penyata minggu 1

3
PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 3 2015 (SEMASA PRAKTIKUM) MINGGU 1 Pada 2 Februari 2015, saya dan pasangan praktikum saya Abang Muhammad Fathur Rahman telah melapor diri di Sekolah Kebangsaan Talang untuk menjalani praktikum selama biga bulan. Program ini adalah satu pengalaman yang amat penting iaitu membuat tugasan di luar kampus selama tiga bulan dan merupakan praktikum kali ketiga. Terlebih dahulu, saya telah merancang tugasan yang hendak dilakukan semasa berada di sekolah. Setibanya saya di sekolah, perkara pertama yang saya lakukan adalah berjumpa dengan guru besar SK Talang untuk melapor diri dengan beliau. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya iaitu berdialog secara formal dengan guru besar. Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai guru besar di SK Talang. Selepas itu, saya berjumpa dengan penolong kanan pentadbiran untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang perlu saya lakukan. Saya telah ditaklimatkan mengenai kehadiran di sekolah semasa menjalankan praktikum. Difahamkan masa saya sepanjang menjalankan praktikum adalah sama masa dengan guru lain. Pengalaman ini akan mendidik saya untuk menepati masa. Saya juga telah berjumpa guru pembimbing dan guru-guru lain yang bertugas di sekolah tersebut. Mereka menyambut kedatangan saya dengan baik sekali walaupun terdapat tugas yang perlu diselesaikan. Ada juga guru yang sempat berkongsikan pengalaman mengajar selama beberapa tahun kepada saya. Pada minggu pertama ini, saya mula didedahkan dengan profesion perguruan yang memberi semangat baru dalam diri saya untuk mendidik pada masa akan datang. Saya juga dapat input baru tentang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran. Saya mendapati bahawa, sebelum kita merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, kita perlulah mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam khususunya mengetahui bahawa tahun mana yang menggunakan KSSR yang baru diperkenalkan. Begitu juga dengan memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai serta merancang pengajaran. Penyediaan bahan bantu belajar perlulah

Upload: zoellus-dominic-henry

Post on 11-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PRATIKUM 3

TRANSCRIPT

Page 1: Penyata Minggu 1

PERNYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM 3 2015

(SEMASA PRAKTIKUM)

MINGGU 1

Pada 2 Februari 2015, saya dan pasangan praktikum saya Abang

Muhammad Fathur Rahman telah melapor diri di Sekolah Kebangsaan Talang untuk

menjalani praktikum selama biga bulan. Program ini adalah satu pengalaman yang

amat penting iaitu membuat tugasan di luar kampus selama tiga bulan dan

merupakan praktikum kali ketiga. Terlebih dahulu, saya telah merancang tugasan

yang hendak dilakukan semasa berada di sekolah.

Setibanya saya di sekolah, perkara pertama yang saya lakukan adalah

berjumpa dengan guru besar SK Talang untuk melapor diri dengan beliau. Hal ini

dapat meningkatkan kemahiran komunikasi saya iaitu berdialog secara formal

dengan guru besar. Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai

guru besar di SK Talang. Selepas itu, saya berjumpa dengan penolong kanan

pentadbiran untuk mengetahui lebih lanjut perkara yang perlu saya lakukan. Saya

telah ditaklimatkan mengenai kehadiran di sekolah semasa menjalankan praktikum.

Difahamkan masa saya sepanjang menjalankan praktikum adalah sama masa

dengan guru lain. Pengalaman ini akan mendidik saya untuk menepati masa.

Saya juga telah berjumpa guru pembimbing dan guru-guru lain yang bertugas

di sekolah tersebut. Mereka menyambut kedatangan saya dengan baik sekali

walaupun terdapat tugas yang perlu diselesaikan. Ada juga guru yang sempat

berkongsikan pengalaman mengajar selama beberapa tahun kepada saya. Pada

minggu pertama ini, saya mula didedahkan dengan profesion perguruan yang

memberi semangat baru dalam diri saya untuk mendidik pada masa akan datang.

Saya juga dapat input baru tentang Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

yang merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran. Saya mendapati

bahawa, sebelum kita merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran,

kita perlulah mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam

khususunya mengetahui bahawa tahun mana yang menggunakan KSSR yang baru

diperkenalkan. Begitu juga dengan memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran

yang sesuai serta merancang pengajaran. Penyediaan bahan bantu belajar perlulah

lebih awal agar memudahkan proses penambahbaikan bahan tersebut jika perlu.

Page 2: Penyata Minggu 1

Di samping itu, saya dapat megetahui dengan lebih mendalam bahawa RPH

mengandungi tiga peringkat utama iaitu peringkat perancangan sebelum

pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian. Pada

peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu

dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid

serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu

memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk

membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif

pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai

untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan murid dinilai secara berterusan. RPH

ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif

bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tercapai.

Rancagan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan

mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan

teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru

telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran

harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri saya dalam mengajar mengikut

seperti yang telah dirancangkan. Hal ini dapat membantu saya dalam kelancaran

penyampaian sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pada itu, saya mendapati bahawa murid-murid perlu diberikan

peneguhan positif contohnya pujian seperti “baik”, “tahniah” dan perlakuan seperti

menepuk tangan. Peneguhan positif sesuai diaplikasikan semasa proses pengajaran

dan pembelajaran di mana murid akan merasa diri mereka dihargai dan secara tidak

langsung keyakinan murid dapat ditingkatkan.

Pada hari keempat praktikum, buat pertama kalinya saya mengajar Tahun 4

Bestari yang merupakan kelas pertama bagi tahun 4. Saya memulakan pengajaran

dengan berkenalan secara ringkas dengan murid-murid. Hal ini memberi peluang

kepada murid-murid untuk mengenali saya dan saya juga dapat mengenali serba

sedikit latar belakang murid. Objektif pada hari tersebut dapat dicapai dengan baik.

Page 3: Penyata Minggu 1

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan

oleh murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid

juga memberi respon yang positif terhadap soalan yang ditujukan dan melibatkan diri

secara aktif. Oleh itu, saya akan mempelbagaikan lagi kaedah dan strategi

pengajaran saya pada masa akan datang.

Hasil daripada proses pengajaran pada hari tersebut, saya akan membuat

penambahbaikan pada masa yang akan datang bagi mengatasi semua kelemahan

yang telah dikenalpasti sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah

dijalankan. Saya percaya dan yakin dengan menggunakan kaedah bermain sambil

belajar dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam proses

pembelajaran. Selain itu, pengurusan masa yang berkesan juga dapat menanamkan

sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri sendiri terhadap diri saya.

Penggunaan bahan bantu belajar semasa menjalankan proses pembelajaran

dapat menarik perhatian murid. Pada pembelajaran seterusnya, saya akan

menyediakan bahan bantu belajar yang lebih menarik untuk meningkatkan

penglibatan murid-murid. Ternyata, murid lebih suka sesuatu yang baru dan dapat

menghiburkan mereka. Saya pula dapan menjalankan proses pengajaran dengan

lancar. Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-

aktiviti yang lebih mencabar dan mampu merangsang pemikiran pelajar.

Masa yang terluang sepanjang beberapa hari pada minggu pertama ini, telah

saya manfaatkan dengan menyusun atur portfolio disamping melengkap segala

boring-borang yang perlu untuk praktikum pada kali ini. Persediaan rapi seperti

penulisan RPH dan juga lawatan ke kawasan sekitar sekolah telah saya lakukan

memandangkan terdapat masa yang terluang . Sepanjang minggu pertama, saya

dapati telah banyak ilmu yang telah saya perolehi dan saya pelajari. Antara perkara

yang tekandung dalam minggu pertama praktikum ialah pengenalan diri,

penyesuaian diri, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan tidak dilupa juga

terdapat beberapa aktiviti luar yang dijalankan oleh guru-guru.