penulisan reflektif big sk bintang

Upload: nurulliyanarahmat

Post on 14-Jan-2016

148 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG SEM 6

TRANSCRIPT

PENULISAN REFLEKTIF OLEH NURUL LIYANA BINTI RAHMATPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.Pada semester ini, kami perlu menjalankan Bina Insan Guru bagi lawatan penanda aras guru cemerlang dalam subjek major. Setelah berbincang bersama tutor, kami sebulat suara memilih SK Bintang di Permaisuri, Setiu. Terdapat seorang guru cemerlang dalam matematik yang bernama Cikgu Nazri bin A. Rahman. Walaupun beliau agak sibuk dalam mengendalikan kelas tambahan untuk tahun 6 yang bakal menjalankan peperiksaan UPSR untuk subjek Matematik namun beliau sudi untuk meluangkan masa untuk memberikan ceramah kepada kami. Sepanjang saya dan rakan-rakan menjalankan sesi ceramah dan temu ramah bersama beliau, saya dapat mempelajari beberapa perkara dan perkongsian yang sangat berguna untuk diri saya. Beliau banyak berkongsi pengalaman sepanjang menjadi seorang guru Matematik di sekolah rendah. Antaranya ialah cara komunikasi, gerak kerja dalam kelompok guru, komitmen dalam bekerja dan sebagainya. Beliau banyak memberi motivasi bahawa kita sebagai guru perlu menunjukkan prestasi yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu,kita juga harus menjaga hubungan rapo dengan guru-guru, Guru Besar dan semua pihak. Tambahan lagi, guru haruslah membina kecemerlangan diri termasuk semua aspek dan boleh membantu kawan-kawan yang lain lebih-lebih dalam subjek utama ini. Di samping itu, saya dapat mengambil tip-tip dalam pengawalan kelas yang mana saya dapat terapkan semasa saya menjalani praktikum dan menjadi guru sebenar kelak. Beliau menegaskan bahawa semuanya bergantung kepada tanggapan pertama ataupun first impression. Pada kali pertama kita masuk ke kelas, kita hendaklah menunjukkan ketegasan supaya murid-murid takut dan tidak mudah untuk pijak kepala kita. Kita juga haruslah bijak dalam mengawal kelas dan perlakuan anak murid terhadap kita sejak mula lagi. Selain itu, saya terinspirasi ketika beliau menegaskan bahawa kita sebagai seorang guru perlu suka dan seronok menjalankan tugas yang diberikan dan seterusnya dapat menghindarkan diri kita daripada mengalami tekanan dan bosan terhadap profesion perguruan ini. Tambahan pula, saya perlu lebih mesra dan membaiki pergaulan sosial dengan masyarakat luar. Ini bermaksud komunikasi dengan orang luar sangat penting untuk menambahkan keyakinan diri dalam pergaulan dan mengambil pengalaman daripada orang lain untuk dijadikan panduan dalam hidup. Seorang guru lain SK Bintang juga ada menceritakan pengalaman pahit dan manis mengajar di Sarawak. Namun begitu, melalui pengalaman mengajar di sekolah yang terletak di pedalaman ini dapat mengajar kita untuk terus bersemangat dalam mencurahkan ilmu dengan bersungguh-sungguh bagi melahirkan anak bangsa yang berilmu dan berdaya saing. Beliau menasihatkan kami yang bakal menjadi guru supaya sentiasa bersedia untuk dicampakkan di mana-mana kawasan sekolah dan menggunakan peluang itu untuk mengutip dan mempelajari sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman hidup bersama anak murid. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang guru cemerlang bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah dan guru cemerlang ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.