisis. Berdasarkan analisis, 5 orang murid Tahun 5 Bestari telah dikenal pasti mempunyai masalah dalam menyelesaikan soalan penukaran unit ukuran panjang.

5.1.2Merancang

Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses Kesemua sampel diperkenalkan dengan satu kaedah baru bagi menyelesaikan masalah penukaran unit ukuran panjang. Teknik tersebut dikenali sebagai Kaedah Petak 1+3. Teknik ini memerlukan sebuah kotak yang hanya akan dibuat murid dan ianya sangat ringkas. Teknik ini diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu murid menyelesaikan masalah penukaran unit ukuran panjang.

5.1.3Melaksana

Selepas itu, Kaedah Petak 1+3 ini akan diperkenalkan kepada kelima-lima peserta kajian untuk diuji akan keberkesanannya. Sesi pemerhatian dapat dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah melaksanakan sesi intervensi sebanyak empat kali bagi menguji keberkesanan Kaedah Petak 1+3 tersebut. Pengkaji akan membuat pemerhatian ke atas perbezaan terhadap perubahan tingkah laku sampel sebelum dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Ujian pra dan ujian pasca turut dijalankan bagi membanding beza hasil jawapan dan keputusan markah murid sebelum dan selepas kaedah ini diterapkan. Keputusan markah tersebut akan dianalisis bersama sama hasil jawapan murid bagi mengenalpasti akan keberkesanan kajian ini. Temu bual dan soal selidik turut akan dijalankan ke atas murid bagi mengenalpasti akan keberkesanan kaedah ini dan juga bagi mendapatkan pandangan murid ke atas kajian yang dijalankan. 5.1.4Pemerhatian

Akhir sekali, satu refleksi akan dibuat bagi mengenalpasti akan keberkesanan kajian ini. Pengkaji akan membuat penilaian ke atas kajian ini sama ada ianya releven dan sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masalah penyelesaian soalan penolakan nombor bercampur atau tidak. Pengkaji juga akan memastikan sama ada kaedah yang diperkenalkan ini memerlukan sedikit pengubahsuaian atau tidak bagi memastikan hasil kajian benar benar berkesan. Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang telah dibuat berdasarkan data, pengkaji mungkin akan menyusun semula strategi dan kaedah yang digunakan jika perlu. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan semula tindakan, pemerhatian dan refleksi berdasarkan pelan tindakan yang telah diubahsuai.

5.2Prosedur Mengumpul Data

Kajian tindakan memerlukan asas emperikal yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Di dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah merancang pelbagai kaedah pengumpulan data melalui triangulasi seperti temubual, analisi dokumen dan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pos). Setelah pemilihan sampel dilakukan, maka kesemua sampel menjalani ujian pra diikuti temubual awal, sesi rawatan sebanyak empat kali, ujian pasca dan temubual akhir.

5.2.1Temu bual

Temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara pengkaji dan peserta kajian. Temubual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan mendapatkan maklumat daripada peserta kajian secara mendalam. Teknik temubual yang digunakan pengkaji ialah temubual secara berstruktur (Lampiran E dan Lampiran F). Ciri-cirinya ialah soalan yang disediakan terlebih dahulu dan temubual dilaksanakan secara formal. Di dalam kajian tindakan ini, pengkaji menjalankan sesi temubual sebanyak dua kali iaitu temu bual awal dan temu bual akhir. Kesemua lima orang peserta kajian yang telah dipilih akan ditemubual bagi mencungkil maklumat berkaitan masalah yang dihadapi mereka dalam sesi pdp matematik.

5.2.2Analisis Dokumen

Salah satu cara kutipan data bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data bagi menjawab pesoalan kajian adalah melalui analisis dokumen. Antara dokumen yang dianalisis ialah set lembaran kerja (Lampiran G, Lampiran H, Lampiran I dan Lampiran J ) yang dijawab oleh murid. Instrumen ini bertujuan menyokong dapatan kajian di mana maklumat yang terkandung dalam dokumen berkenaaan adalah relevan kepada masalah yang dikaji. Sebarang bentuk dokumen digunakan akan dianalisis untuk mendapatkan satu data yang tepat. Berdasarkan cara pengumpulan data ini juga, sebarang bentuk kesilapan yang dilakukan oleh murid akan dianalisis bagi mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Contoh dokumen lain yang digunakan boleh digunakan oleh pengkaji ialah seperti Ujian OTI 1, Ujian Diagnostik serta rekod pencapaian murid.

5.2.3Ujian

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Menurut Najib (1999), ujian dibahagikan kepada jenis tertentu berdasarkan waktu ia ditadbirkan. Kebiasaannya, di dalam penyelidikkan ujian yang selalu digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca. Justeru, pengkaji telah merancang untuk mengumpulkan data melalui ujian pra dan ujian pasca (Lampiran K dan Lampiran L). Tujuan ujian pra dijalankan ialah untuk mengukur pencapaian murid tentang sesuatu penguasaan sebelum tindakan sesi rawatan dijalankan manakala ujian pasca bertujuan untuk menilai pencapaian murid menggunakan kaedah yang telah diajar semasa sesi rawatan. Soalan-soalan di dalam kedua-dua ujian ini juga telah disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau iaitu Pn. Nordiaanah Binti Othman.Terdapat 10 soalan yang disediakan di dalam ujian pra dan ujian pasca. Kesemua 19 orang murid Tahun 5 Bestari diwajibkan menjawab kedua-dua ujian ini dan masa yang diperuntukkan bagi setiap ujian tersebut ialah 30 minit. Pentadbiran ujian pra dan ujian pasca dilakukan dalam kelas 5 Bestari mengikut peraturan dan protokol yang telah ditetapkan. Bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian ini, pengkaji telah menyediakan soalan berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Tambahan pula, soalan ujian pra dan ujian pasca telah disemak dan disahkan oleh ketua panitia matematik sekolah. Penggunaan instrumen ujian dalam kajian tindakan ini membolehkan pengkaji untuk mencapai objektif kajian yang pertama iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3.

5.3 Perancangan Menganalisis Data

Data telah dikumpul menggunakan instrumen seperti ujian pra, ujia pasca, analisis dokumen, temu bual awal dan temu bual akhir. Bahagian ini menceritakan tentang data yang telah dikumpul seterusnya dianalisis dan diinterpretasi mengikut objektif dan soalan kajian. Cara menganalisis data kajian ini dijalankan secara kualitatif. Penganalisisan data secara kualitatif melibatkan hasil analisis dokumen dan sesi temu bual. Manakala penganalisisan data secara deskriptif adalah melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kesemua data ini akan dianalisis berdasarkan objektif kajian untuk menjawab persoalan kajian yang dinyatakan. Penganalisisan data ini dijalankan mengikut Peserta Kajian.

5.3.1Temu bual

Temubual yang dijalankan akan memudahkan pengkaji mengenalpasti tema bagi setiap langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan tingkahlaku setiap peserta kajian. Bentuk naratif akan digunakan dalam mentranskripsikan dan mempersembahkan data hasil temubual ini. Melalui cara ini, maklumat yang diperoleh dapat dianalisa dengan khusus.

5.3.2Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang dibuat oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini adalah melalui semakan cara kerja murid-murid semasa menyelesaikan soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Semakan cara kerja boleh dilakukan ke atas buku latihan murid dan empat set lembaran kerja yang diberikan semasa sesi intervensi dijalankan. Tujuan analisis dokumen adalah untuk mengenalpasti isu atau masalah masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan penukaran unit ilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.Data yang diperolehi melalui analisis dokumen ini direkod dan kemudiannya dianlisis bagi mengetahui jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid. Penggunaan instrumen analisis dokumen ini amat penting kepada pengkaji untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu mengenapasti pola kesilapan murid Tahun 5 Bestari dalam menyelesaikan soalan penukaran unit dalam panjang daripada kilometer kepada meter dan daripada meter kepada kilometer.5.3.3Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dan Ujian Pasca akan disemak bagi membolehkan pengkaji mengenalpasti jenis kesilapan yang dilakukan. Secara tidak langsung, pengkaji dapat menilai pemahaman murid. Skor yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca akan dibuat perbandingan bagi mengenalpasti tahap penguasaan peserta kajian secara keseluruhannya.Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, peratus skor akan diguna untuk mengira markah ujian tersebut. Pengkaji dapat membanding beza pencapaian peserta kajian dengan adanya peratus skor. Peratus skor ini membolehkan pengkaji menentukan gred pencapaian ujian mereka. Ini bertujuan untuk mengesan sama ada objektif tercapai atau tidak.

5.4 Perancangan Pelaksaana Tindakan

Kajian ini dilaksanakan sepanjang semester lapan Program Pengsiswazahan Guru (PPG) kohort pertama bermula 1 Januari 2015 hingga 30 Jun 2015 di Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau, Dungun. Sepanjang kajian, pengkaji akan mengadakan empat Sesi Intervensi kepada murid. Setiap perlaksanaa sesi intervensi tersebut mengambil masa selama 30 minit. Perincian perlaksanaan sesi intervensi adalah seperti berikut.

Sesi Intervensi 1

Pada peringkat permulaan, pengkaji hanya memperkenalkan Petak 1+3 kepada peserta kajian memandangkan mereka baru pertama kali dipanggil mengikuti kelas bimbingan tersebut. Pengkaji telah melukiskan Petak 1+3 yang besar pada kad manila supaya peserta kajian dapat melihatnya dengan jelas. Selepas itu, pengkaji telah membimbing peserta kajian untuk melukis Petak 1+3 di papan hitam. Peserta kajian diminta meniru lukisan pengkaji di dalam kertas masing-masing. Seterusnya, pengkaji telah mengemukakan satu soalan penukaran unit kilometer kepada meter kepada murid untuk mengajar mereka cara penggunaan kaedah Petak1 + 3 tersebut. Pengkaji telah memberi beberapa soalan lain yang melibatkan penukaran unit kilometer kepada meter untuk membiasakan mereka menggunakan kaedah Petak 1+3 tersebut. Peserta kajian telah diberi peluang untuk menyelesaikan soalan tersebut. Seterusnya, Peserta Kajian diberi sehelai lembaran kerja (Lampiran G) yang melibatkan soalan penukaran unit kilometer kepada meter dimana semua soalan telah disediakan dengan Petak 1+3. Sesi intervensi pertama telah ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.Jadual 3 Perlaksanaan Intervensi 1SESI RAWATAN 1

Tarikh: 12 Februari 2015Masa: 8.45 9.45 PagiTempat: Bilik Pemulihan

Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter.2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada meter menggunakan Kaedah Petak 1+3.Aktiviti : 1. Guru memaparkan Petak 1+3 yang telah dilukis pada kad manila kepada murid.2. Guru memperkenalkan kaedah Petak 1+3 kepada murid.3. Guru menunjuk cara untuk membina Petak 1+3 di papan hitam. km m

4. Murid diminta untuk membina Petak 1+3 di atas papan putih yang diberi dengan meniru lukisan guru.5. Guru menulis soalan 1.55 km = _______m di papan hitam dan murid menyalin soalan tersebut pada kertas masing- masing.6. Guru menunjukkan cara untuk menjawab soalan tersebut menggunakan Petak 1+3 memindahkan nombor pada petak kilometer terlebih dahulu sebelum petak meter dan meminta murid mengisi petak yang tidak diwakili nombor dengan sifar. 1 . 5 5 km km meter 1 x 5 5 0

Tuliskan 0 di dalam petak yang tidak diwakili nombor 7. Guru meminta murid menanda betul ( x ) pada petak bawah titik perpuluhan untuk menunjukkan bahawa murid tidak perlu menulis titik perpuluhan sekiranya penukaran unit penjang kilometer kepada meter.7. Guru menyetakan bahawa 1.55 kilometer adalah bersamaan 1550 meter.8. Guru memberi beberapa contoh soalan lain di papan hitam danmeminta murid menyelesaikanya pada Petak 1+3 yang dibekalkan . i. 2.1 km = _______ mii. 6.75 km = _______ miii. 3.425 km = _______ miv. 2.756 km = _______ m9. Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi bantuan kepada murid yang bermasalah.

Sesi Intervensi 2

Sesi intervensi kedua adalah lebih kepada mengulangi sesi intervensi pertama cuma pada kali ini pengajaran hanya melibatkan penukaran unit meter kepada kilometer. Pengkaji juga telah menyediakan satu lembaran kerja (Lampiran H) yang melibatkan penukaran unit meter kepada kilometer bagi menilai keberkesanan sesi intervensi kedua ini. Semua soalan ini telah disediakan Petak 1+3 dan murid hanya perlu memindahkan nombor sahaja ke dalam petak tersebut. Sesi intervensi kedua telah ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.Jadual 4 Perlaksanaan Intervensi 2SESI RAWATAN 2

Tarikh: 20 Januari 2015Masa: 10.45 11.45 PagiTempat: Kelas 5 BestariHasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter.2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada meter menggunakan Kaedah Petak 1+3.Aktiviti : 1. Guru memaparkan Petak 1+3 yang telah dilukis pada kad manila kepada murid.2. Guru memperkenalkan kaedah Petak 1+3 kepada murid.3. Guru menunjuk cara untuk membina Petak 1+3 di papan hitam. km meter

Petak 1+3 4. Murid diminta untuk membina Petak 1+3 di atas papan putih yang diberi dengan meniru lukisan guru.5. Guru menulis soalan 475 m = ______ km di papan hitam dan murid menyalin soalan tersebut pada kertas masing- masing.6. Guru menunjukkan cara untuk menjawab soalan tersebut menggunakan Petak 1+3 menulis nombor pada petak meter terlebih dahulu (dari belakang) sebelum petak kilometer dan meminta murid mengisi petak yang tidak diwakili nombor dengan sifar. 4 7 5 meter km m 0 / 4 7 5 Tuliskan 0 di dalam petak yang tidak diwakili nombor 7. Guru meminta murid menanda betul ( / ) pada petak bawah titik perpuluhan untuk menunjukkan bahawa murid perlu menulis titik perpuluhan sekiranya penukaran unit penjang meter kepada kilometer8. Guru menyatakan bahawa 475 meter adalah bersamaan dengan 0.475 kilometer.9. Guru memberi beberapa contoh soalan lain di papan hitam dan meminta murid menyelesaikanya pada Petak1+3 yang dibekalkan . i. 2455 m = _______ kmii. 1275 m = _______ kmiii. 5555 m = _______ kmvi. 1245 m = _______ km 10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan meminta mereka menyelesaikannya. 11.Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi bantuan kepada murid yang bermasalah.

Sesi Intervensi 3Setelah peserta kajian diperkenalkan cara penggunaan atau prosedur bagi menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3, pengkaji telah menyediakan satu lembaran kerja untuk mengetahui pemahaman murid mengenai tajuk yang dikaji. Peserta kajian perlu mengingat kembali pembelajaran yang lepas, cuma pada kali ini mereka menggunakan petak yang lebih kecil dalam bentuk lembaran kerja. Sesi intervensi ketiga lebih kepada mengetahui pemahamam murid tentang tajuk yang dikaji menggunakan lembaran kerja tetapi hanya soalan satu sahaja yang disediakan Petak 1+3 untuk rujukan peserta kajian manakala soalan lain memerlukan mereka membina sendiri petak tersebut. Ini adalah untuk mengukuhkan lagi pemahamam peserta kajian dalam menggunakan Kaedah Petak 1+3 dengan betul. Sesi intervensi ketiga telah ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.Jadual 5 Perlaksanaan Intervensi 3SESI RAWATAN 3

Tarikh: 21 Januari 2015Masa: 10.45 11.15 PagiTempat: Kelas 5 BestariHasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3.

Aktiviti : 1. Guru memberi sehelai lembaran kerja terdiri daripada 8 soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dimana soalan satu telah disediakan Petak 1+3.2. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja (Lampiran I) tersebut menggunakan Kaedah Petak 1+3.3. Guru meminta murid membina sendiri Petak 1+3 untuk menjawab soalan 2 hingga 8.4. Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi bantuan kepada murid yang mempunyai masalah.5. Guru memungut hasil kerja murid untuk disemak.

Sesi Intervensi 4Sesi pengajaran seterusnya ialah pengkaji hanya memberikan soalan dan peserta kajian perlu melukis sendiri Petak 1+3 tersebut tanpa rujukan. Justeru, peserta mestilah betul-betul mengingati bagaimanakah bentuk Petak 1 +3 tersebut. Daripada dapatan tersebut, pengkaji boleh menilai keberkesanan kaedah Petak 1+3 hasil ciptaannya samaada membantu atau tidak murid yang lemah dalam kemahiran penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer . Sesi intervensi keempat telah ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 6 Perlaksanaan Intervensi 4

SESI RAWATAN 4

Tarikh: 22 Januari 2015Masa: 10.45 11.15 PagiTempat: Kelas 5 BestariHasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3.

Aktiviti : 1.Guru menulis 5 soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer di papan hitam.3. Murid menjawab soalan tersebut menggunakan kaedah Petak 1+3 di dalam buku latihan mereka.4. Murid perlu melukis sendiri Petak 1+3, seterusnya menyelesaikan soalan penukaran unit panjang yang diberi.5. Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi bantuan kepada murid yang mempunyai masalah.6. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lampiran J) kepada murid dan meminta mereka menjawab soalan tersebut dalam masa 20 minit.7. Guru memungut hasil kerja murid untuk disemak.

5.4.1Perlaksanaan Tindakan

Jadual di bawah menunjukkan perancangan perlaksanaan tindakan bagi meningkat kemahiran penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan menggunakan kaedah Petak 1+3.

Jadual 7Jadual Perlaksanaan Kajian TindakanBIL.AKTIVITITARIKHPERLAKSANAAN

1.Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid30 Jun 2014

2.Menganalisa keputusan Ujian OTI 1 murid Tahun 5 Bestari6 Julai 2014

3.Mengenalpasti masalah murid berkaitan penukaran unit kilometer dan meter dan meter kepada kilometer15 Julai 2014

4.Melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (pdp) Tahun 5 Bestari.21 Julai 2014

5.Menjalankan Ujian Diagnostik kepada murid Tahun 5 Bestari5 Ogos 2014

6.Menganalisa Ujian Diagnostik8 Ogos 2014

7.Mencipta kaedah Petak 1+3 dan cara penggunaannya15 Ogos 2014

8.Melakukan Ujian Pra kepada peserta kajian8 Januari 2015

9Menjalankan temubual berstruktur terhadap peserta kajian12 Januari 2015

10.Menjalankan Sesi Intervensi 119 Januari 2015

11.Menjalankan Sesi Intervensi 220 Januari 2015

BIL.AKTIVITITARIKHPERLAKSANAAN

12.Menjalankan Sesi Intervensi 321 Januari 2015

13.Menjalankan Sesi Intervensi 422 Januari 2015

14.Melaksanakan Ujian Pos26 Januari 2015

15.Menjalankan temubual berstruktur terhadap peserta kajian28 Januari 2015

16.Menghantar Kertas Cadangan Kajian Tindakan

5.4.1 Anggaran Kos Perbelanjaan

Pengkaji juga telah menyenaraikan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan dalam melaksanakan kajian yang dirancang. Anggaran perbelanjaan seperti jadual 8 dibawah.Jadual 8Anggaran Perbelanjaan BILBAHANUNITHARGA SEUNITJUMLAH

1Fotostat Soalan Ujian Diagnostik20 setRM 1.00RM 20.00

2Fotostat Soalan Ujian Pra6 SetRM 1.00RM 6.00

3Fotostat Soalan Ujian Pasca6 SetRM 1.00RM 6.00

4Kad Manila4 KepingRM 0.50RM 2.00

5Marker Pen3 BatangRM 2.00RM 6.00

6Set Alat Tulis5 SetRM 2.00RM 10.00

7Kos SampinganRM 10.00RM 10.00

JUMLAHRM 60.00

SENARAI RUJUKAN

Azizah Mohaman & Shaharom Noordin. (1999). Tahap penguasaan kemahiran saintifik pelajar tingkatan empat daerah kulai. Buletin Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor. 9(1) ; 28-36 Ee Ah Meng.(1997). Amalan Dalam Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Syarikat Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hapsah Munjiat (2012). Bincangkan Lima Kesukaran Yang Berpunca Daripada Miskonsepsi Yang Biasa Dihadapi Oleh Murid-Murid Dalam Mempelajari Tajuk- Tajuk Tertentu Bagi Bidang Asas Ukuran. Diakses pada 25 Jun 2014 dari http://rmmict.files.wordpress.com/2012/04/tugasan-3.pdf

Hafiz Idrus (2013). Meningkatkan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Dengan Menggunakan Congkak ConverterBagi murid Yang Berpencapaian Rendah. Diakses pada 25 Jun 2014 dari http://mylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/378/377Kamus Dewan Edisi Baru (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Kemmis,S. & Mc taggart, R. (1988), The Action Research Planner, Geolong, Victoria.Leonard M.S et al (1996). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. KPR 5063

Mohd Izzuddin Makhtar (2013). Teknik BaDap Membantu Mutid Menyelesaikan Soalan Yang Melibatkan Proses Penukaran Unit Panjang. Diakses pada 25 Jun 2014 darimylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/409

Mohd Zaqwan Danial Zahir Rudin (2013). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5 Dalam Topik Penukaran Unit Panjang. Diakses pada 25 Jun 2014 darimylib.cakna.net/index.php/staf/article/viewFile/.../407Nik Azis Nik Pa (1992). Dlm. Tengku Zawawi Tengku Zainal. (n.d). Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Diakses pada 10 Mac 2013 dari http://www.akademikpahang.edu.my/v3/phocadownload/userupload/Kefahaman%20Konsep%20dalam%20Matematik.pdf Nur Atiqah Mamat (2013). Penggunaan Kaedah Palang 5+2 Bagi Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menukar Unit Daripada Kilometer Kepada Meter Dan Sebaliknya Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Taqwa. Diakses pada 25 Jun 2014 darimylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/384Yazid Abdul Manap (2001). Memartabatkan Profesion keguruan Tanggungjawab Bersama dalan bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15-33.

LAMPIRAN A

Pemerhatian tidak berstruktur oleh pengkaji terhadap penyelesaian murid-murid menjawab soalan penukaran unit kilometer kepada meter LAMPIRAN B

Analisis dokumen melalui semakan buku latihan matematik murid

LAMPIRAN CAnalisis Ujian OTI LAMPIRAN D

UJIAN DIAGNOSTIKMATEMATIK

30 MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU

UJIAN DIAGNOSTIKTAHUN 52014

TOPIK : UKURAN PANJANGKEMAHIRAN : PENUKARAN UNIT KILOMTER KEPADA METER DAN METER KEPADA KILOMETER

NAMA: ______________________________________________________

KELAS: _____________________________

MATEMATIK

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan.2. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.3. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruangan yang disediakan.

1. 3 km = __________ m

2. 7000 m = ___________ km

3. 2 km 200 m = ___________ m

4. 5.2 km = _____ km ______ m

5. 6.752 km = ____________ m

6. 2976 m = ___________ km

7. 9003 m = _______ km _______ m

8. 670 m = _________ km

9. 8 km 9 m = ___________ m

10. 1010 m = ___________ km

LAMPIRAN ETRANSKRIP TEMU BUAL (PK01-TB01)SELEPAS UJIAN PRA

NAMA PESERTA KAJIAN:____________________________________________TARIKH: ____________________________________________TEMPAT: ____________________________________________

BIL.TEMU BUALCATATAN

1.P : Bolehkah cikgu berbual dengan awak sebentar?

2.PK :

3.P : Cikgu nak tanya ni. Boleh awak jawab dengan jujur?

4.PK :

5.P : Tadi awak dah jawab soalan yang cikgubagi, senang ke susah?

6.PK :

7.P : Apa yang awak faham tentang Penukaran Unit?

8.PK :

9.P : Awak tahu bagaimana cara untuk menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer?

10.PK :

11.P : Cuba semak soalan ini. Mengapa awak salah pada soalan ini?

12.PK :

13.P : Soalan ini pun sama. Mengapa awak salah pada soalan ini?

14.PK :

15.P : baiklah, kalau begitu, awak perlu mendapatkan bimbingan daripada cikgu. Nak tak cikgu tolong awak supaya menguasai kemahiran penukaran unit.

16.PK :

17.P : Terima Kasih

18.PK :

LAMPIRAN FTRANSKRIP TEMU BUAL (PK01-TB01)SELEPAS UJIAN POS

NAMA PESERTA KAJIAN:____________________________________________TARIKH: ____________________________________________TEMPAT: ____________________________________________

BIL.TEMU BUALCATATAN

1.P : Bolehkah cikgu berbual dengan awak sebentar?

2.PK :

3.P : Cikgu nak tanya ni. Boleh awak jawab dengan jujur?

4.PK :

5.P : Tadi awak dah jawab soalan yang cikgubagi, senang ke susah?

6.PK :

7.P : Oh ye keMengapa awak kata senang?

8.PK :

9.P : oh.Ini bermakna awak dapat menguasai kemahiran menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer lahada peningkatan yang tinggi pada diri awakCikgu bangga dengan awak.

10.PK :

11.P : kalau begitu, tahniah kepada awak. Semoga awak menjadi murid yang lebih cemerlang.banyakkan buat latihan dan elakkan sebarang kecuaian.

12.PK :

13.P : Sama-sama.

LAMPIRAN GNAMA : _____________________________ TAHUN : _______________LEMBARAN KERJA1. 5 km = _____________ mkm m

2. 3.570 km = _____________ mkm m

3. 4.2 km = _____________ mkm m

4. 2.27 km = _____________ mkm m

5. 1.01 km = _____________ mkm m

6. 7.125 km = ____________ mkm m

7. 3.025 km = ___________ mkm m

8. 5.705 km = ___________ mkm m

9. 7.5 km = ___________ mkm m

10. 5.525 km = ___________ mkm m

LAMPIRAN HNAMA : _____________________________ TAHUN : _______________LEMBARAN KERJA1. 7000 m = _____________ kmkm m

2. 5705 m = _____________ kmkm m

3. 4222 m = _____________ kmkm m

4. 2275 m = _____________ kmkm m

5. 2827 m = _____________ kmkm m

6. 1296 m = ____________ kmkm m

7. 5245 m = _____________ kmkm m

8. 5734 m = ___________ kmkm m

9. 7589 m = ___________ kmkm m

10. 3376 m = ___________ kmkm m

LAMPIRAN INAMA : _____________________________ TAHUN : _______________LEMBARAN KERJA1. 3.3 km = _____________ mkm m

2. 1.25 km = _____________ m

3. 4.212 km = _____________ m

4. 7.75 km = _____________ m

5. 780 m = _____________ km

6. 8225 m = ____________ km

7. 2125 m = ____________ km

8. 7525 m = ____________ km

LAMPIRAN JNAMA : _____________________________ TAHUN : _______________LEMBARAN KERJA1. 8 km = _____________ m

2. 1.255 km = _____________ m

3. 2.25 km = _____________ m

4. 6.1 km = _____________ m

5. 2.942 km = _____________ m

6. 2000 m = ____________ km

7. 6060 m = ___________ km

8. 325 m = ___________ km

9. 825 m = ___________ km

10. 5505 m = ___________ km

LAMPIRAN K

UJIAN PRAMATEMATIK

30 MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU

UJIAN PRATAHUN 52014

TOPIK : UKURAN PANJANGKEMAHIRAN : PENUKARAN UNIT KILOMTER KEPADA METER DAN METER KEPADA KILOMETER

NAMA: ______________________________________________________

KELAS: _____________________________

MATEMATIK

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

4. Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan.5. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.6. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruangan yang disediakan.

1. 5000 m = __________ km

2. 9 km = ___________ m

3. 2 200 m = ___________ km

4. 3.7 km = _______m

5. 6.752 km = ____________ m

6. 2976 m = ___________ km

7. 3900 m = _________ km

8. 6.75 km = ________m

9. 4.6 km = ___________ m

10. 2020 m = ___________ km

11. 230 m = __________ km

12. 3.5 km = __________ m

LAMPIRAN L

UJIAN PASCAMATEMATIK

30 MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU

UJIAN PASCATAHUN 52014

TOPIK : UKURAN PANJANGKEMAHIRAN : PENUKARAN UNIT KILOMTER KEPADA METER DAN METER KEPADA KILOMETER

NAMA: ______________________________________________________

KELAS: _____________________________

MATEMATIK

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

7. Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan.8. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.9. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruangan yang disediakan.

1. 7000 m = __________ km

2. 7 km = ___________ m

3. 4600 m = ___________ km

4. 2.8 km = _______m

5. 6.752 km = ____________ m

6. 2976 m = ___________ km

7. 7200 m = _________ km

8. 7.63 km = ________m

9. 2.8 km = ___________ m

10. 6060 m = ___________ km

11. 980 m = __________ km

12. 6.5 km = __________ m

41