bab 1 – pengenalan · 2016. 1. 25. · bab 1 – pengenalan kepada perakaunan 1.1 pendedahan...

84
Nota Prinsip Perakaunan Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor) 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.1 PENDEDAHAN KEPADA PENYATA KEWANGAN Jenis-jenis Penyata Kewangan Penyata kewangan terdiri dari Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira a) Penyata Pendapatan Mengukur prestasi perniagaan bagi satu tempoh perakaunan Maklumat terkandung ialah nama perniagaan, tajuk, butiran dan nilai hasil, butiran dan nilai belanja dan keuntungan atau kerugian. Contoh hasil ialah faedah diterima, komisen diterima Contoh belanja ialah bayaran gaji, sewa, kadar bayaran, insurans Untung bersih diperolehi bila hasil melebihi belanja sebaliknya rugi bersih bila belanja melebihi hasil Tajuk ” Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir........b) Kunci Kira-kira satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan maklumat terkandung ialah nama perniagaan, tajuk, butiran dan nilai aset, butiran dan nilai liability serta butiran dan nilai ekuiti pemilik Contoh asset ialah premis, kenderaan perabot, stok, penghutang, wang tunai dan wang dibank Contoh liability (hutang) ialah pemiutang, pinjaman bank Ekuiti pemilik merujuk kepada modal perniagaan Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan 1. Akauntan 2. Pengurus kewangan 3. Pengurus akaun Pengguna Penyata Kewangan Pengguna dalaman Pemilik perniagaan pemilik boleh mengetahui prestasi perniagaannya samada untung atau rugi pemilik boleh mengetahui punca hasil dan bagaimana ia dibelanjakannya Pihak pengurusan rujukan semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan merangka strategi untuk meningkatkan keuntungan Pengguna Luaran Bank menilai kemampuan peniaga untuk membayar hutang pinjaman Pemiutang menilai kemampuan peniaga untuk membayar hutang jika

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    1

    BAB 1 – PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN 1.1 PENDEDAHAN KEPADA PENYATA KEWANGAN

    Jenis-jenis Penyata Kewangan

    Penyata kewangan terdiri dari Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

    a) Penyata Pendapatan

    Mengukur prestasi perniagaan bagi satu tempoh perakaunan

    Maklumat terkandung ialah nama perniagaan, tajuk, butiran dan nilai hasil, butiran

    dan nilai belanja dan keuntungan atau kerugian.

    Contoh hasil ialah faedah diterima, komisen diterima

    Contoh belanja ialah bayaran gaji, sewa, kadar bayaran, insurans

    Untung bersih diperolehi bila hasil melebihi belanja sebaliknya rugi bersih bila

    belanja melebihi hasil

    Tajuk ” Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir........”

    b) Kunci Kira-kira

    satu penyata yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan

    maklumat terkandung ialah nama perniagaan, tajuk, butiran dan nilai aset, butiran

    dan nilai liability serta butiran dan nilai ekuiti pemilik

    Contoh asset ialah premis, kenderaan perabot, stok, penghutang, wang tunai dan

    wang dibank

    Contoh liability (hutang) ialah pemiutang, pinjaman bank

    Ekuiti pemilik merujuk kepada modal perniagaan

    Pihak yang bertanggungjawab menyediakan penyata kewangan

    1. Akauntan

    2. Pengurus kewangan

    3. Pengurus akaun

    Pengguna Penyata Kewangan

    Pengguna dalaman Pemilik perniagaan pemilik boleh mengetahui

    prestasi perniagaannya samada

    untung atau rugi

    pemilik boleh mengetahui

    punca hasil dan bagaimana ia

    dibelanjakannya

    Pihak pengurusan rujukan semasa mengawal dan

    merancang aktiviti perniagaan

    merangka strategi untuk

    meningkatkan keuntungan

    Pengguna Luaran Bank menilai kemampuan peniaga

    untuk membayar hutang

    pinjaman

    Pemiutang menilai kemampuan peniaga

    untuk membayar hutang jika

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    2

    menjual secara kredit / untuk

    mengelak hutang lapuk

    Kerajaan (LHDN) mentaksir cukai pendapatan

    yang dikenakan kepada

    peniaga

    Pelabur (pemegang saham) menilai kemampuan

    perniagaan sebelum membuat

    keputusan melabur

    1.2 SEJARAH PERAKAUNAN

    Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional

    Falsafah Perakaunan Islam Falsafah Perakaunan Konvensional

    - Perakaunan dalam bahasa Arab ialah al-

    Muhasabah / al-hisab

    - Penegasan kepada pergerakan wang

    masuk dan wang keluar

    - Prinsip diambil dari Al-Quran dan as

    Sunnah serta menitikberatkan soal halal

    dan haram

    - Prinsip dan hukum tidak boleh diubah

    kecuali caranya (melalui ijtihad)

    - Penekanan kepada factor muamalat iaitu

    keperluan masyarakat tidak boleh

    diketepikan dalam menentukan matlamat

    ekonomi

    - Ini mengelakkan ujud kesan moral yang

    memudaratkan

    - Perakaunan sebagai proses

    mengenalpasti, mengukur dan

    menyampaikan maklumat ekonomi

    - Hanya mengukur urusniaga yang ada

    nilai kewangan sahaja

    - Prestasi perniagaan hanya dikaitkan

    dengan keuntungan

    - Semakin tinggi keuntungan maka

    dikatakan prestasi kerja pengurusannya

    lebih baik

    Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan

    Konsep Pendedahan Konsep Penemuan

    - Menekankan semua maklumat penting

    perlu didedahkan tanpa ada

    disembunyikan

    - Nilai dalam laporan kewangan kena tepat

    dan benar-benar berlaku

    - Maklumat tambahan yang relevan tapi

    dibentangkan dalam laporan kewangan

    perlu dinyatakan sebagai nota tambahan

    - Maklumat hanya boleh didedahkan

    apabila dipersoalkan oleh pihak luar /

    pihak ketiga

    - Sebarang kekurangan hendaklah diatasi

    dengan jujur dan tepat apabila

    dibangkitan oleh mereka

    -

    - Dalam Islam, factor halal haram dan kesan

    moral terhadap masyarakat diambilkira

    - Kekurangan dan kesilapan perlu

    didedahkan dengan jujur kerana

    dipersoalkan diakhirat

    - Mengambil kira hanya factor yang boleh

    diukur dengan nilai ekonomi

    - Pendedahan kesilapan maklumat laporan

    kewangan hanya dimaklumkan apabila

    dipersoalkan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    3

    - Kemungkinan penyelewengan adalah kecil

    kerana factor keimanan kepada Tuhan

    - Penyelewengan akan berlaku kerana

    mungkin dipengaruhi oleh ganjaran yang

    lumayan

    Falsafah Pelaporan Kos Sejarah Dan Nilai Saksama

    Pelaporan Kos sejarah Pelaporan Nilai Saksama

    - Kos asset bukan semasa dalam KKK

    dilaporkan mengikut kos asal dibeli bukan

    nilai semasa

    - Pelaporan nilai asset bukan semasa

    adalah mengikut nilai buku asset

    berkenaan (harga pasaran)

    Proses Perakaunan

    Manual Berkomputer

    - Merekod pelbagai maklumat ke buku

    perakaunan (jurnal, lejar dan buku tunai)

    oleh tenaga manusia

    - Kerja-kerja terlibat seperti merekod

    urusniaga, mengira dan memindahkan

    baki dan penyediaan penyata kewangan

    - Ianya rumit , memerlukan tenaga manusia

    yang ramai dan memakan masa

    - Kemungkinan kesilapan berlaku adalah

    tinggi

    - Kerja perakaunan melibatkan

    penggunaan computer dan perisian

    teknologi maklumat

    - Hanya melibatkan kerja memasukkan

    data atau maklumat sumber dokumen

    sahaja

    - Diproses secara automatic sehingga

    kepada penyediaan dokumen

    - Lebih cekap, mudah dan cepat

    - Hasil lebih kemas, lengkap

    Perakaunan Sebagai Profesion

    - Profesion adalah pekerjaan yang memerlukan pelajaran tinggi dan latihan yang tinggi

    - Berkemampuan dan kemahiran yang cekap, beretika dan bertanggungjawab

    -

    Akauntan Sebagai Pemimpin

    - Akaun sebagai orang yang mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan

    bertanggungjawab menyedia laporan kewangan dari masa kesemasa

    - Sebagai pembuat keputusan, akauntan perlu mengambil kira kesan keputusan yang

    dibuatnya terhadap perniagaan, pekerja dan masyarakat

    - Akauntan perlu bertindak sebagai pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman

    dan luaran

    - Perlu mempunyai cirri-ciri akauntabiliti, jujur, amanah, komited, dedikasi sabar dan

    berintegriti.

    Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan

    - Sebagai panduan kepada akauntan untuk mengekalkan akauntabilitinya sebagai seorang

    yang professional

    - Etika tersebut termasuklah:

    i. menghayati prinsip keadilan dan kebenaran

    ii. berkelakuan secara professional dan mengekalkan standard proffesionalnya semasa

    bertugas

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    4

    iii. dilarang mendedahkan maklumat kerjanya kepada pihak yang tidak berkaitan

    kecuali melibatkan perundangan

    iv. mengamalkan urustadbir yang baik

    Badan-badan perakaunan di Malaysia

    1. Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia(MICPA) – memajukan profesion perakaunan di

    Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan

    2. Institut Akauntan Malaysia (MIA) – mendaftar akauntan bertauliah Malaysia

    3. Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)– memaju dan menerbitkan piawaian

    perakaunan Malaysia

    Perbezaan Antara Simpankira Dan Perakaunan

    Simpankira Perakaunan

    - Proses awal perakaunan

    - satu kemahiran mengelas dan merekod

    urusniaga secara bersistem

    - menyediakan maklumat kepada akauntan

    bagi melaksanakan proses kewangan

    - mempunyai skop yang lebih luas

    - membabit proses mengelas,

    merekod, mentafsir, melapor dan

    menganalisis maklumat kewangan

    - menyediakan maklumat kewangan

    membolehkan pihak tertentu

    membuat keputusan, perbandingan

    dan perancangan

    Bentuk Organisasi Perniagaan

    Bentuk Ciri-ciri

    Milikan Tunggal 1. dimiliki dan diuruskan oleh seorang individu sahaja

    2. Modal kecil yang disumbangkan oleh pemilik itu sendiri

    3. Ditubuh dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

    4. Keuntungan dan kerugian ditanggung pemilik itu sendiri

    5. Menanggung liability tidak terhad – pemilik kena menggunakan

    asset peribadi untuk membayar hutang perniagaan jika asset

    perniagaan tidak mencukupi

    6. Entiti pemilik dan perniagaan adalah terpisah (entity berasingan)

    7. Cukai dikenakan mengikut kadar cukai pendapatan perseorangan

    8. Dibubarkan apabila pemilik meninggal dunia

    Perkongsian 1. Berkongsi 2 hingga 20 orang tetapi perkongsian badan professional

    boleh sehingga 50 orang

    2. Pekongsi menyumbang modal, idea dan kepakaran bersama

    menguruskan perniagaan

    3. Ditubuh mengikut Akta Perkongsian 1961

    4. Tonggak perkongsian ialah Ikatan Perkongsian iaitu perjanjian

    bersama pekongsi meliputi cara perniagaan dijalankan,

    pembahagian kuasa.

    5. Liabiliti tidak terhad

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    5

    6. Keuntungan dan kerugian ditanggung antara pekongsi mengikut

    persetujuan

    7. Tiap-tiap pekongsi dikehendaki membayar cukai pendapatan

    perseorangan

    8. Perkongsian akan dibubarkan apabila pekongsi meninggal dunia,

    muflis atau arahan mahkamah

    Syarikat Berhad

    1. Ditubuh dibawah Akta Syarikat 1965 dan mesti berdaftar dengan

    SSM

    2. Terdiri syarikat berhad dan syarikat sendirian berhad

    3. Bilangan ahli syarikat berhad ialah dua hingga tidak terhad tetapi

    syarikat sendirian berhad ahlinya setakat 50 orang yang terdiri dari

    pemegang saham

    4. Pengurusan syarikat ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang dilantik

    dalam mesyuarat agong

    5. Liabiliti pemegang saham adalah terhad setakat modal yang

    dilaburkan – tidak melibatkan asset peribadi pemegang saham untuk

    membayar hutang

    6. Sekira syarikat untung pemegang saham akan mendapat dividend an

    bonus

    7. Syarikat adalah badan berterusan dan ujud buat selama-lamanya

    8. Cukai dikenakan keatas syarikat dan tinggi berbanding milikan

    tunggal atau perkongsian

    Koperasi 1. Ditubuh oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk tujuan

    melindungi kepentingan dan kebajikan bersama

    2. Dtitubuh dibawah Akta Koperasi 1993

    3. Bilangan ahli (pemegang saham) minimum ialah 50 orang dan tiada

    had maksimum

    4. Modal diperolehi dari penjualan saham kepada ahli

    5. Ahli menanggung liability terhad

    6. Ditadbir Ahli Lemabaga Koperasi (ALK) yang dipilih semasa

    mesyuarat agong

    1.4 Perbezaan Antara Simpankira Dan Perakaunan

    Simpankira – merekod semua urusniaga secara tepat dan sistematik berdasarkan system catatan

    bergu

    Perakaunan – proses penyediaan maklumat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan

    Simpankira Sebagai Asas Perakaunan

    - Simpankira melibat proses mengenalpasti dan merekod urusniaga

    - Perakaunan melibat proses mengenalpasti dan merekod urusniaga, mentaksir,

    menganalisis, melaporkan dan merancang

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    6

    Simpankira Perakaunan

    - Skop kecil dan proses awal perakaunan

    - satu kemahiran mengenalpasti dan

    merekod urusniaga secara bersistem

    secara catatan bergu

    - menyediakan maklumat kepada akauntan

    bagi melaksanakan proses kewangan

    seterusnya

    - mempunyai skop yang lebih luas

    - membabit proses mengenalpasti dan

    merekod, mentaksir, melapor

    ,menganalisis dan merancang maklumat

    kewangan

    - menyediakan maklumat kewangan

    membolehkan pihak tertentu membuat

    keputusan, perbandingan dan

    perancangan

    Sub bidang Perakaunan

    Perakaunan kewangan

    - proses perakaunan melibatkan keputusan perniagaan seperti untung rugi, aliran wang

    masuk dan keluar

    - tujuan utama adalah membekalkan maklumat perakaunan kepada pengguna luaran

    Perakaunan Pengurusan

    - proses perancangan, kawalan, membuat keputusan dan pengurusan syarikat

    - maklumat yang disediakan digunakan untuk pengguna dalaman yang terlibat dengan

    proses diatas

    Audit

    - aktiviti pemeriksaan dokumen perniagaan bagi mengesahkan urusniaga tersebut benar-

    benar berlaku

    - memastikan rekod perakaunan disediakan mengikut piawaian dan peraturan

    Percukaian

    - meliputi nasihat, perancangan dan penyediaan penyata cukai

    Sistem Maklumat Cukai

    - system untuk menjanakan maklumat perakaunan dan mempunyai rangkaian yang

    berhubungan dengan maklumat perakaunan yang lain

    - menghubungkan pusat pemprosesan data perakaunan dan maklumat pengurusan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    7

    1.5 Persekitaran Perakaunan di Malaysia

    MACPA

    (MICPA)

    Institut Akauntan

    Awam Bertauliah

    Malaysia

    memberikan latihan dan peperiksaan kepada akauntan

    MIA Institut Akauntan

    Malaysia

    memperkembang profesion perakaunan di Malaysia

    selain pendaftar akauntan bertauliah

    MASB Lembaga Piawaian

    Perakaunan Malaysia

    membangun dan menerbitkan standard perakaunan di

    Malaysia, menentukan garis panduan menyediakan

    laporan kewangan

    CIMA Chartered Institute of

    Management

    Acconutant

    melahirkan akauntan professional yang mahir

    mengurus dan mentadbir perniagaan

    ACCA Association Of

    Chartered Certified

    Accountant

    - sokongan kepada ahli dan pelajar dalam karier

    perakaunan

    - pendedahan tentang peraturan dan undang-

    undang berkaitan amalan perakaunan

    Konsep dan Prinsip Asas Perakaunan

    Konsep Huraian

    Wang sebagai ukuran - semua urusniaga perniagaan direkodkan dalam unit wang iaitu RM

    - hanya factor dalam ukuran wang sahaja direkodkan dan nilai

    matawang adalah malar

    Prinsip Catatan Bergu - setiap urusniaga direkodkan dua kali iaitu satu akaun didebitkan dan

    satu akaun dikreditkan dengan jumlah yang sama

    - contoh: jual barangniaga secara kredit kepada Suffian maka Akaun

    Suffian didebit dan Akaun Jualan dikreditkan

    Entiti Berasingan - sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri

    yang terpisah daripada pemiliknya

    - hanya urusniaga berkaitan perniagaan sahaja direkodkan dalam buku

    perniagaan

    - akaun modal adan akaun ambilan dibuka untuk merekodkan

    urusniaga antara pemilik dan perniagaannya

    Tempoh perakaunan - konsep ini membahagikan jangkahayat perniagaan kepada tempoh

    tertentu seperti sebulan, suku tahun, setengah tahun atau setahun

    bagi membolehkan maklumat perakaunan dilaporkan pada tempoh

    tertentu

    Konsep Kos Sejarah - perekodan urusniaga dalam buku akaun hendaklah dibuat

    berasaskan kos belian pada tarikh tertentu

    - kos sejarah tak akan berubah walaupun nilai pasarannya berubah

    Usaha yang

    berterusan

    - sesebuah perniagaan diandaikan terus beroperasi untuk satu tempoh

    masa yang tidak terbatas

    - asset yang dimiliki akan terus digunakan untuk menghasilkan

    pendapatan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    8

    Asas Perakaunan

    Akruan

    - dalam menentukan keuntungan perniagaan , hasil yang diprolehi

    hendaklah ditolak dengan perbelanjaan untuk memperolehi hasil

    tersebut dalam tempoh itu

    - setiap perbelanjaan yang berlaku dlm tempoh itu mesti direkodkan

    walaupun belanja itu belum dibayar

    Ketekalan - penggunaan kaedah perakaunan tidak harus diubah dari satu

    tempoh perakaunan kesatu tempoh perakaunan yang lain

    - contohnya jika kaedah pengiraan susutnilai kenderaan adalah

    mengikut kaedah garislurus maka kaedah yang sama digunakan

    untuk tempoh perakaunan akan datang

    Materialiti

    - perbelanjaan boleh bersifat kebendaan (material) atau bukan

    kebendaan (immaterial) bergantung kepada saiz firma dan

    pertimbangan kepada kepentingan perbelanjaan tersebut

    - segala yang dianggap material sahaja akan direkodkan dalam

    penyata kewangan kerana ia memberi kesan kepada pembaca

    penyata kewangan

    - contohnya mesin kira berharga RM30 direkod sebagai asset

    (material) bagi perniagaan kecil , manakala bagi perniagaan besar

    dianggap tidak material dan ia tidak dimasukkan dalam kunci kira-

    kira

    Konservatisme - hanya jangkaan kerugian sahaja yang diambilkira sebagai belanja

    dalam penyata pendapatan tetapi tidak bagi jangkaan keuntungan

    - contoh jangkaan keuntungan RM100 juta dari satu projek pembinaan

    tidak boleh dilapor dalam penyata kewangan sehingga ia benar-

    benar telah diperolehi

    Pelaporan berasaskan

    nilai saksama

    - nilai dilaporkan dalam penyata kewangan perlu diselaras mengikut

    harga semasa (dimana kos sejarah tidak tepat)

    - Nilai saksama dalam Kunci Kira-kira memberikan gambaran lebih

    jelas dan terkini yang berguna bagi pelabur untuk membuat

    penilaian

    Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

    Kebolehfahaman maklumat dalam penyata kewangan boleh difahami oleh pengguna

    penyata kewangan

    pengguna boleh membuat keputusan lebih baik jika memahami

    kandungan penyata kewangan

    Relevan keupayaan penyata kewangan dalam mempengaruhi keputusan yang

    diambil oleh pengguna penyata kewangan

    Kebolehpercayaan penyata kewangan bebas daripada sebarang kesalahan fakta, fakta tanpa

    bukti, tidak bersifat berat sebelah

    Kebolehbandingan penyata kewangan mesti dapat dibandingkan mengikut jangkamasa untuk

    mengetahui kedudukan kewangan dan pencapaian syarikat

    Ketepatan masa sesuatu maklumat dapat diperoleh semasa maklumat tersebut diperlukan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    9

    Kitaran Perakaunan

    Dokumen

    Perniagaan

    Catatan Penutup

    Penyata Kewangan

    Imbangan Duga

    Terselaras

    Pelarasan

    Imbangan Duga

    Lejar

    Buku Catatan

    Pertama

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    10

    BAB 2 : KLASIFIKASI AKAUN : ASET, LIABILTI,

    EKUITI PEMILIK, HASIL ,BELANJA DAN AKAUN

    KONTRA

    1. PENGERTIAN DAN PENGKELASAN

    Aset

    harta yang dimiliki dan digunakan untuk menjalankan perniagaan

    berbentuk ketara (premis, kenderaan, perabot, alatan pejabat, tunai , wang dibank) dan

    tidak ketara (hakcipta dan paten)

    Pengelasan aset

    Aset Bukan Semasa Aset Semasa

    Asset yang dibeli bukan untuk dijual

    tetapi digunakan dalam perniagaan

    Contoh: tanah, premis, alat pejabat,

    kenderaan, perabot, lengkapan

    Asset yang dapat ditukar ke bentuk

    wang tunai dalam jangka pendek

    (kurang satu tahun perakaunan)

    Contoh: tunai, wang dibank,

    penghutang, stok, belanja terdahulu,

    hasil terakru

    Liabiliti

    Hutang perniagaan dengan pihak luar

    Pengelasan liabiliti

    Liabiliti Bukan Semasa Liabiliti Semasa

    Hutang yang perlu dibayar balik dalam

    jangka panjang (melebihi satu tahun)

    Contoh: pinjaman bank, gadaijanji

    Hutang yang perlu dibayar dalam

    jangkapendek iaitu kurang dari satu

    tahun tempoh perakaunan

    Contoh: pemiutang, overdraf bank,

    belanja terakru, hasil terdahulu

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    11

    Ekuiti Pemilik

    Hutang pihak perniagaan kepada pemiliknya kerana meminjamkan wang sebagai modal

    untuk memulakan perniagaan

    Modal yang dilabur oleh pemilik dianggap sebagai hutang kepada perniagaan

    Ekuiti pemilik adalah tuntutan pemilik terhadap asset perniagaannya

    Komponen Ekuiti Pemilik

    1. Modal – samada ketika memulakan perniagaan atau modal tambahan

    2. Untung bersih atau rugi bersih perniagaan

    Hasil

    Pendapatan perniagaan berbentuk wang yang diterima atau akan diterima pada masa akan

    datang daripada jualan barangniaga atau perkhidmatan yang ditawarkan

    Pengelasan Hasil

    Hasil Kendalian Hasil Bukan Kendalian

    Hasil diperoleh daripada kegiatan utama

    perniagaan

    Hasil kendalian bagi perniagaan

    dagangan ialah jualan barangniaga

    manakala bagi perniagaan perkhidmatan

    ialah hasil dari perkhidmatan yang diberi

    kepada pelanggan

    Hasil lain yang diterima yang tidak

    berkaitan dengan aktiviti utama

    perniagaan

    Contoh terima sewa dari penyewaan

    premis, terima faedah dari simpanan

    bank, terima dividen dari pelaburan,

    untung daripada pelupusan aset

    bukan semasa

    BELANJA

    Kos barangan atau perkhidmatan yang digunakan dalam proses memperoleh hasil sama

    ada yang dibayar atau yang akan dibayar

    Pengelasan belanja

    Belanja Kendalian Belanja Bukan Kendalian

    Belanja yang terlibat semasa menjalankan

    aktiviti utama perniagaan

    Contoh belian barangniaga, kos

    angkutan, belanja iklan, bayaran insurans,

    upah, gaji, sewa premis, belanja

    susutnilai, hutang lapuk

    Belanja tidak berkaitan dengan

    pengendalian harian perniagaan

    Contoh : rugi akibat jualan asset

    bukan semasa, rugi akibat banjir ,

    kecurian, gempa bumi

    Ekuiti Pemilik = Modal awal + Untung Bersih - Ambilan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    12

    AKAUN KONTRA

    Akaun yang kesannya berlawanan dengan akaun induk

    Akaun kontra akan mengurangkan nilai dalam nilai induk

    Tujuan utama adalah untuk memperoleh nilai bersih bagi akaun induknya

    Contoh akaun diskaun diberi mengurangkan akaun induk iaitu akaun jualan

    Akaun kontra Akaun induk

    Akaun Pulangan Jualan Akaun Jualan

    Akaun Diskaun diberi Akaun Jualan

    Akaun Pulangan Belian Akaun Belian

    Akaun Diskaun diterima Akaun belian

    Akaun Susutnilai terkumpul Akaun Aset Bukan Semasa

    Akaun Peruntukan Hutang Ragu Akaun penghutang

    Akaun Ambilan Akaun modal

    CARTA AKAUN

    Satu sistem penyenaraian akaun dalam lejar mengikut klasifikasi akaun

    Biasanya melibatkan perakaunan berkomputer

    Akaun-akaun dikelaskan mengikut klasifikasinya dengan menggunakan sistem pengkodan

    Fungsi Carta Akaun

    Sebagai tapak untuk menukarkan nama, menambah akaun dan memberikan maklumat

    tambahan kepada akaun yang ditambah

    Penyediaan Carta Akaun

    Contoh carta akaun:

    Aset

    Kod Item Nama Akaun

    1000/000 Aset Bukan Semasa

    1000/010 Kenderaan

    1000/011 Susutnilai terkumpul kenderaan

    1000/020 Perabot

    2000/000 Aset Semasa

    2000/010 Penghutang

    2000/020 Stok

    2000/030 Tunai

    Liabiliti

    Kod Item Nama Akaun

    3000/000 Liabiliti Semasa

    3000/010 Pemiutang

    3000/011 Pembekal Linda

    1000/012 Pembekal Yap

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    13

    Inventori

    Barangniaga yang dimiliki dengan tujuan untuk dijual semula

    Bagi perniagaan barangan, inventorinya barangniaga/stok

    Bagi perkilangan, inventorinya ialah bahan mentah, kerja dalam proses dan barang siap

    Dikategorikan sebagai aset semasa

    Kaedah Penilaian Inventori

    1. Sistem inventori berkala

    Kos inventori barangniaga dikira secara fizikal pada akhir tempoh perakaunan

    Operasi perniagaan dihentikan seketika untuk tujuan pengiraan

    Diamalkan perniagaan bersaiz kecil, sederhana yang barangniaga berharga rendah

    2. Sistem inventori berterusan

    Rekod terperinci disimpan untuk mengesan inventori masuk dan keluar

    Kos barangan dijual ditentukan pada masa jualan berlaku

    Rekod pergerakan inventori disediakan secara berterusan melalui kad inventori

    Diamalkan perniagaan besar spt pasaraya

    Menggunakan kaedah automasi komputer

    Mesin daftar tunai dirangkai secara automatik dengan sistem inventori

    Pergerakan stok dikesan secara online

    Persamaan Perakaunan

    Tanpa melibatkan hasil dan belanja

    Mengambilkira hasil dan belanja

    Sistem Catatan Bergu

    Setiap urusniaga melibatkan dua catatan iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun

    dikreditkan dengan jumlah yang sama

    Peraturan catatan bergu

    Jenis Akaun Debit Kredit

    Aset Bertambah Berkurang

    Liabiliti Berkurang Bertambah

    Ekuiti Pemilik Berkurang Bertambah

    Hasil Berkurang Bertambah

    Belanja Bertambah Berkurang

    Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik

    Aset = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    14

    FORMAT PENYATA PENDAPATAN Perniagaan Syok

    Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011

    Jualan XX (-) Pulangan jualan / masuk XX Diskaun diberi XX XX

    Kos Jualan XX Stok awal XX Belian XX (-) Pulangan Belian / keluar XX Diskaun diterima XX

    XX (+) Angkutan masuk XX Duti impot / Cukai belian XX XX

    XX (-) Stok akhir XX

    KOS JUALAN XX

    UNTUNG KASAR XX (+) Hasil Sewa diterima XX Komisen diterima XX Dividen diterima XX Faedah simpanan tetap XX Hutang lapuk terpulih XX Pengurangan peruntukan hutang ragu XX XX

    XX (-) Belanja Angkutan keluar XX Gaji dan upah XX Alatulis XX Insurans XX Sewa XX Belanja am XX Faedah atas pinjaman XX Belanja pos XX Iklan / promosi XX Hutang lapuk XX Pertambahan peruntukan hutang ragu XX Belanja susutnilai kenderaan XX XX

    UNTUNG BERSIH XX

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    15

    FORMAT KUNCI KIRA-KIRA (PENYATA) Perniagaan Syok

    Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2006

    Aset Bukan Semasa Kenderaan (kos) XX (-) Susutnilai terkumpul kenderaan XX XX

    Perabot XX (-) Susutnilai terkumpul perabot XX XX

    Alat pejabat XX Premis XX Tanah XX

    XX Aset Semasa Tunai XX Bank XX Stok akhir XX Penghutang XX (-) Peruntukan Hutang Ragu XX XX

    Belanja terdahulu XX Hasil Terakru XX

    XX (-) Liabiliti Semasa Pemiutang XX Overdraf bank XX Belanja terakru XX Hasil terdahulu XX XX

    MODAL KERJA XX

    XX

    Ekuiti Pemilik Modal awal XX (+) Untung bersih XX

    XX (-) Ambilan XX

    XX Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman bank XX

    XX

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    16

    FORMAT T Perniagaan Syok

    Akaun Perdagangan, Untung Dan Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2007

    Stok awal XX Jualan XX Belian XX (-) Pulangan Jualan XX (-) Pul Belian XX (-) Diskaun diberi XX XX

    (-) Diskaun diterima XX

    XX (+) Ang masuk XX Duti /Cukai belian XX Insurans belian XX XX

    XX (-) Stok akhir XX

    Kos jualan XX Untung kasar h/b XX

    XX XX

    Untung kasar b/b XX Angkutan keluar XX Sewa diterima XX Gaji dan upah XX Komisen diterima XX Alatulis XX Dividen diterima XX Insurans XX Sewa XX Faedah simpanan tetap XX Belanja am XX Hutang lapuk terpulih XX Faedah atas pinjaman XX Pengurangan P.H.Ragu XX XX

    Belanja pos XX Iklan / promosi XX Hutang lapuk XX Pertambahan P.H.Ragu XX Bel.susutnilai kenderaan XX XX

    Untung kasar XX

    XX XX

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    17

    FORMAT T (KUNCI KIRA-KIRA) Perniagaan Syok

    Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2008

    Aset Bukan Semasa Ekuiti Pemilik Kenderaan (kos) XX Modal awal XX (-) Susutnilai terkumpul XX XX (+) Untung bersih XX

    XX Perabot XX (-) Ambilan XX

    (-) Susutnilai terkumpul XX XX XX

    Alat pejabat XX Liabiliti Semasa Premis XX Pemiutang XX Tanah XX Overdraf bank XX Belanja terakru XX Aset Semasa Hasil terdahulu XX XX

    Tunai XX Bank XX Stok akhir XX Liabiliti Bukan Semasa Penghutang XX Pinjaman bank XX (-) P.H. Ragu XX XX

    Belanja terdahulu XX Hasil Terakru XX

    XXX XXX

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    18

    Bab 3 :Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber

    Rekod Perakaunan Fungsi Dokumen Perniagaan

    1. Sebagai sumber rekod perakaunan

    2. Dijadikan bukti bagi berlakunya sesuatu urusniaga

    3. Sebagai rujukan pada masa depan

    4. Menyediakan maklumat tentang sesuatu urusniaga

    5. Mengingatkan peniaga tentang hutang dalam urusniaga

    Jenis dokumen perniagaan

    1. Sebelum proses urusniaga – surat tanya, surat jawapan, sebutharga, katalog

    2. Semasa proses urusniaga – pesanan belian, nota serahan, invois, nota debit, nota kredit,

    keratan cek, slip daftar tunai, cek, slip bank, slip pindahan wang

    3. Selepas proses urusniaga – penyata akaun, resit

    Dokumen Rujukan

    (perlu difailkan sahaja)

    Dokumen Sumber Maklumat

    (perlu kerja perekodan dalam buku perakaunan)

    1. Pesanan belian

    2. Surat tanya

    3. Sebutharga

    4. Nota serahan

    1. Bil tunai

    2. Cek

    3. Keratan cek

    4. Resit

    5. Penyata gaji

    6. Slip daftar tunai

    7. Slip bank

    8. Makluman debit

    9. Makluman kredit

    10. Memo

    11. Invois

    12. Nota debit

    13. Nota kredit

    14. Bil bayaran

    15. Slip pindahan wang

    16. Folio pelanggan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    19

    Jenis dan fungsi dokumen pernaigaan

    DOKUMEN FUNGSI

    Borang Pesanan Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk membuat pesanan

    Tidak dicatat dalam mana-mana buku perakaunan

    Invois Dokumen digunakan dalam urusniaga jualan dan belian kredit

    Direkodkan dalam Jurnal Belian dan Jurnal Jualan

    Terdapat butiran penting termasuk :

    i. Angkutan dibayar

    - penjual menanggung kos pengangkutan

    ii. Diskaun niaga

    - potongan diberi dalam harga senarai jika belian dalam kuantiti

    yang banyak

    iii. Diskaun tunai

    - potongan daripada jumlah bayaran jika dibuat dalam tempoh

    tertentu (segera)

    iv. K.& K.diK

    - sebarang kesilapan dan ketinggalan hanya boleh dibetulkan

    melalui nota debit dan nota kredit

    Nota Debit dokumen dihantar penjual kepada pembeli

    menambah bayaran yang terkurang caj dalam invois asal

    invois tambahan yang akan menambahkan hutang pembeli kepada

    penjual

    Sebab-sebab invois terkurang caj:

    i. Catatan tertinggal dalam invois spt caj angkutan, belanja pos, caj

    peti barang

    ii. Invois terkurang caj kerana kesilapan pengiraan

    iii. Faedah dikenakan kerana pembeli lewat menjelaskan bayaran

    iv. Caj tambahan akibat pertukaran barang

    Direkod dalam Jurnal Jualan jika nota debit salinan atau Jurnal Belian

    jika nota debit salinan

    Nota Kredit Dokumen yang dihantar penjual kepada pembeli

    Mengurangkan jumlah hutang dibayar disebabkan:

    1. pembeli memulangkan bekas kosong yang dicaj dalam invois

    2. pembeli memulangkan barang rosak, salah jenama

    3. berlaku pengiraan dalam invois yang terlebih kira

    4. Elaun atau komisen diberikan kepada pembeli

    Dicetak berwarna merah

    Nota Kredit asal direkodkan dalam Jurnal Pulangan Belian manakala

    Nota Kredit salinan direkodkan dalam Jurnal Pulangan Jualan

    Penyata Akaun Senarai semakan untuk mengingatkan penghutang tentang bayaran

    hutangnya

    Menunjukkan urusniaga yang berlaku antara pembeli dan penjual bagi

    bulan berkenaan

    Cek Kaedah pembayaran yang selamat kerana risiko kecurian dan

    penyelewengan dapat diatasi

    Direkod dalam Jurnal Pembayaran tunai / Buku Tunai

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    20

    Keratan Cek Dokumen rujukan menunjukkan bayaran dibuat dengan cek

    Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran tunai

    Resit Dikeluarkan sebagai bukti akuan penerimaan tunai/cek

    Resit asal menunjukkan peniaga telah membuat pembayaran manakala

    resit rasmi salinan adalah bukti peniaga menerima bayaran

    Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Penerimaan dan Pembayaran Tunai

    Slip Bank Bukti peniaga membuat penyimpanan wang tunai / cek

    Slip asal adalah simpanan bank manakala salinan adalah untuk peniaga

    sebagai maklumat untuk direkodkan

    Direkod dalam buku tunai / Jurnal Penerimaan Tunai

    Makluman Debit Dokumen / penyata yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan

    kepada peniaga bahawa akaunnya telah didebit atau dikurangkan

    sejumlah tertentu dan sebabnya

    Peniaga mungkin dikenakan caj terhadap cek tak laku , bayaran buku

    cek, faedah atas overdraf atau bank membuat pembayaran bagi pihak

    peniaga (perintah sedia ada) spt premium insurans, yuran kelab,

    ansuran pinjaman, cukai Hasil Dalam Negeri

    Direkodkan dalam Buku Tunai/ Jurnal Pembayaran Tunai

    Makluman Kredit Dokumen yang dikeluarkan oleh bank untuk memaklumkan kepada

    peniaga bahawa akaunnya dikreditkan atau ditambahkan sejumlah

    tertentu dan sebabnya

    Peniaga mungkin menerima dividen pelaburan, faedah simpanan atau

    menerima bayaran dari penghutang melalui akaun bank ( pindahan

    kredit)

    Direkodkan dalanm buku tunai / Jurnal Penerimaan Tunai

    Bil Tunai Apabila peniaga membeli secara tunai beli, beliau diberi bil tunai asal

    manakala jika beliau menjual secara tunai, bil tunai salinan adalah

    dokumen buktinya

    Direkodkan dalam buku tunai atau Jurnal Penerimaan dan Pembayaran

    tunai

    Slip Daftar Tunai Slip dikeluarkan melalui mesin daftar tunai penjual apabila pembeli

    membayar secara tunai

    Tiada nama pembeli

    Direkod dalam Jurnal Penerimaan Tunai (salinan penjual) dan Jurnal

    Pembayaran Tunai (slip asal)

    Baucer

    Pembayaran

    Dokumen sokongan bahawa pembayaran telah dibuat samada bayar

    belanja perniagaan, bayaran hutang atau sebagainya

    Direkodkan dalam buku tunai / Jurnal Pembayaran Tunai

    Memo Dokumen sokongan / dalaman bagi urusniaga berlaku antara pemilik

    dengan perniagaannya

    Digunakan apabila peniaga membuat ambilan wang, barangniaga ,

    membawa masuk aset sebagai modal tambahan

    Direkodkan dalam Jurnal Pembayaran Tunai / Buku Tunai (bagi ambilan

    tunai), lain-lain urusniaga direkod dalam Jurnal Am

    Penyata Gaji Dokumen disediakan oleh majikan kepada pekerja

    Bukti bayaran gaji telah dibuat (melibatkan pembayaran gaji terus

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    21

    keakaun bank melalui pindahan kredit)

    Direkod dalam Buku Tunai / Jurnal Pembayaran Tunai

    Folio Pelanggan Penyata yang menunjukkan rekod bayaran satu caj perkhidmatan

    seperti sektor perhotelan

    Berfungsi sebagai resit penerimaan wang daripada pelanggan

    Salinan asal diberi kepada pelanggan dan salinan disimpan oleh

    peniaga

    Direkodkan dalam Buku Tunai, Jurnal Penerimaan/Pembayaran Tunai

    Bil bayaran Bil dibekalkan oleh pembekal perkhidmatan

    Bil telefon, air, letrik, ASTRO, internet dlll

    Dijelaskan dengan cek/tunai dan keratan bil akan dikembalikan kepada

    peniaga untuk tujuan rekod

    Dikepilkan bersama baucer bayaran

    Direkodkan dalam Buku Tunai/ Jurnal Pembayaran tunai

    Slip pindahan

    wang

    Kemudahan bank kepada pelanggan untuk memindahkan wang

    peniaga kepada pihak ketiga secara elektronik

    Perkhidmatan ditawarkan ialah Pindahan elektronik dan pindahan

    telegraf

    Isi borang, serah kepada kerani dan wang dipindah secara automatik

    dalam dan luar negraa

    Diskaun Niaga Potongan harga daripada harga senarai Tujuan untuk mengalakkan belian secara pukal Kesannya kos perunit barangan akan berkurangan dan meningkatkan margin keuntungan

    Diskaun tunai Potongan bayaran yang diberikan kepada penghutang kerana menjelaskan hutang dalam

    tempoh yang ditetapkan Tujuan untuk mengalkkan pembayaran hutang dengan segera Mengelakkan berlaku hutang lapuk dan mengatasi masalah modal yang terikat.

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    22

    Aliran Dokumen Pembeli dan penjual (Urusniaga Tunai) Aliran Dokumen Pembeli dan penjual (Urusniaga Kredit)

    1 - Pesanan Belian

    3- Tunai/Cek/Slip Pindahan Wang

    2- Bil Tunai

    4- Resit

    1 - Pesanan Belian

    2- Nota serahan

    3 – Invois

    4 – Nota debit

    5- Nota kredit

    6- Tunai/cek/slip pindahan wangf

    7 - Resit

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    23

    NOTA DOKUMEN PERNIAGAAN / KITARAN PERAKAUNAN

    *Invois

    Nota Kredit

    Nota Debit

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Nota debit asal Pembekal menambahkan hutang peniaga disebabkan invois terkurang catat atau peniaga dikenakan caj tambahan

    Jurnal Belian Pemiutang

    Nota debit salinan

    Peniaga menambahkan hutang pelanggan (penghutang) disebabkan invois terkurang catat atau pelanggan dikenakan caj tambahan

    Jurnal Jualan Penghutang

    Resit

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Resit Asal 1. Bayar invois / hutang pembekal Buku Tunai Pemiutang Bank / Tunai

    2. Bayar belanja Buku Tunai Belanja Bank / Tunai

    3. Beli asset bukan semasa Buku Tunai Aset Bukan Semasa

    Bank / Tunai

    Resit Salinan 1. Terima bayaran hutang / invois dari penghutang

    Buku Tunai Bank / Tunai Penghutang

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Invois Asal

    Beli barangniaga daripada pembekal (pemiutang) secara kredit

    Jurnal Belian Pemiutang

    Invois Asal Beli asset bukan semasa secara kredit dari pembekal

    Jurnal Am Aset Bukan Semasa

    Pemiutang

    Invois Salinan Jual barangniaga secara kredit kepada penghutang

    Jurnal Jualan Penghutang

    Invois Salinan Jual aset bukan semasa secara kredit kepada penghutang

    Jurnal Am Penghutang Aset Bukan Semasa

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Nota kredit asal Peniaga memulangkan barang rosak kepada pembekal (pemiutang)

    Jurnal Pulangan Belian Pemiutang

    Nota Kredit Salinan

    Pelanggan (penghutang) memulangkan barang rosak

    Jurnal Pulangan Jualan Penghutang

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    24

    Bil Tunai

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Bil tunai asal Beli barangniaga dengan tunai / cek Buku Tunai Belian Tunai/ Bank

    Bil tunai asal Beli alatulis dengan tunai / cek Buku Tunai Alatulis

    Bil tunai salinan Jual barangniaga secara tunai/cek Buku Tunai Tunai/ Cek Jualan

    Keratan Cek

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Keratan cek 1. Bayar hutang / invois dengan cek Buku Tunai Pemiutang Bank

    2. Bayar belanja dengan cek Buku Tunai Belanja Bank

    3. Beli asset bukan semasa dengan cek

    Buku Tunai Aset Bukan Semasa

    Bank

    4. Kegunaan perniagaan (kontra) Buku Tunai Tunai Bank

    5. Kegunaan peribadi Buku Tunai Ambilan Bank

    Baucer Pembayaran

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Baucer Pembayaran

    1. Bayar hutang / invois dengan tunai / cek

    Buku Tunai Pemiutang Bank / Tunai

    2. Bayar belanja dengan cek / tunai Buku Tunai Belanja Bank / Tunai

    3. Beli aset bukan semasa dengan cek / tunai

    Buku Tunai Aset Bukan Semasa

    Bank / Tunai

    Slip / Borang Simpanan Bank

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Slip Simpanan Bank

    Memasukkan wang tunai kedalam bank (kontra)

    Buku Tunai Bank Tunai

    Memo

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Memo 1. Mengambil barangniaga untuk kegunaan sendiri

    Jurnal Am Ambilan Belian

    2. Ambil tunai untuk kegunaan sendiri Buku Tunai Ambilan Tunai

    3. Ambil barang untuk tujuan promosi Jurnal Am Promosi Belian

    4. Ambil tunai untuk derma Buku Tunai Derma Tunai

    5. Ambil barang untuk tujuan derma Jurnal Am Derma Belian

    6. Memasukkan aset bukan semasa sebagai modal tambahan

    Jurnal Am Aset Bukan Semasa

    Modal

    7. Memasukkan tunai / cek sebagai modal tambahan

    Buku Tunai Tunai Modal

    Maklmuman Debit

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Makluman Debit Memberitahu peniaga bahawa wang dalam akaun semasanya telah dikurangkan oleh bank seperti bayar premium insurans, ansuran sewa beli

    Buku Tunai Insurans/ Bank

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    25

    Makluman Kredit

    Slip Daftar Tunai

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Slip Daftar tunai Jualan barangniaga secara tunai Buku Tunai Tunai Jualan

    DOKUMEN

    TUJUAN

    BUKU CATATAN PERTAMA

    LEJAR

    DEBIT KREDIT

    Makluman Kredit Memberitahu peniaga wang dalam akaunnya telah bertambah disebabkan bank menerima wang bg pihak peniaga seperti dividen

    Buku Tunai Bank Dividen

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    26

    Bab 4 : Jurnal Sebagai Buku Catatan Pertama - Jurnal adalah tempat pertama catatan dibuat apabila dokumen diterima dan kemudiannya

    dipsokan ke lejar

    - Dapat mengurangkan risiko kesilapan dan ketinggalan catatan urusniaga

    Jenis Jurnal

    Jurnal Am

    Jurnal merekodkan pelbagai urusniaga yang tidak boleh direkodkan dalam mana-mana

    buku catatan pertama yang lain

    Urusniaga direkod dalam jurnal ialah

    1. catatan pembukaan/permulaan perniagaan

    2. catatan penutup dan pemindahan baki-baki akaun

    3. belian dan jualan asset bukan semasa secara kredit,

    4. peniaga memasukkan asset sebagai modal tambahan,

    5. ambilan barangniaga untuk kegunaan sendiri atau kegunaan perniagaan

    6. catatan pelarasan

    7. pembetulan kesilapan

    8. pembubaran perniagaan

    Format Jurnal Am

    Tarikh Butir Fol Debit Kredit

    ( )

    Jurnal

    Jurnal Am Jurnal Khas

    Jurnal Jualan

    Jurnal Belian

    Jurnal Pul Jualan

    Jurnal Pul Belian

    Jurnal Penerimaan Tunai

    Jurnal Pembayaran Tunai

    Ikut

    kronolgi

    urusniaga Rujukan

    dalam

    akaun

    lejar

    Rujukan

    akaun di

    lejar

    Jumlah sebaris

    dengan butir

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    27

    Jurnal Khas

    1. Jurnal Belian

    – merekod semua belian barangniaga secara kredit

    – belian aset bukan semasa secara kredit tidak boleh dicatat dalam Jurnal Belian

    – maklumat dalam Jurnal Belian diambil dari dokumen invois asal bila belian kredit

    dibuat dan nota debit asal jika terkurang bayaran dalam invois

    Jurnal Belian

    Tarikh Butir Fol Detil Jumlah

    Akaun Belian Dt XX

    2. Jurnal Jualan

    – merekod semua jualan barangniaga secara kredit

    – jualan aset bukan semasa secara kredit tidak boleh dicatat dalam jurnal jualan

    – maklumat dalam jurnal jualan diambil dari dokumen invois salinan bila jualan kredit

    berlaku (dokumen asal diserah kepada pembeli) dan nota debit salinan apabila

    berlaku bayaran terkurang dalam invois

    Jurnal Jualan

    Tarikh Butir Fol Detil Jumlah

    Akaun Jualan Kt XX

    3. Jurnal Pul. Belian

    – merekod semua pulangan barangniaga kepada pembekal (yang telah dibeli secara

    kredit)

    – pembekal yang menerima barang akan menghantar nota kredit asal kepada

    pembeli yang menjadi sumber maklumat dalam Jurnal Pulangan belian

    Jurnal Pulangan Belian

    Tarikh Butir Fol Detil Jumlah

    Akaun Pulangan Belian Kt XX

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    28

    4. Jurnal Pul. Jualan

    – merekod semua pulangan barangniaga oleh pelanggan (yang telah dijual secara

    kredit)

    – maklumat dalam jurnal pulangan jualan diperorehi drp salinan nota kredit yang

    dihantar kepada pelanggan

    Jurnal Pulangan Jualan

    Tarikh Butir Fol Detil Jumlah

    Akaun Pulangan Jualan Dt XX

    5. Jurnal Penerimaan Tunai

    - merekodkan semua penerimaan tunai dan cek

    - sama dengan bahagian debit buku tunai

    Jurnal Penerimaan Tunai

    Tarikh Akaun/Perkara Fol No.

    Resit

    Disk.

    Diberi

    Tunai Bank Jualan Penghutang Lain-

    lain

    31 xx xx xx xx xx xx

    6. Jurnal Pembayaran Tunai

    - merekodkan semua pembayaran tunai dan cek sebelum dipindahkan ke akaun dalam lejar

    Jurnal Pembayaran Tunai

    Tarikh Akaun/Perkara Fol No.

    Resit

    Disk.

    Diteri

    ma

    Tunai Bank belian Pemiutang Lain-

    lain

    31 xx xx xx xx xx xx

    Dipindah ke Akaun

    Jualan

    Dipindah ke Akaun

    dis.diberi

    Dipindah ke Akaun

    Kawalan

    Penghutang

    Dipindah ke Akaun Tunai

    Dan Bank

    Dipindah

    ke Akaun

    Belian

    Dipindah ke

    Akaun

    dis.diterima

    Dipindah

    ke Akaun Kawalan

    Pemiutang

    Dipindah ke

    Akaun Tunai

    Dan Bank

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    29

    Bab 5 : LEJAR - buku akaun utama yang digunakan untuk merekod urusniaga perniagaan

    - disediakan dalam bentuk T - mempunyai 2 bahagian iaitu debit (disebelah kiri) dan kredit

    (sebelah kanan)

    - kedua-dua bahagian mempunyai lajur tarikh, butir, folio dan jumlah

    Debit Nama Akaun Kredit

    Tarikh Butir Fol Jumlah Tarikh Butir Fol Jumlah

    Jenis Akaun

    AKAUN

    AKAUN

    PERORANGAN

    AKAUN

    BUKAN

    PERORANGAN

    Penghutang

    Pemiutang

    Modal

    Ambilan

    Nyata Nominal

    Akaun Perabot

    Akaun Kenderaan

    Akaun Lengkapan

    Akaun Bank

    Akaun Tunai

    Penghutang

    Akaun belian

    Akaun Jualan

    Akaun Belanja

    Akaun Hasil

    Akaun Pul Jualan

    Akaun Pul Belian

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    30

    Jenis Lejar

    Peraturan merekod

    - menggunakan sistem catatan bergu iaitu setiap urusniaga direkod dua kali dimana satu

    akaun didebit dan satu akaun lagi dikreditkan mengikut jumlah yang sama

    - peraturan catatan bergu hádala seperti berikut

    Nama Akaun Bertambah Berkurang

    Aset

    (Lengkapan, kenderaan, perabot, premis,

    penghutang, tunai, bank, stok

    Debit Kredit

    Liabiliti

    (pemiutang, pinjaman bank, overdraf bank, gadai

    janji)

    Kredit DEbit

    Belanja

    (sewa, insurans, gaji, belian, kadarbayaran, iklan,

    angkutan, bunga pinjaman, pulangan belian)

    Debit Kredit

    Hasil

    (jualan, diskaun diterima, dividen diterima,

    pulangan jualan)

    Debit Kredit

    Modal Kredit Debit

    LEJAR

    LEJAR AM LEJAR KHAS /

    SUBSIDAIRI

    Semua Akaun

    Kecuali

    Penghutang dan

    Pemiutang

    Lejar Penghutang - Merekod jualan

    barangniaga secara kredit

    - Dikenali Lejar

    Jualan

    Lejar pemiutang - Merekod belian

    barangniaga

    secara kredit

    - Dikenali Lejar Belian

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    31

    Folio

    - digunakan untuk mencatat nombor rujukan dan/atau halaman akaun

    - bertujuan untuk memudahkan rujukan dan memastikan samada sistem catatan bergu telah

    dibuat dengan betul.

    BUKU TUNAI

    - merupakan gabungan akaun tunai dan akaun bank

    - merekod segala penerimaan tunai dan cek dan segala pembayaran secara tunai atau

    dengan cek

    - merupakan sebahagian daripada lejar dan direkod mengikut catatan bergu

    - dikategorikan sebagai buku catatan pertama kerana urusniaga dicatat dalam buku tunai

    dahulu sebelum diposkan ke lejar

    - terdiri dari buku tunai dua lajur dan tiga lajur

    - buku tunai dua lajur hanya mempunyai ruangan tunai dan bank sahaja

    - buku tunai tiga lajur menpunyai ruangan diskaun selain ruangan tunai dan bank

    Peraturan catatan buku tunai

    Bahagian debit

    - lajur tunai : merekod penerimaan tunai

    - lajur bank : merekod kemasukan tunai dan cek kedalam bank

    - laju diskaun : merekod diskaun diberi kepada penghutang apabila terima bayaran hutang

    Bahagian kredit

    - lajur tunai : merekod pembayaran tunai

    - lajur bank : merekod pengeluaran wang dengan cek

    - lajur diskaun : merekod diskaun diterima semasa membayar hutang

    Catatan Kontra

    - pemindahan wang tunai ke bank atau sebaliknya

    - catatan melibatkan kedua-dua ruangan tunai dan bank

    - debit menunjukkan tunai/bank bertambah manakala kredit menunjukkan tunai/bank

    bertambah

    Diskaun Tunai

    - potongan atas jumlah bersih invois apabila bayaran dibuat dalam tempoh tertentu

    - merupakan syarat kredit dalam invois

    - diskaun tunai adalah lebih tinggi jika tempoh kredit lebih pendek

    - contoh 10% 10 hari, 5% 30 hari

    Cek Tak Layan

    - cek yang ditolak bayaran oleh bank

    - jumlah wang dalam akaun penyuruhbayar tidak mencukupi untuk bayaran cek yang

    dikeluarkan dan dicop ”Rujuk Penyuruhbayar”

    - cek juga tak laku bila terdapat perbezaan tandatangan, cek itu tamat tempoh (cek mati) dan

    terdapat perbezaan butiran jumlah angka dengan perkataan pada cek

    - dicatat sebelah kredit ruangan bank dalam buku tunai

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    32

    Format Buku Tunai

    Buku Tunai

    Tarikh Butir Dis. Diberi Tunai Bank Tarikh Butir Dis. Diterima Tunai Bank

    BUKU TUNAI RUNCIT

    - merekod segala bayaran yang kecil secara tunai yang tidak sesuai dibayar dengan cek

    - lajur khas digunakan untuk merekod bayaran yang kerap dan dijumlah serta diposkan ke

    lejar

    - dapat mengelakkan catatan yang banyak untuk belanja kecil-kecilan dalam buku tunai

    - dapat meringankan kerja kerani yang bertanggungjawab terhadap buku tunai kerana

    seorang juruwang boleh ditugaskan untuk mengurus buku tunai runcit

    - semua bayaran yang dibuat disertakan dengan dokumen sokongan (baucer pembayaran)

    - pengurusan buku tunai runcit berdasarkan sistem panjar

    Format Buku Tunai Runcit

    Buku Tunai Runcit

    Tarikh Butir Fol No Baucer

    Penerimaan Pembayaran Analisa Pembayaran

    (RM) (RM)

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    33

    Akaun Kawalan

    Perniagaan besar mempunyai Lejar Penghutang dan Lejar Pemiutang yang merekodkan

    akaun penghutang dan pemiutang

    Akaun kawalan disediakan untuk melengkapkan catatan bergu bagi membolehkan

    imbangan duga disediakan

    Tujuan akaun kawalan disediakan:

    i) menyemak ketepatan catatan dalam lejar penghutang dan pemiutang

    ii) dapat mengesan kesilapan jika terdapat kesilapan dalam lejar penghutang dan

    pemiutang

    iii) memudahkan penyediaaan imbangan duga kerana baki penghutang dan pemiutang

    diperolehi dari akaun kawalan masing-masing

    Format Akaun Kawalan Penghutang dan Aakun Kawalan Pemiutang

    Akaun Kawalan Penghutang Jurnal Am Baki b/b XX Bank XX Buku Tunai

    Jurnal Jualan Jualan XX Diskaun diberi XX Buku Tunai

    Buku tunai Bank – cek tak laku XX Pulangan jualan XX Jurnal Pul Jualan

    Jurnal Am Dis. Diberi (dibatal) XX Hutang lapuk XX Jurnal Am

    Jurnal Am Faedah XX Kontra XX Jurnal Am

    Jurnal Am Angkutan dikenakan Baki h/b XX

    XX XX

    Akaun Kawalan Pemiutang Buku Tunai Bank XX Baki b/b XX Jurnal Am

    Buku Tunai Diskaun diterima XX Belian XX Jurnal Belian

    Jurnal Pul belian Pulangan belian XX Faedah XX Jurnal Am

    Jurnal Am Kontra XX Angkutan masuk XX Jurnal Am

    Baki h/b XX

    XX XX

    Pengertian Catatan Kontra

    peniaga mempunyai hubungan perniagaan dua hala dengan peniaga lain

    peniaga A membeli barang dari peniaga B dan juga menjual barang kepadanya

    apabila mereka berniaga secara kredit, mereka berhutang antara satu sama lain

    hutang mereka dilakukan secara kontra iaitu pindahan baki dari akaun penghutang ke

    akaun pemiutang dan sebaliknya

    Baki kredit dalam lejar penghutang

    penghutang biasanya mempunyai baki awal sebelah debit

    kadangkala penghutang mempunyai baki awal sebelah kredit atas sebab berikut:

    i) penghutang memulangkan barang rosak selepas semua hutangnya dijelaskan

    ii) bekas-bekas kosong dipulangkan selepas hutang dijelaskan

    iii) penghutang diberi potongan atau diskaun selepas hutang dijelaskan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    34

    Baki Debit dalam lejar pemiutang

    pemiutang biasanya berbaki awal sebelah kredit tetapi kadang-kadang mempunyai baki

    awal sebelah debit atas sebab-sebab berikut:

    i) peniaga memulangkan barang rosak selepas hutang pemiutang dijelaskan

    ii) bekas-bekas kosong dipulangkan selepas hutang dijelaskan

    iii) pemiutang memberi diskaun atau potongan selepas hutang dijelaskan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    35

    Bab 6 : Imbangan Duga Fungsi imbangan duga:

    1. Menyemak ketepatan kemasukan catatan bergu

    2. Menguji ketepatan pengiraan

    3. Memudahkan penyediaan penyata kewangan (penyata pendapatan & kunci kira-kira)

    Penyediaan imbangan duga

    - disediakan diakhir tahun setelah mengimbangkan semua akaun lejar

    - semua akaun yang mempunyai baki debit akan direkodkan dibahagian debit imbangan

    duga dan akaun yang mempunyai baki kredit akan di rekodkan dibahagian kredit dalam

    imbangan duga

    Rumusan Imbangan Duga

    Butir / Akaun Debit Kredit

    Akaun asset XX

    Akaun liabiliti XX

    Akaun belanja XX

    Akaun hasil XX

    Akaun modal XX

    Bentuk imbangan duga

    Bentuk lajur

    Imbangan Duga bagi bulan berakhir 31 Disember 2008

    Akaun Debit Kredit

    Jumlah

    Bentuk T

    Imbangan Duga bagi bulan berakhir 31 Disember 2008

    Butir Jumlah Butir Jumlah

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    36

    Pembetulan Kesilapan

    Jenis kesilapan:

    Kesilapan Ketara - kesilapan yang menyebabkan imbangan duga tidak seimbang

    - jumlah sebelah debit berbeza dengan jumlah sebelah kredit

    1. Kesilapan menghitung

    2. Kesilapan Ketinggalan satu catatan

    3. kesilapan amaun

    4. kesilapan perekodan disebelah yang salah

    5. kesilapan lain dalam imbangan duga

    Kesilapan Tidak Ketara - kesilapan yang tidak ditunjukkan dalam imbangan duga

    dimana imbangan duga seimbang

    1. Kesilapan ketinggalan satu urusniaga

    2. Kesilapan terbalik / songsang

    3. Kesilapan komisen

    4. Kesilapan saling mengimbangi

    5. kesilapan prinsip

    6. Kesilapan amaun

    Huraian dan contoh Kesilapan Ketara

    Kesilapan menghitung - kesilapan mengira baki / jumlah pada jurnal dan kemudiannya

    diposkan ke lejar dengan jumlah yang salah

    - contoh Jumlah Jurnal Jualan RM696 tetapi tersalah kira

    diposkan ke Akaun Jualan sebagai RM796

    Kesilapan Ketinggalan Satu

    Catatan

    - hanya satu akaun sahaja dibuka untuk satu urusniaga / tidak

    mengikut system catatan bergu

    - satu akaun telah didebitkan tanpa ada akaun lain yang

    dikreditkan dengan jumlah yang sama

    - contoh : Cek yang bernilai RM500 untuk dibayar gaji telah

    dikreditkan dalam Buku Tunai tetapi tiada catatan dalam

    akaun gaji

    Kesilapan amaun - amaun disebelah debit tidak sama dengan amaun disebelah

    kredit

    - contoh : Belian barangniaga secara kredit daripada

    Pemborong Dukalara RM450 telah didebitkan dalam akaun

    belian tetapi dikreditkan RM540 dalam Akaun Pemborong

    Dukalara

    Kesilapan perekodan

    disebelah yang sama

    - perekodan satu urusniaga direkodkan sebelah debit dalam

    kedua-dua akaun atau disebelah kredit dikedua-dua akaun

    - contoh jualan barangniaga secara tunai , dikredit dalam akaun

    jualan dan dikreditkan juga dalam akaun tunai

    Kesilapan lain dalam

    imbangan duga

    - kesilapan menghitung

    - kesilapan menyenaraikan baki samada debit atau kredit

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    37

    Huraian dan contoh Kesilapan Tidak Ketara

    Kesilapan catatan satu

    urusniaga

    - satu urusniaga yang berlaku langsung tidak direkod dalam

    mana-mana akaun

    - tiada akaun didebit dan tiada akaun dikredit

    - Contoh ; pemilik mengambil wang tunai RM500 tidak

    direkodkan dalam mana-mana buku

    Kesilapan terbalik atau

    songsang

    - Catatan bergu diterbalikkan dalam akaun yang betul

    - Catatan sepatutnya sebelah debit tetapi dikreditkan dan satu

    akaun lagi sepatutnya dicatat sebelah kredi tetapi dikreditkan

    - Contoh; bayar sewa dengan cek dikreditkan ke akaun sewa

    dan didebitkan dalam akaun bank

    Kesilapan komisen - Catatan bergu urusniaga sebelah debit dan kredit adalah tepat

    tetapi dicatat dalam akaun yang salah

    - Contoh : Beli barang niaga secara kredit daripada Pembekal

    Johan RM5000 direkodkan dalam Akaun Pembekal Mohan

    Kesilapan saling

    mengimbangi

    - Kesilapan disebelah debit telah diimbangi oleh kesilapan yang

    sama disebelah kredit dengan amaun yang sama

    - Melibatkan dua urusniaga berlainan yang saling menampung

    kekurangan masing-masing

    - Contoh ; akaun sewa yang dibayar terkurang rekod RM100,

    begitu dengan Akaun Komisen Diterima juga terkurang

    dengan jumlah yang sama

    Kesilapan prinsip - Urusniaga dicatat dalam akaun yang salah

    - Contoh : beli perabot secara kredit RM1000 telah didebitkan

    dalam akaun belian

    Kesilapan amaun - Amaun dalam Buku Catatan Pertama telah tersalah rekod dan

    amaun yang salah itu diposkan pula ke lejar

    - Contoh : belian kredit daripada RM560 daripada Pembekal

    Muslim telah direkodkan dalam Jurnal belian sebanyak RM650

    dan direkod dalam akaun Pembekal Muslim juga RM650

    Pembetulan Kesilapan

    - Jika kesilapan hanya melibatkan satu bahagian sahaja (samada debit/kredit), pembetulan

    tidak melibatkan jurnal am

    - Tetapi jika kesilapan melibatkan kedua-dua bahagian debit dan kredit, maka catatan jurnal

    am perlu dibuat

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    38

    Hubungan Antara Imbangan Duga dan Penyata Kewangan

    - Imbangan dua memudahkan penyediaan penyata pendapatan dan kunci kira-kira

    a) Penyata Pendapatan

    - Disediakan untuk mengetahui prestasi perniagaan samada untung rugi dalam satu

    tempoh perakaunan

    - Perniagaan menjual barangan, penyediaan penyata pendapatan melibatkan

    untung kasar dan untung bersih

    - Perniagaan perkhidmatan, penyata pendapatan hanya melibatkan untung kasar

    sahaja

    - Untung kasar = jualan bersih – kos jualan

    - Untung bersih = untung kasar + hasil – belanja

    b) Kunci Kira-kira

    - Menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan

    - Menunjukkan jumlah asset, liability dan ekuiti pemilik perniagaan

    - Asset disusun mengikut kecairan. Asset bukan semasa yang sukar cair disenaraiakan

    terlebih dahulu

    - Tujuan kunci kira-kira:

    a) Menunjukkan kedudukan kewangan perniagaan

    b) Menunjukkan kecairan perniagaan (modal kerja)

    c) Menunjukkan jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik,

    keuntungan/kerugian dan ambilan

    d) Menunjukkan kedudukan asset dan liability peniagaan

    Kesan Perekodan Sistem Inventori Terhadap Penyata Pendapatan

    - Dua kaedah penilaian stok ialah system inventori berkala dan system inventori

    berterusan

    - Melalui system inventori berkala , rekod keluar masuk stok adalah tidak terperinci ,

    nilai stok tidak tepat menyebabkan untung rugi kurang tepat

    - Melalui system inventori berterusan, rekod keluar masuk stok adalah terperinci, nilai

    stok nya tepat dan untung rugi yang dikira adalah tepat

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    39

    Bab 7 : Penyata Kewangan – Milikan Tunggal 7.1 Pelarasan akaun:

    Perakaunan Asas Tunai vs Perakaunan Asas Akruan

    Perakaunan asas tunai hanya mengambilkira tunai telah diterima atau tunai yang telah

    dibayar

    Untung rugi adalah hasil tunai yang diterima ditolak dengan belanja yang telah dibayar

    Perakaunan asas akruan pula memadankan hasil sebenar (telah terima dan sepatutnya

    terima dalam tempoh semasa) dan belanja sebenar ( yang telah dibayar dan sepatutnya

    kena bayar dalam tempoh semasa)

    Pelarasan

    TERAKRU DAN TERDAHULU

    1. Hasil terdahulu

    Hasil bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi wang tunai diterima dalam tempoh

    perakaunan semasa

    Hasil sebenar = Hasil yang telah diterima – hasil terdahulu

    2. Hasil terakru

    Hasil yang diperolehi untuk tempoh perakaunan semasa tetapi masih belum diterima

    Hasil sebenar = hasil yang telah diterima + hasil terakru

    3. Belanja terdahulu

    Belanja bagi tempoh perakaunan akan datang tetapi bayaran telah dibuat dalam

    perakaunan semasa

    Belanja sebenar = belanja yang telah dibayar – belanja terdahulu

    4. Belanja terakru

    Belanja yang kena bayar dalam tempoh perakaunan semasa tetapi bayaran belum

    dijelaskan

    Belanja sebenar = Belanja yang telah dibayar + belanja terakru

    HUTANG LAPUK, PERUNTUKAN HUTANG RAGU DAN HUTANG LAPUK TERPULIH

    Hutang Lapuk

    Hutang penghutang yang pasti tak dapat dikutip disebabkan penghutang meninggal dunia,

    muflis, melarikan diri dan tidak dapat dikesan

    Hutang lapuk dianggap belanja

    Peruntukan Hutang Ragu

    Anggaran hutang penghutang yang mungkin tidak dapat dikutip

    Peruntukan hutang ragu dianggap belanja

    Hutang lapuk terpulih

    Hutang yang diistiharkan lapuk sebelum ini dapat dikutip semula

    Merupakan hasil bukan kendalian perniagaan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    40

    SUSUTNILAI DAN SUSUTNILAI TERKUMPUL

    Susut nilai

    Kejatuhan nilai aset bukan semasa

    Sebab-sebab berlaku susutnilai:

    1. haus dan keusangan – berlaku kerosakan fizikal akibat cuaca

    2. berteknologi lama – keujudan teknolgi baru yang lebih efisien

    3. susutan – sumber asli seperti minyak, emas dan sebagainya sentiasa berkurangan

    4. peredaran masa – nilai aset semakin berkurangan menghampiri tempoh

    penggunaanya

    susutnilai merupakan belanja

    tiga kaedah pengiraan susutnilai aset bukan semasa :

    1. Kaedah garislurus atau ansuran tetap

    Atau

    2. Kaedah baki berkurangan

    Susutnilai dikira berdasar peratus tetap terhadap nilai buku asset

    3. Kaedah penilaian semula

    Susutnilai terkumpul

    jumlah susutnilai yang terkumpul bagi aset bukan semasa

    merupakan liabiliti dan perlu ditolak dari nilai kos asal aset bukan semasa dalam Kunci Kira-

    kira

    Susutnilai = Kos Asal - Nilai Skrap

    ------------------------------

    Usia guna aset

    Kos asal asset X Kadar susutnilai

    Susutnilai = Kadar susutnilai X ( Kos Asal – Susutnilai Terkumpul)

    Susutnilai = Nilai asset awal tahun + Belian asset – Nilai aset akhir tahun

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    41

    NOTA PELARASAN PADA TARIKH IMBANGAN

    TERAKRU

    PERKARA KESAN 1 KESAN 2 CATATAN

    Belanja Terakru (+) Belanja

    berkenaan

    pada Imbangan

    Duga

    Item baru : Belanja

    terakru

    1. Belanja yang berubah

    diposkan ke Penyata

    Pendapatan

    2. Belanja terakru diposkan ke

    Kunci Kira-kira sebagai

    Liabiliti Semasa

    Hasil Terakru (+) Hasil

    Berkenaan pada

    Imbangan Duga

    Item Baru : Hasil

    terakru

    1. Hasil yang berubah

    dipindahkan ke Penyata

    Pendapatan

    2. Hasil terakru dipindahkan ke

    Kunci Kira-kira sebagai

    liabiliti semasa

    TERDAHULU

    PERKARA KESAN 1 KESAN 2 CATATAN

    Belanja

    terdahulu

    (-) Belanja

    berkenaan pada

    Imbangan Duga

    Item baru : Belanja

    terdahulu

    1. Belanja yang berubah

    diposkan ke Penyata

    Pendapatan

    2. Belanja terdahulu diposkan

    ke Kunci Kira-kira sebagai

    aset semasa

    Hasil Terdahulu (-) Hasil

    berkenaan

    dalam

    imbangan duga

    Item baru : Hasil

    terdahulu

    1. Hasil yang berubah

    diposkan ke Penyata

    Pendapatan

    2. Hasil terdahulu diposkan

    Kunci Kira-kira sebagai

    liabiliti semasa

    HUTANG LAPOK, HUTANG LAPOK TERPULIH DAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU

    PERKARA KESAN 1 KESAN 2 CATATAN

    Hutang lapok (-) Penghutang (+) Hutang lapuk

    dalam ID

    Jika tiada hutang

    lapuk dalam ID,

    ujudkan item baru

    hutang lapok

    1. Penghutang diposkan ke

    Kunci Kira-kira

    2. Hutang lapuk diposkan ke

    Penyata Pendapatan

    Hutang lapuk

    terpulih

    (+) Tunai / Bank Ujud item baru

    Hutang Lapuk

    Terpulih

    1. Tunai / Bank diposkan ke

    Kunci Kira-kira

    2. Hutang lapuk terpulih

    diposkan ke Penyata

    Pendapatan sebagai hasil

    Peruntukan

    PHR diujudkan:

    Ujud item baru :

    1. Belanja hutang ragu

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    42

    Hutang Ragu

    (baru ujud)

    Ujud item baru

    Belanja Hutang

    Ragu

    Peruntukan Hutang

    Ragu

    diposkan ke Penyata

    Pendapatan sebagai

    belanja

    2. Peruntukan hutang ragu

    diposkan ke Kunci Kira-kira

    ditolak pada pada

    penghutang

    Peruntukan

    hutang ragu

    diselaraskan

    Jika berlaku

    pertambahan

    PHR:

    Ujud item baru

    Pertambahan

    Peruntukan

    Hutang Ragu

    Jika berlaku

    pengurangangan

    PHR:

    Ujud item baru

    Pengurangan

    Peruntukan

    Hutang Ragu

    (+) Peruntukan

    hutang ragu dalam

    ID

    (-) Peruntukan

    hutang ragu dalam

    ID

    1. Pertambahan Peruntukan

    Hutang Ragu dipindahkan

    ke Penyata Pendapatan

    sebagai belanja

    2. Peruntukan hutang ragu

    diposkan ke Kunci Kira-kira

    ditolak pada penghutang

    1. Pengurangan Peruntukan

    Hutang Ragu dipindahkan

    ke Penyata Pendapatan

    sebagai belanja

    2. Peruntukan hutang ragu

    diposkan ke Kunci Kira-kira

    ditolak pada penghutang

    SUSUTNILAI ASET BUKAN SEMASA

    PERKARA KESAN 1 KESAN 2 CATATAN

    Kaedah

    Pengiraan

    Susutnilai

    Atas Kos:

    % X kos

    Atas Baki

    Berkurangan

    % X (kos –SNT)

    Ujud item baru

    Belanja

    Susutnilai Aset

    Bukan Semasa

    (+) Susutnilai

    Terkumpul dalam

    ID

    Jika tiada Susutnilai

    terkumpul, ujudkan

    item baru

    1. Belanja susutnilai diposkan

    ke Penyata Pendapatan

    sebagai belanja

    2. Susutnilai terkumpul

    diposkan ke Kunci Kira-kira

    ditolak pada aset bukan

    semasa berkenaan

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    43

    TIADA CATATAN DALAM MANA-MANA BUKU

    PERKARA KESAN 1 KESAN 2 CATATAN

    1. Ambilan barangniaga

    untuk kegunaan sendiri

    (+) Ambilan

    dalam ID

    Jika tiada ambilan

    dalam ID, ujudkan

    ite baru

    (-) Belian dalam

    ID

    2. Pulangan barangan

    kepada pembekal tidak

    dicatat dalam mana-mana

    buku

    (+) Pulangan

    belian

    (-) Pemiutang

    3. Pulangan barangan oleh

    pelanggan tiada catatan

    dalam mana-mana buku

    (+) Pulangan

    jualan

    (-) Penghutang

    4. Pemilik membawa masuk

    aset persendirian ke dalam

    perniagaan

    (+) Aset

    berkenaan

    (+) Modal

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    44

    Bab 2 : PEMBETULAN KESILAPAN a) Kesilapan ketara

    Apabila imbangan duga tidak imbang iaitu jumlah kredit tidak sama dengan jumlah

    kredit

    Jenis-jenis kesilapan ketara:

    i) Kesilapan dalam imbangan duga

    - silap memindahkan baki daripada lejar ke imbangan duga.

    - Contoh pulangan jualan dicatat disebelah debit imbangan duga,

    overdraf bank dicatat disebelah debit imbangan duga dll

    - Pengiraan yang salah dalam imbangan duga. Jumlah debit dikira

    dengan betul tapi jumlah kredit dikira dengan salah

    ii) Kesilapan ketinggalan satu catatan

    - bagi satu urusniaga, satu akaun telah didebitkan, tetapi tiada catatan

    disebelah kredit atau disebaliknya

    - contoh : Cek bernilai RM300 untuk bayaran sewa telah dikreditkan ke

    Buku Tunai (ruangan bank) tetapi tiada catatan dalam akaun sewa.

    iii) Kesilapan catatan amaun

    - satu akaun telah didebitkan dengan amaun yang betul tetapi amaun

    yang dikreditkan adalah salah atau sebaliknya

    - contoh : Belian barangniaga bernilai RM380 secara kredit daripada

    Kedai Murni (pemiutang) telah didebit dengan amaun yang betul

    dalam Akaun Belian tetapi dikreditkan sebagai RM830 dalam Akaun

    Kedai Murni (Akaun perorangan)

    iv) Kesilapan catatan disebelah yang sama

    - bagi satu urusniaga kedua-dua akaun didebitkan (tiada catatan

    disebelah kredit) atau kedua-dua akaun dikreditkan (tiada catatan

    sebelah debit)

    - Contoh: Pulangan barang bernilai RM220 oleh Kedai Jati (penghutang)

    telah didebitkan dengan betul dalam Akaun Pulangan Jualan tetapi

    didebitkan juga ke Akaun Kedai Jati (akaun perorangan)

    v) Kesilapan pengiraan

    - pelbagai kesilapan berlaku dalam Buku Catatan Pertama dan data yang

    salah itu kemudiannya diposkan ke lejar. Kesilapan ini biasanya berlaku

    semasa pengiraan baki atau jumlah

    - kesilapan ini berlaku dalam jurnal, buku tunai dan lejar

    b) Kesilapan Tidak Ketara

    imbangan duga yang jumlah debit dan kreditnya seimbang tetapi ada kesilapan

    Jenis-jenis kesilapan tidak ketara :

    i) Kesilapan ketinggalan satu urusniaga

    - urusniaga yang berlaku tidak direkodkan dalam mana-mana buku iaitu

    tiada catatan langsung sebelah debit dan kredit

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    45

    - Contoh : Peniaga telah mengambil barangniaga bernilai RM120

    terlupa direkod dalam mana-mana buku

    ii) Kesilapan Prinsip

    - urusniaga yang berlaku direkodkan dalam akaun yang salah tetapi

    amaun yang didebit dan dikreditkan adalah betul

    - contoh : Sebuah cabinet besi bernilai RM580 yang dibeli dengan cek

    untuk kegunaan pejabat telah dicatat dalam Akaun Belian.Sepatutnya

    Akaun Lengkapan didebitkan dan bukannya Akaun Belian

    iii) Kesilapan amaun

    - amaun urusniaga yang salah telah direkodkan dalam buku catatan

    pertama dan diposkan kelejar

    - contoh : Pulangan barangan bernilai RM120 oleh Kedai Mesra

    (penghutang) telah direkodkan sebagai RM210 dalam jurnal dan

    diposkan ke lejar

    iv) Kesilapan saling mengimbangi

    - satu kesilapan yang berlaku telah diimbangi oleh kesilapan yang lain.

    Contohnya satu kesilapan yang menyebabkan jumlah debit terlebih

    RM45 dan kemudiannya satu kesilapan lain menjadikan sebelah debit

    terkurang RM45 atau jumlah kredit terlebih RM45

    - Contoh: Kesilapan Pertama: Bayaran insurans RM205 dengan cek telah

    direkodkan dengan betul dalam Buku Tunai tetapi telah direkodkan

    dalam Akaun Insurans sebagai RM250.

    - Kesilapan kedua: Komisen diterima RM405 telah direkodkan dengan

    betul dalam Akaun Tunai tetapi telah direkodkan dengan RM450 dalam

    Akaun KOmisen diterima

    v) Kesilapan terbalik

    - kesilapan yang melibatkan catatan debit dan kredit yang salah dalam

    kedua-dua akaun

    - Contoh : Sebuah mesin bernilai RM400 yang dijual telah dikreditkan

    dalam buku tunai (sepatutnya debit) dan didebitkan dalam Akaun

    Mesin (sepatut dikredit)

    vi) Kesilapan komisen

    - kesilapan yang melibatkan akaun penghutang dan pemiutang

    - Contoh: jualan barang secara kredit kepada Kedai Hup Seng telah

    diposkan ke Akaun Kedai Harp Sun

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    46

    Bab 8: PERAKAUNAN UNTUK TUNAI Kawalan Tunai

    tunai adalah asset paling cair dan terdedah kepada risiko kecurian dan penyelewengan

    semua perniagaan mesti mempunyai kawalan dalaman untuk mengawal tunai:

    ciri -ciri kawalan tunai:

    1. Tugas pengendalian tunai diasingkan dengan tugas merekod urusniaga tunai. Oleh

    itu orang yang meluluskan pembayaran dan juruwang mestilah orang yang

    berlainan. Dgn ini kesilapan dan kesalahan dapat dikesan

    2. Menentukan jumlah tunai adalah mencukupi untuk perbelanjaan harian. Semua

    lebihan tunai mesti dibankkan pd hari yang sama.

    3. Semua bayaran mesti dibuat dengan cek

    4. Semua urusniaga melibatkan dokumen seperti resit, keratan cek, baucer bayaran

    Tujuan mengawal Tunai

    1. Mengelakkan berlakunya kehilangan hasil - Memastikan peniaga tidak menyimpan

    tunai yang berlebihan ditangan. Ianya boleh dilaburkan untuk mendapatkan hasil

    seperti dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau dilaburkan dalam pasaran

    saham.

    2. Memastikan perniagaan mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar

    perbelanjaan operasi dan menjelaskan liability(hutang dengan pembekal)

    3. Mengelakkan berlaku kehilangan tunai - Mengawal segala perekodan dan

    pengendalian tunai bg memastikan tidak berlaku kecurian dan kehilangan

    Penyata Penyesuaian Bank

    Apabila wang disimpan (dideposit) dalam bank, urusniaga ini akan direkodkan disebelah

    debit buku tunai.

    Peniaga yang membuka akaun semasa boleh membuat pembayaran menggunakan cek

    Satu penyata bank akan dihantar oleh bank pada setiap bulan kepada pelanggan bagi

    menunjukkan urusniaga penerimaan dan pembayaran bulan berkenaan.

    Tujuan Penyata Bank Dikeluarkan oleh Bank

    Penyata bank digunakan oleh pelanggan untuk:

    1. Mengetahui amaun yang didebit atau dikreditkan dalam akaunnya

    2. mengetahui baki simpanannya pada akhir bulan

    3. menyemak ketepatan catatan dalam buku tunainya

    bila peniaga membuat deposit (simpan wang dalam bank), ia direkodkan disebelah debit

    buku tunai tetapi bank akan menunjukkannya disebelah kredit penyata bank. Bila peniaga

    membayar seseorang dengan cek, ia akan merekodkannya disebelah kredit dalam buku

    tunai tetapi urusniaga ini ditunjukkan disebelah debit dalam penyata bank.

    Baki kredit dalam penyata bank menunjukkan peniaga mempunyai wang simpanan yang

    mencukupi dalam bank. Sebaliknya baki debit penyata bank menunjukkan overdraf dimana

    peniaga berhutang dengan bank.

    Baki debit pada buku tunai(ruangan bank) pula menunjukkan simpanan dibank mencukupi

    manakala baki kredit menunjukkan berlaku overdraf.

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    47

    Tujuan Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank

    Baki yang ditunjukkan dalam buku tunai sentiasa tidak sama dengan baki pada penyata

    bank. Ia perlu diselaraskan supaya tiada kesilapan.

    Tujuan penyediaan penyata penyesuaian bank:

    1. menunjukkan sebab-sebab perbezaan antara baki buku tunai dan baki penyata bank

    2. menyesuaikan baki buku tunai dengan baki penyata bank

    3. memastikan tiada kesilapan dan kesalahan dibuku tunai dan penyata bank

    Sebab-sebab Wujud Perbezaan Baki di Buku Tunai dan Penyata Bank

    a) Catatan telah direkodkan dalam buku tunai tetapi belum direkodkan dalam penyata bank:

    i) Cek belum dikemukakan

    - cek yang dibayar kepada seseorang tetapi belum dibawa kebank oleh orang

    berkenaan untuk ditunaikan

    - urusniaga ini direkodkan disebelah kredit buku tunai tetapi tiada rekod

    dalam penyata bank. Oleh itu baki pada buku tunai adalah kurang

    berbanding dengan penyata bank

    ii) Deposit belum dikreditkan

    - cek yang diterima oleh peniaga dan telah dibankkan tetapi bank mengambil

    masa untuk memasukkan kedalam akaun peniaga. Cek yang dimasukkan

    pada akhir bulan akan muncul dalam penyata bank bulan berikutnya’

    - urusniaga ini telah direkodkan disebelah debit buku tunai tetapi tiada rekod

    dalam penyata bank. Oleh itu baki pada buku tunai lebih daripada penyata

    bank

    iii) Kesilapan catatan dalam buku tunai

    Buku tunai terlebih debit menyebabkan baki buku tunai melebihi baki

    penyata bank dan sebaliknya.

    Buku tunai terkurang debit menyebabkan baki dipenyata bank melebihi

    baki penyata bank dan sebaliknya

    b) Catatan telah direkodkan dalam Penyata Bank tetapi belum direkodkan dalam Buku Tunai

    i) Catatan telah dikreditkan oleh bank dalam penyata bank tetapi belum didebit

    dalam buku tunai kerana pemilik tidak mengetahuinya:

    - faedah diterima atas simpanan tetap

    - pindahan kredit dimana penghutang membayar hutang terus kedalam

    akaun peniaga

    - dividen diterima daripada pelaburan

    ii) Catatan telah didebitkan oleh bank dalam penyata bank tetapi belum dikreditkan

    dalam buku tunai kerana pemilik belum dimaklumkan:

    - Bayaran buku cek

    - peniaga dikenakan caj perkhidmatan

    - faedah atas overdraf atau pinjaman

    - komisen bank

    - bayaran dibuat oleh bank atas arahan perintah sedia ada seperti insurans,

    sewa kedai dan sebagainya

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    48

    c) Cek tak layan

    - cek yang dipulangkan oleh bank atas sebab tertentu. Bank akan pulang balik

    cek berkenaan kepada peniaga

    Format Penyata Penyesuaian Bank

    i) Tanpa Mengemaskini Buku Tunai

    Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Januari 2006

    Baki debit pada buku tunai XXX

    (+) Cek yang belum dikemukakan:

    No Cek: 12345 XXX

    No Cek 12346 XXX

    Faedah simpanan tetap XXX

    Dividen pelaburan XXX

    Pindahan kredit XXX XXX

    -------

    XXX

    (-) Deposit belum dikreditkan :

    En ABCD XXX

    En WXYZ XXX

    Buku Cek XXX

    Caj bank XXX

    Perintah sedia ada (insurans) XXX

    En JKLM ( cek tak layan) XXX XXX

    ------

    Baki kredit pada penyata bank XXX

    ------

  • Nota Prinsip Perakaunan

    Hakcipta : Cikgu Hashim b Jusoh (SMKA Melor)

    49

    ii) Dengan mengemaskini Buku Tunai

    Buku Tunai (dikemaskini)

    Jan 31 Baki b/b XX Jan 31 Caj bank XX

    Faedah XX Buku cek XX

    Dividen XX Insurans XX

    Pindahan kredit XX En JKLM (cek tak laku XX

    Baki h/b XX

    XX XX

    Feb 1 Baki b/b XX

    Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Januari 2006

    Baki debit pada buku tunai (dikemaskini) XXX

    (+) Cek yang belum dikemukakan:

    No Cek: 12345 XXX

    No Cek 12346 XXX XXX

    -------

    XXX

    (-) Deposit belum dikreditkan :

    En ABCD XXX

    En WXYZ XXX XXX

    ------

    Baki kredit pada penyata bank XXX

    ------