penulisan reflektif wacana

3
PENULISAN REFLEKSI Dalam subjek English For Effective Communication (WAJ 2062) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan, memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar program PDPTDV-GIATMARA untuk menambahbaik dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris baik dari aspek penulisan mahupun pertuturan. Subjek WAJ 2062 ini bertujuan membolehkan pelajar mengetahui elemen-elemen penting berkaitan wacana Bahasa Inggeris seperti grammar, present tense, past tense, vocaboloury, nouns, pronouns dan sebagainya. Terdapat 3 tugasan utama yang diberikan oleh Pensyarah subjek English For Effective Communication iaitu Mdm Sharifah Zuraimah Binti Syed Zakaria kepada pelajar dan tugasan pertama adalah penulisan laporan berkaitan pertandingan kemahiran atau pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh GIATMARA, lain-lain agensi atau pertandingan- pertandingan yang pernah disertai. Tugasan yang kedua adalah public speaking iaitu bertututur dan berkomunikasi di depan orang ramai. Salah satu daripada komponen tugasan itu ialah penulisan refleksi. Pelajar dikehendaki menghasilkan refleksi yang panjangnya tidak kurang 500 patah perkataan berkaitan pengalaman semasa menyediakan dan melaksanakan tugasan, masalah-masalah yang dihadapi semasa menyediakan tugasan dan sejauh mana kefahaman terhadap topik tersebut setelah menjalankan tugasan ini. Di bawah ini ialah penulisan refleksi saya terhadap projek yang diberikan. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demikian jugalah halnya dengan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) untuk mata pelajaran English For Effective Communication (WAJ 2062) yang diberikan kepada kami sebagai pelajar kursus Program Diploma Pendidikan Teknik dan Vokasional GIATMARA (PDPTDV). Saya berusaha menanganinya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh kerana selain pentingnya markah untuk lulus, terdapat juga banyak manfaat yang saya perolehi sepanjang menyelesaikan KKBI itu walaupun tugasan yang diberikan sangat sukar dan mencabar terutamanya untuk melakukan pengucapan awam dikhalayak ramai.

Upload: azmiaina

Post on 16-Nov-2015

243 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

PENULISAN REFLEKSIDalam subjek English For Effective Communication (WAJ 2062) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan, memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar program PDPTDV-GIATMARA untuk menambahbaik dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris baik dari aspek penulisan mahupun pertuturan. Subjek WAJ 2062 ini bertujuan membolehkan pelajar mengetahui elemen-elemen penting berkaitan wacana Bahasa Inggeris seperti grammar, present tense, past tense, vocaboloury, nouns, pronouns dan sebagainya.Terdapat 3 tugasan utama yang diberikan oleh Pensyarah subjek English For Effective Communication iaitu Mdm Sharifah Zuraimah Binti Syed Zakaria kepada pelajar dan tugasan pertama adalah penulisan laporan berkaitan pertandingan kemahiran atau pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh GIATMARA, lain-lain agensi atau pertandingan-pertandingan yang pernah disertai. Tugasan yang kedua adalah public speaking iaitu bertututur dan berkomunikasi di depan orang ramai. Salah satu daripada komponen tugasan itu ialah penulisan refleksi. Pelajar dikehendaki menghasilkan refleksi yang panjangnya tidak kurang 500 patah perkataan berkaitan pengalaman semasa menyediakan dan melaksanakan tugasan, masalah-masalah yang dihadapi semasa menyediakan tugasan dan sejauh mana kefahaman terhadap topik tersebut setelah menjalankan tugasan ini. Di bawah ini ialah penulisan refleksi saya terhadap projek yang diberikan.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demikian jugalah halnya dengan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) untuk mata pelajaran English For Effective Communication (WAJ 2062) yang diberikan kepada kami sebagai pelajar kursus Program Diploma Pendidikan Teknik dan Vokasional GIATMARA (PDPTDV). Saya berusaha menanganinya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh kerana selain pentingnya markah untuk lulus, terdapat juga banyak manfaat yang saya perolehi sepanjang menyelesaikan KKBI itu walaupun tugasan yang diberikan sangat sukar dan mencabar terutamanya untuk melakukan pengucapan awam dikhalayak ramai.

Manfaat yang sangat jelas ialah, dapat membantu ilmu pengetahuan Bahasa Inggeris saya yang sangat lemah, khususnya dari segi elemen-elemen penting seperti grammar, vocabolury, nouns, pronuns dan sebagainya. Saya memperoleh banyak perkataan baharu daripada pengajaran di dalam kelas, majalah, akhbar, buku rujukan di perpustakaan dan juga sumber rujukan di internet. Seterusnya, saya memperoleh pengalaman baharu semasa membuat laporan dalam bahasa inggeris dan pensyarah serta kawan-kawan membantu memperbaiki kelemahan bahasa inggeri saya. Sesungguhnya, melalui aktiviti ini saya berjaya meluaskan pandangan saya terhadap sesuatu perkataan dan mendatangkan minat saya kepada bahasa inggeris yang pada ketika dahulu saya sangat lemah dan tidak suka dengan subjek ini. Terima kasih madam Sharifah Zuraimah Binti Syed Zakaria kerana telah banyak membantu dan memberikan bimbingan serta tunjuka ajar kepada saya tanpa rasa jemu dan berputus asa melayan karenah saya.Selain itu, saya juga dapat mengaplikasikan ilmu yang saya pelajari dalam kuliah. Selama pembelajaran dalam kuliah, saya masih kurang memahami tetapi dengan adanya tugasan ini saya dapat belajar dan mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari walaupun tugasan projek ini sangat sukar untuk dilaksanakan. Mempraktikkan teori dan amali, walaupun sukar, merupakan satu cara mengukuhkan ilmu. Saya berasa sangat mencabar dan sukar untuk melaksanakannya.

Tugasan ini juga menjelaskan tentang keperluan mengakses dan memproses maklumat. Maklumat adalah satu set unjuran sama ada dalam bentuk lisan ataupun penulisan yang mempunyai tujuan dan memenuhi matlamat serta keperluan kepada tugasan yang saya laksanakan. Antara kaedah pencarian maklumat yang saya lakukan terdiri daripada dua kaedah iaitu kaedah perpustakaan dan kaedah lapangan. Saya perlu memahami keperluan maklumat itu dengan jelas sebelum menetapkan dan menggunakan maklumat yang perlu diketahui tentang topik dan tugasan yang diberikan. Secara ringkasnya keperluan maklumat yang diperolehi itu adalah terdiri daripada menganalisis dan menentukan keperluan maklumat, mengakses maklumat dari pelbagai sumber, memproses dan menggunakan meklumat bagi memenuhi keperluan tugasan dan kemudiannya mempersembahkan maklumat dalam bentuk penulisan laporan dan pertuturan dikhalayak ramai seperti yang diminta oleh pensyarah. Pengalaman saya mengakses maklumat boleh dilakukan melalui dua cara iaitu melalui strategi merujuk di perpustakaan atau menggunakan capaian internet. Semua maklumat yang diakses di internet perlu diproses dan dinilai dari segi kualiti dan kesahannya. Oleh itu saya perlu melihat autoriti, ketepatan, objektif dan kekinian sebelum mengambil apa-apa maklumat daripada internet. Setelah memperolehi maklumat, maka barulah maklumat tersebut diproses untuk dijadikan sebuah laporan seperti yang telah ditetapkan. Aspek yang perlu diambil kira semasa memproses maklumat ialah memilih maklumat yang releven, ciri-ciri sumber maklumat, mengorganisasi maklumat yang dipilih, mempersembahkan maklumat dan manilai laporan maklumat tersebut.

Akhirnya, setelah bersusah payah, tugasan ini dapat saya sempurnakan. Saya berpuas hati dan bersyukur dengan hasil usaha yang telah saya lakukan. Saya berkeyakinan pengalaman menyempurnakan tugasan projek yang diberikan oleh pensyarah ini dapat saya manfaatkan untuk meningkatkan kualiti tugasan saya pada semester-semester yang akan datang dan seterusnya pada peringkat pengajian yang lain.